Sabtu, 17 Januari 2015

Keamanan bermula dari Najib ??? Adakah sebelum ini tidak aman ???


Aman dari segi apa ???..
...AMAN peluk yg bukan mahram,
...AMAN peluk atlit negara yg harumkan nama negara,
...AMAN buat maksiat,
...AMAN jaja fitnah,
...AMAN langgar hukum Allah, 
...AMAN tolak hukum Allah ka,
...AMAN menyamun duit2 rakyat,
...AMAN bercuti ke luar negara guna aset kerajaan & wang rakyat

AMAN PERBODOHKAN RAKYAT setelah dijamu duit2 BR1M

PKR minta Zahid perjelas beri projek kepada Bestinet

johariAbdul
Kata Johari, Ahmad Zahid perlu mendedahkan berapakah nilai kontrak tersebut serta apakah cara bayaran kerajaan atau majikan perlu membayar kepada Bestinet Sdn Bhd.

PKR meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan mengenai penganugerahan projek pemeriksaan kesihatan pekerja-pekerja asing di negara dan permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR) secara atas talian kepada Bestinet Sdn. Bhd.
Dalam kenyataan bersama Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Lee Chean Chung,  seperti isu MyEG dalam pembaharuan PLKS, ia merupakan satu lagi sistem yang cuba memonopoli urusan pekerja-pekerja asing dalam bidang yang lebih luas.
Johari berkata, majikan  tidak boleh lagi berurusan di kaunter dan semua pemeriksaan kesihatan di negara sumber dan permohonan VDR mesti dilakukan sepenuhnya atas talian melalui sistem tersebut.
“Pastinya sistem komprehensif ini melibatkan kos pembangunan yang besar dan syarikat swasta tidak mungkin membekalkan perkhidmatan tersebut secara percuma.
“Oleh itu, kami meminta Ahmad Zahid mendedahkan berapakah nilai kontrak tersebut serta apakah cara bayaran kerajaan atau majikan perlu membayar kepada Bestinet dan adakah kontrak tersebut dianugerahkan melalui tender terbuka serta mengapakah tugasan penting ini boleh disumberluarkan kepada sebuah syarikat swasta? soalnya dalam sidang media di sini.

Siapa Rompak ?: Sarawak guna dron pantau pembalakan haram

Cukuplah dengan rompakan kayu balak secara terang-terang pada siang hari.
Adenan Satem_kayuKAPIT: Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan penggunaan pesawat dron bagi memantau kegiatan pembalakan haram di negeri ini, kata Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.
Menurut beliau, langkah membekalkan senjata kepada pegawai-pegawai Jabatan Perhutanan nampaknya tidak memadai untuk Sarawak bagi membanteras kegiatan itu di negeri ini.
“Cukuplah dengan rompakan kayu balak secara terang-terang pada siang hari. Saya tidak akan bertolak ansur lagi,” tegas beliau.
Tanpa memberikan butiran lanjut lanjut mengenai dron, Adenan berkata, kerajaan tidak lagi akan mengeluarkan konsesi balak.
Kerajaan negeri baru-baru ini telah membekalkan 29 kenderaan pacuan empat roda dan 50 laras senapang patah kepada Jabatan Perhutanan dalam usaha untuk memerangi pembalakan haram di negeri ini.
Tahun lepas sahaja kayu balak haram bernilai kira-kira RM41.16 juta dirampas di Sarawak.

Pihak JAWI dah ambil tindakan ka blom ??? .. banyak kali sudah di buat REPORT....


Laporan polis telah dibuat 2 kali, pd 19/11/2013 di Balai Polis Bukit Mertajam, Pulau Pinang DAN pada 10/12/2011 lagi jam 12.20pm di Balai Polis Jln Dang Wangi, KL oleh Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS).

Laporan kepada SKMM pun dah dibuat...

Namun setakat ini, polis dah siasat ka. SKMM dah ambil tindakan kah.

Jawapannya, tahu sendirilah . Kalau bukan UMNO dibelakang video itu dah lama kena buang di laman maya. Dah lama polis buat kenyataan tentang siasatan.

Tak perlu lah Noh Omar nak nafi sebelum ini, tindakan polis ini pun dah boleh diagak siapa dibelakang video tu.

Bukan payah pun kalau polis nak tahu siapa buat video hina hudud ini . Bukankah ramai pelakon yang terbentang muka mereka boleh disiasat.

Jika polis buat kerja , dari maklumat pelakon tu pun dah boleh tahu siapa dibelakang video itu.

Namun, tak perlulah mengharap siasatan serius dari polis kerana yang dibelasah dalam video tu adalah PAS dah hukum Allah.

Jika UMNO yang dibelasah, tak perlu laporan polis pun mungkin polis dah siasat, SKMM dah tutup video tu.

Jadi nak tahu betulkah UMNO dibelakang video Sembang Rakyat hina hudud lihatlah tindakan polis dan SKMM.

Ada tak sesiapa yg jumpa mana2 kenyataan dari pihak berkuasa sebelum ini?

Controversial Charlie Hebdo cartoon causes unrest in Middle East

SPRM: Tiada Istilah Pilih Kasih Siasat Kes Rasuah

Anti-Charlie protests turn violent in Niger, Pakistan and Algeria

Tinjauan: Harga Minyak Turun, Harga Barang Kekal

Agihan Dana Banjir Dipantau Jawatankuasa Khas - SPRM

TEKNIK PENYALURAN AIR BUKIT BANTU BEKAL AIR BERSIH

BANJIR TINGGAL KESAN MENDALAM DI KG DABUNG KUALA KRAI

JKKKP@UMNO akan urus daftar pemilih, kata menteri

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kini diberikan peranan baharu untuk menguruskan pendaftaran pemilih di seluruh negara, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberikan persetujuan akhir tahun lepas supaya JKKKP membantu mereka mengemas kini maklumat serta mendaftar pemilih baharu mengikut peraturan sedia ada di kawasan masing-masing.
"JKKKP adalah anggota bergaji oleh pihak kerajaan seumpama Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) ataupun Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang akan jadi pihak menguruskan daftar pemilih di peringkat bahagian," katanya di Bangunan Umno Selangor, Shah Alam hari ini.
Turut hadir Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar. Shafie yang juga Naib Presiden Umno berkata usaha melantik JKKKP sebagai pegawai bertauliah bagi menguruskan pendaftaran pemilih di seluruh negara adalah untuk memastikan proses pendaftaran pemilih dapat dilakukan dengan lebih berkesan berlandaskan tuntutan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Penstrukturan semula Bajet 2015 tangani kemerosotan nilai ringgit, harga minyak

IPOH: Penstrukturan semula Bajet 2015 mungkin dibuat sebagai langkah menangani kemerosotan nilai ringgit dan penurunan harga minyak, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, kerajaan telah menjalankan kajian mengenainya dan ia akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak 20 Januari ini.

"Kedua-dua faktor ini mempunyai impak positif berbanding negatif. Jadi Perdana Menteri akan membuat pengumuman pada 20 Januari ini," katanya selepas merasmikan pintu gerbang Sungai Rokam dan penyerahan van jenazah kepada Masjid Sungai Rokam hari ini.

Menurutnya, kerajaan tidak tahu apa akan berlaku kepada ekonomi dunia pada masa depan, namun berharap keadaan yang tidak menentu dapat diatasi.

"Matlamat kita adalah menjadi negara berpendapatan tinggi pada 2020. Ini asas kepada kerajaan, swasta, rakyat dan badan bukan kerajaan. Cabaran perlu dilihat daripada segi positif bukan negatif," katanya.

Ahmad Husni berkata, bagi mengatasi cabaran itu, kita tidak boleh bergantung kepada kerajaan semata-mata, tetapi memerlukan gabungan semua pihak, termasuk sektor swasta, pekerja dan rakyat.

"Seperti kita hadapi cabaran banjir, ia turut melibatkan kerjasama dan bantuan daripada badan bukan kerajaan," katanya.

Harga minyak turun, harga barang kekal?

Tinjauan Sinar Harian di Pasar Borong Seksyen 6 Shah Alam, hari ini. 
Walaupun negara sudah menikmati kadar harga minyak yang rendah sejak bulan lalu namun, rakyat masih membayar harga barang keperluan pada kadar sama ketika harga minyak melambung.
Ikuti tinjauan Sinar Harian mengenai isu tersebut di Pasar Borong Seksyen 6 Shah Alam, hari ini.
Menurut mahasiswa daripada  Management and Science University (MSU), Nur Farra Kamal Ariffin, 23, berkata tiada perubahan harga  kerana harga barangan yang dibelinya masih mengekalkan harga lama.
“Setakat ini harga masih sama, terutama harga makanan , kerana kedai yang saya pergi masih mengekalkan harga yang sama ketika harga minyak melambung dahulu.
“Mungkin peniaga hendak menjaga kos dan keuntungan…tetapi bagi saya kalau masih berpatutan saya kira OKlah,” katanya.
Sementara itu menurut, Nadia Farhana Mahmood, 24,  yang juga merupakan mahasiswa MSU, berkata beliau turut bersependapat dengan Nur Farra, kerana sepanjang pengamatannya beliau berkata, tiada usaha daripada peniaga untuk menurunkan harga barang walaupun harga minyak turun sebanyak 20 sen.
“Yang saya tahu semua harga masih sama, masih macam dahulu, “ katanya.
Dalam pada itu, Sinar Harian Online telah menemui peniaga bagi menjelaskan isu ini.
Jelas peniaga runcit, Wan Abd Satar,  70,  berkata dia sebagai peruncit terpaksa mengambil barangan daripada pemborong dan terpaksa ‘menelan’ harga pemborong.

“Harga tetap sama…tetapi adalah sikit turun macam bawang dan kentang misalnya adalah turun sedikit. 

Cadangan SPR tambah tujuh kerusi DUN Sabah beri kelebihan pada UMNO-BN


chan foong hin


KOTA KINABALU, 17 JAN: DAP Sabah membantah keras taktik kotor Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan menambah tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui cadangan persempadanan baru yang menyebelahi UMNO-BN.
Naib Pengerusi DAP negeri Chan Foong Hin berkata, sekurang-kurangnya empat daripada tujuh kerusi dicadangkan di kawasalan selamat dan memberi kelebihan kepada UMNO-BN.
“Berdasarkan kepada lokasi kerusi tersebut, hanya Kota Marudu saja yang memperoleh jumlah undi pembangkang lebih besar dari BN pada PRU lalu,” kata Foong Hin, lapor Malaysiakini.
Pada 7 Januari lalu, Pengarah SPR Sabah Md Idrus Ismail memaklumkan pihaknya telah mengemukakan cadangan persempadanan baru untuk kelulusan
Difahamkan Sabah akan mendapat tujuh kawasan pilihan raya negeri baru iaitu Darau di Sepanggar, Mengkabong di Tuaran, Limbahau di Papar, Pandasan di Kota Belud, Sepagaya di Lahad Datu, Langkon di Kota Marudu dan Bukit Garam di Kinabatangan.

'Ke mana pergi bantuan banjir RM459j?'

Penasihat DAP Lim Kit Siang menggesa Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan digesa menjelaskan mengenai penyaluran wang didakwa sebanyak RM800 juta yang didakwa diagihkan untuk mangsa banjir.

MP Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata ini kerana Majlis Keselamatan Negara (MKN) sendiri hanya mengakui sebanyak RM41 juta sahaja telah diagihkan setakat ini.

Pada masa sama, MKN memberitahu yang setakat ini juga bantuan yang sepatutnya diperuntukkan adalah sebanyak RM500 juta sahaja.

Lim memetik angka-angka tersebut daripada wawancara The Malay Mail Online (MMO) dengan Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

"Semalam, 16 Januari rahsia akhirnya terbongkar. Ahmad Maslan tidak bercakap benar kerana kerajaan Persekutuan tidak pernah berbelanja sebanyak RM800 juta ke atas mangsa banjir pada 5 Januari," kata Lim.

"Dari mana datangnya angka RM800 juta yang disebutkan Ahmad Maslan?," tanya Lim.

Wan Ji: Kritik khutbah Jakim bukan kritik Islam

Sebilangan tujuan (syariah) adalah menjaga gambaran (imej) baik tentang Islam, demikian pesan Syaikh Dr Abdullah bin Bayyah.

Walaupun ringkas, kandungan pesanan ini amat penting. Jika diabaikan, ia boleh memberi kesan besar kepada sudut pandang manusia terhadap agama Islam.

Seperti diyakini dan dipercayai ramai penganutnya, Islam hadir untuk membebaskan manusia daripada kongkongan kejumudan.

Sebaliknya, kejumudan kini menular di kalangan umat Islam. Ia berlaku bukan kerana sifat agama Islam, tetapi sikap sebilangan orang Islam yang tidak bertanggungjawab terhadap agama Islam.

Sikap jumud ini menjadikan imej Islam semakin tercalar. Lebih menyedihkan, imej buruk melekat dalam benak fikiran orang bukan Islam.

Memikirkan tentang tentang perkara ini, kita akan nampak bahawa banyak tindakan Jakim boleh dianggap sebagai penyumbang kepada pencalaran imej agama Islam.

Ini kerana, banyak pandangan Jakim tidak mempamerkan keluasan Islam seperti ajarannya yang sebenar.

Isu beri makan pada anjing

Malahan ia bercanggah dengan prinsip asas Islam seperti rahmat, kebijaksanaan, fitrah dan sebagainya. Ini dapat dilihat dalam beberapa kes-kes kendalian Jakim.

Contohnya, tindakan Jakim yang menganggap salah, malahan menangkap seorang anak gadis melayu bernama Maznah Mohd Yusuf (Chetz) atas dakwaan menghina Islam kerana memberi makan kepada anjing yang dikhabarkan berlaku dalam bulan Ramadan.  

'LIDAH BERCABANG' UMNO Berpisah Tiada !!!

Adakah MEMAKI HAMUN juga satu prinsip asas UMNO dlm jamin keharmonian negara ???

PERKASA penghasut kata Ku Nan

kunan_M
Ku Nan mempersoalkan motif PERKASA membantah pembinaan kuil di Putrajaya.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melabelkan PERKASA sebagai ‘penghasut’ kerana cuba memulakan ketegangan isu membina kuil Hindu di Putrajaya.
“Mereka cuba menghasut dan ini tidak baik dan tidak adil,” katanya ketika ditemui oleh pemberita selepas merasmikan rumah contoh Kediaman Parkhill, di sini hari ini.
Ku Nan mempersoalkan motif PERKASA membantah pembinaan kuil itu.
“Tidak bemakna sekiranya kita membina kuil di Putrajaya, semua orang akan jadi Hindu,” katanya.
Katanya lagi kuil yang dibina itu merupakan yang lebih ‘moden’.
“Ia berbeza dari kuil yang lain. Ia bukan sekadar kuil tetapi juga mampu menarik pelancong asing dan mempunyai dewan serta perpustakaan.
“Kuil itu tidak akan mempunyai hiasan luaran seperti lazimnya,” katanya.
Ku Nan berkata inspirasi membina kuil berkenaan datangnya dari India.
“Ia lebih dari sekadar sebuah kuil dan orang ramai boleh menggunakannya, tidak saja kepada orang Hindu.
“Malah penganut agama Islam dan Kristian juga boleh menggunakannya.”

Kami siasat tanpa pilih kasih – SPRM

Tiada ruang untuk mendakwa agensi tidak mahu, ataupun mahu menyiasat sebarang kes yang mempunyai unsur rasuah.
Tan Sri Abu Kassim Mohamed sprmSHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan, ia tidak pernah mengamalkan sikap pilih kasih atau takut ketika menyiasat kes rasuah.
Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, pihaknya akan memastikan setiap kes rasuah mempunyai bukti yang jelas berlaku perilaku rasuah.
Jelasnya, SPRM mempunyai polisi untuk menyiasat mana-mana kes yang terbukti mempunyai unsur rasuah.
Beliau berkata: “Kita lihat saja, kalau ada kes rasuah, satu jawatankuasa menyemak dan kalau betul rasuah, ada bukti-bukti yang jelas, kita siasat.
“Kalau tiada butir langsung tentang rasuah, kita tengok (siasat) tapi kita mungkin minta orang berkaitan untuk membantu kita mendapatkan maklumat yang lebih kerana kita perlukan butir-butir dalam siasatan,” jelasnya, lapor Sinar Harian.
Mengulas lanjut, Abu Kassim memberitahu, disebabkan polisi suruhanjaya adalah menyiasat kes rasuah maka tiada ruang untuk mendakwa agensi tidak mahu, ataupun mahu menyiasat sebarang kes yang mempunyai unsur rasuah.
Jelasnya, beliau tidak menjawab sebarang soalan mengenai sesuatu kes secara spesifik dan menambah, ”saya akan beritahu anda apa polisi kami, polisi kami adalah untuk siasat kes rasuah tanpa rasa takut atau pilih kasih.”
“Kalau kita tak siasat kita kena bentang kepada satu jawatankuasa bebas. Jadi, tidak ada ruang, sebab untuk mengatakan SPRM tak mahu siasat atau mahu siasat,” kata beliau.

Mama adalah ibu kita semua. Kita semua adalah anak mama. Jadi mama boleh peluk kita!!!


Sumpahan emas hitam, kesan kepada rakyat

RAKYAT Malaysia sekali lagi dilanda kekeliruan dan kebingungan apabila mata wang ringgit mula menjunam secara mendadak. Kepada masyarakat awam, umumnya masih lagi tidak dapat memahami impak langsung kepada kehidupan seharian mereka. Bagi yang mahu ambil tahu, kronologi perkara yang berlaku sebenarnya secara sedar atau tidak sedar, lambat laun akan menghambat kedudukan belanjawan keluarga majoriti masyarakat umum di Malaysia.
http://310627192.r.worldcdn.net/media/k2/items/cache/0b08f0ea8ce344a4766c5fc17e6bcad4_XL.jpg Apa yang berlaku bukanlah sesuatu yang terjadi secara tiba-tiba, kerana rentetan perkara yang berlaku dari segi geopolitik dunia sebenarnya telah memberikan petanda-petanda awal kepada apa yang terjadi sekarang. Mahu tidak mahu, Malaysia tidak terkecuali dari menerima kesan daripada permainan kuasa-kuasa besar dunia. 
Bermula dari kekacauan dan ketidakstabilan politik di Timur Tengah, peningkatan kuasa ekonomi dan ketenteraan Republik China dan kemerosotan pengaruh Russia ke atas negara-negara bekas Soviet Union yang mana kemuncaknya apabila berlakunya perpecahan Negara Ukraine sehingga memaksa Russia campur tangan secara langsung ke atas konflik Ukraine untuk memastikan armada tentera lautnya masih mempunyai akses ke laut Mediterranean. Kesemua yang berlaku ini, walaupun pada hakikatnya berlaku ratusan ribu jauhnya dari bumi Malaysia yang tercinta ini, hakikatnya mempunyai kesan langsung kepada ekonomi Negara ini. 

Keadaan ekonomi sekarang mungkin sedikit berbeza semasa krisis ekonomi pada tahun 1997-1998 di mana hutang luar Malaysia (kerajaan dan swasta) rendah dan rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia yang lebih besar tetapi kerajaan perlu mengambil langkah-langkah drastik dari sekarang dan tidak mengabaikan kesan penurunan harga minyak.
Kemajuan teknologi hari ini menukar bentuk dan cara penjajahan secara tidak langsung ke atas negara-negara yang hatta tidak mempunyai sempadan dari segi geografi pun malahan yang terletak di ceruk dunia sekali pun, mampu dijajah tanpa perlu pencerobohan secara fizikal. Kebanyakan masyarakat mungkin tidak mengerti kesan yang berlaku kerana pada pandangan mata kasar mereka kereta kebal, mesingan, peluru, rusuhan ganas, bom dan berbagai-bagai lagi yang berlaku itu tidak menjejaskan secara langsung kesan lahiriah kepada mereka.
Apa yang masyarakat tidak sedar, adalah penduduk Malaysia mempunyai suatu kesamaan yang tidak dapat dinafikan dengan lain-lain penduduk di muka bumi iaitu petroleum. Petroleum adalah suatu bahan asas yang digunakan oleh hampir kesemua penduduk di muka bumi yang menjadi nadi penggerak untuk menjana aktiviti harian mereka. Bagi negara-negara yang dianugerahkan sumber petroleum, dianggap sangat bertuah kerana mempunyai komoditi ini sehingga ia digelar sebagai EMAS HITAM. Malaysia tidak terkecuali dan sememangnya tanah air tercinta ini sangat bertuah kerana dikurniakan Allah SWT bahan petroleum ini. 
Ditambah lagi dengan kualiti minyak mentah yang tinggi, kos operasi dan penggerudian yang rendah jika dibandingkan dengan sesetengah negara lain. Hampir tiga dekad, emas hitam ini telah menjadi nadi denyut jantung ekonomi Negara. Selama tiga dekad ini juga, hasil mahsul minyak yang diuruskan oleh pemegang amanah yang dilantik iaitu PETRONAS telah menyumbang sehingga hampir separuh kepada belanjawan negara. Seiring dengan perkembangan ekonomi dunia dan serantau, Malaysia turut sama menikmati perkembangan ekonomi yang agak baik dalam tempoh tersebut sehingga mungkin kerajaan yang mentadbir terlupa dan terleka bahawa kehidupan dunia ini umpama putaran roda. Hakikat putaran kehidupan sememangnya akan ada masa senang, dan susah tentunya akan tiba masa susah. Seperti dalam mana-mana perkara yang wujud di dalam dunia akan sentiasa mempunyai lawannya; hidup lawannya mati, pasang lawannya surut, terang lawannya gelap, senang lawannya susah.

Berani kerana benar, BENAR KERANA ALLAH.. Allahuakbar...!!!


CEO 1MDB dicadang beri keterangan kepada PAC


Tony Pua


KUALA LUMPUR, 17 JAN: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kandasamy perlu memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai pelaburan syarikat itu jika benar bersih dan telus seperti didakwanya.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, ia perlu dibuat memandangkan ‘penelitian awam mengenai 1MDB merupakan perkara yang baik’, dan Arul perlu menawarkan diri menjelaskan kepada PAC bagi ‘mengukuhkan syarikat dan urusan pentadbirannya’.
“Bagi mengelak dari sebarang tuduhan kononnya saya mempunyai agenda politik bertujuan memutarbelit dan memanipulasi 1MDB, lebih baik Arul memberi keterangan kepada PAC.
“PAC terdiri daripada tujuh pemimpin BN dan lima Pakatan Rakyat, wakil yang dilantik ini tidak boleh dituduh berat sebelah serta dilihat lebih adil,” kata Tony dalam satu kenyataan, hari ini.
Tegasnya, penjelasan dan pertemuan bersama PAC penting bagi menjawab pelbagai penyelewengan 1MDB supaya rakyat Malaysia mendapat maklumat penuh mengenainya.
Media semalam melaporkan bahawa Arul menawarkan diri untuk bersemuka dengan Tony bagi mendapatkan maklumat mengenai dana 1MDB yang menanggung beban hutang berbilion ringgit.
Arul juga mendakwa pengkritik 1MDB termasuk Tony sebenarnya ‘didorong unsur politik berbanding pertimbangan perniagaan yang tulen’.

Kroni Umno MyEG untung RM137 juta dalam 2 minggu, dakwa PKR

Pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara pekerja asing hanya boleh dibuat di MyEG, syarikat kroni Barisan Nasional, dakwa DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Januari, 2015.Pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara pekerja asing hanya boleh dibuat di MyEG, syarikat kroni Barisan Nasional, dakwa DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Januari, 2015.PKR hari ini mendedahkan syarikat MyEG yang dimiliki kroni Umno mencatatkan keuntungan RM137 juta dalam tempoh dua minggu selepas Putrajaya melalui Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganugerahkan kontrak pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu Lee Chean Chung yang membidas Zahid kerana masih membisu mengenai skandal tersebut berkata, antara pemegang saham terbesar dalam syarikat swasta itu ialah bekas ketua penerangan Umno Pulau Pinang dan Timbalan Ketua Bahagian Umno Umno iaitu Datuk Raja Munir Shah.
Timbalan ketua penerangan Pemuda PKR itu berkata, berdasarkan maklumat terkini Raja Munir menguasai 31.1%  saham syarikat MyEG.
"Kenaikan harga saham MyEG sebanyak 19% beberapa hari ini memberikan keuntungan atas kertas sejumlah RM137 juta secara durian runtuh kepada  Raj Munir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lee berkata saham syarikat swasta itu di Bursa Saham Malaysia dilihat melonjak naik RM2.50 berbanding pada 2 Jun iaitu pada RM2.10 di mana penganugerahan kontrak itu memberi keuntungan 19% secara tidak langsung menyuntik permodalan pasaran RM463 juta kepada MyEG.
"Harga pasaran Bursa Malaysia meletakkan jangkaan keuntungan MyEG antara RM400 hingga RM500 juta di mana keuntungan tersebut bersandarkan beban dan kesengsaraan rakyat dan majikan secara keseluruhan," katanya.

Sirul ditawar tiket percuma untuk ke tali gantung....


Koperal Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana atas kesalahan membunuh penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu ditawarkan tiket percuma untuk pulang ke tanah air bagi menghadapi hukuman.

Tawaran itu dibuat pengerusi NGO pemantau jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan.

Peguam Sirul sebelum ini mendakwa anak guamnya itu tidak dapat pulang ke tanah air bagi menghadapi perbicaraan baru-baru ini kerana kesempitan wang.

"Saya secara peribadi ingin menawarkan beliau tiket percuma untuk pulang ke Malaysia dari Australia.

"Jika alasan yang disebut peguamnya betul dan beliau tiada niat untuk lari daripada penghakiman Mahkamah Persekutuan, maka beliau akan menerima tawaran ini dan kembali ke tanah air untuk menghadapi hukuman," kata Sanjeevan dalam kenyataan.

Penahanan Paulsen dan kerajaan yang paranoia

Perbezaan pendapat dan idea awam adalah aspek yang penting di dalam sebuah demokrasi yang berkembang.
Penahanan Paulsen dan kerajaan yang paranoiaTatkala kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak, kedaulatan undang-undang harus bersifat luhur dan setiap pihak berwajib mesti memelihara prinsip demokrasi berparlimen secara tersurat mahu tersirat.
Kegagalan perkara ini dijamin, mendorong sebuah Negara menghadapi risiko yang parah.
Justeru, penahanan sewenang-wenang, pendakwaan terpilih dan penghakiman mahkamah yang tersasar nyata sekali bercanggah dengan doktrin ini dan sekaligus mencalar maruah rakyat.
Pelanggaran seumpama ini bukan sesuatu yang remeh dalam praktis tatakekola tetapi pasti dilihat sebagai jenayah terbesar ke atas rakyat sebuah Negara yang bertamadun, yang seharusnya berbangga dengan sebuah perlembagaan yang menjamin kebebasan asasi agar dilindungi melalui kedaulatan undang-undang.
Pelanggaran terkini dapat dirujuk kepada penahanan Eric Paulsen pada malam Isnin dan reman selama dua hari berikutan ‘tweet’ beliau menuduh Jakim (Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia) mempromosikan keganasan melalui khutbah Jumaat.
Penahanan termasuklah kaedah beliau ditahan adalah manifestasi jelas betapa kedaulatan undang-undang diperlekeh dan kerajaan berada dalam keadaan paranoia.
Apa lagi yang boleh dijelaskan melalui pengerahan lebih daripada 20 pegawai polis untuk menahan seorang individu, tanpa mempertimbangkan individu tersebut merupakan seorang peguam hak asasi terkemuka?
Jika ini sekadar mahu menunjukkan intimitasi secara terang-terangan, ia berjaya mempamerkan ketidakseimbangan antara kekuasaan besar sebuah Negara dengan rakyat yang tidak berdaya.
Di mata sang penguasa zalim, kebebasan asasi nyata sekali boleh dinyah pergi. ‘Tweet’ seseorang boleh menjadi racun kepada orang lain.
Memandangkan beliau tidak didakwa, masih samar atas kesalahan apakah Eric Paulsen akan disabitkan tetapi memandangkan Ketua Polis Negara sendiri menyatakan melalui ‘tweet’ beliau bahawa Paulsen disiasat di bawah Akta Hasutan, peninggalan lapuk era kolonial British.
Tidak lama selepas mengambil alih tampuk pemerintahan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lama selepas mengambil alih jawatan, Perdana Menteri Najib berikrar di atas altar demokratik bahawa beliau akan menghapuskan undang-undang lapuk ini, sayangnya bukan sekadar beliau mengingkar janji, mezbah reformasi demokratik dia akan menghapuskan sekeping undang-undang ini tetapi bukan sahaja beliau mengingkari janji ini, beliau melangkaui pemimpin terdahulu dengan mengubah undang-undang tersebut menjadi “weapon of mass persecution” demi mengekang pimpinan pembangkang dan sekalian yang kritikal ke atas pemerintah.

Epal Gala, Granny Smith dicemari listeriosis

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyekat kemasukan epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat ke Malaysia kerana dipercayai tercemar oleh bakteria Listeriosis, kata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata sekatan itu dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) selepas notis berkaitan pencemaran itu diterima kementerian dua hari lalu.

"Kita menerima notis daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika yang memaklumkan tentang insiden pencemaran itu dan difahamkan ia telah menyebabkan tiga kematian dan ramai yang sakit di Amerika dan Kanada," katanya.

Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan 'Program Servis Motosikal Pasca Banjir Parlimen Bera', hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kementerian tidak mempunyai bidang kuasa untuk menarik semula epal jenis itu yang telah berada di Malaysia, kerana ia melibatkan soal pemakanan di bawah Kementerian Kesihatan.

Isu berkaitan larangan pengambilan epal terbabit telah tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Malah sebuah portal media turut melaporkan bahawa penularan bakteria itu dikesan di sebuah pusat pemprosesan epal Bidart Bros dekat Bakersfield, California melibatkan epal yang disaluti karamel.

Rombakan besar di 4 akhbar milik jutawan balak

Kumpulan akhbar bahasa Cina terbesar di Malaysia, Media Chinese International Limited bakal membuat pelan rombakan besar-besaran bagi menghadapi kelembapan ekonomi yang dijangka.

Sumber dalam industri menyebut, langkah ini akan memberi kesan besar kepada pasaran akhbar berbahasa Cina.

Kumpulan media yang dimiliki jutawan balak Sarawak, Tan Sri Tiong Hiew King itu memiliki empat penerbitan akhbar – Sin Chew Daily, China Press, Guang Ming Daily dan Nanyang Siang Pau.

Menurut sumber, pelan yang belum diputuskan itu mensasarkan untuk mengurangkan kos dengan perubahan strategik ke atas akhbar berkenaan bagi menangani kemerosotan hasilnya.

Kemerosotan hasil itu dikaitkan dengan pengecutan dalam pasaran pengiklanan cetak.

Sin Chew, dengan jumlah edaran paling tinggi berbanding akhbar berbahasa Cina lain, akan kekal menjadi penerbitan utama kumpulan tersebut sebagai akhbar harian nasional.

Akhbar China Press pula, menurut sumber, akan diubah menjadi akhbar petang.

Sementara itu, Nanyang Siang Pau dijangka akan diubah menjadi akhbar perniagaan dengan kekerapan tiga kali seminggu, manakala Guang Ming mungkin akan mengehadkan fokusnya kepada pasaran utara semenanjung.

Menurut sumber, pelan tersebut dirangka untuk menghapuskan persaingan di antara akhbar dalam kumpulan tersebut.

Persaingan di antara akhbar itu selama ini membantu meredakan kebimbangan orang ramai bahawa monopoli berkenaan akan menyebabkan akhbar dikawal oleh seorang jutawan.

Kebimbangan itu timbul apabila Tiong, yang telahpun memiliki akhbar Sin Chew dan Guang Ming, memperolehi akhbar Nanyang Siang Pau dan China Press daripada MCA pada 2006.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa pelan tersebut sudahpun mula dilaksanakan apabila Sin Chew dan Guang Ming menghentikan edisi petangnya tahun ini di lima negeri – Perak, Melaka, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Hukum Mengumpat Orang Zalim..Mengumpat Yang Diharuskan - Ustaz Azhar Idrus

Undang undang baru hukum pemaju gagal urus bangunan strata - MB Selangor

Pulangkan aset kepada rakyat, Puncak Niaga digesa jangan lengah - MB Selangor

Kegagalan gabungan bank mega rahmat untuk rakyat

Oleh Nur Jazlan

Akhirnya secara rasmi petang Rabu lalu, usaha menggabungkan CIMB-RHB-Malaysia Building Society Berhad (MBSB) menjadi bank terbesar negara dengan aset sejumlah RM613.7 bilion dalam usaha mengatasi Maybank Bhd yang memiliki RM578 bilion sekali gus menjadikan ia gergasi bank keempat terbesar di rantau Asia Tenggara ditamatkan atau dengan kata lain berakhir dengan kegagalan.
Lebih menarik selepas berita mengenai kegagalan pelan penggabungan itu diumumkan saham CIMB serta RHB keesokan harinya naik mendadak seakan memberikan petunjuk pemain saham tidak gembira dengan cadangan penggabungan itu yang bermula pada awal Oktober tahun lalu dan menyambut baik kegagalan pelan penggabungan itu.
Walaupun penggabungan CIMB-RHB-MBSB itu akan membentuk bank Islam mega dengan menghasilkan pasaran modal berjumlah RM88.4 bilion berdasarkan kadar pegangan dan keuntungan bersih RM7 bilion mengatasi Maybank yang berjumlah RM6.55 bilion tetapi masih banyak kesan serta persepsi negatif terhadap pelan berkenaan yang dilihat begitu tergesa-gesa.
Saya pernah menulis artikel mengenai penggabungan ini pada 28 Oktober lalu bertajuk ‘Pembentukan bank mega, kepentingan negara?’ yang disiarkan portal berita ini bagi memberikan sudut pandangan berbeza supaya kerajaan berhati-hati dalam membuat keputusan membenarkan penggabungan ini.
Disebabkan itu juga saya dijemput untuk Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya menghadiri forum untuk pelajar Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) bertajuk ‘CIMB mega merger’ bagi memberikan pandangan saya terhadap penggabungan berkenaan pada pertengahan Disember lalu.
Tidak dinafikan sesetengah pihak begitu teruja dan yakin penggabungan ini akan menjadi satu kenyataan malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika mengadakan lawatan ke Abu Dhabi Oktober lalu juga secara terbuka menyokong penggabungan berkenaan yang diketuai adiknya, Datuk Seri Nazir Razak selaku Pengerusi CIMB.

Dr M: Politik keluarga dalam Umno

Tun Dr Mahathir Mohamad
1.    Saya amat tertarik dengan penjelasan oleh Mohd Puad Zarkashi bahawa tidak mungkin amalan atau budaya politik dinasti dalam Umno mudah berlaku.

2.    Sebabnya ialah undang-undang tubuh Umno sudah dipinda supaya bukan perwakilan ke mesyuarat agong yang tidak ramai yang akan memilih, tetapi 146,000 perwakilan ke mesyuarat bahagian yang akan memilih.

3.    Bahagian bukan sama besar. Ada yang sepuluh kali ganda lebih besar daripada yang lain.

4.    Yang diambil kira bukan jumlah perwakilan yang mengundi seseorang calon (146,000 ahli) tetapi jumlah bahagian yang mencalon dan melantik. Jumlah bahagian sebenarnya kurang daripada jumlah perwakilan ke mesyuarat agong. Pengundi bukan ditambah tetapi dikurangkan.

5.    Bahagian yang dulu tidak berkuasa, sekarang lebih berkuasa daripada perwakilan.
 
6.    Saya dipilih oleh Tun Hussein yang bukan keluarga saya menjadi Timbalan Perdana Menteri. Yang memilih saya sebagai Timbalan Presiden Umno ialah perwakilan ke mesyuarat agong. Sudah tentu ada ramai yang tidak puas hati dan marah tetapi tidak ada calon lain untuk mereka undi. Demikian juga semasa saya dipilih menjadi Presiden. Kemudian saya dicabar. Tetapi saya menang walaupun hanya 43 undi.

Nik Amar pun tak tahu mana tinggi power antara PRESIDEN dengan MURSYIDUL AM.. tu pun nak sembang..??

Dunia iktiraf kepimpinan Hadi, kata timbalan MB Kelantan
PAS masih perlu Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Januari, 2015.
PAS masih perlu Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Januari, 2015.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS masih memerlukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana pengalaman dan pengiktirafan dunia terhadapnya.
Timbalan pesuruhjaya 1 PAS Kelantan itu berkata, Hadi masih layak memegang jawatan sebagai presiden PAS.
“Beliau dapat pengiktirafan dunia sebagai timbalan ketua Kesatuan Ulama Sedunia, penghormatan sangat besar, bukan senang hendak cari pemimpin tempatan diiktiraf sebegini," kata Amar seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.
"Maka, sesuailah beliau masih memegang tampuk pemerintahan tertinggi parti, pendapat orang lain itu hanyalah pandangan peribadi mereka sahaja, bukan pendirian parti,” katanya mengulas kenyataan bekas Exco Pemuda PAS Zulhazmi Shariff yang mencadangkan Hadi tidak dicalonkan sebagai presiden untuk pemilihan 2015 hingga 2017 dan menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai mursyidul am.

Zulhazmi sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila mengatakan Hadi lebih layak memegang jawatan mursyidul am PAS menggantikan Nik Aziz yang sudah uzur.

By defending kingpin Phua to the Cabinet, Zahid puts his own & NAJIB'S NECK on the line - WHY?


After being caught by surprise with the exposure of the letter he wrote to Deputy Director of the FBI Mr. Mark F. Giuliano, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi has not been able to give a credible explanation to those who have been asking him about the letter and its content.
The best he could do was to explain to the cabinet and we all know that most of the ministers are ‘Cap Ayam” (the ubiquitous Hen brand)! Zahid could have told them any “cock and bull” story and they will simply nod their heads in agreement without understanding what has been going on!
Zahid boasted that he has the authority to write such letter. But of course he can write any letter as he wishes as the Home Minister, but everybody is asking about its content! Zahid did not make a mistake; he made a huge blunder in admitting that Phua who is a known gambling kingpin has helped the government, yes, the Government of Malaysia not in a one off incident but on numerous occasions!
National security or illegal activity
What kind of help could that be? It must be something illegal! If not the Umno/BN government would simply entrust PDRM to undertake all the assignments! That is why PDRM is not happy with Zahid. Zahid is allowing it to happen under PDRM’s nose!

It has got nothing to do with our national security because PDRM is able to undertake the responsibility if there is no interference! By the way, is PDRM to be blamed for the lax in our national security? But that is another story.
Let us make some guesses on what kind of illegal thing it could be. Well it could be simple enough because it has got to do with money, because everybody loves money and Phua is involved in money too.
Could it be hot money, black money, kickback money, usher money, stolen money, illegal gambling money, election money, blackmail money, drug money, laundered money or our money? We may never know.
Even in Umno, what Zahid did is not acceptable to many

Surat Zahid: Usah jadi alasan 'rahsia besar' di bawah OSA

KUALA LUMPUR: Penjelasan yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada kelmarin masih belum menjawab persoalan utama.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berata, Zahid masih berdalih untuk mendedahkan apakah perkhidmatan keselamatan yang diberikan oleh Paul Phua kepada kerajaan Malaysia.

"Sungguhpun beliau menafikan surat itu berbentuk surat sokongan agar Paul Phua tidak dikenakan pertuduhan namun masih timbul persoalan atas tujuan apa beliau begitu bersungguh untuk mengutus surat tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Apatah lagi, ujar beliau ia ditulis atas memenuhi permintaan pihak peguambela si tertuduh.

Menurutnaya, isu yang menjadi pertikaian umum sekarang bukanlah sekadar sama ada Paul Phua itu ahli kongsi gelap 14 K Triad di Malaysia atau di luar negara tetapi rakyat menuntut penjelasan menteri agar berterus-terang dalam penglibatannya dalam sistem keselamatan negara.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri mengakui sedang bekerjasama dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), jadi apakah keperluan penting sehingga memerlukan campur tangan menteri dalam hal ini?" tanya Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Kelihatannya, kata beliau  Zahid begitu yakin dengan maklumat yang dimilikinya sedangkan FBI merupakan agensi yang terkenal dengan kecekapan dalam soal risikan dan siasatan.

Husam, Yayasan Darul Hijrah warnai politik pasca banjir di Kelantan

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub (tengah) dan Datuk Husam Musa (kanan) bergabung tenaga membantu membersihkan kawasan banjir di Kelanta. – Gambar ihsan Mohd Sayuti Omar, 17 Januari, 2014.Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub (tengah) dan Datuk Husam Musa (kanan) bergabung tenaga membantu membersihkan kawasan banjir di Kelanta. – Gambar ihsan Mohd Sayuti Omar, 17 Januari, 2014.Kemunculan sebuah yayasan dengan secara tiba-tiba dalam memberikan bantuan kepada mangsa ketika Kelantan dilanda banjir paling buruk dalam sejarah mewarnai politik negeri dipimpin PAS itu.
Khemah, pusat perlindungan sementara, pam air, pasukan pembersihan, dapur, tong gas dan terkini van klinik bergerak yang menjadi keperluan kepada mangsa banjir menjadi sumbangan utama Yayasan Darul Hijrah dipimpin Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa.
Sikap proaktif naib presiden PAS itu dan yayasannya dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir menyebabkan beliau dilabelkan dengan gelaran sindiran “MB swasta.”
"Kerajinan Husam menerusi Yayasan Darul Hijrah itu diberi gelaran, sindiran Husam sebagai MB swasta. Gelaran ini dibuat kumpulan bekas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan sendiri," tulis pemerhati politik Kelantan Mohd Sayuti Omar dalam blognya.
"Rupa-rupanya kerajinan dan keprihatinan bekas exco Kelantan Husam Musa membantu mangsa banjir serta kegeligaan beliau memberi pendapat awal untuk membantu mangsa banjir kurang disenangi sesetengah pihak di Kelantan.
"Menyedihkan lagi pihak itu datang dari rahang partinya sendiri PAS yang sepatutnya menyatakan sokongan bukan cemuhan”.
Yayasan Darul Hijrah yang ditubuhkan pada 2014 kini menjadi koordinator semua badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu memberikan bantuan di samping merangka pelan pemulihan banjir di Kelantan.
Yayasan ini mendapat sokongan kewangan dari negeri Pakatan Rakyat (PR) seperti Selangor dan Pulau Pinang.
"Yayasan ini seolah-olah mengambil peranan yang sepatutnya dibuat kerajaan negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam mengkoordinasi bantuan ini," kata Pengerusi Eksekutif Ilham Center Hisomudin Bakar yang membuat kajian di Kelantan.
Hisomudin berkata, PAS sebagai sebuah parti utama di Kelantan gagal menggerakkan jentera dalam memberikan bantuan semasa dan selepas banjir.
Katanya, kenyataan pimpinan kerajaan negeri khasnya Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, banjir ini tidak seteruk 1967 dicemuh mangsa yang hampir menemui ajal ketika menghadapi banjir besar ini.
Husam menggerakkan yayasan itu di Precint 11, Putrajaya manakala di Kelantan pula operasinya seolah-olah berpusat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Di HUSM perbincangan awal dengan semua NGO dibuat bagi mengkoordinasi semua bantuan di samping bantuan pasca banjir dirancang.
Kini pelbagai idea dan rancangan dijalankan bagi membantu mangsa banjir ini. Terkini mereka menubuhkan Pusat Perlindungan Sementara di Kemubu, Kelantan.
Bagi menjayakan operasinya juga, Husam menggerakkan mahasiswa dari seluruh negara membantu menjayakan gerakan bantuan ini dan menjelang hujung minggu ini hampir 300 mahasiswa menyertai operasi beliau.
"Tim Perkampungan Harapan Mahasiswa baru bertolak dari KL khusus untuk bantu operasi pembersihan rumah orang kampung dan menyantuni suka duka rakyat sekali gus menjadi pendengar setia mangsa banjir," tulis Husam di Facebook.
“Mereka akan ditempatkan di empat kampung di Kuala Krai yang mendapat musibah banjir paling besar baru-baru ini iaitu di  Kampung Karangan, Manjor, Laloh dan Pemberian.

"UMNOPUTRA" PARASIT NEGARA

Presiden dan CEO PETRONAS Tan Sri Shamsul Azhar Abbas membidas k'jaan yg campur tgn dan menekan PETRONAS agar 'membantu' syarikat Umnoputra yg sebenarnya parasit yg menjahanamkan negara kerana meletakkan harga yg melebih kadar semasa..

Beliau menegaskan PETRONAS bkn milik mana mana parti tapi negara..dan tanggungjawab adalah untuk membantu semua kaum dinegara ini..bukan hanya Umnoputra..

Kenyataan beliau mendapat kritikan dari PERKASA yg mengelarkan beliau kacang lupakan kulit.. difahamkan akan berlaku perubahan dan beliau akan digantikan dlm masa terdekat alasan kjaan 'utk melicinkan dan meningkatkan tahap pengurusan' PETRONAS..

Bantuan Banjir..Ujian Untuk Orang Yang Tak Kena Banjir - Ustaz Azhar Idrus

Pakai Baju Lambang Salib..Bendera Britain - Ustaz Azhar Idrus

Gadis Putus Asa Cinta Ditolak - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Hudud Belum Cukup Syarat?? - Ustaz Azhar Idrus

Soalan 'Syaitan': Bolehkah ALLAH Buat Benda Yang DIA Tak Mampu Nak Angkat? - UAI

Isu K-Pop hanya secebis, ada yang lagi besar

K-Pop
SHAH ALAM – Insiden ‘panas’ atas pentas K-Pop yang akhirnya menjadi viral dan mendapat perhatian masyarakat Islam hanyalah secebis daripada masalah akidah yang berlaku dalam umat Islam di negara ini.

Pendakwah, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre berkata, masalah dalam masyarakat Islam itu sendiri lebih besar jika dibandingkan dengan insiden tersebut.

“Sebenarnya masalah ini lebih luas daripada apa yang berlaku di atas pentas itu. Sebab apa yang berlaku dalam masyarakat lebih besar daripada itu.

“Isu K-Pop itu hanya ‘tip of the iceberg’. Yang kita nampak di laut itu hanya permukaan kecil ais itu sahaja,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, adegan-adegan dalam drama ataupun filem yang disajikan kepada masyarakat umum setiap hari itu adalah antara contoh ‘masalah’ dalam masyarakat Islam, hari ini.

“Padahal masalahnya berakar umbi pada kefahaman masyarakat kita sendiri...akidahnya bagaimana. Itu yang sepatutnya kita fokuskan dan perkemaskan.

“Contohnya drama yang ditayangkan di TV. Itu adalah salah satu daripada benda-benda yang kita nampak setiap hari. Banyak lagi sebenarnya (yang berlaku),” katanya.

Mengulas soal kenyataan beberapa pihak yang mencadangkan dakwah dan menentang keputusan Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) untuk mengenakan tindakan itu, beliau berkata kedua-duanya perlu dilaksanakan.

Juara Pencetus Ummah terkilan...

SEREMBAN – Juara Pencetus Ummah musim kedua, Azman Syah Alias, 34, atau PU Azman mengakui beliau tidak mempunyai tauliah untuk memberi ceramah dan mengajar agama di negeri ini.
 
Bagaimanapun, katanya, beliau masih boleh memberi ceramah atau mengajar agama menerusi budi bicara Jabatan Mufti Negeri Sembilan.
 
“Pihak yang ingin menjemput saya boleh keluarkan surat jemputan makluman kepada Jabatan Mufti sebagai syarat sementara menunggu permohonan tauliah saya diluluskan.
 
“Saya pun sudah buat permohonan mendapatkan tauliah minggu lalu dan telah berjumpa sendiri dengan Mufti Negeri Sembilan (Datuk Mohd Yusof Ahmad) bagi membincangkan perkara itu yang nampaknya positif,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
 
Mengenai isu Negeri Sembilan tidak membenarkan beliau memberi ceramah, Azman berkata, perkara itu bukan satu isu yang serius, sebaliknya lebih kepada prosedur ditetapkan sesuatu negeri.
 
Namun, katanya, buat masa ini beliau tidak menolak sebarang jemputan diterima daripada pelbagai pihak.
 
"Cuma, saya berharap perkara ini tidak disensasikan bagi mengelakkan sebarang persepsi buruk orang ramai kepada kedua-dua belah pihak,” katanya.
 
Dalam perkembangan lain, Azman melahirkan rasa terkilan apabila ada mengatakan beliau mengamalkan fahaman Wahabi.

Artis K-Pop & Shah Rukh Khan

*ADA ketikanya perkara kecil menjadi besar. Apabila ada viral beberapa gadis Melayu bertudung dipeluk dan dicium artis K-Pop, heboh 1Malaysia. Pagi-petang siang-malam kecoh sakan, sana-sini mencemuh.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) meminta gadis terlibat tampil membantu siasatan. Kata Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya, sekiranya gadis berkenaan tidak tampil, perintah mahkamah akan dikeluarkan kepada mereka.

Gadis-gadis tersebut disiasat di bawah Seksyen 29 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

Maka, viral di media sosial yang hanya beberapa saat itu, membuat semua orang tidak habis-habis bercerita, seolah-olah insiden gadis dipeluk dan dicium itu lebih teruk dari bah besar yang melanda pantai timur...
 
*ADA ketikanya perkara besar menjadi kecil, dan tidak dipedulikan. Seperti yang diketahui umum perihal orang berkelakuan tidak sopan di tempat awam, sudah terjadi sejak sekian lama.

Sepatah kata pelakon dan pelawak terkenal Adibah Noor dalam Twitter: “Saya pernah lihat para isteri orang, makcik-makcik meraba dan mengucup para artis lelaki tempatan.”

Dalam pada itu peguam terkenal dan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata, kejadian berpelukan juga berlaku semasa satu persembahan konsert oleh bintang Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan.

Kata Zaid dalam Twitter, pihak berkuasa agama tidak bertindak kerana acara tersebut dihadiri orang kenamaan. “Anak muda nak bergembira sikit heboh seluruh negara. Apa pengawasan ke atas orang atasan?”
 
*TIDAK kira kecil atau besar, orang Islam bersentuhan dengan yang bukan muhrim tetap haram. Itu tidak boleh dipertikaikan. Dan menjadi kewajipan pihak berkuasa agama untuk mencegah perkara mungkar itu.

SPRM semak jika ada "asas" siasat 1MDB

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan tampil untuk memberi maklumat tambahan berhubung aduannya mengenai perjalanan firma 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata ia bagi membolehkan pasukannya menilai asas dakwaan tersebut.

"Maklumat yang diberikan ini merupakan perkara yang sama dikemukakan oleh Khairuddin kepada polis sebelum ini.

"SPRM akan memanggil Datuk Khairuddin untuk mendapatkan maklumat tambahan daripada beliau sebelum membuat keputusan sama ada terdapat asas untuk menjalankan siasatan di bawah Akta SPRM 2009.

"SPRM memberi jaminan akan bertindak secara telus dan profesional dalam isu ini selaras dengan Akta SPRM 2009," kata Mohd Shukri dalam kenyataannya.

1MDB: SPRM akan panggil semula Khairuddin

Maklumat yang diterima SPRM merupakan perkara yang sama dikemukakan oleh Khairuddin kepada pihak polis.
Khairuddin Abu HassanPETALING JAYA:Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasai) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengesahkan menerima maklumat daripada Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Menurutnya, maklumat yang diterimanya semalam merupakan perkara yang sama dikemukakan oleh Khairuddin kepada pihak polis sebelum ini.
“SPRM akan memanggil Datuk Seri Khairuddin untuk mendapatkan maklumat tambahan daripada beliau sebelum membuat keputusan sama ada terdapat asas untuk menjalankan siasatan di bawah Akta SPRM 2009,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, SPRM juga akan memberi jaminan akan bertindak secara telus dan profesional dalam isu ini selaras dengan Akta SPRM 2009.
Semalam, Khairuddin sewaktu membuat laporan kepada SPRM menggesa supaya suruhanjaya itu menyiasat secara terperinci, menyeluruh dan berterusan mengenai ketelusan pentadbiran serta perbelanjaan dana serta kewangan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Dr Mahathir mahu tahu bank mana 1MDB simpan wang

Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau masih tidak berpuas hati dengan penjelasan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dr Mahathir sebaliknya mendesak Putrajaya mendedahkan di mana wang 1MDB disimpan jika telus mengenai kontroversi syarikat pelaburan tersebut.
"Penjelasan tidak jelas kepada kita semua," kata Dr Mahathir dalam wawancara eksklusif bersama portal Sarawak Report hari ini.
"Saya mahu tahu di mana bank yang menyimpannya. Berbilion dollar, kamu mesti simpan di suatu tempat. Saya tidak tahu di mana wang tersebut – itu sebahagian daripada ketelusan."
Perkara tersebut diluahkan Dr Mahathir kepada pengarang laman tersebut selepas dijemput Yayasan Perdana di Putrajaya.
Malah Dr Mahathir juga enggan menerima penjelasan yang diberikan wakil 1MDB dalam satu perjumpaan baru-baru ini.
"Saya persoalkan penjelasan tersebut, ia suatu yang tidak boleh diterima.
"Ia agak samar... Saya persoalkan penubuhan 1MDB dan cara ia diuruskan. Mereka (pengurus) mereka jumpa saya, tapi mereka tidak dapat jelaskan bagaimana wang tersebut diuruskan dan mengapa loji janakuasa dibeli pada harga tinggi dan komisyen dibayar kepada Goldman Sachs," kata Dr Mahathir.
Pada Disember lalu, The Malaysian Insider mendedahkan pertemuan antara Najib dengan Dr Mahathir untuk berbincang mengenai 1MDB.

Ketua 1MDB patut beri keterangan pada PAC..

Wakil rakyat DAP Tony Pua mencabar ketua 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kandasamy untuk memberikan keterangan pada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai hal ehwal syarikat pelaburan strategik itu, bagi memastikan pembabitan mereka adil dan bebas daripada politik.
 “Memandangkan 'penelitian awam mengenai 1MDB merupakan perkara yang baik’, CEO baru, Arul Kandasamy perlu tawar diri untuk beri keterangan kepada PAC untuk ‘mengukuhkan syarikat itu dan pemerintahannya’,” kata Pua yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dalam satu kenyataan.
Semalam, Arul menawarkan ketua publisiti DAP itu bertemu dengannya ‘untuk mendapat lebih maklumat’ mengenai dana yang menanggung beban hutang itu, susulan serangan berterusan Pua terhadap syarikat kontroversi berkenaan.
 Sementara Pua mengucapkan terima kasih kepada Arul untuk tawaran itu, beliau berkata presiden dan pengarah kumpulan syarikat yang baru dilantik itu sebelum ini menuduh pengkritik lebih didorong “unsur politik berbanding pertimbangan perniagaan yang tulen’.
 “Untuk mengelak sebarang tuduhan yang saya mungkin memutar belit dan memanipulasi secara ‘politik’ dalam pertemuan dengan 1MDB, mungkin lebih baik jika Arul bertemu dan beri keterangan pada PAC.
 “PAC terdiri daripada 7 Barisan Nasional dan 5 Pakatan Rakyat, wakil dilantik yang tidak boleh dituduh bias terhadap 1MDB.
 “Pertemuan seperti itu bukan saja adil, tetapi dilihat lebih adik untuk rakyat Malaysia keseluruhannya,” kata Pua dalam kenyataan, hari ini.

Siapa Sebenarnya Yang Arah Bunuh Altantuya?

Saya pertama kalinya dapat melihat wajah sebenar Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar yang disiarkan dalam media massa setelah didedahkan oleh pihak polis.

Terdetik di hati perasaan simpati dan sedih atas kejadian yang menimpa mereka. Benar, hukuman terhadap mereka telah diputuskan oleh mahkamah. Kedaulatan undang-undang mestilah dihormati demi menegakkan keadilan. Keputusan mahkamah itu dihormati oleh semua pihak.

Namun, bagi saya kedua-dua bekas anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman sepatutnya menjadi hero rakyat dan negara tetapi terbabit dalam suatu situasi yang sukar dirungkaikan.

Apatah lagi, apabila terbaca laporan akhbar Sinar Harian online hari ini bahawa ibu kepada Sirul iaitu Piah Ahmad atau Mak Long Piah menyatakan bahawa anaknya pernah memberitahunya bahawa tindakannya itu dilakukan atas arahan seseorang dan dia terpaksa mengikutnya.

Kita sebagai rakyat Malaysia pastinya tertanya-tanya siapakah “seseorang” yang dimaksudkan Sirul. Sementelahan pula, memang diketahui umum bahawa Azilah dan Sirul tiada apa-apa kepentingan dan hubungan dengan Altantuya. Jadi tidak ada sebab untuk mereka membunuhnya.

Bagi saya, walaupun siapapun “seseorang” yang dimaksudkan itu, jangan mana-mana pihak mengambil kesempatan atas sumpah setia dan patuh kepada arahan dalam mana-mana pasukan beruniform khususnya polis dan tentera.

Jika benarlah ada “seseorang” yang mengarahkan pembunuhan itu dibuat, dan mahkamah dunia gagal mengesannya, sebagai orang Islam tentu kita percaya bahawa akan ada satu lagi mahkamah yang maha adil iaitu mahkamah akhirat.


Ibu doakan Sirul Azhar pulang

SEBERAT mana pun tuduhan yang dikenakan ke atasnya, sebesar mana pun kesalahannya, namun anak tetap anak!

Apa saja berita tentang darah daging yang pernah dikandung sembilan bulan, dibesarkannya itu, tidak mungkin dapat ditepis dan dibiarkan dibawa angin lalu.

Tidak dapat digambarkan kesedihan seorang ibu apabila mengenangkan nasib anak keempat daripada lapan beradik iaitu bekas anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, Koperal Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan, kelmarin.

Menjejaki rumah pusaka didiami Sirul Azhar bersama keluarga sejak kecil di kampung halamannya di Batu 8, Trong, Taiping, tidaklah sukar.

Pertemuan singkat dengan Piah Ahmad, 71, atau lebih mesra dipanggil Mak Long Piah, tidak banyak sedikit, dapat berkongsi duka si ibu tua.

Ikuti luahan ibu kandung Sirul Azhar seperti diceritakan kepada Wartawan Sinar Harian, NURUL MAZWANA HAMDAN, semalam.

Makcik Wahidah turut bantu mangsa banjir di Kelantan



KUALA LUMPUR: Mangsa perobohan rumah di Kampung Chubadak Kuala Lumpur, Makcik Wahidah dan suaminya, Haji Halim telah mencetuskan rasa terharu kepada Pemuda PAS apabila turut menyampaikan sumbangan untuk membantu mangsa banjir di Kelantan.

Sumbangan daripada seluruh ahli keluarganya itu untuk membantu mangsa banjir di Kelantan bagi keperluan harian dan membina Perumahan Rakyat Budiman.

Setiausaha Pemuda PAS Malaysia, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, lebih mengharukan apabila pasangan tersebut datang sendiri ke Pejabat Agung PAS bagi menyampaikan sumbangan tersebut.

"Mereka datang pada 10 Januari lalu. Allahu Akbar," katanya yang turut mencatatkan 'anda masih ingat Makcik Wahidah Kampung Chubadak?' menerusi facebook.

K-Pop: Masa untuk muhasabah diri

Oleh MUHAMAD MAT YAKIM
KETIKA saya menulis artikel ini, di luar sana orang masih kecoh hal insiden di pentas K-Pop, cerita beberapa pemudi bertudung naik ke pentas dipeluk, malah memeluk artis lelaki dari Korea Selatan yang menurut seorang menteri, berupa paras cantik, kulit gebu dan pucat.

Sudah terlalu banyak yang mengulas mengenai perkara itu daripada cerdik pandai, alim ulama, orang politik hinggalah orang biasa lewat pelbagai media. Saya bukanlah sesiapa untuk jadi nasi tambah


Apa pun, saya kira sudah jadi lumrah bagi orang kita, tatkala memberi pandangan atas apa jua isu, kita selalunya tidak lari daripada kecenderungan politik. Pandangan kita biasanya dipengaruhi politik.

Apa-apa perkara yang kita dapati tidak berpihak kepada pegangan atau kumpulan politik kita, akan kita luahkan pendapat semahu-mahunya, seperti tidak ada esok lagi untuk mereka yang jadi sasaran.

Akan tetapi jika terkena pada batang hidung  sendiri, sama ada kita mempertahankan, menegakkan benang basah ataupun kita ambil pendekatan yang selamat, diam sediam-diamnya!

Begitulah juga dalam hal K-Pop. Saya tidaklah mengatakan saya orang yang lebih baik, ataupun apa-apa pandangan saya sebagai yang terbaik. Namun dalam suasana kita masih insaf dengan musibah banjir, janganlah K-Pop sampai menghilangkan fokus kita bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

Justeru kita patut ambil isu ini sebagai pengajaran, bermuhasabah dan membebaskan diri daripada kebiasaan yang salah. Saya nak kongsi teguran seorang kawan, dalam mengecam perlakuan pemudi yang berkenaan, ada dalam kalangan kita yang berlagak seolah-olah dialah pemegang kunci syurga.

Tidak, ini bukan untuk membela pelaku maksiat tetapi katakanlah, mereka yang dikecam itu kemudiannya bertaubat, taubatnya diterima ALLAH dan dia berubah menjadi insan yang baik, yang bertaqwa, sedangkan kita sebaliknya terus hidup dalam 'keseronokan' mengecam orang yang kita lakukan bukan atas dasar iman.

TEKUN: Dah pandai buat hutang BILA NAK BAYAR BALIK !!!


Seronok jadi 'penyamun' ameno..
Hukum hakam agama tolak ke tepi JANJI SAPU SELAGI BOLEH..