Jumaat, 9 Januari 2015

1MDB kelirukan firma audit untuk dapat kelulusan penyata kewangan?

KUALA LUMPUR, 9 JAN: Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mempersoalkan tindakan 1MDB yang dilihat cuba mengelirukan firma audit, Deloitte Malaysia supaya penyata kewangan bagi tahun 2014 dapat diluluskan.
“Adakah akibat jumlah yang terlalu banyak menyebabkan Deloitte percaya semua baki RM4.07 bilion dapat diterima semula pada November 2014?”
“Apakah Deloitte sudah menilai dengan lebih teliti dan menjalankan usaha tambahan sebelum menerima janji 1MDB?”
“Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan risiko kecairan yang dahsyat untuk 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tony berkata, berdasarkan penyata kewangan yang berakhir Mac tahun lalu dan difailkan pada Oktober 2014, muka surat 93 jelas menyatakan bahawa baki RM4.07 bilion akan diterima sepenuhnya sebelum November 2014.
Namun Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin baru-baru mendakwa baki dana itu hanya dijangka dapat ditebus semula pada bulan berikutnya.
Melalui kenyataan bercanggah itu, Tony menyatakan ia adalah bukti nyata bahawa wang tersebut tidak akan pulang kepada Malaysia ataupun ke akaun 1MDB.

Sayur dulu 1kg RM3, kini RM10....Apa Susah2 BR1M kan Ado..!!

sayur
KLANG - Sayur-sayuran yang dijual RM3 sekilogram sebelum ini kini mencecah RM10 satu kilogram di Lembah Klang kononnya atas alasan banjir walaupun sumbernya bukan diperoleh dari negeri-negeri yang dilanda banjir, kata seorang pegawai kanan Pejabat Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor.
Bayam, kacang buncis dan sawi yang dijual di sekitar Lembah Klang sebenarnya diperoleh dari Ulu Yam dan Cameron Highlands, kata Penolong Pengarah Kanan PPDNKK Selangor, Yusof Bakar.
Katanya kenaikan harga sayur-sayuran itu sepatutnya tidak berlaku.
Beliau berkata, pejabatnya yang turut mengawasi kawasan Lembah Klang tidak dapat mengambil tindakan kerana sayur-sayuran itu bukan barang kawalan dan hanya boleh menasihatkan para peniaga sahaja.
Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas mengadakan Ops Pasca Banjir di sini hari ini. - Bernama

Selangor serah zakat untuk mangsa banjir


KOTA BHARU - Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menyerahkan sumbangan RM150,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bagi membantu mangsa banjir di negeri ini.
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin menyerahkan sumbangan berkenaan kepada Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, di Kompleks Balai Islam Lundang di sini.
Tengku Amir Shah juga berkenan mendengar taklimat berkaitan banjir yang melanda Kelantan bulan lepas.
Baginda kemudiannya melawat kawasan terjejas banjir iaitu di Tambatan Diraja dan Kampung Tikat di sini. - Bernama

Iskandar ambil PASTI Al Huda Manik Urai jadi PASTI angkat

photoSHAH ALAM, 9 JAN: Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al Huda, Manik Urai yang musnah dalam banjir lalu diambil sebagai PASTI angkat oleh Exco Perumahan, pengurusan bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Samad.
Peruntukan awal RM20,000 diserahkan kepada Ketua Pemuda Pas iaitu Pengarah PASTI Kelantan, Fadhli Shaari, di Shah Alam, pagi tadi.
Kos membina semula PASTI yang musnah sepenuhnya itu dianggarkan RM40,000.
Iskandar yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor akan mengusahakan supaya Adun PAS Selangor yang lain mengambil PASTI angkat di Kelantan.
Turut hadir pagi tadi adalah Pengarah PASTI Selangor, Hasbullah Ridhwan.

Prosedur standard apa digunakan hadapi bencana banjir besar?

Nur Asyikin Aminuddin

 Bencana banjir besar, terutama yang melanda negeri-negeri pantai timur menjadi penutup tirai bagi tahun 2014.
Malah melangkah ke tahun 2015, masalah banjir masih menghantui sebilangan keluarga, terutama penduduk Kuala Krai, Kelantan yang kehilangan rumah.
Mereka terpaksa tinggal dalam khemah yang dipasang oleh para sukarelawan buat sementara waktu.
Dalam keadaan banjir yang belum reda itu, sudah terdapat ramalan akan berlakunya gelombang ketiga.
Persoalannya, adakah Malaysia cukup bersedia dengan pengurusan bencana alam yang besar sebegini rupa?
 Berdasarkan pengalaman keluarga saya sendiri, pada malam 24 Disember 2014, air melimpah ke kawasan jalan raya di daerah Tanah Merah, Kelantan dalam masa beberapa jam sahaja.
Apabila air mula melimpah ke kawasan rumah, mereka menelefon talian kecemasan meminta bantuan untuk berpindah ke kawasan lebih tinggi.
 Namun begitu, setelah air meningkat ke paras dada orang dewasa, bantuan masih belum muncul, sedangkan mereka memberi jawapan untuk pergi ke tempat kejadian.
Mujur terdapat beberapa orang penduduk memberi bantuan kepada keluarga saya dengan menggunakan pelampung dan tali pengikat lembu kerana arus air banjir pada malam itu terlalu deras.
Selepas kejadian berkenaan, saya menelefon balai polis daerah tersebut untuk melaporkan kejadian berkenaan.
Namun, mereka memberikan jawapan tidak berani masuk ke kawasan tersebut kerana air terlalu deras.
Dalam keadaan penduduk yang hanya bekerja kampung, masih mampu berfikir untuk menggunakan pelampung dan tali pengikat lembu, mengapa pula pihak bantuan yang mempunyai kelengkapancukup dan terlatih dengan keadaan bencana, tidak boleh mencari alternatif lain untuk menyelamatkan mangsa banjir? Sebenarnya banyak persoalan yang timbul selepas terjadinya banjir besar ini.
Adakah garis panduan dalam menghadapi bencana alam digunakan sepenuhnya mengikut Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara di bawah Majlis Keselamatan Negara Arahan 20 (Semakan Semula)?

Jarak tembok tebatan banjir Sungai Kelantan perlu ditambah

KOTA BHARU - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan meneliti kesan banjir di Kelantan untuk dijadikan asas berhubung cadangan menambah jarak tebatan banjir di Sungai Kelantan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ahmad Husaini Sulaiman berkata, penelitian itu akan difokuskan kepada projek tebatan di Kota Baharu sebelum ini selain beberapa lokasi lain yang terjejas teruk akibat banjir.
http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.40352.1419395891!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg
"Projek tebatan banjir fasa pertama yang menelan kos RM220 juta telah disiapkan sepanjang 3.5 kilometer di tebing Sungai Kelantan di Kota Bharu sebelum ini dan ia membantu melambatkan banjir di kawasan terbabit.
"Kita lihat perlu menambah satu kilometer lagi di sebelah hilir sungai dan melihat sedikit di sebelah hulu," katanya kepada pemberita selepas mengikuti taklimat mengenai bencana banjir di Wisma JPS Negeri di sini, hari ini.
Selain kawasan Kota Bharu, penelitian juga akan dilakukan di tempat lain yang dinaiki air untuk merangka satu konsep bagi mengurangkan banjir.

"Dalam kajian asal sebelum ini, penelitian banyak dibuat di Kota Bharu.
Kini kita juga perlu melihat kawasan lain seperti Kuala Krai dan Tumpat yang lebih serius menerima kesan banjir lepas," katanya.

Penduduk kampung dilanda banjir geledah sisa timbunan sampah di Kelantan

Air banjir di Kelantan sudah surut, tetapi kini jalan-jalan di Kuala Krai dibanjiri banjir berbeza – bau sampah, perabot rosak, barang-barang pecah dan bertan-tan pakaian yang tidak diingini didermakan melimpah keluar di bahu jalan.
Mangsa banjir sudah mengosongkan rumah dan kedai mereka untuk membuang barang-barang yang dimusnahkan air berlumpur, tetapi dengan bandar masih terkesan daripada bencana tersebut, timbunan sampah menimbuni di setiap beberapa meter dan masih tidak dikutip, mengundang haiwan perosak dan risiko penyebaran penyakit.
Bagaimanapun banjir bahan terbuang bukan berita buruk untuk semua – bagi penduduk kampung yang mendapatkan pendapatan sampingan daripada menyelamat dan menjual barangan terbuang, timbunan sampah tersebut ialah lubuk emas.
 "Dalam tempoh enam hari sejak banjir surut, saya sudah memperolehi sekitar RM50 hingga RM70 sehari daripada mengumpul sisa logam dan barangan elektronik yang dibuang," kata Mohd Syukri Abdul Rahman, 37.
"Hasil kutipan seharian saya adalah sekitar 400kg dan saya bawa barang-barang tersebut ke satu tempat di Kota Baru untuk dijual."
Syukri yang berasal dari Tumpat, tidak terjejas akibat banjir, tetapi pergi ke Kuala Krai setiap hari bersama dua rakannya untuk menggeledah longgokan sampah yang dapat diselamatkan.
Seakan-akan tidak sedar keadaan panas terik dan bau busuk yang terlampau, Syukri berhati-hati memanjat longgokan sampah, membongkokkan badan sekali-sekala untuk mengangkut sebuah basikal yang rosak atau bingkai katil yang ditinggalkan mangsa banjir.

Ketegasan Jokowi Yang Najib Perlu Belajar Daripadanya

Sebaik dipilih menjadi Presiden Indonesia, langkah Joko Widodo  atau Jokowi yang paling menarik perhatian negara kita ialah tentang amarannya untuk menenggelamkan kapal-kapal nelayan Malaysia yang didapati menceroboh perairan negara itu.

Jokowi ketika itu dilaporkan berkata, pendekatan menenggelamkan itu didapati paling berkesan untuk mencegah pencerobohan nelayan asing daripada terus berlaku dan juga untuk menjaga kepentingan nelayannya sendiri.

Kita akan akan tangkap dan selamatkan dulu nelayan-nelayan yang menceroboh itu sebelum kapalnya kita letup dan tenggelamkan, demikian Presiden Indonesia daripada golongan marhaen itu dilaporkan memberi amarannya tidak lama dahulu.

Hari ini sebagaimana yang dilaporkan oleh kebanyakan media, pemerintah Indonesia telah membuktikan kata-kata itu dengan meletupkan sebuah kapal nelayan tunda yang dipercayai milik Malaysia di perairan Pulau Pandan, Sumatera Utara.

Sebelum ia diletupkan, kesemua empat orang anak kapalnya daripada warganegara Myanmar telah diselamatkan terlebih dahulu dan mereka akan dihantar ke Jabatan Imigresen sebelum diibenarkan pulang.

Meskipun ada yang menganggap tindakan Indonesia itu keterlaluan tetapi Presiden Jokowi telah membuktikannya dirinya seorang pemimpin negara yang tegas dan lebih mengutamakan kepentingan rakyatnya berbanding rakyat luar.

Jangan lantik boneka UMNO dalam SKMM– Kit Siang

Pelantikan boneka UMNO sebagai pengerusi SKMM akan menjerumuskan Malaysia jadi negara gagal
Mohamed Sharil Tarmizi Lim Kit Siang2PETALING JAYA: “Adakah UMNO/BN mahu Malaysia terjerumus menjadi sebuah negara yang gagal dengan melantik seorang boneka UMNO menjadi Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)?” soal Lim Kit Siang hari ini.
Ketua Parlimen DAP itu berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Ahmad Shabery Cheek akan memutuskan sama ada UMNO-BN mahu supaya Malaysia terjerumus menjadi sebuah negara yang gagal apabila membuat keputusan melantik pengerusi baru SKMM.
Tambahnya, pelantikan boneka UMNO menjadi pengerusi SKMM bukan sahaja ‎akan diperkudakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab, tetapi juga akan diperkudakan Utusan Malaysia dan pihak-pihak berkepentingan dalam UMNO
“SKMM akan bertukar menjadi unit komunikasi dan multimedia UMNO,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas laporan bahawa bekas pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi yang tamat kontraknya pada 31 Disember lalu tidak disambung, beliau berkata, jawatan tersebut amat-amat diinginkan ekoran pengaruhnya terhadap penganugerahan menara-menara komunikasi yang begitu menguntungkan, yang akan dibina di kawasan-kawasan luar bandar.

Permulaan sesi persekolahan 41 sekolah ditunda

Datuk Dr Khair Mohamad Yusof 
PUTRAJAYA - Sebanyak 41 sekolah iaitu empat di Kelantan, 18 di Pahang dan 19 di Perak yang masih terlibat dengan banjir ditunda sesi permulaan persekolahan 2015 seminggu lagi, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof.
  
Berikutan penundaan itu, tarikh baharu permulaan sesi persekolahan bagi sekolah yang terlibat di negeri Kelantan ialah pada 18 Januari (Ahad) manakala di Perak dan Pahang ialah 19 Januari (Isnin).
  
"Penundaan ini akan melibatkan sejumlah lima hari persekolahan iaitu  11 hingga 15 Januari bagi Kelantan dan 12 hingga 16 Januari bagi Perak dan Pahang.
  
"Jumlah lima hari tersebut adalah merupakan jumlah hari persekolahan yang perlu diganti oleh sekolah berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
  
Kata Khair, sekolah-sekolah berkenaan ada yang dinaiki atau ditenggelami air, digunakan sebagai pusat pemindahan sementara atau mengalami kerosakan teruk termasuk keadaan berlumpur dan kotor serta masih tidak selamat untuk dijadikan tempat belajar bagi murid-murid.

Daripada 41 sekolah yang ditunda sesi mula persekolahannya, 34 daripadanya dinaiki air/berlumpur/ tidak selamat manakala bakinya dijadikan pusat pemindahan sementara.
  
Khair berkata, penundaan yang diumumkan hari ini adalah selaras dengan kenyataan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis bahawa sekolah-sekolah tersebut masih memerlukan masa untuk pembersihan dan pemulihan.
  
Menurutnya, langkah menunda sesi persekolahan sekolah berkenaan juga dibuat setelah mengambil kira faktor kemanusiaan terhadap mangsa-mangsa banjir yang masih berada di sekolah-sekolah yang menjadi pusat pemindahan sementara.
  

Husam MB swasta yang jaga air muka Kelantan

MSO

Rupa-rupanya kerajinan dan keprihatinan bekas Exco Kelantan Husam Musa membantu mangsa banjir serta kegeligaan beliau memberi pendapat (solusi) awal untuk membantu mangsa banjir kurang disenangi oleh sesetengah pihak di Kelantan. Menyedihkan lagi pihak itu datang dari rahang partinya sendiri Pas yang sepatutnya menyatakan sokongan bukan cemuhan.


Husam turut membersih rumah mangsa banjir Tioghua.
Kerajinan Husam menerusi Yayasan Darul Hijrah itu diberi gelaran, sindiran Husam sebagai MB swasta. Gelaran ini dibuat oleh kumpulan bekas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan sendiri.

Tidak boleh sesiapa nafikan akan kerajinan serta kekreatifan Husam dalam membantu mangsa-mangsa banjir. Satu demi satu idea dan usahanya dicatat dimana kejayaannya sangat dicemburui dan ternyata tindakan proaktifnya mendahulu pihak-pihak berwajib lain termasuk kerajaan sendiri.



Sebenarnya apa dibuat Husam itu bukan pelik sangat, tetapi ia lahir daripada sifat Husam yang suka mengambil berat kepada masalah rakyat sejak dari dulu lagi. Disamping itu kerajinan itu menyerlahkan kebolehan dan kemampuan Husam sebagai seorang pemimpin.

Kenangan: Husam memunggah barang turun dari Herculis.
Semasa menjadi Exco dahulu banyak idea kebajikan ditetaskan Husam untuk membantu rakyat, antara ialah menerusi sosio ekonomi seperti projek pertanian, pemeliharaan kambing, pohon depu dan juga bantuan bulanan kepada ibu tunggal dan juga khairat kematian Kifalah. Walaupun sesetengah projek diilhamkan beliau mati berangam ditengah jalan kerana kegagalan pihak mengurusnya, pokoknya beliau ada idea untuk berbuat sesuatu.

Husam disebelah saya dalam Herculis dipenuhi barang ke Aceh.
Keperihatian Husam dalam membantu mereka yang ditimpa kemalangan dan musibah bukan sahaja terbatas di negeri Kelantan atau dalam negera ini sahaja tetapi ia terhimbau ke negari luar. Semasa Johor dilanda banjir tahun 2006 (kalau tidak silap), Husam bergegas membawa bantuan ke Johor, memobilisasikan masyarakat di negeri itu yang belum pernah menghadapi musibah banjir.

Sementara sewaktu Aceh Indoneisa dilanda tsunami 2004 yang memakan banyak korban dan menyebabkan banyak harta benda hilang Husam terbang ke Banda Aceh bagi menyampaikan banuan kepada mangsa-mangsa banjir. Dalam keadaan penerbangan awam ke Banda Aceh ditutup Husam menemui jalan untuk mendarat ke Banda Aceh. Ketika itu saya ikut menyertainya. Kami terbang menggunakan pesawat Herculis milik TNI dari Jakarta ke Banda Aceh.

Sebaik banjir melanda Kelantan Husam telah meletakkan Kelantan dalam keadaan kritikal dan beliau terus bertindak menanganinya. Pertama usaha terbesarnya ialah memohon bantuan kewangan daripada kerajaan Selangor untuk membantu kerajaan negeri. Beliau menggunakan hubungan baiknya untuk komunikasinya dengan MB Selangor Mohamed Azmin Ali. Hasilnya Minali bersetuju memberi peruntukan kewangan sebanyak RM1 juta kepada Kelantan dan masing-masing RM100 ribu untuk negeri Terengganu, Pahang.

Begitu juga dengan kerajaan Pulau Pinang. Husam sekali lagi menggunakan hubungan baiknya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng agar membantu meringankan bebanan ditanggung Kelantan. Hasilnya Lim Guan Eng telah memberi peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk meringankan mangsa banjir.

PASCA BANJIR - KESAN AMUKAN SG LEBIR KUALA KRAI [9 Jan 2015]

PASCA BANJIR - PENDERITAAN PENDUDUK KG KEMUBU KUALA KRAI [9 jan 2015]

Misi Bantuan Banjir Pantai Timur- Kuala Krai - Ucapan Bang Mat

SIAPA SEBENARNYA PERBODOHKAN RAKYAT !!!


1MDB hanya mahu audit lulus?

DAP mempersoalkan jika kenyataan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada juruauditnya berhubung dana RM4.07 bilion di bank luar pesisir hanya bertujuan untuk membolehkan audit tersebut diluluskan.

Setiausaha publisitinya, Tony Pua berkata demikian dengan merujuk kenyataan 1MDB kepada juruaudit, Deloitte Malaysia bahawa dana tersebut akan diperolehi semula pada November 2014.

"Sehingga hari ini, sudah masuk bulan Januari 2015 namun tiada tanda bahawa dana ini sudah dikembalikan ke Malaysia atau kepada 1MDB,” kata

Beliau juga membangkitkan persoalan sekiranya lembaga pengarah 1MDB mencapai keputusan baru dan menangguhkan usaha untuk membawa pulang dana terbabit untuk satu “tempoh yang tidak pasti”.

"Secara khususnya, adakah mereka berubah fikiran hanya selepas juruaudit kewangan, Deloitte Malaysia, bersetuju untuk tandatangan laporan kewangan pada 5 November 2014?," soalnya lagi.

MP Petaling Jaya Utara itu juga berkata, ia turut membangkitkan persoalan sama ada Deloitte Malaysia telah dikelirukan oleh 1MDB sehingga menandatangani laporan kewangan 2014 berdasarkan anggapan bahawa kesemua dana dengan nilai penuh di Caymans bakal diterima

Menurut Pua, Pengerusi 1MDB Datuk Lodin Wok Kamaruddin mesti menjelaskan kegagalan untuk melaksana arahan lembaga pengarah bertarikh 1 Ogos 2014 agar dana itu dikembalikan menjelang November 2014.

Pemimpin Umno perlu senang hati lepaskan jawatan kata Dr M

Terdapat tanda-tanda yang Melayu UMNO kini sudah sedar bahawa UMNO perlu diperbaharui.
mahathir 300PETALING JAYA: Di sesetengah negara, percubaan untuk mengekalkan jawatan kerapkali dilakukan melalui keganasan tetapi dalam negara demokrasi yang matang, peralihan kepimpinan licin tanpa perlu merosakkan negara.
Menurut mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila Presiden UMNO yang pertama, Datuk Onn Jaafar dianggap membelakangkan dasar perjuangan UMNO, parti tidak teragak-agak menolak pendiriannya dan oleh kerana kesedarannya, beliau menganggap penolakan itu sebagai “undi tidak percaya” dan dengan senang hati melepaskan jawatan.
“Perkara yang sama berlaku kepada Tunku Abdul Rahman Putra, walaupun tidak ada undi tidak percaya. Tunku tetap berundur,” tulisnya di dalam blog www.chedet.cc.
Bukan itu sahaja, Mahathir turut menyatakan terdapat tanda-tanda yang Melayu UMNO kini sudah sedar bahawa UMNO perlu diperbaharui.

Gopal: Jangan reka cerita isu wakili Anwar

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Gopal Sri Ram berkata beliau mencapai persetujuan bersama untuk meninggalkan jawatannya sebagai perunding di firma guaman Soo Thien Ming dan Nashrah.

Sri Ram menafikan dakwaan bahawa beliau menerima tekanan sehingga terpaksa meninggalkan firma tersebut ekoran keputusannya untuk mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan.

Ketika ditanya Malaysiakini, peguam kanan itu menegaskan bahawa beliau mempunyai hubungan baik dengan firma tersebut.

“Tolongan jangan reka cerita yang boleh jejaskan persahabatan kami,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan portal The Malaysian Insider bahawa beliau ditekan sehingga terpaksa meninggalkan firma tersebut kerana mewakili Anwar.

Katanya, beliau menubuhkan firmanya sendiri selepas mendapati persetujuan bersama untuk meninggalkan jawatan perunding di Soo Thien Ming & Nashrah.

"Saya hanya mahu buat kes yang saya suka, supaya tidak timbul konflik,” kata Sri Ram.

Dadah baru daun Khat diisytihar daun teh untuk diseludup ke Malaysia

DIGP Daun Khat-L
Polis percaya terdapat warga tempatan yang bersubahat dalam penyeludupan dadah itu.

KUALA LUMPUR, 9 Januari:
Polis mengesan dadah organik berupa sejenis daun dinamakan “Khat”, yang digunakan masyarakat Timur Tengah dengan cara mengunyahnya kini mula diseludup ke negara ini secara besar-besaran.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata dadah berkenaan dibawa masuk melalui syarikat kiriman barang dan sindiket dadah memalsukan dokumentasi penghantaran daun itu dengan mengisytiharkannya sebagai daun teh dan daun inai.
Beliau berkata hasil siasatan Jabatan Kimia mendapati daun berkenaan mengandungi dadah jenis Cathinone iaitu bahan, yang mengkhayalkan seperti ephiderin dan amphetamine.
“Ia dadah baharu yang diseludup masuk ke Malaysia untuk kegunaan masyarakat Timur Tengah dan mereka mengunyahnya untuk khayal.
“Kita khuatir jika tidak dibendung ia akan merebak dan digunakan oleh penagih tempatan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di ibu negara.
Katanya pendedahan itu dibuat berdasarkan maklumat awam dan tindakan operasi serbuan pasukan Narkotik Polis Bukit Aman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Rabu lalu dan di sekitar Selangor serta ibu negara, semalam.

Akta Hasutan: Bukti BN takut

AMK akan terus memperhebatkan gerakan memansuhkan Akta Hasutan
akmal nasirPETALING JAYA: Pembangkang hari ini menyifatkan hukuman bersalah Hishamuddin Rais dan ramai lagi pemimpin rakyat yang sedang didakwa di bawah Akta Hasutan sebagai bukti ketakutan Barisan Nasional (BN) semakin terserlah.
Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir berkata, kezaliman dan penyalahgunaan Akta Hasutan langsung tidak melemahkan semangat pemimpin muda memperjuangkan hak rakyat untuk menegakkan keadilan.
“Kami akan terus mendedahkan kepincangan BN, mutakhir ini seperti isu salah guna jet rasmi Perdana Menteri dan surat sokongan Menteri mempertahankan raja judi.
“AMK akan terus memperhebatkan gerakan memansuhkan Akta Hasutan dan dengan solidariti rakyat secara menyeluruh kita mampu menghapuskan Akta lapuk ini,” katanya dalam satu kenyataan.
AMK juga mengutuk hukuman bersalah yang dikenakan terhadap Hishamuddin atas dakwaan menghasut rakyat turun ke jalanan untuk menggulingkan kerajaan BN.
Katanya, keputusan tersebut hanyalah bukti keghairahan BN menghukum pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan aktivis masyarakat bagi menyekat kebebasan bersuara demi menutup kelemahan mereka sendiri.
Pada masa sama, beliau juga turut mempersoalkan kelantangan pihak pendakwaraya yang mendesak pihak mahkamah supaya mengenakan hukuman penjara ke atas Hishamuddin sedangkan mahkamah telah menjatuh hukuman denda RM5,000 terhadap beliau.
“Apakah mereka ini bertindak mengikut desakan politik oleh pihak-pihak tertentu?” soalnya.

SAMM kutuk Rosmah guna pesawat kerajaan

Rosmah langsung tidak mempedulikan sentimen kesedihan yang dirasai ratusan ribu rakyat akibat banjir.
KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk sikap tidak bertanggungjawab isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kerana menggunakan pesawat khas kerajaan ke beberapa destinasi ketika Datuk Seri Najib Tun Razak berada di tanah air.
Menurut Penyelaras Kebangsaannya, Zulkifli Ibrahim, Rosmah langsung tidak mempedulikan sentimen kesedihan yang dirasai ratusan ribu rakyat akibat banjir, sebaliknya tetap meneruskan aktiviti membeli-belah di beberapa bandar raya dunia.
“Rosmah menghabiskan hampir setengah juta ringgit untuk minyak pesawat Airbus 319 bernombor pendaftaran 9M-NAA, sedangkan nilai perbelanjaan itu boleh menampung bantuan untuk misi kemanusiaan di kawasan terjejas banjir,” dakwanya dalam kenyataan media.
Soalnya, mengapakah Rosmah terus menggunakan pesawat tersebut dan membiarkan Perdana Menteri menggunakan pesawat komersial untuk ke Hong Kong dan kemudiannya diambil oleh jet khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk kembali ke tanah air?
Sehubungan itu SAMM mendesak isteri Perdana Menteri memberikan penjelasan penuh dan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas keterlanjuran beliau.
SAMM turut menggesa agar Rosmah berhenti menggunakan kemudahan tersebut dalam keadaan rakyat menghadapi sengsara serta penderitaan.
Sebelum ini, Pemuda PKR membidas Najib ekoran pendedahan portal Bangkok Post yang mendakwa Perdana Menteri bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke Thailand atas urusan peribadi dan bukannya lawatan rasmi.

Harga minyak menjunam, bila Najib nak turunkan tarif elektrik?

DAP menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan BN untuk memastikan tarif elektrik dikurangkan dengan segera.
Pengarah Dasar DAP Johor Wong Shu Qi berkata, tidak ada alasan lagi untuk Najib tidak menurunkannya memandangkan harga bahan api telah menjunam dengan ketara sejak enam bulan lalu.
“Walaupun TNB menyalahkan Kerajaan Persekutuan kerana tidak mengurangkan tarif elektrik, Najib perlu bertanggungjawab.
“Jika tidak, Najib harus mengeluarkan arahan kepada Suruhanjaya Tenaga untuk menerangkan kepada orang ramai mengapa tarif elektrik tidak boleh diturunkan.
“Beliau harus mengemukakan sebab yang kukuh dan bukannya omong kosong kerana seluruh rakyat Malaysia mengetahui harga minyak mentah telah menurun,” katanya.
Pada Disember 2013, DAP telah membantah tindakan kerajaan meluluskan kenaikan tarif elekrik dan mendesak Suruhanjaya Tenaga menjelaskan kepada orang ramai mengenai Pelepasan Kos Ketidakseimbangan (ICPT) serta menerangkan mekanisme rasionalisasi subsidi untuk mewajarkan kenaikan tersebut.
Atas sebab itu, Shu Qi yang juga Adun Senai memohon Suruhanjaya Tenaga sekurang-kurangnya memaklumkan kepada orang ramai apakah formula ICPT masih diguna pakai dalam menentukan tarif elektrik.
“Jika jawapannya adalah ya, maka Suruhanjaya Tenaga perlu menjelaskan bagaimana tarif semasa ditetapkan,” katanya.
Menurut Shu Qi, TNB mengaut keuntungan sebanyak RM6.4 bilion bagi tahun kewangan terakhir pada Ogos 2014.

Kajian & Analisa Ekonomi Malaysia & Dunia 2015. Politik? Malaysia Bakal Dapat Presiden UMNO & PAS Baru 2015?


presiden umno 2015Figura ini cukup terkenal apabila acapkali kali membincangkan dan berkongsi pendapat tentang perkembangan dan halatuju ekonomi di mana beliau seringkali dipanggil memberikan analisa dan kajiannya melalui media-media arus perdana. Dato’ Dr Nazri Khan namanya. Kali ini…..
Kali ini Dato’ Dr Nazri Khan tampil berkongsi yang yang beliau jangkakan akan berlaku di sepanjang tahun 2015 ini berdasarkan pemerhatian yang dilakukan baru-baru ini….

Senarai Kajian & Analisa Dato’ Dr Nazri Khan : Ekonomi Malaysia & Dunia Serta Politik Negara?


Apa yang anda boleh jangkakan dan harapkan akan berlaku pada tahun 2015, terutamanya melibatkan aspek ekonomi Malaysia?
  • 2015 : Rizab Perseketuan akan melancarkan pakej rangsangan ekonomi bernilai US$3,000,000,000,000 (US$3 trilion) dan akan mula menaikkan kadar feadah mereka untuk pertama kli dalam sejarah sepanjang 8 tahun terakhir ini
  • 2015 : Bank Jepun dan Bank Pusat Eropah akan mula menyuntik US$1 trilion yen dan juga 1 trilion Euro bagi meningkatkan ekonomi negara meraka dan kesatuan mereka.
  • 2015 : Malaysia akan mempengerusikan ASEAN seklaigus melancarkan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan juga Bursa Saham ASEAN sekitar Oktober 2015
  • 2015 : Pengabungan bank mega di Malaysia (antara CIMB, RHB dan juga MBSB) sekaligus diangkat menjadi bank terbesar di Malaysia dengan modal pasaran bernilai lebih daripada US$100 bilion bagi tahun 2015
  • 2015 : Akhirnya, Malaysia akan mula melaksanakan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) pada kadar 6% dalam keadaan ekonomi negara berada pada “iklim yang cukup lemah“. Dato’ Dr Nazri Khan menjangkakan dengan pelaksanaan GST kelak bakal menyebabkan gelombang kenaikan harga barang di Malaysia
  • 2015 : Terdapat lebih daripada 10 IPO berstatus “mega” di Bursa Malaysia termasuk 1MDB, Malakoff, Weststar, Iskandar Waterfront, Al Medini, Khazanah Theme Park, Ekuinas Ilmu, Sunway Construction, Sime Auto dan Ecoworld International
  • 2015 : Selepas Bursa Malaysia berada pada paras tertinggi pada 8 Julai 2014, akhirnya prestasi Bursa Malaysia sehingga penghujung tahun 2014 digelar oleh pakar-pakar ekonomi sebagai yang terburuk dalam sejarah selepas prestasi bursa Malaysia pada tahun 2008, 1997 dan 1994.
  • 2015 : Bagi tahun 2015, isu-isu ekonomi antara yang hangat diperkatakan dan diperbincangkan di antara pakar-pakar ekonomi dan juga rakyat marhaen di bawah termasuklah kejatuhan nilai ringgit Malaysia, kejatuhan harga minyak dunia, kenaikan inflasi, kenaikan kadar faedah, hutang isi rumah yang terus melonjak tinggi, aliran keluar wang haram dan Model Ekonomi Baru bagi Rancangan Malaysia Malaysia ke-11. Kita akan melihatkan nilai ringgit Malaysia sedang menguji dolar Amerika dan Dolar Singapura di tahap yang rendah

Kemelut Harakah: Bukti UG Itu Memang Kejam & Zalim

Pecat Pengarang Harakah tindakan kurang berakhlak - Paksi

KUALA LUMPUR: Tindakan memberhentikan secara serta-merta khidmat tiga Pengarang Harakah disifatkan langkah kurang berakhlak pengurusan akhbar itu kepada kakitangannya.

Setiausaha Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Rozan Azen Mat Rasip berkata, ia sekaligus menggambarkan sikap tidak beretika, zalim dan tidak berakhlak.

"Paksi merakamkan simpati kepada tiga orang rakan wartawan di Harakah yang diberhentikan tanpa mengikut etika kerja yang lazim apatah lagi akhlak Islam seperti yang selalu disyarahkan oleh pimpinan parti Islam PAS selama ini.

"Bermula dengan tindakan memberhentikan secara serta-merta khidmat Pengarang Harakah, Datuk Tarmizi Md Jam, pada 1 Oktober 2014, kerana mengkritik UG (kerajaan campuran) dalam pimpinan PAS. Diikuti pertengahan Disember tindakan yang sama ke atas Roslan Hamid (editor rencana) kerana menyiarkan tulisan Dinsman yang mengkritik ulama dalam pimpinan PAS.

"Seterusnya tindakan ke atas Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman, atas alasan kesihatan, ketika beliau sedang bercuti sakit dan masih dalam rawatan doktor," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Dalam pada itu Paksi memohon penjelasan ulama PAS di atas tindakan tersebut.

"Sekiranya tindakan mereka itu menyalahi ajaran Islam, kami tuntut mereka memohon maaf dan menerima semula wartawan-wartawan berkenaan untuk bekerja seperti biasa.

"Kami juga menuntut agar pihak pengurusan Harakah membenarkan kakitangannya membentuk kesatuan sekerja, dan memperhatikan akhlak terutamanya prihatin terhadap kebajikan pekerja, dan kebaikan lain yang selalu disyarahkan pihak pimpinan PAS," ujarnya.

Katanya lagi, ia sekali gus tidak menggambarkan semangat PAS di dalam Pakatan Rakyat (PR) yang selalu mengkritik kerajaan Barisan Nasional.

"PAS kata BN tidak menghormati hak kebebasan bersuara, dengan menggunakan Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan namun tindakan pengurusan Harakah ini umpama 'meludah ke langit timpa batang hidung sendiri' dan 'mengata dulang paku serpih'.

"Sedangkan praktik mereka dalam sebuah syarikat mereka yang kecil tetapi sangat penting itu (Harakah adalah lidah rasmi PAS dan menjana pendapatan untuk PAS) pun mereka tidak laksanakan pengajaran mereka sendiri. Apakah ini tidak munafik?

"Begitu juga dengan pengajaran mengenai akhlak menjaga kebajikan pekerja (dan Negara Berkebajikan). Apakah tindakan memberhentikan pekerja dengan serta-merta dan tanpa notis itu sesuai dengan tuntutan Islam? Dan apakah memberhentikan pekerja yang sedang bercuti sakit dan masih dalam rawatan doktor itu juga sesuai dengan ajaran Islam?," jelasnya.

UM kata surat larangan hanya 'peringatan mesra'


Universiti Malaya menjelaskan bahawa larangan kepada kakitangannya agar tidak menganjur sebarang kegiatan politik di dalam atau luar negara hanyalah sekadar "peringatan mesra berkala" kepada warga kampus itu.

Satu kenyataan media oleh Pejabat Hubungan Antarabangsa dan Korporat UM menyebut larangan tersebut bukan satu peraturan baru dan sudah diguna pakai oleh semua badan berkanun.

"Surat yang dikeluarkan UM berkaitan Peraturan 20, Bahagian II, Jadual Kedua (Seksyen 5), Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) hanya satu peringatan mesra berkala kepada warga kampus UM.

"Ia bukanlah satu peraturan baru dan sememangnya sudah diguna pakai oleh semua badan berkanun," kenyataan itu dipetik.

Malaysiakini sedang berusaha untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai larangan itu daripada Naib Canselor UM Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin dan Pendaftar UM Yusoff Musa tidak berjaya.

Difahamkan, kedua-dua pentadbir itu berada di luar kampus atas urusan masing-masing.

Hukum curi barang semasa banjir

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
 
Pertamanya, takziah diucapkan kepada semua yang terkena musibah dan ujian dari banjir terbesar negara yang berlaku pada hujung tahun 2014 ini.
Sebelum saya memberi jawapan dari sudut pandang hukum Islam, perlu diambil kira amaran pihak polis pada tarikh 30 Disember 2014, bahawa semua jenis menceroboh masuk kedai dan rumah adalah suatu kesalahan menurut undang-undang dan jika pihak polis menyerahkan kepda budi bicara mahkamah sekiranya individu yang menceroboh ditangkap dan dibawa ke mahkamah kelak.
Adapun dari sudut hukum Islam, hukum asal mengambil barangan milik orang lain tanpa redha dan izin sememangnya berdosa dan salah. Namun pertanyaan adalah dalam situasi tertentu di waktu banjir dan terperangkap serta kekurangan makanan. 
Dalam situasi sebegitu dan bukan dibuat-buat, namun memang sebenar-benarnya tersangat mendesak keperluan kepada sama ada makanan, pakaian atau barang keperluan asasi sama ada untuk diri sendiri atau untuk mereka yang dalam rawatan (di hospital atau tercedera contohnya). Maka Allah swt telah menyebut :- فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ Ertinya : Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Al-Maidah ) Para ulama tafsir mentafsirkan beberapa kalimah penting dalam ayat di atas iaitu :- (مَخْمَصَةٍ) sebagai perut kosong dan kelaparan amat sangat.
Demikian huraian Imam Ibn Kathir, Imam AL-Qurtubi, Alusi, Sheikh Rashid Ridha dan lain-lain. Manakala kalimah (غَيْرَ مُتَجَانِفٍ) membawa maksud bukan secara sengaja atau suka-suka menyeleweng dan menceroboh untuk melakukan dosa dan mencuri.
Sebagaimana dihurai juga berdasarkan firman Allah swt yang lain tetapi berkaitan iaitu فَمَنِ اضْطُرَّ غير باغ ولا عاد فلا اثم عليه Ertinya :Barangsiapa yang terdesak dan bukan berniat dan menceroboh sengaja dan bukan pula menyerang maka tiada dosa ke atas mereka. (Al-Baqarah : 173).
Demikian di petik dari huraian Imam Al-Qurtubi dan lain-lain ahli tafsir. KESIMPULAN Kesimpulan jawapan ringkas bagi soalan yang diutarakan adalah :-
1. Mangsa banjir yang terperangkap lalu memecah masuk mana-mana rumah atau kedai berhampiran (yang tiada dijaga lagi oleh tuan milik kerana telah dipindah atau menyelamatkan diri) untuk mendapatkan bekalan makanan dan pakaian asasi yang sangat terdesak adalah TIDAK BERDOSA dan DIMAAFKAN di dalam hukum Islam. Mereka juga TIDAK DINAMAKAN PENCURI atau MENCURI.
Malah jika wujud hudud dilaksanakan di sesebuah negara, kes sebegini TIDAK termasuk dalam hukuman yang boleh dikenakan hudud.

Mangsa banjir di Terengganu meningkat, Pahang, Perak, Kelantan, Selangor beransur baik

Keadaan banjir di Pahang, Perak, Kelantan dan Selangor semakin baik pada keseluruhannya pagi ini apabila jumlah mangsa terus mencatat penurunan kepada 18,210 orang berbanding 21,366 malam tadi.
Bagaimanapun di Terengganu, negeri yang kembali dilanda banjir sejak semalam, menyaksikan pertambahan mangsa yang dipindahkan kepada 273 orang berbanding 125 orang malam tadi.
Di TERENGGANU, pertambahan mangsa itu difahamkan berikutan hujan lebat yang turun di sebelah pedalaman menyebabkan kediaman di kawasan rendah dan berdekatan sungai dinaiki air, selain faktor kenaikan paras air laut pasang.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu berkata, sebanyak lima pusat pemindahan dibuka setakat ini di dua daerah iaitu Kemaman membabitkan 160 mangsa dan Dungun (113 mangsa).
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 11,819 orang yang kini ditempatkan di 57 pusat pemindahan dalam enam daerah berbanding 14,494 mangsa malam tadi.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Pekan masih menempatkan mangsa paling ramai 7,414 orang diikuti Maran (2,618 orang), Kuantan (1,012 orang), Temerloh (611 orang) dan Bera (164 orang).
Menurut jurucakap itu, dua laluan utama di Raub iaitu Kilometer 1 Jalan Felda Krau dan Kilometer 39 Jalan Bentong-Raub yang ditutup sebelum ini telah dibuka semula dan dapat dilalui oleh semua kenderaan.
Di PERAK, Jurucakap MKN negeri Perak berkata jumlah mangsa banjir menurun kepada 3,601 orang daripada 959 keluarga.
Ketika ini sebanyak 20 pusat pemindahan dibuka dalam lima daerah iaitu Perak Tengah, Hulu Perak, Hilir Perak, Manjung dan Kuala Kangsar.

Menteri Umno elak isu surat Zahid pada FBI

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengelak dari mengulas isu surat kontroversi yang diutuskan oleh seorang lagi menteri kabinet mengenai warga Malaysia yang didakwa sebagai raja judi, Paul Phua.

“Saya fikir anda perlu tanya (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad) Zahid (Hamidi) mengenai perkara ini,” katanya.

Beliau ditanya mengenai kritikan yang timbul bahawa Zahid melanggar konvensyen diplomatik kerana mengeluarkan surat tersebut dengan melangkaui Kementerian Luar.

"Saya tidak fikir bahawa ini adalah isu utama, memang tugas PKR untuk mengkritik, mereka adalah pembangkang.

"(Isu) ini bukan bawah tanggungjawab saya,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Rakyat tanggung RM997 juta jika 1MDB lewat siapkan stesen janakuasa, kata PKR

Kelewatan projek stesen janakuasa bebas Jimah Timur milik syarikat pelaburan strategi negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bakal membawa kerugian apabila rakyat dipaksa menanggung hutang kos tambahan sehingga hampir RM1 bilion, kata Rafizi Ramli.
Naib presiden PKR itu berkata 1MDB memohon kepada Suruhanjaya Tenaga supaya tarikh yang sepatutnya beroperasi pada 15 November 2018, dianjak enam bulan kepada 15 Mei 2019 bagi Unit 1 dan 15 November bagi Unit 2.
"Saya sudah melihat dan mengesahkan dokumen-dokumen yang menganggarkan kos tambahan yang perlu ditanggung rakyat akibat kelewatan 1MDB ini adalah di antara RM370 juta, jika kelewatan minima 6 bulan sehingga RM997 juta, jika kelewatan mencecah 1 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa, beliau mempunyai maklumat terperinci mengenai rundingan antara Suruhanjaya Tenaga dan 1MDB, apabila 1MDB menulis secara rasmi kepada Suruhanjaya Tenaga pada 13 November 2014 untuk mendapat tempoh lanjutan dan satu mesyuarat diadakan di antara dua terbabit pada 4 Disember 2014.
1MDB sebelum ini dianugerahkan kontrak untuk menyiapkan stesen janakuasa dengan kapasiti janaan 2,000 MW untuk dibekalkan kepada Tenaga Nasional Berhad. Perjanjian Jual Beli Tenaga (PPA) yang ditandatangani menetapkan unit 1 stesen janakuasa itu perlu beroperasi pada 15 November 2018, diikuti dengan operasi unit 2 pada 15 Mei 2019.
"Jika Suruhanjaya Tenaga membenarkan permohonan 1MDB, rakyat akan menanggung kos tambahan kerana Tenaga Nasional sebagai pembekal elektrik tunggal negara terpaksa meningkatkan operasi stesen janakuasa lain di luar kapasiti biasa untuk menampung bekalan elektrik yang gagal disediakan mengikut jadual oleh 1MDB.

BENARKAH Rosmah Mansor ada pejabat 'eksklusif' di Jabatan Perdana Menteri ???


JANGAN LUPA 'bersyukur' & berterima kasih kpd Najib Razak & KERAjaan BN bila GST 6% dilaksanakan


PASCA BANJIR - KERUGIAN DIANGGAR 2 BILION : DATUK SERI MUSTAPHA

AG ada alasan bagi gugurkan kes 'Melayu pendatang' kata Polis

Letupan di Gurun, askar cuba jual logam bom, kata polis

Tumbangkan BN: Mahkamah dapati Hisham Rais bersalah

Kes Mashitah: Kita tak peduli, Umno atau tidak, kata timbalan IGP

Dua beradik hilang ditemui

Nur Alysyah Zafiera dan Mohd Zafri Iman yang hilang ketika mahu membeli minuman di kedai berdekatan kediamannya, kelmarin.  
Nur Alysyah Zafiera dan Mohd Zafri Iman yang hilang ketika mahu membeli minuman di kedai berdekatan kediamannya, kelmarin.

JOHOR BAHRU - Polis mengesahkan dua beradik berumur sembilan dan 11 tahun yang dilaporkan hilang malam kelmarin ditemui selamat bersama bapa kandung mereka kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kes orang hilang diberi keutamaan malah beliau sendiri mengetuai siasatan melalui pasukan khas yang ditubuhkan.

Sehubungan dengan itu, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak mensensasikan kes berkenaan sehingga mengganggu siasatan dijalankan pihak polis.

Terdahulu, ibu kanak-kanak berkenaan, Azriana Ahmad, 30, berkata, dua anaknya itu Mohd Zafri Iman, 11, dan Nur Alysyah Zafiera, sembilan tahun hilang selepas meminta izin untuk membeli air minuman di kedai ketika dia sedang menjalankan kelas agama di Jalan Pinang 52, Taman Daya, di sini, kira-kira 9.30 malam, pada 7 Januari lalu.

Kit Siang : Surat Zahid kepada FBI gadaikan reputasi Malaysia

Seharusnya surat sedemikian hanya boleh dikeluarkan oleh institusi polis dan disampaikan kepada FBI melalui Kementerian Luar Negeri.
Zahid Lim Kit Siang iiKUALA LUMPUR : Lim Kit Siang pagi ini sekali lagi menimbulkan isu surat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi kepada Federal Bureau of Investigation (FBI) Amerika Syarikat.
New Straits Times edisi 7 Jan melaporkan, Zahid menjelaskan bahawa suratnya kepada FBI adalah untuk menyampaikan bahawa “14K Triad” tidak wujud di negara ini. Surat Zahid kepada FBI adalah ekoran dari permintaan peguambela Paul Phua untuk menangkis pernyataan FBI bahawa kongsi gelap ’14K Triad’ wujud di Malaysia dan Paul Phua adalah anggota kongsi gelap tersebut.
Menurut Kit Siang, surat Zahid lebih dari sekadar menidakkan kewujudan ‘14K Triad’ di Malaysia, tetapi telah menggadaikan reputasi dan menjejaskan kedaulatan negara apabila Zahid bertindak menjamin karakter Paul Phua di dalam surat itu.
Kit Siang mendakwa, selain menjamin karakter, Zahid telah menulis bahawa Paul Phua merupakan aset nasional dan memohon agar Paul Phua dibebaskan dan dibenarkan kembali ke Malaysia kerana telah membantu kerajaan Malaysia di dalam projek-projek yang melibatkan isu keselamatan negara.
Tidak cukup dengan itu, Kit Siang berkata Zahid menambah kepada kesalahannya dengan berkata bahawa hubungan antarabangsa yang baik antara kedua-dua negara akan tercipta terutamanya dalam hal pertukaran maklumat, padahal kenyataan Zahid sebenarnya mempertaruhkan negara demi seorang individu.

Banjir eratkan hubungan PAS dan Umno, lapor akhbar milik Umno


Banjir yang melanda Kelantan mengeratkan lagi hubungan antara kerajaan negeri yang ditadbir PAS dan kerajaan pusat yang dipimpin Umno, kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir yang ditubuhkan untuk membangunkan semula negeri itu menguatkan lagi dakwaan tersebut.
“Hubungan kerajaan pusat dan negeri sudah wujud sejak sekian lama dengan mereka (pusat) memberikan kerjasama penuh dari segi mentadbir pengurusan.
Tidak ada masalah, itu amalan biasa.
 “Malah kesan daripada banjir ini, kerjasama itu dipertingkatkan lagi khususnya bagi membantu mangsa-mangsa banjir,” katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.
Bagaimanapun, Mohd Amar berkata kerjasama di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat tidak melibatkan campur tangan politik, tetapi didasari kepentingan rakyat Kelantan.
 “Kerjasama melalui jawatankuasa bersama ini adalah untuk selaraskan gerak kerja. Kalau pusat sahaja buat ia tidak boleh diselaraskan dengan kerajaan negeri.

Selangor komited bantu rakyat harungi kelembapan ekonomi 2015

Mei_1_anti_GSTSHAH ALAM, 9 JAN: Rakyat Selangor diingatkan bersiap sedia menghadapi tekanan kos sara hidup ekoran ekonomi 2015 yang dijangka lembap dan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), April ini.
Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, antara langkah yang boleh diambil termasuk berjimat cermat walaupun Kerajaan Negeri mempunyai pelan membantu rakyat menghadapi cabaran ekonomi ekoran kejatuhan nilai mata wang ringgit.
“Kerajaan Selangor komited dengan usaha meningkatkan pendapatan petani, program hijrah merapatkan jurang pendapatan miskin-kaya, beri bonus untuk kakitangan awam negeri dan mengekalkan pemberian air percuma.
“Walaupun dapat bantuan kerajaan tetapi yang terbaik boleh lakukan dalam ruang kawal kita sendiri iaitu dengan berjimat cermat,” katanya kepada Selangor Kini.
Zaidy juga menyarankan masyarakat di Selangor melancong di dalam negeri itusahaja bagi meminimakan pengaliran wang keluar dan membantu pengusaha tempatan.
zaidy“Sempena Tahun Melawat Selangor 2015, ramai pelancong luar dijangka melawat negeri ini, tetapi kita sendiri tak sedar banyak lagi tempat menarik yang belum dilawati.
“Jadi, kalau nak makan angin lebih baik melancong dalam Selangor sebab dapat membantu meningkatkan ekonomi masyarakat tempatan dan negeri,” katanya.
Zaidy turut menyarankan rakyat Selangor yang layak mengambil bahagian dalam skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang disediakan Kerajaan Negeri bagi membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

Lindungi SKMM daripada lantikan politik

Kepentingan awam hanya akan dijaga dengan lebih baik sekiranya badan kawal selia yang penting itu dipimpin oleh seorang teknokrat.

PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini menggesa pihak bertanggungjawab dalam Kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya segera memberi penjelasan mengenai pengerusi baru yang bakal dilantik menerajui SKMM.
MCMC2Beliau merujuk laporan media yang mendakwa seorang ahli politik UMNO, Dr Mazlan Ismail mungkin dilantik untuk menggantikan Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi sebagai Pengerusi SKMM.
Menurut laporan tersebut, kontrak Mohamed Sharil tidak disambung dan wujud dakwaan ada rancangan untuk menggantikannya dengan Dr Mazlan.
“Akhbar milik UMNO, Utusan telah mengkritik Sharil dan mempromosikan Dr Mazlan secara terbuka.
“Jika ini benar, ia adalah satu perkembangan yang tidak sihat . Ini tidak ada kena mengena dengan kelayakan Dr Mazlan,” tegasnya dalam satu kenyataan.
Tambah Nik Nazmi, kepentingan awam hanya akan dijaga dengan lebih baik sekiranya badan kawal selia yang penting itu dipimpin oleh seorang teknokrat.

Akta Hasutan: Mahkamah dapati Hisham Rais bersalah

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mendapati aktivis politik dan bekas wartawan, Hishamuddin Rais bersalah atas tuduhan menghasut.

Hakim Azman Mustafa ketika menyampaikan keputusannya berkata mahkamah berpuas hati bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes tersebut melampaui keraguan munasabah.

"Tertuduh tidak menafikan bahawa beliau mengucapkan kenyataan meminta orang ramai turun ke jalan raya untuk memprotes dan menggulingkan kerajaan BN," katanya.

Hishamuddin dituduh membuat kenyataan menghasut dalam ucapannya di di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor antara 8.55 malam dan 11.15 malam pada 13 Mei, 2013.

Memang ada orang M'sia anggotai 14K kata IGP

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sekali lagi mengeluarkan penafian secara halus kepada peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung tuduhan mengenai individu digelar raja judi, Paul Phua.

Khalid tetap enggan mengulas mengenai kenyataan terbaru Shafee, namun dilihat mempertahankan hasil siasatan polis ke atas Phua.

"Saya hanya boleh tekankan bahawa 14K (satu kumpulan jenayah terancang antarabangsa) tidak wujud di sini, ada rakyat Malaysia di luar negara yang diketahui sebagai anggota kongsi gelap ini.

"Bagaimana orang mahu tafsir kenyataan itu terpulang pada mereka.

"Tapi sebelum saya kata sebelum ini, saya tidak akan komen lebih lanjut kerana ia akan menjejaskan prosiding mahkamah di Amerika Syarikat,” katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Khalid diminta mengulas kenyataan Shafee pada Rabu lalu yang menunjukkan bahawa polis bertindak dengan salah kerana mengaitkan anak guamnbya dengan 14K – memandangkan kongsi gelap itu tidak wujud di Malaysia.

Individu digelar raja judi itu serta anaknya menghadapi tuduhan menjalankan operasi perjudian haram di Las Vegas pada tahun lalu.

PERNAHKAH KERAjaan UMNO/BN membawa ulama2, menteri2 agama UMNO, mufti2 berbuat spt kerajaan Indonesia ???


DAP pertikai 1MDB cuba kelirukan firma audit semak dana di Pulau Cayman

DAP mempersoalkan sama ada syarikat pelaburan strategi negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) cuba mengelirukan pihak audit, Deloitt Malaysia menilai penyata kewangan tahunnya yang berakhir Mac 2014.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, persoalan timbul sama ada dengan wang yang banyak menyebabkan firma audit itu keliru jumlah itu dapat dipulangkan semula hujung November, hanya bertujuan supaya penyata kewangan Mac 2014 dapat diluluskan.
 "Adakah Deloitte Malaysia sudah menilai dengan lebih teliti sebelum menerima janji 1MDB untuk menebus keseluruhan US$1.23 bilion pada hujung tahun?
"Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan risiko kecairan yang dahsyat kepada 1MDB," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, mengikut penyata kewangan yang berakhir Mac 2014 dan difailkan pada Oktober 2014 di muka surat 93, menyatakan baki US$1.23 bilion (RM4.07 bilion) akan diterima penuh sebelum November 2014.
Namun kenyataan Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin pada 23 Disember lalu berkata baki dana itu hanya "dijangka dapat ditebus semula pada bulan seterusnya".
Katanya, kenyataan itu bertentangan dengan kenyataan dalam laporan kewangan, sekaligus tidak ada tanda-tanda wang itu akan dikembalikan semua ke Malaysia atau 1MDB.
 "Lodin perlu jelaskan dan bertanggungjawab atas sebab kenapa dana itu tidak diterima dan dikembalikan semula walaupun ada ada arahan jelas dan pemberian kuasa oleh lembaga pengarah 1MDB," katanya. "Mungkinkah ada satu keputusan 'baru' oleh lembaga pengarah 1MDB menggantung arahan terdahulu dan menangguhkan bayaran semula dana Pulau Cayman selama-lamanya?

Antara takdir dan tadbir

TANPA disedari, kita menempuh tahun 2015. Kita meninggalkan tahun yang dipenuhi dengan musibah, dugaan dan cabaran - ada yang terpahat sahaja di ingatan, ada yang berterusan - terutamanya buat teman-teman di pantai timur sehingga kini.

Bermula dengan kehilangan MH370 dan jua MH17 - keperitan kehilangan tidak mungkin mudah hilang buat semua kita di Malaysia. Bak lirik yang dinyanyikan Yuna, “terbang, terbang tinggi, awan biru menanti bersama pelangi” - kita hanya mampu mendoakan kesejahteraan mereka yang telah pergi berserta keluarga, dan semoga yang belum ditemui menemui pengakhiran yang terbaik.

Di sebalik kehibaan, kedengaran jua suara-suara sumbang yang berniat untuk meruntuhkan keharmonian rakyat Malaysia. Dengan keadaan ekonomi Malaysia yang tidak menentu, terutamanya akibat penurunan harga minyak mentah sedunia yang menyebabkan unjuran ekonomi Malaysia sedikit malap, berserta cabaran percukaian dan inflasi yang mendatang, sebarang perpecahan hanya bakal menambah beban untuk semua.

Saya mengambil peluang sempena menyambut Maulidur Rasul untuk memetik kandungan Sahifah Al-Madinah (Piagam Madinah) yang dirangka oleh Rasulullah SAW bagi mengangkat prinsip kesatuan ini.

Fasal 1 menyebutkan: “Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Penyayang: Inilah kitab (Piagam Bertulis) daripada Nabi Muhammad, pesuruh ALLAH bagi orang-orang yang beriman dan orang-orang yang memeluk agama Islam dari Quraisy dengan penduduk Yathrib dan orang-orang yang bersama mereka lalu masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama mereka.”

Fasal 2 pula menyebutkan: “Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza daripada manusia-manusia lain.”

Jelasnya, Rasulullah SAW beranggapan bahawa mereka yang bersama-sama berjuang demi kebaikan negara pada ketika itu tergolong dalam ummah.

Hal Ini ditekankan lagi dalam Fasal 37 yang menyebut, “Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah membiayai negara seperti mana orang-orang mukmin juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka sama-sama tolong-menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuat kebajikan terhadap perbuatan dosa.”

Dalam konteks ini, kesatuan rakyat adalah sebuah aspek yang amat dipentingkan sekali dalam perjalanan pentadbiran sesebuah negara Islam.

Wajarlah kita menghayati dan lantang bersuara menentang mereka yang merencana perpecahan antara umat Islam dengan rakan-rakan senegara kita yang lain.

Malaysia bakal ditimpa bala Tuhan?


Dr Muhammad Lukman 

TIADA siapa dapat menghalang kekuasaan ALLAH. Itu yang boleh dikatakan apabila melihat pelbagai musibah  berlaku di negara ini. Jika dahulu kita biasa diberitakan mengenai kejadian banjir dan ribut taufan berlaku di negara ini.

Tetapi kini  ditambah lagi kejadian luar jangkaan. Antaranya peristiwa tsunami, musim hujan sehingga banjir, kemarau berpanjangan dan baru-baru ini kejadian puting beliung menyebabkan banyak rumah musnah.

Persoalannya mengapa perkara seperti ini berlaku? Sedangkan keadaan Malaysia yang berada di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik selain keadaan geografi yang terletak di garisan khatulistiwa menghalang kepada pembentukan puting beliung dan taufan besar ini. Adakah ini bermakna negara kita bakal ditimpa bala daripada Tuhan sepertimana yang berlaku kepada kaum terdahulu?

Wartawan MOHD AZLI MOHD AlI bertemu Pensyarah dalam bahagian al-Quran dan Hadis, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, DR MUHAMMAD LUKMAN IBRAHIM bagi mendapatkan jawapan mengenai persoalan ini.


Boleh Ustaz perjelaskan mengenai konsep bala' dalam Islam?

Bala' adalah satu perkataan umum digunakan masyarakat kita yang memberi makna satu ujian, satu peperiksaan dan seumpamanya. Dan dalam al-Quran, ALLAH SWT menggunakan perkataan bala’ ini merujuk kepada kebaikan dan kejahatan. Firman ALLAH: "…Kami uji mereka dengan kejahatan dan kebaikan sebagai satu ujian dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan." (Surah Al-Anbiya: 35)

Kata bala’ dalam al-Quran disebutkan di enam tempat dengan makna berbeza. Ada yang bermakna cubaan dan ujian yang dibenci manusia. Ada pula yang bererti kemenangan atau kenikmatan (bala’ al-hasan).

Bala’ al-hasan adalah satu ujian yang baik diberikan ALLAH kepada orang mukmin dengan sebab ujian tersebut mendekatkan lagi mereka kepada ALLAH. Kalimah bala’ al-hasan pada ayat ini juga turut dijelaskan dalam kitab Tafsir al-Jalalain yang dikarang oleh dua imam tafsir. Iaitu merujuk kepada ujian khusus untuk menguji keteguhan iman yang ada dalam diri orang mukmin.

Secara ringkasnya bala’ digunakan untuk kedua-duanya iaitu untuk kebaikan dan juga kejahatan. Walau bagaimanapun penggunaan dalam masyarakat kita orang Melayu khususnya, bala’ ini merujuk kepada kejahatan sahaja. Dan kefahaman seperti ini perlu dibetulkan.


Apakah yang menyebabkan terjadinya bala’ daripada ALLAH?

Bala’, apabila kita merujuk kepada perbincangan tadi iaitu bala’ yang bermaksud perkara kejahatan, maka dengan ini ia bermaksud perkara tidak baik yang ALLAH turunkan kepada manusia.

Sesungguhnya bala’ tidak akan diturunkan oleh ALLAH ke atas manusia, melainkan kerana didahului dengan kesalahan yang dilakukan.

 Bala’ terjadi disebabkan kemurkaan ALLAH iaitu apabila manusia melakukan maksiat. Maka dengan sebab itu akan turun bala daripada-Nya. Misalnya dalam hadis riwayat imam at-Tarmizi menyebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila umat aku melakukan 15 perkara, maka halal bagi ALLAH menurunkan bala'. Dengan sebab melakukan 15 perkara ini secara berleluasa, maka ALLAH akan memberi bala kepada umat tersebut. Antara lain:

a. Apabila harta yang dirampas daripada peperangan diagihkan kepada orang tertentu saja.
b. Apabila wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan.
c. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
d.Apabila suami terlalu mentaati isteri.
e.Apabila anak menderhakai ibu bapa.
f. Apabila seseorang itu lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
g. Apabila kedengaran lebih banyak bunyi bising.
h. Apabila lebih ramai membicarakan hal keduniaan dalam masjid.
i. Apabila pemimpin sesuatu kaum itu dihina oleh kaumnya sendiri.
j. Apabila memuliakan orang lain kerana takutkan ancaman yang akan diambil ke atasnya.
k. Apabila arak menjadi minuman biasa dalam majlis.
l. Apabila ramai lelaki memakai sutera.
m. Apabila wanita dijemput ke dalam majlis untuk menghiburkan lelaki.
n. Apabila wanita bermain alat muzik.
o. Apabila orang terkemudian menghina orang yang terdahulu.

UMNO Tidak Boleh Dipercayai - Raja Kamarul Bahrin

Gambar FotoKUALA TERENGGANU : Idea menubuhkan kerajaan campuran atau perpaduan antara UMNO dan PAS tidak akan menjadi kenyataan, tegas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, kerana ”jangan kita jatuh dalam lubang yang sama”.
Walapun menyifatkan ia merupakan cadangan yang murni beliau berkata, UMNO perlu membuat penjelasan terlebih dahulu sebelum PAS boleh memberi pertimbangan yang serius.
“Pertamanya, UMNO memegang kuasa yang lebih luas dan besar di peringkat Kerajaan Persekutuan dan merekalah sepatutnya menunjuk inisiatif ikhlas yang boleh meyakinkan ahli-ahli PAS,” katanya mengulas cadangan mewujudkan kerajaan campuran PAS-UMNO di Kelantan.
Cadangan tersebut dikemukakan oleh Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub berikutan kemusnahan besar akibat bencana banjir baru-baru ini.
Raja Kamarul juga menolak idea itu, dan PAS perlu mengambil contoh yang berlaku di Aceh selepas tsunami kerana dakwanya, sanggupkah UMNO memberikan autonomi dan royalti minyak kepada Kelantan.
Menurut beliau, Jakarta telah memberikan autonomi yang lebih luas kepada Aceh dalam mentadbir hal-ehwal dalaman wilayah itu selain royalti minyak yang tinggi.
Katanya, UMNO tidak berubah kerana perjuangan nasionalisme bangsa yang menjadi aliran parti itu selain sikap pemimpinnya korup tidak boleh diubah.

Pembangunan semula Kelantan: Hentikan segera berpolitikan sempit

Pembangunan semula Kelantan: Hentikan segera berpolitikan sempit - ABIM
KUALA LUMPUR: Berikut adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan Amidi Abdul Manan, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) hari ini :

Saranan agar PAS dan UMNO bersatu membentuk kerajaan campuran di Kelantan bagi membangunkan semula prasarana awam adalah dirujuk. Angkatan Belia Islam Malaysia ingin menyatakan kebimbangan atas obsesi umat Melayu terhadap politik kepartian.

Rakyat di negeri Kelantan amat memerlukan bantuan dari segala segi. Jumlah rumah yang musnah dan ranap akibat banjir menjangkau ribuan jumlahnya. Kerosakan fasiliti awam juga tidak terbayang.  Kemusnahan yang besar ini mengakibatkan kesan psikologi dan emosi terhadap warga Kelantan. Ia sekaligus memberi kesan yang buruk terhadap ekonomi.

ABIM amat prihatin agar proses pembangunan semula Kelantan perlu dilaksanakan dengan pantas dan berkesan. Kaedah pengurusan bantuan perlu dipertingkatkan agar tiada yang ketinggalan dalam proses ini. Bancian perlu dilaksanakan segera agar data dapat dikumpulkan bagi tindakan seterusnya.
Pengurusan bantuan adalah perkara yang diperlukan oleh rakyat Kelantan sekarang ini. Seharusnya pemimpin politik mampu mencari ikhtiar bagi menyalurkan pertolongan tanpa terikat dengan politik kepartian yang sempit.

Rakyat Kelantan telah melaksanakan tugas mereka sebagai warganegara dengan membayar cukai, malah hasil bumi Kelantan juga turut menyumbang kepada kemakmuran negara, oleh itu tiada sebab hak mereka untuk mendapat bantuan tanpa sebarang syarat dinafikan.

Kakitangan UM tentang larangan berpolitik di kampus

Post Pic
 Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) tidak bersetuju dengan larangan Universiti Malaya (UM) terhadap pelajar dan kakitangan pusat pengajian itu supaya tidak terlibat dalam aktiviti berpolitik.
 
Presiden PKAUM Azmi Sharom berkata larangan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara, berpersatuan dan berhimpun.
 
“Justeru, sebarang perlanggaran terhadap sebarang hak kakitangan UM mesti ditentang oleh kesatuan atas alasan tindakan universiti harus terikat oleh batasan dan perlindungan yang dinyatakan dalam perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan.
 
UM semalam mengeluarkan arahan melarang pelajar dan kakitangannya daripada terlibat dengan sebarang penganjuran aktiviti berunsur politik, berikutan peningkatan penglibatan golongan berkenaan dalam aktiviti sedemikian sejak akhir-akhir ini. 
 
Menerusi satu surat pekeliling yang bertarikh 23 Disember 2014 itu, UM mengatakan tindakan tersebut diambil bagi memastikan kepentingan institusi berkenaan tidak terjejas.
 
UM sebelum ini menjadi tumpuan kerana menjadi lokasi ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dianjurkan pelajarnya sendiri tanpa kebenaran institusi berkenaan, Oktober lalu.
 
Berikutan itu, lapan pelajar yang terlibat dengan pengajuran ceramah berkenaan termasuk Presiden Persatuan Mahasiswa UM, Fahmi Zainol dan Pengerusi Pro-Mahasiswa UM, Safwan Shamsuddin digantung pengajian.

Tambah 11 kerusi DUN Sarawak, taktik kotor SPR bermula


Dewan-Undangan-Negeri-Sarawak


KUALA LUMPUR, 9 JAN: Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menambah 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak jelas bermotifkan politik, kata Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming.
Beliau berkata, cadangan penambahan kerusi DUN tanpa peningkatan bilangan kerusi Parlimen merupakan petunjuk bagaimana SPR sekali lagi bertindak membelakangi prinsip demokrasi demi kepentingan pihak tertentu.
“Apakah rasional untuk menambah 11 kerusi DUN tetapi tidak menambah langsung kerusi Parlimen?”
“Jika peningkatan bilangan pengundi digunakan sebagai alasan untuk mewajarkannya, mengapa hujah tersebut tak terpakai bagi kerusi Parlimen?”
“Ini bukti jelas bahawa SPR tidak mematuhi prinsip­prinsip demokrasi tetapi tunduk kepada kepentingan politik untuk meratakan persempadanan semula Sarawak menjelang Pilihanraya Negeri tahun depan (2016),” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Kian Ming, dengan tindakan terbaru ini, SPR sekali lagi menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka bukanlah sebuah badan yang bebas, adil dan telus untuk melakukan persempadanan semula.
Pada 5 Januari lalu, Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh menyatakan pihaknya mengesyorkan jumlah DUN Sarawak ditambah sebanyak 11 daripada 71 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 82 kerusi.
Beliau mendakwa, syor itu dibuat selaras pindaan undang­undang dalam Perlembagaan Negeri yang telah dikuatkuasakan pada 5 Disember tahun lalu.