Selasa, 27 Januari 2015

10 Feb: Jangan Risau, Anwar Tak Mungkin Melarikan Diri!!

Menjelang tarikh penghakiman  kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim pada 10 Februari depan, sudah mulai kedengaran cakap-cakap mengenai kemungkinan beliau turut melarikan diri ke luar negara sebagaimana yang dilakukan oleh Sirul Azhar Umar, pesalah hukuman mati dalam kes pembunuhan Altantuya yang tiba-tiba menghilangkan diri ke Australia.

Mereka yang berandaian demikian yakin bahawa Anwar akan didapati bersalah pada 10 Februari nanti dan satu-satunya cara untuk mengelak daripada dipenjarakan ialah dengan melarikan diri ke luar negara.

Kata mereka yang arif lagi bijaksana itu, dalam usianya sekarang, Anwar tidak sanggup menghuni penjara sekali lagi dan melarikan diri ke luar negara adalah pilihan terbaik baginya.

Lagi pula, tambah mereka, banyak negara sedia menerima dan memberi perlindungan politik kepadanya.

Di luar negara nanti, kata mereka, Anwar secara perlahan-lahan akan memohon perlindungan politik serta terus melakukan serangan politiknya daripada jauh.

Sehubungan itu, sebagai langkah awal mengelakkan ianya berlaku, adalah dijangka beberapa NGO pro UMNO akan tampil bersuara dalam beberapa hari ini untuk mendesak polis dan Imigresen melakukan pemantauan yang lebih ketat terhadap Anwar.

Desakan yang sama juga dijangka akan dilakukah keatas Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi agar melakukan sesuatu yang lebih proaktif bagi memastikan Anwar tidak meninggalkan negara sebelum 10 Februari dan seterusnya berada di mahkamah pada tarikh tersebut.

Soalnya, benarkah Anwar akan melarikan diri sebagaimana Sirul?

Mengikuti perjalanan politik Anwar sejak zaman mahasiswa sehinggalah sekarang,  beliau bukanlah seorang yang penakut. Selain pernah dipenjara kerana  ISA ketika berusia awal dua puluhan, Anwar juga dipenjarakan sekali lagi sebaik dipecat daripada kerajaan pada 1998.

Beliau juga pernah diaibkan dengan pelbagai dakwaan yang kemudian tidak dapat disahkan, menjalani proses mahkamah yang panjang lagi memalukan, tetapi semangat "lawan tetap lawan" kekal menjadi pegangannya sehingga ke hari ini.

Tolonglah selamatkan MIC rayu Samy Vellu

samy vellu
Samy Vellu berkata, perpecahan dalam MIC boleh melemahkan dan memberi kesan buruk kepada parti itu yang mewakili masyarakat India di negara ini.
KUALA LUMPUR, 27 Januari:
Datuk Seri S. Samy Vellu yang bimbang dengan perbalahan sengit sedang melanda MIC, menggesa Presidennya, Datuk Seri G. Palanivel menyelamatkan parti itu.
“Saya berdoa…dan meminta beliau, tolonglah selamatkan MIC,” kata bekas Presiden MIC itu di luar Sidang Kemuncak Pelaburan Nepal 2015 di Bangsar, hari ini.
Samy Vellu yang juga Duta Khas (Infrastruktur) Malaysia ke India dan Asia Selatan berkata, perpecahan dalam MIC boleh melemahkan dan memberi kesan buruk kepada parti itu yang mewakili masyarakat India di negara ini.
Sehubungan itu, beliau menyeru Palanivel berbincang dengan anggota MIC, termasuk mereka yang mengkritik beliau, langkah untuk menyelamatkan parti itu.
Katanya, tindakan anggota parti mengkritik pemimpin adalah perkara biasa dan dalam hal ini, Palanivel perlu sentiasa membuka ruang untuk berkomunikasi dengan akar umbi.
Perbezaan pendapat timbul dalam MIC, selepas Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada 5 Disember lalu mengarahkan parti itu mengadakan semula pemilihan, bagi tiga jawatan Naib Presiden dan 23 kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam tempoh 90 hari, susulan wujud perkara yang melanggar peraturan dalam pemilihan, pada mesyuarat agung MIC ke-68 di Melaka, pada 30 November 2013.
Samy Vellu berkata, sebagai Presiden, Palanivel perlu menghormati orang yang bersama beliau.
“Berdasarkan apa yang berlaku, tiada seorang pun yang peduli tentang parti. Mereka hanya pedulikan diri sendiri,” katanya.

Penjarakan Anwar: Tidak mustahil UMNO-PAS bentuk kerajaan perpaduan di Kelantan kata Pemuda MCA

Chong Sin Woon
Chong berkata, jika Anwar dijatuhkan hukuman lima tahun penjara, PR akan kehilangan orang penting yang menyatukan tiga parti politik mempunyai ideologi berbeza.
KUALA LUMPUR, 27 Januari:
Hubungan serta kerjasama antara PAS dan DAP dijangka bertambah keruh, jika Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim disabit kesalahan meliwat, pada 10 Februari ini.
Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon berkata, jika Anwar dijatuhkan hukuman lima tahun penjara, Pakatan Rakyat (PR) akan kehilangan orang penting yang menyatukan tiga parti politik mempunyai ideologi berbeza.
Menurutnya, jika ia berlaku, mungkin PR akan mengalami perubahan antara gabungan parti di dalamnya dan tidak mustahil kerajaan perpaduan antara UMNO dan PAS di Kelantan boleh berlaku.
“Ia pernah terjadi sebelum ini dan mungkin akan berulang sekali lagi, kerana politik sangat dinamik dan ketika ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi penghalang, dengan menentang pembentukan kerajaan perpaduan itu.
“Namun begitu, jika Anwar dijatuhkan hukuman, trend untuk PAS dan UMNO bergabung di Kelantan mungkin berlaku,” katanya selepas menghadiri persidangan anjuran Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), hari ini.

'Saya tidak ambil serius kenyataan Hadi' - Phahrolrazi

Phahrolrazi Zawawi
ALOR SETAR - Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) berkata, beliau tidak menganggap kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Pasma keluar daripada Pas sebagai sesuatu yang serius.
  
Presidennya Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, kenyataan Presiden Pas itu tentang Pasma semalam bukan sesuatu yang baru, tetapi kenyataan "ulangan" yang dibuatnya tidak lama dahulu.
"Saya sebenarnya tidak 'ambil pusing' dengan kenyataan itu (yang dibuat oleh Presiden Pas). Saya tidak anggap ia serius kerana ia adalah kenyataan ulangan, sama seperti sebelum ini," katanya kepada Bernama hari ini.
Phahrolrazi yang juga merupakan anggota Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kundor di dalam Parlimen Kuala Kedah berkata, Presiden Pas dan kepimpinan parti yang lain mungkin tidak mendapat maklumat yang betul tentang Pasma.
Semalam Presiden Pas itu menerusi tulisannya di dalam laman sosial Facebook berkata, Pasma "dipersilakan" untuk meninggalkan parti pembangkang itu sekiranya tidak lagi sehaluan dengan Pas.
"Pasma ini ibarat mereka yang menebuk kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka, yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi," kata Presiden Pas itu.
Menurut Phahrolrazi, Pasma tidak perlu meninggalkan Pas kerana ia hanyalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang sememangnya berada di luar Pas dan bukan sebuah parti politik.
Tidak ada keperluan untuk Pasma "menebuk kapal" daripada dalam, kerana ia bergiat di luar Pas sebagai sebuah NGO, katanya dan menambah, adalah perkara biasa bagi seorang anggota politik untuk turut bergiat aktif di dalam NGO.

Gaji bulan Januari Mejar Zaidi 'ditarik balik'

Bekas juruterbang pesawat pejuang TUDM, Mejar Zaidi Ahmad mendakwa gajinya sebagai seorang tentera untuk bulan Januari 'ditarik balik' oleh pihak tentera selepas didepositkan pada hari sama pada 22 Januari 2015.

Beliau menyedari perkara itu selepas meneliti penyata akaun banknya hari ini.

"Saya sahkan hari ini yang gaji bulan Januari saya tidak dibayar kepada saya.

"Wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun saya pada 22 Januari tetapi dikeluarkan pada hari sama," katanya dalam kenyataan yang dilampirkan dengan penyata tersebut.

Zaidi dibuang kerja oleh tentera pada 12 Januari lalu selepas diputuskan bersalah memberi kenyataan media tentang dakwat kekal tanpa izin Majlis Angkatan Tentera.


Menurut Zaidi, tindakan itu dibuat walaupun pihak TUDM masih belum mengeluarkan surat rasmi penamatan khidmatnya sebagai seorang tentera.
 
"Sehingga kini tiada surat rasmi dari tentera udara menyatakan hukuman mahkamah tentera sudah dimuktamadkan.

Altantuya: Sirul belum dibawa ke mahkamah Australia


Sirul Azhar Umar, yang ditahan oleh pihak berkuasa Australia minggu lalu, masih belum dibawa ke hadapan majistret untuk pendengaran ekstradisi.
         
Ini menurut peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang berada di Sydney untuk bertemu anak guam mereka.

Pejabat Peguam Negara Malaysia perlu membuat permohonan rasmi untuk ekstradisi, yang memerlukan Sirul dibawa ke mahkamah untuk majistret mendengar permohonan itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata kementeriannya telah mengemukakan permohonan untuk mengekstradisi Sirul.
 
Sementara itu, peguam Kamarul Sirul Azhar (kiri) berkata anak guamnya sedang menimbang untuk mendapatkan khidmat peguam Australia untuk mewakilinya berdepan dengan kemungkinan ditahan dan diekstradisi.

"Saya boleh mengesahkan bahawa kami telah bertemu Sirul dan dia dalam keadaan baik dan dilayan dengan baik oleh pihak berkuasa Australia," kata Kamarul kepada Malaysiakini melalui telefon hari ini.

Ditanya sama ada mereka tahu sama ada Pejabat Peguam Negara telah memfailkan permohonan untuk mengekstradisi Sirul, Kamarul berkata, beliau tidak dapat mengesahkan perkara itu.

Umno serang DAP, eksploitasi kenyataan Hadi tentang 13 Mei

LIM KIT SIANG


fitnah_cybertrooper_Umno
"Grafik Fitnah"
Pemimpin Umno melancarkan serangan ke atas DAP dengan mengeksploitasi kenyataan Hadi mengenai berlakunya 13 Mei jika undi ketiga dikembalikan; termasuk kempen pembohongan jahat di media sosial terhadap pemimpin DAP oleh tentera siber Umno.
Sepanjang beberapa minggu lalu, akaun Twitter saya aman daripada serangan oleh tentera siber Umno, tetapi beberapa hari lalu sejak kenyataan Hadi, ia menjadi sasaran beberapa siri serangan tentera siber Umno, menggunakan beberapa akaun palsu, menyebarkan penipuan, mesej dan grafik fitnah.
Salah satu tema serangan Twitter ini ialah menuduh saya sebagai punca rusuhan kaum 13 Mei di Kuala Lumpur, seperti tweet berbunyi ‘TAHUKAH ANDA? @limkitsiang adalah pencetus Rusuhan Kaum 13 Mei.. #DAPRasis #S14′.
Satu lagi serangan menggunakan grafik fitnah menampilkan saya sebagai seorang komunis berpakaian seperti Mao Zedong, dengan kapsyen berbunyi: ‘MELAYU KELUAR! APA LAGI DUDUK SINI, KITA HENTAM LU, SEKARANG KITA SUDAH ADA KUASA’ LIM KIT SIANG (BAPA 13 MEI)
Mereka yang mengirim tweet fitnah berangkai ini tahu bahawa ia memang fitnah, kerana saya tidak pernah menyebut kata-kata ini, dan saya tidak berada di Kuala Lumpur antara 11 hingga 13 Mei 1969; dan saya juga tidak terlibat dengan mana-mana rusuhan 13 Mei . Itu sebabnya mereka tidak berani menggunakan nama dan identiti sebenar kerana mereka pastinya akan diheret ke mahkamah dan akan terpaksa membayar ganti rugi akibat memfitnah.

“Aktiviti kebajikan pun kena GST”


zairil_steven_sim


KUALA LUMPUR, 27 JAN: Badan kebajikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak lagi mendapat pengecualian apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan 1 April nanti, kata Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari.
Beliau berkata, perkara tersebut dinyatakan melalui Garis Panduan Pertubuhan dan Organisasi oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan semua aktiviti kebajikan akan dikenakan cukai 6 peratus.
Menurutnya, sebagai contoh bagi derma berbentuk wang tunai, hanya sumbangan ‘tanpa sebarang faedah’ kepada penderma tidak dianggap sebagai pembekalan bercukai dan tidak dilindungi GST.
Namun, sumbangan wang tunai tersebut akan dikenakan GST jika ia memberi manfaat kepada penderma, contohnya mengiklan, mempromosi nama penderma, penaja atau produk di buku program.
“Ini menimbulkan banyak kebimbangan kerana amalan tersebut merupakan perkara biasa di Malaysia, terutama melibatkan penaja korporat.
“Sepatutnya kerajaan menyalurkan peruntukan kepada NGO, sebaliknya mengambil keuntungan dari mereka,” katanya sidang media bersama Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong di Ibu Pejabat DAP, petang tadi.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP itu menegaskan, badan kebajikan yang mahu menganjurkan kutipan dana turut dibebani kos operasi tinggi kerana perlu menyediakan rekod atau akaun bekalan penuh jika berhasrat memohon bantuan GST.

Dera kanak-kanak: Berapa ramai ibu-bapa pernah didakwa?


teo nie ching


KUALA LUMPUR, 27 JAN: DAP Wanita menyambut baik penghapusan hukuman rotan di peringkat mahkamah ke atas kanak-kanak lelaki yang disabitkan dengan jenayah dan pada masa sama menggesa Kementerian Wanita mewujudkan perlindungan lebih baik terhadap kanak-kanak.
Menurut Setiausaha Wanita DAP Teo Nie Ching, perlindungan undang-undang perlu mengambil kira kes penderaan terhadap kanak-kanak yang melibatkan fizikal dan emosi.
“Wanita DAP mengambil maklum bahawa kejadian penderaan terhadap kanak-kanak semakin meningkat setiap tahun.
“Pada tahun 2010, terdapat 3257 kes dilaporkan berhubung penderaan kanak-kanak yang kemudiannya meningkat kepada 3428, 3821 dan 4119 pada 2011, 2012 dan 2013.
“Tahun lalu pula, dari Januari hingga April terdapat 1430 kes. Amat keterlaluan jika hukuman diperketat tapi penguatkuasaan masih lemah dan tidak cekap,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau dengan itu menggesa agar Kementerian Wanita mendedahkan terlebih dahulu berapa ramai ibu-bapa yang telah didakwa dan didapati bersalah atas kesalahan mendera.
Berkenaan penghapusan hukuman rotan yang dicadangkan, pada masa sekarang Seksyen 91(1)(g) Akta Kanak-Kanak 2001 membenarkan hukuman tidak lebih dari 10 sebatan ke atas kanak-kanak lelaki jika disabit dengan kesalahan jenayah.

Rotan: Lihat dari sudut agama, budaya


Isu rotan

PUTRAJAYA - Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan (KKGDPP) membantah sepenuhnya menjadikan tindakan merotan kanak-kanak sebagai satu kesalahan jenayah.

Presidennya, Datuk Mohd Sabri Mohd Arshad berkata,  pembantahan itu dibuat, kerana tindakan itu tidak  menggambarkan kehendak agama dan budaya kita.

"Kita , suarakan dikaji berdasarkan budaya dan kehendak agama.

"Perbincangan jangan di  Parlimen sahaja. Sebaliknya, kajian perlu dijalankan sebelum dilaksanakan," katanya ketika sidang media selepas Taklimat Bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin di sini, hari ini.

Beliau menambah, ulasan pelbagai pihak juga perlu dipertimbangkan dalam isu ini.

"Saya rasa ulasan ahli akademik, mufti, ibu bapa, juga perlu dipertimbangkan," katanya lagi.

Semalam, Muhyiddin berkata, kerajaan  belum memuktamadkan keputusan tersebut.

Bila kerajaan nak gubal Akta Pengabaian Ibu Bapa?

Orang tuaKUALA LUMPUR 27 JAN- Ketika kerajaan bercadang mentakrifkan perbuatan merotan anak sebagai kesalahan jenayah, Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Mohd Izad Buqhary Mohd Kamil pula tampil dengan soalan sinis:
‘Bagaimana pula dengan kes anak yang mengabaikan ibu bapa mereka?’
Katanya, Akta Pengabaian Ibu bapa lebih perlu dilaksanakan memandangkan tiada peruntukan undang-undang khusus di negara ini bagi menghukum anak-anak yang mengabaikan tanggungjawab kepada ibu bapa.
“Saban tahun berlaku peningkatan bilangan warga emas yang ditinggalkan di hospital mahupun di rumah-rumah jagaan warga tua.
“Sudah sampai masanya kerajaan menyusun undang-undang yang lebih ke depan dan bukannya memfokuskan kepada satu golongan sasar atau apabila timbul isu yang viral sahaja,” katanya dalam kenyataan media.
Justeru beliau menggesa kerajaan menggubal Akta Penjagaan dan Kebajikan Ibu Bapa (Maintenance and Welfare of Parents Act) seperti dilaksanakan di beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, India dan termasuk negara jiran Singapura.
“Sebagai contoh Akta Penjagaan Ibu Bapa Singapura, memperuntukkan bahawa setiap warganegara yang berusia 60 tahun ke atas dan tidak berupaya menyara kehidupan, berhak menuntut nafkah daripada anak-anak mereka.

Fitnah Liwat II: Anak muda diseru turun Putrajaya, 10 Februari

KUALA LUMPUR 27 JAN- Keputusan perbicaraan kes Fitnah 2 melibatkan Anwar Ibrahim merupakan detik penting bagi sistem kehakiman dan halatuju politik di negara ini.
Justeru itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggesa anggotanya dan seluruh anak muda untuk  hadir  di Mahkamah Persekutuan Putrajaya, 10 Februari ini.
10 Febuari ini tarikh penting, ia adalah hari yang bakal menentukan hala tuju politik Malaysia.
“Anak muda mengidamkan sistem keadilan yang adil dan telus di negara ini terus dipertahankan,”
“Kehadiran anak muda adalah sebagai simbol kita tidak rela sistem kehakiman dipengaruhi konspirasi politik pihak tertentu,” tegas Naib Ketua AMK, Fahmi Fadzil.
Sementara itu, Pengarah Strategik AMK, Akmal Nasir ketika dihubungi berkata, meskipun yakin Anwar akan dibebaskan, namun beliau meminta anggota KEADILAN tidak mengambil mudah perkara itu.
“Berdasarkan bukti dan hujah yang dikemukakan oleh peguam pada perbicaraan lalu, kita sangat yakin bahawa ketua Umum akan dibebaskan.

Fitnah Liwat II: Polis nasihat penyokong Anwar, Saiful tidak cetus kekecohan

Polis meminta penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari Azlan, tidak mencetuskan kekecohan pada hari keputusan rayuan terakhir Ketua Pembangkang tersebut terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya itu pada 10 Februari ini.
Kedua-dua penyokong yang ingin membuat perhimpunan, disaran membuat permohonan mengikut peruntukan yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim bagaimanapun berkata polis tetap bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada hari berkenaan.
"Mengenai perhimpunan ini, ada cubaan untuk menggerakkannya melalui laman sosial dan untuk itu kekuatan anggota bergantung kepada hasil risikan sama ada perhimpunan berskala besar atau kecil.
"Saya harap perkara ini (perhimpunan) tidak akan berlaku dan saya mohon penyokong Anwar mahupun Saiful dapat terima sebarang keputusan mahkamah secara rasional," katanya di Kuala Lumpur, hari ini.
Semalam, Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Februari untuk keputusan rayuan terakhir Ketua Pembangkang itu terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, enam tahun lepas. – Bernama,

Pendedahan Sirul akan buat Najib panas punggung - Shamsul

Shamsul PCKUALA LUMPUR 27 JAN- Masih belum terlewat untuk tertuduh kedua kes bunuh Altantuya Shaariibuu, Koperal Sirul Azhar Umar membela diri dan mendedahkan siapa dalang sebenar di sebalik pembunuhan wanita itu.
Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, penahanan Sirul oleh pihak berkuasa Australia pastinya akan menggusarkan pihak tertentu yang pernah dikaitkan dengan pembunuhan kejam berkenaan.
“Sudah pasti penahanan tersebut akan membuatkan pemimpin negara terutama Perdana Menteri yang sebelum ini ada dikaitkan dengan kes tersebut ‘panas punggung’.
“Beliau mempunyai peluang untuk membersihkan dirinya, kita berpendapat tidak mustahil individu sebenar di sebalik pembunuhan tersebut akan didedahkan,” tegasnya seperti dilapor akhbar Suara Keadilan.
KEADILAN sebelum ini mempersoalkan motif sebenar pembunuhan wanita berkenaan yang tidak dijelaskan dalam penghakiman mahkamah.
Sementara itu, Harakahdaily melaporkan ibu Sirul, Piah Samat, 74 bahawa Sirul dianiaya dan menegaskan anaknya itu hanya menjalankan tugas sebagai anggota polis.
“Tak tahulah, hanya tuhan yang tahu hati makcik, makcik hanya berdoa kepada Allah minta dia selamat,”

Zahid dicadang letak jawatan secara terhormat – Fahmi

FahmiKUALA LUMPUR 27 JAN- Datuk Seri Zahid Hamidi dicadang meletak jawatan sekiranya enggan menjawab semua persoalan berkaitan suratnya kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkaitan raja judi, Paul Phua Wei-Seng.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, berkata, keengganan Zahid menjawab persoalan dibangkitkan Pakatan Rakyat telah mencalar kredibilitinya sebagai Menteri Dalam Negeri.
“Beliau sepatutnya lebih proaktif dan berdepan dengan pertanyaan-pertanyaan yang diajukan. Jika beliau tidak mahu, saya cadang agar beliau meletakkan jawatan secara terhormat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurutnya, portal Malaysiakini semalam melaporkan Paul Phua Wei-seng pernah ditangkap di Miri pada 2004 kerana terlibat dalam aktiviti perjudian bolasepak Euro 2004.
Fahmi berkata, mengikut laporan tersebut, Paul Phua didapati bersalah dan dikenakan denda sebelum meninggalkan negara ini.
Katanya lagi, Malaysiakini juga telah memetik sumber dalaman Polis Di-Raja Malaysia bahawa Paul Phua adalah anggota kongsi gelap 14K.
Justeru itu, Fahmi menggesa bekas Menteri Dalam Negeri yang lain supaya menjelaskan sama ada mereka turut melalui proses yang sama menulis surat seperti Zahid.
“Saya menggesa mantan Menteri-Menteri Dalam Negeri agar memikul tanggungjawab moral dan memberikan penjelasan sama ada mereka sendiri pernah menulis surat dengan proses yang sama seperti Zahid?,” gesanya.
Sebelum ini, Zahid didakwa menulis surat rasmi kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F Guiliano menafikan Phua terlibat dalam kongsi gelap 14k Triad.

Azmin: DAP-PAS spat won't affect S'gor local council elections

MCA: PAS may dance with Umno if Anwar jailed

DAP: GST will hit charity NGOs the hardest

Saifuddin: 'Yes Mr President' Umno members will fall in line

Peguam Malaysia Kini Di Sydney Sebagai Usaha Bebas Sirul Dari Tahanan



PETALING JAYA: Peguam Malaysia yang mewakili bekas komando polis Sirul Azhar Umar kini berada di Australia sebagai usaha  untuk mendapatkan pembebasan anak guamnya dari pusat tahanan di Sydney, di mana dia sedang ditahan.

"Rancangan ini adalah satu percubaan dan usaha melakukan sesuatu supaya dia dapat keluar dari pusat tahanan," kata peguam Sirul, Hasnal Rezua ketika dihubungi The Star Online, Selasa.

Hasnal menambah beliau kini berada di Australia dengan seorang lagi ahli pasukan undang-undang Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin.

"Kami tiba pada Ahad dan kami akan kembali ke Malaysia pada Khamis.

"Dan saya ingin menyatakan bahawa sebahagian daripada apa yang kita ingin lakukan telah pun dilakukan di Australia, selebihnya kita boleh lakukannya dari Malaysia," kata Hasnal.

Australian Broadcasting Corporation (ABC) pada Jumaat lepas melaporkan bahawa Sirul, 43, telah dipindahkan ke bahagian keselamatan maksimum di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney.

Sirul dan bekas rakan sekerjanya Azilah Hadri didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati pada 13 Januari lalu kerana membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Sirul’s mum tormented by his death sentence

Piah Samat, is hoping her son will be spared the death sentence as he was only carrying out his responsibilities as a police officer. 

ibu_Sirul_Altantuya_300TAIPING: The murder of Mongolian Altantuya Shaariibuu not only rocked the nation and the world, but changed forever the lives of those involved either directly or indirectly in it.
One such case is Corporal Sirul Azhar Umar, 43, who fled the country to Brisbane, Australia to escape a death sentence after being convicted of Altantuya’s murder.
Left behind to cope with the horror of the murder and the prospect of having her son hanged till death, is Piah Samat, 74, who when visited by PAS information chief Mahfuz Omar in her home, broke down when asked about how she was holding up.
According to Harakah Daily, Piah said she prayed every day her son would be shown mercy and freed from the death sentence hanging over his head.
“I don’t know, only God knows the pain in my heart, I can only pray to Allah that he will be safe.”
Saying Sirul was being persecuted for simply carrying out his responsibilities as a police officer, Piah added that her son was a hardworking and responsible man and never failed to check in on her and his siblings no matter how bogged down he was with work.
She also related how her neighbours had come to her aid when the photograph of Sirul, her fourth son of eight kids, was made public.
“People were sympathetic to me and my family, everyone showed their support, the villagers all came to offer their support to us.

Altantuya: Sirul tak dapat apa pun, kata ibu

Keluara koperal Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altanyuta Shaariibuu menganggap bekas polis itu “dianiaya".

Ibunya Piah Samat, 74, berkata, ini kerana beliau hanya menjalankan tugas sebagai anggota polis, lapor Harakahdaily.

"Tak tahulah, hanya tuhan yang tahu hati makcik, makcik hanya berdoa kepada Allah minta dia selamat," beliau dipetik sebagai berkata.

“Lepas sembahyang makcik berdoa, ingat pada yang Satu (Allah), nak minta tolong pada siapa lagi,” beliau dipetik sebagai berkata dengan nada sebak.

Akhbar web PAS itu melaporkan Piah sebagai berkata demikian ketika menerima lawatan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar di kediamannya di Bukit Gantang semalam.

Harakahdaily juga melaporkan Piah sebagai berkata, sejak gambar anak keempat daripada lapan adik beradik itu didedah, penduduk kampung sekitarnya datang memberi sokongan.

“Tapi ada juga yang kata macam-macam, ada yang kata dia kena bayar sedangkan dia tak dapat apa pun hingga makcik jadi malu nak jumpa orang,” katanya sambil menitis air mata, lapor Harakahdaily.

Direct proof unnecessary to hang ex-cops for Altantuya murder, Federal Court says

File photo of ex-policemen Azilah Hadri and Sirul Azhar Umar (heads covered) in 2013. According to the Australian Immigration and Border Protection Department, Sirul is still under detention in the country. — File pic
File photo of ex-policemen Azilah Hadri and Sirul Azhar Umar (heads covered) in 2013. According to the Australian Immigration and Border Protection Department, Sirul is still under detention in the country. — File pic

KUALA LUMPUR, Jan 27 ― Circumstantial evidence had sufficed when sending two former police commandos to the gallows for killing Mongolian model Altantuya Shaariibuu, the Federal Court said in its recent decision to reverse the acquittal of the two men over the high-profile 2006 murder.
In the full 88-page judgment released recently, Justice Tan Sri Suriyadi Halim Omar said the need to establish direct evidence was unnecessary in every criminal case as “common intention” may be adduced from the facts and circumstances of the case, as well as the conduct of the two accused ― former police commando Sirul Azhar Umar and former chief Inspector Azilah Hadri.
“Crimes are usually committed in secret and under condition where concealment is highly probable.
“If direct evidence is insisted under all circumstances, a successful prosecution of vicious criminals, who have committed heinous crimes in secret or secluded places, would be near impossible,” Suriyadi was quoted as saying in the judgment.
“In this case not only was the heinous crime committed at a secluded place but the deceased‟s body was blasted beyond recognition. Only fragments of bones were found,” he added.
In its judgment, the Federal Court also ruled out the need to call for the testimony of former aide to Prime Minister Datuk Seri Naib Razak deputy superintendent Musa Safri, saying it would not have any consequence to the case.
Suriyadi said there was nothing in Musa's testimony that could have helped Sirul and Azilah’s defence, despite their lawyers arguing otherwise.

Negeri Ha ha Hi hi..!!


Cara Umno: Video Seks Tun Daim Keluar? Skandal Rasuah Tun Daim Popular di TV3? Daim & Mahathir VS Najib Razak!


Tiba-tiba Tun Daim Zainuddin diberikan laporan yang cukup meluas di slot berita media arus perdana milik Media Prima? Ini sudah terbalik?
daimSiapa yang sedia maklum dengan asam gram dan sepak terajang politik di Malaysia pasti akan faham mengapa dan kenapa secara tiba-tiba tokoh vetaran UMNO yang juga merupakan tokoh yang akrab dengan Tun Dr Mahathir cuba “ditelanjangkan” di depan jutaan penonton seluruh Malaysia, ada sesuatu yang janggal telah berlaku dalam landskap politik di Malaysia pada ketika ini. Itu belum ditambah, dengan keluarnya video seks Tun Daim Zainuddin yang didakwa mereka “cukup” untuk menjatuhkan kredibiliti Tun Daim Zainuddin.

Tun Daim & Mahathir Mohamad Bersengketa? Shahidan Kassim Penyelamat?

daim zainuddinPada pengamatan Berita Semasa Tun Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin yang acapkali menegur Datuk Seri Najib Razak mengenai isu ekonomi negara malaysia termasuklah yang melibatkan skandal 1MDB dan TPPA bukanlah bermakna mereka bertelagah. Jadi untuk apa Shahidan Kassim yang tidak semena-mena mahu tampil sebagai hero untuk menawarkan diri menjadi orang tengah pada ketika ini kononnya mahu menjadi pendamai? Mereka tidak bergaduh atau “berperang”, mereka menegur sebenarnya…….
Percaturan, perisikan, analisa, strategi dan langkah politik yang ada pada Tun Daim Zainuddin bukan seberangan. Tun Daim antara watak penting dalam menaikkan dan menurunkan semula figura politik yang seorang lagi itu iaitu ___________________
Tun Daim jarang bersuara dan tidak berminat dengan politik, tetapi apabia Tun Daim mula bersuara “gegak gempitanya” mampu mengegarkan halwa telinga si “pendengarnya” ditambah dengan sokongan Tun Mahathir Mohamad.
Setelah Tun Daim Zainuddin mula tampil menegur dan menasihat pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dalam menguruskan negara…tiba-tiba,
  • Sekarang sudah ada permainan campak-mencampak dakwaan yang mana Tun Daim mempunyai skandal yang harus dibongkar dan disiasat secepat mungkin di media arus perdana
  • Tetapi “bilik perang” disebelah Najib Razak harus berhati-hati. Apa maklumat “juicy” (mengiurkan) dan menyelerakan Tun Daim Zainuddin & Tun Mahathir Mohamad tidak tahu untuk dibongkarkan? Datuk Seri Najib razak adalah anak buah mereka sebelum ini….

Rahsia Tun Daim Zainuddin Vs Rahsia Skandal Najib Razak?

Ke mana CEO 1MDB hilangkan diri?

KUALA LUMPUR, 27 JAN: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini mempersoalkan tindakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kandasamy yang telah seminggu mendiamkan diri selepas menawarkan diri untuk bersemuka dengannya.
Beliau berkata, tindakan mendiamkan diri Arul kini menimbulkan syak wasangka walhal beliau sendiri sebelum ini mendakwa ‘penelitian awam mengenai 1MDB merupakan perkara yang baik’ dan dapat ‘mengukuhkan syarikat dan urusan pentadbirannya’.
“Malangnya sejak kenyataan saya pada 17 Januari lalu yang menyambut tawaran Arul untuk berdialog dan mencabar beliau memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak ada sebarang jawapan diterima dari dirinya atau 1MDB.
“Oleh itu saya ingin bertanya, bilakah 1MDB akan memberi keterangan kepada PAC? Atau adakah CEO baru 1MDB telah membuat keputusan bahawa ‘penelitian awam mengenai 1MDB bukan lagi satu perkara yang baik’?” soalnya.
Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed dua hari lalu menyatakan, walaupun pihaknya tidak akan memanggil 1MDB untuk audit penuh namun Arul dialu-alukan bagi memberi penjelasan sukarela dihadapan PAC.

WANG RM52 BILION DAH JUMPA KE BELUM?


MENGAMPU TAHAP MACAM INI PON ADA ??? FITNAH & PENIPUAN UMNO Berpisah Tiada...

Yang ni lagi best.. duit rakyat dijadikan dana beratus2 juta ringgit.. itu tak termasuk lagi sumbangan2 dari negara2 luar.. tapi sampai sekarang tak nampak apa pun hasil dari ratus juta ringgit dana yang setiap hari dicanangkan di kaca tv. At last.. org punya usaha dia jugak nak dapat nama.. KAH! KAH! KAH! Wanita 'PINKY' mmg camtu. 

Apa itu kot Chincilla




KUALA LUMPUR: Ramai yang tidak tahu apa itu chinchilla. Nama itu timbul di media sosial sehingga membuatkan para netizen mula mencari di internet apakah itu chinchilla selepas ianya dikaitkan dengan sehelai kot yang dipakai oleh seorang kenamaan negara ini.

Rupanya Chinchilla adalah sejenis binatang  yang jinak dan mirip tikus yang bertelinga besar, sekali tengok seakan tupai arnab.

Chinchilla ini berasal di Pergunungan Andes yang juga dikenali sebagai tikus baldu, villi tetikus, dan tikus emas.

Ianya mempunyai bulu yang tebal dan selembut baldu sehingga kutu tidak boleh menusuk ke kulit. Bulu yang sangat tebal dikatakan memberi kehangatan kepada si pemakai dan sangat sesuai untuk musim sejuk.

Di awal abad ke-20 chinchilla diburu oleh manusia untuk membuat pakaian, kerakusan ini menyebabkan binatang ini sedang menghadapi kepupusan. Kini Chinchilla diternak untuk memenuhi permintaan manusia.

Altantuya killer Sirul the DEADLY game-changer in M'sian politics: Can Najib survive the 'revelations' made in Australia?

Altantuya killer Sirul the DEADLY game-changer in M'sian politics: Can Najib survive the 'revelations' made in Australia?
Convicted killer Sirul Azhar Umar, a former police VIP bodyguard sentenced to death for the murder of Altantuya Sharibuu was captured in Brisbane, Australia after an alert from Interpol, a few days ago and placed in detention.
A day later Wisma Putra reported that Australian authorities have released Sirul, but have withheld his passport and he is under strict surveillance.
Australian Broadcasting Corporation reported a day later, that he has been placed in a maximum security cell at Villawood Detention Centre in Sydney.
This conflicting news certainly arouses suspicion, as an extradition order was issued by the Malaysian Government calling for his return to Malaysia. Australian officials however, would not comment on whether they had received an official Malaysian request for extradition.
A convicted felon gallivanting in Australia?

ABC News also reported that Sirul had been living with his 19-year-old son and another relative in Ipswich, west of Brisbane, for several months, after entering the country with a valid passport and tourist visa last year.
But how did a felon like Sirul managed to slip into Australia, and reside there for a couple of months since October, without the knowledge of the Australian authorities? How, did Sirul managed to regain possession of his passport, applied for a visa and flew to Australia without anyone raising an eyebrow? Does the Attorney General care to comment?
Doesn’t the Australian and Malaysian Immigration computer database have updated records of convicted felons to deter them from easy trans-crossing of borders? Was Sirul’s escape to Australia assisted by ‘backers’ who wanted to assure his safety and silence? Did his ‘backers’ have pre-knowledge of the death sentence that will be meted out by the Federal Court?
Rumbling with fear in the corridors of power

News of his detention has certainly ruffled a few feathers with some of the top elite residing in the corridors of power, shivering like jellyfish and shaking in their boots.
All of a sudden, Malaysians have taken a rejuvenated interest in the sensational case, after having given up all hope, that the real truth would emerge, following the death sentence imposed on the duo.
Australia’s refusal to return Sirul back to Malaysia has put the government in a very precarious position. Many believes that his detention would be a good move for his personal safety & protection, since he holds the key to the mysterious elimination of Altantuya whose cries from beyond, still demands justice.
Meanwhile, Sirul’s Malaysian lawyer Kamarul Hisham Kamaruddin said that he would apply to the Federal Court to have Sirul Azhar’s murder conviction reviewed and oppose a extradition request from Malaysia.
He also questioned why would [Sirul Azhar] murder the victim, and why key witnesses were never called by the prosecution during the original trial, fuelling speculation of political interference in the case. “It raises questions as to what really is going on”, he stressed.
Calling for Sirul to tell all

Tak Sangka YB Shahidan Nak Jadi Pendamai

Oleh Abu Hassan Adam
Memang aku tidak terfikir tentang adanya ‘perbalahan’ antara Tun Dr. Mahathir dengan DS Mohd Najib Tun Razak, sekiranya tidak diwar-warkan dalam Malaysiakini menjelaskan yang YB Shahidan akan ‘mendamaikan’ kedua-dua pemimpin itu. Dan aku pun berpandangan bahawa ramai lagi anggota masyarakat di luar sana yang beranggapan sepertimana yang aku rasakan- tidak menduga tentang adanya ‘perbalahan’ sedemikian
Mungkin agaknya aku tidak berapa sensitif tentang perkembangan politik di Malaysia kini. Mungkin. Dan mungkin juga aku tidak dapat ‘membaca’ dengan mendalam tentang ‘sepak terajang’ politik tanah air kini. Dan mungkin juga aku sepatutnya sudah ‘pencen’ daripada menulis tentang hal politik kerana tidak sensitifnya aku tentang wujudnya ‘perbalahan’ antara Tun Mahathir dan DS Mohd Najib itu. Mungkin. Aku ada terbaca tentang kritikan Tun Mahathir dalam berbagai perkara yang berkaitan dengan keadaan yang berlaku dalam negara kini. Akhir-akhir ini Tun Mahthir telah menyentuh tentang 1MDB. Pada pandangannya kelihatan ada yang tidak kena mengenai dana yang disediakan oleh kerajaan itu. YB Tony Pua pun beranggapan begitu. YB Rafizi Ramli pun memberikan komen mereka mengenai perjalanan 1MDB.
Sebenarnya Tun Mahathir menyentuh berbagai perkara yang difikirkannya perlu untuk diberikan teguran dan komen. Beliau turut menyentuh tentang pemberian BRIM yang dirasakannya tidak sepatutnya wujud. Apabila kehilangan kapalterbang MH 370 beliau juga memberikan komen. Begitu juga dengan peristiwa terhempasnya MH 17, juga beliau memberikan pandangannya. Apakah salah bagi beliau sebagai seorang bekas Perdana Menteri memberikan pandangan dan pendapat beliau tentang sesuatu tindakan yang dilakukan oleh DS Najib sebagai pemimpin negara kini yang pada pandangannya tidak sesuai dilaksanakan. Tentulah sebagai bekas Perdana Menteri beliau amat bimbang tentang berlaku sesuatu yang buruk yang berkemungkinan akan menimpa negara. Salahkah bagi Tun Mahathir dan sesiapa sahaja untuk memberikan pandangan sekiranya dirasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Aku merasakan tidak salah.

Pemimpin-pemimpin yang bermasalah besar, mangsanya rakyat

Oleh Aspan Alias
 
Pemuda UMNO meminta peperangan siber di antara puak Dr Mahathir dan Daim yang berlawanan dengan puak Najib perlu diselesaikan dengan baik. Begitulah kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin. Beliau membuat kenyataan selepas mesyuarat Pergerakan Pemuda itu di PWTC semalam. Apa pun kenyataan Ketua Pemuda itu hanya satu ‘poitical statement’ yang simplistik yang tidak boleh membawa apa-apa ‘consequence’ yang positif. Pemuda masih berpolitiking seperti biasa sahaja dan elok diabaikan sahaja.

Sekarang perang proxi yang sudah sampai ketahap menelanjangkan lawan. Masing-masing mempunyai saham dalam melakukan keburukan yang sedang dialami oleh negara sekarang. Semuanya itu tinggal dalam rumah kaca. Apabila salah seorang membaling batu kepada rumah kaca rakan lamanya maka rakan lamanya itu juga boleh membaling kaca kerumah mereka juga.
Yang ‘interesting’ nya mereka yang menjadi pengikut atau ‘foot soldiers’ kepada masing-masing pemimpin itu. Mereka ini pula yang lebih hebat menari dengan gendang paluan kedua-dua belah pihak. Justeru seperti yang blog ini selalu sebutkan masalah yang dihadapi negara kita sekarang bukannya masalah dari rakyat asalnya. Masalah dan belahnya parti itu adalah oleh kerana pemimpin-pemimpin ini. Yang terasa miangnya ialah pengikut dan rakyat serta politik negara itu sekali.
Bagaimana puak Najib hendak mengkritik Mahathir atau Daim dengan betul kerana puak Najib itu sendiri merupakan puak yang sedang leka dan lalai dan terus menerus melakukan apa yang tidak disukai rakyat sekarang ini. Dia sebaliknya juga bagai mana puak Mahathir dan Daim pula hendak mengkritik Najib secara ‘credible’ kerana puak ini merupakan puak yang telah membina budaya ‘material’ yang sedang menguasai jiwa dan pemikiran ahli-ahli politik dan pemimpin negara kita sekarang ini?
Tidak ada pemimpin yang tidak berniaga dan berlumba-lumba dengan rakyat. Hasilnya berbagai-bagai cara dilakukan untuk memudahkan pemimpin-pemimpin menjadi kaya raya dengan menggunakan kuasa ditangan mereka. Jika sebelum menjadi pemimpin besar dan berkuasa besar mereka masih sibuk menghadapi ‘litigations’ kerana kegagalan perniagaan, mereka menjadi kaya raya setelah mendapat pangkat dalam kerajaan negara kita.
Sekarang mereka menghadapi tuduhan dan persepsi buruk dengan kekayaan dan perniagaan besar mereka dalam sedang berkelahi dalam usia yang sudah begitu lanjut yang sepatutnya berada dalam ketenangan dalam persaraan. Kita tidaklah kisah dengan pergaduhan mereka tetapi dengan pergaduhan ini kita telah dapat meyakinkan diri kita yang salah laku yang dituduh mereka lakukan semasa berkuasa dahulu semakin hari semakin jelas kerana ada pihak yang berani tampil untuk memberikan keterangan jika dipanggil bagi menyempurnakan penyiasatan.

Kini rakyat susah

Oleh SELENA TAY
JIRAN penulis yang berasal dari Sarawak telah merungut mengenai harga makanan di restoran di Kuala Lumpur yang semuanya telah mengalami kenaikan harga sejak 1 Januari lalu.
Beliau dan rakan setugas beliau di pejabat berpendapat bahawa kenaikan harga adalah disebabkan oleh ekonomi negara yang sedang berada dalam keadaan yang agak parah kerana penurunan nilai mata wang ringgit.

“Kerajaan terlalu boros, sepatutnya mereka berjimat masa dulu ketika ekonomi negara kita kuat dan kukuh,” ujar beliau. Beliau berkata kini rakyat yang berpendapatan rendah merasa amat terhimpit sebab susah untuk menjimatkan wang disebabkan oleh kos sara hidup yang semakin meningkat.
Seorang suri rumahtangga yang juga jiran penulis bersetuju bahawa kerajaan yang boros telah membebankan rakyat.
“Kerajaan boros, kita pula yang kena berjimat dan lebih teruk lagi, mereka nak ambil duit kita melalui GST (cukai barangan dan perkhidmatan), langkah yang langsung tidak berprihatin,” kata suri rumah tangga ini yang mempunyai tiga orang anak yang sedang bersekolah dan suaminya seorang kontraktor bebas.
Adakah perdana menteri kita tahu bahawa makin lama makin ramai orang yang sedang merungut menentang perlaksanaan GST?

Sepuluh alasan kukuh mengapa PLKN perlu dimansuhkan

Oleh Mariam Mokhtar
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilancarkan bagi memupuk semangat patriotik di kalangan remaja. Ia direka bagi membina karakter, menyemai perpaduan bangsa, menjadikan golongan muda berdisiplin dan mencetus semangat sukarelawan.
Adakah semuanya angan-angan belaka? Kebanyakan remaja menganggapnya kem disiplin semata-mata. Apa yang dipelajari terus dilupakan sebaik PLKN tamat. Saya berikan 10 alasan mengapa PLKN perlu dimansuhkan.

Pertama. Tempoh tiga bulan tidak cukup bagi membina diri dan semangat perpaduan untuk jangka panjang. Asimilasi dan persahabatan tidak boleh dikecapi secara paksa, di dalam persekitaran sebuah kem. Berapa peratus pelatih akan mengaplikasi apa yang dipelajari dalam kehidupan sebenar?
Kedua. Kualiti makanan menyedihkan. Terdapat beberapa insiden keracunan makanan di beberapa kem. Pada 2008 155 pelatih di kem Teluk Rubiah di Lumut jatuh sakit selepas menjamah makanan yang lama tersimpan. Remaja sering lapar, dan ada di kalangan mereka meniaga jajan.
Ketiga. Kakitangan PLKN didakwa cuai dan pelatih  yang sakit tidak diberi rawatan segera. Pada 2010, Norhashimah Wahid terpaksa meneruskan modul walaupun sukar bernafas ketika menjalani latihan ala komando di kem Jugra Banting. Beliau pitam dan dibawa ke hospital. Kem tidak memberitahu keluarganya. Selepas 5 hari dalam unit rawatan rapi, dia meninggal akibat pneumonia dan kegagalan beberapa organ dalaman.
Keempat. Rekod keselamatan buruk dan tiada kod amalan bagi kakitangan PLKN. Empat tahun lalu, di kem Sungai Bakap di Pulau Pinang, Basar Singh tersedar dari tidur dengan 50cm rambutnya digunting.
Pelatih perempuan dirogol, berlaku pergaduhan akibat kurang pemantauan. Terjadi kes kecurian dan aktiviti berenang tidak diselia dengan baik.
Kelima. Pelatih dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum memulakan program tetapi ia tidak dikuatkuasa. Hasilnya pelatih yang sedang mengandung juga menjalani PLKN.

Kemelut dalam Pakatan boleh selesai

Oleh Abd Shukur Harun
Walaupun dilihat kemelut dalam Pakatan Rakyat (PR), terutamanya antara pemimpin PAS dan DAP berterusan, tetapi ada perkembangan baru yang melegakan hati yang memungkinkan keharmonian wujud kembali dalam PR.Dalam masa yang sama, sudah ada tanda PAS dan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), tidak lagi dilihat dalam suasana permusuhan.
Pada peringkat bawahan, yakni akar umbi, antara pendukung PasMa dan PAS kelihatan tidak ada masalah, justeru mereka dari keluarga besar yang tidak mungkin dipisahkan hanya kerana perbezaan pendapat.

Sementara itu, ada perkembangan yang menarik di peringkat akar umbi PAS dan DAP yang tercetus ketika banjir merempuh Kelantan dan negeri lain baru-baru ini. Pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng datang sendiri ke Kelantan memberikan bantuan kepada mangsa banjir, di mana Lim Kit Siang yang turut mengharungi banjir sudah 3 kali ke sana.
Beliau berada di Kota Baru bersama Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Trafik, Chow Kon Yeow, Exco Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Penerangan dan Warisan Phee Boon Poh diiringi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Haji Mohamad Sabu.
Delegasi pemimpin DAP dan kerajaan negeri Pulau Pinang itu disambut Adun Salor, Datuk Husam Musa dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad.
Pelbagai bantuan DAP Pulau Pinang itu diserahkan kepada pimpinan PAS dalam majlis penyerahan ringkas baru-baru ini.
Sementara itu, penyelaras bantuan banjir DAP Selangor, Eddie Ng Tien Chee pula menghantar trak UBAH ke Gua Musang berisi barangan bantuan untuk mangsa banjir di kawasan berkenaan.
Selain itu, DAP melancarkan Tabung Bencana Banjir DAP di mana semua kutipan derma untuk itu diminta dimasukkan dalam satu akaun khas iaitu ‘Tabung Dana Kecemasan’ (Ambank 8881002244649).
Ini usaha sangat murni atas dorongan rasa kemanusiaan yang melimpah dan sewajarnya boleh menjadi pemangkin meredakan ketegangan politik antara DAP dan PAS. Malah ia mampu meruntuhkan tembok perkauman setebal mana pun.
Sementara itu, satu perkembangan lain yang juga sangat menarik ialah suasana ‘Kenduri Rakyat’ atas inisiatif PAS Kuala Kedah di mana di majlis itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai tetamu khas dan duduk bersama YDP kawasan tersebut, Phahrolrazi Mohd Zawawi yang juga Presiden PasMa.  Beliau juga Adun Pengkalan Kundur.
Majlis itu yang juga dihadiri pemimpin PAS Kedah memperlihatkan keharmonian dan hubungan antara mereka, isyarat jelas tidak ada masalah untuk membina hubungan antara PAS dan PasMa.
Pada pendapat saya, PasMa bukanlah musuh PAS. Ia ditubuhkan hanya mahu memperkukuhkan Pakatan Rakyat, iaitu untuk memastikan PAS terus bersama Pakatan Rakyat dan juga memastikan keutuhannya.
Di peringkat akar umbi, nampaknya, tidak ada masalah. Pendukung PAS dan PasMa dari akar yang sama, mempunyai matlamat yang sama, maka tidak ada sebab untuk bermusuh. Mereka sama-sama makan gulai kawah, nasi dagang dan gulai asam pedas, malah boleh sama-sama bertakbir di majlis yang perlu bertakbir.

Rotan: Jangan nafi hak ibu bapa


Isu rotan

ALOR SETAR - Ibu bapa akan hilang hak dan tanggungjawab dalam mendisiplinkan anak-anak sekiranya undang-undang melarang ibu bapa merotan anak dikuatkuasakan.

Timbalan Pengerusi II, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (Ikiam), Datuk Mustaffa Idrus berkata, jikaa anak yang melakukan kesalahan tidak boleh didisiplinkan melalui nasihat dan dirotan, kelak anak tidak lagi menghormati ibu bapa.

“Kita tidak mahu melahirkan anak-anak yang besar kepala dan melakukan sesuka hati tanpa kawalan. Undang-undang yang akan dibentangkan itu seolah-olah menyekat peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak,” katanya.

Menurutnya, Akta Kanak-Kanak 2001 sedia ada, sudah memasukkan pelbagai peruntukan undang undang untuk melindungi golongan itu.

“Jika ibu bapa atau penjaga mendera anak, mereka akan ditahan polis dan dikenakan tindakan undang-undang yang boleh membawa hukuman penjara di bawah Seksyen 31, Akta Perlindungan Kanak-kanak,.

"Islam adalah agama yang mementingkan kasih sayang dan kelembutan dalam mendidik anak-anak agar menjadi insan berguna.

“Merotan anak ada dalilnya, berdasarkan hadis Rasulullah SAW: Ajarlah anakmu menunaikan solat ketika umurnya berusia tujuh tahun dan pukullah ketika berusia 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka antara lelaki dan perempuan,” katanya.

Jelasnya, Ibnu Qudamah berpendapat, hukum sebatan atau merotan terhadap kanak-kanak merupakan satu kewajipan seperti solat.

Masa ini saya lebih senang berdikari - Mejar Zaidi


KEPALA BATAS: Mejar Zaidi Ahmad tetap dengan pendirian tidak mahu terikat dengan mana-mana organisasi sebaliknya mahu menumpukan sepenuih perhatian kepada perniagaan gula Steviayang sedang diusahakan.
Bekas Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu berkata, buat masa ini, beliau gembira menguruskan perniagaan tersebut kerana banyak berhubung dengan orang ramai pada setiap masa di samping dapat membantu mereka memperkenalkan produk untuk mengatasi penyakit kencing manis itu.
"Masa ini saya lebih senang berdikari dengan perniagaan gula Stevia sebab boleh bertemu orang ramai sekaligus membantu mereka mengatasi penyakit kencing manis.
"Buat masa ini saya tak mahu terikat dengan kerja lain. Semalam pun saya ke pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan dia tawarkan kerja namun saya belum memikirkanya semata-mata nak bagi tumpuan pada gula Stevia," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kepala Batas Ahad lalu.
Beliau menerima kunjungan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman.
Mejar Zaidi juga menambah, perniagaan beliau sekarang membolehkannya bergerak bebas serta boleh membantu jemaah menyampaikan risalah Islam atau cerita di sebalik pemecatannya daripada TUDM.

Altantuya: Keluarga anggap Sirul 'dianiaya'

Keluara koperal Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altanyuta Shaariibuu menganggap bekas polis itu “dianiaya".

Ibunya Piah Samat, 74, berkata, ini kerana beliau hanya menjalankan tugas sebagai anggota polis, lapor Harakahdaily.

"Tak tahulah, hanya tuhan yang tahu hati makcik, makcik hanya berdoa kepada Allah minta dia selamat," beliau dipetik sebagai berkata.

NGO Melayu demo rotan, beri amaran kepada menteri

Hadi persila PasMa tinggalkan bahtera PAS

56472 Ketua Isi Rumah Terlibat Banjir Di Seluruh Kelantan

Ultra Kiasu budaya bebal

Hebat Melayu kerana Islamnya. Islam tidak pernah menekankan perpecahan. Sebaliknya Islam memfokuskan perpaduan.

Oleh Fa Abdul
ahmad“Bulat air kerana pembetung. Bulat manusia kerana muafakat.”
Demikian bunyi peribahasa Melayu yang kini hanya menghiasi buku pelajar sekolah. Begitu jugalah halnya dengan peradaban yang cuba diasah melalui peribahasa tersebut. Sikap berkerjasama, bersatu-padu, bermuafakat, tolong-menolong dan berkompromi yang mana satu ketika dahulu menjadi pegangan kita kini sudah punah ditelan masa.
Dewasa ini kita tidak lagi punya masa untuk memupuk satu ikatan antara masyarakat kerana masing-masing alpa dengan kepentingan diri sendiri. Apa guna ambil pusing akan bangsa lain – lebih baik jaga tepi kain bangsa sendiri; lebih afdal berjihad demi kepentingan agama sendiri; lebih berguna menggembleng tenaga untuk memastikan bangsa dan agama kita kekal ulung.
Betul kan? Salah sama sekali.
Kita dirikan dinding pemisah
Dalam masa kita sibuk mengikut telunjuk tok-tok dalang yang menjadi batu api dalam perjuangan membela bangsa dan agama, telah terdiri suatu dinding pemisah di tengah-tengah masyarakat. Saudara seagama kita di sebelah sini. Dan yang kafir di sebelah sana. Sedihnya kita langsung tidak getar dengan terbinanya tembok pemisah ini. Bahkan makin hari makin ramai pula yang mahu mengukuhkannya.
Hari ini kita sudah semakin gila kuasa, gila bangsa, gila agama dan gila segala-galanya. Kita mahu menjadi tuan yang empunya segalanya. Bumi ini milik bangsa kita. Negara ini milik bangsa kita. Tanah ini milik bangsa kita. Daerah ini milik bangsa kita. Masjid ini milik bangsa kita. Perkataan ini milik bangsa kita. Jika diizinkan, objek sehalus zarah pun mahu sahaja kita jadikan hakmilik.
Wah, hebat sekali ketamakan kita sehinggakan sanggup menggadai keharmonian and kerukunan yang telah kita kecapi sekian lama semata-mata rakus untuk menjadi yang empunya. Aduh, hebatnya sifat ultra kiasu di dalam diri kita!
Apa yang sebenarnya kita kejar? Apa yang sebenarnya kita ingini? Seandaianya kita masing-masing ikhlas bertanya pada diri sendiri nescaya jawapannya bukanlah apa yang ingin kita kecapi sebaliknya setiap perilaku kita itu adalah berpunca daripada sikap takut.
Kita takut kehilangan hak. Takut kehilangan kepentingan. Takut dipandang rendah. Takut maruah tergadai. Kita kini sudah menjadi bangsa penakut.
Sayangnya tidak pula kita sedar tergadainya agama kita dalam pada masa yang sama.
Lihatlah sekeliling kita hari ini. Islamofobia semakin meluak-luak di segenap sudut dunia. Bukannya kita tidak sedar akan perkembangan yang membimbangkan ini sebaliknya kita mengambil sikap tidak kisah dek perasaan takut yang makin tebal di sanubari.
Islam tidak begitu…
Peliknya setiap perjuangan kita itu dilandaskan sebagai perjuangan agama dan bangsa. Bilamasa pula Islam menekankan konsep tamak haloba dan pentingkan diri sendiri? Bilamasa pula Islam menyeru sekalian umatnya agar menjadi ultra kiasu?

Khairy diminta jinakkan dulu hantu raya kata Kadir Jasin

Kritikan oleh bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu tidak bermaksud memburukkan atau menjatuhkan kredibiliti pentadbiran Perdana Menteri.
KADIRJASIN_140114_TMIAFIF_002_540_360_100PETALING JAYA: Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin meminta Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menjinakkan hantu raya yang secara menggila menyerang pengkritik Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di kalangan ahli dan penyokong UMNO.
Bagaimanapun beliau mempersoalkan kemampuan Menteri Belia dan Sukan itu meyakinkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin bahawa semua isu yang dibangkitkan tidak menjadi masalah.
Menurut bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times itu, kritikan oleh bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu tidak bermaksud memburukkan atau menjatuhkan kredibiliti pentadbiran Perdana Menteri.
“Tetapi adakah mampu beliau meyakinkan Dr Mahathir dan Daim bahawa segala-galanya dalam keadaan “A-okay” mengenai isu-isu seperti 1MDB, kewangan negara dan rundingan perjanjian perkongsian trans-Pasifik (TPPA) dengan Amerika?” tanya Kadir.
Beliau menambah: “Dr Mahathir dan Daim menegur dan mengkritik Mohd Najib bukan kerana mereka benci kepada beliau jauh sekali mengidamkan kedudukan beliau sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.”
Sebelum ini Khairy dilaporkan berkata, perang saraf antara kumpulan Perdana Menteri dan Dr Mahathir hanya melemahkan UMNO dan menggesa agar ia dihentikan segera.
Kadir juga mengingatkan: “Teguran dan kritikan mereka bertujuan memperkukuhkan UMNO dan kerajaan agar tidak kalah dalam pilihan raya umum akan datang.”

Muhyiddin di sebelah siapa?

Oleh Timmy Say
Apabila presiden mana-mana parti dalam bahaya, jangan terjerat dengan drama tapi sebaliknya tumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang dilakukan oleh timbalannya.
Di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, semua timbalan yang membuat ‘karenah’ tidak dapat meneruskan kerjaya mereka. Ini termasuklah Tun Abdullah Badawi, yang dibawa turun menjadi ahli Umno biasa meskipun Dr Mahathir berada di luar kerajaan.
Muhyiddin di sebelah siapa?Dalam pertembungan Umno yang terbaru, media giat menanam persepsi adanya perang di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mentornya Dr Mahathir berdasarkan serangan kepada bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.
Apakah persepsi ini betul?
Jika ia betul, siapakah yang bakal menggantikan Najib jika isteri dan beliau ditewaskan? Setakat ini, nampaknya calon ada tiga: timbalan Najib iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan dua naib presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein and Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Buat masa ini, nama Zahid boleh diketepikan terlebih dahulu kerana imejnya yang teruk tercalar kerana “cerita-cerita” mengenai hubungan beliau dengan Paul Phua dan surat kontroversinya kepada FBI, yang tidak pernah dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri sebelum beliau.
Bagaimana pula dengan Hishammuddin? Berdasarkan komentar Dr Mahathir mengenai politik dinasti dalam Umno – rasanya Hishammuddin, selaku sepupu Najib, juga tidak tersenarai sebagai pengganti Najib jika Dr Mahathir menang dalam pertembungan ini.
Jadi, segala mata sekarang tertumpu pada Muhyiddin.
Beliau sekarang menjadi catur yang penting untuk menentukan samada pertembungan dalaman Umno ini akan berterusan ataupun tidak.
Jika Muhyiddin berdiri teguh di belakang Najib, pertembungan ini akan berakhir kerana tiada kemenangan yang boleh dicapai oleh pihak Dr Mahathir, kerana walau apapun, Najib dan isterinya akan kekal di Seri Perdana kerana tiada pengganti yang sanggup menggantikannya.
Jika Muhyiddin berpendirian sebaliknya, pertembungan ini akan menjadi menarik.
Setakat ini, Muhyiddin belum melakukan apa-apa gerakan politik yang ketara setelah berjaya mematikan ura-ura bahawa beliau sudah bersedia untuk bersara dari politik tahun lalu.

Rotan anak satu jenayah: Jika abai orang tua...?

KUALA LUMPUR: Sudah sampai masanya Kerajaan menyusun undang-undang yang lebih ke depan bukannya menfokuskan kepada satu golongan sasar atau apabila timbul isu yang viral sahaja.

Misalnya kes pengabaian ibu bapa  juga harus diberi penekanan. Saban tahun berlaku peningkatan bilangan warga emas yang ditinggalkan di hospital mahupun di rumah-rumah jagaan warga tua.

Oleh hal yang demikian, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat menggesa Kerajaan untuk mengubal Akta Penjagaan dan Kebajikan Ibu Bapa (Maintenance and Welfare of Parents Act) seperti yang dilaksanakan di beberapa buah negara seperti India, Amerika Syarikat, United Kingdom dan termasuk negara jiran, Singapura.

Exco AMK Mohd Izad Buqhary Mohd Kamri berkata, pengalaman dari negara-negara yang telah menjalankan program ini dapat diambil dan dijadikan panduan.

"Sebagai contoh Akta Penjagaan Ibu Bapa (Maintenance of Parents Act) Singapura, memperuntukkan bahawa setiap warganegara yang berusia 60 tahun ke atas, yang tidak berupaya menyara kehidupan sewajarnya, berhak menuntut nafkah daripada anak-anak mereka.

"Selain itu saudara-mara terdekat boleh memohon tindakan mahkamah bagi pihak ibu bapa yang teraniaya tersebut," katanya dalam kenyataan media kepada Harakahdaily.

Tegas beliau, tidak ada keperluan untuk memasukkan frasa merotan di dalam undang-undang sedia ada, manakala terhadap ibu bapa sebaliknya harus diberi perhatian oleh Kerajaan.

Kenyataan ini sebagai respon kepada isu merotan anak sebagai tindakan jenayah yang dibangkitkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rohani Abdul Karim baru-baru ini.

Tambahnya, jika sebelum ini pelbagai pihak di Malaysia mengkritik tindakan mahkamah Sweden yang mengenakan hukuman penjara kepada pasangan suami isteri dari Malaysia, yang di dakwa merotan anak mereka kerana keengganan menunaikan solat.

"Kini soalnya adakah Malaysia ingin mengikut contoh yang sama? Semestinya langkah ini amat tidak praktikal dengan budaya dan fahaman majoriti masyarakat kita yang beragama Islam.

Mungkin Hadi tiada maklumat, kata PasMa

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan tetap memberikan sokongan kepada agenda pembangkang walaupun bertentangan dengan haluan PAS.

Presidennya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang harus sedar PasMa ditubuhkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), lapor Utusan Malaysia.

Malah katanya PasMa tiada hubung kait dengan gerakan politik oleh itu tidak memberi sebarang ancaman terhadap PAS.

“Tafsiran yang dibuat oleh Abdul Hadi terhadap PasMa itu cerita lama, mungkin beliau tiada maklumat.

“PasMa ini bukan semuanya ahli PAS, agenda kita untuk sokong pakatan pembangkang. Tak tahulah mengapa PAS ambil berat sangat,” Phahrolrazi (kanan) dilaporkan sebagai berkata.

Hadi kelmarin dalam kenyataan melalui laman Facebook miliknya memberi amaran supaya PasMa tidak merosakkan 'bahtera' PAS serta mengumpamakan NGO itu sebagai penebuk kapal.

Malah Hadi meminta ahli-ahli pertubuhan itu meninggalkan PAS jika tidak lagi sehaluan dengan parti.

Jelas Phahrolrazi, PasMa telah mengadakan perbincangan dengan semua parti dalam pakatan pembangkang sejak lima bulan lalu dan pertubuhan itu tidak menghadapi sebarang masalah dengan DAP serta PKR.

“Cuma PAS ada sedikit masalah apabila parti itu mengeluarkan larangan kepada ahli-ahlinya untuk menyertai PasMa,” Phahrolrazi dilaporkan sebagai berkata.

Pergilah PasMa ke parti lain, kata Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghalau PasMa - NGO yang digerakkan  anggota parti itu - jika tidak berpuas hati dengan tindakan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Memberi amaran supaya PasMa tidak membocor dan merosakkan "bahtera" PAS, dengan nada lebih sinis, Hadi mengumpamakan NGO itu sebagai penebuk kapal dan menegaskan perjuangan PAS tidak sama dengan PKR dan DAP.

"Inilah bahtera PAS. Kita dalam Pakatan Rakyat bukanlah dalam bahtera yang sama. PKR bahtera lain, DAP bahtera lain, kena faham.

"Jika ada yang merasakan bahtera ini bergerak perlahan, ada kekurangan, jangan bocor dan rosakkan bahtera ini.

"PasMa ni ibarat mereka yang menebuk kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi.

"Pergilah ke kapal DAP, kapal PKR, kalau nak cepat lagi ke Putra Jaya pergilah ke bahtera Umno," kata beliau dalam laman Facebooknya kelmarin.

Shahidan perlu damaikan budak suruhan Najib dahulu....

Wartawan veteran Datuk Kadir Jasin menggesa Datuk Seri Shahidan Kassim supaya mendamaikan orang suruhan kem bosnya Datuk Seri Najib Razak terlebih dahulu yang menyerang dua "Tun" baru-baru ini.

Kadir memuji langkah Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang menawarkan diri menjadi orang tengah dalam krisis antara Najib dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin, bagaimanapun bersikap sinis ke atas usaha itu.
"Sayogia diingatkan yang sebenarnya membelasah, mempertikai dan mengecil-ngecilkan teguran Dr Mahathir serta Tun Daim Zainuddin adalah orang suruhan Najib, termasuk media arus perdana milik Umno.;

"Jadi apa yang hendak didamaikan Shahidan? Yang buat hal dan perlu didamaikan jiwanya adalah Najib dan budak-budak suruhannya yang bersekongkol dengan pembangkang bagi membelasah Dr Mahathir, Daim serta pihak-pihak lain yang tidak bersetuju atau menegur mereka," kata Kadir dalam tulisan di blognya the Scribe A Kadir Jasin hari ini.
 Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu mencabar Shahidan menggunakan pengaruhnya untuk menghentikan segala serangan dari kem Najib jika berani.

 "Kalau Shahidan berani dan berpengaruh, mereka inilah yang perlu beliau jinakkan supaya tidak menjadi batu api yang membakar perhubungan Najib dengan pelindung-pelindung politik beliau seperti Dr Mahathir dan Daim," katanya.
Mengenai usaha Shahidan, Kadir mempersoalkan sama ada anak didik Dr Mahathir itu mampu meyakinkan bekas bosnya dalam isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kewangan negara dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dengan Amerika.

Rotan: Kenyataan balas tambah kekeliruan

Laporan Sinar Harian semalam. 
SHAH ALAM - Sabtu lalu, beberapa media melaporkan kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim mengenai hukuman rotan akan dikategorikan sebagai jenayah apabila satu undang-undang baharu digubal bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001.

Laporan itu mencetuskan bantahan banyak pihak, terutama ibu bapa, guru dan pakar agama yang menolak larangan merotan kerana tindakan itu diperlukan untuk mendidik anak-anak dengan berkesan, serta dibenarkan dalam Islam.

Persatuan peguam, Wanita Umno dan Puteri Umno turut membantah cadangan itu.

Rohani dilaporkan berkata, kerajaan tiada pilihan selain melaksanakan hukuman terhadap kesalahan merotan anak kerana Malaysia menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC),

Antara kata-kata Rohani seperti dilaporkan media ialah: “Walaupun merotan anak merupakan sebahagian budaya masyarakat kita, tetapi kita perlu akur dengan perjanjian CRC yang memandang serius perkara tersebut."

Namun, isu ini menjadi lebih mengelirukan apabila lewat malam kelmarin, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjelaskan larangan hukuman rotan yang disebut oleh menterinya itu adalah berkenaan hukuman sebatan di mahkamah, dan bukannya larangan terhadap ibu bapa atau guru untuk merotan anak-anak.

Kementerian itu berkata, ini kerana pada masa ini seksyen 91(1)(g) dalam Akta Kanak-Kanak 2001 membenarkan seseorang kanak-kanak lelaki dikenakan hukuman sebatan tidak lebih daripada 10 kali sebatan apabila disabitkan dengan kesalahan melakukan jenayah.


Mansuh hukum sebat di mahkamah, bukan larang rotan anak

Menurut kementerian itu, hukuman inilah yang ingin dimansuhkan, selaras dengan CRC.

Rotan anak bukan faktor kejayaan pendidikan Islam

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN 
SHAH ALAM – Kenyataan pelbagai pihak berhubung isu merotan anak yang dibangkitkan baru-baru ini dikatakan boleh memberi gambaran yang silap mengenai kesantunan Islam itu.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ada pihak yang cuba untuk menggambarkan merotan anak itu sebagai satu tuntutan dalam pendidikan Islam.

“Ada pihak cuba menggambarkan seakan merotan ataupun memukul anak merupakan satu tuntutan dalam pendidikan Islam. Kenyataan mereka ini boleh memberikan gambaran yang salah mengenai kesantunan dan kerahmatan Islam itu sendiri.

“Lebih buruk lagi kenyataan itu dibuat pada musim Islam ditohmah sebagai agama yang ganas,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Menurutnya,  tiada galakan dalam nas Islam agar ibu bapa memukul anak-anak sebaliknya tindakan tersebut boleh dilakukan sekiranya telah melalui proses pendidikan yang panjang.

“Tiada galakan dalam nas Islam agar kita memukul anak. Bahkan kita tidak wajar memukul anak yang belum mumayiz (mampu membezakan antara yang baik dan buruk).

“Hadis hanya menyebut memukul pada umur sepuluh setelah melalui proses yang panjang. Sabda Nabi SAW, ‘suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berusia tujuh tahu dan pukul kerana meninggalkan solat ketika berusia sepuluh tahun’ (Riwayat Abu Daud, sahih),” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu pukulan kepada anak yang enggan solat ketika berusia 10 tahun itu perlu disusuli dengan seruan solat dengan penuh kasih sayang bermula usia tujuh tahun.