Isnin, 26 Januari 2015
Cuba baca & faham betul2 parti manakah sebenarnya yang RASIS..
Altantuya: Timbul keraguan kes pembunuhan ?
1.Ibu Sirul pernah menyatakan bahawa anaknya melakukan atas arahan.
2.Azilah
telah menelefon seorang individu yang tidak dikenali sebanyak dua kali
dari Puncak Alam (tempat kejadian) selepas jam 11 malam pada 19
Oktober 2006 sebelum pembunuhan berlaku, berdasarkan rekod telefon
bimbitnya. Siapa individu itu?
3.Mengapa Sirul mendakwa dia telah dijadikan sebagai “kambing hitam” untuk melindungi “rancangan mereka” dan siapa yang dia maksudkan?
4.Apakah peranan DSP Musa Safri – bekas adikong Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Abdul Razak – hanya terhad kepada menghantar Azilah ke rumah Abdul Razak di Damansara Heights dan pejabat di Jalan Ampang untuk menyelesaikan masalah?
5.Kamarul salah seorang daripada tiga peguam Sirul, juga membangkitkan isu panggilan telefon dan pesanan teks antara penganalisis politik Abdul Razak Baginda, DSP Musa Safri dan tertuduh pertama Azilah Hadri.
6.Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Sirul mendakwa beliau dijadikan “kambing hitam” untuk “melindungi rancangan mereka.”
7.Setev Shaariibuu bagaimanapun, terus mempersoalkan motif di sebalik pembunuhan Altantuya yang diletupkan dengan bahan letupan di sebuah kawasan lapang hutan di Puncak Alam, Shah Alam, pada 19 Oktober 2006.
8.Ahli perniagaan kontroversi, Deepak Jaikishen mendedahkan kaitan Dato’ Seri Najib Razak dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Deepak Jaikishan mendakwa hampir 100 peratus yakin ada pegawai Perdana Menteri semasa wanita Mongolia itu dibunuh.
9.“Saya 90 peratus yakin, pegawai dan pengawal keselamatan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berada di lokasi Altantuya dibunuh,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, bersama pemimpin parti itu.

Undang-undang untuk siapa?
Oleh LIM HONG SIANG
SAYA ingin mengulangi kenyataan bahawa, masyarakat menilai sesuatu agama berdasarkan k
enyataan dan tingkahlaku penganutnya. Saya bersetuju, barangkali pendekatan sedemikian kurang tepat, malah tidak adil.
Agama itu kepercayaan kepada Tuhan, didasari falsafah yang terkandung dalam kitab-kitabnya.Penganut dan pemimpin agama cuma manusia - yang tetap memiliki kelemahan dan kekurangannya - walaupun mereka berusaha sedaya-upaya menuju ke arah kesempurnaan.
Jadi saya agak khuatir apabila isu hukum hudud tetap mahu diketengahkan pada saat-saat ini. Entah secara kebetulan atau tidak, media kini sarat dengan berita dan gambar pemotongan tangan oleh kumpulan ISIS. Sudah tentu gambaran yang ngeri ini mengundang kesan yang menggemparkan. Ada pula laporan bahawa lelaki gay (hubungan seks sejenis) dicampak dari bangunan tinggi. Kejadian budak berusia 10 tahun dilatih untuk menembak “perisik Rusia,” menambah lagi ketakutan masyarakat terhadap golongan pengganas yang bertindak atas nama Islam.
Lebih-lebih lagi masyarakat bukan Islam tempatan akan cuba mengaitkan apa yang berlaku di satu pelusuk dunia sana dengan apa yang akan berlaku di sini.
Mereka akan membayangkan bahawa hukum hudud yang bakal diamalkan di Kelantan adalah ulangan apa yang telah dilakukan ISIS. Sudah tentu mereka akan mengaitkan pendirian keras sesetengah pemimpin PAS terhadap golongan LGBT, dengan hukuman “mencampakkan lelaki gay dari bangunan tinggi.”
Kesemua ini mungkin imaginasi tanpa batas yang berlegar-legar dalam otak, dan tidak semestinya hakikat.
Namun mereka akan mencaricari jawapan dalam hidup harian mereka. Misalnya, tatkala masyarakat antarabangsa mengutuk pembunuhan 12 orang di bilik akhbar Charlie Hebdo, tiba-tiba muncul kenyataan “Siapa suruh mereka menghina agama kita?” - seolah-olah untuk menghalalkan pembunuhan yang berlaku.
Isu ini agak rumit, tetapi boleh dipermudahkan jikalau balik ke pangkal prinsip. Kita tidak menyokong tindakan menghina agama, tetapi apakah pembunuhan boleh dihalalkan hanya kerana seseorang itu “menghina agama?”
Misalnya, mencuri adalah satu perbuatan yang salah. Tetapi apakah kita membunuh seseorang pencuri, hanya kerana dia mencuri sepasang seluar jeans sematamata? Ia mungkin bukan perbandingan yang setimpal.

"Que Sera Sera" - Untuk Anwar Atau Najib?
Oleh Shahbudin Husin
Mahkamah
Persekutuan akhirnya menetapkan 10 Februari ini sebagai tarikh
mengumumkan keputusan kes liwat kedua melibatkan Ketua Pembangkang,
Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari
Azlan. Mahkamah Tinggi sebelum ini membebaskannya atas tuduhan itu tetapi Mahkamah Rayuan kemudian menyabitkannya bersalah dan dijatuhkan hukuman lima tahun penjara. Keputusan Mahkamah Persekutuan ini adalah proses yang terakhir dalam undang-undang dan akan menentukan sama ada Anwar akan menjadi manusia bebas atau bakal menjadi penghuni penjara sekali lagi. Lebih dari itu, keputusan pada 10 Februari juga amat ditunggu-tunggu kerana ia turut menentukan hidup mati Anwar dalam politik dan sama ada cita-citanya menjadi Perdana Menteri dapat dicapai atau sebaliknya. Jika dibebaskan, peluangnya bersama PR dalam PRU 14 menjadi terbuka semula, tetapi jika dipenjarakan, dalam usianya yang sudah menjangkau 64 tahun ketika ini, ramai yang mengandaikan semuanya sudah berakhir bagi Ahli Parlimen Permatang Pauh itu. Anwar sendiri menyedari hakikat itu. Lantaran itu reaksinya mengenai tarikh 10 Februari ini ringkas saja iaitu "que sera sera" atau "apa nak jadi, jadilah". Selain sudah berusaha dan berdoa, apa yang mampu dilakukan oleh Anwar hanyalah berserah atau bertawakal saja. "Que sera sera" yang diucapkannya adalah petanda beliau sudah bersedia segala-galanya, sama ada dibebaskan atau dihumban ke penjara sekali lagi. Apa nak jadi, jadilah. Tepat sekali ungkapan itu. Tetapi dalam perkembangan politik semasa yang melibatkan Perdana Menteri, Najib Razak yang semakin diasak oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin sehingga penilaian ahli UMNO terhadapnya sudah terbelah dua dan persepsi rakyat pula berpecah-pecah, ungkapan "que sera sera" itu lebih mendalam maksudnya. Memang terlihat Anwar menujukan ungkapan itu kepada dirinya, tetapi secara tidak langsung seperti sedang melantunkannya kepada Najib juga. Sebarang hukuman yang bakal dijatuhkan pada 10 Februari nanti tidak saja melibatkan Anwar tetapi juga menentukan masa depan Najib sendiri. Memenjarakan Anwar mungkin menyebabkan UMNO dan BN lebih selesa berhadapan dengan PR dalam pilihanraya umum akan datang tetapi ia barangkali juga menyebabkan kebangkitan rakyat yang lebih merata atas dasar simpati kepada Ketua Pembangkang itu. |
Pandangan Tg Haji Hadi Agak Ketinggalan Zaman
Oleh Abu Hassan Adam
Ekoran daripada timbulnya isu yang berkaitan dengan pilihanraya tempatan yang sedang hangat diperbincangkan kini, ternampak bahawa akhir-akhir ini sudah ramai kelihatan p
emimpin
di Malaysia yang dirasakan sudah tidak berapa sesuai ‘berada’ dan
berperanan pada Kurun ke 21. Bukan sahaja Tuan Guru Haji Hadi Awang
tetapi ramai lagi pemimpin-pemimpin dari kalangan pemimpin parti
kerajaan yang sememangnya kelihatan sudah tidak berapa sesuai. Dan yang
anihnya pula golongan ini semacam tidak sedar bahawa mereka sudah agak
jumud dan tidak diperlukan dalam zaman yang mencabar ini.
Yang anihnya mereka adalah seperti kata peribahasa Melayu bahawa seperti ‘hidung tak mancung dan pipi tersorong-sorong’. Mereka harus sedar bahawa budaya Melayu dan Malaysia sememangnya tidak sampai hati untuk menyatakan sesuatu secara terang-terangan, apatah lagi terhadap orang tua yang dikira pernah berjasa. Tidak sampai hati mereka untuk menyuarakan hasrat hati yang terpendam untuk menjelaskan sesuatu. Namun sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab seharusnya merasa sedar bahawa kehadiran mereka sudah semacam merupakan batu penghalang kepada kemajuan bangsa dan negara.
Umur bukan penentu seseorang pemimpin itu sesuai atau tidak berada dalam sesuatu zaman, tetapi yang menentukan relevan tidaknya seseorang pemimpin itu ialah cara berfikirnya. Pandangan dan pendapatnya. Falsafah perjuanganya. Pandangan dan pendapat yang diketengahkan kepada umum. Ramai pemimpin lama yang sudah agak lanjut usia tetapi cara berfikirnya adalah amat matang dan amat sesuai berada dalam Kurun ke 21 berbanding dengan setengah pemimpin yang masih muda ( dari segi umurnya) tetapi berfikiran seperti amat tidak sesuai berada di Kurun ini.
Ini yang harus difikirkan oleh sesiapa sahaja yang mahu menggelarkan diri sebagai pemimpin. Negara Malaysia kini memerlukan pemimpin sedemikian dan bukan lagi pemimpin yang hanya dahagakan kontrek dari kerajaan. Sudah begitu lama negara ini ditadbirkan oleh golongan yang kurang berkemampuan untuk mentadbirkan negara ini yang menyebabkan negara kita ini masih tidak dapat bangun seperti negara lain di Asia Tenggara ini. Dan kini ditambah pula dengan kemunculan pemimpin dari parti pembangkang yang diharapkan akan menjadi gantian kepada pemimpin kerajaan yang ada, tetapi rupa-rupanya tidak banyak berbeza dengan kedudukan yang ada.

Rotan: Menteri wajar baca buku Tarbiyatul aulad fil Islam
Beliau telah menyatakan semalam bahawa tindakan merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.
Pandangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini juga bahawa merotan hanyalah sebahagian budaya masyarakat kita (Malaysia atau Asia) adalah tidak tepat kerana merotan adalah suatu tindakan berteraskan agama jika dilaksanakan menurut syariat.
Walaupun kita sedar Malaysia cukup sensitif dan bergerak ke arah negara yang selamat terhadap kanak-kanak, namun mengharamkan hukuman seminimum rotan tapak kaki dan tidak mencederakan tubuh kanak-kanak adalah tindakan yang sekadar mencetak budaya hidup masyarakat Barat yang membina rangka kerja dalam CRC berkenaan.
SAMPAI BILA-BILA RAKYAT KERJA UNTUK KERAJAAN JOLI !!!
Bertuah kita dapat Najib Razak sebagai PM. Masa harga minyak turun (dah la bukan sebab dia pun) inilah rakyat nak simpan duit supaya boleh selesaikan hutang, tambah simpanan sikit.
Dia seronok sebab bila rakyat ada duit lebih sikit, dia nak KENAKAN CUKAI GST pd rakyat. Suka hati dia dapat miskinkan balik rakyat, masa terbaik laksana GST katanya.
Rancangan hiburan masakini banyak lahirkan golongan dayus
Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM
ISLAM tidak sama sekali tidak mengharam atau menghalang manusia untuk berhibur,
kerana
ia adalah keperluan bagi menenangkan jiwa atau fikiran yang berserabut
dengan tugasan harian atau bagi meredakan tekanan akibat terlalu
banyak menunaikan tanggungjawab pada diri dan keluarga.
Suami ada tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak dan sebaliknya isteri juga ada tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak, perkara yang boleh menghilangkan seketika tentang kepayahan melaksanakan tanggungjawab masing-masing, begitulah setiap insan di dunia ini akan mengalami keadaan yang serupa.
Maka hiburan adalah ubat atau penawar terbaik bagi mereda, menghilang serta menyisihkan keserabutan ketika menjalankan tanggungjawab, tetapi hiburan itu tidak sama antara seorang individu dengan individu yang lain, kaedah berkesan bagi generasi terawal di kalangan para sahabat dan tabiin menghilang stress atau apapun namanya, ialah dengan membaca atau menghafaz al-Quran. Ini kerana bagi mereka al-Quran adalah penawar, penghibur, penghilang rasa duka, kecewa, penat, stress dan sebagainya, ia menunjukkan bahawa generasi awal melihat al-Quran sahajalah satu-satunya ubat berkesan untuk tujuan tersebut.
Tetapi ia tidak kepada segenap generasi hari ini, mungkin terdapat di kalangan muslim hari ini yang menjejaki amalan orang-orang yang terdahulu daripada, itu pun yang sentiasa menghubungkan diri dengan program-program masjid atau surau, yang mengikuti panduan dan motivasi penceramah yang mengingatkan mereka untuk berbuat demikian.
Akan tetapi bagi yang tidak menghubungkan diri dengan rumah-rumah Allah, mereka tidak nampak dan tidak ada dalam minda mereka penawar duka ialah al-Quran, tetapi mereka memilih dengan hiburan yang tidak sama sekali mencerminkan kebaikan sama ada untuk agama atau diri mereka sendiri.

Kenyataan Hadi bersifat terburu-buru – SAMM
Adakah kenyataan Hadi tersebut dia memusuhi, meragui atau dia menyerap pemikiran demokrasi tidak sesuai.

Pengasasnya, Badrul Hisham Shaharin mendakwa, kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS itu bersifat terburu-buru dan menyerang DAP semata-mata.
Beliau turut mempersoalkan adakah Presiden PAS itu mula bermain dengan sentimen emosi atau diperalat oleh pihak-pihak tertentu tanpa disedarinya.
“Apa yang kami lihat dari kenyataan dia (Hadi), kebanyakan ulasan dia di luar konteks. Tidak ada kena mengena. Adakah kenyataan Hadi tersebut dia memusuhi, meragui atau dia menyerap pemikiran demokrasi tidak sesuai lagi,” katanya kepada Free Malaysia Today.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Abdul Hadi baru-baru ini yang mengingatkan bahawa pilihan raya PBT yang diperjuangkan oleh DAP adalah satu kesilapan.
Hadi turut menyatakan tidak seharusnya DAP mengusulkan sesuatu yang boleh menjadi pencetus kepada ketidakstabilan dan melebarkan jurang masyarakat desa dan bandar.
Altantuya: Sirul harus diberi ruang beri pernyataan umum
TAIPING: Individu yang dituduh terlibat dalam pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu harus diberikan ruang untuk memberikan penyataan umum kepada seluruh masyarakat termasuklah dalam dan luar negara.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, diakui Sirul Azhar Umar telah didapati bersalah membunuh dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati tetapi timbulnya kesangsian apabila mahkamah tidak menyatakan motif pembunuhan tersebut.
Menurutnya, mahkamah bukan sahaja tidak menjelaskan motif pembunuhan hatta mengganggap ianya satu perkara yang tidak penting.
Katanya, keputusan itu juga tidak menjelaskan berlaku kemungkinan ada individu mahupun pihak lain yang terlibat menjadi dalang pembunuhan tersebut sebaliknya hanya meletakkan beban itu kepada pembunuh semata-mata.
"Mahkamah hanya mencari pembunuh, memang diakui berlakunya perbuatan membunuh itu tetapi mahkamah tidak mencari sebab kenapa berlakunya pembunuhan itu.
"Ini satu perkara yang sangat tidak wajar, sebab itu oleh kerana mahkamah tidak menyatakan motif pembunuhan, maka Sirul dan Azilah itu sendiri harus diberikan hak untuk membuat pernyataan umum," katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas melawat ibu kepada Sirul Azhar di kediamannya dekat Changkat Jering, Bukit Gantang semalam.
Hadir sama ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Exco Pemuda PAS Malaysia, Salman Saleh.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyatakan, Sirul seharusnya diberi ruang seluas-luasnya untuk menjelaskan perkara sebenar bagi merungkai segala kekusutan serta persoalan dalam kalangan masyarakat seterusnya mengetahui siapa dalang dan apakah motif sebenar pembunuhan tersebut.
"Rahsia Besar": Phua "Raja Judi" pernah disabitkan bersalah di M'sia, kata sumber

Sumber polis memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa 'raja judi' Paul Phua Wei Seng ditahan di Miri, Sarawak pada 2004 semasa perlawanan Piala Euro di Miri.
Seorang sumber yang berada di tempat kejadian ketika Phua didakwa dan disabitkan kesalahan terlibat dalam perjudian haram memberitahu bahawa dia didenda.
Selepas membayarnya, Phua dikatakan meninggalkan negara ini dan kemudian dilarang memasuki Malaysia ketika Piala Dunia 2008
Menurut sumber, Phua, 50, juga dikenali sebagai 'Sabah kia' (budak Sabah) walaupun dia sebenarnya berasal daripada Miri, seperti maklumat dalam kad pengenalannya.
Iklim ekonomi parah, petanda Najib akan rebah?
Syukur Alhamdulillah kita semua masih lagi diberi kesempatan untuk
menghirup udara dan bernafas dengan oksigen walaupun dalam keadaan nafas
tersekat dek suasana iklim ekonomi yang menuju kegawatan serius.
Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak pada tanggal 20 Januari lalu telah membentangkan satu revisi Bajet 2015 dalam agenda kononnya mahu mendepani beberapa masalah yang timbul akibat iklim ekonomi yang kurang memuaskan.
Sepanjang pembentangan, sedikit pun tidak kita dengar pengakuan Najib bahawa ekonomi negara berada pada tahap yang sangat parah. Nilai ringgit yang jatuh merudum berbanding Dolar Amerika Syarikat (USD) dan sangat kecil berbanding Pound Sterling selain jauh berbeza kadar tukarannya dengan mata wang negara jiran Singapura.
Terdengar khabar dari sektor petroleum dan gas pula sedang mula mengurangkan jumlah kakitangan untuk mengurangkan perbelanjaan mengurus syarikat di samping sebelum ini banyak perniagaan di sektor lain mula membuat penstrukturan semula sumber manusia.
Ini hakikat yang langsung tidak disentuh dalam pembentangan Najib. Persoalan tidak membentang di Parlimen suatu aspek yang boleh dibincangkan bagaimana Parlimen tempat pembuat dan memutus dasar dilanggar begitu sahaja oleh Najib.
Namun ia suatu bab yang jauh lebih dalam untuk dibicarakan dalam makalah rencana pendek ini. Kegusaran awam bukanlah soal absah atau tidak pembentangan di tempatnya, sebaliknya kegusaran awam adalah pada pelan ekonomi yang tidak langsung nampak tuntas dibentang Najib.
Mengekalkan juzuk lama Bajet 2015 yang semakin tebal sifat defisitnya, Najib hanya memotong perbelanjaan di peringkat yang tidak pun sebenarnya membantu menyelesaikan masalah ekonomi negara yang pada hakikatnya semakin meruncing.
Penangguhan program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai contoh dengan nilai RM400 juta, hanya sedikit sahaja jumlahnya berbanding belanja mengurus dan projek mega yang tidak disekat Najib untuk ditangguhkan.

Kenaikan Harga Rumah 2015 Naik di Malaysia Sebanyak 10% Selepas Pelaksanaan GST Kelak!
Jikalau ditanya Ahmad Maslan mengenai pelaksanaan GST Malaysia, semuanya
indah-indah belaka ibarat di syurga dunia. Dengan GST, kebanyakan harga
barang akan turun, manakala harga rumah akan naik sekitar sekitar hanya
1% hingga 2% sahaja.
- Datuk Abdul Rahman Dahlan : Kenaikan harga rumah naik 2015 di malaysia sekitar 3%
- Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Kewangan) : kenaikan 1%-25 sahaja
- Penganalisis hartanah : Kenaikan harga rumah 2015 naik di malaysia akan berlegar pada kadar 10% selepas pelaksanaan GST
Punca Kenaikan Harga Rumah 2015 Naik di Malaysia Sebanyak 10%?
- kos bahan pembinaan akan meningkat
- simen kena GST 6%
- batu bata kena GST 6%
- konkrit kena GST 6%
- penilaian tanah kena GST 6%
- laporan siasatan tanah (soil investigation) untuk menentukan kekuatan tanah kena GST 6%
- yuran profesional bagi (arkitek engineer QS) pun kena GST 6%
Pernah pemaju hartanah membuat jualan
amal jariah dengan benar-benar memberikan diskaun kepada pembeli jikalau
tidak mereka menyerap kesemua kos dalam harga sebenar yang dijual
kepada pembeli?
Sekarang dapat dilihat pemaju perumahan
sudah mula menawarkan pakej pembelian rumah yang dianggap mereka tawaran
istimewa kepada para pembeli sebelum pelaksanaan GST kelak di mana
sekarang ini dilihat rancak pembinaan para GST projek perumahan.
P/S : Angka yang ditimbulkan oleh
penganalisis hartanah ini sangat jauh dengan pengiraan pasukan Ahmad
Maslan yang dijangkanya 1%-2% sahaja
Pendapatan Tambahan Boleh Guna Rakyat Malaysia RM7.5 bilion. Masa TerBaik Bayar Cukai GST 6%!
Berdasarkan perkiraan yang dibuat
kerajaan Malaysia, kadar inflasi di malaysia bagi tahun 2015 akan
berlegar pada kadar sekitar 2.5% hingga 3.5% sahaja walaupun pelaksanaan GST bermula 1 April 2015 sejumlah 6%.
Perkiraan dan pengumuman “berani” Datuk
Seri Najib Razak mengenai penurunan kadar inflasi di Malaysia mengambil
kira beberapa faktor :
Punca Pengurangan Kadar Inflasi 2015 di Malaysia?
- harga minyak dunia yang turun mendadak lebih daripada 50%
- Ini sekaligus berdasarkan kerajaan Malaysia, rakyat Malaysia sekarang ini mempunyai tambahan pendapatan boleh guna secara kasarnya sejumlah RM7.5 bilion.
- Semuanya dek kerana pengumuman harga minyak petrol dan disel yang turun sebanyak 35 sen dan 30 sen
Berdasarkan mekanisme pengiraan kerajaan
Malaysia, mereka merasakan inilah waktu terbaik untuk rakyat Malaysia
membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada kerajaan Malaysia
bermula 1 April 2015 ini sekaligus memberikan pulangan dan pendapatan
tambahan ke kantung kerajaan malaysia selepas ini.
Manakala semakan Berita Semasa terhadap
laporan yang dikeluarkan sendiri oleh Hong Leong Bank (HLIB) terus
mempertahankan kadar inflasi 2015 di Malaysia akan kekal pada kadar 4%
dek kerana pelaksanaan GST, dan juga “tekanan harga barang” disebabkan banjir beasr yang melanda Malaysia baru-baru ini.
P/S : Kepada Datuk Seri Najib Razak,
bukankah GST boleh menyebabkan harga barang murah seperti dalam
iklan-iklan media arus perdana hari ini? Jadi rakyat sudah pasti akan
ada lebihan wang bukan? Yang mana satu sebenarnya?
Matlamat desentralisasi adalah tadbir urus cekap

oleh ZAIRIL KHIR JOHARI
Sebuah makalah saya baru-baru ini yang mencadangkan desentralisasi kuasa di Malaysia berjaya menarik banyak kritikan dan serangan liar oleh kuncu-kuncu Umno, seperti Ahli Parlimen Kepala Batas Dato’ Seri Reezal Merican dan akhbar harian milik Umno, Utusan Malaysia. Menurut mereka, cadangan saya merupakan satu serangan ke atas Perlembagaan Persekutuan serta juga satu cubaan menghasut (apa yang tidak, hari ini?)
Saya bingkas membangkitkan fakta – bahawa sebenarnya terdapat peruntukan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 76A) yang membolehkan Parlimen untuk mewakilkan kuasa persekutuan kepada pihak berkuasa negeri. Dalam erti kata lain, pengagihan kuasa daripada persekutuan kepada negeri itu bukan sekadar dibenarkan tetapi sebenarnya diperuntukkan oleh undang-undang tertinggi negara kita.
Pada masa yang sama, saya juga menyerlahkan hiprokrasi Umno berhubung perkara ini. Sekiranya menyerahkan kuasa pusat kepada negeri itu dianggap menghasut, mengapa apabila sebaliknya dilakukan, tidak pula dikira menghasut?
Sejak empat puluh tahun dahulu, kerajaan persekutuan telah secara beransur-ansur merampas kuasa daripada negeri dan kerajaan tempatan dalam bidang-bidang yang bersifat tempatan, seperti pembetungan, pengurusan sisa pepejal, pembersihan awam dan sebagainya. Hakikatnya, kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) yang sebenarnya menentang semangat persekutuan.
Walau bagaimanapun, selain tidak menghormati niat asal kontrak persekutuan negara kita, trend pemusatan kuasa secara berlebihan ini menghasilkan dua akibat utama.
Peringatan di ulangtahun ke-50 pemansuhan pilihanraya kerajaan tempatan

oleh LIM KIT SIANG
Terima kasih kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang, rakyat Malaysia kini mesti memikirkan kenapa tidak harus ada pilihanraya kerajaan tempatan di Malaysia, pada ulangtahun ke-50 pemansuhan pilihanraya kerajaan tempatan.
Lima puluh tahun lalu, pada 1 Mac 1965, Perdana Menteri waktu itu, Tunku Abdul Rahman menggantung pelaksanaan pilihanraya kerajaan tempatan, dengan alasan Konfrontasi Indonesia. Beliau bagaimanapun berjanji bahawa sebaik sahaja keadaan kembali aman, beliau jamin bahawa pilihanraya akan dilaksanakan.
Saya pastinya tidak bersetuju dengan dakwaan Hadi bahawa pilihanraya kerajaan tempatan boleh membawa kepada rusuhan kaum seperti tragedi 13 Mei.
Malah, ini kali pertama sesiapa pun mendakwa bahawa kembalinya pilihanraya kerajaan tempatan boleh mengakibatkan satu lagi rusuhan kaum ala 13 Mei.
Sebab berlakunya rusuhan 13 Mei masih lagi rahsia yang disimpan ketat, dan ini sebabnya dalam ucapan pertama saya di Parlimen pada bulan Februari 1971, saya telah menggesa supaya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menjalankan kajian meluas tentang sebab-sebab ia tercetus.
Saya tidak bercadang untuk membincangkan punca-punca 13 Mei, tetapi ia bukanlah berpunca daripada Pilihanraya Umum 1969 bahkan berpunca daripada elemen-elemen tidak bertanggungjawab yang telah mengeksploitasi pilihanraya terbabit demi kepentingan sendiri.
Justeru adalah satu tanggapan yang salah sekiranya sesiapa mendakwa bahawa mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan akan menyebabkan berlakunya lagi rusuhan kaum 13 Mei.
Bagaimana pun, setelah Hadi membuka jalan, saya tidak akan terkejut sekiranya alasan ini digunakan oleh pemimpin reaksionari Barisan Nasional sebagai satu lagi sebab membantah pengembalian pilihanraya kerajaan tempatan.
Rakyat Malaysia sudah pun menyaksikan paparan luar biasa oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Abdul Rahman Dahlan yang bingkas menyokong seorang pemimpin pembangkang – dengan logik mengarutnya yang tersendiri.
Dahulu katanya bila cukai GST dilaksanakan HARGA BARANG AKAN TURUN, tetapi skrg NAIK PULA.. LIDAH BERCABANG spesis UMNO ni...
Punca Kenaikan Harga Rumah 2015 Naik di Malaysia Sebanyak 10%?
- kos bahan pembinaan akan meningkat
- simen kena GST 6%
- batu bata kena GST 6%
- konkrit kena GST 6%
- penilaian tanah kena GST 6%
- laporan siasatan tanah (soil investigation) untuk menentukan kekuatan tanah kena GST 6%
- yuran profesional bagi (arkitek engineer QS) pun kena GST 6%
Fitnah Liwat II: Tarikh Penghakiman 10 Februari 2015
Saya menerima maklumat yang menyatakan Mahkamah Persekutuan telah
menetapkan 10 Februari hadapan sebagai tarikh penghakiman bagi rayuan
kes saya di peringkat Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman
Putrajaya.
Berdasarkan penghujahan pasukan guaman, saya yakin akan dibebaskan berdasarkan perincian fakta dan undang-undang kukuh yang telah dibentangkan di hadapan panel Mahkamah Persekutuan.
Fitnah tidak wajar dijadikan alat dalam tinju politik dan diberi ruang untuk memporak-perandakan negara.
Saya panjatkan doa pada Allah Yang Maha Esa agar keadilan dapat ditegakkan dan saya dibebaskan.
ANWAR IBRAHIM

PATUTLA bermati-matian pertahankan PLKN !!!
Pilihan Raya PBT, Pendemokrasian dan 13 Mei
Oleh KHALID SAMAD
Saya mengikuti dengan penuh minat apa yang sedang dibahaskan berhubung isu Pilihan Raya
PBT atau Local Council Election di media perdana dan alternatif.
Seperti biasa dengan sebarang isu di Malaysia, ianya dikaitkan dengan
isu kaum dan politik perkauman. Malangnya kali ini, kaitan itu dibuat
oleh Presiden PAS dan bukan UMNO. Isu 13 Mei sememangnya sering
digunakan oleh UMNO untuk menghalang proses pendemokrasian yang lebih
menyeluruh. Segala persoalan ketelusan dan pertanggung-jawaban dijawab
dengan ancaman akan berlakunya 13 Mei. Oleh itu apabila ianya disebut
oleh Presiden PAS, maka ramai yang terkejut dan tertanya-tanya.
Sememangnya kekhuatiran yang ditimbulkan oleh Dato Seri Tuan Guru Hj. Hadi ada asasnya. Politik Malaysia di bawah UMNO, hakikatnya sebegitu. Tiada walaupun satu peristiwa yang akan terlepas dari tafsiran secara perkauman sempit yang digunakan untuk menakut-nakutkan rakyat khususnya orang Melayu, walaupun ianya sesuatu yang baik dan boleh membawa kebaikan kepada semua, termasuk orang Melayu. Oleh itu, sekiranya persoalan pilihan raya PBT ini tidak diurus dengan baik, maka golongan haluan kanan Melayu seperti PERKASA dan ISMA berkemungkinan mengambil kesempatan. Jika pembinaan Kondominium mewah di Datum Jelatek pun boleh dijadikan isu perkauman, maka apatah lagi isu pilihan raya PBT? KEBAIKAN PILIHANRAYA PBT
Oleh itu pada mulanya, marilah kita akui bahawa pilihan raya PBT adalah sebahagian dari usaha pendemokrasian di mana peranan rakyat diperkasakan dengan dibenarkan mereka memilih wakil mereka untuk menjadi ahli majlis di PBT. Ianya sesuatu yang pada dasarnya baik kerana berasaskan prinsip keadilan dan demokratik termasuk “No taxation without representation” atau tiada pencukaian tanpa perwakilan; yang telah menjadi cogan kata perang kemerdekaan Amerika dari penjajahan British.
Sepertimana cukai diambil oleh kerajaan Pusat dari rakyat, maka rakyat memilih wakil rakyat untuk mewakili mereka di Pusat (Parlimen). Begitu juga dengan kerajaan Negeri di mana cukai diambil dari rakyat Negeri itu dan rakyat negeri tersebut memilih wakil mereka untuk mewakili mereka di Dewan Undangan Negeri. Maka begitu juga dengan PBT, di mana rakyat dicukai oleh PBT dan rakyat di dalam PBT tersebut berhak memilih wakil mereka untuk mewakili mereka di PBT. Ini adalah antara lainnya untuk menentukan bahawa duit cukai yang dikutip oleh Pusat, Negeri dan PBT digunakan dengan cara yang selari dengan kehendak pembayar cukai di semua peringkat berkenaan.
Pilihan raya PBT bukan sesuatu yang buruk dan tidak semestinya dikaitkan dengan persoalan penguasaan satu kaum ke atas PBT dan Negara. Sebaliknya ianya usaha menjamin ketelusan dan pertanggung-jawaban yang lebih berkesan demi kebaikan rakyat keseluruhannya. Oleh sebab itu ianya diamalkan di kebanyakan, kalau tidak kesemua, Negara demokrasi termasuk UK dan Turki.
HAKIKAT POLITIK NEGARA
Namun demikian, pada masa yang sama, kita perlu juga mengakui hakikat politik negara Malaysia dan bagaimana UMNO dan BN telah mengekalkan obor perkauman sehingga ianya boleh dinyalakan kembali dengan begitu mudah sekali oleh golongan politik kanan yang dilindungi. Ini menuntut agar menjadi lebih kreatif dalam berusaha untuk mencapai matlamat dengan memikirkan cara yang tidak akan memberikan peluang kepada mana-mana golongan terdesak ini untuk mengambil kesempatan. Pendekatan dan kaedah yang digunakan di UK dan Turki serta negara-negara lain tidak boleh diikuti secara bulat-bulat begitu sahaja kerana realiti politik mereka mungkin berbeza.
Oleh itu dalam beberapa perbincangan yang pernah diadakan dengan PR Selangor sebelum PRU ke 13 pada 2013, beberapa model telah dibincangkan supaya memungkinkan pilihan raya PBT diadakan tanpa memberi ruang kepadanya dieksploitasikan. Di antara yang pernah dicadangkan adalah dengan diadakan pemilihan untuk hanya 12 dari 24 ahli majlis yang diperlukan sambil baki 12 lagi dilantik dengan tujuan mengimbangi ketidak-adilan perwakilan semua kaum sekiranya ianya berlaku. Ada juga cadangan diadakan pilihan secara berpasukan di mana setiap pasukan mempunyai calon dari setiap kaum dan apabila sesuatu pasukan menang, dengan sendirinya perwakilan mengikut kaum turut juga dipenuhi.
BANTAHAN OLEH GOLONGAN ‘PURIST’ DEMOKRATIK

Perlukah kontrak bas PLKN RM165 juta diteruskan?
Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak dalam pengstrukturan Belanjawan 2015, baru-baru ini
mengumumkan bahawa PLKN 2015 ditangguhkan untuk menjimatkan RM400 juta.
Pengumuman Bursa Malaysia pada 29
Disember lalu mendedahkan bahawa syarikat Gunung Capital Berhad melalui
anak syarikat milik sepenuhnya iaitu GPB Corporation Sdn. Bhd. telah
dianugerahkan kontrak bernilai RM 164,951,885.70 oleh kerajaan Barisan
Nasional (BN) bagi menyediakan perkhidmatan bas untuk Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN).
Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan
(AMK), Akmal Nasir berkata, kontrak tersebut merangkumi penyediaan
sebanyak 416 buah bas bagi 82 kem latihan PLKN untuk tempoh selama 3
tahun bermula 26 Disember 2014 sehingga 25 Disember 2017.
Menurutnya, namun pengumuman tersebut
tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana proses pemberian kontrak
dibuat dan sama ada nilai kontrak tersebut setimpal dengan perkhidmatan
yang diberikan.
Katanya, ia menimbulkan persoalan kerana
maklumat syarikat menunjukkan Gunung Capital diketuai oleh pimpinan UMNO
iaitu Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal selaku Pengerusi
Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat serta merupakan Ketua
Bahagian UMNO Bukit Gantang yang bergiat aktif di Perak.
“Oleh
itu, adakah ini bermakna kerajaan akan menanggung kerugian sebanyak RM
212 juta kerana masih terpaksa membayar syarikat-syarikat kontraktor
seperti Gunung Capital yang telah dianugerahkan kontrak bernilai RM 165
juta walaupun PLKN tahun 2015 ditangguhkan?
“Adakah keengganan kerajaan untuk
memansuhkan terus PLKN adalah kerana syarikat tertentu yang mempunyai
kaitan dengan pimpinan UMNO telah dijanjikan kontrak bernilai ratusan
juta ringgit bagi tempoh jangka panjang atau kontrak lebih dari setahun?
soalnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Arul diminta jawab hubungan Jho Low, 1MDB
Rakyat perlu diberitahu sama ada Jho Low terlibat dalam mana-mana transasksi 1MDB di peringkat antarabangsa.

“Arul Kanda perlu menjawab dengan jujur dan ikhlas, pernah atau tidak Jho Low membabitkan diri dalam mana-mana transaksi 1MDB di peringkat antarabangsa selama ini,” kata Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Menurut Khairuddin, kenyataan Arul yang mengaku telah membawa RM8 bilion pulang ke Malaysia juga harus mendedahkan maklumat lanjut mengenai duit itu, dimana ianya disimpan kerana, “Dia (Arul) tahu semuanya selepas seminggu dilantik menjadi CEO 1MDB.”
“Kita mahu tahu semuanya seperti bila duit itu sampai ke Malaysia, dan adakah RM8 bilion ini datang dari akaun Cayman Islands,” katanya dalam temubual khas dengan FMT.
Tegasnya, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sepatutnya mengetahui keberadaan duit tersebut.
Justeru itu, Zeti Akhtar perlu memperjelaskan sekiranya duit tersebut sudah ada di dalam negara ini.
Syarikat 1MDB itu, yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan, menerima kritikan hebat atas pelaburan RM8 bilion di luar negara.
Fitnah Liwat II: “Que sera sera. (Api hendak jadi, jadilah).”

Begitulah reaksi segera Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas berhubung keputusan kes liwat keduanya yang akan diumumkan pada 10 Februari ini.
Beliua menulis di Twitter berhubung perkara itu sambil mentweet semula laporan berkaitan perkembangan itu oleh sebuah portal berita.
Ungkapan itu asalnya daripada bahasa Sepangol yang menjadi popular selepas digunakan sebagai lirik lagu pada 1956 oleh penyanyi Amerika Syarikat Doris Day.
Anwar juga mengaminkan gesaan pemimpin PKR Dr Badul Amin Baharom di Twitter supaya orang ramai berdoa dan turun memberikan sokongan kepada ketua pembangkang itu ketika keputusan disampaikan bulan depan.
Mahkamah Persekutuan sebentar tadi mengumumkan tarikh keputusan itu akan disampaikan melalui Twitter kehakiman Malaysia.
Keputusan kes Fitnah Liwat II diumum 10 Feb

Perkara itu diumumkan oleh laman blog mikro Twitter kehakiman Malaysia, yang dikelolakan oleh Mahkamah Persekutuan.
"Orang Keramat" mengamuk terhadap DATUM JELATEK
Datum Jelatek: "Penduduk Keramat" tak akan berdiam diri
Azmin: 'Kamu pasti peserta demo Datum penduduk tempatan?'
Islam dan merotan anak
Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin
A
da
pihak cuba menggambarkan seakan merotan ataupun memukul anak merupakan
satu tuntutan dalam pendidikan Islam. Kenyataan mereka ini boleh
memberikan gambaran yang salah mengenai kesantunan dan kerahmatan Islam
itu sendiri.
Lebih buruk lagi kenyataan itu dibuat pada musim Islam ditohmah sebagai agama yang ganas. Saya ingin menyebut beberapa perkara dalam merotan anak di sini;
1. Asas pendidikan dalam Islam ialah panduann yang jelas, tunjuk ajar yang penuh hikmah (wisdom) dan contoh teladan yang baik. Inilah isyarat Al-Quran dalam Surah al-Isra ayat 24 ketika mengajar kita berdoa untuk ibubapa dengan doa: “Katakanlah: wahai Tuhanku kasihanilah kedua mereka (ibubapaku) sepertimana mereka membesarkanku semasa kecil”. Ertinya, jika diteliti dari arahan doa yang diajar Al-Quran tersebut, pendidikan ataupun membesarkan anak (bringing up process) yang menjadi tanggungjawab ibubapa hendaklah dengan sifat kasihan ataupun rahmah (mercy). Justeru, hanya ibubapa yang membesarkan anak dalam suasana kasih simpati sahaja yang mendapat bahagian dari doa ini. Allah mengajar doa kepada anak, tapi dalam masa yang sama mengingatkan ibubapa tentang cara mendidik dan membesarkan anak.
2. Adapun hadis tentang memukul anak, hendaklah dilihat dalam kerangka maksudnya yang betul. Di sana juga ada ayat Al-Quran (Surah al-Nisa: 34) yang menyebut tentang memukul isteri, apakah selepas ini kita akan mempertahankan perangai sesetengah suami yang suka memukul isteri?! Ayat itu berkaitan isteri yang nusyuz (derhaka) setelah segala proses pendidikan yang baik gagal. Sementara suami pula seorang yang bertanggungjawab menunaikan segala kewajibannya di sudut nafkah zahir dan batin. Pukulan pula dengan cara yang tidak mencederakan dan meninggalkan kesan kesakitan yang serious tetapi sekadar memberikan amaran tentang kesungguhan maksud suami. Hanya dalam suasana sebegitu di samping suami dengan ciri yang begitu sahaja boleh memukul isteri dengan syarat yang disebutkan tadi.
3. Tiada galakan dalam nas Islam agar kita memukul anak. Bahkan kita tidak wajar memukul anak yang belum mumayyiz (mampu membezakan antara yang baik dan buruk). Hadis hanya menyebut memukul pada umur sepuluh setelah melalui proses yang panjang. Sabda Nabi s.a.w: “Suruhlah anak-anak kamu bersolat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukul kerana meninggalkan solat ketika berusia sepuluh tahun” (Riwayat Abu Daud, sahih).

NGO Switzerland mahu RCI siasat Cahya Mata Sarawak milik keluarga Taib Mahmud
Cahya Mata Sarawak adalah syarikat bekas milik negeri yang mempunyai beberapa siri monopoli lumayan, terutamanya dalam pengeluaran simen dan keluli, yang jatuh ke tangan keluarga Tun Abdul Taib Mahmud. – Gambar cmsb.com.my, 26 Januari, 2015.
Salah satu pengkritik tegar Tun Abdul Taib Mahmud, kumpulan advokasi hutan hujan berpangkalan di Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF), menggesa Putrajaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengkaji penswastaan sebuah konglomerat yang tersenarai di Bursa Malaysia yang dikaitkan dengan keluarga gabenor Sarawak itu dan memulakan prosiding jenayah terhadap ahli keluarga beliau yang terlibat dalam syarikat itu.
BMF, dalam apa yang digelarnya "laporan penyelidikan baru tergempar" mahu RCI menyiasat kesahihan penswastaan Cahya Mata Sarawak (CMS), sebuah syarikat bekas milik negeri yang mempunyai beberapa siri monopoli yang lumayan, terutamanya dalam pengeluaran simen dan keluli, yang jatuh ke tangan keluarga Taib itu.
BMF, mendakwa ia membongkar satu "rasuah sistematik" dan menunjukkan bagaimana Taib – ketika beliau masih memegang jawatan ketua menteri – "menghasilkan keuntungan besar bagi CMS melalui pemberian kontrak negeri, membuatkan keluarganya menjadi penerima terbesar kontrak awam di Sarawak", juga mahu semua saham yang dipegang ahli keluarga itu dalam syarikat tersebut dibekukan.

Altantuya: Ibu anggap Sirul dianiaya, harap dibebaskan
TAIPING: Ibu kepada Koperal Sirul Azhar Umar melahirkan rasa sedih dengan nasib yang dihadapi oleh anaknya itu.
Piah Samat, 74, mengharapkan anaknya dibebaskan daripada hukuman gantung sampai mati seperti yang dijatuhkan oleh mahkamah apabila didapati bersalah membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Menurutnya, keluarga menganggap Sirul dianiaya dan hanya menjalankan tugasnya sebagai anggota polis.
"Tak tahulah, hanya Tuhan yang tahu hati makcik, makcik hanya berdoa kepada Allah minta dia selamat.
"Lepas sembahyang makcik berdoa, ingat pada yang satu (Allah), nak mintak tolong kat sapa lagi," katanya dengan nada sebak.
Beliau berkata demikian ketika bersama pimpinan PAS iaitu Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar melawat beliau di kediamannya, dekat Changkat Jering, Bukit Gantang, semalam.
Hadir sama ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Exco Pemuda PAS Malaysia, Salman Saleh.
Ibu tunggal itu menyatakan, Sirul adalah seorang anak yang rajin dan bertanggungjawab terhadap keluarganya.
Sirul katanya sentiasa mengambil berat dan berhubung dengannya serta adik beradiknya walaupun sibuk dengan tugasan hakiki.
Katanya lagi, sejak gambar anak keempat daripada lapan adik beradik itu didedah, masyarakat khususnya penduduk kampung di sekitarnya telah datang memberikan sokongan moral terhadapnya.
"Masyarakat simpati dengan nasib keluarga kami, semua bagi sokongan, orang kampung datang beri sokongan kepada kami.

Azmin ajak DAP, PAS bincang isu p'raya PBT

"Ini perlu diselesaikan dalam Pakatan Rakyat. Saya pasti apabila kita memanggil untuk (mesyuarat) Majlis Pimpinan Pakatan, perkara ini akan dibincangkan.
"Kekuatan Pakatan Rakyat, kami bergerak dalam satu keputusan yang konsensus dan bukan berdasarkan pandangan peribadi," katanya kepada media.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung berlaku pertentangan pandangan antara DAP dan PAS dalam isu pilihan raya PBT.
Kerajaan hadkan lawatan luar negara..ha..ha..ha...!!!!!

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, hanya lawatan kerja yang penting berkaitan hubungan antara negara akan diteruskan.
“Seperti arahan yang baru-baru ini dikeluarkan kerajaan, lawatan ke luar negara harus dikurangkan,” katanya kepada media selepas merasmikan Siri Jelajah Dunia 1,600 Panda di sini, semalam.
Beliau mengulas saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kerajaan lebih berjimat dalam urusan perbelanjaan kewangan negara bagi memastikan Wawasan 2020 tercapai.
Dr Mahathir berkata, kerajaan perlu segera mengenal pasti dan menghentikan projek serta peruntukan yang tidak perlu serta memberi keutamaan kepada projek penting sahaja.
Putrajaya timbang ciri-ciri ISA dalam akta baru tangani keganasan, kata Wan Junaidi
Selepas empat tahun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, Putrajaya kini menimbang membawa semula ciri-ciri undang drakonian tersebut dalam akta baru yang bakal dibentang Mac ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu The Malaysian Insider, langkah tersebut diperlukan bagi menangani aktiviti keganasan.
"Kerajaan sudah berjanji ISA tidak akan dikembalikan, tapi mungkin selepas tapisan nanti, ada ciri-ciri (peruntukan undang-undang) yang hampir sama dengan ISA," katanya.
Wan Junaidi berkata, rang undang-undang baru tersebut akan memiliki bahagian tertentu daripada bentuk hukuman yang akan dikenakan sehingga ke langkah pencegahan.
"Kami mahu undang-undang baru, akta baru, kerana kalau kita mempunyai akta baru ini kita akan dapat pisahkannya mengikut bahagian masing-masing, ada bahagian hukuman, ada bahagian untuk pencegahan, ada bahagian untuk pemulihan dan pelbagai lagi," katanya.
Insiden serangan ke atas pejabat majalah satira Charlie Hebdo di Paris baru-baru ini perlu dijadikan satu iktibar, kata Wan Junaidi sambil menegaskan betapa pentingnya langkah berhati-hati yang perlu diambil kerajaan.
"Kita tidak tunggu orang bom bangunan besar kita, baru kita nak tangkap dia. "Mana satu rakyat Malaysia mahu? Kamu nak berlaku kejadian di Paris dahulu atau bagaimana? "Kadang-kadang kita bercakap tentang demokrasi, tapi kita tidak pernah tanya sendiri sejauh mana demokrasi yang kita mahukan," kata beliau.
Wan Junaidi bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai ciri-ciri undang-undang ISA yang akan dimasukkan dalam akta baru, sebaliknya berkata perlu tunggu sehingga Mac nanti apabila ia dibentangkan di Parlimen.
"Kalau awak tanya saya selepas Mac mungkin saya boleh jawab, tapi setakat peringkat ini saya belum boleh menjawab kerana ia masih satu spekulasi, walaupun kami di kementerian mengetahui sejauh mana yang kita mahu dan corak yang kita mahu," katanya.
Egyptians make history in 18 days
At least 15 killed in protests on anniversary of Egypt uprising
Did Egypt's army manipulate the revolution?
Ketepikan perbezaan, sepakatlah dalam kesatuan PR

Apabila wujudnya gabungan politik antara parti, maka harus wujudlah pula sikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara setiap parti.
Apabila jurang perbezaan yang diperbesarkan, maka akan mengecillah ruang persamaan. Jika ini berterusan, muafakat itu akan pasti hancur.
Sebaliknya, apabila kita membesarkan ruang persamaan, maka akan kecillah jurang perbezaan. Dengan itu, muafakat itu akan kekal dan subur.
Sikap inilah yang sepatutnya dikekalkan seandainya Pakatan Rakyat ingin terus kekal. Bukankah PR pernah bersetuju bahawa persamaan antara 3 parti adalah jauh melebihi perbezaan antara mereka? Mengapa harus terus bertelingkah atas perkara yang berbeza tapi mengetepikan perkara yang membawa kita bersama?
Rakyat Malaysia sudah naik muak dengan pertembungan dan saling menyerang antara satu sama lain.
Masalah dalaman mesti dibawa ke meja perundingan dan dasar dan perjuangan setiap parti mesti dihormati.
Andainya ketiga-tiga parti merasakan jurang perbezaan terlalu besar dan tidak mungkin lagi adanya muafakat serta sikap saling menghormati, barangkali sudah sampai masanya untuk memikirkan semula segalanya kerana setiap parti sedar bahawa tiada parti yang boleh berjaya jika ia bersendirian.
Namun, hakikatnya, semua sayangkan gabungan ini, dan rakyat pernah berharapan besar untuk gabungan politik ini.
Perlukah kita kriminalisasikan hukuman rotan?
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat baru mengumumkan pemindaan Akta Kanak-Kanak 2001 yang akan dibentangkan di Parlimen pada Jun 2015.
Akta tersebut dikatakan sudah ketinggalan zaman, dan pindaan besar perlu dibuat bagi menyelaraskan kepentingan akta tersebut mengikut peredaran zaman.
Perkara yang paling menarik perhatian ramai masyarakat umum adalah cadangan untuk mengkategorikan hukuman rotan terhadap anak sebagai satu jenayah.
Memandangkan Malaysia telah menandatangani Konvensyen Hak Kanak-Kanak (Convention on the Rights of the Children 1989), Kementerian berpandangan bahawa pindaan ini penting bagi memelihara hak kanak-kanak daripada didera secara fizikal dan mental. Perkara 19 Konvensyen tersebut dengan jelas menyebut setiap negara yang menandatangani konvensyen ini perlulah mengambil langkah secara perundangan, sosial, pentadbiran, mahupun pendidikan bagi mengelakkan berlakunya sebarang penderaan secara fizikal mahupun mental terhadap kanak-kanak.
Persoalannya, sejauh mana hukuman rotan terhadap kanak-kanak oleh ibu bapa boleh dikategorikan sebagai dera?
Memandangkan pihak kementerian memberikan justifikasi mengikut Perkara 19 Konvensyen Hak Kanak-Kanak, namun begitu, peruntukan Perkara 19 ini merupakan peruntukan yang tidak begitu jelas dan spesifik.

Langgan:
Catatan (Atom)