Sabtu, 24 Januari 2015

Kesihatan Tuan Guru Nik Aziz baik, lebih selesa untuk rehat

KUALA LUMPUR: Kesihatan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini baik, lebih selesa untuk rehat berbanding semalam.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, pihak doktor meminta supaya dikurangkan jumlah lawatan untuk memberi keselesaan kepada ayahandanya.
Tambah beliau, saluran pernafasan masih tidak boleh dipisahkan ayahandanya masih lemah tanpanya.
"Harapan kami keluarga, semua pihak tidak berkecil hati jika tidak mendapat 'keistimewaan'. Sihat nanti, anda semua adalah VIP kami insya Allah.
"Terima kasih dan mari berdoa untuk ayahanda kami dan anda juga," tulisnya menerusi facebook malam ini.

Macam biasa jer tengok....siapa ler mampu pakai gamaknya....!!!


Najib gagal sebagai Perdana Menteri - Ariff Sabri

Pentadbiran Najib sebagai Menteri Kewangan juga didakwa menyebabkan hutang rasmi menecah tahap 80 peratus KKNK.
PETALING JAYA: “Najib gagal sebagai PM,” dakwa Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz dalam serangan terbarunya ke atas Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan mengaitkan prestasi Perdana Menteri itu dengan kedudukan ekonomi dan kewangan negara.
najib ariff2Menurutnya, Najib gagal sebagai pemimpin negara yang mempunyai kepimpinan, hala tuju dan pengisian makna dan menyoal Malaysia ingin menjadi sebuah “negara koro atau berjaya?”
Beliau berkata, jika ada sesiapa pihak mengatakan bahawa Najib meruakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan terbaik, secara sinis cadangnya, pihak terbabit wajar membuat pemeriksaan doktor.
Mohd Ariff Sabri yang terkenal sebagai blogger sakmongkol.blogspot.com juga mendakwa Mohd Najib gagal secara mutlak sebagai Menteri Kewangan atas beberapa alasan.
Dalam entri terbaru blognya yang berjudul Menilai Najib, beliau menyatakan, kegagalan utama Menteri Kewangan itu ialah hutang sektor awam meliputi hutang rasmi dan tidak rasmi kerajaan, tanggungan melalui surat sokongan, pendanaan tidak bertulis yang didakwa mencecah paras 75 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KNK).

KUMPULAN SYARIKAT “SRC INTERNATIONAL” DITUBUHKAN SEBAGAI ANAK SYARIKAT 1MDB


Najib Razak kata 1MDB hanya pakai RM1 juta duit kerajaan. 1MDB pula kata SRC yang ambil RM4 bilion duit pencen tiada kena mengena dengan 1MDB. Sedangkan semua orang dibelakang SRC adalah orang 1MDB. Hutang 1MDB dijamin pula kerajaan, akhirnya rakyat jadi pembayar. Jawablah nanti di hari kemudian apabila ditanya.

Jimat Wang Rakyat: Perjalanan luar negara, Permata patut dikurangkan

SHAH ALAM, 24 JAN: Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak terus berbelanja boros walaupun sudah berkali diingatkan lebih berjimat cermat dalam membelanjakan dana kerajaan.
rosmah-permata-2Keadaan itu bertambah buruk apabila keadaan ekonomi pada 2015 dijangka lembab ekoran kejatuhan nilai mata wang ringgit dan harga minyak.
Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat berkata, Permata yang dinaungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan perjalanan ke luar negara adalah antara beberapa isu yang sudah banyak kali disentuh Ahli Parlimen.
“Dah letih kami tegur. Sepatutnya perbelanjaan JPM, Permata dan perjalanan ke luar negara perlu dikurangkan tetapi nampaknya tak ada kesan, masih berbelanja besar walaupun ekonomi lembab.
“Saya harap rombakan belanjawan yang disebut Perdana Menteri akan kaji tiga isu yang saya sebutkan tadi,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.
Beliau berkata, tambah mengecewakan kerajaan sebaliknya mengambil pendekatan menekan rakyat dengan mengenakan cukai termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatam (GST) bagi menampung pembaziran mereka.
“Mereka wajar lebih bertanggungjawab, jangan hanya mengalihkan beban akibat kelemahan kerajaan kepada rakyat,” katanya.

Tertangkap menipu, kredibiliti Zahid Hamidi hancur dalam seminggu

GELANG PATAH, 24 JAN: Dakwaan Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa amalan mengutus surat kepada FBI dilakukan Menteri Dalam Negeri dinafikan Tan Sri Syed Hamid Albar dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataannya berkata, kini tinggal tiga lagi mantan menteri yang belum bersuara bagi menyatakan sikap terhadap dakwaan Zahid Hamidi.
“Mereka harus bersuara sebagai seorang negarawan bagi menjernihkan keadaan.
“Jangan bersikap seperti pelarian dari keadilan untuk mencari perlindungan dari kebenaran, jika mereka sudah melakukan perkara yang merugikan negara,” tegas Kit Siang.
Ketiga trio tersebut ialah Datuk Seri Mohd Radzi Syeikh Ahmad, Datuk Azmi Khalid dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Justeru itu, Kit Siang menggesa kesemua Menteri Dalam Negeri sejak dari 15 tahun lalu agar rekod mereka dapat dibersihkan, bukan hanya demi kepentingan negara, malahan membersihkan nama mereka yang tercemar sebagai menteri.
“Nampaknya, Zahid membuat dakwaan untuk mengatakan bahawa dia tak buat apa-apa yang salah ketika mengutus ‘surat penjelasan’ mengenai raja judi 14K Paul Phua kepada FBI.

Pakatan perlu segera tamatkan era Umno-BN

Pentadbiran Najib berdepan dengan pelbagai isu kontroversi sejak bergerak dari garis mula pada 2009, selepas pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa Umno-BN melalui pilihan raya umum dengan prestasi paling buruk dalam sejarah terkini.
Pada masa ini, isu lama dan baharu muncul menghambat Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak, daripada kontroversi pengurusan 1MDB hingga kepada persoalan-persoalan berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Najib banyak menghadapi nasib tidak baik kebelakangan ini, termasuk perkara-perkara yang melibatkan imej di pentas politik, seperti didedahkan bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama semasa beberapa buah negeri di Malaysia dilanda banjir yang dahsyat. Kemudian, didedahkan pula pesawat rasmi dinaiki Najib meneruskan satu perjalanan yang jauh di beberapa bandar di AS dan akhirnya ke Bangkok sebelum kembali ke Kuala Lumpur.
Semasa banjir buruk melanda negara, kerajaan dan pihak-pihak berwajib kelihatan dikejutkan dengan skala bencana yang dihadapi, hingga sekali lagi mengundang kritikan terhadap Najib, selepas dipersoalkan kepimpinan dan keprihatinannya kerana bermain golf semasa rakyat berdepan banjir.
Banjir buruk yang akan memerlukan kos pemulihan yang amat besar diiringi dengan kejatuhan harga minyak daripada lebih AS$100 setong kepada sekitar AS$40 setong akan segera menguji seluruh pentadbiran Najib.
Dalam menuju ke Pilihan Raya Umum ke-14, Najib berdepan tekanan yang kuat disebabkan perkembangan yang tidak menyebelahinya ini, selepas pilihan raya umum yang lalu menunjukkan peluang Umno-BN untuk pulih terlalu sukar.
Sepanjang 2014, memang kelihatan nasib tidak menyebelahi Najib apabila negara menghadapi insiden buruk bertimpa-timpa, terutama insiden antarabangsa yang berprofil tinggi kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 dan kemudian pesawat MH17 ditembak jatuh di ruang udara Ukraine.

Berjuanglah untuk rakyat, jangan untuk kroni....

Oleh Sir Wenger
Saya sayang kepada Datuk Seri Najib Razak, tetapi beliau tidak sayang dengan saya. Kalaulah saya merasa kecil hati atau “stress”, saya akan menonton kembali ucapan beliau semasa perasmian Pehimpunan Agung Umno yang terpapar dalam YouTube kerana gelagatnya menjinakkan para perwakilan Umno dengan laungan “So-li-da-ri-ti” amat melucukan.
Tetapi persoalan mengenai pentadbiran dana 1MDB bukannya jenaka. Meskipun beliau menyuruh rakyat supaya tidak mengendahkan pertukaran CEO yang berlaku dengan kerapnya dan angka-angka yang disebut Tony Pua dan Rafizi Ramli, hakikatnya persoalan mengenai dana tersebut masih tidak dijawab dengan baik dan sempurna oleh mana-mana pihak. Lebih lagi, kini negara mendapat persepsi buruk oleh para penganalisis antarabangsa di mana mereka turut melahirkan rasa kurang senang dan risau atas keteguhan ekonomi negara disebabkan pinjaman berbilion kepada dana 1Malaysia Develompment Berhad (1MDB), dengan lebih RM15 bilion dijamin secara langsung dan tidak langsung oleh kerajaan.
Persoalan yang membenak di dalam hati rakyat ialah sama ada dana tersebut disalah gunakan kroni untuk memperkayakan diri masing-masing sementara rakyat terpaksa hidup sehelai sepinggang. Persoalan itu timbul disebabkan pelaburan yang dibuat dalam syarikat Petrosaudi yang tidak dikenali mana-mana pihak, fi dan komisen tinggi dibayar kepada “banker”, peranan orang tengah mengaut keuntungan dengan menjual kembali bon diterbitkan 1MDB, pelaburan dibuat di luar persisiran pantai dan tidak diketahui sama ada pelaburan tersebut dapat ditebus kembali ataupun luput sama sekali, pinjaman RM2 bilion yang tidak dapat dijelaskan kepada bank tempatan dan akhir sekali, pelaburan duit rakyat dalam bekas anak syarikat 1MDB iaitu SRC International untuk membeli lombong arang di Mongolia.

Rita Rudaini tidak terlibat konspirasi jatuhkan Najib, kata Zam secara sinis

Tan Sri Zainuddin Maidin dengan sinis berkata pelakon Rita Rudaini yang menjalani penggambaran di Zam Newsroom Cafe miliknya di Putrajaya tidak terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Bekas menteri penerangan itu berkata, teori konspirasi seumpama itu pernah timbul apabila beliau minum pagi bersama Tun Daim Zainuddin, Datuk A Kadir Jasin dan beberapa blogger lain di satu restoran di Damansara baru-baru ini.
"Tentunya kehadiran pelakon jelita Rita Rudaini bersama beberapa pelakon lagi di Zam Newsroom Cafe Putrajaya baru-baru ini bukanlah untuk berkonspirasi bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib," kata Zainuddin secara sinis di blognya Zamkata hari ini.
"Rita dan lain-lain boleh dianggap bersih daripada teori konspirasi ini kerana mereka tidak minum petang atau makan bersama saya sebaliknya hanya membuat penggambaran telemovie Qiam."
Zainuddin pada Selasa membuat keputusan berhenti daripada penulisan politik kerana kecewa dituduh berkonspirasi mahu menjatuhkan Najib.
Beliau kecewa kerana sering kali dianggap mempunyai "sandaran" meskipun bergerak secara bersendirian.
"Setelah menimbang dari semua aspek, kepentingan, kedamaian dan ketenteraman jiwa daripada ugutan, tekanan dan pencemaran nama pada hari tua, maka saya mengambil keputusan untuk berhenti daripada penulisan politik semasa yang menjadi pengisian utama blog zamkata sejak dilancarkan pada 8 Ogos 2012.
"Maka teguran tidak lagi dianggap sebagai sokongan,” tulisnya kecewa.
Zainuddin berkata, disebabkan perbezaan pendapat, kepercayaan dan setia kawannya kepada kepimpinan politik yang bersandarkan sejarah dan kejayaan tercemar.
"Saya amat tersinggung apabila kekuatan saya sendiri dianggap sebagai bergantung pada orang lain. Ini bukanlah kejatian dan keperibadian diri saya berdekad dalam dunia kewartawanan," katanya.
Blog zamkata miliknya dilancarkan pada 8 Ogos 2012 kini mempunyai lebih 1.5 juta pelawat, katanya.

"Sepanjang lebih 50 tahun dalam bidang kewartawanan, saya tidak pernah menjadi penulis upahan," kata Zam.

Najib kepanasan diserang blogger

Perdana Menteri tidak dapat menerima kritikan, sebaliknya melancarkan serangan ke atas blogger dan pegamal media yang tidak sehaluan.
najib_air asia_300PETALING JAYA: Serangan dan kritikan keras yang bertali arus terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak termasuk membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin telah memberi kesan ke atas blogger dan pengamal media sosial yang tidak memihak kepada Perdana Menteri itu.
Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin mendakwa, pengamal media yang menjadi pendokong Najib mendapat ganjaran lumayan malah ada yang diberikan pakej percutian ke luar negara.
Bagaimanapun ujarnya, kalangan blogger dan pengamal media sosial yang mengkritik Presiden UMNO itu ditekan dan akan menderita.
“Bagi yang menjadi pengkritik dan penegur Najib pula, ada yang terus menjalankan tugas mereka tanpa seramai yang sedang ‘menderita’ kerana telah digodam akaun mereka. Pengamal media sosial pro-Najib tidak pula kedengaran mengalami masalah yang sama.
“Beberapa pemilik akaun Facebook yang tegar mengkritik Najib dan dilihat menjadi penyokong Mahathir dan Daim seperti Blue Ocean misalnya, paling teruk diserang dan akaun Facebooknya yang tiba-tiba hilang begitu saja,” jelasnya dalam entri terbaru blog beliau, shahbudindotcom.blogspot.com.
Jelas Shahbudin, perkara yang menjadi persoalan pada masa ini ialah pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan yang dilihat sebagai cubaan mematikan dan menyekat suara pengkritik daripada menyampaikan maklumat kepada rakyat. .

GST: Kita akan daftar secara paksa kata Timb Menteri Umno

Mereka perlu tahu bahawa nama syarikat dan maklumat lain ada di Lembaga Hasil Dalam Negeri.
ahmad-maslanKUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan memberitahu, sebanyak 50,000 syarikat masih berdegil untuk mendaftar di bawah Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) berdasarkan semakan di pangkalan data Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan memaksa syarikat berkenaan untuk mendaftar dan mengenakan kompaun minimum RM2,000 berikutan tarikh akhir pendaftaran wajib telah berakhir pada 31 Disember lepas.
“Sekiranya masih enggan daftar, kita akan daftar (secara paksa) dan kompaun mereka sehingga maksimum RM15,000.
“Mereka perlu tahu bahawa nama syarikat dan maklumat lain ada di Lembaga Hasil Dalam Negeri,” jelasnya, lapor Bernama.
Bercakap dalam program ‘Ruang Bicara’ bertajuk ‘Melindungi Ekonomi Negara’ di Bernama TV, di sini malam tadi, Ahmad menyifatkan secara keseluruhannya, sambutan syarikat-syarikat terhadap CBP sebagai amat menakjubkan.
Malaysia akan melaksanakan GST mulai 1 April pada kadar enam peratus bagi menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan pada masa kini.
Kerajaan pada awalnya hanya menjangkakan 150,000 syarikat berdaftar untuk CBP, tetapi bilangannya kini meningkat lebih 305,000 syarikat.

SENGAJA cipta isu & cari punca utk berbalah sesama Islam, ITULAH CIRI2 ameno !!!

Pihak Masjid At-Taqwa Taman Brown Taman Tun Sardon menafikan kandungan surat berkenaan kerana tidak ada sebarang aduan daripada mana-mana komuniti bukan Islam tentang laungan azan. Laungan azan di masjid ini sejak dulu hingga sekarang berkumandang seperti biasa.

Oleh yang demikian diharap kenyataan ini dapat merungkai kekeliruan yang ditimbulkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mencari publisiti tanpa mendapat atau merujuk kepada sumber yang sahih. - Masjid At-Taqwa Taman Brown Taman Tun Sardon

Orang Asli claim logging destroying villages, causing landslides

Pasca Banjir: Cuaca Kuala Krai sejuk luar biasa

Adakah DAP gusarkan kejayaan hudud PAS?

Oleh Hazlan Zakaria
Akhir-akhir ini kritikan DAP terhadap eksperimen hudud Kelantan PAS semakin menjadi-jadi dan kasar. Ini menimbulkan persoalan, apakah yang sedang mencurah minyak ke dalam api DAP? Sudah tentu untuk berlaku adil, tindak balas PAS juga telah meningkat melampaui nilai-nilai kesopanan.
PAS mungkin sedang bertahan, tetapi bagi DAP, adakah mereka mungkin takutkan sesuatu?

Saya boleh memahami yang mungkin ideologi sosialis mereka menentang campur tangan agama, kerana mereka berpandangan sekular. Ia adalah sesuatu yang dikongsi golongan sosialis dengan komunis. Tetapi saya tidak memahami kritikan hampir berdendam dan tidak henti-henti oleh DAP terhadap sekutu Pakatannya itu, dalam hal hudud.
Ia semakin meningkat sejak serangan awal mereka terhadap PAS semasa krisis MB Selangor yang dicetuskan PKR.
Memang ada puak dalam DAP seolah-olah sangat lantang dalam mengkritik PAS berkenaan krisis MB Selangor, dan kemudian berpindah kepada hudud seolah-olah sedang cuba mengalihkan tumpuan, untuk mencari apa sahaja topik yang mudah supaya mereka dapat mengecam sekutu mereka itu.
Walaupun ada banyak sebab dan spekulasi untuk dibuat, ada satu soalan yang turut boleh dilibatkan.
Saya tertanya-tanya jika mungkin DAP sebenarnya lebih bimbang bahawa eksperimen hudud Kelantan PAS mungkin berjaya, kerana ini boleh membuatkan ia lebih diterima masyarakat pada umumnya, dan bukan sahaja di Kelantan.
Lagipun buat mereka, hudud adalah sesuatu yang hanya boleh dilaksanakan apabila mayat mereka dilangkah.
Kejayaannya pasti akan mematahkan apa yang dikenali sebagai 'kebimbangan' mereka dan juga menjejaskan masa depan pendekatan sekular dalam isu-isu sosial yang saya pasti adalah lebih dekat di hati DAP daripada campur tangan agama bagi keadilan sosial, yang eksperimen hudud Kelantan PAS mahukan.

Adakah Daim kuasa yang mampu bunuh politik Najib?

Oleh Ng Kee Seng
Sudah terang lagi bersuluh bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika ini sedang dikepung oleh rakan-rakan seperjuangan Umno-nya. Soalannya masih sama; sama ada Presiden Umno itu semakin terdesak untuk berpaut kepada kuasa?
Ada banyak isu serius dan tanda yang menunjukkan Najib kini “sukar melelapkan mata” dengan tekanan politik yang bertambah hari demi hari.
Jentera jaringan politik pro-Najib sudah mula menyerang pengkritiknya. Serangan ke atas bekas Bendahari Umno dan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin jelas menunjukkan betapa terdesaknya Najib untuk mempertahankan kedudukan nombor satu itu. Pada masa sama, Daim bukanlah pengecut politik dan mudah dikenakan, dan berita buruk bagi Najib adalah Daim adalah sekutu rapat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Justeru, adakah Najib telah membuat kesilapan langkah maut apabila terlibat dengan terlalu banyak pertempuran? Mungkin – atau pun tidak – kerana politik Umno terlalu kompleks dan “hebat”, memandangkan “prinsip politiknya” adalah tiada musuh yang kekal musuh, tiada kawan yang kekal kawan?
Juga, ambil kira beberapa perkara ini:
Kesan sosio-ekonomi domestik dan global kepada rakyat dan negara ekoran ringgit yang melemah. Malapetaka membarah yang dihadapi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), badan pelaburan Najib yang kini menanggung hutang RM40 bilion.
Isu sekitar perbelanjaan kerajaan yang tidak perlu, seperti penggunaan kemudahan kerajaan. Perhatian media arus perdana secara tiba-tiba terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam serangan terhadap Daim (Anwar mendakwa memiliki bukti salah guna kuasa Daim ketika dalam kerajaan).

Menilai Najib.

Oleh sakmongkol AK47
Tiada siapa sekat sesiapa daripada menganggap Najib PM dan menteri kewangan terbaik. Saya hanya
syorkan kepala mereka di periksa doctor.Najib gagal sebagai PM. Paling ketara, Najib gagal memberi negara ini kepimpinan, hala tuju, pengisian makna. Kemana Malaysia hendak tuju- negara koro atau berjaya? Apa ertinya menajadi Malaysian?
Najib gagal sebagai MK. Kita akan bahas perkara ini.

Hutang sector awam- baca kerajaan yang rasmi dan tidak rasmi, tanggungan melalui surat sokongan, pendanaan yang tidak bertulis- mungkin sudah sekitar 75% dari GDP. Kita tak tahu. Hutang rasmi tahun 2014 ialah RM 570 billion. Tanggungan kontinjen ialah RM170 billion. Tanggungan melalui surat sokongan, mungkin RM100-200 billion, ini menjadikan hutang dan tanggungan negara hampir RM800 billion.
Jika ekonomi kita lebih sedikit dari RM1 trillion, (RM1000, 000,000,000) hutang kita sudah menuju kepada tahap 80% GDP. Mungkin ada lojik sebab hutang dan tanggungan isi rumah atau household debt Malaysia sudah pun mencecah 87% GDP.
Muflis negara kita. Matawang kita tidak ada harga. Satu hari nanti, Najib akan citak duit pokok pisang seperti zaman Jepun.
Semakin ramai tidak yakin kepada Najib sebagai PM dan ramai lagi tidak yakin dengan cara dia mengurus kewangan negara.
Kita patut biarkan kumpulan Dr Mahathir membalun Najib. Taktik kumpulan Najib membongkar rahsia Daim dan kemudian Mahathir hanya red herring untuk mengalih pandangan rakyat daripada incompetence Najib. Kita jangan jadi sebahagian daripada pencak silat Najib.
UMNO sukar musnah oleh ancaman luar, tapi lebih mudah jika ianya musnah dari dalam. Jika Najib mengatasi ancaman dalaman, dia akan jadi kuat. Bila kuat, orang putih kata ada hubris- sebut hewbris; ini orang tersebut terpisah dari reality dan overestimate kepentingan dan kehandalan dia. Saya rasa sukar deal dengan orang seperti ini. Macai2 dikeliling nya naik tocang.

Pembunuh Altantuya bersama anak, saudara di Brisbane sebelum ditangkap, lapor ABC

Bekas komando polis, Sirul Azhar Umar tinggal di Brisbane bersama saudara dan anak lelakinya yang berusia 19 tahun sebelum dicekup pihak imigresen Australia, lapor media negara itu.
Sirul tiba di Australia pada Oktober tahun lalu dengan pasport dan visa pelancong serta tinggal di Ipswich, Queensland.
Sirul, 43, tidak hadir ke Mahkamah Persekutuan minggu lalu apabila hakim mendapati dia bersama Azilah Hadri bersalah kerana membunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Pihak berkuasa Australia menahan Sirul selepas Interpol mengeluarkan notis merah berikutan kesalahan yang dilakukannya.  Australian Broadcasting Corporation (ABC) melaporkan Sirul dipindahkan ke bahagian keselamatan tertinggi di Pusat Tahanan Villawood di Sydney.
Sirul tidak bercakap kepada ahli keluarganya atau berjumpa peguam sejak ditahan, lapor media itu.
Bagaimanapun, akhbar bahasa Inggeris, New Straits Times (NST) melaporkan semalam pihak berkuasa Australia membebaskan Sirul dengan syarat pergerakannya di negara itu dipantau.
“Pasportnya ditahan tetapi pihak imigresen Australia membebaskannya bersyarat termasuk tampil jika dikehendaki pihak berkuasa,” kata jurucakap Wisma Putra kepada NST.
Seorang pengguna Facebook, Shuk Sz yang mendakwa anak kepada Sirul berkata: “Jika saya hebahkan di media, Malaysia akan tumbang.”
“PM juga tumbang,” katanya. Namun akaun Facebook itu sudah dipadam, kata ABC.
Peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin berkata kepada ABC satu permohonan semakan kepada Mahkamah Persekutuan akan dilakukan dan beliau akan menghalang permintaan ekstradisi dari Malaysia.
“Saya mempunyai mandat dari klien saya untuk mengambil langkah perundangan bagi mencabar ekstradisi,” katanya seperti dipetik.

Sirul di penjara kawalan ketat - ABC News

Pihak berkuasa Australia memindahkan pelarian Malaysia, Sirul Azhar Umar ke pusat tahanan keselamatan tinggi di Sydney.

Laporan ABC News Online Australia menyebut, Sirul yang ditangkap pasukan imigresen Australia pada hari Selasa lalu kini ditahan di Pusat Tahanan Villawood.

Ia turut menyebut, ketika ditahan, Sirul berada di negara itu bersama seorang anaknya berusia 19 tahun dan seorang lagi saudara.

Mereka dilaporkan berada di negara itu sejak beberapa bulan lalu.

Sirul memasuki negara itu dengan pasport sah dan juga visa pelancong, lapor portal itu lagi.

Dialog hati ke hati untuk satukan Umno, Pas hanya retorik

Shahbudin Husin,

Semalam berlangsung perbincangan dari hati ke hati mencari solusi dan juga iktibar selepas bencana Bah Emas yang menimpa Kelantan. Perbincangan itu melibatkan dua pemimpin kanan Pas dan Umno Kelantan. Pas diwakili Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah (Nik Amar) manakala Umno diwakili oleh Ketua Penerangannya Md Alwi Che Ahmad. Manakala bekas MP Kok Lanas Abdullah Ahmad bertindak sebagai moderator.
Dialog untuk menyatukan Pas - Umno?
Abdullah adalah pendokong fahamaan sekular dan sosialisme yang pernah menjadi master mind dalam Umno khususnya di perjabat Perdana Menteri diera Tun Razak. Beliau juga pernah ditahan dibawah ISA kerana menganuti fahaman kuminis. Dari mana jerung pun bekas Setiausaha Politik Tun Razak ini lebih suka kalau Kelantan diperintah Umno secara total.

Dialog dari hati ke kalbu itu dianjurkan oleh surat khabar Sinar Harian di mana baru-baru ini taukehnya melemparkan cadangan agar Pas dan Umno bergabung membangunkan Kelantan. Penerbit akhbar berkenaan Hissamuddin Yaakob melihat kedua parti itu wajar berada dalam satu saf dengan menubuhkan kerajaan bersama. Beliau merasakan ia suatu keterdesakan kerana Kelantan ketinggalan selama 40 tahun.

Bagaimana pun cadangan yang idealis itu tidak mendapat sambutan. Ia dicurigai oleh sesetengah pihak khasnya dalam Pas. Beberapa pemimpin Pas memberi alasan mengelak mengatakan kerjasama politik tidak diperlukan. Ironisnya pihak Umno hanya mendiamkan diri yang boleh dianggap menerima cadangan itu sebagai positif.
Melihat kepada sikap Umno itu memberi terjemahan bahawa cadangan Hissamuddin itu sebagai meret kepada Umno. Lebih nakal boleh dianggap Hissamuddin sebagai menjadi mediator kepada penyatuan itu dengan mempunyai motif tersendiri boleh disifatkan mahu dikenali sebagai juara penyatuan.

Apakah dialog dari hati ke hati semalam sebagai meneruskan agenda yang dibawa oleh Hissamuddin itu? Jika dilihat kepada pilihan kepada panel dialog itu, khasnya Nik Amar menjelaskan ia begitu. Sebab lalau hendak dikira yang patut atau sesuai berdepan dengan Alwi selaku Ketua Penrangan, adalah Ketua Penerangan Pas, Nasaruddin Daud.

Apakah oleh kerana pihak pengelola merasakan Nik Amar lebih berpengaruh dan mempunyai kuasa penentu hatta berbanding Ahmad Yaakub dan lebih mudah untuk diajak berunding maka pihak pengelola mempelawa TMB itu?

Kalau benar andaian ini apa guna Nasaruddin menjadi Ketua Penerangan Pas Kelantan atau pun beliau memang tidak berfungsi dan gagal menjalankan tugas dengan baik. Kalau benar begitu kenapa pula Ahmad Yaakub tidak menyusun semula Badan Perhubungan Pas Kelantan dengan menggugurkan sesiapa tidak berfungsi dan diganti dengan muka baru. Kalau tidak silap Ketua Penerangan Pas sebelum ini dipegang oleh Dr Mohd Fadzli Hassan Adun Temangan yang telah menunjukkan kebolehan dan kewibawaannya. Kenapa ditukar?

Saya tidak mengikuti perbincangan semalam kerana ia dilihat tidak penting dalam konteks maksud dibahaskan melainkan ialah adalah satu gambaran yang Pas dan Umno boleh duduk bersama dan perlu lebih jauh dari itu. Program semalam sebagai satu persandingan tanpa ijab kabul antara Alwi dengan Nik Amar. Ia sebagai ritual yang tidak sah dan penting.

Cuma saya cuba memahami hasilnya daripada laporan akhbar dan portal berita. Tampaknya tidak ada apa yang besar dan berimpak daripada dialog berkenaan. Kedua pihak baik Alwi dan Nik Amar mengakui bencana banjir tidak perlu dipolitiknya. Alwi dengan penuh tawaduk mengatakan tidak perlu berbalah dalam kes banjir dan tidak perlu menunding jari kepada pihak mana salah dan betul.

Yang penting katanya Umno - Pas menerusi kerajaan masing-masing berkerjasama berganding bahu membantu rakyat. Keutamaan rakyat, mangsa banjir perlu diutamakan daripada agenda politik. Ewah... Pandangan Alwi itu tepat sebagai meraikan Kelantan yang disimbah bah emas yang dahsyat. Dan itu semua orang sudah tahu dan merasakan ia perlu.

Begitu juga dibelah Nik Amar. Baginya banjir telah membuka era baharu di Kelantan. Katanya dengan adanya banjir pihak kerajaan Pusat telah cuba menghayati semangat federalisme sebenarnya yang diharap Pas selama ini. Beliau disamping mengakui Kelantan tidak mampu memikul bahana bencana itu walaupun tidak sebesar bah tahun 1967, mengatakan kerajaan Pusat banyak membantu.

"Kalau bukan kerana banjir ini mungkin semangat (perlaksanaan) federalisme tidak seperti hari ini," kata Nik Amar.

Harga minyak rendah sebabkan akaun semasa negara defisit?

Pakar ekonomi menggesa Putrajaya melakukan potongan perbelanjaan operasi yang lebih serius bagi mempunyai wang mencukupi untuk mengemudi negara ini melalui ekonomi yang sukar tahun ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Januari, 2015.  
Pakar ekonomi menggesa Putrajaya melakukan potongan perbelanjaan operasi yang lebih serius bagi mempunyai wang mencukupi untuk mengemudi negara ini melalui ekonomi yang sukar tahun ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Januari, 2015.

Di saat harga minyak global semakin jatuh, lebih rendah daripada apa yang Putrajaya kira untuk semakan Bajet 2015, ahli ekonomi mempunyai pandangan berbeza bagaimana hal ini akan memberi kesan kepada akaun semasa negara dan ekonomi tempatan.
Sesetengah ahli ekonomi memberi amaran ia boleh meninggalkan kesan negatif kepada akaun semasa negara ini dan kesan merbahaya kepada ekonomi. Yang lain bagaimanapun, tidak percaya imbangan akaun semasa terancam dan berhujah ringgit yang lemah akan memacu eksport dan mengurangkan import.
Seperti lebihan dagangan di mana eksport adalah lebih tinggi daripada import akan menyebabkan lebihan akaun semasa, kata Dr Yeah Kim Leng dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST).

Bagaimanapun, Tan Sri Kamal Salih (gambar), profesor adjung Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran di Universiti Malaya berkata, jika harga minyak jatuh di bawah AS$40 setong ia boleh menjejaskan hasil kerajaan dan seterusnya memberi kesan kepada akaun semasa negara. Kamal berkata, defisit akaun semasa adalah berbahaya kerana menyebabkan rizab mata wang asing negara semakin berkurangan, tahap hutang yang tinggi dan ringgit yang lemah.
"Kita  boleh mengatasi situasi kritikal ini jika harga minyak turun di bawah AS$40 setong sebagaimana diramalkan beberapa penganalisis," kata Kamal.
Reuters melaporkan sehari selepas Bajet 2015 disemak pada 20 Januari, menekankan kebimbangan akaun semasa negara kepada defisit.
Defisit akaun semasa, kata laporan itu akan menakutkan pelabur dengan tahap hutang yang tinggi bagi kerajaan, isi rumah dan akaun modal di negara ini.
Kamal berkata untuk mengelakkan ini, Putrajaya harus mempertimbangkan potongan 10% perbelanjaan mengurus kerajaan persekutuan bagi mengatasi penurunan seterusnya dalam hasil minyak.
Kamal adalah pakar terbaru yang menggesa Putrajaya untuk melakukan potongan perbelanjaan operasi yang lebih serius bagi mempunyai wang mencukupi untuk mengemudi negara ini melalui ekonomi yang sukar tahun ini.
Putrajaya menyatakan dalam pengumuman semakan Bajet 2015 yang ia yakin akaun semasa Malaysia akan kekal dalam lebihan.
Putrajaya juga mengumumkan penurunan sebanyak RM5.5 bilion untuk perbelanjaan mengurus kerajaan daripada RM273.9 bilion. Kerajaan juga dijangka mengalami kekurangan hasil sebanyak RM13.8 bilion.

Cara Umno: Daim diserang ugutan video seks, tapi tekanan tetap pada Najib

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin kini diserang dalam media arus perdana dan Internet dengan terbaru, diancam didedahkan video seksnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Januari, 2014.Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin kini diserang dalam media arus perdana dan Internet dengan terbaru, diancam didedahkan video seksnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Januari, 2014.Perang proksi dalam media arus perdana dan di Internet di antara Datuk Seri Najib Razak dan pengkritik dalaman Umno seperti mengulangi sejarah percubaan untuk menyingkirkan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, kata seorang blogger pro Barisan Nasional (BN).
Tetapi kali ini taktiknya lebih kotor, secara tidak langsung dan lebih lucah dengan mangsa terbaru adalah bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang diancam didedahkan video seksnya.
"Kita merasakan ia kerja blogger-blogger upahan yang sanggup melakukan apa saja asalkan menerima bayaran. Tindakan untuk menggesa Najib meletak jawatan semakin kuat, sama seperti ketika zaman Pak Lah," kata Anuar Mohd Nor yang dikenali dengan blog Umno Reform merujuk kepada Abdullah.

Klip penuh dengan teks selama satu minit dan 40 saat dimuat naik di laman perkongsian video atas talian YouTube, oleh pemilik akaun WikiLeaks Malaysia tanpa memaparkan sebarang aksi seks,  tetapi menjanjikan bakal mendedahkan video temu ramah dengan “mangsa” Daim yang dikatakan berasal dari Vietnam, Indonesia dan Thailand. Klip itu juga mendakwa AS$10,000 dibayar kepada mereka yang masih dara dan akan diperiksa doktor peribadi Daim.
Daim menjadi sasaran kerana kritikannya kepada cara Najib menguruskan politik dan ekonomi.
Walaupun pengkritik utama ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, Daim terperangkap di tengah-tengah, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin baru-baru ini.
Menurut Anuar yang pernah menganggotai Unit Media Baru Umno itu, Najib tidak dibantu faktor ekonomi lain seperti kejatuhan nilai ringgit dan kejatuhan harga minyak dunia yang memberikan kesan kepada ekonomi negara.

Utusan sokong Hadi: Pilihan raya PBT Pulau Pinang hanya untungkan Cina

Utusan Malaysia sokong Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung menolak cadangan DAP mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Januari, 2014.Utusan Malaysia sokong Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung menolak cadangan DAP mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Januari, 2014.Menyokong kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini mengatakan cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang hanya akan memberi keuntungan kepada kaum Cina yang umumnya majoriti di kawasan bandar.
Awang Selamat, nama pojokan yang mewakili pengarang akhbar itu berkata, PAS sendiri menyanggah rancangan DAP kerana ia mampu mencetuskan suasana tidak stabil serta melebarkan jurang masyarakat pelbagai kaum.
“Tidak salah kalau dikatakan apa yang diperjuangkan DAP dalam hal itu adalah kerana melihat faedahnya besar kepada kaum Cina," tulis Awang Selamat dalam Utusan Malaysia hari ini.

“Jika itulah hakikatnya, bermakna orang yang akan berada dalam teraju dan kepimpinan PBT di Pulau Pinang menjurus kepada satu kaum saja berdasarkan demografi penduduk di kebanyakan kawasan PBT di negeri tersebut." Awang Selamat berkata idea DAP itu cuba menafikan peranan semua kaum yang akan membawa kepada polarisasi dan ketegangan kaum.
Katanya, ia tidak sama sekali akan menyumbang kepada penghayatan untuk semua kaum bersama-sama memainkan peranan dalam pembinaan negara atau negeri.
“Justeru Awang sangat bersetuju dengan pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bimbang perjuangan DAP tersebut boleh menjadi seperti api dalam sekam kepada perpaduan masyarakat Malaysia.

Apakah Godaman Media Sosial Ini Kerana Najib Makin Kepanasan?

Minggu ini menimbulkan banyak suasana yang berbeza kepada para blogger dan pengamal media sosial di negara kita. Sementara sebahagian daripada mereka yang menjadi penyokong dan pendokong Najib sedang "dihadiahkan" dengan "program jalan-jalan" di kota London, sebahagian yang lain pula ditinggalkan dalam negara tanpa memperolehi apa-apa.

Bagi yang menjadi pengkritik dan penegur Najib pula, ada yang terus menjalankan tugas mereka tanpa sebarang gangguan, tetapi ramai yang  sedang "menderita" kerana telah digodam akaun mereka. Pengamal media sosial pro Najib tidak pula kedengaran mengalami masalah yang sama.

Beberapa pemilik akaun FB yang tegar mengkritik Najib dan dilihat menjadi penyokong Mahathir dan Daim seperti Blue Ocean misalnya, paling teruk diserang dan akaun FBnya tiba-tiba hilang begitu saja.

Apabila dibuka akaun baru, ia digodam lagi dan membuatkan beliau telah membuka empat akaun dalam tempoh tiga hari ini kerana diserang tidak henti-henti setiap kali akaun baru dibuka.

Syed Rosli Jamalulail yang pernah mendesak Najib agar berundur demi menyelamatkan UMNO juga mengalam nasib yang sama. Akaun FBnya yang sudah berusia tujuh tahun turut lenyap begitu saja. Bagaimanapun beliau sudah membuka akaun baru dan mengambil sikap lebih berhati-hati menerima rakan selepas ini.

Zaharin Mohd Yasin, seorang aktivis UMNO yang dikenali ramai tetapi kerap mengkritik Najib dan kepimpinan UMNO yang lain turut tidak terkecuali menjadi sasaran penggodam. Akaun FBnya yang mempunyai ribuan kenalan turut hilang tanpa dikesan. Walaupun akaun baru sudah dibuka, tetapi mungkin memakan masa untuk mengumpul semula rakan-rakan lamanya.

Beberapa akaun FB lain yang dikenali kerap menegur Najib dan menyokong Mahathir serta Daim juga sedang mengalami nasib yang sama. Ada yang hilang dan dan ada yang gagal dimasuki oleh pemiliknya sendiri. Mereka digodam dan seolah-olah cuba dihalang daripada terus mengkritik, menegur serta memberi sokongan kepada Mahathir dan Daim.

Momokan 13 Mei, Haji Hadi Kembalikan Perjuangan PAS Ke Era Dato Asri (?)


Yang tidak dimengerti Hadi tentang ‘undi ketiga’ – Izmil Amri

Salah tanggapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap pilihan raya kerajaan tempatan amat disesalkan. Di saat Pakatan Rakyat (PR) berusaha menjauhi wacana politik perkauman, beliau pula gigih membangkitkan momok 13 Mei, dan mengaitkannya dengan pilihan raya kerajaan tempatan.

Tidak jauh beza dengan buah butir percakapan kumpulan-kumpulan ultra Melayu. Sikit-sikit 13 Mei, seolah-olah tidak ada hujah bernas lain selain hujah kaum dan politik ketakutan.

Lebih menyedihkan, modal pilihan raya kerajaan tempatan ini kini dijadikan modal perbandingan dengan cita-cita pelaksanaan hudud di Kelantan. PAS membandingkan urusan jenayah syariah berasaskan firman Tuhan, dengan isu pemilihan tukang urus longkang tersumbat dan lampu jalan tidak menyala. Ini amat memilukan hati.

Apa yang Hadi nampak barang kali, hanyalah kalau dibuat pilihan raya ini, yang akan jadi ahli majlis dan datuk bandar, semuanya Cina belaka. Geleng kepala.

Hadi gagal memandang pilihan raya kerajaan tempatan, atau ‘undi ketiga’ sebagai langkah penampan. Di saat PAS ketiadaan Kedah dan Terengganu, seharusnya Hadi memikirkan ‘undi ketiga’ patut dijadikan modal simpanan bagi memastikan PAS (dan juga PR, kalau masih sudi) dapat terus bekerja melayani rakyat di peringkat akar umbi.

Seharusnya juga PAS dan Hadi mengambil pengajaran daripada apa yang terjadi kepada Iszuree Ibrahim di Pulau Pinang, yang digantung tugasnya dan kemudian tidak disambung kontraknya sebagai ahli Majlis MPPP lantaran komen melulunya terhadap kerajaan negeri.

Iszuree pasti masih lagi tidak digugurkan daripada menjadi ahli majlis sekiranya beliau dipilih melalui pilihan raya kerajaan tempatan, dan bukan melalui cara pelantikan.

Namun ternyata PAS gagal mencari apa peluang yang ada untuk terus berfungsi sebagai pelayan rakyat. Bukan itu sahaja, ia malah mengecam peluang tersebut dengan sentimen perkauman dan momok 13 Mei.

Kita sebenarnya harus mengerti apa fungsi dan peranan ahli majlis, dan kenapa mereka ini perlu dipilih oleh rakyat, dan bukannya dilantik pakai tangkap muat.

Wakil rakyat, fitrahnya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya untuk menganggotai dewan-dewan pembuat dasar negeri dan negara. Wakil rakyat ini ada antaranya yang mempunyai ciri kepemimpinan.

Mudahnya disebut ciri orang politik. Suka bergambar, berucap, dan dilihat membuat sesuatu.

Sekumpulan wakil rakyat yang lain pula barangkali tidak mempunyai ciri-ciri sedemikian selain keinginan melayani dan berkhidmat untuk rakyat. Tetapi ini sebenarnya bukan kerja wakil rakyat. Bukan kerja wakil rakyat untuk urus longkang tersumbat, sampah tidak dipungut dan tiang lampu tidak menyala.

Itulah kerja ahli majlis. Mereka inilah yang sentiasa mendapat panggilan telefon daripada wakil rakyat apabila rakyat mengadu longkang depan rumah tersumbat, atau gerai cucur pisang ibu tunggal di simpang kampung perlukan lesen supaya mengelak daripada dirobohkan.

Salleh Man: Jangan buat kenyataan umum

ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohamad Salleh Man menyarankan agar pemimpin Pakatan Rakyat membuat kenyataan terbuka bagi menolak cadangan pelaksanaan pilihan raya tempatan.

Wakil rakyat tunggal PAS di DUN Pulau Pinang itu berkata demikian bagi mengulas kenyataan kontroversi presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung cadangan itu.

"Bagi sayalah, di peringkat kepimpinan atasan boleh keluarkan kenyataan masing-masing di peringkat perbincangan dalaman ketiga-tiga parti," katanya kepada Malaysiakini.

Ditanya tentang pandangannya sendiri tentang perbezaan pendapat di antara pentadbiran kerajaan negeri dan Hadi, Salleh berkata buat masa ini sebarang kenyataan yang dikeluarkan akan terus mengelirukan keadaan.

"Nanti saya kata lain, dan pihak lain akan mengeluarkan kenyataan yang berlainan pula," katanya.

Hadi semalam menyifatkan cadangan pilihan raya tempatan di Pulau Pinang itu boleh menyebabkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang.

Tentangan Hadi ke atas hasrat DAP untuk melaksana pilihan raya kerajaan tempatan itu timbul susulan tentangan keras DAP ke atas pelaksanaan hudud.

Hadi juga mengambil alasan sama, bahawa rancangan itu tidak pernah dipersetujui dalam kerangka bersama Pakatan Rakyat.

JANGAN LUPA PUJI KERAjaan kerana Rizab Negara DAH TURUN !!!..


WOWW !!!.. Dalam tempoh 2 minggu aja 'HILANG' RM16.9 bilion ??? KENAPA fakta ini tak ada keluar kat TV3suku, TV1, TV2 ???

Tak lama lagi rakyat nak rasa pula nikmat cukai GST

KALAU TAK BELIT MENIPU, Bukan UMNO Namanya..


Syed Hamid Albar pula tampil buat kenyataan yg beliau sendiri mantan KDN tidak pernah tulis surat kepada FBI.

Surat kurun keberapa yg dirujuk tu, adakah dari zaman empayar Melaka.. ka??.. Sanggup 'tuduh' rakan dalam kabinet demi mempertahankan 'Raja Judi'.. Hurmm ada apa-apa ke Zahid...?

ADAKAH Zahid Hamidi boleh dikenakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) ???

Allah S.W.T. itu Maha Berkuasa..
Segala Kebatilan & Pembohongan akan terserlah...