Rabu, 21 Januari 2015

APA SUDAH JADI PADA JAWI ???

Di mana pendirian anda dlm membantah & benteras gejala2 maksiat jika bersifat 'silap mata' ???
atau pihak JAWI sudah 'dijawikan' oleh sesuatu ???
TAK HERANLAH JIKA sebelum ini kesalahan PENARI TIANG MELAYU pon hanya didenda RM25 aja 
Emotikon lik
TAK HERANLAH nak buat maksiat di M'sia DENGAN AMANNYA !!!

JANGAN LUPA... "Saya menyeru agar kita bersama2 kurangkan manis dlm makanan & minuman. Tambahkan manis dlm senyuman." - kata Najib Razak

Adakah kalangan yang menjaga paras harga gula di M'sia hanya pandai bermain dengan kalkulator ketika harga gula dunia naik sahajakah ???

Dan menjadi kaku seribu bahasa tatkala harga gula dunia turun ???

Sepatutnya rakyat M'sia mendapat manfaat harga gula yang lebih murah sebaliknya 'Kartel' A.K.A kroni syarikat gula yang terus memonopoli industri gula di Malaysia terus “diam membisu” sambil tersenyum lega harga gula masih kekal utuh sehingga ke hari ini disebalik harga gula dunia turun..

DALAM SEJARAH !!!.. CIPTA REKOD BARU LAGI SGD1.00 = RM2.71 (21Januari 2015)


Baru aja minggu lps RM2.70... Syukur...

Tukaran wang kita dengan Singapura.

Betul ka neh?

Ohhh jangan panik. Menteri 'cerdik' BN kata "KEJATUHAN NILAI RINGGIT BANTU PULIH EKONOMI" ini bagus untuk negara kita sebenarnya..

Ingat tak !!!

Punca Agensi Penarafan Kredit Antarabangsa Fitch Ratings Beri Amaran Kepada Malaysia?

fitch ratings
Kejatuhan nilai ringgit Malaysia dicatatkan sebagai terburuk di kalangan negara-negara di Asia yang mencatatkan kejatuhan sebanyak 10% untuk tempoh dalam hanya 3 bulan sahaja. Ini ditambah dengan pengumuman kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib Razak pada pagi semalam menyebabkan agensi penarafan keredit antarabangsa Fitch Ratings memberikan amaran yang mana Malaysia bakal berhadapan dengan taraf penarafan kredit akan diturunkan.
Hari ini Matawang Ringgit Malaysia diperdagangkan pada nilai yang paling rendah sejak tahun 2009. Ini semua gara-gara pengumuman kerajaan Malaysia mengumumkan kenaikan sasaran defisit fiskal daripada hanya 3.0% kepada 3.2% bagi unjuran tahun 2015. Berdasarkan rekod kerajaan malaysia telah mengumumkan pembentangan bajet defisit untuk 17 kali berturut-turut sejak pembentangan bajet pada tahun 1998 lagi.

Punca Agensi Penarafan Kredit Antarabangsa Fitch Ratings Beri Amaran?

Dan agensi Penarafan Kredit Fitch Ratings melihat kepada kebergantungan kerajaan Malaysia kepada hasil kerajaan Malaysia sehingga memberikan impak besar disebalik kejatuhan harga minyak dunia pada ketika ini dilihat “lebih cenderung” untuk menurunkan penarafan yang diberikan Malaysia sekarang ini A-.
Pengurus kanan Choong Yin peng, pengurus kanan bon dan penyelidikan ekonomi Hong leng Berhad mengatakan
  1. pasaran pada ketika cukup bimbang sasaran defisit yang diletakkan kerajaan malaysia akan lebih tinggi lagi
  2. Kenyataan terbaru Fitch ratings akan terus memberikan implikasi dan kesan besar kepada pasaran yang meletakkan pasaran Malaysia dalam keadaan “berjaga-jaga”

Punca Ringgit Malaysia Terus Jatuh RM3.62 Setiap Dolar Amerika? Berita Gembira Kepada Rakyat Singapore?

Bursa Saham Malaysia 2015
Realitinya sekarang telah berlkau lambakan ringgit Malaysia di pasaran. Ringgit Malaysia terus kurang laku dan laris di pasaran sekarang ini.
Berdasarkan semakan Berita Semasa ringgit Malaysia semakin kurang permintaan bagi pertukaran matawang asing seperti contohnya RM dan USD sehingga menyebabkan ringgit Malaysia terus “terapung” tanpa mengetahui untung nasibnya di pasaran. Akhirnya ringgit Malaysia terus jatuh dan jatuh.

Ringgit Malaysia VS Singapore Dollar?

Terkini, semakan Berita Semasa terus jatuh teruk sejurus selepas pengumuman Datuk Seri Najib Razak pagi semalam. Hari ini, ringgit Malaysia terus jatuh ke paras terendah RM3.62 untuk setiap USD. Manakala Singapore Dolar semakin tegap apabila dinilai RM2.71 untuk setiap 1 Singapore Dolar pada pagi ini.
Goh Khoon, pakar ekonomi bagi Australia & New Zealand Banking Group Ltd yang berpengakalan di Australia mengatakan Ringgit terus lemah kerana :
  1. pasaran bertindak balas kepada defisit fiskal yang lebih tinggi bagi tahun 2015 ini
  2. ramalan pertumbuhan KDNK yang lebih rendah pada tahun 2015 ini
Hakikatnya, lagi tegap dan kukuh ekonomi sesebuah negara, lagi kuatlah matawang sesebuah negara itu. Jikalau matawang ringgit Malaysia turun, apa maksudnya itu?
Jikalau ditanya kepada Tan Sri Zeti Akhtar Aziz :
  • Jikalau ringgit Malaysia naik is good
  • Ringgit Malaysia turun pun good for the nation
Berita Semasa faham dan Berita Semasa sama sekali tidak salahkan Tan Sri Zeti, beliau telah menguruskan bank negara dengan begitu baik sekali sehingga diiktiraf oleh seantero dunia. Tetapi apabila mengulas sesuatu kepada media dan umum, beliau “terpaksa menjaga hati banyak pihak” termasuklah……….
Jikalau pada tahun 1998 dalam tempoh 3 bulan sahaja, nilai ringgit Malaysia terus jatuh merudum daripada daripada RM2.5 per USD1 kepada RM3.8 per usd1 (sebelum diikat). Tetapi pakar-pakar ekonomi menjangkakan kerajaan Malaysia sama sekali tidak akan mengikat matawang Malaysia sekali lagi buat kali yang kedua. Ini kerana :
  • Kerajaan Malaysia pernah ikat ringgit Malaysia pada 1997/1998
  • Kerajaan Malaysia pernah “unpeg” Ringgit Malaysia semasa di zaman Pak Lah
Jadi sama sekali tidak mungkin kerajaan akan mengikat kembali berkenaan ekonomi kita? Sehingga menimbul keraguan terhadap sistem ekonomi kita selama ini.
  1. Kalangan yang takut kepada bayang-bayang sendiri akan mengatakan bukan sahaja ringgit Malaysia jatuh, tetapi matawang negara lain juga jatuh sama
  2. Kalangan yang “berani tetapi bertekad untuk bangkit” akan mengatakan Ringgit adalah matawang yang paling merosot paling teruk di rantau ini.

Bukan sekadar krisis ekonomi, Malaysia berdepan krisis kepimpinan


Liew_Chin_Tong
KUALA LUMPUR, 21 JAN: Semakan Belanjawan 2015 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tanpa menangani masalah sebenar membuktikan bahawa Malaysia berada dalam krisis kepimpinan, kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.
Beliau berkata, Najib tidak memahami realiti perubahan ekonomi global, apatah lagi untuk memperbaiki keadaan.
Menurut Chin Tong, dakwaan Najib kononnya ‘Malaysia tidak berada dalam krisis ekonomi’ menunjukkan kerajaan tidak berupaya memahami cabaran mendatang.
“Najib langsung tidak melakukan sebarang usaha menangani pelbagai kebimbangan ekonomi yang mungkin membawa masalah besar kepada negara.
“Apa yang dilakukan beliau tidak membantu ekonomi, tetapi hanya membuka peluang kontrak kroni sebagai pertukaran sokongan politik.
“Pendek kata, semakan Belanjawan 2015 jauh berbeza dengan keadaan sebenar dan gagal menyakinkan semua pihak,” kata Chin Tong dalam satu kenyataan
Tambahnya, semakan Belanjawan 2015 hanya percubaan Najib mententeramkan kebimbangan di kalangan agensi penarafan dan bank pelaburan selepas kenyataan Credit Suisse 8 Januari lalu berhubung kesukaran Malaysia mengurangkan defisit lantaran perubahan mendadak harga minyak.
Sedangkan kata Chin Tong, beliau pada 27 Oktober lalu telah menyarankan Najib menyemak semula Belanjawan 2015 berasaskan hasil minyak pada harga AS110 setong bagi tahun 2014 dan AS105 tahun 2015.

MP DAP Ariff Sabri perlu memahami seni politik Mahathir sebelum mengkritik Anwar - Chegubard

MP DAP Ariff Sabri perlu memahami seni politik Mahathir sebelum mengkritik Anwar - Chegubard
Merujuk kepada liputan beberapa media mengenai kenyataan YB Datuk Ariff Sabri A.Aziz yang mempertikaikan kesungguhan Y Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memberikan maklumat kes rasuah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
Ariff menyatakan kononya Anwar tiba tiba serius dalam menyerang Daim kerana ingin bekerjasama dengan Najib menyerang 'pack' Mahathir-Daim hanya kerana pentingkan kebebasan dirinya menjelang keputusan mahkamah.
Sehubungan itu saya ingin memberikan sedikit komentar mengapa Pakatan Rakyat tidak harus menyertai Mahathir-Daim dalam membelasah Najib.
1. Bagi saya, adalah tidak pelik Anwar menyerang Daim dan Mahathir, ia telah pun berlaku semenjak 1998 lagi. Malah, bukan sahaja Daim dan Mahathir tetapi semua sekali kepimpinan UMNO-BN termasuklah Najib sendiri. Tetapi nampaknya apabila Daim dan Mahathir menjadi sasaran sekarang ini, mengapa pula Ariff kelihatan begitu sensitif?
2. Jika menyerang Najib menjadi asas perkiraan politik, kita juga ternanti-nanti selaku orang yang rapat dengan Najib satu ketika dahulu bilakah Ariff akan mendedahkan sebarang dokumen atau bukti salahguna kuasa Najib. Sudah pasti jika Ariff mendedahkannya, kami akan sambut bersama.
3. Lebih pelik, dakwaan Ariff kononnya serangan Anwar pada Daim dan Mahathir ini akan menggagalkan Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Untuk pengetahuan Ariff, Pakatan Pembangkang pernah menyambut seruan Mahathir satu ketika dahulu. Pakatan Pembangkang telah digunakan sepenuhnya bagi menjatuhkan Abdullah Badawi tetapi apakah hasilnya? Hasilnya ialah Mahathir dan UMNO yang mendapat laba. Pemimpin lemah dalam UMNO dapat disingkirkan tetapi akhirnya UMNO semakin kuat. BN tetap gagal dijatuhkan. Bayangkan jika Abdullah dibiarkan mengetuai BN dan kita berdepan dengan pilihanraya, tentu suasananya berbeza dan kita sudah pun menerobos Putrajaya.
4. Bagi saya, bukan sahaja Anwar malah semua mangsa buli politik Mahathir seperti Musa Hitam, Tengku Razaleigh, dan juga penjawat-penjawat awam seperti Tun Saleh Abbas, Prof. KS Jomo dan ramai lagi muncul dan menamatkan kecelaruan politik dan pentadbiran negara yang berpunca daripada Mahathir. Mahathir lebih banyak membawa bencana pada negara tetapi hakikatnya dialah yang memperkosa Perlembagaan Persekutuan, sistem keadilan dan penyebab berlakunya kecelaruan dalam politik dan kotor dalam negara. IPP merupakan satu contoh paling ulung bagaimana Mahathir menjadikan khazanah negara sebagai skim pencen beliau dan kawan-kawan. Bukan sahaja Abdullah, Najib tetapi siapa sahaja Perdana Menteri dari BN selepas Mahathir akan berhadapan masalah bagaimana mahu berdepan dengan sedutan subsidi milik rakyat kepada IPP ini.
5. Mengikut logik Ariff, Pakatan Rakyat perlu berseronok dan menari bersama Mahathir-Daim untuk menjatuhkan Najib. Ramai yang menyangkakan Pakatan Rakyat yang menggunakan Mahathir untuk menjatuhkan Najib. Tetapi hakikatnya, dalam tidak sedar, Mahathir sebenarnya yang sedang menunggang mereka bagi melengkapkan nafsu kerakusan kuasa di hujung usia. Tidakkah Ariff sedar akan skil dan strategi politik Mahathir ketika mahu melengkapkan percaturan politiknya, dia akan menggunakan apa sahaja termasuk juga musuh. PAS seawal dari era Tunku Abdul Rahman merasa amat bangga sekali apabila Mahathir menggunakan pentasnya menyerang Tunku. Tetapi ia adalah kenikmatan sementara semata-mata. Selepas sahaja lengkap cita-citanya, Mahathir kembali menggodam PAS. Ketika menyerang dan membunuh di Memali, Mahathir langsung tidak pernah ingat bahawa dia pernah menggunakan pentas PAS untuk naik ke puncak kuasa. Ariff sepatutnya lebih maklum seni politik Mahathir kerana Ariff juga pernah berada di dalam kepompong UMNO satu masa dahulu.

NGO: Bangkitlah semua mangsa 'buli' Mahathir

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa “mangsa buli” politik Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini bangkit menamatkan “kecelaruan politik dan pentadbiran” yang didakwa berpunca daripada tokoh itu.

Pada masa yang sama, pengasas kumpulan itu Badrul Hisham Shaharin mengingatkan Pakatan Rakyat supaya tidak terperangkap dengan skil dan strategi Dr Mahathir bagi “menjatuhkan” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Badrul antaranya menamakan bekas menteri kewangan Tengku Razaleighh Hamzah, bekas ketua hakim negara Tun Saleh Abbas dan dua bekas timbalan perdana menteri - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Musa Hitam.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata Mahathir membawa lebih banyak "bencana" kepada negara.

"Pakatan pembangkang pernah menyambut seruan Mahathir satu ketika dahulu. Pakatan pembangkang telah digunakan sepenuhnya bagi menjatuhkan (bekas perdana menteri Tun) Abdullah Badawi tetapi apakah hasilnya?

"Hasilnya ialah Mahathir dan Umno yang mendapat laba. Pemimpin lemah dalam Umno dapat disingkirkan tetapi akhirnya Umno semakin kuat. BN tetap gagal dijatuhkan," katanya.

Sedangkan, kata Badrul (atas), jika Abdullah dibiarkan mengetuai BN, Pakatan sudah tentu dapat menerobos Putrajaya.

Peguam gagal hubungi Sirul, tunggu kenyataan rasmi

Peguam mewakili Koperal Sirul Azhar Umar di Malaysia cuba menghubungi bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu untuk mengetahui punca beliau ditahan pihak imigresen Australia, tetapi usaha untuk mendapatkan jawapan tidak berhasil.
Kamarul Hisham Kamaruddin memberitahu The Malaysian Insider, beliau menghubungi pihak imigresen bagi mendapatkan maklumat lanjut tetapi jurucakap enggan memberikan sebarang maklumat.
Katanya, barisan peguam Sirul hanya boleh memutuskan langkah seterusnya sejurus selepas penahanannya dapat disahkan pihak berkuasa. 
"Kami sudah cuba bercakap dengan wakil jabatan imigresen tetapi mereka kata tidak ada kuasa untuk membincangkan kes itu.
"Kami juga menghubungi ABC News, organisasi media pertama yang melaporkan berita penahanan itu tetapi mereka kata maklumat yang mereka tahu setakat ini daripada wakil jabatan imigresen, dan penangkapan berdasarkan notis merah yang dikeluarkan Interpol.
"Jadi sekarang kita perlu tunggu beberapa kenyataan rasmi seperti permohonan ekstradisi daripada Malaysia sebelum kita boleh buat tindakan selanjutnya," katanya.
Kamarul sebelum ini berkata, mereka akan mengemukakan tindakan undang-undang mencabar mahkamah Malaysia jika pihak berkuasa memohon untuk ekstradisi Sirul.
Sirul dan Ketua Inspektor Azilah Hadri dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu atas kesalahan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Jimat Duit Rakyat: Permata juga perlu dimansuhkan – Rara

Permata Negara bergerak tanpa hala tuju yang jelas dalam memartabatkan pendidikan negara.
Syefura OthmanPETALING JAYA: Penyelaras Segmentasi Wanita Muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Young Syefura Othman bersetuju dengan penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) malah mencadangkan program Permata Negara turut dimansuhkan.
Dakwanya, Permata Negara merupakan satu pembaziran yang amat jelas dengan peruntukan RM40 juta sedangkan ia bukan keperluan yang sangat mendesak.
“Permata Negara bergerak tanpa hala tuju yang jelas dalam memartabatkan pendidikan negara. Oleh itu, ia perlu dimansuhkan memandangkan ketika ini kita telah mempunyai Tadika Kemas dan Pra-Sekolah,” katanya dalam kenyataan media.
Syefura juga menganggap PLKN bukan tempat yang sesuai untuk menjadikan anak watan mencintai dan memperkemaskan jati diri.
“PLKN yang menelan belanja lebih RM1 billion semenjak penubuhannya pada tahun 2004 tidak pernah mencapai matlamat dan objektifnya.
“Sebaliknya, timbul pelbagai masalah seperti peserta mati, kes rogol dan lain-lain. Namun, kerajaan meneruskan tanpa menghiraukan desakan,” dakwanya.
Sebelum ini, Pengarah Strategi Angkatan Muda PKR Malaysia, Akmal Nasir menyatakan bahawa PLKN juga tidak sepatutnya ditangguh tetapi terus dimansuhkan.

Tak perlu semak belanjawan, ekonomi Selangor kukuh - Adun PR

Bajet MS2SHAH ALAM, 21 JAN: Tiada keperluan Kerajaan Negeri menyemak semula Belanjawan Selangor 2015 berikutan ia memadai untuk perbelanjaan pembangunan dan pengurusan.
Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata hasil pendapatan Selangor dijangka tidak terjejas kerana tidak bergantung kepada hasil penjualan minyak mentah.
Katanya, beliau juga yakin kutipan daripada pungutan cukai dan pendapatan lain mencukupi untuk merealisasikan belanjawan yang diumumkan November lepas.
“Tidak perlu untuk kita ikut jejak Kerajaan Pusat kerana situasi kita dan dia (pusat) adalah berbeza sama sekali.
“Pusat bergantung lebih 30 peratus kepada penjualan minyak mentah sementara kita tidak. Tiada minyak pun di Selangor ini,” katanya kepada Selangor Kini.
Semalam, Kerajaan Pusat mengumumkan pelarasan strategi Belanjawan 2015 ekoran kejatuhan harga minyak mentah dunia.
Sementara itu, Adun Hulu Kelang, Saari Sungib langkah Kerajaan Negeri melebihkan peruntukan pembangunan mampu melonjakkan aktiviti ekonomi negeri.
“Apabila ada pembangunan, maka aliran wang dan ekonomi juga berjalan seterusnya memberi manfaat kepada rakyat.
“Saya percaya jika segala dilaksanakan dengan integriti tanpa ketirisan dan sebagainya, maka ekonomi Selangor tidak terjejas dan berjalan stabil,” katanya.
Terdahulu, Kerajaan Negeri membentangkan belanjawan tertinggi dalam sejarah Selangor dengan peruntukan RM2.42 billion.
Daripada jumlah itu, sebanyak RM1.29 bilion (53.19 peratus) diperuntukan bagi perbelanjaan mengurus sementara RM1.13 bilion (46.81 peratus) bagi perbelanjaan pembangunan.

'Kenapa dalam penjara makan seperti binatang?'

“Kenapa orang (dalam) penjara makan seperti binatang?”

Begitu luahan Hamizah Che Amat, isteri kepada penulis blog Amizudin Ahmat yang dipenjara kerana menghina mahkamah ekoran terus menyiarkan artikel fitnah terhadap bekas menteri Tan Sri Rais Yatim (bawah).

Hamizah hari ini tampil dengan dakwaan layanan buruk terhadap suaminya itu dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya bersama peguam dan NGO Jingga 13.

“Pada hari ketiga saya melawatnya, dia tak bersalin pakaian, nak solat, sembahyang pun tak ada air.

“Makanan yang diberikan kepadanya ibarat makanan kucing. Ikan berbau busuk, belum makan sudah tahu (busuk).

“Kalau pihak penjara buat macam ini kepada semua orang, kena fikirlah kita ini bukan binatang, kita manusia.

“Jadi saya terkilan sangat, penjara melayan orang  macam ini ke? Kita manusia, ada hati dan perasaan, Cuba mereka orang duduk dalam, apa perasaan mereka?” kata  Hamizah dengan marah.

Beliau juga mempersoalkan ke mana perginya perbelanjaan kerajaan sehinggakan banduan diberi layanan seteruk itu.


'Ini dikatakan hina mahkamah?'

Hamizah terus mempertahankan tindakan suaminya yang hanya menulis dan “menyimpan” tulisan dalam blognya Sharpshooter.

“Ini dikatakan hina mahkamah? Saya tak faham apa maksud hina mahkamah,” soal  Hamizah.

Sementara itu, Ketua Koordinator Jingga 13 Fariz Musa pula berkata Amizudin dibawa ke sebuah sel bersama sembilan orang penjenayah  dan keesokan harinya dipindahkan ke bilik bersebelahan bilik hukuman gantung.

Kes Sirul-Altantuya: Peguam Negara cuai, perlu letak jawatan

SirulKUALA LUMPUR 21 JAN: Peguam Negara (AG) digesa meletak jawatan ekoran kecuaiannya menyebabkan Korporal Sirul Azhar Umar (gambar) dibenarkan ke luar negara ketika kes anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu yang dituduh membunuh Altantuya Shaariibu belum selesai.
Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu, tanpa kehadiran Sirul sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 dan menjatuhkan hukuman mati ke atas beliau dan seorang lagi anggota UTK, Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya pada 2006.
Ahli Jawatankuasa Pusat dan Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata, Tan Sri Abdul Gani Patail cuai apabila tidak memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap Sirul sehingga membenarkan beliau melarikan diri daripada dikenakan hukuman kerana membunuh wanita Mongolia itu.
“Kegagalan AG mengakibatkan keadaan di mana Sirul telah dibenarkan untuk meninggalkan negara ini dan melarikan diri daripada pendengaran di Mahkamah Persekutuan, dan pembebasannya telah diterbalikkan dan sabitannya dipulihkan.
“Dalam mana-mana negara lain di mana budaya akauntabiliti diamalkan, AG akan meletakkan jawatannya dengan serta-merta,” kata Sivarasa dalam kenyataan.
Ahli Parlimen Subang itu berkata, selepas keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan kedua-dua mereka, beliau pernah mempersoal mengapa Jabatan Peguam Negara tidak membuat permohonan waran tangkap di bawah Seksyen 56A Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Senarai Ketua AMK Negeri 2014-2017

AMKKUALA LUMPUR 21 JAN: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini mengumumkan senarai lantikan Ketua AMK untuk seluruh negeri bagi penggal 2014 hingga 2017.
Berikut adalah senarainya:
Perlis: Mohd Sharun Radzi bin Salehuddin (Padang Besar)
Kedah: Mohd Ridhwan Mohd Razali (Padang Serai)
Pulau Pinang: Dr Afif Bahardin (Permatang Pauh)
Perak: Mohd Azlan Helmi (Kampar)
Selangor: Nik Nazmi Nik Ahmad (Kelana Jaya)
Wilayah Persekutuan: Hazrul Fahmi Ahmad (Lembah Pantai)
Negeri Sembilan: Mohamed Afif Anuar (Seremban)
Melaka: Farhan Ibrahim (Bukit Katil)
Johor: Mohd Faizal Mohd Yushak (Batu Pahat)
Pahang: Wong Chun Yuan (Indera Mahkota)
Terengganu: Wan Mohd Farmizi Wan Mohd Nor (Dungun)
Kelantan: Dr Mohd Hafidz Rizal Amran (Tanah Merah)
Sabah: Raymond Ahuar (Pensiangan)
Sarawak: Abdul Raafidin Majidi (Sibu)

(Q&A) Anwar Ibrahim: Masalah Di Universiti Selangor

(Q&A) Anwar Ibrahim: Isu Defisit Nagara

Kerajaan Perlu Kaji Peranan Peguam Negara - Shamsul Iskandar

(Q&A) Anwar Ibrahim: Isu Penswastaan GLC

(Q&A) Anwar Ibrahim: Apa Yang Malaysia Boleh Lakukan Untuk Menghadapi ASEAN Komuniti 2015?

(Q&A) Anwar Ibrahim: Ukuran Kita Kepedulian Kepada Rakyat

Anwar Ibrahim: Anak Muda Harus Diberi Luang Untuk Bicara & Bertanya

Atas dasar apakah Sirul Azhar ditahan? – Peguam Sirul

Kamarul Hisham Kamaruddin
Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin berkata langkah seterusnya bagi pasukan peguambela bergantung kepada tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa Malaysia.

KUALA LUMPUR, 21 Januari:

Bekas anggota polis elit, Sirul Azhar Umar yang kini dalam tahanan imigresen di Queensland, Brisbane sudahpun menghubungi pasukan peguambelanya dan mengarahkan untuk membuat sebarang tindakan undang-undang yang berkaitan.
Menurut peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, langkah seterusnya bagi pasukan peguambela bergantung kepada tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa Malaysia.
“Pertama sekali, kita perlu ketahui status rasmi penahanan tersebut. Adakah dia ditahan atas undang-undang imigresen atau dia ditahan berikutan Notis Merah oleh pihak Interpol yang seterusnya berlanjutan kepada permohonan ekstradisi itu.
“Setakat ini, tiada siapapun yang tahu mengenainya, itu kita perlu sahkan dahulu,” ujar Kamarul Hisham yang dipetik Astro AWANI.
Malah, Kamarul Hisham berkata sehingga kini, berita penahanan tersebut hanya diperolehi daripada laporan media Australia.
Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar ditahan pegawai Imigresen di Queensland, Australia semalam.
Dia kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen negara itu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.
Katanya, berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa Australia, Sirul Azhar ditahan atas kesalahan Akta Imigresen negara itu.

Sirul ditahan, banyak persoalan kekal misteri

Peguam Negara digesa meletakkan jawatan, bagi mengelakkan persepsi tidak baik atau menimbulkan lebih banyak tanda tanya rakyat
sirul caught1PUTRAJAYA: Walaupun Koperal Sirul Azhar Umar kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Australia di Queensland, namun beberapa persoalan besar masih lagi tidak terjawab, kata Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin menjelaskan.
Selain itu, kecuaian Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail juga telah menyebabkan Sirul melarikan diri ke Australia dan negara terpaksa menggunakan khidmat Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menahan Sirul.
“Peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail harus bertanggungjawab dalam perkara ini dengan meletakkan jawatannya secara sukarela,” ujarnya sewaktu ditemui pemberita di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Jelasnya, sekiranya Abdul Gani tidak meletakkan jawatannya, ia akan menimbulkan persepsi yang tidak baik dan menimbulkan lebih banyak tanda tanya rakyat.
“Kita sudah tahu bahawa Inspektor Azilah Hadri dan Sirul bersalah kerana membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu namun motif pembunuhan dan bagaimana kecuaian pintu negara sehingga Sirul berjaya meloloskan diri masih lagi kekal misteri,” ujarnya lagi.
Tambahnya, ini bukan seruan dan desakan yang pertama untuk Abdul Gani meletakkan jawatannya, tetapi desakan ini sudah disuarakan sejak negara kehilangan Pulau Batu Putih kepada negara jiran, Singapura.

Jimat Wang Rakyat: 'Mansuh terus, kos RM5K pelatih PLKN tinggi'

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) harus dimansuhkan terus kerana anggaran kos RM400 juta setahun atau RM5,283 untuk setiap pelatih terlalu tinggi, kata Pemuda PKR.

Sedangkan, kata sayap PKR itu, program sama boleh dijalankan oleh sekolah atau universiti dengan kos lebih rendah.

"AMK yakin, jenis latihan yang sama boleh disediakan pada kadar harga lebih rendah.

“Oleh itu, AMK menggesa semua kontraktor yang terlibat dalam menyediakan bekalan untuk PLKN ini didedahkan kepada umum,” kata Pengarah Strategi AMK Akmal Nasir.

Sejak diperkenal pada 2006, seramai 832,712 orang pelatih telah menjalani sesi itu.

Akmal juga berkata, menganggap PLKN penting dan seolah-olah tidak mampu disediakan pihak sekolah dan universiti jelas menunjukkan betapa lemahnya fokus pendidikan negara.

Bagaimana Amar Ma'ruf Nahi Munkar - UAI

Solat Jamak Dalam Musim Banjir ? - UAI

Senarai Nafkah Zahir Yang Wajib Bagi Suami - UAI

Nak Dakwah Kepada Yang Tidak Suka Didakwah - UAI

Muzik dan Menyanyi Muqaddimah Maksiat ? - UAI

Waspada makan buah mata kucing

Pasca Banjir: Kelantan Bina 600 Rumah Utk Mangsa Banjir

Pasca Banjir: Kelantan Larang Bina Semula Rumah di Rizab Sungai Atau Tanah Tol kata Mohd Amar

Semakan belanjawan: Berjimat cermat itu perlu, tapi awasi muslihat

Oleh Hazlan Zakaria
Semakan belanjawan 2015 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Bajet Kajian telah diungkapkan untuk menjawab soalan pengkritik dan penganalisis politik mengenai isu apa yang harus kerajaan "campur tangan", dalam hal isu-isu ekonomi yang dijangka, dan banjir teruk baru-baru ini dan kejatuhan harga minyak.

Tetapi mungkin ada sesuatu yang perlu diawasi, kerana ini boleh menjadi satu lagi peluang untuk pentadbiran Najib menjalankan muslihat, pentadbiran yang diketahui menukar belanjawan-belanjawan yang diluluskan Parlimen dengan belanjawan-belanjawan tambahan yang dibentangkan kemudiannya. 
Mungkin apa yang digelar campur tangan itu hanyalah satu lagi peluang untuk Najib menjalankan kegiatan biasanya. 
Tetapi apa jua yang berlaku, dalam semakan itu beliau ada menyentuh mengenai isu-isu utama yang menjadi perbalahan sementara menantikan pengumuman.
Kepada mereka yang meminta beliau untuk lebih berjimat, beliau ada berbuat demikian, lebih kurang.
Beliau menjimatkan RM400 juta dengan menangguhkan program Khidmat Negara dan RM300 juta lagi dengan mengenepikan perolehan-perolehan kerajaan yang tidak penting. Manakala RM1.6 bilion lagi telah dijimatkan dengan cara 'mengoptimumkan' perbelanjaan kerajaan dalam perkhidmatan, acara, mesyuarat dan perkhidmatan profesional.
Kerajaan sering dituduh membazir dengan menganjurkan acara-acara mewah dan sesi-sesi mesyuarat lanjutan mahal di resort-resort dan hotel terpilih. 
Tidak diketahui jika perkhidmatan profesional ini termasuklah perunding-perunding atau perkhidmatan perundingan yang menelan belanja tinggi yang Najib gemar lantik, tetapi ada baiknya jika ia dilakukan. 
Namun sesetengah pengkritik seperti setiausaha agung PKR Rafizi Ramli masih tidak berpuas hati dengan potongan-potongan ini, yang mereka lihat sebagai tidak cukup, menyeru supaya banyak lagi yang dijimatkan, seperti jet-jet peribadi milik kerajaan . 
Bagi mereka yang meminta lebih perbelanjaan untuk merangsang ekonomi, beliau ada memberikannya.
Namun ia bukannya perbelanjaan baru, sebaliknya ia mengalihkan belanjawan yang telah diluluskan buat perolehan kerajaan supaya menggunakan sumber tempatan, serta memberi keutamaan kepada kontraktor-kontraktor tempatan.

Minyak turun: Tarif elektrik dan air patut turun juga

Oleh KHADIJAH ZABIDI
SEMALAM, Perdana Menteri umumkan ‘berita baik’, iaitu buat masa terdekat, tarif elektrik tidak akan dinaikkan. Pengumuman ini seolah-olah cuba memperbodohkan rakyat. Pengumuman bahawa tarif elektrik tidak dinaikkan cuba disajikan sebagai berita baik, walhal ia bukan berita baik. Pengumuman yang sepatutnya adalah tarif elektrik, air dan sebagainya diturunkan.

Sebelum ini, memang ada tindakan daripada kerajaan BN bagi ‘menyemak’ (menaikkan) tarif setiap enam bulan. Alasan mereka adalah kenaikan harga minyak dunia. Mereka kata harga minyak naik, jadi terpaksa dinaikkan tarif. Tapi sekarang ini, harga minyak dunia telah jatuh. Jadi, apa pula alasan mereka? Patutnya tarif bukan dikekalkan, malah patut diturunkan.

Harga minyak dunia telah lama jatuh. Di pasaran Malaysia pula, harga minyak sudah dua kali diturunkan. Tapi sampai sekarang, syarikat-syarikat utiliti hanya diam membisu dan buat-buat tidak tahu. Dengan harga minyak yang jauh lebih rendah sekarang dan makin jatuh, kenapa masih tidak menurunkan tarif elektrik dan air?

Memahami politik Erbakan dan Erdogan

Selalunya sebelum konferensi utama, Jawatankuasa Eksekutif PIUC akan bertemu terlebih dahulu bagi membincang urusan pentadbiran PUIC untuk persediaan urusan yang belum beres.

Segala perbincangan dan adaptasi keputusan pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif yang lalu di Rabat, Maghribi menjadi asas agenda perbincangan.

Saya hadir atas sifat keanggotaan Malaysia yang dilantik semasa persidangan di Palembang beberapa tahun yang lalu. Menjadi anggota Jawatankuasa Eksekutif bermakna mempunyai suara menentukan perjalanan PUIC dan agenda yang ingin ditetapkan.

Isu keganasan

Setiap negara yang menjadi tuan rumah akan cuba menjadi yang terbaik dan nama Istanbul itu sendiri telah memberi makna yang berprestij oleh kerana bandarayanya yang terkenal dengan sejarah Islam yang merupakan pintu masuk ke Eropah.

Mesyuarat dirasmikan oleh Speaker Parlimen Turki dan kemudiannya prosiding mesyuarat diteruskan dengan diwakilkan kepada salah seorang ahli parlimen Turki untuk mengendalikan mesyuarat.

Agenda besar yang perlukan persetujuan ialah keanggotaan Nigeria, tindakan susulan resolusi Tehran dan menerima cadangan awal UAE tentang memerangi ekstrimism intelek.

Agenda utama ialah isu keganasan yang melanda dunia Islam seperti benua Afrika yang berhadapan dengan Boko Haram, negara Arab dengan IS dan rantau Asia dengan rangkaian al-Qaeda yang mengambil rekrut baru.

Menarik juga ialah, bersama dengan bala keganasan ini, isu pemikiran intelek yang mempengaruhi pemikiran anak muda turut dibincangkan. Saya membawa sikap rasmi Parlimen Malaysia yang mengecam sekerasnya unsur keganasan melalui pembentangan kertas putih yang disokong sebulat suara oleh Parlimen Malaysia.

Saya juga menyebut tentang usaha Malaysia di peringkat global dengan menyertai UNAOC atau United Nation Alliance of Civilization yang antara lainnya adalah inisiatif Turki dan usaha mewujudkan GMM (Global Movement of Moderates).

Ini adalah forum-forum antarabangsa dan saya perlu membawa dasar rasmi walaupun pada perlaksanaannya di peringkat lokal negara saya boleh mengritik keberkesanannya.

Berjumpa sahabat lama

'Hadi macam tak minat dengan Pakatan' kata PasMa

Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) mendakwa presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang seolah-olah “tak berminat lagi" berada dalam Pakatan Rakyat kerana kerana enggan hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan gabungan parti itu.

Jawatankuasa tersebut masih belum bermesyuarat sejak pilihan raya umum pada Mei 2013.

DAP pula berkeras agar Hadi hadir sendiri ke mesyuarat tersebut dan tidak menghantar wakil.

"Saya tengok (beliau) macam tak minat lagi dalam Pakatan Rakyat kerana sudah ada perbezaan pendapat.

“Tiga isu yang mereka tak boleh satu pendapat. Dulu ada juga perbezaan pendapat tetapi tak begitu besar, boleh diambil oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekarang tak ada siapa.

"Ketua parti kena hadir mesyuarat tu, sebab bila beliau hadir, dia akan iltizam pada keputusan-keputusan yang dibuat," kata ADUN PAS Pengkalan Kundor itu.

"(Ia) lebih baik dari hantar orang bawahan, dia tak boleh buat keputusan. Dan kena tangguh dulu (keputusan). Jadi masalah dan melambatkan proses (membuat keputusan)," katanya dalam wawancaranya dengan Malaysiakini pada Isnin.

Sirul perlu jalani proses mahkamah di Australia


Ekoran penahannya di Australia, bekas polis elit Sirul Azhar Umar perlu menjalani proses mahkamah sebelum keputusan dibuat berkaitan kemungkinan ekstradisinya ke Malaysia.

Peguam Diraja Mark Trowell berkata undang-undang Australia menetapkan bahawa Malaysia perlu membuat permohonan rasmi untuk waran tangkap.

Waran itu, kata Trowell (bawah), hanya akan diberikan jika majistret di Australia berpuas hati untuk menghantar pulang pihak itu.

“Jika seseorang itu didapati layak untuk diserahkan maka AG (peguam negara) perlu memutuskan sama ada ia harus diserahkan.

“Ia menjadikan kenapa isu hukuman mati itu relevan,” katanya.

Perjanjian ekstadisi antara Malaya dan Australia tidak sah terhadap kes Sirul kerana negara itu tidak mengiktiraf hukuman mati.

Sirul dan seorang lagi anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri minggu lalu dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh warganegara wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Kes itu berjalan tanpa kehadiran Sirul di mahkamah sebelum ini.

Kerajaan Malaysia sebelum ini mempertimbangkan memohon supaya Sirul dihantar pulang. Bagaimanapun peguam Sirul juga bercadang mencabarnya di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa beliau akan berbincang dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebelum bertindak lanjut.

PAS Youth disappointed with Charlie's defence

Nabi: Dr Haron Din sebak, maaf saya

Charlie Hebdo: Apa Malaysia patut buat

Minyak, ringgit merudum: Siapa untung, siapa rugi?

Urusan pekerja asing pada 'syarikat RM2' dipersoal

PKR mempersoalkan penganugerahan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kepada sebuah syarikat swasta yang ada kaitan dengan seorang bekas menteri.

PKR juga tidak senang dengan tindakan KDN menyumberluarkan sistem melibatkan maklumat sensitif kepada swasta, yang dibimbangi  mengundang risiko keselamatan negara.

KDN sebelum ini mengumumkan, mulai 15 Januari lalu, semua pemeriksaan kesihatan pekerja asing di negara asal dan permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR) tidak boleh dibuat di kaunter Jabatan Imigresen lagi.

Ia sebaliknya perlu dilakukan sepenuhnya secara atas talian melalui sebuah syarikat yang dikatakan didaftar pada 17 November 2008.

Sedangkan, kata Ketua Penerangan Pemuda PKR (AMK) Lee Chean Chung, syarikat itu hanya “syarikat dua ringgit” yang tidak mempunyai rekod membangunkan sistem atas talian.

Beliau juga mempersoalkan peranan menteri dalam urus niaga itu.

“Mengapakah tugasan sepenting ini yang melibatkan maklumat penting pekerja asing boleh disumberluarkan kepada sebuah syarikat swasta?” katanya dalam sidang media hari ini.

Adun BN Selangor kata struktur belanjawan hadapi krisis ekonomi

sulaiman abdul razakSHAH ALAM, 21 JAN: Kerajaan Negeri perlu menimbang semula Belanjawan Selangor 2015 ekoran kejatuhan harga minyak mentah dan kemurungan ekonomi.
Adun Permatang, Sulaiman Abduk Razak berkata kesan berkenaan bukan sahaja memberi kesan kepada negeri tetapi juga negeri termasuk Selangor.
Katanya, potongan perbelanjaan boleh dilakukan terhadap sektor kurang berkepentingan untuk menjamin kestabilan ekonomi negeri.
“Walaupun rizab tinggi tetapi saya rasa barisan Menteri Besar dan Exco perlu struktur semula belanjawan yang diumumkan sebelum ini.
“Tetapi itu terpulang kerana mereka lebih tahu mengenai unjuran yang dibuat termasuk pendapatan daripada cukai dan sebagainya,” katanya kepada Selangor Kini.
Beliau ditanya keperluan Kerajaan Negeri menstruktur semula belanjawan selepas Kerajaan Pusat mengumumkan pelarasan strategi belanjawan pusat.
Pada November lepas, Kerajaan Negeri membentangkan belanjawan defisit dengan peruntukan RM2.42 billion.
Daripada jumlah itu, sebanyak RM1.29 bilion (53.19 peratus) diperuntukan bagi perbelanjaan mengurus sementara RM1.13 bilion (46.81 peratus) bagi perbelanjaan pembangunan.

Penstrukturan Belanjawan 2015 kecewakan golongan pendapatan renda


charlessantiago


KLANG, 21 JAN: Penstrukturan semula Belanjawan 2015 mengecewakan golongan berpendapatan rendah , kata Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.
Menurut Charles, realiti semasa menunjukkan bahawa harga barangan dan perkhidmatan meningkat, memberi kesan langsung kepada golongan berpendapatan rendah.
“Sepatutnya Najib fokus pada isu kos sara hidup yang mencanak naik,” kata Charles dalam satu kenyataan.
Charles turut menggesa kerajaan meningkatkan paras gaji minima dari RM900 ketika ini kepada RM1,200
“Tambang pengangkutan awam pun akan meningkat. Orang ramai akan menghadapi pelbagai kenaikan, lebih-lebih lagi apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan,” ujarnya.
Dalam pada itu beliau turut menggesa kerajaan mengkaji sokongan ke atas industri kecil dan sederhana (IKS).

Semakan Belanjawan 2015 dapat respon negatif komuniti kewangan


tony pua pc semalam2


KUALA LUMPUR, 21 JAN: Semakan semula Belanjawan 2015 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal memberikan keyakinan terhadap komuniti kewangan dan mendapat respon negatif pelabur.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, ia berdasarkan prestasi berterusan merosot walaupun Najib bertegas kononnya Malaysia tidak berada dalam krisis ekonomi.
“Indeks Komposit Kuala Lumpur Bursa Malaysia (KLCI) turun 0.18 peratus atau 3.2 mata hari ini kepada 1.750,11.
“Hakikat yang perlu disedari prestasi KLCI sebenarnya menurun lebih 100 mata berbanding 1855 pada 31 Oktober tahun lalu,” kata Tony dalam satu kenyataan hari ini.
“Walaupun Najib mendakwa kerajaan yakin bahawa ‘kadar tukaran ringgit akan mengalami penyesuaian dan kembali ke paras menggambarkan asas ekonomi kukuh, pasaran menunjukkan sebaliknya oleh penjualan ke bawan ringgit Malaysia,” ujarnya.
Setiausaha Publisiti DAP itu menyatakan, sebaik Najib mengumumkaan semakan Belanjawan 2015, ringgit menurun 0.9 peratus kepada 3,6030 per dolar yang merupakan paras terendah sejak April 2009.

Penjarakan blogger Sharpshooter & Milo Suam, bukti Umno BN terdesak

fariz musaJingga13 Malaysia terus berdiri teguh bersama-sama blogger Sharpshooter aka Amizuddin Ahmat, Timbalan Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia dan Blogger MiLo SuaM aka Yusuf Al-Sidique Suratman, Koordinator Panatia Media Sosial Jingga13 Malaysia yang telah dijatuhi oleh mahkamah dengan hukuman penjara.
Amizuddin kini di penjara 3 bulan oleh Mahkamah Persekutuan terhadap kesalahan menghina mahkamah ekoran pengeluaran artikel yang telah disalin ke dalam blog beliau.
Sedangkan Pn Irene Fernandez juga pernah mengeluarkan kenyataan media berkaitan kes Rais Yatim, begitu juga tulisan dalam blog oleh Blogger Rocky Bru dan artikel oleh Harakah Daily juga melibatkan tuduhan kepada bekas Menteri Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia tersebut.
Persoalannya mengapa Rais Yatim hanya menyaman Amizuddin Ahmat semata-mata? Kenapa ke tiga-tiga mereka tidak disaman oleh Rais Yatim?
Justeru Jingga13 Malaysia merasa amat kesal dan tindakan memenjarakan Amizuddin Ahmat adalah satu tindakan zalim dan bertujuan menganiaya beliau dan adalah tidak wajar sehingga dipenjarakan 3 bulan.
Jingga13 Malaysia juga melihat tindakan tersebut adalah satu tindakan dan usaha mengekang kebebasan bersuara dan internet oleh Kerajaan Umno BN khususnya kepada para blogger dan aktivis yang Pro Pakatan Rakyat tetapi membiarkan segala fitnah yang lakukan oleh Blogger pro Umno BN.
Perjumpaan Jingga13 bersama beliau pada 18 Januari 2015 di Penjara Kajang yang turut dihadiri YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ahli keluarga cukup menghibakan walaupun beliau terus tersenyum dan bersemangat tetapi kami merasai penderitaan yang dihadapi beliau.
3 Jan 2015, beliau telah dibawa ke sebuah sel bersama-sama 9 orang penjenayah, bilik tiada lampu, tiada air, makanan selayaknya untuk anjing dan kucing.

Apa yang dimaksudkan hina mahkamah? – Isteri Blogger Sharpshooter

Hukuman ke atas Amizuddin dipersoalkan, sedangkan ada blogger lain turut melakukan kesalahan sama tetapi dibiarkan bebas.
sharpshooter bloggerPETALING JAYA: Isteri kepada blogger Sharpshooter, Amizuddin Ahmat menyelar tindakan hukuman pemenjaraan suaminya oleh Mahkamah Persekutuan.
Amizuddin, kini di penjara tiga bulan di atas kesalahan menghina mahkamah ekoran pengeluaran artikel yang disalin ke dalam blog Sharpshooter.
“Apa yang dimaksudkan menghina mahkamah, “ tanya Hamizah binti Che Amat, 44, ketika bersama-sama NGO Jingga 13 Malaysia meluahkan kekecewaan terhadap hukuman ke atas Azimuddin
“Mengapa Rais Yatim hanya menyaman Amizuddin Ahmad sedangkan sebelum ini beliau mendakwa blogger lain ada mengeluarkan artikel terhadap bekas Menteri Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia itu,” tambahnhya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau ditemani oleh peguam Eric Paulsen.
Jelasnya, blogger lain yang juga membuat kesalahan sama seperti suaminya itu adalah Irene Fernandez dan Rocky Bru.

Mansuh PLKN, bukan tangguh – AMK

KUALA LUMPUR 21 JAN: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menegaskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu dimansuh bukan ditangguh.
Pengarah Strateginya, Akmal Nasir berkata, pemansuhan tersebut perlu kerana bertepatan dengan kritikan Pakatan Rakyat sebelum ini bahawa kerajaan tidak patut berbelanja besar dengan mengamalkan defisit berterusan serta terlalu bergantung kepada hasil minyak.
“AMK menggesa agar PLKN bukan sahaja ditangguh tetapi terus dimansuhkan oleh kerajaan memandangkan semua modul latihannya boleh dijalankan pihak sekolah dan universiti.
“Ini jelas menunjukkan betapa lemahnya fokus pendidikan negara kerana semua kebaikan yang boleh didapati melalui PLKN boleh juga dicapai jika dikendalikan oleh pihak lain (sekolah dan universiti) pada kos yang lebih rendah,” kata Akmal pada kenyataan.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa mengumumkan semakan Belanjawan 2015 berkata, penangguhan PLKN bagi sesi 2015
sebagai langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM400 juta dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi disebabkan kejatuhan
harga minyak dan nilai ringgit.
Akmal berkata, jumlah RM400 juta ini mencakupi satu perlima hingga satu perempat jumlah Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) setahun atau menampung kos pinjaman sebanyak RM15,000 kepada lebih 25,000 pelajar universiti setiap tahun.

Jika PLKN begitu penting mengapa batalkannya, tanya ibu-bapa

PLKN yang ditangguhkan untuk setahun untuk mengelak pembaziran wang dalam ekonomi kini menimbulkan persoalan sekiranya selama ini program tersebut memang merupakan pembaziran wang. – Gambar ihsan PLKN, 21 Januari, 2015. 
PLKN yang ditangguhkan untuk setahun untuk mengelak pembaziran wang dalam ekonomi kini menimbulkan persoalan sekiranya selama ini program tersebut memang merupakan pembaziran wang. – Gambar ihsan PLKN, 21 Januari, 2015.

Keputusan Putrajaya menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selama setahun sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan menimbulkan persoalan kepada ibu-bapa tentang mengapa ianya diadakan sebelum ini.
Pengerusi Kumpulan Tindakan Parents in Education (Magpie) Mak Chee Kin berkata, bertahun-tahun kerajaan mempertahankan keperluan program seperti itu untuk memupuk perpaduan, namun apabila negara menghadapi masalah kewangan, PLKN yang pertama dihentikan.
"Sekiranya kerajaan begitu pasti program tersebut penting untuk memupuk perpaduan, mereka patut kekalkannya tidak kira apa yang dialami negara," kata Mak.

"Jika mereka fikir sekarang ia pembaziran wang, jadi kita tidak patut lakukannya dari awal lagi." Mak berkata, beliau sendiri penyokong program tersebut kerana mendengar pengakuan yang bagus daripada mereka yang menyertainya, kerana mereka mempelajari banyak perkara yang tidak diajarkan di sekolah.
 "Bagi kebaikan negara, mereka patut melihat perkara lain yang boleh dipotong. Keputusan mereka semalam terbalik dengan apa yang mereka katakan selama ini, yang PLKN penting untuk rakyat."‎
PLKN diadakan 3 kali setahun bagi pelajar tamat tingkatan 5, dengan 74,000 hingga 80,000 pelajar dimasukkan ke kem di seluruh negara untuk menjalani latihan fizikal dan program yang direka untuk memupuk perpaduan.
Pengerusi Parent Action Group for Education (PAGE) Datin Noor Azimah berkata, kini kerajaan sudah mengambil langkah pertama dalam membekukannya, jadi ia patut menyemak semula kerelevanan program itu.

Putrajaya amal pendakwaan terpilih, blogger BN ‘kebal’, dakwa Paulsen

Pengarah eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen, berkata Putrajaya tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan pro Barisan Nasional. – Gambar The Malaysian Insider oleh Mukhriz Hazim, 21 Januari, 2015. 
Pengarah eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen, berkata Putrajaya tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan pro Barisan Nasional. – Gambar The Malaysian Insider oleh Mukhriz Hazim, 21 Januari, 2015.

Putrajaya didakwa mengamalkan pendakwaan terpilih apabila hanya mengambil tindakan terhadap kumpulan pro pembangkang Pakatan Rakyat (PR), namun tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap kesalahan sama dilakukan kumpulan pro Barisan Nasional (BN), kata pengarah eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen.
Paulsen berkata, perkara itu jelas apabila blogger pro PR, Milosuam dikenakan tindakan, sedangkan blogger BN seperti Papagomo dilihat kebal daripada dikenakan sebarang tindakan walaupun melanggar undang-undang.
"Blogger BN kebal, tapi bila blogger PR, buat satu kesilapan, habislah... satu standard untuk blogger pro BN, satu standard untuk blogger pro Pakatan," kata Paulsen pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara ke atas blogger Milosuam atau nama sebenar Yusuf al-Siddique mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan berikutan satu artikel yang ditulisnya mengenai pencerobohan Sulu pada Jun 2013. "Kenapa ada perbezaan dalam undang-undang, pendakwaan 'double standard' terpilih?" kata Paulsen.
Paulsen berkata, mahkamah juga tidak seharusnya mengenakan hukuman maksimum terhadap Yusuf memandangkan beliau ialah pesalah kali pertama disabitkan kesalahan di bawah seksyen berkenaan.
"Beliau pesalah pertama di Malaysia, tiada buku undang-undang mengatakan perlu memberikan hukuman maksimum," katanya.

Dah ditahan... TETAPI apa yg polis M'sia & INTERPOL boleh buat ???

Nak bawa balik 'pembunuh Altanuya' ke M'sia ada syaratnya plok... iaitu sekiranya Malaysia berjanji
 untuk tidak menjalankan hukuman mati tersebut..

Agak2 apa pendirian & tindakan KERAjaan BN...

p/s: PELIK tapi benar.. KENAPA sehingga skrg langsung tiada berita pasal kes Altantuya dibunuh di page Friends of BN - Barisan Nasional
 ???.. Dah sampai level INTERPOL pon masih sunyi di FOBN.. Adakah 'mereka' juga 'kambing hitam'

Tak sabar rasanya nak mengecapi & NIKMATNYA CUKAI GST terhadap rakyat..

Rakyat jgn risau, segala masalah negara akan dapat diselesaikan dgn 
terlaksananya cukai GST 6% tak lama lagi..

Peluang Najib disanjung rakyat masih ada jika....

Aspan Alias

“Najib has to immediately retire!” kata seorang pemimpin UMNO yang tidak mengizinkan saya menyebut namanya. Saya tidak faham kenapa pemimpin ini tidak mahu berkata secara terbuka. Saya sudah bersedia untuk menulis namanya tetapi oleh kerana menghormatinya sebagai seorang sahabat yang begitu lama saya mengambil sikap menghormati kemahuannya.
Inilah yang menjadi masalahnya dikalangan pemimpin UMNO, takut berkata benar seolah-olah nyawanya akan melayang jika didapati beliau berkata demikian oleh orang ramai. Ini jugalah masalahnya yang menyebabkan pemimpin yang sepatutnya pergi dan bersara masih kekal memegang kuasa tanpa pegangan yang kuat.
Tetapi bukan rakan Dato’ saya ini sahaja yang bersikap demikian, ramai lagi yang terkemut-kemut untuk berkata benar sedangkan mereka sendiri sengsara melihat perlakuan Najib dan keluarganya melakukan jenayah politik dan moral kepada negara. Sesungguhnya yang membuat banyak masalah ialah Najib, kerana masalah dari orang ramai itu boleh diselesaikan apabila mendapat gantian kepada Najib itu adalah pemimpin yang benar-benar pemimpin.
Untuk membetulkan kerosakan yang dilakukan oleh Najib bukan setakat boleh membiarkan apa kemampuan yang ada kepada Muhyiddin atau sesiapa dikalangan Naib-Naib Presiden parti. Seperti yang selalu disebutkan oleh blog ini, kali ini negara perlu memulakan dan membentuk ‘ambience’ politik yang baru, jangan lagi terlekat dengan budaya politik yang kita sedang lalui sekarang. Ia sentiasa membuatkan kehidupan rasa tidak berkeyakinan terhadap negara. Kita tidak ada negara atau wilayah lain untuk tinggal. Dimana bumi di pijak di situ langit di junjung.
Najib patut merasakan yang beliau sudah tidak dapat lagi menguasai sebuah kerajaan yang ‘viable’ untuk rakyatnya hidup dalam aman dan makmur. Najib perlu buktikan yang beliau sebenar-benarnya sayangkan negara dan tidak mahu rakyatnya menderita. Tumpukan tenaga melihat ke dalam dan berilah rakyat peluang untuk hidup tenang dan mempunyai pemimpin yang boleh meyakinkan mereka.
“I hope PM Najib will give the rakyat a break” kata seorang guru yang sangat prihatin terhadap apa yang sedang berlaku di negara ini. Najib boleh menutupi kegagalannya dengan bersara bersama barisan yang beliau lantik. Tindakan bersara itu sendiri adalah bukti yang beliau benar dan serius dalam mengambil hati rakyat. Tindakan Najib bersara akan dikenang oleh rakyat sebagai pengorbanan besar terhadap mereka dan sekali gus Najib akan dikenang juga sebagai seorang pemimpin yang mengutamakan rakyat lebih dari dirinya sendiri.
Seperti yang selalu disebut oleh blog ini berkorban untuk rakyat bukan sahaja dengan memegang jawatan tetapi bersara dari jawatan pun adalah pengorbanan. Bagi setengah pemimpin mereka memberikan pengorbanan kepada rakyat dengan memegang jawatan dengan penuh tanggungjawab dan setengahnya pula ialah dengan berhenti dan memberikan laluan untuk rakyat membetulkan sendiri dengan memilih pemimpin yang boleh memperbaiki keadaan ekonomi dan politik negara, berserta dengan budaya dan cara hidup mereka.

Lagi Najib Membisu, Lagi Ramai Yang Meluat

Walaupun sudah berhari-hari bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin diserang dan dimalukan oleh media arus perdana sehingga SPRM juga sudah terbuka untuk menyiasat kekayaannya, tetapi sampai hari ini Perdana Menteri, Najib Razak masih lagi berdiam diri mengenainya.

Belum ada sepatah perkataan pun keluar daripada mulutnya mengenai perkara ini, meski semua orang tahu media arus perdana adalah dibawah kawalannya.

Untuk itu, Najib perlu tampil untuk menjelaskan sekurang-kurangnya tiga persoalan ini:-

Pertama, beliau perlu menjelaskan apakah mengetahui permainan yang sedang dicatur oleh pegawai dan para penasihatnya, terutama oleh individu yang bernama HR mengenai serangan terhadap Daim melalui media arus perdana itu?

Kedua, jika mengetahui, apakah beliau merestui semua tindakan yang dilakukan oleh para pegawai dan penasihatnya itu, manakala kalau di luar pengetahuannya pula, kenapa setelah heboh diperkatakan, masih juga berdiam diri mengenainya?

Ketiga, apakah selepas Daim, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan anak-anaknya pula merupakan sasaran seterusnya untuk dimalukan melalui media arus perdana atau turut diseret kepada siasatan SPRM?

Tiga persoalan ini penting untuk dijawab dan dijelaskan oleh Najib kerana ahli-ahli UMNO seluruh negara ingin mengetahui hakikat sebenar mengenainya.

Sekarang ini, sementara ramai yang keliru di sebalik sikap berdiam dirinya itu,  dalam masa yang lebih ramai sebenarnya yang meluat dengan cara serangan yang dilakukan keatas Daim ini.  

Mereka mengatakan ini bukan cara yang betul melayan bekas pemimpin yang cuba menegur dan memperbaiki keadaan dalam UMNO dalam negara.

Keadaan TG Nik Aziz beransur baik

sultan
Sultan Kelantan, Sultan Muhamad V turut mencemar duli melawat bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat di HUSM semalam.

KOTA BHARU, 21 Januari:

Keadaan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sejak kelmarin beransur baik.
Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melalui status terbaru di akaun Facebook miliknya hari ini.
Menurutnya, dia yang melawat Nik Aziz di HUSM pagi ini gembira melihat keadaan Nik Aziz yang semakin baik.
“Saya baru selesai ziarah Tuan Guru Nik Aziz di HUSM. Keadaan beliau pagi ini bertambah baik. Beliau sedar, solat subuh dan boleh minum. Alhamdulillah teruskan doa,” katanya.
Sementara itu, Sultan Kelantan, Sultan Muhamad V turut mencemar duli melawat Nik Aziz di HUSM Kubang Kerian, semalam.
Baginda turut meluangkan masa membaca Yasin dan mendoakan kesejahteraan Nik Aziz yang juga merupakan bekas Menteri Besar Kelantan.

Sirul telah ditahan di Australia


Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirulk Azhar Omar dilaporkan ditahan oleh pihak Imigresen Australia di Queensland berhubung sabitan kesalahan atas tuduhan membunuh Altantuya Shariibuu, lapor ABC News.
Sirul yang dijatuhi hukuman mati ditahan di Brisbane setelah pihak berkuasa antarabangsa Interpol mengeluarkan surat merah terhadapnya semalam.
Dia dipercayai masih dalam tahanan di Brisbane di bawah seliaan pihak imigresen, namun masih belum jelas sama ada dia akan diekstradisi ke Malaysia atau sebaliknya.
Sirul Azhar, yang merupakan tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, tidak hadir ke mahkamah kerana berada di luar negara dan susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua anggota UTK itu selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lepas.
Mahkamah Persekutuan juga sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan kedua-dua mereka.
Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.
Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.


Lelaki Nak Selamatkan Perempuan Lemas ? - UAI

Suami Mahu Isteri Berfesyen - UAI

Pilih Antara Kahwin & Motosikal - UAI

WhatsApp Dalam Masjid & Tabarruj Niqab - UAI

Masjid Halau, Giant Bagi Parking - UAI

"Peguam Negara perlu meletak jawatan dan bertanggungjawab untuk Sirul yang melarikan diri"

Selepas keputusan Mahkamah Rayuan pada  23 Ogos 2013 yang membebaskan Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, dua orang bekas anggota UTK untuk pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, saya telah mengeluarkan kenyataan akhbar mempersoalkan mengapa Jabatan Peguam Negara tidak membuat segera permohonan di bawah seksyen 56A Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk waran tangkap untuk mengekalkan tertuduh di dalam tahanan atau melepaskannya dengan jaminan sementara menunggu pendengaran rayuan Peguam Negara terhadap keputusan tersebut.
Saya telah menegaskan bahawa permohonan sedemikian biasa dibangkit oleh Timbalan Pendakwa Raya dalam keadaan apa-apa pembebasan untuk memastikan kehadiran tertuduh apabila rayuan Peguam Negara didengari. Hakikat itu tidak dilakukan dalam kes profil ini sangat tinggi menimbulkan persoalan tentang kelakuan perkara itu.
Selepas rayuan Peguam Negara telah difailkan di Mahkamah Persekutuan, terdapat satu lagi peluang untuk membuat permohonan yang sama menggunakan seksyen 66 di Akta yang sama untuk perintah jenis yang sama. Sekali lagi ini tidak dilakukan bertentangan dengan amalan biasa. Saya mengeluarkan satu lagi kenyataan mempersoalkan mengapa ia tidak dilakukan. Adakah ini disengajakan? Ketinggalan yang ketara tersebut adalah sukar untuk diterangkan sebagai akibat daripada kecuaian. Kedua-dua tertuduh harus sekurang-kurangnya dikenakan syarat-syarat ikat jamin seperti menyerahkan pasport mereka dan melapor denga kerap kepada pihak polis. 

1MDB : Di Mana Dana Negara RM8.24 Bilion Sekarang? Penarafan Kredit Malaysia Berisiko Jatuh Kepada BBB+ Daripada A-


Malaysia News 1MDB1MDB dimiliki oleh kerajaan Malaysia. Tidak boleh dinafikan lagi. Ini bermakna ia dimiliki oleh pembayar cukai merangkap pemegang saham bagi syarikat yang bernama “Malaysia”. Dan ini bermakna juga ia adalah
sebuah entiti milik awam.
Anda yang merupakan pemegang saham yang melantik barisan Kabinet di Putrajaya termasuklah CEO yang bernama Datuk Seri Najib Razak yang ada  dan ahli politik di setiap adun dan parlimen bagi menguruskan “syarikat yang bernama Malaysia“.
Kerajaan Malaysia bergerak hari ini dengan sumber pungutan cukai daripada pembayar cukai yang cukup setia seperti anda. Macam-macam jenis cukai. Malah, ketika kerajaan Malaysia menubuhkan syarikat-syarikat seperti 1MDB, modalnya datang daripada duit pembayar cukai.
  • Ini bermakna segala-gala aset jabatan kerajaan, syarikat milik kerajaan (seperti 1MDB) adalah milik pembayar cukai.
  • Daripada aset yang bernilai tinggi sehinggalah segulung tisu di tandas awam.
  • Pembayar cukai adalah pemilik mutlak
Jadi….jikalau kerajaan Malaysia atau syarikat milik kerajaan Malaysia bertindak meminjam wang wang untuk membeli aset-aset termasuklah bangunan, kenderaan dan sebagainya, pembayar cukai adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hutang. Setiap sen melalui bon yang diterbitkan dan lain-lain hutang asing adalah melalui pembayar cukai. Oleh itu, apabila kerajaan atau syarikat milik kerajaan muflis atau berhadapan menyelesaikan hutang yang dilakukan, siapa yang sepatutnya bertanggungjawab?
“Sudah tentulah anda, anda pembayar cukai yang setia”
Dan…jikalau 1MDB ada masalah, muflis, kerajaan Malaysia pastinya akan menggunakan dana pembayar cukai untuk membayar tunai bagi jaminan yang telah kerajaan Malaysia berikan 1MDB.
Tarikh akhir pembayaran hutang RM2 bilion semakin hampir. Mengapa perlu menunggu saat akhir untuk membayarnya? Jikalau masih lagi lewat membayarnya bank akan mengenakan caj dan beberapa jenis penalti atau fi pembayaran lewat.

Tun Mahathir Bersama Sarawak Report : 1MDB Jangan Perjudikan Dana Negara!

Zahid Hamidi tertangkap berbohong lagi?

KUALA LUMPUR, 20 JAN: Penjelasan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bahawa Kabinet sekadar mendengar, namun tidak menerima penjelasan Zahid Hamidi tentang suratnya kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) membuktikan Menteri Dalam Negeri itu berbohong.
Manakala Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut memberi penjelasan bahawa beliau tidak pernah menulis surat sokongan untuk mana-mana individu kepada FBI, sama ada sekarang mahupun ketika menjadi Menteri Dalam Negeri.
Justeru itu Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menasihatkan Zahid untuk tidak lagi berbohong, kerana dia akan terpaksa berbohong seribu kali lagi untuk menutup pembohongannya yang pertama.
“Adakah Zahid telah tertangkap berbohong, dan mengaitkan menteri-menteri lain dalam pentadbiran sekarang atau yang terdahulu secara tidak adil dan memalukan?
“Adalah penting untuk dinyatakan bahawa Zahid menggunakan kata jamak – merujuk kepada Menteri-menteri Dalam Negeri dan bukan kata tunggal, yang bermakna lebih daripada satu menteri sebelumnya pernah menulis surat sepertimana yang beliau lakukan,” kata Kit Siang dalam kenyataannya hari ini.
Khamis lalu, Zahid dilihat cuba melepaskan diri ekoran suratnya kepada FBI menjamin integriti individu didakwa raja judi Paul Phua, yang KINI dibicarakan atas tuduhan judi haram di Las Vegas Nevada; kononnya mantan-mantan Menteri Dalam Negeri pernah menulis surat penjelasan sedemikian.
Kit Siang yang juga ahli parlimen selama tujuh penggal berkata, beliau tidak percaya bahawa mantan Menteri Dalam Negeri berkelakuan seperti Zahid, menulis surat secara unilateral kepada FBI tanpa pengetahuan Ketua Polis Negara dan Kementerian Luar.
“Ini kelakuan sebuah kerajaan yang memalukan dan kucar-kacir, dengan menteri bertindak secara tidak berdisiplin, meliar dan secara sesuka hati dan mengkhianati amanah negara terhadapnya,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.