Isnin, 19 Januari 2015

Suhu sejuk akibat fenomena pasca monsun

Perkembangan cuaca sejuk di Kuala Krai

Saya bangga sertai misi bantuan banjir - Abby

Abim: Hudud Bukan Agenda Parti

Beza Abim Dahulu, Sekarang

Banjir: Usah persoal kehebatan Allah S.W.T - Abe Uji

Adakah Sirul telah lama merancang pemergiannya ke Australia?

Oleh Cecilia Jeyanthi Victor

Ada beberapa negara yang memiliki undang-undang aneh dan salah satunya ialah Australia. Negara itu enggan mengarahkan ekstradisi bekas komando polis Sirul Azhar Umar yang disabitkan kesalahan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Alasan yang berikan Canberra ialah undang-undang ekstradisinya tidak membenarkan seseorang diserahkan bagi kesalahan yang membawa hukuman mati melainkan negara itu memberi jaminan kepada Australia hukuman tidak akan dijalankan.
Adakah itu sebabnya mengapa Siruk melarikan diri ke Australia selepas dia bersama-sama Ketua Inspektor Azilah Hadri dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 lalu? Mengapa Australia memiliki undang-undang yang melindungi penjenayah?
Mungkin Sirul telah membaca undang-undang ekstradisi Australia atau seseorang memberitahunya. Jadi dia terus ke sana kerana sedar tidak akan dihantar pulang selagi dia berhadapan hukuman mati.
Alasan yang diberi Sirul ialah dia tiada wang membeli tiket kapalterbang ke Malaysia.
Australia pernah menjadi tanah penempatan penjenayah sekitar kurun ke-18, jadi Sirul kini “selamat” daripada hukuman bagi jenayah yang dilakukannya pada 2006.
Tentu sekali kita tertanya samada terdapat pihak ketiga yang telibat di dalam merancang pemergiannya ke Australia.
Dalam pada itu Perdana Menteri Australia Tony Abbot menentang keras hukuman mati.

Sumbangan kepada mangsa banjir - Husam

Oleh Husam Musa
Ketika saya berterima kasih terhadap beberapa pujian diberikan oleh Zul Sulong dalam rencana The Malaysian Insider bertajuk "Husam, Yayasan Darul Hijrah warnai politik pasca banjir di Kelantan".Saya juga perlu membetulkan satu dua perkara dalam rencana itu :

Pertama, penyumbang terbesar dana Yayasan Darul Hijrah datang dari derma 'online' orang ramai yang terpanggil dengan mega banjir Kelantan kali ini.
Sumbangan dua kerajaan negeri Pakatan datang kemudian selepas gerak kerja Yayasan Darul Hijrah berjalan dan jauh lebih kecil dari jumlah yang disumbangkan secara langsung kepada kerajaan negeri. Sehingga ini, orang ramai yang prihatin masih menjadi 'pemegang saham' terbesar kami.
Kedua, penyelarasan gerak kerja majoriti NGO pembantu berpusat di HUSM tidak digerakkan oleh saya.
Apa yang saya lakukan hanya menjenguk operasi mereka untuk memberi suntikan solidariti, memanfaatkan bekalan yang mereka kumpulkan dan memaklumkan keperluan sebenar di lapangan sekali sekala.
Ketiga, keaktifan kami lebih didorong oleh situasi cemas bermula tanggal 25 Disember iaitu dua hari selepas puncak curahan hujan luar biasa yang diukur di Gunung Gagau.
Memang saya ada membuat panggilan SOS pelbagai cara kerana dalam hitungan saya situasi semasa memerlukan perhatian segera dan luar biasa juga.
Tidak ada niat kami untuk bersaing dengan mana-mana pihak bahkan lebih kepada menyuntik rasa kesegeraan dan tindakan kecemasan semata mata.
Kini, situasi ini belum menerima layanan yang sewajarnya dalam keadaan darurat luar biasa ini dan kerana itu kami dan kita semua masih berperanan.

Ds Najib - Lupakan Perbezaan Politik Demi Kepentingan Rakyat

Oleh Abu Hassan Adam
Hendak aku bercakap mengenai kejatuhan ringgit, aku tak pandai. Hendak aku cuba memperkatakan tentang kejatuhan harga petrol dipasaran dunia, pun juga aku tak tahu selok beloknya. Yang aku tahu dan yang boleh aku nampak ialah tentang keluhan demi keluhan rakyat tentang berbagai perkara yang menimpa negara ekoran daripada krisis ekonomi yang melanda negara sekarang ini.

Yang boleh aku tumpang rasa simpati dan yang juga menimpa diri aku dan keluarga ialah tentang kenaikan harga barang ekoran daripada kenaikan harga minyak di Malaysia beberapa bulan lalu. Dan malangnya apabila harga minyak telah turun, maka harga barang tidak pula diturunkan. Rakyat yang bodoh seperti aku tidak dapat mencari jawapannya. Mungkin Menteri yang bertanggungjawab boleh memberikan jawpaan kepada rakyat yang amat dahagakan jawapan sedemikian. Akhir kalam Dato A Kadir Jassin dalam artikelnya berjodol,’ Kita Mahukan Malaysia Yang Sejahtera’ bertarikh 17 Januari menyataakan, “ Antara 31 Disember 2013 dan 29 Disember 2014 Bursa saham Pakistan naik 26.3% dalam mata wang nasional dan (31.5%) dalam mata wang dollar. Bursa Indonesia naik 21.2% (18.5%), Bursa Thailand naik 15.4% (15%). Bursa India naik 29.4% (25.6%), Bursa Singapura naik 6.3% (1.5%). Bursa Malaysa JATUH 5.3% dalam mata wang ringgit dan JATUH 11.3% dalam mata wang dollar (Sumber The Economist 3 January 2015).
Untuk kita meneliti tentang harga minyak mentah pula YB Saudara Anwar Ibrahim menjelaskan juga tentang keadaan harga minyak yang terus menjunam. Katanya “Harga minyak mentah Brent terus menurun sebanyak 53% dari tahun lepas, yakni daripada purata AS$108 setong pada Januari 2014 kepada AS$51 secara purata bagi bulan Januari 2015.”

'At all costs' nak kekalkan jawatan, biarpun negara hancur kerananya

Oleh Aspan Alias
Tekanan terhadap Najib untuk berundur semakin kuat kedengaran. Jika kita buat tinjaun di peringkat akar umbi amat susah mencari orang yang tidak bersetuju untuk Najib berhenti. Dikalangan ‘warlords’ dalam UMNO kini teraba-raba seolah-olah tidak mempunyai jalan lain selain dari memaksa Najib untuk bersara sahaja. Seboleh-bolehnya Najib tidak mahu bersara kerana bersara untuk kepentingan negara sudah tidak menjadi budaya dalam kepimpinan UMNO lagi.
Berlainan dari kepimpinan pra Mahathir di mana pemimpin mengutamakan perpaduan ahli-ahli parti dan rakyat. Jika pucuk pimpinan merasakan yang rakyat dan negara akan berpecah kerananya, pemimpin utama itu dengan senang hati mengundurkan diri. Semasa itu keutamaan niat dan matlamat seorang pucuk pimpinan itu ialah untuk mengekalkan negara berada dalam kesejahteraan.
Hussein Onn telah mengumumkan tidak mempertahankan jawatan beliau dalam pemilihan 1981 selepas sahaja beliau ditentang oleh Sulaiman Palestin pada tahun 1978. Dalam pertandingan itu Hussein telah mendapat kemenangan besar dan Sulaiman Palestin hanya mendapat lebih sedikit dari seratus undi sahaja dari 1200 orang perwakilan.
Tetapi apakah yang menyebabkan Hussein bertindak mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri pada tahun 1981 dahulu? Sebabnya ialah beliau tidak mahu UMNO itu pecah belah dan beliau telah merasakan walaupun hanya segelintiran yang tidak bersetuju dengan beliau sokongan terhadap beliau tetap tidak bulat untuk membolehkan pengekalan perpaduan dalam parti semasa itu.
Hussein mendapat tekanan dari Pemuda UMNO untuk bersara kerana isu Dato Harun Idris yang dianggap oleh ramai ahli UMNO khususnya pemuda telah sebagai satu penganiayaan terhadap Harun semasa itu. Pemuda berkeras untuk membela Dato Harun dan telah memutuskan untuk menandingi Hussein dalam pemilihan pada tahun 1978, tahun mana Husein sedang mendapatkan ‘endorsement’ sebagai Presiden parti itu setelah memangku jawatan itu sejak Januari 1976 selepas kematian Tun A Razak.
Usaha Pemuda semasa itu mendapat sokongan Timbalan Presiden secara senyap-senyap semasa itu, iaitu Dr Mahathir Mohamed yang tatkala itu sudah mahukan jawatan Presiden parti itu untuk beliau sendiri. Oleh itu pertandingan Sulaiman Palestin dengan Hussein Onn itu membuatkan Dr Mahathir berjaya mendapatkan jawatan Presiden itu lebih mudah setelah Hussein mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden parti dalam pemilihan berikutnya iaitu pada tahun 1981 dahulu.
Persoalannya ialah kenapa begitu mudah Hussein mengalah dan memberikan laluan kepada Dr Mahathir begitu senang tanpa sebarang masalah yang membawa UMNO itu kepada perpecahan? Jawapannya mudah kerana pemimpin semasa itu hanya mahu melihat negara aman melalui perpaduan kepada parti yang memerintah, UMNO ketika itu. Hussein mahu pun Tun Razak sebelum itu tidak menganggap meletakan jawatan itu sebagai perkara yang payah untuk dilakukan kerana yang hanya ada dalam jiwa dan benak mereka hanyalah keamanan dan perpaduan rakyat dan tidak mahu melihat negara dibawa kepada arah tuju yang boleh membawa perpecahan negara.

Mahfuz – Zahid “talam dua muka”

Ketika di hadapan rakyat laungkan slogan membanteras jenayah, di belakang rupanya mempunyai hubungan erat dengan penjenayah
mahfuz-omarPETALING JAYA: Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar membidas penjelasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu Paul Phua.
Mahfuz berkata Zahid masih belum menjawab persoalan utama dan masih berdalih untuk mendedahkan maklumat mengenai perkhidmatan keselamatan yang diberikan oleh Paul Phua kepada kerajaan Malaysia.
Katanya, PAS masih konsisten dengan penegasan agar kerajaan khususnya Zahid supaya bersikap telus dalam isu berkenaan.
Beliau berkata, “Usah jadikan alasan ‘rahsia besar’ di bawah perlindungan Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk membolehkan pihak kerajaan sanggup bersekongkol dengan raja judi dan kongsi gelap dalam hal keselamatan negara.
“Perbuatan ini tidak ubah seperti “talam dua muka,” di hadapan rakyat umum melaungkan slogan membanteras jenayah, sedangkan di belakang rupanya mempunyai hubungan erat dan mesra dengan penjenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mahfuz menjelaskan, sungguhpun Zahid menafikan surat itu berbentuk surat sokongan agar Paul Phua tidak dikenakan pertuduhan namun, masih timbul persoalan akan tujuan beliau begitu bersungguh untuk mengutus surat tersebut.
Tambahnya, ia ditulis atas memenuhi permintaan pihak peguambela si tertuduh.
Jelasnya, isu yang menjadi pertikaian umum sekarang bukanlah sekadar sama ada Paul Phua itu ahli kongsi gelap 14 K Triad di Malaysia atau di luar negara tetapi, rakyat menuntut penjelasan Menteri agar berterus-terang dalam penglibatan Paul Phua dalam sistem keselamatan negara.

Kenapa Najib umum semakan Belanjawan 2015 sebelum mesyuarat kabinet?


najib


KUALA LUMPUR, 19 JAN: Cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan semakan semula Belanjawan 2015 esok, dibuat tanpa perbincangan dan kelulusan kabinet.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, langkah itu menunjukkan tindakan Najib meminggirkan seluruh ahli parlimen BN dan Pakatan, seolah-olah perbahasan Belanjawan 2015 sebelum ini hanya membuang masa, tenaga dan usaha.
“Semakan semula Belanjawan 2015 setelah Dewan Rakyat bersetuju bahawa belanjawan asal pada 25 November 2014, bukanlah kebiasaan dan tidak wajar sama sekali.
“Belanjawan asal itu telah diperdebatkan lebih sebulan melalui proses perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa oleh ahli-ahli parlimen.
“Sekarang Najib bercadang mengumumkan semakan semula Belanjawan 2015 esok hari, sewaktu ia belum lagi mendapat kelulusan atau kebenaran Kabinet.
“Ini menunjukkan Perdana Menteri mempunyai sifat buruk, bahkan menghina bukan saja pandangan ahli-ahli parlimen BN, juga menteri-menterinya,” kata Kit Siang dalam kenyataannya hari ini.
Ujarnya, seharusnya dialog semakan semula belanjawan dilakukan, seperti juga dialog sebelum penggubalan belanjawan yang dibuat setiap tahun untuk mendengar pandangan rakyat bagaimana kerajaan bertindak terhadap krisis ekonomi terkini.
Kebergantungan Najib kepada penasihat antarabangsa yang dibayar tinggi menyebabkan kedudukan ekonomi Malaysia memburuk, berikutan nasihat yang tidak sesuai dan dasar yang tidak tepat.

Kerajaan Umno@BN diminta batal Samy Vellu, Ong Ka Ting sebagai duta khas


lim lip eng


KUALA LUMPUR, 19 JAN: Kerajaan diminta membatalkan pelantikan bekas presiden MCA, Tan Seri Ong Ka Ting dan bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu dalam rangka menjimatkan dana pembayar cukai.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, tindakan itu perlu dibuat sebagai langkah penjimatan ketika negara kini berdepan suasana ekonomi yang tidak menentu.
“Penstrukturan semula Belanjawan 2015 sepatutnya mengurangkan perbelanjaan dan memotong peruntukan yang tidak perlu, dan bukannya menambah peruntukan untuk hal-hal yang tidak penting,” kata Lip Eng dalam satu kenyataan, hari ini.
Samy dilantik memegang jawatan Duta Khas Malaysia bertaraf menteri bagi infrastruktur ke India dan Asia Selatan mulai 6 Januari 2011.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.dalam satu kenyataan pada April 2011 berkata, Samy dibayar gaji dan elaun berjumlah RM27,227.20 sebulan,
Manakala bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting yang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke China pada Oktober 2011 menerima elaun berjumlah RM20,000 sebulan.

Jangan beban rakyat dengan penstrukturan semula bajet

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa kerajaan tidak membebankan rakyat dalam penstrukturan semula Bajet 2015 yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, esok.

Beliau ketika dihubungi Harakahdaily berkata, walaupun negara ini sedang berdepan dengan krisis ekonomi, kerajaan perlu ada perancangan khusus dan bukan menjadikan rakyat sebagai mangsa.

"Perlu ada perancangan khusus dalam memastikan ekonomi negara pulih semula, dalam kita menghadapi tekanan inflasi seperti sekarang, rakyat tidak boleh dijadikan mangsa begitu juga pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) perlu ditangguhkan.

"Jika kerajaan terus menjadikan rakyat sebagai beban ini membuktikan kerajaan yang ada sekarang cukup lemah," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut kesal apabila kerajaan ketika membentangkan Bajet 2015 pada tahun lalu tidak menjadikan harga semasa minyak dunia sebagai panduan.

"Ini kedegilan yang ada dalam pentadbiran sekarang, kita pada perbahasan bajet lalu menekankan agar harga semasa minyak dunia perlu diambil kira dalam bajet tersebut tetapi tidak, kerajaan tetap berdegil dengan alasan mereka sendiri.

"Sekarang kita lihat apa yang berlaku sehinggakan perlu cadang untuk penstrukturan semula bajet akibat dari kejatuhan harga minyak dunia.

"Saya tidak melihat di mana peranan pakar-pakar ekonomi kerajaan dalam memastikan setiap bajet itu mengikut keadaan ekonomi dunia semasa," tambah beliau.

Beliau turut mengingatkan kerajaan lebih prihatin dan sedar dengan apa yang berlaku sekarang bagi memastikan negara ini lebih bersedia menghadapi krisis ekonomi jika berlaku pada masa akan datang.

Pendakwa mengaku kesilapan dalam pertuduhan terhadap Khir Toyo..Jeng..Jeng..!!

Pendakwa mengaku kesilapan dalam pertuduhan terhadap Khir Toyo
PUTRAJAYA: Pihak pendakwaan mengaku di Mahkamah Persekutuan di sini hari ini bahawa terdapat kesilapan dalam pertuduhan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang disabitkan atas pertuduhan mendapatkan dua lot tanah dan sebuah banglo untuk dirinya dan isteri.

Timbalan Pendakwa Raya Masri Daud juga mengaku bahawa tiada pindaan dibuat terhadap pertuduhan.

Beliau berkata pihak pendakwaan hanya menyedarinya apabila kes berada di peringkat rayuan dan menambah pertuduhan tidak boleh dipinda selepas Dr Mohamad Khir didapati bersalah.

"Pertuduhan itu seharusnya menyatakan Dr Mohamad Khir, atas sifatnya sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) (dan tidak atas kapasiti sebagai menteri besar). Tetapi saya berhujah bahawa kesilapan itu boleh diperbetulkan di bawah Seksyen 422 Kanun Prosedur Jenayah," kata Mohd Masri.

Beliau berhujah bahawa sabitan Dr Mohamad Khir tidak patut dibatalkan kerana kesilapan yang dilakukan tidak menyebabkan kegagalan menegakkan keadilan, sambil menambah bahawa sebagai menteri besar Selangor ketika itu, Dr Mohamad Khir juga secara automatik pengerusi PKNS.

Mohd Masri juga berkata tiada tanda-tanda bahawa Dr Mohamad Khir dikelirukan kerana kesilapan dalam pertuduhan.

Ekstradisi: 'Saya pasti akan mencabar perkara itu' kata Peguam Sirul

Peguam Kamarul Hisham  yang mewakili Sirul Azhar Umar  - Foto Bernama 
PUTRAJAYA - Pasukan peguam bela bekas Korporal Sirul Azhar akan mengemukakan cabaran di mahkamah Malaysia jika pihak berkuasa meminta supaya beliau diekstradisi.
Peguamnya Kamarul Hisham Kamarudin berkata mengekstradisi Sirul Azhar untuk menjalani hukuman mati adalah bertentangan dengan perjanjian ekstradisi antara Malaysia dengan Australia.
"Saya pasti akan mencabar perkara itu di Malaysia," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan mahkamah di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun berkata buat masa ini semua itu hanyalah andaian dan ini bergantung pada langkah kerajaan seterusnya dan apa jua arahan Sirul Azhar.
Kamarul mengesahkan beliau masih mewakili Sirul Azhar walaupun katanya beliau telah lama tidak menghubunginya dan tidak pasti di mana dia berada.
Mahkamah Persekutuan, minggu lepas, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Sirul Azhar dan seorang lagi bekas anggota Unit Tindakan Khas Polis Cif Inspektor Azilah Hadri, kerana pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Mahkamah itu membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos tahun lepas membebaskan Azilah, 38, dan Sirul Azhar, 43, atas tuduhan membunuh.

Sirul diminta cerita kenapa bunuh Altantuya kepada media Australia

SHAH ALAM, 19 JAN: PAS meminta Koperal Sirul Azhar mendedahkan secara keseluruhan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu kepada media Australia ekoran Malaysia masih gagal mendapatkan kerjasama negara itu membawanya pulang bagi berdepan hukuman.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata, kes berkenaan sudah berlarutan sejak sekian lama dan akan terus menjadi isu di seluruh negara sehingga semua soalan berhubung skandal pembunuhan berkenaan terjawab sepenuhnya.
“Kerajaan Australia sudah memaklumkan tidak akan menghantar Sirul pulang kecuali Malaysia memberi jaminan bahawa beliau tidak akan dikenakan hukuman gantung kerana Australia ada prinsip menolak hukuman mati dan dianggap bersubahat jika membenarkannya pulang.
“Saya hendak tahu apa Menteri Luar akan lakukan berhubung kes ini kerana ia tidak boleh dibenarkan terhenti sekadar itu.
“Pada masa sama, saya ingin minta Sirul ceritakan keseluruhannya kepada akhbar Australia mengapa dia bunuh Altantuya,” katanya dalam sidang media di pejabatnya, hari ini.
Pada masa sama, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam turut mempersoalkan bagaimana Sirul yang terlibat dengan pembunuhan berprofil tinggi boleh melepaskan diri sehingga ke Australia dengan mudah.
Katanya, keadaan itu jelas mengelirukan kerana peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal melunaskan bayaran pinjaman dengan mudahnya dihalang pergi ke luar negara.
“Bagaimana Sirul boleh ke luar negara sedangkan orang yang tidak bayar pinjaman PTPTN boleh dihalang dan dirampas pasport mereka.

Dedah motif bunuh Altantuya sebelum hukuman mati

KUALA LUMPUR: Walaupun kes pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu telah berakhir dengan bekas anggota polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didapati bersalah dan dihukum mati namun motif pembunuhan masih menjadi tandanya umum.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata motif adalah elemen yang sangat penting yang menjurus kepada perlakuan membunuh itu malah mereka berdua dijatuhi hukuman atas kesalahan membunuh dengan niat.

Beliau tidak mempersoalkan keputusan mahkamah tetapi adalah tidak wajar, motif pembunuhan tidak didedahkan sehingga menimbulkan persoalan umum kenapa dua anngota tersebut tergamak membunuh seorang wanita luar negara.

"Apa kepentingan dua anggota itu sehingga tergamak membunuh Altantuya?

"Adakah disebabkan agenda peribadi, ada arahankah atau rahsia besar yang bakal didedahkan Altantuya sehingga menghalang mereka berdua untuk naik pangkat sehingga tidak boleh jadi Ketua Polis Negara atau Menteri Dalam Negeri?

"Semua ini menimbulkan tanda tanya. Oleh itu motif perlu dijelaskan supaya tidak wujud spekulasi liar atau salah tanggap tentang tugasan dan kredibiliti anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) yang pernah terlibat dengan operasi khas," kata Mahfuz.

Mahfuz berkata bahawa perbicaraan awal kes ini pernah didedahkan dua anggota UTK terbabit ini sentiasa mendapat arahan untuk menjalankan operasi khas yang membabitkan penjenayah.

"Anggota UTK melakukan tugas mengikut arahan. Adakah pembunuhan ini juga merupakan arahan dan siapa beri arahan?

"Jika tidak ada arahan, adakah ianya bersifat peribadi, jadi jelaskan motifnya," katanya.

Bom Altantuya: Sabitan buka seribu persoalan, kata peguam Sirul

Sabitan kesalahan terhadap bekas polis elit  Sirul Azhar Umar “membuka seribu persoalan” berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata peguamnya Kamarul Hisham Kamaruddin.

Walaupun menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan, Kamarul membangkitkan masalah berhubung motif pembunuhan itu.

“Motifnya tidak dikenal pasti terhadap anak guam sama (sama ada di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Perkara itu, katanya antara perkara yang dibahaskan orang ramai.

Kamarul (kiri), salah seorang daripada tiga peguam Sirul, juga membangkitkan isu panggilan telefon dan pesanan teks antara penganalisis politik Abdul Razak Bagind, DSP Musa Safri dan tertuduh pertama Azilah Hadri.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Sirul mendakwa beliau dijadikan “kambing hitam” untuk “melindungi rancangan mereka”.

Kamarul kemudian mencadangkan bahawa anak guamnya diperangkap dalam kes pembunuhan warganegara Mongolia itu.

Saiful Bukhari dedah arahan TV3 'hentam' Daim..Jeng..Jeng..!!

Saiful Bukhari Azlan, pengadu kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan arahan wajib membuat liputan TV3 terhadap program PKR yang didakwa bertujuan menyerang bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

Dalam tulisan di blognya hari ini, Saiful memuat naik komunikasi WhatsApp yang mengandungi arahan “must cover and use” (wajib buat liputan dan guna) kepada wartawan penyiaran Nik Suryani Megat Deraman pada 25 November lalu.

Arahan yang didakwa daripada “bos besar” itu mengarahkan Nik Suryani, yang juga isterinya, membuat liputan berhubung sidang media anggota parlimen PKR Bukit Katil Shamsul Iskandar Md Akin.

Ia berkaitan desakan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan hasil siasatan terhadap dakwaan kes rasuah Daim di parlimen.

“Bukan niat untuk persoal mengapa TV3 attack (serang) Tun Daim, tapi mahu persoal mengapa beria sangat bagi coverage (liputan) pada PKR? TV3 dah jadi media PKR ke?

“Tak ada orang sendiri yang berani untuk dedah ke? Hari tu Shamsul Iskandar, sekarang ini (Ketua Pembangkang) Anwar Ibrahim pula?” soalnya.

Saiful berkata, beliau ingatkan serangan terhadap Daim itu cuma sekali tetapi “rupanya makin menjadi-jadi”.

Nik Suryani kini tidak lagi berkhidmat dengan TV3 setelah mengambil skim pemberhentian kerja “MSS”.

Putrajaya "gagal dan terus gagal" tangani krisis harga minyak

Anwar: Selangor, NGO paling ke depan bantu mangsa bencana banjir

Menghadapi cuaca sejuk luar biasa pasca banjir

Bagaimana harga minyak murah akan pengaruhi dunia?

Shamsubahrin to SPAD: Stop talking, start working

'SPAD needs management reshuffle'

Pengusaha dakwa 'teksi merah' ada hubungan dengan menteri

ANWAR IBRAHIM 'WITHOUT A SOUL!'

JAHIL kalau tak faham sepenuhnya antara cukai dlm Islam & cukai UMNO@BN..


Adakah admin2 Friends of BN - Barisan Nasionalbenar2 faham konsep, syarat2 & perlaksanaan antara cukai tanah & cukai GST ???

Sebelum nak buat perbandingan, buatlah kajian & selidik terlebih dahulu. Jangan buat perbandingan JAHIL kalau tak faham sepenuhnya antara cukai dlm Islam & cukai BN..

PAS minta Sirul dedah kes Altantuya di media Australia


'Sedia gugur demi negara, tapi tak rela menipu untuk Umno' - Mejar Zaidi


"Janganlah Takut, Takkan Desak Najib Berhenti Boleh Masuk Penjara"

Walaupun semakin ramai pemimpin UMNO menyedari bahawa Najib Razak lebih berpotensi menjerumuskan parti kepada kekalahan dalam pilihanraya umum akan datang, tetapi tidak ada sesiapa yang berani bersuara secara terbuka mengenainya.

Mereka lebih senang memilih untuk berdiam diri sambil menikmati laba daripada jawatan dalam kerajaan atau GLC yang masih disandang atau  kemewahan daripada habuan projek atas nama jawatan dalam parti.

Secara umumnya, mereka tidak sangsi bahawa Najib ketika ini diselubungi dengan pelbagai masalah dan kelemahan, dari hutang negara yang kian bertambah, isu 1MDB, pembaziran, pasaran saham yang menjuman sebagai bukti ketidakyakinan pelabur, ekonomi yang suram dan pelbagai lagi.

Dalam mengurus parti pula, Najib bukan saja gagal mewujudkan keharmonian dalam UMNO, bahkan kepimpinannya yang lemah menjadikan sesama komponen BN lebih banyak berbalah dan bertikam lidah sesama sendiri daripada menunjukkan kesepatakan.

Realitinya, hanya 191 ketua bahagian - itu pun bukan semua - yang masih bersungguh mahu mempertahankan Najib, rata-rata pemimpin di peringkat yang lain mulai terbuka menyatakan harapan dan peluang UMNO akan lebih cerah jika beliau digantikan dengan pemimpin yang lain.

Pemimpin UMNO juga sedar isu yang turut memberatkan lagi penanggungan Najib sebagai Perdana Menteri ialah karenah isterinya, Rosmah Mansor yang tidak habis-habis menimbulkan masalah kepada parti dan negara.

Rosmah bukan saja berbeza dengan isteri-isteri Perdana Menteri sebelum ini yang lebih selesa menjadi pendokong dan penyokong setia kejayaan suami, bahkan penonjolannya yang berlebih-lebihan juga menyebabkan kedudukan timbalan perdana menteri hampir-hampir tenggelam dibanjiri glamour serta publisiti mengenainya.

Jika semasa Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, peranan dan kedudukan timbalannya seperti Musa Hitam, Ghafar Baba, Anwar Ibrahim dan Pak Lah nampak turut menyerlah dan diakui, kerajaan sekarang lebih dikenali sebagai "kerajaan Najib dan Rosmah".

1MDB: Berdiam diri bukan pilihan yang ada di tangan Najib

Oleh K Kabilan

Dalam mesyuarat kabinet terbaru, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu barisan kabinet agar tidak terlalu gusar dengan serangan ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau menjelaskan kontroversi berkaitan 1MDB boleh dirungkai dengan mudah, sambil berkata beliau tenang dengan segala tohmahan. Rakan-rakan kabinet diberitahu perkara itu apabila mereka menyuarakan kegusaran kalau-kalau 1MDB menjadi bebasan besar buat kerajaan Barisan Nasional hari ini.

Mereka bimbang 1MDB disalah urus seperti dakwaan pihak pembangkang, yang berjaya memberi gambaran bahawa perdana menteri kita korup, dan akan tewas teruk dalam pilihanraya akan datang.

Perbincangan tentang 1MDB berlaku beberapa minggu sebelum Arul Kanda Kandasamy diangkat menjadi CEO baharu.

Mungkin Najib percaya Arul berkebolehan menangani kritikan yang dihalakan kepada 1MDB. Arul juga bermula dengan baik dengan memberi penjelasan tentang apa yang akan dilakukannya.

Arul menjelaskan semua kritikan bersifat spekulasi tanpa pengetahuan mendalam tentang angka sebenar. Tetapi beliau enggan menjawab semua kritikan. Arul juga nampaknya hanya bersedia berdepan dakwaan Tony Pua daripada DAP.

1MDB juga telah menemui mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menjelaskan dana kewangannya. Mahathir tidak teruja dengan apa yang dijelaskan dan mahu Arul memberitahu segalanya.

Pampasan RM2.6juta: Faekah serah pada peguam

Telah dinasihatkan oleh peguamnya agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
faekah azmin mbPETALING JAYA: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor, Faekah Husin menjelaskan bahawa pihaknya telah melantik peguam bagi menjawab notis berkenaan arahan pemulangan semula wang pampasan sebanyak RM2.6 juta oleh kerajaan negeri.
Ujarnya, pihaknya telah melantik Tetuan Bon & Associates untuk menjawab segala surat tersebut.
“Kami telah melantik Tetuan Bon & Associates untuk menjawab surat tersebut dan menerima semua suratcara, dokumen mahupun notifikasi bagi pihak kami,” katanya katanya kepada Free Malaysia Today melalui khidmat sistem pesanan ringkas.
Tambah Faekah lagi, beliau juga telah dinasihatkan oleh peguamnya agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Ia dikhuatiri akan memberi prasangka terhadap kes ini,” katanya.
Pihak Tetuan Bon & Associates akan menjadi peguam bagi kesemua pembantu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Hari ini, merupakan hari terakhir untuk Faekah dan tujuh bekas pegawai kanan lain memulangkan semula RM2.6 juta pampasan. Mereka adalah Ketua Pegawai Operasi Rohani Talib, Setiausaha Akhbar Arfa’eza Abd Aziz, Setiausaha Politik Mustafa Talib, Pegawai Penyelaras Rahimah Kamaruddin, Pegawai Komunikasi Khas Dr Sulaiman Masri, Pengurus Penyelidikan Ekonomi Abdul Halim Mohd Yusuf dan Pegawai Akhbar Tuan Nazuri Ismail.‎

Nik Abduh: Ayah mahu rehat


NIK MOHAMAD ABDUH 
KOTA BHARU -  Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan tidak dapat menerima lawatan dalam tempoh terdekat kerana masih uzur.

Dalam satu kenyataan hari ini, anaknya, Nik Mohamad Abduh berkata, bapanya memohon mahu rehat secukupnya setelah kesihatannya kini menurun selepas banjir baru-baru ini.

“Ayahanda dalam keadaan uzur biasa. Dalam sebulan akhir ini, ayahanda telah tidak turun solat di masjid kerana keletihan. Di rumah dengan aktiviti biasa, berjalan, membaca dan rehat.

“Cuma selepas banjir baru-baru ini, kesihatannya menurun sedikit. Apa pun baik insya-ALLAH,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mejar Zaidi: Indoktrinasi pesong konsep 'taat' kepada negara atau parti memerintah..!!

Ramai anggota keselamatan hari ini keliru di antara konsep taat kepada negara dan taat kepada parti yang memerintah, kata bekas juruterbang TUDM, Mejar Zaidi Ahmad.

Kekeliruan itu, katanya, berlaku akibat proses indoktrinasi yang berterusan sejak lama menerusi ceramah dari pegawai atasan dan media.

Zaidi yang aktif menyuarakan pandangan politiknya menerusi laman Facebook "Sokong Mejar Zaidi TUDM" berkata terdapat di kalangan anggota keselamatan menegur tindakannya itu.

"Kebanyakan sama ada mereka didoktrinkan melalui pelbagai talk (ceramah) atau pelbagai media bahawa ketaatan kepada negara itu adalah ketaatan kepada parti yang memerintah.

"Itu adalah satu konsep yang salah.

"Hari ini pun, kalau buka FB ada yang kata, saya ini tidak taat kepada negara, tidak mengikuti sumpah seorang tentera.

"Jadi mereka tak faham konsep itu. Kita berikrar taat kepada negara, kita bukan taat kepada Umno.

"Jadi itu perkara yang berbeza," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Ditanya untuk memperincikan kaedah indoktrinasikan itu, Zaidi berkata pada masa dahulu mereka kebiasannya dimomokkan dengan konsep "jangan lupa tangan yang memberi rezeki".

"Leadership (kepimpinan) di airforce (tentera udara) ini dia akan keliling pengkalan dan antara isu yang dia akan cakap adalah jangan lupa tangan yang menyuap rezeki ke mulut.

'Itu konsep salah'

"Jadi kita kena faham dari perkataan itu.

"Harap-harap ini tak berlaku lagi. Itu konsep salah," katanya.

Kesedaran terhadap perkara itu mendorong Zaidi untuk menggunakan masanya selepas dipecat daripada perkhidmatan, untuk mengelilingi negara membetulkan perkara itu termasuk dakwaan menipu dalam pilihan raya.

Akan disiasat ker page "Anti Fitnah' Friends of BN - Barisan Nasional ni ?


Antara posting lain page FOBN menabur fitnah..

Penstrukturan Belanjawan 2015 perlu ikrar hapus rasuah

GELANG PATAH, 19 JAN: Penstrukturan semula Belanjawan 2015 perlu mengisytharkan komitmen kerajaan memerangi rasuah dan ketidakcekapan kerajaan kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Kit Siang berkata, Malaysia akan terus ketinggalan di belakang China dan Indonesia yang menangkap ‘harimau’ dan ‘buaya’, berbanding Malaysia yang hanya menangkap ‘ikan bilis’.
“Jika kerajaan tak lakukan sesuatu, kedudukan Malaysia di Transparency International (TI) dan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) terus di belakang Indonesia dan China yang pernah duduk di dua tangga terbawah indeks itu.
“Adakah Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak kaji cara China dan Indonesia menangkap ‘harimau’ dan ‘buaya’?
“Sedangkan Malaysia sejak pemerintahan Mahathir, Pak Lah dan Najib hanya mampu tangkap ‘ikan bilis’ saja,” Kit Siang dalam kenyataannya hari ini.
Kata Kit Siang sehingga SPRM kini masih tidak menunjukkan kejayaan cemerlang, sebaliknya hanya menambah birokrasi.
“Kempen ini (perang terhadap rasuah), boleh menyelamatkan Malaysia dan wang pembayar cukai yang berjumlah berbilion ringgit,” ujarnya.
Dalam pada itu kata Kit Siang penstrukturan semula Belanjawan 2015 perlu menyemak peruntukan besar terutamanya kepada JPM.
Semalam, Ahi Parlimen Kluang Liew Chin Tong menggesa kerajaan memotong peruntukan RM7 bilion JPM, dan bukannya mengurangkan belanja sosial ke atas penstrukturan semula Belanjawan 2015.

Penstrukturan Belanjawan: DAP desak Najib adakan sidang Parlimen Khas segera


LKS_Forum_Tun_Razak
KUALA LUMPUR, 18 JAN: DAP mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak segera memanggil sidang Parlimen Khas dalam tempoh 48 jam sebelum mengumumkan penstrukturan semula Belanjawan 2015, 20 Januari ini.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, keengganan untuk memanggil sidang Parlimen Khas seolah-olah penghinaan kepada Parlimen yang meluluskan Belanjawan asal tersebut pada 25 November lalu.
“Sidang Parlimen Khas adalah penting dan perlu dibuat segera kerana selain menyemak Belanjawan 2015, banyak isu-isu yang dihadapi negara harus ditangani.
“Masih belum terlambat untuk Najib memanggil sidang Parlimen Khas kerana ia masih boleh diadakan walaupun dalam tempoh 48 jam.
“Jika tidak, Najib bukan saja menghina Parlimen tetapi melanggar prinsip demokrasi berparlimen,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

KPN perlu bertanggungjawab kematian P Chandran dalam lokap Polis


gobind


KUALA LUMPUR, 19 JAN: Ketua Polis Negara Tan Seri Khalid Abu Bakar perlu bertanggungjawab atas kematian P Chandran dalam tahanan di lokap IPD Dang Wangi pada September 2012.
Ketua Biro Guaman DAP Gobind Singh Deo berkata, sebagai pemimpin badan polis, jelas Khalid gagal memastikan keselamatan tahanan.
“Terlalu ramai yang menjadi mangsa dan begitu ramai yang memperkatakan mengenainya (kematian dalam tahanan) dalam beberapa tahun kebelakangan ini,” ujar Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong.
Gobind mengulas keputusan Koroner Mahkamah Tinggi Ahmad Bache minggu lalu yang mendapati bahawa pihak polis telah bertindak menyalahi undang-undang, cuai dan tidak berperikemanusiaan kepada P Chandran.
Menurut Gobind, koroner Ahmad Bache dalam keputusannya berkata, penelitian pada kamera litar tertutup (CCTV) mendapati P Chandran agak tidak bermaya selama hampir 12 jam.
Kematiannya yang tercatat dalam daftar kematian adalah darah tinggi (hypertension heart disease) dan mangsa tidak diberikan ubat-ubatan dan rawatan semasa dalam tahanan polis, yang menyebabkan kematiannya.
“Mungkin ada pengawasan lebih baik daripada sel polis dan petugas kaunter skrin CCTV,” kenyataan koroner Ahmad Bache dipetik.

Polis patut bawa balik Sirul Azhar, jangan cuai

PETALING JAYA, 19 JAN: Kerajaan perlu bertindak menjejaki dan membawa pulang Koperal Sirul Azhar Umar ke Malaysia untuk menjalani hukuman bersama Cif Inspektor Azilah Hadri.
Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin, berkata, tindakan itu perlu dibuat bagi bersikap adil terhadap Azilah dan sekiranya gagal, ia bakal mendatangkan persepsi negatif pada pandangan rakyat.
“Pada saya ini kecuaian yang berlaku dalam aspek pengurusan kes jenayah dalam negara kerana ia kes yang besar.
“Kita minta Polis mencari Sirul Azhar sehingga dapat kerana tentunya tidak adil kalau Azilah sahaja dikenakan hukuman,” katanya kepada SelangorKini di sini, semalam.
Beliau berkata, persoalan juga wujud dan diyakini ada pihak tertentu yang menasihati Sirul Azhar untuk ke Australia kerana bukan semua orang mengetahui negara terbabit tidak membenarkan ekstradisi dalam kes gantung sampai mati.
“Diyakini ada kelompok tertentu yang memberi nasihat kepadanya yang akhirnya menyebabkan beliau memilih Australia sebagai destinasi.
“Kerajaan khususnya menteri dalam negeri mengambil serius perkara ini kerana hal seperti ini tidak boleh ‘double standard’,” katanya.

Rahim Nor kata Zahid tak perlu tulis surat pada FBI

Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Nor berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi tidak perlu menulis surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) ekoran penahanan individu yang didakwa 'raja judi' Paul Phua, termasuk mengenai statusnya dengan kerajaan.

Menurutnya, anggota keselamatan juga tidak perlu melayan permintaan peguam Paul Phua, yang meminta kerajaan Malaysia menjelaskan kepada Amerika Syarikat (AS), sama ada beliau terlibat dengan kumpulan kongsi gelap 14K Triad, lapor Sinar Harian hari ini.

"Adalah lebih baik jika tidak babitkan menteri. Malah surat itu tidak perlu dijawab oleh mana-mana pegawai kerajaan atau pihak polis.

"Surat itu lebih sesuai dijawab oleh peguam yang tidak semestinya mewakili menteri kerana ia merupakan permintaan peguam yang mewakili Phua sahaja," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Dalam surat bertarikh 18 Disember tahun lalu kepada FBI, Zahid mendakwa Phua bukan anggota kumpulan kongsi gelap itu di Malaysia.

Beliau yang juga MP Bagan Datoh mendedahkan bahawa Phua membantu Malaysia berkaitan "projek keselamatan negara" dan berharap Phua dalam pulang ke Malaysia.

Phua, adalah warga negara Malaysa, kini berdepan dengan pertuduhan perjudian haram di Amerika Syarikat.

Timbul salah sangka

Laporan itu menyebut Rahim sebagai tidak bersetuju dengan tindakan Zahid yang memberitahu tentang kerjasama kerajaan dengan Paul Phua dalam suratnya, sama ada ditanya pihak berkuasa AS atau tidak.

Lepas Daim, SPRM akan jumpa Anwar

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah pun mengambil keterangan mantan menteri kewangan Tun Daim Zainuddin berhubung dakwaan salah laku terhadapnya.

Suruhanjaya itu juga akan berjumpa dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai bukti kukuh berkenaan kes itu.

“SPRM juga mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai bukti supaya bekerjasama dengan SPRM,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull (kanan).

Dalam kenyataannya hari ini, Mohd Shukri berkata, keterangan Daim, Anwar dan lain-lain saksi akan dikemukakan semula kepada timbalan pendakwa raya dan Panel Penilaian Operasi (PPO), badan bebas yang memantau operasi SPRM.

Siasatan ke atas Daim telah dijalankan oleh suruhanjaya yang ketika itu Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1998 dan timbalan pendakwa raya pada masa itu memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA).

Mohd Shukri juga menegaskan bahawa SPRM sentiasa menjalankan fungsinya termasuk siasatan dengan bebas, telus dan profesional berdasarkan Akta SPRM 2009.

Tak Sengaja Ke Australia: Peguam akan cabar cubaan ekstradisi Sirul....Jeng..Jeng..!!

Sekiranya kerajaan Malaysia mahu memfailkan permohonan untuk mengekstradisi Sirul Azhar Umar, pasukan peguamnya akan memfailkan sama di Kuala Lumpur untuk mencabarnya.

Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin (bawah) berkata tindakan itu dibuat kerana permohonan itu bertentangan dengan perjanjian ekstradisi.

"Jika kerajaan Malaysia memfailkan ekstradisi, kami akan failkan permohonan mencabar di sini.

"Ia boleh dilakukan melalui saman kerana perkara itu akan melanggar perjanjian (ekstradisi) yang menetapkan individu berdepan hukuman mati tidak boleh diekstradisi," katanya.

Minggu lalu, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati kepada Sirul dan Azilah Hadri kerana membunuh wanita Mongollia Altantuya Shaariibuu.

Mahkamah itu juga mengeluarkan waran menahan terhadap Sirul.

Bagaimanapun, dilaporkan undang-undang Australia tidak membenarkan pihak yang berdepan dengan hukuman mati tidak dihantar pulang ke negara asal.

K-Pop: K'jaan tak ambil berat isu memalukan umat Islam

ISU gadis bertudung yang memeluk artis K-Pop telah menimbulkan kegemparan di kalangan masyarakat Malaysia. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah mengeluarkan kenyataan bahawa Mahkamah Syariah boleh mengeluarkan waran tangkap jika gadis tersebut tidak bekerjasama dalam siasatan yang dijalankan.
Kes ini akan dibawa ke mahkamah untuk diambil tindakan. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataannya pula berkata tindakan tegas akan diambil terhadap penganjur konsert K-Pop berikutan perlakuan kurang sopan tersebut. Jelasnya, Jawi dan Jakim menggunakan kuasa dalam menangani isu ini.
Walau bagaimanapun, terdapat pandangan bahawa Jawi dan Jakim melampau dalam mengambil tindakan terhadap pihak berkenaan. Mereka melihat bahawa Jawi dan Jakim perlu mendidik dan memberikan kaunseling berbanding menggunakan kuasa mendakwa mereka di mahkamah.
Perlu dijelaskan bahawa berpelukan di antara wanita dan lelaki yang bukan mahram adalah perkara yang ditegah dalam agama dan ia diketahui umum tentang hukumnya (ma u'lima minaddin biddhorurah).
Masyarakat mengetahui tentang hukum tersebut sebagaimana mereka mengetahui tentang haramnya mencuri, berzina, merogol dan lain-lain. Justeru, penggunaan kuasa dalam perkara ini adalah perlu kerana orang ramai tidak jahil tentang perkara tersebut dan tidak memerlukan penerangan untuk difahami.
Islam membenarkan penggunaan kuasa oleh pemerintah sebagaimana hukuman yang ditetapkan oleh Allah kepada pesalah zina, minum arak, mencuri, merompak dan lain-lain.
Saidina Abu Bakar As-Siddiq ketika menjadi Khalifah dalam berhadapan dengan golongan yang tidak mahu mengeluarkan zakat telah menggunakan kuasa dalam memerangi golongan tersebut. Ia adalah kerana perkara tersebut adalah diketahui umum hukumnya.
Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin telah menyebut tentang kepentingan kuasa dalam menjaga agama. Beliau berkata: "Dunia adalah ladang bagi akhirat. Tidak sempurna agama kecuali dengan dunia. Pemerintahan dan agama adalah kembar (yang tidak boleh dipisahkan). Agama adalah asal (asas) dan sultan (kekuasaan) adalah penjaga. Perkara yang tidak ada asal (asas) maka ia akan runtuh dan perkara yang tidak ada penjaga maka ia akan hilang.

Hujan, pembalakan dan banjir di Kelantan

Oleh Dr Wan Nik Wan Yussof
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan

Sesuatu yang pasti ialah kejadian banjir berlaku apabila air dari sungai melimpah memenuhi dataran dan lembah serta menenggelami permukaan yang kebiasaanya tidak digenangi air.
Punca air hujan yang banyak melebihi daripada kebiasaan pada musim-musim tertentu  atau beberapa hari berturut-turut adalah antara kemungkinan menyebabkan banjir.
Dalam konteks kawasan yang mengalami musim monsun, seperti di Kelantan jumlah turunan hujan yang lebat beberapa hari biasanya menyebabkan banjir.
Sebagaimana catatan hujan di semua 13 pusat sukatan hujan seluruh Kelantan pada Disember 2014 lalu, menunjukkan hujan yang turun dalam tempoh berpanjangan pada 17-25 Disember (sembilan hari).
Sementara catatan pada hari-hari tertentu didapati turunan hujannya melebihi daripda kebiasaan. Antaranya, pada 17 Disember sahaja, jumlah turunan direkodkan di semua 13 pusat ialah berjumlah 2,596 mm dan catatan tertinggi ialah di pusat sukatan hujan Kusial Tanah Merah sebanyak 414 mm.
Begitu pula catatan pada 22 Disember, jumlah sukatan di semua pusat ialah 2,161 mm dengan catatan tertinggi direkodkan di pusat sukatan hujan Gunung Gagau, Gua Musang iaitu 478 mm.
Ia diikuti dengan catatan di pusat sukatan yang lain di Gua Musang (Kg Aring, Kg Laloh, dan di Gua Musang sendiri) dan di Kuala Krai ( Dabong dan Tualang) kesemuanya adalah melebihi 200 mm.
Demikian lagi, bagi catatan turunan hujan di Gunung Gagau, Gua Musang mencatatkan turunan hujan lebat yang luar biasa selama tiga hari berturut-turut (21-23 Disember) dengan rekod turunan ialah 302 mm, 478 mm dan 515 mm yang bersamaan 1,295 mm.
Berdasarkan pengalaman ini, pakar kajicuaca menilainya sebagai, “jumlah turunan selama tiga hari ini adalah menyamai dengan 64 hari turunan hujan pada hari-hari biasa (20.23 mm sehari).”
Faktor hujan lebat ditambah pula dengan kedudukan Gunung Gagau pada aras ketinggian melebihi 4,500 kaki dari aras laut sudah cukup dan mampu meluncurkan gerakan air yang laju dan mampu membentuk turunan gelombang menerjah lurah dan tebing sungai.
Atas faktor inilah menjadi salah satu punca utama kejadian banjir yang melanda Gua Musang dan Kuala Krai dan akhirnya melimpahi sampai ke Kota Bharu. Maka terjadilahbanjir 2014 lalu sebagai suatu fenomena banjir agak besar berbanding banjir-banjir sebelum ini.
Kuota perhutanan
Pembalakan merupakan satu aktiviti tradisi yang dikaitkan dengan usaha pembangunan tanah dan hasil ekonomi Negeri Kelantan. Bagi membangunkan ladang di kawasan hutan perlu ditebang pelbagai jenis pokok hutan.

Siapa sanggup jumpa remaja perempuan dipeluk K-Pop?

BUDAYA hedonisme merupakan antara faktor yang banyak menyongsang akhlak dan peribadi anak muda. Sedangkan golongan ini merupakan tonggak utama dalam memacu pembangunan negara. Berikut kupasan daripada Ahli Parlimen Belia Negeri Perak dari Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat Dan Kesihatan, Nur Najihah Muhaimin yang juga Koordinator Pusat Pendidikan Ummah, Teluk Intan.

HARAKAH: Budaya hedonisme menyebabkan akhlak anak muda tidak dapat dikawal. Sejauh mana kawalan kerajaan bagi membendung budaya ini daripada terus menjalar?

NUR NAJIHAH MUHAIMIN: Budaya hedonisme agak merisaukan. Hasil daripada budaya ini, jangan terkejut dengan kelakuan gadis pada konsert K-Pop. Maknanya jika kita hendak membina sesebuah negara itu kita memerlukan kualiti berdasarkan agama. Banyak hiburan yang telah malampaui batasan yang menyebabkan ada anak muda tidak tahu apa yang dia boleh buat untuk negaranya.

Bagi yang menyedari adanya Parlimen Belia, dia akan menyertainya. Bagi saya, sepatutnya sedari awal semangat kesukarelawan juga harus dipupuk. Jika di United Kingdom, ia mempunyai sistem pendidikan yang menekankan semangat kesukarelawan, terjun kepada masyarakat. Sewaktu tadika lagi kita dapat lihat kanak-kanak tadika memegang 'flyers' untuk kempen alam sekitar di hadapan rumah pemimpin negara. Sedikit sebanyak ia dapat mendidik kanak-kanak semangat sukarelawan.

Kerajaan juga nampaknya cuba untuk mengajak masyarakat ke arah positif apabila menganjurkan program-program seperti Malam Cinta Rasul. Tetapi masa yang sama konsert-konsert juga dibenarkan. Sejak 2010, tidak kurang 11 konsert K-Pop diadakan di Malaysia tidak termasuk konsert artis Barat yang lain. Sampai bilakah kecelaruan ini akan berterusan?

Kita meraikan mereka yang meminati hiburan, cuma kita kena fikirkan kesan hiburan itu pada masa akan datang. Adakah melalui hiburan itu ia boleh menghasilkan pemimpin yang bagus atau menghasilkan rakyat yang inginkan hiburan semata-mata. Mungkin kerajaan boleh hadkan konsert yang boleh diadakan setiap tahun dan kena tengok juga artis itu bagaimana.

Paulsen berdegil, minta Sirul dedahkan semuanya

Walaupun disoalsiasat oleh pihak polis mengenai ‘tweet’ mengkritik JAKIM, peguam Eric Paulsen masih tidak serik-serik menyatakan pendapatnya di Twitter.

eric paulsen sirul tell allPETALING JAYA : Peguam Hak Asasi Manusia dan pendiri Lawyers for Liberty Eric Paulsen melalui satu ‘tweet’ mendesak Sirul Azhar Umar yang dihukum gantung untuk mendedahkan ‘semuanya’.
Dalam ‘tweet’ terbarunya, Paulsen berkata, “Sirul – your backers have abandoned u. Time to tell all?” (Sirul – penyokong kamu sudah tinggalkan kamu. Masanya untuk dedahkan semuanya?)
Sirul dipercayai berada di Australia demi menghindar hukuman gantung sampai mati kerana keterlibatannya didalam pembunuhan Altantuya. Australia tidak mengiktiraf hukuman mati.
Merujuk kepada keengganan kerajaan Australia untuk berkerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk mengekstradisikan Sirul, Paulsen menerusi satu ‘tweet’ menulis, “Sirul committed murder, hardly a political offence requiring asylum although it was politically convenient for whoever paid/instructed him.” (Sirul telah membunuh, bukan kesalahan politik yang memerlukan suaka politik tetapi (keadaan ini) pasti menyenangkan sesiapa yang membayar dan memerintah.)
Paulsen juga menasihatkan Australia, “Australia harus menilai semula syarat-syarat meluluskan suaka politik dan undang-undang ekstradisi yang mengundang kontroversi dimana seorang pembunuh mendapat perlindungan istimewa lebih dari pemohon suaka.”
Beliau juga mendesak pihak polis supaya tidak membazir masa berpolitik tetapi lebih memperhatikan penjenayah seperti Sirul, merujuk kepada penangkapan beliau minggu lalu berkenaan ‘tweet’ yang mengkritik JAKIM.

Serangan Kepada Daim Lebih Merugikan Najib

Media arus perdana dan pemimpin UMNO terlihat semakin rancak melancarkan serangan terhadap bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin berhubung kekayaannya yang dianggap luar biasa. Pemilik media sosial pro Najib pula menyambut serangan itu dengan tujuan menyebar-luasnya, manakala setengah yang lain menokok tambah dengan pelbagai rekaan fakta supaya lebih menarik untuk dibaca.

Jika sebelum ini serangan terhadap Daim hanyalah mainan parti-parti pembangkang, kini media di bawah kawalan Najib serta beberapa pemimpin UMNO turut tumpang semangkuk dengannya.

Tidak cukup dengan ruang masa di saluran arus perdana, blog dan media sosial melakukannya , sebuah video klip berkaitan seks yang turut dikaitkan dengan Daim juga tersebar meluas sekarang ini.

Seorang pemimpin Selangor iaitu Ketua UMNO Bahagian Subang, Zein Isma Ismail berkata, jika Daim boleh menyerang Najib, maka bekas Menteri Kewangan itu haruslah juga bersedia menghadapi serangan balas daripada penyokong Perdana Menteri pula.

Inilah politik, katanya yang juga Ketua Penerangan UMNO Selangor.

Barangkali media arus perdana dan blogger berbayar  juga mempunyai pemikiran yang sama iaitu jika Daim sudah menyerang, bersedialah pula untuk diserang.

Tentunya juga, niat dan firasat mereka ini, apabila serangan balas dilakukan secara meluas dan berterusan, ia akan menyebabkan Daim terdiam dan berhenti daripada menegur atau mengkritik Najib.

Soalnya, adakah Daim akan diam?

Sementara sudah memberi perakuan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM berhubung kekayaan yang dimilikinya, mereka yang menyerang Daim seharusnya sedar bahawa teguran Daim ialah untuk kebaikan UMNO dan BN bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

Masyarakat Bising: Bentuk Masyarakat Masa Depan

Paling parah, lagi banyak kita kepoh dalam sehari, lagi perasan kita sedang memperbaiki masyarakat!
oleh Dian Anais
Rahsia dosa komputer
Masyarakat-Melayu“Masyarakat bising”, adalah frasa yang paling sesuai untuk menggambarkan bentuk masyarakat kita mutakhir ini. Ini adalah masyarakat yang laju bila bercakap (termasuklah menaip), sehingga hampir tidak ada sela antara satu percakapan dengan percakapan yang lain.
Persoalannya, mengapa masyarakat bising ini semakin hari semakin jelas kelihatan di negara kita? Saya fikir jawapannya kerana komputer (dibaca juga: teknologi).
Sebelum saya “dedahkan” rahsia berkenaan “dosa” besar komputer kepada pembentukan masyarakat bising kita, maka izinkan saya terlebih dahulu membawa contoh mengenai isu K-pop yang timbul baru-baru ini.
Sebelum berlaku kontroversi K-pop, siapa yang sangka peristiwa ini boleh jadi isu di Malaysia? Sudah pasti, tiada siapapun yang sangka. Semuanya bermula gara-gara sebuah laporan media. Tanpa laporan media, kita semua takkan heboh pun.
Kemudian, siapa boleh meneka bahawa anak gadis tempatan yang berpeluk dan bercium dengan K-pop mahu diambil tindakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)? Tiada siapa pun yang sangka, sehinggalah media melaporkannya, dan mungkin ramai yang jengkel dan membantahnya.
Setelah itu, siapa boleh meramalkan bahawa nama isteri Perdana Menteri dan Shah Rukh Khan boleh turut terheret dalam isu K-pop? Justeru, kontroversi K-pop ini menunjukkan bahawa kita sebenarnya dipaksa bercakap atas leretan isu dan rantaian percakapan orang lain.
Percakapan kita bukan sahaja dibantu oleh laporan media arus perdana, tapi juga dari lambakan media sosial. Sebab itu, bila ada menteri mengulas kontroversi K-pop, maka kita terhegeh-hegeh terlibat sama dalam memberi tanggapan: mencemuh/memuji.
Reaksi penyebab kebisingan melampau
Semua becok mengulas. Semua sibuk menjadi pengamat kepada apa yang telah diamati oleh orang lain. Di sini, tiada lagi reaksi autentik, sebaliknya semuanya adalah reaksi atas reaksi.
Reaksi atas reaksi inilah yang menyebabkan kebisingan yang melampau. Kebisingan ini bukan sahaja dibantu oleh kebanjiran pengamat sosial (amatur dan profesional), tapi turut dirangsang oleh kemudahan komunikasi yang ada.

Anwar Ibrahim: Kerajaan Perlu Bertindak Segera

Anwar Ibrahim: Falling Oil Prices & Plunging Ringgit - Government Must Step Up To The Plate

Anwar Ibrahim: Stop Using The Charlie Hebdo Shooting To Reintroduce The Sedition Act

Anwar Ibrahim: An Immediate Special Budget Session To Discuss The Reduced Oil Revenue