Khamis, 29 Januari 2015

Haruman Altantuya kembali mewangi?

Haji Osama


Mari kita teliti perjalanan konspirasi ini.
Hari ini saya tidur selepas Asar. Nabi amat melarang tidur selepas Asar sepertimana kurangnya rezeki jika tidur selepas Subuh.
Terjaga daripada tidur, saya capai telefon untuk melihat waktu. Bila tidak memakai kacamata, saya tidak nampak jam di dinding. 6.45 petang, saya kelewatan untuk Asar. Bangun, sembahyang dan buka Internet.

Seperti biasa, saya akan terus membuka The Malaysian Insider. Saya sukakan portal ini kerana laporannya yang baik. Saya jumpa cerita ini. Saya baca dengan penuh teliti. Tiba-tiba bilik saya berbau wangi.
Persoalan pertama saya, kenapa Razak Baginda memilih The Malaysian Insider? Keduanya kenapa tiba-tiba Razak Baginda mengeluarkan kenyataan ini. Kalau tidak kerana terdesak, Razak Baginda tentu lebih senang-lenang di London.
Pada saya, Dr Mahathir Mohamad sudah ingin memulakan serangan terakhir untuk Datuk Seri Najib Razak. Serangan yang maha hebat ini sedang dimasak seenaknya untuk  dipersembahkan kepada rakyat bagi menekan Najib agak Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara pada 10 Februari ini.
Untuk bertahan, Najib memulakan langkah awal melalui Razak Baginda. Mencuba memberitahu rakyat cerita yang akan keluar selepas ini adalah mengarut.
Walau persembahan Razak hari ini agak baik, namun banyak persoalan masih tergantung. Saya malas nak mengacau cerita Razak, anda baca sendiri di mana kelemahannya.

Adakah Daim, Dr Mahathir di belakang Saiful Bukhari, soal PKR

PKR hari ini mempersoalkan adakah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin berada di belakang Mohamad Saiful Bukhari Azlan, selepas isteri pengadu kes liwat II itu mengambil keputusan berhenti daripada TV3.
Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, apa yang dibimbangkan ialah, kes rayuan liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin berdepan campur tangan bagi mengelak tekanan pihak tertentu.
 "Tiba-tiba Saiful menyatakan isterinya berhenti (kerja) kerana diarahkan membuat liputan menyerang tokoh yang dihormati iaitu Daim dan Dr Mahathir. "Adakah Daim dan Dr Mahathir di belakang Saiful? Ini juga satu persoalan yang menarik untuk kita minta penjelasan kerajaan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Saiful pada minggu lalu mendedahkan isterinya, Nik Suryani Megat Deraman berhenti kerja dari stesen televisyen swasta TV3 kerana tidak berpuas hati selepas diberi arahan membuat liputan ke atas PKR yang menyerang Daim.
Dia mempertikaikan ruang yang diberikan TV3 kepada pemimpin PKR itu untuk menyerang bekas menteri kabinet zaman Dr Mahathir tersebut."Bukan niat untuk persoal mengapa TV3 serang Daim, tapi mahu persoal mengapa beria sangat bagi liputan pada PKR? "TV3 dah jadi media PKR ke?
 Tak ada orang sendiri yang berani dedah ke? Hari tu Shamsul Iskandar, sekarang ini Anwar pula?" katanya menerusi blog www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Hurt and angry, MH370 families reject ‘death’ announcement

Intan Maizura, wife of MH370 crew member Hazrin Hasnan, and son Muhammad at the cancelled press conference today. Malaysia today declared flight MH370 as lost in an accident without informing the next-of-kin earlier, angering many family members. – The Malaysian Insider pic by Nazir Sufari, January 29, 2015.   
Intan Maizura, wife of MH370 crew member Hazrin Hasnan, and son Muhammad at the cancelled press conference today. Malaysia today declared flight MH370 as lost in an accident without informing the next-of-kin earlier, angering many family members. – The Malaysian Insider pic by Nazir Sufari, January 29, 2015.

Malaysia's declaration of flight MH370 as lost in an accident and the death of its passengers and crew is a "cover-up and an attempt by the government to close the case quickly”, family members and relatives of those on board say.
"They have no guts to announce it right to our face," said a passenger’s family member, Mohd Sahril Shaari of the televised announcement made by the Department of Civil Aviation (DCA) this evening.
"Not only that, where was the transport minister? Where (was) the prime minister? They don't feel that this is a priority?

"Apparently not, as the person who made the announcement was only the Department of Civil Aviation director-general," said Sahril who was present at the scheduled press briefing earlier in the afternoon which was cancelled at the last minute. He said he "knew the government was going to announce something bad" after the briefing, initially scheduled for 3.30pm, was abruptly called off.
Instead, a live telecast of director-general of DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman's announcement, was later made behind closed doors without the media and next-of-kin present.
Sahril's cousin, Mohd Razahan Zamani, was among the 239 passengers and crew members on board MH370 when the plane disappeared from radar screens over Vietnamese airspace, less than an hour after it took off from Kuala Lumpur, en route to Beijing on March 8, 2014.

MH370: Next of kin vent frustration at DCA

Waris MH370 Kesal Sidang Media Tidak Dimaklum


MH370: We want them to come home

'Makcik cuma hendak tahu dia ada lagi atau tidak' - Ibu penumpang MH370

'Makcik cuma hendak tahu dia ada lagi atau tidak' - Ibu penumpang MH370ALOR SETAR: "Memang makcik reda tetapi cuma hendak tahu sama ada anak saya masih ada atau sebaliknya."

Itu luahan ibu kepada salah seorang penumpang pesawat malang MH370, Mohamad Sofuan Ibrahim, Wan Tom Wan Chik ketika mengikuti sidang media Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengenai situasi terkini pesawat itu.

Wan Tom turut mengakui tidak pernah terlepas mengikuti perkembangan MH370 dan anaknya yang juga seorang pegawai di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

"Makcik sentiasa mengikuti perkembangan MH370, makcik benar-benar berharap ada berita baik mengenai pesawat ini," katanya.

Wan Tom dan keluarganya turut mengakui tidak pernah berputus asa dan sentiasa mendoakan keselamatan anak bongsu dari lima beradik itu kembali ke pangkuan keluarga walaupun telah 10 bulan peristiwa itu berlaku.

Mereka sekeluarga juga merancang untuk mengadakan majlis doa selamat dan bacaan Yasin pada cuti perayaan Tahun Baru Cina depan sebagai salah satu ikhtiar untuk menemukan Wan Tom dengan anak kesayangannya.

MH370: MAS akan mula proses bayaran kepada waris

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) akan memulakan proses bayaran pampasan kepada waris MH370 berikutan pengumuman pesawat itu kemalangan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada Khamis.

MAS dalam kenyataannya berkata, pihaknya akan memastikan pampasan yang adil dan munasabah dibayar kepada semua 239 penumpang dan anak kapal MH370.

Menurut kenyataan itu lagi, MAS juga akan akan mengerahkan sumbernya di pusat sokongan keluarga yang beribu pejabat di Kuala Lumpur dalam usaha mempercepat proses pampasan.

Tambah kenyataan itu, operasi di pusat komunikasi dan sokongan keluarga di Beijing, China juga akan diteruskan.

Kata kenyataan itu, untuk kemudahan urusan ahli keluarga, MAS turut menambah kakitangan yang boleh bertutur dalam bahasa Mandarin.

Bagaimanapun menurut kenyataan itu, kakitangan MAS daripada Jabatan Sumber Manusia kekal sebagai hubungan utama bagi waris keluarga dan anak kapal penerbangan MH370.

MH370: Solat jenazah ghaib boleh dilakukan

MH370
KUALA LUMPUR - Solat jenazah ghaib kebiasaannya dilakukan ke atas umat Islam yang mati dalam keadaan syahid kecil disebabkan antaranya lemas dalam air, mati dalam kebakaran, dibunuh atau kemalangan dan mayat mereka tidak ditemui.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, solat berkenaan merupakan solat sunat dan membawa maksud jenazah itu tidak berada di hadapan jemaah ataupun berada di tempat yang jauh.

Beliau berkata, cara pelaksanaan solat ghaib adalah sama seperti solat jenazah biasa.

"Caranya sama dengan solat jenazah yang biasa iaitu melakukan empat kali takbir, tanpa rukuk dan sujud...cuma yang membezakannya adalah jenazah itu berada di depan kita ataupun tidak," katanya mengulas pengumuman kerajaan Malaysia hari ini berkenaan pesawat MH370 yang secara rasmi diisytiharkan sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap telah terkorban.

Pesawat MH370 yang membawa 12 anak kapal serta 227 penumpang, termasuk dua bayi itu, hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 8 Mac lepas.

Spekulasi kes Altantuya tak masuk akal, kata Razak Baginda

Setelah sekian lama menyepikan diri penganalisis politik, Abdul Razak Baginda muncul semula selepas kes membabitkan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu menemui titik noktah.
Bercakap kepada The Malaysian Insider, Abdul Razak yang sebelum ini dikaitkan dengan kes itu menyifatkan spekulasi membabitkan kes kematian Altantuya sudah sampai ke tahap tidak masuk akal.
"Spekulasinya lebih kurang sama seperti sebelum ini. Tetapi kini lebih berbelit kerana kita sampai ke penghujung proses undang-undang yang panjang. Ia jadi berbelit-belit kerana Sirul (Sirul Azhar Umar) melarikan diri ke Australia,” ujarnya.
Pada 2008, Abdul Razak dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat dengan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.
Abdul Razak mengakui bersedia untuk membuka mulut sekarang kerana kes itu sudah berakhir dari sudut undang-undang.
Beliau juga dipetik sebagai berkata, walaupun tidak tahu motif pembunuhan Altantuya, tetapi sedia maklum ramai yang mati tanpa sebarang penjelasan kukuh semasa dalam tahanan polis.
"Hanya dua anggota polis itu sahaja yang tahu," katanya sambil mendakwa memang wujud kes sebelum ini di mana polis bunuh tahanan reman.
Beliau turut mempersoalkan dakwaan konspirasi dalam kes ini walaupun tiada bukti menyokongnya.
"Masih ada orang di luar sana yang yakin polis tidak boleh melakukan ini tanpa arahan.
"Berapa ramai orang yang mati dalam tahanan reman? Kiraan terakhir ialah 156 pada tahun 2008 dan angka itu semakin bertambah. Jadi, siapa yang mengarahkannya?" soalnya.

Kabinet 2015 dibarisi ‘menteri kayu’, paling teruk dalam sejarah


LKS_Forum_Tun_Razak


KUALA LUMPUR, 29 JAN: Barisan Kabinet edisi 2015 barangkali yang paling teruk dalam sejarah 58 tahun negara, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu merujuk tindakan dan kenyataan beberapa Menteri yang cuai, dan tidak bertanggungjawab selain melanggar dan undang-undang.
Tindakan itu dilakukan termasuk oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Rahman dalam satu kenyataan minggu ini berkata, pilihanraya kerajaan tempatan boleh mengakibatkan polarisasi kaum bertambah buruk dan boleh mengakibatkan berulangnya rusuhan kaum 13 Mei.
Manakala Zahid Hamidi, menulis surat kepada FBI bagi menjamin integriti ‘raja judi’ Paul Phua yang kini dibicarakan di Las Vegas atas tuduhan judi haram, menyanggah kenyataan polis kepada FBI, dan tanpa izin Ketua Polis Negara, Kementerian Luar, Kabinet mahupun Perdana Menteri.
“Bukan sahaja tidak berkualiti atau ‘kayu’ apabila langsung tidak peduli terhadap demikian banyak perkembangan di dalam negara,” ujar Kit Siang.
Dalam pada itu keputusan tidak memperbaharui kontrak TNC Universiti Malaya Dr Mohd Hamdi Abdul Shukor, dan hukuman keatas mahasiswa UM8 ketika standard pendidikan Malaysia merudum menunjukkan kelemahan barisan kabinet di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

MH370 terus menjadi misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia

KUALA LUMPUR: Dalam tempoh kurang daripada dua bulan mulai sekarang, tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 akan genap setahun, namun kejadian itu terus menjadi misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia.

Sehingga kini, tiada sebarang petunjuk ditemui dan pelbagai persoalan terus diungkapkan.

MH370 terus menjadi misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia
Persoalan yang terus bermain diminda semua pihak; Apa sebenarnya yang terjadi? Di manakah sebenarnya pesawat itu? Bagaimanakah nasib anak kapal dan penumpang di dalam pesawat itu?
Adakah lokasi pencarian itu tepat? Adakah aset pencarian tidak canggih sehingga sukar mendapatkan sebarang petunjuk? Sampai bilakah operasi mencari perlu dilakukan?

Malah ada juga yang bertanya; Apa tindakan seterusnya jika pesawat diisytihar hilang? Adakah solat ghaib boleh dilakukan jika tiada sebarang kelibat ditemukan? Bagaimana dengan pampasan kepada waris keluarga dan siapa yang akan menanggung kos keseluruhan operasi?

Kesemua soalan ini diajukan Bernama kepada pakar penerbangan, bekas kapten kapal terbang, ahli akademik dan pakar agama bagi merungkai misteri kehilangan pesawat ini yang masih lagi belum terjawab sehingga kini.

Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal serta 227 penumpang, termasuk dua bayi itu, hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac lepas. Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Mengulas lanjut mengenai operasi mencari dan kawasan pencarian, seorang pakar penerbangan, Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata saiz sebuah pesawat B777 adalah sekitar 4,500 meter persegi, sementara luas kawasan pencarian adalah sekitar 59,600 kilometer persegi.

"Ini bermakna saiz pesawat tersebut hanyalah 0.078 peratus keluasan kawasan pencarian. Sedangkan pesawat AirAsia QZ8501 jatuh pada kedalaman hanya 30m iaitu 0.5 peratus kedalaman pesawat MH370.

"Itu pun telah mengambil masa dua minggu untuk menjumpai bahagian ekor pesawat QZ8501 dengan banyak petunjuk seperti serpihan dan mayat yang terapung," katanya yang membandingkan operasi mencari MH370 dengan pesawat AirAsia QZ8501.

Pesawat Airbus yang membawa 162 orang termasuk tujuh anak kapal, hilang daripada imbasan radar pada 28 Dis semasa dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia. Pesawat malang itu terhempas di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Indonesia.

Abdul Rahmat, bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia menjelaskan, pencarian untuk MH370 bukanlah satu pencarian yang mudah dan mencadangkan agar kapal dan peralatan ditambah bagi memperkuat operasi pencarian pesawat Boeing yang ke-404 dibina itu.

DCA isytihar kehilangan pesawat MH370 satu kemalangan, 239 dianggap terkorban

DCA isytihar kehilangan pesawat MH370 satu kemalanganKUALA LUMPUR: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ni dengan rasminya mengisytiharkan bahawa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 satu kemalangan dan kesemua 239 penumpangnya dianggap terkorban.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam satu pengumuman khas mengenai pesawat MH370 tersebut di stesen Radion dan Televisyen Malaysia (RTM).

"Oleh yang demikian, dengan rasa berat hati dan amat dukacita, bagi pihak Kerajaan Malaysia, kami secara rasminya mengisytiharkan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 telah terlibat dalam nahas berdasarkan Piawai Lampiran 12 dan 13 Konvensyen Chicago, bahawa kesemua 239 penumpang dan anak kapal di atas pesawat MH370 telah dianggap terkorban," katanya.

TG Nik Aziz dibenarkan pulang bila-bila masa

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mantan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan dibawa pulang ke rumahnya di Pulau Melaka, dekat Kota Bharu selepas doktor berpuas hati dengan kesihatannya.
 
Berikutan itu, sekumpulan doktor dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) mengunjungi rumah Mursyidul Am Pas itu pagi semalam untuk membantu menyempurnakan keperluan dan persiapan bagi keperluan Nik Abdul Aziz.
 
Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh, persiapan itu perlu bagi memastikan ayahnya yang masih letih dan lemah dapat menerima rawatan di rumah, di samping penjagaan rapi ahli keluarga.
 
"Ayah baru sahaja selesai latihan pemulihan. Alamdulillah dia sudah boleh duduk atas kerusi roda untuk kali pertama walaupun hanya mampu bertahan setengah jam.
 
"Keadaannya ini sudah cukup menggembirakan kami dan keluarga. Semoga ayah bertambah gagah hari demi hari," katanya dalam entri terbaharu facebook milik beliau mengenai kesihatan ayahnya.
 
Nik Abdul Aziz dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HUSM pada Isnin minggu lalu kerana uzur dan letih kesan daripada masalah prostat yang dihidapinya.
 

MH370: Waris berang disuruh tonton TV taklimat DCA

Waris penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 mempersoalkan tindakan kerajaan yang hanya menghubungi mereka di saat akhir untuk memaklumkan berkenaan sidang media kes tersebut hari ini.

Salah seorang daripadanya, Lim Wee Hoon berkata, beliau dihubungi oleh MAS pada kira-kira jam 2.40 petang ini dan diminta untuk mengikuti siaran langsung sidang media di televisyen.

"Mereka fikir saya boleh ada TV di hadapan saya sepanjang masa,” katanya kepada pemberita yang hadir ke sidang media tersebut.

Walaupun ia merupakan acara untuk petugas media, sekurang-kurangnya tujuh orang waris penumpang hadir ke kawasan acara tersebut dan mengambil tempat duduk di kalangan petugas media.

Mereka mendakwa mendengar desas desus mengenai sidang media tersebut sejak Selasa malam lalu.

Siaran tersebut dijadualkan berlangsung pada jam 3.30 petang dan kemudiannya dibatalkan pada saat akhir petang ini disebabkan kehadiran waris tersebut.

Mangsa tsunami Kedah 10 tahun lalu belum dapat rumah


KUALA MUDA: Selepas 10 tahun tragedi tsunami yang kesannya turut membadai negara ini, masih terdapat mangsa tragedi itu yang belum mendapat bantuan seperti dijanjikan.
Bekas Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK) Kampung Tepi Sungai, Ismail Osman, 59 tahun memaklumkan, sehingga kini pemindahan bagi fasa kedua mangsa tsunami tidak dilakukan sebaliknya perumahan dibina kepada pihak yang dianggap tidak memerlukannya.
“Selepas tsunami, Menteri Besar, Dato’ Seri Syed Razak Syed Zain dan Adun Pantai Merdeka, Dr Shuib Saidin maklum kerajaan telah gazetkan tanah 150 hektar untuk buat penempatan baru rakyat yang musnah dan yang berpotensi terkena semula tsunami. Dato’ Seri Abdullah Badawi yang mengisytiharkan untuk penempatan semula ketika itu.
"Pemindahan Fasa Satu sebanyak 100 keluarga yang rumahnya musnah teruk atau lenyap dipindahkan ke rumah sementara di Taman Permatang Katong. Manakala pihak kami Fasa Dua iaitu sebanyak 200 keluarga yang tinggal di persisiran pantai walaupun rumah tidak lenyap tetapi rosak teruk serta berpotensi kena tsunami semula.

Datuk Seri Dr Wan Azizah lebih kuat sekarang, kata Johari

Johari Abdul 
PETALING JAYA - Kemampuan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menerajui PKR dan meneruskan kerjasama politik dengan DAP dan Pas tidak boleh diragui jika peristiwa hitam pada 1999 berulang sekali lagi.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Johari Abdul berkata, bosnya atau lebih mesra dengan panggilan Kak Wan lebih kuat dan bersedia berbanding ketika menerajui Barisan Alternarif jika suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan bersalah.
 
"Ketika Barisan Alternatif (BA) ditubuhkan pada 1997, Kak Wan masih presiden, sudah tentu kita sudah mengharungi saat getir masa itu, begitu juga DAP dan Pas, tapi kita berjaya menguruskan bersama.
 
"Malah Kak Wan sudah beberapa kali mengharungi saat yang sukar, saya yakin kali ini dia boleh hadapinya kerana dia tidak keseorangan, dia mempunyai pemimpin berkaliber di sekelilingnya.
 
" Saya tidak lihat ada masalah (jika Anwar dipenjara) malah dulu tiada ahli parlimen pun, tapi sekarang 31 ahli parlimen dan beberapa Adun bersamanya, dia lebih kuat sekarang," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
 
Beliau berkata demikian mengulas kredibiliti dan keupayaan Adun Kajang itu yang dicurigai ketika peristiwa perebutan jawatan menteri besar di Selangor tahun lalu.
 
Krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor tercetus dengan 'Langkah Kajang' yang dimulakan Pengarah Strategi PKR ketika itu, Rafizi Ramli yang bertujuan menjadikan Ketua Umum PKR itu sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

DCA tidak peka perasaan kami - keluarga MH370

Setiap kali bercakap, suaranya tersekat menahan sedih.
 
Airmatanya sudah kering mengenangkan nasib suami tersayang, Patrick Gomez yang hilang bersama pesawat MH370 milik Malaysian Airlines sejak 8 Mac tahun lalu.
 
Persoalan yang menghantui fikiran Jacquita Gonzales adalah kenapa tidak ada laporan berterusan mengenai kehilangan pesawat Boeing, B777-200ER itu?
 
"Kalau hilang, tolong beritahu hilang di mana. Kenapa boleh hilang sehingga satu bukti pun tak boleh ditemui.
 
"Saya dan semua keluarga mangsa sentiasa ternanti-nanti perkembangan terkini tetapi pihak yang bertanggungjawab langsung tidak memaklumkan apa-apa," katanya ketika menjawab soalan wartawan di Putrajaya petang tadi.
Lebih menyedihkan kata Jacquita, pertemuan petang ini di pejabat Jabatan Penerbangan Awam (DCA) juga tidak diberitahu kepada keluarga mangsa.
 
"Kami datang sebab dapat maklumat daripada wartawan dan bukannya atas jemputan DCA. 
 
"Kenapa boleh jadi begini sedangkan kamilah yang sepatutnya tahu apa juga perkembangan mengenai MH370.
 
"Sikap yang ditunjukkan oleh DCA seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan kami," katanya sambil menahan sebak.

Rakaman taklimat DCA akan disiarkan jam 6 petang ini oleh RTM

Selepas pelbagai jangkaan, pengumuman berhubung insiden melibatkan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines dibatalkan pada saat-saat akhir.

Sidang media anjuran Jabatan Penerbangan Awam (DCA) itu akan sepatutnya diadakan pada jam 3.30 petang di Putrajaya.

Ia bagaimanapun dibatalkan ekoran “kehadiran waris penumpang di majlis taklimat", kata DCA dalam kenyataannya petang ini.

Bagaimanapun, taklimat oleh Ketua Pengarah DCA,  Datuk Azharuddin Abdul Rahman itu dirakam dan akan disiarkan pada jam 6 petang ini.

Menurut DCA, ia akan disiarkan melalui stesen nasional RTM.

"Kenyataan akan dikeluarkan kepada media secara elektronik sebaik ia dikeudarakan," kata DCA.

Jenaka apa yang DCA cuba lakukan? - Waris MH370

Sidang media batal: Jenaka apa yang DCA cuba lakukan? - Waris MH370
KUALA LUMPUR: Waris kepada seorang penumpang MH370 yang enggan dikenali menyatakan kekecewaan kerana sidang media berhubung pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang lebih 10 bulan yang lalu dibatalkan tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Bagaimanapun jelasnya, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) seharusnya memaklumkan secara peribadi kepada keluarga waris sebelum membuat keputusan untuk mengadakan sidang media berkenaan.

Ujarnya, situasi itu turut disifatkan 'jenaka' DCA yang tidak harus dilakukan pada saat semua waris menanti-nanti khabar terkini berkenaan pesawat malang berkenaan.

"Tidak tahu hendak cakap apa lagi. Sepatutnya maklum secara peribadi kepada keluarga baru adakan sidang media.

"What a joke (Jenaka apakah ini?)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Panggilan sidang media tergempar yang dijadual diadakan di Putrajaya itu dimaklumkan kepada media melalui satu e-mel yang dikirimkan pada pagi Khamis.

Hikayat 1MDB

 


Lagu diatas saya dedikasikan kepada Tun Dr Mahathir. Saya mohon, demi Malaysia, Dr Mahathir jangan berhenti mendedahkan incompetence Najib sebagai PM dan menteri kewangan.
Negara akan jahanam jika dibiarkan. Please continue to ask Putrajaya to come clean with1MDB. Jjika dibiarkan, betul2 akan menjadikan 1 Malaysia Dalam Bahaya.

Sudah banyak ulasan teknikal yang di lakukan keatas isiu 1MDB. Kita boleh baca The Edge Malaysia, Tony Pua, Rafizi Ramli, Anil Netto, Ousyed The Box dan lain2. Blogger terakhir telah disenaraikan sebagai duri dalam daging oleh askar cyber UMNO.
We cannot say we are unhappy about this development.
Mari kita leraikan isiu nya dari sudut yang lain.
Mula dengan bertanya, kenapa 1MDB ditubuhkan? Perlu atau tidak 1MDB diujudkan sebermulanya?
Asset 1MDB secara pukul rata nya ialah jaminan kerajaan. Takde jaminan kerajaan dan tidak ada penjualan asset yang sengaja direndahkan harga, 1MDB is just a glorified State Owned Enterprise.
Surat sokongan kerajaan, tidak perlu dolak dalih, secara efektif nya ialah surat jaminan. Kalau tidak ada surat jaminan, adakah kita ingat mana2 bank nak beri pinjam?
Kita sudah ada khazanah Nasional  Berhad. Jadi kenapa kita hendak reinvent the wheel? Kita ada TNB yang ada kemahiran dalam penjanaan kuasa letrik dan tenaga.  Kita ada berpuluh syaikat pemaju hartanah yang ada rekod baik untuk membina kediaman golongan T20. T20 golonan 20% teratas- geng maha kay. Dan kita ada PETRONAS untuk bisness minyak dan gas dan pemasaran teknoloji cari gali.
Jadi kenapa? Untuk buat pelaburan supaya mendapat hasil lumayan? Hasil lumayan yang diimpikan itu apa? membentuk Malaysia menjadi pusat industry penjana kuasa , minyak dan gas serta eksplorasi minyak serta gas?
Dan menjadikan Malaysia pusat pemajuan hartanah? Tun Razak Exchange TRX. Tanah ini dijual dengan harga yang murah kepada 1MDB. Tanpa berbuat apa2, tanah hanya perlu dinilai semula, TRX sudah untung ratusan juta. Penilaian semula ini yang menyelamatkan akaun 1MDB. Demikian juga tanah sungai besi yang dibeli pada harga murah. Dinilai semula memberi 1MDB keuntungan. Sekali lagi selamatkan 1MDB.
Tapi ada siapa tanya, siapa yang memutuskan harga jualan? Siapa yang membuat penilaian? Siapa yang memutuskan menjual tanah TRX pada harga yang murah? Siapa yang memutuskan jual tanah Sungai Besi pada harga rendah? 
Orang yang ada dalam inudustri ini sudah lama tahu- ia telah menjadi modus operandi mereka yang berkuasa membuat keputusan dalam kes seperti ini untuk ambil komisyen dan tipu harga. Kalau berani adakan odit keatas penjualan tanah TRX dan Sungai Besi.

'Penyokong Pakatan kecewa, minta pemimpin henti berbalah' - Khalid

Dewan Ulamak PAS Pahang bantah kempen ‘Asalkan Bukan UMNO’ (ABU)

Rakyat News RSS
Dewan Ulamak PAS Pahang membantah kempen Asal Bukan UMNO (ABU) yang dilancarkan beberapa pemimpin dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro Pembangkang terutamanya pengikut Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketuanya, Ustaz Mokhtar Senik berkata, konsep itu dilihat hanya berasaskan sentimen politik yang menghalalkan cara.
“Ada pihak nak lagakan saya dengan Tuan Guru Nik Aziz supaya ahli-ahli PAS yang kasihkan pimpinan soleh itu pula berlaga dengan saya.
“Usaha kamu gagal. Sebab kami bukan makhluq yang berlaga tak tentu pasal. Kami hanya akan berlaga dengan orang yang Allah suruh kami berlaga.
“Sebab itu kami tak dokong dasar perjuangan kamu yang berkongsepkan ABU. Arus kamu dibentuk oleh sentimen politik semata-mata sedang kami dibentuk oleh arus ad-Diin,”katanya menerusi laman facebooknya.
Beliau berkata demikian memetik kenyataan individu yang menyerang beliau dengan menegaskan “kalau PAS nak kerjasama dengan UMNO tunggu saya mati”.
Kenyataan sedemikian didakwa telah dilontarkan dari Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadapnya.

MH370: Sidang media DCA batal mengejut menimbulkan tanda tanya

IMG-20150129-WA0055
Pihak media dan ahli keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MAS penerbangan MH370 nyata kecewa dengan pembatalan sidang media itu.

PUTRAJAYA, 29 Januari:

Pembatalan mengejut sidang media berhubung perkembangan terkini tragedi kehilangan pesawat MH370 menimbulkan tanda tanya.
Pihak media dan ahli keluarga penumpang dan anak kapal pesawat malang itu menunggu seawal jam 2 petang di Dewan Serbaguna DCA bagi mengikuti perkembangan mengenainya.
Namun pembatalan secara mengejut itu dibuat tanpa sebarang alasan hingga menimbulkan persoalan terutamanya kepada ahli keluarga yang terlibat.
Pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bagaimanapun hanya menyatakan bahawa sidang media berkenaan hanya diadakan untuk pihak media sahaja.
“Maklumat mengenai sidang media ini telah bocor dan ramai ahli keluarga mangsa terlibat datang pada hari ini. Kita tidak mahu semua ini.
“Pihak kami hanya mahu mengadakan pertemuan dengan pihak media sahaja,” dedah sumber terbabit.
Dalam pada itu, sumber tetrbabit turut menyatakan bahawa sidang media lain akan diadakan semula untuk mendedahkan maklumat terbaru itu.
Sementara itu, kekecewaan jelas terpancar di wajah ahli keluarga yang hadir setelah mengetahui sidang media terbabit dibatalkan.

UM dengar rayuan pemimpin pelajar 11 Feb

Universiti Malaya (UM) akan mendengar rayuan pemimpin pelajar Fahmi Zainol yang digantung pengajian kerana menganjurkan perhimpunan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa kebenaran.

Katanya, perkara itu dimaklumkan melalui sepucuk surat daripada jawatankuasa itu yang bertarikh 11 Februari.

Tarikh itu kebetulan jatuh sehari selepas keputusan terhadap rayuan akhir Anwar di Mahkamah Persekutuan dalam kes Liwat II disampaikan.

Menurut Fahmi, surat itu juga berkata belia dibenar membuat penjelasan bertulis atau lisan dalam prosiding itu.

Beliau bagaimanapun berkata tidak akan memilih salah satu kaedah itu, tetapi akan melaksanakan kedua-duanya sekali.

“Semua tertuduh termasuk saya akan bentang secara lisan dan dalam masa sama akan serah juga secara bertulis,” katanya kepada Malaysiakini.

UM pada 9 Disember lalu menggantung pengajian Fahmi, bekas presiden persatuan pelajar, selama dua semester dan didenda RM600.

Sidang media MH370 oleh DCA dibatalkan, jejas pengurusan persepsi

Sidang media MH370 oleh DCA dibatalkan, jejas pengurusan persepsi
KUALA LUMPUR: Wartawan dan orang ramai yang menanti sidang media daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) yang dijadualkan berlangsung jam 3.30 petang tadi menerima khabar mengejutkan apabila ia dibatalkan.

Sidang media yang amat dinanti-nanti tersebut sepatutnya disampaikan oleh Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan antara perkara yang dijangka akan disampaikan adalah mengenai situasi terkini misi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370.

Pengumuman itu dibuat sekitar jam 4.05 petang di Dewan Serbaguna DCA di Putrajaya di hadapan ratusan media dan juga beberapa waris keluarga penumpang.

Sementara itu, di studio Astro AWANI, bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia, Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff yang sedang menjadi panel undangan dalam program Buletin AWANI Khas memberitahu, pembatalan sidang media itu mengejutkan.

“Sidang media ini dikendalikan oleh sebuah jabatan kerajaan. Jika tidak bersedia, jangan diumumkan atau memanggil wartawan. Ini menjejaskan pengurusan persepsi memandangkan berita ini dinanti-nanti oleh seluruh rakyat Malaysia malah komuniti di seluruh dunia,” ujar beliau.

Abdul Rahmat Omar khuatir ia akan membawa lebih banyak cemuhan terhadap negara ini khususnya dari komuniti antarabangsa.

Altantuya: Proses bawa pulang Sirul bakal lebih rumit, kata Wan Junaidi

Usaha untuk membawa Sirul Azhar Umar pulang ke Malaysia akan lebih rumit selepas beliau kini dikatakan sudah mempunyai peguamnya sendiri di Australia, kata Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Timbalan menteri dalam negeri itu berkata, sumber maklumat diperoleh memberitahu, terdapat barisan peguam yang sudah bersedia memberi khidmat guaman kepada bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) tersebut.
"Saya pun dah dengar juga, pihak tertentu mengumpul beberapa peguam bagi membela supaya Sirul (gambar) jangan dibawa balik ke Malaysia untuk dihukum gantung," katanya kepada The Malaysian Insider ketika diminta mengulas mengenai status Sirul.
 Wan Junaidi tidak menolak kemungkinan besar prosiding pendengaran di Mahkamah Australia akan berlaku dan kerajaan Malaysia akan terpaksa mengikut proses undang-undang di negara tersebut dalam usaha membawa balik Sirul.
"Kalau ini berlaku, satu perbicaraan di mahkamah di Australia akan dilaksanakan, kita tidak boleh tentukan, terserahlah kepada keputusan mahkamah tersebut dalam kes ini nanti," katanya.
Buat masa ini, Wan Junaidi berkata, kerajaan akan mengambil keputusan tunggu dan lihat sebelum memutuskan langkah seterusnya.
"Sebab itu kita berdiam diri sekarang ini, sebab pelaksanaan ini ialah proses undang-undang antarabangsa," katanya. Sirul dan seorang lagi anggota UTK, Azilah Hadri didakwa membunuh Altantuya Shaariibuu pada 2006 dan disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi pada 2009. Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul dan membebaskan mereka daripada tuduhan berkenaan.
Pada 13 Januari lepas, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Sirul dan Azilah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.
Bagaimanapun, Sirul, 43, tidak hadir di mahkamah ketika keputusan dibuat dan beliau kemudiannya disahkan melarikan diri ke Australia dan berada di Brisbane.
Susulan itu, Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap ke atasnya. Media Australia melaporkan beliau ditahan kerana kesalahan imigresen.

Mustafa mohon maaf kepada Anwar, ia hanya salah persepsi

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar, kiri) hari ini memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim jika ketua pembangkang itu tersinggung ekoran apa yang didakwa beliau sebagai “satu salah faham” susulan sidang media yang diadakannya semalam.
"Akibat silap lapor, ia menimbulkan persepsi seperti itu dan jika ia menyebabkan Anwar tersinggung, saya mohon maaf walaupun saya yakin Anwar sangat memahami saya," kata Mustafa dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.
Semalam, The Malaysian Insider melaporkan berita bertajuk "Pakatan lebih kukuh jika Anwar dipenjara, kata PAS" berdasarkan sidang media Mustafa di ibu pejabat parti.
Dalam laporan itu dinyatakan, PAS menyifatkan sekiranya Anwar gagal dalam rayuan kes Liwat II dan dihumbankan ke penjara, hubungan Pakatan Rakyat (PR) akan menjadi lebih kukuh.
Mustafa berkata, semasa penubuhan Barisan Alternatif (BA) sebelum tertubuhnya PR, Anwar ketika itu berada di penjara dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengetuai PKR.
“Itu bukan sebab (PR berpecah), (malah) lagi kukuh PR. Sebab kita kena bertanggungjawab meneruskan.
 “Waktu kita tubuh BA dulu pun Anwar masih di dalam (penjara) tetapi masih jalan,” katanya sebagaimana dilaporkan semalam.
Hari ini, Mustafa berterima kasih kepada kenyataan Datuk Saifudin Nasution Ismail yang menyedarkannya terdapat laporan yang dibuat berdasarkan salah faham terhadap kenyataannya. "Saya tidak pernah mendoakan Anwar masuk penjara.

Kampung Melayu banyak tergadai, mana PERKASA?

Tiada untungnya Mustafa debat Guan Eng, kata Khalid

PAS gesa rakyat tolak akta baru benarkan tahanan tanpa bicara

Wan Azizah prepared to lead without Anwar again

PKR to hold nationwide roadshow for Anwar

DCA batal sidang media perkembangan terkini pesawat MAS MH370

bm_MH370_UPDATES_L

PUTRAJAYA, 29 Januari:

Sidang media Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bagi mengumumkan status terkini tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu.
Berikut adalah perkembangan terkini sidang media tersebut:

4.00 petang

Jabatan Penerbangan Awam mengumumkan bahawa sidang media itu dibatalkan.

3.50 petang

Jabatan Penerbangan Awam mengumumkan tidak akan ada sesi soal jawab pada sidang media itu. Pihak media menunggu di Dewan Serbaguna DCA untuk sidang media itu.

3.40 petang

Beberapa lagi waris penumpang dan anak kapal MH370 tiba di DCA untuk mendengar perkembangan terkini.
Waris penumpang MH370 di DCA
Waris penumpang MH370 di DCA

3.30 petang

Lim Wei Win yang merupakan adik ipar kepada salah seorang penumpang MH370 turut berada di DCA. Seorang lagi warga China juga berada di DCA dan mahu suaminya dibawa pulang.

3.25 petang

MP PAS gesa Majlis Fatwa labelkan Perkasa ‘pelampau dan sesat’

Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini digesa mengeluarkan hukum melabelkan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) sebagai "golongan pelampau dan sesat" ekoran tindakan agresif mereka menceroboh tapak pembinaan kondominium mewah Datum Jelatek di Keramat, Ahad lalu. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menjatuhkan imej Melayu dan Islam, dan bertentangan dengan ajaran agama.
"Saya nak Majlis Fatwa keluarkan fatwa yang Perkasa ini NGO yang melampau dan sesat dan bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah supaya imej Islam dijaga, dan orang seperti ini tidak lagi dibenarkan merosakkan imej Islam," katanya pada satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam. 
Khalid berkata, Majlis Fatwa termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) perlu menyatakan pendirian tegas menangani masalah perkauman yang ditimbulkan Perkasa berlandaskan hujah tindakan mereka ditolak oleh Islam. "Saya tahu Perkasa itu Islam. Kalau tindakan mereka betul, kita minta Majlis Fatwa kata betul. Kalau salah, kata salah," katanya.

Tiga hujah pertahan pilihanraya kerajaan tempatan


KL

oleh DR ONG KIAN MING

Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, dalam kenyataannya pada 23 Januari telah menolak keperluan mengadakan pilihanraya kerajaan tempatan atas alasan ia akan menyebabkan ketidakstabilan, meluaskan jurang antara pembangunan bandar dan luar bandar dan mungkin mengakibatkan satu lagi peristiwa 13 Mei ( http://m.harakahdaily.net/index.php/presiden/33425-pembangunan-bandar-bermasyarakat-madani).
Saya tidak akan memberi respons kepada tuduhan tidak berasas ini, sebaliknya ingin menyatakan hujah-hujah kenapa kita memerlukan pilihanraya kerajaan tempatan. Mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan akan meningkatkan tahap kebertanggungjawaban, memberi cerminan yang lebih tepat terhadap perwakilan setempat dan meningkatkan ketelusan dalam keputusan perbelanjaan majlis bandar dan daerah.
Meningkatkan kebertanggungjawaban setempat
Setelah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen untuk lebih setahun setengah dan bekerja dengan ahli-ahli majlis dari majlis perbandaran Subang Jaya dan Kajang (MPSj dan MPKj), saya semakin memahami dan menghargai peranan ahli majlis. Ahli majlis, melalui pelbagai cara, merupakan pihak pertama yang bertindak terhadap masalah yang dialami penduduk, sama ada masalah pembuangan sampah, longkang tersumbat mahupun jalan berlubang.
Dalam sebuah demokrasi matang, wakil rakyat yang dilantik di peringkat negeri dan negara sewajarnya memberi tumpuan kepada hal-hal legislatif, manakala ahli majlis pula menumpukan kepada hal-hal pihak berkuasa tempatan.
Di Malaysia, ahli majlis dilantik oleh kerajaan negeri. Ramai darinya tidak dikenali penduduk setempat, walaupun di kawasan di bawah tanggungjawab mereka. Satu sebab mereka tidak dikenali ialah mereka tidak dipilih oleh penduduk. Saya boleh jamin mana-mana wakil rakyat di Malaysia pernah mendapat panggilan telefon meminta supaya menguruskan masalah sampah kerana “kami undi anda.” Mereka tidak boleh berkata demikian kepada ahli majlis.
Dalam aturan semasa, ahli majlis tertakluk kepada parti politik yang melantiknya berbanding kepada penduduk yang sepatutnya mereka layani. Walaupun seorang ahli majlis yang tidak menunjukkan prestasi yang baik tidak akan mendapat sokongan Ahli Parlimen atau Adun untuk terus berkhidmat sebagai ahli majlis, persoalan akauntabiliti atau kebertanggungjawaban masih tidak terjawab. Seorang ahli majlis yang tidak buat kerja boleh terus memegang jawatan selagi dia dilindungi oleh partinya. Di kawasan-kawasan di mana wakil rakyat dan ahli majlis berbeza parti politik, garis kebertanggungjawaban ini malah menjadi lebih kabur.
Oleh yang demikian, pilihanraya kerajaan tempatan adalah cara terbaik untuk mengembalikan hubungan antara penduduk dan ahli majlis. Mereka harus berkempen untuk dilantik. Mereka harus membuat janji-janji pilihanraya dan menghasilkan manifesto. Profil mereka di kalangan penduduk akan meningkat. Kebertanggungjawaban terhadap penduduk yang mengundi mereka juga akan meningkat. Ini antara sebab-sebab kuat kenapa pilihanraya kerajaan tempatan perlu dikembalikan.
Memberi cerminan yang lebih baik kepada perwakilan politik setempat
Dalam keadaan semasa bagi parti politik, peringkat pihak berkuasa tempatan adalah sebuah permainan campur-tolak. Siapa sahaja yang mengawal kerajaan negeri, dialah yang mengawal pelantikan semua ahli majlis tanpa mengira sokongan politik terhadap parti di peringkat setempat.
Contohnya, PAS mungkin telah memenangi kesemua empat kerusi DUN dan Parlimen di Kuala Terengganu tetapi mereka langsung tidak mempunyai wakil dalam Majlis Perbandaran Kuala Terengganu. Begitu juga Umno yang menang 7 daripada 21 kerusi DUN di Seberang Perai tetapi mereka langsung tidak mempunyai wakil dalam Majlis Perbandaran Seberang Perai. Pakatan Rakyat memenangi 9 daripada 11 kerusi Parlimen di Kuala Lumpur tetapi langsung tidak mempunyai wakil dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan akan memberikan cerminan lebih baik kepada perwakilan politik tempatan bagi semua pihak, tidak kira Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.
Plilihanraya kerajaan tempatan tidak akan bermakna DAP akan mendominasi pertandingan di kawasan-kawasan bandar untuk dua sebab. Pertama, kemunculan parti-parti lain dan kuasa politik yang lebih kuat di kawasan bandar. Tidak mustahil bagi seorang calon yang mewakili kepentingan alam sekitar atau sebuah parti alam sekitar memenangi pilihanraya kerajaan tempatan. Calon-calon dengan isu tunggal seperti anti-KIDEX atau pro-haiwan mempunyai kemungkinan menang yang lebih tinggi di majlis perbandaran Petaling Jaya berbanding daerah bukan-bandar di mana mobilisasi berdasarkan satu isu mungkin lebih mencabar.
Kedua, komposisi etnik bagi kebanyakan majlis bandaran telah berubah secara signifikan sejak insiden 13 Mei 1969. Penghijrahan warga Melayu dari kawasan luar bandar ke kawasan-kawasan bandar telah menjadikan daerah seperti Kuala Lumpur jauh berbeza hari ini berbanding keadaannya pada tahun 1969.
Menurut data bancian 2010, penduduk Melayu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (45.9%) melebihi penduduk Cina (43.2%). Malah daripada 3 Dewan Bandaraya, 9 Majlis Perbandaran dan 37 Majlis Daerah di Malaysia, hanya 6 yang mempunyai penduduk Cina yang melebihi Melayu – Ipoh, Kuching Selatan, Johor Bahru Tengah, Pulau Pinang, Sibu dan Subang Jaya! Dengan kata lain. 88% daripada kawasan bandar ini mempunyai penduduk Melayu yang ramai. Malah di tempat seperti Petaling Jaya, penduduk Melayu (46.2%) melebihi Cina (39.6%).
Sementara orang Melayu mungkin kurang diwakili di kebanyakan kawasan bandar akibat daripada profil demografi yang lebih muda, adalah salah untuk mendakwa bahawa DAP akan mendominasi pilihanraya kerajaan tempatan dengan alasan bahawa kawasan bandar didominasi kaum Cina.
Lebih ketelusan dalam proses belanjawan

Dapatkah ‘bro-mantika’ Guan Eng dan Mat Sabu selamatkan Pakatan dari perpecahan?

Oleh Alyaa Alhadjri
Bak sebuah bom jangka yang sedang berdetik, gabungan Pakatan Rakyat yang berusia enam tahun sedang terancam untuk memusnahkan dirinya dan harapan penyokong, melainkan jika ada seorang pemimpin yang boleh menawar diri untuk membantu menamatkan persengketaan yang semakin memuncak di antara PAS dan DAP.

Lagipun, Mohamad diketahui berkawan rapat dengan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng dari masa mereka berkongsi sel penjara di pusat tahanan Kamunting, berikutan penangkapan mereka di bawah ISA dalam Ops Lalang.
Kisah ‘bro-mantika’ mereka mendapat liputan beberapa tahun lalu, sebagai salah satu punca persetujuan perikatan Pakatan.
Pemimpin dari kedua-dua parti itu berbalah secara terbuka dalam beberapa minggu kebelakangan ini, mengenai rancangan masing-masing untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan dan pilihan raya majlis perbandaran di Pulau Pinang.
Persengketaan awam itu bagaimanapun memuncak hari ini dengan setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali menggambarkan Lim sebagai seorang yang "mulut celupar”.
Portal atas talian Malaysiakini memetik Mustafa sebagai berkata: "Dia kata saya tak jujur. Saya nak jelaskan di sini, perkataan yang digunakan Guan Eng itu bukan sahaja tidak tepat, tak betul tetapi menggambarkan dia seorang yang mulut celupar.”
“Saya tak pernah berbincang atau dihubungi Guan Eng berkaitan dengan isu enakmen pilihan raya PBT ini, sebelum enakmen itu dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (pada tahun 2012),” Mustafa dipetik sebagai berkata dalam sebuah sidang akhbar di ibu pejabat PAS di sini.
"Tetapi saya mengaku selepas beberapa hari enakmen itu diluluskan, dia ada hubungi saya melalui telefon," kata Mustafa, sambil menambah bahawa beliau bersedia untuk mengadakan perbahasan dengan Lim mengenai perkara itu.
Telah ditegaskan sebelum ini bahawa wakil tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang juga telah mengundi supaya enakmen itu diluluskan, tetapi ketika dihubungi untuk mendapatkan komen, ADUN Permatang Pasir Datuk Salleh Man hanya berkata: "Saya telah memberikan jawapan saya kepada Datuk Mustafa. Saya tidak ada komen lanjut."

Apa Ertinya "Pembunuhan Biasa" Wahai Razak Baginda, Kenapa Kamu Lari ke Luarnegara?

Sembilan tahun berlalu, penganalisis politik Abdul Razak Baginda masih tidak tahu motif pembunuhan kekasihnya Altantuya Shaariibuu, tetapi sedia maklum ramai yang mati tanpa sebarang penjelasan kukuh semasa dalam tahanan polis.

Razak dibebaskan daripada bersubahat dengan pembunuhan itu pada tahun 2006 tetapi dua komando polis didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan selepas rayuan terakhir bulan ini.

"Hanya dua anggota polis itu sahaja yang tahu. Polis yang penyangak memang bunuh orang, seperti dalam kebanyakan kes reman," Razak memberitahu The Malaysian Insider ketika ditanya pendapatnya terhadap motif pembunuhan itu.

Mereka ialah Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, bekas kakitangan Unit Tindakan Khas (UTK). Namun, motif pembunuhan itu tidak dapat dipastikan. Mahkamah Persekutuan, bagaimanapun, memutuskan keterangan mengikut keadaan sudah cukup untuk menghukum kedua-duanya ke tali gantung.

Azilah sedang berhadapan hukuman mati manakala Sirul melarikan diri ke Australia. Pihak berkuasa Malaysia memohon agar dia diekstradisikan.

Bercakap kepada The Malaysian Insider baru-baru ini, Razak berkata spekulasi mengenai kes itu sudah sampai ke tahap tidak masuk akal.

"Keadaan ini sudah menjadi agak tidak masuk akal dari segi spekulasi. Spekulasinya lebih kurang sama seperti sebelum ini tetapi kini, lebih berbelit kerana kita sampai ke penghujung proses undang-undang yang panjang.

"Ia jadi berbelit-belit kerana Sirul melarikan diri dan pergi ke Australia," kata Razak, sambil menambah beliau bersedia untuk bercakap sekarang kerana dari sudut undang-undang, kes jenayah itu sudah berakhir.

Beliau juga menyentuh laporan mengenai luahan hati ibu Sirul Azhar, mengatakan anaknya diperangkap.

"Apa lagi yang kita nak jangkakan keluar dari mulut ibunya?" katanya.

Razak merujuk laporan anak Sirul Azhar tiba-tiba muncul menulis di laman Facebook, mengatakan dia berada di Australia bersama ayahnya.

Pengguna Facebook yang menggelar dirinya Shuk Sz itu mendakwa sebagai anak Sirul Azhar yang berusia 19 tahun.

Dalam postingnya, Shuk Sz berkata Sirul dipanggil memberi kenyataan tetapi tidak menyebut pihak berkuasa mana yang memanggilnya. Beliau berkata jika kenyataan itu boleh mencemar reputasi Malaysia.

"Kita malah tidak tahu kesahihan akaun Facebook itu, tetapi ia mendapat liputan. Tiada siapa yang terfikir untuk memeriksanya?

"Jika anda hanya menganggap ini sebagai pembunuhan dan tidak mempolitikkannya, maka ia hanya satu kes pembunuhan semata-mata," katanya.

Razak bertegas dua anggota polis itu bertindak menurut kemahuan mereka sendiri ketika melakukan pembunuhan itu, sambil menambah, "ini yang diputuskan mahkamah".

"Akhirnya, prosiding mahkamah begitu telus, beberapa peguam pembelaan terbaik turut terlibat, termasuk mendiang Karpal Singh. Hakim sangat liberal, memberi peluang kepada semua orang untuk bertanya soalan."

Beliau mempersoalkan dakwaan konspirasi dalam kes ini walaupun tiada bukti menyokongnya.

"Masih ada orang di luar sana yang yakin polis tidak boleh melakukan ini tanpa arahan.

"Berapa ramai orang yang mati dalam tahanan reman? Kiraan terakhir ialah 156 pada tahun 2008 dan angka itu semakin bertambah. Jadi, siapa yang mengarahkannya?"

Keterangan dalam mahkamah mendedahkan wanita Mongolia itu dibunuh sama ada dengan bahan letupan C4 atau dibunuh terlebih dahulu dan mayatnya dihapuskan pada 18 Oktober 2006, di pinggir bandar Shah Alam, berhampiran ibu kota Kuala Lumpur.

Semasa perbicaraan, Razak yang juga rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, mendapatkan pertolongan Timbalan Superintenden Musa Safri kerana tidak tahan dengan gangguan daripada Altantuya.

Musa pada masa itu merupakan pembantu peribadi Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri.

Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati ke atas Azilah dan Sirul selepas perbicaraan berterusan selama 159 hari.

Pada 23 Ogos, 2013, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membebaskan dua anggota polis itu kerana kekurangan bukti.

Malah, Hakim Tengku Maimun Tengku Mat, yang membacakan keputusan berkata, mereka sepatutnya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Hakim memutuskan kegagalan memanggil Musa adalah punca kekalahan kes pendakwaan itu.

Tengku Maimun mengingatkan episod buruk dan dahsyat itu bermula dengan permintaan Razak kepada Musa sebelum Azilah dan Sirul dilibatkan.

Pihak pendakwaan berkata tidak perlu memanggil Musa sebagai saksi kerana beliau hanya seorang sampingan dalam kes itu, dan afidavit Razak yang menyokong permohonan ikat jaminnya mendedahkan peranan pegawai kanan polis itu terhad kepada memperkenalkan beliau (Razak) kepada ketua polis Brickfields.

Malah Sirul, yang memberi kenyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh, berkata Musa tidak terlibat dan tidak memberi sebarang arahan.

Sirul juga merayu hakim agar tidak dikenakan hukuman mati itu.

"Saya kambing hitam yang harus dikorbankan untuk melindungi orang-orang yang tidak dinamakan," katanya.

Azilah memberi notis alibi kepada pihak pendakwa mengatakan beliau tidak berada di lokasi kejadian jenayah, dan mengemukakan salinan diari stesen menunjukkan beliau berada di Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman pada masa kejadian.

Penghakiman menegaskan Azilah dan Sirul dikesan di hotel di mana Altantuya tinggal dan kedua-dua berada di luar rumah Razak pada malam dia hilang.

Mahkamah juga menerima keterangan maklumat yang membawa kepada penemuan apabila mereka secara sukarela membawa polis ke tempat kejadian yang terpencil itu.

Tambahan pula, Sirul tidak dapat memberi penjelasan berkenaan selipar berlumuran darah yang ditemui di dalam keretanya dan penemuan barang kemas di rumahnya.

Berikut sebahagian petikan wawancara Razak dengan TMI :

TMI: Kenapa anda bersuara sekarang?

Razak: Masalahnya ialah, keadaan sudah menjadi sangat tidak masuk akal. Ya Tuhan, orang pusing dan putar belit cerita. Sekarang tiba-tiba anaknya muncul (anak Sirul Azhar) dan terbaharu yang saya dengar, ibunya kata dia diperangkap. Apa lagi yang kita nak jangkakan keluar dari mulut ibunya? Lebih kurang spekulasi yang sama, tetapi sekarang lebih berbelit kerana kita sudah hampir sampai ke penghujung proses. Semua spekulasi yang dibuat sudah tentu membuatkan saya lebih marah. Dari sudut undang-undang, kes jenayah kini sudah berakhir dan itulah sebabnya saya bercakap sekarang.

Boleh anda kongsikan pengalaman anda di penjara?

Tiada siapa nak masuk penjara. Saya dengar orang cakap, "Saya tak peduli, saya nak masuk penjara". Jangan cakap macam tu sebab anda tak pernah cuba. Saya sangat kecewa, kerana saya tidak bersalah. Saya terus-terusan menyoal diri, apa saya buat di sini? Satu lagi kekecewaan ialah, kes mahkamah yang berlarutan. Saya benci cuti umum kerana cuti umum bermakna kes itu akan ditangguhkan lagi. Ia satu pengalaman yang dahsyat.

'PAS, apa sebenarnya hala tuju kamu?'

Pemerhati politik berpendapat kepimpinan tertinggi PAS perlu menyatakan secara jelas mengenai hala tuju parti itu terutamanya kedudukan dalam Pakatan Rakyat supaya haluan mereka lebih difahami.

Mereka mempersoalkan mengenai perkara itu ekoran wujudnya perbalahan antara PAS dengan parti komponen dalam Pakatan dan pada masa yang sama parti Islam itu masih mahu berada dalam gabungan pembangkang itu, lapor akhbar Sinar Harian hari ini.

"PAS kena nyatakan dasarnya... hala tujunya ke mana. Sebab sekarang ini tidak jelas. Nampak macam ada perbalahan dengan rakan dalam Pakatan tapi dalam masa yang sama nampak bersama-sama dengan Pakatan untuk menyumbang dan sebagainya.

"Jadi sekarang ini apa sebenarnya hala tuju PAS selepas PRU-13 dan menuju ke PRU-14 nanti,” kata Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dipetik.

Dalam laporan itu menyebut, Mohd Azizuddin berkata terdapat tiga pilihan untuk PAS ambil bagi menjelaskan pendirian mereka iaiatu sama ada bekerjasama dengan BN, supaya BN boleh dimantapkan atau bersama dengan Pakatan dan menegaskan menolak Umno.

"Ataupun PAS mahu ambil jalan ketiga iaitu tidak memilih kedua-duanya (dengan) menjadi parti yang bergerak sendiri tanpa dalam PR dan juga tanpa dalam BN," Azizuddin lagi.

Laporan itu juga memetik Penganalis Geopolitik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Mohd Fuad Mat Jali bersetuju dengan Mohd Azizuddin dan menegaskan teka-teki PAS hanya boleh dijawab parti tersebut.

'Pakatan longgar'

'Tiada untungnya Mustafa debat Guan Eng' - Khalid

Ahli jawatankuasa pusat PAS, Khalid Samad cuba meredakan pertikaian di antara setiausaha agungnya, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dengan menganggapnya sebagai “masalah peribadi” semata-mata.

Beliau juga melibat cabaran Mustafa untuk berdebat dengan Lim sebagai usaha yang “tidak menguntungkan”, namun meminta agar kedua-duanya bertemu untuk mencari penyelesaian.

"Saya nampak ia seolah-olah perkara peribadi. Tak nampak untungnya. (Kalau boleh) biarlah jumpa untuk berbincang dan cari penyelesaian," katanya dalam satu sidang media di Shah Alam

‘Undi ketiga’ perjuangan DAP sejak awal


Voters queue up to cast their ballots during the general elections in Pekan


DAP memperjuangkan pilihanraya kerajaan tempatan ini bukan baru minggu lepas. Perjuangan DAP menuntut supaya dikembalikan pilihanraya kerajaan tempatan ini bermula sejak Suruhanjaya Siasatan Diraja Athi Nahappan mengenai pelaksanaan undi ketiga mencadangkan supaya pilihanraya tersebut dikembalikan.
Ya, dikembalikan. Ini tema besar banyak kenyataan media Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang sejak bermula perdebatan di media mengenai undi ketiga. Pilihanraya kerajaan tempatan adalah pilihanraya pertama yang diadakan di dalam negara, seawal 1951 di Pulau Pinang dan kemudian diikuti Kuala Lumpur pada tahun berikutnya.
Perdana Menteri pada waktu itu, Tunku Abdul Rahman menangguhkan pilihanraya kerajaan tempatan pada tahun 1965 ketika Konfrontasi Indonesia. Ia bukan sahaja tidak kembali berlangsung walaupun pasca saranan Suruhanjaya Athi Nahappan pada tahun 1968 supaya undi ketiga dikembalikan menggantikan sistem lantikan, yang menurut Athi Nahappan adalah merupakan tinggalan kolonial dan bukan alternatif terbaik kepada sistem pemilihan langsung oleh pembayar cukai.
Ini katanya kerana ahli majlis seharusnya mempunyai kebertanggungjawaban terhadap pembayar cukai yang memilihnya melalui pilihanraya, dan bukan terhadap parti-parti politik yang melantiknya ke jawatan tersebut.
Kit Siang, ketika berucap sebagai Setiausaha Organisasi DAP pada 22 Januari 1969 telah membidas penafian hak demokratik kepada rakyat akar umbi oleh kerajaan Perikatan pada waktu itu dengan menggantung pelaksanaan pilihanraya kerajaan tempatan. Beliau menggesa cadangan-cadangan laporan Athi Nahappan dilaksanakan sebelum pilihanraya umum berlangsung.
Jadi tidak tepat sekiranya ada yang mendakwa bahawa pilihanraya kerajaan tempatan adalah sebuah agenda baru DAP selepas ia telah merasai nikmat berkuasa dan mahu lebih banyak kuasa. DAP telah memperjuangkan undi ketiga, hak demokratik rakyat yang dinikmati di negara-negara yang mengamalkan demokrasi, sejak sekian lama.

Tak perlu cabar DAP debat, memadai Presiden PAS hadir mesyuarat pucuk pimpinan Pakatan Rakyat


parl loke

KUALA LUMPUR, 29 JAN: PAS tidak perlu mencabar DAP untuk berdebat tentang hudud dan pilihanraya tempatan, cukup sekadar Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudi meluangkan masa untuk hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat.
Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke berkata, cabaran Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk berdebat isu hudud dan pilihanraya tempatan secara terbuka tidak kena pada tempatnya.
Menurutnya, adalah lebih wajar untuk pemimpin tertinggi PAS termasuk presidennya hadir mesyuarat pucuk pimpinan Pakatan bagi membincangkan isu-isu tersebut.
“Bukankah forum dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat adalah lebih sesuai berbanding debat memandangkan isu yang timbul melibatkan pendirian parti masing-masing dan bukannya soal individu?
“Ini perlu diselesaikan dalam mesyuarat bersama dan debat merupakan pilihan terakhir untuk membincangkan isu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, pendekatan Mustafa mencabar Guan Eng  berdebat seolah-olah ingin “membakar jambatan” dengan DAP dan menganggap DAP sebagai musuh politik PAS dan bukannya rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat.
“Adakah ini taktik permulaan untuk memecahkan Pakatan Rakyat dari dalam? Adakah cabaran beliau mewakili pendirian rasmi PAS?” soal beliau, sambil menambah bahawa Mustafa tidak pula pernah mencabar musuh politiknya UMNO untuk berdebat.
Menurut beliau lagi, cabaran Mustafa juga melanggar protokol rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat kerana kedudukan jawatan beliau adalah berbeza dengan Guan Eng walaupun namanya sama.
“Datuk Mustafa Ali sendiri mengetahui bahawa jawatan Setiausaha Agung DAP adalah jawatan parti yang tertinggi dalam hierarki DAP tetapi jawatan Setiausaha Agung PAS adalah jawatan lantikan oleh Presiden PAS dan kedua-dua jawatan tersebut adalah tidak setaraf dalam struktur pimpinan Pakatan Rakyat walaupun namanya sama,” jelas beliau.

KDN larang Kinitv liput acara menteri

DPM mum on spat between Najib, Mahathir

Muhyiddin mulls intervention in 'leaderless' MIC

Altantuya: Luahan bapa saudara Sirul


Altantuya: Akhirnya Razak Baginda buka mulut.....bunuh tanpa motif..!!!


abdul razak

Sekian lama menyepikan diri, nama penganalisis politik, Abdul Razak Baginda muncul semula selepas kes membabitkan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu menemui titik noktah.

Bercakap kepada sebuah portal, Abdul Razak yang sebelum ini dikaitkan dengan kes itu menyifatkan spekulasi membabitkan kes kematian penterjemah itu sudah sampai ke tahap tidak masuk akal.

"Spekulasinya lebih kurang sama seperti sebelum ini. Tetapi kini lebih berbelit kerana kita sampai ke penghujung proses undang-undang yang panjang. Ia jadi berbelit-belit kerana Sirul (Sirul Azhar Umar) melarikan diri ke Australia,” ujarnya.

Pada 2008, Abdul Razak dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat dengan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.

Abdul Razak mengakui bersedia untuk membuka mulut sekarang kerana kes itu sudah berakhir dari sudut undang-undang.

Beliau juga dipetik sebagai berkata, walaupun tidak tahu motif pembunuhan Altantuya, tetapi sedia maklum ramai yang mati tanpa sebarang penjelasan kukuh semasa dalam tahanan polis.

"Hanya dua anggota polis itu sahaja yang tahu," katanya sambil mendakwa memang wujud kes sebelum ini di mana polis bunuh tahanan reman.

Beliau turut mempersoalkan dakwaan konspirasi dalam kes ini walaupun tiada bukti menyokongnya.

"Masih ada orang di luar sana yang yakin polis tidak boleh melakukan ini tanpa arahan.

"Berapa ramai orang yang mati dalam tahanan reman? Kiraan terakhir ialah 156 pada tahun 2008 dan angka itu semakin bertambah. Jadi, siapa yang mengarahkannya?" soalnya.

Mkini dilarang liput acara Zahid, didakwa 'spin' laporan

Kementerian Dalam Negeri tidak membenarkan Malaysiakini membuat liputan majlis yang berkaitan dengannya dan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pegawai menteri berkenaan tidak membenarkan wartawan Malaysiakini menghadiri satu majlisnya pagi ini, dengan mendakwa ia tidak dijemput kerana laporannya berat sebelah dan memutarbelit laporan.

Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu pihak kerajaan melarang Malaysiakini membuat liputan acaranya.

Pada hari Isnin, Pejabat Perdana Menteri juga tidak membenarkan Malaysiakini membuat liputan acara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

'BETRAYAL' - IGP MUST COME CLEAN: Was Sirul ordered to kill Altantuya by a senior cop?

by Simon Neoh 
 
 The brutal killing of one Mongolian model and two men’s fate now being sealed by the country’s highest court will not be the end of the Altantuya Shariibuu’s case. Just as the Mahsuri legend, this one involving a lover of former TV broadcast journalist, Abdul Razak Baginda will be the topic for ordinary men on the streets for many years to come, especially when the topic is brought up.  
It will not reflect well on the ruling party, especially when the name of the Prime Minister is also dragged in, because of his links either directly or indirectly to the characters involved in the murder case. With the recent visit by PAS party leaders to Piah Samat, it raises more questions when the 74-year-old mother of Sirul Azhar expressed her suspicion that her son was “betrayed”. 
She claimed Sirul was only doing his “duty as a police personnel”. After all, despite the case going through three tiers of our judiciary system, the motive behind Altantuya’s murder remains a mystery. As pointed out by Piah, does that mean our boys in blue, especially the special unit known as Operasi 
Tindak Khas (OTK) will have to follow the instruction of their senior officer, without questioning. When the job is executed, they face the consequences of their actions, with, the noose now awaiting for Sirul. Unless it was a case of revenge on the former model, it is now on almost anyone’s mind why the duo was involved in the murder in the first place. 
Both were personal bodyguards to a Very Important Person. Both also reported to a same officer with the rank of Deputy Superintendent of Police (DSP) within the police force. With such powerful explosives used on one person, it must strike a big question: Why? Why was C4 used on a young innocent girl? If robbery had been the motive, why should her body be blown up with such a powerful explosive?  
Musa Safri, Azilah Hadri, Sirul Azhar Based on the facts revealed in court, Altantuya was not even a terrorist and was definitely not a threat to national security. Unless of course, we are saying that within our police force, we have some who are willing to carry out killing in the same manner as the terrorists.  
This is what we know is not the case unless as the Zahid Hamidi – Paul Phua’s saga reveals, some prominent members of the underworld with criminal records may have infiltrated our national security, without even the police being aware of it. At this juncture, only Zahid is in the know, as this so-called involvement by Phua is what Zahid has labelled as “Top Secret.” 
Nothing done in the dark will not be revealed. Eventually, things will come out in the light, and the people who are in the know, but decide to collaborate with the guilty parties, may also end up being blamed. As the top cop, the Inspector-General of Police has to come on clean, especially since all three in question are his men. 
He cannot remain silent, when two of his men are facing the prospects of being hanged, and on everyone’s mind, the truth of the matter has not been established yet. The Missing W While we know the answers to most of the 5W’s and one H, the motive of the murder has yet to be established by the courts throughout the course of the court case. 

Kematian Altantuya ‘hanya kes pembunuhan biasa’, kata Razak Baginda

Sembilan tahun berlalu, penganalisis politik Abdul Razak Baginda masih tidak tahu motif pembunuhan kekasihnya Altantuya Shaariibuu, tetapi sedia maklum ramai yang mati tanpa sebarang penjelasan kukuh semasa dalam tahanan polis.
Razak dibebaskan daripada bersubahat dengan pembunuhan itu pada tahun 2006 tetapi dua komando polis didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan selepas rayuan terakhir bulan ini.
"Hanya dua anggota polis itu sahaja yang tahu. Polis yang penyangak memang bunuh orang, seperti dalam kebanyakan kes reman," Razak memberitahu The Malaysian Insider ketika ditanya pendapatnya terhadap motif pembunuhan itu.
Mereka ialah Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, bekas kakitangan Unit Tindakan Khas (UTK).
Namun, motif pembunuhan itu tidak dapat dipastikan. Mahkamah Persekutuan, bagaimanapun, memutuskan keterangan mengikut keadaan sudah cukup untuk menghukum kedua-duanya ke tali gantung.
Azilah sedang berhadapan hukuman mati manakala Sirul melarikan diri ke Australia. Pihak berkuasa Malaysia memohon agar dia diekstradisikan.
Bercakap kepada The Malaysian Insider baru-baru ini, Razak berkata spekulasi mengenai kes itu sudah sampai ke tahap tidak masuk akal.
"Keadaan ini sudah menjadi agak tidak masuk akal dari segi spekulasi. Spekulasinya lebih kurang sama seperti sebelum ini tetapi kini, lebih berbelit kerana kita sampai ke penghujung proses undang-undang yang panjang.
"Ia jadi berbelit-belit kerana Sirul melarikan diri dan pergi ke Australia," kata Razak, sambil menambah beliau bersedia untuk bercakap sekarang kerana dari sudut undang-undang, kes jenayah itu sudah berakhir.
Beliau juga menyentuh laporan mengenai luahan hati ibu Sirul Azhar, mengatakan anaknya diperangkap.
"Apa lagi yang kita nak jangkakan keluar dari mulut ibunya?" katanya.
Razak merujuk laporan anak Sirul Azhar tiba-tiba muncul menulis di laman Facebook, mengatakan dia berada di Australia bersama ayahnya.
Pengguna Facebook yang menggelar dirinya Shuk Sz itu mendakwa sebagai anak Sirul Azhar yang berusia 19 tahun.
Dalam postingnya, Shuk Sz berkata Sirul dipanggil memberi kenyataan tetapi tidak menyebut pihak berkuasa mana yang memanggilnya. Beliau berkata jika kenyataan itu boleh mencemar reputasi Malaysia.
"Kita malah tidak tahu kesahihan akaun Facebook itu, tetapi ia mendapat liputan. Tiada siapa yang terfikir untuk memeriksanya?
"Jika anda hanya menganggap ini sebagai pembunuhan dan tidak mempolitikkannya, maka ia hanya satu kes pembunuhan semata-mata," katanya.
Razak bertegas dua anggota polis itu bertindak menurut kemahuan mereka sendiri ketika melakukan pembunuhan itu, sambil menambah, "ini yang diputuskan mahkamah".
"Akhirnya, prosiding mahkamah begitu telus, beberapa peguam pembelaan terbaik turut terlibat, termasuk mendiang Karpal Singh. Hakim sangat liberal, memberi peluang kepada semua orang untuk bertanya soalan."

39 tahun perginya Tun Razak

 Pada 14 Januari lepas, genap 39 tahun perginya seorang negarawan terbilang Tun Abdul Razak Hussein yang juga merupakan perdana menteri kedua.

Dikenali dengan gelaran “Bapa Pembangunan’’, allahyarham Tun Abdul Razak merupakan seorang perdana menteri yang penuh visi dan misi untuk membawa Malaysia dikenali di persada dunia.

Di samping imej “boot jacket” dan tongkat yang begitu sinonim dengan beliau, Allahyarham juga mempunyai perwatakan yang lembut tetapi tegas.

Dan ini membuatkan beliau sangat dihormati oleh pemimpin dalam dan luar negara.

Allahyarham mempunyai keperibadian yang sangat sederhana baik dari segi kehidupan mahupun cara beliau menangani sesuatu isu.

Contohnya, beliau pernah berbasikal tanpa mengira panas atau mendung semata-mata untuk menyelami dan memahami kehidupan penduduk luar bandar sehingga wujudnya Felda.

Ini jelas menunjukkan beliau sangat prihatin dan sentiasa mengambil berat tentang ekonomi negara dan kehidupan luar bandar.

Walaupun dilahirkan dalam keluarga bangsawan tetapi sifat elitisme tidak terlihat dalam diri beliau.

Tengku Razaleigh Hamzah yang juga sahabat baik allahyarham merakamkan dalam buku Tun Abdul Razak: Potret Dalam Kenangan, bahawa allahyarham sangat menitikberatkan penyatuan bangsa, walaupun pernah dituduh kononnya perkauman.

Peristiwa 13 Mei

Hal ini kerana beliau sangat tegas dalam soal kemelayuan.

Hakikatnya, Tun Abdul Razak sangat memahami konsep pembinaan bangsa, dan pengalaman beliau ketika menuntut di United Kingdom sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran ini.

Beliau melihat jika negara Union Jack itu boleh membangun dengan konsep pelbagai kaum, tidak mustahil Malaysia juga sama.

Umno menjadi-jadi nampaknya

Mohsin Abdullah

Pada 16 Januari lalu, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), suatu perjumpaan diadakan membabitkan presiden Umno dan ketua bahagian seluruh negara.
Namun, bukan semua ketua bahagian hadir. Sama ada tidak dijemput atau enggan datang, tidak dapat dipastikan.
Timbalan presiden serta ketiga-tiga naib presiden juga tidak kelihatan.
Yang ada, Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Setiausaha Kerja, Datuk Rauf Yusoh.

Media tidak dimaklumkan akan perjumpanaan tertutup itu. Bagaimanpun, TV3 datang juga dan menurutnya, setelah bos mereka “deal” dengan pihak tertentu dalam Umno.
Tetapi kru stesen televisyen pro-Umno itu tetap tidak dibenarkan masuk dewan bagi membuat liputan. Sejurus kemudian, wartawan Bernama pula muncul – pun duduk luar dewan .

Selesai pejumpaan, Datuk Seri Najib Razak meninggalkan PWTC melalui side entrance.
Ada ketua bahagian memberitahu, perjumpaan diadakan untuk membolehkan “presiden memberi motivasi bagi menghadapi PRU 14". Bagi saya, itu agak pelik kerana PRU14 begitu jauh lagi, walaupun setuju persiapan awal amat penting untuk parti politik.

Ada juga ketua bahagian yang kata perjumpaan itu “bagi membincangkan banjir teruk tempoh hari”, terutama soal peruntukan, usaha baik pulih dan rancangan masa depan bagi memastikan banjir besar tidak berulang.
Sekali lagi, pelik, kerana usaha baik dan penting seperti itu (yang boleh score political points) tidak diumumkan kepada khalayak menerusi sidang media dan sebagainya.

Difahamkan Tengku Adnan pula hanya berkata “tidak tahu" ketika ditanya apa yang dibincangkan pada pertemuan itu.
Semua itu membuka ruang bagi pelbagai interpretasi terutama ketika Umno sekarang dilihat berada dalam “war mode” – perang dalaman. Sumber Umno mengakui “Umno makin kusut".