Khamis, 8 Januari 2015

Dulu Dan Sekarang....!!!



1MDB kata "Kami guna wang tunai dengan efisien"

Syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberi jaminan bahawa mereka menggunakan wang tunainya dengan cara paling efisien.

1MDB berkata demikian setelah anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua bertanya kenapa syarikat itu tidak membawa pulang RM4 bilion daripada simpanan di Pulau Cayman, ketika gagal membayar hutang di negara sendiri.

Ketika dihubungi, jurucakap syarikat itu memberitahu Malaysiakini bahawa 1MDB kesal apabila pihak ketiga yang tidak tahu menahu berhubung proses pembuatan keputusan membuat “kenyataan spekulatif”.

“1MDB berjaya menguruskan wang tunainya dengan cara paling berkesan untuk syarikat.

“1MDB sentiasa menunaikannya tanggungjawab kewangannya dan, walaupun terdapat spekulasi dan dakwaan palsu tentang perkara beberapa tahun lalu, hakikatnya 1MDB tidak pernah teringkar dalam pembayaran dan sudah tentu tiada niat atau alasan untuk lakukannya di masa depan,” katanya.

Ahli akademik tolak larangan berpolitik UM

Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) berikrar untuk menentang larangan pusat pengajian tinggi itu supaya kakitangannya tidak terlibat dalam penganjuran program politik.

PKAUM dalam kenyataannya berkata larangan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara, berpersatuan dan berhimpun.

“Justeru, sebarang perlanggaran terhadap sebarang hak kakitangan UM mesti ditentang oleh kesatuan atas alasan tindakan universiti harus terikat oleh batasan dan perlindungan yang dinyatakan dalam perlembagaan,” kata Presiden PKAUM Azmin Sharom.

Malaysiakini siang tadi melaporkan, ketika kerancakan kembali kegiatan mahasiswa di UM, kakitangan universiti itu bagaimanapun kini dilarang menganjurkan sebarang kegiatan politik.

Menurut surat larangan itu, yang dimuat naik ke Internet oleh seorang pensyarah, larangan itu berkuat kuasa ketika cuti pengajian, percutian atau ketika hadir seminar di dalam dan luar negara.

Surat daripada pendaftar itu juga menyebut bahawa UM memandang serius tingkah laku yang “tidak menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, hormat serta patuh kepada undang-undang”.

Adakah benar Kelantan sahaja yg teruk dlm penebangan hutan yg digembur2kan oleh UMNO/BN & pencacai


Kalau ada 35 penyapu berus mmg cukuplah untuk kesemua menteri2 Kabinet Dapur Najib beramai2 berus lantai depan kamera...


Hujan berterusan, paras air kembali naik

Laluan Gua Musang - Kuala Krai mula dinaiki air hari ini.  
Laluan Gua Musang - Kuala Krai mula dinaiki air hari ini.

KUALA KRAI - Hujan berterusan sejak malam kelmarin menyebabkan beberapa kawasan rendah di sekitar daerah ini kembali dinaiki air selepas banjir besar, minggu lalu, hampir pulih sepenuhnya.

Pekarangan beberapa kediaman di kawasan rendah termasuk di Kampung Bedal, dekat sini, yang hanya kelihatan bumbung ketika banjir besar, baru-baru ini, turut dinaiki air.

Ini kali ketiga rumah penduduk terbabit dinaiki air pada musim tengkujuh kali ini termasuk banjir besar ketika gelombang kedua yang memusnahkan ratusan rumah di daerah ini.

Kejadian air naik itu menyebabkan ada barangan penduduk yang sedang dikeringkan akibat banjir besar, baru-baru ini, seperti tilam sekali lagi ditenggelami air.

Hujan ada kalanya lebat itu juga menyebabkan laluan menghubungkan beberapa kampung dengan Jalan Kuala Krai-Machang melalui Bukit Sireh dinaiki air, namun masih boleh dilalui kenderaan sehingga jam 4 petang.

Antara halaman rumah dinaiki air pula termasuk kediaman bekas Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kampung Bedal, Mohd Noor Salleh.

Kerajaan dituntut laksana stok konsain

alaysia berhadapan dengan risiko pengusaha stesen minyak terpaksa gulung tikar dalam tempoh beberapa bulan.
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menuntut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan peraturan industri minyak runcit serta segera memanggil syarikat minyak dan wakil-wakil pengusaha stesen minyak untuk melaksanakan sistem stok konsainan.
Dakwanya, keengganan Barisan Nasional (BN) menukar peraturan industri minyak runcit yang berada di dalam kawalan menunjukkan ia berniat mengekalkan harga minyak pada kadar yang lebih tinggi dari harga pasaran dan berhasrat mengutip cukai petrol dan diesel.
“Dalam keadaan pasaran minyak mentah dijangka akan terus merudum, Malaysia berhadapan dengan risiko pengusaha stesen minyak terpaksa gulung tikar dalam tempoh beberapa bulan akan datang jika tidak ditangani dengan baik. Jika ini berlaku, rakyat juga akan menjadi mangsa kerana kekurangan bekalan petrol dan diesel,” katanya dalam kenyataan media.
Jelas Ahli Parlimen Pandan, salah satu punca utama itu ialah tindakan syarikat minyak menjual stok petrol dan diesel secara pukal kepada pengusaha stesen minyak.
“Pembayaran tunai bagi stok pukal ini menyebabkan pengusaha stesen minyak memegang stok petrol dan diesel yang besar pada satu-satu masa dan terdedah kepada risiko kewangan,” katanya.
Hal ini berbeza di negara lain, yang mana kerajaan mereka menetapkan bahawa industri minyak runcit adalah berasaskan stok konsainan.

Ahli Parlimen DAP tidak terlibat pembalakan haram, saman Berita Harian


ngeh n nga
IPOH, 8 JAN: Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham menafikan fitnah di media sosial kononnya syarikat mereka terlibat dalam aktiviti pembalakan haram di Kelantan.
Kedua-duanya malah telah memfailkan saman fitnah terhadap akhbar Berita Harian berikutan fitnah yang disebarkan itu.
Dalam satu kenyataan bersama, kedua-dua ahli parlimen itu menjelaskan secara terperinci penglibatan mereka dengan syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd.
“Kami tidak pernah terlibat dalam sebarang aktiviti pembalakan samada di Kelantan atau di mana-mana tempat di Malaysia. Syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd sama sekali tidak terlbat dalam aktiviti pembalakan.
“Syarikat itu selama ini hanya terlibat dalam penanaman semula pokok-pokok di atas tanah usaha sama Yayasan Islam Kelantan (YIK),” ujar kenyataan tersebut.
Syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd adalah syarikat yang bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja penanaman semula tanah di Kelantan dan menerima surat penghargaan daripada Jabatan Alam Sekitar.

Pupusnya Seorang Wartawan Spesies T-Rex

Oleh FAIZAL TEHRANI
Ahmad Lutfi Othman barangkali wartawan spesies T-Rex yang agam, hebat dan berbisa. Dalam zaman Jurasik, ketika binatang dinasour berkeliaran, T-Rex adalah dinasour maging yang akan menyerang bila diganggu. Ia besar dan sangat menggigit sehingga sesuatu mesti dilakukan. Maka Lutfi mesti dipupuskan secara berkala.Justeru semua penerbitan dengan jenama atau ada berbau Lutfi akan diperiksa, dimomokkan atau dibunuh secara senyap dengan cara baik atau paling tidak bermaruah.Akan tetapi Lutfi bukanlah seorang T-Rex, beliau cumalah seorang jurnalis yang penuh wawasan dan mendokong kebebasan media serta keluhuran bersuara. Dari segi fizikal, beliau bukanlah seorang yang sihat untuk benar-benar ditakuti.
Pengharaman majalah Detik adalah suatu kesilapan dan bencana kepada kebebasan media negara ini sebetulnya. Apakah seorang Lutfi yang mudah jatuh sakit itu akan tergugat oleh kekangan demi kekangan ini?
Lutfi pernah menulis, begini bunyinya: "Berbekalkan sisa-sisa kebebasan yang bersepah tidak terurus saya gagahi juga melangkah ke hutan rimba gelap gelita ini. Masakan tidak, kita sebagai pengamal media tidak pernah diberikan garis panduan jelas tentang apa yang boleh kita lakukan dan apa yang tidak boleh kita lakukan.
"Sememangnya kita tidak pernah tuntut kebebasan tanpa batas. Yang kita mahu ialah ruang selesa menulis, melaporkan dan menganalisis perkembangan semasa yang berlaku tanpa takut dan bimbang dikawal pemerintah zalim." (Dipetik dari majalah berkala Zaman Jatuh Mahathir suntingan Suria Janib).

Larangan UM tidak berpelembagaan – N.Surendran

surendran_L_140818
Surendran: Larangan itu secara terang melanggar peruntukan Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak seseorang itu untuk bebas bersuara dan berpersatuan serta menganjurkan atau mengambil bahagian dalam aktiviti politik itu juga dilindungi sebagai kebebasan berpersatuan.

KUALA LUMPUR, 8 Januari:
Larangan pentadbiran Universiti Malaya (UM) ke atas penglibatan kakitangannya dalam aktiviti politik disifatkan sebagai tidak berperlembagaan dan ancaman serius kepada kebebasan akademik.
Ahli Parlimen PKR Padang Serai, N. Surendran berkata tenaga pengajar di institut pengajian tinggi (IPT) dan kakitangan lain berhak untuk melaksanakan hak-hak asasi mereka seperti mana-mana warganegara lain.
Menurutnya, Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan telah menjamin hak seseorang itu untuk bebas bersuara dan berpersatuan serta menganjurkan atau mengambil bahagian dalam aktiviti politik itu juga dilindungi sebagai kebebasan berpersatuan.
“Larangan seperti yang dinyatakan dalam surat pekeliling bertarikh 23 Disember 2014 lalu itu adalah secara terang-terangan melanggar peruntukan Perkara 10(1) tersebut.
“Pentadbiran UM tidak boleh dengan mengeluarkan pekeliling dan merampas terus hak kakitangan seperti mana yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Tambah Ahli Biro Politik PKR itu lagi, tindakan tersebut juga sangat mengejutkan kerana UM sebagai sebuah unversiti terulung di Malaysia telah meminggirkan standard dan garis panduan yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Surat FBI: PKR tetap mahukan penjelasan Zahid

Menteri Dalam Negeri diberikan tempoh empat hari untuk menjawab tujuh perkara yang dikemukakan PKR?
PUTRAJAYA : Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menuntut penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkenaan sepucuk surat yang didakwa ditulis oleh beliau kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkenaan status ahli judi profesional Paul Phua Wei Seng (Paul Phua).
Fahmi Fadzil_3Pengarah Komunikasinya Fahmi Fadzil berkata penjelasan itu amat penting kerana bukan sahaja mendatangkan impak kepada Zahid sebagai ahli politik, malah kepada negara kerana surat tersebut telah difailkan di mahkamah di Nevada, Amerika Syarikat tetapi telah ditarik balik.
Katanya, bagi mendapatkan penjelasan secara menyeluruh, beliau telah menyampaikan surat kepada Zahid meminta penjelasan mengenai tujuh perkara isi kandungan surat berkenaan.
“Adakah surat yang diterbitkan laman web South China Morning Post di dalam rencana bertajuk Accused gambling kingpin Paul Phua ‘assisting Malaysia on matters of national security’ benar dan sahih dan bagaimana surat yang berstatus ‘private and confidential’ boleh dipamerkan dalam lama web tersebut.
“Apakah projek-perojek berkaitan keselamatan negara yang dimaksudkan Datuk Seri Zahid di dalam surat tersebut, adakah Paul Phua Wei Seng seorang anggota ’14 K’? Dan pernahkan dia ditangkan atau didakwa sebelum ini?” katanya kepada pemberita di luar bangunan Keselamatan Dalam Negeri hari ini.
Terdahulu, beliau menghantar surat meminta penjelasan tersebut kepada Setiausaha Sulit Menteri Dalam Negeri, Mohd Shahrizal Kadir.
Fahmi yang juga Naib Ketua Aangkatan Muda Keadilan (AMK) turut menuntut Zahid menjelaskan sama ada beliau merujuk kepada polis terlebih dahulu sama ada Paul Phua itu merupakan seorang anggota ’14 K’ atau tidak sebelum mengantar surat berkenaan.
“Sebelum menghantar surat tersebut, adakah Datuk Seri Zahid berbincang dan mendapatkan nasihat daripada Peguam Negara tentang isi kandungan surat tersebut serta adakah beliau pernah mengeluarkan pandangan atau surat kepada pihak Interpol mempertahankan Sheikh Yusof al-Qaradawi,” katanya.
Fahmi memberikan masa selama empat hari kepada Menteri Dalam Negeri untuk menjawab tujuh soalan yang dikemukakannya.

Kes editor Harakah buat akar umbi PAS marah

Tindakan lidah rasmi PAS Harakah meminta ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman meletakkan jawatan serta menamatkan kontrak dua pengarang kanannya mencetuskan kemarahan akar umbi PAS.

Perkembangan itu mengundang PAS Batu mengadakan sidang media di Kuala Lumpur bagi menyatakan setiakawan mereka terhadap Lufti dan dua lagi bekas pengarang kanan Harakah – Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid.

Yang Dipertua PAS kawasan Batu, Ishak Surin (kiri) juga melontarkan kemarahannya kepada Pengerusi Harakah Datuk Mustafa Ali dan menyifatkan langkah itu tidak wajar dan tidak mencerminkan amalan dalam sebuah parti Islam.

“Mereka ini diminta berhenti tanpa sebab munasabah. Tak tahu apa sebab pun. Saya rasa ini tindakan yang tidak wajar.

“Tak patut dia (Mustafa) buat begitu. Dia dakwa sebagai pemimpin Islam, PAS. Tetapi perbuatan itu boleh mengaibkan Islam itu sendiri.

“Jadi kerana itulah PAS (kawasan) Batu bersama (kumpulan budayawan) Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) mengadakan sidang akhbar bersama tadi untuk mengutuk kerasnya tindakan yang dibuat Mustafa,” kata Ishak ketika dihubungi Malaysiakini.

Ishak yang juga antara pengasas Harakah juga mengambil langkah drastik menggesa supaya Mustafa (kanan) yang juga setiausaha agung PAS berundur daripada menjadi pengerusi Harakah.

“Saya minta dia berundur. Berundurlah. Dia (Mustafa) suka-suka saja nak berhentikan orang. Saya sebagai manusia saya rasa tak patut kita buang orang yang selama ini berkhidmat dengan Harakah bertahun-tahun.

“Saya sangat sedih. Saya merupakan pengurus Harakah yang pertama. Dulu duit pemimpin PAS pun satu sen pun kami tak ambil. Saya bukan nak ungkit.

“Tetapi, oleh kerana perkara ini sangat menyedihkan. Tak sepatutnya benda ini jadi begini,” katanya lagi sambil menangis.

Dah nak dekat PRN Sarawak, KENAPA 'PERLU' NAK TAMBAH LAGI DUN ???


Tak guna Liow cakap banyak, segerakan audit KLIA2


klia2_Liow


KUALA LUMPUR, 8 JAN: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai perlu segera mengarahkan Ketua Audit Negara (AG) untuk menyiasat tambahan kos pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2).
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.berkata, Liow harus memastikan audit dibuat, dan bukannya sekadar memberikan sokongan lisan semata-mata.
“Liow tidak boleh berhenti dengan sekadar memberikan sokongan lisan kepada cadangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC).
“Enam minggu diambil secara lisan untuk menyokong cadangan PAC, jadi kami harap ia tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk beliau mengarahkan audit dibuat.
“Jika audit tidak menjadi kenyataan, saya yakin Liow akan malu besar sebagai seorang lagi Menteri BN yang hanya pandai bercakap tapi langsung tidak melakukan sebarang tindakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tony yang juga Ahli PAC turut menggesa Liow merangka pelan tindakan dan garis masa bersesuaian untuk audit tersebut.

Umno adalah jalan paling mudah untuk menjadi kaya.....

Oleh Mariam Mokhtar
Kepercayaan orang ramai adalah sesiapa sahaja boleh menjadi kaya di Malaysia tanpa bekerja keras selama bertahun-tahun hanya dengan menjadi politikus Umno-Baru. Lupakan sahaja integriti dan kemegahan diri. Jadi sahaja seorang pengampu dan bersedia untuk membuat jenayah dan menipu orang lain. Jika ada yang tidak bersetuju, hantar sahaja samseng kepada mereka.

Penyokong Umno-Baru yang memerlukan bukti bahawa dasar mereka sudah menggagalkan Melayu – orang yang kononnya mereka lindungi – tidak perlu melihat jauh melangkaui Menteri-menteri mereka. Jika kita ingin meningkatkan standard pendidikan yang rendah, kita perlu selesaikan punca utama masalah, dan bukan sekadar gejalanya. Dalam isu pendidikan, ini bermakna menyingkirkan Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan penasihatnya.
Dua tahun lalu, Muhyiddin berkata bahawa rakyat Malaysia memiliki “sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia”. Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan bertanya mengapa murid Melayu ketinggalan berbanding murid China, dan keliru kerana hanya sedikit orang Melayu yang menjadi usahawan.
Tiga perkara adalah jelas. Politikus Umno-Baru pandai memutarbelitkan kegagalan dasar mereka menjadi isu dengan berbau perkauman. Daripada menyatakan punca masalah yang dialami masyarakat Melayu, Umno-Baru membangkitkan kekurangan Melayu dengan memalukan mereka.
Tambahan pula, parti itu berperangai seperti orang yang memiliki sakit pasif-agresif. Apabila orang Cina tidak menjadi kambing hitam, Umno-Baru akan memuji mereka, namun hanya dengan niat merendah-rendahkan Melayu.
Ahmad Maslan menyatakan kebimbangan terhadap kurangnya usahawan Melayu. Beliau berkata, “Anak-anak Cina walaupun tidak diajar tentang keusahawanan di sekolah, belajar daripada kedai runcit ibubapa mereka selepas pulang.”
“Mereka membantu ibubapa di kedai, kilang, mereka pergi ke syarikat ibubapa.
“Namun anak Melayu tidak begitu. Mereka melastik burung di bawah pokok kelapa sawit, mandi air terjun dan parit. Bila mereka boleh jadi usahawan?”
Tindakan generalisasi dan melaga-lagakan kaum oleh menteri itu ternyata salah. Umno-Barulah yang merampas semangat untuk bersaing daripada orang Melayu. Orang Melayu diberikan bantuan, sementara orang Cina terpaksa bergantung dengan usaha sendiri untuk terus hidup. Kebanyakannya bekerja keras, mengambil setiap peluang yang ada dan memperkembangkan kemahiran untuk bersaing. Orang Melayu pula dimanjakan.

Geramm: Gesaan pemberhentian Ketua Editor Harakah ada motif lain

lutfi harakahSHAH ALAM, 8 JAN: Gerakan Media Marah (Geramm) bimbang isu permintaan supaya Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman meletak jawatan dilakukan atas motif lain bukan disebabkan faktor kesihatan.
Perikatan longgar pengamal media itu berkata, ia berikutan permintaan itu dibuat tidak lama selepas penamatan dua kakitangan akhbar berkenaan iaitu Tarmizi Mohd Jam dan Roslan Hamid, selain berakhirnya kolum tulisan Dinsman.
Katanya, Geramm juga sentiasa mengikuti rapat dan mengambil berat perkembangan semasa Harakah sejak akhbar itu menjadi kontroversi beberapa bulan kebelakangan ini.
“Kalau tiada angin bertiup, takkan pokok bergoyang?
“Geramm khuatir wujud unsur penindasan terhadap mereka melalui tekanan politik dalaman tetapi berselindung atas alasan lain termasuk faktor kesihatan.
“Sekalipun Harakah adalah akhbar kepartian, kebajikan kakitangan sama ada berpangkat tinggi atau rendah harus dipelihara sebaik-baiknya,” katanya dalam satu kenyataan.
Perikatan itu turut menegaskan nilai kebebasan media perlu diangkat dan bukan sekadar melukut di tepi gantang.
GERAKatanya, hal itu membabitkan pemilik organisasi penerbitan yang turut sama melaungkan kebebasan bersuara secara bertanggungjawab.
“Geramm berharap kemelut itu berakhir dengan damai tanpa menjejaskan kewibawaan akhbar, pemilik organisasi atau kakitangan editorialnya,” katanya.
Terdahulu Ahmad Lutfi berkata beliau tidak tahu sama ada hasrat untuk memberhentikannya mempunyai kaitan dengan penyiaran artikel yang dikatakan mengkritik ulama dalam PAS.
Sebaliknya, kata Lutfi, beliau hanya dimaklumkan melalui sepucuk surat bahawa keputusan itu dibuat ahli lembaga pengarah atas faktor kesihatan.

Mesyuarat kabinet semalam berlalu tanpa makna

Mesyuarat kabinet yang pertama dalam masa tiga minggu sejak bencana banjir terburuk meragut nyawa sekurang-kurangnya 23 korban, memindahkan suku juta mangsa, serta menjejaskan lebih sejuta orang dan menyebabkan kerugian berbilion ringgit, amat mengecewakan.

Ia langsung gagal untuk membincangkan satu pun daripada lima perkara mengenai bencana banjir yang saya sebutkan dalam e-mel kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Ahad.

Ia terutamanya mengenai perisytiharan darurat supaya kita dapat menangani kerja-kerja pasca bencana dengan lebih cepat dan efisien.

Perkara lain termasuk mengadakan sidang Parlimen khas dan juga menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan kesiapsiagaan pengurusan bencana banjir; selain daripada menubuhkan Majlis Tindakan Bersama BN-Pakatan Rakyat dan peruntukan RM500 juta sebagai pinjaman tanpa faedah antara RM1,000 ke RM250,000 supaya mangsa banjir dapat memulakan semula perniagaan mereka.

Sewaktu timbalan oerdana menteri yang juga pengerusi Majlis Keselamatan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) berada di Kelantan pada hari Selasa untuk mempengerusikan mesyuarat koordinasi pasca banjir Kelantan, beliau berkata kerosakan terhadap harta benda awam berjumlah RM932.4 juta.

Namun data kerosakan yang dilaporkan oleh beberapa kementerian dan agensi kerajaan dalam kes-kes berikut sudah pun melebihi RM1.6 bilion, iaitu:

  • Kerosakan harta benda sekolah di Kelantan dan negeri-negeri lain - RM500 juta;
     
  • Membaiki jalan rosak dan tebing runtuh - RM434 juta;
     
  • Membaiki kerosakan stesen dan laluan kereta api - RM250 juta;
     
  • Operasi membersih oleh kementerian kerajaan tempatan di Kelantan sahaja: RM200 juta;
     
  • Baik pulih hospital dan klinik oleh Kementerian Kesihatan - RM270 juta;
     
  • Membaik pulih balai polis yang rosak - RM15 juta.
Bagaimana kerosakan swasta?

Tidak semua kementerian dan agensi kerajaan mengumumkan penilaian kerosakan. Dan angka di atas bukanlah anggaran terakhir bagi kerja membaik pulih yang diperlukan.

Seperti yang dikatakan oleh Menteri Kesihatan Datuk Dr S Subramaniam (bawah) semalam, bil RM270 juta yang dianggarkan untuk memperbaiki kerosakan akibat banjir di Pantai Timur terhadap hospital dan klinik dijangka akan bertambah apabila maklum balas diterima daripada kesemua agensi berkaitan.

SIAPA PENGKHIANAT SEBENARNYA SELEPAS KITA MERDEKA 57 TAHUN !!!


CEO BMF: Diam tanda buku saya benar

Pengarah Eksekutif Bruno Mansur Fund Lukas Straumann berkata, tindakan bekas ketua menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud yang berdiam diri ke atas tuduhan yang dimuatkan dalam bukunya berhubung pembalakan di Sarawak membuktikan kandungannya adalah sahih.

Straumann sebelum ini dituduh memfitnah Taib melalui bukunya bertajuk Money Logging: On the Trail of the Asian Timber Mafia.

Dalam suratnya kepada Mischon de Reya Solicitors, yang mewakili Taib di United Kingdom, Strauman menjelaskan bahawa Taib gagal mengemukakan tindakan undang-undang terhadapnya.

"Disebabkan kegagalan anak guam anda untuk mengemukakan tindakan undang-undang ke atas saya atau buku saya, boleh disimpulkan bahawa anak guam anda gagal membuktikan bahawa buku saya bersifat memfitnah dan dengan itu, beliau mengakui bahawa keseluruhan buku saya berasaskan fakta dan benar," tulis Straumann.

Straumann turut menjemput Taib untuk menjelaskan kepada umum sewaktu pelancaran bukunya, pada 16 Januari di London, mengenai usaha yang dilakukan bekas ketua menteri itu sehingga memperolehi banyak kekayaan.

“Sekiranya anak guam anda gagal hadir, kami akan menyimpulkan bahawa beliau secara senyap-senyap menerima tuduhan dalam buku saya,” katanya.

Staumann turut membangkitkan bahawa Mischon de Reya Solicitors berulang kali menyebut dalam surat kepada pelbagai media di UK dan Kanada bahawa kekayaan Taib diraih secara “independen”.

“Namun anda gagal menjelaskan bagaimana anak guam anda mendapatkan kekayaan mengikut undang-undang,” kata Straumann.

Kontroversi Charlie Hebdo, Pernah Hina Islam


Pengarah akhbar mingguan satira Charlie Hebdo, Stephane Charbonnier menunjukkan muka depan akhbar berkenaan pada 19 September lalu. Charb antara 12 mangsa yang terbunuh dalam serangan bersenjata di pejabat akhbar berkenaan di Perancis pada Rabu. 

JAKARTA: Charlie Hebdo atau yang dalam bahasa Inggeris dikenali 'Charlie Weekly' adalah akhbar mingguan Perancis yang memuatkan kartun dalam bentuk satira, laporan, polemik serta lelucon (humor).
Menurut laporan Kompas.com, akhbar Charlie Hebdo dikenali sebagai anti-agama dan bersayap kiri, memuat artikel mengenai puak ekstremis kanan.
Ia turut menyentuh isu mengenai penganut berfahaman Katolik, Islam, Yahudi serta isu berkaitan politik, budaya dan pelbagai isu semasa lain.
Menurut Ketua Pengarangnya, Stephane Charbonnier, akhbar itu bukan sahaja memuatkan pandangan kelompok sayap kiri malah mereka turut mengutarakan pandangan mereka yang berkecuali dalam sesuatu isu.
Akhbar mingguan tersebut mula diterbitkan pada tahun 1969 hingga 1981 dan penerbitannya dihentikan seketika selepas itu.
Namun, pada tahun 1992 akhbar tersebut diterbitkan semula.
Stephane Charbonnier yang lebih dikenali dengan panggilan Charb adalah pengarang akhbar minggguan tersebut ketika ini.
Beliau mengetuai akhbar tersebut sejak tahun 2009 hingga kini.

Serangan Charlie Hebdo: Ini 'warning' kepada semua kartunis - Ujang

Serangan Charlie Hebdo: Ini 'warning' kepada semua kartunis - Ujang
KUALA LUMPUR: Semua kartunis diminta menghormati sensiviti agama ketika berkarya dan mengambil iktibar daripada insiden serangan ke atas pejabat akhbar satirikal Perancis, Charlie Hebdo.

Kartunis Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon berkata, ia dilihat sebagai amaran kepada semua kartunis di seluruh dunia untuk berhati-hati dan peka dengan isu itu, terutamanya yang menyentuh isu agama.

"Ini warning (amaran) jelas kepada kartunis sendiri. Perkara ini bukan baru berlaku namun sudah lama disedari dan tidak harus diambil remeh.

"Jangan 'main api' dengan perkara agama, apa yang berlaku di Paris itu harus dijadikan teladan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Polis Perancis pada Khamis juga telah menyiarkan gambar dua beradik yang didakwa terbabit dalam insiden serangan yang meragut 12 nyawa di Paris itu.

Polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Cherif Kouach, 32 tahun, dan abangnya Said, 34 tahun, selain merayu maklumat dari orang ramai bagi membolehkan dua beradik tersebut dikesan.

Dalam pada itu, kata Ujang, kartunis juga diharap melukis dan menyalurkan idea lukisan mereka berbentuk humor sosial dan kemasyarakatan.

"Banyak isu lain yang boleh dibuat selain agama, mereka (kartunis) boleh melukis dan berjenaka mengenai kehidupan sehari-hari, budaya masyarakat dan pelbagai lagi dengan syarat tidak melanggar adab dan batas," tegasnya.

Pada 2012, Charlie Hebdo pernah menerbitkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW sekali gus memburukkan lagi ketegangan global berhubung filem "The Innocence of Muslims" yang memperlekehkan agama Islam.

Perkembangan tersebut menyebabkan Perancis meningkatkan kawalan keselamatan di semua kedutaan negara itu.

1MDB : Pinjaman Hutang RM2 Bilion (US$RM563 Juta) Antara Punca Masalah Ekonomi & Ringgit Malaysia 2015 Jatuh Lebih RM3.50++

1mdb
Ketua Pegawai Eksekutif CEO 1MDB bekas ahli perbankan dari Malaysia yang berpangkalan di Abu Dhabi, Arul Kanda Kandasamy yang telah mengantikan CEO 1MDB sebelum ini iaitu Mohd. Hazem Abdul Rahman tampil memberikan kenyataan yang mana 1MDB adalah peminjam yang bertanggungjawab dan tidak pernah gagal membuat bayaran pinjaman seperti yang dijanjikan. Malangnya…..
Malangnya, kata-katanya tidak diyakini melihatkan laporan berita portal berita perniagaan The Edge dan juga penyedia laporan berita terkemuka dunia Reuters apabila menyediakan laporan berita seperti di bawah ini :

Laporan Berita The Edge Financial Daily & Reuters : 1MDB Gagal Bayar Pinjaman

Nah…membaca laporan berita Reuters, 1MDb sekarang ini diberikan lanjutan untuk membuat bayaran dan menjelaskan pinjaman sejumlah RM2,000,000,000 (RM2 bilion) setelah 2 kali gagar membayar pinjaman tersebut. Inilah beban besar yang terpaksa ditanggung oleh bank-bank seperti Maybank dan RHB Bank. Senarai pemberi pinjaman daripada jumlah Rm2 bilion itu :
  1. Maybank 58.99% daripada RM2 billion
  2. RHB has 32.41%
  3. Alliance Investment Bank Bhd (4.06%)
  4. Malaysia Building Society Bhd (3.24%)
  5. Hwang DBS Investment Bhd (1.29%)
  6. CIMB?
Hari ini sudah 8 Januari 2015 bersamaan hari Khamis. Tinggal 23 hari sahaja lagi. Pejam celik pejam celik sudah menginjak ke 30 Januari 2015.

Kepimpinan tertinggi PAS perlu campur tangan dalam Harakah

Ishak (dari kiri), Dinsman dan Rozan mendesak kepimpinan tertinggi PAS memberi penjelasan dan berlaku adil terhadap tiga editor yang diberhentikan kerja tanpa mengikut prosedur sepatutnya.

KUALA LUMPUR, 8 Januari:
Kepimpinan tertinggi PAS diminta campur tangan dalam kemelut dalaman Harakah, ekoran pemberhentian tiga editor akhbar parti itu, baru-baru ini.
PAS Kawasan Batu dan badan bukan kerajaan (NGO), Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) mendesak kepimpinan parti itu memberi penjelasan dan berlaku adil terhadap tiga editor yang diberhentikan kerja itu.
Mereka yang diberhentikan adalah Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman; Pengarang, Datuk Tarmizi Mohd Jam dan Editor Rencana, Roslan Hamid.
Ketiga-tiganya mendakwa diberhentikan pengurusan akhbar parti itu, tanpa mengikut prosedur betul antara majikan dan pekerja.
Difahamkan, kemelut itu bermula dengan tindakan memberhentikan serta-merta khidmat Tarmizi pada 1 Oktober lalu, kerana mengkritik kepimpinan PAS, disusuli Roslan pada Disember lalu, kerana menyiarkan tulisan budayawan Dinsman yang mengkritik ulama dalam kepimpinan PAS.
Manakala Ahmad Lutfi pula diberhentikan atas alasan kesihatan, ketika beliau bercuti sakit dan masih menerima rawatan.
Yang Dipertua PAS kawasan Batu, Ishak Surin menyifatkan tindakan menamatkan perkhidmatan tiga editor akhbar parti itu sebagai tidak beretika, biadap bahkan zalim.
“Memang tidak terjangkau oleh fikiran yang waras, apatah lagi sanggup dilakukan oleh mereka yang mendakwa sebagai pemimpin Jemaah Islam.
“Semua ini berlaku ketika PAS sedang bergolak hebat dengan krisis kepimpinan dan konflik antara golongan tertentu, sehingga mengakibatkan jualan akhbar Harakah merundum dengan teruk sekali,” ujarnya dalam sidang media pada Khamis.

UM larang kakitangan anjur program politik

Ketika kerancakan kembali kegiatan mahasiswa di Universiti Malaya (UM), semua kakitangan pusat pengajian tinggi itu bagaimanapun kini dilarang menganjurkan sebarang kegiatan politik.

Gambar surat larangan daripada Pendaftar UM Yusoff Musa itu dimuat naik ke Facebook oleh pensyarah kanan ekonomi universiti itu Lee Hwok Aun

Surat itu antaranya menyebut, penglibatan itu tidak dibenarkan termasuk ketika cuti pengajian, percutian atau menghadiri seminar di dalam dan luar negara.

Surat itu juga menyebut bahawa UM memandang serius tingkah laku yang “tidak menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, hormat serta patuh kepada undang-undang”.

Sebagai reaksi, Lee (atas) berkata, masanya sudah tiba untuk keluar daripada bayang-bayang dan mengambil tempat sebagai “tuan” di universiti.

Ketika dihubungi, Lee mengesahkan menerima surat itu hari ini.

'Kenapa tambah DUN S'wak, tapi parlimen kekal?

DAP mempersoalkan kewajaran tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa melakukan perkara sama terhadap kerusi parlimen.

Anggota parlimen Serdang Ong Kian Ming (bawah) berkata oleh kerana peningkatan jumlah yang layak mengundi dijadikan alasan untuk menambahkan kerusi DUN, perkara sama harus berlaku di peringkat parlimen.

Beliau membangkitkan sama ada ia tidak dilakukan kerana BN tidak lagi mempunyai sokongan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat untuk menambah kerusi parlimen.

“Jika kerusi parlimen baru dicadangkan, amalan persempadanan semula di seluruh Sarawak mungkin tertangguh kerana tersangkut di peringkat parlimen,” katanya.

SPR pada Rabu mencadangkan untuk menambah 11 kerusi DUN di Sarawak daripada 71 pada masa sekarang kepada 82 kerusi.

Lebih 100 petani, penternak Perak demo sayur di Putrajaya

Saya Tak Tinggal Apa, Semua Hanyut - Nenek Sarimah


Pasca Banjir: 56 sekolah dibenarkan mula lewat – Muhyiddin

sekolah banjir


Sejumlah 56 sekolah yang masih jadi pusat pemindahan banjir dibenarkan mula sesi persekolahan lewat.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kementerian juga akan memberi tumpuan dalam menggantikan perabot dan buku-buku teks yang rosak di sekolah yang terjejas teruk akibat banjir.
Sebelum ini, Muhyiddin berkata kementerian menganggarkan RM350 juta diperlukan untuk membaiki infrastruktur sekolah di yang teruk terjejas banjir di seluruh negara,



Keluarga tentera hadapi musibah banjir sendirian


Tanpa memikirkan keselamatan ahli keluarga di kampung, anggota tentera bertarung nyawa membantu mangsa banjir.
Tanpa memikirkan keselamatan ahli keluarga di kampung, anggota tentera bertarung nyawa membantu mangsa banjir.
 
Ketika paras air naik sedikit demi sedikit mencecah lantai dan barang kelengkapan rumah mula digenangi air, seorang suri rumah bersama tiga anaknya hilang arah tanpa suami di sisi.
Beberapa jam kemudian, air yang naik sehingga paras pinggang dewasa, menenggelamkan satu persatu perabot, barangan elektronik dan dapur.
Namun, suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Che Su, 40-an ini dan anaknya masih kelam kabut menyelamatkan apa barangan tercapai tangan.
Tanpa menghiraukan keselamatan diri dan anak, Che Su serta penduduk di taman perumahan, dekat Tanah Merah itu diarah berpindah segera ke pusat pemindahan banjir oleh anggota Bomba dan Penyelamat kerana air semakin naik.
Dalam keadaan berbelah bahagi, antara harta benda dan keluarga, Che Su akhirnya akur dan membawa anak beliau ke sebuah sekolah yang dijadikan pusat pemindahan banjir.
Air Sungai Kelantan terus naik dan menenggelamkan separuh dari bandar Tanah Merah serta memberi kesan kepada penduduk di kebanyakan kawasan perumahan sekitar.
Ke mana suami Che Su ketika saat keluarganya bertarung nyawa?
"Suami bertugas… sejak awal banjir lagi dia dipanggil bertugas di Gua Musang dan Kuala Krai membantu mangsa banjir.
"Saya cuba juga hubungi suami untuk memaklumkan keadaan keluarga, tetapi tak dapat sebab semua hubungan komunikasi terputus.
"Terpaksalah saya uruskan seorang diri antara nak selamatkan kelengkapan rumah, diri sendiri dan anak," katanya mencerita pengalaman menjadi isteri kepada anggota tentera.

Pasca Banjir: Pulanglah wahai anak Kelantan...

banjir 
Rakyat Kelantan di perantauan disaran pulang bagi memberi sokongan moral kepada keluarga mereka yang mengalami kesan banjir.
Perunding Psikologi dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali berkata, kemurungan yang melanda mangsa banjir itu hanya boleh diubati apabila mereka merasakan ada orang sekeliling yang prihatin dengan apa yang terjadi.

“Keprihatinan ahli keluarga amat diperlukan ketika ini di samping sokongan daripada orang sekeliling untuk menggambarkan bahawa mereka tidak berseorangan menghadapi apa yang berlaku.

“Mangsa-mangsa yang terjejas ini perlu diingatkan untuk terus bersyukur kerana mereka masih diberi kesempatan untuk hidup walaupun berdepan dengan musibah besar,” katanya.

Menurutnya, mangsa banjir tidak seharusnya ditinggalkan bersendirian dan ahli keluarga diminta sentiasa berhubung dengan mereka walaupun melalui telefon.

Kelmarin, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, menempatkan seramai 85 pegawai psikologi di kawasan terjejas banjir di seluruh negara bagi membantu mengurangkan trauma dialami mangsa bencana itu.

Sementara itu, Pensyarah Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia, Dr Sivamurugan Pandian berkata, selain ahli keluarga, sokongan itu juga perlu datang daripada pihak pentadbir dengan melakukan pemulihan segera di kawasan yang terjejas.

“Di peringkat pasca banjir, mangsa melihat banyak kemusnahan harta benda. Jadi, pihak bertanggungjawab seperti agensi yang ditugaskan untuk membersihkan kawasan atau membaik pulih kawasan terjejas perlu menyegerakan tugas itu.

“Langkah ini juga boleh membantu pulihkan emosi mangsa. Sebab itu kita perlukan sistem sokongan daripada pelbagai pihak,” katanya.

Bekas pengurus gesa Mustafa Ali berundur mengetuai Harakah


Pengasas Harakah, Ishak Surin berkata, ‎tindakan memecat tiga pengarang lidah rasmi PAS bersifat zalim dan melanggar hak kebebasan bersuara

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali digesa berundur daripada kedudukannya sebagai ‎Pengerusi Harakah kerana memecat tiga pengarangnya, kata Ishak Surin.
Pengasas lidah rasmi PAS itu berkata, ‎tindakan memecat Pengarang Harakah Tarmizi Md Jam, Pengarang Rencana Roslan Hamid, dan Ketua Pengarang Ahmad Lutfi Ahmad itu bersifat zalim dan melanggar hak kebebasan bersuara.
"‎Saya cabar Mustafa Ali berundur. Kita sangat benci 'anak' yang kita lahirkan tiba-tiba bersikap zalim," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.  Ketiga-tiga mereka pengarang Harakah itu dikatakan dipecat secara serta-merta kerana menyiarkan artikel yang mengkritik kepimpinan ulama dalam PAS.

Derita mangsa banjir tidak terkata

A Shukur Harun

Walau apapun yang menyebabkan berlaku banjir besar minggu lalu di enam negeri, yang pastinya menimpakan kerosakan yang amat dahsyat terhadap rakyat, khususnya rakyat di Pantai Timur terutama di Gua Musang, Kuala Kerai, Manik Urai, Kubang Kerian, Tanah Merah, Pengkalan Chepa. Juga di Kemaman, Dungun, Temerloh, Kuala Kangsar dan lain-lain tempat.
Bayangkan ratusan ribu mangsa banjir di pantai tumur, terutamanya di Kuala Kerai, Manik Urai yang selama hampir seminggu ditempatkan di pusat perlindungan. 
 Tetapi apabila air surut, mereka hendak pulang tetapi rumah mereka dihanyut banjir, ada yang rosak teruk dan harta benda musnah.
Kesan psikologi bagi mangsa banjir ini sangat berat. Ada yang menangis, ada yang termenung panjang, ada yang seperti kena histeria, ada yang tunduk tidak berkata apa-apa.
Ada yang merayau-rayau di kawasan rumah mereka yang runtuh dan dihanyut air, cuba hendak mengingat kembali rumah mereka dulu.
Tetapi apa yang ada di depan mereka, hanya puing-puing keruntuhan, perabot rumah yang bersalut lumpur tebal, ada rangka rumah yang bersepah, ada yang musnah sama sekali. Saya teringat makan durian di rumah seorang sahabat di sana ketika mengikuti kempen pilihan raya kecil di Manik Urai. Saya diberitahu, rumahnya juga rosak teruk.
Demikianlah keadaan kawasan yang ditimpa banjir besar dan sudah tentu bukan mudah hendak membina semula kehidupan, lebih-lebih lagi anak-anak akan bersekolah semula tidak lama lagi.
Bayangkan bagaimana ibu bapa dan anak-anak menghadapi musim persekolahan ketika rumah mereka dihanyut banjir atau rosak teruk. Mereka akan tinggal di khemah sementara yang dibina pelbagai pihak. Tetapi berapa lamakah mereka akan meneruskan kehidupan dengan cara begitu? Mahu tidak mahu mereka akan meneruskan kehidupan yang amat payah ini yang entah berapa lama lagi.
Kita tidak tahu sampai bila mereka akan meneruskan kehidupan yang sukar ini, tetapi ada terdengar sayup-sayup pengumuman banntuan dari kerajaan untuk mendirikan rumah sementara kepada mangsa banjir ini. Tetapi tidak tahu berapa lama.

Ringgit dijangka kekal rendah untuk tempoh beberapa bulan

Ringgit dijangka kekal rendah untuk tempoh beberapa bulanKUALA LUMPUR: Kejatuhan nilai mata wang ringgit pada paras terendah sebaik sahaja 2015 membuka tirainya minggu lalu dijangka kekal untuk tempoh beberapa bulan bagi tahun ini.

Pengarah Urusan Asian Islamic Investment Management Sdn. Bhd. (AIIMAN) Akmal Hassan berkata aliran momentum terendah yang dicatatkan ketika ini dipengaruhi keputusan Rizab Persekutuan untuk menaikkan kadar faedah yang mana mengukuhkan nilai mata wang dolar semasa.

Beliau berkata, kejatuhan harga minyak mentah global di bawah paras AS$50 setong turut mempengaruhi kejatuhan ringgit untuk berada pada paras terendah untuk tempoh lima tahun setengah.

Katanya kekuatan ekonomi negara bergantung kepada pendapatan hasil minyak dan ini sekali gus menjadikan faktor penyumbang kepada kelemahan nilai ringgit.

"Situasi kejatuhan ringgit bukanlah sesuatu yang membimbangkan tetapi tidak boleh terlalu selesa kerana ia (nilai ringgit) akan memberi impak kepada kuasa membeli." katanya ketika dihubungi Bisnes Awani di sini, pada Rabu.

Tambah beliau lagi situasi ini juga mendorong pelabur enggan mengambil risiko mendagangkan mata wang ringgit dalam masa terdekat.

Bajet 2015 terganggu kerana banjir kata Hasan Malek

Bajet 2015 terganggu kerana banjir - Hasan Malek
KUALA LUMPUR: Bajet 2015 yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Oktober tahun lepas dilihat akan terganggu dengan bencana banjir yang melanda beberapa negeri kebelakangan ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, beberapa penambahan peruntukan dijangka berlaku terutama untuk proses pembinaan semula kawasan terjejas.

"Memang Bajet 2015 akan terganggu, semuanya ada kaitan dengan banjir yang berlaku.

"Peruntukan dijangka bertambah untuk membaiki semula infrastruktur dan pembinaan semula kemudahan masyarakat yang musnah akibat banjir," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hasan mengulas kemungkinan penambahan di dalam peruntukan Bajet 2015 selepas bencana banjir yang melanda Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor dan Sabah baru-baru ini.

Bajet 2015 yang bertemakan "Ekonomi Keperluan Rakyat" menggariskan tujuh strategi utama iaitu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, memantapkan tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa agenda Bumiputera, memartabatkan peranan wanita, membangunkan program transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat.

Balak haram hanya di Kelantan?


BENARLAH seperti yang dinyatakan dan dipersetujui oleh banyak pihak bahawa kegiatan pembalakan haram yang tidak terkawal adalah salah satu faktor banjir besar melanda Kelantan baru-baru ini.

Seperti yang dibuktikan menerusi gambar-gambar di media, juga dilihat sendiri oleh petugas sukarela pasca banjir, bertan-tan kayu balak yang dihanyutkan air deras telah meranapkan rumah dan bangunan, juga telah meruntuhkan jambatan.

Maka ada sebab untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim marah-marah dengan penebangan hutan secara haram lagi amat rakus di negeri Cik Siti Wan Kembang itu, khasnya di kawasan Lojing.

Kata beliau, seperti disiarkan media: “Di Kelantan, cara mereka tebang pokok macam negeri tak ada undang-undang, jabatan yang patut jaga hutan tidak mengambil tindakan yang sepatutnya.”

Menteri itu kesal kerana perakus yang melakukan kegiatan haram itu tidak kena apa-apa, sedangkan beratus-ratus ribu rakyat Kelantan kini menderita dengan musibah yang menimpa.

“Kita harus buat sesuatu dengan segera,” katanya sambil berjanji akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya “pihak yang terlibat dengan kegiatan pembalakan haram itu dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya.”

Mudah-mudahan suara dan sikap Shahidan yang amat berkobar-kobar – seperti yang disiarkan TV – untuk memerangi pembalak haram di Lojing betul-betul berkesan. Kalau boleh biarlah dalam waktu terdekat ini penjenayah balak itu dihukum.

Tetapi, perlu diingat adakalanya cakap sahaja berkobar, tindakan tidak seberapa.

Tambahan pula kes pembalakan haram dan penebangan hutan tidak mengikut undang-undang ini bukan terjadi hanya di Serambi Makkah.

Penyangak dan perompak hutan wujud juga di negeri-negeri lain, malah lebih teruk.

Kalau kita masih ingat, hanya kira-kira dua bulan lalu, penebangan dan penerokaan hutan secara haram telah memberi kesan amat buruk di Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur.

Bantuan banjir sampai boleh buka kedai?

Longgokan pakaian terpakai yang disumbangkan pelbagai pihak untuk mangsa banjir di sebuah
bangunan di Sungai Durian, Kuala Krai 
 Longgokan pakaian terpakai yang disumbangkan pelbagai pihak untuk mangsa banjir di sebuah bangunan di Sungai Durian, Kuala Krai

KUALA KRAI - 'Ada yang sudah boleh buka kedai’. Itu gambaran diberi seorang penghulu sebuah kampung, di sini, mengenai pelbagai bantuan yang diterima lebih 100 keluarga yang menjadi mangsa banjir di kampungnya.

Setiausaha sebuah majlis tindakan Dun (MTD) pula menggambarkan betapa banyaknya bantuan terutama makanan diterima hingga boleh diagihkan kepada semua penduduk di Dun itu termasuk yang tidak terlibat banjir.

“Jika bantuan makanan, tidak ada mangsa banjir kebuluran kerana bekalan mencukupi, bahkan penduduk yang tidak terlibat secara langsung dengan banjir pun kita beri bantuan makanan,” katanya ketika ditemui.

Namun, dua gambaran itu tidak boleh dijadikan ukuran tahap sampainya bantuan kepada penduduk di puluhan kampung di daerah ini yang terjejas teruk akibat banjir terutama di kawasan pedalaman seperti di Dun Dabong.

Ini kerana, suasana berbeza dikatakan berlaku kepada penduduk di sebuah perkampungan di seberang Sungai Kelantan, yang dikatakan terputus bekalan makanan selepas bencana itu berakhir.

Pasca Banjir: Gelandangan baharu Kuala Krai

Khemah dipasang berselerakan di Kampung Dusun Nyior, Kuala Krai, Kelantan selepas rumah mereka hanyut dan musnah dilanda banjir. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 8 Januari, 2015.  Khemah dipasang berselerakan di Kampung Dusun Nyior, Kuala Krai, Kelantan selepas rumah mereka hanyut dan musnah dilanda banjir. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 8 Januari, 2015. Selain menyelamatkan ibunya, Mohd Zafian Abdullah juga sempat memastikan kucing kelabu miliknya, Labu turut selamat. Tetapi semua yang lain miliknya termasuk rumah sendiri, musnah dalam banjir paling teruk pernah melanda Malaysia dalam beberapa dekad.
Kini mereka bertiga tinggal di khemah sementara, yang dibina daripada besi buruk dan kepingan plastik.
Berdekatannya, seorang balu sudah tua, Hasnah Mohamad, berjalan keliling kampungnya yang musnah, berbual dengan jiran untuk menghabiskan masanya. Dia tiada rumah untuk dibersihkan mahupun harta benda untuk diselamatkan daripada musnah, dan duduk bersahaja hanya akan membuatkannya tertekan.

Pada saat Putrajaya menghitung kos kemusnahan akibat banjir baru-baru ini, penduduk Kampung Dusun Nyior di Kuala Krai, Kelantan yang kini tiada tempat tinggal, sudah bersedia untuk membina khemah di kampung mereka yang rata dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan mendatang tanpa sebarang keperluan asas. Kampung yang kecil itu, terletak jauh di dalam ladang kelapa sawit dan sangat terpencil di mana ia tidak dapat dijumpai pada peta, dan ia hampir dibinasakan sepenuhnya selepas sungai Kelantan bersebelahannya melimpahkan air, memecahkan tebingnya dan meranapkan rumah mereka dua minggu lepas.
Rumah-rumah kayu yang dulunya pernah berdiri kini berganti dengan khemah usang diperbuat daripada bahan yang didermakan, tikar jerami dan kayu-kayan yang baru didirikan untuk tempat tinggal penduduk kampung yang tiada tempat berteduh dan tiada wang untuk membina semula rumah mereka.
Zalfian, 26, menyiku kucingnya bermata kuning (bernama Puma yang berlalu pergi) berdengkur di sampingnya.
"Saya membawanya bersama ke pusat pemindahan; Saya tidak boleh membiarkan kucing ini ketika banjir melanda,” katanya.
Kini rumah kecil, dibina daripada logam kecil yang diperbuat daripada rangka logam yang dikutip di kawasan tanah perkuburan berdekatan, manakala tarpaulin plastik di atas kepalanya didermakan.
Dia berkata, rumahnya tertanam di bawah timbunan runtuhan.
Seorang mangsa banjir di Kampung Dusun Nyior, Kuala Krai, Kelantan menunaikan solat di luar rumahnya yang rosak teruk. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 8 Januari, 2015. Seorang mangsa banjir di Kampung Dusun Nyior, Kuala Krai, Kelantan menunaikan solat di luar rumahnya yang rosak teruk. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 8 Januari, 2015. "Apa yang saya lakukan sekarang adalah makan dan tidur, dan membersihkan bahagian asas. Saya pun tidak tahu bila saya boleh mula bekerja kerana gerai tempat kerja saya binasa disebabkan banjir. Tentu sekali bukan pada bulan depan," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Saya tidak ada modal. Jadi saya hanya tinggal di khemah melainkan jika mendapat bantuan daripada kerajaan," kata Zafian, seorang pembuat dan penjual roti canai untuk sara kehidupannya.
Dia berterus-terang berkata tidak mungkin dapat membina rumah baharu dengan simpanan yang tidak mencukupi.
Setakat ini makanan tidak menjadi masalah untuk lebih 50 penduduk Kampung Dusun Nyior kerana sumbangan mencurah-curah daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan individu perseorangan beberapa kali sehari sejak banjir reda minggu lepas.

Bantuan Banjir..Ujian Untuk Orang Yang Tak Kena Banjir - Ustaz Azhar Idrus

Pasca banjir - Permulaan hidup penduduk Manik Urai

Kantoi Lagi: Lawak Apa Rosmah Buat Ni, Rumahnya Di Jalan Duta Bukan Di Tepi Jalan Pun?

Orang UMNO yang mengetahui dan biasa berkunjung ke rumah peribadi Najib Razak di Jalan Duta rata-rata ketawa kecil dan tersenyum simpul sambil kehairanan apabila Rosmah Mansor menyatakan beliau dan Perdana Menteri selalu tidak dapat tidur kerana gangguan bunyi bising mat rempit.

Mereka berkata, lawak apa yang sedang dipersembahkan oleh Rosmah itu atau ia sekadar mahu "menunjuk-menunjuk" keprihatinannya kerana seolah-olah turut terganggu dengan masalah yang ditimbulkan oleh kaum remaja.

Yang lain pula tidak segan-segan menyatakan ia hanyalah kaedah untuk menarik simpati setelah kembali daripada percutian dan "berjoli" dengan jet kerajaan manakala Najib pula dijangkiti e.coli yang masih misteri di mana diperolehinya jangkitan bakteria itu.

Ini kerana majoriti ahli dan pemimpin UMNO biasa benar dengan lokasi rumah Najib itu. Sepanjang masa sebelum Najib berpindah ke Seri Perdana, di rumah itu kerap sekali diadakan jamuan Hari Raya, berbuka puasa, doa selamat, tahlil dan sebagainya.

Rumah  peribadi yang terletak berhampiran Kedutaan India itu bukanlah terletak di tepi jalan besar sebenarnya. Ia terletak agak ke dalam sedikit  di satu lorong kecil dan boleh dikatakan agak terpencil kedudukannya.

Berdepan dengan rumah Najib itu pula  ialah kediaman bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Harun Idris dan bahagian belakang rumah bekas pemimpin Selangor itulah yang sebenarnya mengadap Jalan Duta.