Jumaat, 2 Januari 2015

Azmin: Perak terima sumbangan RM100,000 Selangor

Syarikat swasta, GLC S'gor hulur RM3 9 juta bagi mangsa banjir

Selangor: 100 hari pentadbiran pemimpin peduli rakyat

LAPORAN KEMUSNAHAN AKIBAT BANJIR KELANTAN KE KABINET 7 JAN


Sidang Media 'Bersatu Demi Rakyat' - Datuk Dr Hussamuddin Yaacub


Pasca Banjir 2014: Kisah Makcik Hasbah di Dabong


Pasca Banjir 2014: Lensa 17 (Mix)






Pasca Banjir 2014: Lensa 16 (Mix)






Tunjuk kepimpinan melalui teladan dulu – Mahfuz

Penurunan harga barangan ini pastinya akan dapat membantu rakyat.
Mahfuz OmarPETALING JAYA: Kepimpinan melalui teladan, mungkin itu yang dikehendaki oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar apabila mencadangkan supaya kerajaan yang terlebih dahulu menurunkan harga barangan.
Langkah itu seiring dengan keputusan menurunkan harga petrol dan diesel yang menurut beliau, sepatutnya dilakukan lebih awal kerana rakyat berhak mendapat hak mereka.
Dakwanya, Kerajaan Persekutuan haruslah menjadi contoh teladan dalam menurunkan harga barang kerana terdapat harga barangan seperti gula, tepung gandum, dan minyak masak yang berada dalam senarai harga barangan kawalan kerajaan.
“Penurunan harga barangan ini pastinya akan dapat membantu rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana dalam berhadapan kos sara hidup yang begitu tinggi sekarang,” jelasnya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mengkritik seruan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan agar para peniaga menurunkan harga barangan yang disifatkannya sebagai ”adakah saranan itu benar-benar berkesan atau sekadar bersuara untuk menyedapkan hati sahaja.”
Dalam menghampiri detik perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pihak Kerajaan Persekutuan perlulah membuat persedian dan langkah yang proaktif untuk membantu rakyat.
“Pihak kerajaan sendiri sudah mengakui bahawa perlaksanaan GST akan menjadi faktor penyumbang kepada kenaikkan harga barang dan akan menjadi punca berlakunya inflasi,” katanya lagi.

Selaras harga minyak seminggu sekali - Rafizi

Rafizi: Kaedah menyemak dan menyelaraskan harga RON95 dan diesel yang diamalkan sekarang memangsakan rakyat
PETALING JAYA: Rakyat kini sudah mula merasakan nikmat daripada penurunan harga bahan bakar, namun cukupkah dengan kadar yang ditetapkan oleh kerajaan sekarang?
Tidak! Ini kerana kaedah menyemak dan menyelaraskan harga RON95 dan diesel yang diamalkan sekarang dikatakan memangsakan rakyat.
Justeru itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang mendakwa denmikian pastinya tidak akan duduk diam selagi dirasainya rakyat menjadi mangsa.
Beliau hari ini menggesa Kerajaan Persekutuan supaya menukar jadual menyemak dan menyelaraskan harga petrol dan diesel dari sebulan sekali (seperti sekarang) kepada setiap seminggu sekali.
Jelas beliau, langkah tersebut dapat menyelesaikan dua masalah utama. Masalah pertama adalah harga terkini RON95 dan diesel hanya disemak untuk diselaraskan dengan harga pasaran setiap bulan, sedangkan harga minyak mentah terus jatuh setiap hari.
“Ini menyebabkan harga yang dibayar oleh rakyat jauh lebih mahal dari harga pasaran sebenar,” ujarnya.
Rafizi menegaskan, dalam keadaan harga minyak mentah terus jatuh dan dijangka kekal begitu sepanjang tahun 2015, kaedah menyemak dan menyelaraskan harga RON95 dan diesel dengan harga pasaran setiap sebulan sekali seperti yang diamalkan sekarang memangsakan rakyat.
Tambahnya, sistem apungan terkawal yang menetapkan harga setiap bulan adalah harga terkini RON95 dan diesel hanya disemak untuk diselaraskan dengan harga pasaran setiap bulan, sedangkan harga minyak mentah terus jatuh setiap hari. Keadaan tersebut menyebabkan harga yang dibayar oleh rakyat jauh lebih mahal dari harga pasaran sebenar.

Banjir: Aggota polis, tentera tidak ramai

Pergerakan agensi Kerajaan Pusat amat menyedihkan dan tidak sampai pada tahap sepatutnya.
Mat-SabuKOTA BHARU: PAS hari ini mendakwa bahawa bilangan anggota polis dan tentera yang ditugaskan untuk membantu mangsa banjir terlalu sedikit berbanding yang ditempatkan untuk mengawal di Perhimpunan Bersih.
“Mengapa jumlah anggota polis dan tentera tidak dihantar lebih ramai bertugas bagi membantu mangsa banjir di Kelantan,” tanya Naib Presidennya, Muhammad Sabu
Menurut beliau, jika dibandingkan dengan Perhimpunan Bersih, pihak kerajaan boleh menempatkan sehingga 6,000 orang anggota polis, namun dalam kes banjir di Kelantan Kerajaan Pusat hanya membisu.
“Pergerakan agensi Kerajaan Pusat amat menyedihkan seperti polis dan tentera hingga tidak sampai pada tahap yang sepatutnya.
“Kerajaan sewajarnya mengarahkan kakitangannya terutama polis dan tentera untuk membantu mangsa banjir di Kelantan kerana ia melibatkan nyawa manusia. Ini disebabkan nasib mangsa banjir di pedalaman amat menyedihkan kerana banyak rumah yang musnah, hilang bumbung dan tinggal sehelai sepinggang, ” katanya, lapor Harakahdaily.
Beliau berpendapat banjir teruk pernah berlaku di Johor, Pahang dan Terengganu dan kini Kelantan, namun nasib mangsa banjir di negeri itu tidak ditangani dengan sebaiknya.
Beliau turut menyanggah kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan bahawa Malaysia antara yang terbaik di dunia dalam menangani masalah banjir.
Katanya, sebagaimana ketika pilihan raya, penglibatan polis begitu meluas ketika pilihan raya diadakan.

Lebih ramai sertai kumpulan ‘25 Melayu profesional’

Kumpulan 25 tokoh Melayu profesional atau G25, yang sebelum ni secara terbuka mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan sistem mahkamah syariah di negara ini melalui surat terbuka pada 8 Disember, menerima penyertaan lebih ramai individu hari ini.
Melalui kenyataan yang dikeluarkan jurucakapnya, bekas Duta Malaysia ke Belanda Datuk Noor Farida Ariffin, kumpulan yang dikenali sebagai G25 itu menerima penyertaan 10 lagi individu Melayu profesional.
Antaranya termasuk bekas Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Alwi Jantan, bekas Naib Canselor Universiti Malaya Tan Sri Rafeah Salim, tokoh perniagaan Datuk Seri Nazir Ariff, Datuk Anwaruddin Osman, yang merupakan bekas duta dan juga bekas setiausaha agung Negara-negara Asia Tenggara (Asean).
 Selain itu, G25 turut menerima pertambahan ahli melalui penyertaan bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Baharuddin Musa, bekas Dekan Fakulti Perubatan UM Prof Dr Adeeba Kamarulzaman, bekas Dekan Fakulti Ekonomi UM Prof Dr Ariff Abdul Kareem dan bekas Ahli Parlimen Mohamed Tawfiq Tun Dr Ismail serta Eksekutif Kewangan Korporat CIMB Berhad Shazal Yusof Mohd Zain.
 Farida dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider sebelum ini berkata, G25 terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan masyarakat sivil bagi menerangkan matlamat perjuangan mereka, namun tidak kepada parti politik. Beliau berkata, terdapat beberapa kumpulan Melayu yang tersalah tafsir matlamat perjuangan mereka sehingga menganggap mereka seolah-olah menghina agama Islam.

Tiba masanya pilih antara Putrajaya dan Najib, kata Kadir Jasin

Sudah tiba masanya Umno dan Barisan Nasional (BN) memilih antara Datuk Seri Najib Razak dan Putrajaya, kata wartawan veteran, yang kini mengkritik kepimpinan Perdana Menteri itu kerana lebih mementingkan 'diplomasi golf' berbanding rakyat sendiri yang ditimpa bencana banjir.
Datuk A Kadir Jasin berkata, perubahan perlu berlaku atau sedia menghadapi risiko melihat kerajaan pemerintah yang "tunduk kepada zaman silam". "Seperti kerajaan Romania yang terpaksa memilih antara Caesar dengan Rom, tiba masanya Umno dan BN perlu memilih antara Najib dengan Putrajaya," tulisnya dalam blognya hari ini. 
Bekas Ketua Pengarang New Straits Times itu berkata, beliau percaya gelombang perubahan itu semakin membesar seperti kata pepatah "sekali air bah, sekali pantai berubah".
"Umno perlu berbuat sesuatu mengenai presidennya dan perdana menteri jika tidak mahu situasi menjadi lebih buruk. Seperti tebing pasir, ia boleh hanyut begitu sahaja semasa pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Banjir besar mungkin titik perubahan yang kita harapkan, ia mungkin tanda permulaan bagi pengakhiran kepimpinan yang sederhana. Pepatah Melayu lama tentang 'banjir' dan 'pasir' melambangkan makna yang sangat dekat dengan Najib," katanya.
Katanya, kecuali Umno dan BN hilang semua deria sensitif dan tanggungjawab, mereka sepatutnya tahu masa depan tidak lagi menjanjikan sesuatu yang baik. "Mereka boleh berpura-pura dan meneruskan penafian, tetapi rekod kebelakangan tahun ini menunjukkan prestasi mereka dan janji yang ditaburkan kepada rakyat tidak ditunaikan.

UMNO Pemain Utama Isu Perkauman - Mat Sabu

Bercutilah ketika Eropah musim luruh – Zam

Anggota kabinet sepatutnya belajar daripada bencana banjir yang melanda negara terutamanya di Kelantan kerana hujung tahun merupakan musim tengkujuh.
Zainuddin MaidinPETALING JAYA: Wartawan veteran, Tan Sri Zainuddin Maidin mencadangkan Menteri yang memegang portfolio tidak penting sahaja yang boleh bercuti pada bulan Disember.
Katanya, Perdana Menteri, Timbalan Perdana dan Menteri-menteri yang berkaitan dengan keselamatan rakyat pula wajar bercuti sebaik sahaja pembentangan belanjawan kerana ”ketika itu negara Eropah masih indah dengan musim gugurnya. ”
Menurut beliau, anggota kabinet sepatutnya belajar daripada bencana banjir yang melanda negara terutamanya di Kelantan kerana hujung tahun merupakan musim tengkujuh.
Malah jelasnya, sudah acapkali Perdana Menteri terpaksa kembali awal daripada percutian berikutan berlakunya bencana alam seperti banjir.
”Menteri-menteri yang tidak penting bolehlah bercuti pada bulan Disember terutama Menteri Pelancongan,” katanya yang juga bekas Menteri Penerangan dalam entri terbaru zamkata.blogspot.com.
Dalam entri berjudul Lupakan Rosmah, Hargailah Perdana Menteri Mohd Najib, Zainuddin mempersoalkan tindakan pengamal media sosial yang secara tiba-tiba mahu melihat kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor untuk bersama-sama Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam lawatan ke kawasan yang dilanda banjir.
Sedangkan sebelum ini kata bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan itu, pengamal media sosial yang selalu tidak menyenangi kehadiran isteri Perdana Menteri itu bersama-sama suaminya semasa majlis atau lawatan tugas.

UG: Referendum untuk kerajaan campuran PAS dan UMNO

Jika majoriti rakyat Kelantan inginkan perubahan, kerajaan negeri perlu akur
Kelantan-Bn-PasSHAH ALAM: Kerajaan negeri Kelantan perlu membuat referendum bagi mewujudkan kerajaan campuran antara PAS dan UMNO di negeri berkenaan.
Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Datuk Sheikh Ahmad Dusuki S Mohamad berkata pungutan suara tersebut bertujuan untuk mendengar sendiri kemahuan rakyat Kelantan bagi membangunkan kembali negeri itu yang hampir lumpuh akibat banjir buruk yang melanda.
Menurut beliau, sudah tiba masanya kerajaan negeri mendengar keinginan rakyat dan berani melakukan perubahan demi membantu rakyat.
“Sekiranya 50 peratus daripada jumlah rakyat Kelantan menginginkan perubahan, kerajaan negeri perlu akur,” tambahnya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa rakyat Kelantan memerlukan kerajaan yang stabil untuk membina kembali negeri mereka, lapor Sinar Harian.
Memandangkan keadaan masa kini di mana wujud dua kerajaan berbeza dan berlaku percanggahan dalam membuat keputusan, beliau mengingatkan supaya kesejahteraan rakyat tidak menjadi korban demi kepentingan politik semata-mata.
“Ujian yang datang ada hikmahnya, Allah SWT menyuruh umatnya untuk bersatu kerana telah berpuluh tahun kita (rakyat Kelantan) berpecah disebabkan fahaman politik,” katanya.

Rakyat sudah bosan tahap gaban kata Hussamuddin Yaacub

Malu menjadi ustaz tetapi menyebarkan perkara yang tidak betul.
pas-bn440SHAH ALAM: Mengakui tidak ada agenda di sebalik idea kerajaan campuran di Kelantan, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub menegaskan bahawa rakyat sebenarnya sudah teramat bosan dengan persengketaan antara dua parti Melayu, UMNO-PAS.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf itu persengketaan yang berlaku sekarang merupakan kerosakan yang dibawa oleh ahli politik.
Sehubungan itu katanya, beliau tidak berasa malu untuk mengemukakan cadangan agar diwujudkan kerajaan campuran di peringkat negeri antara PAS dan UMNO untuk kebaikan rakyat dan negeri itu.
“Rakyat sudah bosan tahap gaban terhadap orang UMNO dan PAS. Tambahnya, saya tengok perangai mereka hodoh dan inikah pemimpin yang saya perlu hormat?” persoalnya semasa sidang media di pejabatnya.
Dr Hussamuddin Yaacub yang merupakan anak jati Kelantan dan usahawan yang berjaya berkata, beliau akan berasa ”malu menjadi ustaz tetapi menyebarkan perkara yang tidak betul.”
Katanya, beliau hanya mahukan PAS dan UMNO Kelantan bersatu pulihkan kemusnahan banjir yang dasyat di Kelantan dan menegaskan, ”sebagai umat Islam sebaiknya janganlah kita bergaduh dan seeloknya bekerjasama.”
Pemilik dan penerbit akhbar Sinar Harian itu juga mengakui ramai yang tidak berpuas hati dan menyalahtafsirkan pandangannya agar PAS dan UMNO bersatu memerintah Kelantan, namun berharap ahli politik memahami pandangannya itu demi rakyat.

UG: UMNO dan PAS perlu bersatu kata Syed Ali

Penyatuan itu bagi mengukuhkan politik orang Melayu.
umno pas2PETALING JAYA : Status-quo orang Melayu hanya boleh dipelihara menerusi wadah politik kekuatan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee berkata, UMNO dan PAS perlu bersatu bagi mengukuhkan kuasa politik orang Melayu dan menjamin kesinambungan perjuangan serta kedudukan orang Melayu akan terus terpelihara.
“Banyak sudah iktibar yang kita boleh pelajari kesan daripada perpecahan orang Melayu, kita sudah melihat sebelum ini betapa orang Melayu dan agama Islam diperlekehkan.
“Masalah itu berlaku akibat perpecahan dikalangan orang Melayu yang masing-masing cuba mempertahankan idealogi dan hak politik sehingga penguasaan itu menjadi semakin kecil,” katanya dalam entri terbarunya umnobahagiancheras.blogspot.com.
Syed Ali yang merupakan Setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan berpendapat bencana banjir yang melanda negara ketika ini menjadi titik permulaan kedua-dua parti tersebut bekerjasama dan bersatu bagi membina kekuatan masa depan.
Beliau berkata, kerjasama antara UMNO dan PAS hanya boleh ditentukan oleh keikhlasan pemimpin yang mementingkan kepentingan rakyat.

Politik global 2014: 5 pemimpin dan penggerak

Oleh HARIS ZALKAPLI

Tahun 2014 ialah tahun kesinambungan dan juga tempoh yang menyaksikan perubahan dan cetusan besar. Tahun 2014 telah meneruskan perkembangan sejak beberapa tahun sebelumnya, melibatkan perkembangan seperti kebangkitan, pendemokrasian dan persaingan kuasa-kuasa di dunia Arab. Turut diperhatikan ialah persaingan Barat dengan kuasa-kuasa baru muncul untuk membentuk orde dunia. Tetapi, 2014 juga menjadi satu tempoh yang menyaksikan beberapa perkembangan baharu yang akan terus mencorakkan hubungan antarabangsa untuk tahun-tahun mendatang. Berikut lima pemain dan penggerak yang menjelaskan perkembangan utama politik dunia sepanjang 2014.

5. Shinzo Abe dan nasionalisme Jepun

Tahun 2014 merupakan tahun yang mencabar bagi Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, yang berdepan pilihan raya mengejut untuk mendapatkan mandat baharu. Abe bangkit bersama nasionalisme Jepun yang semakin agresif, dan membawa agenda meningkatkan keupayaan pertahanan Jepun serta meninggalkan perlembagaan pascaperang yang menghadkan kebebasan Jepun dalam hal pertahanan. Pada era imbangan semula Amerika Syarikat ke Asia Pasifik, Jepun menjadi salah satu pemain pentingnya. Sepanjang tahun, Jepun mengukuhkan pakatan dengan sekutu termasuk India dan Australia.
4. Kebangkitan sayap kanan di Eropah dan Amerika Syarikat
Parti Kemerdekaan United Kingdom, UKIP, pelampau anti-Islam, dan antiimigran di Jerman dan Eropah, Tea Party di Amerika Syarikat menjadi antara nama paling dikenali yang mendepani gelombang konservatisme dan sayap kanan di dunia Barat. Di UK, UKIP mula mencapai kemenangan dan meletakkan ahli dalam Parlimen Inggeris, memberi keyakinan kepada parti itu untuk menghadapi pilihan raya 2015. Hujung Disember, dilaporkan lebih daripada 17,000 orang berkumpul menyokong kempen "anti-Islamisasi" di Dresden, Jerman. Di AS, kelompok konservatif keras Tea Party telah menguasai Parti Republikan, sebagai satu respons kuat terhadap gelombang liberal yang bangkit bersama Presiden Barack Obama. 

3. Narendra Modi dan kebangkitan India 

9M-NAA: JANGAN KETAWA..MINYAK MURAH..ISI BANYAK KALI...!!!

KUATNYA JET NI GUNA MINYAK...BAWA BENDA BERAT KER...KI..KI ...KI....!!!

3 air crashes in a row is abnormal: M'sians owe Altantuya justice - will NAJIB & ROSMAH help?

3 air crashes in a row is abnormal: M'sians owe Altantuya justice - will NAJIB & ROSMAH help?In the wake of the on-going SAR efforts of the disaster involving a third Malaysian carrier, our hearts are united in prayer and extending our support and assistance to the grieving families of MH370, MH17 and AirAsia’s QZ8501.
While it is most painful to lose our fellow human friends in such mysterious aviation disasters, we remain inspired by the human efforts to stretch out a hand and give a shoulder in these moments of acute mourning.
Meanwhile Malaysians must not forget too, the slaying of a lone mother, daughter and citizen of a foreign country in our land of endless possibilities – Altantuya.
No justice for cruelly-killed Altantuya, why wouldn't she curse Malaysia?
Mongolians and concerned Malaysians are hopelessly waiting to know who killed the Mongolian citizen and why. Those implicated and arrested and tried in court are free while the puzzle seems to get buried as the years roll by.
Imagine, no one – amongst us 30 million Malaysians, is able to bring justice to the late Altantuya and her surviving family. No politician has the guts and commitment to stand up and demand a conclusive justice to this world-unprecedented murder.

How can we salvage the faltering perception of our judiciary if despite all these years no one knows who killed her; why she was killed; and how a lone, fragile and totally helpless woman could be murdered by blowing her into near nothingness using explosives that are kept in high security vaults.
We do not have the murderers captured and dealt with. We do not know who was behind this high profile murder.

Shamsul Iskandar: Harap SPRM tak buat lupa kes Daim

Tidak ada tindakan ke atas Tun Daim, mahupun dipanggil memberi keterangan.
DaimPETALING JAYA: Perkhidmatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih kekal di takuk lama tanpa sebarang tindakan, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Justeru itu, beliau mengharapkan pada tahun 2015 ini, SPRM tidak terlepas pandang beberapa laporan yang telah dikemukakan oleh PKR dan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini, merujuk kepada siri-siri laporan melibatkan mantan Menteri Kewangan iaitu Tun Daim Zainuddin.
Beliau merujuk kepada tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac 2014 yang menyerang Daim dengan mendakwa bekas Menteri Kewangan itu mempunyai wang berbilion-bilion dalam bank di Afrika dan Eropah Timur.
Menurut Shamsul, tidak kurang daripada tiga laporan telah dibuat pada awal tahun 2014 dan gesaan agar tindakan lanjut SPRM diambil juga telah dibuat berkali-kali. Justifikasi yang kukuh melalui perincian maklumat di dalam laporan yang telah dikemukakan, seakan-akan dibakulsampahkan oleh SPRM,” katanya.
Amat mendukacitakan, katanya bahawa tiada sebarang tindakan diambil ke atas Tun Daim, mahupun dipanggil untuk memberi keterangan lanjut.

Perutusan Maulidur Rasul oleh Anwar Ibrahim

Tanggal 12 Rabiul Awal saban tahun pastinya membangkitkan rasa kerinduan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Sambutan Maulidur Rasul tahun ini yang disambut dalam tahun baharu 2015 wajar dimaknai dalam konteks mencontohi kepemimpinan Rasulullah S.A.W sebagai asas pewujudan sebuah masyarakat dan negara yang madani melalui kepimpinan strategik.
Sirah Rasulullah S.A.W memperihalkan betapa kebijaksanaan Baginda selaku pemimpin masyarakat menyelesaikan perseteruan kalangan kabilah Arab Quraisy melalui peletakan Hajarul Aswad serta menggagas penggubalan Sahifah Madinah sebagai pemupukan ukhuwah Islamiyyah antara Ansar dan Muhajirin.
Keperibadian Baginda yang sederhana namun bersifat strategis dan ikonik jelas merupakan teladan terbaik bagi sekalian umat Islam. Inilah yang seharusnya dicontohi dan dimaknai oleh sekalian pemimpin Islam khususnya dalam meraikan jamak budaya tanpa mengkesampingkan nilai-nilai Islami yang bersifat sarwajagat.

Najib perlu jelaskan tujuan jet rasmi

KUALA LUMPUR 2 JAN- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memberi penjelasan tujuan jet rasmi kerajaan Malaysia, 9M-NAA diterbangkan ke beberapa negara.
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Chean Chung berkata, semakan menggunakan aplikasi ‘Flightradar’ mendapati pesawat itu terbang ke Indianapolis, New York dan Los Angeles, Amerika Syarikat pada 31 Disember.
Manakala pada 1 Januari, pesawat itu meneruskan perjalanannya ke Dubai dari London sebelum tiba ke Bangkok.
“Yang menarik perhatian saya ialah ‘misi misteri’ ini bergerak ke arah barat dari Indianapolis ke Los Angeles, tetapi kemudian ke arah timur pula dari Los Angeles ke New York. Apakah tujuan penerbangan yang berulang-alik dan pelik itu?” soalnya, dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, ketiadaan jet rasmi kerajaan selama 7 hari ketika Malaysia dilanda banjir yang paling teruk dalam sejarah menjadi tanda tanya orang awam dan menimbulkan keraguan masyarakat antarabangsa.
“Tiada pemimpin yang berintegriti akan menggunakan jet rasmi kerajaan untuk bercuti, apatah lagi dalam keadaan rakyat sengsara menghadapi malapetaka yang menyakitkan ini.
“Tambahan pula, jet tersebut boleh ditinggalkan untuk penggunaan ‘VIP misteri’ untuk terbang ke sana sini sempena pesta Krismas dan Tahun Baru di negara barat,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu.
Lee sebelum ini mendakwa, penggunaan jet VIP Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) M53-01 untuk menghantar Najib pulang ke Malaysia, adalah pembaziran kerana beliau sepatutnya pulang dengan jet 9M-NAA.
Katanya, ia membazirkan wang rakyat sebanyak RM73,620 sebagai pembayaran kos bahan api dan wang sejumlah itu sepatutnya boleh digunakan bagi membantu mangsa banjir.

Ekonomi Binatang Ape? - Ustaz Idris Ahmad

'PAS cannot rebuild Kelantan without Umno' - Hussamuddin

Membalak, buka tanah faktor banjir di K'tan?

Banjir lumpur. Dua perkataan mudah disebut rata-rata mangsa apabila diminta menceritakan bencana banjir besar yang membawa banyak kemusnahan kepada Kelantan.
  
Dari mana lumpur itu datang? Lantas mereka percaya lumpur itu dari kawasan bukit bukau di Ulu Kelantan berikutan banyak kawasan hutan diterangkan untuk ladang kelapa sawit dan tanaman sayur-sayuran.
  
Paras air naik mendadak dan deras, dari mana?. Terpacul dari mulut mereka, hujan sangat lebat di kawasan Ulu Kelantan dan pengondolan bukit bukau penyumbang kepada pergerakan arus deras umpama "Tsunami Darat" menenggelam kawasan rendah dan menghayutkan objek di hadapan 'kepala air'.
  
Banjir yang melanda ke semua 10 jajahan di Kelantan itu memaksa lebih 104,000 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan.
  
Hujan lebat berterusan selama 48 jam di kawasan Ulu Kelantan -- Gua Musang dan Kuala Krai -- menterjemahkan kebimbangan penduduk apabila jajahan Gua Musang dilanda banjir besar mulai 22 Disember 2014.
  
Dalam tempoh yang singkat, limpahan air Sungai Galas dengan arus yang deras menenggelamkan bandar lama Gua Musang dan beberapa kampung sekitarnya.
  
Bencana itu melumpuhkan aktiviti di bandar lama Gua Musang dan kampung-kampung berhampirannya akibat dinaiki air antara dua dan lima meter, turut menyebabkan berpuluh kenderaan tenggelam.
  
Balak hentam rumah

Rata-rata penduduk tidak menyangka banjir begitu besar bukan sahaja menenggelam banyak rumah tetapi turut menghanyutkan beberapa buah rumah di hadapan mata mereka.
  
"Air naik begitu mendadak. Kami bergegas menyelamatkan diri ke kawasan yang lebih tinggi. Namun ramai yang terperangkap umpama duduk di sebuah pulau yang di kelilingi air berarus deras. Memang mencemaskan," itu yang dapat digambarkan oleh seorang penduduk Kampung Lembaga Gua Musang, Ramli Ibrahim, 55 tahun.

Minyak turun 35 sen, akhbar bawah NST naik 30 sen

KUALA LUMPUR: PAS mengalu-alukan pengumuman penurunan harga petrol dan diesel berkuatkuasa 1 Januari 2015.
"Tindakan ini amatlah perlu bahkan patut dibuat lebih awal lagi agar rakyat mendapat hak yang sewajarnya seiring dengan kejatuhan harga minyak dunia," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar.
Pada masa sama, katanya Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ada membuat seruan agar pemilik syarikat, pengilang, pengedar dan peruncit menurunkan harga barangan.
"Adakah saranan itu benar-benar berkesan atau sekadar bersuara untuk menyedapkan hati sahaja?" tanya beliau dalam satu kenyataan
Ini kerana, katanya bermula 1 Januari juga, harga surat khabar di bawah Syarikat New Straits Times Press iaitu New Straits Times (NST), Berita Harian (BH) and Harian Metro (HM) dinaikkan 30 sen.
"Sungguh menghairankan, dalam keadaan kerajaan membuat seruan agar harga barang diturunkan tetapi pihak berkepentingan di dalam NST berbuat perkara sebaliknya," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Beliau berkata, pihak kerajaan juga sepatutnya menjadi contoh tauladan dalam menurunkan harga barang kerana terdapat harga barangan seperti gula, tepung gandum, dan minyak masak yang berada dalam senarai harga barangan kawalan kerajaan.

1MDB: Pekida lapor polis terhadap Khairuddin

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pekida mahu polis menyiasat Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan kerana didakwa membuat laporan palsu berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
  
Naib Pengerusi Pekida Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Mohamad Hilme Ibrahim membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) di Bandar Perda, di Bukit Mertajam hari ini.
  
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau mendakwa laporan polis yang dibuat Khairuddin itu bukan sahaja memburukkan 1MDB, malah Umno Bahagian Batu Kawan dan Umno Pulau Pinang.
  
Terdahulu, kira-kira 80 individu yang mewakili NGO Melayu di Pulau Pinang termasuk Pekida dan Persatuan Muka Buku Pulau Pinang berkumpul secara aman di luar IPD berkenaan.
  
Pada 13 Disember lepas, Khairuddin membuat laporan di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur terhadap 1MDB tentang pentadbiran kewangan syarikat hak milik kerajaan itu yang didakwanya wujud kepincangan.

- Bernama

Najib pulang, jet masih keliling dunia

Genap dua minggu, jet VIP milik kerajaan dengan nombor pendaftaran 9M-NAA membuat perjalanan mengelilingi dunia dan mendarat di Bangkok petang ini namun teka-teki mengenai lokasi isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor masih belum terjawab.

Sehingga kini masih belum jelas, siapakah yang menggunakan pesawat tersebut memandangkan suaminya, Datuk Seri Najib Razak sudahpun pulang ke tanah air sejak Sabtu lalu.

Menurut laman penjejak penerbangan Flightradar24, pesawat jet Airbus 319 jet itu berlepas dari pengkalan udara Subang pada 20 Disember dan berlepas ke Honolulu, Hawaii selepas persinggahan singkat di Osaka, Jepun.

Najib dilaporkan bermain gol dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Hawaii, namun kemudiannya bergegas pulang apabila mendapat kritikan meluas kerana tiada dalam negara ketika situasi banjir meruncing.

Perdana menteri turut memberitahu media bahawa keluarganya berasa sedih kerana beliau terpaksa memendekkan percutiannya.

Najib tiba di Kota Bharu pada petang 27 Disember dengan satu pesawat lain.

Beliau dipercayai dijemput dengan menggunakan pesawat kerajaan di Hong Kong, namun tidak dapat dipastikan bagaimana beliau tiba ke destinasi tersebut dari Honolulu.

Zam: Kenapa bangkit isu ketiadaan Rosmah?

Bekas menteri kabinet, Datuk Zainuddin Maidin percaya isu ketiadaan Datin Seri Rosmah Mansor di tanah air dibangkitkan untuk menghakis populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Zainuddin berkata, beliau tahu bahawa warga media selama ini tidak senang apabila Rosmah dilihat terlalu menonjol.

Maka, beliau berpendapat bahawa tindakan media yang mempersoalkan ketidakhadiran Rosmah kali ini berniat untuk mencalarkan lagi imej Najib.

“Selama ini orang media sendiri pun tidak bagitu senang dengan penonjolan keterlauan Rosmah di media utama akhbar dan televisyen, maka mengapa ketidakhadirannya menjadi suatu persoalan utama mereka?

“Tidakkah ia lebih bermotif untuk menghakiskan lagi populariti Najib? Adakah mereka sekarang telah berfikir sebaliknya bahawa dengan kehadhiran Rosmah akan membantu memperbaiki imej Najib?,” kata Zainuddin.

Dalam tulisannya di blog zamkata.blogspot.com, bekas MP Merbok itu berkata isu yang dibangkitkan oleh The Malaysian Insider itu bertujuan untuk “menyerlahkan aspek negatif”.

"(Namun) saya tidak percaya akan dapat menutup keperihatinan, kesungguhan dan kegigihan Datuk Seri Najib," katanya.

Dengan sinis, Zainuddin berkata ia dapat dilihat apabila Najib sanggup meninggalkan permainan golf dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama untuk pulang ke tanah air.

Najib juga tanpa membuang masa dan dengan tidak mengira penat lelah melawat mangsa banjir sebaik tiba di tanah air, Sabtu lalu, katanya.

Bah Kuning 2014 sama Bah Merah 1967

Ke mana saja pergi, semua menceritakan kejadian banjir yang melanda Kelantan dari 24 hingga 29 Disember lalu sebagai bencana paling buruk selepas Bah Merah pada tahun 1967.
Mana-mana rumah terletak di kawasan tinggi terutama di jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas, pekan Rantau Panjang, Tumpat dan Kota Bharu dinaiki air sehingga paras paha orang dewasa.
Tidak terkecuali juga rumah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, Kuala Krai, Azizzuddin Hussein yang mengikut sejarahnya, kali pertama air banjir atau bah menaiki rumahnya kira-kira 47 tahun lalu.
Menurutnya, petanda untuk mengetahui jajahan Kuala Krai akan lumpuh sama sekali akibat banjir apabila rumah beliau juga dinaiki air.
Jangkaan itu memang tepat sekali setelah Kuala Krai diumumkan sebagai kawasan merah dalam kategori banjir menyebabkan puluhan ribu penduduknya terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.
Begitu juga pengalaman yang dilalui oleh penduduk, Ismail Mohamed, 67, dari Kampung Chabang Empat, Tumpat; Jafri Ali, 59, dari Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas; dan Zahari Abdul Rahman, 54, dari Bandar Lama, Gua Musang.
Sejak berpuluh-puluh tahun lalu, mereka menyatakan, rumah yang didiami tidak pernah dinaiki air walaupun hujan lebat dan banjir biasa sekali pun.
“Tetapi kali ini banjir agak luar biasa. Air naik terlalu cepat dan dalam sekelip mata sudah memenuhi ruang rumah,” kata Jafri menceritakan pengalamannya berhadapan dengan bencana banjir baru-baru ini.
Katanya, kira-kira jam 7 malam pada 25 Disember lalu, beliau menerima panggilan telefon dari anaknya meminta supaya mengalihkan barangan perabot, elektrik dan dokumen penting ke tempat tinggi kerana air sungai Kelantan naik secara mendadak.
Namun, beliau cuba menenangkan anaknya itu supaya tidak bimbang dengan keadaan keluarga sebab air banjir tidak pernah naik di kawasan itu selama ini.
“Bagaimanapun, sekitar jam 9 malam, ketika itu keadaan sangat gelap kerana bekalan elektrik sudah dipotong, saya terkejut melihat dalam samar-samar cahaya lilin, air mula memasuki ruang tamu rumah.

Tunggu RMK-11 langkah lembab, segera guna ‘modal’ politik RM 7.8 bilion untuk tebatan banjir

BUKIT MERTAJAM, 2 JAN: Dana politik kerajaan berjumlah RM 7.8 bilion harus digunakan untuk projek tebatan banjir, tanpa perlu menunggu Rancangan Malaysia ke-11 yang bermula 2016 nanti.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim dalam kenyataannya menggesa kerajaan untuk segera melaksanakan projek tebatan banjir ekoran kejadian bencana banjir yang terus berulang saban tahun.
“Kerajaan pusat patut memulakan projek tebatan banjir secara serius dengan serta merta dan bukan tunggu sehingga RMK-11,” ujar beliau.
Steven juga mendedahkan, usaha-usaha kerajaan yang memperuntukkan belanjawan lebih 2.4 bilion selama dua tahun juga telah gagal menyelesaikan masalah banjir di seluruh negara.
Dalam belanjawan tahunan, peruntukan untuk Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di bawah “Pengairan dan Saliran” itu termasuklah untuk rancangan kawalan dan isyarat bahaya banjir, pemulihan struktur, penggantian alatan pam, kerja-kerja kecil JPS pelbagai negeri, mencegah hakisan pantai, mengorek kuala-kuala sungai, rancangan tebatan banjir dan saliran bandar.
Justeru itu, Steven mendesak kerajaan menggunakan dana politik mereka untuk projek segera tebatan banjir di Pantai Timur.
Beliau mendedahkan sekurang-kurangnya ada lima dana di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang didakwa sebagai dana ‘modal’ politik.

Kenapa Jet rasmi kerajaan Malaysia kini di Bangkok ..??


Selepas berada di London, New York dan Dubai semalam, pesawat rasmi kerajaan 9M-NAA hari ini tiba di Bangkok, Thailand pada 11.11 pagi tadi, menurut sebuah laman yang merakamkan perjalanan udara antarabangsa.
Menurut laman Flight Radar 24, pesawat Airbus A319 itu meninggalkan Dubai pada 1.53 pagi ini, selepas tiba dari London pada 12.16 pagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan pesawat itu untuk pergi bercuti bersama keluarga, namun Najib terpaksa bergegas pulang selepas banjir di pantai timur bertambah buruk.
Najib juga menggunakan peluang bercuti bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii, baru-baru ini.
Setakat jam 1 tengahari ini, laman Flight Radar 24 tidak merekodkan destinasi pesawat 9M-NAA yang seterusnya.
Pesawat ity sebelum ini mendarat di beberapa tempat seperti Los Angeles, Indianapolis dan Honolulu.
Sebelum ini, PKR mempersoalkan di mana pesawat rasmi kerajaan itu berada selepas kepulangan Najib menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Ketua Penerangan Pemuda PKR, Lee Chean Chung mempersoalkan mengapa pesawat 9M-NAA mendarat di Indianapolis dan siapa penumpang pesawat itu.
“Saya mahu tahu mengapa pesawat rasmi tidak membawa Najib pulang tetapi pesawat TUDM yang digunakan, hanya menambahkan kos?” soal Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu itu.
Pengguna media sosial juga bertanya ke mana pergi isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor di saat pantai timur dilanda banjir besar.
"@NajibRazak Rosmah kat mana, Rosmah Rosmah kat mana (yeaa), Rosmah kat mana, Rosmah Rosmah kat mana (ditanya tanya lagi) #TaufikBatisah," kata Lucius Maximus melalui Twitter, menggunakan bait-bait lagu penyanyi popular dari Singapura, Taufik Batisah.
Kedahkini turut bertanya: "ROSMAH MANSUR KAT MANA?".....TERUS JADI TANDA TANYA"
Megat Trainor (@akeemzamani) pula berkata: "Rosmah ulang alik kt US shopping barang utk mangsa banjir kot #Husnuzon (sangka baik)"

Banjir Besar: Anwar kata tak ada tiket untuk balik....

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak dapat pulang lebih awal daripada bercuti ketika banjir buruk melanda pantai timur semenanjung kerana tidak dapat mengubah semula jadual perjalanannya.

Laporan Sinar Harian Online menyebut, Anwar juga meminta   semua pihak, termasuk jentera partinya agar tidak “terlalu berpolitik” dan lebih menumpukan pada usaha menyalurkan bantuan.

“Saya minta maaf kalau saya lambat datang. Memang saya tiada ada keupayaan untuk balik segera kerana tidak ada penerbangan, tempahan tiket tidak boleh ditukar.

“Saya mohon supaya semua pihak beri tumpuan kepada kerjasama dan bagi ruang serta peluang kepada semua yang mahu membantu, jangan ada cengkaman politik mahupun diskriminasi.

“Jangan lihat dari segi kepentingan politik, lihat kepada kepentingan rakyat,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Anwar menerima kritikan kerana kelibatnya tidak dapat dikesan ketika penduduk pantai timur, yang mesra dengan gelaran “rakyat” oleh ketua pembangkang itu, menderita akibat banjir.

Blog pro-Umno turut menerbitkan gambar menunjukkan beliau sedang mengayuh basikal di satu destinasi percutian.

Banjir Besar: Bantuan RM500 juta melalui siapa?

KOTA BAHARU:  Naib Presiden PAS, Muhammad Sabu mempersoalkan kenapa anggota polis dan tentera tidak dihantar lebih ramai bertugas untuk membantu mangsa banjir di Kelantan.

Menurutnya, jika Perhimpunan Bersih yang dianjurkan rakyat, kerajaan Malaysia boleh menempatkan sehingga 6,000 orang anggota polis, kenapa dalam kes banjir di Kelantan kerajaan pusat membisu.

“Pergerakan agensi kerajaan Pusat amat menyedihkan seperti polis dan tentera hingga tidak sampai pada tahap yang sepatutnya.

“Kerajaan  sewajarnya mengarahkan kakitangannya terutama polis dan tentera untuk membantu mangsa banjir di Kelantan kerana ia melibatkan nyawa manusia,” ujarnya.

Menurut Muhammad lagi, nasib mangsa banjir di pedalaman  amat menyedihkan. Banyak rumah yang musnah dan ada yang hilang bumbung seumpama tsunami dan ada yang sehelai sepinggang.

Sebelum ini banjir teruk pernah berlaku di Johor, Pahang dan Terengganu dan kini giliran Kelantan pula namun nasib mangsa banjir di negeri ini tidak ditangani sebaiknya.

Oleh itu tambahnya, rakyat menanggung derita dengan perbelanjaan kewangan yang begitu banyak untuk membina semula keluarga masing-masing.

Pada masa yang sama beliau menyanggah kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan bahawa Malaysia antara yang terbaik di dunia dalam menangani masalah banjir.

Tambahnya lagi, sebagaimana ketika pilihan raya juga, penglibatan polis begitu meluas ketika pilihan raya diadakan.

"The Untold Story": Jangan sampai kerusi DUN PAS Kelantan ‘hanyut’ lepas banjir......

Parti pemerintah kerajaan negeri Kelantan, PAS perlu menjuarai program pembangunan negeri itu yang dilanda banjir bagi memastikan 24 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu terlibat dalam musibah berkenaan tidak turut sama 'hanyut', kata Datuk Husam Musa.

Naib presiden PAS itu berkata, meskipun mereka tidak mempunyai keupayaan seperti kerajaan pusat daripada segi kewangan dan kepakaran, PAS perlu menjuarai program pasca banjir di peringkat akar umbi dan dilihat rakyat.

"Ada 27 DUN terlibat banjir (di Kelantan), kalau kita tidak jaga ini, semua hanyut sekali. Saya tidak mahu tengok DUN kita hanyut," kata Husam dalam program Malam Amal, Kelantan Pasca Banjir, "The Untold Story" anjuran Yayasan Darul Hijrah di Kuala Lumpur, malam tadi.

"Cara sesetengah pemimpin kata, seperti mahu gunakan kesempatan ini untuk meluaskan pengaruh politik mereka.

"Kita tidak boleh bina rumah seperti kerajaan pusat bina, tetapi kita mahu dilihat, mengetuai misi banjir mega Kelantan 2014. Saya mahu tuan puan bantu kami daripada segi itu," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan peruntukan khas berjumlah RM500 juta bagi setiap negeri yang dilanda banjir.

Peruntukan itu merupakan tambahan kepada bantuan RM50 juta melalui Kementerian Kewangan yang diumumkan pada 25 Disember lalu, khusus bagi operasi menyelamat dan penghantaran barangan keperluan kepada mangsa banjir.

"Ringkasnya banjir ini paling hebat, paling luar biasa," kata Husam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu berkata, kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) seperti tidak bersedia menghadapi banjir besar berkenaan sehingga mengakibatkan penduduk terlibat gagal bersiap sedia sekali gus mengalami kerugian besar susulan kehilangan harta benda dan kemusnahan kediaman mereka.

"Mungkin mereka terkejut, tetapi sebagai kerajaan mereka tidak boleh terkejut, mereka ada saluran.

"Kalau kerajaan Malaysia ada sistem simulasi yang kemas, sudah boleh beritahu dalam hebahan, air akan tiba jam sekian-sekian, tetapi tidak...kerajaan kata ini banjir biasa. Tak payah bimbang, terkawal," katanya.

PKR gesa polis siasat Projek IC Sabah

Mereka yang terbabit dalam skim ini “menjual negara kita” dan polis patut segera menyiasat jenayah itu.
KOTA MARUDU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu polis segera melancarkan siasatan mengenai Projek IC kerana terlalu banyak bukti kewujudan skim itu di Sabah, di mana pendatang tanpa izin (PTI) diberi kad pengenalan Malaysia melalui cara yang meragukan.
Ketua PKR Kota Marudu, Maijol Mahap berkata, keterangan daripada beberapa saksi Royal Commission of Inquiry (RCI) mengenai PTI menunjukkan wujud sindiket mengeluar dan memberi kad pengenalan kepada PTI yang dilakukan oleh beberapa pemimpin.
“Ini adalah skandal tertinggi di mana ada yang menggelarnya sebagai ‘Projek Mahathir’,” katanya menambah bahawa hakikatnya, skim itu dirancang oleh beberapa pemimpin di Kuala Lumpur yang bersekongkol dengan pemimpin tempatan di sini yang memberi IC kepada ribuan rakyat asing bagi membolehkan mereka mengundi.
Maijol berkata demikian selepas membuat laporan polis di Balai di Kota Marudu pada hari Khamis menggesa Projek IC dan pengundi haram disiasat dalam senarai daftar pemilih. Beliau diiringi ahli-ahli bahagian.
Maijol yang juga Ketua Penerangan PKR Sabah berkata, mereka yang terbabit dalam skim ini “menjual negara kita” dan menggesa polis segera menyiasat jenayah itu.
Di masa lalu katanya, mereka sering mendapat maklumat bahawa polis enggan membuat sebarang siasatan sebab kurangnya bukti dan walaupun ketika ada bukti, ia hanya satu khabar angin. Kini bukti-bukti sudah ada tidak ada sebab lagi untuk tidak menghiraukannya.

Najib perlu jelaskan tujuan jet rasmi kerajaan ‘keliling dunia’ tanpa kehadiran beliau .??

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memberi penjelasan tujuan jet rasmi kerajaan Malaysia, 9M-NAA dipercayai diterbangkan ke beberapa kawasan di Amerika Syarikat, United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu dan Thailand dalam tempoh beberapa hari sejak 31 Disember hingga semalam.
Ketua Penerangan Pemuda PKR Lee Chean Chung berkata semakan menggunakan aplikasi 'Flightradar' mendapati pesawat itu terbang ke New York dari Indianapolis, dan ke New York dari Los Angeles, Amerika Syarikat pada 31 Disember, manakala pada 1 Januari, pesawat itu meneruskan perjalanannya ke Dubai, dari London dan Bangkok dari Dubai.
"Nampaknya jet misteri tersebut akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi.

"Yang menarik perhatian saya ialah 'misi misteri' ini bergerak ke arah barat dari Indianapolis ke Los Angeles, tetapi kemudian ke arah timur pula dari Los Angeles ke New York. Apakah tujuan penerbangan yang berulang-alik dan pelik itu?" soalnya, dalam satu kenyataan hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu itu berkata, ketiadaan jet rasmi kerajaan selama 7 hari ketika Malaysia dilanda banjir yang paling teruk dalam sejarah menjadi tanda tanya orang awam dan menimbulkan keraguan masyarakat antarabangsa.
"Tiada pemimpin yang berintegriti akan menggunakan jet rasmi kerajaan untuk bercuti, apatah lagi dalam keadaan rakyat sengsara menghadapi malapetaka yang menyakitkan ini.
"Tambahan pula, jet tersebut boleh ditinggalkan untuk penggunaan 'VIP misteri' untuk terbang ke sana sini sempena pesta Krismas dan Tahun Baru di negara barat," katanya.
Beliau sebelum ini mendakwa, penggunaan jet VIP Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) M53-01 untuk menghantar Najib pulang ke Malaysia, adalah pembaziran kerana beliau boleh balik dengan jet 9M-NAA.

TERKINI.. MENGAPA pesawat kerajaan (9M-NAA) 'TANPA NAJIB' yg dinaiki 'VVVVVIP' dari DUBAI tidak mendarat terus di KLIA tetapi di BANGKOK ???


Where’s Rosmah’s sacrifice?

The PM's wife may be globe trotting with the official government aircraft, says blogger.
9M-NAA_300PETALING JAYA: A week after Prime Minister Najib Abdul Razak cut short his holiday to attend to the flood crisis, questions still persist about his wife’s whereabouts.
Following up on his article about the gossip that Rosmah Mansor is still on holiday, popular blogger Shahbudin Husin reminds her of the advice she once gave to the wives of the country’s leaders — that they should sacrifice their own interests to support their husbands in fulfilling the latter’s responsibilites.
In his latest blog entry, Shahbudin appears to speculate that Rosmah may be globe trotting with the official government jet that took Najib and his family to the United States for their holiday.
He disputes a statement from the Prime Minister’s Office that the jet was left in the US because it developed technical problems.
Flightradar24.com_-_Live_flight_tracker!_-_2015-01-02_13.48.14
“Anyone with Internet access can log on to FlightRadar24.com and type in the flight number 9M-NAA and see that the official government jet is not sitting still in the US, but is roaming around in the air,” he writes.
He says the plane flew from Hawaii to Indianapolis before flying twice to Los Angelas, then to New York on New Year’s Eve before flying to London and then Dubai this morning.
“It raises the question who is happily using the jet while Najib is in the country,” he says.
“If the explanation of the PMO’s office were true and the plane had technical problems, wouldn’t it fly back to Malaysia immediately after repairs?”

Isu Jet Menjadikan Najib Terus Lemas Dan Tenggelam Walaupun Banjir Kian Surut.....

Kepulangan Najib Razak secara tergesa-gesa daripada Hawaii setelah berita dan gambarnya bermain golf dengan Barack Obama yang kemudian menjadi kritikan ramai, di ketika banjir kian melanda, sama-sekali tidak menjadikan imejnya di mata rakyat bertambah baik.

Walaupun kepulangannya terus ke Kota Bharu untuk meninjau suasana banjir dan kemudian diikuti dengan pengumuman bantuan RM500 juta serta kesediaan meluangkan lebih banyak masa ke negeri-negeri yang ditimpa musibah agak disambut baik, terdedahnya banyak perkara di sebalik itu menjadikan beliau terus menjadi kecaman ramai.

Perkara yang paling menjadi perbualan ialah mengenai kepulangannya bersendirian ke tanahair sedangkan dikatakan beliau pergi bercuti ke Hawaii bersama isteri dan lain-lain ahli keluarganya.

Ramai yang bertanya di mana Rosmah Mansor yang sebelum ini pernah menyatakan isteri-isteri pemimpin haruslah berkorban dan meluangkan banyak masa membantu suami masing-masing?

Najib kemudian dilaporkan menaiki  pesawat komersial daripada Hawaii ke Hong Kong, manakala daripada Hong Kong ke Kota Bharu pula, beliau dijemput oleh jet khas milik TUDM.

Keadaan ini bukan saja melibatkan kos penerbangan yang jadi berganda, tetapi segera menimbulkan persoalan, kenapakah pesawat khas yang membawanya ke Hawaii itu ditinggalkan di AS dan Najib sendiri menjadi begitu "budiman" sanggup menaiki pesawat komersial ke Hong Kong?

Kenapakah jet khas untuk Perdana Menteri itu ditinggalkan dan siapakah pula yang menggunakannya di AS itu?

Walaupun pejabat Perdana Menteri kemudian ada menjelaskan bahawa pesawat khas itu ditinggalkan di AS kerana mengalami masalah teknikal dan bukannya digunakan oleh mana-mana ahli keluarga Najib, apa yang didedahkan di alam maya kemudian lebih mengejutkan.

Sesiapa yang mempunyai capaian internet dan melayari FlightRadar24 dan kemudian menaip 9M-NAA iaitu nombor pendaftaran pesawat khas yang membawa Najib ke Hawaii untuk bercuti sebelum ini, pasti mendapati bahawa jet itu sebenarnya tidak duduk diam di AS, sebaliknya banyak bergentayangan di udara.