Khamis, 15 Januari 2015

“Sirul pernah cakap pada Mak Long, tindakannya itu dilakukan atas arahan seseorang.. " dedah Ibu Sirul

SEBERAT mana pun tuduhan yang dikenakan ke atasnya, sebesar mana pun kesalahannya, namun anak tetap anak!

Apa saja berita tentang darah daging yang pernah dikandung sembilan bulan, dibesarkannya itu, tidak mungkin dapat ditepis dan dibiarkan dibawa angin lalu.

Tidak dapat digambarkan kesedihan seorang ibu apabila mengenangkan nasib anak keempat daripada lapan beradik iaitu bekas anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, Koperal Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan, kelmarin.

Menjejaki rumah pusaka didiami Sirul Azhar bersama keluarga sejak kecil di kampung halamannya di Batu 8, Trong, Taiping, tidaklah sukar.

Pertemuan singkat dengan Piah Ahmad, 71, atau lebih mesra dipanggil Mak Long Piah, tidak banyak sedikit, dapat berkongsi duka si ibu tua. 

Ikuti luahan ibu kandung Sirul Azhar seperti diceritakan kepada Wartawan Sinar Harian, NURUL MAZWANA HAMDAN, semalam.

Pintu rumah dibuka kecil. Separuh tubuhnya disembunyikan di balik daun pintu. “Apa yang boleh Mak Long cakap? Hukuman sudah diputuskan hakim, sudah dijatuhkan mahkamah," ibu tua itu bersuara lemah.

Sebagai seorang ibu yang sentiasa mengharapkan kesejahteraan anaknya, dia hanya mampu memanjatkan doa dan berharap anaknya itu kembali semula ke tanah air.

“Dah lama kami terputus hubungan. Kali terakhir kami berjumpa tahun lalu semasa dia datang jemput anaknya.

“Sebagai ibu, siapa yang tidak sedih mengenangkan nasib anak, tambahan pula ketika ini Mak Long tidak tahu di mana dia berada.

“Mak Long reda dengan keputusan yang sudah ditetapkan mahkamah. Itu ketentuan Tuhan. Sudah bahagian dia begitu, tapi kalau boleh Mak Long nak dia pulang.

Harga Minyak Dunia Jatuh. Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2015 Negatif 0.5% (KDNK 3.8% Sahaja)....

Pertumbuhan Ekonomi 2015
 Harga minyak dunia menjadi perbualan dan perbincangan yang hangat bagi tahun 2015. Itulah antara bait-bait perkataan yang keluar daripada mulut Kenneth Rogoff yang merupakan seorang prefesor ekonomi Universiti tersohor dunia, dari Universiti Harvard.
Manakala ketua strategik teknikal bagi syarikat ICAP yang berpengkalan di New Jersey City mengatakan jika harga minyak dunia melepasi sahaja paras US$39 setong, maka dunia akan menyaksi harga minyak dunia akan berada pada paras USD30 setong.
Dan firma penyelidikan Ekonomi Universiti Oxfort telah selesai menjalankan kajian dan analisa melibatkan 45 buah negara meletakkan :
  1. Filipina adalah pemenang disebalik kejatuhan harga minyak dunia apabila dijangka pertumbuhan ekonomi Filipina akan melonjak pertumbuhan ekonomi ke paras 7.6% untuk 2 tahun akan datang jikalau harga minyak dunia berada pada paras USD40 setong
  2. Manakala pertumbuhan ekonomi Rusia berada pada paras yang menyeksakan apabila bakal menyusut negatif 2.5%
  3. Manakala dikalangan negara maju, Hong Kong akan tersenyum lebar disebalik kejatuhan harga minyak dunia
  4. Negara-negara seperti Arab saudi, UAE, Rusia bakal menghadapi detik yang cukup sukar dalam urusan mengendalikan ekonomi mereka di masa akan datang
  5. Malaysia? Pertumbuhan ekonomi Malaysia 2015 dijangka mengalami penyusutan sebanyak 0.5% dan hanya berada pada paras 3.8% sahaja
Pakar Ekonomi bagi JP Morgan Securities yang berpengakalan di New York, Bruce Kasman menjangkakan kadar inflasi di kebanyakan negara di dunia akan berada pada paras yang tidak pernah disaksikan sejak kegawatan ekonomi berakhir pada 2009.

Perbandingan Kesan Kejatuhan Harga Minyak Dunia Di Bawah USD40 Kepada 45 Buah Negara?

Semak hasil perbandingan kajian dan analisa yang dilakukan oleh Firman Penyelidikan Ekonomi Universiti Oxford seperti di bawah ini termasuklah Malaysia :

Ananda Krishnan mahu jadi pelabur jemputan IPO 1MDB


Lelaki kedua terkaya di Malaysia, Ananda Krishnan dikatakan sedang mengadakan rundingan dengan 1MDB untuk menjadi pelabur jemputan (cornerstone investor) bagi penyenaraian aset-aset tenaga milik firma berkenaan yang bernilai AS$3 bilion.
Menurut sumber-sumber yang rapat dengan perkara berkenaan, bilionair ternama itu dikatakan sedang mempertimbangkan untuk mengambil alih sekurang-kurangnya lima peratus kepentingan di dalam perniagaan tenaga 1MDB.
Sumber berkenaan bagaimanapun tidak mendedahkan berapa nilai saham tersebut setelah diambil alih kerana rundingan masih lagi berjalan.
“Mereka sudah hampir memuktamadkan terma-terma di dalam perjanjian tersebut,
“Pegawai-pegawai 1MDB enggan untuk memberi komen manakala pegawai-pegawai Usaha Tegas tidak dapat dihubung, ” kata salah seorang sumber sambil menambah perjanjian mungkin dapat dimeterai pada hujung bulan ini.
Pelaburan yang dibuat Ananda bakal menjadi perangsang utama kepada 1MDB, firma pelaburan negara yang kini sedang berdepan dengan kontroversi dan kekangan tunai.
Ia juga bakal memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur berpotensi bagi Tawaran Awam Permulaan (IPO) tersebut.
1MDB sangat perlu untuk melancarkan IPO setelah sekian lama tertangguh bagi mengurangkan bebanan hutang yang ditanggungnya iaitu kira-kira AS$12 bilion dan dalam masa yang sama memerlukan dana untuk mengembangkan perniagaan.

Peluk & Cium: Tindakan JAWI melampau kata Menteri Umno

rahman-dahlan-600x360
Rahman mneyelar tindakan JAWI yang membuat kenyataan terbuka yang boleh memalukan gadis terbabit.
KUALA LUMPUR, 15 Januari:

Tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hendak memohon waran tangkap melalui perintah mahkamah sekiranya gadis Melayu yang didakwa ‘dicabul’ artis K-Pop masih tidak menyerahkan diri secara sukarela disifatkan melampau.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, ada banyak cara untuk mendidik remaja tersebut dengan tidak memalukan mereka.
“Berbual dengan mereka. Kaunseling mereka. Nasihat mereka. Tetapi mengugut mereka dengan penahanan? Itu sama sekali tidak perlu. Itu sudah melampau.
“Dan bila kamu (JAWI) akhirnya sedar kaunseling merupakan pilihan yang terbaik, buatlah secara tertutup bagi tidak memalukan mereka. Tolong,” kata beliau di laman sosial Twitternya.
Pengarah JAWI, Paimuzi Yahya sebelum ini memberikan tempoh seminggu kepada gadis terbabit untuk menyerahkan diri atau waran tangkap dikeluarkan.
Katanya, tindakan itu diambil bagi membolehkan JAWI melakukan siasatan dan

Baju Kurung: Pelajar tersalah tafsir arahan pihak sekolah, kata pengetua

SMK Seri Mutiara
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara, Mohd Amir Abdul Ghani berkata pihak sekolah tidak pernah menghalang pelajar perempuan bukan Melayu untuk memakai baju kurung, cuma menekankan supaya memakai baju kurung dengan cara yang betul.
KUALA LUMPUR, 15 Januari:
Masalah komunikasi dan tersalah tafsir maklumat oleh pelajar dan ibu bapa adalah punca tercetusnya isu pemakaian baju kurung oleh pelajar bukan Melayu.
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara, Mohd Amir Abdul Ghani berkata pihak sekolah tidak pernah menghalang pelajar perempuan bukan Melayu untuk memakai baju kurung, cuma menekankan supaya memakai baju kurung dengan cara yang betul.
“Kalau hendak pakai baju kurung, pelajar mestilah memakai dengan betul iaitu memakai kesemua butang baju tersebut. Apabila kata begini, mereka anggap kita (sekolah) tidak benarkan pakai baju kurung.
“Sekolah tidak pernah menghalang sesiapa pakai baju kurung kerana ia adalah baju kebangsaan. Malah guru-guru bukan Melayu pun boleh pakai baju kurung,” katanya yang dipetik Bernama.
Mohd Amir berkata permintaan pihak sekolah supaya memakai kesemua butang baju kurung adalah bagi menjaga aurat pelajar sekali gus menjaga keselamatan pelajar itu sendiri.
Katanya, satu perbincangan antara pengetua, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan penjaga kepada murid berkenaan (pengadu) turut diadakan pada hari ini bagi menyelesaikan konflik berkenaan.

Tolak ekstremisme pendorong kebencian, pupuk sikap hormat dan kesaksamaan


lge001


GEORGE TOWN, 15 JAN: Rakyat Malaysia perlu menolak ekstremisme yang menyebarkan dakyah kebencian, sikap tidak toleran dan keganasan. sebaliknya mempupuk sikap hormat-menghormati hak dan maruah saudara se-Malaysia.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam perutusan Hari Ponggal berkata, impian rakyat Malaysia adalah keadilan, demokrasi dan kemakmuran ekonomi, dan menghindar dari masalah yang berpunca dari rasuah, salah guna kuasa dan diskriminasi.
“Politik tidak sepatutnya berkisar tentang konfrontasi dan kerja mengasing-asingkan, tetapi seharusnya berkisar tentang kerjasama.
“Atas sebab ini, urustadbir yang baik memainkan peranan penting dengan melaksanakan dasar-dasar yang baik, yang menjanjikan hasil yang baik serta penyampaian yang memperbaiki kelangsungan hidup rakyat,” kata Guan Eng dalam kenyataannya hari ini.
Tambahnya, dalam isu politik pentadbiran, gerak kerja dan penghasilan idea kreatif yang mampu merakam imaginasi ke arah masa depan lebih cerah hanya boleh dilakukan tanpa politik kebencian.
“Masa depan akan terlepas dari BN dan UMNO, kerana ia menumpukan kepada usaha menakut-nakutkan kita dan membangkitkan kebencian yang mengurangkan nilai manusia dari kalangan warga minoriti.
“Politik kebencian ini bertujuan mengelak daripada membincangkan masalah lebih nyata seperti skandal 1MDB, atau aliran keluar wang haram mencecah RM1.4 trilion antara tahun 2003-2013,” ujarnya.

Kebebasan bersuara perlu disulami etika


Charlie-Hebdo--2-

oleh MUHAMMAD MUSODDIQ JAAFAR

Isu kebebasan bersuara bukanlah perkara baru di Malaysia malah hebat diperdebatkan di peringkat dunia. Setelah isu serangan Charlie Hebdo oleh ekstremis Islam yang dikatakan berpunca daripada ketidakpuasan hati penganut Islam dengan karikatur yang menghina Nabi, isu kebebasan bersuara makin hangat dan dibangkitkan semula.
Pada pendapat saya, kebebasan bersuara mesti diiringi dengan etika sebagaimana kebebasan akademik berfungsi.
Kebebasan akademik yang terlampau sebenarnya disulami dengan banyak sejarah hitam yang sangat gila dan kejam. Semenjak daripada zaman dahulu dan seterusnya ke zaman kebangkitan Eropah dan diikuti dengan zaman perang dunia kedua, banyak kontroversi dan eksperimen yang tidak mampu dibayangkan oleh manusia biasa berlaku atas nama kebebasan akademik. Malah ada beberapa jenayah yang dibolehkan seperti menculik kanak2 terbiar, orang jalanan, orang yang dipenjarakan, dibunuh dengan kejam demi penyelidikan akademik. Berbagai eksperimen untuk membangunkan senjata biologi, pengkajian kesan virus terhadap manusia, pengkajian psikologi yang menggilakan, dan banyak lagi eksperimen yang sangat kejam dan gila berlaku. Malah petikan “membunuh 100 orang untuk menyelamatkan 1 juta yang lain” amat popular demi kebebasan akademik.
Jika kita mengkaji dan membaca eksperimen yang dijalankan sewaktu perang dunia ke pertama dan kedua boleh membuatkan anda tidak lalu makan dan tidur. Contohnya seperti eksperimen Unit 731, Nazi human eksperimen, Poison laboratory of the Soviet secret services, Project 4.1, Project MKUltra dan banyak lagi kajian yang gila dan kejam.
Hari demi hari, saintis dan penyelidik dididik dengan etika sains untuk mengurangkan kesan buruk dan memanusiakan manusia. Jika tidak, eksperimen kejam terhadap manusia dan binatang akan masih berjalan di mana-mana IPT di dunia hari ini. Sebagai contoh, eksperimen pengkajian yang melibatkan penyakit virus dimulai dengan subjek tikus ataupun sel manusia. Contoh yang lain seperti pengkajian elektrik ke atas DNA juga dimulai dengan DNA tumbuhan, seterusnya kepada DNA binatang, dan barulah ke subjek DNA manusia dengan penuh etika dan kebenaran bertulis dan berperingkat untuk mengelakkan eksperimen yang kejam dan tidak melanggar norma manusia. Malah, antara soalan yang dibangkitkan oleh pihak berkuasa akan bermula dengan “ada alternatif lain?”.
Jadi, limitasi perlu wujud dan dikenali sebagai etika untuk mengurangkan kesan buruk terhadap persekitaran. Tetapi limitasi yang membodohkan kita harus tentang sehabis-habisnya.
Begitu juga dengan kebebasan bersuara, sekiranya manusia terlalu bebas bersuara pasti ada kesan buruk yang akan datang bersamanya.

Mitos gerakan mahasiswa dan kuda tunggangan parti


web-untitled-10-copy

oleh ATYRAH HANIM RAZALI

Era abad ke-21, mendengar kisah-kisah kegemilangan gerakan mahasiswa zaman 60 sehingga 70-an bagaikan mendengar kisah sang pari-pari atau “fairy tales” – indah, namun mungkinkah sesuai dengan realiti kini?
Melihat kembali sejarah kegemilangan mahasiswa kita bagaikan bermimpi, bagaimana mereka ini punya satu kuasa autonomi sendiri, mengerjakannya dengan keringat, atas dasar kesedaran dan keinginan sendiri dan semangat mereka bukanlah bermusim. Jauh panggang daripada api jika dibandingkan dengan mahasiswa hari ini, dengan kita sendiri.
Selain nama Anwar Ibrahim, nama-nama besar yang tidak akan dilupakan jika kita berbicara tentang Gerakan Mahasiswa termasuklah Syed Hamid Ali, bekas Setiausaha Umum Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), dan Dr Khong Kim Hong, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) zaman 60’an yang gerakan mereka dilihat sebagai gerakan kiri pada ketika itu dalam gerakan mahasiswa dan juga kemasyarakatan.
PMUM mencipta sejarah tersendiri dalam gerakan mahasiswa. Ia seakan membentuk kerajaan mahasiswa apabila mereka mampu menguruskan pelbagai hal-ehwal serta kebajikan para mahasiswa, bas, dan kantin milik mereka dan diuruskan sepenuhnya oleh mereka. Tidak hanya itu, mereka mampu juga mendengar suara kakitangan universiti dan isu berbangkit dibawa oleh mereka sehingga menjadi gerakan yang disokong sehingga ke akar umbi mahupun oleh kakitangan universiti yang berkhidmat untuk kerajaan pemerintah. Apabila muncul isu nasional dan politik tanah air di luar kampus, mereka mampu pula menjadi ‘jurubicara rakyat’, antaranya tatkala mereka bersolidariti untuk penduduk kampung dalam kes Hamid Tuah yang diambil tanahnya oleh kerajaan. Peristiwa Baling yang masih segar di ingatan kita juga dibicarakan oleh mahasiswa, iaitu PBMUM pada waktu itu.
Melihat gerakan mahasiswa di universiti kini, dua pertembungan yang berlaku iaitu pro-Mahasiswa dan pro-Aspirasi. Pro-Mahasiswa sentiasa dilihat melawan universiti ataupun lebih tepat lagi kumpulan mahasiswa yang dilihat sebagai lambang kepartian dalam universiti yang bermula dengan usrah daripada kumpulan Islamis ataupun Jemaah Islam Kampus (JIK) sebagai proses pengkaderan ahli seterusnya gerak kerja dalam Pilihanraya Kampus Universiti. Namun malangnya, gerakan yang menggunapakai label Pro-Mahasiswa yang sering dilihat memperjuangkan kebebasan akademik, kebebasan berpartisipasi dan berpolitik yang disekat oleh AUKU sejak turun-temurun ini hanya terhad kepada kebebasan menyertai parti politik dan berdiri di atas atas lambang parti yang ‘menjaga’ mereka semata-mata dan terhenti setakat itu sahaja. Rakan- rakan mahasiswa dibeza-bezakan sama ada mereka Jemaah atau bukan.

Benarkah USD2.3 bilion dana 1MDB di Cayman sudah ditebus?


arul_1mdb


PETALING JAYA, 15 JAN: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kandasamy gagal menjelaskan maksud ‘menebus semula’ dana pelaburan USD2.3 bilion di Kepulauan Cayman, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.
Ini kerana pada 13 Januari lalu Arul berkata bahawa 1MDB berjaya menebus semula dana USD2.3 bilion di Pulau Cayman, sedangkan kenyataan tersebut mengelirukan.
“Apakah ‘tebus semula’ bermaksud hasil pelupusan pelaburan di Pulau Cayman sudah ‘diterima’ 1MDB?
“Arul kena pastikan amaun jumlah tunai yang diterima 1MDB,” kata Tony dalam satu kenyataan.
1MDB kini dilihat dalam tekanan kerana berjanji kepada firma auditnya Deloitte Malaysia bahawa semua baki pelaburan berjumlah RM 4.7 bilion akan diterima sepenuhnya sebelum November 2014.
Justeru itu, Tturut mengingatkan Arul untuk memulakan pentadbiran secara bersih dan tidak mewajarkan kesalahan sebelum ini dengan alasan tidak bertanggungjawab untuk tindakan pentadbiran sebelumnya.
“Ketika ditanya adakah 1MDB tidak mampu membayar semula balik pinjamannya. Arul hanya menafikan, dan mendakwa soalan media ‘sangkaan tidak benar’.
“Bila diminta menjelaskan kecairan dana 1MDB dia hanya menjawab, ‘tidak ada akaun untuk jumlah spesifik,” kata Tony.

Tun Razak buat, Najib cuma janji, kata Dolah Kok Lanas


Dolah_Kok_Lanas


KUALA LUMPUR, 15 JAN: Bekas Setiausaha Politik Tun Razak, Tan Sri Abdullah Ahmad menyelar cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hanya pandai bercakap namun tidak pernah melaksanakan janjinya.
Kata Abdullah, kelakukan Najib jauh berbeza berbanding ayahnya yang berusaha keras ke segenap pelusuk negara untuk bertemu dan menyelesaikan masalah rakyat.
“Yang penting sekarang adalah kerajaan (pimpinan Najib) harus mengotakan setiap kata yang diucapkan(walk the talk) seperti Gerakan Moderat Global (GMM). Benda ni mesti dilaksana.
“Akhirnya rakyat akan melihat bukan daripada cakap atau retorik, tetapi perbuatan.
“Dalil yang paling baik sekali adalah menerusi perbuatan,” katanya dalam forum Memperingati Tun Razak di Mandarin Court Hotel, semalam.
Antara panelis lain selain Abdullah semalam adalah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Editor The Malaysia Insider dan dimudahcara oleh Naib Pengerusi DAP Teresa Kok Suh Sim.
Beliau yang berkhidmat selama 14 tahun bersama Tun Razak kecewa dengan masalah kemiskinan dan jurang kaum yang melebar dibawah pentadbiran Najib.
“Masalah ketidakadilan, antara kaya dan miskin. Bukan antara Melayu, Cina dan India sahaja, tetapi dalam komuniti masing-masing itu sendiri nampaknya makin melebar

Kalau Tun Razak masih hidup, pasti beliau sokong desakan 25 tokoh Melayu

Sekiranya Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak masih hidup, pasti beliau menyokong tindakan 25 tokoh Melayu menggesa kerajaan menangani fanatik dan ekstremisme di negara ini.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Tun Razak pasti kesal dengan anaknya, Datuk Seri Najib Razak yang tidak mengotakan janji untuk mengangkat dasar kesderhanaan seperti diikrarkan melalui Gerakan Moderat Global (GMM).
“Inilah sebabnya surat 25 tokoh Melayu moderat tempohari agar kepimpinan negara memberi komitmen kepada kesederhanaan dan menentang sikap tidak toleran penting bagi menentang lambakan politik perkauman serta ekstremis dalam negara.
“Saya rasa Tun Razak akan menerima cadangan-cadangan ini dengan lebih positif.
“Saya percaya jika Tun Razak masih hidup, beliau akan memberikan sokongan kepada 25 tokoh Melayu dan memandang serius serta tidak ‘memekakkan telinga’ berhubung surat terbuka terbabit,” katanya dalam forum Memperingati Tun Razak, semalam.
Dalam pada itu kata Kit Siang, masalah kemiskinan di negara ini masih belum selesai dan tidak lagi harus dipandang mengikut garis perkauman tapi berdasarkan jurang pendapatan antara miskin-kaya
Namun, malangnya di bawah pemerintahan UMNO selepas tiga Perdana Menteri terawal masalah kemiskinan hanya dipandang sebagai agenda ‘bumiputera’ semata-mata.
“Semasa perbahasan Rancangan Malaysia Kedua di Parlimen pada Julai 1971, saya mengisytiharkan DAP menyokong objektif utama Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mencapai perpaduan dan sebagai serampang dua mata membasmi kemiskinan serta menyusun masyarakat demi menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
“Malangnya apa yang berlaku kini DEB telah menjadi sumber utama yang disalahguna untuk memperkayakan UMNO atas nama meningkatkan taraf bumiputera,” kata Kit Siang.

Daim: Saya tahu dalang di balik semua ini

 Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin terkejut dengan perhatian luar biasa media mesra kerajaan terhadap dakwaan pembangkang berkaitan tuduhan yang dilemparkan padanya.

Daim berkata beliau bersedia membantu dan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap kepentingan perbankannya di luar negara.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan daripada pejabatnya berkaitan gesaan ahli politik pembangkang supaya SPRM mempercepat siasatan berkaitan perkara itu.

“Walaupun saya faham motif ahli politik PKR ini kerana mereka tidak tahu perkara lain selain politik dan membuat dakwaan tidak berasas, saya agak terkejut dengan perhatian yang diberikan kepada mereka oleh media mesra kerajaan,” kata Daim.

“TV3 tidak akan memberi walaupun sedikit masa siaran pada Pakatan, tetapi mengudarakan sidang media PKR tidak kurang daripada tiga kali. NST dan Utusan juga menyiarkan laporan itu.”

Penolakan tuntutan i-BR1M tidak munasabah, Kerajaan patut siasat

1506517_421745034639865_6803138927216981765_nSHAH ALAM 15 JAN: Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) didapati gagal memberi perlindungan kepada rakyat yang layak apabila banyak tuntutan ditolak kerana “tidak menamakan waris” oleh Takaful.
ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing berkata beliau mendesak Kementerian Kewangan menyiasat dan seterusnya memperbetulkan masalah itu, memandangkan ianya melibatkan kepentingan rakyat dan jumlah premium setinggi RM197 juta ditanggung kerajaan.
Kar Hing berkata cara pengendalian sebegini yang menafikan hak orang dilindungi di bawah skim insurans berkenaan iaitu semua penerima BR1M 2014 kategori isi rumah, di samping menguntungkan syarikat insurans secara tidak langsung.
“Dalam proses permohonan BR1M 2014, pemohon tidak pernah sama sekali dikehendaki untuk menamakan waris kepada skim insurans.
“Menurut pengumuman rasmi pihak kerajaan pula, tuntutan boleh dibuat pasangan, anak, ibu bapa dan adik-beradik penerima BR1M dengan mengemukakan bukti hubungan,” katanya dalam kenyataan media.
Beliau berkata tidak munasabah Takaful menolak tuntutan keluarga penerima BR1M yang berjaya mengemukakan semua dokumen diwajibkan termasuk bukti hubungan.
“Ini telah menyebabkan insurans tersebut hilang makna kerana tidak dapat memberikan perlindungan seperti yang diwar-warkan,” katanya.

Peminat pertahan kumpulan K-Pop, Malaysia dikecam masyarakat antarabangsa

Masyarakat antarabangsa mengecam Malaysia ekoran reaksi keterlaluan pihak berkuasa negara yang mahu menghukum gadis Melayu‎ terbabit dengan adegan "peluk dan cium" ‎ pada konsert kumpulan K-Pop B1A4 Korea Selatan yang diadakan pada Sabtu lepas.
Selain itu, Malaysia dikecam kerana menyalahkan artis terbabit dan menuduh pengaruh budaya K-Pop sebagai punca kepada gejala pemesongan akidah remaja Islam di negara ini.
 ‎Ia diakui oleh salah seorang peminat artis K-Pop yang turut menghadiri konsert berkenaan yang menyatakan ia kini menjadi bualan hangat yang sedang dibincangkan oleh masyarakat di luar terutama di Korea Selatan.
"Ia sudah menjadi topik hangat ‎malah ada satu artikel yang dikeluarkan dalam bahasa Korea menceritakan kebencian mengenai Islam," katanya kepada The Malaysian Insider.
Konsert artis K-Pop itu mula mencetuskan kontroversi ‎apabila portal Sukan Star memuat naik video tersebut dengan meletakkan tajuk "perempuan Melayu dicabul atas pentas oleh mat kpop semalam" kemudiannya menjadi viral di laman sosial.‎
Dalam video tersebut memaparkan adegan peluk dan cium di dahi oleh tiga ahli kumpulan K-Pop bersama tiga gadis Melayu. Ia menimbulkan kemarahan daripada masyarakat Islam terutama apabila badan bukan kerajaan (NGO) Melayu mendakwa hiburan K-Pop merosakkan akidah remaja Islam malah ada yang mengaitkan dengan agenda Kristianisasi.
 Ekoran daripada desakan itu menyebabkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mula mengambil tindakan dengan mengheret isu tersebut di mahkamah. Lebih daripada itu kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengenai isu terbabit juga turut menimbulkan perasaan kurang senang masyarakat Korea.
 Menurut seorang lagi peminat K-Pop, kenyataan Khairy itu dianggap sebagai keterlaluan dan bersifat perkauman oleh masyarakat Korea.
Khairy dalam laman Twitternya menulis status sindiran meminta gadis Melayu kembali kepada lelaki tempatan daripada meminati lelaki Korea dipercayai sebagai reaksinya selepas video konsert itu menjadi viral.
"Masalahnya bukan diorang minta untuk jadi pucat dan kurus itu memang mereka punya keturunan dan mereka rasa kenyataan Khairy itu bersifat perkauman.” kata gadis yang mahu dikenali sebagai Siti.
Sebagai salah seorang peminat yang meminati muzik K-Pop, Siti menyatakan kesal apabila pengaruh kumpulan artis Korea itu didakwa kononnya tidak memberi kesan baik kepada remaja Islam.
“Benda ini memberi kesan kepada semua peminat musik K-pop, mereka kata kami tidak rasiona tapi bila pihak lain melakukan benda yang sama, kenapa tidak diambil tindakan,” soalnya sambil memberi contoh adengan seorang artis Malaysia berpelukan diatas pentas pada minggu sama namun tidak diambil tindakan. Kenyataan Siti itu merujuk kepada penyanyi wanita tempatan,
 Ifa Raziah yang berpelukan dengan artis, Hisham Hamid ketika mengadakan persembahan dalam pertandingan akhir rancangan "Gegarvaganza" Selasa lalu. "Bagi saya, memang apa yang berlaku salah memang mereka buat salah, tapi pihak berkuasa tidak boleh pandang dari sudut itu sahaja.
"Mereka perlu melihat juga sudut lain seperti tanyangan drama di televisyen, banyak memaparkan aksi perempuan lelaki perempuan takkan tak mahu diambil tindakan?” katanya turut mengakui pernah mengalami perasaan teruja apabila bertemu artis yang diminati. ‎

Jamil Khir ingatkan penganjur konsert untuk patuhi panduan Jakim

Pihak yang bertanggungjawab memberikan kelulusan untuk mana-mana konsert perlu sentiasa mengingatkan penganjur agar mematuhi garis panduan yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata banyak pihak seolah-olah melupakan garis panduan itu yang dibuat untuk menghalang perkara tidak diingini seperti yang berlaku dalam konsert K-Pop baru-baru ini.
"Kebenaran untuk mengadakan konsert bukan di bawah kuasa Jakim, tetapi untuk tujuan proaktif Jakim mengeluarkan garis panduan supaya tidak berlaku hal yang tidak diingini.
 "Garis panduan itu untuk persembahan muzik termasuk rancangan televisyen tetapi ada hal-hal yang berlaku secara spontan sebab itu kita panggil pihak penganjur untuk menjelaskan perkara itu dan mengelakkan masalah itu berlaku pada masa hadapan," katanya.
Ditanya mengenai kritikan pelbagai pihak yang mendakwa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bertindak keterlaluan terhadap insiden konsert K-pop itu, Jamil Khir berkata ia masih dalam peringkat siasatan dan tiada tindakan yang diambil setakat ini.
 "Buat masa sekarang Jawi ingin membuat siasatan terlebih dahulu, jadi adakah ia dianggap keterlaluan.
"Kita tidak mahu nanti ada orang mengatakan pihak berwajib berkaitan soal akhlak dan agama masyarakat Islam mengabaikan kes itu begitu sahaja," katanya.

Allah izinkan gadis Melayu dipeluk artis K-Pop, kata wanita..Mazhab baru ke ni..???

Tiga gadis Melayu yang berada di atas pentas dan berpeluk dengan artis K-pop B1A4 dari Korea Selatan tidak akan mendapat peluang sedemikian jika tidak kerana ketentuan Allah, kata seorang pengguna media sosial.
Wanita 20-an yang menyiarkan pendapatnya melalui video berdurasi 5:42 minit itu mendapat perhatian ramai pengguna media sosial lain yang turut berkongsi di Facebook dan YouTube.
Wanita tersebut ketika mengulas insiden yang kini menjadi viral dan mendapat perhatian meluas sehingga pemimpin negara dan badan agama berkata, gadis terbabit berada di atas pentas dengan keizinan Allah.
 Katanya, mereka membuat pilihan untuk pergi ke konsert di KL Live Centre dan ia diizinkan Allah.
 "Mereka memilih untuk berada atas pentas dan Allah izinkan mereka untuk berada atas pentas," katanya dalam video tersebut.
Kata-kata wanita terbabit bagaimanapun mengundang reaksi negatif pengguna laman sosial yang menyifatkan seolah-olah dakwaannya cuba menyalahkan tuhan kerana membiarkan perkara itu terjadi.
Seorang pengguna Facebook, Zax Baharudin berkata: "Yang baik datang dari Allah, yang tidak baik datang dari kita sendiri, Allah beri kita akal untuk berfikir dan buat pilihan, baik dan buruk adalah pilihan kita sendiri. Nafsu untuk beli tiket mahal dan naik ke pentas adalah pilihan sendiri."


Papagomo diperintah bayar ganti rugi kepada peguam

gomo_M
Wan Muhammad Azri (tengah) diarah membayar ganti rugi kepada seorang peguam bersabit dengan penyiaran artikel-artikel yang berbaur fitnah.
PUTRAJAYA, 15 Januari:
Mahkamah Rayuan di sini hari ini memerintahkan seorang blogger membayar ganti rugi kepada seorang peguam bersabit dengan penyiaran artikel-artikel yang berbaur fitnah.
Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim mendapati bahawa ketiga-tiga artikel yang dimuatkan dalam laman web www.papagomo.blogspot.com merupakan fitnah terhadap Datuk Sukri Mohamed.
Mahkamah membenarkan rayuan Sukri untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, 31.
Hakim Abdul Aziz, yang mempengerusikan panel itu memerintahkan kes dikembalikan ke Mahkamah Tinggi di Kota Baharu di Kelantan untuk taksiran ganti rugi.
Dalam keputusannya, Hakim Abdul Aziz berkata Mahkamah Tinggi gagal mempertimbangkan keterangan saksi-saksi yang mengenal pasti Wan Muhammad Azri sebagai blogger papagomo.

Kerjasama Australia diperlukan bawa Sirul pulang kata Timb Menteri KDN

SHAH ALAM - Kerajaan Australia diharap dapat memberikan kerjasama baik untuk membawa pulang Koperal Sirul Azhar Umar yang disabitkan bersalah membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan Australia perlu memberi kerjasama atas dasar moral dan hubungan diplomasi baik yang terjalin jika benar anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu berada di negara berkenaan.

"Jika Sirul berjaya ditahan di Australia atas kesalahan yang dilakukan di Malaysia serta didapati bersalah, kemungkinan Sirul boleh membawa kes ini di mahkamah (Australia).

"Saya juga dimaklumkan, Australia tidak memperuntukkan hukuman mati mandatori seperti Malaysia dan fakta ini mungkin boleh digunakan Sirul.

"Justeru, jika kemungkinan ini terjadi, proses undang-undang akan dilaksanakan di mahkamah Australia untuk menentukan sama ada perlu atau tidak Sirul dihantar pulang ke negara ini. Namun masih terlalu awal untuk kita membuat sebarang spekulasi," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pembukaan Konsul Nepal di Pulau Pinang, hari ini.

Polis sebelum ini mengesahkan Sirul Azhar ke Australia Oktober lalu berdasarkan rekod Jabatan Imigresen.

Angan-angan Najib tak jadi kenyataan

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT
D ALAM sejarah politik, lebih lazim dari tidak, mana-mana individu yang memasang angan-angan dan mimpi untuk menjadi pemimpin tertinggi paling hebat dan terpandai berbanding pemimpinpemimpin sebelumnya akan akhirnya tercatat dalam sejarah sebagai pemimpin terburuk.
Sebaliknya mereka yang diangkat menjadi pemimpin atas sebab perjuangan untuk negara dan bangsa lazimnya jauh lebih menyinar.

 Pemimpin dalam kategori ini tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi, lebih mementingkan negara dan rakyat dari segala lain, tidak rasuah, membelanjakan wang awam dengan cukup berhemah dan secara total tidak membiarkan ahli keluarga turut serta dalam apa-apa proses membuat keputusan bersabit dasar dan pentadbiran kerajaan. Dalam sejarah politik Malaysia mungin tidak keterlaluan jika dikatakan empat perdana menteri terdahulu dianggap tidak mempunyai cita-cita untuk menjadi perdana menteri.
Kita sedia maklum bagaimana setiap seorang daripada mereka menjadi perdana menteri.
Tunku pada asalnya malah tidak mahu menjadi yang dipertua Umno. Begitu juga Tun Razak yang menolak jawatan sama ketika ditawarkan oleh Dato’ Onn sebelum pengasas Umno itu meletakkan jawatan berkenaan untuk kali kedua dan meninggalkan Umno untuk selama-lamanya.
Walaupun pernah menjadi ketua Pemuda Umno yang pertama namun kemudiannya hilang untuk beberapa dekad, Hussein Onn boleh dianggap seorang perdana menteri yang muncul entah dari mana-mana.
Dr Mahathir Mohamad pula diangkat ke kerusi tersebut disebabkan wawasan dan perjuangannya beliau yang diyakini oleh ahli-ahli Umno ketika itu dan bukan disebabkan awal-awal lagi telah berangan dan seterusnya melakukan segala usaha untuk menjadi perdana menteri.

Duit Bantuan Awal: Surat sumbangan sekolah dikritik warga maya






surat bantuan khas rm100
Surat sumbangan yang tersebar di media sosial mendapat pelbagai kritikan daripada warga maya.

KUALA LUMPUR, 15 Januari: 
Penyebaran satu gambar surat sumbangan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia oleh sebuah sekolah di Kelana Jaya hari ini mendapat pelbagai kritikan warga maya.
Gambar berkenaan memaparkan borang Bantuan Khas Awal Persekolahan 2015 yang turut dilampirkan dengan satu lagi surat pengakuan menerima dan bersetuju untuk menyumbangkan bantuan berkenaan kepada pihak sekolah.
Sumbangan kepada pihak sekolah itu dipercayai akan digunakan bagi tujuan kebajikan dan pembangunan sekolah berkenaan.
Bagaimanapun menurut sumber, berlaku salah faham berhubung penyebaran gambar terbabit.
“Itu sebenarnya salah faham, surat itu sebenarnya untuk ibu bapa yang nak menyumbang sahaja, dan perkara itu setahu saya sudah dijelaskan kepada ibu bapa.
“Itu hanya untuk ibu bapa yang ikhlas dan menyumbang dan tiada paksaan,” kata sumber terbabit ketika dihubungi The Rakyat Post hari ini.

Surat Zahid jelas tak mahu dakwa Raja Judi

KUALA LUMPUR 14 JAN: Surat yang dihantar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat jelas menunjukkan niatnya untuk tidak mendakwa raja judi, Paul Phu Wei Seng.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, ia berbeza dengan kenyataan Zahid  hari ini yang menyatakan surat tersebut bukan ‘Surat sokongan’ untuk tidak mendakwa lelaki berkenaan.
Bagaimanapun, Fahmi mempersoalkan mengapa surat tersebut dengan jelas menggunakan ayat “Kami berhasrat benar untuk beliau pulang ke Malaysia” (“we are eager for him to return to Malaysia”)?
“Melihat frasa ini di dalam konteks keseluruhan ayat tersebut, bukankah ini menunjukkan niat Datuk Seri Zahid agar Paul Phua tidak didakwa di mahkamah Amerika Syarikat?,” soalnya dalam kenyataan media.
Kata Fahmi, ini merupakan kali pertama Zahid membuat kenyataan rasmi dengan mengaku menghantar surat berkenaan yang bertarikh 18 Disember 2014.
Namun, ujarnya, Zahid tidak dapat memberi sebarang penjelasan berkaitan “projek-projek keselamatan negara” yang didakwa melibatkan Paul Phua.
Sehubungan itu, katanya, jawapan Zahid hari ini cukup menghampakan dan hanya memberi alasan teknikal, selain berselindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi 1972.

Kenapa Umno melenting, gelisah dengan laporan 1MDB?

Khairuddin jelaskan status muflis, ikrar akur arahan Umno

Australia will not send back Sirul to face death penalty

AG’s Department says Australia's extradition legislation prohibits a person being surrendered to another country for an offence punishable by death.

KUALA LUMPUR: Australia will refuse a Malaysian government request to extradite to Kuala Lumpur a former Malaysian police commando sentenced to death for the murder of a pregnant Mongolian socialite.
sirul australia refuse2The Sydney Morning Herald quoted a spokesman for the Attorney-General’s Department as saying Australia’s extradition legislation did not allow a person to be surrendered to another country for an offence punishable by death unless the country had given Australia an undertaking that the death penalty would not be carried out.
Altantuya Shaariibuu, 28, who was murdered in Malaysia in 2006 allegedly wanted US$500,000 to remain silent about a defence ministry submarine deal.
The Federal Court on Tuesday upheld the death penalty for Sirul Azhar Umar, a former bodyguard of Malaysia’s Prime Minister Najib Razak and one of the key figures in a sensational case in Kuala Lumpur involving allegations of high-level corruption and political intrigue.
Sirul is believed to be living now in Australia.
Malaysian police have asked Australian authorities to arrest and extradite Sirul, one of two policemen convicted over the murder of the socialite Altantuya Shaariibuu.
The request came as Australia prepares to make what Prime Minister Tony Abbott last week described as the “strongest possible representations” on behalf of Myuran Sukumaran, the Bali Nine drug mule on death row whose bid for clemency has been rejected by Indonesian President Joko Widodo.
“Australia opposes the death penalty. We oppose the death penalty for Australians at home and abroad,” he said.
Kuala Lumpur police chief Mohmad Salleh said Malaysia will seek the co-operation of the Australian Federal Police to arrest Sirul who, according to immigration records, travelled to Australia in October and failed to attend Tuesday’s court hearing before a panel of federal court judges that ordered he and former Malaysian chief inspector Azilah Hadri be executed by hanging.
The paper reports that allegations have simmered for eight years that Altantuya, 28, was murdered to keep her quiet about purported kickbacks to high-level Malaysian officials.
According to court testimony, Altantuya begged for her life and that of her unborn child before she was shot twice in the head, wrapped in C4 plastic explosives and blown up in Kuala Lumpur’s suburbs on October 19, 2006.

Khairuddin : Dalam pertimbangan untuk kekal, tinggalkan UMNO...

Tidak akan sesekali tunduk dengan sebarang tekanan, akan berjuang habis-habisan tegakkan kebenaran

PUTRAJAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sedang mempertimbangkan sama ada untuk kekal atau meninggalkan parti UMNO.
Naib Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan itu meminta supaya beliau diberi masa untuk membuat keputusan mengenai statusnya itu.
“InsyaAllah keptusan itu akan dibuat,” katanya kepada pemberita di hadapan Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Beliau hadir di Pejabat SPRM bagi membuat laporan kedua mengenai ketelusan pentadbiran serta perbelanjaan dana dan kewangan syarikat 1Malaysia Develpoment Berhad (1MDB).
Sebelum ini pada 12 Disember beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi mengenai IMDB.
Khairuddin yang menegaskan masih menghormati proses undang-undang di negara ini, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan akan mendapat tekanan daripada pihak-pihak lain selepas ini.
“Sama-sama kita lihat. Tetapi saya tidak akan sesekali tunduk dengan tekanan ini dan akan berjuang habis-habisan,” jelasnya.
Katanya, sementara pihak polis sedang menyiasat perkara tersebut beliau tidak akan mengeluarkan apa-apa fakta sehingga laporan polis keluar.
“Kita tunggu laporan dan siasatan ini dijalankan. Bagi saya sebagai rakyat di negara ini juga saya berhak untuk membuat laporan mengenai isu 1MDB ini. Dan menambah laporan yang dibuat kepada polis dan SPRM ini adalah tepat. Saya berlawan untuk menegakkan kebenaran,” tegasnya.

"Rahsia Besar": Phua tak bantu kami, kata sumber polis

Membangkitkan perihal Akta Rahsia Rasmi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata bantuan Paul Phua dalam isu keselamatan negara berstatus rahsia.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan bahawa warganegara Malaysia yang dikatakan seorang 'raja judi' itu tidak bekerjasama dengan polis dalam isu itu.

Mengesahkan perkara itu, sumber polis berkata mungkin Phua sebenarnya terlibat dengan agensi lain dalam negara ini.

“Dia tidak bekerja dengan polis, tetapi mungkin membantu jabatan lain.

"Perkara ini hanya menteri yang tahu,” katanya kepada Malaysiakini.

Sumber bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung agensi yang memerlukan bantuan pemain poker terkenal itu, yang kini berdepan tindakan undang-undang di Amerika Syarikat (AS).

Ketika dihubungi, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga enggan mengulasnya.

Sebelum ini, sumber-sumber juga memaklumkan bahawa Zahid tidak berunding terlebih dahulu sebelum menghantar surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkaitan Phua.

Dalam surat itu, yang mencetuskan kontroversi itu, menteri dalam negeri dilaporkan berkata Phua membantu kerajaan Malaysia dalam isu keselamatan.

'CEO baru 1MDB tak dibayar untuk berpolitik'

Ketua pegawai eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Bhd’s (1MDB) yang baru Arul Kanda Kandasamy digesa menjawab kritikan yang diajukan dengan angka dan fakta dan bukan menyerang kembali pengkritiknya.

Antara lain, anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tonya Pua (gambar bawah, sebelah kanan) mahukan penjelasan Arus berhubung maksud sebenarnya ketika mengumumkan bahawa wang yang disimpan di Kepulauan Cayman sudah ditebus sepenuhnya.

“Arul tidak digajikan untuk bermain politik tetapi kembali meletakkan 1MDB di landasannya.

“Jika pengkritik seperti kami kemukakan fakta dan angka yang salah, sila malukan kami dengan fakta dan angka yang betul.

“Biarkan fakta dan angka ini menjelaskan sendiri, daripada cuba memburukkan pengkritik,” kata Pua dalam kenyataan medianya hari ini.

Wakil rakyat DAP itu merujuk kepada wawancara Arul di The Edge pada Isnin, yang menurut Pua hanya menawarkan maklum balas “mudah” tanpa disokong oleh angka.

SPRM, siasat ketelusan 1MDB – Khairuddin

1MDB telah menjadi kerisauan rakyat di negara ini kerana ia membabitkan urusniaga berjumlah berbillion ringgit
khairuddin 1MDB SPRM2PUTRAJAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menggesa Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat secara terperinci, menyeluruh dan berterusan mengenai ketelusan pentadbiran serta perbelanjaan dana serta kewangan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
Naib Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan itu menyatakan, sehubungan itu satu laporan SPRM dibuat berikutan 1MDB telah menjadi kerisauan rakyat di negara ini kerana ia membabitkan urusniaga berjumlah berbillion ringgit.
“Tindakan saya selaku warganegara Malaysia dan pembayar cukai turut merasai risau dan ragu-ragu dengan ketelusan pentadbiran mahupun perbelanjaan dan serta kewangan 1MDB yang sedang menanggung bebanan hutang mencecah hampir RM41.9 billion setakat laporan audit syarikat tersebut pada bulan March 2014,” katanya dalam kenyataan media.
Beliau membuat laporan SPRM di ibu pejabat suruhanjaya di sini, petang ini.
Khairuddin berkata, susutan nilai ringgit yang begitu teruk dan hutang piutang 1MDB banyak di dalam bentuk nilai dolar Amerika Syarikat (USD) sudah pasti akan meningkatkan lagi nilai sebenar hutang 1MDB.
“Laporan saya juga adalah atas dasar peribadi selaku pembayar cukai warganegara Malaysia yang mempunyai hak dari segi undang-undang untuk memohon pihak berkuasa yakni Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta SPRM agar menyiasat secara terperinci mengenai ketelusan pentadbiran mahupun perbelanjaan dan 1MDB yang melibatkan berbilion ringgit,” jelasnya.

Rangkaian 'raja judi' dikesan di pelbagai negara

Paul Phua yang mempunyai “surat penjelasan” daripada menteri dalam negeri berhubung kesnya di Amerika Syarikat (AS) dikesan memperoleh pasport diplomatik dari Republik San Marino.

Phua dikesan memiliki pasport itu hasil hubungan rapatnya dengan seorang bekas menteri republik tersebut yang kini disiasat atas tuduhan penggubahan wang haram dan rasuah.

Phua pula kini menghadapi tuduhan menjalankan rangkaian perjudian sukan dalam talian secara haram di Las Vegas.

Phua dicekup Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Kasino Caesars Palace Las Vegas pada tahun lepas dan kini dihadapkan ke mahkamah Nevada.

Beliau dikesan memiliki pasport diplomatik berstatus 'duta bukan pemastautin' ke Montenegro sewaktu ditahan.

Namun, kerajaan San Marino melucutkan status dutanya beberapa hari kemudian.

Phua dilantik pada 1 Februari, 2011 dan pelucutan statusnya dibuat pada 16 Julai 2014.

Maklumat itu berdasarkan surat lantikan rasmi dan surat pelucutan dari kerajaan San Marino yang diperoleh Malaysiakini.

Status duta bukan pemastautin itu memberikan Paul status orang kenamaan (VIP) dan penggunaan pasport diplomatik yang dimanfaatkannya untuk mengelilingi dunia sehinggalah beliau dicekup di Las Vegas.

Ketika dihubungi Malaysiakini atas alasan mahu memeriksa pasport diplomatik haram, seorang pegawai Wisma Putra berkata “sangat mencurigakan” apabila rakyat Malaysia boleh mewakili negara lain.

Ini kerana, katanya, undang-undang Malaysia tidak membenarkan dua kenegaraan.

Peluk & Cium: Panggillah Rosmah untuk siasat

Banyak maksiat lain yang terang-terangan berlaku dalam masyarakat, tidak pula JAWI bersungguh mahu membanterasnya.
jawi rosmah kpop lee chong weiPETALING JAYA: Tindakan pantas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang dilaporkan akan mengeluarkan waran tangkap kepada tiga gadis bertudung yang berpeluk dan bercium dengan bintang K-Pop dilihat agak keterlaluan dan berlebih-lebihan.
Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin mendakwa bahawa sebaliknya jabatan itu gagal bertindak ke atas Datin Seri Rosmah Mansor yang memeluk pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
Sehubungan itu blogger itu mengecam JAWI yang disifatkannya ingin “tumpang semangkuk” dalam isu K-Pop kerana mahu menunjuk-nunjuk kuasa dan keprihatinan mereka terhadap perbuatan maksiat dalam negara.
Dakwanya, banyak perilaku maksiat termasuk secara terang-terangan dan media sosial yang tidak diambil tindakan.
Beliau mencabar JAWI: ”Panggillah Rosmah untuk disiasat dan jika enggan, keluarkanlah waran tangkap juga? Kenapa ketika itu JAWI diam saja?”
”Walhal, banyak maksiat lain yang terang-terangan berlaku dalam masyarakat, tidak pula JAWI bersungguh mahu membanterasnya,” tulisnya dalam entri terbaru blog shahbudindotcom.blogspot.com.
Beliau mendakwa, maksiat, pergaulan bebas, adegan tidak senonoh di tempat awam, berpeluk dan bercium yang melibatkan orang Islam sebenarnya bukanlah sukar untuk dihidu oleh JAWI jika mereka benar-benar ingin membanterasnya.
“Sebenarnya banyak lagi maksiat nyata dan terang-terangan yang sepatutnya lebih diambil peduli oleh JAWI berbanding perlakuan gadis-gadis remaja dengan artis K-Pop itu,” ujarnya.
Shahbudin turut mengecam JAWI dengan menyifatkan pejabat agama itu seperti budak baru ”masuk jawi”, tidak matang dan terangsang dengan perkara remeh.

Arahan Seseorang: Sirul tidak dibenar kembali untuk dihukum mati..??

Australia tidak akan memenuhi permohonan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang bekas anggota elit polis, Sirul Azhar Umar.

Laporan Sydney Morning Herald menyebut, permohonan tersebut tidak akan dipenuhi kerana ia melibatkan hukuman mati.

Laporan itu memetik kenyataan Jabatan Peguam Negara Australia yang menyebut, ia hanya akan dipenuhi sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati tersebut.

“Undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seorang individu diserahkan kepada sebuah negara untuk satu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati, melainkan negara itu memberi kepada Australia satu janji bahawa hukuman mati tidak akan dijalankan,” laporan itu dipetik.

Australia merupakan salah sebuah negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya.

Sirul Azhar (kiri), yang merupakan tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, tidak hadir ke mahkamah pada hari Selasa lalu dan susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya
  
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lepas.  
  
Mahkamah Persekutuan juga sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan kedua-dua mereka.
    

Apa yg terjadi pasti ada hikmahnya..

Sesungguhnya rezeki itu datang dari Allah s.w.t.
Berdoa & berSYUKUR kpdNYA..

Bukannya bersyukur kpd KERAjaan BN..
Bukannya 'NIKMAT DARI BN'...

Australia tak benar Sirul dibawa pulang untuk hukuman mati.....!!!

 

KENAPA di Australia Sirul BOLEH BUKA TOPENG, kenapa tidak di M'sia.. 


Dah makin besar skop kes ini. SIAPA DALANGNYA ???
Pembunuh selamba BOLEH ke luar negara ???
KENAPA 'perlu' ke AUSTRALIA bukan negara lain ???

Kalau kes Alvin, BOLEH PULA Ketua Polis Negara kata.. "Kita akan cari dia hingga ke lubang cacing sekalipun."

KITA TUNGGU pula statement dari KPN berhubung Sirul ke luar negara.. Adakah beliau akan bertegas utk 'cari Sirul hingga ke lubang cacing' ???

Lapor kebenaran didapati BERSALAH.. Kononnya TAK IKUT 'protokol...'


Tak mengapa bila berhadapan mahkamah Allah, jawablah 'ANDA' di hadapanNYA kerana tidak ikut 'protokol'..

Itulah yang perlu di hadapi di Malaysia..

Bajet 2015: Atur segera sidang khas Parlimen

SHAH ALAM  - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa untuk mengadakan sidang khas Parlimen berkaitan penstrukturan semula Bajet 2015.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia bagi membolehkan kedua belah pihak antara kerajaan dan pembangkang membincangkan solusi berkaitan ini kandungan Bajet  2015.

“Pihak kami di peringkat awal lagi mengingatkan kerajaan pimpinan PM Najib agar Bajet 2015 yang dibuat itu mestilah mengikut unjuran semasa harga minyak.

“Kita baru sahaja dilanda musibah besar banjir yang mengakibatkan kerugian berbillion ringgit dan pastinya kerajaan terpaksa membelanjakan peruntukan luar jangkaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin, Najib ditanya sama ada kerajaan akan membuat peruntukan semula bajet tahun ini berikutan beberapa kejadian besar yang tidak dijangka seperti kejatuhan harga minyak global serta banjir yang melanda pantai timur semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun jelas Najib, kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut hanya akan dikeluarkan pada minggu hadapan.

TPM: Tiada halangan pakai baju kurung

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kementerian tidak pernah mengarahkan mana-mana pentadbiran sekolah untuk menghalang pelajar khususnya bukan Islam untuk memakai baju kurung.

Malah, beliau menjelaskan sepatutnya pakaian itu perlu digalakkan untuk dipakai oleh kaum dan Melayu dan bukan Melayu memandangkan ia dianggap sebagai baju kebangsaan.

Katanya lagi, jika ada mana-mana sekolah yang membuat peraturan yang bertentangan, ia dianggap ia sebagai "tidak betul dan perlu diperbetulkan".

"Di sekolah kita tidak mengeluar arahan. Cuma ada sesetangah sekolah ada peraturannya sendiri. Jadi saya fikir, itu tidak betul dan perlu diperbetulkan

"Pihak kementerian akan minta pihak sekolah memperbetulkan semula. Kerana isu yang sedikit, akan timbul isu-isu yang dianggap perkauman. Bukan isu perkauman.

'DEBAT BUKAN BUDAYA KITA'..TERJILAT MUNTAH LA PULAK..!!!


"ARAHAN SIAPA YG SIRUL AZHAR ITU KENA IKUT"?


Shabery: Don't punish Muslim K-pop fans

Zahid dakwa KDN diserang portal berita, ikrar bertindak

Al-Azhar gesa umat Islam abaikan Charlie Hebdo

Mahkamah Turki sekat laman web siar Charlie Hebdo

Keganasan: Menteri saran biar Jakim-peguam berdebat

'Bantuan Paul Phua kepada k'jaan rahsia besar negara'


Zahid nafi pertahan 'Raja Judi', surat bagi jelaskan status 14k


"Beri laluan generasi muda memimpin jika mahu legasi Tun Razak diteruskan"

"Beri laluan generasi muda memimpin jika mahu legasi Tun Razak diteruskan"
KUALA LUMPUR: Lebih banyak peluang harus diberikan kepada generasi muda untuk menerajui kepimpinan jika mahu legasi Allahyarham Tun Razak Hussein diteruskan, kata panelis pada forum ‘Memperingati Tun Razak’ pada Rabu.

Menurut ketua pengarang The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq, kini legasi itu hilang kerana kehidupan golongan muda dilihat terlalu bergantung kepada kerajaan.

“Tun Razak membuatkan generasi muda pada zamannya percaya bahawa mereka boleh mentadbir negara,” kata beliau.

Katanya Tun Razak, telah mengambil orang-orang muda tersebut dan meletakkan mereka di pelbagai peringkat pentadbiran dalam kerajaan.

Ini termasuk melantik Tun Hanif Omar sebagai Ketua Polis Negara yang keempat pada usia 35 tahun menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang telah terbunuh akibat serangan komunis.

“Tun Razak telah meninggalkan legasi bahawa generasi muda perlu yakin,” katanya.

Bagaimanapun kata Jahabar,  pada masa kini kerajaan kurang menaruh kepercayaan kepada golongan ini dan ini merupakan satu masalah.

Bagi Ahli Parlimen Lembah Pantai (PKR), Nurul Izzah Anwar, Tun Razak ketika zaman kepimpinannya banyak mengambil masa untuk mendekati golongan muda.

'Jangan hukum remaja dipeluk artis K-Pop' kata Menteri Umno

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihak berkuasa agama sepatutnya mendidik remaja bertudung yang dipeluk oleh artis K-Pop di sebuah konsert.

Mengulas ancaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menahan remaja terbabit, Shabery berkata pihak berkuasa tersebut tidak seharusnya bertindak menghukum remaja terbabit.

Shabery berkata, terdapat sesetengah perkara yang berlaku secara spontan dan sukar untuk dikawal apabila ia melibatkan penonton.

"Ada perkara yang saya kira, nasihat perlu diberikan oleh pihak tertentu.

"Saya rasa tindakan yang dilakukan oleh pihak berkenaan dengan menghukum bukan pemilihan yang perlu dibuat oleh setiap perkara yang berlaku.

"Zaman sekarang ini, ada perkara yang kita boleh kenakan tindakan undang-undang, ada perkara nasihat, pandangan pendidikan lebih penting supaya orang boleh memilih mana yang baik dan mana yang tak baik diperlakukan.

“(Jangan) menghukum kerana ia akan mengakibatkan kesulitan di masa depan," katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.

Menteri kata biar Paulsen-Jakim berdebat

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek setuju dengan saranan agar satu debat terbuka diadakan antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan peguam Eric Paulsen.

Beliau berkata, ia dapat memberi peluang kepada peguam itu menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa Jakim mempromosikan ektremisme.

"Saya setuju kalau Jakim bersetuju untuk berbahas supaya Eric datang ke mana-mana stesen televisyen dan beritahu apa yang dimaksudkan dengan kenyataan beliau yang Jakim galakkan keganasan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan logo baru Pos Malaysia di ibu negara hari ini.

Ahmad & Muhammad: "Hanya Dapat Bantuan Sekolah, Yang Lain Memang Tak Ada"


Ahmad dan Muhammad lebih selesa mengesot ketika berada di rumah mereka di Kampung Tengah, Puchong.
PUCHONG: Pendapatan bulanannya yang tidak tetap selama ini mendorong Rosli Abdul Rahim, bapa kepada pasangan kembar siam, Ahmad dan Muhammad, untuk memohon bantuan kewangan bagi menampung perbelanjaan menyediakan keperluan harian anak istimewanya itu.
Bagaimanapun, kepayahan berulang kali turun naik pejabat kerajaan kerana terlalu banyak karenah birokrasi dan prosedur yang merumitkan menyebabkan Rosli serik untuk mengemukakan permohonan.
"Dah banyak kali saya pergi ke pejabat zakat (cawangan Bandar Puteri) tapi terlalu banyak karenah. Sejak itu saya dah serik dan putus asa untuk meneruskan permohonan bantuan," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tengah di sini, baru -baru ini.
Menurut bapa kepada enam cahaya mata itu, sebelum ini beliau menghantar borang pemohonan kepada Lembaga Zakat Selangor untuk mendapatkan bantuan bagi menyediakan lampin pakai buang dan beg najis Ahmad dan Muhammad.
Katanya, selama 13 tahun, dia membelanjakan sekurang-kurangnya RM500 sebulan untuk membeli dua barangan utama itu untuk membolehkan kedua-dua anak kembarnya itu dapat menjalani kehidupan dengan selesa.

Sebelum ini, mStar Online melaporkan mengenai dugaan yang dihadapi Rosli selepas dua anaknya berjaya dipisahkan ketika berusia empat tahun menerusi pembedahan yang mencatat sejarah itu.
Lebih menyedihkan apabila ibu kandung anak kembar itu, Asiah Kanda meninggal dunia akibat kanser pada 2011.
Menceritakan lebih lanjut, kata Rosli, walaupun beliau sudah serik, namun ibu tiri Ahmad dan Muhammad, Junaidah Awang tidak mahu mengalah dan tetap mencuba nasib untuk mengemukakan permohonan  baharu.
"Saya memang dah putus-asa tapi ummi mereka pergi semula ke pejabat zakat untuk mendapatkan bantuan. Ummi mereka  kata kalau dapat bantuan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban saya," katanya.

Zahid kata bantuan Paul Phua 'rahsia besar negara'

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak dapat mendedahkan mengenai bentuk bantuan yang disediakan oleh Paul Phua kepada kerajaan kerana melibatkan “rahsia besar negara”.

“(Bentuk bantuan tidak boleh sewenang-wenangnya diuar-uarkan kepada umum atas faktor kepentingan dan keselamatan negara.

"Bahkan maklumat-maklumat rasmi kerajaan tersebut turut dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi 1972," kata Zahid dalam kenyataannya.

Beliau turut menjelaskan bahawa suratnya kepada Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) bukan satu surat surat sokongan.

Katanya surat tersebut menegaskan dua perkara:

"Tidak wujud kumpulan kongsi gelap 14K Triad di Malaysia.

"Paul Phua bukanlah ahli kepada kumpulan kongsi gelap 14K Triad di Malaysia," katanya.

Surat itu telah dikemukakan kepada Mahkamah Daerah Nevada oleh pasukan peguam Phua sebagai sebahagian daripada pembelaannya dalam perbicaraan yang sedang berlangsung di Las Vegas.

Pendakwa raya AS yang percaya Phua menjadi ahli kongsi gelap 14K, mengenakan tuduhan perjudian haram terhadapnya dan anak lelakinya, Phua Wait Kit.