Selasa, 13 Januari 2015

Mengulangi beban 'Budak-Budak Tingkat 4'

Oleh Shahbudin Husin

Selain mengenai banjir, politik negara kita di akhir tahun 2014 telah diakhiri dengan isu penggunaan jet kerajaan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang bercuti dan bermain golf di Hawaii dengan Presiden Amerika, Barack Obama terpaksa pulang tergesa-gesa kerana banjir kian menggila tetapi meninggalkan jet 9M-NAA di Amerika dan menaiki pesawat komersial hingga ke Hong Kong sebelum dijemput oleh pesawat khas TUDM untuk mendarat di Kota Bharu, Kelantan.
Ketika Datuk Seri Najib melakukan lawatan peribadi sambil beriadah di Bangkok pada awal tahun baru 2015, sekali lagi isu jet menjadi perbualan ramai apabila laman pengesan pesawat, FlightRadar24 mengesan jet kerajaan itu terbang dari Los Angelas, New York, London, Dubai dan kemudian turut mendarat di Bangkok.
Di samping persoalan siapakah yang menaiki pesawat itu menjadi perdebatan, tiba-tiba Datin Seri Rosmah juga dikesan membeli-belah di Central Chidlom, sebuah pusat membeli-belah terkenal di kota Bangkok. Sehinggalah Datuk Seri Najib dan keluarganya kembali semula ke dalam negara para 4 Januari lalu, perbualan mengenai jet dan Datin Seri Rosmah terus hangat dah menarik.
Dengan penghujung 2014 dan awal 2015 dipanaskan dengan isu Datin Seri Rosmah, apa saja perkara berkaitan isteri Perdana Menteri itu selepas ini pastinya menjadi tajuk politik yang menarik, apatah lagi jika ianya mengenai keghairahan menggunakan jet dengan duit kerajaan.
Sejak 2009, isu jet melibatkan isteri Perdana Menteri sudah beberapa kali timbul. Ia juga diselang-seli dengan pelbagai perkara lain mengenai kemewahan, pembaziran, menguasai Perdana Menteri, Permata dan sebagainya.

Semakin kerapnya isu berkaitan Datin Seri Rosmah ini muncul dan menjadi perbualan telah menjadikan ia seakan-akan beban yang bakal menyusahkan Datuk Seri Najib, UMNO dan BN dalam menghadapi hari-hari mendatangnya. Setiap kali isu berkaitannya muncul dan menjadi perbualan, pemimpin UMNO di pelbagai peringkat secara tidak langsung turut terpalit untuk mempertahannya.

SPR ‘berhutang’, perlu bayar pampasan pada Mejar Zaidi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah pihak yang harus membayar pampasan, kerugian kewangan, saraan hidup dan pencen kepada Mejar Zaidi Ahmad yang dipecat semalam.
Ketua Parlimen DAP LIm Kit Siang berkata, kecuaian SPR adalah punca kepada rentetan dakwaan yang akhirnya membawa kepada pemecatan Mejar Zaidi.
“Mejar Zaidi tak berbohong ketika mendedahkan bahawa dakwat kekal digunakan SPR sebenarnya tidak kekal bila dibasuh.
“Bagaimana seseorang boleh dipecat kerana melakukan perkara mulia, menegakkan kebenaran dan menyanjung tinggi nilai-nilai moral? kata Kit Siang dalam satu kenyataan.
Semalam, Mejar Zaidi dipecat oleh Mahkamah Tentera atas dakwaan memberi kenyataan media tanpa keizinan Majlis Angkatan Tentera (MAT).
Yang Dipertua Mahkamah Kolonel Saadon Hasnan dalam penghakimannya menyebut, hukuman dibuat dengan mengambil kira rekod cemerlang Zaidi selama 26 tahun satu hari yang tiada masalah disiplin.
Saadon berkata, pemecatan dibuat bukannya berhubung kegagalan dakwat kekal, tetapi oleh kerana Mejar Zaidi membuat kenyataan media tanpa kebenaran.
Tambah Kit Siang, SPR telah berhutang dengan Mejar Zaidi, kerana kegagalan SPR melaksana tanggungjawabnya menyediakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ke-13 menjadi punca aduan.
“Ini bukan kesalahan Mejar Zaidi Ahmad, ia adalah kesalahan SPR sepenuhnya.
Dalam pada itu kata Kit Siang, Angkatan Tentera Malaysia wajar berasa malu kerana memecat Mejar Zaidi hanya kerana bercakap benar.
Pemecatan yang mengecewakan itu kata Kit Siang adalah hukuman terhadap ‘kebenaran’.
“Krisis moral meruncing di negara ini apabila dusta, tipu muslihat dan ketidakjujuran seolah-olah menjalar dalam kehidupan rakyat.
“Malaysia memerlukan lebih ramai Mejar Zaidi,” tegas Kit Siang.

Bukan SOP tangkap seorang peguam dengan 20 anggota polis, kata bekas KPN

Polis mungkin ada maklumat lain menyebabkan 20 anggota digunakan untuk tahan peguam Eric Paulsen, kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Januari, 2015.Polis mungkin ada maklumat lain menyebabkan 20 anggota digunakan untuk tahan peguam Eric Paulsen, kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Januari, 2015.Tan Sri Musa Hassan menegaskan bukan Prosedur Operasi Standard (SOP) polis untuk menahan peguam Eric Paulsen dengan menggunakan kekuatan 20 anggota.
Bekas ketua polis negara (KPN) itu berkata, Paulsen hanyalah seorang peguam maka memadai jika beliau dipanggil hadir ke balai polis.
“Saya tak tahu pasal apa 20 anggota nak tangkap dia seorang? SOP bukan begitu melainkan dia cuba melakukan kekerasan. Itu lain cerita," kata Musa dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider hari ini.

“Seorang atau dua anggota sudah cukup. Panggil dia serah diri di balai polis berdekatan. Dia peguam, serah diri saja,” katanya. Susulan penahanannya malam tadi, kumpulan peguam Lawyers For Liberty (LFL) melalui akaun Twitter mereka berkata, lebih 20 anggota polis datang untuk menahan Paulsen yang kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran yang juga merupakan anggota LFL menerusi laman Twitternya berkata, polis membawa Paulsen ke firma guamannya, Daim & Gamany, dan merampas komputer ribanya.
Mengulas mengenai penahanan itu, Surendran berkata tindakan polis itu seperti tindakan terhadap seorang "gangster besar".
Peguam Paulsen, R Sivarasa hari ini berkata, polis menahan reman peguam hak asasi manusia itu untuk dua hari selepas ditangkap kerana mengkritik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Sivarasa berkata, Paulsen ditahan reman dua hari bagi membolehkan pihak polis mengambil cap jari, kenyataan dan menggeledah rumahnya.

MB Kelantan letak batu asas Perumahan Rakyat Budiman



KUALA KRAI: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob hari ini merasmikan peletakan batu asas rumah kekal pasca banjir Perumahan Rakyat Budiman sebagai projek perintis.

Rumah pertama untuk mangsa banjir itu didirikan di Kampung Temiang dengan kos RM37,000 sebuah.

Peruntukan berkenaan disumbang orang ramai dari seluruh negara.

Ustaz Ahmad mengucapkan terima kasih di atas usaha yang dibuat oleh Pemuda PAS itu sehingga ia bakal mengecap kejayaan.

“Kerajaan negeri telah berusaha ke arah yang sama dan beberapa penyumbang telahpun mendermakannya, tetapi kita bersyukur kerana usaha Pemuda PAS telah menampakkan hasil yang awal,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis itu, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kiat, Adun Mengkebang, Abdul Latif Abdul Rahman, Ketua Pemuda PAS negeri, Ahmad Fadhli Shaari.

Hari ini lima pihak telah tampil untuk menderma sebuah rumah, antaranya Dewan Muslimat PAS Pusat, Jabatan Amal Johor, PAS Kawasan Muar, Saudara Ishak Ismail dan Norhaslinda.

Pasma tidak cadang letak calon PRU14

Pahrolrazi Zawawi 
ALOR SETAR - Persatuan Ummah Sejahtera (Pasma) menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa ia mempunyai niat untuk menjadi sebuah parti politik serta meletakkan calon pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Presidennya Datuk Pahrolrazi Zawawi berkata, Pasma merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tidak akan memberi saingan kepada mana-mana parti politik.

"Kita (Pasma) mahu meningkatkan sokongan orang ramai terhadap PR. Kita tidak fikir lagi untuk mendaftar sebagai sebuah parti politik kerana bagi penyokong kita mereka lebih selesa jika tidak ada platform (politik)," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau yang juga anggota Dun Pengkalan Kundor berkata, Pasma tidak mempunyai perancangan meletakkan calon-calon untuk bertanding pada PRU ke-14.

Menurut Pahrolrazi, apa yang terjadi kini adalah banyak pihak termasuk di kalangan pimpinan Pas mempunyai persepsi yang salah tentang Pasma serta objektif penubuhannya.

Pahrolrazi berkata ramai di kalangan penyokong-penyokong Pasma lebih berminat untuk bergiat di bawah platform NGO yang lebih longgar dan tidak mahu terikat dengan disiplin parti politik yang ketat.
Katanya, Pasma kini bergiat di seluruh negara kecuali Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak serta mensasarkan untuk menarik keahlian di kalangan penyokong-penyokong PR.

PAS: Tak salah kerjasama PasMa-Guan Eng

Tindakan Persatuan Ummah Sejahtera (PasMA) - yang digerakkan sekumpulan anggota PAS yang kritis - mahu bekerjasama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak salah, kata Salahuddin Ayub.

Naib presiden PAS itu berkata usaha NGO itu masih lagi dalam ruang lingkup untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

"Saya tidak ada masalah jika mereka hendak bekerjasama dengan Lim Guan Eng.

“Bagi saya ia masih lagi dalam ruang lingkup (memperkukuhkan) Pakatan Rakyat" katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Katanya, PasMa hanya dikira bersalah jika melanggar dasar parti dan pelaksanaannya dalam pertemuan dengan Lim yang juga setiausaha agung DAP.

Salahuddin (kanan), yang mengetuai Jawatankuasa Pengurusan Krisis PAS diberi mandat oleh parti Islam itu untuk bertemu dengan kumpulan itu baru-baru ini.

Diketuai presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi, delegasi 15 anggota PasMa mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Lim di Komtar, Pulau Pinang semalam.

Keluarga Altantuya ingin teruskan saman kerajaan RM100 juta

shaaribuu_setev_04
Saman yang difailkan bapa Altantuya, Setev Shaariibuu (tengah) pada 2007 dihentikan sementara, ekoran prosiding jenayah dan proses rayuan yang masih berjalan. 

Peguam mewakili keluarga bekas model Mongolia, Altantuya Shaariibuu hari ini mengesahkan akan meneruskan saman RM100 juta terhadap kerajaan.
Keputusan itu didedahkan Ram Karpal Singh, selepas Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas dua anggota polis, iaitu Koperal Sirul Azhar Umar dan Cif Inspektor Azilah Hadri, selepas didapati bersalah membunuh Altantuya, sembilan tahun lalu.
Menurut Ram, pihaknya akan memaklumkan Mahkamah Tinggi untuk menetapkan tarikh kes saman itu, yang sebelum ini difailkan pada Jun 2007.
“Kami akan teruskan dengan kes ini, memandangkan Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan.
“Kami terpaksa menunggu lama, kerana mengikut arahan untuk menunggu keputusan akhir daripada prosiding kes ini,” katanya yang dipetik Malay Mail Online.
Malah tambahnya, keputusan yang diambil Mahkamah Persekutuan hari ini akan membantu keluarga Altantuya dalam kes saman terhadap Kerajaan Persekutuan.
Pada 4 Jun 2007, ibu bapa Altantuya dan dua anaknya memfailkan saman sivil terhadap kedua-dua pesalah (Azilah dan Sirul Azhar), kerajaan dan Abdul Razak Baginda.
Saman itu menuntut RM100 juta sebagai pampasan kematian Altantuya, mendatangkan kejutan mental dan juga trauma psikologi.
Saman yang difailkan pada 2007 itu dihentikan sementara, ekoran prosiding jenayah dan proses rayuan yang masih berjalan.

Kerajaan tak serius, KEADILAN kempen turun harga barang

KUALA LUMPUR 13 JANUARI- KEADILAN kini beralih tumpuan dalam usaha menurunkan tekanan kos hidup rakyat, berikutan tindakan kerajaan mengambil sikap lepas tangan dan tidak serius menurunkan harga barangan.
Naib Presidennya, Rafizi Ramli berkata, walaupun harga petrol dan diesel jatuh namun rakyat masih lagi menunggu perkara sama berlaku terhadap harga barangan dan perkhidmatan.
Jesteru beliau bersama beberapa Ahli Parlimen KEADILAN akan menjalankan kempen bersepadu bagi tujuan tersebut.
“Jika kita mahu turunkan harga, kita perlu fokus kepada pelbagai perjanjian dan struktur kos yang menyebabkan kenaikkan harga,” ujarnya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.
Menurut Rafizi, tindakan kerajaan tidak memadai dan melepaskan tanggungjawab dengan menyalahkan peniaga yang kononnya tidak mahu menurunkan harga.
“Lebih teruk lagi menteri-menteri terbabit membiarkan sahaja aktivis Umno menyebarkan dakyah kononnya harga barangan tidak diturunkan kerana ketamakkan golongan terutama peniaga Cina,” tegasnya menyelar usaha pihak tertentu menyalakan kebencian kaum.
Ahli Parlimen Kapar G. Manivanan dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen yang hadir sidang media itu berkata, mereka akan turut menyertai kempen tersebut.
“Ini kerja kerajaan, bukan kerja kami, tetapi kita tidak dengar menteri atau kerajaan mahu melakukan itu, jadi kita ambil langkah proaktif untuk tujuan itu.
“KEADILAN menentang sikap perkauman dan tidak bertanggungjawab Umno dan menteri-menteri dalam isu harga barang ini, sedangkan kuasa dan cengkaman UmnoBN dalam kerajaan dan perniagaan sebenarnya boleh digunakan untuk menurunkan harga barang,” kata mereka.

Skandal 1MDB: Dana RM5.55 bilion lesap?


1mdb


KUALA LUMPUR, 13 JAN: 1MDB digesa mendedahkan ke mana perginya tambahan dana pinjaman RM5.55 bilion yang telah dilaburkan syarikat itu, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.
Laporan kewangan suku pertama 1MDB 2014 menyatakan, RM5.55 bilion diletakkan dalam pelbagai portfolio pelaburan di bawah ‘jagaan institusi kewangan dengan penilaian kredit, sebagaimana dinilai agensi penarafan kredit antarabangsa’.
“Jumlah yang berasal dari pinjaman RM10 bilion diambil 1MDB pada Mac 2013 bertujuan untuk pelaburan usaha sama dengan kerajaan Abu Dhabi bagi membentuk Abu Dhabi Malaysia Investment Corporation (ADMIC).
“Namun dua tahun kemudiannya, ADMIC telah gagal, sementara bakinya AS1.44 bilion digunakan 1MDB untuk modal kerja dan pembayaran balik hutang.
“Persoalannya, di mana RM5.55 bilion telah dilaburkan? Adakah dana ini juga diuruskan oleh pengurus dana misteri yang tidak boleh dinamakan berdasarkan kewangan penuh rahsia Kepulausan Cayman?” soal Tony.
1MDB sebelum ini melabur RM7.6 bilion dalam ‘dana terasing’ pada 2013, dan wang itu kemudiannya didedahkan diuruskan pengurus dana di Kepulauan Cayman.
Sebanyak RM4.3 bilion dipulangkan kepada 1MDB menerusi arahan lembaga pengarah pada 1 Ogos tahun lalu, manakala baki RM4.07 bilion masih belum dijelaskan.

Sarawak batal ceramah Islam susulan bantahan komuniti Kristian

Anjuran satu program ceramah agama Islam dibatalkan kerana dianggap provokasi terhadap Kristian, kata menteri berkaitan hal ehwal Islam di Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Januari, 2015.Anjuran satu program ceramah agama Islam dibatalkan kerana dianggap provokasi terhadap Kristian, kata menteri berkaitan hal ehwal Islam di Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Januari, 2015.Pejabat Ketua Menteri Sarawak membatalkan satu program ceramah agama Islam hari ini kerana dianggap sebagai provokasi terhadap agama Kristian.
Menteri berkaitan hal ehwal Islam negeri itu, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, pihaknya "menasihati" penganjur ceramah itu, Pusat Informasi Islam (IIC) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) untuk membatalkan ceramah berkenaan susulan bantahan ditimbulkan Persatuan Gereja Sarawak (ACS), beberapa individu serta ahli politik.
Ceramah yang dijadualkan berlangsung esok dan Khamis dilihat "tidak membantu meredakan ketegangan antara umat Islam dan Kristian" di negara ini.

"Kami meneliti bantahan itu dan mendapati ada alasan kukuh," kata Daud.

Mesyuarat Kabinet perlu setuju struktur semula Belanjawan 2015

KUALA LUMPUP, 13 JAN: Mesyuarat Kabinet esok harus bersetuju mengadakan sidang Parlimen akhir bulan ini untuk membentangkan penstrukturan semula Belanjawan 2015. kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Kata Kit Siang, ini kerana belanjawan 2015 yang dirangka OKtober tahun lalu berasaskan anggapan harga minyak pada kadar USD100 (RM357) setong.
“Dengan kejatuhan harga minyak mentah, kerajaan bertanggungjawab menstruktur semula Belanjawan 2015 dan mendapatkan persetujuan Parlimen.
“Kabinet mesti membuat keputusan untuk mengadakan Parlimen Khas sebelum akhir Januari, memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan mengakui hari ini keperluan menstruktur semula Belanjawan 2015,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.
Semenjak Najib membentangkan Belanjawan 2015 pada 25 Oktober, harga minyak mentah Brent merudum daripada USD100 kepada USD47.36, nilai terendah dalam enam tahun.
Manakala, pendapatan berasaskan minyak dan gas adalah tulang belakang ekonomi negara, dan setakat ini menyumbang 30 peratus kepada hasil negara.
Dalam masa sama, ringgit mencecah kadar terendah sejak Julai 2009 berbanding dolar, pada kadar 3.5870 berbanding dolar petang ini selain kejatuhan RM36 bilion rizab antarabangsa Malaysia pada tahun 2014.
Tambah Kit Siang, Belanjawan 2015 sebanyak RM273.9 bilion jelas tidak mampan hasil kejatuhan komoditi bukan sahaja petrol, bahkan minyak sawit dan getah.
“Pakar-pakar ekonomi turut memberi amaran bahawa Malaysia mungkin berhadapan deflasi,” ujar Kit Siang.
Tambahnya, sidang khas Parlimen wajar membahaskan bencana banjir, Laporan RCI Sabah, aliran keluar modal haram RM1.3 trilion (2003 hingga 2012) selain menangani ekstremisme dalam masyarakat.

Rombakan Bajet 2015 Malaysia Bernilai RM273.9 bilion.....Kerajaan Umno@BN "Panas Punggung"..??

rombakan bajet 2015
Melihatkan sahaja pembentangan bajet 2015 yang bersandarkan harga minyak dunia sekitar US$110 setong dibandingkan harga minyak dunia hari ini serendah US$47 setong, kalangan penganalisis ekonomi mula merasakan yang kerajaan Malaysia akan tidak akan…. mampu bertahan lama untuk menguruskan negara bagi tahun 2015.

Rombakan Bajet 2015 Malaysia : Pengumuman Najib Razak?

Kerajaan Malaysia…..mula “panas punggung” untuk cepat mencari jalan penyelesaian terbaik dengan kadar yang segera dengan kejatuhan harga minyak dunia terus jatuh daripada hari ke sehari. Ditambah pula perbelanjaan besar pasca banjir besar di Pantai Timur menambahkan lagi kegusaran Putrajaya.
Berita terkini yang Berita Semasa terima menunjukkan Datuk Seri Najib akan melakukan rombakan Bajet 2015 Malaysia yang telah diumumkan sebelum ini.
Dijangka butiran rombakan Bajet 2015 Malaysia akan diumumkan pada minggu hadapan. Sama-sama kita nantikan,
Adakah cakap-cakap dan ramalan Tun Dr Mahathir akan menjadi kenyataan? Sama-sama kita nantikan…

Najib, Musa Safri saksi kes tuntutan saman keluarga Altantuya terhadap Putrajaya

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas pegawai khasnya DSP Musa Safri adalah saksi yang berpotensi untuk dipanggil memberi keterangan dalam tuntutan sivil difailkan Setev, bapa kepada model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Peguam Ramkarpal Singh, yang mewakili Setev, berkata tuntutan undang-undang yang tertangguh sekian lama kini boleh diteruskan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mendapati dua anggota polis berkenaan bersalah atas kesalahan membunuh Altantuya pada 2006.
“Najib dan Musa akan disapina untuk memberi keterangan dalam kes ini. Tetapi tidak tahu sama ada mereka akan cuba membuat permohonan untuk dikecualikan daripada datang ke mahkamah,” katanya kepada The Malaysian Insider. 
 Ramkarpal berkata dia akan menulis surat kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menetapkan pengurusan kes bagi membolehkan perbicaraan diadakan secepat mungkin.
“Tuntutan itu ditangguhkan kerana Mahkamah Tinggi mahu perbicaraan jenayah diselesaikan dulu,” katanya. Beliau berkata sabitan bersalah terhadap Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar memberi kelebihan kepada Setev.
“Pendakwaan membuktikan kes mereka melangkaui keraguan munasabah iaitu beban lebih tinggi untuk memastikan sabitan.
Dalam tuntutan sivil kami, ia atas keseimbangan kebarangkalian lebih rendah,” katanya.
 Setev memfailkan tuntutan saman RM100 juta terhadap Abdul Razak Baginda, Azilah, Sirul dan kerajaan Malaysia pada Jun, 2007. Razak, yang mempunyai kaitan rapat dengan Najib, pada awalnya didakwa bersubahat dalam kes pembunuhan itu tetapi kemudian dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
 Setev memfailkan saman itu bagi pihak isterinya Altantsetseg Sanjaa dan 2 cucu lelakinya Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, yang masih di bawah umur. Pasangan itu adalah penjaga bagi anak Altantuya.
 Anak yang bongsu menghidapi penyakit yang memerlukan rawatan yang mahal. Keluarga itu memohon ganti rugi atas “kesengsaraan, kesedihan, dan keseksaan fizikal dan mental”.
 Panel 5 hakim di Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakarian menjatuhkan hukuman mati terhadap 2 anggota polis itu selepas membenarkan permohonan rayuan kerajaan daam kes pembunuhan itu.

Ini Bukti Hakim Kata Motif Pembunuhan Altantuya Tidak Penting.

Ramai juga yang tertanya-tanya kenapa kita asyik ulang sebut tentang motif. Bahkan ada yang fikir kita fitnah bila kita asyik ulang kenyataan kita bahawa yang kata motif pembunuhan tersebut tidak penting ialah hakim. 

Sebenarnya bukan fitnah. Memang fakta. Aku baca kenyataan tersebut kat Utusan versi cetakan. Tapi aku berjaya menemukan artikel berita dari sumber Malaysiakini yang juga menerbitkan kenyataan yang sama. Hakim yang sama memberitahu bahawa motif pembunuhan tidak penting sekalipun motif sangat relevan dalam kes pembunuhan.

Kenapa perlu kita peduli tentang motif?

Bila kita tahu motif maka kita tahu la kenapa Altantuya dibunuh.

Sebab duit ke?
Sebab hutang ke?
Sebab kena ugut ke?
Sebab tahu rahsia ke?
Sebab skandal ke?
Sebab kantoi ke?

Bila motif kes pembunuhan sengaja didiamkan, disembunyikan, tidak dirungkaikan persoalan tersebut maka kita hanya nampak babak selepas pembunuhan. Babak sebelum pembunuhan tidak diungkit. Kenapa? Sedangkan babak sebelum pembunuhan dan selepas pembunuhan sama pentingnya kerana babak sebelum pembunuhan itula yang menyebabkan babak pembunuhan berlaku sehingga menyebabkan terhasilnya babak selepas pembunuhan.

Sekarang babak sebelum pembunuhan itu mahkamah tak bincang dan rakyat tak faham. Kita semua tertanya-tanya.

Kenapa berulang kali Sirul sebut dia dikambinghitamkan.

Kenapa berulang kali Sirul dan Azilah mendakwa mereka tiada motif untuk melakukan pembunuhan dan kenapa pula hakim menyebut bahawa motif pembunuhan itu tidak penting.

Sebenarnya. Biar aku berterus terang. Aku rasa ini apa yang rakyat fikir. Rata-rata yang mengikuti kes pembunuhan tersebut akan berfikir begini ;

- Sirul dan Azilah mengikut arahan pihak tertentu untuk melakukan sesuatu.

- Sesuatu itu mungkin ada kaitan samada melakukan pembunuhan atau menutup satu pembunuhan dengan pembunuhan (mengebom) yang lain.

- Kalau seseorang nak bunuh kau, kau takan duduk diamkan diri. Kau mesti lari atau lakukan apa sahaja untuk selamatkan diri. Maka dalam keadaan apakah Altantuya diletupkan. Ketika masih ada nyawa atau sudah hilang nyawa.

- Seseorang yang berkuasa sahaja mampu menghilangkan rekod kemasukan Altantuya di negara ini.

- A cuba melindungi B kerana B mengetahui dan terlibat secara langsung dengan 'kegiatan sulit' A sehingga A itu merasa bertanggungjawab untuk melindungi B dari didedahkan bagi menutup kegiatan tersebut atau A akan jatuh bersama B itu. Mungkin A tidak bersubahat dalam pembunuhan. A hanya bersubahat melindungi pembunuh disebabkan hubungan A dan B tadinya itu.

- Tangan ghaib tidak semestinya bermaksud dia melakukan pembunuhan. Tangan ghaib boleh juga bermaksud telah memesongkan jalan cerita atau kronologi pembunuhan  atas kerelaan sendiri atau keterpaksaan ataupun kalau tidak selain dari kes pembunuhan, kes 'aktiviti tersembunyi' pula akan terdedah dan mengaitkan intergriti tangan ghaib.

Kerana itu motif atau babak sebelum pembunuhan tidak perlu kita rungkai satu demi satu persoalannya bagi memastikan cerita-cerita yang tidak perlu keluar dalam perbicaraan.

Inilah yang rakyat fikir. Ada sesuatu sedang disembunyikan. Azilah dan Sirul masih tidak berani mendedahkan kebenaran 100%. Kepada siapa yang mereka takut. Dan adakah ia membabitkan keselamatan nyawa orang-orang yang tersayang sehinggakan Azilah dan Sirul tidak berani berterus terang kepada rakyat sepenuhnya sebaliknya hanya gunakan kiasan kata.

Kami tidak mempunyai motif.
Kami tidak kenal Altantuya.
Kami ialah polis dan kenapa pula kami akan bunuh wanita itu.
Kami dikambinghitamkan.
Kami dianiya oleh mereka-mereka yang menjadi saksi untuk memastikan kami dihukum bersalah.

Kenapa guna CLUE. HINT. PETUNJUK. 

Kenapa tak cakap DIRECT. Kenapa tak sebut NAMA. Kenapa tak cerita TERUS TERANG.

Ada sesuatu yang menyekat mereka. Dan aku taktau apa bendanya tue. Seperti itulah juga aku rasa rakyat keliru apabila seseorang yang berpangkat tinggi seperti HAKIM boleh berkata bahawa motif pembunuhan itu tidak penting sungguh pun ia adalah sangat relevan dalam satu-satu kejadian pembunuhan. Motif itu lead kepada tindakan. Dengan menutup motif kejadian maka ada sesuatu yang sedang diselindungkan. Tolongla. Berhenti anggap semua rakyat bodoh nak mampos macam penyokong UMNO. Ok. Tolong la ek.

Lihat dan hadam ini sendiri.

Bapa Altantuya persoal motif, tetap saman kerajaan Malaysia

bapa altantuyaULAN BATOR 13 JANUARI- Bapa kepada wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dengan kejam pada 2006, tetap mempersoalkan motif pembunuhan anaknya itu.
Setev Shaariibuu berkata, beliau bersama isteri dan dua cucunya gembira mengetahui dua tertuduh kes itu, Azilah Hadri dan Sirul Azhar didapati bersalah dan  dijatuhi hukuman mati.
Katanya, ini bermakna kes itu akhirnya telah selesai dan beliau boleh meneruskan samannya terhadap kerajaan Malaysia, dan dua pegawai yang didakwanya bertanggungjawab atas kematian anak perempuannya itu.
Bagaimanapun beliau terus mempersoalkan motif di sebalik pembunuhan Altantuya yang diletupkan dengan peledak di sebuah kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam pada 19 Oktober 2006.
“Sehingga hari ini, saya tidak tahu kenapa dia dibunuh,” katanya seperti dilapor portal Malaysiakini.
Sementara itu, Setev juga menyuarakan kebimbangan apabila tertuduh kedua dikatakan hilang dan tidak hadir di mahkamah hari ini.
“Saya berharap polis dapat mencari segera, barulah keadilan ditegakkan untuk anak perempuan saya,” katanya.
Setev juga percaya hubungan antara Malaysia dan Mongolia, yang didakwanya tegang ekoran perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, akan bertambah baik dengan keputusan terbaru itu.
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Panel yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, menolak keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Azilah dan Sirul dan mengekalkan hukuman mati.
Setev memfailkan saman sivil pada 4 Jun 2007, mendapatkan gantirugi RM100 juta daripada penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan dua pegawai polis.
Abdul Razak, rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, pada awalnya dituduh bersubahat dengan pembunuhan itu tetapi kemudiannya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
Setev memfailkan saman itu bagi pihak isterinya, Altantsetseg Sanjaa, dan dua cucu mereka – Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga – yang ketika itu masing-masing berusia lapan dan 13 tahun.

Kepimpinan Negara: Reput yang Membawa Runtuh

Mungkin ramai orang lupa isiu pokok negara ini ialah isiu kempimpinan atau secara lebih tepat, ketiadaan nya. Akibat nya, pengurusan berkerajaan jadi huru hara. Si eksekutif duduk joli sana sini, membisu seribu bahasa kerana dia fikir, membisu itu sunyi mulia. Dia merengek dan kememe tak dapat tidur malam dan dijangkiti e- coli. Sultan Kelantan berendam dalam air dan makan dengan mangsa banjir ok pulak.
Najib akan suka isiu kepimpinan nya dan keruntuhan pentadbiran nya digerhanai oleh isiu2 seperti isiu Eric Paulsen menghina khutbah; kita nak paranoid sangat kenapa? itu pandangan nya  dan kita orang Islam mesti dewasa dalam fikiran; jika orang Islam hentam agama lain  mungkin dalam atau tidak dalam khutbah, maka mereka mesti menduga mesti ada reaksi balas - orang lain akan mengecam Islam sama ada kerana mereka sengaja melakukan atau kerana mereka jahil. Jika jahil dan bodoh suatu jenayah- ramai orang Melayu masuk jel. kalau dia salah caj dia dalam mahkamah. Tapi kerajaan mesti lah jawab mengapa Ibrahim Ali yang menganjur membakar Injil tidak dicaj dalam mahkamah dan tidak didawak bawah akta hasutan?
atau paling dibisingkan sekarang isiu gadis Melayu bertudung diciumi oleh penyanyi k pop. Haramkan sahaja konsert oleh penyanyi bukan Islam- bawa masuk ke Malaysia kumpulan dan penyanyi Arab dengan tarian gelek padang pasir.
Mesti ada sesuatu yang tdak kena- gadis2 ini hasil system social kita( ekonomi, pendidikan , politik dan agama). Kem ibadah berlambak, program agama bersusun susun, ustaz petah dan galak bercakap- budak2 Islam masih ramai mahu pergi konsert, makan dadah, dan melakukan maksiat. Mungkin ada pertalian positif antara kegiatan keagamaan Islam dengan perbuatan maksiat? Iaitu lagi banyak program Islam, lagi banyak perbutan maksiat.
Anak siapa mereka- anak orang kaya? Anak orang berpendidikan? Anak emak dan bapak kerajaan hantar kursus ke England, US dan lain2? Anak ustaz? Kalau gadis2 muda ini diciumi oleh Maher Zain bagaimana? Kita InsyaAllah InsyaAllah? Atau diraba dan di peluk oleh kumpulan nasyid popular bagaimana?
Kita jangan alihkan pandangan kita daripada isiu kepimpinan Najib yang lemah- itu isiu yang paling penting. Isiu pimpinan yang lemah melibatkan masa depan seluruh negara. Jika dia lemah dan bebal, kesan nya kepada
Ekonomi kita misalnya- lebih tenat dibawah penjagaan Najib. apa akan jadi kepada bajet 2015 kerana sekarang hasil dari minyak mentah yang berharga kurang dari USD50 setong, tentulah cukai dan sumbangan dari Petronas akan merudum. Isiu akibat reseb asing yang berkurang keatas negara kita, kemerosotan nilai wang kita, barang buatan Malaysia akan jadi murah tapi adakah permintaan untuk nya yang akan melonjakkan pendapatan Negara? Dan orang yang menjadi menteri kewangan sebab dia kemaruk nak control semua ialah Najib.

Mejar Zaidi Dipecat: Pejuang ketika demokrasi dikerandakan

Oleh Mohd Nasaie Ismail
Mejar Zaidi yang membuat pendedahan "dakwat tidak kekal" dalam Pilihan raya Umum Ke-13 lalu didapati bersalah.
Melanggar dua perintah tetap iaitu tidak bercakap dengan pihak media sebelum mendapat kebenaran Menteri Pertahanan dan berkongsi maklumat sulit tentang perintah tetap dengan media tanpa kebenaran Majlis Angkatan Tentera (Seksyen 50 Akta Angkatan Tentera 1972).
Mendung, kelam dan menghibakan.
Harapan demokrasi sekali lagi dikerandakan. Ketika undang-undang kebiasannya ditegakkan untuk memastikan keadilan tertegak, saat ini undang-undang diperalat untuk pemerintah menjahit mulut rakyat.
Kerajaan melalui Kementerian Pertahanan menggembur kembali rasa takut di tengah-tengah masyarakat awam.
Rakyat sekali lagi diajar untuk duduk diam atas nama patuh pada undang-undang.
Atmosfera politik Mahathirisme yang terlalu jauh kita tinggalkan di belakang sekali lagi diseru semangatnya.
Zalim dan mencengkam.
Hukuman ke atas Mejar Zaidi adalah perlambangan pencabulan demokrasi pada tahap paling buruk dan jelek.
Pemuda PAS percaya, di masa hadapan, pihak yang "bersalah" hari ini akan dikenang sebagai ikon pejuang demokrasi.
Tidak hanya pada anak muda, bahkan seluruh warganegara.
Pemuda PAS Malaysia menyatakan komitmen untuk terus bersama-sama dengan pejuang demokrasi ini.
Justeru, marilah sama-sama kita membantu beliau dan keluarga kerana pada hakikatnya beliau berkorban segalanya untuk berjuang demi kita dan generasi selepas kita!

Penyokong Charlie Hebdo juga sangat tak betul

Oleh Timmy Say
Pembunuhan kejam terhadap Charlie Hebdo wajar dikutuk. Tiada siapa yang akan mempertikaikan perkara itu. Akan tetapi, apakah Charlie Hebdo perlu disokong kerana pembunuhan itu?
Provokasi Charlie Hebdo sememangnya terlampau. Tindakan mereka boleh dikira sebagai ekstrem. Mereka seolah-olah mengundang, mencabar dan ingin melihat sejauh manakah musuh mereka boleh bersabar sebelum bertindak balas.

Menggunakan media untuk menyebarkan kebenaran ialah kerja yang patut. Akan tetapi menggunakan media untuk menghina dan mempersendakan kepercayaan orang lain itu dikira terlampau. Lebih teruk lagi ia dibuat dalam bentuk lucu untuk diketawakan bagi menambah lagi kebencian pada mana-mana pihak tertentu.
Kegembiraan mereka datang daripada penderitaan dan penghinaan terhadap orang lain, apakah itu sifat kebebasan bersuara kita yang bergelar manusia?
Membunuh dengan mencabut nyawa dan tulisan yang tajam bersifat membunuh karakter seseorang sama bahayanya.
Apatah lagi kalau karakter itu ialah seorang yang diagung-agungkan oleh mana-mana satu agama.
Manusia dikurniakan mulut untuk bercakap dan tangan untuk menaip, menulis dan juga mencari makan.
Di dalam mana-mana agama, terdapat soal dosa-pahala yang berkait dengan cara manusia menggunakan mulut dan juga tangan.
Kalau mulut dibiarkan fitnah dan berbohong, berdosa.
Tangan yang fitnah, menyebarkan perkara palsu, mencuri dan mencabul kehormatan orang lain juga berdosa.

Selama mana Kita Mahu Membiarkan Imej Islam Tercalar

Oleh Abu Hassan Adam
Tidak keterlaluan agaknya sekiranya aku mengatakan bahawa imej Islam agak tercalar kini dengan berlakunya beberapa tragedi di dunia yang betul-betul memberikan satu gambaran yang agak buruk kepada umat Islam keseluruhannya. Aku tidak mahu mempersoalkan betul tidaknya tindakan yang dilakukan oleh ‘pejuang-pejuang’ Islam di Paris atau di pakistan atau di Nigeria.

Yang aku persoalkan ialah ekoran daripada tindakan ‘pengganas’ (mengikut tafsiran akhbar-akhbar antarabangsa) ini telah memberikan satu gambaran yang cukup buruk kepada umat Islam yang tidak berdosa. Seolah-olah apabila disebut saja perkataan ‘pengganas’ maka akan dihubungkaitkan dengan orang Islam.
Tentulah tidak adil tetapi yang sering melakukan keganasan di kebanyakan tempat kini adalah golongan yang menamakan diri mereka golongan Islam.
Salahkah agaknya sekiranya aku mempersoalkan tentang pembunuhan beramai-ramai di Nigeria ( lebih kurang 2000 penganut Islam) yang terdiri wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa telah dibunuh dengan kejam oleh kumpulan yang menamakan kumpulan mereka sebagai Boko Haram.
Kononnya Boko Haram merupakan kumpulan ahli Sunnah yang diasaskan pada tahun 2009 yang terpengaruh dengan gerakan Wahabi yang berjuang untuk menubuhkan sebuah negara Islam di Nigeria disamping bertindak untuk membenteras secara kekerasan segala usaha memodernkan (membaratkan) masyarakat Nigeria oleh pihak pemerintah Nigeria. Disamping itu mereka juga menentang tindakan pihak pemerintah dan kroni –kroni mereka yang membolot kekayaan negara berkenaan. Dikatakan,’ Nigeria is Africa's biggest economy, but 60% of its population of 173 million (2013) live on less than $1 a day.[33][34][35] The sharia law imposed by local authorities, beginning with Zamfara in January 2000 and covering 12 northern states by late 2002, may have promoted links between Boko Haram and political leaders, but was considered by the group to have been corrupted.(Wikipedia)

Zaman berdialog, bukan bersengketa

Oleh A Shukur Harun
Di tengah-tengah pelbagai krisis yang menimpa negara ini, termasuk krisis kepimpinan parti politik yang memerintah, bahkan kepimpinan dalam parti pembangkang sendiri, saya terkesan dengan satu ucapan menarik daripada Dalai Lama, pemimpin negara Tibet yang popular.
Beliau menyampaikan ucapan di depan ratusan penulis dan intelektual seluruh dunia yang menghadiri Festival Penulis Terbesar di Asia pada Februari 2013 di kota Jaipur,  India.
Ucapannya yang berjudul ‘Kebebasan penulis dalam menegakkan keadilan’ mengatakan abad ke-21 ini sepatutnya abad dialog dan penghujahan terbuka antara pelbagai pihak, termasuk antara penulis, pengamal media, pemimpin politik, termasuk pemimpin politik yang memerintah.
Juga, kata Dalai Lama, sepatutnya wujud kesegaran berdialog antara pemimpin politik yang memerintah dengan pemimpin masyarakat dan kalangan intelektual, khususnya penulis. Tetapi, katanya hal ini tidak berlaku, malah digantikan dengan ancaman tangkapan dan pemenjaraan, deraan, kecaman, pemboikotan dan seumpamanya.
Jadi menurut beliau, abad ke-21 menjadi abad yang malang, tidak harmonis, malah mencetuskan hingga pertempuran fizikal antara negara, malah pertarungan tajam antara pelbagai pihak dalam negara sendiri.
“Inilah peranan penulis untuk membantu wujudnya kesuburan dialog dan perundingan di kalangan pelbagai pihak, bukan bertarung fizikal hingga menumpahkan darah,” katanya dengan tegas.
Saya terkesan dengan ucapannya ini, kerana ia menggambarkan kekecewaan seorang pemimpin dunia yang selama ini berjuang secara damai untuk mendapatkan kebebasan dan keadilan serta hak bernegara.
Memanglah zaman ini sepatutnya zaman berdialog, menyelesaikan masalah secara perundingan, tetapi ini tidak berlaku kerana ego masing-masing pihak, lebih-lebih lagi apabila berkuasa.
Dalai Lama berucap kepada kalangan penulis dan intelektual yang diharapkannya boleh menyampaikan mesej ini kepada dunia yang dilihatnya kini ditandai dengan pelbagai pertarungan.
Malangnya, pada pendapat saya, penulis dan kalangan intelektual sendiri berdepan dengan masalah ini di mana-mana pun, termasuk di negara ini sendiri.
Tekanan dan hambatan terhadap penulis dan wartawan serta golongan intelektual yang mahukan berdialog dan rundingan dalam menyelesaikan masalah serta perbezaan pendapat sering menghadapi jalan buntu, malah dibalas dengan pelbagai tindakan.
Malah pihak tertentu, bukan sahaja enggan berdialog dan menerima pandangan berbeza, tetapi dibalas dengan kecaman dan tindakan.

Loji nuklear RM21.3 bilion lawan kecekapan tenaga RM1 bilion?

Oleh Hafizudin Nasarudin
Ketika artikel ini sedang ditulis, diharapkan rakyat Malaysia sudah tahu mengenai rancangan kerajaan untuk membina 2 unit loji nuklear yang masing-masing berkapasiti 1,000 Megawatt setiap satu. Dijangka penjanaan yang pertama akan bermula menjelang tahun 2021 dan 2022 bagi loji berikutnya. Bagi mencapai ini, kedua-dua loji Nuklear akan mula dibina tahun hadapan!
Menurut Forum anjuran Anak Malaysia Anti Nuklear (AMAN) di Kuala Lumpur baru-baru ini, pelan tenaga EPP-11 (Program Transformasi Ekonomi) melaporkan kos bagi 2 loji ini bernilai RM21.3 billion. 7 potensi lokasi di semenanjung Malaysia dikenal pasti untuk pembinaanya.
Menerusi maklumat daripada pembentangan Agensi Nuklear Malaysia dan Malaysian Nuclear Power Corporation (MNPC) di peringkat antarabangsa dan seminar tempatan, pada tahun ini dijangka projek ini sudah melepasi fasa tiada keputusan berpatah balik (point of no return) dan akan memulakan projek pembinaannya. Secara ringkasnya, hujah yang pro-Nuklear adalah tenaga nuklear merupakan sumber tenaga paling sesuai bagi Malaysia demi jaminan bekalan tenaga yang berterusan. Ini kerana sumber tenaga konvensional pada masa depan semakin tidak menentu ekoran bekalan gas, arang dan minyak yang berkurangan, ditambah dengan faktor pencemaran alam sekitar (kerajaan menandatangani perjanjian Kyoto Protocol bagi mengurangkan pelepasan karbon ke udara).
Soalnya, benarkah tiada pilihan lain?
Pasti semua masih ingat bencana Chernobyl, Three Miles Island dan baru-baru ini di *****ushima, jaminan keselamatan loji nuklear adalah amat meragukan. Ia hanya indah dari segi teori di atas kertas perancangan, namun dari segi perlaksanaannya ia tidak sebagaimana yang dihebahkan, bahkan sehingga kini masih tiada maklumat menyeluruh tentang pelan keselamatan daripada impak keseluruhan kitar hayat nuklear serta tiada lagi solusi bagi pelupusan sisa radioaktif yang mempunyai kadar radiasi kekal sehingga berpuluh ribu tahun. Menurut laporan BBC Future, tapak evakuasi Chernobyl yang berkeluasan 30 kilometer (radius) hanya akan selamat untuk didiami menjelang 20,000 tahun. Sisa radioaktif plutonium (spent nuclear fuel) daripada produk nuklear juga akan hanya selamat menjelang 500,000 tahun lagi. Maka tanpa ada bencana atau kemusnahan pada loji Nuklear pun, kesihatan kita akan terkesan secara kekal!
Nuklear pilihan terakhir?
Menerusi maklumat daripada bekas pegawai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) yang bertanggungjawab dalam menyediakan program tenaga di dalam laporan EPP-9 Program Transformasi Ekonomi, terdapat 3 langkah piramid tenaga yang perlu dilaksanakan kerajaan sebelum terus memilih nuklear. Langkah terbabit jauh lebih murah, efiksyen dan lebih bersih berbanding nuklear.

1MDB: Nafi kritikan rakyat, bukti CEO bongkak

Sekiranya Arulkanda telus dalam menerajui 1MDB, beliau seharusnya memberi penjelasan mengenai RM4 bilion.
arul kandasamy2PETALING JAYA: Bongkak, itulah anggapan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli terhadap tindakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang baru, Arulkanda Kandasamy.
Rafizi berkata demikian berikutan kenyataan Arulkanda kononnya pengkritik 1MDB hanya pandai membuat spekulasi tanpa fakta yang benar.
Katanya, kenyataan Arulkanda juga hanya untuk mengetepikan kebimbangan rakyat termasuk pemimpin dan penyokong Barisan Nasional yang secara terang-terangan melihat berlakunya ketirisan di dalam 1MDB.
“Memandangkan beliau yakin dengan pelaburan 1MDB, saya mendesak CEO 1MDB supaya mendedahkan semua maklumat dan fakta mengenai pinjaman RM4 bilion yang di ambil anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) pada 2011,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Rafizi mendakwa, RM4 bilion yang dipinjam daripada KWAP untuk melabur di Mongolia tidak pernah wujud selepas pihaknya membuat siasatan dan perkara tersebut menimbulkan persoalan ke manakah wang RM4 bilion itu dibelanjakan.
“Kerajaan pada awalnya mengunakan wang tersebut untuk membeli syarikat perlombongan dari Mongolia bernama Gobi Coal & Energy untuk melabur di Mongolia seperti yang dilaporkan akhbar The Business Times,” jelasnya.

TUDM lupa khidmat cemerlang Zaidi selama 26 tahun

SHAH ALAM, 13 JAN: PAS  mempertikaikan hukuman pemecatan kerja ke atas Mejar Zaidi Ahmad yang disifatkan begitu berat berbanding rekod cemerlang perkhidmatan 26 tahunnya bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
“Begitu berat sekali hukuman yang dikenakan kepada Mejar Zaidi yang begitu cemerlang berkhidmat dalam perkhidmatan TUDM sehingga dibuang kerja.
“Padahal beliau pernah dianugerahi beberapa pingat cemerlang atas perkhidmatannya,” kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar yang dipetik Malaysia Kini.
Mahkamah tentera semalam menjatuhkan hukuman buang kerja terhadap Zaidi selepas didapati bersalah melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera dengan memberi kenyataan media berhubung isu dakwat kekal dalam pilihan raya tanpa kebenaran.
Yang Dipertua Mahkamah Kolknel, Saadon Hasnan berkata, hukuman terhadap Zaidi itu sudah mengambil kira rekod cemerlangnya yang tiada masalah disiplin selama berkhidmat.
Saadon berkata, rekod cemerlang dan bersih pesalah dan faktor kesalahan pertama diambil kira dalam mitigasi hukuman itu.
Hukuman yang lebih berat bagi kesalahan itu adalah penjara dua tahun atau dibuang kerja dengan keji.
Dalam kenyataannya hari ini, Mahfuz juga menggesa pihak berkuasa tentera menyemak kembali keputusan terhadap Zaidi.
Menurut Mahfuz lagi, tindakan itu tidak selaras dengan hak asasi manusia yang dijamin dalam Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Nurul Izzah gesa SPR tunda persempadanan semula

Nurul-Izzah1KUALA LUMPUR 13 JANUARI- Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunda serta-merta proses persempadanan semula sehingga kelemahan-kelemahan yang dibangkitkan diselesaikan.
Menurutnya, tindakan SPR mengubah Daerah Mengundi daripada satu kawasan parlimen ke satu parlimen yang lain bercanggah dengan Seksyen 7, Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19), di bawah Prinsip-prinsip Membelah Bagi.
Katanya, walaupun sempadan kawasan Parlimen tidak diubah dalam persempadanan semula Sarawak kali ini, terdapat kes-kes di mana sesetengah daerah mengundi dipindahkan daripada sebuah kawasan Parlimen, kepada sebuah kawasan Parlimen yang lain.
Beliau memberi contoh Daerah mengundi RPR Batu Kawah yang berada di bawah DUN N11 Batu Lintang dan P195 Bandar Kuching pada 2005, dipindahkan ke N14 Batu Kawah dan Parlimen P196 Stampin pada 2015.
“Contoh yang sama berlaku di Daerah mengundi Sungai Apin, Tanjung Beluku dan Slangking yang dipindah daripada N22 Sebuyau kepada N25 Simunjan dan Parlimen P201 Batang Lupar ke P200 Batang Sadong.
“Manakala Daerah Mengundi Selalang dipindah daripada DUN N35 Belawai kepada N40 Kabung dan P206 Tanjung Manis kepada P205 Saratok,” katanya dalam kenyataan media.

Marina Mahathir dilarang masuk universiti

Aktivis Datuk Marina Mahathir tidak dibenarkan memasuki sebuah universiti awam selepas diundang bercakap dalam sebuah program anjuran mahasiswa.

Menurut Marina, perkara itu dimaklumkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti itu kepada penganjur acara.

“Ia menjadikan 'pengharaman' kelima saya daripada universiti awam.

"Mesti saya sungguh berkuasa,” sindirnya dalam tulisan di Facebook hari ini.

Beliau juga berkata, beliau bagaimanapun dijadual akan bercakap di sebuah kolej swasta esok dan mengundang mahasiswa universiti awam itu turut serta.

Marina juga berkata undangan terhadapnya tidak pernah dibatalkan ketika ayahnya Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri sebelum ini.

Melayu tidak menzalimi tetapi dizalimi

Simpati dengan 25 tokoh Melayu sederhana, mereka tokoh hebat tetapi tidak dapat beri perspektif rasional dan adil
economy-melayuSHAH ALAM: Orang Melayu sebenarnya kaum yang dizalimi oleh kaum lain kerana Melayu bukan bangsa yang lebih dominan di negara ini.
Bekas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah berkata demikian ketika mengulas pandangan 25 tokoh Melayu sederhana yang menyebut seolah-olah orang Melayu zalim terhadap bangsa lain.
Menurutnya, kumpulan itu dilihat celaru dalam membuat kenyataan.
“Periksa siapa sebenarnya yang dizalimi. Jika zalim, sekarang di Malaysia siapa lagi dominan? Melayu berada di bawah. (Siapa) yang kaya di Kuala Lumpur, Ipoh dan negeri lain, yang milik bangunan besar, Melayu atau bangsa lain?
“Apa yang kita zalimi? Jika kita zalim, mereka (orang bukan Melayu) tidak kaya-raya seperti hari ini. Mereka kini hebat dari segi kekayaan, pelajaran dan pendidikan serta ekonomi,” katanya kepada Sinar Harian, Isnin.

PKR akan dedah perjanjian naikkan harga barang

Selepas mengasak kerajaan berhubung penentuan harga petrol, PKR akan beralih pula kepada isu harga barang dan perkhidmatan.

Ini termasuk mendedahkan pelbagai perjanjian dan struktur kos yang menyebabkan kenaikan harga, tekanan kepada monopoli perniagaan selain mendesak kerajaan menggunakan kuasa untuk menurunkan harga barang.

Kempen bersepadu itu akan diketuai oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, Pengerusi Biro Kepenggunaan Manivanan Govindasamy
dan Pengerusi Biro Perdagangan dan Industri Wong Chen.

Perkara itu diumumkan mereka, yang juga anggota parlimen bagi kawasan Pandan, Kapar dan Kelana Jaya, dalam kenyataan bersama hari ini.

“PKR berpendapat bahawa tindakan kerajaan persekutuan sekarang adalah tidak memadai dan melepaskan tanggungjawab dengan menyalahkan peniaga-peniaga yang kononnya tidak mahu menurunkan harga barang,” kata mereka.

Pembunuhan Altantuya kekal misteri – N Surendran

Motif dan sebab pembunuhan Altantuya Shaaribu masih tidak diselesaikan dan masih tidak diketahui.
PETALING JAYA: Walaupun Mahkamah Persekutuan memutuskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar bersalah membunuh warga Mongolia, Naib Presiden PKR, N Surendran mempertikaian motif pembunuhannya.
Dakwanya, walaupun keputusan sudah dibuat oleh panel lima hakim, motif pembunuhan Altantuya masih kekal misteri.
“Jangan hilangkan misteri itu. Di sebalik keputusan itu (hukuman gantung sampai mati), misteri motif dan sebab pembunuhan Altantuya Shaaribu masih tidak diselesaikan dan masih tidak diketahui,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Pusat Komas, Petaling Jaya.
Sembilan tahun lalu, Altantuya telah diletupkan di tengah-tengah hutan, dan jejaknya telah membawa kepada beberapa personaliti berpengaruh, iaitu penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Bagaimanapun Najib telah bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak mempunyai kaitan dengan perkara (pembunuhan) tersebut.

Pinjaman RM4b: PKR beri kata-dua kepada CEO 1MDB

Negeri-negeri Pakatan sedia terima khidmat Mejar Zaidi

Kes Altantuya: Mahkamah mungkin terkhilaf, kata peguam


PAS: Buka semula perbicaraan kes bunuh Altantuya

Rafizi: Harga barangan naik bukan kerana peniaga Cina

PAS: Jika untung, kena tebus dana 1MDB di Cayman?

Monopoli permit pekerja asing: PKR mahu ke S'jaya Persaingan

Kes Mejar Zaidi: MP desak k'jaan betulkan keadaan


Bunuh Altantuya: Bagaimana Sirul boleh lepas ke luar negara?

KUALA LUMPUR 13 JANUARI- Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua mempersoalkan kehilangan tertuduh kedua kes pembunuhan berprofil tinggi Altantuya Shaariibuu, Sirul Azhar Umar apabila tidak hadir ke Mahkamah Persekutuan hari ini untuk mendengar keputusan rayuan kes itu.
Tian berkata, ia menunjukkan tidak ada pemantauan ketat dilakukan terhadap tertuduh oleh pihak berkuasa selepas dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 2013.
“Semasa mereka membuat rayuan terhadap sabitan kesalahan itu, tidak ada penguatkuasaan supaya mereka dipantau. Sepatutnya mereka perlu dipantau kerana kes ini belum lagi selesai,” katanya ketika dihubungi.
Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.
Namun Sirul tidak muncul ke mahkamah dalam pendengaran keputusan rayuan kes itu di.
Pada  April 2009, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam kerana membunuh Altantuya namun kedua-dua orang tertuduh telah membuat rayuan sabitan kesalahan ke atas mereka.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mendapati berlaku beberapa penyalaharahan (misdirection) oleh hakim Mohd Zaki Yasin dan mengarahkan kedua-duanya dibebaskan dari penjara pada bulan Ogos 2013.
Selain itu, menurut satu sumber yang dipetik Bernama, Sirul kini berada di Australia sejak dua bulan lalu dan tidak dapat pulang untuk hadir ke mahkamah kerana tidak mempunyai wang yang cukup.
Tian mempersoalkan bagaimana orang yang dituduh membunuh boleh keluar negara dan meminta supaya pihak berkuasa mengambil tindakan segera untuk menangkap dan membawa beliau pulang ke Malaysia.

Tertuduh kes Altantuya ‘hilang’ sejak 6 bulan lalu?

azilah sirulKUALA LUMPUR 13 JANUARI- Tertuduh dalam kes pembunuhan kejam Altantuya Shariibuu tidak muncul di mahkamah dalam pendengaran keputusan rayuan kes itu di Mahkamah Persekutuan pagi ini.
Malaysiakini melaporkan, peguam Kamarul Hisham Kamaruddin mengaku terputus hubungan dengan Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah membunuh wanita Mongolia berkenaan.
Kamarul dilapor berkata, beliau tidak tahu menahu di mana kedudukan anak guamnya dan menyatakan beliau terputus hubungan dengan Sirul sejak pendengaran kes tersebut di Mahkamah Persekutuan pada 23 Jun hingga 25 Jun 2014.
“Kali terakhir saya dihubungi anak guam saya, mungkin seminggu selepas pendengaran di Mahkamah Persekutuan (dari 23 Jun hingga 25 Jun, 2014), selepas itu (saya tidak dapat) menghubungi (Sirul),” katanya.
“Saya tidak tahu langsung di mana dia berada.
“Berdasarkan perhubungan terakhir dengannya, saya langsung tiada asas untuk mengatakan bahawa beliau berkelakuan aneh. Saya ada sebab untuk percaya bahawa beliau akan hadir untuk (keputusan) hari ini,” katanya dipetik berkata.

Najib tiada pilihan, perlu arah Zahid letak jawatan

KUALA LUMPUR 13 JANUARI- Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri tidak mempunyai pilihan selain mengarahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan.
Katanya, Zahid perlu berbuat demikian sehingga selesai siasatan mengenai surat yang dihantar kepada Federal Bureau of Investigations (FBI) untuk melepaskan raja judi, Paul Phua yang turut dikaitkan dengan kongsi gelap 14K Triad.
“Najib Razak perlu mengarahkan supaya Zahid Hamidi meletakkan jawatan sehingga siasatan kes tersebut  diselesaikan.
“Saya turut menggesa pihak PDRM membuat siasatan yang menyeluruh terutamanya jika ada salah laku daripada segi proses dan prosedur dalam hal ini,” kata Fahmi pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.
Pada 8 Januari lalu, Fahmi yang juga Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN menghantar surat kepada Zahid untuk meminta beliau memberikan penjelasan berkenaan tujuh isu yang berkait dengan ‘surat sokongan rahsia’ itu.
Kata Fahmi, sehingga saat ini Zahid Hamidi terus memilih untuk tidak menjawab atau memberikan penjelasan.

Kontrak kepada MyEG, 3 hari untuk Zahid jawab sebelum ke SPRM

IMG_0580Pada 7 Januari 2015, saya bersama Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menuntut penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas isu penganugerahan kontrak pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sejumlah RM87.4 juta kepada syarikat swasta MyEG secara monopoli, Ahmad Zahid masih membisu sehingga hari ini.
Sementara menunggu penjelasan daripada pihak kementerian, saya sekali lagi terkilan dengan penjelasan syarikat swasta MyEG bahawa mereka juga diberikan tugas untuk membezakan pendatang asing yang sah dan pendatang asing tanpa izin (Pati).
Mengikut penjelasan syarikat MyEG kepada Bursa Malaysia, tugas mereka termasuk untuk menggubal, mengenal pasti, menyelenggara, mengemaskini serta menganalisa pengkalan maklumat pekerja-pekerja asing di Malaysia.[1]
Saya amat terkejut dengan pendedahan ini kerana ianya membuktikan bahawa terdapat ketirisan yang teruk di bawah Jabatan Imigresen Malaysia sebelum ini, sehingga Pati bukan sahaja dapat menetap dan bekerja di Malaysia, mereka atau majikan juga dapat memperbaharui PLKS mereka sebelum ini!
Saya tidak faham mengapakah perkara ini boleh dibiarkan berleluasa bertahun-tahun, dan tiada sebarang tindakan ataupun langkah diambil. Kelonggaran dan ketirisan ini juga memberi gambaran seolah-olah terdapat unsur korupsi dan penyelewengan oleh mereka yang berkuasa.
Yang lebih menyedihkan adalah percubaan menteri dan kerajaan Umno BN menolak tanggungjawab ini kepada syarikat swasta secara monopoli sehingga mereka bakal mengaut keuntungan sebanyak RM87.4 juta daripada rakyat.

Mejar Zaidi Dipecat: PAS, Pakatan cari jalan penyelesaian terbaik

KUALA LUMPUR: PAS akan membawa isu Mejar Zaidi Ahmad‎ ke peringkat Majlis Presiden Pakatan Rakyat bagi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk beliau setelah diputuskan bersalah oleh Mahkamah Tentera.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata perkara itu akan dibincangkan agar Zaidi boleh ditempatkan di mana-mana jabatan di bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.‎

Katanya lagi, ‎PAS juga menyokong Zaidi dan menggesa supaya pihak berkuasa‎ tentera menyemak kembali keputusan mahkamah yang memecat beliau daripada perkhidmatan atas alasan telah memberi kenyataan akhbar tanpa kebenaran.

"Kesalahan Zaidi hanya kerana beliau menyatakan kebenaran bahawa dakwat yang digunakan dalam proses pilihan raya yang sepatutnya kekal itu tidak kekal.

"Keberanian beliau itu sepatutnya dipuji kerana beliau berani tampil ke hadapan bagi menegakkan kebenaran sedangkan yang bersalah adalah pembekal dakwat yang tidak kekal itu," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Katanya lagi, Mahkamah Tentera‎ sewajarnya menimbangkan bahawa apa yang dikatakan kesalahan iaitu memberi kenyataan akhbar tanpa kebenaran itu adalah bercanggah dengan prinsip kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan.

"Apatah lagi, Zaidi sendiri telah menimbulkan isu 'bias' anggota Mahkamah Tentera yang telah menghukum beliau melalui komennya di laman sosial facebook.

Ayah Altantuya: Kenapa anak saya dibunuh?

"Kenapa anak saya dibunuh?"

Inilah apa yang masih cuba difahami oleh Setev Shaariibuu selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas dua anggota polis kerana membunuh anak perempuannya, Altantuya.

Bagaimanapun, Setev berkata isteri dan dua anak lelaki Altantuya gembira mengetahui bahawa pesalah, Azilah Hadri dan Sirul Azhar, akan digantung bagi jenayah yang mereka lakukan.

Katanya, ini bermakna kes itu akhirnya telah selesai dan beliau boleh meneruskan samannya terhadap kerajaan  Malaysia, dan dua pegawai yang didakwanya bertanggungjawab atas kematian anak perempuannya itu.

Bercakap kepada Malaysiakini, ketika  dihubungi melalui peguamnya di Ulanbataar, Setev bagaimanapun, terus mempersoalkan motif di sebalik pembunuhan Altantuya yang diletupkan dengan bahan letupan di sebuah kawasan lapang hutan di Puncak Alam, Shah Alam, pada 19 Oktober 2006.

"Sehingga hari ini, saya tidak tahu kenapa dia dibunuh," katanya, merujuk kepada mahkamah yang tidak menjelaskan tentang motif pembunuhan itu.

Sementara itu, Setev juga menyuarakan kebimbangan bahawa tertuduh kedua Sirul hilang.

"Saya berharap polis dapat mencari segera, barulah keadilan ditegakkan untuk anak perempuan saya," katanya.

Setev juga percaya hubungan antara Malaysia dan Mongolia, yang didakwanya tegang ekoran perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, akan bertambah baik dengan keputusan terbaru itu.

1MDB: Mana wang RM4 bilion dari Kumpulan Wang Amanah Pencen? - Rafizi

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arulkanda Kandasamy diminta mendedahkan semua maklumat dan fakta tentang pinjaman RM4 bilion yang dibuat dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dalam tahun 2011.

Dalam satu sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata pinjaman itu dibuat oleh anak syarikat 1MDB iaitu SRC International Sdn Bhd.

"Pinjaman RM4 bilion dari KWAP yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan pada awalnya bertujuan untuk membeli syarikat perlombongan dari Mongolia bernama Gobi Coal & Energy untuk melabur di Mongolia seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Business Times.

"Pelaburan itu dilaporkan tidak berlaku dan sehingga sekarang tidak diketahui tujuan apakah RM4 bilion itu dibelanjakan," kata Rafizi.

Beliau juga memberi tempoh satu minggu untuk Arulkanda atau pihak kerajaan untuk menjawab.

"Kalau tidak saya akan mengatur supaya wakil-wakil pesara yang pencen mereka dicarum di dalam KWAP mengambil tindakan mahkamah terhadap 1MDB, KWAP dan Menteri Kewangan," tambah Rafizi.

Beliau turut berkata bahawa isu 1MDB bukan sahaja dibangkitkan oleh pihak pembangkang namun menjadi "kebimbangan rakyat" dan juga "beberapa pihak dari Barisan Nasional".

"Oleh kerana kurangnya maklumat mengenai pelaburan 1MDB itulah maka ahli-ahli parlimen tidak ada pilihan lain kecuali membuat siasatan sendiri dan menanyakan soalan-soalan berkaitan di Parlimen dan media," jelas Rafizi.

Rafizi berkata rakyat masih menunggu penurunan harga barang dan perkhidmatan susulan kejatuhan harga minyak mentah dunia yang mendadak. Kerajaan seharusnya memainkan peranan yang lebih penting dalam menurunkan harga barang dan tidak seharusnya menyalahkan para peniaga.

"PKR berpendapat bahawa tindakan kerajaan sekarang adalah tidak memadai dan melepaskan tanggungjawab dengan menyalahkan peniaga-peniaga yang kononnya tidak mahu menurunkan harga barang," kata Rafizi dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR, di sini hari ini.

Paku dulang paku serpih..!!!


Mahkamah Persekutuan tolak saman RM800 juta syarikat balak terhadap Kelantan

 Bekas Exco Kelantan Datuk Husam Musa dahulunya dilantik kerajaan Kelantan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas mencari jalan menangani ancaman saman daripada syarikat pembakalan itu selepas kalah di Mahkamah Tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Januari, 2015.

Ketika Kelantan bersedih selepas dilanda banjir terbesar dalam sejarahnya, kerajaan negeri pimpinan PAS itu mendapat berita gembira apabila Mahkamah Persekutuan menolak rayuan sebuah syarikat pembalakan Timber Mine untuk menyaman mereka sebanyak RM800 juta.
Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini dalam kes tersebut.
 Keputusan itu dibuat Mahkamah Persekutuan hari ini dan dimaklumkan oleh Peguam Datuk Sulaiman Abdullah kepada bekas Exco Kelantan Datuk Husam Musa.
"Dalam perjalanan, Peguam Datuk Sulaiman Abdullah tidak semena-mena menelefon saya. Berita gembira katanya," tulis Husam pagi ini. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu, dengan keputusan ini, kerajaan Kelantan dapat menjimatkan wang negeri sebanyak RM800 juta.
"Kerajaan Kelantan terlepas bahana itu," kata Husam yang sebelum ini dilantik kerajaan Kelantan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas mencari jalan menangani ancaman saman daripada syarikat pembalakan itu selepas kalah di Mahkamah Tinggi.
Berkat doa dan buah fikiran orang itu dan ini, kes yang dulunya agak sukar untuk dimenangi, kini sampai ke penghujungnya, tulis Husam yang kini sibuk membantu rakyat Kelantan selepas banjir besar baru-baru ini.

Sungguh aneh kabinet Najib tidak tahu isu Paul Phua

KUALA LUMPUR: PAS mempersoal kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak mengetahui langsung tentang surat yang ditulis Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dalam kes warganegara Malaysia Paul Phua.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, adalah suatu yang aneh apabila isu‎ ini menjadi perhatian umum sehingga ke peringkat antarabangsa tetapi tidak diketahui oleh kabinet.

"Sungguh pelik dan malang bila kabinet tidak mengetahui serta tidak bincang hal membabitkan isu Paul Phua‎ walaupun maklumat itu tersebar termasuk Putrajaya mengarahkan surat tersebut ditarik balik.

"‎Timbul persoalan besar adakah tindakan berani Menteri Dalam Negeri itu masih berada di dalam ruang lingkup kuasanya sehingga mengatasi Wisma Putra, Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Peguam Negara," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Hadir sama ialah Penolong Setiausaha Agung PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa Ahmad Zahid tampil memberi penjelasan tentang surat yang ditulis kepada FBI sebelum ini.

"Beliau belum lagi menjelaskan tentang surat yang dihantar kepada FBI, kita ini tahu apa tujuan dan kepentingan berhubung surat tersebut.

"Teka-teki ini sungguh membingungkan masyarakat umum yang risau akan integriti dan ketelusan pemimpin kerajaan kerna perbuatan tersebut boleh diibaratkan seperti bersekongkol dalam melindungi penjenayah besar yang berkepentingan," katanya lagi.

Altantuya: Inikah penghujungnya?

Dia dibunuh kejam pada 2006.

Kini, selepas hampir sedekad, dua bekas anggota polis dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan, sekali gus menjadikan kes pembunuhan berprofil tinggi melibatkan Altantuya Shaariibuu sampai ke penghujungnya.

Tetapi adakah kes melibatkan warganegara Mongolia itu benar-benar berakhir?

Daripada kes di Mahkamah Tingi Shah Alam yang mendapati Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar bersalah, kemudian keputusan sebaliknya di Mahkamah Rayuan kepada hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan, terdapat satu perkara yang sukar difahami – motifnya.

Mahkamah tidak menyatakan alasan berhubung tindakan mereka, yang bertugas dengan unit khas ketika itu, membawa Altantuya ke dalam hutan dan meletupkannya.

Sebuah lagi persoalan penting berhubung panggilan telefon yang dilapor dibuat oleh Azilah daripada tapak kejadian. Dengan siapa sebenarnya beliau bercakap?

Dan sekarang Sirul sendiri hilang dan dikatakan berada di luar negeri.

Altantuya: Keputusan mungkin silap, kata peguam

Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin percaya bahawa Mahkamah Persekutuan yang memutuskan anak guamnya Sirul Azhar Umar, bersalah dan hukuman mati yang dijatuhkan kerana membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibu, mungkin silap.

Bagaimanapun beliau tidak mengulas panjang sama ada mahkamah itu terkhilaf dalam penghakimannya.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah itu di Putrajaya, peguam itu merujuk hujah mengenai bukti yang mencadangkan bahawa Sirul yang membawa polis ke lokasi kejadian dan selipar yang ada kesan darah ditemui dalam kereta Sirul, dimiliki oleh mangsa.

"Ia muncul daripada tanggapan umum bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan mengambil kira bukti responden (Sirul dan Azilah Hadri) mengetuai polis ke lokasi kejadian di Puncak Alam, sebagai salah satu faktor yang signifikan mensabit kesalahan kepada responden," katanya.

Bagaimanapun, tambahnya, Mahkamah Rayuan sebelum ini membebaskan dua bekas pegawai polis selepas bukti yang dikemukakan oleh perdakwaraya tidak cukup untuk membuktikan kedua-dua tertuduh bersalah.

Altantuya: Sirul tak cukup wang pulang ke M'sia

Tertuduh kedua kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, Koperal Sirul Azhar Umar tidak hadir ke Mahkamah Persekutuan hari ini kerana dipercayai berada di Austalia, lapor Bernama yang memetik sumber.
  
Menurut sumber, beliau telah mengetahui tarikh penghakiman mahkamah ditetapkan hari ini namun tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk pulang ke Malaysia.
  
Beliau telah berada di luar negara kira-kira dua bulan lepas dan ketika ditanya Bernama adakah Sirul Azhar tidak pulang kerana telah menjangka keputusan yang tidak berpihak kepadanya, sumber tersebut berkata "Ia (keputusan) tidak boleh dijangka namun Sirul masih perlu berada di luar negara."
  
Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.
  
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu selepas membenarkan rayuan mereka.

Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.
    

Bajet 2015 mungkin distruktur semula...Tak Cukup Duitkah..???

Bajet 2015 mungkin distruktur semula, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
"Saya akan keluarkan kenyataan (mengenai perkara ini) minggu depan," katanya kepada pemberita selepas menerima bantuan banjir dari China di ibunegara hari ini.
  
Najib telah ditanya sama ada kerajaan akan membuat peruntukan semula bajet tahun ini berikutan beberapa kejadian besar yang tidak dijangka seperti kejatuhan harga minyak global serta banjir yang melanda pantai Timur Semenanjung Malaysia.
  
Sebelum itu, Najib menerima bantuan berkenaan daripada Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang.
  
Antara bantuan itu ialah 2,950 buah khemah, 220 set janakuasa,, 400 pam air dengan kapasiti 1.1 kilowatt, 45 gulung hos air dan 60 set perawat air dengan kapasiti 500 liter sejam.
  
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa turut hadir di majlis itu.

- Bernama