Selasa, 20 Januari 2015

Tengoklah sendiri. 'Mat Rempit' dpt bajet RM4 juta..


Macai2 & pendokong UMNO apa dapat !!!


JANGAN LUPA berterima kasih & BERSYUKUR kpd BN. Tanpa BN mat2 rempit tak dapat habuan RM4 juta.. 

Semoga di masa akan datang ramai2lah jadi MAT REMPIT. Lagi byk mat rempit di M'sia LAGI BANYAK PERUNTUKAN akan disediakan... 

SEBELUM PIHANRAYA KAMU RAYU KAMI... LEPAS PILIHANRAYA KAMU TINDAS KAMI...

Ada hati merayu beri peluang...
Cukuplah kali ini...
KAMU TAK SENGAJA beri GST kpd kami mmg cukup bermakna & bersemangat bagi kami TUMBANGKAN BN pd PRU14 !!!

BERBEZA SUNGGUH !!!..

Negara yg 'kaya' sumber bahan api spt S'pore boleh kurangkan tarif elektrik BERBANDING MALAYSIA yg terlalu 'kurang sumber alam & bahan api' masih DEGIL LIAT nak turunkan tarif elektrik...

APA SUDAH JADI MALAYSIA !!!
Apabila harga minyak naik, TNB terus melatah untuk mengumumkan kenaikan tarif elektrik. Tetapi apabila harga minyak & arang batu terus turun dan menurun, TNB diam seribu bahasa sambil mengaut keuntungan super duper setiap tahun..

Nampak gayanya kerajaan PAP Singapura perlu banyak belajar dengan NAJIB RAZAK CARA2 URUS TADBIR EKONOMI NEGARA

Sirul Azhar diburu Interpol...siapa arah dan apakah motif pembunuhan..??

KUALA LUMPUR: Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana disabitkan bersalah membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, kini telah dimasukkan dalam senarai individu dikehendaki oleh Polis Antarabangsa (Interpol).

Menurut laman Interpol, lelaki berusia 43 tahun itu dikeluarkan notis merah dan dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia atas kesalahan membunuh.

Notis merah Interpol bermaksud usaha mencari serta menangkap individu yang dikehendaki tersebut akan dilakukan oleh suatu bidang kuasa kehakiman atau tribunal antarabangsa, dengan tujuan untuk mengekstradisi.

Sirul Azhar
Ekstrak daripada notis merah Interpol. Imej diperoleh dari laman www.interpol.int

Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang telah menjatuhkan dua anggota Unit Tindakan Khas polis hukuman gantung terhadap pembunuhan Altantuya.

Bagaimanapun Sirul dilaporkan tidak hadir ke Mahkamah Persekutuan pada hari tersebut kerana berada di luar negara, dipercayai di Australia.

Menurut sumber dia telah mengetahui tarikh penghakiman mahkamah ditetapkan namun dikatakan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk pulang ke Malaysia.

SUA PAS jawab DAP yang 'tak konsisten'

Pertamanya saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Anthony Loke (bawah), setiausaha organisasi DAP kerana mengakui dan mengesahkan bahawa pilihan raya kerajaan tempatan tidak termasuk dalam polisi bersama Pakatan Rakyat.

Premis perbincangan kita sebenarnya bukan isu demokrasi tetapi pendirian DAP yang tidak konsisten tentang polisi bersama.

Ini kerana banyak lagi isu demokrasi yang belum selesai jika kita mahu bincangkan isu ini.

Sepanjang masa DAP menyatakan bahawa sebarang isu yang tidak termasuk dalam polisi bersama dan tidak dipersetujui oleh pimpinan tertinggi Pakatan tidak boleh dilaksanakan.

Isu kerajaan tempatan adalah contoh tentang sikap DAP yang tidak konsisten dalam hal ini.

Dalam kes hudud yang tidak termasuk dalam polisi bersama, DAP mati-matian berkata, ia tidak boleh dilaksanakan tetapi dalam kes kerajaan tempatan yang juga tidak termasuk dalam polisi bersama ia diteruskan oleh kerajaan Pulau Pinang.

Ini yang menjadi persoalan.

Pendirian pemimpin Pakatan berkaitan isu kerajaan tempatan jelas, ia tidak mempunyai persetujuan bersama untuk dilaksanakan.

Ini boleh dibuktikan daripada perkara yang sama dikemukakan oleh Teresa Kok sewaktu menjadi pengerusi DAP Selangor yang mengemukakan isu pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan di Selangor.

Angkuh bila ada majoriti

Ibrahim Ali nafi PERKASA ‘alat’ UMNO

Dia tidak mempunyai apa-apa untuk diperkatakan dan kemudian cakap seperti 'sampah'.
Datuk Ibrahim Ali
PETALING JAYA : Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali menafikan dakwaan Naib Presiden DAP, Teresa Kok yang menyatakan badan bukan kerajaan (NGO) itu alat kepada UMNO.
Ibrahim yang merupakan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, pihaknya turut mengkritik UMNO apabila perlu demi kepentingan negara.
“Kenyataan Teresa Kok yang berkata PERKASA wujud kerana UMNO adalah mengarut. Dia tidak mempunyai apa-apa untuk diperkatakan dan kemudian cakap seperti ‘sampah’.
“Jika dia mendakwa DAP bukan kumpulan rahsia dan perjuangannya untuk semua, begitu juga dengan PERKASA,” katanya mengulas kenyataan Ahli Parlimen Seputeh itu.
Teresa dalam kenyataan mendakwa strategi UMNO menyokong PERKASA untuk menentang apa yang dikenali sebagai “pandangan pelampau” daripada bukan Melayu telah memakan diri, memalukan UMNO, orang Melayu dan negara.
Naib Presiden DAP itu turut menyerang justifikasi yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata PERKASA wujud sebagai tindak balas langsung kepada pelampau bukan Melayu, dan berkata, “takut UMNO kehilangan kuasa adalah … mengapa Perkasa telah wujud.”

Pampasan: Faekah dan tujuh lagi dibawa ke mahkamah, kata Azmin


Post Pic

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permerbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Husin dan tujuh bekas pegawai anak syarikat kerajaan negeri itu selepas tempoh 14 hari pemulangan pampasan RM2.6 juta tamat semalam.
 
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya sedang mendapatkan nasihat  peguam untuk meneruskan prosedur undang-undang terhadap kumpulan itu setelah mereka enggan memulangkan wang itu dalam tempoh yang ditetapkan.  
 
"Kita sudah merujuk kepada peguam untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka yang enggan memulangkan wang tersebut," katanya kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.
 
Faekah dan tujuh bekas pembantu kepada mantan MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah pun melantik peguam untuk menghadapi saman kerajaan negeri itu selepas mendakwa Azmin bertindak dengan niat jahat dan menfitnah mereka bersabit isu itu.  
 
Kumpulan lapan itu dijangka menuntut pampasan itu ditambah dan bukan dikurangkan.  

Saya dan Hadi ibarat 'langit dan bumi' - Salahuddin Ayub


Post Pic

SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan diri beliau sebagai tidak layak menandingi ketokohan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekaligus melayakkannya menggantikan ulama berkenaan bagi kerusi Presiden.
 
Menurutnya lagi, beliau tidak ada keperluan untuk 'pergi' ke jawatan berkenaan sekalipun dilihat sebagai calon yang paling 'bersih' untuk mengisi tempat berkenaan berbanding timbalan presiden dan dua lagi rakan sejawatannya.   
 
"Saya tidak ada apa-apa keperluan untuk pergi ke jawatan itu..Saya jika dibandingkan dengan presiden hari ini, saya ibarat langit dengan bumi," katanya kepada Antarapos.
 
Salahuddin berkata demikian sebagai mengulas pandangan bekas Exco Pemuda PAS Pusat, Zulhazmi Shariff yang mencadangkannya mengisi kerusi Presiden menggantikan Hadi.
 
Bekas calon Pemuda PAS itu sebelum ini juga mencadangkan agar Hadi tidak dicalonkan sebagai Presiden dalam pemilihan PAS akan datang kerana baginya ulama berkenaan lebih sesuai memegang jawatan Mursyidul Am menggantikan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang uzur. 
 
"Ketokohan dan ilmu yang ada pada Hadi diiktiraf dunia sehingga dimartabatkan sebagai naib ketua ulama dunia, melayakkan beliau dilantik sebagai mursyidul am PAS," Zulhazmi dipetik sebagai berkata kepada sebuah akhbar, beberapa hari lalu.
 

Dedah rahsia sulit negara, KPN perlu siasat Zahid Hamidi


KUALA LUMPUR, 20 JAN: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu membuat laporan dan mengarahkan anggotanya menyiasat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Zahid_HamidiKetua Biro Guaman DAP Gobind Singh Deo berkata, langkah tersebut perlu dibuat berikutan tindakan Zahid mempertahankan raja judi Paul Phua dan mendedahkan rahsia Malaysia kepada negara luar.
Zahid sebelum ini menyatakan Phua banyak membantu kerajaan tapi beliau tidak boleh mendedahkan perkara tersebut kerana ia melibatkan ‘rahsia besar’.
“Ini bermakna suratnya kepada FBI yang mendedah butiran seperti identiti dan fakta bahawa Phua berperanan penting serta membantu Malaysia dalam projek keselamatan negara itu boleh menjadi kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
“Lebih buruk, Zahid langsung tidak berunding dengan polis atau Peguam Negara sebelum menulis surat tersebut,” kata Gobind dalam satu kenyataan.
Tambahnya, adalah menjadi satu kesalahan sekiranya seseorang menggunakan sesuatu rahsia rasmi di bawah kuasanya untuk faedah negara asing kerana boleh memudaratkan keselamatan atau kepentingan negara
“Nampaknya OSA cukup luas untuk mencakupi perkara ini,” ujar Gobind.

1MDB antara punca utama ringgit semakin lemah, kata pakar

PETALING JAYA, 20 JAN: Selain tidak melibatkan ahli parlimen dalam penstrukturan semula Belanjawan 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut menyembunyikan kelemahan sendiri dengan menyalahkan situasi ekonomi global.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, tindakan Najib menyalahkan penurunan harga minyak mentah dunia seperti ‘tidak menghiraukan gajah di depan mata’.
“Fakta bahawa kerajaan Pusat menambah hutang negara sehingga RM569 bilion gagal dilihat Najib,” kata Tony dalam satu kenyataan.
“Pada Jun 2014 sahaja warga asing memegang 30.3 peratus ringgit, bon dan saham-saham dolar Amerika yang diberi kerajaan, mendedahkan Malaysia kepada kancah turun naik kewangan global.
“Jualan pegangan saham luar kerana hutang kerajaan dan sektor swasta menjadi salah satu punca penurunan mendadak nilai ringgit sejak 60 hari lalu,” ujar Tony.
Najib hari ini mengumumkan penstrukturan semula Belanjawan 2015 di samping berulang kali menyatakan bahawa ‘Malaysia tidak berada dalam krisis’.
Dalam masa sama, 1Malaysia Development Board (1MDB) turut dilihat sebagai salah salah satu dari punca utama kelemahan ringgit.
Najib yang juga Menteri Kewangan gagal menangani kebimbangan komuniti kewangan tempatan dan antarabangsa terhadap hutang RM 42 bilion dimiliki 1MDB.
“1MDB tak mampu bayar semula pinjaman RM2 bilion pada November 2014, memberi kesan kepada bon 1MDB di samping meningkatkan kerisauan pelabur terhadap ekonomi Malaysia,” ujar Tony.
Beliau memetik pandangan Ellian Wiranto, pakar ekonomi Bank OCBC Singapura seperti dilaporkan Reuters, yang menyatakan kebimbangan sama ada liabiliti tersebut akan ditanggung kerajaan.
Pandangan itu dikongsi bersama pakar ekonomi Bank Amerika Merrill Lynch yang berpangkalan di Singapura, Chua Hak Bin seperti dilaporkan Bloomberg.
“Kejatuhan harga minyak menimbulkan kebimbangan kedudukan fiskal 1MDB yang boleh memburukkan kedudukan ringgit dan kadar faedah,” kenyataan ahli ekonomi itu dipetik.
Dalam pada itu Najib diselar kerana mengumumkan perkembangan ekonomi negara di Putrajaya di hadapan tetamu undangan antaranya diplomat, pemimpin perniagaan, NGO dan anggota parlimen BN.
Kata Tony tindakan meminggirkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu dilihat menghina institusi Parlimen.

Ariff Sabri: Kenapa Anwar Tolong Najib?

Gambar : Fmt
PETALING JAYA : Pemimpin DAP Datuk Ariff Sabri menyatakan kehairanan beliau kepada tindakan Ketua Umum Parti Keadlian Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang begitu bersemangat hendak mendedahkan salahlaku bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.
“Kenapa Anwar malah menyerang Tun Daim? Seharusnya kita (Pakatan Rakyat) memusatkan usaha kita untuk menyingkirkan Najib dari Putrajaya,” tulis Ariff di www.sakmongkol.blogspot.com hari ini.
Ariff menyimpulkan Anwar tidak lagi meletakkan kepentingan dan matlamat Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya, “Saya rasa Anwar sekarang mementingkan dirinya”
Ariff curiga bahawa Anwar telah berpakat dengan Najib untuk membebaskan dirinya dari hukuman penjara yang dihadapinya dengan menawarkan diri untuk menjatuhkan Tun Daim dengan memberikan data salahlaku Tun Daim kepada SPRM.
Menurut Ariff, tindakan Anwar itu tidak membantu PR langsung, malah akan mengakibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kekal berkuasa.
Ariff berpendapat, Anwar seharusnya membiarkan kalangan UMNO saling ‘membunuh’ dan bukannya mendedahkan salahlaku Tun Daim. Ariff merujuk kepada kritikan Tun Daim terhadap pentadbiran Najib yang menurut Ariff di belakangi oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. Dr M juga turut mengkritik pentadbiran Najib kebelakangan ini.
Selain Dr M dan Tun Daim, Ariff juga menyebut nama bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Datuk Kadir Jasin sebagai pengkritik besar terhadap pentadbiran Najib.

Perkasa Wujud Kerana Ketakutan UMNO Hilang Kuasa

Gambar : RoketkiniGambar : RoketkiniKUALA LUMPUR : Dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya kewujudan Perkasa berpunca dari ekstremis bukan Melayu mengarut sama sekali, kata Naib Pengerusi DAP Teresa Kok Suh Sim.
Katanya, kenyataan dangkal itu merupakan cubaan Mahathir untuk menjustifikasi penglibatan dan sokongannya kepada organisasi pelampau itu.
“Saya tidak terkejut kalau Mahathir tidak boleh berikan sebarang bukti konkrit atau contoh apabila dia mendakwa peningkatan ekstremis bukan Melayu sebagai punca kewujudan Perkasa.
“Kerana dakwaaan Mahahir sememangnya tidak berasas, dan dia sebenarnya mengulangi pembohongan yang disebut sendiri oleh Perkasa tentang kewujudan mereka,” kata Teresa dalam satu kenyataan.
Januari tahun lalu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dilaporkan berkata, sekiranya DAP tidak menyerang hak-hak Melayu dan Bumiputera serta tidak memberi sokongan kepada kumpulan yang menyokong liberalisme, Perkasa tidak akan wujud.
Ujar Teresa masyarakat bukan Melayu di Malaysia tidak pernah mempertikaikan hak Melayu dan Bumiputera, namun menuntut perubahan politik akibat kegagalan UMNO mentadbir negara serta membantu termasuk warga Melayu itu sendiri.
“Ketakutan UMNO kehilangan kuasa penyebab utama wujudnya Perkasa.
“Kegagalan UMNO menolak pandangan pelampau Perkasa dan pembiayaan kerajaan terhadap aktiviti mereka menunjukkan bahawa UMNO menyokong kuat pertubuhan itu.
“Masa akan menentukan segala pandangan mahupun pendirian Perkasa serta serangan agresif mereka akhirnya akan lebih menyakitkan UMNO,” ujar Teresa.

Phahrolrazi: PasMa 'kuasa ketiga' Pakatan

Kewujudkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan memaksa PAS untuk memutuskan sama ada parti Islam itu mahu kekal atau meninggalkan Pakatan Rakyat, kata presiden NGO itu Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Phahrolrazi berkata PAS perlu memutuskan perkara itu segera dan tidak boleh kekal “tidak bergerak” kerana pilihan raya umum ke-14 (PRU) semakin menghampiri.

Bekas exco kerajaan Kedah itu berkata, muktamar pemilihan PAS akan berlangsung pada Jun ini dan tumpuan tentunya sama ada perwakilan akan memutuskan berkaitan kedudukan parti itu dalam Pakatan.

Perkara itu juga, katanya, antara sebab kenapa PAS kelihatan berhati-hati terhadap anggota PasMa, kerana NGO itu “teguh” berdiri di belakang Pakatan.

Ditanya sama ada PAS rasa terancam dengan kehadiran PasMa, Phahrolrazi membalas:

“Ia hanya nampak begitu di peringkat jawatankuasa pusat, bukan di peringkat negeri”.

Katanya, PasMa bergerak dengan baik di peringkat negeri dan telah membentuk sekretariat di banyak negeri.

“Malah penyokong kami di luar negara, seperti mahasiswa di United Kingdom, bertanya sama ada PasMa akan ditubuhkan di tempat mereka,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di Alor Setar semalam.

“Kami kuasa ketiga, jika ada keperluan untuk kami sokong Pakatan Rakyat semasa pilihan raya, kami akan lakukannya.

"Jika ada yang kurang, kami akan melengkapkannya,” tegasnya.

Landasan salur kritikan

EDISI KANTOI 'MENIPU' ZAHID HAMIDI !!!!


Hari ini, 20/1/2015.. Hishammuddin nafi pernah hantar surat kepada FBI.

Sebelum ini, 15/1/2015.. Zahid Hamidi kata menteri-menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri) terdahulu juga ada menulis dan mengeluarkan surat penjelasan seumpama itu kepada FBI.

ADAKAH Zahid Hamidi boleh dikenakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) ???

Allah S.W.T. itu Maha Berkuasa..
Segala Kebatilan & Pembohongan akan terserlah...

Tangani isu rasuah, ketirisan dalam pentadbiran, nasihat Azmin kepada Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memastikan isu ketirisan dalam pentadbirannya ditangani sehingga akar umbi selepas mengumumkan langkah penstrukturan semula Bajet 2015, kata Mohamed Azmin Ali.
Menteri Besar Selangor itu berkata, pihaknya menyambut baik semakan semula Bajet 2015, salah satunya dengan mengurangkan RM5.5 bilion perbelanjaan mengurus berdasarkan situasi ekonomi semasa.
Tetapi katanya, itu tidak bermakna jika isu asas seperti ketirisan, amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran masih tidak ditangani Najib.
 "Keutamaannya adalah isu asas seperti ketirisan, rasuah, penyalahgunaan kuasa perlu ditangani selaras dengan bajet baru yang diumumkan," katanya kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.
Azmin berkata, Najib perlu membuat langkah penjimatan di jabatannya sendiri memandangkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) semasa pembentangan Bajet 2015 pada Oktober tahun lalu menerima peruntukan terbesar sebanyak RM19 bilion berbanding jabatan lain.
 "Keseluruhan Bajet 2015 perlu dinilai semula. Salah satu komponen terbesar bajet diperuntukkan untuk JPM.
 Jadi saya rasa beliau perlu membuat langkah penjimatan dibawah pentadbirannya dan perlu diambil perhatian segera," katanya. 
Najib dalam Perutusan Khas Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara di Putrajaya pagi tadi membentangkan beberapa langkah penstrukturan semula bajet.

1MDB: Akan desak Najib sampai buka mulut

PETALING JAYA - PKR akan meminta kerajaan membuat penjelasan mengenai kewujudan syarikat SRC International yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1 Malaysian Development Berhad (1MDB).

Naib Presidennya, Rafizi Ramli berkata, sebelum ini, beliau ada mengeluarkan kenyataan mengenai hutang berjumlah RM4 billion yang diambil oleh syarikat tersebut daripada 1MDB namun masih tiada penjelasan yang holistik.

"Kepimpinan  baharu 1MDB, Arulkanda Kandasamy menyatakan bahawa 1MDB tidak mempunyai kaitan dengan syarikat tersebut (SRC International).

"Ini  kerana, SRC International kini adalah anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) dan saya sudah menjangkakan kenyataan ini akan dibuat," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini, hari ini.

Tambah Rafizi, sewajarnya pihak 1MDB perlu menjawab beberapa soalan yang dikemukan oleh pihaknya.

"Yang pertama, mengapa 1MDB memindahkan syarikat ini (SRC International) kepada MOF selepas mengambil hutang sebanyak RM4 bilion dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).

Zahid sendiri mungkin langgar OSA kata Gobind

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak perlu terus berceloteh, sebaliknya harus menyiasat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi, kata anggota parlimen Puchong.

Ketika membuat gesaan itu, Gobind Singh Deo (bawah) yang juga seorang peguam, mencabar ketua polis untuk memfailkan laporan terhadap menteri itu – yang didakwanya melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Wakil rakyat DAP itu merujuk surat yang ditulis oleh Zahid kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS), berkaitan individu yang didakwa 'raja judi" Paul Phua.

Menteri antaranya menyatakan bahawa Phua membantu Malaysia berkaitan hal keselamatan negara.

Bagaimanapun, ditanya kemudiannya mengenai perkara itu, Zahid berkata maklumat itu bawah Akta Rahsia Rasmi dan tidak boleh didedahkan.

"Menurut Zahid, kesemua projek melibatkan keselamatan negara, bahawa Phua didakwa membantu Malaysia juga rahsia rasmi.

"Surat menteri dedahkan identiti Phua bahawa beliau memainkan peranan penting dan telah membantu Malaysia dalam projek-projek keselamatan sendiri boleh menjadi suatu kesalahan di bawah OSA," katanya.

Pasca Banjir: Di pedalaman, dingin dan lapar

Jauh di kawasan pedalaman Kelantan yang dilanda banjir baru-baru ini, terdapat sekumpulan masyarakat Orang Asli yang sudah berhari-hari menunggu bantuan makanan dan bantuan pasca banjir.

Malaysiakini menyertai sepasukan relawan Mencari dan Menyelamat Yayasan Bantuan Kecemasan Bencana Malaysia (MEDRF) yang sudah tiga kali menghantar bantuan kepada komuniti ini.

Namun, sebahagian besar daripada yang terkesan dengan bencana ini belum lagi menerima bantuan.

Di dalam kawasan hutan Gua Musang ini terdapat 14 buah kampung dengan lebih 2,000 orang penduduk.

Kebanyakan laluan masuk tersekat akibat tanah runtuh, atau jambatan yang menyeberangi jalan dihanyutkan arus deras banjir.

Mangsa banjir ini bukan sahaja lapar dan hiba malah ramai kehilangan tempat tinggal sejak 22 Disember.

Kami mendirikan khemah pangkalan kami di Kuala Betis, dan kemudian bergerak sejauh 20 kilometer ke kawasan pedalaman menuju Kampung Tohoi.

Pada hari-hari biasa, perjalanan ini akan mengambil masa kurang dari satu jam jika menaiki kenderaan yang tahan lasak.

Namun dengan cuaca yang tidak menyebelahi kami, dan banjir baru sahaja melanda kawasan ini, kami nampaknya bakal berdepan tempoh perjalanan yang panjang.

Khemah pangkalan di Kampung Bawek menyimpan lebih daripada 20 tan bekalan bantuan yang didermakan pelbagai NGO dan orang ramai.

Sewaktu kami hampir bertolak, sekumpulan lelaki Orang Asli tiba dengan motosikal EX5.

Janganlah jadi manusia yang buta sejarah mahupun buta tulisan jawi...

The Pirates Of Malaysia (Italian: I Pirati Della Malesia) is an exotic adventure novel written by Italian author Emilio Salgari, published in 1896. It features his most famous character, Sandokan, and is a sequel to The Tigers Of Mompracem.

Sejarah Dah Tipu Kita:
(1). Nama MALAYSIA sudah wujud lebih 100 tahun yang lepas

(2). Mengikut buku "The Reluctant Politician" bio Tun Dr Ismail, MALAYSIA ditakrifkan pada: Malay shire (Kawasan Pentadbiran Melayu)

(3). Nama Malaysia sudah termaktub Dalam Buku Ripley's Believe It Or Not cetakan pertama tahun 1929.

(4). Nama, lagu negaraku dan bendera MALAYSIA berasal dari barat.

Ekonomi negara kian parah, Kantung wang rakyat sasaran GST

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
UMUM sebenarnya masih kabur lagi dengan isuisu yang membelenggu pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan menjelang April ini.GST adalah satu bentuk cukai yang dikenakan ke atas setiap barang dan perkhidmatan yang dibeli.
Dalam Belanjawan 2014, Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan melaksanakan GST pada kadar antara 4 hingga 6 peratus bermula 2015.Ia juga telah dibentang di Parlimen dan diluluskan di Dewan Rakyat bagi dilaksanakan April ini.
Hari demi hari, selepas GST hangat dibicarakan rakyat yang secara besarnya menolak rejim baharu percukaian ini, kerajaan pula menggunakan pelbagai medium untuk memperbodohkan rakyat kononnya GST baik kepada ekonomi negara dan rakyat. Tindakan kerajaan memutar belitkan fakta berhubung GST melalui pelbagai medium termasuk di papan iklan dan pengangkutan awam, melalui iklan di televisyen serta lakonan beberapa figur artis negara nampaknya seakan membayangkan keterdesakan kerajaan untuk mempromosi cukai zalim ini.
Kerajaan barangkali tertekan dengan kempen membantah GST yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat di mana ia salah satu kaedah bagi memastikan rakyat tidak dikelirukan mengenai cukai itu.
Bagi Pakatan Rakyat, kempen menerangkan semula bahana GST harus dijalankan kerana masih ramai orang yang belum faham bagaimana GST akan menaikkan kos beban hidup mereka.
Paling asas adalah bagaimana kerajaan menetapkan enam peratus cukai bagi peringkat permulaan pelaksanaan GST ini.
Angka ini disifatkan pelbagai pihak sebagai suatu angka permulaan yang sangat tidak sihat kepada ekonomi rakyat, walaupun ianya baik kepada kerajaan memerintah dari segi pungutan cukai dan menambah pendapatan negara.
Adapun di Singapura, negara yang berjiran dengan Malaysia telah melaksanakannya dengan permulaan hanya tiga peratus, dalam masa yang sama rakyatnya rata-rata bergaji tinggi.
Benar pelaksanaan GST adalah baik sekiranya ia benar- benar dilaksanakan atas dasar mahu menyeragamkan semua cukai pembelian barangan dan perkhidmatan.
Cukai sebaik GST dilaksanakan di negara-negara maju seperti UK dan Amerika Syarikat, namun ianya juga tetap memberi kesan (walaupun sedikit) kepada masyarakat miskin.
GST di negara maju
Begitu pun rakyat di negara maju dapat menikmati perkhidmatan yang disediakan kerajaan dengan baik, sistem jalan raya yang baik, pengangkutan awam yang efisyen dan ilkim ekonomi yang baik untuk peningkatan taraf hidup selain gaji yang tinggi.
Ia tidak berlaku di Malaysia, jurang pendapatan antara kaya dan miskin terlalu jauh, malah jurang pendapatan antara kaum juga amat memilukan di mana kaum Melayu yang menjadi tunjang majoriti masih lagi menjadi kaum yang paling ramai jumlah miskin tegar.
Sukar untuk mengukur sejauh mana pelaksanaan GST ini boleh memberi kebaikan kepada rakyat pada asasnya kerana harus juga difikirkan soal ketirisan yang telah lama berlaku dalam pengurusan dan pentadbiran negara.

GST akan membebankan orang miskin..

Oleh Salena Tay
Wawancara dengan 35 orang pekerja kilang di Selangor baru-baru ini telah menunjukkan bahawa kesemua 35 pekerja kilang itu tidak gemarkan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST - Goods & Services Tax) yang akan bermula pada 1hb April ini.
Kesemua mereka mempunyai gaji kurang dari RM2,000. Mereka berkata GST akan membebankan orang yang berpendapatan rendah kerana mereka terpaksa membayar cukai walaupun bergaji rendah.

"Kami sepatutnya tidak harus dikenakan cukai. Orang kaya tak peduli tetapi orang miskin takut - itulah GST yang akan 'menyeksa' kami nanti," kata semua pekerja kilang yang diwawancara itu. Mereka menyatakan kehairanan mereka mengapa kerajaan perlu melaksanakan GST kerana menurut akhbar harian yang dibaca oleh mereka, ekonomi negara berada diatas landasan yang kuat dan kukuh.
"Oleh itu, mengapa kerajaan perlukan wang dari orang miskin seperti kami?" mereka bertanya.
Soalan diatas patut ditujukan kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak.
Pekerja kilang tersebut juga berpendapat adalah tidak logik dan tidak munasabah untuk melaksanakan GST apabila ekonomi negara berada dalam kedudukan yang baik.

Benarkah GST tidak terkesan kepada pelajar?

Oleh AZAMIN AMIN
PELAKSANAAN cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan bermula April depan pastinya tidak akan memberi keadilan kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah ini termasuklah para pelajar khususnya di peringkat Institusi Pengajian Tinggi.
Sungguhpun kerajaan akan mengecualikan GST ke atas barangan seperti makanan asas beras, gula, tepung, pengangkutan awam seperti tiket bas, komuter, LRT dan ubatubatan, ia masih tidak dapat meringankan beban yang sedang dan bakal ditanggung oleh para pelajar.

Demikian pendapat yang dilontarkan salah seorang pelajar IPTS, Muhammad Syukri Abd Hamid, 23, Katanya dari awal, penerangan yang diberi oleh kerajaan, dilihat tidak mempunyai masalah namun ia seumpama indah khabar daripada rupa.
“Bagi pelajar seperti kami, GST sebenarnya membebankan kami dari pelbagai aspek kos kehidupan khususnya di ibu kota Kuala Lumpur.
“Kini pun kami sudah terbeban dengan barangbarang yang sudah pun naik harga walaupun GST masih belum dilaksanakan.”
Katanya yang merupakan pelajar jurusan dalam bidang kejuruteraan komputer di universiti swasta di ibu kota, akibat GST nanti keperluan barang-barang asas sebagai seorang pelajar seperti buku dan alat tulis, perkakasan komputer, alat-alat ganti motosikal, semakin meningkat.
“Selain itu kami pelajar yang menyewa rumah akan terbeban apabila sewa rumah bakal dinaikkan oleh penyewa yang mendapat kesan dengan GST dan ini akan membuatkan kami rasa semakin tersepit,”katanya.
GST yang dicadangkan kerajaan Malaysia pada tahun 2009 adalah pada kadar 4 peratus menjadikannya lebih rendah daripada SST pada kadar 6 sehingga 10 peratus.

Semakan Belanjawan 2015, ‘cincai’

Tindakan Najib lari daripada realiti negara mengalami masalah kewangan menunjukkan beliau mempunyai masalah sindrom penafian.
budget cincai mahfuzKUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan pembentangan semakan Belanjawan 2015 yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pembentangan “cincai.”
Ini kerana, pada ketika ini Najib membuat semakan belanjawan berdasarkan penyesuaian kedudukan kewangan dengan berasaskan unjuran harga minyak AS$55 setong.
“Bagaimana nanti sekiranya harga akan menurun di mana laporan-laporan antarabangsa meramalkan bahawa dalam beberapa bulan akan datang harga minyak mungkin jatuh sehingga AS$40 setong.
“Adakah ini bermaksud apabila berlaku penurunan mendadak maka kerajaan terpaksa sekali lagi membentangkan belanjawan mengikut unjuran,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, di sini hari ini.
Beliau mendakwa tindakan Najib apabila lari daripada realiti bahawa negara mengalami masalah kewangan menunjukkan bahawa Najib mempunyai masalah sindrom penafian.

‘Polis sekongkol dengan penjenayah’ mengejutkan – Mahfuz

KUALA LUMPUR 20 JAN- Ketua Whip Ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar berhubung kerjasama pihak berkuasa dengan penjenayah.
Ini berikutan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa “Raja Judi” Paul Phua bekerjasama bagi memastikan keselamatan negara seperti terkandung dalam suratnya kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
“Pendedahan yang dibuat Hanif Omar mengejutkan dan hanya menimbulkan lebih banyak persoalan apakah bantuan yang diberikan Phua dalam soal keselamatan negara,” tegas Mahfuz dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.
Hanif baru-baru ini dilapor berkata, wujud prinsip kerjasama antara pihak keselamatan dengan penjenayah untuk mengatasi ancaman jenayah yang lebih berat.
Selain itu, bekas ketua Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu juga mengakui keistimewaan diberikan kerajaan kepada penjenayah yang bekerjasama jika mereka ditangkap di negara lain.
“Pihak berkuasa (negara tersebut) akan merujuk kepada Peguam Negara yang mungkin akan bawa perkara itu kepada Menteri Luar dan Kabinet.
“Jika mereka yakin pihak berkuasa negara lain itu mengharapkan pertimbangan istimewa, mereka akan menimbangkannya,” kata Hanif dipetik.

Zam: PM juga konspirasi dengan Anwar?

Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata beliau berasa cukup terhina apabila dikaitkan dengan dakwaan konspirasi untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

Lebih-lebih lagi, katanya, apabila kesimpulan itu dibuat selepas sekali sahaja beliau minum pagi bersama bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin (bawah) dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya merasa cukup terhina kerana begitu mudah orang membuat kesimpulan,” katanya yang juga bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu.

Zainuddin, yang lebih dikenali sebagai Zam, mengaitkan kesimpulan itu dengan tindakan TV3 menyiarkan ancaman Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membongkar dakwaan salah laku Daim.

“Jika demikian, bolehkah saya juga membuat kesimpulan dengan TV3 media mesra Umno menyiarkan ancaman pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim untuk membongkar keburukan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, telah bererti Najib berkonspirasi dengan Anwar Ibrahim untuk mengekalkan kedudukannya?” soalnya.

Sementara itu, Zam juga menulis artikel terakhir untuk blognya semalam demi “ketenteraman jiwa dari ugutan, tekanan dan pencemaran nama di hari tua”.

'Kawan yang menyukarkan Mahathir'

Beliau menegaskan tidak pernah menjadi penulis upahan sepanjang lebih 50 tahun dalam bidang kewartawanan.

Interpol keluar notis merah buru pembunuh Altantuya

Polis Antarabangsa (Interpol) hari ini mengeluarkan notis merah menghendaki bekas polis elit Sirul Azhar yang disabitkan bersalah membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Menurut laman webnya, Interpol menyebut lelaki 43 tahun itu dikehendaki pihak berkuasa Malaysia untuk menjalani sabitan hukuman dalam kes pembunuhan.

TG Nik Aziz di ICU HUSM

KOTA BHARU - Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM) Kubang Kerian hari ini.

Perkara itu disahkan oleh anaknya, Nik Abuh Nik Abdul Aziz dalam Facebooknya, sebentar tadi.

“Petang ini ayahanda dimasukkan ke ICU di HUSM selepas ke hospital sejak malam tadi.  Seperti saya maklumkan semalam, kesihatan ayahanda agak menurun ketika banjir baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata, akan sentiasa memaklumkan perkembangan ayahanda dari semasa ke semasa.

“Saya sendiri dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang,”katanya.

Rafizi: Pengumuman Najib tak selesai isu pokok


 Rafizi Ramli 

PETALING JAYA - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli melahirkan rasa kecewanya terhadap pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengenai unjuran semasa  ekonomi negara.

Rafizi berkata, Perdana Menteri tidak menangani isu pokok untuk menghadapi kemerosotan pendapatan negara ekoran kejatuhan harga minyak dan nilai ringgit yang semakin membimbangkan.

"Saya lihat tiada keseriusan daripada aspek kawal perbelanjaan kerajaan. Kedua ialah tiada fokus mengenai perkara sebenar menggugat kewangan negara iaitu mengenai kejatuhan mata wang kita (RM).

"Saya  tidak mendengar langsung kenyataan yang dikeluarkan oleh PM bagaimana kerajaan untuk kembali menguatkan mata wang RM.

"Kejatuhan mata wang RM bukan sahaja memberi kesan yang sangat teruk kepada ekonomi, malah ia memberi kesan yang mendalam kepada kos sara hidup harian rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Mengulas lanjut Rafizi berkata, pengumuman Najib untuk menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang akan menjimatkan RM400 juta juga sangat kecil kesannya.

"RM400 juta itu cuma harga dua biji jet sahaja. Baik dia jual dua jet itu untuk jimat RM400 juta," katanya.

Najib tak beri gambaran sebenar ekonomi – Sim Tze Tzin

KUALA LUMPUR 20 JAN- Datuk Seri Najib Razak memberi gambaran yang salah apabila menyatakan ekonomi Malaysia tidak berada dalam keadaan gawat, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin.
Katanya, dalam keadaan nilai ringgit dan harga minyak jatuh, Perdana Menteri  terus memberi gambaran positif terhadap ekonomi negara.
“Ini adalah tidak realistik. Sebenarnya, keadaan ekonomi adalah negatif. Perbelanjaan pengguna telah mengecut dan Indeks Harga Pengguna telah melonjak,”
“FBM KCLI (Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur) menurun 8 peratus sejak pertengahan 2014. Ringgit telah menurun 11 peratus, dan harga minyak telah menurun sebanyak 50 peratus,” Ujarnya dalam kenyataan media.
Najib hari ini menyatakan negara tidak mengalami kegawatan ekonomi seperti yang berlaku pada 1997 dan 1998 sehingga pakej stimulus terpaksa dilakukan.
Mengulas lanjut, Sim berkata kerajaan sepatutnya menangani krisis ekonomi dan memahami keinginan rakyat untuk memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), menurunkan harga barang dan menghapuskan rasuah serta ketirisan.
“Kita kecewa kerana PM tidak mengambil langkah untuk menangani krisis ekonomi ini.
“Enam strateginya adalah terhad kepada beberapa sektor eksport dan PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) tetapi dalam realiti sebenar cabaran ekonomi datang dari setiap sudut,” ujarnya dalam kenyataan media.

Kenapa MOF ambil alih SRC International dari 1MDB?

Rafizi PCKUALA LUMPUR 20 JAN : KEADILAN hari ini mempersoalkan tindakan pengambilalihan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).
Naib Presidennya, Rafizi Ramli berkata, 1MDB memindahkan SRC International Sdn Bhd kepada MOF Inc selepas menanggung hutang sebanyak RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).
Katanya, penyata kewangan mengesahkan jumlah hutang SRC International melebihi aset, dan lazimnya syarikat sebegini dikategorikan mempunyai risiko muflis.
“Pada pengetahuan saya, tidak pernah sebuah syarikat yang berhutang sebegini rupa dipindahkan sewenang-wenangnya kepada kerajaan dan menyebabkan hutang kerajaan bertambah secara serta merta.
“Dan adakah tindakan 1MDB memindahkan SRC International kepada MOF disebabkan syarikat tersebut daripada awal akan mengalami masalah kewangan?” soalnya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
Beliau yang juga Setiausaha Agung KEADILAN mendakwa pengambilalihan itu berlaku di antara tahun kewangan Januari 2011 hingga Mac 2012.
Katanya, ia berdasarkan kenyataan Arul Kandasamy sebelum ini, yang menyatakan syarikat itu kini berada di bawah MOF Incorporated.

Lebih baik Najib jual jet untuk jimat RM400 juta – Rafizi

KUALA LUMPUR 20 Jan : Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata beliau kecewa apabila Perdana Menteri tidak menyentuh langsung masalah utama ekonomi seperti penurunan ringgit berikutan kejatuhan harga minyak dunia.
Sebaliknya, katanya, Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan khas hari ini hanya mengumumkan penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai langkah penjimatan RM400 juta yang disifatkan terlalu kecil.
“Memotong RM400 juta adalah terlalu kecil untuk dilihat kesannya.
“RM400 juta itu cuma harga dua biji jet sahaja, baik dia jual dua biji jet itu untuk jimat RM400 juta,” kata Rafizi dalam satu sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
Jelas Rafizi, langkah yang diambil kerajaan itu masih tidak mampu menangani kemerosotan pendapatan negara yang dilihat agak kritikal.
Terdahulu, Perdana Menteri hari ini membentangkan perutusan khas mengenai ekonomi dan keadaan kewangan negara.
Beliau turut mengumumkan penangguhkan PLKN bagi tahun ini dan memperuntukkan RM800 juta bagi membaiki dan membina semula infrastruktur asas di kawasan terjejas banjir.

SRC International ditubuh sebagai anak syarikat 1MDB – Rafizi

PETALING JAYA 20 JAN- Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan beberapa bukti dari laporan kewangan SRC International Sdn Bhd yang menunjukkan syarikat itu merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurutnya, bukti utama adalah apabila ahli-ahli Lembaga 1MDB dilantik sebagai Pengarah di dalam SRC International dan juga mempunyai hubungan rapat dengan Jho Low iaitu jutawan yang meminjam dana dari 1MDB untuk aktiviti pelaburannya.
Rafizi memberitahu antara orang-orang penting di dalam SRC ialah Datuk Paduka Ismee (ahli Lembaga Pengarah 1MDB), Datuk Shahrol Azral (bekas CEO 1MDB yang kini ahli Lembaga Pengarah 1MDB) dan Vincent Koh (Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB).
Beliau juga menamakan Nik Faisal Nik Ariff yang dilantik menjadi CEO SRC International dan merupakan kenalan Jho Low dari syarikat UBG Berhad.
“Jawatan-jawatan penting di dalam SRC International semuanya dipegang oleh pegawai-pegawai 1MDB atau mereka yang rapat dengan Jho Low atau individu berpengaruh dalam 1MDB,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN pagi ini.
Rafizi yang juga setiausaha Agung KEADILAN berkata, SRC International terlibat dalam aktiviti utamanya iaitu perlombongan dan tenaga seperti yang dilaporkannya akhbar antarabangsa sebelum ini.

Altantuya: PAS mahu bantu Sirul dapat keadilan

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar bersedia memberikan bantuan kepada Koperal Sirul Azhar untuk mendapatkan keadilan.
Mahfuz berkata, beliau tidak sesekali mempersoal keputusan mahkamah namun berpandangan, Sirul yang berhadapan hukuman mati berhak diberi ruang membuat penjelasan berhubung perkara sebenar.
"Sirul boleh hubungi saya dengan segera melalui telefon atau email, saya bersedia untuk bertemu beliau di mana-mana sahaja.
"Tindakan ini bagi membolehkan saya mendengar sendiri siapa sebenarnya dalang dan apa motif sebenar pembunuhan tersebut," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, beliau berasa terpanggil untuk bertemu Sirul apabila membaca kenyataan ibu Sirul yang sedih apabila anaknya tidak diberi keadilan.
"Saya tidak membela Sirul, cuma berasa terpanggil mendengar kenyataan ibu yang sayang kepada anak dan merasakan anaknya tidak diberikan keadilan.
"Menitis air mata saya membaca kenyataan itu. Justeru, saya mohon sekiranya Sirul membaca laporan ini silalah menghubungi saya, melalui apa cara sekalipun tak kisahlah telefon saya di nombor 019 442 2685, e-mel, Facebook atau WhatsApp," katanya.
Menurut beliau juga, kehilangan Sirul ke Australia juga menunjukkan kelompangan dalam sistem keselamatan negara sehingga membolehkan tertuduh bolos dan mendapatkan perlindungan daripada tindakan ekstradisi pihak kerajaan.

Najib hina parlimen, kata MP DAP

Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Abdul Razak didakwa menghina parlimen kerana membuat pengumuman berhubung kedudukan perkembangan ekonomi semasa di Putrajaya hari ini.

Anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, walaupun beliau bertanggungjawab terhadap parlimen, pengumuman itu sebaliknya dibuat di Putrajaya di hadapan tetamu undangan, termasuk diplomat, pemimpin perniagaan, NGO dan anggota parlimen BN.

Bagaimanapun, kata Pua (kanan), wakil rakyat Pakatan diketepikan untuk pengumuman penting itu.

“Ini membiarkan anggota parlimen (Pakatan) sama sekali tidak berpeluang membahas dan memutuskan terhadap perubahan Belanjawan yang diluluskan di parlimen sebelum ini.

“Ia juga membuktikan bahawa kerajaan benar-benar menghina dan memandang hina institusi parlimen yang satu-satunya peranan bagi mereka sebagai pak turut untuk eksekutif diktator,” katanya.

PLKN 'ditangguhkan' untuk tahun ini..


Selamat duit rakyat RM400 juta..
Jimat duit rakyat RM400 juta..

TAPI bajet utk ROSMAH-PERMATA RM30.1 juta, ADA TAK DITANGGUHKAN ???

Bajet utk rakyat/ pelajar 'DITANGGUH'..


KENAPA tak mansuh subsidi pada IPP Bebas ?? Tangguh PLKN.. save RM400 juta.. mansuh subsidi IPP Kroni jimat RM22 billion !!!

Deyyy..!! Najib... nak tolong rakyat atau KRONI ??

Ahli Parlimen desak hapus AP makanan

Mahfuz titis air mata, ikrar tuntut keadilan untuk Sirul

PAS: Kenapa penjenayah dapat perlindungan k'jaan?

Diskaun 15-20 peratus harus diberikan untuk tarif elektrik - Mahfuz

Mahfuz sees wastage in excess cabinet members, agencies

Krisis minyak: Najib dihinggapi sindrom penafian

Projek High Speed Rail (HSR) Kuala Lumpur KL – Singapore RM40 Billion (S$15.5 Billion)....kata nak berjimat...!!!

High Speed Rail
Projek super mega ini mendapat persepsi pelbagai pihak apabila butiran dengan perkembangan projek Projek High Speed Rail Kuala Lumpur – Singapura masih lagi samar-samar. Jadi atau tidak? Apatah lagi…
Apatah lagi melihatkan situasi dan tekanan ekonomi yang dihadapi Malaysia pada ketika ini ditambah dengan saranan pakar ekonomi supaya projek ini dihentikan.

High Speed Rail (HSR) Kuala Lumpur – Singapore : Projek Super Mega Diteruskan

Walaubagaimanapun, Datuk Seri Najib Razak dan pakar-pakar daripada pelbagai bidang telah memberikan input terbaik kepadanya dan menegaskan Projek High Speed Rail (HSR) Kuala Lumpur – Singapore yang bernilai sekitar RM40 bilion yang mana projek keretapi laju KL – Singapura ini akan melalui beberapa bandar di Malaysia seperti Nusajaya, Batu Pahat, Muar, Johor, Ayer Keroh, Melaka, Seremban, Negeri Sembilan, sekitar di Bandar Malaysia di Sungai Besi, KL akan diteruskan seperti mana yang dirancang sebelum ini.

Projek High Speed Rail (HSR) KL – Singapore : Konsortium Berminat!

Konsortium berpengkalan di China (China Railway Construction Corp Ltd (CRCC), The Third Railway Survey And Design Institute Group Corp (TSDI) and CSR Qingdao Sifang Co Ltd.) yang mempunyai kepakaran dalam reka bentuk kereta api berkelajuan tinggi, pembangunan dan pembinaan berminat untuk mendapatkan projek Projek High Speed Rail (HSR) Kuala Lumpur – Singapore sejauh 340 km dengan tujuan untuk akan mengurangkan perjalanan ke atas tanah di antara kedua-dua negara untuk 90 minit dari kira-kira enam jam.
Konsortium ini merupakan kontraktor kejuruteraan terkemuka dan terbesar di China melibatkan reka bentuk projek, pembinaan landasan kereta api di dataran tinggi, kereta api kelajuan tinggi, lebuh raya, jambatan, terowong dan sistem lalu lintas antara bandar.

MyEG, NERS Sdn Bhd kaut untung pendaftaran pekerja asing


steven sim 1


KUALA LUMPUR, 20 JAN: DAP hari ini sekali lagi mempertikaikan tindakan kerajaan memberikan kontrak kepada MyEG bagi menguruskan pendaftaran pekerja asing dan pas lawatan kerja sedangkan ia sebelum ini telah diberikan untuk syarikat lain.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong berkata, sejak 1 Jun 2011 kerajaan telah memberikan kontrak berbilion ringgit selama 12 tahun kepada NERS Sdn Bhd dengan peranan yang sama.
“Sebelum ini saya telah membangkitkan tentang pelantikan NERS Sdn Bhd untuk menyediakan sistem penguatkuatsaan dan pendaftaran pekerja asing termasuk Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) di Parlimen.
“Persoalannya kini mengapa perlu mereka melantik MyEG sebagai ‘orang tengah’ untuk menguruskan pendaftaran pekerja asing apabila NERS Sdn Bhd telah pun dilantik dengan kontrak 12 tahun bagi melakukan perkara yang sama?
“Tidak ada syarikat yang boleh mengaut untung ratusan juta ringgit semata-mata dengan menjadi ‘orang tengah’,” tegasnya dalam satu kenyataan.
Pada 5 Januari lalu, kerajaan telah mengumumkan pelantikan MyEG Services Sdn Bhd untuk melakukan pembaharuan dalam menguruskan pendaftaran pekerja asing.

PLKN: Ada sokong tangguh, ada mahu mansuh

Keputusan kerajaan menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun ini demi menjimatkan perbelanjaan negara, mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk pemimpin kerajaan dan MP Pakatan Rakyat.

Perkara itu kini rancak dibahaskan, termasuk dalam laman blog mikro Twitter masing-masing, selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkara itu pagi tadi.

Pemimpin kerajaan seperti Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyambut baik penangguhan itu demi mengkaji semula dan menambah baik pelaksanaannya pada masa depan.

Hishammuddin, yang mengetuai kementerian bertanggungjawab menyelia PLKN, menjelaskan penangguhan itu membolehkan usaha transformasi terhadap program itu dijalankan.

Dalam Twitternya, naib presiden Umno itu berkata sebuah makmal akan dibentuk bulan depan melibatkan semua pihak berkepentingan, antaranya operator kem, ibu bapa, jurulatih, NGO dan institusi kewangan, untuk membincangkan usaha menambah baik PLKN.

"Penangguhan PLKN 2015, seperti yang diumumkan PM @NajibRazak, memberi ruang kepada kita untuk kaji semula dan tambah baik melalui transformasi PLKN.

"Saya beri jaminan kepada stakeholders PLKN bahawa penangguhan tahun ini tidak akan menjejaskan operator-operator kem, jurulatih dan mereka yang mempunyai jawatan tetap," katanya di Twitter.

Hishamuddin yang juga MP Sembrong sangat bersetuju supaya program itu lebih banyak menumpukan daripada aspek "kenegaraan dan penguasaan bahasa Malaysia."

Hutang RM4 Bilion: 'Kenapa MOF ambil alih SRC International?'

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menggesa kerajaan menjelaskan pengambilalihan sebuah anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa dibelenggu hutang sebanyak RM4 bilion.

MP Pandan itu mendakwa, 1MDB memindahkan SRC International kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) selepas menanggung hutang sebanyak RM4 bilion dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).

"Syarikat itu telah mencatat kedudukan kewangan yang lemah yang mana hutangnya melebihi aset.

"Adakah tindakan 1MDB memindahkan SRC International kepada MOF inc disebabkan SRC International ini diketahui dari awal akan mengalami masalah kewangan?" soalnya.


Beliau yang juga naib presiden PKR mendakwa pengambilalihan itu berlaku di antara tahun kewangan Januari 2011 hingga Mac 2012.