Ahad, 11 Januari 2015

Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Maksiat K-Pop !


Artis K-POP peluk gadis melayu bertudung dan peringatan yang menggetarkan jiwa


Kegilaan Remaja Terhadap K-Pop Adalah Salah Kerajaan Juga

Sepanjang hari ini media sosial dipenuhi dengan kecaman pelbagai pihak mengenai perbuatan beberapa remaja  perempuan bertudung yang bercium dan berpeluk dengan artis K-Pop Korea Selatan,  Kumpulan K1A4.

Ia berikutan tersebarnya video yang menunjukkan gadis-gadis bertudung naik ke pentas sebelum berpelukan dan ada yang dicium oleh artis tersebut, sambil mendapat sorakan penonton.

Walaupun kelihatan malu-malu tetapi gadis bertudung itu nampaknya rela dipeluk oleh artis K-Pop yang bertali leher dan memakai jaket yang melakukannya bukan sebagai acara spontan, tetapi secara sengaja.

Aksi mesra gadis-gadis bertudung itu dipercayai dirakam di sebuah pusat hiburan di ibu kota di mana artis Korea Selatan itu mengadakan pertunjukannya, malam semalam.

Aksi-aksi yang tersebar di laman sosial itu segera membangkitkan kecaman ramai terhadap perlakuan tidak sopan dan melanggar hukum agama, tambahan lagi dilakukan oleh remaja yang menutup aurat.

Mereka dianggap sebagai remaja murahan, membelakangkan adat budaya Melayu serta mencemarkan kesucian Islam.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut terpanggil memberi reaksi dengan menulis di twitternya, "Banyak dikatakan tentang K-Pop. Harap gadis-gadis Malaysia kembali kepada lelaki tinggi, gelap dan hensem. Bukan putih pucat, kurus dan cantik. Itu bukan lelaki sejati."

Secara umumnya memang ramai yang marah, kecewa dan meluat dengan perlakuan gadis-gadis yang dianggap tidak sopan itu. Kegilaan dan keterujaan terhadap artis K-Pop membuatkan mereka seolah-olah lupa asal-usul, budaya sendiri serta anutan agama yang seharusnya membentengi diri mereka daripada perlakuan tidak sopan, memalukan diri sendiri serta keluarga.

QZ8501: Kotak hitam pesawat ditemui - KEMENHUB

QZ8501: Kotak hitam pesawat ditemui - KEMENHUB
JAKARTA: Anggota kumpulan penyelam Indonesia pada Ahad berjaya menemui kotak hitam pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas pada 28 Disember lalu bersama 162 penumpang, kata Kementerian Perhubungan Indonesia (KEMENHUB).

Namun begitu pasukan itu gagal mengeluarkan kotak hitam ekoran terhimpit di bawah serpihan pesawat.

“Pasukan penyelam di kapal Jadayat berjaya menemui peralatan penting, kotak hitam pesawat QZ8501,” kata Tonny Budiono, seorang pegawai kanan kementerian itu di Jakarta.

Keperluan kenyataan Akta Hasutan, kenyataan separuh masak - SAMM

940_4
Che'GuBard berkata, insiden yang berlaku ke atas kakitangan majalah satira, Charlie Hebro itu adalah satu bukti kegagalan unit risikan badan penguatkuasa undang-undang.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitter semalam yang mengatakan keperluan terhadap Akta Hasutan disebabkan daripada insiden Charlie Hebdo itu disifatkan sebagai separuh masak.
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, dalam menghadapi ancaman keganasan pelampau agama dan rasis bukanlah sekadar hanya memerlukan Akta Undang-Undang semata-mata tetapi juga tindakan tidak selektif Polis Diraja Malaysia dan Pejabat Peguam Negara juga amat diperlukan.
Menurutnya, tanpa tindakan neutral daripada dua agensi ini, penguatkuasaan undang-undang dan membanteras perkara ini tidak juga akan berlaku dengan tuntas.
“Kita telah melihat bagaimana pejabat Peguam Negara gagal mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali yang telah mengeluarkan kenyataan yang mengancam dan mengugut agama lain,” katanya dalam kenyataan di sini.
Tambah Badrul atau juga dikenali sebagai Che’GuBard berkata dunia Barat terus-terusan memunculkan gerakan Islamophobia dengan pelbagai tekanan sama ada berbentuk kenyataan, tulisan, perundangan dan sebagainya oleh kelompok majoriti terhadap minoriti Muslim.
Jelasnya, ia akhirnya telah memunculkan satu bentuk fahaman separuh masak dalam aspek jihad dan mempertahankan Rasulullah S.A.W yang mana akhirnya telah melahirkan reaksi ganas dan melampau ini.

1MDB: Kita tunggu kenyataan Bank Negara yang tak kunjung tiba itu.

Tanggal 31 Januari akan sampai dan itulah tarikhnya 1MDB perlu membayar hutang RM2 billion kepada tiga buah bank di Malaysia. Pembayaran itu sepatutnya diselesaikan pada penghujung tahun 2013 lagi tetapi telah diberikan tempoh setahun lagi untuk membayarnya, iaityu pada penghujung tahun 2014 yang lalu. Tetapi 1MDB masih gagal untuk membayarnya dan telah dipanjangkan lagi tempoh pembayaran itu kepada 31hb Januari yang hampir tiba.

Sejak setahun yang lepas 1MDB telah pergi merata-rata memohon pinjaman untuk mengembalikan wang yang sepatutnya dibayar kepada tiga buah institusi kewangan negara tetapi telah gagal untuk mendapatkannya.  1MDB sampai kehari ini masih lagi belum dapat melunaskan hutang yang tertangguh sebanyak RM2 billion itu dan ini memaksa Bank Negara Malaysia untuk melakukan sesuatu.

Apakah bentuk tindakan BNM terhadap 1MDB itu tidak pasti lagi tetapi isu pinjaman 1MDB yang tidak berbayar ini sudah pasti menjejaskan badan-badan kewangan negara dan BNM bertanggungjawab untuk mencari penyelesaiannya. Isu ini bukannya isu yang kecil kerana ia boleh melumpuhkan sistem kewangan negara dalam situasi negara sedang menghadapi krisis ekonmi dan kepimpinan yang amat genting sekarang ini.

Kejatuhahn harga minyak mentah yang begitu teruk dan ditambah pula dengan kejatuhan nilai ringgit berbanding dengan banyak matawang antarabangsa ini tetap akan menjejaskan ekonomi negara dengan kadar yang amat mengeri dan menakutkan. Kepimpinan negara sedang menghadapi krisis dalam semua bidang dan ini merupakan keadaan yang akan memaksa rakyat dan negara terutamanya kepada pimpinan semua pihak mencari jalan penyelesaiannya secepat yang mungkin.

Yang pastinya pembaik pulihan ini tentunya memerlukan pemimpin yang memahami keadaan ekonomi dan memahami cara penyelesaiannya yang betul. Ia memerlukan seorang pemimpin yang berstature seorang ‘planner’ yang berpengalaman dan ini sahajalah caranya bagi kita boleh mencari penyelesaian dan menjadikan masalah yang kita hadapi ini menjadi sejarah.

K-POP BENAR2 MEMBUAHKAN HASIL !!!



Dipeluk cium oleh artis K-Pop: Orang-orang agama yang dilantik kerajaan tidak bersuara lantang


Penguatkuasa agama di negara ini perlu bertindak tegas terhadap individu yang didapati cuba mempersendakan Islam secara halus bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan yang boleh memusnahkan akhlak generasi muda pada masa akan datang.
Pendakwah bebas, Datuk Daud Che Ngah berkata ketidaksungguhan pihak berkuasa agama dalam menguatkuasakan undang-undang Islam di negara ini menjadi penyebab anak-anak muda khususnya yang tinggal di bandar besar mudah terjebak dengan perkara-perkara yang boleh merendahkan diri mereka sekaligus mencemar kemurnian martabat Islam.
“Kita ambil contoh apa yang telah berlaku tahun lepas apabila ada pihak cuba menganjurkan program menyentuh anjing yang turut disertai oleh orang Islam hingga menimbulkan kontroversi dalam kalangan masyarakat kita. Orang itu (penganjur) tidak dihukum sebagaimana yang sepatutnya dibuat berlandaskan undang-undang Islam.
“Ini kerana orang-orang agama seperti mufti yang dilantik tidak bersuara dengan lantang serta gagal untuk menghukum pesalah mengikut tatacara Islam. Mereka kena berfikir untuk itu,” tegasnya ketika dihubungi The Rakyat Post hari ini.

Maik sedia RM32 juta bantu mangsa banjir di Kelantan

KOTA BAHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memperuntukkan RM32 juta bagi membantu mangsa banjir di negeri ini, bulan lepas.
  
Yang Dipertuanya Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Fa-Iz Petra ibni Sultan Ismail Petra bertitah peruntukan daripada wang zakat MAIK itu telah diperkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
  
Bantuan yang disediakan termasuk bantuan 'one-off' sebanyak RM10 juta, membina dan membaiki rumah RM12 juta, perubatan RM2 juta, tabung bencana negeri RM2 juta, membaiki masjid RM5 juta dan perbelanjaan pelbagai RM1 juta.
  
Baginda bertitah pada pelancaran Pusat Trauma Mangsa Banjir MAIK di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di Panji, di sini hari ini.
  
Tengku Mahkota itu bertitah penyelarasan bersama agensi lain akan dilakukan supaya bantuan yang dihulur dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berkesan khususnya bagi mengelak pertindihan.  
  

'Monopoli' perbaharui permit kerja dipersoal

Anggota parlimen DAP mempersoalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri menaikkan bayaran fi untuk pembaharuan permit pekerja asing dan melalui proses atas talian bermula awal bulan ini.

Teresa Kok, wakil Seputeh, itu berkata tambahan fi itu membebankan pekerja.

Bermula 5 Januari, kata Kok, berkata mulai 5 Januari, majikan perlu membayar tambahan RM38 daripada bayaran RM125 yang dibayar untuk memperbaharui permit secara atas talian, melalui My EG Services Bhd (MyEG).

Manakala pihak yang gagal mendapat jaminan insurans untuk pekerja asing daripada MyEG harus membayar tambahan RM58 untuk satu permohonan.

“Adakah ini langkah yang adil dan wajar untuk majikan dan syarikat insurans lain? Kenapa ada monopoli MyEG sebegini?” soal Kok (atas).

Bernama bagaimanapun kelmarin melaporkan, objektif utama sistem baharu dalam talian untuk Pembaharuan Permit Pekerja Asing PL (KS) melalui MyEG bertujuan membezakan pekerja asing sah dan tidak sah serta pihak yang menggunakan perkhidmatan pekerja asing yang menyalahi undang-undang.

MyEG dalam makluman kepada Bursa Malaysia, berkata sistem yang dimulakan pada 5 Januari itu menyediakan cara lebih mudah dan berkesan bagi membuat urus niaga.

Henti label Islam ekstrem dan sederhana di negara ini - Mapim

Henti label Islam ekstrem dan sederhana di negara ini - Mapim
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mahu perbuatan melabelkan Islam ekstrem dan sederhana di negara ini dihentikan bagi mengelakkan ketegangan dan perkara tidak diingini.

Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata tindakan golongan tertentu yang cuba mewujudkan perbalahan pendapat dalam kalangan masyarakat Islam negara ini dengan cuba menonjolkan wujudnya dua kumpulan umat Islam itu hanya membawa kesan yang negatif.

Beliau mendakwa pandangan itu turut dikongsi 35 pemikir Melayu termasuk  Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Mohd Noor dalam satu diskusi yang diadakan baru-baru ini.

Perbincangan tersebut turut bersetuju tentang adanya usaha pihak tertentu cuba menonjolkan wujudnya dua kumpulan umat Islam di negara ini, dan tindakan itu perlu dihentikan terutama dalam bentuk laporan di akhbar tempatan, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya Mapim mendapati ada penulis dalam sebuah akhbar tempatan menulis artikel berbentuk berat sebelah tentang umat Islam di negara ini dengan melabelkan Malaysia sebagai negara yang tidak toleran dan meletakkan komuniti Melayu Islam sebagai ekstrem.

KERAjaan 'Wasatiyyah' SANGGUP memperuntukkan RM1.6 juta kepada artis K-pop sempena sambutan Hari Belia Kebangsaan 2012 sebagai 'PENGIKTIRAFAN' kerajaan kepada golongan belia.




Pasca Banjir: Keutamaan Kepada Mangsa Banjir Yang Kehilangan Rumah

Pasca Banjir: Kelantan Bentuk Sukarelawan Rakyat

MAPIM responds to The Star and moderate Malays

Isu Melayu: MAPIM Tuntut Akhbar Bahasa Inggeris Respons

Dr Zaharuddin: Gadis Melayu bertudung dipeluk cium artis Kpop kesedaran perlu diberi

SHAH ALAM 11 JAN: Pihak media, ulama, tokoh dan pihak berkuasa agama wajar beri liputan dengan mengutuk program K-POP dan penyebaran beberapa gambar serta video memaparkan beberapa orang gadis Melayu bertudung dicium serta dipeluk artis Kpop.
Tokoh Agama, Dr Zaharuddin Abd Rahman, berkata ia perlu dilakukan seperti kecaman program menyentuh anjing kerana dosa pelukan seperti dalam video itu dan pengaruhnya jauh lebih besar kepada masyarakat.
Difahamkan, gadis terbabit dicium dan dipeluk beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam.
“Astaghfirullahal ‘Azim, program K POP ini baru benar-benar gerakan liberal atau lebih teruk dari liberal. Jauh lebih teruk dari memeluk anjing.
“Bapa dan suami menjadi dayus dengan membiarkan anak gadis atau isterinya diperlakukan sedemikian, Gadis menjadi hilang bermaruah malah bergembira secara terbuka melakukan dosa. Biarkan diri dicabul atas nama suka dan disorak pula,” tulis Dr Zaharuddin di laman Facebooknya.
Dr Zaharuddin berkata, tudung yang sepatutnya menutup aurat tubuh daripada dilihat, nampaknya hanya sekadar hiasan dan fesyen hingga membiarkan diri disentuh dan dipeluk cium.
Katanya, video itu telah tersebar dan si pelakunya juga tahu program ini tersiar langsung di media maka siarannya di sini tiada membuka aib sedang pelakunya.

Gerakan Progresif UM tolak pekeliling pentadbiran universiti


UniversityMalayaKUALA LUMPUR, 11 JAN: Pekeliling Universiti Malaya yang melarang mahasiswa dan kakitangannya dari menyertai politik adalah berasaskan akta yang tidak lagi diguna pakai dan mengelirukan.
Setiausaha Agung Progresif UM Vince Tan berkata dalam satu kenyataannya mengatakan pekeliling itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Larangan itu bercanggah dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan persekutuan tentang hak berpersatuan dan Artikel 10(1)(a) mengenai kebebasan berpendapat dan berucap.
“Kami membantah pekeliling dikeluarkan Pendaftar Universiti Malaya Yusoff Mus (kerana) ia bukan perihal ‘politik’ tetapi lebih betul ‘penyertaan dalam demokrasi,” kata Vince.
Menurutnya pentadbiran Universiti Malaya memetik Undang-undang 20, Bahagian II, Jadual Kedua Kanun Badan-Badan (Disiplin dan Surcaj) Akta 2000 sebagai ‘ingatan mesra’ kepada mahasiswa dan kakitangan UM.
“Pihak Universiti Malaya digesa meneliti undang-undang terbaru, dan jangan guna undang-undang lapuk terhadap mahasiswa dan kakitangan,” tambah pelajar undang-undang tersebut.
Beliau turut merujuk kes UKM4 yang menjadi kepada perubahan undang-undang dan syarat larangan yang dijamin Perlembagaan Persekutuan di bawah Artikel 10.
Dalam kes di bawah Seksyen 15, Akta Universiti 1971 itu, Mahkamah Rayuan mendapati hukuman keatas UKM4 bercanggah dengan Artikel 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

1MDB - NAJIB'S MOTHER OF ALL SCANDALS: SCREW-UP OR DELIBERATE PLUNDER?

1MDB - NAJIB'S MOTHER OF ALL SCANDALS: SCREW-UP OR DELIBERATE PLUNDER?1Malaysia Development Berhad (1MDB) is a strategic development company established to drive strategic initiatives for long-term economic development for the country by forging global partnerships and promoting foreign direct investment; or so they claimed at 1MDB. It is supposed to be another sovereign fund like Khazanah and is chaired by Prime Minister cum Finance Minister Najib Tun Razak.
But after 3 CEOs, 3 Auditors and 2 Chairmen later and reeling in debts of RM42billion, 1MDB still say that there is nothing wrong even though the sovereign fund had missed its December 31, 2014, deadline for settlement of a RM2billion loan. It received an extension up to January 30, 2015, to settle the outstanding payment. The loan was first due on November 30th.
It was reported that top executives from 1MDB were given a dressing-down by Bank Negara recently, and were told in very strong terms that they will face action if the matter is not settled.
Despite the assurance of Deputy Finance Minister Ahmad that the RM4billion parked in the Cayman Islands would be returned by November last year, they have not done so until today.
So the question being posed today; are the Cayman funds tied up in “investments” of highly questionable value, which if disposed today will result in massive unbearable losses to 1MDB?
The collapse of 1MDB will threaten Malaysia’s financial system

This “delay” in the repatriation of funds is crucial as it not only raises the question of 1MDB as a going concern but also threatens the entire stability of the Malaysian financial system. The failure of 1MDB to repay just the RM2 billion loans will severely affect the financial health of 2 of the country’s largest banks.
Worse, a loan default will automatically trigger a default in the balance of RM40 billion of debt in the books of 1MDB. Such an outcome will be catastrophic to the Malaysian Government, the entire financial system and of course the ultimate bearer of the brunt, the Malaysian tax-payers.
1MDB has announced that they have already redeemed more than RM4 billion in the segregated portfolio company (SPC) registered in the Cayman Islands and in the process of redeeming the balance. Yet, it is struggling to repay the RM2billion.
At the rate1MDB is heading, this entity is going to be Malaysia’s biggest financial disaster, if it goes under, according to DAP Tony Pua.
With the new change of CEO, the government is insisting that it is "business as usual" when it has underwritten a significant part of its debts presumably using tax payer's money, while many believe that 1 MDB assets and land banks are overvalued by many folds.
Many believe that by taking the true values of the assets compared with its liabilities, 1 MDB may already be insolvent and should be liquidated. For this reason even renowned audit firms dare not sign its audited accounts.
Malaysia is in for a serious economic beating, dragging our country’s economy with it, if 1MDB is unable to mitigate its debt and go bust. RM42billion in debt is no small matter, and it could take forever to clear this debt leaving the Rakyat again to pick up the pieces.
Now that the government has washed its hands off the subsidy for petrol, and with impending GST and income tax coming in soon, oil barrel prices at and all time low, our Ringgit getting weaker by the day; it sure looks gloomy for this country. And yet we see the Prime Minister jet setting around the world on a private jet, running up nearly a half million ringgit worth of bills with a hippo in tow.
Glaring cover-ups and denials

1MDB Masalah Ananda Krishnan, bukan masalah rakyat Malaysia – Sir Wenger

Kami rasa meluat dengan sikap acuh tak acuh yang ditunjukkan pihak berkuasa terhadap firma 1MDB. Disebabkan “kebangangan” mereka-mereka  yang terlibat dalam membuat keputusan pelaburan di dalam syarikat tersebut, maka Umno dan Barisan Nasional mendapat badi kronisme dan sebagainya.
Cuba kita bandingkan perangai para pakar kewangan dalam 1MDB dibayar gaji berjuta-juta dengan pengorbanan anggota polis dan tentera. Sepertimana yang terserlah sewaktu krisis banjir baru baru ini, meskipun para perajurit kita dibayar gaji yang begitu rendah tetapi mereka begitu bersemangat membantu rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
Akan tetapi, kita melihat perangai yang cukup terkutuk dari mereka yang terlibat di dalam urusniaga 1MDB. Mereka diberi gaji yang cukup lumayan tetapi  kerana tidak mahir atau pun disebabkan faktor-faktor yang disembunyikan kepada rakyat maka kini firma tersebut dalam bahaya.

Kalau dahulu, perdana menteri bersama timbalan menteri kewangan begitu bersungguh-sungguh mempertahankan syarikat ini. Kita sudah pun mendengar hujah lapuk aset syarikat tersebut begitu banyak dan ini membuktikan syarikat tersebut sudah pun berjaya. Kita sudah jengkel mendengar cerita, berbillion-billion ringgit selamat dilaburkan di luar persisiran pantai dan pelaburan tersebut mendatangkan pulangan yang begitu hebat. Kalau begitu kenapa pengurusan syarikat tersebut memberi seribu satu dahlil kenapa pelaburan tersebut tidak dapat dicairkan. Beku sangat ke pelaburan tersebut sehingga tiada permintaan dari pelabur lain? Banggang sangatkah lembaga pengarah 1MDB sehingga membuat pelaburan ke dalam syarikat yang diketuai seorang misteri yang bernama "Lobo Lee"? 
Kalau semuanya baik baik belaka kenapa ketua pengurus begitu kerap ditukar dan kenapa penyata aliran tunai operasi syarikat tersebut menunjukkan defisit melebihi RM2.3 billion? Kalau aset tersebut begitu banyak kenapa syarikat ini tidak mampu membayar hutang RM2 billion? 

MB Selangor: SOP banjir dikemas kini, pembangunan dipantau

KUALA KRAU, 11 JAN: Hasil tinjauan pasca bencana banjir di Pantai Timur, Kerajaan Selangor mengambil pendirian supaya semua prosedur pembangunan yang diamalkan sebelum ini disemak semula bagi mengelakkan kejadian sama berlaku di Selangor.
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin berkata, pendirian ini dibuat dalam Mesyuarat Exco baru-baru ini setelah mengambilkira kesan banjir yang berlaku termasuk kerosakan harta benda dan kediaman.
“Kita telah bawa dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) baru-baru ini yang menekankan soal pembangunan yang ingin dilakukan mestilah berkualiti.
“Bukan semua pembangunan itu berkualiti. Kalau pembangunan itu tidak dirancang dengan baik akhirnya memberikan kesan ekonomi dan kemusnahan kepada rakyat,” katanya kepada Selangor Kini di Taman Sri Desa.
Jelasnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga perlu melakukan tindakan sama selain memastikan infrastruktur seperti perparitan dan jalan dalam keadaan baik.
“Saya meminta semua PBT untuk menyemak semula SOP yang digunapakai kerana hari ini dengan perubahan cuaca global, hujan yang turun lebih lebat, cuaca yang lebih panas pastinya akan memberi kesan kepada alam sekitar dan iklim di negara kita,” katanya.

1MDB: Dana Pulau Cayman sedang dibawa pulang

Syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata dakwaan bahawa pihaknya memperdaya juruaudit berhubung dananya di Pulau Cayman dibuat dengan niat jahat.

Sedangkan, kata 1MDB, sebahagian daripada dana itu sudah dibawa pulang ke negara ini.

Reaksi itu diberikan selepas anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua daripada DAP menuduh 1MDB memperdaya juruaudit untuk menandatangani akaun tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2014.

Pua mengesyaki perkara ini mungkin berlaku ekoran jaminan firma itu bahawa keseluruhan AS$2.33 bilion (RM8.30 bilion) yang disimpan di Pulau Cayman akan dibawa pulang pada 31 Disember 2014.

Dalam e-mel kepada Malaysiakini, 1MDB berkata, RM4 bilion dana itu, yang bernilai RM7.71 pada 31 Mac 2013, sudah dibawa pulang dan banyak lagi akan menyusul.

“Pengerusi Lembaga Pengarah baru-baru ini mengeluarkan kenyataannya mengesahkan bahawa bakinya akan ditebus dalam beberapa bulan akan datang.

“Proses untuk melakukannya sudah pun bermula, dan kami akan membuat pengumumannya sejurus selepas ia selesai,” katanya.

Malapetaka Diundang: Cari lelaki tinggi, berkulit gelap dan hensem...artis K-Pop bukan lelaki sejati - KJ

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyindir gadis-gadis yang meminati artis K-Pop agar mencari lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan tampan berbanding berkulit putih pucat, kurus dan 'cantik'.

Dengan mengambil rujukan video beberapa gadis negara ini yang bercumbuan di atas pentas bersama artis K-Pop dari Korea Selatan, B1A4 semasa sesi perjumpaan bersama peminat di KL Live pada Sabtu yang sedang viral di media sosial, Khairy di dalam tweetnya menyifatkan artis berkenaan bukanlah ciri lelaki sejati.


Video perjumpaan bersama peminat B1A4 yang berdurasi 3 minit 21 saat itu menunjukkan aksi beberapa gadis Melayu berpelukan dengan anggota kumpulan berkenaan.

Banyak dikatakan ttg Kpop. Harap gadis2 Msia kembali kpd lelaki tall, dark & hensem. Bukan pale, skinny & pretty. Itu bukan lelaki sejati.

Ada aksi gadis ini berpelukan malahan ada aksi mencium dahi yang turut dipaparkan di dalam video berkenaan.

Perjumpaan bersama peminat yang dianjurkan TGM Events itu menetapkan tiket dari RM199 sehingga RM799 untuk caj 'berjumpa' kumpulan berkenaan.

B1A4 merupakan sebuah kumpulan muzik dari Korea Selatan di bawah naungan syarikat WM Entertainment.

Malapetaka Diundang: MASIH INGAT KATA2 'SEMANGAT' KJ terhadap belia2 !!!


Pasca Banjir: "Adik, Tinggal Sikit Nasi Untuk Mak"


Awatif Sardi, 5, berdiri di depan rumah keluarganya yang musnah akibat banjir di Kampung Sat, Tanah Merah, Kelantan. 

KEROSAKAN dan kemusnahan akibat banjir besar yang melanda sebahagian Kelantan baru-baru ini adalah jelas. Hampir-hampir tiada kata yang dapat menggambarkan kesan yang dibawa aliran air yang naik begitu cepat.
Sudah banyak versi diceritakan mengenai suasana banjir itu. Namun apa yang pasti, keteguhan iman kebanyakan mangsa begitu mengagumkan.
Sekurang-kurangnya itu yang dirasai pegawai eksekutif Yayasan Aman di Sungai Petani, Kedah, Mohamad Azan Rejab.
Dalam misi bantuan yang disertainya, banyak kenangan unik dan menginsafkan dilalui Mohamad Azan.

Sukarelawan Yayasan Aman Kedah gigih mengagihkan bantuan untuk mangsa banjir.
“Antara yang sukar dilupakan ialah bagaimana mangsa banjir tidak berebut-rebut atau mementingkan diri sendiri ketika bantuan tiba,” katanya.
Menurutnya, di sebuah masjid, kira-kira pukul 9 pagi, petugas Yayasan Aman sedang mengagih-agihkan barang yang dibawa tetapi ada sebahagian lagi seolah-olah tidak menghiraukan sangat aktiviti itu.
Sebaliknya, kata dia, mereka khusyuk mengerjakan solat sunat atau membaca al-Quran.
“Bacaan itu kami dengar dengan jelas sebab menggunakan pembesar suara. Ramai juga, lelaki, wanita, dewasa dan kanak-kanak,” katanya.
Apa yang menarik, kata Mohamad Azan, wajah mereka tidak menampakkan rasa keluh-kesah, sebaliknya mangsa sentiasa tenang dan masih mampu tersenyum.

Nursyafiqah Ayuni (tengah), 10, menyuap nasi kepada adiknya Nursyarah Ariana (kanan), 2, di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Sri Kelewek, Tanah Merah, Kelantan. Di sebelah mereka, Mohd Shahril Aidil, 7. 
Situasi lain yang menyentuh perasaan kata Mohamad Azan adalah insiden ketika sukarelawan Yayasan Aman bersiap-siap mengisi perut dengan nasi bungkus sambil mengurangkan kepenatan selepas membantu membersihkan rumah penduduk setempat.

Malapetaka Diundang: Video gadis Melayu dipeluk artis K-Pop dikecam


Kegilaan gadis Melayu terhadap bintang k-pop dari Korea pada hari ini dilihat sangat membimbangkan.
Bukan sahaja meminati lagu, malah mereka teruja hingga ada yang sanggup merelakan diri dicabul seperti memberi keizinan tanpa mengambil kira persoalan hukum agama terhadap perlakuan mereka itu.
Ini terbukti apabila satu klip video yang berdurasi selama 3 minit 21 saat menunjukkan beberapa orang gadis Melayu bertudung lingkungan 20-an merelakan diri mereka dipeluk dan dicium di atas pentas pada satu persembahan K-Pop yang diadakan di ibu negara petang semalam.
Video tersebut telah dimuat naik di laman Facebook Sukan Star TV dan sudah ditonton lebih 327,047 kali.
Ia juga telah dikongsikan oleh pengguna laman sosial lebih 12,654 kali dan 8,080 orang menyukainya serta mendapat pelbagai komen.
Ramai daripada penggguna Facebook mengutuk sikap gadis-gadis Melayu terbabit yang disifatkan sebagai sangat memalukan.
Seorang pengguna Facebook, Musemmil Genjuro menulis: “Maaf bercakap. Tak pelik ke? Kenapa semua perempuan yang disentuh semuanya bertudung? Di situ kita nampak kebodohan dan kelemahan akidah umat akhir zaman.
Sementara itu seorang pengguna Facebok yang bukan beragam Islam menggunakan nama Mathis Mim menulis: “Walaupun saya bukan seorang yang beragama Islam, saya sendiri malu tengok benda ni.
“Apa yang dah sebenarnya terjadi dengan rakan rakan kita ini? Adakah masyarakat kita, bangsa Malaysia lebih mengagungkan budaya sekular yang dibawah pengaruh barat ini?
“Bukan sekadar memalukan agama Islam sendiri namun memalukan budaya bangsa Malaysia yang bersopan santun dan berintegriti dalam menjaga maruah diri
“Renungkanlah saudara saudara sekalian. Inikah yang dimaksudkan dengan budaya bangsa Malaysia? Saya mohon sangat pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut dan mengemukakan dasar-dasar yang dapat menghalang benda-benda seperti ini dari berlaku.
“Negara sedang bersusah, dilanda bencana, perlukah konsert sebegini? Tunggu dan lihat, tuhan itu maha mengetahui, semua akan dibalas . tunggu dan lihat kesan akibat kita menjunjung sangat budaya jahil ini,” katanya.


Malapetaka Diundang: Mengutuk Sekeras-Kerasnya Konsert Kpop Korea Memeluk Gadis Melayu

PANGLIMA MALAYSIA mengutuk sekeras2nya program konsert kpop yg telah berlangsung dikuala lumpur baru2 ini.Tindakan memeluk dan mencium gadis melayu islam yg bertudung dikhalayak ramai itu secara tidak langsung telah mencemarkan imej islam itu sendiri.
Pemahaman konteks islam dan dakwah dari pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan harus diperluaskan dan harus dimbil berat bg menangani masalah sosial yg berlaku dikalangan masyarakat islam.Kelemahan sistem peradaban islam ini menyebabkan ramai masyarakat seperti bebas melakukan sesuatu diluar batasan landasan islam.
Mereka yg terlalu taksub dengan budaya kpop hinggakan batas2 iman dan islam tidak dijaga dengan sempurna akan melemahkan ciri2 hidup sebagai seorang muslim itu sendiri.PANGLIMA MALAYSIA mohon kpd pihak berwajib seperti badan2 dan intitusi islam dinegara ini harus menitik beratkan perkara ini supaya kesucian islam dinegara ini dijaga dengan baik. PANGLIMA MALAYSIA akan menghantar satu memorandom khas kpd kementerian penerangan ,suruhanjaya komunikasi dan multimedia,jabatan agama islam, jabatan mufti dan jabatan dakwah bg memperbaiki kelemahan sistem dalam menjaga peradaban islam dimalaysia.Tugas2 dan menguatkuasakan sesuatu undang2 adalah dibawah bidang kuasa pihak kerajaan malaysia bg mengelakkan perkara ini berlaku.masyarakat harus diberi kesedaran dari masa kesemasa untuk kesedaran diri mereka yg akan datang.
Seandainya sistem ini masih lemah dan tidak dipedulikan maka kami dari Ngo PANGLIMA MALAYSIA ( Pertubuhan Angkatan Amilin Malaysia ) akan menggerakkan sesuatu protes secara aman bg menyedarkan pihak berwajib bahawa pentingnya penjagaan peradaban masyarakat islam yg harus dibendung dari semasa ke semasa.

DEMI ISLAM . DEMI RAKYAT .DEMI MASA DEPAN

Sulaiman Ibrahim (LRL)
Presiden
PANGLIMA MALAYSIA
( Pertubuhan Angkatan Amilin Malaysia )
Ketua Unit isu semasa dan politik

Malapetaka Menimpa Malaysia : Mungkinkah Ada Kesilapan Pemerintah ?

Oleh Abu Hassan Adam
Puas juga aku merenung dan mencongak tentang nasib malang yang menimpa negara ku yang tercinta ini. Lepas satu malapetaka kesuatu malapetaka lain. Kisah kapalterbang hilang dan ditembak jatuh sudah cukup untuk membuatkan kita merasa hiba sehinggakan mahu rasanya kita ‘menyalahkan’ Tuhan yang menyebabkan nasib kita jadi begini. Dan dalam keadaan yang belum reda meratapi kehilangan pesawat, datang pula banjir yang mengikut kata orang tua-tua, merupakan banjir yang terbesar yang belum pernah berlaku lagi di Pantai Timur khususnya di Kelantan. Dan dalam suasana banjir yang memilukan itu, terhempas pula lagi satu kapalterbang yang ada juga kaitannya dengan negara kita.


Rakyat merenung jauh mengenangkan nasib malang yang menimpa. Apakah para pemimpin juga turut meratapi nasib malang yang menimpa ini atau sekadar mengalirkan ‘air mata buaya’ di hadapan kamera TV.
Ditinjau dari sudut budaya dan adat mana pun dalam dunia ini sesuatu perkara yang terjadi itu tentulah berpunca dari sesuatu keadaan. Dan jikalau ditinjau dari sudut sejarah Melayu, sesuatu keadaan malapetaka akan muncul sekiranya berlaku satu tindakan zalim oleh pemerintah terhadap rakyatnya. Dan tidak pula aku mahu menuding jari mengatakan yang pemerintah di Malaysia berlaku zalim terhadap rakyatnya yang menyebabkan terjadi dan berlakunya malapetaka seburuk ini. Hanya sekadar mahu merenung apakah ada juga kesilapan yang dilakukan oleh pemerintah sehinggakan kita menghadapi dugaan seteruk ini.
Ada serangkap pantun Melayu yang amat popular.
Telur itik dari Senggora,
  Daun pandan dilangkahi
Darahnya titik di Singapura
  Badannya terlantar di Langkawi

Pasca Banjir: Biarpun 'bah kuning', murid tetap ceria ke sekolah

PASCA BANJIR
KOTA BHARU - Tanpa uniform dan peralatan sekolah, pelajar yang terlibat dengan bencana banjir baru-baru ini tetap menghadiri penggal baharu persekolahan yang bermula hari ini.
 
Walaupun perasaan mereka masih tergugat dengan bencana banjir atau "tragedi bah kuning" yang melanda hingga ramai yang hilang tempat berlindung, mereka tetap ceria melangkah ke sekolah masing-masing.
 
Tinjauan Bernama di sekitar Kampung Laut, Tumpat mendapati sebahagian besar pelajar hadir tanpa berpakaian seragam sekolah, namun raut wajah mereka nampak jelas gembira untuk kembali menduduki kelas setelah cuti sejak November tahun lepas.
 
Di Sekolah Kebangsaan Kampung Laut di sini, hampir 70 peratus daripada 640 pelajarnya hadir ke sekolah dengan memakai pakaian biasa setelah rumah mereka ditenggelami banjir buruk itu.
 
Guru Besarnya, Roslan Mohamad ketika ditemui nyata gembira kerana tragedi banjir sedikitpun tidak melemahkan semangat pelajar sekolah itu untuk hadir hari ini dengan kehadiran 100 peratus direkodkan.

"Kita benarkan mereka untuk hadir dengan pakaian biasa kerana kita faham keadaan mereka dan keluarga yang masih lagi dalam proses membersihkan rumah setelah hilang segala-galanya dalam banjir," katanya ketika ditemui pemberita di sekolah itu.
 
Roslan berkata pelajar yang dilanda musibah itu juga akan diberikan kaunseling oleh guru untuk terus hadir ke sekolah.
 
Di KUALA KRAI, keadaan serba kekurangan tidak mematahkan semangat kira-kira 200 murid Sekolah Kebangsaan Manek Urai untuk memulakan hari pertama
persekolahan mereka.
 

Pasca Banjir: Penduduk kampung masih trauma

Penempatan Sementara Banjir Akan Dikenal Pasti - MB Kelantan

Kelantan Flood Disaster : Manek Urai Lama

ADUN UMNO@BN mahu bina 'tugu balak' Kelantan

Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kelantan dilapor berkira-kira menjadikan tunggul balak empat tan yang dihanyutkan banjir di negeri itu sebagai “tugu peringatan”.

Perkara itu dilaporkan Utusan Malaysia hari ini, yang dilihat sindiran terhadap kepimpinan PAS negeri itu, yang aktiviti pembalakannya dikatanya antara faktor berlaku banjir besar.

Awang Selamat, suara rasmi Utusan, antaranya menulis bahawa Datuk Md Alwi Che Ahmad membawa pulang tunggul balak yang terdampar di depan balai polis simpang pekan Lakloh, Kuala Krai baru-baru ini.

“Tunggul balak itu adalah antara banyak batang balak yang dibawa arus banjir, dipercayai akibat hakisan di kawasan pembalakan dan penerokaan tanah secara berleluasa di Kelantan.

“Selepas keadaan banjir pulih, pada 2 Januari lalu,” ADUN Kok Lanas itu dilaporkan sebagai berkata.

Awang Selamat juga menulis, pihak bertanggungjawab ke atas penggondolan hutan secara berleluasa bernasib baik kerana tiada suruhan siasatan diraja bagi meneliti dakwaan itu.

Beliau membandingkannya dengan perundangan Barat yang cepat membawa pesalah ke mahkamah dalam isu sebegitu.

Jejak 'raja judi' dari Macau ke Vegas

Lelaki yang menjadi subjek dalam surat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) dikatakan memiliki kehidupan mewah dan bersenang-senang di Caesars Palace, hotel mewah di Las Vegas.

Zahid menulis membersihkan nama Phua, seorang rakyat Malaysia, yang dikaitkan dengan kumpulan kongsi gelap terkenal berpangkalan di Hong Kong 14K, untuk prosiding di mahkamah AS.

Bagaimanapun, peguam Phua menarik balik surat itu pada 29 Disember lalu selepas kerajaan Malaysia membantah penggunaannya di mahkamah.

Dalam pembelaannya terhadap pertuduhan melibatkan perjudian, peguam Phua dan anaknya Darren mendakwa bahawa mereka diperangkap.

Sebagai reaksi, kerajaan AS yang diwakili oleh pendakwanya Daniel Bogden mengeluarkan jawapan 53 halaman bagi menjawab perkara itu.

Jawapan itu, yang diubah statusnya, termasuk eksibit 295 halaman.

Eksibit itu termasuk nota FBI, pengakuan saksi yang tidak didedahkan, ratusan pesanan WhatsApp, Skype dan SMS, jutaan transaksi bank, termasuk juga resit dan pengisytiharan kastam.

Berdasarkan semua ini, nyata kedua-dua tertuduh begitu berhati-hati.

Saksi-saksi memberitahu FBI bahawa Phua – kadang-kadang digelar “bos” – tiba Vegas selepas ditangkap di Macau atas dakwaan perjudian haram.

Bagaimanapun beliau bebas, berdasarkan keratan akhbar di China, “tidak diketahui”.

Dr Halim Shafie kembali terajui SKMM

KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Seri Dr Halim Shafie dilantik sebagai pengerusi baharu SKMM untuk penggal dua tahun, demikian diumumkan Menteri Komunikasi dan
Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini.
Datuk Halim Shafie Chairman T.MDr Halim, 65, kini merupakan pengerusi Telekom Malaysia, jawatan bukan eksekutif yang dipegangnya hampir enam tahun selepas khidmatnya dengan SKMM sebelum ini tamat. Beliau merupakan pengerusi SKMM dari April 2006 hingga Mei 2009.
Sebelum menyertai SKMM, Dr Halim ialah Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi selama enam tahun.
“Saya dengan penuh gembira mengumumkan bahawa Datuk Seri Dr Halim Shafie telah bersetuju untuk berkhidmat semula,” kata Ahmad Shabery kepada Bernama.
“Tempoh khidmat beliau adalah selama dua tahun dengan saya telah memberikan tugas spesifik untuk beliau laksanakan dan capai. Ini termasuk meneliti tadbir urus baik, yang selaras dengan usaha kerajaan untuk semua kementerian dan agensi.”
“Dr Halim, antara lain, akan memberi tumpuan terhadap usaha bagi memisahkan antara peranan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengerusi SKMM. Saya rasa ini penting bagi SKMM untuk memastikan wujudnya kesinambungan serta keseimbangan kuasa dalam organisasi itu,” kata beliau.
Ahmad Shabery berkata Dr Halim dijangka melakukan semakan semula terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk mewujudkan ruang siber yang sihat.

Inilah...BELIA MELAYU..berjati diri...KEPALA BAPAK...BN UMNO..Melayu ISLAM...???


Oleh Siti Fatimah Hassan
Kuala Lumpur: "Semua yang berlaku ini adalah punca tindakan kita yang membuka ruang kebebasan yang terlalu luas hingga lupa nilai agama ada pada diri kita," kata pendakwah dan penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.
Beliau mengulas penyebaran beberapa gambar dan video memaparkan beberapa orang gadis melayu bertudung dicium serta dipeluk oleh artis Kpop menjadi bahan sensasi dan kritikan orang ramai di internet.
Difahamkan, gadis terbabit dicium dan dipeluk oleh beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam yang dianjurkan oleh syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat.
Ahmad Dusuki berkata, keruntuhan sosial adalah cabaran dan masalah paling besar yang dihadapi ketika ini disebabkan umat Islam dilihat sudah semakin lupa dengan ajaran agama.
"Kita berhadapan masalah besar sekarang, sosial kita runtuh, ekonomi runtuh, agama sudah tidak ada. Apabila agama sudah tidak ada, segala-galanya juga sudah tidak ada," katanya.
Cubaan Harian Metro menghubungi penganjur konsert tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23109#sthash.b8ZaXKBj.dpuf
Oleh Siti Fatimah Hassan
Kuala Lumpur: "Semua yang berlaku ini adalah punca tindakan kita yang membuka ruang kebebasan yang terlalu luas hingga lupa nilai agama ada pada diri kita," kata pendakwah dan penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.
Beliau mengulas penyebaran beberapa gambar dan video memaparkan beberapa orang gadis melayu bertudung dicium serta dipeluk oleh artis Kpop menjadi bahan sensasi dan kritikan orang ramai di internet.
Difahamkan, gadis terbabit dicium dan dipeluk oleh beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam yang dianjurkan oleh syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat.
Ahmad Dusuki berkata, keruntuhan sosial adalah cabaran dan masalah paling besar yang dihadapi ketika ini disebabkan umat Islam dilihat sudah semakin lupa dengan ajaran agama.
"Kita berhadapan masalah besar sekarang, sosial kita runtuh, ekonomi runtuh, agama sudah tidak ada. Apabila agama sudah tidak ada, segala-galanya juga sudah tidak ada," katanya.
Cubaan Harian Metro menghubungi penganjur konsert tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23109#sthash.b8ZaXKBj.dpuf

Kuala Lumpur: "Semua yang berlaku ini adalah punca tindakan kita yang membuka ruang kebebasan yang terlalu luas hingga lupa nilai agama ada pada diri kita," kata pendakwah dan penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.
Beliau mengulas penyebaran beberapa gambar dan video memaparkan beberapa orang gadis melayu bertudung dicium serta dipeluk oleh artis Kpop menjadi bahan sensasi dan kritikan orang ramai di internet.
Difahamkan, gadis terbabit dicium dan dipeluk oleh beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam yang dianjurkan oleh syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat.
Ahmad Dusuki berkata, keruntuhan sosial adalah cabaran dan masalah paling besar yang dihadapi ketika ini disebabkan umat Islam dilihat sudah semakin lupa dengan ajaran agama.
"Kita berhadapan masalah besar sekarang, sosial kita runtuh, ekonomi runtuh, agama sudah tidak ada. Apabila agama sudah tidak ada, segala-galanya juga sudah tidak ada," katanya.
Cubaan Harian Metro menghubungi penganjur konsert tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23109#sthash.b8ZaXKBj.dpuf
Kuala Lumpur: "Semua yang berlaku ini adalah punca tindakan kita yang membuka ruang kebebasan yang terlalu luas hingga lupa nilai agama ada pada diri kita," kata pendakwah dan penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.
Beliau mengulas penyebaran beberapa gambar dan video memaparkan beberapa orang gadis melayu bertudung dicium serta dipeluk oleh artis Kpop menjadi bahan sensasi dan kritikan orang ramai di internet.
Difahamkan, gadis terbabit dicium dan dipeluk oleh beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam yang dianjurkan oleh syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat.
Ahmad Dusuki berkata, keruntuhan sosial adalah cabaran dan masalah paling besar yang dihadapi ketika ini disebabkan umat Islam dilihat sudah semakin lupa dengan ajaran agama.
"Kita berhadapan masalah besar sekarang, sosial kita runtuh, ekonomi runtuh, agama sudah tidak ada. Apabila agama sudah tidak ada, segala-galanya juga sudah tidak ada," katanya.
Cubaan Harian Metro menghubungi penganjur konsert tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23109#sthash.b8ZaXKBj.dpuf

INGAT tu.. JANGAN LUPA BERSYUKUR !!!


1Malaysia mak bapak dia yg punya....


Bantuan banjir dibuang di tepi jalan?

Kalau nak bercerita tentang makanan yang tidak sampai kepada mangsa banjir, rasanya ramai mangsa yang dah bosan mendengarnya.
Setiap hari pasti ada yang mengeluh di sana-sini kenapa tidak ada bekalan yang sampai kepada meteka sedangkan semua media tempatan melaporkan begitu banyak bantuan yang dihantar ke tempat kawasan banjir.
Tapi kenapa masih ramai yang tak dapat?
Menarik untuk dipanjangkan, perkara yang boleh dikaitkan dengan agihan bantuan banjir ini sebenarnya lebih menjurus kepada sistem pengurusan yang ternyata tidak sistematik.
Ramai yang menyalahkan pihak pengurusan dan masalah ini kata mereka tidak akan berakhir selagi pihak pengurusan masih tidak mahu mencari jalan terbaik untuk memastikan bantuan orang ramai sampai kepada mereka yang berhak.
Sumbangan orang ramai masih terus dikutip dari semasa ke semasa hingga menjadi ‘gunung’ sumbangan termasuklah pakaian yang akhirnya tidak tahu hendak dicampak ke mana!
Siapa yang sepatutnya bertanggungjawab menerima semua bantuan ini atau akhirnya akan menjadi milik seseorang untuk diagihkan kepada saudara maranya atau orang terdekat?
Bukan untuk menuduh mana-mana pihak tetapi apa yang dilihat dan diluahkan oleh mangsa-mangsa banjir adalah sesuatu yang memang tidak patut berlaku.
Kata seorang mangsa yang dikenali sebagai Usman Wahid dari Manik Urai Kelantan, masalah makan tidak sampai satu hal yang telah pun menjadi buah mulut orang ramai tetapi apa yang dikesalkan, sumbangan pakaian yang dikutip daripada orang ramai hanya dicampak di tepi jalan tanpa menyerahkannya kepada mangsa banjir.

MB Selangor bantu baiki rumah rosak banjir di Bera

10922486_10152951720468426_6700901220468867244_nBERA, 11 JAN: Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali meluangkan masa mengunjungi beberapa kawasan di Parlimen Bera bagi melihat sendiri kerosakan yang berlaku akibat bencana banjir bulan lalu.
Antara kawasan yang dilawati adalah Kampung Durian Tawar, Kampung Seberang Guai dan Kampung Kuala Teriang.
Beberapa aktiviti yang dilakukan Mohamed Azmin adalah membersihkan kawasan rumah dan bertukang membaiki rumah rosak akibat banjir di kawasan itu.
Dalam lawatan ini juga beliau sempat singgah di Pondok Bukit Keledang, Menkarang dan bertemu dengan Pengetua pondok Tuan Guru HJ Mohd Elias.
Dalam kunjungan inj juga, Mohamed Azmin turut menyampaikan sedikit bantuan kewangan, Al-Quran, sejadah dan telekung.

Saya terbayang hilang kerusi Parlimen Batu - Tian Chua

Saya terbayang hilang kerusi Parlimen Batu - Tian Chua
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua membayangkan dirinya kehilangan kerusi Parlimen Batu seandainya hukuman sama dikenakan hukuman denda RM5,000 yang dijatuhkan mahkamah kepada aktivis Hishamuddin Md Rais atas kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Batu, apa yang dihadapi Hishammuddin pada Jumaat berkemungkinan akan dihadapinya dalam masa terdekat namun hukuman yang bakal diterimanya akan memberi impak lebih besar kepada kawasan Parlimennya.

"Kalau Hishamuddin didenda RM5,000, saya juga mungkin dikenakan hukuman sama namun ia sekaligus akan menggugurkan kerusi Parlimen Batu.

"Mahkamah akan menggunakan keputusan sama atau hampir sama untuk hukuman saya nanti. Undang-undang menyatakan seorang Ahli Parlimen boleh kehilangan kerusi jika didenda RM2,000 dan bayangkan jika saya didenda RM5,000...pasti gugur kelayakan Ahli Parlimen Batu saya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tian Chua mengulas keputusan yang dijatuhi Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap Hishamuddin pada Jumaat selepas ‎didapati bersalah memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah pada 13 Mei 2013.‎