Jumaat, 16 Januari 2015

Dipecat Kerana Jujur: UMNO diam, Mejar Zaidi jadi rebutan Pakatan

Dengan tak semena-mena, nama Mejar Zaidi Ahmad terus menjadi sebutan sebaik sehaja dipecat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) setelah berkhidmat penuh cemerlang selama 26 tahun.
Tempoh 26 tahun itu bukannya singkat, apa lagi dengan menyandang jawatan besar, Zaidi boleh dikategorikan sebagai orang yang banyak pengalaman terutama daripada segi kepimpinan.
Tentunya sepanjang berkhidmat, Zaidi telah pun melatih beribu-ribu tentera dan ramailah anak murid yang pernah mendapat sentuhan kepimpinannya.
Dalam erti kata lain, pengikut bukanlah seorang dua apa lagi kalau dia seorang yang amat disenangi ketika memimpin orang bawahan.
Apa yang menarik tentang bekas pegawai tentera yang ditamatkan perkhidmatan kerana menegur kepincangan dakwat kekal pada pilihan raya adalah hanya parti pembangkang sahaja yang terus membela Zaidi sehingga berebut-rebut hendak menawarkan pekerjaan kepadanya.
Kerajaan Pulau Pinang tidak bertangguh terus menyuarakan hasrat untuk membantu Zaidi mendapatkan pekerjaan lain sesuai dengan pangkat yang disandang.
Hari ini, Menteri Besar Selangor juga menyuarakan sokongan untuk menawarkan pekerjaan kepada Zaidi sambil mengalu-alukannya untuk menyertai Pakatan Rakyat (PR).
Belum lagi suara lantang Mahfuz Omar dari Pas yang terang-terang mengutuk ATM yang disifatkan sebagai kejam terhadap Zaidi.
Mungkin dari satu sudut, Zaidi tidak sepatutnya bercakap demikian kerana kata-katanya yang tidak bersetuju dengan isu dakwat kekal sedangkan dia merupakan pegawai kerajaan.
Apa yang diucapkan hanyalah pandangan yang lahir dari hatinya sambil membelakangkan risiko yang bakal dihadapi.
Cuma apa yang menghairankan, kenapa hanya parti pembangkang sahaja yang mahu membela Zaidi sedangkan parti-parti dalam kerajaan langsung tidak bersuara?
Ke mana perginya suara-suara lantang dalam parti UMNO yang memperjuangkan nasib Melayu? Zaidi orang Melayu dan selama berkhidmat rasanya tidak sekali pun menyokong parti pembangkang kerana dia adalah seorang anggota tentera.

Semasa harga minyak jatuh, jangan cuba naikkan tarif elektrik!

Oleh Ng Kee Seng
Ada spekulasi-spekulasi menyatakan bahawa tarif elektrik berkemungkinan akan dinaikkan bagi menyelamatkan projek pelaburan kesayangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Adakah rakyat Malaysia sebegitu lembik dan akan membenarkan manipulasi sebegitu untuk menyelamatkan kepentingan 1MDB?
Adalah cukup buruk yang tarif elektrik tidak diturunkan berikutan penurunan harga minyak mentah dunia sebanyak lebih 40 peratus, sejak berbulan-bulan yang lalu.
Apakah kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno sedang mempertimbangkan untuk menaikkan tarif elektrik, dengan itu mencetuskan sebuah kitaran inflasi baru?
Sudah tentu kos semua barangan dan perkhidmatan akan naik jika tarif elektrik dinaikkan. Dan pengguna-pengguna Malaysia yang perlu berhempas pulas mencari rezeki setiap hari bagi orang-orang yang tersayang.
Bolehkah golongan miskin dan berpendapatan sederhana bandar dan luar bandar menghadapi sebuah lagi kejadian inflasi?
The Malaysian Insider memetik setiausaha agung PKR Rafizi Ramli sebagai memberi amaran kepada rakyat Malaysia, bahawa mereka akan menanggung kos tambahan kerana kelewatan dalam menyiapkan loji kuasa timur Jimah 1MDB di Melaka.
Beliau berkata yang rakyat Malaysia akan terpaksa membelanjakan sehingga RM997 juta, bagi tarif elektrik yang lebih tinggi.
Ini berikutan permintaan 1MDB yang sedang dibebani hutang RM38 bilion, untuk mendapatkan penangguhan selama enam bulan dari Suruhanjaya Tenaga.
Dan 1MDB kini sedang bergelut untuk menyelesaikan pinjaman-pinjaman sebanyak hanya RM2 bilion dengan bank-bank tempatan. Bank Negara dipercayai telah memberikan 1MDB masa sehingga 30 Januari untuk menyelesaikan hutang yang ia telah gagal selesaikan sebanyak dua kali. Khabar-khabar angin menyatakan yang Bank Negara mungkin akan memberikan 1MDB satu lagi penangguhan, mungkin selama enam bulan?

Kemana hikmah institusi agama?

oleh AHMAD ANWAR ASYRAF
Menegur pengurusan institusi agama adalah satu perkara yang taboo dalam masyarakat Melayu-Islam. Tambah buruk akhir-akhir ini telah wujud satu rekayasa yang mengklasifikasikannya sebagai menghina Islam.
masjid pixOrang Melayu Islam tidak perlu menjadi begitu naif. Kritikan atau teguran itu dilontar supaya pengurusan institusi agama itu dapat melihat kelemahan dan kesilapan mereka. Kita bukan menghina agama kita tetapi kita mahu kelemahan ini diperbaiki.
Sementara itu, pihak institusi agama ini janganlah sewenangnya melabelkan teguran dan kritikan sebagai agenda liberal, pluralism dan kristianisasi. Sebaliknya ambil sikap berlapang dada dan terbuka untuk menerima teguran dan kritikan.
Islam menganjurkan teguran diberi dalam keadaan tertutup, namun apabila tindakan yang diambil bersifat ‘double standard’ dan kemudiannya menutup semua ruang perbincangan ilmiah, maka akan kedengaranlah suara-suara di media sosial mempersoalkan institusi ini.
Sebagai contoh dalam kes gadis K-Pop baru-baru ini, penguatkuasa agama begitu cekap dalam mengikuti suruhan Amal Makruf Nahi Mungkar, tetapi membisu seribu bahasa apabila VIP melakukannya. Tidakkah kamu memahami maksud ‘menjual agama’ di dalam ayat 9 surah at-Taubah?
Tafsir Jalalain, Tafsir al-Qurtubi dan Tafsir Ibn Kathir telah merujuk ungkapan menjual agama itu kepada kumpulan ahli agama atau mana-mana umat Islam yang menghalalkan yang haram demi menjaga gaji, status dan kedudukan mereka.
Memutarbelitkan kebenaran kerana mempertahankan kebatilan, dan kumpulan ahli agama atau mana-mana umat Islam yang menyembunyikan kebenaran daripada disampaikan kerana menjaga pangkat dan kedudukan mereka atau mencari keredaan majikan atau pemerintah.

Adakah kerajaan akan mohon Australia ekstradisi Sirul ke Malaysia?


sirul_azilah
KUALA LUMPUR, 16 JAN: Adakah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi akan menulis kepada Australia untuk mengesahkan bahawa Sirul Azhar Umar telah disabit kesalahan membunuh, serta memohon untuk mengekstradisi bekas anggota Unit Tindakan Khas itu pulang ke Malaysia?
Azilah HadriAhli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dalam satu kenyataan berkata, pihak berkuasa Australia perlu dimaklumkan bahawa pesalah jenayah yang telah dijatuhi hukuman mati itu kini berada di negara mereka.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu kenyataan hari ini berkata, Malaysia mungkin membawa kes Sirul ke mahkamah Australia sekiranya negara itu enggan mengekstradisi pesalah itu ke Malaysia untuk menjalani hukuman gantung sampai mati.
Kata Wan Junaidi, hanya mahkamah mempunyai kuasa untuk memutus dan mengeluarkan arahan sama ada Sirul Azhar akan dihantar pulang atau sebaliknya.
Lip Eng turut menggesa Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pihak berkuasa penjara memberi penjelasan tentang pesalah yang bagaimana yang menikmati keistimewaan untuk diselindung identiti oleh pihak berkuasa daripada orang ramai dan media.
Ini kerana wajah dua pembunuh ini dilindungi setiap kali muncul di mahkamah sepanjang perbicaraan berlangsung hampir sedekad.

Gagal urus bencana banjir, MKN cuba tutup salah sendiri


selepas_banjir2


KUALA LUMPUR, 16 JAN: DAP menyelar alasan tidak munasabah Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengaitkan bencana banjir di Kelantan dengan tsunami yang melanda Jepun pada tahun 2011.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, alasan MKN adalah cubaan menutup kegagalan dan kelemahan mereka menguruskan respon, bantuan serta pembinaan semula kawasan banjir.
“Sudah masuk minggu keempat banjir terburuk dalam sejarah negara berlaku, tapi fasa ketiga pembinaan semula pasca banjir belum pun bermula.
“Ini sebabnya saya menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk membuat kajian komprehensif pelan kesiapsiagaan pengurusan, bagi memastikan kelemahan dan kegagalan menjadi pengajaran pada masa akan datang.
“Lebih baik pemimpin kerajaan bangkit dari kerusi malas masing-masing dan mengambil pengajaran daripada kesilapan dan kegagalan pengurusan ketiga-tiga fasa iaitu respon, bantuan dan pembinaan semula,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan
Ujar Kit Siang, MKN seolah-olah mencari alasan dengan dakwaan tidak masuk akal bahawa cara Malaysia mengendalikan bencana tidak teruk berbanding tsunami yang melanda Jepun pada 2011.
Setiausaha MKN Datuk Thajudeen Abdul Wahab dalam wawancaranya bersama Malay Mail Online semalam berkata, tiada guna jika semua pegawai MKN dihantar ke Kota Bharu jika tidak ada komunikasi.

Pasca Banjir: Jangan biar kroni Pusat bolot kontrak bina semula Kuala Krai


LCT_banjir


KLUANG, 16 JAN: Kuala Krai yang sedang dibangunkan semula akibat kesan teruk bencana banjir baru-baru ini tidak boleh dijadikan peluang kepada kroni-kroni kerajaan Pusat untuk membolot projek-projek pembinaan.
Pengerusi DAP Johor Liew Ching Tong berkata, bantuan RM 500 juta yang dijanjikan Pusat awal tahun ini seharusnya menjana ekonomi penduduk tempatan di daerah itu.
“Pembinaan semula Kuala Krai dan sekelilingnya tidak boleh menjadi tempat kroni Pusat untuk mendapat kontrak.
“Kerajaan di semua peringkat, serta NGO-NGO perlu berfikir bagaimana mencipta peluang pekerjaan sementara untuk masyarakat tempatan,” ujar Chin Tong.
Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Kluang menggesa Pusat untuk mengisytiharkan darurat agar tenaga dan aset tentera dapat digembleng agar kerja pembersihan bagi mengelakkan penyebaran wabak penyakit dilaksanakan serta-merta.
“Saya sendiri lihat di daerah Manjor kereta Kementerian Kesihatan mengguna pembesar suara mengumumkan kepada penduduk agar menggunakan air bersih dan gunakan tandas.
“Cuma, ironinya mana ada bekalan air dan elektrik di sana, penduduk pula menggunakan sungai untuk mandi,” ujarnya lagi.
Kata Chin Tong banjir bukan saja menyebabkan ekonomi Kuala Krai tidak berfungsi dan perlu dilihat sebagai kebimbangan sosio-ekonomi.

K-Pop: Kenapa sekarang baru tersedar

SHAH ALAM – Insiden di pentas konsert sebuah kumpulan artis dari Korea Selatan nyata membuka mata masyarakat Islam yang tersedar bahawa amalan Islam di negara ini begitu longgar sehingga perkara seumpama itu boleh berlaku.

Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani berkata, tindakan perlu dikenakan ke atas gadis-gadis itu supaya menjadi pengajaran dan tidak berlaku pada masa akan datang.

“Tindakan Jawi itu sudah tepat. Kita patut sokong apa yang dilakukan oleh Jawi. Di mana kita perlu panggil dan selepas panggil itu, barulah kita dapatkan penjelasan daripada mereka.

“Bukannya sekadar dakwah sahaja tetapi menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tak buat tindakan sama pada masa akan datang. Umum tahu kesalahan yang dilakukan itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Muslimah ,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, tindakan pihak berkuasa agama ini tidak sepatutnya terbatas setakat kes ini sahaja sebaliknya perlu dijalankan kepada semua golongan tanpa mengira pangkat.

“Tak kira siapa. Mana-mana orang yang beragama Islam buat (tindakan tidak sepatutnya) perlu diambil tindakan.

“Tak kira pangkat apa pun termasuk pelakon, pemimpin dan sesiapa saja yang lakukan perbuatan tidak berakhlak di khalayak ramai. Inilah peranan pejabat agama. Inilah yang sepatutnya dilakukan,” katanya.

Banjir di K'tan tak sama tsunami di Jepun

Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang mencari alasan untuk mewajarkan kelemahan, kelengahan dan kegagalannya dengan membuat dakwaan melampau kononnya banjir di Kelantan seakan-akan tsunami yang melanda Jepun pada 2011.

Pada 11 Mac 2011, gempa bumi berskala 9.0 melanda Tohoku, Jepun; menghasilkan tsunami setinggi 10 meter yang menghancurkan segala-segala di laluannya dan mengakibatkan krisis nuklear setelah stesen janakuasa nuklear Fukushima dan lain-lainnya terjejas teruk.

Ia merupakan gempa bumi paling buruk pernah direkodkan dalam sejarah Jepun, dan yang keempat paling kuat di dunia sejak rekod disimpan pada tahun 1900.

Gempa tersebut menghasilkan ombak tsunami setinggi 40.5 meter (133 kaki) dan bergerak sejauh 10 km (6 batu) ke kawasan darat.

Agensi polis Jepun mengesahkan bahawa tiga musibah ini mengakibatkan 15,889 kematian, 6,152 cedera dan 2,601 orang hilang dalam kawasan 20 wilayah, manakala lebih 127,290 bangunan roboh, dengan 272.788 bangunan lagi separa roboh, serta 747,989 bangunan rosak.

Gegaran utama telah menyebabkan lebuhraya terbelah dua, meruntuhkan bangunan dan mencetuskan kebakaran di seluruh daerah Timur Laut pesisir pantai Pasifik. Tsunami yang muncul kemudiannya memusnahkan beberapa perkampungan.

Sejumlah 4.4 juta isi rumah di Timur Laut Jepun terputus bekalan elektrik, manakala 1.5 juta lagi terputus bekalan air.

"Raja Judi": PAS persoal Zahid 'berselindung' di balik OSA


PAS mempersoalkan tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi yang enggan mendedahkan berhubung bantuan berkaitan keselamatan yang diberikan 'raja judi' Paul Phua.

Sebaliknya, kata parti Islam itu, Zahid terus “berdalih” dan “berselindung” di sebalik alasan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

“PAS masih konsisten dengan penegasan agar pihak kerajaan khususnya menteri dalam negeri agar bersikap telus dalam isu ini,” kata Mahfuz.

“Usah jadikan alasan ‘rahsia besar’ bawah perlindungan Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk membolehkan pihak kerajaan sanggup bersekongkol dengan raja judi dan kongsi gelap dalam hal keselamatan negara.”

Zahid semalam berkata beliau tidak dapat mendedahkan mengenai bentuk bantuan yang disediakan oleh Phua kepada kerajaan kerana melibatkan “rahsia besar negara” yang dilindungi OSA.

Beliau turut menjelaskan bahawa suratnya kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS) bukan surat sokongan.

Hilangnya Sirul Membuatkan 'Hantu Altantuya' Kembali Bernyawa

Malaysia mungkin satu-satunya negara di dunia yang paling banyak "benda" hilang tanpa dapat dikesan. Bukan sekadar kenderaan, kanak-kanak dan barang-barang bernilai lain yang hilangnya sudah menjadi perkara biasa, negara kita juga mencipta sejarah kerana jet perang tiba-tiba hilang enjinnya.

Dalam laporan audit beberapa tahun lalu, diberitakan beberapa pucuk pistol dan gari polis dikesan hilang daripada simpanan.

Pada tahun lepas pula, sebuah kapalterbang penumpang MAS, MH370 juga hilang daripada radarnya dan sehingga sekarang terus ghaib tanpa dapat dikesan.

Dua pemuda yang sedang menunggu perbicaraan di mahkamah, Alvin Tan dan Ali Abdul Jalil, juga hilang secara tiba-tiba dan kini dilaporkan sedang berusaha mendapatkan suaka politik di luar negara.

Terbaru, Sirul Azhar Umar, salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya, turut hilang ketika hukuman mati dijatuhkan keatasnya atas sabitan bersalah membunuh model kelahiran Mongolia itu.

Selepas beberapa siri kehilangan yang "tidak masuk akal" dan "memeningkan kepala"  semua orang, hilangnya Sirul daripada menghadirkan diri ke Mahkamah Persekutuan dan kemudian didapati sudah berada di Australia sejak dua bulan lalu, sekali lagi menimbulkan lebih banyak tanda-tanya mengenai pentadbiran dan kawalan negara kita ini.

Ramai yang bertanya, apa sudah jadi dengan Malaysia sekarang ini? Bagaimana seorang yang sedang menunggu keputusan mahkamah atas tuduhan membunuh boleh begitu bebas untuk ke luar negara?

Seminggu atau dua minggu sebelum tarikh perbicaraan pula, kenapa pihak berkuasa tidak berusaha mencari dan mengesannya setelah telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi? Kenapa kehilangan yang memalukan seperti ini berlaku lagi?

Akta Hasutan: Tak cukup denda RM5,000, mereka mahu saya ke penjara, kata Hishamuddin Rais

Aktivis Hishamuddin Rais (kanan) yang dikenakan denda RM5,000 kini didakwa sekali lagi supaya beliau dipenjarakan pihak pendakwa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Januari, 2015. 
Aktivis Hishamuddin Rais (kanan) yang dikenakan denda RM5,000 kini didakwa sekali lagi supaya beliau dipenjarakan pihak pendakwa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Januari, 2015.

Aktivis Hishamuddin Rais akan didakwa sekali lagi mengikut Akta Hasutan 1948 kerana pihak pendakwa tidak berpuas hati dengan denda RM5,000 yang dijatuhkan sebelum ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh peguamnya, Syahredzan Johan selepas seminggu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan denda RM5,000 kerana bersalah di bawah akta tersebut.
"Denda sudah RM5,000 tetapi tidak dipenjarakan. Itu sebab mereka tidak puas hati. Kelihatannya mereka mahu melakukan kedua-duanya sekali.

"Hukuman denda RM5,000 adalah maksima‎ kerana Akta Hasutan diperuntukkan tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur minggu lalu menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atas tuduhan menghasut orang ramai ke jalan raya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam sebuah forum 2  tahun lalu.
Hakim Azman Mustapha berkata pihak pendakwa berjaya membuktikan kes tersebut mengatasi keraguan munasabah.
Hishamuddin, 64, didakwa mengeluarkan kata-kata menghasut itu di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur Selangor di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur pada 13 Mei, 2013.
Aktivis itu berkata dirinya merupakan mangsa sampingan kepada Akta Hasutan kerana akta itu tidak difokuskan kepada kelompok aktivis sepertinya.

K-Pop: Gadis dinasihat tampil beri penjelasan

Ustaz Haslin Baharim
SHAH ALAM - Gadis-gadis Muslim yang terlibat dalam isu berkelakuan kurang menyenangkan bersama artis K-Pop baru-baru ini dinasihatkan agar tampil dan menjelaskan perbuatan mereka kepada pihak berkuasa.

Pendakwah terkenal, Ustaz Haslin Baharim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Bollywood berkata, kelakuan di luar batas anak-anak gadis itu mungkin akibat didorong keterujaan terlampau sehingga menyebabkan mereka terlupa diri.

“Memanglah apa yang dibuat oleh mereka itu kelakuan yang tidak sopan dan tidak berakhlak. Mungkin sebab terlalu minat sangat dengan K-Pop hingga menyebabkan mereka terlupa siapa diri mereka yang sebenar.

“Nasihat saya kepada mereka yang terlibat ini, tampilkanlah diri dan jelaskan. Kalau kita berani buat, kena berani hadapi risikonya. Saya percaya Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) mungkin tak akan kenakan tindakan mahkamah. Cuma nak melihat  apa tujuan mereka buat begitu (aksi atas pentas) sebenarnya,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.

Meskipun perbuatan anak-anak gadis itu tidak berakhlak namun, beliau berpendapat, tindakan mencela dan mencemuh terhadap mereka juga bukan tindakan yang sewajarnya dilakukan.

K-Pop: Kerajaan Umno@Bn lemah pantau hiburan luar

K-Pop
SHAH ALAM – Isu aksi melampau peminat K-Pop baru-baru ini dilihat sebagai satu bukti bahawa  kerajaan kini lemah dalam memantau dan mengawal bentuk hiburan yang dibawa dari luar untuk menjadi tontonan remaja negara ini.

Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata, penganjur dan penonton sama sekali tidak boleh disalahkan selepas perkara ini telah terjadi.

" Jangan bila rumah siap maka pahat berbunyi. Kerajaan patut menyalahkan agensi-agensinya yang bertanggungjawab mengawal selia dan memproses kelulusan kemasukan kumpulan penghibur ke negara ini.

"Kalau Jakim dan KDN boleh menyekat kemasukan pendakwah yang dianggap merbahaya kepada aqidah umat Islam di negara ini, mengapa sekatan yang sama tidak boleh dikenakan kepada kumpulan penghibur? Jangan jadi 'double standard' dalam  mengambil tindakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan yang sama Mustapha berkata, pihaknya amat khuatir dengan pengaruh hiburan melampau kerana didakwa akan memburukkan masalah sosial dan moral generasi muda Islam di negara ini.

1MDB: SPRM akan panggil Khairuddin

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan tampil untuk memberi maklumat tambahan berhubung aduannya mengenai perjalanan firma 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata ia bagi membolehkan pasukannya menilai asas dakwaan tersebut.

"Maklumat yang diberikan ini merupakan perkara yang sama dikemukakan oleh Khairuddin kepada polis sebelum ini.

"SPRM akan memanggil Datuk Khairuddin untuk mendapatkan maklumat tambahan daripada beliau sebelum membuat keputusan sama ada terdapat asas untuk menjalankan siasatan di bawah Akta SPRM 2009.

"SPRM memberi jaminan akan bertindak secara telus dan profesional dalam isu ini selaras dengan Akta SPRM 2009," kata Mohd Shukri dalam kenyataannya.

Naib ketua Umno Batu Kawan itu dalam laporannya kepada polis sebelum ini menggesa agar operasi 1MDB disiasat dan turut membuat laporan yang sama di pejabat SPRM di Putrajaya semalam.

Sementara itu, MP Petaling Jaya Utara Tony Pua menggesa Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB yang baru, Arul Kanda Kandasamy agar menjelaskan kepada orang ramai berkenaan isu-isu yang melingkari 1MDB.

Ekstradisi Sirul: KPN tunggu jawapan rasmi kerajaan Australia

SHAH ALAM – Walaupun wujud laporan menyatakan keengganan pihak kerajaan Australia menghantar pulang bekas Anggota Polis Bukit Aman, Sirul Azhar Umar ke Malaysia, namun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar masih menunggu jawapan rasmi daripada kerajaan Australia.

Memetik laporan daripada portal berita The Malay Mail, beliau berkata Polis DiRaja Malaysia (PDRM) masih menunggu pengesahan rasmi sebelum langkah lanjut diambil.

“Mari kita dengar daripada mereka terlebih dahulu sebelum kita buat keputusan mengenai langkah seterusnya," katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Kerajaan Australia semalam mendedahkan bahawa Sirul Azhar yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh warganegara Mongolia, Antaltuya Shaariibuu tidak akan dihantar pulang ke Malaysia.

Ini kerana menerusi laporan The Sydney Morning Herald, undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seseorang yang dijatuhi hukuman mati dihantar pulang, melainkan individu tersebut tidak akan dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Sementara itu, seorang jurucakap daripada pejabat Peguam Negara Australia berkata, antara sebab mereka enggan mengekstradisi Sirul adalah kerana negara itu menentang hukuman gantung sampai mati.

Sirul dikatakan berada di Negara tersebut sejak November lalu dan tidak memiliki wang yang mencukupi untuk pulang menyebabkan dia tidak dapat pulang untuk menjalani hukuman yang dijatuhkan terhadapnya.

Bekas CEO TEKUN “memperolehi” sehingga RM70,000 sebulan duit rasuah

Bekas CEO tabung untuk usahawan itu ditahan reman berhubung dakwaan meminta suapan
RasuahPETALING JAYA : Bekas ketua pegawai eksekutif sebuah tabung pembiayaan modal untuk usahawan ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta suapan daripada syarikat pengutip hutang.
Majistret Lukman Hakim Abu Bakar Sedik mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 22 Jan ini terhadap lelaki berusia 60 tahun itu untuk disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Suspek bergelar ‘Datuk’ itu dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada 9.30 pagi ini untuk mendapatkan perintah reman.
Difahamkan lelaki itu ditahan di Kelab Shah Alam, Selangor pada 9.20 malam tadi.
Tabung yang diuruskan suspek adalah satu badan di bawah sebuah kementerian.
Suspek didakwa melakukan kesalahan itu bermula 2011 hingga tahun lepas, dengan meminta rasuah daripada syarikat pengutip hutang mengikut peratusan dan sebagai balasan, kontrak perkhidmatan syarikat itu, dilanjutkan.
Siasatan awal mendapati suspek memperoleh RM20,000 hingga RM70,000 sebulan sepanjang tempoh berkenaan.

MB Selangor mahu penjelasan Puncak Niaga lengah penstrukturan air

SHAH ALAM, 16 JAN: Kerajaan Negeri akan meminta penjelasan Air Selangor Sdn Bhd berhubung kelewatan Puncak Niaga Holdings Sdn Bhd yang bertindak melengahkan isu penstrukturan air Selangor.
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata Kerajaan Negeri mahu butiran lanjut syarikat konsesi itu yang bertindak sedemikian sedangkan perjanjian induk hanya memberi masa dua bulan untuk penyelesaian dengan pihak konsesi terbabit.
Katanya, tidak ada sebarang keperluan bagi membenarkan syarikat konsesi itu untuk melengah-lengahkan dalam memuktamadkan perjanjian.
“Saya akan dapatkan penjelasan dari Air Selangor mengapa Puncak Niaga memerlukan masa yang panjang dan bukannya seperti dalam perjanjian. Selepas 12 November beberapa perkara yang perlu diselesaikan lebih kepada soal pentadbiran.
“Jika mengikut perjanjian itu Puncak Niaga hanya diberi dua bulan untuk menyelesaikan isu penstrukturan air, jadi saya tidak nampak sebarang keperluan untuk membenarkan Puncak Niaga melengahkan perkara ini,” katanya dalam sidang media di SUK, di sini.
Mohamed Azmin berkata ketika ini, Kerajaan Negeri memberi fokus kepada penyelesaian dengan pihak SPLASH.
“Pihak SPLASH sebelum ini diberi masa setahun mengikut perjanjian induk. Ini bermakna sehingga 12 September depan kita akan memuktamadkan perjanjian dengan pihak SPLASH,” katanya.

Jakim: Jangan gunakan debat sebagai helah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengelak untuk menerima cadangan berdebat dengan peguam Eric Paulsen ekoran kenyataan beliau yang mendakwa pihak berkuasa agama itu "mempromosikan ekstremisme".

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata cadangan berdebat yang turut dipersetujui oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Ahmad Shabery Cheek, "bukan soal isu, bukan soal pokok".

"Kes Eric ni sedang dalam siasatan polis, soal debat ini bukan soal isu, bukan soal pokok.

"Selesai dulu kes dia ini di mahkamah," katanya melalui kiriman Whatapps yang dimajukan oleh pegawai perhubungan awam Jakim kepada Malaysiakini semalam.

Ahmad Shabery semalam turut bersetuju mengenai saranan agar satu debat terbuka diadakan antara Jakim dan Paulsen sebagai memberi peluang kepada peguam itu menjelaskan maksud kenyataannya yang mendakwa Jakim mempromosikan ektremisme.

Mahkamah benar Wan Ji rujuk isu perlembagaan ke Mahkamah Tinggi

Mahkamah benar Wan Ji rujuk isu perlembagaan ke Mahkamah TinggiSHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin untuk merujuk isu perlembagaan berhubung tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 yang dikenakan terhadapnya, ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Slamat Yahya membenarkan permohonan tertuduh mengikut Seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Beliau berkata mahkamah itu terikat dengan keputusan mahkamah lebih tinggi berhubung kes-kes seumpamanya.

"Mahkamah ini perlu melihat sama ada isu tersebut tertakluk kepada Seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan dengan itu mahkamah membenarkan kes tersebut dirujuk ke Mahkamah Tinggi," katanya.

Slamat bagaimanapun menolak permohonan tertuduh untuk penangguhan prosiding kes berkenaan sehingga Mahkamah Tinggi selesai meneliti isu itu.

Ini kerana jika perbicaraan kes itu ditangguh, ia akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan, kata Slamat.

Perbicaraan kes itu ditetapkan lima hari bermula 5 Mei.

Dipeluk artis K-pop agenda hancurkan agama Islam, kata Jakim

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyifatkan tingkah laku sebilangan remaja perempuan Islam yang dipeluk artis pujaan mereka dalam satu konsert minggu lalu sebagai satu agenda menghancurkan pegangan agama Islam.
Khatib melalui khutbah Jumaat hari ini berkata, umat Islam boleh dibinasakan dengan pelbagai cara, antaranya penyelewengan akidah, pencemaran akhlak dan budaya dari Timur ataupun Barat.
 “Dalam suasana keperitan dan kehibaan saudara kita di beberapa negeri yang ditimpa musibah banjir, kita dikejutkan dengan aksi dan penglibatan segelintir remaja masa kini dalam program hiburan melampaui batas nilai-nilai agama yang didatangkan dari luar negara.

“Mereka begitu fanatik dan sanggup memuja bahkan memeluk idola pujaan mereka di khalayak ramai. Kita mungkin tidak menyedari akan muslihat atau agenda yang dibawa akhlak dan budaya di sebalik hiburan tersebut.
“Mimbar ingin menyatakan inilah satu proses untuk melemahkan nilai dan jati diri umat Islam serta menghancurkan pegangan ajaran agama Islam yang sebenar,” katanya dalam khutbah hari ini yang bertajuk “Transformasi Diri”.
Jakim berkata, pencemaran akhlak dan budaya dengan memuja budaya popular tersebut disebarkan melalui media massa, Internet, buku dan majalah, selain melalui propaganda dan ideologi. Katanya, bagi mereka yang cetek pemikiran akan menganggap ia sekadar hiburan semata-mata tetapi jika dikaji dengan mendalam, nilai, adab dan moral budaya itu akan dapat ditemukan.

 “Kejadian yang berlaku ini merupakan satu perbuatan maksiat yang serius dan berbahaya kerana melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. “Justeru, di tangan kitalah letaknya tanggungjawab bagi memastikan nilai budaya Islam terpelihara dan terjaga dengan menyeru kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran.
“Kita perlu mengamalkan kaedah pengurusan krisis yang lebih cekap dengan bertindak menghapuskan masalah sebelum masalah itu merebak menjadi barah kepada masyarakat,” katanya. Konsert artis kumpulan K-Pop, B1A4 dari Korea Selatan minggu lalu mencetuskan kontroversi ‎di laman sosial apabila terdapat adegan peluk dan cium di dahi oleh tiga ahli kumpulan itu bersama tiga gadis Melayu.
Tindakan itu menimbulkan kemarahan daripada masyarakat Islam terutama badan bukan kerajaan (NGO) yang melabelkan hiburan K-Pop merosakkan akidah remaja Islam dan ada kaitan dengan agenda Kristianisasi.

Bukan Melayu je mudah lupa ...

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed masih tidak berpuashati dengan penjelasan yang dibuat oleh firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkaitan pelaburan sebanyak RM8.3 bilion yang dilaburkan di Kepulauan Cayman, lapor Sarawak Report.

Dr Mahathir berkata penjelasan yang diberikan oleh 1MDB bahawa pelaburan tersebut telah diperolehi semula tidak memberi apa-apa pencerahan.

"Penjelasan itu tidak mencerahkan apa-apa kepada kita. Saya hendak tahu bank mana yang menyimpan wang itu. Satu bilion dolar; anda mesti simpannya di mana-mana.

"Saya tidak tahu di mana wang itu berada – ia adalah sebahagian daripada ketelusan," katanya seperti dilapor Sarawak Report.

Sebelum ini, 1MDB membuat pengumuman mengenai pemerolehan semula dana tersebut selepas firma tersebut dilaporkan terlepas membuat bayaran balik pinjaman berjumlah RM2 bilion (AS$563 juta) yang berakhir pada hujung Disember lalu.

BR1M vs bantuan tunai 4 negara

 Dalam konteks harga minyak dunia terus jatuh dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bakal dilaksanakan, ekonomi negara akan menjadi merundum, dan kemudahancaman (vulnerability) isi rumah miskin atau di pinggir kemiskinan sudah pasti akan meningkat.

Ini termasuk risiko hilang pekerjaan dan beban hutang melambung tinggi yang membolehkan sesebuah isi rumah kembali ke kancah kemiskinan.

Kajian terbaru Institut Rakyat mengenai program bantuan tunai langsung (cash transfer) cuba menjawab sejauh mana Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dapat membantu isi rumah miskin keluar daripada kemiskinan khususnya dalam keadaan ekonomi merundum.

Kajian ini membandingkan objektif program bantuan tunai langsung di lima negara: “Bolsa Familia” di Brazil, “Oportunidades” di Mexico dan Skim Jamin Kerja Maharashtra di India, Program Bantuan Tunai Langsung di Indonesia dan BR1M di Malaysia.

Institut Rakyat mendapati program bantuan tunai langsung yang bersifat transformatif akan memperbaiki kehidupan mereka yang susah atau mengeluarkan golongan itu daripada kemiskinan dengan objektif spesifik.

Bantuan tunai langsung yang bersifat non-transformatif pula hanya memberi bantuan tunai sebagai satu “pampasan” bagi pengurangan subsidi bahan api, bukannya untuk mengurangkan kemiskinan.

Kebergantungan

Sebaliknya, ia akan mewujudkan kebergantungan dan eksploitasi politik.

Antara lima program tersebut, Bolsa Familia, Oportunidades dan Skim Jamin Kerja Maharashtra adalah bersyarat dan bersifat transformatif, manakala Program Bantuan Tunai Langsung dan BR1M tidak bersyarat dan non-transformatif.

Apa sebenarnya fungsi zakat di M'sia ???


“Semua bekas Menteri Dalam Negeri tulis surat secara unilateral pada FBI?

GELANG PATAH, 16 JAN: Semua bekas Menteri Dalam Negeri perlu bersuara dan membersihkan nama mereka dari tuduhan Datuk Seri Zahid Hamidi, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Ini kerana Zahid dalam kenyataannya semalam berkata, Menteri Dalam Negeri sebelum beliau pernah mengeluarkan surat kepada FBI tanpa kebenaran dan pengetahuan Kementerian.
“Benarkah Menteri Dalam Negeri sebelum ini juga pernah menulis surat secara unilateral kepada FBI, tanpa pengetahuan pihak polis dan Ketua Polis Negara pada waktu itu?
“Maka menteri-menteri terdahulu jauh lebih tidak berdisiplin, liar dan melulu daripada apa yang disangkakan rakyat Malaysia.
“Bekas Menteri Dalam Negeri seperti Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Azmi Khalid mesti bersuara dan membersihkan nama mereka,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu kata Kit Siang, Zahid tidak boleh menyangka bahawa rakyat Malaysia bodoh walaupun dia telah berjaya ‘memperbodohkan’ kabinet
Zahid sebelum ini berkata kabinet menerima penjelasan versinya tentang surat kepada FBI menerangkan status ‘raja judi 14K Paul Phua Wei Seng’ yang didakwa menjalankan perjudian haram di Las Vegas.
“Saya tak sangka kabinet boleh terima penjelasannya, dan saya pasti takkan ada menteri berani cakap secara terbuka dia percaya penjelasan Zahid itu,”ujar Kit Siang.
Sedangkan Zahid itu dalam suratnya menyatakan Paul Phua membantu “kemanan negara” dan ‘selalu dipanggil untuk membantu dari masa ke semasa’

DAP gesa polis hentikan amalan pilih bulu, siasat segera 1MDB


tony pua 2


KUALA LUMPUR, 16 JAN: DAP hari ini sekali lagi mempertikaikan kredibiliti pihak polis yang sehingga kini tidak pernah melakukan siasatan terhadap penyelewengan 1MDB walaupun sudah lebih sebulan laporan polis dibuat.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, tindakan itu jauh berbeza dengan apa yang berlaku terhadap peguam hak asasi manusia Eric Paulsen dan mengukuhkan lagi bukti bahawa polis sememangnya bersikap ‘double standard’.
“Memandangkan isu ini melibatkan salah laku serius dan hutang terkumpul sebanyak RM42 bilion dalam jangka masa hanya 5 tahun yang menjejaskan ekonomi negara, adalah penting untuk mengetahui apakah Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan terhadap 1MDB.
“Sudah lima minggu berlalu sejak laporan dibuat tapi adakah kenyataan telah diambil daripada pihak pengurusan atau pengarah 1MDB?” soalnya dalam satu kenyataan.
Pada 12 Disember lalu, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah membuat laporan polis terhadap 1MDB untuk menggesa siasatan secara terperinci dan menyeluruh dilakukan terhadap pengarah 1MDB serta wakil-wakil syarikat tertentu yang mungkin terlibat dalam skandal terbabit.
Khairuddin berkata, laporan tersebut dibuatnya selepas mengkaji pelbagai laporan dalam media cetak nasional dan antarabangsa serta media atas talian (online) yang jelas membuktikan terdapat kelemahan dalam pengurusan 1MDB.

Dr M: Di mana wang 1MDB?

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih tidak berpuas hati dengan penjelasan firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bahawa dana sebanyak RM8.3 bilion yang dilaburkan di Kepulauan Cayman telah diperolehi semula.

Mahathir berkata, firma yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu perlu menjelaskan bank yang menjadi tempat pelaburan dana tersebut.

"Penjelasan itu tidak mencerahkan apa-apa kepada kita.

"Saya hendak tahu bank mana yang menyimpan wang itu. Jumlahnya berbilion dolar; kamu mesti simpannya di mana-mana.

"Saya tidak tahu di mana wang itu berada – ia adalah sebahagian daripada ketelusan," kata beliau dalam wawancara dengan Sarawak Report yang disiarkan semalam.

'Siapa dalangi serangan ke atas Dr M, Daim?'

Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata, cakap-cakap mengenai seorang individu yang didakwa memimpin kempen propaganda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini menimbulkan lebih banyak tanda tanya.

Beliau mempersoalkan sekiranya individu tersebut ada kaitan dengan siri serangan baru ke atas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan oleh penulis blog pro-Najib dan juga media yang berhubung kait dengan Umno.

A Kadir membangkitkan perkara itu di blog kadirjasin.blogspot.com dengan merujuk kepada satu mesej teks yang diterimanya daripada seorang editor akhbar arus perdana yang bertanya mengenai individu tersebut.

“Siapa dia orang bernama H_____ R____ yang dikatakan terlalu rapat dengan PM dan berupaya memberitahu kepala-kepala Media Prima dan Utusan yang apa perlu dispin?,” tulisnya yang menerbitkan semula kiriman teks tersebut.

Katanya, beliau tidak berani menerbitkan semula nama individu tersebut dan dakwaan kaitan dengan Najib memandangkan maklumat mengenainya belum disahkan.

Malaysia mungkin bawa kes Sirul ke mahkamah Australia

GEORGE TOWN: Malaysia mungkin membawa kes Koperal Sirul Azhar Umar ke mahkamah Australia sekiranya negara itu enggan mengekstradisi bekas anggota Unit Tindakan Khas itu ke Malaysia untuk menjalani hukuman gantung sampai mati.
  
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata hanya mahkamah mempunyai kuasa untuk memutus dan mengeluarkan arahan sama ada Sirul Azhar akan dihantar pulang atau sebaliknya.
  
Beliau berkata perkara itu akan dibincang secara terperinci oleh Ketua Polis Negara dan Peguam Negara sebelum mengambil tindakan seterusnya.
  
"Pada masa ini kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia masih berusaha berbincang dengan pihak berkuasa Australia untuk mengekstradisi Sirul Azhar," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.
  
Selasa lalu, tertuduh pertama C/Insp Azilah Hadri, 38, dan tertuduh kedua, Sirul Azhar, 43, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan kerana membunuh model sambilan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu sembilan tahun lepas.  
  

Selangor timbang tawar pekerjaan kepada Mejar Zaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor akan mempertimbang untuk menawarkan pekerjaan kepada Mejar Zaidi Ahmad yang dibuang kerja.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kerajaan Pulau Pinang yang menawarkan pekerjaan kepada Zaidi, lapor Selangor Kini.

“Kita boleh mempertimbangkan untuk menawarkan pekerjaan kepada beliau,” katanya dalam sidang media di SUK, hari ini.

Beliau turut mengalu-alukan hasrta Mejar Zaidi untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Katanya, adalah hak individu dalam sistem demokrasi untuk menyertai mana-mana parti.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR percaya Mejar Zaidi mempunyai peranan untuk menyuburkan sistem demokrasi di negara ini.

Mahkamah Tentera menjatuhkan hukuman buang kerja daripada perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong terhadap Mejar Zaidi, Isnin lalu.

Panel lima hakim mahkamah, diketuai Yang Dipertua, Kolonel Saadoon Hassan membuat keputusan itu terhadap beliau selepas mendapati bersalah atas dua tuduhan berkaitan isu dakwat kekal semasa PRU13 lalu.

Khutbah tegur remaja 'fanatik' peluk artis


Khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan hari ini menegur sikap remaja yang didakwa fanatik dengan program hiburan melampau batas sehingga sanggup memeluk idola mereka di khalayak ramai.

Lebih sedih lagi, kata mimbar, ia berlaku ketika mangsa banjir di beberapa negeri dalam Malaysia berada dalam keadaan perit dan hiba.

“Kita mungkin tidak menyedari akan muslihat atau agenda yang dibawa oleh akhlak dan budaya di sebalik hiburan tersebut.

“Bagi mereka yang cetek pemikiran, (mereka) menganggap ia hiburan semata-mata.

“Tetapi jika dikaji dengan mendalam, kita akan menemui jawapan di sebalik persoalan, apakah nilai, adab, budaya dan moral yang dibawa oleh mereka,” menurut khutbah.

Sabtu lalu, gambar beberapa remaja perempuan bertudung memeluk artis K-pop B1A4 tersebar meluas di Internet dan mengundang polemik panjang sehingga ke hari ini.

Sementara itu, khutbah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga menganggap program sebegitu sebahagian daripada proses melemahkan nilai dan jati diri umat Islam serta menghancurkan pegangan Islam sebenar.

'Yang penting surat, bukan posmen, Zahid'

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi semalam menyerang portal berita dengan contoh “posmen gigit anjing” untuk memperkecilkan media yang melaporkan kaitannya dengan 'raja judi' Paul Phua.

Tetapi peringatan untuk Zahid: Bukan posmen yang kami mahu, tetapi surat yang dihantarnya.

Tidak kisahlah sama ada posmen itu menggigit anjing atau tidak, media tidak berminat. Dan kami sekarang ada suratnya dan kami mahu tahu kenapa ia ditulis dan dihantar.

Surat 'penjelasan' membersihkan nama Phua yang ditahan oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) dan berdepan pendakwaan perjudian di negara itu, dipulangkan kembali kepada penghantar kerana lewat.

Kerajaan AS, menurut peguam daerah, membantah kemasukan surat itu kerana tarikh akhir serahan baru telah tamat.

Kemudian posmen pula menghantarnya kepada alamat yang 'salah' dan FBI kemudian mengubah statusnya dan orang ramai pun mengetahuinya.

Persoalannya sekarang, kenapa penghantarnya, yang Zahid akhirnya mengaku, mengutus surat itu.

Apa sebenarnya urusan beliau dengan lelaki yang diketahui umum dengan tabiat perjudian haramnya itu?

Daripada maklumat terkumpul, Phua bukan seorang pemain pakau yang biasa.

Dia bahkan seorang penjudi besar yang diiktiraf di Caesars Palace, yang kemudiannya disyaki menjalankan permainannya sendiri di Vegas.

Cuba tonton perlawanan disertai di YouTube, termasuk ketika dia mewakili Malaysia, siapakah yang tidak terpukau dengan kemahirannya bermain berjudi.

Protest in Pakistan to condemn Charlie Hebdo cartoon

Di mana salah Zaidi? Pakar kecam mahkamah tentera

Mejar Zaidi tekad berbakti tanpa sayap TUDM

Pesanan Mejar Zaidi: Jangan takut lapor polis...

Zahid thinks Malaysians are fools like the Cabinet!

Prime Minister Najib Abdul Razak must step in to clean up the mess created by Zahid’s infamous letter to the FBI.
zahid hamidi FBI kit siang2KUALA LUMPUR: Home Minister Ahmad Zahid Hamidi must not take Malaysia as a nation of fools even if the Cabinet is made up of fools obediently accepting his outrageous take about his infamous letter to the FBI.
“Zahid is being very brazen and blatant in demanding that everybody act as gullible fools to accept his version that his infamous letter to the FBI was merely intended to clarify that Paul Phua was not a member of the 14K triad “in Malaysia” and nothing more,” said DAP elder statesman Lim Kit Siang in a statement.
Zahid claimed on Wednesday, noted Lim, that the Cabinet at its weekly meeting was ‘satisfied with his explanation on the matter’.
“I do not believe that our Cabinet Ministers suffer from comprehension problems either or they will not have risen to their present pinnacle of political power in government,” said Lim who is also DAP Parliamentary Leader and Gelang Patah MP.
“For reasons best known to them, they prefer to appear to be gullible fools but this is no compliment on their political purpose and integrity that they could be cowed into obediently accepting Zahid’s outrageous explanation on his infamous letter to the FBI, knowing in their heart of hearts that Zahid was not speaking the truth.”
Are there Ministers who really believe that Zahid’s infamous letter to the FBI was nothing more than clarifying that Phua was not a member of the 14K triad “in Malaysia” and are prepared to step forward and identity themselves one by one?
“I doubt there will be a single Cabinet Minister who will be prepared to state openly and publicly that he or she truly believes that Zahid’s infamous letter was just to clarify that Phua was not a member of the 14K triad “in Malaysia”,” said Lim. “although collectively they have been cowed into accepting Zahid’s claim or at least not to puncture the balloon in public that his explanation had been accepted by the Cabinet!”
“I do not believe that Zahid suffers from comprehension problems either that he could not understand that his letter was not merely intended to clarify that Paul Phua, the alleged gambling kingpin standing trial for illegal gambling in Las Vegas, Nevada was not a member of the 14K triad “in Malaysia”.”
Lim asked whether the following statements would be regarded by the FBI as superfluous, empty and meaningless verbiage and not meant to influence the FBI’s handling of Phua’s case:
Phua helped the Malaysian government in “projects affecting our national security”;
“We continue to call upon him to assist us from time to time as such, we are eager for him to return to Malaysia”;
Phua’s release would impact on furthering “good international relations between our two countries, especially in the exchange of information”.
Every Minister collectively and personally responsible for Zahid
Zahid made one startling revelation on Wednesday to justify his infamous letter to the FBI, noted Lim. “He claimed that previous Home Ministers before him had also written such clarification letters.”

ROSMAH & UMNO WARLORDS DIGGING IN? When Daim is angered, Najib is in BIG TROUBLE!

ROSMAH & UMNO WARLORDS DIGGING IN? When Daim is angered, Najib is in BIG TROUBLE!It is not common knowledge that Tun Daim Zainudin has banking businesses in Europe and Africa; there are some pieces in the internet, that’s all. But since it has been brought up in the recent mainstream, many people are getting curious and have started to ask questions.
In the true and rather sneaky tradition of Umno free-for-all, many of the salvos fired at Daim on government media like TV3 were made by making use of the Opposition, especially PKR adviser Anwar Ibrahim's frequent criticism of Daim and former prime minister Mahathir Mohamad.
But we have no proof that Daim has done the business illegally, for now anyway. Thus we should give him the benefit of the doubt that when there is no case brought against him in the countries he does his business, then his business deals should be fine.
So why are some people in Umno so unhappy with Daimthat they would use their prized weapon to reach the masses - the mainstream media? Does Umno or someone powerful in Umno know something we don’t?
When Daim finally voiced out his concern on why the Umno media was promoting the Opposition’s claim of his alleged illegal dealings, it confirmed that something has started to boil in Umno!
"I am aware of who is behind this sudden attention on me. If you don’t like the message, kill the messenger," Daim was reported as saying on Thursday.
Najib's counter-attack
The attacks on Datuk Seri Najib Razak have been going on for some time, but it seems that it has gained some momentum recently.
There have been few counter attacks from Najib’s camp but it is his nature not to do anything! It is only Najib’s supporters who are offended most but most probably more apple polishing rather than sincere.

Tun Daim Zainudin - still water runs deep, VERY DEEP

Najib knows that he should not instigate the real wrath of Daim because he knows a lot about Najib. Daim has more connections and better networking which he had even before going into politics and he got more during Tun Dr. Mahathir era. Daim has more experience and more money to spend than Najib.

Ahli Perniagaan M'Sia 'Si Gemuk Leonard' Mengaku Bersalah Rasuah Tentera Laut AS

SAN DIEGO: Ahli perniagaan dari Malaysia yang dituduh memberi rasuah kepada pegawai atasan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) bagi mendapatkan kontrak perkhidmatan jutaan dolar untuk syarikatnya, mengaku bersalah di Mahkamah Persekutuan di San Diego pada Khamis.

Leonard Glenn Francis, mengaku bersalah atas tuduhan rasuah dan konspirasi dalam kes yang menggemparkan struktur pasukan Tentera Laut AS apabila siasatan itu didedahkan kepada umum pada akhir 2013.

Francis, yang digelar 'Fat Leonard' kerana ketinggian dan saiz badannya yang besar berdepan hukuman sehingga 25 tahun penjara.

Sebagai sebahagian daripada persetujuan yang dicapai dengan pendakwa raya persekutuan, Francis dan syarikatnya, Glenn Defense Marine Asia, akan kehilangan AS$35 juta dalam hartanah dan hasil lain yang berpunca daripada dakwaan rasuah tersebut.

Selain pengakuan bersalah untuk sendiri, Francis juga mengaku bersalah bagi pihak firma.

Pihak pendakwaan mendakwa Francis merasuah pegawai Tentera Laut dengan wang tunai, dan juga pelacur, barang elektronik dan penginapan hotel mewah serta hiburan berharga mahal untuk pegawai-pegawai Tentera Laut yang kemudiannya berkongsi maklumat sulit dengannya.

Kembar Siam: Terkejut Pegawai Zakat Minta Maaf

PETALING JAYA: Rosli Abdul Rahim, bapa pasangan kembar siam, Ahmad dan Muhammad, terkejut apabila tiba-tiba rumahnya dikunjungi tetamu yang tidak disangka-sangka pada petang Khamis.
Ketika itu, beliau sedang bekerja di bengkel berdekatan rumahnya di Kampung Tengah, Puchong selepas mengambil kedua anak istimewanya pulang dari sekolah.
Insiden ini berlaku selepas mStar Onlie melaporkan berita mengenai kesulitan yang dialami Rosli sekeluarga hinggakan serik untuk mendapat bantuan.
"Saya terkejut apabila seorang pegawai Lembaga Zakat Selangor datang ke rumah. Waktu itu saya sibuk di bengkel. Pada mulanya, saya tertanya-tanya juga siapa orang tu, kenapa dia datang.
"Rupa-rupanya dia datang untuk bertanyakan mengenai borang permohonan bantuan along (Ahmad) dan angah (Muhammad). Dia minta maaf sebab kesulitan yang dialami ketika berurusan dengan mereka selama ini," katanya kepada mStar Online.

Rosli yang bekerja sendiri berkata, pegawai itu meminta beliau  menghantar semula borang permohonan ke pejabat cawangan Bandar Puteri untuk mendapatkan bantuan perubatan, Isnin ini.
"Dia kata tak perlu kepilkan sekali salinan pengesahan doktor tapi saya kata dalam proses nak dapatkan surat pengesahan," katanya.
Bagaimanapun, Rosli berkata, beliau bersyukur kerana masalah dalam mendapatkan bantuan untuk menyediakan keperluan dua anaknya yang sepanjang masa memerlukan lampin pakai buang dan beg najis itu akhirnya mendapat perhatian pihak berwajib.
"Oleh kerana saya bekerja sendiri kadang-kala bayaran lambat masuk. Jadi waktu itu saya ada masalah nak beli barangan keperluan mereka. Saya amat bersyukur kepada Allah, sekurang-kurangnya bebanan saya dapat diringankan sedikit," katanya.

Pada masa sama beliau turut mengucapkan terima kasih kepada portal mStar Online yang mendedahkan mengenai kesulitan yang dialami keluarga tersebut.

Selain Laskar Siber Berhingusan, Najib Juga Di Kelilingi Personaliti Berpenyakit

Oleh Mummy Rokiah
http://3.bp.blogspot.com/-P7ZHRnKOcaY/UuP4CDMqR-I/AAAAAAAABkA/XHgSjw_1ADc/s1600/Najib-main-bola.png Pertembungan siber di antara kumpulan Laskar Siber Najib dan wartawan Kadir Jasin nampaknya semakin tegang. Kadir melabelkan kumpulan laskar siber Najib sebagai kumpulan “LASKAR SIBER HINGUSAN” manakala beliau dan Daim pula kumpulan “SEKARUNG GARAM”.
Semua pengundi tahu khasnya pengamal media sosial sedia maklum bahawa KUMPULAN HINGUSAN yang menembak melulu tanpa waras itu bekerja di bawah upahan.
Kalau dalam bahasa penjajah “You Squeeze My Juice I’ll Squeeze Yours”. Oooo....ini suatu kenyataan yang bahaya bagi parti UMNO.
Rupa-rupanya Najib yang kita lihat suci dan bersih kini juga ada menggendong liabilities atau juicy materials dalam sarung beliau . Cuma kita tidak tahu sejauh mana juicy nya juice Najib kalau dibandingkan dengan juice Anwar Ibrahim, juice Mat Sabu dan juice Mustapha Ali.

Apa pun gertak Kadir ini telah menyemai satu benih persepsi hitam di dalam minda pengundi bahawa rupa-rupanya Najib yang kami pilih juga tidak bersih. Hakikatnya Najib semakin hari semakin banyak ‘carried forward liabilities’ dengan persepsi negatif. Yang sedia ada tak tertanggung kini dicampur lagi dengan isu baru. Beza nya yang ini lebih menakutkan kerana ia tidak datang dari pembangkang tetapi dari orang dalam parti sendiri. Ini bisa membuat Najib pitam di atas ribaan DS Rosmah.

Apabila jawatan Presiden PAS di cuit, habis semua pakat melatah..!!!

Pemilihan PAS 2015-2017
Jun 2015 akan berlangsung Muktamar Tahunan Pas Pusat yg akan sama memilih barisan kepimpinan utk sesi 2015-2017.
Proses demokrasi Pas sama spt proses demokrasi negara dlm memilih kepimpinan. Negara memilih kepimpinan melalui Pilihanraya Umum dlm tempoh lima (5) tahun manakala Pas melalui Muktamar Tahunan dua (2) tahun sekali.
Dlm Pas, yg akan memilih ialah para perwakilan yg mewakili Pas-Pas Kawasan tetapi kepimpinan negara dipilih oleh pengundi berdaftar.
Sesiapa saja ada hak utk mencadangkan kepimpinan yg disukai. Dlm memilih kepimpinan negara, ramai mencadangkan supaya kepimpinan drpd Umno/BN ditolak tetapi bila diadakan pilihanraya, masih dipilih kepimpinan Umno/BN.
Bg menghadapi pilihanraya, kita berkempen riuh rendah dgn pelbagai strategi utk mengubah kepimpinan tetapi pengundi yg berkuasa memilih. Sama dlm pemilihan parti, yg berkuasa adalah perwakilan. Kita hanya blh mencadang, memberi pandangan tetapi perwakilan yg memilih.

Justeru aku mencadangkan semua ahli Majlis Syura Ulamak tidak bertanding jawatan-jawatan di bawah utk mengelakkan pertindihan kepentingan malah lbh dr itu utk membuktikan Pas mengamalkan apa yg dikata iaitu melaksanakan konsep pemisahan kuasa.
Jika yg menjadi ahli Majlis Syura dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat adalah org yg sama, maka pertindihan kuasa berlaku & konsep pemisahan kuasa yg diperjuangkan hanya retorik.

Wujud garis pertempuran antara Najib dan pengkritik, kata wartawan veteran

Kritikan terhadap bekas orang kuat Umno oleh media arus perdana menunjukkan wujud pertempuran antara perdana menteri dan pengkritiknya, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Januari, 2015.Kritikan terhadap bekas orang kuat Umno oleh media arus perdana menunjukkan wujud pertempuran antara perdana menteri dan pengkritiknya, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Januari, 2015.Kritikan terkini terhadap dua bekas orang kuat Umno di media arus perdana melambangkan garis pertempuran antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pengkritiknya, kata seorang wartawan veteran, hari ini.
Bekas Ketua Pengarang kumpulan New Straits Times Datuk A Kadir Jasin berkata kritikan yang dilemparkan pada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin bermula selepas pertemuan antara Najib dan Dr Mahathir, bulan lepas.
"Mesyuarat itu diadakan di rumah bekas perdana menteri itu di Seri Kembangan di mana Najib makan malam bersama Dr Mahathir," Kadir menulis dalam blognya kadirjasin.blogspot.com.

"Perdana menteri dan bekas perdana menteri itu berbincang mengenai beberapa isu termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang mana Najib ialah penasihatnya.  "Sumber mendedahkan Najib terkejut dengan perbincangan mengenai syarikat itu," Kadir menulis.

Mejar Zaidi tekad berbakti tanpa sayap TUDM

Mejar Zaidi Ahmad berazam untuk lebih banyak berbakti kepada masyarakat apabila berada di luar pasukan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) selepas dipecat oleh Mahkamah Tentera pada 12 Januari lalu.

Tekad itu mendorong beliau untuk tidak merayu pemecatannya selepas diputuskan bersalah memberi kenyataan media tentang dakwat kekal dan mendedahkan surat pertukaran tugasnya tanpa izin Majlis Angkatan Tentera.

Menurutnya, jika tidak dipecat sekali pun, peranan beliau dalam TUDM dihadkan apabila beliau mendakwa dihalang terbang serta merta dalam masa 24 jam selepas membuat laporan polis berkenaan isu dakwat kekal pada 1 Mei 2013.

"Saya tidak lagi dibenarkan terbang selepas saya membuat laporan polis (berkenaan dakwat kekal).

"Saya 'disejukbekukan' selepas itu.

"Jadi apakah maksudnya ini? Lebih baik sahaja saya keluar (dari TUDM).

"Lebih baik untuk saya berada di luar dan berbuat sesuatu, berbanding duduk di dalam dan tidak berbuat apa-apa," kata juruterbang pesawat pejuang itu.

Beliau berkata demikian dalam forum 'Padah kerana benar, Bebas kerana salah' anjuran NGO reformasi pilihan raya, BERSIH 2.0 di ibu negara semalam.

Menurut Zaidi lagi, beliau berhasrat untuk "menyumbang secara politik" kepada masyarakat di samping menceburi bidang perniagaan.

'Lapor polis, jangan bercakap dengan media' kata Mejar Zaidi


Mejar Zaidi Ahmad menasihati rakan-rakan dalam pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia supaya mengambil teladan daripada hukuman buang kerja yang dikenakan ke atasnya.

Katanya, mereka tidak harus bercakap kepada media selepas membuat laporan polis jika mengesan perkara yang tidak kena dalam perjalanan pilihan raya.

Jelasnya, beliau dipecat dari TUDM kerana memberi kenyataan media dan bukan kerana laporan polis yang dibuat berkenaan dakwat kekal.

"Kepada anggota-anggota keselamatan, buatlah laporan polis jika anda rasakan ada yang tidak kena.

"Tapi, janganlah bercakap kepada media.

"Tampal pelekat di mulut anda dan media pula janganlah tanya soalan.

"Dapatkan salinan laporan tersebut dan anda boleh merakam gambar individu berkenaan.

"Itu sahaja," kata Zaidi pada forum 'Padah kerana benar, Bebas kerana salah' anjuran BERSIH2.0 di ibu negara pada malam tadi.

Kenyataannya itu disambut dengan ketawa kecil daripada kira-kira 300 orang hadirin forum namun bekas pegawai TUDM itu tetap serius.

"Bukan semua orang tahu hak mereka," katanya.

Tanggungjawab sebagai Muslim