Khamis, 31 Disember 2015

HADIAH AKHIR TAHUN UNTUK MALAYSIA

Tidak ada perkara yang lebih memalukan yang boleh dianggap sebagai "hadiah"  hujung tahun kepada negara apabila Malaysia diumumkan di tempat ketiga dalam kategori "skandal rasuah paling teruk"  di dunia bagi 2015.

Barangkali inilah pertama kami Malaysia berada di kedudukan "terbaik" itu dan sekaligus menjadikan tahun 2015 meninggalkan memori paling hitam bagi kita semua.

Ini juga membuatkan kedatangan tahun 2016 sebagai penuh cabaran sama ada kita mampu memulihkannya atau menjadikan tahun-tahun mendatang lebih teruk lagi keadaannya.

Dalam penilaian yang dilakukan oleh foreignpolicy.com - sebuah bahagian di bawah Washington Post Company, Malaysia dinilai berada di tempat ketiga di belakang FIFA, persatuan bolasepak dunia yang banyak terpalit dengan rasuah dan sebuah negara di benua Afrika iaitu Nigeria.

Seterusnya Honduras dan Guatemala berada di kedudukan keempat manakala hakim-hakim di Ghana dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB berada di kedudukan kelima dan keenam.

Menurut laporan itu, Presiden AS Barack Obama berada dalam kedudukan amat janggal apabila melawat Malaysia baru-baru ini berikutan laporan yang mengaitkan Najib dengan kemasukan wang berjumlah RM2,600 juta ke dalam akaun peribadinya.

Bauksit: ‘Gantung perlombongan atau letak jawatan’

Adnan perlu mempunyai keberanian politik untuk menangani isu ini yang kian melonjakkan kemarahan penduduk tempatan
kuantan
PETALING JAYA: “Kita sudah buat apa yang termampu, kini terpulang kepada Menteri Besar (Datuk Seri Adnan Yaakob) untuk bertindak,” kata Pengerusi Gabungan Bertindak Menentang Pencemaran Bauksit, Fuziah Salleh.
Beliau berkata, Adnan perlu mempunyai keberanian politik untuk menangani isu ini yang kian melonjakkan kemarahan penduduk tempatan.
“Ketika pertemuan, beliau hanya kata sedang berusaha untuk menanganinya. Lihat pula ketegasan Menteri Besar Terengganu dalam isu ini,” katanya ketika dihubungi FMT.
Ahli Parlimen Kuantan itu diiringi Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Adun Semambu Lee Chean Chung untuk menyerahkan memorandum kepada Adnan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang di Kuantan, pada tengah hari Khamis.
Fuziah menyuarakan keyakinannya bahawa kegiatan perlombongan bauksit boleh dijalankan secara terkawal dan jauh lebih baik daripada apa yang boleh dilihat sekarang.
“Tetapi syaratnya kenalah buat moratorium (penangguhan) dulu. Soalnya bila MB nak umumkan?” soalnya lagi.
Kuasa MB untuk halang atau jadi batu penghalang
Memorandum tersebut memberi tempoh sehingga tengah malam ini kepada Adnan untuk mengumumkan moratorium terhadap perlombongan bauksit di sana.
“Pada 7 Disember lalu, Adnan berkata akan membuat pengumuman sebelum hujung bulan ini. Dengan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga setuju untuk menggantung lesen ekspot…pengumuman itu hanya menunggu kata putus Adnan sendiri.
“Umumkan moratorium sebelum detik 12 tengah malam atau letak jawatan jika masih ada maruah,” kata memorandum itu lagi.
Menurut memorandum itu lagi, ekspot bauksit yang meningkat 20 kali ganda pada tahun 2015 berbanding 2014 juga menyebabkan pencemaran 20 kali ganda di kawasan yang terlibat.
“Moratorium memberi masa untuk kita melihat kepada penggubalan undang-undang yang boleh memberikan situasi menang-menang serta membantu menjadikan industri bauksit ini lebih lestari.
Memorandum itu turut melampirkan tiga dokumen yang menunjukkan punca dan kesan perlombongan bauksit yang tidak terkawal kepada alam sekitar dan penduduk.
Lampiran pertama menunjukkan fenomena ‘laut merah’ yang menurut memorandum itu berpunca daripada aktiviti mengorek dan mengalihkan tanah bauksit yang tidak terkawal.

Malaysia muflis jika undur dari TPPA, kata Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan menjadi azab kerana negara akan selama-lamanya terbelenggu olehnya.
Ini adalah kerana walaupun Malaysia boleh keluar dari perjanjian itu, tetapi negara akan menjadi bankrap, katanya.
Beliau berkata ini adalah kerana TPPA membolehkan syarikat-syarikat asing untuk menyaman kerajaan bagi kehilangan keuntungan pada masa depan, jika Malaysia berhenti menjadi ahli bagi perjanjian perdagangan itu.
"Keputusan itu akan melibatkan banyak syarikat rugi dan dikatakan bernilai beratus-ratus bilion.
"Mahkamah tidak akan memihak kita dan kita lagi boleh bergantung simpati dan prihatin terhadap apa yang akan berlaku kepada ekonomi dan kewangan kita.
"Tidak ada cara kita boleh memberi tekanan atau merasuah mahkamah. Kita hanya perlu membayar berbilion-bilion," tulis Mahathir dalam blognya hari ini.

Beliau berkata pada masa lalu, Malaysia berjaya menjadi negara perdagangan ke-17 terbesar di dunia, tanpa perlu terheret dengan perjanjian perdagangan terhad.
Tetapi katanya, adalah sia-sia untuk bercakap buruk mengenai TPPA kerana kerajaan tidak akan mengambil kira sebarang nasihat.
"Kerajaan akan melakukan apa yang mahu mereka lakukan. Jangan tanya mengapa. Anda tahu apa jawapan yang akan diterima apabila anda bertanya kepada kerajaan,” kata Mahathir.
TPPA adalah perjanjian perdagangan bebas multinasional dengan Amerika Syarikat sebagai pendukung utama.
Selain Malaysia, antara negara lain yang terlibat dalam rundingan rahsia itu termasuk Australia, New Zealand, Vietnam, Mexico, dan Kanada.
Parlimen akan membahaskan sama ada atau tidak menandatangani perjanjian itu pada sesi sidang khas Dewan Rakyat pada 26 Jan dan 27.

Kertas siasatan skandal SRC, RM2.6b dalam tangan Peguam Negara

SPRM menaruh keyakinan tinggi pada Peguam Negara selaku Pendakwa Raya untuk membuat keputusan secara profesional
MACC
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan berhubung kes SRC International Sdn Bhd dan wang derma RM2.6 bilion kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Sri Mohd Shukri Abdull berkata lebih 100 orang saksi telah diambil keterangan untuk membantu siasatan keatas kes SRC International, manakala keterangan penderma dan saksi-saksi dalam negara berhubung kes RM2.6 bilion juga telah diperolehi.
“SPRM telah mengemukakan beberapa syor cadangan dan tindakan bagi kedua-dua kes yang melibatkan tiga kertas siasatan untuk tindakan Peguam Negara.
“SPRM menaruh keyakinan tinggi pada Peguam Negara selaku Pendakwa Raya untuk membuat keputusan secara profesional,” kata Shukri dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu lagi, syor dan penemuan siasatan keatas SRC International dikemukakan ke satu panel bebas khas sebelum kertas siasatannya dikemukakan kepada Peguam Negara.
Panel bebas itu dianggotai mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; mantan Hakim Mahkamah Rayuan, Dato’ Mohd Noor Abdullah; mantan Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Zamani Abdul Ghani; mantan Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee; dan peguam bela dan peguam cara, Dato’ Zuraidah Atan.
Manakala siasatan keatas kes wang derma RM2.6 bilion, menurut Shukri, masih belum lengkap kerana dokumen dan keterangan melibatkan institusi kewangan luar negara perlu melalui proses Mutual Legal Assistance (MLA) kerana ia terikat kepada peruntukan undang-undang perbankan di negara berkenaan.
“Proses MLA hanya boleh dikeluarkan dengan persetujuan dan kebenaran Peguam Negara seperti mana diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa,” kata Shukri.
Tag bahasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SRc International Sdn Bhd, wang derma RM2.6 bilion, Mohd Shukri Abdull

Trending 2015: Kenyataan ‘ke laut’ kekal jadi ‘trade mark’ pentadbiran Najib

isukangkungnajibTentu ramai yang masih ingat pada awal 2014, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan nada yang bengang menagih pujian dari rakyat selepas beliau mendapati harga pasaran sayur kangkung mulai menurun.
“Harga kangkung turun kenapa tidak puji kerajaan. Ini tidak adil,” kata Najib.
Akibat kenyataan tidak peka dengan tekanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat, kenyataan ‘kangkung’ Najib dijadikan bahan jenaka, ejekan dan cemuhan masyarakat khususnya di laman-laman sosial.
Tidak cukup dengan itu, kenyataan kangkung Najib turut menjadi tajuk berita media antarabangsa apabila portal berita online BBC memaparkan berita “#BBC Trending: Be careful what you say about spinach” (berhati-hati apa yang anda katakan tentang kangkung).
Walaupun dihujani dengan cemuhan masyarakat, yang peliknya ‘kenyataan ke laut’ seumpama itu diteruskan dengan deretan kenyataan lawak lain daripada beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Menteri Kabinet seolah-olah menjadi ‘trade mark’ pentadbiran Najib.
Berikut adalah senarai kenyataan yang dikeluarkan beberapa Menteri dan pemimpin BN sepanjang 2015 yang menjadi bahan cemuhan nitizen di media sosial.
1 – Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali
“Kerajaan tidak paksa rakyat bayar GST. Kalau tidak mahu bayar GST, beli barang yang tidak kena GST”
2- Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek
“Saya melihat daripada statistik kementerian, nampaknya aduan sudah mulai berkurangan. Maknanya rakyat sudah mula memahami (GST).
“Oleh itu Alhamdulillah, dua minggu ini rakyat sudah boleh menerima hakikat GST tak membebankan mereka.”
3- Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Ariffin
“Janganlah, saya pun nak cari makan juga” ketika diasak soalan sama ada PAC akan memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
4- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
“Wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun saya adalah derma jutawan Arab”
5-Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan “Bangun awal jika tidak mahu bayar tol,”
Beberapa hari kemudian tersebar pula gambar di media sosial yang menunjukkan pengguna jalan raya enggan memberi laluan kepada kenderaan yang membawa Perdana Menteri dengan caption “bangun awal kalau tidak mahu tersekat dalam ‘jammed!”

RON95 turun 10 sen kepada RM1.85 seliter

Bermula tengah malam ini, petrol RON 95 dijual dengan harga baru pada RM1.85 seliter, manakala RON97 pula turun 20 sen menjadi RM2.25
Harga diesel pula turun 30 sen kepada RM1.60 daripada RM1.90.
Pengurangan itu berikutan harga minyak mentah di pasaran dunia yang terus menjunam.

Komen

PE

Pelawak Terhebat 2015......


Asal saja dia bukak mulut pasti bau bohong & perbodohkan rakyat..

GST satu tanda kegagalan mengurus kewangan negara yg kaya dgn hasil bumi.

#GST satu cara mudah & ekspres utk samun duit rakyat utk 'COVER' duit #BR1M & HUTANG KERAJAAN.

ANDA ingin negara anda yg rakyatnya BERPENDAPATAN TINGGI, silalah turut, patuh & taat jilat menteri 'pengeluar kilang kondom TERBESAR DUNIA'...


Selagi dia masih lagi memerintah selagi itulah rakyat akan diperbodohkannya..


Bertuah & Bangga jd pemimpin melayu-UMNO..


Kalau Najib dikatakan 'terserempak' dgn PM Israel baru2 ini, adakah pemimpin2 UMNO terdahulu juga terserempak dgn pemimpin2 tertinggi Israel lain juga ka !!!

Hurm.... Korang kalo tak suka seseorang tu lagi2 mereka yg telah bunuh umat yg seagama dgn kamu tiba-tiba terserempak korang nak sengih-sengih nak tegur tak ???

Inilah machai punya pendirian.. Kat Malaysia terpekik kata tolak Israel. Israel laknat... Tapi Bila 'terserempak' dgn penyangak BN Benjamin Netanyahu leh pulak dia bertegur bersalaman tersengih2...

Skandal RM2.6B: Najib berjaya ketepikan saman Ainina

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya mengetepikan saman yang difailkan oleh bekas Wanita Umno Langkawi, Ainina Saadudin berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab sebentar tadi selepas membenarkan permohonan Najib untuk membatalkan saman tersebut.
Pada 28 Ogos lalu, Ainina, 40 memfailkan saman itu melalui Tetuan Haniff Khatri turut menamakan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh sebagai defendan kedua.
Melalui penyata tuntutannya, Ainina mendakwa Najib sebagai pemegang amanah konstruktif Umno telah melanggar Perlembagaan Umno dan peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966.
Selain itu Ainina mendakwa, Najib yang juga merupakan Presiden Umno telah bertindak pecah amanah dan melanggar kepercayaan yang diletakkan kepada beliau sebagai pemegang amanah konstruktif Umno.
"Najib atau Majlis Tertinggi Umno telah bertindak ultra vires  dan melakukan 'fraud' terhadap ahli Umno,"dakwanya.
Sehubungan itu beliau menuntut perintah injunksi agar tindakan disiplin diambil terhadap defendan ganti rugi dan kos.

Aset negara dijual untuk kambus hutang 1MDB

Perjanjian jual beli antara 1MDB dan syarikat asing dalam pembangunan Bandar Malaysia mengesahkan lebih banyak aset dan projek negara akan jatuh ke syarikat asing, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Beliau mengulas tindakan 1MDB menjual kepentingan 60 peratus miliknya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings (IWH) Sdn Bhd dan China Railway Engineering Corporation (CREC) Sdn Bhd.
 "CREC akan mempunyai 40 peratus dari 60 peratus pegangan di dalam Bandar Malaysia (pegangan 24 peratus di dalam keseluruhan projek) iaitu satu bidang hartanah yang cukup bernilai dan strategik,"
"Perjanjian hari ini hanya mengesahkan amaran saya sebelum ini bahawa kemelut kewangan 1MDB akan mengheret negara sehingga banyak aset-aset penting negara akan dijual demi untuk mengambus hutang besar 1MDB," katanya dalam kenyataan media.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau percaya pegangan itu akan memberi kelebihan kepada CREC untuk membida dan memenangi projek lebih besar yang berkait rapat dengan Bandar Malaysia iaitu pembinaan sistem keretapi laju Kuala Lumpur–Singapura.
Projek itu dijangka menelan belanja USD11 bilion atau bersamaan RM47 bilion jika mengikut kadar tukaran semasa, kata Rafizi.
"Saya berani meneka bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak juga sedang berkira-kira untuk menganugerahkan projek itu juga kepada syarikat-syarikat berkait dengan kerajaan China.
"Jika ini berlaku, Malaysia akan memasuki era baru yang lebih sulit apabila banyak kepentingan negara berhubung kait dengan pemilikan oleh syarikat-syarikat kerajaan China yang sudah tentu merumitkan pendirian negara dalam isu-isu serantau seperti tuntutan bertindih ke atas Kepulauan Spratly," katanya.
Terdahulu, majlis menandatangani perjanjian antara 1MDB dengan dua rakan kongsi baru mereka diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy, kepentingan 60 peratus saham syarikat itu dijual kepada konsortium berkenaan pada nilai RM7.41 bilion manakala penilaian semasa Bandar Malaysia diletakkan pada RM12.35 bilion

Bauksit: Dinosaur lebih baik dari manusia

Penduduk Kuantan merungut. Lombong bauksit bukan sahaja mencemar pemandangan, malah mempengaruhi kesihatan dan nyawa mereka. Sebagai reaksi, mereka mendesak supaya kerajaan menangani perkara ini segera. Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada tindakan berkesan yang diambil.
 Para cukong besar terus memunggah hasil mahsul bauksit ini demi keuntungan yang lumayan. Perniagaan ini tidak memerlukan modal besar, hanya dengan beberapa jentera serta sekeping surat kelulusan kerajaan negeri. Sekiranya terdapat kesan kepada manusia dan alam, itu bukan dalam perhitungan untung-rugi para cukong ini.
Sistem ekonomi lazimnya berfungsi atas untung-rugi. Kerana itu, sistem politik yang berfungsi atas nama kuasa menjadi harapan untuk membataskan kerakusan para cukong tersebut.
Malangnya, ahli politik nampaknya tidak terdaya untuk bertindak, sekalipun tempias perniagaan bauksit ini sudah mengugat kesihatan dan nyawa para pengundi mereka.
Oleh kerana sistem politik dari pihak kerajaan tidak dapat berfungsi dengan baik, maka ahli politik pembangkang cuba mewakili suara rakyat. Namun, sebagai pembangkang yang tidak mempunyai kuasa, tidak banyak yang dapat mereka dilakukan.
Persoalannya, kepada siapakah lagi rakyat dapat berharap? Jika sistem politik gagal menjadi harapan, maka di manakah lagi sumber harapan kita?
Kadang-kadang saya terfikir bahawa adalah lebih baik bumi ini segera musnah, dan seluruh manusia terkorban. Ini mungkin adalah baik untuk generasi kehidupan yang mendatang memulakan kembali kehidupan di dunia ini.
Malah, adalah lebih baik lagi sekiranya bumi ini tidak lagi mempunyai manusia, kerana tampaknya manusia gagal untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.
Manusia suka merosakkan dirinya, yang seterusnya memberi kesan pada alam. Kini alam sedang menanggung derita akibat keserakahan spesis yang bernama ‘homo sapien‘. Misalnya sungai dan pantai Balok di Kuantan telah merah akibat pencemaran dari industri bauksit ini.
Dalam mengenang hubungan antara alam dan manusia ini, saya menyedari bahawa manusia selalu beranggapan bahawa mereka dapat mengawal alam.
Manusia, kononnya, dapat menangani banjir dengan menyediakan kelengkapan banjir lebih awal. Manusia, kononnya, dapat mengawal pencemaran bauksit dengan mengarahkan lori-lori bauksit agar dibersihkan terlebih dahulu sebelum memasuki jalan raya.

2016: Ekonomi kian parah, Najib tiada azam selamatkan Malaysia

kos sara hidup naikKita kini sedang berhadapan saat yang amat luar biasa. Malaysia sedang dilanda ‘ribut badai’ yang cukup dahsyat dari segi politik dan ekonomi. Tanda-tanda perubahan yang seolah-olah hanya boleh berlaku “sekali dalam senggang generasi”, kalau pun tidak “sekali dalam seumur hidup” semakin kelihatan.
Besar kemungkinan, keadaan bakal menjadi lebih parah pada tahun 2016 sebelum perubahan kita kecapi.
1996 adalah tahun terakhir rakyat Malaysia menikmati kegembiraan yang benar-benar dirasai apabila kemajuan serta kemudahan hidup dikecapi tanpa henti. Krisis kewangan yang melanda Asia pada tahun 1997 telah memusnahkan semua yang dikecapi. Saya baru mencapai usia 19 pada tahun 1996.
Generasi seangkatan saya meninggalkan alam persekolahan dengan impian serta cita-cita yang tinggi menggunung, namun terperangkap dalam krisis, kebuntuan serta laluan sukar; senario yang terus menghantui Malaysia sehingga ke hari ini.
Di mana jua di dunia ini, politik dan ekonomi sentiasa memiliki perkaitan yang rapat. Begitu juga Malaysia. Kontradiksi dalam ekonomi lazimnya merupakan akibat langsung permasalahan struktur politik dan institusi negara.
Begitulah juga faktor-faktor ekonomi dan kewangan global menambah buruk lagi konflik politik di kalangan elit pemerintah.
Tiada sebarang perubahan besar sejak krisis yang lalu. Ekonomi Malaysia terus dibebani budaya merentir (rent-seeking) dan amalan rasuah yang terus meresap menjadi sebahagian dari sistem, kebergantungan tinggi terhadap buruh asing tidak mahir, dan terlalu bergantung kepada sumber minyak dan gas, komoditi dan juga sektor hartanah.
Sektor pembuatan menderita akibat “penyakit Belanda“ (Dutch disease) de-industralisasi awal (premature de-industrialization).
Kemahiran, gaji serta produktiviti yang rendah telah membentuk satu kitaran buruk yang mencirikan ekonomi Malaysia sejak dua dekad yang lalu.
Dengan latar belakang tersebut, Malaysia terus bergelut meredah tahun-tahun mendatang bermula sejak krisis kewangan global 2008 yang mana persekitaran pinjaman murah dan mudah lahir akibat dasar-dasar kewangan tidak konvensional yang dilakukan oleh Bank Negara Amerika Syarikat.
Kerajaan, syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), sektor swasta dan juga isi rumah keseluruhannya terlibat mengumpul hutang yang akhirnya menjadikan negara – secara kolektif – amat terdedah kepada perubahan iklim ekonomi dan kewangan global.
Sebagai contoh, hutang isi rumah di Malaysia pada tahun 2015 menghampiri 90 peratus daripada KDNK. Satu perempat daripada hutang isi rumah tersebut terdiri dari kalangan mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan – suatu petanda bahawa isi rumah membuat pinjaman untuk kegunaan harian mereka.

Empat isu yang bakal mencorakkan 2016
Harga minyak, GST, harga komoditi dan nilai matawang adalah empat faktor utama yang bakal mencorakkan politik Malaysia menjelang 2016.
Pertama, trend harga minyak yang tinggi sejak perang Iraq 2003 (yang memuncak pada tahun 2008 disebabkan Krisis Kewangan Global dan berterusan sehingga Amerika Syarikat melonggarkan dasar kewangannya pada tahun 2009) kini secara rasmi telah berakhir.
Undur NajibSemasa Bajet 2015 dibentangkan Oktober 2014, Brent (istilah rujukan harga minyak) telah dianggarkan pada kadar USD 105 setong. Kerajaan terpaksa menyesuaikan bajet pada bulan Januari 2015 untuk membawa anggaran harga Brent kepada USD 55. Bajet 2016 menganggarkan Brent adalah kira-kira pada kadar USD 48, walaupun ramai yang menganggapnya sebagai terlalu optimistik.
Perdana Menteri Najib Razak memulakan ucapan bajet beliau pada 23 Oktober 2015 yang lalu dengan mengakui bahawa hasil petroleum adalah berjumlah RM62 bilion pada tahun 2014, dan dijangka RM 44 bilion pada tahun 2015 manakala jangkaan 2016 sebanyak RM 31.7 bilion.
Penurunan hasil minyak yang mendadak telah mengekang keupayaan kerajaan untuk mengagihkan pemberian kepada projek-projek UMNO dan lobi kontraktor mereka, hal ini pada satu tahap akan mengakibatkan pemberontakan dalaman terhadap kepimpinan UMNO itu sendiri.

Dokumen mengenai Justo kini dengan Pejabat Peguam Negara

Pejabat Peguam Negara telah menerima dokumen mengenai bekas eksekutif PetroSaudi International Xavier Andre Justo, termasuk maklumat yang beliau berikan kepada Editor, Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
 Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ia juga merangkumi transkrip temu bual polis dengan Justo di Thailand.
"Dokumen itu diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara Malaysia daripada Pejabat Peguam Negara Thailand dan kita menunggu dokumen itu disemak sebelum diserahkan pada kita dalam masa terdekat.
"Saya dimaklumkan dokumen itu baru saja diterima.. kalau tidak silap saya baru semalam," kata Khalid pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.
Justo seorang warganegara Switzerland diwawancara polis Malaysia selama 90 minit di Penjara Reman Bangkok pada 15 Disember.
Satu pasukan polis Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (siasatan/undang-undang) Amar Singh Ishar Singh melawat Justo untuk merakamkan kenyataannya.
"Mereka menyerahkan semua dokumen yang kita minta dan ia termasuklah rakaman temu bual kita dengan Justo yang dirakam polis Thai," katanya.
Justo kini dipenjara pihak berkuasa Thai selepas didapati bersalah mengugut bekas majikannya PetroSaudi menggunakan maklumat yang dicuri daripada syarikat itu.
Dia ditahan pada 22 Jun di Koh Samui dan dihukum penjara selama 3 tahun pada 17 Ogos selepas mengaku mencuri data tersebut termasuklah dokumen dan emel.

UMNO punca ‘malapetaka’ dan ‘malang’ sepanjang 2015


GELANG PATAH 31 DIS: Selepas pelbagai krisis ekonomi mahupun politik akhir-akhir ini, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan 2015 sebagai tahun ‘Annus Horribilis’ bagi negara ini.
Perkataan Annus Horribilis dipetik Ahli Parlimen Gelang Patah itu pada kenyataan media hari, berasal daripada bahasa Latin bagi mengambarkan tahun yang penuh ‘malapetaka’ dan ‘malang’.
bersih14Beliau menamakan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), derma RM2.6 bilion, pengenalan Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN), pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan Perhimpunan Baju Merah, sebagai antara malapetaka itu.
“Dalam tempoh enam dekad sejak tercapainya kemerdekaan pada 1957 dan penubuhan Malaysia pada 1963, Malaysia sudah kehilangan arah tujuan,” katanya.
Kit Siang menyifatkan kerajaan UMNO BN kini jauh lebih teruk berbanding dulu lantaran berlaku kezaliman dengan menggubal akta baharu yang mencabuli hak asasi manusia dan kebebasan bersuara seterusnya mendatangkan ‘malapetaka’ terhadap negara.
Malah, beliau berkata, pimpinan sedia ada dalam UMNO BN langsung tiada inisiatif untuk membaiki kesilapan pemimpin terdahulu seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sedangkan, katanya, Malaysia ketika awal penubuhannya pada 1957 sentiasa dipandang tinggi kebanyakan negara Asia lain, malah menjadi negara kedua pesat membangun selepas Jepun.
“Beberapa dekad kemudian, Malaysia ketinggalan dalam pembangunan ekonomi dan pendidikan. Pada 90-an, Malaysia jauh ditinggalkan gergasi besar ekonomi Asia antaranya Singapura dan Hong Kong,” katanya.
Berharap duduk sama tinggi, berdiri sama rendah dengan dua negara itu, Kit Siang berkata, harapan itu tidak tercapai berikutan krisis ekonomi 1990 yang melanda negara dan menyebabkan rakyat hilang keyakinan dalam membangunkan negara seperti dekad awal penubuhannya.
“Kini, Malaysia dihimpit dengan pelbagai krisis ekonomi, rakyat sudah hilang keyakinan diri,” katanya.
Justeru, beliau mengajak seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik untuk mengembalikan semula keyakinan bagi menjadikan negara ini sebuah negara terbaik di mata dunia.
“Sudah tiba masanya untuk penjajaran semula kuasa politik yang progresif untuk menyelamatkan Malaysia dan menetapkan kepercayaan dengan visi kesatuan, kesaksamaan, kesederhanaan, demokratik dan kemajuan,” katanya.

M’sia ranking 3rd for world’s worst scandals a big ‘shame’

DAP's Lim Kit Siang wonders if Najib Razak will defend himself for this "unprecedented dishonour" in his 2016 New Year message tonight.
lim-kit-siang_najib_1mdb_parlimen_600PETALING JAYA: Malaysia’s inclusion in the world’s six worst corruption scandals of 2015 over controversies surrounding 1Malaysia Development Bhd (1MDB) is a “shame of shame”, Lim Kit Siang said.
In a statement, the DAP supremo cited a report by foreignpolicy.com – published by the Slate Group, a division of the Washington Post – which ranked Malaysia in third place.
The article was published on December 29.
The FIFA corruption scandal and another involving former President Goodluck Jonathan’s national security advisor, Sambo Dasuki occupied the first and second place respectively.
“Can Malaysians expect Prime Minister Najib Razak, who has brought such unprecedented dishonour at the global level to Malaysia, to fully defend himself in his 2016 New Year Message tonight,” Lim asked.

Skandal rasuah paling teruk dunia: Malaysia di tangga 3

Malaysia telah dinamakan sebagai antara enam negara yang mempunyai "skandal rasuah paling teruk" di dunia bagi tahun 2015.
‘Anugerah’ itu diberikan oleh foreignpolicy.com - sebuah bahagian di bawah Washington Post Company - dalam laporannya dua hari lalu.
Laporan itu, antara lain menyatakan bagaimana pemimpin-pemimpin terpalit dalam skandal rasuah besar-besaran, hakim mahkamah tinggi dan juga mereka yang mengendalilakn industri bola sepak dunia.
 Bagi skandal rasuah, Malaysia berada di tangga ketiga, di belakang Federation Internationale de Football Association (FIFA) dan Nigeria.
Honduras dan Guatemala mengambil tempat keempat, manakala hakim-hakim di Ghana dan Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu berada di tangga kelima dan keenam.
Menurut laporan itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berada dalam kedudukan yang janggal apabila beliau melawat Malaysia bulan lalu.
Ini kerana empat bulan sebelum itu, akhbar The Wall Street Journal melaporkan bahawa AS$700 juta (kira-kira RM3 bilion) dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dana AS$700 juta yang didakwa datangnya dari wang pelaburan negara itu mengaitkan Najib secara langsung dengan firma yang dicetusan ilhamnya - 1MDB.

NAJIB MASIH ADA MASA SEHINGGA 12 MALAM INI UNTUK TUNAIKAN JANJINYA

Mudah-mudahan sebelum tibanya detik 12 tengah malam hari ini di mana tirai tahun 2015 akan melabuhkan episod suka dan dukanya, Najib Razak yang mungkin sekarang ini sama ada sedang berada di Dubai atau Hong Kong, akan segera tampil dengan janji yang pernah dibuatnya pada 14 Jun lalu.

Dalam janji yang dibuatnya di hadapan kira-kira 1,500 ketua penerangan dan setiausaha UMNO bahagian seluruh negara pada tarikh tersebut, Najib memberi jaminan bahawa isu berkaitan 1MDB akan diselesaikan sebelum akhir tahun 2015 ini.

Tetapi, selain daripada penjualan Edra Energy kepada syarikat China yang menyebabkan negara hilang aset berharga, tiada apa-apa yang ternampak dilakukan untuk menyelesaikan hutang 1MDB berjumlah RM42 bilion itu.

Bila lagi isu hutang 1MDB yang menimbulkan kritikan ramai dan misteri itu mahu diselesaikan? 

Apakah ketua-ketua penerangan dan setiausaha-setiausaha UMNO bahagian seluruh negara masih ingat dengan janji Najib itu?

Apakah jika tiada janji dan jaminan yang dibuat Najib itu, mereka masih sedia memberi sokongan kepadanya?

Atau adakah maksud "selesai"  itu hanya kerana berjaya memecat Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Ghani Patail, melantik orang pilihannya sebagai  Peguam Negara yang baharu, merombak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan melakukan kacau ganggu terhadap SPRM yang sedang melakukan penyiasatan terhadap 1MDB yang sarat hutang itu?

Di hari terakhir 2015 ini dan sebelum memasang azam atau menaruh sebarang harapan baharu untuk tahun 2016, jika janji yang satu ini dapat ditunaikan, tentunya ia  sudah cukup memadai buat kita semua, walaupun Najib turut memungkiri banyak janji lainnya, terutama ketika kempen PRU 13 lalu.

2015 tempoh gelap bagi penentang Najib, 2016 bakal bertambah teruk

Suaram merekodkan peningkatan 5 kali ganda individu disiasat, ditahan atau didakwa mengikut Akta Hasutan berbanding tahun lalu walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah berjanji memansuhkannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Disember, 2015. 
Suaram merekodkan peningkatan 5 kali ganda individu disiasat, ditahan atau didakwa mengikut Akta Hasutan berbanding tahun lalu walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah berjanji memansuhkannya.

 Tahun 2015 menyaksikan tekanan terbesar diterima penentang atau mereka yang berbeza pendapat dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan satu daripada kumpulan hak asasi manusia terkemuka negara memberi amaran ia boleh menjadi lebih buruk pada 2016.
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata, amaran keras itu muncul ketika perdana menteri berdepan tekanan supaya meletak jawatan susulan salah urus tadbir 1Malaysia Development Berhad 1MDB (1MDB) dan wang RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya.
Sehingga November lepas, Suaram merekodkan peningkatan 5 kali ganda individu disiasat, ditahan atau didakwa mengikut Akta Hasutan – akta kontroversi dijanjikan Najib untuk dimansuhkan malah diperkukuhkan pada tahun ini – berbanding pada tempoh yang sama tahun lepas.

Tahun ini, terdapat 220 individu atau kes-kes pendakwaan di bawah Akta Hasutan berbanding 44 kes pada 2014. Pada 2013, terdapat 11 kes manakala 8 kes pada 2012. Menurut data Suaram, ia adalah jumlah tertinggi sejak Najib mengambil alih jawatan perdana menteri pada 2009.
Menurut kaji selidik The Malaysian Insider sendiri, individu ditahan mengikut Akta Hasutan tahun ini termasuk ahli-ahli politik yang mengkritik dasar-dasar kerajaan, walaupun Putrajaya sudah berjanji mengkritik tidak menyalahi undang-undang.
Satu lagi peristiwa yang mendapat perhatian umum adalah apabila 163 anak muda ditahan selama 3 hari bermula pada 28 Ogos lalu mengikut Akta Hasutan kerana menghadiri perhimpunan Bersih 4.
Terdapat juga peningkatan sebanyak 7 kali ganda terhadap jumlah individu yang disiasat, ditahan atau didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Terdapat 37 kes tahun ini berbanding hanya 5 pada 2014.
Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy mendakwa terdapat bukti pihak berkuasa menggunakan Akta Hasutan terhadap pengkritik Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Barisan Nasional walaupun ia kemudian dinafikan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Disember, 2015. 
Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy mendakwa terdapat bukti pihak berkuasa menggunakan Akta Hasutan terhadap pengkritik Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Barisan Nasional walaupun ia kemudian dinafikan.

"Trend pada 2015, adalah untuk menghukum kumpulan masyarakat sivil, ahli-ahli politik pembangkang dan pembela hak asasi manusia. Ini pasti akan berterusan tahun depan," kata Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy.
Beliau mendakwa, ada bukti pihak berkuasa menggunakan Akta Hasutan terhadap pengkritik Najib dan kerajaan Barisan Nasional (BN), walaupun ia kemudian dinafikan.

Soroton Ekonomi 2015: Semua jatuh, kos sara hidup rakyat naik..pemimpin Umno@Bn terus boros dan bermewah..!


Kuasa pengguna terus merosot ditambah kesan pemotongan subsidi, pengurangan rebat tarif elektrik, kenaikan kadar tol lebuh raya serta tambang pengangkutan awam paling ketara dirasai keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.Kuasa pengguna terus merosot ditambah kesan pemotongan subsidi, pengurangan rebat tarif elektrik, kenaikan kadar tol lebuh raya serta tambang pengangkutan awam paling ketara dirasai keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

Kejatuhan harga minyak, komoditi dan kelemahan nilai ringgit melatari ekonomi negara sepanjang tahun 2015 dengan pada masa sama berlaku kenaikan mendadak kos sara hidup rakyat akibat pelbagai kenaikan harga kesan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Kesan bebanan rakyat ini dapat dilihat daripada pengumuman kerajaan, 28 Disember lalu berhubung pembentukan satu jawatankuasa baharu dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi mengatasi kenaikan harga barang dan kos sara hidup.
Ekoran kemerosotan harga minyak global yang bermula sejak pertengahan tahun 2014 lagi, penstrukturan semula Bajet 2015 pada Januari lalu dilakukan selain semakan dan pengumuman pelbagai pelarasan harga dan rancangan pemotongan subsidi.
Jangkaan industri minyak dan gas stabil sepanjang tahun ini juga meleset apabila memasuki tahun kedua harga minyak global terus menjunam lebih 50 peratus dengan harganya pada masa ini diniagakan dalam julat AS$35 satu tong (penanda aras Brent).
Walhal, Bajet 2016 yang dibentangkan di Parlimen Oktober lalu adalah bersandarkan unjuran harga minyak mentah AS$48 satu tong sekaligus menyaksikan Malaysia sebagai negara pengeluar berdepan dengan risiko luar jangka tahun depan.
Akibatnya, banyak sektor berdepan situasi genting rentetan kedudukan harga minyak mentah global yang susut ke paras terendah dengan mangsa paling kritikal adalah golongan pekerja.
Tidak sedikit syarikat dan pemain industri termasuk sektor perkilangan dan perkhidmatan mengambil langkah pemotongan kos termasuk memberhentikan pekerja atau memindahkan operasi ke negara lain.
Sejak Ogos lalu misalnya, seramai 255 pekerja syarikat pengeluar kereta Naza Automotive Manufacturing (NAM) antara kelompok pekerja industri pemotoran yang telah diberhentikan dalam tempoh 24 jam manakala CIMB pada Mei lalu mengumumkan untuk melaksanakan langkah pengurangan pekerja melalui Skim Pemisahan Bersama (MSS) yang menjejaskan kira-kira 2,000 pekerja CIMB Group Holdings Bhd di Malaysia dan Indonesia.
Kesuraman industri minyak dan gas (O&G) turut mengheret risiko ke atas lebih 3,200 pengusaha stesen minyak dengan 70 peratus daripada mereka terdiri daripada Bumiputera yang dilantik syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Caltex, Petron dan BHP.
Persekitaran perniagaan dan operasi yang mencabar sepanjang tahun ini juga menyaksikan industri insurans am setakat Jun lalu misalnya, mengalami peningkatan perlahan sebanyak 2.3 peratus berbanding pertumbuhan 6.4 peratus bagi tempoh sama pada 2014.
Penggiat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) antara kelompok terpukul dengan ketidaktentuan ekonomi tahun ini. Ancaman terhadap daya tahan PKS di negara ini juga dibimbangi banyak pihak di sebalik Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang menyaksikan kunjungan Presiden AS, Barrack Obama tahun ini dan 2014 lalu.

Janji Hari Terakhir: 1MDB bakal jual 60% Bandar Malaysia kepada kumpulan China, Iskandar


1Malaysia Development Bhd (1MDB) bersetuju menjual 60% daripada ekuitinya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd pada harga RM7.41 bilion, sebagai sebahagian daripada rancangan rasionalisasi untuk mengurangkan hutang RM42 bilion, kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini. Ekuiti yang dijual kepada konsortium terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd, kata 1MDB.
1MDB akan menerima deposit 10%, atau RM741 juta atas pelaksanaan perjanjian penjualan dan pembelian saham, dan urus niaga itu dijangka siap pada akhir Jun 2016.

Konsortium menganggarkan tanah Bandar Malaysia itu pada harga RM12.35 bilion, kata 1MDB. Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy sebelum ini berkata, tanah itu sekurang-kurang bernilai pada RM11.5 bilion.
Konsortium IWH-CREC Sdn Bhd adalah usahama 60:40 antara IWH dan CREC.

K'jaan Umno@Bn kata siasatan BNM terhadap 1MDB berkaitan 'pematuhan kewangan'

Siasatan Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap 1MDB adalah berkaitan pematuhannya kepada syarat kebenaran untuk pelaburan di luar negara.
"Penyiasatan BNM adalah berkaitan pematuhan 1MDB kepada syarat kebenaran yang diberikan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA) yang telah diganti dengan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 untuk pelaburan di luar negara," kata Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di Parlimen.
Kementerian itu menjawab pertanyaan bertulis Datuk Mansor Othman (PKR-Nibong Tebal), yang meminta senarai anak syarikat 1MDB yang telah diambil tindakan dan dicadang untuk diambil tindakan oleh BNM.
"Bank Negara Malaysia tidak menjalankan sebarang penyiasatan terhadap syarikat-syarikat subsidiari 1MDB," kata kementerian dalam jawapan tersebut.
Dalam satu kenyataan Oktober lalu, Pejabat AG dilaporkan berkata kertas siasatan BNM itu telah dikaji dan memutuskan bahawa tiada kesalahan yang dilakukan oleh pegawai 1MDB dan mengarahkan tiada siasatan lanjut dibuat.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dilaporkan berkata Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali membuat kenyataan dari sudut pandang jenayah, manakala BNM pula dari sudut pentadbiran dalam memberi kebenaran kepada 1MDB melabur di luar negara.

Cash Is King Dari WSJ - Kali Ini Najib Kena Saman WSJ !


Cash Is King Dari WSJ - Kali Ini Najib Kena Saman WSJ !Panaaaassss artikel terbaru dari WSJ yang semakin berani mendedahkan pelbagai dakwaan terhadap Najib dan 1MDB. Anda boleh baca di JMD salinan penuhnya - KLiK.

Kali ini WSJ menceritakan bagaimana peranan 1MDB dalam merancakkan politik wang negara kita. Jika benar dakwaan WSJ itu, rupa2nya amalan Cash Is King amat berleluasa dalam kempen PRU13 dengan 1MDB menjadi kepala paipnya ..... dan yang menjaga/memusing kepala paip itu adalah Najib dan Jho Low ( bagi negeri Pulau Pinang )

The 1MDB fund also transferred hundreds of millions of dollars to politicians through Ihsan Perdana Bhd., a company formed in 2011 to carry out 1MDB’s corporate social responsibility programs, said a person involved with setting up the fund. Ihsan Perdana is exempt from filing financial statements, according to Malaysian company records.

Dakwa WSJ, 1MDB menyalurkan ratusan juta dollar kepada ahli2 politik melalui Ihsan Perdana yang berselindung disebalik projek2 CSR.
WSJ turut menamakan Oh Ei Sun yang pernah menjadi setiausaha politik Najib sebagai berkata -

The prime minister’s office viewed 1MDB as a way to finance projects aimed at boosting UMNO’s popularity, said Oh Ei Sun, who at the time was Mr. Najib’s political secretary. Money from 1MDB was available for projects drawn up by staff in the prime minister’s office, he said.

“If we thought it could help the incumbent government pull in some votes, we could propose that,” said Mr. Oh. He said he helped give scholarships to ethnic Chinese students, but said he later quit, citing his concern about lack of transparency in the government.

PMO melihat kantung 1MDB boleh digunakan untuk membiayai apasaja projek yang mampu menaikkan imej Umno. Nama Shahrir turut disebut dalam artikel - Shahrir Abdul Samad, a UMNO parliament member, was quoted saying he was given over $300,000. .... glamer Shahrir !

Pendek kata - artikel WSJ kali ini menggambarkan Najib benar2 mengamalkan Cash Is King dan 1MDB adalah pembekal Cash itu.

Hmmm ..... jika kita ingat2kan balik waktu2 sebelum PRU13 dulu, memang Najib begitu galak memberi pelbagai hadiah kepada rakyat dengan jamuan2 rakyatnya .... oooooooh..... patutlah .... Tidak dinafikan banyak juga sumbangan itu memberi manafaat kepada rakyat, mungkin bagus kalau PRU diadakan dua tahun sekali ! TAPI ..... janganlah guna cara Najib @ 1MDB, sebab kesan negatifnya kepada rakyat lebih besar dan itu yang kita sedang tanggung ketika ini !

Kalau takde duit, buatlah cara takde duit. Respek dari rakyat tidak boleh dibeli atau dipaksa tapi perlu diusahakan secara ikhlas dan jujur.

Anda bacalah artikel yang agak panjang dari WSJ itu  ........

Menariknya, sejak Tun Mahathir mendedahkan amalan Cash Is King oleh Najib dan sering disebut2 dalam media sosial, belum pernah lagi Najib menafikan kenyataan Tun itu. Dan cai2 Najib juga tidak pernah cuba menyangkal amalan bos mereka itu. Jadi benarlah !

Bukan apa, dari situ saja kita sudah boleh bayangkan bagaimana jenisnya pemimpin macam Najib yang mempercayai wang mampu membeli kesetiaan, sokongan waima apasaja. Kalau tidak ada cash ? ? ?

Itu juga mampu menjelaskan kenapa seseorang itu boleh jadi begitu bengap sehingga memasukkan duit yang bukan miliknya, ke dalam akaun peribadinya supaya senang dia gunakan untuk diagih2kan kepada pengikut2nya...... kerana tanpa Cash, he's no more King.

Dia perlukan akses kepada Cash yang banyak berdekatan dengan dirinya. Kalau dana itu disimpan di Swiss, bagaimana nak sain cek2 ? Dana itu bukan untuk kepentingan dirinya ..... tapi demi kepentingan partinya ..... demi memastikan partinya kekal menang ......

DAN secara tak langsung ...... jika partinya kekal jadi kerajaan, dia juga akan kekal jadi PM !

Errr ...... bunyi macam ada kepentingan diri juga ni ......

Umno Akan Berkubur Jika Terus Bodoh Sombong Dan Mengelak Berdepan Masalah

Kali ni saya nak komen secara bebas .... mengenai SOP yang digunakan oleh cai2 Najib dalam mempertahankan bos mereka. Untuk pengetahuan, hampir setiap artikel saya akan terima beberapa komen lari topik dari cai2 Najib yang cuba mengalihkan tumpuan kita kepada isu konsesi ERL ke.... isu TOL ke ... isu Proton ke ..... dan bahasa yang digunakan pula adalah standard bahasa cai Najib iaitu biadab.

Seperti biasa, komen2 seperti itu saya dengan sukahatinya akan padam. Kekadang tu saya tak baca sampai habis pun. Nampak saja gelaran yang mereka berikan kepada Tun Mahathir, saya terus padamkan tanpa baca sebaris ayat pun. Jadi kepada cai2 Najib, janganlah buang masa tulis komen2 seumpama itu di sini.

Dah la tak boleh nak claim atas kerja yang anda buat, tambah sakit hati bila terpaksa klik berulangkali ke sini untuk pastikan komen anda disiarkan atau tidak.

Dah beberapa kali saya sebut, di sini jangan cuba alih isudan jaga bahasa anda !

Kalau saya menulis tentang RM2.6 bilion, komen2 yang cerita tentang konsesi ERL yang tidak ada kena mengena dengan RM2.6 bilion sememangnya tidak akan dilayan.

Contoh satu lagi spin favoret cai Najib adalah mengenai IPP, bila kita mempersoalkan kenapa 1MDB beli IPP dengan harga lebih mahal dari harga pasaran, mereka akan kaitkan dengan kontrek2 lama ketika zaman Tun Mahathir konon apa yang 1MDB buat adalah untuk menyatukan dan menyeragamkan IPP bla bla bla ..... apa kaitannya dengan beli IPP pada harga lebih mahal dari pasaran ? ? ?

Dan seperkara penting yang perlu cai2 Najib sedar adalah, apa kaitannya isu2 lama Tun Mahathir dengan persoalan2 yang Tun bangkitkan mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion ?

Apakah cai2 Najib fikir, dengan menjejaskan kredibiliti Tun Mahathir, maka dengan sendirinya Najib akan terselamat dari persoalan2 rakyat mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion ? Apa kaitannya ? ? ?

Apakah dengan menyerang Tun Mahathir melalui dakwaan isu2 lamanya akan mampu menyelamatkan Umno yang semakin hilang kredibilitinya di mata rakyat gara2 tindakan Najib Rosmah ?

Apakah sekiranya Tun Mahathir senyap dan tidak lagi mengkritik Najib maka Umno akan jadi kembali kuat ?

Bagaimana mungkin Umno kembali kuat jika faktor2 penyebab kelemahannya tidak ditangani terlebih dahulu ?

Kena Kencing: 'Sudah enam bulan, hutang 1MDB macam mana?'

Anina Saaduddin Bekas ahli Umno, Anina Saadudin hari ini berkata, rakyat Malaysia sedang menanti janji yang pernah dilafaz Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkait isu hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Menurut Anina, tempoh enam bulan yang dijanjikan Najib juga sudah sampai dan beliau perlu mengotakan janjinya itu.
"Rakyat negara ini tidak menantikan bunga api sambutan tahun baru, sebaliknya mereka menunggu janji-janji Najib bahawa 1MDB akan berjaya mengatasi masalah kewangannya menjelang 31 Disember 2015... enam bulan dari tarikh janji tersebut diucapkan," katanya menerusi posting terbaharu di laman sosial Facebook miliknya.
Najib sebelum ini dilaporkan pernah melafazkan janji sebanyak dua kali untuk menyelesaikan kemelut berkait hutang1MDB dalam tempoh enam bulan.
Kali pertama beliau dilapor pernah meminta tempoh enam bulan untuk itu diberikan ialah dalam satu pertemuan tertutup di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 Jun 2015.
Pada Ogos, Najib sekali lagi mengulangi perkara sama dalam satu program di Negeri Sembilan.

Siapa 10 individu paling popular 2015?

Siapa 10 individu paling popular 2015?
DI SEBALIK pelbagai hambatan isu, pasti ada individu atau watak penting yang mencorakkannya. 2015 bukan hanya menyaksikan negara dihimpit dengan pelbagai kontroversi, namun  ia turut diwarnai dengan kisah-kisah kejayaan, pahit maung bergelar 'pejuang' dalam pelbagai bidang yang diceburi.
Sepuluh individu ini antara nama yang cukup hangat diperkatakan sepanjang tahun 2015. 
1) Datuk Seri Najib Tun Razak
Nama Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi sebutan sepanjang tahun ini selepas dikaitkan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana politik RM2.6 bilion.
Selain itu, pentadbiran beliau turut mendapat tamparan hebat apabila akar umbi Umno sendiri mendesak beliau meletak jawatan kerana gagal menyelesaikan isu berbangkit sehingga melemahkan parti Umno.
Dalam pada itu,  isu pemecatan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Kabinet benar-benar mempopularkan Najib.
2) Tun Dr Mahathir Mohamad
Aura pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus melekat di fikiran dan hati rakyat di negara ini.
Kritikan lantangnya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyebabkan nama pemimpin ini melonjak sepanjang tahun ini.
Antara kritikan yang dibuat ialah menggesa Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri apabila beliau dikaitkan dengan pelbagai skandal antaranya seperti isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion.
3)Tan Sri  Muhyiddin Yaassin
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mula menjadi perhatian susulan percanggahan pendapat dengan Najib berhubung skandal 1MDB.
Perselisihan pandangan itu bertambah hangat apabila tersebarnya video Muhyiddin berkaitan penubuhan syarikat pelaburan strategik negara itu dalam satu majlis tertutup Umno.
Pertembungan di antara Najib dan Muhyiddin sampai ke kemuncaknya apabila Najib memutuskan untuk menggugurkan Muhyiddin daripada barisan Kabinetnya.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno bagaimanapun tidak menyerah kalah. Di samping menyatakan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada parti, Muhyiddin menjelaskan kritikannya terhadap Najib adalah demi kesejahteraan rakyat dan negara.
4) Tengku Mahkota Johor  (Tunku Ismail Sultan Ibrahim)
Nama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau mesra disapa TMJ mula mendapat perhatian beberapa tahun lalu.
Namun pada 2015, kejayaan Tunku Ismail membentuk pasukan Johor Darul Takzim sehingga menjuarai perlawanan akhir Piala AFC di Stadium Central Republican, Dushanbe, Tajikistan benar-benar melonjakkan nama TMJ.
Nama putera diraja Johor ini juga sering mendapat perhatian kerana kritikan pedasnya terhadap politik dan industri sukan tanah air.
5) Datuk Seri Abdul  Hadi Awang.
Nama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia politik Malaysia.
Ketegasannya untuk melaksanakan undang-undang hudud bukanlah sesuatu yang baharu.
Terbaharu, nama Abdul Hadi terus diperkatakan selepas Presiden Pas itu duduk sepentas dengan Perdana Menteri dalam sebuah program di ibu negara.

Isu kerjasama politik di antara Pas dan Umno kembali menghangatkan politik negara.

Sudah banyak jawatankuasa, kali ini biar berperanan

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) meletakkan harapan tinggi pada penubuhan jawatankuasa peringkat tertinggi berkaitan isu kos sara hidup yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Presidennya, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, jawatankuasa demi jawatankuasa yang ditubuhkan sebelum ini hanya atas nama tanpa menunjukkan sebarang hasil.
“Kita memang mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa tertinggi itu. Kalau hanya setakat untuk mendapatkan maklum balas dari NGO, saya rasa sudah banyak sebenarnya jawatankuasa sebelum ini yang ditubuhkan kerajaan. Itu (tubuh jawatankuasa) sudah cukuplah,” katanya kepada Sinar Online.
Ahmad Zahid sebelum ini mengumumkan melalui penubuhan jawatankuasa itu, pengerusi NGO akan dijemput untuk menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memberikan pandangan berhubung isu kos sara hidup.
Mengulas lanjut, Mohd Yusof melahirkan harapan agar jawatankuasa itu benar-benar berkuasa bukan sekadar menjadi platform mendengar luahan hari NGO sahaja.
“Sebelum ini sudah ada tubuh jawatankuasa Kabinet tentang kos sara hidup dan sudah ada macam-macam jawatankuasalah, jadi sekarang ini tubuh lagi satu jawatankuasa.
“Cuma yang kita harapkan, biarlah jawatankuasa itu jawatankuasa yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan. Selepas mendengar maklum balas NGO kemudian berkuasa membuat keputusan, bagaimana untuk menangani kos sara hidup sebagai penyelesaian yang boleh dibuat kerajaan untuk bantu rakyat,” katanya.

2015: The year of the inhumane Malaysian

It was the year the hot air of “Eastern values” rhetoric was chilled by the cold hearted response of Malaysian leaders to these humanitarian disasters.
The-year-of-the-inhumane-Malaysian
By Dr Kua Kia Soong
2015 will be remembered as the year cold Malaysian values were exposed to the world. It was the year the hot air of “Eastern values” rhetoric was chilled by the cold hearted response of Malaysian leaders to these humanitarian disasters, namely:
– Thousands of Rohingya refugees adrift at sea off Malaysia;
– Hundreds of mass graves of trafficked persons uncovered near the Thai border;
– Tens of pregnant Orang Asli women at the transit centre in Kuala Bertis, Gua Musang;
– Seven Orang Asli children lost in the Gua Musang forest;
– One Malaysian beheaded in Sabah.
Eastern values versus Western values
In the 1990s, several prominent East Asian leaders argued that human rights are culturally relative. At the forefront of the so-called ‘Asian values’ debate was Dr Mahathir Mohamad, the prime minister of Malaysia, and the former prime minister of Singapore, Lee Kuan Yew. They argued that Asians tend to value community while Westerners value the individual. And whereas Asians appreciate order and harmony, Westerners appreciate personal freedom.
But which values – Eastern or Western – are more humanitarian? Dr Mahathir distinguished himself in 1979 when he was Deputy PM by threatening to shoot on sight Vietnamese boatpeople attempting to land on Malaysian soil. After the international uproar, he maintained that he had actually said he would “shoo them on sight…” Anyway, he had demonstrated an aspect of his rendition of “Asian values”.
In 2015, Malaysian political leaders demonstrated that Mahathir’s 1979 faux pas was not exceptional.
Rohingya refugees at sea refused landing rights
The tragedy of Rohingya refugees being stranded in the Andaman Sea in 2015 was bad enough but the refusal of Malaysia and other regional authorities to take them in was a human rights abomination of major proportions. The numbers stranded aboard rickety ships was estimated to be in the thousands. Despite a plea from U.N. Secretary General Ban Ki-moon, urging Southeast Asian leaders to uphold “international law” and “the obligation of rescue at sea,” Malaysia refused to accept these “boat people” who were suffering from rapidly dwindling provisions.
The Malaysian government did not engage in any search and rescue efforts to provide desperately needed aid at sea nor did they allow migrants to land on offshore islands for such aid. The Malaysian Deputy Home Minister Wan Junaidi Jaafar said the surge of refugees from Myanmar and Bangladesh seeking asylum in Malaysia was unwelcome and his government would turn back any illegal arrivals.
The attitude of the Penang State Government through its Deputy Chief Minister to the plight of the Rohingya boatpeople was just as disappointing. He criticised the Federal Government’s move to house the Rohingya boatpeople in Penang as another politically motivated ‘Project IC’. As a former radical upwardly mobile person (FRUMP), the Pakatan Rakyat leader should have shown more humanitarian concern for the welfare of the boatpeople and could have used the Penang state government’s resources to provide food and drink to these desperate people.
Malaysia’s response was in sharp contrast to the attitude of the European countries such as Germany and the Italians on the island of Lampedusa who have compassionately opened their hearts and their homes in an unprecedented humanitarian effort to accept the thousands of refugees fleeing the war in Syria.
Since when has it become acceptable for supposed democrats to treat the Rohingya as if they were political pawns rather than human beings entitled to human rights?
Mass graves of trafficked persons uncovered

Insan biasa yang memberi inspirasi sepanjang 2015

Muhammad Azmi Ismail atau Pak Mie sanggup mengorbankan segala-galanya demi melindungi anjing dan kucing liar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Disember, 2015. 
Muhammad Azmi Ismail atau Pak Mie sanggup mengorbankan segala-galanya demi melindungi anjing dan kucing liar.

Malaysia berdepan ketegangan kaum dan agama, peningkatan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barang dan cukai kepenggunaan yang baharu.
Di sebalik kegelapan itu, terdapat rakyat Malaysia yang memberi inspirasi kepada masyarakat – sama ada melawan ketidakadilan penguatkuasaan agama, menghimpunkan ribuan rakyat Malaysia di ibu kota dengan harapan negara akan menjadi lebih baik.
The Malaysian Insider memberikan penghormatan kepada "Rakyat Malaysia yang menjadi inspirasi tahun ini"; mereka yang kami percaya menyebarkan nilai-nilai baik dan memberikan kesan positif serta sumbangan kepada masyarakat.

Datuk Noor Farida Ariffin Sebagai jurucakap kepada G25, kumpulan terdiri daripada bekas hakim, duta, bekas timbalan naib canselor universiti serta bekas pemegang jawatan utama sektor awam ini menerima ancaman rogol, bunuh dan dihujani pelbagai gelaran.
Boleh sahaja orang seperti Noor Farida mendiamkan diri, menikmati kehidupan selesa selepas bersara, akan tetapi beliau memilih mengetengahkan Islam yang lebih moderen dan progresif.
Maria Chin Abdullah teguh dengan apa yang dipercayainya, walaupun berdepan dengan siasatan polis kerana tindakannya yang berjaya menghimpun ribuan rakyat Malaysia memperjuangkan hak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Disember, 2015. 
Maria Chin Abdullah teguh dengan apa yang dipercayainya, walaupun berdepan dengan siasatan polis kerana tindakannya yang berjaya menghimpun ribuan rakyat Malaysia memperjuangkan hak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Disember, 2015.Maria Chin Abdullah
Pengerusi Bersih 2.0 ini membuktikan rakyat mengambil berat tentang negara dan boleh berhimpun secara aman, biarpun berbeza kaum dan agama tetapi tidur bersama-sama di ibu kota demi masa depan Malaysia.
Beliau menunjukkan keberanian dan merayakan kepelbagaian serta teguh dengan apa yang dipercayainya, walaupun berdepan dengan siasatan polis kerana tindakannya dan didakwa di mahkamah mengikut Akta Perhimpunan Aman.
Datuk Hishamudin Mohd Yunus
Hishamudin adalah contoh bagaimana seorang hakim itu perlu berperanan, akan tetapi tetap terlepas kenaikan pangkat ke Mahkamah Persekutuan pada Februari. Walaupun selepas bersara pada September, pandangan bekas hakim Mahkamah Rayuan itu masih dihargai orang ramai dan pengamal undang-undang.
Di antara penghakimannya yang ingati ialah mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-undang Syariah Negeri Sembilan lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah pada 2014.
Pada Ogos tahun ini, beliau mengetuai panel hakim memutuskan mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa menyemak keputusan Mahkamah Bumiputera di Sabah dan Sarawak, yang mengendalikan pertikaian membabitkan penduduk asal negeri itu, mengikut undang-undang adat mereka.
Pak Mie dan Mak Intan
Selama bertahun-tahun Muhammad Azmi Ismail yang lebih dikenali sebagai Pak Mie melindungi anjing dan kucing liar, sehinggalah meninggal dunia Mac tahun ini.
Akan tetapi legasinya diteruskan isterinya, Halijah Idris yang dikenali sebagai Mak Intan, meneruskan untuk menjaga lebih 500 anjing, kucing dan arnab dengan bantuan 2 pekerja dan anak mereka, Alif Effendi.
Ini bukanlah kerja mudah, selain tempat penempatan tetap, makanan dan ubat untuk haiwan diselamatkan terus hidup, tempat perlindungan sedia ada tidak mempunyai bekalan elektrik dan air.
Robbi Sapinggi
Malim gunung ini diangkat sebagai wira selepas terkorban kerana menyelamatkan pendaki di Kota Kinabalu semasa gempa bumi melanda Sabah pada Jun.
Lelaki berumur 31 tahun itu dilaporkan cedera teruk selepas batu terjatuh semasa gempa bumi melanda akan tetapi terus membantu pendaki lain yang mungkin sedang turun dari gunung.
Sapinggi dilaporkan menunggu lebih kurang 5 jam sebelum turun dari cerun curam dan ketika ditemui pasukan penyelamat, beliau sudah "nyawa-nyawa ikan". Beliau meninggal dunia tidak lama kemudian.

#SelamatkanZulkifli raih simpati rakyat

Kes Zulkifli mendapat perhatian ramai kerana dia dituduh membunuh perompak yang cuba merompak rumahnya di Kerteh.
#SelamatkanZulkifli-raih-simpati-rakyat
PETALING JAYA : Kes Mohamad Zulkifli Ismail yang bakal didakwa di mahkamah kerana membunuh perompak yang cuba merompak rumahnya di Kerteh mendapat perhatian dan simpati rakyat Malaysia.
Rata-rata rakyat kurang setuju dengan tindakan yang dikenakan terhadap Zulkifli namun terpaksa menerima hakikat, dia perlu menjalani proses undang-undang secara adil sebelum dibebaskan daripada tuduhan Seksyen 302 dan 326 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.
Simpati dengan nasib yang menimpa bapa kepada tiga orang anak itu (anak kedua menghidap autisme), sebuah tabung akan dilancarkan hari ini (Khamis) bagi membantu isteri dan anak-anak Zulkifli meneruskan hidup.
Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul yang bertanggungjawab menubuhkan tabung itu berkata, sejak ditahan reman 14 hari lalu, keluarganya tidak dapat berniaga di warung yang berdekatan dengan rumah mereka.
Katanya, tabung itu juga untuk membantu keluarga Zulkifli berulang alik dari Kerteh ke Penjara Marang yang jauhnya lebih 100 kilometer di mana Zulkifli ditahan sehingga tarikh sebutan kes pada 24 Januari 2016.
Nik Aziz berkata, sebuah akaun Facebook ‘Selamatkan Zulkifli’ diwujudkan sebagai tanda rakyat Malaysia menyokong dan bersimpati dengan nasib yang menimpa bapa berusia 50 tahun itu.

WSJ v 1MDB: Who wins is not the issue

The question to ask is who has more credibility.
wsj_1mdb_600_3
It is said that experts in any subject matter can never win against non-experts when it comes to polemics.
Obviously, that’s the position taken by the Wall Street Journal (WSJ) when 1MDB runs amok with what really amounts to a one liner each time the 100-year-old newspaper trots out a “new” piece on the troubled government-owned company, touted as a strategic investment and development arm. The “experts” in this case are the politicians and businessmen running 1MDB.
1MDB, in a salvo at the WSJ over its latest article on the company, tries again to be too clever by half. It pontificates about there being “no news” in the latest offering by the US-based newspaper, accusing it of “recycling unproven allegations” and claiming that it has submitted itself to the scrutiny of lawful authorities.
1MDB, long driven by a “catch me if you can” mindset, was no doubt implying that the people, through the Court of Public Opinion, are not “lawful authorities.” The fact that the jury is not out on 1MDB’s lawful authorities seems to have escaped the company. In any case, the lawful authorities seem to be getting nowhere in their investigations, if indeed they are investigating anything.
So, it’s no wonder that publications like WSJ seize on every excuse, every trigger-off point, to replay the story of 1MDB. That is actually permitted in journalism, notwithstanding the disagreement of 1MDB and its dwindling band of supporters.
The question to consider is who has credibility between 1MDB and WSJ. Another question to ask is who is the subject matter expert when it comes to journalism. In preaching about journalism, i.e. virtually trying to rewrite the rules of journalism, 1MDB does itself no credit. It should stick to what it was set up to do, i.e. investing strategically to help develop Malaysia. So far, we see nothing of the kind being done, as pointed out by former Prime Minister Mahathir Mohamad. Good news — read “rationalisation” in this case — is not journalism. It’s propaganda.

Terengganu haramkan vape mulai tahun depan

Keputusan mengharamkan vape di Terengganu dibuat selepas bersetuju dengan keputusan Majlis Fatwa negeri yang mengharamkan rokok elektronik itu, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Osman Muda. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Disember, 2015. 
Keputusan mengharamkan vape di Terengganu dibuat selepas bersetuju dengan keputusan Majlis Fatwa negeri yang mengharamkan rokok elektronik itu, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Osman Muda. 

Kerajaan Terengganu mengharamkan penggunaan vape atau rokok elektronik di negeri ini bermula awal Januari tahun depan. Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Osman Muda berkata kerajaan negeri membuat keputusan itu selepas bersetuju dengan keputusan Majlis Fatwa Negeri Terengganu yang mengharamkan vape.
Katanya susulan keputusan itu juga, pihak kerajaan negeri akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan peniaga vape pada 3 Januari bagi memberi penerangan lebih terperinci.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di Kuala Terengganu hari ini. – Bernama

Rabu, 30 Disember 2015

Pembukaan, pengambilan tanah punca fenomena air merah

Orang ramai dinasihatkan supaya jangan memakan makanan laut dari kawasan terlibat sehingga analisis tahap keselamatan hasil laut selesai
bauksit.lau
KUANTAN: Fenomena air sungai dan laut menjadi merah di sini semalam berpunca daripada kegiatan pembukaan dan pengambilan tanah, yang kemudiannya dihanyutkan larian air akibat hujan lebat beberapa hari lepas.
Penolong Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang Zainal Abidin Abdullah berkata ia menjadi serius apabila larian air di permukaan tanah turut bercampur dengan mineral bauksit di jalan raya, yang tumpah semasa proses pengangkutan dilakukan menyebabkan fenomena itu berlaku.
“Jumlah air yang banyak semasa hujan lebat turut menyebabkan mendapan di dalam sungai berkocak dan bercampur pula dengan yang air bercampur bauksit yang dibawa larian air.
“Semua bahan ini kemudian dibawa ke sungai sebelum mengalir ke laut dan kuantitinya yang banyak menyebabkan fenomena sungai dan lautan merah berlaku,” katanya kepada Bernama semasa dihubungi di sini, Rabu.
Sebagai contoh, katanya, pengambilan tanah di Bukit Goh akan mengalir ke Sungai Kuantan dan aktiviti serupa di sekitar Beserah akan dibawa air ke Sungai Balok, Sungai Karang di sini.
Zainal Abidin berkata keadaan itu akan kembali normal tidak lama lagi, namun ia bergantung kepada pasang surut air laut.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Pahang Adnan Hussain menasihati orang ramai supaya tidak memakan makanan laut dan kerang-kerangan dari kawasan yang terlibat.

PKR desak lesen ekspot bauksit dibekukan

Parti itu berkata pembekuan lesen ekspot bauksit akan menghentikan perlombongan dengan serta-merta, dan sekaligus mengakhiri pencemaran
Lee-Chean-Chung,bauksit
PETALING JAYA: PKR mendesak kerajaan pusat supaya membekukan lesen ekspot bauksit di Pahang, memandangkan ada kemungkinan kemerahan pesisiran pantai Beserah berpunca daripada pencemaran.
Ketua Biro Alam Sekitar PKR, Lee Chean Chung berpandangan pembekuan lesen-lesen ekspot bauksit akan menghentikan perlombongan dengan serta-merta dan tindakan pembersihan boleh dilaksanakan di kawasan-kawasan yang terjejas sekitar Kuantan.
FMT dan media lain melaporkan pada Selasa bahawa air di Sungai Balok, Pantai Beserah dan Pantai Batu Hitam bertukar merah, dipercayai angkara bauksit yang mengalir ke laut akibat hutan lebat semalaman.
“Adalah mustahil masalah pencemaran ini dapat diselesaikan dalam keadaan perlombongan masih diteruskan,” kata Adun Semambu itu dalam satu kenyataan.
Perubahan warna Sungai Balok dan Pantai Beserah, yang diangkat sebagai salah-satu destinasi luncur angin terkemuka dunia, Lee berasa amat kesal dengan sikap kerajaan mengendalikan isu bauksit ini.
Katanya, keyakinan rakyat Pahang pada kerajaan pimpinan Barisan Nasional telah terhakis dan merasakan aduan mereka tidak dipedulikan.

Bauksit: Kerajaan negeri sering beralasan

Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata pelbagai bantahan disuarakan namun semuanya tidak disambut secara bersungguh-sungguh oleh kerajaan negeri.
Tengku-Zulpuri-Shah-Raja-Puji,bauskit
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang sering memberi alasan dalam mengendalikan isu perlombongan bauksit di sana.
Beliau berkata, pihak pembangkang bersama-sama NGO sudah melakukan pelbagai cara untuk membantah perlombongan bauksit di sekitar Kuantan.
“Kita sudah bangkitkan isu ini di sidang DUN. Malah Menteri Besar (Datuk Seri Adnan Yaakob) sendiri akui masalah dalam penguatkuasaan. Kita juga bersama-sama NGO mengadakan demonstrasi dan laporan polis.
“Namun MB hanya beri alasan yang perlu ambil kesempatan dengan harga bauksit yang tinggi pada tahun ini dan keadaan akan berbeza pada tahun depan,” dakwanya ketika dihubungi FMT.
Menurut beliau, pihaknya juga sudah meminta pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan terhadap lori bauksit yang melanggar peraturan.
“Tetapi ia dijalankan secara tidak menyeluruh dan konsisten. MB pernah kata akan mengarahkan lori menggunakan guni bagi mengelakkan debu bauksit tersebar dan jatuh ke jalan raya. Ini semua adalah gimik dan alasan sahaja,” dakwa Adun Mentakab itu lagi.
Kemarahan penduduk sekitar terhadap kegiatan ini dilihat telah memuncak apabila dikatakan sudah enam buah lori pengangkut bauksit yang dibakar.
Pada pagi Rabu, warga Kuantan dikejutkan apabila pesisir pantai dari Sungai Pengorak ke Pantai Batu Hitam ‘bertukar’ merah.

Penjajah tertipu, Tok Janggut tak mati dibunuh


Wan Asrul Wan Hussin, 31, mendedahkan Tok Janggut atau nama penuhnya Haji Mat Hassan Munas hanya mengalami cedera di bahu kirinya ketika pertempuran dengan British di Kampung Dalam Pupoh, Pasir Puteh pada 24 Mei 1915.
Cucu sepupu kepada pahlawan terkenal itu berkata, Tok Janggut kemudian disembunyikan pengikutnya di Hulu Kelantan atau kini dikenali Gua Musang untuk menyelamatkan beliau.
"Sesudah sembuh daripada kecederaan di bahunya, Tok Janggut berpindah ke Machang sebelum kedatangan tentera Jepun ke Tanah Melayu," katanya.
Mengulas mengenai kononnya mayat Tok Janggut diarak di sekeliling bandar Kota Bharu dan digantung songsang separuh bogel selama tiga hari, Wan Asrul sekeras-kerasnya menolak dakwaan itu.
Tegasnya, kisah itu adalah semata-mata rekaan serta dibuat atas desakan British yang mahu menakut-nakutkan orang Melayu.
"Kebanyakan orang yang tinggal di Kota Bharu tidak kenal wajah sebenar Tok Janggut dan mereka hanya mendengar cerita dari mulut ke mulut sahaja.
"Dan secara logiknya, jika kita melihat pada faktor fizikal gambar mayat itu, adakah sedemikian rupa seorang Melayu asli? Wajarkah Tok Janggut yang mempunyai ilmu agama tinggi diaibkan begitu?," soalnya seperti dilapor Bernama.
Gambar mayat itu diperolehi daripada Perpustakaan Bodleian, Oxford, United Kingdom, England hasil usaha tokoh sejarah Allahyarham Prof Datuk Nik Anuar Nik Mahmud ketika melakukan kajian di sana.
Jelas Wan Asrul penampilan fizikal Tok Janggut adalah Melayu Kelantan Asli. Ibunya, Che Mah berasal dari Pattani manakala ayahnya Munas orang Melayu dari Kampung Saring, Pasir Puteh.
"Adik-beradik Tok Janggut termasuk dirinya tiga orang, dua lagi Tahir dan Yah@Sepiah meninggal dunia ketika dilahirkan.
"Tidak ada mana-mana anak-beranak Tok Janggut berwajah Sikh seperti dalam gambar itu. Malah, Tok Samad, iaitu datuk kepada Tok Janggut adalah Melayu Asli dan antara orang yang terawal membuka daerah Pasir Puteh," katanya.
Kenapa tak muncul seperti Mat Kilau?

Kisah di sebalik kubur Tok Janggut


Sama ada Tok Janggut gugur dalam pertempuran dengan British di Kampung Dalam Pupoh, Pasir Puteh, Kelantan atau meninggal dunia pada usia tua, persoalannya di mana pula jasad pejuang itu disemadikan?
Sejak sekian lama masyarakat diberitahu kuburnya terletak di Pasir Pekan, Tumpat.
Bagaimanapun, usaha penulis menjejaki sejarah pejuang ikonik Kelantan itu membawa kepada penemuan beberapa sumber baharu lokasi lain kubur Tok Janggut.
Cerita cucu Tok Janggut Ustaz Wan Asrul Wan Hussin, datuknya dikebumikan di perkuburan lama Kampung Hutan Puteh, Machang akibat sakit tua selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Tok Janggut memang tidak dikenali kecuali di kalangan segelintir pengikutnya dan identiti sebenarnya diminta dirahsiakan sehinggalah beliau meninggal dunia.
Pada akhir hayat Tok Janggut berpesan kepada orang-orang terdekatnya, " Kebumikanlah saya sama sebagaimana dengan mana-mana orang lain juga."
Jelas Wan Asrul, kubur di Pasir Pekan itu dibuat-buat oleh pihak British bagi mengaburi mata rakyat Kelantan yang mahu membuktikan mereka berjaya membunuh Tok Janggut.
"Hanya kaum tua yang hidup lebih daripada 100 tahun mengetahui kisah sebenar kubur di Pasir Pekan itu," katanya.
Kubur bertanda botol kaca zaman British
Dakwaan Wan Asrul itu dikuatkan lagi oleh dua individu lain yang penulis temui iaitu seorang penduduk di Kampung Hutan Puteh, Roslan Mustafa dan Pengkaji Sejarah Islam Kelantan Ustaz Abdullah Al-Qari Salleh.
Bertitik tolak daripada keyakinan kisah yang sama didengari oleh sebahagian penduduk di Pasir Puteh yang mendakwa Tok Janggut tidak terbunuh, Abdullah Al-Qari berkata beliau berjaya menemui bukti secara berlisan.
Pujangga Islam itu berkata beliau mendapat cerita Tok Janggut daripada pengakuan tiga orang penggali kuburnya iaitu Adam Ahmad, Pakteh Taib dan Paksu Yunus Abd Rahman yang ditemuramahnya pada tahun 2010.
Hasil temuramah itu ditulis dalam halaman terakhir bukunya bertajuk Ensiklopedia Unggul Doa Hajat Jampi Mujarab Segala Penyakit Tanpa Ubat.
Bagaimanapun, sekarang hanya Adam yang masih hidup sementara dua orang lagi sudah meninggal dunia kira-kira dua tahun lalu.
Dikatakan ketika Tok Janggut meninggal umur ketiga-tiga penggali kubur itu berusia dalam lingkungan 19 hingga 22 tahun.
Mengimbas kembali pertemuan dengan mereka, Abdullah Al-Qari berkata Tok Janggut meninggal dunia selepas menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Kota Simpul Berlubang, bersempadan dengan Kampung Hutan Puteh di mana terletak lokasi kuburnya kini.
"Kematian Tok Janggut pada tengah hari Selasa disaksikan ramai orang kampung dan jenazahnya diiringi kira-kira 30 orang.
"Mengikut adab orang kampung di situ apabila seseorang dikebumikan, kuburnya di tanda dengan botol kaca, satu di kaki dan satu di kepala.
"Di bahagian kepala kubur Tok Janggut diletakkan sebuah batu merah bersama botol, manakala bahagian kakinya kekal dengan botol kaca," katanya.
Tinjauan penulis ke lokasi perkuburan itu yang terletak di ladang getah mendapati tidak kurang daripada empat kubur yang bertanda botol kaca.
Botol kaca di kubur yang dikatakan milik Tok Janggut tertera ayat "Bottle Made In England". Bagaimanapun, tarikhnya tidak dapat disahkan.
Sesudah perang Pasir Puteh