Khamis, 22 Januari 2015

SEBANYAK 44 KALI KERAjaan BN amalkan Belanjawan DEFISIT slps pembentangan Bajet 2015 !!!


Untuk rekod, BAJET DEFISIT yg paling ketara meningkat SEJAK Najib Razak jd PM !!!.. Kesan defisit secara berterusan ini, hutang negara meningkat drpd 36.0% (KDNK) pada tahun 1998 kepada 52.8% KDNK pada 2014..

Untuk rekod, sejak Najib jd PM & Rosmah pula FLOM, INILAH HASILNYA.. 
Emotikon li

1) HUTANG NEGARA : RM740.7 bilion
2) HUTANG KERAJAAN : RM569.3 bilion
3) RINGGIT TERUS JATUH : US$1=RM3.61
4) RIZAB BANK NEGARA SUSUT US$23.7 bilion
5) BURSA SAHAM TERUS JATUH : 1750.11mata


PENCAPAIAN TERBAIK PM & MENTERI KEWANGAN DALAM SEJARAH MALAYSIA !!!


Pakar BUAT HUTANG...
Pakar BOROS bersama ROSMAH...
Pakar TIRIS perbelanjaan negara...
Pakar pelopor MAKSIAT...
Pakar PANDA !!!

p/s: Tapi macai tetap kata.. "Kalau xbuat hutang mcmaner negara nak maju. Hutang negara M'sia masih lagi rendah berbanding S'pore" -MACAI UMNgOK

3 bulan lagi genap 6 tahun Najib jadi PM

Ketika diwawancara dalam rancangan ‘Soal Jawab’ TV3 semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan terus komited mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam negara dengan memastikan tiada pertelingkahan kaum yang serius terjadi.

Dan beliau berkata akan melakukan yang terbaik untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

Beliau menekankan bahawa sebagai perdana menteri, beliau bertanggungjawab terhadap semua rakyat Malaysia dan akan melakukan yang terbaik untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

Ketika kita mengalu-alukan jaminan Najib itu, perlu dinyatakan bahawa Najib yang bakal genap enam tahun menjadi perdana menteri dalam masa kurang tiga bulan lagi, masih belum membuktikan bahawa beliau adalah perdana menteri untuk kesemua rakyat Malaysia.

Beliau juga belum membuktikan bahawa beliau adalah perdana menteri yang tidak mengira kaum, agama atau daerah, dan merupakan pendukung utama politik keterangkuman dan kesederhanaan, dan bukan membenarkan retorik dan politik eksklusif dan ekstremis terbiar bebas dalam negara.

Tiada sesiapa yang sangsi dengan kefasihan Najib mempromosikan perjuangan kesederhanaan di lingkaran antarabangsa, dengan inisiatif Pergerakan Kesederhaan Sedunia yang tiga kali dipromosikan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Namun malangnya, Najib belum lagi mengotakan kata-katanya di forum-forum antarabangsa, di tanah air sendiri.

Semakan Belanjawan 2015

Kembali kepada tempat kita mula melakukan kesalahan dahulu, insyaallah jumpa penyelesaiannya

Aspan Alias

Ramai yang meminta saya memberikan komen tentang tuduhan atau pandangan setengah pihak yang Najib dan Anwar akan berkompromi dan kompromi itu adalah semata-mata untuk menyelamatkan tengkok masing-masing. Saya bukan orangnya yang pandai menelah dan membuat andaian yang betul dan tepat seperti setengah orang lain, tetapi di dunia ini tidak ada yang mustahil, apatah lagi apabila bercakap tentang kuasa dalam kerajaan negara dan negeri.
Anwar sememangnya ketagih untuk menjadi pemimpin. Jika Najib selalu berkata, ‘at all costs we must retain Putrajaya’, Anwar juga begitu. Anwar akan buat apa sahaja untuk mendapatkan kuasa. Perhubungan di antara beliau dengan Pakatan Rakyat itu adalah ‘marriage of convenience’ dan beliau sanggup bersama parti-parti dan pemimpin yang beliau musuhi dengan kuat semasa lampau. Bagi politik baru ini, ia adalah satu situasi yang realistik. Berkawan hari ini bermusuh esok hari.
Najib pula sedang berada dalam keadaan yang sangat susah kerana beliau bukan sahaja mempunyai terlalu banyak ‘perkara’ yang beliau hendak tutupi, beliau juga tidak mempunyai kekuatan sokongan ramai lagi sedangkan beliau belum puas untuk berkuasa lebih lama. Mahu tidak mahu Najib tidak lagi dihormati oleh pemimpin dalam BN dan UMNO, beliau juga bukanlah pemimpin yang disayangi oleh rakyat yang ramai.
Banyak tanda-tanda yang menunjukan yang beliau sudah hilang segala sokongan, yang hanya tinggal kepada beliau hanyalah kuasa eksekutif yang diperguna habis-habisan untuk mengekalkan kuasa. Secara ‘conclusive’ nya Najib sudah hilang segala-gala yang perlu bagi seorang pemimpin Persekutuan Malaysia ini.
Kita wajar memahami yang jawatan Perdana Menteri Malaysia adalah jawatan yang boleh memasukkan ke dalam dan mengeluarkan seseorang dari penjara. PM Malaysia mempunyai kuasa yang lebih besar dari seorang Presiden Amerika Syarikat (AS). Mahu tidak mahu kita sedang memerhati dan mencari sebab kenapa keputusan Mahkamah Persekutuan tentang rayuan Anwar dalam kes Sodomi 2 masih tidak dilakukan oleh Mahkamah Persekutuan itu.

Umno, Pas Kelantan patut henti bergaduh kata Md Alwi


Datuk Md Alwi Che Ahmad. Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI 

SHAH ALAM - ‘Kita patut berhenti bergaduh’. Demikian luahan Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad ketika berhujah pada Wacana Sinar Harian siri ke-34, Kelantan Pasca Banjir: Bicara Hati ke Hati Pas, Umno Bangunkan Semula Kelantan, hari ini.

Katanya, kerjasama yang terjalin antara Pas dan Umno di Kelantan itu jika tidak dapat diteruskan bawah payung parti, ia masih boleh diteruskan atas dasar kerjasama antara pemimpin dengan pemimpin.

“Mudah-mudahan kerjasama ini, kalau tak boleh parti ke parti pun (buat) individu ke individu. Kita patut berhenti bergaduh.

“Bekerjasamalah, bertolong-tolonglah kamu dalam hal yang membawa ketakwaan dan janganlah kamu bekerjasama dalam hal yang membawa kemungkaran,” katanya.

Beliau turut menyarankan agar semua pihak mengambil iktibar rentetan bencana banjir besar yang melanda negeri itu.

“Kita harus mengambil iktibar atas peristiwa banjir besar yang melanda. Kita tak perlu tunjuk pada siapa-siapa, siapa salah siapa buat...itu kemudian.

ROS & MIC: Kumar ikrar mogok lapar hingga 'akhir hayat'

Setiausaha agung MIC G Kumar Aaman berikrar untuk meneruskan mogok laparnya “hingga ke akhir hayat” bagi mendesak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) memenuhi tuntutanya.

"Saya akan terus berada di sini hingga akhir hayat. Saya sanggup mati demi masyarakat India,” katanya.

Kumar dilantik sebagai setiausaha agung oleh presiden parti Datuk Seri G Palanivel, namun ROS tidak mengiktiraf kedudukannya.

Beliau berikrar untuk tidak berganjak selagi Kementerian Dalam Negeri tidak menyingkirkan Ketua Pengarah ROS, Mohammad Razin Abdullah  dan pasukan penyiasatnya dari kes berhubung masalah pemilihan MIC.

Kumar ketika bercakap kepada pemberita berkata, beliau akan tidur di luar bangunan dan tidak akan makan sehingga “keadilan ditegakkan”.

Pengakuan Anak Sirul, Pegang Rahsia YG Boleh Gugatkan Kedudukan Najib...!!!

Anak Sirul ada facebook rupanya. Diam-diam dia perhatikan perjalanan kes bapa dia di laman sosial. Entah kenapa mungkin tak tahan membaca komen2 yang mengkritik bapanya, Sirul Azhar Umar, anak kepada Sirul tampil memberikan ulasan di laman facebook berkaitan kes tersebut. 
Korang baca dulu komen-komen anak Sirul di bawah neh kejap.










Hasil semakan aku, facebooker yang bernama Shuk Sz baru berusia 19 tahun. Anak lelaki kepada Sirul Azhar Umar dan juga berada di luar negara. Bila tengok gambar2 kereta yang dia upload (mungkin pengemar kereta agaknya), nampak orang2 sekeliling tue mat saleh. Mungkin berada di Australia bersama2 bapanya.

Dan aku tertanya-tanya.

Tadi di Awani, Sirul dikatakan telah ditahan oleh pihak imigresen Australia dan telah menghubungi peguamnya memaklumkan perkembangan yang terkini itu dan juga meminta agar para peguamnya mengambil apa sahaja tindakan untuk memastikan dia tidak ditahan oleh pihak penguatkuasa kerajaan Malaysia.

Manakala di TMI pula melaporkan bahawa peguamnya gagal menghubungi Sirul Azhar Umar.

Aik.

Percanggahan maklumat. Ini mengelirukan.

Sirul’s son speaks up

Facebook postings indicate that the fugitive's family is with him in Australia.

PETALING JAYA: It appears that fugitive Sirul Azhar Umar’s family is with him in Australia.
This is indicated in Facebook postings by a user who calls himself Shuk Sz and claims to be Sirul’s 19-year-old son.
sirul anak2Sirul, along with fellow policeman Azilah Hadri, was sentenced to death last week for the 2006 murder of Mongolian national Altantuya Shaariibuu. He wasn’t in court for the sentencing, having left for Australia last October.
In one of his postings, Shuk Sz says Sirul was called to record a statement today, but does not say which authority has summoned him. He says if the statement is publicised, Malaysia’s reputation will suffer.
In an earlier posting, he says, “In all honesty, I am a son of Corporal Sirul Azhar Umar. To those who don’t know about his case, don’t just say what you like. Watch your mouth. If I talk to the press, Malaysia will fall. The PM will also fall.”
Replying to a user who insinuates that he is guilty of slander, Shuk Sz says, “I’m in Australia. I can say what I like. I can even curse the PM.”

APA SUDAH JADI UNDANG2 DI M'SIA !!!

Curi ratus ringgit utk beli ubat kena penjara...
TETAPI mencuri atau menyeleweng duit rakyat untuk kayakan diri masih bebas. Undang2 untuk SIAPA sebenarnya ???

Bukan nak pertahankan perbuatan mencuri , tapi bila nak jatuhkan hukuman, biarlah adil tak kira la orang biasa ke bekas menteri ka atau bekas 'mak lembu' ka. Jangan buat rakyat hilang kepercayaan dengan sistem negara...

Fokus keluarkan Najib dari Putrajaya – Ariff Sabri

Bila Najib dikeluarkan dari Putrajaya, dan Anwar ada kuasa, ketika itulah Pakatan Rakyat akan membuat pakatan dengan Mahathir, Daim atau sesiapa yang lain.
anwar najib 300PETALING JAYA: Pemimpin DAP Datuk Ariff Sabri percaya, adalah lebih baik untuk ‘berperang’ dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika Najib tidak lagi memegang Putrajaya.
“Pada saya, adalah lebih baik fokus sewaktu di medan perang. Bila Najib dikeluarkan dari Putrajaya, dan Anwar ada kuasa, ketika itulah Pakatan Rakyat akan membuat pakatan dengan Mahathir, Daim atau sesiapa yang lain.
“Ianya semua persoalan mendapatkan kuasa. Itu objektif permainan politik,” ujarnya di dalam entri blognya yang terbaru www.sakmongkol.blogspot.com.
Memahami karakter Najib, maka Ahli Parlimen Raub itu merasakan adalah lebih baik membiarkan ‘kuasa pasaran’ menentukan masa depan Najib.
“Karakter Najib ialah bila dia lemah dia akan menggunakan sesiapa sahaja. Bila dia kuat dia akan menggasak semua orang. Jika Najib menjadi kuat, apa yang akan menyekat dia menzalimi Anwar dan Pakatan? Dia ada kuasa,” ujar beliau.

'Bencana banjir Kelantan amaran dari Allah'


Post Pic

SHAH ALAM: Bencana banjir di Kelantan Disember lalu adalah amaran dari Allah bagi masyarakat Melayu-Islam supaya mempertahankan diri dan maruah mereka, kata seorang wakil rakyat Umno dalam satu wacana bersama PAS di sini hari ini.
Sambil bersetuju dengan kenyataan tokoh PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, ADUN Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, banjir yang menyaksikan 200,000 orang dipindahkan adalah amaran dari Allah.
“Pada pendapat saya, ini adalah peluang terbaik untuk kita orang Melayu-Islam sedar.
"Jika Dia (Allah) sudah menghantar mesej (amaran) sebegini tetapi kita masih gagal mencari jalan penyelesaian dengan mempertahankan martabat kita sebagai Melayu, saya fikir Allah mungkin akan menguji kita sekali lagi,” tambahnya.
Setiausaha Barisan Nasional Kelantan itu memberitahu demikian di wacana 'Kelantan Pasca Banjir: Bicara Hati ke Hati Pas, Umno bangunkan semula Kelantan' anjuran akhbar Sinar Harian.
Malah, katanya perbezaan ideologi parti tidak menghalang PAS dan Umno daripada bekerjasama memulihkan Kelantan selepas banjir.

Hukuman Kaum Yang Semakin Luntur

Oleh Abu Hassan Adam
Kenyataan YDP Agung yang menyatakan bahawa baginda amat bimbang dengan keadaan hubungan antara kaum kini sepatutnya mendapat perhatian ‘serious’ dari semua pihak terutama para pemimpin di negara in. Kenyataan yang dapat dilihat sebagai ‘dari hati ke hati’ itu amat perlu diambil perhatian dan dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia dengan tidak mengira keturunan dan agama.
Turut sama bimbang dengan keadaan yang meruncing kini dalam hubungan antara kaum ialah golongan lama atau ‘orang lama’ atau ‘golongan pencen’. Golongan ini sebenarnya tidak ‘lelap tidur memikirkan apakah akan terjadi kepada anak cucu pada hari-hari kemudian sekiranya keadaan ini tidak ditangani dengan serious dan berkesan. Mereka bimbang disebabkan keadaan sebagaimana yang berlaku kini tidak pernah dilihat oleh mereka sebelum ini, semasa hayat dikandung badan. Mereka tidak pernah mengalami keadaan sebegini ketika mereka berhubunga antara satu sama lain. Mkasudnya antara satu kaum dengan kaum lain. Tidak timbul perasaan ‘syak wasangka’ sepertimana kini. Aku pun kadang-kadang termenung memikirkan tentang apakah puncanya yang menyebabkan keadaan jadi begini. Dengan tiba-tiba seolah-olah tahun 2013 dan 2014 semacam wujud keadaan ‘huru-hara’ yang tidak menentu yang membabitkan soal-soal agama dan hubungan antara kaum di Malaysia. Bolehlah aku menuding jari ( sekiranya aku mahu berbuat demikian) untuk menyalahkan ‘orang itu’ dan ‘orang ini’ ataupun ‘golongan itu’ dan ‘golongan ini’. Namun amalan tuduh menududh antara satu sama lain bukanlah suatu amalan yang sihat sekiranya tidak ada bukti jelas yang boleh membantu kenyataan yang sedemikian.
Dengan tiba-tiba orang bukan Islam tidak boleh menyebut nama Allah yang kononnya hanya diperuntukan kepada orang Islam semata-mata. Ada juga golongan yang mempertikaikan saranan ini. Saranan sebegini hanya wujud pada awal Kurun ke 21 sedangkan apa yang aku pelajari dari guru agama aku ( Pak Haji Sulaiman) di kampung tidak pula begitu. (Mungkin agaknya ilmu agama Pak Haji Sulaiman tidak ‘sehebat’ pengetahuan para guru agama kini agaknya!!....)
Dengan tiba-tiba dan tidak semena-mena sudah wujud pihak yang mempersoalkan tentang golongan pendatang. Ada yang mempersoalkan tentang golongan pendatang dari China dan India dan ada juga yang mengungkit pula tentang golongan pendatang yang datang dari Indonesia.
Dengan tiba-tiba juga sudah muncul golongan yang kononnya ‘amat perihatin dan sentiasa menjaga kesucian agama Islam’ sehinggakan sanggup menyerang siapa sahaja yang cuba menggugat kesucian agama Islam. Dan sanggup ‘memikul kepala lembu’ untuk menyatakan keperihatinan dan kecintaan mereka terhadap agama Islam, untuk diletakkan di tempat-tempat tertentu.

Tok Guru Nik Aziz yang luar biasa, penuh tawaduk

Oleh Hazlan Zakaria
Sebagai seorang wartawan separa-veteran, amat jarang saya mengkagumi seorang politikus. Benar, ramai yang saya hormat dan ada juga yang dipandang tinggi, namun secara umum saya tidaklah terlalu ambil pusing tentang mereka.
Namun ada sebilangan kecil, dan khususnya seorang sosok yang telah menegaskan kepercayaan saya terhadap mereka, golongan yang memerlukan undi kita untuk dipilih mentadbir dan memimpin, kalau pun tidak sebenar-benarnya berkhidmat kepada rakyat.


Walaupun belum sampai sedekad saya menjadi wartawan, hampir sepanjang tempoh itu telah didedikasikan untuk membuat liputan dan laporan tentang politik Malaysia.
Sudah banyak perkara yang saya lihat dan alami. Saya menjadi penat dan bosan, sudah terlalu biasa dengan kekecewaan, ketidakjujuran, cakap kosong dan buruk-memburuk daripada watak-watak politik yang kita kenal.
Saya mungkin menjadi mangsa kepada penyakit yang biasa dihadapi mereka yang cukup dekat untuk melihat sendiri kesilapan-kesilapan kecil di tembok kekuasaan, yang menjadikan seseorang itu sebagai sinis yang pesimistik.
Namun ada seorang insan di kalangan ramai dalam dunia politik yang tegap berdiri di tengah-tengah kancahnya, yang mengembalikan kepercayaan saya terhadap politikus, walau pun tidak semua.
Insan itu adalah Datuk Nik Aziz Nik Mat, seorang daripada sebilangan tokoh yang setakat ini gagal memenuhi jangkaan sinikal saya tentang politikus. Beliau adalah Mursyidul Am PAS, bekas Menteri Besar Kelantan dan masih sebagai Adun Chempaka.
Seperti kata-kata editor saya, beliau adalah politikus Melayu yang sukar lagi untuk dilihat pada masa ini, benar-benar luar biasa dan tiada duanya.
Tidaklah sehingga mencetuskan sentimen “Politikus Melayu hebat terakhir”, namun mungkin tidak terlalu jauh daripadanya.
Ada sesuatu dalam gayanya yang membawa kita ke zaman dahulu. Di saat yang telah dilupakan dan malah mungkin sehigga saat sahabat Nabi Muhammad SAW dan gambaran kepimpinan yang dicetuskan mereka.
Satu zaman…
Di saat pemimpin tidak terlalu bongkak dan beromong kosong.
Di saat pemimpin berkata-kata dengan lembut dan baik.
Di saat pemimpin melangkaui permainan politik murahan yang biasa.
Di saat hidup mereka bukan sahaja didedikasikan kepada rakyat terbanyak, tetapi memang dilihat begitu.

Hentikan cerita karut mengenai Tok guru

Oleh Mohd Sayuti Omar
Berbagai varsi berita mengenai kesihatan Tokguru Nik Aziz Nik Mat, 84 yang kini berada di wad ICU Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Untuk pengetahuan saya baru balik dari Kota Bharu dan semalam sempat menziarahinya di wad 2 Delima.
Semasa menanti di ruang menunggu sempat saya mendapat malumat mengenai perkembangan Tokguru daripada keluarganya termasuk adiknya, besan dan menantunya.

Keadaan semasa saya mengunjunginya agak membimbangkan kerana beliau berada dalam separuh sedar. Tangan dan kakinya tidak dapat digerakkan. Ketika itu tidak dibenarkan sesiapa melawatnya kecuali keluarga terdekat. Selain itu hanya dibenarkan meninjau dari balik langsir.

Isterinya Tuan Sabariah Tuan Ishak menenami dan bergilir-gilir dengan anak-anak perempuannya. Pelawat luar hanya dibenarkan meninjau dari celah langsir sahaja.
Ketika itu juga berduyun-duyun anak buah Tokguru datang menziarahinya.

Tetapi perkembangan hari ini baik dimana Tokguru sudah sedar dan boleh menggerakkan tangan dan kakinya. Beliau juga sudah berselera untuk minum tea "O".

Beliau juga respon kepada pengunjungnya dan dapat mengenali dengan baik. Antara pengunjungi ternamanya hari ini ialah Dr Mohd Asri Zainal Abidin, dan ulama dari Pakistan Maulana Muhammad Munzai Musa Nazli serta para pemimpin kerajaan dan parti. Presiden Pas Abdul Hadi Awang bersama Setiasauha Agung Pas Mustapa Ali melawat pada malam semalam.

Kelmarin dan tengahari tadi Naib Presiden Pas Husam Musa, mengunjungi Tokguru sekali lagi bersama ulama dari Pakistan itu dan sempat mencium tangan Tokguru.

Kerajaan campuran: Tiada pertemuan rahsia kata Mohd Amar

Mohd Amar Nik Abdullah 
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Kelantan menafikan ada pertemuan berlaku antara pihaknya dan Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan kerajaan campuran selepas pasca banjir di negeri itu.
 
Timbalan Menteri Besar, Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa maklumat itu mungkin sengaja direka dan diada-adakan sedangkan pihaknya hanya menjalinkan kerjasama pentadbiran dengan kerajaan pusat.
 
"Saya tidak tahu, saya tiada maklumat, memang tiada, mungkin kena tanya dia, betul atau tidak, mungkin direka, kita pun tak tahu," katanya kepada pemberita selepas Wacana Sinar Harian ke-34 bertajuk Kelantan Pasca Banjir di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini hari ini.
 
Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata lagi, kerjasama antara dua kerajaan itu hanya dalam aspek pentadbiran untuk menyelesaikan masalah banjir.
 
"Kita tidak pernah bincang pun isu politik, mesyuarat kita sama ada di depan atau belakang, kita cakap hanya bincang isu banjir saja.
 
"Saya hanya jawatankuasa biasa sahaja, Timbalan Menteri Besar hanya pentadbiran, dalam parti saya hanya orang biasa, bukan level saya, kalau hendak bincang apa-apa pun bukan level saya," ujarnya.
 

Ekonomi merudum: Tangguh projek mega - Nur Jazlan

Nur Jazlan Mohamed
SHAH ALAM - Kerajaan perlu mengakui yang ekonomi negara tidak akan secergas dahulu susulan daripada perubahan landskap ekonomi global.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Malaysia (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, tindakan mengurangkan belanja antara langkah yang boleh dibuat kerajaan bagi memulihkan keadaan itu.

Menurutnya, perkembangan ekonomi negara banyak bergantung pada faktor luaran.

“Dulu semasa krisis mata wang dunia berlaku, walaupun kita tiada kaitan tetapi Malaysia tetap terima tempiasnya. Jadi kesannya akan sama berlaku.

“Apa yang diumumkan kerajaan itu hanya sebagai langkah awal untuk berdepan dengan kemungkinan lebih buruk, kerana kerajaan juga sukar untuk menjangkakan situasi sebenar,” katanya.

Beliau berkata langkah yang lebih proaktif perlu dibuat bagi membolehkan ekonomi negara terus rancak.

Ditanya apakah yang perlu dilakukan kerajaan, dalam berdepan situasi tersebut, beliau berpendapat sepatutnya projek-projek mega ditangguh terlebih dahulu kerana peruntukannya yang besar.

“Apa yang saya lihat kerajaan memilih untuk teruskan projek (mega) itu, atas alasan untuk mengimbangi kemerosotan yang berlaku kerana projek-projek mega ini juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Kerajaan Pas Kelantan akui tidak mampu bersendirian kata Mohd Amar


Mohd Amar Nik Abdullah 

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Kelantan mengakui usaha pemulihan negeri itu selepas dilanda bencana banjir sukar dilakukan tanpa bantuan kerajaan Persekutuan kerana ia membabitkan perbelanjaan yang besar.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah juga mengakui jika banjir besar itu tidak berlaku, tidak mungkin semangat federalisme semakin seperti hari ini.

"Sebelum ini hubungan (Pas-Umno) masam manis, bila banjir ada kesedaran tinggi timbul untuk duduk berbincang untuk selesaikan semua masalah rakyat. Kalau boleh ditingkatkan kerjasama ini dan ketepikan sempadan politik demi rakyat, ini dalam konteks kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

"Buat masa ini rakyat paling penting, sebab banjir ini menimpa semua rakyat tanpa mengira parti," katanya pada Wacana Sinar Harian bertajuk Kelantan Pasca Banjir di Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata lagi, apabila membincangkan punca banjir besar itu berlaku, aspek ketentuan ALLAH tidak wajar diketepikan begitu sahaja.

Najib tak berani isytihar darurat banjir kerana krisis kepimpinan?


banjir2


KUALA LUMPUR, 22 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berkeras tidak mahu mengisytihar darurat semasa banjir melanda dipersoalkan bukan sahaja oleh pembangkang, malah oleh bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.
Ini kerana Daim dalam wawancaranya bersama akhbar Chinapress Daily membandingkan Najib dan Tun Mahathir, dengan mengatakan perdana menteri keempat itu akan mengisytiharkan darurat jika berada dalam kedudukan Najib.
Justeru itu, Naib Pengerusi DAP Teresa Kok mempersoalkan perkara sama, berikutan tindakan lembab Najib menjawab persoalan tersebut.
“Sampai hari ini Najib gagal menjawab mengapa tak mahu mengisytiharkan darurat?
“Kenapa Najib tak mahu isytihar darurat untuk selesaikan isu bencana banjir ketika dia pulang dari Hawaii pada 27 Disember tahun lalu? kata Teresa dalam satu kenyataan
Pada 27 Disember lalu, Najib mengatakan tidak ada keperluan darurat di Kelantan kerana menurutnya akan memberi kesan kepada syarikat insuran akibat tuntutan pemilik premis dan kenderaan.

Berbanding Najib, Obama lebih berani iktiraf pandangan lawan


Najib_Obama_golf

oleh LIM KIT SIANG

Pungutan suara Edelman Trust Barometer 2015 mendapati hanya 45 peratus rakyat Malaysia mempunyai keyakinan terhadap Putrajaya, merudum berbanding tahun lepas pada kadar 54 peratus.
Kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi pendukung utama politik keterangkuman dan kesederhanaan boleh dilihat melalui keengganannya mengadakan sidang Parlimen khas bagi menyemak semula Belanjawan 2015, ataupun menjemput pemimpin dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berbincang sebelum menyiapkan semakan semula Belanjawan 2015.
Malah, bukan sahaja pemimpin BN, tetapi Menteri Kabinet pun tidak diajak bersama dalam proses merencana dan menyiapkan semakan semula Belanjawan 2015. Mesyuarat Kabinet semalam sekadar diberikan keputusan semakan semula Belanjawan 2015 yang diumumkan sehari sebelumnya.
Pemimpin Pakatan Rakyat berulang kali menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Perdana Menteri dan Putrajaya untuk memajukan maksud ke arah rekonsiliasi nasional, namun Perdana Menteri masih belum melayani tawaran ini.
Dalam perutusan State of The Union semalam, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata:
“Jika anda turut berkongsi gagasan yang saya gariskan malam ini, bekerjalah bersama saya.
“Jika anda tidak setuju dengan beberapa bahagian, saya harap anda akan bekerjasama dengan bahagian-bahagian yang lain. Saya harap anda akan bekerjasama dengan saya, di bahagian yang anda setuju.

Pembinaan loji nuklear: Kerajaan digesa tak sembunyi maklumat


loji_nuklear



KUALA LUMPUR, 22 JAN: Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa kerajaan telus dan tidak menyembunyikan sebarang maklumat berhubung pelan pembinaan loji nuklear di Malaysia.
“Sebagai langkah pertama ke arah tadbir urus yang baik, kerajaan perlu mewujudkan satu Jawatankuasa Pilihan Parlimen terhadap pembinaan loji tenaga nuklear,” kata Charles dalam satu kenyataan.
Ujarnya, kerajaan baru-baru ini mengumumkan bahawa cadangan pembinaan loji tenaga nuklear akan diputuskan selepas kajian komprehensif termasuk rundingan awam selesai.
Menyanggah pengumuman itu Charles menegaskan, kajian menyeluruh dan rundingan awam tiada gunanya kerana kerajaan sendiri telah menyiapkan dua set pelan program tenaga nuklear tahun lalu.
Menurutnya, dua pelan ini adalah bagi membangunkan tiga hingga empat loji tenaga nuklear (NPP) untuk membekalkan kira-kira 15 peratus daripada permintaan elektrik negara pada tahun 2030.
“Laporan yang sama juga menyebut bahawa rang undang-undang tenaga nuklear akan dibawa ke Parlimen tahun ini dan loji kuasa pertama dijadualkan akan memulakan operasi pada 2021,” ujarnya.
Kata Charles, dari jawapan Parlimen kepadanya tahun lalu, kerajaan menyatakan bahawa mereka sedang mengkaji kemungkinan dua loji kuasa baru (1000 Megawatt setiap satu) akan dibina.
Difahamkan kerajaan telah menubuhkan Pelan Pembangunan Infrastruktur Kuasa Nuklear (NPIDP) untuk menerajui projek tersebut termasuk mengenal pasti tapak pembinaannya.

Semakan belanjawan 2015 mengelirukan, catat perbezaan RM2 bilion


ong_kian_ming


KUALA LUMPUR, 22 JAN: Terdapat beza RM2 bilion dalam penstrukturan semula belanja pembangunan dalam belanjawan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming.
Kata Kian Ming, Najib mengekalkan angka belanjawan, sedangkan terdapat banyak perkara yang jauh bercanggah dari angka sebenar.
“Dalam semakan semula Belanjawan, Najib menyebut angka RM48.5 billion belanja pembangunan akan dikekalkan.
“Tapi ketika beliau membentangkan belanjawan 2015 di Parlimen tahun lalu, belanja pembangunan bukan RM48.5 billion, tetapi RM50.5 billion untuk tahun 2015,” kata Kian Ming dalam satu kenyataan.
Mantan penganalisis Dasar Sosio Ekonomi Pembangunan dan Penyelidikan (SEDAR) itu menyatakan, semakan anggaran belanjawan dan pekeliling terkini Perbendaharaan telah dibuat bagi mengesahkan angka tersebut.
Kedua-dua dokumen itu jelas membuktikan perbelanjaan pembangunan yang diperuntukkan untuk 2015 adalah RM50.5 bilion.

Individu Arah Sirul Azhar Ke Australia Adalah Brilliant..

Mungkinkah ada perancangan pihak tertentu supaya Sirul Azhar boleh buka cerita sebenar di Australia....tidakkah anda terfikir bahawa pemergian Sirul ke Australia mungkin dirancang oleh seseorang yang berkepentingan?

Siapa yang arah Sirul Azhar ke Australia? Namun, individu yang arah Sirul Azhar ke Australia adalah brilliant. Selama mana Sirul berada di sana, hukuman gantung akan ditangguhkan. Mungkin proses menjadi lebih rumit.

Pelbagai andaian boleh dibuat, diharap Sirul Azhar berani untuk mendedahkannya. Persoalan yang bermain di fikiran semua adalah, siapa yang mengarahkan Altantuya dibunuh? Dan apa motifnya?


Peluang bawa pulang Sirul tipis dan makan masa, kata penganalisis
Usaha membawa pulang bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman maut kerana membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu ke negara ini mungkin tipis dan akan memakan masa yang lama, kata penganalisis. 
Utusan Malaysia melaporkan, Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN) Prof. Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, Putrajaya hanya mempunyai satu pilihan untuk Sirul ke Malaysia, iaitu melalui permohonan kepada mahkamah Australia. 
Beliau berkata, kes itu rumit kerana langkah membawa kes itu ke mahkamah Australia adalah untuk mengkaji sama ada wujud pengecualian terhadap prinsip asas undang-undang negara tersebut yang tidak membenarkan hukuman mati terhadap pesalah. 
"Ada kerumitan dalam kes Sirul Azhar ini. Kita tahu Australia mempunyai sekatan ekstradisi terhadap Sirul Azhar kerana undang-undang mereka melarang perintah ekstradisi jika pesalah terlibat dikenakan hukuman mati. 
"Oleh itu, proses ekstradisi akan menjadi lebih sukar. Permohonan perlu dibuat kepada kerajaan Australia. Jika gagal, kerajaan akan membawa perkara ini ke mahkamah Australia. Jika gagal di mahkamah, maka usaha secara diplomatik akan berterusan," katanya kepada Utusan Malaysia. 

Setelah Terkait Dengan 'Raja Judi', Bersinar Lagikah Bintang Zahid?

Dua kali berturut-turut meraih undi tertinggi bagi jawatan Naib Presiden UMNO bagaikan tidak memberi banyak makna kepada masa depan Ahmad Zahid Hamidi sekarang ini. Hanya kerana suratnya kepada FBI berkaitan raja judi, Paul Phua, beliau kini diselubungi pelbagai persepsi yang mungkin merencatkan cita-cita politiknya.

Selain kewajarannya menulis surat kepada FBI itu dipertikai, hubungannya dengan Paul Phua juga mulai diperkatakan. Adakah beliau mengenali secara peribadi atau tidak raja judi itu? Apakah pula perlunya sebagai menteri, beliau menulis surat hanya kepada seseorang yang berjawatan timbalan pengarah dalam FBI? Kenapa tidak pihak polis saja menulis surat itu?

Kalau mahu dititip satu persatu tanda tanya masyarakat terhadap Ahmad Zahid berhubung suratnya kepada FBI itu, ia sebenarnya cukup berserakan serta amat melemaskan. Pelbagai aspek dan sudut pertanyaan bermain-main tanpa jawapan.

Penjelasan beliau baru-baru ini bahawa surat itu hanya bertujuan menjelaskan ketidakwujudan kumpulan 14K Triad di negara ini serta Paul Phua bukan salah seorang daripada anggotanya, tidak mampu  menutup banyak kesangsian orangramai mengenai wibawanya sebagai salah seorang pemimpin.

Selain bekas Ketua Polis Negara, Abdul Rahim Noor turut menyatakan tidak wajar Ahmad Zahid menulis surat kepada FBI kerana yang memintanya hanyalah peguam Paul Phua, penjelasan Menteri Dalam Negeri itu mengenai adanya projek-projek keselamatan negara yang dibantu raja judi itu, menimbulkan persepsi lain pula.

Sementara ada yang mendesak beliau mendedahkan apakah projek-projek keselamatan itu, ramai pula bertanya, selamatkah kita sebagai rakyat apabila sebahagian faktor keselamatan negara bergantung kepada maklumat seorang raja judi?

Era Mahathir berakhir, tapi Mahathirisme terus dipupuk – Fathi Aris

fathi_aris_omarKUALA LUMPUR 22 JAN- “Mana lebih baik, anti Mahathir atau anti Mahathirisme?” soal Ketua Pengarang portal Malaysiakini, Fathi Aris Omar.
Dalam status di Facebooknya, baru-baru ini, Fathi menulis mengenai apa yang digelarnya sebagai ‘Gelagat anti Mahathir tetapi otak pro-Mahathirisme’.

Menurut Fathi, meskipun rejim Mahathir sudah berakhir dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan,  ’budaya kekangan ala Mahathirisme’ masih diperteguh kepimpinan Perdana Menteri hari ini.
Ia katanya, dapat dilihat apabila  Datuk Seri Najib Razak menggunakan Akta Hasutan 1948 sewenang-wenangnya untuk mengekang kebebasan bersuara di negara ini.
“Seingat saya, tidak pernah lagi Akta Hasutan digunakan seluas ini sebelum era Najib Abdul Razak.
“Inilah kali pertama Akta Hasutan, dan Kanun Keseksaan, diperalatkan sewenang-wenangnya untuk menghukum pengkritik kerajaan seolah-olah “Operasi Lalang 2.0″ jadinya!’ tulisnya.
Katanya, tindakan media yang rapat dengan pemerintah melancarkan serangan ke atas kumpulan Mahathir- beberapa bulan selepas mantan perdana itu mengkritik Najib- hanya seperti ‘ribut di dalam cawan’.
“TV3, Utusan Malaysia dan New Straits Times mula menyiarkan laporan negatif terhadap kumpulan Dr Mahathir, antaranya terhadap (Tun) Daim Zainuddin dan (Datuk) A Kadir Jasin.
“Tetapi “serangan” dua-dua pihak ini hanya ribut dalam cawan elit Umno.

Harga Minyak Naik Bagi Industri Dan Sektor Komersil Kerana Cukai Jualan Yang Dikenakan

Saya sering ditanya (terutamanya dari kalangan penyokong Umno) kenapa harga barang masih tidak turun sedangkan harga minyak telah turun. Soalan-soalan ini adalah ekoran dari kempen senyap yang dibuat di laman-laman sosial kononnya peniaga-peniaga Cinalah yang enggan menurunkan harga barang walaupun harga minyak telah turun.
Satu fakta yang tidak diketahui oleh orang ramai adalah harga minyak kepada industri dan sektor komersil sebenarnya tidak turun seperti petrol dan diesel yang dijual kepada orang ramai, malah telah dinaikkan dengan pengenalan cukai jualan ke atas petrol dan diesel kepada industri dan sektor komersil.
Bagi pengilang dan pengusaha komersil yang menggunakan diesel dan petrol dalam kuantiti yang banyak, mereka tidak dibenarkan membeli dari pam minyak seperti orang ramai. Sebab itu kita tidak melihat lori-lori tangki dari pengilang dan pengusaha komersil mengisi petrol dan diesel ke dalam tangki besar mereka di stesen-stesen minyak biasa.
Pengilang dan pengusaha komersil membeli diesel dan petrol dalam jumlah pukal terus dari syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Petron dan lain-lain. Petrol dan diesel ini digunakan di dalam enjin di kilang, sebagai bahan bakar dan pelbagai kegunaan industri yang lain.
Saya mengesahkan bahawa harga petrol dan diesel kepada industri dan sektor komersil ini telah dinaikkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak apabila satu Pekeliling Perbendaharaan yang bernombor rujukan SR(8.09)102/21-1Vol.58(38) telah dibocorkan kepada saya minggu lepas. Saya telah berjanji untuk melindungi pemberi maklumat itu dengan tidak menyiarkan pekeliling terbabit tetapi maklumat nombor rujukan cukup untuk pihak media bertanyakan kepada Kementerian Kewangan.
Pekeliling Perbendaharaan SR(8.09)102/21-1Vol.58(38) itu memaklumkan syarikat-syarikat minyak peraturan berikut:
1. Kerajaan akan mengenakan cukai jualan ke atas penjualan petrol dan diesel kepada industri dan sektor komersil berkuatkuasa 1 Januari 2015. Cukai ini dikenakan ke atas harga yang ditetapkan kerajaan (iaitu harga yang dibayar orang ramai).
2. Cukai jualan yang ditetapkan adalah diesel (40sen setiap liter), RON95 (58.62sen setiap liter), RON97 (58.62sen setiap liter) dan diesel B5 (40sen setiap liter).

Hampir 6 Tahun Kerajaan Laki Bini....


FAKTA..


1) Hutang negara meningkat RM740.7 bilion
2) Rizab M'sia makin merosot US$23.7 bilion sejak tahun 2013.

DATA Rizab Bank Negara (Sumber BNM)
- Akhir tahun 2014 = US$116.0 bilion
- Akhir tahun 2013 = US$134.9 bilion
- Akhir tahun 2012 = US$139.7 bilion
Hutang2 semua ni siapa pula nak kena bayar ???
Pemimpin2 UMNO atau rakyat yg kena tanggung !!!

Dah pandai buat hutang WAJIBLAH bayar balik...

“Mana ada PM dan Isteri dalam dunia ini ke luar negara setiap bulan”

Peruntukan Jabatan Perdana Menteri patut dipotong dan perjalanan Perdana Menteri ke luar negara dikurangkan bagi penjimatan wang negara.
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata keperluan utama Kerajaan Pusat adalah memastikan ketirisan tidak berlaku, penyalahgunaan kuasa dan mulakan proses tender terbuka.
“Hentikan perjalanan ke luar negara setiap bulan. Mana ada Perdana Menteri lain berjalan keluar negara setiap bulan.
“Najib Razak tidak memahami keperluan penjimatan, sebab itu kita lihat laporan Ketua Audit Negara saban tahun penyalahgunaan berbilion-bilion ringgit,” katanya.
Dalam Bajet 2015, JPM mendapat peruntukan pembangunan sebanyak RM13 bilion dengan RM711 juta untuk pendidikan awal, termasuk Perumahan PERMATA.
Selain itu, Najib juga dilaporkan membelanjakan RM26,080,144.39 ke luar negara dalam tempoh empat tahun sejak 2009.

M'sia mohon ekstradisi Sirul kata Zahid

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata polis mengemukakan permohonan rasmi melalui Wisma Putra untuk mengekstradisi Sirul Azhar Umar dari Australia.

“Polis Diraja Malaysia, melalui Wisma Putra, mengemukakan permohonan rasmi untuk mengekstradisi Sirul,” kata Zahid kepada pemberita hari ini.

Katanya, proses ekstradisi itu akan dikendalikan oleh polis dan badan kehakiman, dan diselia oleh Kementerian Dalam Negeri.

“Kita perlu melalui beberapa proses, seperti rundingan dengan kerajaan Australia.

“Kita menyerahkan tugas ini kepada polis dan badan kehakiman untuk membincangkan perkara ini dengan pihak berkuasa Australia,” kata Zahid.

Ditanya sama ada beliau mahu Sirul diekstradisi, Zahid berkata “itu terpulang pada Wisma Putra”.

Tangguh PLKN, ke mana hilang RM212 juta?

KUALA LUMPUR 21 JAN- Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mepersoalkan ke mana sejumlah RM212 juta yang dibelanja bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), kata Pengarah Strateginya, Akmal Nasir.
Katanya, semakan AMK mendapati Belanjawan 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri tahun lalu menunjukkan anggaran perbelanjaan bagi program itu adalah sebanyak RM 612,684,400.
Bagaimanapun, katanya, Datuk Seri Najib Razak semalam hanya mengumumkan penjimatan sebanyak RM400 juta ekoran penangguhan PLKN bagi tahun ini dan jumlah itu menimbulkan perbezaan RM 212, 684, 400.
Tambahnya, anggaran perbelanjaan PLKN bagi tahun 2015 juga tidak jauh berbeza dengan anggaran perbelanjaan bagi tahun 2014 iaitu RM 667,808,800.
Katanya, sekiranya kerajaan benar-benar  jujur ingin mengurangkan perbelanjaan melalui penangguhan PLKN, kerajaan sepatutnya membuat penjimatan sebanyak RM 612juta, dan bukan sekadar 65 peratus daripada anggaran belanja asal.
Justeru katanya, AMK mendesak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab melaksanakan program itu menjawab beberapa persoalan.
“Mengapa kerajaan dianggarkan masih terpaksa menanggung perbelanjaan RM 212 juta untuk tahun 2015 walaupun program PLKN telah ditangguhkan?
“Adakah syarikat-syarikat yang telah menerima kontrak untuk perkhidmatan PLKN bagi tahun 2015 masih menerima bayaran penuh atau sebarang pampasan akibat penangguhan PLKN?
“Dan jika ya, syarikat-syarikat manakah yang masih menerima bayaran atau pampasan?,” soalnya dalam kenyataan media hari ini.

Harga kekal: Cukai jualan minyak pada pengilang diperkenal?


Harga barang kekal walaupun harga minyak turun terjadi kerana peniaga dan pengilang tidak mendapat manfaat daripada harga rendah komoditi itu, dakwa PKR.

Malah, berbeza dengan trend global, pihak itu didakwa membayar lebih mahal daripada harga pasaran dan harga yang dinikmati pengguna biasa.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa kerajaan mengenakan cukai jualan untuk pembelian petrol dan diesel kepada pihak industri dan komersial berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Cukai itu, menurutnya, dikenakan ke atas harga runcit yang dibayar orang ramai iaitu RM1.91 untuk seliter petrol RON95 dan RM1.93 bagi diesel.

Walaupun diberikan diskaun, kata Rafizi, pengguna komersial kini sebenarnya membayar harga RM2.269 seliter bagi RON95 dan RM2.236 seliter bagi diesel.

Rafizi mendakwa perkara itu dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan bernombor rujukan SR(8.09)102/21-1Vol.58(38) yang dibocorkan padanya.

“Rakyat harus sedar bahawa salah satu sebab harga barang tidak turun secepat harga minyak adalah kerana pengilang dan industri tidak menikmati kejatuhan harga minyak akibat cukai jualan yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Tun Razak ini,” katanya.

Alihkan kemarahan

Menurut Rafizi, pengilang dan pengusaha komersil tidak dibenarkan membeli daripada stesen minyak sebaliknya secara terus dan pukal daripada syarikat minyak.

PM-Anwar: Burung Sebulu Terbang Beregu

A Kadir Jasin

BANYAK pihak bertanya saya mengenai tulisan (Tan Sri) Zainuddin Maidin aka Zam dalam blognya pada 19 Januari lepas bertajuk “salam terakhir Zam pada penulisan politik semasa.”

  Zam sudah beri penjelasan dan saya pun sudah berpuisi dalam blog beliau. Apa pun saya terpaksa hormati keputusan beliau walaupun saya berkata kepada beliau yang beliau perlu terus berjuang.


Nampaknya Zam kecewa dan begitu tersentuh apabila teguran beliau terhadap pemerintah, khususnya kepada kawan lamanya Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak, dianggap persekongkolan dengan (Tun) Dr Mahathir Mohamad dan (Tun) Daim Zainuddin.

 

Zam kata beliau bukan penulis upahan dan tidak pernah menjadi penulis upahan. Bagi saya itu hujah teknikal. Saya adalah penulis upahan. Saya katakan begitu kerana memang saya diupah menulis oleh syarikat saya dan saya juga diberi upah oleh akhbar dan majalah yang menyiarkan karya saya. Perdana Menteri pun diupah untuk memerintah negara. Makan upah halal tidak salah.

 

Cuma dalam menulis blog ini saja tidak diupah atau ditaja oleh sesiapa. Sebaliknya saya keluarkan duit sendiri dan guna masa sendiri.

 

Awal dan akhir, saya adalah wartawan. Saya tidak pernah merajuk, tidak pernah mogok seni dan tidak pernah tutup blog saya.

 

Saya menulis sejak di bangku sekolah lagi dan menjadi wartawan tanpa putus-putus sejak tahun 1969. Tahun ini masuk tahun ke-46 saya jadi wartawan dan bulan hadapan genaplah sembilan tahun blog ini.

 

Tidak seperti Zam dan beberapa orang wartawan lain, saya tidak tergoda dengan politik dan tidak “bercuti” daripada kewartawanan untuk menjadi Yang Berhormat atau menteri. Jadi tidak adalah apa-apa yang boleh menyebabkan saya dalam dilema, serba salah dan gusar apabila menulis mengenai politik dan orang politik.

 

Zam dan beberapa orang wartawan-politikus memilih untuk menjadi makhluk dua alam yang melompat antara dunia kewartawanan dan politik. Itu hak dan pilihan mereka. Saya memilih untuk kekal sebagai seorang wartawan.

Anwar dan Mohd Najib ceria menikmati "a cuppa"

 

Berkenaan perang media yang menyebabkan Zam turut terseret dan terpalit, pendapat saya adalah seperti berikut:

 

TG Nik Aziz sering minta dibacakan al-Quran

Ada juga di antara tetamu yang berpeluang berkomunikasi dengan Nik Abdul Aziz.

Mursyidul Am PAS,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berada dalam keadaan baik di bawah pemantauan doktor yang berusaha memastikan mantan Menteri Besar itu minum lebih banyak air.
Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga anaknya, Nik Abduh berkata, usaha itu bagi menambah tenaga dan garam dalam tubuh ayahnya yang agak menurun.
“Beliau acap kali sedar, mampu bertanya khabar. Setiap kali sedar, beliau akan bertanya mengenai waktu solat dan minta diperdengarkan bacaan al-Quran oleh ahli keluarga. Beliau beberapa kali menegur bacaan yang silap,” katanya menerusi laman sosial facebooknya malam tadi.
Menurut Nik Abduh, ada juga di antara tetamu yang berpeluang berkomunikasi dengan Nik Abdul Aziz ketika beliau sedar.
“Semasa saya bercakap dengannya, saya sampaikan salam daripada beberapa pemimpin parti dan negara yang menghubungi saya. Saya juga nyatakan bahawa seluruh rakyat Malaysia sedang mendoakan untuk ayahanda,” kata Nik Abduh.
Menurut beliau, ayahnya akan menjawab dengan wajah ceria, “Alhamdulillah, moga kembali sihat.”
Nik Abdul Aziz yang menghidap kanser prostat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada petang Selasa selepas kesihatannya menurun.

'Peranan Razak dalam rundingan Scorpene disiasat' - Suaram

Kes Suara Rakyat Malaysia (Suaram) terhadap syarikat kapal tentera laut Perancis DCNS berhubung dakwaan sogokan RM7.3 bilion dalam rundingan pembelian kapal selam Scorpene dengan Malaysia masih diteruskan, kata bekas pengarahnya Cynthia Gabriel.

Katanya, beliau masih berminat meneruskan kes yang difailkan NGO hak asasi manusia itu ketika bawah pentadbirannya sebelum ini.

Gabriel (kanan) berkata, sepanjang pengetahuannya, Suaram yang memfailkan kes di Paris pada 2011, tidak melupakannya begitu sahaja.

Katanya, mahkamah cuba mengesahkan sama ada penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang dilepaskan daripada perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, bertindak atas kapasiti rasmi untuk Kementerian Pertahanan.

Setakat ini, katanya, Abdul Razak yang kini dipercayai tinggal di United Kingdom, dikatakan “rakan dan sekutu rapat” timbalan perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak.

T'ganu larang orang politik jadi khatib, imam

Kerajaan Terengganu melarang pemimpin politik termasuk wakil rakyat menjadi khatib, imam dan membaca khutbah di seluruh masjid di negeri itu berkuatkuasa bulan ini.

Larangan itu susulan titah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang mahu semua masjid di negeri itu bebas daripada unsur politik kepartian yang menyumbang kepada pepecahan, lapor Berita Harian hari ini.

Laporan yang memetik Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rozali Saleh berkata satu pekeliling mengenai larangan itu telah dikeluarkan kepada semua pihak berkenaan akhir bulan lalu.

"Pengurusan masjid juga tidak dibenarkan menampal gambar mana-mana pemimpin, (dan) logo.

Bekukan penukaran guna tanah hutan – Anwar

Tidak wajar berkompromi dengan pemugaran tanah sehingga mengakibatkan keseimbangan ekosistem terjejas.
anwar300PETALING JAYA: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongan terbuka mengenai cadangan oleh Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM) Mohamed Idris yang menggesa membekukan penukaran guna tanah hutan kepada perladangan.
Beliau berkata, adalah wajar sekiranya Majlis Tanah Negara menyemak semula Dasar Perhutanan Negara yang digubal pada tahun 1977 agar ia diperkemas sesuai dengan keadaan masa kini yang terdedah kepada ancaman pembalakan serta penerokaan haram.
Menurutnya, elemen penguatkuasaan harus dimantapkan supaya bersifat lebih efektif dalam menangani masalah ini.
Tambah beliau, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga digesa bertindak tegas untuk membanteras kegiatan korupsi di sebalik pembalakan haram yang berlaku.
“Dalam pada kita mendorong pembangunan dilaksana dan menggiatkan hasil perladangan, kita sama sekali tidak wajar berkompromi dengan pemugaran tanah sehingga mengakibatkan keseimbangan ekosistem terjejas,” katanya dalam satu kenyataan.
Anwar menyatakan pandangannya selepas meihat perkembangan mutakhir termasuk bencana banjir yang melanda khususnya kawasan Pantai Timur dan beberapa kawasan lain Semenanjung Malaysia dan tanah runtuh di Cameron Highland merupakan natijah daripada penukaran guna tanah hutan yang didorong inisiatif penerokaan hutan simpan kekal.
Beliau berkata: ”Ini jelas sekali memberi kesan jangka panjang kepada keseimbangan ekosistem dan biodiversiti.”
Jelasnya, isu pembalakan haram yang berlaku baik di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak bukan sesuatu yang baru dibangkitkan sehari dua ini.
Anwar berkata, isu ini sudah menjangkau puluhan tahun dan pastinya memberi kesan negatif ke atas perolehan hasil hutan.

Anwar konsisten dedah kepincangan – Nik Nazmi

Apakah Daim boleh dilepaskan begitu saja hanya kerana beliau bukan ahli politik yang memegang jawatan utama dalam kerajaan kini?
anwar nikPETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kepincangan dalam kerajaan secara konsisten termasuk berhubung isu berkaitan dengan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
Beliau menepis tanggapan Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Sabri Ariif Abdul Aziz bahawa Ketua Umum PKR tersalah melakukan percaturan politik apabila menyerang Daim.
Menurut beliau, sebagai pemimpin politik yang berpengalaman bekas ahli UMNO juga sepatutnya mengetahui pendirian dan perjuangan Anwar terhadap gejala rasuah, salah laku dan kepincangan.
“Sejak 1998 sehingga hari ini Anwar telah konsisten menyatakan pendiriannya terhadap dakwaan rasuah terhadap Daim,” katanya dalam kenyataan media. Pada tahun 1998 Anwar dipecat dari kerajaan serta parti dan sejak itu sering melaungkan keadilan dan mendedahkan kepincangan dalam kerajaan.
Soal Nik Nazmi: ”Apakah Daim boleh dilepaskan begitu saja hanya kerana beliau bukan ahli politik yang memegang jawatan utama dalam kerajaan kini?”

Saya pula dilihat pembangkang, kata Daim

Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin berkata beliau kini dilihat sebagai “pembangkang” selepas menyuarakan beberapa kritikan membina terhadap kerajaan.

“Saya dilihat sebagai pembangkang,” katanya wawancara eksklusif bersama China Press yang disiarkan hari ini.

Di awal wawancara itu, beliau memberitahu harian itu bahawa keberatan untuk diwawancara kerana kerajaan “sangat sensitif” kepadanya akhir-akhir ini.

Katanya, kerajaan sering melihat pihak yang bersuara dengan “jujur” sebagai pembangkang walaupun mendakwa terbuka terhadap kritikan membina.

Mengaitkan dengan banjir peristiwa besar besar baru-baru ini, Daim bertanya sama ada rakyat yang meminta pemimpin mereka turut padang juga dianggap antikerajaan.

“Jika kita berkata kita terbuka kepada kritikan, kita mesti kotakan janji atau kewibawaan kita akan tercalar,” katanya.

Daim baru-baru ini berdepan serangan keras media mesra kerajaan yang mengetengahkan dakwaan pembangkang berkaitan kepentingan perbankannya di luar negeri.

Anwar bercumbu-cumbuan dengan Najib – Kadir Jasin

Dalam kancah politik, tidak ada musuh yang kekal tetapi yang ada hanyalah kepentingan bersama.

PETALING JAYA: Wartawan veteren, Datuk A. Kadir Jasin mengingatkan bahawa Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merupakan lawan yang mudah dalam tempur percaturan politik bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
anwar najib2Beliau menyatakan, dalam permainan dan percaturan politik semasa, Ketua Umum PKR itu diangkat sebagai watak protagonis kepada media arus perdana untuk menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin.
Jelasnya, percaturan dan cerita politik yang berlaku hari ini menunjukkan dalam politik tidak ada musuh yang kekal, dan menambah: ”Yang kekal hanyalah kepentingan bersama.”
“Kalau Anwar boleh berkasih-kasihan dengan Dr Mahathir selama 16 tahun dalam UMNO dan kerajaan, tidaklah mustahil bagi Anwar bercumbu-cumbuan dengan Mohd Najib. Kalau ini permainan catur, Anwar pasti tahu Mohd Najib lebih mudah dimakan berbanding Dr Mahathir dan Daim,” tulisnya dalam entri terbaru blog kadirjasin.blogspot.com.
Beliau mengulas faktor politik yang menyebabkan seorang lagi wartawan veteran yang juga bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mengambil keputusan berhenti draipada menulis mengenai politik semasa negara akibat ditekan dan diugut oleh pencatur perang saraf bagi Perdana Menteri.
Kadir juga mengingatkan tindakan media arus perdana kawalan pemerintah menyerang Daim merupakan strategi luar biasa yang boleh menjadi senjata makan tuan.
Katanya, dalam keadaan sekarang Anwar telah termasuk dalam perangkap perang saraf apabila beliau berperang kepada regu kuatnya selama berada dalam UMNO dan kerajaan.
”Jadi melaga-lagakan bekas ‘tiga sahabat’ itu adalah strategi bijak,” kata beliau, dan menambah, ”kemungkinan wujud hasrat tersirat dan persefahaman belakang tabir berbentuk ‘quid pro quo’ antara Mohd Najib dan Anwar memandangkan kedua-dua mereka mempunyai ‘isu-isu’ yang mungkin boleh dirungkaikan atau, setidak-tidaknya pun, dikurangkan impaknya kalau mereka saling bantu membantu.”

Daim: Najib perlu belajar dari Dr M

Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempelajari cara Tun Dr Mahathir Mohamad menguruskan krisis.

Daim berkata, Najib sepatutnya merujuk kepada bekas perdana menteri itu ketika menangani bencana banjir besar baru-baru ini.

Dalam wawancara yang disiarkan akhbar China Press hari ini, Daim berkata beliau bertemu Najib baru-baru ini dan menggesa perdana menteri menunjukkan prestasi lebih baik dalam menangani bencana itu.

“Saya kata, 'dalam pengurusan krisis, anda perlu lebih cekap. Mahathir tunjuk prestasi bagus dalam menangani krisis dan anda patut belajar daripada beliau',” kata Daim.

Katanya, negara lain akan mengisytihar darurat kerana terdapat banyak kematian dan kesan lain.

Najib bagaimanapun bertindak sebaliknya ketika banjir semakin buruk.

Daim bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau tidak bermaksud bahawa Najib gagal, namun katanya perdana menteri sepatutnya tunjuk lebih kewibawaan semasa menangani krisis.

Dalam soal itu, Mahathir menunjukkan prestasi paling baik, katanya.