Sabtu, 3 Januari 2015

ADAKAH PENDARATAN PESAWAT 9M-NAA & M53-01 di Bangkok (DMK) pd hari yg sama hanya kebetulan atau ada udang di sebalik batu ???



Buka sekolah: Penoreh ikhtiar cari duit

SETIU: “Lama doh dok leh gi nnoreh, dekat buka sekolah banyak pitih nak guna, tapi kerana anak nak gi ngaji, kita ikhtiar carilah lagu mana pun…”

Itulah luahan sedih yang disampaikan ibu-bapa anak-anak Dun Jabi ketika menerima kunjungan rombongan pimpinan Majlis Tindakan Dun Jabi dalam program Jejak Anak-Anak Cemerlang UPSR semalam.

Kira-kira 20 orang anak-anak Dun Jabi yang berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini dikunjungi dari rumah ke rumah untuk diberikan sumbangan penghargaan dan ucapan tahniah atas kejayaan yang dicapai.

Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi yang juga Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim mengetuai kunjungan rumah ke rumah.

Tahun ini, kata beliau phaknya tidak mengadakan majlis penyampaian sumbangan sebagaimana biasa tetapi mengambil satu inisiatif baru untuk datang sendiri ke setiap rumah anak-anak cemerlang itu.

Menurutnya, inisiatif baru ini dibuat kerana beberapa tujuan iaitu, yang pertama, apabila pihakya tidak memiliki jumlah kewangan yang banyak untuk dihulurkan, nilai sumbangan akan menjadi mahal apabila datang sendiri ‘bertemu mata’.

"Yang kedua, kita ingin melihat sendiri keadaan kehidupan keluarga mereka di samping dapat memberi semangat kepada ahli keluarga yang lain," katanya.

Negara Islam bukan sekadar pada nama - Sultan Nazrin

Sultan Nazrin Shah
IPOH - Negara Islam tidak terbentuk sekadar dengan menamakannya sebagai Negara Islam tetapi ia adalah satu kaedah untuk mewujudkan satu sistem pemerintahan yang melakukan amal makruf dan menegah kemungkaran, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
 
Selain daripada itu, baginda bertitah rakyat di sesebuah negara Islam hidup dalam suasana damai lagi rukun, saling bekerjasama, saling menghormati, bersatu padu dan mempertahankan kedaulatan watan.
 
Mereka juga meluhurkan piagam atau perlembagaan dan mendaulatkan undang-undang untuk memastikan wujudnya keadilan agar negara dilimpahi dengan rahmat keamanan, kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan daripada ALLAH, titah baginda pada majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di sini, hari ini.
 
Sultan Nazrin bertitah Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh teladan pentadbiran negara Islam yang pertama di dunia di Madinah, yang menjunjung prinsip pemerintahan berpaksikan undang-undang yang bersumberkan al-Quran.
 
Baginda bertitah negara Islam yang dipimpin oleh Rasulullah SAW mengutamakan keadilan kerana ia adalah faktor yang akan menentukan rasa hormat dan penerimaan rakyat kepada pemimpin.

"Sifat adil yang diamalkan oleh Rasulullah SAW tidak hanya dinikmati oleh umat Islam malah keadilan dipastikan turut dinikmati oleh bukan Islam.
 
Bukan Islam turut dijamin perlindungan keselamatan, dijamin kebebasan menganut agama, dijamin boleh mengamalkan budaya masing-masing, dijamin hak untuk melakukan pelbagai kegiatan ekonomi dan usaha-usaha pembangunan sosial," titah baginda.
 
Sultan Nazrin bertitah Perlembagaan Madinah menetapkan bahawa setiap insan tanpa mengira pegangan agama, tanpa mengira amalan budaya dijamin hak asasi masing-masing.
 

Banjir Besar: Saya tak tinggal apa, semua hanyut

banjir
KUALA LIPIS - "Saya dah tak ada apa, baju sehelai, kain sehelai. Kain tudung pun tak sempat capai," ujar Sarimah Mat Yatim, 82, menceritakan rumahnya ranap dihanyut banjir.

Bagaimanapun katanya, dia bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri daripada banjir yang melanda Kuala Lipis itu.

Ibu tunggal kepada tiga anak itu berkata, kini dia tumpang tinggal di rumah salah seorang anaknya di kawasan berdekatan.

Dalam kejadian minggu lalu, rumah Sarimah yang terletak di Kg Aur Gading itu musnah sama sekali dihanyutkan air.

"Makcik nie mata tak nampak, telinga tak dengar, tapi lawatan ini makcik keluar juga nak tengok," katanya ketika menyambut lawatan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadilah Yusof ketika melawat jambatan Sungai Tanum yang menjadi laluan pintas Kuala Lipis ke Gua Musang runtuh pada bahagian tebing.

Tidak perlu kerajaan campuran, kerajaan negeri sudah cukup kuat - MB Kelantan

Tidak perlu kerajaan campuran, kerajaan negeri sudah cukup kuat - MB KelantanKUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Kelantan sudah cukup kuat untuk menangani isu-isu membabitkan rakyat tempatan yang terjejas kerana bencana banjir di negeri itu dan tidak memerlukan kerajaan campuran untuk tujuan itu.

Itu reaksi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob ketika diminta mengulas tentang cadangan pembentukan kerajaan campuran membabitkan parti PAS dan UMNO di Kelantan oleh Pemilik Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.

“Tiada keperluan menubuhkan kerajaan campuran di negeri ini kerana berbekalkan bantuan kerajaan Persekutuan, kerajaan Negeri dan kuasa kuasa lain, kita mampu menangani masalah rakyat,” katanya ringkas kepada akhbar Sinar Harian.

Pada Jumaat, Hussamuddin menjelaskan cadangan untuk menubuhkan kerajaan campuran adalah demi rakyat dan juga pembangunan semula negeri  yang memerlukan pelan jangka masa panjang.

"Saya sebagai ahli korporat ingin melihat ke hadapan. Saya mahu tahu tentang perancangan satu tahun, tiga tahun, lima tahun dan 10 tahun akan datang. Tidak perlu untuk ahli politik bergaduh tentang nak hantar bantuan. Biarkan NGO dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) salurkan bantuan," kata Husammuddin dalam satu sidang media di Shah Alam semalam.

Lebih 90 peratus bekalan elektrik pulih di Kelantan

Selain itu, Klinik Kesihatan melanjutkan operasi dan loji rawatan air sedang dibaik pulih.
TNB_EmpangKUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memulihkan operasi 1,838 pencawang elektrik (PE) daripada keseluruhan 1,960 pencawang di Kelantan setakat tengah hari tadi.
Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 2), Bahagian Pembahagian TNB, Ir Abdul Aziz Abdul Majid berkata sehingga kini lebih 90 peratus pengguna di seluruh Kelantan telah menerima semula bekalan elektrik.
“Sebanyak 46 set janakuasa bergerak dengan kapasiti sehingga 1,000 kilo Volt Ampere (kVA) sedang beroperasi di Kelantan dan kami akan berusaha memasang beberapa lagi set janakuasa di lokasi yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Dalam pada itu di Pahang, jumlah PE yang belum dipulihkan juga menurun kepada 217 berbanding 584 PE yang dihentikan semasa banjir, sementara di Perak sebanyak 57 PE belum dipulihkan, katanya.
Beliau berkata semua mangsa banjir yang pulang ke rumah dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat kontraktor elektrik berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi memeriksa terlebih dahulu sistem pendawaian dan semua peralatan elektrik sebelum selamat digunakan, lapor BERNAMA.
Pengguna di Kelantan dan Terengganu boleh menghubungi pejabat ST di talian 09-7487390, Pahang 09-5142803 dan Perak 05-2535413 untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Sementara itu, sebanyak 24 Klinik Kesihatan di Kelantan melanjutkan operasi mereka dari pukul 8 pagi hingga 9 malam, dan turut beroperasi pada hari cuti dari pukul 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan juga membuka pusat kesihatan statik di pusat pemindahan dan pasukan kesihatan bergerak bagi kemudahan mangsa banjir, kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.
Klinik Kesihatan tersebut ialah Klinik Kubang Kerian, Klinik Wakaf Che Yeh, Klinik Pengkalan Chepa, Klinik Badang, Klinik Perol, Klinik Ketereh dan Klinik Lundang Paku di Jajahan Kota Baharu.

Lebih 14,000 meninggalkan pusat pemindahan di Kelantan

Keadaan banjir di Kelantan dilihat semakin baik setakat tengah hari ini iaitu berkurangan sebanyak 14,063 dengan hanya 9,957 mangsa masih berada di 99 pusat pemindahan berbanding 24,020 orang pagi tadi.
Jumlah terbaru mangsa banjir di Kelantan itu merupakan sebahagian daripada 61,034 orang yang masih berada di pusat pemindahan sementara di Pahang, Perak, Terengganu, Sabah dan Johor.
Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan berkata jumlah mangsa yang direkodkan ialah Tanah Merah dengan 1,668 orang, Kuala Krai (3,636), Gua Musang (2,154), Machang (2,419) dan 80 orang di Tumpat.
Di Perak, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 6,775 orang berbanding 6,881 orang yang direkodkan pagi tadi.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata mangsa banjir di daerah Perak Tengah kini berjumlah 5,086 orang, Kuala Kangsar (538), Hulu Perak (739), Manjung (140) dan 272 orang di Hilir Perak.
Sementara itu, Terengganu, Pahang dan Johor setakat tengah hari ini tidak menunjukkan sebarang perubahan apabila jumlah mangsa di pusat pemindahan masing-masing kekal seperti yang direkodkan pada sebelah pagi.
Di Terangganu, jumlah mangsa kekal 143 orang dengan hanya satu pusat pemindahan dibuka iaitu di Dungun.

Pasca banjir: Satu lagi cabaran penduduk

KUALA KRAI - Selepas melalui fasa kritikal iaitu banjir, penduduk sekali lagi terpaksa menghadapi fasa yang juga mencabar iaitu pasca banjir.
 
Ini kerana penduduk sekali lagi diuji dengan ketiadaan bekalan air bersih dan elektrik yang seterusnya menyukarkan aktiviti harian mereka.
 
Tinjauan Bernama di Kampung Lubok Jong, Kuala Krai, mendapati penduduk terpaksa mendapatkan bekalan air di sungai berdekatan dan terdapat juga segelintir daripada mereka mendapatkan air bukit (air mata air) yang mengalir di tepi jalan.
 
Kelihatan penduduk sejak awal pagi membawa bekas seperti botol dan besen untuk mengangkut air bersih ke rumah masing-masing untuk memulakan aktiviti harian mereka.
 
Seorang penduduk Ismail Hashim, 40, dari Kampung Lubok Jong berkata setiap pagi beliau akan mendapatkan air untuk membersihkan diri dan membasuh rumah.

"Memang kena angkut air dari pagi. Kami orang dewasa tak apa, tapi kanak-kanak nak mandi susah.
 
"Tengok ada air bukit di tepi jalan memang jernih kalau dibandingkan dengan air sungai yang keruh, itu yang saya ambil air dekat sini," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
 
Beliau berkata ketiadaan bekalan air bersih lebih menyukarkan aktiviti harian berbanding ketiadaan bekalan elektrik.
 
"Elektrik tak ada kami boleh lagi terima. Kalau boleh biar bekalan air tu pihak berwajib pulihkan cepat," katanya.
 
Seorang lagi penduduk, Abdullah Zakaria, 39, berkata beliau berharap pihak berwajib dapat membaik pulih bekalan air bersih demi kemudahan penduduk di kampung berkenaan.

Najib Di Thailand, Kenapa Pergi Senyap-Senyap?

Melalui laman sosial Facebook dan Twitter milknya, Najib Razak menulis pagi tadi bahawa beliau kini berada di Thailand setelah mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya, Perdana Menteri negara itu, Jenderal Prayuth Chan-ocha semalam.

Perbincangan itu dikatakan berkaitan banjir serta menyampaikan ucapan terima kasih kepada rakan sejawatannya itu atas sumbangan yang dihulurkan bagi membantu mangsa banjir di Malaysia.

Katanya lagi, mereka juga bertukar pandangan tentang langkah pemulihan dan pengalaman Thailand dalam menghadapi bencana banjir.

Kali terakhir Najib dilihat berada di dalam negara ialah pada malam tahun baru di mana beliau berada di sebuah masjid di Pengkalan Kubur, Kelantan. Selepas itu, berita mengenainya senyap begitu saja kerana tiada berita dan gambarnya yang tersiar di akhbar atau media.

Beradanya Najib di Thailand dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand hanya diketahui kerana hebahan yang dilakukan sendiri oleh Perdana Menteri melalui laman sosial miliknya.

Kenapa Najib pergi ke Thailand secara senyap-senyap? Adakah ia lawatan rasmi, lawatan peribadi dan menyambung percutian yang tergendala sebelum ini?

Kalau lawatan rasmi, siapa anggota rombongannya dan kenapa tiada wartawan ikut serta dan tiada juga laporan berita mengenai pemergiannya itu sedangkan yang ditemuinya adalah Perdana Menteri Thailand?

Jika bercuti pula, kenapa dilakukan secara sembunyi dan tidak diketahui oleh sesiapa. Jika dimaklumkan, tentu ramai yang ingin menghantar dan mencium tangannya.

Kenapa Zahid bantu raja judi?

PKR menuntut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan mengenai laporannya kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk membebaskan seorang raja judi.

Tuntutan itu timbul selepas akhbar South China Morning Post menyiarkan surat didakwa ditandatangani oleh Ahmad Zahid

Surat itu didakwa menyatakan bahawa tauke judi tersebut, Paul Phua membantu Malaysia dalam soal “keselamatan negara”

"Adakah surat yang disiarkan South China Morning Post asli dan benar?,” soal pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Phua menghadapi tuduhan di AS berhubung maklumat pertaruhan dan perniagaan perjudian haram.

Phua yang dikenakan perintah tahanan rumah di Las Vegas, tempat perbicaraan berlangsung, uga didakwa menganggotai kongsi gelap 14k Triad, satu entiti jenayah terancang Cina antarabangsa.

"Banjir 2014 sama dahsyat banjir 1967"

Setiap tahun kalau musim tengkujuh air sungai di Gua Musang memang selalu melepasi paras bahaya, tetapi air tidak naik seperti yang berlaku kali ini.
banjir 1967
 Ramai yang mendakwa kerajaan gagal dalam menguruskan banjir yang melanda khusnya di Kelantan sehingga menyaksikan kemusnahan dan kerugian yang teruk. Berhenti dulu daripada mengkritik dan buatlah restropektif diri.
Beberapa hakikat yang perlu difahami ialah skala banjir yang berlaku kali ini sebenarnya di luar jangkaan terutama di kalangan penduduk yang terbabit kerana sepanjang hidup dan pengetahuan mereka, kali ini paras air naik dengan mendadak dan sebahagian besar pula tidak pernah mengalami banjir selama ini.
Ramai yang tidak tahu kebanyakan penduduk diserang hendap oleh paras air yang naik mendadak pada waktu malam dan mereka yakin banjir adalah perkara mustahil akan berlaku sebab rumah atau penempatan mereka terletak di kawasan tinggi.
Semua akan tahu ‘pesta banjir’ berlaku pada bulan Disember tetapi tidak ada sesiapa menduga skala kenaikan paras air kali ini. Hakikatnya, ia tidak seperti kita meramalkan bala yang mendatang dalam taufan atau ribut tertentu yang sudah diramal kapasiti hujan dan kelajuan tiupan anginnya.
Tidak menghairankan semua menceritakan kejadian banjir yang melanda Kelantan dari 24 hingga 29 Disember lalu sebagai bencana paling buruk selepas Bah Merah pada tahun 1967.
Mana-mana rumah terletak di kawasan tinggi terutama di jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas, pekan Rantau Panjang, Tumpat dan Kota Bharu dinaiki air sehingga paras paha orang dewasa.
Inilah pengalaman yang dilalui oleh penduduk, Ismail Mohamed, 67, dari Kampung Chabang Empat, Tumpat; Jafri Ali, 59, dari Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas; dan Zahari Abdul Rahman, 54, dari Bandar Lama, Gua Musang.
Sejak berpuluh-puluh tahun lalu, mereka menyatakan, rumah yang didiami tidak pernah dinaiki air walaupun hujan lebat dan banjir biasa sekali pun.
“Tetapi kali ini banjir agak luar biasa. Air naik terlalu cepat dan dalam sekelip mata sudah memenuhi ruang rumah,” cerita Jafri.

MB Selangor: Lapan pembantu mantan MB diarah kembalikan gratuiti RM2.6 juta

SHAH ALAM, 3 JAN: Lapan pembantu mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid, diarah menyerahkan kembali wang pembayaran gratuiti RM2.6 juta yang diterima mereka kepada Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).
Pembayaran perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan surat diutus pengurusan baharu MBI kepada lapan individu itu.
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata MBI mendapati wujud beberapa perkara yang melanggar tatacara dan peraturan kewangan berhubung pembayaran berkenaan serta syarat kontrak yang dipersetujui.
“Setelah mendapat nasihat pihak peguam maka pengurusan baharu memutuskan menghantar surat kepada mereka bagi memberi peringatan supaya mengembalikan semula wang yang dibayar itu,” katanya kepada media, selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul 1436 hijrah peringkat Selangor di Stadium Malawati.
Katanya, tindakan akan diambil sekiranya pihak terbabit tidak mengembalikannya tetapi Kerajaan Negeri memberi peluang kepada mereka meneliti dahulu surat berkaitan dan berbuat seperti diarahkan.
“Sudah tentulah mereka kena kembalikan semula wang berkenaan kepada MBI dan MBI akan meneliti jumlah kelayakan yang akan dibayar kepada mereka,” katanya.

TG Hadi: Tuduhan Kerajaan Mesir terhadap Qardhawi bodoh, zalim

hadiSHAH ALAM, 3 JAN: Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Polis Antarabangsa (Interpol) tidak boleh mengambil tindakan terhadap Syeikh Dr Yusuf Abdullah Al Qardhawi hanya kerana pertuduhan spontan yang dilemparkan Kerajaan Mesir.
Abdul Hadi berkata, tuduhan Kerajaan Mesir terhadap Presiden Kesatuan Ulama Sedunia itu disifatkan zalim dan bodoh tanpa merujuk kepada peraturan Interpol.
“Jika, kita merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Interpol, mereka hanya boleh mengambil tindakan terhadap individu yang dianggap melakukan kesalahan jenayah dan tidak boleh bertindak dalam kesalahan politik yang ada kaitan dengan hak asasi manusia.
“Ia mesti mendapat kerjasama dengan negara yang orang dituduh itu berada, sama ada rakyat negara itu atau mendapat suaka politik negara berkenaan,” katanya di Auditorium MBSA, di sini, semalam.
Beliau yang juga Presiden PAS meminta klausa Undang-Undang Tubuh Interpol yang menghalang seseorang itu ditahan dimasukkan bersama dalam memorandum bantahan yang akan dikemukakan badan bukan kerajaan (NGO) Islam Malaysia
Menurut laman web Interpol pada 5 Disember lalu, notis merah terhadap Qardhawi, 88, dikeluarkan selepas dikehendaki pihak berkuasa kehakiman Mesir bagi pendakwaan dan sabitan hukuman kerana dituduh menghasut, membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri dari penjara, aktiviti vandalisme serta kecurian.

Contohi sifat amanah Rasulullah dalam pentadbiran – Azizah

drwanazizahKUALA LUMPUR 3 JAN: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru pemimpin Islam di negara ini agar mencontohi sifat amanah yang ditunjukkan junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad saw.
Dalam peruntusan khas sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini, Azizah turut menggesa pemimpin umat Islam supaya menjauhi rasuah yang boleh merosakkan negara.
“Di dalam pemerintahan, kita harus mencontohi sifat Rasulullah iaitu amanah. Kita harus telus, berhemah dan bertangggungjawab.
“Kita juga harus berusaha mengelak dan menghapuskan segala unsur-unsur rasuah yang boleh merosakkan pentadbiran kita,” katanya.
Beliau menyifatkan Muhammad sebagai seorang reformis agung yang berjaya mengubah dunia dengan pengembangan dakwah Islam, meliputi dua pertiga dunia.
“Mesej yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w amat jelas, iaitu baginda membawa rahmat kepada seluruh alam, meliputi semua umat manusia yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang, bangsa dan agama,” jelasnya.
Beliau dalam pada itu turut menyeru pemimpin umat Islam di seluruh dunia agar bermuhasabah dan kembali ke meja rundingan bagi menyelesaikan konflik yang melanda dunia Islam.

Notis merah kepada Qardhawi fitnah, sengaja cetus ketakutan terhadap Islam kata MB Selangor

qaradawiSHAH ALAM, 3 JAN: Notis merah yang dikeluarkan Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Syeikh Dr Yusof Abdulllah Al Qardhawi adalah fitnah yang direka bagi mencetuskan ketakutan terhadap Islam.
Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, semangat kebangkitan rakyat yang dicetuskan Al Qardhawi berjaya membuktikan beliau bukan sahaja tokoh ilmuan Islam, bahkan mujahid berpengaruh di seluruh dunia.
Hal itu termasuk konsep wasatiyyah atau kesederhanaan yang dianjurkan beliau selari dengan roh Islam dalam semua aspek sehingga dikagumi masyarakat antarabangsa.
“Malang sekali, tuduhan yang dilemparkan terhadap Syeikh Dr Yusuf Al Qardhawi ini sangat berat.
“Apatah lagi, tuduhan ini datangnya daripada rejim tentera yang merampas dan merobohkan demokrasi yang diperjuangkan rakyat Mesir,” katanya pada Perhimpunan Solidariti bersama Dr Yusuf Abdullah Al Qardhawi di Auditorium MBSA, semalam.
Tegasnya, Kerajaan Selangor tetap dengan pendirian bahawa tokoh sederhana dan pejuang demokrasi Islam itu berhak dan wajar dipertahankan.

Lima negeri terjejas banjir hampir pulih, mangsa di Sabah meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor menurun kepada 74,098 orang setakat pagi ini namun angka itu sedikit meningkat di Sabah apabila semakin banyak penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di beberapa bandar di negeri itu.
Di Kelantan, walaupun cuaca mendung dengan hujan sedikit-sedikit di beberapa tempat, lebih banyak mangsa banjir sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Setakat ini, jumlah mangsa menurun kepada 24,020 orang yang berada di 114 pusat pemindahan berbanding 26,029 orang malam tadi, menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan. Jumlah mangsa di Tanah Merah adalah sebanyak 14,184 orang, Kuala Krai (3,636), Gua Musang (3,006), Machang (2,555), Kota Baharu (515) dan 124 orang di Tumpat.
Di Pahang, jumlah mangsa juga menurun kepada 42,938 orang berbanding 43,624 orang malam tadi, menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.  Hanya tujuh daerah yang direkodkan terjejas banjir iaitu Temerloh sebanyak 20,962 orang, Pekan (11,063), Jerantut (3,792), Bera (3,479), Maran (2,168), Kuantan (1,074) dan 400 orang di Lipis.
Sementara itu, kesada seeluruhan laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Tol Plaza Karak ke Tol Plaza Jabor dibuka sepenuhnya kepmua kenderaan pagi ini. Di Terengganu, jumlah mangsa kekal 143 orang dengan hanya satu pusat pemindahan dibuka iaitu di Dungun.

Kerjasama dengan persekutuan, bukan BN atau Umno, kata Azmin

Susulan laporan yang beliau sedia mengenepikan politik dan menjalinkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) demi kepentingan rakyat dalam isu berkaitan masalah banjir, Mohamed Azmin Ali menjelaskan, beliau sedia menjalin kerjasama dengan kerajaan persekutuan, bukannya BN atau Umno.
 Menurut laporan Sinar Harian hari ini, menteri besar Selangor itu menegaskan, satu wacana baharu penting diwujudkan antara kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat (PR) dengan kerajaan persekutuan.
 “Saya minta supaya wujud satu kerjasama dan wacana baharu antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri demi kepentingan rakyat. 
“Saya tidak kata akan bekerjasama dengan BN mahupun Umno... diharapkan perkara ini diperbetulkan,” katanya pada satu majlis di perkarangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam semalam.
Katanya, banyak perkara dapat diselesaikan sekiranya kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri berbincang bersama, terutamanya dalam isu ekonomi, pendidikan, keselamatan dan permasalahan rakyat.

Terima Kasih Dan Bertindak Segera - MB Kelantan

Penempatan Semula Sementara Akan Dibangunkan - MB Kelantan

Banjir Kelantan: Pupuk muafakat dan penyelarasan menyeluruh – Anwar

Anwar KelateSaya berkesempatan ke Kelantan semalam (1 Januari) untuk meninjau keadaan di sana. Turut bersama-sama ialah pimpinan Pas Dato’ Husam dan Dato’ Kamaruddin Jaffar; pimpinan KEADILAN Kelantan Sdr Abd Aziz Kadir selalu Pengerusi Majis Pimpinan Negeri dan YB Roslan ADUN KEADILAN Guchil; serta beberapa pimpinan tempatan lain.
Pertama sekali saya mulakan dengan menziarahi Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Pulau Melaka, kelihatan beliau begitu uzur sekali. Saya sangat terkesan dengan tokoh ummah ini dengan sosok sederhana beliau, meski uzur tetapi terus prihatin dan cakna dengan kondisi Kelantan seluruhnya. Sama-sama kita mendoakan agar Tuan Guru terus sihat dan sejahtera.
Dalam perjalanan seterusnya, rombongan kami bertemu dengan penduduk Pasir Mas yang memohon agar bekalan makanan ditambah di dua Sekolah yang menjadi pusat penempatan. Melalui Dato’ Husam, permintaan bekalan beras segera dikirim ke pusat-pusat berkenaan.
Di Guchil dan Manek Urai – dua kawasan yang dianggap paling kritikal dan parah terkesan dek banjir besar ini – kami diberi taklimat oleh Brig Jeneral Datuk Azmy Yahya, Panglima 8 Briged ATM.
Peranan ATM nyata sekali sistematik dan terpuji melalui pengendalian mereka di Pejabat Tanah & Jajahan. Usaha menyelamat, pengawasan pusat pemindahan termasuk penyaluran bekalan makanan amat membanggakan.
Sungguhpun begitu masalah kritikal ialah kekurangan bekalan air bersih dan elektrik. Demikian juga bekalan makanan kerana meskipun disediakan tetapi harus dibekalkan dan ditambah pada skala yang konsisten. Umpamanya, berdasarkan laporan, bekalan makanan selama seminggu hanya terhad dengan bekalan sardin dan itupun hasil bantuan NGO serta sukarelawan yang turun membekalkan ikan daripada Terengganu.
Pihak ATM memuji tindakan pantas kalangan NGO, parti-parti politik dan juga badan-badan Islam seperti ABIM dan IKRAM yang giat membantu tanpa henti.

Paul Phua Yang Ditahan FBI Ialah Perisik Negara? - Zahid Hamidi Perlu Jawab Tanya PKR.

Seperti ramai di luar sana, saya terkejut membaca laporan berita bertajuk “Accused gambling kingpin Paul Phua 'assisting Malaysia on matters of national security’” yang disiar South China Morning Post pada 31 Disember 2014 (http://m.scmp.com/news/china/article/1637766/gambling-kingpin-paul-phua-accused-making-under-table-payment-macau).

Dalam laporan berita ini, South China Morning Post telah mendedahkan bahawa DS Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri telah secara rahsia menulis sepucuk surat (http://www.scmp.com/sites/default/files/uploads/2014/12/30/malaysialetter.pdf) kepada pihak FBI Amerika Syarikat menafikan bahawa Paul Phua Wei-seng adalah ahli kongsi gelap 14K dan memohon agar dia dibenarkan pulang ke Malaysia.

Sesiapa yang membaca laporan tersebut akan tahu bahawa Paul Phua sedang dibicarakan di mahkamah Amerika Syarikat atas dakwaan menjalankan suatu operasi perjudian di Caesar’s Palace Hotel, Las Vegas sewaktu perlawanan bola sepak Piala Dunia pada pertengahan 2014. Beliau sebelum ini pernah ditahan di dan kemudiannya diusir dari Macau kerana menjalankan operasi perjudian atas talian.

Paling memeranjatkan adalah kenyataan DS Zahid di dalam surat kepada FBI yang berkata bahawa Paul Phua telah “beberapa kali membantu Kerajaan Malaysia di dalam projek-projek berkaitan keselamatan negara”.

Di sini saya ingin mengajukan tiga soalan untuk DS Zahid:

1) Adakah surat yang disiarkan South China Morning Post itu sahih dan benar? 

Banjir: Adik pendam hasrat bersekolah

Semangat adik berusia lima tahun, Mohd Zulhelmi Mohd Zaliyar Zamri, untuk memulakan alam prapersekolahannya sebelum ini begitu berkobar-kobar, namun disebabkan banjir hasrat itu terpaksa dipendamkan setelah ibu bapanya perlu mengutamakan persekolahan abangnya.

Ibunya Wan Natasha Wan Ismail, 34, berkata keputusan itu dibuat dengan berat hati memandangkan beliau dan suami Mohd Zaliyar, 35, menghadapi kekangan kewangan selepas rumah mereka di Perkampungan Bukit Rangin, dilanda banjir minggu lepas.

"Sedih juga bila terpaksa beritahu Mohd Zulhelmi yang dia tidak akan ke sekolah, memandangkan dia sudah tahu akan mula bersekolah bersama sepupu sebayanya tahun ini,"

"Tetapi apakan daya, keutamaan kami kini ialah menyediakan kelengkapan persekolahan kepada abang keduanya, Mohd Zamarul, 10, yang akan memasuki tahun tiga di Sekolah Kebangsaan Bukit Rangin pada 12 Jan ini," katanya kepada Bernama.

Wan Natasha dan Mohd Zaliyar mempunyai dua lagi anak Mohd Zamri Ismail, 16, dan Puteri Nur Jannah, setahun.

Suri rumah itu berkata mereka juga masih tidak berkesempatan membeli kelengkapan persekolahan kerana masih sibuk membersihkan rumah selepas pulang daripada pusat pemindahan banjir sejak seminggu lepas.

Banjir : Ada pendatang asing ambil kesempatan

Pada ketika ramai mangsa banjir hidup dalam keadaan serba kekurangan, terdapat pula sekumpulan pendatang asing didapati cuba mengambil kesempatan.
China Press melaporkan, sekumpulan pekerja asing tanpa izin dari Thailand didapati 'berpangkalan' di jalan utama yang menjadi laluan kenderaan yang menghantar bantuan kepada mangsa banjir.
'Mangsa' dari negara jiran itu dirakam mengibarkan kain merah serta menahan kenderaan untuk mengambil bantuan-bantuan yang sepatutnya diterima mangsa sebenar di kawasan kampung.
Sebaik sahaja lori yang membawa bantuan berhenti, pekerja asing berkenaan akan segera melakukan 'kepungan' untuk memilih barang yang diminati.
Mereka aktif di Kampung Peria di Kuala Krai dan tidak kurang yang memperalatkan kanak-kanak untuk mendapatkan makanan atau barangan lain.
Menurut laporan China Press, pendatang asing berkenaan bekerja di kebun di kawasan tinggi yang tidak dilanda banjir, tetapi mengambil kesempatan ke atas bantuan yang dihantar kepada mangsa yang memerlukan.

Banjir: Ah long pun nak “bantu”

Terdapat aduan bahawa para peminjam wang tidak berlesen cuba mengambil kesempatan daripada kesusahan mangsa banjir.

ah longSHAH ALAM: Kisah banjir di Kelantan baru saja agak reda, kini ada pulak cerita baru di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Jika ketika banjir melanda, ramai yang pergi ke Kelantan untuk membantu, kini ada pula pihak lain yang juga ingin “membantu” namun perlulah berhati-hati dengan mereka ini.
Kisahnya ah long pula sudah masuk ke Kelantan dan tawarkan “bantuan” pinjaman kepada mangsa banjir.
Berita kemasukan ah long ke negeri itu diberitahu Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub pada sidang media di sini, semalam.
Beliau memberitahu bahawa telah menerima aduan daripada beberapa pihak mengenai kewujudan pemberi pinjaman wang tidak berlesen itu yang bertujuan untuk mengambil kesempatan di atas kesusahan mangsa banjir dengan menawarkan bantuan pinjaman, lapor Sinar Harian.
“Saya dapat laporan ah long sudah pergi ke Kelantan dan tawarkan bantuan pinjaman kepada mereka (mangsa banjir). Jika mereka pergi pada ah long, kita tahulah apa nasib mereka selepas ini.
“Ramai rakyat Kelantan terkesan dengan bencana yang menimpa negeri itu. Bukan sahaja peniaga yang buka perniagaan secara kecil-kecilan malah peniaga besar turut menerima kesannya, mereka ini susah, jadi kita yang harus bantu mereka bukan ah long,” katanya lagi.
Sementara itu, memetik satu kenyataan Hussamuddin di laman mikro Twitternya, beliau menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan untuk memantau aktiviti haram itu dan membantu memulihkan segera ekonomi rakyat Kelantan.

Sudah Sampai Masanya Rosmah Perlu Diberi Kelayakan Guna Jet, Sama Seperti PM Dan TPM

Sejak Najib Razak mengambil alih kepimpinan negara pada 2009, sudah banyak kali isu penggunaan jet kerajaan oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor timbul dan menjadi percakapan ramai.

Suatu ketika dahulu, penggunaan jet itu menjadi pertikaian apabila Rosmah didapati menggunakannya semasa menghadiri suatu program di Dubai bersama beberapa isteri menteri kabinet.

Beberapa penggunaan lain  jet itu oleh Rosmah sama ada untuk kunjungan ke luar negara mahu pun perjalanan dalam negara, sentiasa saja menjadi bualan, pertikaian dan berita hangat di media-media.

Di Parlimen juga, kos perbelanjaan penggunaan jet oleh Rosmah   yang melibatkan ratusan ribu ringgit wang rakyat turut pernah menjadi pertanyaan Ahli-Ahli Parlimen dan mereka mempertikaikan kelayakan isteri Perdana Menteri menggunakan kemudahan eksklusif itu.

Pendek kata, isu penggunaan jet oleh Rosmah sentiasa saja diperkatakan salah atau benarnya meskipun isteri Perdana Menteri dikatakan mendapat kebenaran khas daripada Kabinet atau pun daripada Najib sendiri selaku Perdana Menteri.

Kali ini, penggunaan jet oleh Rosmah kembali hangat apabila Najib yang sedang bercuti dan selepas bermain golf bersama Barack Obama di Hawaii didapati pulang sendirian untuk meninjau suasana banjir dalam negara dan meninggalkan pesawat khas itu di AS.

Ia segera menimbulkan andaian bahawa jet itu adalah untuk kegunaan Rosmah, apatah lagi ia dikesan melalui FlightRadar24 turut berkeliaran di ruang udara Indianapolis, Los Angelas, New York, Dubai dan Bangkok dan dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Berbanding era Mahathir dan Pak Lah, penggunaan jet oleh isteri Perdana Menteri tidak pernah menjadi isu. Ketika itu hanya Perdana Menteri yang menggunakan kemudahan itu sepenuhnya dan isteri mereka tidak pernah menggunakannya secara sendirian.

Banjir: Aktivis lihat ada parti utama penyokong

Seorang pegawai perubatan yang menyertai misi kemanusiaan ke Kuala Krai dan Manik Urai, Kelantan kecewa kerana terdapat parti politik yang diperhatikannya menggunakan bantuan orang ramai untuk tujuan kepartian.

Dr Afiq Rahim yang menyertai misi kemanusian oleh Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) itu ada bantuan yang disalurkan secara eksklusif kepada penyokong parti masing-masing.

Tanpa menamakan mana-mana parti, Afiq dalam tulisan di Facebook menyebut, terdapat parti politik yang mengambil kesempatan di atas musibah tersebut bagi meraih sokongan parti.

Katanya lagi, walaupun terdapat pelbagai bantuan yang diberikan, namun antara masalah utama yang berlaku di negeri itu ialah masalah koordinasi pengagihan bantuan kemanusiaan.

"Lebih malang, saya sangat terkilan apabila segelintir ahli parti hijau,biru dan merah telah mempergunakan bantuan ikhlas rakyat Malaysia untuk memenuhkan tembolok kepartian masing-masing.

"Terdapat pengagihan diberikan ekslusif hanya kepada penyokong parti masing-masing menggunakan sumbangan orang awam.

"Di saat mangsa banjir sangat terdesak untuk kelangsungan hidup, parti politik mengambil kesempatan untuk meraih sokongan parti," tulis Afiq.

When Najib gets it right, someone will make it go wrong

The current "escapades" involving the PM's jet is a crisis that any PR team can do without.

najib rosmah300Prime Minister Najib just can’t get a break. After cutting short his golfing holiday in Hawaii with US President Barack Obama to handle the flood crisis on the Malaysian East Coast, Najib has made all the right moves expected of a leader at a time when the people need him. This is the best he’s looked in a long time, and you’d imagine his public relations team sighing in relief that things are going their way at last.
Or so you’d think, but not according to speculations in social media or even the ruminations of bloggers like Shahbudin Husin.
Even as Najib finally takes charge and is seemingly on the way to redeeming his image, a little wrench gets thrown into the works when the question of where exactly the “First Lady of Malaysia” is arises.
You see, Najib’s jet didn’t come home with him to Malaysia. He took a commercial flight to Kota Bharu, where he’s dug in his heels and gone to work. The jet, however, has been from Los Angeles to Indianapolis and back again, and then to New York, London, Dubai, and Bangkok. With that many trips, it had better be Santa making some late deliveries to some very deserving children who got missed out on the first trip out from the North Pole, but as all Malaysians know, that sadly isn’t the case.
The government has tried to explain the situation, claiming that technical issues kept it from heading back to Malaysia, though why they’d allow the Prime Minister to fly to Hawaii on a jet that’s plagued with technical issues and can’t make it back to Malaysia is puzzling to us.
If indeed it is Rosmah on board that aircraft, then there are some questions that need to be answered once it lands on Malaysian soil.
After all, she did exhort the wives of ministers to sacrifice their own interests to support the politics of their husbands. So you’d expect Rosmah to be first on the ground, checking in on the flood-hit people, bringing their needs to the attention of the media and the government, instead of gallivanting across the United States, if indeed that’s what she has been doing.

Kelantan tak boleh pulih, jika pemimpin politik terus bergaduh kata Hussamuddin Yaacub

Pemimpin hendaklah menghentikan polemik politik masing-masing.
kelantan banjir_300SHAH ALAM : Jika pemimpin kerajaan negeri Kelantan masih bergaduh, negeri berkenaan tidak boleh dipulihkan, kata Penerbit Sinar Harian Datuk Hussamuddin Yaacub semalam.
Beliau turut menggesa ahli politik menghentikan polemik politik masing-masing demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat negeri Kelantan.
Hussamuddin menyatakan demikian pada satu sidang media khas bagi menjawab pelbagai maklum balas terhadap pandangannya sebelum ini supaya kedua-dua parti PAS dan UMNO di Kelantan bergabung bagi menyelesaikan masalah rakyat berikutan banjir yang melanda baru-baru ini.
“Kalau semua pemimpin turun tengok banjir, siapa nak urus negeri? Pemimpin perlu balik ke pejabat masing-masing dan fikir perancangan untuk uruskan negeri. Serahkan semua tugas penyaluran bantuan dan makanan kepada petugas-petugas yang ditugaskan untuk misi bantuan mangsa banjir.
“Mungkin pemimpin sudah mula merancang, tetapi perancangan tanpa pelaksanaan memang akan gagal,” tegasnya, lapor Sinar Harian.
Datuk Hussamuddin juga menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kenyataannya sebelum ini bertujuan tidak ikhlas.
“Saya bukan cuba jual Sinar Harian (akhbar). Tuduhan cuba jual Sinar Harian itu tidak betul. Saya hanya memberikan idea saya. Malangnya saranan saya dipolitikkan.

Kebenaran penerbangan AirAsia Surabaya- Singapura digantung sementara

Kebenaran penerbangan AirAsia Surabaya- Singapura digantung sementara
KUALA LUMPUR: Kementerian Perhubungan  Indonesia (KEMENHUB)  mengambil tindakan pada Jumaat untuk membekukan buat sementara kebenaran penerbangan AirAsia Indonesia bagi laluan Surabaya- Singapura, berkuatkuasa semalam.

Lapor Kompas.com, pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pusat Komunikasi Awam  KEMENHUB, J.A Batara .

Tindakan itu diambil kerana AirAsia dikatakan melanggar surat kebenaran Ketua Pengarah Perhubungan Udara republik itu, bertarikh 24 Oktober 2014, yang  sebelum ini hanya mengizinkan penerbangan dilakukan pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu.

AirAsia juga telah didapati melanggar kebenaran itu dengan membuat penerbangan pada Ahad, 28 Disember 2014. Pesawat QZ8501 miliknya telah melakukan penerbangan dengan membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal dengan bertolak dari Surabaya ke Singapura pada hari itu sebelum dipercayai terhempas di Teluk Karimata, Kalimantan Tengah.

"Jadi ini pembekuan sementara izin rute (laluan) AirAsia rute penerbangan Surabaya-Singapura," ujar  J.A Batara dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan.

Putrajaya perlu semak bajet ekoran kemerosotan harga minyak, kata pakar ekonomi

Di saat Putrajaya bertindak balas kepada kejatuhan harga minyak global dengan memberi keutamaan kepada perbelanjaan dan pelaburan domestik, seorang ahli ekonomi terkemuka memberi amaran belanjawan negara bagi 2015 tidak akan mapan jika ia tidak disemak semula bagi mengambil kira penurunan harga komoditi, yang mana Malaysia merupakan pengeksport utama.
Tan Sri Dr Kamal Salih, Profesor Adjung Pengajian Ekonomi dan Pembangunan di Universiti Malaya berkata, tiada amaun kenaikan cukai dapat mengimbangi sumbangan hasil yang rendah Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kepada Putrajaya.
"Sudah tentu kerajaan perlu menyemak semula bajet. Andaian harga minyak agak tinggi, dan kini ia perlu dikurangkan ke tahap lebih realistik, terutama apabila harga mungkin turun bagi satu jangka masa yang lama," katanya.

"Bajet semasa tidak mampan sekarang." Bajet sebanyak RM273.9 bilion bagi 2015 dibentangkan pada bulan Oktober lalu dan diluluskan Dewan Rakyat pada 25 November. Ia disediakan atas andaian harga minyak akan berlegar sekitar AS$100-AS$ 105 setong.
Kerajaan beralih merangsang penggunaan domestik pada 2015 dengan mengarahkan semua syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun mengutamakan pelaburan domestik dan berhenti membuat pembelian aset asing.
Satu surat pekeliling mengenainya bertarikh 26 Disember 2014, ditunjukkan kepada The Malaysian Insider.

RM50 Ribu Bantuan Persekolahan - MB Kelantan

6 Bulan Tempoh Pemulihan - MB Kelantan

Pemulihan Segera Elektrik Dan Air - MB Kelantan

LPT kini dibuka sepenuhnya


Mulai tengah malam tadi, keseluruhan laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Tol Plaza Karak ke Tol Plaza Jabor dibuka sepenuhnya kepada semua kenderaan.
Namun menurut kenyataan yang dikeluarkan pengendali lebuh raya berkenaan Anih Berhad, hanya lorong laju saja dibuka di kedua-dua arah iaitu di Kilometer 126.1 hingga Kilometer 126.9. "Pemandu dinasihatkan supaya mengikut papan tanda yang disediakan," kata Anih Berhad.
Sementara itu di kawasan R&R Temerloh, oleh kerana masih terdapat penduduk kampung berhampiran yang mendapatkan perlindungan sementara di situ, maka Anih Berhad menambah stok barangan kering kepada mereka. 
Maklumat terkini mengenai laluan LPT boleh diikuti di Twitter @lpttrafik atau talian alternatif semasa waktu bekerja iaitu 03-61951266 dan 03-61951121, 03-61951250 dan 03-61951474. – Bernama

Jalan Kuantan-Pekan ditutup kepada semua kenderaan

Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Ubai ditutup kepada semua kenderaan apabila dinaiki air sedalam 400 milimeter sepanjang 500 meter.
Menurut laman Facebook Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang, hakisan juga berlaku antara persimpangan lampu isyarat Lamir dan Petronas Ubai.
Kerja-kerja pembaikan sementara  dijalankan oleh JKR Pekan tetapi keadaan hakisan bertambah kritikal disebabkan paras air semakin meningkat dan arus deras, menurut laman sosial itu.

Berikutan itu, jalan utama antara Pekan ke Kuantan perlu ditutup untuk lalu lintas bagi tujuan keselamatan pengguna dan kerja pembaikan sepenuhnya akan dilaksanakan setelah keadaan air di kawasan tersebut surut. Pengguna jalan raya yang ingin ke Kuantan atau Pekan perlu menggunakan laluan di Leban Chondong-Muadzam-Gambang.
Menurut laman sosial itu, jalan Kuantan-Kuala Lumpur di Paya Pulai serta jalan Temerloh-Jerantut  dibuka kepada semua kenderaan.
Bagaimanapun jalan Kuantan-Kuala Lumpur masih ditutup di Sungai Jempol dan Pekan Tajau.
Sementara itu, menurut kenyataan pengendali rangkaian Lebuhraya Pantai Timur (LPT), jalan dari Plaza Tol Karak ke Temerloh akan dibuka sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula 8 pagi esok.
Namun, jalan dari Plaza Tol Temerloh ke Plaza Tol Chenor masih ditutup kepada semua kenderaan sehingga paras air di Kilometer 126 surut sehingga tahap selesa. – Bernama

Banjir: Tangguh GST, bantuan RM1 bilion, isytihar darurat bencana alam – Kit Siang



kuala_krai2


KUALA LUMPUR, 2 JAN: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mengemukakan tiga cadangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tindakan segera menghadapi situasi memburuk tentang keadaan banjir terutamanya di negeri-negeri pantai timur semenanjung.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu mencadangkan penangguhan cukai barangan dan perkhidmatan(GST), menggenapkan RM1 bilion bantuan serta mengisytihar darurat bagi menangani banjir yang memburuk di Pahang.
“Perdana Menteri wajar menangguhkan pelaksanaan GST 1 April nanti kerana bukan sahaja menambah sengsara mangsa banjir berjumlah lebih sejuta orang, kerana bukan semua mangsa banjir ditempatkan di pusat-pusat pemindahan,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.
Ujarnya, malapetaka banjir melemahkan keyakinan terhadap perniagaan sehingga ramai yang membincangkan untuk menutup perniagaan, bukan hanya di kawasan yang terjejas akibat banjir.
“Hampir setiap orang di Kuala Krai menjadi mangsa banjir – berdaftar mahupun tidak – memberi sebab tambahan untuk para peniaga menutup kedai,” kata Kit Siang.
Semalam, DAP bersama 250 aktivis yang terdiri daripada pimpinan parti dan sukarelawan dari Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor mengambil bahagian dalam misi bantuan banjir pada Hari Tahun Baru 2015.

Banjir: Tiga cadangan untuk Najib

oleh LIM KIT SIANG
kuala_krai
Gambar: Wakil rakyat dan sukarelawan DAP menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan

Semalam DAP telah menghantar beberapa kumpulan bantuan kemanusiaan ke kawasan-kawasan yang terjejas teruk akibat banjir di Kelantan dan Pahang, yang terdiri daripada:
i) Tiga kontena bekalan bantuan untuk mangsa banjir, dua dari Pulau Pinang dan satu dari Johor; ke Kuala Krai sebagai sebahagian daripada misi ‘Save Kuala Krai’.
ii) Sekitar 250 anak-anak Malaysia dari Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor mengambil bahagian dalam misi bantuan banjir pada Hari Tahun Baru 2015; terdiri daripada:
- Lebih 20 kenderaan pacuan empat roda (4WD) dari Pulau Pinang yang dilepaskan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada pagi Tahun Baru pada jam 1.30 pagi). Mereka memandu lebih 15 jam dari Pulau Pinang ke Kuala Krai membawa lebih 2,000 karton bekalan bantuan.
- Lebih 20 kenderaan 4WD dengan bekalan dari Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan ke Kuala Krai (ini misi bantuan kali ketiga ke Kuala Krai yang diketuai Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, dalam masa lima hari.
- Tiga kontena (satu untuk Kuala Krai, satu untuk Kota Bharu dan satu lagi untuk Mentakab) bersama-sama 11 kenderaan 4WD membawa bekalan bantuan dari DAP Johor, dipimpin dua orang Ahli Parlimen dan 7 orang Adun.
Lawatan saya ke Kuala Krai semalam, ditemani Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohamed Hatta Ramli, ialah lawatan kedua saya ke Kelantan dalam masa lima hari, untuk memberikan bantuan dan sokongan kepada mangsa-mangsa banjir paling teruk dalam masa beberapa dekad ini.
Berikutan pemerhatian saya dari dua lawatan ini, yang pertamanya pada 28 Disember ke Kota Bharu sewaktu ibu negeri Kelantan itu ditenggelami air, saya kini menulis kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan tiga cadangan spesifik, iaitu:

DAP gesa mobilisasi besar-besaran bersih Kuala Krai


kuala_krai_banjir


KUALA KRAI, 2 JAN: DAP menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggerakkan semaksima bilangan kakitangan awam dan tentera untuk membersihkan Kuala Krai serta memastikan makanan mencukupi diedarkan kepada semua mangsa banjir secepat mungkin.
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook dan Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong dalam kenyataan bersama menegaskan langkah tersebut perlu segera dibuat agar dapat mengelak berlakunya potensi wabak penyakit serta kecurian.
“Kami menyeru Najib menggunakan sekurang-kurang 10,000 anggota tentera (dari semua kem di Kelantan) supaya terlibat secara besar-besaran membersihkan Kuala Krai dan memastikan makanan dibekalkan ke seluruh pelosok Kuala Krai.
“Tanpa langkah-langkah memastikan makanan dan barang keperluan diedar secara teratur tanpa kuasa pasaran kedai dan gerai yang berfungsi baik, pergolakan sosial akan berlaku.
“Kehadiran tentera dan peningkatan kehadiran polis, tentunya akan memulihkan ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasca Banjir 2014: Lensa 20 (Mix)






Pasca Banjir 2014: Lensa 19 (Mix)






Pasca Banjir 2014: Lensa 18 (Mix)