Selasa, 6 Januari 2015

Phua "Raja Judi": Kerajaan perlu telus dan berani

KUALA LUMPUR: PAS mendesak pihak kerajaan memberikan penjelasan berkenaan isu surat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang telah ditarik balik daripada satu perbicaraan di Mahkamah Daerah Nevada selepas Putrajaya membantah ia digunakan untuk pembelaan kes Paul Phua Wen Seng.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata sungguh menghairankan apabila melihat kesungguhan dan keberanian seorang menteri kabinet menghantar surat kepada Timbalan Pengarah FBI Mark F Giuliano pada 18 Disember 2014 dengan memberi jaminan bahawa Paul Phua Wen Seng bukanlah anggota kongsi gelap 14k Triad bahkan mendakwa Phua telah membantu Malaysia dalam perkara-perkara "keselamatan negara" dan berharap Phua dapat pulang ke Malaysia.

"Namun, tindakan beliau itu tidak pula direstui dan dibantah oleh Putrajaya," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Justeru, katanya pihak kerajaan perlulah telus dan berani memperjelaskan isu ini kepada masyarakat umum kerana ia melibatkan bukan sahaja integriti seorang menteri tetapi seluruh kabinet pimpinan PM Dato’Seri Najib Razak.

Phua "Raja Judi" : Polis sendiri tak tahu kandungan surat Zahid kepada FBI

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berunding dengan pihak polis sebelum menghantar surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS) berhubung isu Paul Phua, yang didakwa seorang 'raja judi'.

Menurut sumber polis, malah Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri tidak tahu menahu berhubung perkara itu.

“Tiada sesiapa pun dalam polis tahu berhubung surat itu atau kandungannya.

“Kami hanya difahamkan kewujudannya selepas perkara itu didedahkan oleh media,” kata sumber kepada Malaysiakini.

Sumber itu juga menafikan bahawa pasukan itu membuat kesilapan seperti didakwa peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebelum ini.

Sementara itu, Khalid ketika dihubungi enggan mengulas berhubung perkara itu dan berkata soalan itu sepatutnya diajukan kepada pihak menteri.

Mimbar Masjid Kelaweh hanyut dalam banjir

Mimbar Masjid Kelaweh yang dihanyutkan banjir dijumpai kira-kira satu kilometer dari masjid.
Mimbar Masjid Kelaweh yang dihanyutkan banjir dijumpai kira-kira satu kilometer dari masjid.
Kalau selalunya kariah Mukim Pangkal Melerek, dekat Machang, mendengar khutbah Jumaat yang disampaikan khatib di atas mimbar, tetapi tidak demikian Jumaat lalu.
Mereka dimaklumkan, mimbar itu 'hilang' dibawa arus deras dalam kejadian banjir yang melanda jajahan itu minggu lalu.
Mimbar yang diperbuat dari kayu seberat setengah tan itu dijumpai penduduk tersadai berhampiran bendang padi dalam keadaan masih baik dan sedikit berlumpur.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Mat Rasol berkata, kariah yang datang menunaikan solat Jumaat empat hari lalu tertanya-tanya kenapa khatib membaca khutbah di atas lantai, bukan atas mimbar seperti sebelumnya.
"Lama kemudian baru ramai kariah dapat tahu mimbar itu dihanyutkan air dalam banjir baru-baru ini," katanya kepada MalaysiaGazette di sini.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika air Sungai Kelantan naik melepasi paras bahaya dan menenggelamkan hampir separuh daripada masjid itu.

Lima langkah syarikat insurans bantu mangsa banjir

Rumah-mangsa-musnah-Bomba-M
LIAM mengumumkan lima langkah yang boleh diambil oleh mangsa banjir untuk tuntutan insurans.
KUALA LUMPUR, 6 Januari:
Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) melalui platform Insurans Hayat Cares mengumumkan lima langkah yang akan diambil oleh syarikat insurans hayat di Malaysia bagi membantu dan mengurangkan beban lebih 200,000 mangsa banjir.
Presiden LIAM, Vincent Kwo berkata, LIAM memahami segala penderitaan dan kerugian yang dialami oleh mangsa berkenaan dan pihaknya akan melakukan lima langkah yang dilihat mampu untuk meringankan beban mereka.
“Antara langkah-langkah tersebut ialah penyusunan semula mod pembayaran premium dari tahunan kepada bulanan; melanjutkan tempoh untuk membayar premium dan mengurangkan atau menghapuskan caj faedah untuk pinjaman polisi dan pinjaman premium automatik.
“Di samping itu, LIAM juga akan mencetak semula atau membuat duplikasi ke atas dokumen polisi yang hilang tanpa mengenakan sebarang kos dan juga mengecualikan bayaran untuk penggantian kad perubatan,” katanya.

1MDB mampu lunaskan hutang...mampu la sangat..!!!


KUALA LUMPUR, 17 November:
Dengan nilai keseluruhan aset sebanyak RM51 bilion berbanding RM48.9 bilion liabiliti yang ditanggung, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yakin mampu melunaskan hutangnya.
Pengerusi Lembaga Pengarah, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata, 1MDB sentiasa memastikan pengamalan urus tadbir korporat yang baik dan telus di semua peringkat.
“1MDB mempunyai barisan pengurusan serta operasi yang mantap dan sistematik serta sentiasa berusaha keras bagi memastikan ia terkawal dan terhindar daripada sebarang risiko yang akan membebankan kerajaan.
“Dengan potensi menjana pendapatan daripada pelbagai aset serta sistem operasi dan pengurusan yang baik, kami yakin 1MDB mampu mengumpul dana untuk memenuhi komitmen kewangan kami dan menghasilkan pulangan yang diharapkan kepada pemegang saham,” katanya pada satu sidang media, hari ini.
Menurut Lodin, 1MDB meraih pendapatan RM4.3 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014, meningkat 64 peratus daripada RM2.6 bilion yang dicatat pada tahun sebelumnya.
Bagaimanapun katanya, ia mencatat kerugian RM665.3 juta, sebahagian besarnya disumbangkan oleh kos kewangan lebih tinggi berjumlah RM2.4 bilion berbanding RM1.6 bilion dalam tempoh sama tahun sebelumnya.
“Kos kewangan lebih tinggi itu sebenarnya adalah sebahagian daripada strategi syarikat untuk mengembangkan aset.
“Ia terbukti apabila 1MDB mencatat peningkatan dalam nilai aset kepada RM51.4 bilion bagi tempoh dikaji daripada RM44.6 bilion tempoh sama tahun sebelumnya, manakala pinjaman meningkat daripada RM36.2 bilion kepada RM41.9 bilion,” katanya.

GLC, badan berkanun diarah henti beli aset dan melabur di luar negara

Putrajaya-MoF-commonswikimedia-L
Menurut Kementerian Kewangan semua semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta badan berkanun telah diminta untuk memberi keutamaan kepada aktiviti pelaburan domestik dan menangguh atau menunda pembelian aset serta pelaburan di luar negara.

KUALA LUMPUR, 6 Januari:
Kementerian Kewangan telah meminta semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta badan berkanun negara ini menghentikan sementara pembelian aset asing, sebagai tindak balas kepada kejatuhan harga komoditi, dan dalam usaha membendung aliran keluar modal.
Kementerian itu mengesahkan kepada agensi berita antarabangsa Reuters bahawa surat pekeliling yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan pada 26 Disember lalu berhubung perkara itu adalah satu langkah untuk meningkatkan penggunaan domestik.
Dalam reaksi melalui e-mel, kementerian itu berkata bahawa semua entiti terbabit (GLC dan badan berkanun) telah “diminta untuk memberi keutamaan kepada aktiviti pelaburan domestik dan menangguhkan atau menunda, pembelian aset serta pelaburan di luar negara”, lapor Reuters.
Langkah kerajaan Malaysia, sebuah negara pengeksport bersih minyak itu diambil ketika nilai Ringgit menyusut, sebahagian besarnya berpunca daripada kejatuhan harga minyak yang berterusan.
Ringgit muncul sebagai mata wang paling lemah di Asia pada 2014, dengan nilainya jatuh ke paras terendah dalam tempoh lima setengah tahun kerana kejatuhan harga minyak mentah, manakala pengukuhan nilai Dolar menambah tekanan ke atas mata wang Malaysia.

INI MALAYSIA.. BUKAN UMNO YANG PUNYA...


Lewat bayar PTPTN - Kena CCRIS HUTANG 1MDB - Relax laaa !!!


Apa yang TELUSNYA.. kalau setiap tahun berlaku KETIRISAN !!!


Gambar-Gambar Di Central Chidlom, Bangkok

Ketika seluruh rakyat Malaysia masih tertunggu-tunggu penjelasan daripada Pejabat Perdana Menteri atau Najib Razak sendiri mengenai siapakah yang menggunakan jet kerajaan 9M-NAA yang masih misteri sehingga kini, kita lapangkan jiwa dengan menatap foto-foto ini.
Foto-foto ini dirakamkan sekitar pukul 8.00 malam, Sabtu 3 Januari di Central Chidlom, sebuah kompleks membeli-belah di Bangkok, Thailand.

Sebelum itu, jet kerajaan yang tidak diketahui siapa para penumpangnya juga dikesan oleh FlightRadar24 melepasi beberapa bandaraya utama dunia seperti Los Angelas, New York, London, Dubai sebelum mendarat di Bangkok.

Pada tarikh yang sama, Najib juga berada di Bangkok selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya,  Perdana Menteri Thailand, Jenderal Prayudh Chan-ocha mengenai banjir.

Pada Ahad malam, 4 Januari pula, Najib dan keluarganya  berlepas pulang ke Kuala Lumpur daripada Bangkok dan tiba di KLIA sebelum 11 malam. Jet itu kemudian berlepas ke pengkalan TUDM Subang sebagai tempat penyimpanannya.

Najib kini sedang berehat atas nasihat doktor kerana dijangkit bakteria e.coli yang dipercayai menjangkitinya ketika meninjau keadaan banjir di beberapa negeri sebelum itu.

Apa pun didoakan semoga Najib segera sembuh dan sihat seperti sediakala serta dapat tampil merungkai pelbagai keserabutan mengenai jet yang menjadi bualan dan beban kepada kerajaan sekarang ini.




Najib harus meneliti soal 1MDB dan tidak boleh membiarkan 1MDB bertindak sewenang-wenangnya.
Khairuddin Abu HassanKUALA LUMPUR: Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, beliau akan menarik balik laporan polis yang dibuatnya mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sekiranya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberikan penjelasan kepada rakyat.
Bagaimanapun katanya, beliau tidak berpuas hati kerana Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan gagal berbuat demikian.
“Saya minta Najib untuk keluar, tampil berhadapan dengan rakyat dan jelaskan kepada rakyat mengenai kedudukan 1MDB. Kalau saya puas hati dengan kenyataan Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berkemungkinan saya akan tarik balik laporan polis.
”Malangnya sehingga kini, Najib tidak tampil beri penerangan yang jelas kepada rakyat,” katanya selepas memberi keterangan di Balai Polis Bukit Perdana.
Khairuddin menjelaskan, beliau pernah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri berhubung isu 1MDB, kira-kira seminggu sebelum Najib bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
“Saya bertemu dengan Najib pada hari Khamis malam Jumaat, dari jam 11.30 malam hingga 12.30 pagi di kediamannya di Jalan Duta,” katanya.
Menurut beliau, ia merupakan pertemuan yang sangat menyenangkan kerana Perdana Menteri mempunyai keperibadian yang sangat baik.
“Saya sendiri ada beritahu Najib, bahawa beliau harus bertindak. Najib harus meneliti soal 1MDB ini dan tidak boleh membiarkan 1MDB bertindak sewenang-wenangnya,” jelasnya.
Kata Khairuddin, beliau menyatakan demikian kepada Najib kerana beliau tidak mahu kebaikkan Najib diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/01/06/khairuddin-saya-akan-tarik-balik-laporan-polis-kalau/#sthash.CNKiIvdW.dpuf

1MDB: Kenapa UMNO kelam-kabut?

1MDB bukan syarikat di bawah UMNO, tetapi kenapa UMNO kelam kabut sangat.
IMG-20150106-WA0007KUALA LUMPUR: ”Kenapa UMNO kelam-kabut sangat,” soal Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berhubung perbuatan UMNO yang melenting akibat tindakannya membuat laporan polis mengenai 1Malaysia Develoment Berhad (1MDB).
Beliau berkata, laporan polis yang dibuat mengenai 1MDB tidak mempunyai kaitan dengan UMNO dan tidak ada sebab untuk parti itu melatah.
Malah ujarnya, pihak 1MDB menyatakan kesediaannya untuk disiasat ” tetapi kenapa UMNO yang bising-bising.”
”Tetapi, kenapa UMNO kelam kabut sangat. Selepas saya buat laporan polis tempoh hari, pihak 1MDB telah keluarkan kenyataan bahawa mereka sedia dan tidak takut untuk disiasat, tetapi kenapa UMNO yang bising-bising,” katanya kepada pemberita di sini.
Terdahulu beliau memberi keterangan di Bahagian Jenayah Perdagangan, Polis Diraja Malaysia berhubung laporannya mengenai 1MDB.
Khairuddin menjelaskan bahawa tindakannya itu hanyalah disebabkan kerisauan apabila melihat hutang 1MDB sejak Mac tahun lalu mencecah RM41.9 bilion ringgit.
“Ia merupakan satu jumlah yang besar. Sekiranya apa-apa berlaku, ia akan memberi masalah kepada rakyat dan kerajaan,” tambahnya.
Beliau juga menyifatkan Naib Pengerusi Pekida Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Mohamad Hilme Ibrahim sebagai seorang budak hingusan yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang politik.
Menurutnya, laporan yang dibuat oleh Hilme mengatakan bahawa laporan yang dibuatnya tempoh hari mengenai syarikat 1MDB palsu mencemarkan imejnya.

Tidak salah guna pesawat negara bersama keluarga kata Syed Ali

Penggunaan pesawat khas adalah perkara remeh-temeh yang sengaja diperbesarkan oleh pembangkang
PETALING JAYA: Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pengunaan pesawat eksekutif yang membawa Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya bukanlah satu isu besar yang perlu dipertikaikan.
Menurut beliau, isu tersebut sengaja di mainkan pembangkang kerana mereka gemar mengkritik dan hanya tahu menyalak berhubung percutian Perdana Menteri di Hawaii tanpa memikirkan kepentingan orang lain.
“Penggunaan pesawat tersebut telah diluluskan oleh kerajaan dan selaku ketua negara ianya bukan satu kesalahan menggunakannya bersama keluarga.
“Pembangkang sebenarnya tidak ada kerja nak buat, jauh sekali nak tolong rakyat, jadi masa terluang itu digunakan untuk mencari kesalahan orang lain, reka cerita palsu dan tabur fitnah terhadap Najib dan keluarga,” katanya.
Menulis di dalam entri terbaru blog umnobahagiancheras.blogspot.com beliau berkata, percutian Najib dan penggunaan pesawat khas itu hanya perkara remeh-temeh tetapi sengaja diperbesarkan oleh pembangkang untuk memburukkan reputasi Perdana Menteri.
“Golongan sakit mental ini sememangnya suka membuat kerja bodoh, menyalak dan mencari kesalahan orang lain, tetapi mereka sendiri tidak menyumbang apa-apa untuk negara dan rakyat.
“Mereka ini tidak perlu dilayan, mereka hanya makan gaji buta kerana tidak memberi sumbangan kepada kerajaan. Mereka ‘menyalak’ mengkritik dan mengecam Najib, tetapi setakat ini apa yang telah mereka berikan kepada negara dan rakyat,” katanya.

E.coli: Risiko sama dihadapi mangsa banjir

Kerajaan perlu segera mengurus kawasan yang terdedah serangan bakteria
KUALA LUMPUR : Jika bakteria E.coli boleh menjangkiti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melawat kawasan banjir, sudah tentu risiko sama dihadapi mangsa banjir.
Setiausaha Politik Ketua Parlimen DAP Dyana Sofya berkata, ia menunjukkan bahawa kawasan yang dilanda banjir berisiko menyebarkan penyakit merbahaya.
“Perdana Menteri yang sekejap sahaja di sana pun boleh dijangkiti, mangsa banjir pastilah lebih berisiko tinggi. Mereka kurang air bersih dan ubatan pun sangat terhad, tambahan pula kebersihan tidak terurus lagi.
“Seharusnya tidak ada alasan lagi kepada kita untuk mengatakan tidak mampu menguruskan situasi pasca banjir ini,” katanya, lapor Roketkini.
Beliau mengulas mengenai kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri semalam yang memaklumkan bahawa Najib terkena jangkitan bakteria E.coli semasa lawatan ke kawasan banjir sebelum ini.
Mengulas lanjut, Dyana menegaskan, kerajaan perlu segera mengurus kawasan yang terdedah dengan serangan bakteria itu.

Masalah 'Keselamatan' Negara Kian Meruncing... KERANA.. ROSMAH DAN NAJIB TAK BOLEH TIDO !!!

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap orang ramai tidak putus asa dalam usaha mendidik remaja yang gemar menunggang motosikal pada lewat malam.

Beliau menyatakan harapannya itu pada majlis penutup acara Kem Perkasa Remaja Puri Pujangga, di Bangi pagi ini.

Menurut Rosmah, harapan itu mendorong beliau mencetuskan program tersebut.

"Ketika itu saya melihat banyak gejala-gejala sosial yang terjadi kepada anak-anak muda kita.

"Ini merupakan satu concern (perkara yang perlu diambil berat) bagi kita semua, terutama sekali inilah anak-anak kita yang suka naik motosikal.

"Sebab rumah saya di KL tepi jalan, bila tengah malam dengar motosikal bukan main laju dan kuat, lama pula.

"Mesti ramai yang berlumba di tengah jalan. Apabila saya dengar itu saya rasa perlulah kita membuat sesuatu kerana memang saya dengan (Datuk Seri) Najib tak boleh tidur sebab dengar bunyi motosikal.

"Kalau dengar bunyi motosikal waktu petang tak apa tapi ini pagi pukul 2," katanya.

"Kita jangan putus asa dengan mereka.

"Apa kita lihat hari ini mereka mempunyai iltizam untuk menjadi insan yang baik," katanya lagi.

Bersih tubuh BBNGO ajak sukarela bantu mangsa banjir

Berbeza dengan perjuangan biasanya, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bakal membuka lembaran baru dengan menggerakkan misi kemanusiaan membantu mangsa banjir.
Jika biasanya Bersih memperjuangkan demokrasi dengan pendekatan turun ke jalan raya, kali ini ia menubuhkan "Bantu Banjir NGO" (BBNGO), susulan bencana paling buruk dalam sejarah yang melanda negara baru-baru ini.
"BBNGO sudah mula beroperasi dua minggu yang lalu di mana kita berpusat di Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kelantan.
 "Gabungan 16 NGO di bawah BBNGO ini akan menyelaraskan segala bentuk kerja sukarelawan yang akan dilaksanakan," kata penyelarasnya Dr Abdul Halim Yusof kepada The Malaysian Insider. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Bersih Kelantan berkata, setakat ini gerakan tersebut mempunyai kira-kira 500 sukarelawan, termasuk 100 sukarelawan tetap.
Menjelaskan lanjut mengenai misi bantu mangsa banjir itu, Halim berkata, ia kini sudah memasuki fasa kedua iaitu peringkat pembinaan semula – selepas banjir surut – di mana paling penting ialah mendapatkan bekalan air bersih.
"Kita mulakan misi ini dua minggu lepas dengan menghantar bantuan kecemasan seperti perubatan dan makanan ke tempat terputus bantuan, namun kita tidak terlibat dengan kerja-kerja menyelamat.
"Pada fasa kedua ini, kita berikan keutamaan kepada memastikan bekalan air yang bersih kerana ini sangat penting," katanya sambil berkata, BBNGO menumpukan pada kawasan selatan Kelantan iaitu antara yang paling teruk terjejas.
berkata, hasil operasi membantu mangsa banjir selama dua minggu, BBNGO mendapati kerajaan pusat tidak bersedia dalam pengurusan bencana akibat kelemahan penyelarasan tugas antara jabatan, agensi, NGO serta pihak berkaitan. Katanya, kelemahan itu menyebabkan pengagihan bekalan kepada mangsa banjir tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

Kerajaan pusat, Kelantan bersama tangani isu pasca banjir

Kerajaan pusat, Kelantan bersama tangani isu pasca banjirKOTA BAHARU: Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan menubuhkan Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir bagi memulihkan semula kehidupan rakyat di negeri ini yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan bersama oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas (pusat) Bencana Banjir Negeri Kelantan.

"Perkara utama di sini ialah bagaimana untuk memulihkan kehidupan rakyat kita yang ditimpa musibah banjir kembali seperti sedia kala, oleh kerana keadaan begitu teruk banyak pihak perlu menyedari hakikat bahawa kita perlu bersatu  menguruskan keadaan ini secepat mungkin dalam keadaan sebaik-baiknya supaya kita dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir," katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita, selepas mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Pelan Tindakan Pasca Banjir Negeri Kelantan di sini hari ini, yang turut dihadiri oleh Ahmad dan Mustapa.

Muhyiddin berkata langkah pertama yang akan dilakukan adalah untuk memastikan kesemua mangsa banjir dapat kembali ke rumah masing-masing.

"Masalahnya ada 2,660 isi rumah yang rumah mereka musnah 100 peratus, bila balik mereka tidak ada rumah lagi, ini sudah didaftarkan," katanya.

Kementerian Kewangan, MKN perjelas bantuan banjir RM800 juta, kata PAC

Kementerian Kewangan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan dipanggil Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Malaysia (PAC) untuk menjelaskan mengenai peruntukan RM800 juta bantuan banjir yang diumumkan baru-baru ini.
Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, jumlah yang diumumkan tersebut besar dan memerlukan ketelusan dalam cara menguruskannya. "Jumlah RM800 juta untuk bantuan ini besar, PAC akan memanggil Kementerian Kewangan dan MKN untuk memperincikan bagaimana peruntukan ini disalurkan kepada mangsa banjir," kata Nur Jazlan kepada The Malaysian Indsider.
Katanya, peruntukan besar itu memerlukan ketelusan dan perbelanjaan berhemah bagi mengelakkan bajet tambahan yang bakal dibentangkan kerajaan di Dewan Rakyat nanti menjadi isu. "Isunya sekarang ialah mengenai bajet tambahan ini. Banyak pihak akan mempersoalkan mengapa kerajaan tidak boleh buat bajet yang tepat.
 "PAC cuma panggil bagi mengetahui sama ada bajet tambahan ini betul-betul berhemah dan telus," katanya. Pada masa sama, Nur Jazlan menegaskan tindakan PAC memanggil Kementerian Kewangan dan MKN ini dapat mengelakkan kekeliruan setiap kali bajet tambahan dibentang.
Peruntukan RM800 juta tersebut, menurut Nur Jazlan, berbentuk bantuan kepada mangsa banjir, dan tidak meliputi perbelanjaan untuk pembangunan semula di tempat yang terjejas.
"Ini hanya bantuan banjir kepada mangsa banjir, ia belum kos untuk pembangunan semula seperti buat jalan semula, baiki bekalan elektrik dan air serta sebagainya," kata beliau. Sementara itu, Nur Jazlan berkata MKN perlu menjelaskan beberapa perkara yang menjadi persoalan khususnya berhubung aduan mengenai persediaan dan pengurusan yang tidak teratur dalam menangani bencana banjir kali ini.
 "Kita hendak tanya, kenapa persediaan kali ini terjejas? Sebab, orang kata bekalan tidak cukup, komunikasi terputus, bot tidak cukup," katanya.

1MDB terlepas bayar pinjaman RM2 bilion

Badan pelaburan1Malaysia Development Bhd terlepas membuat bayaran balik RM2 bilion (AS$563 juta) pinjaman darurat (bridge loan) yang berakhir pada hujung Disember, kata dua individu yang mengetahui perkara itu pada Selasa.

Syarikat 1MDB kini mencari jalan untuk menjelaskannya kepada Maybank dan RHB, yang kini akan berakhir pada 30 Januari, kata mereka.

Pegawai 1MDB tidak dapat dihubungi segera bagi mendapatkan ulasan mereka.

Manakala pihak yang maklum tentang perkara itu enggan nama mereka disebut kerana ia masih rahsia.

Pada Isnin, 1MDB memberitahu, seorang ahli perbankan Malaysia yang berpangkalan di Abu Dhabi Arul Kanda dilantik sebagai presiden dan pengarah eksekutif kumpulan baru.

Arul Kanda menggantikan Ketua Pengarah Eksekuif 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman yang berundur setelah dilantik pada 2013, di tengah-tengah kritikan berkaitan hutang syarikat itu.

Rosmah perlu tampil jika benar guna jet rasmi

KUALA LUMPUR 6 JAN: Datin Seri Rosmah Mansor perlu tampil menjelaskan kepada rakyat sekiranya benar beliau menggunakan jet rasmi kerajaan atas kapasiti peribadi ketika bercuti di luar negara.
Ini berikutan terdapat spekulasi mengatakan isteri Perdana Menteri itu menggunakan pesawat rasmi selepas Datuk Seri Najib Razak pulang dari bercuti di Hawaii.
“Rosmah atau Najib sendiri perlu tampil menjelaskan perkara ini kepada rakyat. Ini kerana isu yang digembar-gemburkan dan dipertikaikan itu jika benar adalah melibatkan wang rakyat.
“Najib dan Rosmah tidak boleh berdiam diri dan membenarkan spekulasi ini berterusan. Jika betul, mereka perlu memohon maaf,” kata ahli dan aktivis KEADILAN, Rozan Azen Mat Rasep.
Media melaporkan pesawat itu berlepas dari Subang ke Honolulu, Hawaii pada 20 Disember tahun lalu di mana Najib bercuti dengan keluarganya dan bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
Percutian itu dipendekkan apabila Najib pulang ke Malaysia pada 27 Disember, namun didakwa menaiki jet VIP Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) M53-01.
Sejak 26 Disember, pesawat rasmi jenis Airbus A319CJ itu berlepas tanpa Najib ke Los Angeles, Indianapolis, kembali ke Los Angeles, New York, London, Dubai, dan akhirnya Bangkok.

Zahid dicabar buktikan tidak sekongkol dengan ‘Raja judi’

surendranKUALA LUMPUR 6 JAN: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dicabar membuktikan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan ahli judi profesional, Paul Phua Wei-Seng yang juga didakwa terlibat dengan aktiviti kongsi gelap antarabangsa.
Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata, Zahid masih berdiam diri sedangkan pelbagai reaksi berhubung surat yang diutusnya kepada Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) bagi membela Phua.
Jelasnya, sebelum ini Zahid menyatakan bahawa beliau bertanggungjawab dalam isu keselamatan negara dalam membasmi jenayah perjudian, namun tiada maklum balas daripadanya untuk menepis dakwaan tersebut.
“Zahid sampai sekarang belum menjawab pelbagai persoalan yang timbul. Kes ini amat serius kerana melibatkan keselamatan negara dan kenapa beliau masih lagi berdiam diri,” katanya.
Zahid sebelum ini dikatakan telah menulis surat kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F Guiliano menyatakan Phua bukan anggota kongsi gelap 14k Triad.
Perkara itu diterbitkan akhbar Hong Kong, South China Morning Post. Malah Menteri itu juga dilaporkan mendakwa Phua telah membantu Malaysia dalam perkara-perkara ‘keselamatan negara’ dan berharap Phua dapat pulang ke Malaysia.
Sejak 2008 lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti tiga orang rakyat Malaysia sebagai anggota kumpulan kongsi gelap 14K, sebuah entiti jenayah terancang rentas negara.
Zahid melalui suratnya itu menyatakan, mereka juga mendapati bahawa 14K beroperasi di Malaysia, dengan pelbagai aktiviti daripada perjudian haram, penggubahan wang haram dan penyeludupan dadah.

Tambang bas sekolah naik 50 peratus, SPAD lepas tangan, ibubapa menderita....

bas sekolahKUALA LUMPUR 6 JAN: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) seolah-olah membiarkan pengusaha bas sekolah menaikkan kadar tambang sehingga 50 peratus dan tiada tindakan susulan dibuat berhubung perkara ini, kata Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, G Manivanan.
“SPAD sepatutnya kawal kadar kenaikan ini supaya ia tak merumitkan ibubapa dan juga pengusaha bas. Tetapi nampaknya SPAD lepas tangan dalam menangani perkara ini.
“Ia membuka ruang kepada pengusaha bas untuk menaikkan tambang bas mereka sesuka hati dan ini membebankan ibubapa yang terpaksa membayarnya nanti,” tegas Manivanan ketika dihubungi.
Sebuah portal hari ini melaporkan, Pengusaha bas sekolah mengambil pendirian bahawa mereka bebas menentukan struktur tambang menjelang musim persekolahan yang akan bermula Ahad ini kerana keengganan SPAD memperkenalkan harga siling.
Tambah Manivanan yang juga Ahli Parlimen Kapar, beliau mendesak SPAD mengkaji kenaikan tambang tersebut dengan teliti, dengan memikirkan keadaan ibubapa yang terpaksa menanggung kos yang tinggi.

Ringgit terus susut, bursa saham jatuh..ada mereka kesah..shopping reti ler...!!

Bursa malaysiaKUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini  apabila dolar meneruskan momentum bulis berbanding mata wang utama lain, kata seorang peniaga.
Pada jam 9 pagi, ringgit disebut harga pada 3.5500/5520 bagi satu dolar AS berbanding 3.5320/5350 pada penutupan semalam.
Ringgit juga diniagakan rendah berbanding kebanyakan mata wang utama lain. Ia susut berbanding pound kepada 5.4173/4214 daripada 5.4050/4110 semalam, dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.6622/6639 daripada 2.6479/6503 semalam.
Ringgit juga susut berbanding euro kepada 4.2391/2422 daripada 4.2225/2275 dan jatuh berbanding yen kepada 2.9777/9796 daripada 2.9343/9373 sebelumnya.
Sementara itu, Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri dagangan sesi pagi dengan 26.32 mata lebih rendah pada 1,710.30.
Indeks petunjuk utama itu berlegar antara 1,730.94 dan 1,708.78 sepanjang sesi berkenaan.
Kerugian komponen indeks saham komposit didahului Maybank yang susut 35 sen kepada RM8.65, manakala Genting Bhd rugi 36 sen kepada RM8.37 dan Petronas Gas jatuh 66 sen kepada RM21.16.
Kedudukan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 662 berbanding 88 dengan 176 kaunter tidak berubah, 813 kaunter tidak diniagakan dan sembilan lain digantung.
Bernama melaporkan, peniaga mengaitkan sentimen itu sejajar dengan kebanyakan pasaran lain berikutan kejatuhan harga minyak mentah.

PASCA BANJIR - KAJI SEMULA SOP HADAPI BANJIR : DATUK ROHANI

Lebih 50 Tahun menanti, warga Sungai Burong lega diberi hak milik tanah oleh Kerajaan Selangor

K'jaan campuran: Mustafa Ali jelaskan pendirian PAS

Rosmah kata Najib tak boleh tidur kerana mat rempit

Kami takkan bela pemimpin PAS seleweng balak, kata Mat Sabu

 PAS tidak akan membela mana-mana pemimpin partinya yang menyeleweng dan terlibat dalam skandal balak di Kelantan sehingga menjadi antara penyebab berlakunya banjir besar di negeri itu, kata Mohamad Sabu. Timbalan presiden PAS itu berkata, bagaimanapun dakwaan itu perlu dibuktikan terlebih dahulu sebelum pihaknya mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin PAS yang terlibat.
 "Sila buktikan. Kami tidak akan bela mana-mana pemimpin yang menyeleweng," kataya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini. 
Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) pada sidang media di Petaling Jaya tadi menggesa agar Suruhanjaya Diraja (RCI) diwujudkan untuk menyiasat pemberian konsesi balak di Kelantan yang didakwanya menjadi punca bencana banjir. Presidennya Ramesh Rao berkata, kerajaan negeri Kelantan perlu dipersalahkan kerana tidak mengendahkan laporan alam sekitar yang diserahkan NGO alam sekitar pada tahun 2010.
"Saya minta kerajaan pusat buat Suruhanjaya Diraja untuk siasat siapa penerima konsesi balak dan bagaimana konsesi itu dianugerahkan. "Kalau kerajaan berani menunjukkan kejantanannya, tubuhkan segera RCI ini untuk siasat skandal balak," katanya. Mohamad bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana mendakwa tidak pernah mendengar aduan berkaitan pemimpin PAS sebelum ini.
 "Ini (dakwaan) kali pertama saya dengar," katanya sambil ketawa. Ramesh mendakwa ada pemimpin PAS di Kelantan yang mempunyai kekayaan luar biasa disembunyikan di selatan Thailand, dipercayainya hasil pembalakan.
"Kami ada bukti pemimpin PAS Kelantan terdiri daripada bekas exco dan exco sekarang memiliki harta dianggarkan lebih RM600 juta di luar negara," katanya. Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim hari ini juga dilaporkan mahu RCI ditubuhkan bagi menyiasat punca sebenar banjir besar di Kelantan yang memberi kesan dahsyat sehingga menjejaskan golongan nelayan.
Menurutnya, kerajaan negeri perlu telus dan menyokong penubuhan suruhanjaya itu, bagi mencari punca sebenar banjir yang menenggelamkan hampir semua daerah, kecuali Bachok dan Pasir Puteh. Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim menyarankan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat punca sebenar banjir besar di Kelantan baru- baru ini. Beliau berkata, banjir itu memberi kesan dahsyat terhadap semua daerah, termasuk golongan nelayan.

Al-Quran dan ekologi alam

Ahli politik PAS, Nik Abduh Nik Aziz dalam kenyataannya kenyataannya sebelum ini mengaitkan bencana alam banjir sebagai ujian, dan bahawasanya sudah tiba masanya praktikal hudud harus dilaksanakan dengan segera.

Di tengah-tengah ujian ini, kenyataan sebegini bukanlah sesuatu yang bijak dan cermat.

Sesungguhnya al-Quran tidak melulu berbicara tentang manusia.

Kita juga akan menemui kandungannya tentang ajaran nilai-nilai ekologi.

Fenomena lingkungan Alam dalam al-Quran menggambarkan betapa kekuasaan Tuhan dan keteraturan konsep alam sudah pasti akan menghubungkannya dengan manusia.
Memahami keterkaitan al-Quran dan tindakan ekologis akan menghubungkan konsep tauhid yang menjadi prinsip universal antara hubungan kesatuan manusia dan alam, dan antara pengetahuan dan nilai.

Melalui prinsip sebegini, sudah tentu keterikatan tanggungjawab manusia kepada alam tidak dapat dipisahkan.

Malah sebaliknya, tindakan mengeksploitasi dan menggubah alam sudah tentu jauh daripada prinsip ajaran Islam.

Sebaliknya, bumi mesti diperlakukan dengan penuh sifat hormat, adil dan penuh tanggungjawab dengan meletakkan hak pada tempatnya. Al-Quran menyebut dalam surah ar-Rahman berbunyi:

‘’Dan Allah telah meletakkan neraca (keadilan) supaya kamu jangan melampau batas tentang neraca itu. Dan tegakkanlah timbangan dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu.’’
Tuhan berfirman lagi dalam surah al-An’am tentang keterkaitan hubungan manusia dan alam:

Saya terima arahan Palanivel dan isteri, kata bekas bendahari MIC

Bekas bendahari agung MIC mendakwa, Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel tidak bertindak bersendirian dalam memimpin parti itu, tetapi turut diikuti isterinya Datin Seri Kanagam.
Datuk R Ramanan, yang juga bekas ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC berkata, lebih banyak bukti dan pendedahan akan dilakukannya selepas ini mengenai dakwaan yang dilemparkannya itu. "Kesetiaan saya membuta tuli. Apa juga arahan yang diberikan, saya lakukannya," katanya pada satu sidang media di ibu pejabat MIC hari ini.
 "Saya menerima arahan daripada dua pihak – presiden dan 'suaminya'," katanya dengan nada sinis.

Persempadanan Semula: Bersih gesa SPR buka pendengaran awam kepada pihak berkepentingan

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hari ini menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan orang awam, termasuk peguam dan media, menyertai pendengaran awam bagi membantah pengesyoran persempadanan semula Sarawak, kata Dr Wong Chin Huat.
Aktivis politik itu berkata, Bersih mengutuk sekeras-kerasnya cadangan dan prosedur yang dikeluarkan SPR semalam, mengatakan persempadanan semula yang dicadangkan itu tidak masuk akal.
 "Kita mendapati SPR tidak mengemukakan peta kawasan daerah mengundi yang lengkap dan juga berlakunya pengagihan tidak sekata yang mendadak bagi kawasan daerah mengundi," katanya pada sidang media di Petaling Jaya, Selangor.
Beliau yang dilantik sebagai perunding Bersih bagi kajian persempadanan semula di Sarawak berkata, tindakan SPR itu seolah-olah menafikan hak rakyat sebagai pengundi, di mana mereka berhak mengetahui setiap proses persempadanan semula.
Malah, beliau juga mempersoalkan keputusan SPR mengadakan pendengaran awam secara tertutup apabila ia tidak membenarkan peguam, media dan orang awam menyertainya.

Syor penambahan kerusi PRN S’wak serba tidak lengkap – Saifuddin

saifuddinKUALA LUMPUR 6 JAN: Syor penambahan jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dipamer Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) serba tidak lengkap dan menimbulkan masalah kepada pengundi.
Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan demikian ekoran pemerhatian pihaknya yang mendapati
beberapa aspek berkaitan perkara itu tidak dipamer secara jelas dan lengkap oleh SPR.
Semalam, SPR mempamerkan syor jumlah kerusi yang ditambah sebanyak 11 bahagian daripada 71 bahagian menjadikan jumlah keseluruhan
bahagian PRN Sarawak kepada 82.
Bahagian-bahagian yang disyorkan itu ialah ialah N.13 Batu Kitang, N.17 Stakan, N.18 Serembu, N.23 Triboh, N.26 Gedong, N.40 Kabong,
N.57 Telian, N.63 Selirik, N.66 Murum, N.70 Samalaju dan N.78 Long Lama.
“Petugas KEADILAN telah datang dan melihat sendiri dokumen yang serba tidak lengkap berupa peta dan beberapa dokumen lain yang dikemukakan itu di pejabat SPR semalam.
“SPR tidak mempamerkan kawasan daerah mengundi yang akan menyebabkan seseorang pengundi itu sendiri tidak mengetahui kawasan untuk
mereka mengundi kelak,” kata Saifuddin kepada Keadilan Daily.
SPR turut membuat pindaan nama sedia ada bagi satu bahagian pilihan raya persekutuan (PRP), dan empat bahagian PRN.
Bagi PRP, P.198 Mambong dicadang dipinda kepada P.198 Puncak Borneo.

Selcat bincang isu pampasan RM2.6 juta selepas MBI serah notis

SELCATSHAH ALAM, 6 JAN: Kontroversi pampasan RM2.6 juta melibatkan lapan bekas pembantu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan dibincangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) selepas menerima notis daripada Perbadanan Menteri Besar (MBI).
Ahli Jawatankuasa Selcat, Sulaiman Razak berkata, jawatankuasa itu juga membuat keputusan untuk memberi tempoh 14 hari kepada pihak terbabit sebelum mengambil sebarang tindakan.
“Selcat bermesyuarat semalam dan membuat keputusan untuk menunggu notis dari MBI yang ketika ini memberi tempoh 14 hari bagi pemulangan semula pampasan itu.
“Bagaimanapun, tindakan akan diambil jika tiada maklum balas. Kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Semalam, lapan bekas pegawai MBI terbabit menerima surat tuntutan bagi pemulangan semula wang pampasan itu.
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, sebelum ini meminta mereka memulangkan semula wang pampasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan kerana mendakwa pembayaran itu dibuat tanpa mengikut prosedur dan melanggar peraturan kewangan.

Kes seleweng dana NFC: Pendedahan saya berasas – Rafizi

KUALA LUMPUR 6 JAN: “Tanpa pendedahan sayapun, lama-kelamaan perniagaan Mohamad Salleh akhirnya akan jatuh juga sebab projek NFC
beliau memang bermasalah kerana kosnya tidak berbaloi dengan keuntungan yang diperolehi,” kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Mohamad Salleh yang menyalahkan pendedahannya sebelum ini sebagai penyebab projek perniagaan
Pengerusi Eksekutif Pusat Fidlot Nasional Sdn Bhd (NFC) itu musnah termasuk keluarganya.
Semalam, kes saman Mohamad Salleh terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berhubung pembelian lapan unit kondominium dijalankan di Makhamah Tinggi Kuala Lumpur.
Dalam saman itu, Salleh berkata, Nurul Izzah dalam sidang media bersama Rafizi pada 7 Mac 2012 membuat kenyataan berhubung pendedahan Rafizi yang mendakwa beliau (Salleh) menggunakan dana awam NFCorp untuk mendapat pinjaman daripada Public Bank agar dapat membeli
lapan unit kondominium di KL Eco City.
Mohamad Salleh turut menafikan menyalahgunakan dana awam RM250 juta NFC untuk mendapatkan pinjaman bank bagi membeli lapan unit kondominium tersebut.
“Saya tepis dakwaan itu. Perniagaan dia memang bermasalah apabila gagal mencapai sasaran jumlah lembu yang patut dipelihara seperti
yang dipersetujui untuk memperolehi pinjaman kerajaan,” kata Rafizi.

Saya tak kenal Phua, tanya KPN, kata Musa Hassan

Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan berkata beliau tidak mengenali Paul Phua Wei Seng, yang dikatakan menganggotai sebuah kumpulan kongsi gelap Hong Kong. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Januari, 2015. 
Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan berkata beliau tidak mengenali Paul Phua Wei Seng, yang dikatakan menganggotai sebuah kumpulan kongsi gelap Hong Kong. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Januari, 2015.

 Tiada siapa nampaknya mahu dilihat bersekongkol dengan Paul Phua Wei Seng yang terkenal sebagai raja judi, dan terkini bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan, nafi mengenali warga Malaysia itu.
“Saya pun tak kenal dia. Kamu tanya menteri dalam negeri. Kenapa tanya saya pula? Zaman saya pun, bukan saya kenal semua orang sebab yang buat kerja CID," kata Musa, merujuk kepada Cawangan Siasatan Jenayah (CID).
Katanya, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar harus menjelaskan siapa sebenarnya Phua, yang dikatakan sebahagian kumpulan kongsi gelap "14K".

“14K bukan di sini. 14K geng di luar negara. Di Hong Kong dan Macau,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Phua yang berasal dari Sarawak dan anaknya menghadapi tuduhan di Amerika Syarikat kerana terlibat dengan perjudian haram.
Sebelum ini, Putrajaya menarik balik surat Zahid kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang dikatakan mempertahankan Phua.
Phua dituduh menganggotai kongsi gelap 14K, menyebabkan peguamnya meminta surat sokongan daripada Zahid bagi menyangkal dakwaan itu.
Surat itu dikemukakan kepada mahkamah di Las Vegas di mana Phua menghadapi dakwaan terlibat dengan judi haram.

Pampasan RM2.6j: Audit 'pampasan' cacat, niat jahat kata Faekah

Mantan ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) Faekah Husin mendakwa laporan audit berhubung pampasan RM2.6 juta kepada kakitangan Tan Sri Khalid Ibrahim adalah cacat, dilakukan secara tidak profesional dan berniat jahat.

Dakwanya, dokumen itu cacat kerana dibuat tanpa penjelasan bekas pegawai menteri besar dan Khalid sendiri sebagai menteri besar ketika kejadian.

"Laporan audit yang kononnya menjadi asas tuntutan adalah satu laporan yang cacat, tidak dilakukan secara profesional dengan menurut tatacara pengauditan yang betul serta berniat jahat.

"Tindakan tidak profesional dalam memanipulasikan audit cacat tersebut telah mewujudkan prasangka yang dahsyat terhadap semua pihak yang terlibat membuat keputusan termasuk para penerima pampasan," katanya.

Faekah berkata beliau mengarahkan peguamnya melihat laporan itu daripada sudut undang-undang dan membuat tuntutan balas ganti rugi dan kerosakan termasuk "penghinaan" yang mereka alami.

‘Walau tanpa restu presiden, pemilihan MIC tetap diterus’

RoS won't entertain MIC's letters

RoS won't entertain MIC's letters

PASCA BANJIR - RUMAH SEPANJANG SUNGAI DI GUA MUSANG MUSNAH TERUK

Pasca banjir jejas sistem pengangkutan penduduk

Pasca Banjir: KTMB rugi RM250 juta

MB Kelantan Lawat Mangsa Kebakaran Kedai Di Rantau Panjang | 5 Jan 2015

Fantasi vs. Realiti


Pasti 'ADA SEBAB & HIKMAHNYA'


MANA SATU KAKI BOHONG@KELENTONG ???


Banyak lagi krisis 1MDB akan saya bongkar – Rafizi

RafiziKUALA LUMPUR 6 JAN: Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, beliau akan terus meneliti lebih mendalam isu berbangkit membabitkan badan pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya, siri pendedahan terbabit tidak akan berubah walaupun kenalannya, Arul Kanda Kandasamy akan menerajui syarikat yang sedang dikritik hebat itu.
“Sebenarnya, saya baru sahaja habis mesyuarat berkenaan 1MDB, kita akan sambut dia dengan lebih banyak pendedahan,” katanya, lapor MalaysiaKini.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, beliau dan Arul Kanda, 39, menyambung pelajaran ke United Kingdom, pada masa yang sama sebelum ini.
Arul Kanda menggantikan Mohd Hazem Abdul Rahman yang meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, semalam.
Dalam satu kenyataan, Pengerusi 1MDB, Datuk Lodin Wok Kamaruddin berkata, Arul, dilantik sebagai Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan berkuatkuasa serta-merta.
Arul Kanda berkata, keutamaannya adalah melakukan semakan strategik terhadap operasi syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
Beliau pernah menyertai Bank Perdagangan Abu Dhabi sebagai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pelaburan Perbankan.

Kenalan terajui 1MDB, Rafizi tak tergugat teruskan pendedahan

1MDBSHAH ALAM, 6 JAN: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau tidak akan menahan serangan untuk meneliti lebih mendalam isu berbangkit membabitkan badan pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
Katanya,siri pendedahan terbabit tidak akan berubah walaupun kenalannya, Arul Kanda Kandasamy akan menerajui syarikat yang sedang dikritik hebat itu.
Rafizi“Sebenarnya, saya baru sahaja habis mesyuarat berkenaan 1MDB, kita akan sambut dia dengan lebih banyak pendedahan,” katanya yang dipetik dari Malaysia Kini.
Rafizi berkata, beliau dan Arul Kanda, 39, menyambung pelajaran ke United Kingdom, pada masa yang sama sebelum ini.
Arul Kanda menggantikan Mohd Hazem Abdul Rahman yang meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif 1MDB, semalam.
Dalam satu kenyataan, Pengerusi 1MDB Datuk  Lodin Wok Kamaruddin berkata, Arul, dilantik sebagai presiden dan pengarah eksekutif kumpulan berkuatkuasa serta-merta.
Arul Kanda berkata, keutamaannya adalah melakukan semakan strategik terhadap operasi syarikat milik Kementerian IKewangan itu.
Beliau pernah menyertai Bank Perdagangan Abu Dhabi sebagai naib presiden eksekutif dan ketua pelaburan perbankan.

Perundangan negara kucar-kacir kata Zaid

Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim berpandangan seorang hakim mahkamah sivil tidak sepatutnya memutuskan bahawa mahkamah Mahkamah Tinggi tiada kaedah untuk menyelesaikan sesuatu kes.

Zaid yang hadir pada perbicaraan sarjana Kassim Ahmad berkata beliau membesar dengan mengetahui bahawa Malaysia hanya mempunyai satu sistem mahkamah - mahkamah sivil.

Menyifatkan keadaan perundangan negara sebagai berada dalam keadaan kucar-kacir, Zaid tidak terkejut dengan keputusan mahkamah hari ini.

"Mahkamah Syariah dianggap mahkamah yang lebih rendah. Seorang hakim mahkamah tinggi sepatutnya tidak berkata yang penyelesaiannya tiada di mahkamah ini.

"Jika anda mahu tolak sesuatu permohonan berdasarkan fakta, tiada masalah. Namun dalam negara ini, tiada mahkamah yang lebih tinggi daripada mahkamah sivil.

"Tiada kaedah lain selain daripada mahkamah sivil," tegasnya.

MIC Berpecah: Subra buka mulut, 'terkejut' dengan Palanivel

Timbalan Presiden MIC Datuk Dr S Subramaniam "terkejut" dengan keputusan presidennya Datuk Seri G Palanivel yang bertindak sendirian bertemu dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung pemilihan semula parti.

"Saya rasa terkejut dengan pendedahan bahawa presiden telah bertemu dengan ketua pengarah ROS bersama-sama dengan Senator V Subramaniam (lebih dikenali Barat Maniam) dan memajukan sepucuk surat mewakili MIC pada 24 Disember," katanya.

Subaramaniam sebelum ini banyak berdiam dan dilihat menyimpan kritikan terhadap bosnya – yang kini berdepan asakan dalaman parti.

Dalam mesyuarat tergempar MIC pada 18 Disember lalu, parti itu bersetuju bahawa Subramaniam mesti menemani Palanivel untuk bertemu ROS.

Bagaimanapun, Palanivel bertindak sendirian apabila menghubungi ROS, termasuk menulis surat kepada badan itu pada 2 Januari lalu untuk membuat rayuan memanjangkan tempoh pengendalian pemilihan semula.

Subramaniam juga berkata Palanivel tidak menjawab permintaannya untuk mengadakan mesyuarat dalam tempoh beberapa minggu ini.

Melayu je mudah lupa !


"TAK KESAH PON. Harga minyak dunia kan murah skrg.. JANJI NEGARA AMAN & DAPAT BR1M.. Mana ada kerajaan di dunia selain BN yg bagi BR1M.." - kata keramat macai UMNO


Tiada tanda wabak E coli menyerang kata KP Kesihatan

Selain jangkitan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tiada tanda-tanda meletusnya wabak E coli di negeri-negeri dilanda banjir.

“Kami tidak terima sebarang laporan berhubung penyebarannya,” Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dipetik sebagai berkata oleh New Straits Times.

Bagaimanapun, katanya, pusat kawalan bencana negara mengambil beberapa langkah untuk mengawal jangkitan bakteria.

Ini katanya, termasuk memberi suntikan vaksin kepada pihak yang mengendalikan penghantaran makanan di pusat penempatan sementara.

Pejabat Perdana Menteri semalam mengumumkan jangkitan terhadap Najib dan memberitahu bahawa doktor menasihatkannya supaya berehat.

‘VIP misteri’ pesawat negara bazir RM500,000 kos minyak

KUALA LUMPUR 6 JAN: Kos belanja minyak penerbangan pesawat negara 9M-NAA yang dinaiki oleh ‘VIP misteri’ yang baru pulang ke negara selepas mengelilingi dunia dianggarkan bernilai RM500,000.
Kos penerbangan ini didedahkan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN(AMK), Lee Chean Chung (gambar) dalam kenyataan.
“Dengan harga minyak jet antarabangsa RM7.68 per gelen, penumpang misteri di atas jet 9M-NAA menggunakan minyak jet yang bernilai RM494,404!
“Jumlah ini masih belum mengambil kira kos pengupahan juruterbang, kos pendaratan kapal terbang, kos parkir pesawat, kos penyimpanan pesawat (hangar fee), kos tanjakan pesawat (ramp service), kos penyelenggaran jet dan lain-lain,” katanya.
Dalam analisa itu dianggankan hampir 64,232.36 gelen minyak jet digunakan.
“Dengan anggaran harga pemborong beras RM2 sekilo, RM494,404 boleh digunakan membeli 247 tan (247,202kg) beras untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
“Jika digunakan untuk membeli sardin (harga RM2.50 setin), RM494,404 boleh menampung 197,761 tin sardin untuk diagihkan kepada mangsa banjir,” katanya.

Siapakah Jadi "Perdana Menteri" Ketika Penerbangan New York - London - Dubai - Bangkok?

Beberapa blog dan akaun media sosial semalam mulai tampil mempertahankan perjalanan jet kerajaan dari Amerika Syarikat yang singgah di beberapa bandar syurga membeli-belah dunia sebelum berehat selama dua hari di Bangkok dan akhirnya selamat kembali ke tanahair.

Mereka mewajarkan bahawa jet 9M-NAA itu terpaksa singgah di di London dan Dubai dalam perjalanan ke Bangkok daripada Amerika Syarikat kerana  pesawat itu mempunyai tangki yang kecil dan oleh itu perlu selalu mengisi minyak.

Mereka juga menyebut bahawa jet itu hanya singgah tidak sampai dua jam di London dan Dubai dan oleh itu tidak mungkin  jangkamasa itu digunakan untuk membeli-belah.

Berapa lama pula masa diperlukan untuk keluar dari pesawat, melalui beberapa pintu, pilih barang-barang, bayar di kaunter dan kemudian bergegas semula menuju pesawat, kata mereka.

Sekala imbas, ternampak bahawa blog dan pengendali media sosial ini telah memberi hujah yang logik dan dapat diterima akal dan mungkin dapat mengembirakan Najib dan isterinya, Rosmah Mansor yang kian dipertikaikan berikutan isu jet ini.

Dalam masa yang sama, wujud juga penjelasan dari PMO sendiri bahawa jet itu ditinggalkan di Amerika kerana menghadapi masalah teknikal dan tidak digunakan oleh mana-mana ahli keluarga Perdaha Menteri.

Banjir: 23 kematian, tiga hilang dicatat setakat hari ini kata KPN

KUALA LUMPUR: Sebanyak 23 kematian dan tiga kes kehilangan dicatat akibat bencana banjir yang melanda beberapa negeri di negara ini sejak tiga minggu lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Kelantan mencatatkan 11 kematian, manakala Terengganu dan Pahang masing-masing lima kematian dan Perak pula dua kematian.

Banjir: 23 kematian, tiga hilang dicatat setakat hari ini"Mangsa yang masih hilang berjumlah tiga orang dengan Kelantan mencatatkan dua orang dan Terengganu seorang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Intergriti Ketua Polis Balai di Pusat Latihan Polis di sini hari ini.

Menyentuh mengenai 24 buah balai polis di seluruh negara yang terjejas akibat banjir, Khalid berkata pada masa ini, usaha sedang dijalankan untuk kerja-kerja pembersihan sebelum taksiran nilai kerugian dapat dijalankan.

"Data kerugian masih belum dapat diperoleh...ambil masa dalam seminggu dua lagi. Tumpuan lebih kepada kerja-kerja pembersihan ketika ini," katanya.