Sebahagian mangsa banjir menyatakan rasa tidak puas hati dengan masakan dan bekalan makanan di sebuah pusat pemindahan, Kedai Lalat. 
 Sebahagian mangsa banjir menyatakan rasa tidak puas hati dengan masakan dan bekalan makanan di sebuah pusat pemindahan, Kedai Lalat.

KOTA BHARU - Keadaan kecoh akibat dakwaan rasa tidak puas hati yang timbul dalam kalangan mangsa banjir di salah sebuah sekolah di Kedai Lalat, di sini, terlerai.

Ketegangan timbul menyaksikan babak salah faham dengan pihak yang mengambil tangggung jawab sukarela yang memasak dan mengagihkan keperluan menjadikan keadaan keruh.

Serik untuk berpindah ke pusat pemindahan banjir pada masa akan datang, Manisah Ibrahim 45, mendakwa, makanan di situ seolah-olah dicatu dan dibahagikan dengan serba kekurangan.

"Kami tinggal selama empat hari di sini, namun kami sukar untuk menikmati makanan yang cukup, malah kami terpaksa berjimat-cermat makan.

"Kami juga sering dimarahi jika meminta untuk beberapa keperluan termasuk selimut, tikar dan lampin pakai buang bayi," dakwanya kepada Sinar Harian, di sini.

Manisah berkata, aduan juga pernah dibuat kepada kepada pihak terbabit bagi memperbetulkan keadaan, namun suasana semakin tegang dan kecoh sejak malam kelmarin.

Bagi Che Som Omar, 46, yang mempunyai suami orang kelainan upaya (OKU), melahirkan rasa kecewa dengan layanan yang diterima termasuk semasa meminta tikar untuk duduk.