Sabtu, 10 Januari 2015

Kenapa MAS & kerajaan BN masih berdegil untuk menghentikan hidangan arak dalam Penerbangan Malaysia MAS sehingga kini walhal pelbagai petunjuk (nahas) dari Allah S.W.T. akibat bersekongkol dgn arak...


Pasca Banjir 2014: Lensa 29 (Mix)






Pasca Banjir 2014: Lensa 28 (Mix)






Pasca Banjir 2014: Lensa 27 (Mix)






Pasca Banjir 2014: Lensa 26 (Mix)





Pasca Banjir 2014: Lensa 25 (Mix)






Pasca Banjir 2014: Lensa 24 (Mix)






Pasca Banjir 2014: Lensa 23 (Mix)






Pasca Banjir 2014: Lensa 22 (Mix)






Pasca Banjir 2014: Lensa 21 (Mix)






Bergaduh: Mana saya tahu – KJ

KJ belum sempat berhubung dengan pegawai khasnya berhubung insiden gaduh di Lenggong.
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar enggan mengulas mengenai insiden pergaduhan di antara pegawai khasnya dengan seorang pemimpin Perkasa Perak baru-baru ini.
“Saya belum sempat berhubung dengan pegawai berkenaan, tapi oleh kerana hal ini sudah dilaporkan (kepada polis), saya serahkan kepada polis.
“..Kena tanya polislah..Mana saya tahu,” katanya selepas berlangsungnya sidang akhbar Parlimen Belia, di sini, lapor Sinar Harian.
Sebelum ini, insiden itu dilaporkan berlaku di sebuah majlis di Lenggong, Perak mula tersebar secara meluas menerusi media massa.
Dalam insiden itu, Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Bahagian Lenggong, Saad Abdul Rahman mendakwa cedera di muka dan menerima tiga jahitan, akibat ditumbuk Ketua Pemuda UMNO bahagian sama, Mohamad Iruan Zulkefli.
kejadian itu dikatakan berlaku pada jam 2.25 petang, ketika Saad bersama dua rakannya, termasuk seorang daripadanya pemandu kepada Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, tiba di dewan berkenaan bagi mengiringi Shamsul yang juga Ketua UMNO Bahagian Lenggong, menghadiri majlis yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim itu.
Difahamkan, insiden itu tercetus apabila mangsa mendakwa dihampiri seorang lelaki yang dikenalinya sebagai Iruan, yang tiba-tiba menerpa ke arah beliau dan meminta PERKASA tidak mengganggu urusan Pemuda UMNO.

Polis jangan khianati agama dan negara kata Musa Hassan

Musa Hassan 
CHERAS - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan pegawai dan anggota polis tidak menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.
Katanya, jadikan al-Quran dan sunnah Rasulullah sebagai amalan di dalam hidup seharian.
"Jika tidak rakyat akan sentiasa memandang serong ke atas pasukan polis.
"Saya juga berharap agar lebih ramai lepasan tahfiz yang akan memohon menganggotai polis" katanya ketika memberikan ceramah pada program Maulidur Rasul Komuniti Surau Al Falah, Taman Kota Cheras, Fasa 4, hari ini.
Dalam masa sama, beliau menegaskan usaha membanteras jenayah bukan hanya diserahkan kepada pihak berkuasa sahaja.
"Malahan komuniti masyarakat juga hendaklah membantu polis dengan memberikan maklumat aktiviti jenayah balai polis terdekat," katanya.
Sementara itu, beliau juga mengingatkan ibu bapa agar menerapkan sistem kekeluargaan Islam dengan memupukkan kasih sayang serta selalu memantau aktiviti anak-anak agar menghormati agama dan budaya kaum.
Katanya, ia akan mewujudkan masyarakat bersama membina kehidupan yang sihat dan suasana harmoni dalam negara.

Pasca Banjir: PBT dijangka ambil masa sebulan bersihkan Kelantan

PASCA BANJIR
Kerajaan negeri Kelantan menjangkakan mampu membersihkan sampah sarap akibat banjir yang melanda negeri itu dalam tempoh sebulan sebelum memberi ruang untuk rakyatnya meneruskan kehidupan seperti biasa.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, selepas fasa pembersihan itu selesai, pihaknya berharap aktiviti perniagaan di negeri itu dapat diteruskan.

 “Fasa pertama dalam masa sebulan ini kita buat pembersihan sampah sarap. Kita tak mahu dalam tempoh sasaran kita untuk bersihkan sampah sarap selepas banjir ini, hujung bulan nanti ada sampah lagi.

“Kita perlukan sedikit masa untuk membersihkannya kerana sampah terlalu banyak. Banjir yang kita hadapi ini terlalu besar. Saya letakkan sasaran sebulan ini untuk pembersihan itu, saya rasa ia realistik,”katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi.

Sehubungan itu beliau meminta semua pihak memainkan peranan membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) agar tugas itu berjalan lancar.

“Di Kelantan ini adalah budaya perniagaan jadi kita harap dalam masa sebulan ini kita dapat mulakan kembali kehidupan seperti biasa.

Pasca Baniir: Pelajar teruja mulakan sesi sekolah


PASCA BANJIR
KUALA KRAI - Jika pelajar sekolah di negeri ini akan memulakan sesi persekolahan 2015 esok, berbeza buat mereka yang tinggal di sekitar kawasan Dabong di sini.
Ini kerana rata-rata pelajar tidak dapat memulakan sesi persekolahan berikutan sekolah di kawasan berkenaan tidak dapat digunakan selepas ditenggelami air baru-baru ini.
Mohd Shahaludin Mohd Zin, 13, yang akan belajar di Tingkatan Satu berkata dia teruja untuk memulakan sesi persekolahan yang baharu selepas menamatkan pembelajaran di sekolah rendah tahun lepas.
"Sepatutnya saya akan mula ke kelas (Tingkatan Satu) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong tetapi esok tak boleh sekolah lagi sebab sekolah penuh dengan lumpur.
"Tahun ini saya akan jumpa ramai kawan baharu...saya akan masuk Tingkatan Satu... memang kalau boleh nak ke sekolah esok," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini, hari ini. 
Ditanya mengenai persiapan sekolah, anak ketiga daripada enam adik-beradik itu berkata segala persiapan telah dilakukan untuk menghadapi sesi persekolahan yang baharu itu.
"Memang baju dan kasut semua dah ada tapi sekolah tak boleh guna lagi, saya memang tak sabar untuk bersekolah, dah lama tak belajar (cuti akhir tahun)," katanya.
Seorang lagi pelajar, Hafiz Ahmad, 15, berkata dia juga tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan yang baharu selepas sekian lama bercuti.

Pasca Banjir: Murid, guru Manek Urai sedia hadapi sekolah

PASCA BANJIR
KUALA KRAI - Murid-murid dan guru Manek Urai di daerah ini sudahpun siap sedia menghadapi musim baru persekolahan 2015, setelah mengalami banjir paling besar dalam sejarah kehidupan mereka bulan lalu.
Ketika itu, ibu bapa terpegun melihat sekolah anak-anak mereka – Sekolah Kebangsaan Manek Urai (SKMU) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai (SMKMU) - musnah teruk dalam keadaan di luar jangka.
Dua blok SKMU empat tingkat dinaiki air hingga ke aras tiga manakala SMKMU berhampiran tenggelam hingga aras dua.
Menjelang musim persekolahan yang bermula esok (Ahad), Bernama meninjau keadaan kedua-dua sekolah ini.
Sejak beberapa hari lalu, proses pembersihan daripada lumpur tebal berjalan lancar, diketuai pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 8 Briged dan dibantu oleh agensi-agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu-individu sukarelawan.
Antara organisasi kerajaan yang menjalankan operasi besar-besaran ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menghantar lori-lori tangki air dan para petugas.
Tindakan pantas Kementerian Pendidikan turut mendapat pujian pelbagai pihak bila ratusan meja dan kerusi untuk kedua-dua sekolah ini tiba hari ini, betul-betul selepas kebanyakan kelas siap dicuci.
Guru Besar SKMU, Yusof Ismail berkata, pihak sekolah sudah bersedia menerima kehadiran pelajar walaupun hanya tiga daripada 17 kelas di sekolah ini berada dalam keadaan baik.
Selain itu, bilik mesyuarat sekolah akan turut digunakan sebagai kelas buat sementara waktu.
“Esok, kita akan buka kaunter pendaftaran para pelajar. Tiada yuran akan dikutip selaras dengan arahan pihak kementerian.