Jumaat, 23 Januari 2015

Biar statistik dari Bank Negara & Jabatan Perangkaan Negara M'sia berbicara...

KONONNYA dihebahkan satu negara, kejatuhan ringgit baik untuk negara. Ada juga kata kejatuhan nilai ringgit bantu pulih ekonomi..

AGAK2NYA menteri2, NGO's pro BN serta macai2nya pernah tak lihat data2 ini sebelum keluar kenyataan mengampu KERAjaan BN ???

Pencarum KWSP mangsa banjir boleh keluarkan simpanan Akaun 2

TRP-EPF-house22
Takrif pelupusan pemilikan bermaksud hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki, melalui pengeluaran KWSP atas beberapa sebab, termasuk rumah musnah akibat bencana alam, kebakaran, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.
KUALA LUMPUR, 23 Januari:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memaklumkan, pencarum yang rumah mereka terjejas akibat banjir baru-baru ini, boleh mengeluarkan simpanan daripada tabungan Akaun 2.
KWSP dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat memaklumkan, pencarum mempunyai pilihan untuk membuat pengeluaran perumahan, berdasarkan prosedur semasa KWSP.
“Pengeluaran tersebut dibenarkan, sekiranya rumah pertama telah dijual atau berlaku pelupusan pemilikan,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu selanjutnya menjelaskan, takrif pelupusan pemilikan bermaksud hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki, melalui pengeluaran KWSP sebelum ini, atas beberapa sebab, termasuk rumah musnah akibat bencana alam, kebakaran, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.

Kakitangan PLKN perlu dikerah bukan 'makan gaji buta'


Post Pic


SHAH ALAM: Kerajaan disarankan supaya memanfaatkan tenaga pekerja yang terlibat dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) setara dengan gaji yang dibayar selepas program berkenaan ditangguhkan ekoran penstrukturan semula Bajet 2015 baru-baru ini.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan berkata, walaupun kerajaan berjaya menjimatkan RM400 juta berikutan penangguhan itu, pembayaran gaji mungkin menyebabkan pembaziran sekiranya kakitangan PLKN tidak diberikan tugas.
"Kakitangan PLKN ni perlu untuk dimanfaatkan. Jangan semata-mata menunggu atau dibiarkan menunggu tanpa ada kerja.
"Dan ini sebenarnya tak bertepatan dengan hasrat kerajaan itu sendiri untuk menjimatkan malah kalau dikatakan mereka ni tak diberikan tugas yang tertentu maka dilihat sebagai satu pembaziran," katanya kepada Antarapos.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan menangguhkan PLKN 2015 dalam perutusan Khas Perkembangan Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara kelmarin.
Malah penangguhan itu juga membolehkan program itu dikaji semula dan tambah baik dilakukan.
Amidi mencadangkan tenaga kerja berkenaan boleh digunakan untuk membantu dalam aspek pembersihan negeri-negeri yang terlibat banjir terutamanya Kelantan yang terjejas teruk.
"Kerajaan Kelantan ada masalah dalam pengurusan sisa sampah, kita taklah suruh mereka angkat sampah tapi maksudnya dari segi pengurusan tu saya rasa satu kerja yang berat.
"Kami sebagai aktivis ni pun tak boleh nak buat, contoh kalau pemandu-pemandu bas atau lori ni boleh dimanfaatkan ke arah itu," katanya.

'Pembalakan di Lojing beku sejak 2006?'

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merujuk kenyataan menteri besar Kelantan pada 3 Januari lalu yang disiarkan dalam beberapa akhbar tempatan. Menteri Besar menyatakan kegiatan pembalakan di Tanah Tinggi Lojing telah dibekukan sejak 2006.

Bagaimanapun timbul persoalan dan SAM menggesa menteri besar memastikan kesahihan kerana mengikut sumber Jabatan Perhutanan Negeri, pada 2014 sahaja sebanyak 41 lesen konsesi pembalakan diluluskan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Jajahan Hutan Kelantan Selatan (meliputi Jajahan Gua Musang dan Jajahan Kecil Lojing).

Kebanyakan kelulusan lesen konsesi pembalakan dalam HSK di Jajahan Hutan Kelantan Selatan adalah untuk tujuan tanaman monokultur atau apa yang dinamakan Hutan Ladang pada skala yang besar.

Sebelum dilaksanakan tanaman monokultur dalam HSK (TMDHSK), litupan hutan asal (hutan asli) akan diusahahasil (harvesting) secara tebang habis.

Penebangan secara tebang habis tersebut tidak tertakluk kepada ‘sustainable forest management’ dan Catuan Tebangan Tahunan (CTT).

Kenyataan menteri besar bahawa Kelantan mengamalkan pengurusan hutan secara mampan dan telah memperolehi pensijilan ‘Malaysian Criteria and Indicators for Sustainable Forest Management’ (MC&I) hanyalah tertakluk kepada kegiatan pembalakan dalam hutan asli di HSK sahaja.

Pilihan raya kerajaan tempatan kembalikan hak demokrasi kepada rakyat


SPR


KUALA LUMPUR, 23 JAN : Desakan DAP untuk mengadakan pilihanraya pihak berkuasa tempatan (PBT) bertujuan memulangkan hak demokrasi kepada rakyat Malaysia.
Ahli jawatankuasa DAP Selangor, Ng Tien Chee dalam satu kenyataan berkata, pilihanraya PBT merupakan satu-satunya langkah meningkatkan prestasi serta mutu perkhidmatan.
“Hanya dengan adanya pilihanraya PBT, kerajaan tempatan boleh memperbetulkan diri sendiri dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembayar cukai.
“Saya tidak nampak apa-apa unsur yang akan melebarkan jurang penguasaan ekonomi di antara penduduk bandar dan desa mahupun ia akan mencetuskan pengulangan rusuhan kaum 13 Mei seperti yang dikatakan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” katanya.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan hari ini berkata, pilihan raya kerajaan tempatan adalah kesilapan kerana hanya melihat kepada aspek penduduk bandar sahaja untuk menang pilihanraya dalam jangka yang sangat pendek.
Tambah Hadi, paling menakutkan adalah ketegangan akibatnya yang boleh menjadi ‘api dalam sekam’ kepada pengulangan peristiwa 13 Mei.
“Saya berasa hairan dan mohon pencerahan daripada mana-mana pihak ke atas isu bagaimana perlaksanaan pilihanraya PBT boleh melebarkan jurang ekonomi di antara penduduk bandar dan desa dan terus mencetuskan rusuhan perkauman,” soal Ng yang juga ADUN balakong.

Tun M, Daim berhak buat kritikan – Syed Hamid

Kerajaan tidak pernah menghalang mana-mana individu untuk bersuara serta memberi pendapat.
Syed-Hamid-AlbarKUALA LUMPUR: Bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin berhak dan mempunyai kebebasan untuk menyatakan pandangan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Jelas beliau, walaupun dikritik, Najib berhak membuat keputusan sendiri sebagai Perdana Menteri yang memegang kuasa.
“Kerajaan pusat tidak pernah meghalang mana-mana individu untuk bersuara serta memberi pendapat berkaitan dengan pertadbiran negara.
“Saya rasa kerajaan responsif terhadap semua pendapat, tapi kerajaan jadi kerajaan, ada yang mereka kena ikut dan mereka berhak buat keputusan sendiri,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis menandatangani pengendalian perkhidmatan bas percuma di Kuala Lumpur.
Jelasnya, semasa dalam kerajaan dan menjadi menteri sebelum ini, beliau banyak mendengar pandangan pelbagai pihak namun ia tidak menjejaskan tugas sebagai menteri dan dapat menjalankan tugas dengan baik.

Apa salahnya kalau Anwar berkerjasama dengan Najib..??

MSO

Ada orang tidak senang kalau Anwar Ibrahim berkerjasama dengan Najib Razak terutamanya dalam menangani kritikan Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran kerajaan kini. Katanya kerjasama itu mungkin membawa hasrat tersirat dan ada timbal balik (quid pro quo). Tanggapan itu suatu prejudis dan kebimbangan bermerit.

Hasrat (timba balas) itu tidak disebut secara nyata hanya diramalkan mungkin melibatkan kerjasama mengurangkan tekanan Mahathir ke atas Najib dan isu-isu tertentu yang mengurangkan impak. Baginya kerjasama itu menguntungkan Najib dan juga Anwar. Kenapa tidak disebutkan sahaja kerjasama Anwar - Najib itu bagi menyelamatkan Anwar ke penjara? Mungkin tidak sampai hati, kok?

Keputusan rayuan kes lewat membabitkan Anwar akan diumumkan (mungkin) selepas Tahun Baru Cina. Tidak siapa dapat menafikan Anwar cemas menanti keputusan berkenaan walaupun beliau konfiden akan bebas kerana beliau arif mengenai senario dirinya dalam pertuduhan itu. Bertolak dari itu tidak pelik kalau Anwar sedia bekerjasama dengan Najib orang yang berkuasa ke atas negara ini dewasa ini.

Seorang Perdana Menteri boleh melakukan apa saja. Abdullah Ahmad Badawi apabila memegang jawatan itu baru dia tahu betapa besar dan luasnya kuasa seorang Perdana Menteri. Sayangnya kesempatan itu tidak digunakan sebaik mungkin bagi memanjangkan hayat pentadbirannya.

Bagaimana pun pendapat orang berkenaan yang Anwar tidak mustahil berkerja sama dengan Najib itu hanya pandangan peribadi orang itu sahaja yang dibuat dari bingkai politik ata mempercayai filsafah politik itu tidak ada apa-apa yang mustahil akan berlaku. Jadi pendapat itu juga tidak merasa pelik kalau kedua-dua sosok yang dilihat berseteru itu akan berjabat salam.

Pandangan dan kebimbangan akan wujud kerjasama (timbal balik) antara kedua orang itu, apabila Anwar menyatakan kesediaannya mengemukakan bukti kepada SPRM berhubung cadangan untuk menyiasat Daim yang dikatakan menyalahgunakan kedudukan dan kuasa menghimpun wang yang banyak.

Kesediaan Anwar bekerjsama dengan SPRM itu dilihat perkembangan baru hubungan beliau dengan Najib walaupun sebelum ini sudah ada beberapa cetusan dan langkah ke arah itu tetapi tidak pernah sampai ke penghujung. Sebelum ini Najib semacam was-was dan berasa tidak perlu Daim disiasat, bahkan kalau Daim disiasat dirasakan ia meyakitkan Umno, tetapi apabila serangan ke atasnya bertubi-tubi Najib merasa dia sudah patut mencari pendindingnya dengan membiarkan Daim disiasat.

ANWAR DAN ‘OMBUDSMAN’ – WIRA LAMA TAMPIL SEMULA

Kesediaan Saudara Anwar Ibrahim untuk menwarkan diri membantu SPRM dalam menjalankan siasatan ke atas Tun Daim Zainuddin telah mencetuskan berbagai spekulasi dikalangan penganalisis politik dan penulis blog. Berbagai tuduhan dilemparkan dan kebanyakannya merupakan ramalan yang tidak kukuh asas hujahnya dalam memperkatakan sesuatu yang berkaitan. Kadang-kadang menampakkan semacam untuk ‘melepaskan geram’ pula.
Sejarah telah membuktikan bahawa ‘musuh’ Anwar Ibrahim yang paling besar adalah ‘amalan rasuah’ dan perjuangannya menentang rasuah adalah tidak ada batas dan titik noktahnya. Seingat aku semenjak dari dulu hingga sekarang perjuangannya menetang rasuah tidak pernha kering dan surut. Malah sekiranya berjayalah Pakatan Rakyat menerajui Puterajaya pada suatu ketika nanti, maka agenda beliau yang paling diutamakan ialah menentang kegiatan rasuah. Aku yakin itulah ‘perjuangannya’. Dan ini juga merupakan agenda yang belum selesai.
Ketika berada dalam Kabinet kerajaan Malaysia pada suatu ketika dahulu beliau telah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai penyelewengan dan jawatankuasa ini juga ditubuhkan berasaskan konsep ‘Ombudsman’. Tugas jawatankuasa ‘ombudsman’ itu bukan sahaja menitikberatkan masalah rasuah tetapi apa sahaja bentuk penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan.
Tugas demikian tentulah amat berat untuk dilaksanakan oleh beliau kerana sistem ini seolah-olah telah gagal dilaksanakan apabila diperkenalkan buat pertama kalinya ketika dibawah pentadbiran Tun Abdul Razak ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia. Maknanya usaha memerangi rasuah telah bermula semenjak zaman Tun Abdul Razak tetapi semacam nampak ‘perlahan’ pula pada zaman anakanda beliau, DS Mohd Najib. Pemerhatian aku begitulah…..
Telah ditekankannya berkali-kali pada ketika itu bahawa jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan oleh Saudara ( dulu Dato’ Seri) Anwar Ibrahim itu bukan sahaja bertindak ke atas penyelewengan yang berlaku pada ketika itu tetapi juga segala penyelewengan yang dilakukan  sebelum penubuhan jawatankuasa itu lagi.  Ia meliputi penyiasatan terhadap laporan mengenai kegiatan yang dianggap tidak mengikut prosedur yang dilakukan oleh pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan, walaupun yang sudah bersara seperti Menteri Besar dan wakil rakyat.
Pastinya ‘menggegarkan’ negara pada ketika itu. Dan apakah mungkin disebabkan tindakannya yang sedemikian juga yang menyebabkan beliau ‘terpelanting’ keluar dari kabinet Malaysia dan kerajaan? Itu bukan tugas aku untuk menganalisisnya.

Rizab Antarabangsa Malaysia “Hilang” RM73.08 Bilion Daripada US$131.5 Bilion (2015) Kepada Hanya US$111.2 Bilion (2014) Sahaja

rizab antarabangsa malaysia
Sekarang ini negara Malaysia sudah pun melepasi tempoh 2 minggu pertama bulan januari 2015 yang mana merupakan tempoh yang sangat panjang sepanjang tempoh tersebut. Macam-macam berlaku kepada Malaysia. Berdasarkan semakan berita Semasa… rizab antrabangsa Malaysia telah jatuh sejumlah US$4.8 bilion bersamaan dengan RM17.3 bilion dalam tempoh 2 minggu sahaja.
Semuanya dek kerana tekanan yang begitu hebat dikenakankan terhadap akaun semasa dan nilai ringgit Malaysia selepas harga minyak berada pada paras yang kurang menyenangkan kepada kerajaan Malaysia pada ketika ini.

Rekod Rizab Antarabangsa Malaysia September 2014 Hingga Januari 2015?

Berikut adalah rekod rizab antarabangsa Malaysia :
  • Bulan September 2014 : Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) : US$131.5 bilion :
  • Pada akhir tahun 2014 : US$116 bilion
  • Sehingga 15 Januari 2015 : Hanya tinggal US$111.2 bilion sepertimana yang diumumkan sendiri oleh Bank Negara baru-baru ini.
Dalam tempoh 3 bulan sahaja, rizab antarabangsa Malaysia telah “hilang” sebanyak RM73.08 bilion.

P/S : jikalau sebelum ini, rizab yang Malaysia ada mampu membiayai 9.4 bulan import tertangguh, tetapi hari ini rizab yang sedia ada hanya mampu membiayai lebih lapan bulan import tertangguh sahaja.

Penentang undi ketiga anti-demokrasi, kata bekas ahli majlis


Mereka yang menentang pilihan raya kerajaan tempatan adalah anti-demokrasi, kata peguam dan bekas Ahli Majlis Petaling Jaya Derek Fernandez dan menambah keengganan mengembalikan undi ketiga berkaitan dengan sokongan parti, kuasa dan kawalan – sesuatu yang akhirnya perlu dibayar oleh rakyat.
"Akhirnya parti berkuasa mahu mengawal sepenuhnya kerajaan daerah yang dilihat sebagai alat bernilai untuk mempromosikan minat individu ahli parti ataupun penaung mereka, dan untuk memberikan ganjaran kepada ahli kerana menyokong parti," katanya kepada The Malaysian Insider.
Fernandez yang pakar dalam undang-undang kerajaan tempatan berkata, ahli majlis daerah sebenarnya adalah kerajaan kelas ketiga yang mempunyai kuasa besar terhadap rakyat dan berkuasa mengenakan cukai ke atas pembayar cukai.

 Oleh itu, pilihan raya untuk pegawai yang memegang jawatan tersebut perlu untuk mengekalkan kerajaan daerah yang telus dan bertanggungjawab kepada umum.
"Bagaimanapun, struktur yang ada kini seperti melayan mereka sebagai jabatan atau agensi kerajaan persekutuan seperti kes Majlis Bandar dan kerajaan negeri masing-masing, dalam kes kerajaan daerah yang lain," tambahnya.
"(Untuk mempunyai kredibiliti dan kebertanggungjawaban) tidak kurang daripada pilihan raya kerajaan daerah yang diperlukan, bukan sahaja untuk Majlis Bandar, tetapi untuk semua kerajaan daerah," kata peguam itu.

Topik pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kembali ke media lagi sementara sekutu pembangkang PAS dan DAP bertelagah tentang perkara itu, dengan DAP sekali lagi menyeru undi ketiga dikembalikan selepas dimansuhkan pada 1976.
Parti Islam PAS, bagaimanapun, sudah lama menentang pilihan raya PBT.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkata, undi ketiga akan menjadikan jurang antara kumpulan etnik dan meluaskan lagi jurang bandar-desa, kerana mereka yang lebih bermanfaat ialah bukan Melayu yang kebanyakannya tinggal di kawasan bandar.

Hadi juga menimbulkan insiden rusuhan kaum 13 Mei, 1969 dalam menolak seruan DAP untuk pilihan raya PBT. Pada 2008, hanya DAP dan PKR meletakkan pengembalian undi ketiga dalam senarai janji manifesto mereka dalam pilihan raya umum tahun itu.
Kekuatan DAP selama ini adalah pada kerusi bandar, manakala gabungan Pakatan Rakyat (PR) berprestasi lebih baik di kawasan bandar, memenangi 87% kerusi bandar berbanding 13% Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13).

Yang tidak dimengerti Hadi tentang ‘undi ketiga’ – Izmil Amri

Salah tanggapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap pilihan raya kerajaan tempatan amat disesalkan.
Di saat Pakatan Rakyat (PR) berusaha menjauhi wacana politik perkauman, beliau pula gigih membangkitkan momok 13 Mei, dan mengaitkannya dengan pilihan raya kerajaan tempatan.
Tidak jauh beza dengan buah butir percakapan kumpulan-kumpulan ultra Melayu.

Sikit-sikit 13 Mei, seolah-olah tidak ada hujah bernas lain selain hujah kaum dan politik ketakutan. Lebih menyedihkan, modal pilihan raya kerajaan tempatan ini kini dijadikan modal perbandingan dengan cita-cita pelaksanaan hudud di Kelantan.
PAS membandingkan urusan jenayah syariah berasaskan firman Tuhan, dengan isu pemilihan tukang urus longkang tersumbat dan lampu jalan tidak menyala. Ini amat memilukan hati.
 Apa yang Hadi nampak barang kali, hanyalah kalau dibuat pilihan raya ini, yang akan jadi ahli majlis dan datuk bandar, semuanya Cina belaka. Geleng kepala.

Hadi gagal memandang pilihan raya kerajaan tempatan, atau ‘undi ketiga’ sebagai langkah penampan. Di saat PAS ketiadaan Kedah dan Terengganu, seharusnya Hadi memikirkan ‘undi ketiga’ patut dijadikan modal simpanan bagi memastikan PAS (dan juga PR, kalau masih sudi) dapat terus bekerja melayani rakyat di peringkat akar umbi.
 Seharusnya juga PAS dan Hadi mengambil pengajaran daripada apa yang terjadi kepada Iszuree Ibrahim di Pulau Pinang, yang digantung tugasnya dan kemudian tidak disambung kontraknya sebagai ahli Majlis MPPP lantaran komen melulunya terhadap kerajaan negeri.
 Iszuree pasti masih lagi tidak digugurkan daripada menjadi ahli majlis sekiranya beliau dipilih melalui pilihan raya kerajaan tempatan, dan bukan melalui cara pelantikan.

DAP: Kenyataan Hadi tak logik

Setiausaha organisasi DAP Anthony loke berkata, beliau terkejut dengan amaran “tidak logik” PAS bahawa pilihan raka kerajaan tempatan akan membawa kepada rusuhan kaum.

Loke berkata, beliau tidak faham bagaimana Hadi boleh membuat kesimpulan itu kerana usaha DAP untuk mengadakan pilihan raya tempatan tiada kena mengena dengan isu kaum.

"(Isu kaum) adalah perkara terakhir di fikiran kami dalam mengembalikan pilihan raya tempatan,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Tujuan utamanya adalah untuk membolehkan masyarakat mendapat lebih banyak peluang untuk menyatakan pendapat dalam kerajaan tempatan dan untuk mempromosi kebertanggungjawaban kepada pembayar cukai.

Hadi kata P'raya tempatan undang 13 Mei

PAS menyanggah hasrat sekutunya DAP untuk mengadakan pilihan raya tempatan atas alasan ia berpotensi menyebabkan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 kembali berulang.
Pendirian itu dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan hari ini.
"Pilihan raya majlis perbandaran seperti diperjuangkan DAP adalah kembali kepada kesilapan, kerana hanya melihat kepada aspek penduduk bandar sahaja untuk menang pilihanraya dalam jangka yang sangat pendek.
 Hadi: P'raya tempatan undang 13 Mei"Apatah lagi apabila kita melihatnya dari aspek perkauman yang boleh mencetuskan jurang dan polarisasi serta ketegangan di antara penduduk bandar yang bermajoriti kaum Cina yang sangat besar," kata Hadi.
Secara berkias, Hadi membayangkan yang pilihan raya tempatan akan memberikan kemenangan buat satu kaum dalam masyarakat berbilang kaum.
"Kita tidak seharusnya melihat kemenangan politik dan penguasaan ekonomi untuk satu pihak dalam masyarakat majmuk.
Lebarkan jurang masyarakat
"Kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh menjadi cetusan ke arah ketidakstabilan, melebarkan jurang masyarakat desa dan bandar.
"Yang paling menakutkan kita ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi 'api dalam sekam' untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam dalam sejarah negara," kata Hadi.
Hadi menegaskan bahawa orang Melayu, India dan Orang Asli di kawasan luar bandar tidak sepatutnya dipinggirkan.

Ampu Umno: Muhyiddin, Amin Jalaludin digesa letak jawatan

Ahli akademik UM tidak sepatutnya dijadikan mangsa korban politik
PETALING JAYA : Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan atas campur tangan politik berterusan terhadap kecemerlangan dan kebebasan akademik di Universti Malaya (UM).
DAP Lim Kit Siang_umKatanya, selain Muhyiddin, Naib Canselor UM Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin juga seharusnya meletakkan jawatan kerana telah gagal mempertahankan staf akademik dan mahasiswa universiti tersebut daripada campur tangan politik Putrajaya.
“Timbalan-timbalan Naib Canselor, Prof Dr Mohd Hamid Abd Shukor (Akademik dan Antarabangsa) dan Prof Datuk Dr Rohana Yusof (Hal Ehwal Pelajar) tidak sepatutnya dijadikan mangsa korban dalam campur tangan politik berterusan ke atas sebuah universiti yang dahulunya terulung di tanah air.
“Mesyuarat kabinet pada hari Rabu depan mesti bertindak untuk menarik balik keputusan menghukum dua Timbalan Naib Canselor ini, satu kerana tidak menyokong UMNO dan satu lagi kerana terlalu berlembut dengan mahasiswa dalam kes pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilarang pada penghujung tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kit Siang yang merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah mendakwa, terdapat usaha tanpa henti oleh birokrat di Putrajaya untuk mematuhi arahan tuan politik mereka bagi meneruskan projek pembodohan ke atas populasi universiti tidak kira ahli akademik mahupun mahasiswa.

BMF mahu Universiti Adelaide padam nama Taib

NGO Bruno Manser Fund (BMF) mendakwa jawatankuasa hartanah University of Adelaide sedang mempertimbang permintaan daripada kumpulan masyarakat sivil untuk menukar nama Taib Mahmud Court di kampus itu.

Nama tersebut bagi memperingati Gabenor Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, yang merupakan bekas pelajar universiti tersebut.

Naib canselor dan presiden universiti tersebut, Warren Bebbington dalam surat kepada BMF berkata universiti berkenaan tidak lagi menerima sumbangan daripada Taib sejak 10 tahun lalu.

"Sejak itu kami tiada urusan lagi dengan beliau dan benarlah, lewat tahun lalu, kami menolak permintaannya untuk melawat dan menghadiri majlis makan malam ulang tahun ke-140,” kata Bebbington dalam suratnya kepada BMF.

Adakah Najib bakal mangsa keenam Dr M, soal Kit Siang

Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bakal menjadi mangsa terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ketua Parlimen DAP itu berkata, susulan serangan Dr Mahathir yang menyaksikan Najib enggan untuk beralah, adakah Malaysia bakal mengheret "harimau" atau "buaya" pertamanya ke mahkamah dan ke penjara dalam kempen anti rasuah negara.
Adakah Najib bakal mangsa keenam Dr M, soal Kit SiangLim merujuk kepada perang saraf di antara kem Najib dan pemimpin veteren Umno, Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin yang menjadi menjadi isu hangat kini.
Lim berkata, sepanjang 45 tahun lalu, perdana menteri keempat Malaysa itu didakwa sudah memangsakan lima pemimpin politik utama negara.
Katanya, ia bermula dengan "Bapa Kemerdekaan Malaysia" yang juga perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman, 2 timbalan perdana menteri yang hampir menjadi perdana menteri iaitu Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, katanya, mangsa politik Dr Mahathir termasuk perdana menteri kelima Abdullah, dan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, calon perdana menteri sepanjang zaman.
"Persoalannya sekarang sama ada Dr Mahathir akan menambah perdana menteri keenam, Najib menjadi koleksi mangsa politiknya di Malaysia.
"Najib nampaknya tidak akan berdiam diri, dan timbul persoalan sama ada ‘harimau’ atau ‘buaya’ pertama akan diheret ke mahkamah dan kemudian ke penjara dalam sejarah hambar pembanterasan rasuah di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Australia: Sirul masih ditahan

Pihak berkuasa Australia mengesahkan bahawa pelarian Malaysia, Sirul Azhar Umar masih berada dalam tahanannya.

Jabatan Imigresen dan Kawalan Sempadan Australia menyatakan demikian dalam satu emel kepada Malaysiakini.

"Individu ini masih dalam tahanan imigresen. Kami tidak dapat memberi maklumat lanjut," kenyataan itu dipetik.

Ia bagi menjelaskan laporan beberapa akhbar Malaysia hari ini bahawa Sirul dibebaskan dengan bersyarat oleh pihak berkuasa negara itu.

Pasportnya turut dirampas dan beliau diberikan satu kad khas yang membolehkannya bergerak bebas di negara itu, lapor Berita Harian.

Menurut laporan itu, perkara itu disahkah oleh sumber Wisma Putra.

"Setakat ini dokumen perjalanannya diambil oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

"Namu dia dibebaskan selepas pihak imigresen Australia memberikan kad dengan syarat tertentu yang membolehkan dia bebas bergerak ke mana-mana kawasan di sana."

Sirul ditahan oleh pasukan Imigresen Australia pada hari Selasa lalu selepas polis antarabangsa Interpol mengeluarkan notis merah ke atasnya.

Sirul meninggalkan Malaysia ketika kes itu masih lagi dalam rayuan, dan tidak pulang ketika hukuman dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan pada minggu lalu.

Adakah Zahid menteri pertama tulis surat pada FBI? – Fahmi

KUALA LUMPUR 23 JAN-  Menteri Dalam Negeri, Datuk Zahid Hamidi perlu tampil memberikan penjelasan sama ada beliau menteri pertama yang menulis surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil.
Fahmi merujuk laporan media yang memetik kenyataan bekas menteri KDN, Tan Sri Syed Hami Albar yang berkata tidak pernah menulis surat kepada FBI seperti dilakukan Zahid.
Menurutnya, laporan tersebut turut menyatakan mantan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga tidak pernah berbuat demikian.
“Maka ramai yang ingin tahu, adakah Zahid Menteri Dalam Negeri yang pertama berbuat sedemikian?
“Adakah wujud satu “Standard Operating Procedure” (SOP) bagi menteri-menteri kabinet untuk menulis surat kepada mana-mana badan atau organisasi atas nasihat peguam yang bukan Peguam Negara, seperti surat yang ditulis Zahid ini?.” ujarnya dalam kenyataan media.
Katanya, beliau ‘berdoa’ agar Zahid ‘dikurniakan keberanian’ untuk menjawab soalan-soalan tersebut, dan tidak berselindung di sebalik alasan teknikal dan undang-undang kukubesi seperti dibuat sebelum ini.
Syed Hamid Albar hari ini mengesahkan beliau tidak pernah menulis surat kepada FBI ketika mengetuai kementerian berkenaan.
Beliau bagaimanapun berkata, menulis surat kepada kerajaan asing adalah perkara biasa dalam urusan kerajaan, namun tidak pernah menulis kepada mana-mana agensi.
Zahid sebelum ini dikecam hebat kerana menulis surat kepada agensi asing itu untuk membebaskan raja judi, Paul Phua yang berdepan tindakan mahkamah di Amerika Syarikat.

Saya tidak pernah tulis surat pada FBI – Syed Hamid

Menulis surat itu hak sebagai menteri, namun masa zaman saya dahulu mungkin tidak ada kes seperti itu.
hamid-albarKUALA LUMPUR: “Saya hanya pembuat dasar dan saya tidak pernah menulis surat kepada agensi Biro Siasatan Persekutuan (FBI),” kata Tan Sri Syed Hamid Albar yang pernah menyandang jawatan Menteri Dalam Negeri.
Katanya, beliau tidak pernah menulis surat kepada FBI semasa beliau menyandang jawatan tersebut.
Syed Hamid menjelaskan, menulis surat kepada kerajaan asing merupakan perkara biasa dalam urusan kerajaan, namun tidak pernah menulis surat kepada mana-mana agensi asing termasuklah kepada FBI.
“Menulis surat itu hak sebagai menteri, namun masa zaman saya dahulu mungkin tidak ada kes seperti itu dan saya tidak pernah menulis surat kepada agensi,” katanya, ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur.
Tambahnya, beliau tidak mengingati sekiranya pernah melakukan tindakan sedemikian.
Sebelum ini media melaporkan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga menafikan bahawa beliau ada menghantar apa-apa surat sokongan kepada FBI Amerika Syarikat bagi mana-mana pihak.
Penafian Hishammuddin itu bercanggah dengan kenyataan dari Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkenaan kontroversi surat kepada FBI mengenai status raja judi Paul Phua Wei Seng.

JANGAN LUPA BERSYUKUR APA YANG ADA !!! BN BERI NIKMAT....


Benarkah Malaysia sebuah negara Islam ???
TETAPI aktivit2 maksiat, konsert2 maksiat mudah saja diluluskan oleh 'MEREKA'....

Tak heranlah klu negara kita seniasa ditimpa musibah...

TAPI macai2 UMNO pasti kata.. "Ringgit jatuh boleh menggalakkan pelancong2 asing datang ke negara kita. Duit pun byk masuk. Rakyat juga yang senang.."

Another ex-home minister denies sending letter to FBI

Krisis MIC: Doktor arah henti, Kumar berdegil mahu terus berlapar

'French hypocrisy' - Protestors demand justice for Islam

'Hancur Perancis' bergema di KL bantah Charlie Hebdo

Ex minister: 'Senior citizens' Mahathir, Daim entitled to their criticisms

Wacana Siri Ke-34 'Kelantan Pasca Banjir'


FAKTA ini ada keluar kat TV3suku, TV1, TV2 tak !!!


Apa dah jadi pada negara kita...
Sejak Najib Razak jd PM & Rosmah pula FLOM, INILAH HASILNYA.. 
Emotikon lik

1) HUTANG NEGARA : RM740.7 bilion
2) HUTANG KERAJAAN : RM569.3 bilion
3) RINGGIT TERUS JATUH : US$1=RM3.63
4) RIZAB BANK NEGARA SUSUT US$28.5 bilion
5) KOS SARA HIDUP MAKIN TINGGI..

Pakar BUAT HUTANG...
Pakar BOROS bersama ROSMAH...
Pakar TIRIS perbelanjaan negara...
Pakar pelopor MAKSIAT...
Pakar bela PANDA !!!

Rasuah makin teruk di bawah pentadbiran Najib


PIC TGN RASUAH


KUALA LUMPUR, 23 JAN: DAP hari ini menyelar dakwaan tidak berasas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kedudukan terkini negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) merupakan prestasi terbaik sejak 10 tahun lalu.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, dakwaan tersebut sebenarnya jelas merupakan satu lagi taktik Najib menutup kegagalannya sendiri membasmi rasuah dan dalang utama aktiviti jenayah itu.
“Kedudukan terkini CPI 2014 memang merupakan pencapaian terbaik Najib dalam tempoh enam tahun, tetapi lebih teruk berbanding pencapaian Tun Abdullah Badawi dari 2004-2008, iaitu pada kedudukan 39 hingga 47.
“Pencapaian itu juga sebenarnya lebih teruk berbanding pentadbiran 9 tahun Mahathir (1995-2003) iaitu daripada tempat ke 23 kepada 37,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.
Kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu, pentadbiran Najib tidak melakukan sebarang tangkapan terhadap ‘kepala’ pelaku rasuah, dan juga gagal meletakkan negara pada sasaran kedudukan 30 CPI pada tahun 2020.

Semakan Belanjawan 2015: Kerajaan potong peruntukan pendidikan?


ong kian ming

KUALA LUMPUR, 23 JAN: Kerajaan digesa mengemukakan jumlah perbelanjaan pengurusan universiti awam (IPTA) yang telah dipotong melalui semakan semula Belanjawan 2015.
Menurut Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming, pemotongan terbesar perbelanjaan Belanjawan adalah semakan pemindahan dan geran kepada badan berkanun, GLC serta Dana Amanah Kerajaan yang dikatakan dijimatkan berjumlah RM3.2 bilion.
“Adalah tidak adil untuk universiti awam kita menderita akibat pemotongan dana apabila program dan perbelanjaan lain seperti RM30.7 juta diperuntukkan untuk PERMATA di bawah Jabatan Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Kian Ming, semua universiti awam adalah badan berkanun, dan oleh itu institusi tersebut perlu dimaklumkan perbelanjaan operasi yang akan dipotong.
“Rakyat ingin mengetahui jumlah dana kepada universiti-universiti awam akan terjejas akibat kajian semula perbelanjaa,” ujar Kian Ming.
Menurut Laporan Ekonomi 2014-2015, pemberian dana kepada badan berkanun daripada perbelanjaan operasi dianggarkan sebanyak RM16.7 bilion, dan sebahagian besar diperuntukkan kepada universiti awam.

Mahathir hancurkan demokrasi, Syed Ali nyanyuk – SAMM

Sudah menjadi satu rahsia umum bahawa Mahathir-Daim sedang melancarkan serangan demi serangan untuk menjatuhkan Najib.

PETALING JAYA: Penyelaras Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Zulkifli Ibrahim menyifatkan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee sebagai seorang yang sudah nyanyuk.
syed ali-sammMenurutnya, tidak perlu untuk Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’GuBard untuk melagakan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Najib Razak.
Ini kerana, menurutnya, perkara itu sudah menjadi satu rahsia umum bahawa Mahathir dan Tun Daim Zainuddin sedang melancarkan serangan demi serangan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Lihat saja siri tulisan dan kenyataan oleh Mahathir, Daim, Kadir Jasin, Sanusi Junid dan Zainuddin Maidin. Tidak ketinggalan Anuar Mohd Nor, Zaharin Yassin dan ramai lagi pejuang siber UMNO.
“Kesemua mereka berganti-ganti menyerang dan memburukkan Najib. Najib juga tidak ketinggalan menggunakan media arus perdana untuk menyerang Mahathir dan Daim. Apakah ini tidak menunjukkan perang kuasa di antara Najib dan Mahathir-Daim?” soalnya.
Bagaimanapun, Zulkifli tidak menafikan bahawa Mahathir sudah banyak berjasa sepanjang 22 tahun pemerintahannya, namun beliau mendakwa kadar kemusnahan yang dilakukan oleh Mahathir juga tinggi.
“Mungkin Syed Ali Alhabshee yang kononnya seorang pejuang bangsa Melayu ini sudah hilang ingatan di zaman pemerintahan siapakah yang telah menjatuhkan maruah dan menghina Raja-Raja Melayu? Ini adalah satu contoh klasik bagaimana Mahathir merosakkan sistem bernegara,” katanya.
Zulkifli berkata, walaupun beliau tidak pernah menjadi ahli UMNO, tetapi ahli-ahli UMNO harus ingat Mahathir bukan sahaja menghancurkan sistem demokrasi negara malah demokrasi dalam UMNO.

Kepimpinan Najib diselubungi banyak masalah

Cara terbaik bagi Najib menguji dirinya sama ada diterima atau ditolak ahli UMNO boleh dijawab dengan mengadakan pemilihan.
najib umno2PETALING JAYA: Keadaan dalam UMNO dilihat semakin kritikal apabila ramai ahlinya yang tampil menegur, mengkritik serta mendesak Datuk Seri Najib Razak supaya berundur daripada terus menerajui kepimpinan parti.
Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin menyatakan, Presiden UMNO itu perlu merenung kambali saranan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya pemilihan parti dibuat sebelum pilihan raya umum.
“Kebimbangan UMNO, Najib yang diselubungi dengan pelbagai masalah, pekung dan kudis, lebih mungkin membawa Barisan Nasional (BN) dan UMNO ke lembah kekalahan berbanding menjejak mercu kejayaan dalam pilihan raya akan datang,” jelasnya dalam entri terbaru blog beliau shahbudindotcom.blogspot.com.
Menurut beliau, kata-kata perubahan yang ingin dibawa Najib sebelum ini hanyalah retorik semata-mata kerana sehingga kini tiada perubahan yang dibuat, sama ada melibatkan pengurusan UMNO, kerajaan, hubungan kaum, agama, menangani krisis, masalah berkaitan isteri, pegawai dan penasihat serta pelbagai lagi.
Malah, dakwa blogger itu, hutang negara kian bertambah, ekonomi merosot, pasaran saham dan nilai ringgit merudum, kehidupan rakyat terutama di luar bandar terjejas dan negara seolah-olah terperangkap dengan seribu satu masalah yang tidak berkesudahan.
Jelas Shahbudin, cara yang terbaik bagi Najib menguji dirinya sama ada diterima atau ditolak ahli UMNO boleh dijawab dengan mengadakan pemilihan semula dalam masa terdekat, pada masa sama parti dapat menentukan bahawa beliau layak untuk terus menerajui parti atau tidak sebelum pilihan raya umum 2018.

Biarkan ringgit terus jatuh kerana ianya bagus untuk negara kan?


Setelah menteri umno "diserang" Imigresen buka semula kaunter PLKS

Umno telah mula serasi di Kelantan.. Tahniahlah... TMB Nik Amar..

Dulu masam-masam manis...Sekarang masam dah hilang yang ada manis belaka... Emuaaaaach..! Saaaayang TMB kat Umno..

Ayam di luar reban memang payah nak tangkap sembelih. Bila dah masuk dalam reban mudahlah nak tangkap sembelih.... Sendiri mau faham laa...

Altantuya: Australia bebaskan Sirul tapi pasport dirampas

Salah seorang pembunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang ditahan pihak berkuasa Australia, bekas Korporal Sirul Azhar Umar dibebaskan dengan bersyarat, lapor Berita Harian hari ini.
Sirul yang melarikan diri ke negara itu dan tidak hadir ketika Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya diberikan kad khas membolehkannya bergerak bebas, tetapi pasportnya dirampas.
Berita Harian melaporkan perkara itu disahkan oleh sumber dari Wisma Putra. 
 "Setakat ini dokumen perjalanannya diambil oleh pihak berkuasa negara berkenaan.
"Tetapi dia dibebaskan selepas pihak imigresen Australia memberikan kad dengan syarat tertentu yang membolehkan dia bebas bergerak di sana," kata sumber itu seperti dilaporkan Berita Harian. Sirul ditahan Jabatan Imigresen Australia pada Selasa lalu selepas Interpol mengeluarkan notis merah ke atasnya.

Altantuya: Pembunuh tanpa motif akan mohon pengampunan

Ketua Inspektor Azilah Hadri, salah seorang daripada dua bekas komando yang dihukum mati kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu akan memfailkan permohonan untuk mendapatkan pengampunan secepat mungkin.
Peguamnya Datuk Hazman Ahmad berkata beliau akan berjumpa anak guamnya minggu depan untuk mendapatkan arahan seterusnya sebelum menulis surat kepada peguam negara.
"Selain daripada proses undang-undang, ia merupakan hak Perlembagaan seorang pesalah untuk menulis kepada pihak berkuasa supaya dimaafkan daripada jenayah yang mereka lakukan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Hazman berkata pihaknya akan meneruskan tanpa berlengah lagi walaupun seorang lagi pesalah Korporal Sirul Azhar Umar melarikan diri. Sirul dan Azilah bebas sejak 23 Ogos, 2013 apabila Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman bunuh mereka.
Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah mereka dan menjatuhkan hukuman mati kepada kedua-keduanya minggu lepas.

Bukti mendedahkan Altantuya, seorang penterjemah, dibunuh sebelum diledakkan dengan bom C4 pada 18 Oktober, 2006, di Shah Alam, berdekatan dengan Kuala Lumpur.
Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, penasihat Datuk Seri Najib Razak, didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul, tetapi dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 2008 tanpa dipanggil membela diri. Pihak pendakwa tidak merayu terhadap pembebasan Razak.
Walaupun dengan sabit kesalahan, motif pembunuhan Altantuya masih tidak diketahui. Sirul ke Australia Oktober lepas dan tidak hadir semasa Mahkamah Persekutuan membacakan keputusan mereka berdua disabitkan bersalah kerana membunuh.

Pengampu Umno: Fahmi Zainol tawar hati belajar di UM

Kalau ada tempat lebih baik dari UM, kerana nak belajar di sana sudah tidak seronok.

PETALING JAYA: Bekas Presiden Persatuan Pelajar Universiti Malaya, Fahmi Zainol menyatakan hasrat tidak meneruskan pengajian di Universiti Malaya kerana mendakwa keadaan sudah semakin teruk.
Fahmi_Zainol_2710s_840_592_100Dakwanya, keadaan di dalam Universiti Malaya (UM) sendiri sudah jauh berbeza dengan dulu apabila ramai tenaga pengajar universiti yang mempunyai kualiti tidak disambung perkhidmatannya dan ada yang tidak mahu meneruskan perkhidmatan.
“Semangat saya untuk kembali belajar di sana sudah hilang, kalau boleh saya nak belajar di tempat lain kalau ada tempat lebih baik dari UM, kerana nak belajar di sana sudah tidak seronok” katanya kepada Free Malaysia Today.
Katanya, UM lebih mementingkan golongan yang suka mengampu untuk menerajui universiti malah tenaga pengajar berbakat dan berkualiti ditendang keluar menerajui dunia akademik kerana dilihat mempunyai pandangan berbeza dengan kepimpinan negara dibawah pentadbiran UMNO.
“Apa saja yang tinggal? Prof yang sudah pencen dilantik kembali? Sudah-sudah tentu yang dilantik kembali orang yang suka mengampu. Sedih bila tahu berita sebegini, dicampur dengan perasaan benci terhadap campur tangan politik dalam dunia akademik.
“Apa lagi yang tinggal dalam universiti di Malaysia khususnya UM? Semuanya menjadi pincang. Kasihan kepada anak bangsa, ilmu yang bakal dicurah tidak cukup kualitinya, jika tidak kena pada tenaga pengajarnya,” ujarnya.
Tambah Fahmi, bukan beliau sahaja tawar hati untuk meneruskan pengajian di UM malah pelajar-pelajar tahun 3 dan 4 mempunyai pandangan yang sama terutamanya pemimpin mahasiswa.

Australia bebaskan Sirul dengan bersyarat

Sirul Azhar Umar yang kini dalam pelarian di Australia dibebaskan dengan bersyarat oleh pihak berkuasa negara itu.

Pasportnya turut dirampas dan beliau diberikan satu kad khas yang membolehkannya bergerak bebas di negara itu, lapor Berita Harian.

Menurut laporan itu, perkara itu disahkah oleh sumber Wisma Putra.

"Setakat ini dokumen perjalanannya diambil oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

"Namu dia dibebaskan selepas pihak imigresen Australia memberikan kad dengan syarat tertentu yang membolehkan dia bebas bergerak ke mana-mana kawasan di sana."

Sirul ditahan oleh pasukan Imigresen Australia pada hari Selasa lalu selepas polis antarabangsa Interpol mengeluarkan notis merah ke atasnya.

Sirul meninggalkan Malaysia ketika kes itu masih lagi dalam rayuan, dan tidak pulang ketika hukuman dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan pada minggu lalu.

Bekas anggota Unit Tindakan Khas itu merupakan tertuduh kedua. Beliau bersama Cif Insp Azilah Hadri, tertuduh pertama didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari dan dijatuhkan hukuman mati.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel lima orang hakim turut mengeluarkan waran tangkap selepas permohonan oleh pendakwaan.

Azilah, 39, dan Sirul disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu di satu kawasan hutan di sebuah bukit di Puncak Alam pada tahun 2006.

SALMAN ABDUL AZIZ BAKAL RAJA ARAB SAUDI YANG BAHARU

Yemen president quits amid worsening crisis

Elizabeth Wong: Anak Muda Boleh Memperjuangkan Untuk Memperkukuhkan Semangat Demokrasi

PR mungkin gagal teruskan survival kerana krisis dalaman - Tun Daim

daim-l
Daim menyifatkan PR terlalu meraikan kejayaan, sehingga nampak terlalu dramatik dalam menonjolkan kekuasaannya.

Perpecahan dalam Pakatan Rakyat (PR) mungkin menyebabkan pakatan pembangkang itu gagal meneruskan survival.
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata, apa sahaja boleh berlaku dalam politik dan tiada sesiapa dapat menjamin Pakatan Rakyat yang ada hari ini, akan kekal wujud pada pilihan raya akan datang.
“Siapa yakin bahawa pasukan Pakatan Rakyat akan kekal atau sama ada BN (Barisan Nasional) akan bertarung secara berpasukan nanti?
“Sekiranya kedua-dua belah berjaya mengekalkan pengaruh sedia ada, maka hasil (pilihan raya) juga perlu ditentukan oleh pemimpinnya,” katanya ketika ditanya berhubung jangkaannya pada Pilihan Raya Umum akan datang, dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar berbahasa Cina.
Menurutnya, PR terlalu meraikan kejayaan, sehingga nampak terlalu dramatik dalam menonjolkan kekuasaan.
“Pakatan Rakyat terlalu meraikan kejayaan sehingga nampak terlalu dramatik dalam menonjolkan kekuasaannya, dengan melontarkan kenyataan bahawa warga Bangladesh mengundi dan berlaku gangguan elektrik.
“Mereka juga mungkin terlalu fokus kepada memenuhi cita-cita sempit individu dan ahli keluarga,” katanya.
Malah, beliau juga yakin, BN boleh mengekalkan kuasa pemerintahan, terutamanya jika pengundi Sabah dan Sarawak terus memberi sokongan.

Krisis Umno: Hentikan mengutuk kepimpinan Najib kata Mohd Halim


Mohd Halim Wahab

"Saya tidak boleh terima dan sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja yang cuba memburukkan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan saya kesal apabila perkara ini berlaku apa lagi jika ia dilakukan oleh ahli UMNO sendiri,".
Itu luahan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hulu Langat, Mohd Halim Wahab yang menyifatkan perbuatan tersebut secara tidak langsung mencemarkan imej negara.
"Najib yang juga Perdana Menteri ialah pemimpin yang telah dipilih rakyat untuk memimpin negara dan kita sepatutnya berdiri di belakang beliau untuk sama-sama menjaga nama baik negara baik dari segi ekonomi, politik dan pembangunan.
"Beliau adalah manusia biasa yang juga mempunyai kelemahannya tetapi sebagai ketua kerajaan, kita tidak sepatutnya mencaci atau mengutuk kepimpinan beliau sehingga diketahui dunia," katanya kepada MalaysiaGazette di Kajang pagi tadi.
Kata Mohd Halim, dia bukan hendak mengutuk sesiapa tetapi hanya meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya apabila melihat Najib diasak kiri dan kanan oleh ahli parti sendiri.
"Kalau parti pembangkang yang melakukannya, itu saya boleh terima kerana kerja pembangkang memang tak ada lain hanyalah mencari kelemahan kerajaan.
"Apabila ahli UMNO sendiri mengutuk kepimpinan Najib, apa lagi kekuatan kita untuk menepis tohmahan, pembangkang yang akan ketawa sepuas-puas hati sudahnya.
"Saya tak faham kenapa ketika negara ditimpa musibah banjir, kapal terbang hilang dan terhempas sehingga mendapat liputan dunia, Najib terpaksa terima cemuhan daripada pembangkang dan ahli UMNO sendiri," ujarnya.

Jika Benar Mahu UMNO Berubah, Najib Mesti Berani Adakan Pemilihan Sebelum Pilihanraya

Antara intipati  ucapan Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2014 yang lalu ialah:-

"Kita tidak ada banyak masa untuk menunggu perubahan berlaku. Kita perlu merekayasa perubahan. If change does not happen, we have to engineer the change.  Justeru pada hemat saya, wajar untuk kita pertimbangkan pemilihan parti dilaksanakan mengikut kehendak Perlembagaan UMNO dan tidak ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya umum seperti yang pernah dibuat sebelum ini".

Malangnya isi yang amat penting dalam ucapan Muhyiddin itu, bahkan selaras dengan seruan perubahan atau dalam slogan lengkapnya "rebah jika tidak berubah" sebagaimana yang kerap diucapkan oleh Najib Razak, tidak disiarkan secara meluas di media-media arus perdana. Ia bahkan seperti cuba diselindungkan.

Dalam ucapan dan perbahasan para perwakilan pula, tidak ada sesiapa yang menyambut seruan Muhyiddin itu. Lalu, ia berakhir begitu saja dan kemudian terus dilupakan.

Tetapi berdasarkan perkembangan semasa dalam UMNO dan kerajaan ketika ini di mana suara yang menegur, mengkritik dan mendesak Najib Razak agar berundur dan meletakkan jawatan kian membesar, saranan Muhyiddin yang mahukan pemilihan diadakan mengikut Perlembagaan UMNO dan tidak lagi ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya umum, wajar direnung semula.

Kebimbangan ramai dalam UMNO ialah Najib yang diselubungi dengan pelbagai masalah, pekung dan kudis, lebih mungkin membawa UMNO dan BN ke lembah kekalahan berbanding menjejak mercu kejayaan dalam pilihanraya akan datang.

Asas utama kenapa Najib semakin tidak diyakini ialah beliau sendiri tidak mahu berubah sebagaimana kerapnya perkataan itu terpacul dari mulutnya. Kata-kata perubahan hanyalah retorik semata-mata tetapi tiada satu pun yang berubah, sama ada melibatkan pengurusan UMNO, kerajaan, hubungan kaum, agama, menangani krisis, masalah berkaitan isteri, pegawai dan penasihat serta pelbagai lagi.

Sebaliknya,  hutang kian bertambah, ekonomi merosot, pasaran saham dan nilai ringgit merudum, kehidupan rakyat terutama di luar bandar terjejas dan negara seolah-olah terperangkap dengan seribu satu masalah yang tidak berkesudahan.

NAJIB'S 'KILLER COMMANDO' - he only left pieces of her flesh & bone: Will ex-bodyguard reveal in Australia why he killed ALTANTUYA

NAJIB'S 'KILLER COMMANDO' - he only left pieces of her flesh & bone: Will ex-bodyguard reveal in Australia why he killed ALTANTUYA
It’s a foreign murder that has landed Australia in diplomatic hot water.
Malaysian man Sirul Azhar Umar, 43, was convicted this month in absentia and sentenced to be hanged for murdering and blowing up model and socialite Altantuya Shaariibuu, 28, in 2006.
He fled Malaysia before the conviction and, when he was detained in Brisbane on Tuesday for a visa violation, his crime became Australia’s problem.
Under Australian law, immigration officials cannot extradite a person who could face capital punishment. Foreign Minister Julie Bishop has declined to comment but experts say Australia can refuse extradition until Malaysia gives assurances that Sirul will not be sentenced to death.

Altantuya Shaariibuu in an undated passport photo.
Altantuya Shaariibuu in an undated passport photo. Source: Facebook
Sirul Azhar Umar is being held in Queensland.
Sirul Azhar Umar, an ex cop who was also a former bodyguard to the Malaysian prime minister Najib Razak. is being held in Queensland. Source: Supplied
SHOT TWICE AND BLOWN UP
The murder was gruesome. In late October, 2006, the remains of Mongolian national Altantuya were found in a jungle clearing near Kuala Lumpur. She is believed to have been shot twice before her body was blown up by explosives. All that was left were bone fragments and pieces of flesh.
Related Story:  Lawyer Americk takes Ops Scorpene back in time to the night of the Altantuya murder

Video: The night Altantuya was murdered - by Americk Sidhu, a renowned lawyer and former president of the M'sian Bar Council
Sirul, a former policeman and elite commando in Malaysia, was charged with the murder alongside former Malaysian chief inspector Azilah Hadri.

OUT OF PUTRAJAYA'S HANDS: Will Sirul tell the true Altantuya story in Brisbane?


He is perhaps part of a bigger web of conspiracy to murder.’
Sali Tambap: Sirul Azhar Umar has been found guilty of murder. He is a ruthless, heartless and evil man who snuffed the life out of a living person.
His judgment was meted out on earth and will be so in the next life. Even if he is a functional tool of someone else, he had allowed himself to be one.
I have no sympathy for him. He is perhaps part of a bigger evil web of conspiracy to murder. He will not spill the beans because he had willingly involved himself and most probably had taken what was due to him in the dubious deal.
But we will never know, it is not possible for an evil to expose another evil.
Disgusted: Let Australia keep this criminal. After all, he will feel at home in the country allegedly created by criminals. The first settlers were said to be criminals banished from England who wanted to dump them somewhere far away.
If he comes back and is hanged, his story dies with him. That is why it is in the interest of the rakyat to keep him alive to find out the motive leading to Altantuya Shaariibuu's murder and who gave the orders to Sirul and Azilah Hadri to kill her.
The ghost of Altantuya will not rest till she gets justice and the perpetrators of her murder will be made to pay for it.
Hang Tuah: Come on, Sirul, tell the whole world the truth behind the killing. After all, you owe everyone the real truth.
Umno Portal: I’m waiting for Home Minister Ahmad Zahid Hamidi to write a letter to Australia? But make sure that Zahid’s English has improved.
Perhaps another matter to be placed under the Official Secrets Act (OSA)?

Justice only partly served

The case of Altantuya's murder has been closed with too many questions unanswered.

altantuya_case_300When the Federal Court upheld the conviction of Corporal Sirul Azhar Umar and Chief Inspector Azilah Hadri last week and sentenced them to death, it must have come as a great relief to Altantuya’s loved ones, who have been fighting for justice ever since it was revealed, nine years ago, that the 28-year old interpreter was murdered and her remains blasted apart with C4.
However, there are many questions surrounding the case that remain unanswered, and since the court considers the book on the case closed, we likely will never have the answers.
Many feel that Sirul and Azilah deserve the death sentence given that they committed a most heinous act of violence. But there are also many who are of the opinion that hidden hands behind the murder of Shaariibuugiin Altantuya have not been brought to justice. For one, C4 is not readily available to the general public, and how the two men managed to procure military grade explosives remains a mystery.
If they procured the explosives illegally, such as by stealing them from the Malaysian army, then they are guilty of another major crime punishable by law. If the explosives were given to them, then the rabbit hole goes even deeper as the enabler in this case has not been unmasked. The guilty conviction on the two men does not exonerate the hand that fed them the explosives, and it is curious that the court failed to pursue an inquiry.
We also must consider that these men were part of an elite police force, the Unit Tindakan Khas, and as such must have been the cream of our men in blue. Entering such a prestigious unit means years of training and experience, with the discipline to match and a willingness to follow orders that go above and beyond the call of duty. With that in mind, to imagine that such men would go rogue and murder an innocent without a motive is simply unthinkable. It would go against the training and experience they are supposed to possess.

Daim kata golongan feudal kuasai hierarki UMNO

Budaya UMNO mesti diubah dan pemimpin parti juga harus berani melakukan transformasi.
Daim ZainuddinKUALA LUMPUR: Selain beberapa orang seperti Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, orang muda yang lain tidak dapat menonjol bakat dalam UMNO.
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata, keadaan itu berlaku kerana budaya UMNO ialah burung merak biasanya tidak boleh survive sehingga ramai memilih cara bijak dengan menjadi bunga kecil yang tidak menonjol.
“Pemuda Melayu yang berpendidikan agak sukar untuk mendapat jawatan walaupun di peringkat bahagian golongan ‘feudal’ akan memastikan mereka tidak berpeluang untuk bersinar dan menghalang mereka memanjat di peringkat bahagian.
“Usaha golongan ini untuk melindungi diri sendiri menyebabkan parti perlu membayar kosnya,” katanya, lapor China Press.
Daim menegaskan, budaya UMNO mesti diubah dan pemimpin parti juga harus berani melakukan transformasi.
Katanya, beliau pada masa ini hanya terdengar terdapat dua orang wakil rakyat yang menawar diri untuk berundur dan tidak bertanding dalam pilihan raya akan datang.
“Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lain hanya berdiam diri.
“Inilah UMNO di mana setiap orang juga merasa diri mereka ada peluang untuk menang, setiap ketua bahagian juga menyatakan diri melakukan kerja dengan baik,” katanya.

Saudi King Abdullah dies, aged 90

Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz mangkat - Al Fatihah

Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz meninggal dunia pada umur 90, hari ini, lapor stesen televisyen tempatan dan adiknya Salman ditabalkan sebagai raja, menurut satu kenyataan.
Reuters melaporkan Raja Salman dipanggil menghadap Majlis Angkat Sumpah keluarga untuk mengangkat sumpah taat setia kepada Muqrin sebagai putera mahkota dan waris sah.

Konflik Umno: TV3 hanya dedahkan fakta tentang Daim, kata Mubarak


Konflik dalaman Umno berterusan apabila pertubuhan bekas wakil rakyat parti Melayu itu menyokong tindakan media arus perdana dikawal Barisan Nasional (BN) menyerang Tun Daim Zainuddin.
Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, TV3 anak syarikat Media Prima Berhad hanya mendedahkan fakta tentang bekas menteri kewangan yang merupakan sekutu rapat Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

"Saya merasakan kalau perlu mereka dedahkan, dia pun buatlah. Mereka dedahkan fakta-fakta yang mereka ada," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
 Apabila ditanya mengenai TV3 yang sekarang ini seolah-olah memberi ruang kepada PKR dan Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghentam Daim, beliau menjawab: "Saya tidak tahu. Personal issue mungkin ada di situ.
Jadi apa yang berlaku sekarang ini di media massa kerana dasar liberalisme sekarang ini menyeluruh di negara kita," "Apabila mereka berani mengutarakan pendapat mereka, orang boleh membalas balik. Jadi ini terserahlah," katanya.

Sementara itu, beliau turut menekankan Malaysia sudah terpengaruh dengan dasar liberalisme tanpa sempadan dan secara mendadak sambil memberi contoh mengenai tindakan kumpulan 25 orang tokoh Melayu atau G25 baru-baru ini.
Pada masa yang sama, beliau juga diminta mengulas mengenai konspirasi antara Daim dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 "Saya tidak ada fakta tentang perkara ini. Sekarang banyak sangat spekulasi," katanya.

Dua TNC UM ditukar kerana tidak menyokong Umno

Universiti Malaya bakal hilang satu lagi tokoh akademik terkemuka apabila Putrajaya enggan menyambung khidmat profesor berkenaan, hanya kerana tidak menyokong Umno, kata sumber. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Januari, 2014.Universiti Malaya bakal hilang satu lagi tokoh akademik terkemuka apabila Putrajaya enggan menyambung khidmat profesor berkenaan, hanya kerana tidak menyokong Umno, kata sumber. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Januari, 2014.Universiti tertua negara Universiti Malaya (UM) bakal kehilangan seorang lagi tokoh akademik terkemuka dan mengembalikan debat mengenai kebebasan akademik di institusi pengajian Malaysia apabila Putrajaya enggan menyambung khidmat profesor, hanya kerana tidak menyokong Umno, dedah satu sumber.
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Dr Mohd Hamdi Abd Shukor tidak akan disambung kontraknya sementara seorang lagi timbalan naib canselor Datuk Dr Rohana Yusof yang menguruskan hal ehwal pelajar “terlalu berlembut” dengan pelajar, kata sumber itu lagi.
Kontrak selama tiga tahun Hamdi tamat 31 Disember lalu dan kini merupakan pensyarah biasa di Fakulti Kejuruteraan UM dan dikatakan bakal mengambil cuti belajar (sabatikal) tidak lama lagi.

"Saya difahamkan nama saya tidak diluluskan oleh Kementerian Pelajaran untuk disambung semula selepas dihantar oleh UM," katanya kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi. Tiga minggu selepas mengosongkan jawatannya, UM masih belum melantik timbalan naib canselor yang menguruskan hal akademik.
Sementara Rohana dikatakan akan ditukar kerana insiden baru-baru ini yang melibatkan kebebasan pelajar.
"UM akan mendapat seorang TNC HEP yang lebih keras elepas Rohana didakwa gagal mengawal pelajar," kata satu sumber universiti itu yang mengatakan, di bawah jagaan Rohana, demonstrasi besar-besaran di UM berlaku termasuk memecahkan pagar universiti ketika membawa masuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kampus itu selepas universiti mengharamkan program tersebut.
Di bawah Rohana, pelajar juga berkhemah di kampus November lepas untuk memprotes tindakan disiplin terhadap 8 rakan mereka yang membawa Anwar masuk.

Jangan menyesal kalau Umno kalah kata Sanusi Junid


Tan Sri Sanusi Junid  

SHAH ALAM – Veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid mempertahankan kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Umno yang disifatkannya sebagai teguran untuk kebaikan parti itu.

Dalam satu rakaman video dimuat naik di YouTube oleh Blog Parti Melayu, kelmarin, Sanusi berkata, pandangan Dr Mahathir mengenai perubahan yang diperlukan dalam Umno patut dipertimbangkan oleh pemimpin parti itu.

“Kalau pemikiran dia (Dr Mahathir) betul, macam mana? Kita menyesal nanti apabila kita kalah, waktu itu sudah terlambat. Tun Mahathir barangkali dia tak mahulah dia dipersalahkan jika kita (Umno) kalah nanti, itu saja,” katanya dalam rakaman singkat bertajuk 'Antara Mahathir dan Najib' itu.

Menurutnya, konflik mula timbul kerana Dr Mahathir dan Najib yang juga Presiden Umno mempunyai pandangan berbeza mengenai cara memastikan survival parti itu.

“Saya kenal (Dr Mahathir), dia memang nak Umno dan BN menang. Cuma dia fikir dasar BN kena tukar, itu pandangan dia. Dia bukan nak BN dan Umno kalah.

“Bagi Najib pula, dia nak Umno menang (tetapi) dia juga nak ada di situ (kekal dalam Umno),” katanya.

Sanusi yang pernah menjadi Menteri Pertanian dan Menteri Besar Kedah berkata, kumpulan yang menentang pandangan Dr Mahathir adalah mereka yang ingin mengekalkan status quo, dasar dan pemimpin dalam Umno.

Idea pemimpin2 UMNO nak perabih duit rakyat mmg tak leh disangkal..berjimatlah sangat..!!!


Kalau lampu isyarat pon dah makan belanja duit2 rakyat RM300 ribu pasti canggihnya...

Kalau RM300,000...
..lampu HIJAU 100,000
..lampu KUNING 100,000
..lampu MERAH 100,000

Adakah berbuat maksiat itu 'DENGAN IZIN ALLAH' ???


Begitulah sedutan tazkirah dari ostajah YouTube baru2 ini...

Nampaknya majalah di negara kita begitu berani memaparkan aksi2 ghairah, seksi di kalangan2 artis MELAYU..

INGAT PESAN ostad Kazim... "JANGAN PERTIKAI KETUANAN MELAYU"