Ahad, 4 Januari 2015

Rakyat telah istihar darurat di Kelantan

Banjir kuning atau boleh juga dikenali dengan "Bah Emas" kerana ia membawa air lumpur dan selut berwarna kuning keemas-emasan yang melanda Kelantan seminggu lalu membawa pengertian dan makna tersendiri bukan sahaja kepada mangsa banjir tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia serta pemerintah juga.

Jujutan lori membawa bekalan ke Kelantan.
Bah Emas ini juga menjadi kayu pengukur dan ujian kepada seluruh insan yang bermukim di bumi ini.

Bah Emas ini menguji, pertamanya sejauh manakah mangsa dapat menerima takdir dan ujian Allah dengan musibah berkenaan. Apakah mereka bersabar dengan ujian itu dan terus bangkit untuk membena semula kehidupan selepas bencana, terutamanya yang kehilangan harta benda termasuk rumah kediaman.

Sekiranya mangsa dapat bersabar, bersikap "tasamuh" menerima bcana itu sebagai ujian dan balasan terhadap dosa-dosa dilakukan baik terbuka atau tersembunyi, dapat membina semula kehidupan mereka yang setengah terpaksa bermula daripada kosong, disinlah mereka bakal menjadi orang-orang yang hebat. Orang-orang yang telah melalui satu daripada ribuan ujian Allah ke atas manusia yang datang tanpa diramal.
Mangsa banjir berebut bekalan?
Mereka yang lolos daripada menghadapi ujian Allah adalah mereka yang beriman sebenarnya. Tidak dikatakan seseorang itu sebagai beriman kalau dia tidak diuji oleh Allah. Dan Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang sama sekali tidak berlaku zalim ke atas hamba-Nya melainkan hamba-Nya sendiri menzalimi dirinya.
Pemandangan di pusat pengumpulan bekalan.
Pengertian lain yang boleh diambil daripada bencana ini, menguji sejuah manakah keakraban dan peri kemanusiaan antara kita sesama hamba Allah. Ternyata bencana bah yang besar ini memberi pengalaman pertama buat rakyat negara ini untuk menzahirkan solidiriti dan simpati masing-masing kepada sesama sendiri terutamanya mangsa.

Bah ini adalah pengalaman pertama yang bukan boleh dibeli dimana-mana atau pun tidak mampu diperolehi menerusi pembacaan, menonton peristiwa-peristiwa seumpama ini yang pernah berlaku di luar negara.
Mangsa banjir menerima bantuan dari kumpulan anak muda.
Kalau sebelum ini rakyat Malaysia menunjukkan sifat dermawan dan kemurahan hatinya membantu rakyat negara lain yang ditimpa bencana, seperti di Palestin, Indonesia, Filipina, dan sebagainya kali ini mereka berpeluang membantu rakyat atau saudaranya sendiri dalam negara.

Di sinilah saya mengatakan bah emas ini membawa hikmah dan makna tersendiri. Memberi satu pengalaman dan takdir yang sangat mahal bagi menguji fizikal dan spitirual kita.

Alhamdulilah perkara paling jelas yang dapat diperhatikan, semua orang bangkit membantu mangsa banjir di Kelantan dan saya percaya juga suasana ini berlaku di negeri-negeri lain. Yang datang dan memasuki ke Kelantan bukan sahaja keluarga mangsa yang berada di luar Kelantan, tetapi rakyat negeri lain juga turut sama membantu Kelantan, menghantar bantuan makanan dan pelbagai peralatan serta bentuk sumbangan bagi meringankan beban mangsa banjir.

Paling mengharukan apabila terdapat dari kalangan suka relawan yang memasuki ke Kelantan membawa bekalan makanan dan pelbagai peralatan bantuan adalah terdiri daripada semua kaum. Iya bukan sahaja daripada Melayu. Paling jelas dan nyata ialah masyakarat China. Tidak ada "farak" (perbezaan) antara orang Cina dengan Melayu dalam bahu membahu membantu mangsa banjir. Pendeknya bencana bah emas ini memadamkam perasaan perkauman yang selama ini dibimbangi oleh sesetengah golongan yang kononnya mengaku elit padahal mereka bercakap pakai teks.
Kehadiran orang Cina, Siam dan India membantu mangsa banjir itu menerusi berbagai mekanisme, Ngo, kumpulan kecil atau parti politik dan kerajaan mencerminkan bahawa rakyat Malaysia berbilang kaum ini mampu mengenepikan sentimen peribadi apabila diterpa bencana. Jadi mereka yang bimbang atau meragui akan kesetiaan (ukhwah) warga negara ini adalah mereka yang diusik oleh ilusi yang tidak berpaksi kepada proses membangun bangsa dan negara.
Pakaian terpakai untuk mangsa banjir ditinggal tepi jalan.
Realiti ini dapat disaksikan. Sebaik sahaja air bah mulai surut dan kawasan-kawasan dilanda banjir dapat dimasuki berbondong-bodong kenderaan menghala dan memasuki ke kawasan bencana. Sukar untuk mengira jumlah kenderaan luar yang masuk ke Kelantan. Ia lebih hebat daripada pelancongan untuk menyaksikan mana-mana pilihan raya kecil yang berlaku di Kelantan.
Sekumpulan anak muda membersih surau.
Apa dapat digambarkan "saking" banyaknya kederaan sampai terjadi kesesakan jalan raya berjam-jam. Suasana jalan menuju ke Kelantan persis semasa menjelang hari raya. Mereka memasuki dari semua penjuru, di Karak menerusi Gua Musang, Lojing ke Gua Musang ada juga yang dari Kuantan ke Kota Bharu menerusi lebuh raya timur barat. Manakala mereka yang berkemampuan menerusi udara dan menyewa helikopter semata-mata untuk meninjau keadaan dan menghantar bekalan dan keperluan kepada mangsa banjir.
Kesakan di Manek Urai baru.
Kessesakan berlaku di lokasi menjadi tumpuan iaitu di kawasan Manek Urai. Ribuan buah kereta masuki ke kawasan berkenaan sehinggakan berlaku kesesakan berjam-jam di Manek Urai baru dan Menek Urai lama dimana menjelang tenagh malam baru keadaan jalan lengang. Semua kenderaan yang masuk membahawa bekalan makanan dan peralatan lain berupa pakaian dan sebagainya. Tidak ada sebuah kenderaan yang masuk ke lokasi itu dengan tangan kosong.

Dalam pemerhatian saya, mereka yang datang kebanyakan individu atau kumpulan-kumpulan kecil, kelab atau pun persatuan dan juga jemaah dan khairah masjid di seluruh negara. Dari nombor plat kenderaan menunjukkan mereka datang dari berbagai-bagai negeri.

Kelantan beri air percuma 30 meter padu bagi bil Dis 2014

Ahmad Yakob MB Ktan-M
Datuk Ahmad Yakob berkata sebanyak 26 tangki air ditempatkan di kawasan kritikal yang terjejas banjir antaranya hospital dan pusat rawatan. - Foto arkib TRP

RANTAU PANJANG, 4 Januari:

Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) menawarkan bekalan air bersih percuma sebanyak 30 meter padu kepada penghuni rumah kediaman di seluruh Kelantan.
Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Datuk Ahmad Yakob berkata, bekalan percuma maksima 30 meter padu air atau 30,000 liter air yang bersamaan dengan nilai bil RM19.00 itu adalah bagi penggunaan pada bulan Disember lalu ketika negeri itu dilanda bencana banjir yang teruk.
Tawaran itu bagaimanapun tidak melibatkan rumah kedai, premis perniagaan dan kilang perindustrian.
Sebelum ini, kata Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan, bantuan air percuma hanya diberi kepada mangsa banjir sahaja, namun kerana memikirkan keperitan yang dihadapi seluruh rakyat, kemudahan sama akan diberi kepada semua penduduk di Kelantan.
“Bekalan percuma ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri melibatkan seramai 230,000 pemegang akaun AKSB atau 1.15 juta pengguna seluruh Kelantan.

‘YB’ Tumpat pertikaikan kehadiran sukarelawan bantu mangsa banjir

policereport_M
Kumpulan sukarelawan dari Puchong membuat laporan polis mengadu bahawa aktiviti mengagihkan barangan bantuan di Tumpat dihalang oleh 'Yang Berhormat'.
KUALA LUMPUR, 4 Januari:
Sekumpulan sukarelawan dari Puchong, Selangor yang datang mahu menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di sekitar Tumpat, Kelantan mendakwa dihalang oleh ‘Yang Berhormat’ (YB) di kawasan tersebut.
Pengadu, Fadzeny Jailani, 41, yang mewakili rakan-rakannya kemudian membuat aduan di Balai Polis Chabang Empat, Tumpat, semalam (3 Januari).
Pengadu tersebut memberitahu, pada 3 Januari, lebih kurang jam 2 petang, dia dan rakan-rakannya dari Puchong, Selangor telah sampai ke Kampung Kajang Sebidang, Tumpat, untuk menyampaikan sumbangan makanan, minuman dan juga keperluan asas kepada penduduk di kawasan tersebut yang terlibat dengan banjir.
repotpolis_Mfull
Menurutnya, kira-kira jam 4.15 petang hari yang sama, setelah selesai menyampaikan sumbangan ikhlas mereka singgah di Masjid Simpang Hilir dan dipanggil oleh seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai ‘YB’ di kawasan tersebut yang mempersoalkan tujuan kehadiran mereka ke situ.

Pantas berterusan bantu mangsa banjir 5 negeri

PANTASSHAH ALAM, 4 JAN: Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (Pantas) menyalurkan sumbangan dan membantu mangsa banjir berterusan di semua negeri yang dilanda musibah banjir.
Pengerusinya, Hamsah Djabir berkata, semua sumbangan berbentuk barangan keperluan, pakaian dan tenaga kerja disalurkan melalui saluran bantuan di setiap negeri dan diagih secara berperingkat berdasarkan keperluan semasa.
Katanya, Pantas menggerakkan bantuan di Pantai Timur ke Kelantan, Pahang, Terengganu, selain Perak dan Selangor..
“Kini, kita tumpukan perhatian di Kuala Krai, Kelantan, yang mana hari ini dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), kita akan menggerakkan kira-kira 40 sukarelawan untuk tujuan pembersihan di kawasan awam.
“Kita turut bersama Exco Selangor, Dr Daroyah Alwi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Guchil, Kuala Krai,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Surat Tuntutan Pemulangan Wang Pampasan MBI Dihantar Esok


SHAH ALAM: Lapan bekas pegawai bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menerima surat tuntutan esok bagi pemulangan semula wang pampasan berjumlah RM2.6 juta yang telah dibayar kepada mereka.

Perkara itu disahkan oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI) berikutan kenyataan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali semalam bahawa pihak pengurusan baharu perbadanan itu akan menghantar surat kepada lapan individu berkenaan sebagai peringatan untuk mengembalikan wang itu.

"Kesemua surat tuntutan (pemulangan semula wang pampasan) akan dihantar pada Isnin ini (esok)," kata wakil perbadanan itu ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Mohamed Azmin meminta kesemua lapan bekas pegawai MBI itu memulangkan semula wang pampasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan kerana mendakwa pembayaran tersebut dibuat tanpa mengikut prosedur dan melanggar peraturan kewangan.

Menteri Besar berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat peguam.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan bahawa kesemua lapan individu itu akan tetap dibayar pampasan mengikut jumlah sepatutnya.

Pemulangan pampasan RM2.6 juta: Tindakan MBI wajar jika langgar prosedur

duit 1SHAH ALAM, 4 JAN: Tindakan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) meminta lapan pembantu mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyerahkan kembali wang pembayaran gratuiti RM2.6 juta disokong orang ramai seandainya benar pembayaraan tidak mengikut tatacara ditetapkan.
Tinjauan SelangorKini di kalangan orang awam di sekitar bandar raya ini rata-rata bersetuju dan menganggap ia sebagai peringatan kepada pihak berkaitan supaya berlaku adil dan tidak menyalahi peraturan.
Md Yassin Ab Gani, 57, berkata semua pegawai yang menerima wang pampasan itu wajar mengembalikan semula kepada MBI sekiranya terbukti apa yang berlaku itu tidak mematuhi tatacara dan peraturan kewangan.
duit 2“Memang patut wang itu dipulangkan semula jika ia menyalahi peraturan. Saya yakin MBI sudah meneliti perkara itu.
“Apa yang penting pihak yang berkaitan memberikan kerjasama supaya perkara itu diselesaikan secara berhemah dan adil,” katanya.
Mohd Amiruddin Sarmani, 43, berkata, sekiranya wang pampasan diberi itu memang berhak dimiliki mereka maka seeloknya perkara itu tidak diungkit namun jika sebaliknya, semua individu itu wajar memulangkan kembali wang berkenaan.
“Saya sokong tindakan MBI jika betul dan wang itu mesti dikembalikan segera tetapi kalau sebaliknya maka kita jangan pertikaikan isu ini.

Dr Mahathir ramal kebangkitan anak muda seperti Ali Abd Jalil, kata ibu bapanya

Ketika Ali Abd Jalil bersedia untuk hidup sebagai pencari suaka di Sweden, pengkritiknya kini beralih pandangan ke ibu bapanya, menuduh mereka tidak mendidik anak dengan baik.
 Dr Mahathir ramal kebangkitan anak muda seperti Ali Abd Jalil, kata ibu bapanya
Tetapi, Abd Jalil Abdul Rahman, 62 tahun, dan Endon Bidin tidak mempedulikan cemuhan itu.
Mereka berkata, mereka membesarkan anak dengan sebaik mungkin dan buktinya ialah tujuh daripada anak mereka sama ada mempunyai ijazah dari universiti atau sedang belajar di peringkat PhD.
Pasangan warga emas itu berkata demikian ketika ditemubual The Malaysian Insider, kira-kira 2 bulan selepas anak mereka ke Sweden.
Walaupun mungkin tidak setuju dengan apa yang dilakukan Ali, yang menyebabkan dia didakwa mengikut Akta Hasutan, mereka berhujah anak mereka tidak berseorangan dalam menyoal Raja-Raja Melayu.
Jalil berkata, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengkritik Raja Melayu, malah pernah menghapuskan imuniti mereka dalam satu dakwaan jenayah pada 1993.
Katanya, Ali hanya menepati ramalan Dr Mahathir pada 21 tahun lepas, iaitu sekiranya imuniti tidak dihapuskan, rakyat biasa akan bangkit membantah.
Terima segala penghinaan demi Ali
Kes Ali menarik perhatian media apabila beliau menuntut suaka politik di Sweden pada 21 Oktober susulan dakwaan mengikut Akta Hasutan 1948 yang dikenakan terhadapnya kerana mengkritik Sultan Johor.
Dia ke Sweden dengan bantuan beberapa kumpulan hak asasi manusia selepas dia mendakwa nyawanya berada dalam bahaya. Katanya, dia diekori kumpulan samseng selepas keluar dari penjara, dan pada masa sama, dia mendakwa dipukul polis.

Apabila jet kerajaan, jet aku


Hari ini semakin ramai rakyat Malaysia yang mula mempersoalkan apabila harta milik kerajaan digunakan seseorang pemimpin atau keluarganya untuk kegunaan peribadi.
Pendidikan dan perkembangan teknologi seperti Internet menyebabkan ramai rakyat Malaysia menjadi lebih bijak dan pandai serta peduli kepada perkembangan semasa.
Dengan telefon pintar yang canggih dan mempunyai akses Internet sepanjang waktu memudahkan lagi pemantauan dilakukan orang ramai terhadap aset kerajaan seperti pesawat atau jet.
Ini kerana walaupun kita sudah berada di tahun 2015, masih ramai pemimpin negara atau negeri yang tidak dapat membezakan di antara harta milik kerajaan dengan harta peribadi.
Semasa pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang pada 8 Mac, 2013, pertama kali penulis mendengar tentang laman penjejak penerbangan www.Flightradar24.com.
Pada ketika itu laman sesawang tersebut digunakan secara meluas oleh pakar penerbangan dan orang ramai untuk menjejak lokasi terakhir pesawat yang hilang ketika sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal itu.
Hari ini siapa sangka www.Flightradar24.com akan digunakan untuk mengesan keberadaan jet rasmi kerajaan 9M-NAA.
Selepas heboh Datuk Seri Najib Razak bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ketika Malaysia dilanda banjir, perdana menteri bergegas pulang ke tanah air dengan menggunakan pesawat lain.
Tetapi pesawat asal digunakannya 9M-NAA terus terbang ke beberapa destinasi Indianapolis, Los Angeles, New York, London, Dubai dan pada 2 Januari mendarat di Bangkok, Thailand.
Ketika artikel ini ditulis, maklumat daripada www.Flightradar.com mendapati 9M-NAA masih berada di Bangkok.
Persoalan besar yang timbul sekarang adalah siapa yang menggunakan jet rasmi kerajaan ke destinasi seperti Indianapolis, Los Angeles, New York, London, Dubai dan Bangkok?

Banjir Dan Kos Hidup: Banyak pihak sokong yuran sekolah ditangguhkan

Namun, penangguhan tersebut sepatutnya untuk sekolah-sekolah dan kawasan yang betul-betul terjejas banjir sahaja.

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mencadangkan yuran persekolahan bagi anak mangsa-mangsa banjir ditangguhkan sehingga pertengahan atau akhir tahun ini bagi meringankan beban mereka.
bas sekolahSetiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata NUTP menyokong cadangan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) supaya pembayaran yuran itu ditangguhkan.
“Kita (NUTP) setuju dengan cadangan itu kerana ia dapat meringankan beban pelajar dan ibu bapa yang tidak mampu nak bayar yuran selepas dilanda banjir teruk. Saya juga meminta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menangguhkan yuran PIBG buat sementara waktu kepada mangsa banjir.
“Yuran berbagai, termasuk yuran PIBG biasanya boleh bermula kurang daripada RM100 sehingga RM200 untuk seorang pelajar bergantung kepada sekolah dan PIBG,” katanya ketika dihubungi BERNAMA, di sini, Ahad.
Beliau turut meminta NGO dan syarikat swasta supaya tampil ke hadapan menghulurkan bantuan kepada pelajar yang dilanda bencana banjir yang melibatkan lebih 200,000 mangsa di seluruh negara, terutamanya di Pantai Timur.
Terdahulu, beberapa portal melaporkan bahawa Penyelaras Angkatan Pembela Rakyat (ANGKARA), Mohd Shukri Mohd Ramli mencadangkan Kementerian Pelajaran menangguhkan yuran persekolahan kepada ibu bapa dan pelajar yang tidak mampu.
Ia bagi meringankan sedikit beban berganda yang ditanggung mangsa banjir kerana sebahagian besar gaji bagi bulan ini terpaksa digunakan untuk keperluan hidup yang lebih asas untuk membina hidup baharu selepas segala harta benda mereka musnah akibat banjir.
Sementara itu, Presiden Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim, yang turut menyokong cadangan tersebut berkata, penangguhan itu harus diberikan kepada mereka yang terjejas dengan bencana banjir sahaja.
“Cadangan ini sangat bagus kerana terdapat banyak pihak yang terjejas teruk dengan banjir kali ini. Saya ingin meminta kerajaan supaya memberikan penangguhan yuran ini kepada sekolah-sekolah dan kawasan yang betul-betul terjejas dengan banjir sahaja,” katanya.
Selain itu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) turut menyokong cadangan itu kerana dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh penjawat awam yang terjejas.

Terkejut Waytha disekat masuk S'wak

Larangan memasuki Sarawak yang dikenakan terhadap aktivis Hindraf P Waythamoorthy semalam mengejutkan pemimpin PKR negeri.

Waythamoorthy sepatutnya menjadi salah seorang anggota panel dalam forum membincangkan Akta Hasutan yang dirancang pada jam 2 petang di sebuah hotel di Kuching semalam.

Bagaimanapun, apabila tiba di Lapangan Antarabangsa Kuching pada jam 11.15 pagi, pihak imigresen melarangnya daripada masuk ke negeri itu.

Beliau kembali ke Kuala Lumpur pada jam 2 petang.

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian mempersoalkan tindakan kerajaan negeri itu.

Sedangkan, katanya, Waythamoorthy pernah menjadi timbalan menteri dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak sebelum meletakkan jawatan pada Februari tahun lepas.

Khairuddin pertimbang saman anggota Pekida atas dakwaan laporan palsu 1MDB

Timbalan Ketua Bahagian Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bercakap semasa sidang media tentang isu 1MDB di Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 4 Januari, 2015.  
Timbalan Ketua Bahagian Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bercakap semasa sidang media tentang isu 1MDB di Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 4 Januari, 2015.

Timbalan Ketua Bahagian Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sedang mempertimbangkan menyaman pihak yang menuduh beliau membuat laporan palsu terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau berkata, peguamnya Datuk Seri Rajan Navaratnam sedang meneliti laporan berita tentang kenyataan Timbalan Pengerusi Pekida Seberang Perai Selatan (SPS) Mohamad Hilme Ibrahim terhadapnya, dan akan membuat keputusan tidak lama lagi sama ada untuk menyaman Hilme.
"Mengatakan yang saya buat laporan palsu adalah kenyataan menghasut. Adakah dia lihat laporan polis yang saya buat, maklumat yang saya beri kepada polis Bukit Aman?

"Adakah dia punyai dokumen 1MDB yang boleh menentang kenyataan yang dibuat ramai pihak lain terhadap syarikat itu? "Siapa dia untuk mempersoalkan laporan polis saya sedangkan pihak polis sendiri belum menyelesaikan siasatan mereka?" katanya di Bukit Mertajam tengah hari ini.
Khairuddin mengulas tentang laporan polis terhadapnya pada Jumaat oleh Hilme yang mendakwanya membuat laporan polis palsu. Beliau juga menuduh Khairuddin merosakkan imej 1MDB, bahagian Umno Batu Kawan serta Umno Pulau Pinang.
Sebelum laporan terhadap Khairuddin difailkan, sekumpulan 80 orang daripada pelbagai organisasi bukan kerajaan Melayu Pulau Pinang mengadakan demonstrasi aman di luar ibu pejabat polis Seberang Prai Tengah.

Khairuddin terus asak isu 1MDB

Khairuddin Abu Hassan, yang membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus mengasak supaya dakwaan ketidakaturan dalam syarikat Kementerian Kewangan itu ditangani.

Timbalan ketua Umno bahagian Batu Kawan itu akan memberikan kenyataannya kepada unit siasatan jenayah Bukit Aman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) tidak lama lagi.

Beliu juga berkata pihak polis menjalankan siasatan dengan profesional.

Bagaimanapun, beliau menyelar kepimpinan Umno Pulau Pinang kerana bukan sahaja berdiam diri dalam itu itu tetapi menyerangnya kerana membuat laporan itu.

Lembaga penasihat 1MDB dipengerusikan oleh perdana menteri yang juga presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak.

'Kenapa tulis untuk Phua si raja judi, bukan Al-Qaradawi?'

Berdasarkan kenyataan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, PKR membuat kesimpulan bahawa surat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung Paul Phua, yang didakwa 'raja judi', adalah sahih.

“Saya ingin berterima kasih kepada Shafee kerana walaupun menteri dalam negeri belum menjawab, peguam Umno nombor satu telah menjawab salah satu soalan yang saya tujukan kepada Zahid.

“Berdasarkan kenyataan Shafee, kita kini tahu bahawa surat rahsia Zahid kepada FBI (Biro Siasatan Persekutuan) yang didedahkan South China Morning Post adalah sahih dan benar,” kata pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil .

Justeru, Fahmi (kanan) mempersoalkan tindakan Zahid itu yang mengeluarkan surat untuk individu seperti Paul tetapi “tidak berkata apa-apa” apabila Polis Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan waran tangkap terhadap sarjana terkemuka Islam Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Ini katanya dengan mengambil kira kedudukan Yusuf yang diiktiraf kerajaan Malaysia sebagai tokoh Maal Hijrah sebelum ini.

Interpol sebelum ini mengeluarkan waran kepada Yusuf, 88, yang dikaitkan dengan kegiatan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan kerajaan Mesir.

Apa polis beritahu FBI tentang geng 14K?

Sejak 2008 lagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti tiga orang rakyat Malaysia sebagai anggota kumpulan kongsi gelap 14K, sebuah entiti jenayah terancang rentas negara.

Mereka juga mendapati bahawa 14K beroperasi di Malaysia, dengan pelbagai aktiviti daripada perjudian haram, penggubahan wang haram dan penyeludupan dadah.

Ini antara kandungan dalam dokumen dalaman Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS) yang diperoleh Malaysiakini.

Dokumen itu diserahkan kepada bukti di mahkamah AS dalam kes melibatkan Paul Phua Wei Seng yang didakwa seorang raja judi.

Phua menjadi salah seorang daripada tiga nama itu, menurut atase FBI di Kuala Lumpur, seperti dinyatakan dalam dokumen itu,

Pihak pendakwaan AS, yang percaya Phua anggota kumpulan itu, mengenakan pertuduhan perjudian haram kepadanya.

Fokus pada kes kamu, kata IGP pada 'raja judi'

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan Paul Phua, yang didakwa sebagai 'raja judi', menumpukan terhadap kesnya di Amerika Syarikat.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas berhubung dakwaan bahawa polis membuat silap dalam laporannya berkaitan warganegara Malaysia itu, yang didakwa sebahagian daripada jaringan kongsi gelap antarabangsa.

“Oleh kerana perkara ini sedang didengar di mahkamah Amerika Syarikat, saya tidak mahu komen,” katanya kepada Malaysiakini.

Khalid juga mendedahkan bahawa polis Malaysia sentiasa berhubung dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS berhubung kes itu.

“Saya boleh sahkan bahawa kami berhubung. Nasihat saya pada Phua, fokus pada pendakwaan (terhadapnya),” katanya.

Kes itu mencuri perhatian selepas Datuk Seri Zahid Hamidi dilapor menulis kepada FBI dengan mempertahankan Phua, dengan berkata dia membantu kerajaan Malaysia dalam isu keselamatan.

Semalam, peguam terkenal Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Zahid menulis surat kepada FBI bagi membetulkan kesilapan dalam laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tangguh GST, Najib jangan dengar nasihat akal pendek


KUALA LUMPUR: Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada April depan mesti ditangguhkan sehingga lima negeri yang dilanda banjir buruk dan tanah runtuh pulih sepenuhnya.

Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto menggesa kerajaan untuk pertimbang kembali pelaksanaan GST yang disifatkan sebagai ‘sumpahan’ kepada mangsa bencana alam sepanjang 2014.

“Pelaksanaan cukai GST dilakukan berikutan pandangan kerajaan yang kononnya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat, dan hutang isi rumah sudah semakin berkurang, manakala BR1M pula ditunggu-tunggu,” ujarnya dipetik Roketkini.

Berikutan bencana banjir yang melanda penghujung tahun lalu, lebih 250,000 mangsa dicatatkan di negeri-negeri Pantai Timur, Johor, Pahang dan Perak serta tanah runtuh di Tanah Tinggi Cameron sementara kerja-kerja baik pulih di negeri-negeri itu memerlukan jutaan ringgit bagi membaiki infrastruktur dan kerosakan harta benda.

Katanya, situasi Jepun juga serupa seperti Malaysia apabila negara itu dilanda tsunami pada Mac 2011, dan sehingga kini masih dalam fasa pemulihan.

Lepas 20 tahun, ke mana hanyut hisbah PAS?

Banjir besar di Kelantan pada kali ini mempamerkan banyak perkara yang mengejutkan rakyat Malaysia.

Negeri pemerintahan ulama ini merupakan negeri yang berhadapan dengan banjir yang boleh dianggap teruk berbanding negeri-negeri lain.

Sedang berbicara tentang banjir di Kelantan, tidak semena-mena, isu pembalakan menjadi perbincangan hangat dalam media sosial.

Ini dilihat kepada faktor permulaan banjir berlaku di kawasan-kawasan pembalakan.

Lebih jelas, apabila tersebar gambar-gambar dan video yang mempamerkan beberapa kawasan hutan yang sudah gondol. Menurut dakwaan ramai, ia akibat daripada pembalakan.

Sejurus surut air banjir di beberapa kawasan, bukan sekadar kerosakan harta benda, tetapi kelihatan peninggalan air banjir itu ada lumpur dan bekas tanah yang agak banyak.

Ini menjadi lebih kuat pada sangkaan ramai bahawa banjir besar kali ini, secara tidak langsung punyai kaitan dengan pembalakan.

Tidak diketahui sejauh mana benarnya dakwaan ramai tersebut, tetapi Ia menarik perhatian sebilangan ahli politik di Malaysia, sehinggakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob tidak menolak kemungkinan bahawa wujud pembalakan haram yang melibatkan beberapa kawasan hutan di Kelantan.

Tidak ketinggalan juga dengan kenyataan Salahudin Ayub, salah seorang naib presiden PAS yang tidak menafikan faktor pembalakan antara penyumbang secara tidak langsung terhadap banjir besar yang menimpa negeri yang satu-satunya menggunakan slogan Membangun Bersama Islam itu.

Politik Islam

Di kalangan ulama-ulama Islam, politik didefinisikan sebagai melaksanakan perkara yang memberi kebaikan kepada rakyat.

Lebih terperinci, ‘Allal al-Fasi menyatakan dalam kitab beliau bertajuk Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah wa Makarimuha bahawa politik itu hendaklah punyai tiga faktor besar, iaitu pengakuan terhadap keadilan, menunaikan hak rakyat dan menyusun urus tadbir negara dengan baik. (lihat halaman 165)

Al-Qaradawi pula ada menyatakan dalam kitab al-Siyasah al-Syariyyah Fi Dauw al-Nusus al-Syariah wa Maqasidiha bahawa politik itu adalah tindakan pemerintah untuk mengelak dari berlaku kerosakan yang sedang berlaku dan kerosakan yang dijangkakan bakal berlaku. (lihat halaman 32)

Menurut Ibn ‘Aqil pula, politik itu adalah tindakan yang boleh membawa rakyat kepada kebaikan dan menjauhkan mereka dari sebarang kerosakan, walaupun tindakan itu tidak dinyatakan menerusi wahyu dan hadis Nabi Muhammad SAW. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Turuq al-Hukmiyyah, halaman 13)

Kelantan: Banjir bukan akibat pembalakan

Kerajaan Kelantan menafikan banjir besar yang berlaku di negeri ini adalah berpunca daripada kegiatan pembalakan yang tidak terkawal di Hulu Kelantan.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata sebaliknya ia disebabkan hujan lebat yang berterusan di Gua Musang pada 21 hingga 23 Dis lalu.

"Saya dengan tegas menyangkal tuduhan ini kerana kerja-kerja pembalakan telah dibekukan di Tanah Tinggi Lojing sejak tahun 2006 lagi.

"Apa yang berlaku hujan lebat selama tiga hari itu telah mencatatkan taburan hujan yang tertinggi iaitu 1,295mm yang bersamaan bagi taburan hujan selama 64 hari," katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Ahmad berkata tuduhan itu disifatkan sebagai ujian yang begitu berat kepada kerajaan dan rakyat negeri ini.

"Ini adalah kekuasaan Allah Taala yang telah menurunkan hujan pada kadar yang amat banyak dalam jangka waktu yang amat singkat.

"Saya dengan ini menyeru seluruh rakyat negeri ini agar menginsafi isyarat daripada Allah ini," katanya.

Beliau berkata dalam fasa banjir ini semua pihak perlu membantu untuk memulihkan semula kawasan-kawasan yang musnah dan menolong mangsa banjir yang kehilangan rumah dan keperluan asas mereka.

- Bernama

PAS lancar Tabung Khas Pemulihan Mangsa Banjir

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) telah bersetuju untuk melancarkan Tabung Khas Pemulihan Mangsa Banjir di peringkat PAS Pusat bagi memudahkan urusan pengumpulan sumbangan daripada daripada dalam dan luar negara.

Tabung ini akan dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan dibantu oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Objektif utama penubuhan tabung ini adalah untuk membantu Kerajaan Negeri Kelantan dan mangsa banjir di seluruh negara khususnya bagi mereka yang telah kehilangan tempat tinggal.

Pihak PAS akan mengumumkan nombor akaun dan bank yang akan digunakan untuk tabung tersebut dalam masa terdekat.

Saya menyeru agar seluruh masyarakat tanpa membezakan warna kulit, kaum, agama dan idelogi politik agar dapat menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada sekalian mangsa banjir.

Sesungguhnya musibah yang melanda ini adalah ujian getir bagi mereka maka, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membantu mengurangkan derita dan kesengsaraan yang ditanggung mereka.
Presiden PAS

Sukarelawan banjir turut alami gangguan emosi

KUALA LUMPUR: Sepanjang perkhidmatan Pasukan Kesihatan Mental dan Respons Psikososial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaksanakan, didapati bahawa kebanyakan mangsa mengalami gejala seperti terkejut, tekanan perasaan akibat dari kehilangan dan kerosakan harta benda, kerisauan ketidaktentuan masa depan, kesedihan, kekecewaan, perasaan menyalahkan diri sendiri, dan perasaan terasing dari dunia luar.

"Manakala gejala fizikal yang dialami adalah keletihan, kejang otot, lapar, dan gangguan tidur. Hasil pemerhatian pihak KKM, kami dapati terdapat juga anggota penyelamat atau sukarelawan yang pulang dari misi bantuan turut mengalami gangguan emosi di atas kemusnahan yang berlaku dan kesukaran yang dihadapi oleh mangsa banjir," ujar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan akhbar hari ini, sebagaimana di bawah.

KEJADIAN banjir teruk yang telah melanda beberapa buah negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang bukan sahaja telah mengakibatkan kesan fizikal dari segi kemusnahan dan kehilangan harta benda malah turut megakibatkan tekanan perasaan dan trauma yang mendalam dari aspek psikologi kepada mangsa-mangsa bencana. Negeri-negeri lain yang turut dilanda bencana banjir ini adalah Perak, Johor, Perlis, Kedah dan Sabah.

Menyedari keadaan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Krisis Kebangsaan (National Crisis Preparedness and Response Centre atau CPRC) di peringkat kebangsaan dan juga di peringkat negeri telah mengakifkan Pasukan Kesihatan Mental dan Respons Psikososial dengan tujuan memberikan perkhidmatan sokongan psikososial kepada mangsa-mangsa bencana serta petugas-petugas kesihatan dan sukarelawan yang terlibat dalam bencana ini.

Sepanjang perkhidmatan dilaksanakan, didapati bahawa kebanyakan mangsa mengalami gejala seperti terkejut, tekanan perasaan akibat dari kehilangan dan kerosakan harta benda, kerisauan ketidaktentuan masa depan, kesedihan, kekecewaan, perasaan menyalahkan diri sendiri, dan perasaan terasing dari dunia luar. Manakala gejala fizikal yang dialami adalah keletihan, kejang otot, lapar, dan gangguan tidur. Hasil pemerhatian pihak KKM, kami dapati terdapat juga anggota penyelamat atau sukarelawan yang pulang dari misi bantuan turut mengalami gangguan emosi di atas kemusnahan yang berlaku dan kesukaran yang dihadapi oleh mangsa banjir.

Biar PAS Kelantan pimpin pembangunan semula pasca banjir, kata Dr Shafie

Pembangunan Semula Sukar Tanpa Kerjasama Pas, Umno kata Tan Sri Dr Zulkarnain


Banjir Besar: Bantu jangan kira siapa, kata Hadi

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru seluruh masyarakat menyalurkan sumbangan kepada mangsa banjir tanpa membezakan warna kulit, kaum, agama dan ideologi politik.

Hadi juga dalam masa yang sama berkata PAS pusat akan menubuhkan tabung khas pemulihan mangsa banjir dalam masa terdekat.

Ia, katanya, bagi memudahkan urusan pengumpulan sumbangan daripada dalam dan luar negara.

“Objektif utama penubuhan tabung ini adalah untuk membantu kerajaan negeri Kelantan dan mangsa banjir di seluruh negara khususnya bagi mereka yang telah kehilangan tempat tinggal,” katanya.

Tabung ini akan dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan dibantu oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Hadi yang juga ahli Parlimen Marang itu menambah, PAS akan mengumumkan nombor akaun dan bank yang akan digunakan untuk tabung tersebut dalam masa terdekat.

Banjir Besar: Luluh hati lihat rumah tinggal tapak

KUALA KRAI: "Pilu hati saya apabila melihat rumah hanya tinggal tapak kerana dibawa arus deras banjir," luah seorang suri rumah lima anak.

Berlinangkan air mata, Siti Khadijah Mohd Nor, 48, menceritakan detik kehilangan rumahnya di Kampung Manik Urai Lama.

Dia berkata ketika kejadian hujan lebat pada 23 Dis lalu, paras air hanya setakat di kaki dan selepas itu naik ke paras lutut dan akhirnya menenggelamkan rumahnya, kesemuanya berlaku begitu pantas.

Selang seminggu selepas banjir surut, Siti Khadijah dan suaminya kembali ke rumah untuk mencari harta benda yang boleh diselamatkan.

"Perancangan saya ialah untuk membersihkan tapak rumah kami serta mengumpulkan barangan rumah yang masih boleh diguna pakai, selain membuat persiapan untuk anak-anak bersekolah," kata Siti Khadijah.

Ditanya mengenai kepayahan hidup ketika dilanda banjir, Siti Khadijah berkata bantuan tidak putus-putus datang.

"Dari segi bantuan yang diterima adalah lebih daripada mencukupi, di mana bantuan setiap hari datang. Apa yang penting sekarang ialah menerima bantuan kelengkapan persekolahan seperti baju sekolah, kasut sekolah, selain daripada bekalan makanan dan air bersih.

"Alhamdulillah semua bantuan itu saya dapat...saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sanggup datang dari jauh untuk membantu mangsa banjir seperti kami," katanya.

Mesyuarat Kabinet minggu depan perlu sokong pengisytiharan darurat bencana


10854213_10153010582709917_7583564654333908003_o


MENTAKAB, 4 JAN: DAP menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menyokong pengisytiharan darurat dalam mesyuarat Kabinet, Rabu ini.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai dan Ahli Jawatankuasa DAP Eddie Ng Tien Chee dalam kenyataan bersama menegaskan, pengisytiharan darurat akan membolehkan mobilisasi 150,000 tentera untuk menangani bencana banjir.
Menurut mereka, bantuan anggota tentera boleh memendekkan masa memulihkan musibah yang berlaku dari enam bulan kepada dua bulan, misalnya.
“Kabinet pada hari Rabu ini perlu mengambil langkah-langkah berani dan tegas berhubung pengisytiharan darurat.
“Angkatan tentera boleh digembleng untuk membantu polis menjaga keselamatan dan mangsa banjir yang telah kehilangan tempat tinggal serta membina rumah sementara termasuk memastikan tidak ada wabak penyakit dengan membersihkan kawasan bencana.
“Jika angkatan tentera di negara lain boleh memberi khidmat ketika bencana, tidak ada sebab mengapa ia tidak boleh dilakukan di Malaysia,” tegas mereka.

Banjir Besar: Enggan isytihar darurat, Najib tambah derita rakyat


10864061_10152903711669192_82479471301532673_o


KUALA LUMPUR, 4 JAN: DAP mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sehingga kini masih tidak memberi penjelasan kepada rakyat berhubung keengganannya mengisytiharkan darurat.
Naib Pengerusi DAP Teresa Kok Suh Sim berkata, tindakan tersebut kini menjadi tanda tanya berikutan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) telah menafikan sepenuhnya dakwaan beliau.
“Najib masih belum memberikan penjelasan munasabah berhubung kedegilannya itu, walhal PIAM tiga hari lalu telah menyatakan bahawa mangsa banjir yang telah membeli polisi perlindungan insuran am akan dibayar kerugian.
“PIAM juga menyebut semua syarikat insuran yang menjadi ahlinya akan memproses semua tuntutan banjir selagi mana ia diinsurankan.
“Boleh Najib menafikan bahawa beliau telah mendapat nasihat yang salah mengenai isu insuran ini?” soal Teresa.
Ahli Parlimen Seputeh itu menegaskan, tindakan tersebut jelas membuktikan betapa kerajaan telah gagal menangani masalah rakyat yang kini menderita akibat banjir.
“Mengapa bencana yang luar biasa ini tidak dikendalikan secara biasa dengan mengisytiharkan darurat supaya sumber kerajaan dapat digerakkan sepenuhnya untuk menangani banjir?

PASCA BANJIR - PENDUDUK PERLU KHEMAH SEGERA [4 Jan 2015]


PASCA BANJIR - CABARAN BUAT PENDUDUK MANEK URAI [3 Jan 2015]


Banjir 2014: K'tan Terima Bantuan Kemanusiaan Oleh Kerajaan Thailand Wilayah Narathiwat | 2 Jan 2015

Banjir 2014: MB Kelantan terharu, Wilayah Narathiwat hulur bantuan kali ke-2 | 02 Jan 2015

Banjir 2014: MB Kelantan Melawat Kawasan Perumahan Tanah Merah | 30 Dis 2014

Banjir 2014: MB Kelantan Melawat Bandar Tanah Merah | 30 Dis 2014

Banjir 2014 : MB Kelantan Melawat Pondok Sungai Durian | 30 Dis 2014

Banjir 2014 : MB Kelantan Melawat Bandar Kuala Krai | 30 Dis 2014

Banjir Besar: Cadangan bina kabin seperti mangsa Tsunami Jepun

Tanjung Piai, Pontian bakal lenyap

Luahan mangsa banjir dikampung Sanggang Seberang

Misi Bantuan Banjir - Bertam Lama


'Tebang pokok macam tak ada undang-undang' kata Shahidan

Kegiatan pembalakan haram yang tidak terkawal di Kelantan merupakan faktor utama banjir besar berlaku di negeri itu baru-baru ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata penanaman semula pokok perlu dilakukan bagi mengelak negeri itu dilanda banjir besar sekali lagi.

"Sekarang ini tebatan banjir tidak boleh selesaikan masalah, kita kena tanam semula pokok yang telah dimusnahkan di hutan yang telah diteroka.

"Di Kelantan, cara mereka tebang pokok macam negeri tak ada undang-undang, jabatan yang patut jaga hutan tidak mengambil tindakan yang sepatutnya," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Padang Changkat di Parit hari ini.

Pusat pemindahan di daerah Perak Tengah itu menempatkan 108 mangsa daripada 38 keluarga setakat ini.

Shahidan berkata beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu kerajaan negeri memulihkan kawasan hutan yang diteroka dan mengembalikan tanah rizab yang ditukar statusnya.

"Rizab hutan adalah rizab hutan, kawasan hutan adalah kawasan tadahan air. Jangan kita tebang pokok di kawasan tadahan air.

UMNO sekarang 'SAKIT TUA & BAKAL MATI..'


SIAPA SEBENARNYA KERAjaan pro-Amerika ???


Hatinya menangis tagih bantuan banjir

Melihatkan begitu banyak barangan sumbangan orang ramai untuk membantu mangsa banjir, hati Nordiana Mohamed Husin serta merta dibelenggu rasa kecewa dan sedih.
Hendak diluahkan tidak tahu kepada siapa lalu dia mengambil keputusan mendiamkan diri.
Hatinya menangis kerana setiap kali membuka mulut meminta sedikit sebagai pengalas perut, dia dan suaminya, Abdullah Hassan tidak akan dilayan sebagaimana mangsa banjir lain.
Lebih menyedihkan lagi, Nordiana disifatkan sebagai mangsa banjir dari kawasan lain dan bukan kariah Kampung Keladan, Mentakab, Pahang yang hilang kelayakannya untuk menerima bantuan makanan sebagaimana mangsa banjir lain.
Abdullah Hassan
“Memang kami bukan dari kampung tersebut tetapi dari kampung Raja. Namun kami sekeluarga juga mangsa banjir dan saya mendaftar nama di pusat penempatan Kampung Keladan kerana itu yang paling hampir.
“Apakah kami bukan mangsa banjir walaupun dari kampung berlainan? Saya dan suami serta dua anak kami tidak akan meminta sesuap nasi jika perut tidak terasa lapar. Biarpun kami sekeluarga orang miskin, tapi kami bukanlah pengemis untuk mendapatkan ihsan orang lain.
“Dua hari kami tinggal di pusat penempatan tersebut kerana tiada pilihan. Disebabkan tekanan dan layanan yang diterima begitu menyedihkan, kami akhirnya keluar dan tinggal menumpang di rumah saudara mara yang tidak ditimpa musibah banjir,” katanya kepada wartawn MalaysiaGazette sambil mengesat air mata yang cuba ditahan daripada tumpah.

"YOU HELP ME, I HELP YOU"


Kalau cukai GST 6% itu ada hikmahnya, KENAPA TAK LETAK TERUS 60% CUKAI GST !!!.. Lagi tinggi cukai GST LAGI BANYAK HIKMAHNYA YANG RAKYAT DAPAT RASA !!!


KENAPA berita2 sebegini di negeri2 BN TAK MAHU DISIARKAN di TV3suku, TV1 & TV2 mahupun media massa UMNO untuk tatapan rakyat ???


Pasca Banjir: Jadikan kampung angkat di kawasan terjejas

Syarikat korporat disaran untuk menjadikan kampung-kampung di Pantai Timur yang terjejas banjir sebagai kampung angkat bagi meringankan beban mangsa banjir serta kerajaan untuk membaik pulih kawasan yang terjejas akibat bencana alam itu.

Pensyarah Kuliyyah Ilmu-ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa, Dr Taufik Ismail berkata, masa yang lebih mencabar kepada mangsa banjir adalah selepas banjir surut iaitu apabila mereka terpaksa berdepan dengan kerugian harta benda yang besar.

Menurutnya, pada peringkat itu, mangsa banjir perlu memulakan kehidupan baharu dengan sokongan banyak pihak terutamanya dari segi kewangan untuk membaik pulih kediaman mereka yang rosak.

The real reason for the Kelantan floods

Both Putrajaya and Kota Bharu are guilty of decades of neglect and under-investment.

kelantan banjir_300The reason for the flooding in Kelantan is not just the extensive logging, nor is it God’s wrath or climate change or PAS or Umno Baru. The real reason for the disastrous floods in Kelantan is decades of neglect and under-investment by the government – both state and federal. It is also the people’s lack of will to force Putrajaya to provide the badly needed national funds to build flood defences and develop the state.
The problem in Malaysia is that we allow men and women to play politics with our lives. We are held back by weak politicians on both sides of the political divide. Once we elect a man to office, we think that is the end of our problems. It is not. Politicians, like children, need to be constantly reminded of their responsibilities. Politicians are in office to serve the needs of the people.
Our MPs have been elected to work, to serve us, to make our lives better; but if they cannot make things happen because they are ineffective or have a secret agenda of their own, why leave it at that? What happened to the will of the people? The rakyat’s apathy leads others to believe that Malaysians are complacent and would rather allow others to do their thinking for them.
We are also hampered by many wannabes in Malaysian society. There are politicians who aspire to be religious preachers, and there are preachers who aspire to be politicians. These mere mortals claim that they receive the cables from God and that the people of Kelantan are receiving divine punishment for their sins.

Apa langkah pencegahan banjir di peringkat kebangsaan?


Banjir besar yang melanda negara akhir tahun lalu sewajarnya dianggap bencana, walaupun kerajaan enggan menggambarkan keadaannya sebegitu. Kemusnahan yang berlaku begitu dahsyat.
Penilaian awal bagi kemusnahan infrastruktur di Kelantan dianggarkan mencecah RM200 juta. Kawasan Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Tumpat, Pasir Mas dan Kota Baru paling teruk terjejas kerana bencana. Ada jambatan dan jalanraya di sana yang tidak dapat digunakan lagi.
Di Terengganu, para pegawai berkata sekurang-kurangnya RM132 juta diperlukan bagi memperbaiki keadaan.
Ini tidak termasuk kerugian persendirian dan kepayahan yang melanda mangsa. Berapa ramai yang kehilangan rumah mereka? Seramai 240,000 penduduk terpaksa dipindahkan di tujuh negeri. Ramai di antara mereka kini tiada tempat kediaman.
Jika mampu pulang sekalipun, apa yang tinggal? Bukan mudah bagi mereka pulih kembali daripada bencana yang melanda tempoh hari.
Ramai rakyat Malaysia tampil bagi menghulurkan bantuan ketika tragedi seperti itu berlaku. Pelbagai kumpulan, parti politik, individu dan kerajaan negeri serta persekutuan tampil bagi meringankan bebanan yang ditanggung para mangsa.
Kita bagaimanapun harus sedar bahawa pihak berkuasa serta agensi tertentu harus meningkatkan kesediaan mereka di dalam menghadapi ancaman banjir sebegitu.
Adakah kita benar-benar bersedia tempoh hari?
Walaupun banjir tahun lalu begitu besar dan tidak dijangka, adakah modus operandi kita menghadapi banjir berkesan? Adakah pihak yang dipertanggungjawabkan melihat kaedah bagaimana menanganinya?
Lihat angka kematian akibat bah besar itu - 21 kehilangan nyawa dan 10 masih hilang. Mungkin angka ini dianggap rendah oleh kerajaan pusat.
Tetapi lihat pula kemusnahan dan kepayahan yang menimpa mangsa dan anda sedar ia sememangnya bencana besar.

Selepas bah, tak menyesalkan Ahmad Maslan berkata geografi tak mustahak?


Sedang rakyat Malaysia mengalami banjir besar yang begitu dahsyat, adakah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menyesal dengan kata-katanya bahawa geografi merupakan subjek tidak penting?
Ahmad Maslan memberitahu wartawan bahawa murid-murid sekolah perlu belajar “Keusahawanan” dan kurang mementingkan geografi. Katanya, “Buka peta dunia, tunjukkan 200 negara (di dunia). Cukup! Apa lagi perlunya belajar geografi?”
Adakah timbalan menteri kewangan kita sedar displin geografi? Dia seperti tidak tahu tetapi masalahnya mahu campurtangan di dalam pendidikan pelajar dan mengabaikan matapelajaran geografi di sekolah, dengan menggantinya dengan keusahawanan.
Kita lebih bodoh darinya kerana meletak kepercayaan bagi beliau menguruskan kewangan. Ahmad Maslan tak tahu geografi dan apa pula pengetahuannya tentang ekonomi dan kewangan?
Bosnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak juga menteri kewangan. Beliau dan Ahmad Maslan mahu rakyat menaruh keyakinan terhadap mereka mengurus portfolio penting sebegitu.
Musim tengkujuh dan banjir yang melanda negara merupakan fenomena tahunan, tetapi Najib bercuti walaupun terdapat petanda Malaysia bakal dilanda bencana banjir teruk.
Beliau terpaksa pulang selepas dikritik hebat di laman media sosial, kerana tak endahkan bencana. Beliau pulang dan membuat bising tentang peruntukan dan usaha menyelamatkan mangsa. Bagaimana pula dengan usaha menghalang banjir berlaku? Apa langkah kawalan yang diperkenalkan?
Awal tahun lalu, Najib berkata Kabinet telah menerima cadangan bagi meningkat keberkesanan di dalam langkah operasi standard Jawatankuasa Bencana Banjir, yang diterajui Timbalan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin. Boleh beliau terangkan adakah langkah tahun ini lebih baik dari tahun lalu?
Najib diberitahu tentang langkah kawalan banjir, yang dibuat bekas MB Terengganu Ahmad Said berjumlah RM480 juta dan pelannya bagi melindungi seluruh Sungai Isap di Kuantan bernilai RM700 juta. Kerajaan bakal membeli bot, trak dan aset lain. Kata beliau “Bagaimanapun, kos itu tinggi dan kerajaan perlu menimbangkan harganya dahulu sebelum membuat keputusan”.
Jika hanya sejumlah daripada wang yang mengalir keluar buat mengatasi bencana itu digunakan bagi menyelesaikan masalah rakyat, tentu mereka semua tidak merana.