Isnin, 29 Disember 2014

Banjir 2014 : Sidang Media MB Kelantan 29 Dis 2014

LENSA : KESAN BANJIR SEPERTI DILANDA TSUNAMI

Ini bukan Acheh yang dilanda tsunami, ini Kg Manjor,  Kuala Krai salah satu Daerah yang teruk dilanda banjir.

Bayangkan betapa besar dan kuatnya air yg membadai kampung ini. Lihat pada kesan hancur inipun sudah dapat kita bayangkan saat air menggila yg menerjah dinding rumah pada malam gelap tersebut.

Kematian mangsa? Masih misteri.


Tiga Jajahan atau daerah yang teruk dari segi kerosakan harta-benda iaitu Kuala Krai, Gua Musang dan Pasir Mas.

Dilaporkan sehingga hari ini di Kelantan sahaja , 9 terbunuh kerana lemas dan 4 masih hilang apa yang dimaklumkan oleh pihak Polis.


Banjir Besar: Bertindak sebagai satu pasukan - Anwar

KUALA LUMPUR 29 Disember: Seluruh jentera parti KEADILAN di seluruh negara diarah membantu dalam usaha pengagihan barangan keperluan serta kerja-kerja pembersihan di kawasan-kawasan yang terlibat dengan bencana banjir di lima buah negeri.
Seruan ini dibuat Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim yang menyifatkan bencana banjir besar kali ini merupakan antara yang paling buruk dalam sejarah Malaysia.
Sehingga kini lebih 220,000 orang terlibat dan Kelantan negeri yang paling teruk terjejas.
Anwar juga memuji sikap rakyat Malaysia yang tidak mengenal usia, jantina, kaum mahupun perbedaan politik dalam menghulur bantuan dalam bentuk dana, barangan keperluan, dan tenaga.
“Saya telah berhubung dengan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan meminta beliau memberikan bantuan sebanyak yang mampu.
Saya menggesa agar semua pihak bertindak sebagai satu pasukan, dan menyokong langkah Kerajaan Persekutuan dalam usaha menangani bencana ini, serta menggesa agar diluluskan peruntukan segera untuk makanan dan ubat-ubatan, terutama untuk kawasan-kawasan kritikal,”kata Anwar.
Dalam kenyataan yang sama, Anwar mengusulkan supaya Kerajaan Pusat menyediakan satu rancangan yang menyeluruh untuk memperbaiki atau membangunkan semula rumah-rumah yang telah musnah akibat banjir besar ini.
“Saya, Azizah dan seluruh keluarga KEADILAN terus memanjangkan doa kepada Allah SWT agar bencana ini akan reda, dan diringankan beban yang dialami semua yang terkesan,”kata Anwar

163,000kg bantuan mangsa banjir dihantar setakat hari ini, kata TUDM

Kapten Azley Ahmad, penyelaras bantuan bencana banjir di Pangkalan TUDM Subang berkata mereka menjalankan 10 kali penerbangan berulang alik untuk memindahkan barangan keperluan ke mangsa banjir setiap hari. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Disember, 2014.  
Kapten Azley Ahmad, penyelaras bantuan bencana banjir di Pangkalan TUDM Subang berkata mereka menjalankan 10 kali penerbangan berulang alik untuk memindahkan barangan keperluan ke mangsa banjir setiap hari.

 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengangkut kira-kira 163,000 kilogram bantuan termasuk makanan, barang keperluan dan ubat-ubatan ke negeri-negeri yang dilanda banjir, sejak 25 Disember lalu.
Penghantaran bantuan bekalan itu dibuat seawal 6.30 pagi setiap hari  menggunakan pesawat C-130 Hercules.
Penyelaras bantuan bencana banjir di Pangkalan TUDM Subang, Kapten Azley Ahmad berkata TUDM menjalankan hampir 10 penerbangan ulang alik setiap hari dari pangkalan itu supaya bantuan berkenaan dapat diagihkan kepada mangsa banjir.

"Setiap penerbangan akan membawa hampir 10 atau 11 tan barangan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Beliau berkata hampir 70% bantuan di hantar ke 8 Briged Pengkalan Chepa, Kelantan dan bakinya ke Pangkalan Udara Gong Kedak, Terengganu.
Azley berkata walaupun mengalami kekurangan anggota bagi pengurusan barangan, TUDM mendapat bantuan dan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan pelatih program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Sementara itu, Pegawai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) AEON Co (M) Bhd Anaz Hidayat Muhammed Suhaimi berkata Yayasan AEON Malaysia menyumbangkan makanan dan keperluan bayi bernilai RM100,000.

QZ5801: Bersedia hadapi kemungkinan terburuk - Jakarta

Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla berkata beliau telah dimaklumkan mengenai serpihan yang dikatakan ditemui di Laut Jawa oleh pesawat pengawasan Australia.
 
Bagaimanapun, Jusuf berkata beliau tidak boleh mengesahkannya sehingga analisis lanjut dijalankan, laporan Channel News Asia.
 
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan tanpa menetapkan tempoh masanya dan "bersedia menghadapi kemungkinan terburuk".
 
Naib Presiden berkata satu pasukan antarabangsa terdiri daripada kira-kira 30 kapal dan pesawat sedang memantau lokasi terakhir QZ5801 serta mendapatkan bantuan nelayan tempatan.
 
Beliau berkata UK dan Perancis adalah negara terbaru menawarkan bantuan dan Indonesia sedang menimbangkan tawaran itu.
 
Sementara itu, ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia, Tony Fenandes berkata syarikatnya tidak akan menyentuh tentang pampasan buat masa ini kerana usaha mencari sedang berjalan.

TLDM dedahkan peta misi pencarian QZ8501

Zon pencarian dibahagikan kepada tujuh sektor.
51419843796_freesize
KUALA LUMPUR: Peta kawasan misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia QZ8501 didedahkan kepada umum. lapor Astro Awani.
Zon pencarian pesawat yang hilang sejak Ahad dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura tersebut dibahagikan kepada tujuh sektor dengan pembahagian dibuat berdasarkan nama kawasan dan juga pasukan pemantau yang ditugaskan.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menerusi Twitternya menjelaskan bahawa setiap sektor adalah seluas 3,600 batu nautika persegi (60×60 batu nautika). Keseluruhan kawasan pencarian adalah seluas 25,200 batu nautika persegi.
Katanya, Sektor utara dibahagi kepada dua bahagian iaitu sektor yang dipantau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Kapal KD Pahang telah sampai di zon itu dan telah memulakan pencarian.
Sektor yang terdekat dengan Pontianak, Kalimantan pula dipantau Tentera Laut Republik Singapura.
Lima sektor lain dipantau Tentera Nasional Indonesia (TNI) iaitu Sektor Unsur TNI1, TNI2 dan TNI3 selain Sektor Unsur Bakamla (Badan Keamanan Laut) dan Lanal Babel (Bangka Belitung) dan Sektor Unsur Basarnas/DA & BC.

JPAM nafi dakwaan sekat bantuan mangsa banjir di Kuala Krai


Post Pic

KUALA LUMPUR: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa agensi itu telah menyekat bantuan untuk mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan.
Ketua Pengarah JPAM Datuk Zaitun Ab Samad berkata penyebaran berita palsu itu disebarkan melalui media sosial baru-baru ini.
"JPAM tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan untuk menyekat bekalan atau bantuan daripada mana-mana pihak.
"Malah kami (JPAM) sangat mengalu-alukan sumbangan dan bantuan daripada orang awam kerana ketika saat negara ditimpa bencana sebegini, keselamatan nyawa rakyat menjadi keutamaan kami," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Zaitun menjelaskan, selain melaksanakan tugas mencari dan menyelamat, JPAM turut melakukan tugas memindahkan mangsa-mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara.
Di samping itu, katanya pihaknya juga melaksanakan tugas kemanusiaan seperti kes kecemasan, rawatan awal serta lain-lain perkhidmatan bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda orang awam terus terpelihara.
Setakat pagi ini, jumlah mangsa banjir di enam negeri yang terjejas mencecah 225,731 orang.

Fenomena 'luar biasa' punca banjir teruk, kata pakar meteorologi


Fenomena 'New Moon' dan monsun had tinggi serta deras menjadi faktor luar biasa punca banjir teruk di Kelantan tahun ini, kata Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip. 
Katanya, kejadian air laut pasang yang berlaku apabila bulan berada hampir dengan bumi menjadikan faktor luar biasa selain pergerakan angin Monsun Timur Laut pada had tinggi ke dalam negara memburukkan lagi keadaan yang meningkatkan taburan hujan dan paras air di laut.
"Kalau nak tanya spesifik kenapa Kelantan merupakan yang teruk terjejas banjir memang kita (JMM) pun tidak ada lagi jawapan itu setakat ini.
"Tapi kalau kita tengok dari segi apa yang luar biasa, angin Timur Laut berterusan masuk ke negara kita dengan had laju yang tinggi (punca banjir luar biasa tahun ini).
"22 Disember berlaku 'New Moon' dan apabila ianya berlaku sekali dengan kejadian 'Perigee' di mana bulan berada hampir dengan bumi menjadikan impaknya lagi besar, kerana ia menghasilkan air pasang besar," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Untuk rekod, banjir di beberapa negeri di Pantai Timur bermula pada pertengahan November lepas sehingga mengakibatkan Kelantan khususnya negeri yang teruk terjejas.
Dr Mohd Hisham berkata, Kelantan negeri yang menerima taburan hujan yang berlebihan mengakibat negeri itu yang paling teruk terjejas.

Banjir 2014 di Kelantan, Terengganu, Pahang? Mohon Penambaikan Segera!

  1. What? Menyediakan power bank bercaj? Erm….Adalah lebih baik diagihkan telefon buatan India contohnya yang boleh mengesan jejak mangsa banjir selama tempoh 30 hari lamanya. Ada cadangan lain?
  2. Banjir berlaku setiap tahun, tetapi masih lagi kedengaran cakap-cakap orang atas yang begitu mudah mengatakan “banjir 2014 kali ini di luar jangkauan. Itu sebablah perancangan dan SOP bantuan banjir semua yang dibuat sebelum ini tidak boleh digunakan“. Tepuk dahi Berita Semasa mendengarnya. Dikala rakyat mengharap bantuan seberapa segera dan mengharapkan orang dilihat menjadi tempat bergantung memberikan kenyataan “lepas tangan” sebegitu, agak mengecewakan sebenarnya
  3. Mana perginya kenderaan ampfibia? Mnegapa perlu tunggu gelombang seterusnya baru mahu menggunakannya? Apakah rakyat marhaen tidak layak dikala mereka terpinga-pinga menghadapi kejadian banjir kali ini? Di mana hovercraft? Akhirnya orang kampung terpaksa meredah banjir yang cukup deras dan begitu dalam sehingga terbalik lori yang digunakan?
  4. Terperanjat apabila Berita Semasa mendengar apabila genset di hospital tidak mampu bertahan lama. Hanya mampu bertahan 5 jam sahaja?
  5. Kenapa semasa keadaan yang begitu mendesak ketika tragedi banjir 2014 kali ini tidak meningkatkan kecekapan penghantaran bekalan? Kepada kerajaan Malaysia usahlah terlalu terikut dengan protokal birokrasi anda yang melampau dikala keadaan meruncing pada ketika ini. Apabila angin kuat, air deras, bahaya tidak jadi melakukan penghantaran? Mengapa tidak agihkan kepada kontraktor Cina, Melayu India yang benar-benar ada kompetensi? Pandaila mereka nanti mencari jalan untuk sebarang halangan kepada mereka ketika bagi menyelesaikan misi yang telah diamanahkan kepada mereka. Inilah yang dikatakan sebagai “The beauty of private sector; its result oriented“. Tidaklah kita akan mendengar “kes terbang ke sana ke mari tanpa hala tuju tanpa perancangan rapi yang akhirnya bantuan tidak berjaya diberikan.
  6. Terperanjat Berita Semasa apabila arahan dikeluarkan di mana UMK perlu ditutup buat sementara waktu. Budak-budak diarah pulang. Pulang ke mana? Bagaimana budak-budak ini mahu balik dalam keadaan sekarang ini?
  7. Dikala hujan dan banjir lebat di Kelantan pun masih lagi mahu mengadakan sidang DUN bagi perbahasan agenda Hudud di Kelantan? Rakyat anda sedang tinggal sehelai sepinggang tidak makan, hidup dalam kesejukan, tiada tempat yang sesuai untuk berteduh, tetapi masih lagi bercakap soal hudud? Ermm…..
  8. Dan yang paling Berita Semasa terperanjat adalah tidak mahu isytihar darurat sebab takut tidak boleh “claim insurans”? Erm….
  9. Kenapa mesti mahu cop _______, cop________ ketika mengagihkan bantaun kepada mangsa banjir? Mengapa? Bukankah ia akan meningkat masa tergendala dan kos?
  10. Mengapa mesti bertelegah “di depan pintu pusat bantuan banjir” dek kerana perbezaan politik?
Berita Semasa berharap sangat kenyataan dan tindakan yang menjelekkan yang tidak kena pada situasi meruncing melibatkan banjir 2014 yang berlaku sekarang ini tidak diteruskan dan tidak berulang pada masa akna datang. Kemungkinan akan ada 2 lagi gelombang susulan mengenai banjir 2014 yang akan melanda Malaysia selepas ini.

  • Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, Johor, Selangor berjumlah 225,731 orang
  • Jumlah mangsa banjir di Kelantan 151,072 orang berbanding 134,139 semalam
  • Jumlah mangsa banjir di Pahang 33,225 orang berbanding 31,095 semalam
  • Jumlah mangsa banjir di Perak 7,813 orang berbanding 7,539 semalam
  • Jumlah mangsa banjir di Terengganu 33,292 orang berbanding 36,210 semalam
  • Jumlah mangsa banjir di Johor 328 orang berbanding 332 semalam
berita banjir 2014
Berita Semasa merasakan dalah lebih baik jikalau ikhtiar dan usaha yang diperlukan ditumpukan sepenuhnya untuk meneruskan misi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir pada ketika ini. Dan Berita Semasa ucapkan ribuan terima kasih kepada NGO, sukarelawan dan sesiapa sahaja yang ringgan tangan menghulur bantuan dan tangan sehingga sanggup berkorban masa, tenaga dan berhadapan risiko kecedaraan dalam apa cara sekalipun membantu ahli keluarga Malaysia yang sedang ditimpa bencana alam banjir 2014 pada ketika ini.
Banjir ini tiap-tiap tahun berlaku. Bukan 100 tahun sekali. Tetapi setiap tahun juga bersepah-sepah berhimpit di dalam dewan.

P/S : Kepada kerajaan Malaysia sila perbaiki tahap bantuan menggunakan khidmat helikopter, bot yang cukup terhad, komunikasi dan sebagainya.
PP/S : Mengalirkan air mata Berita Semasa melihatkan di kaca TV ramai yang tidak dalam menjamah makanan selama beberapa hari ini

Tubuh RCI siasat pengurusan dan persediaan bencana – Kit Siang

KUALA LUMPUT, 29 DIS: DAP menggesa sebuah Suruhanjaya Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat kesiapsiagaan pengurusan bencana negara, kata Ketua Parlimen Lim Kit Siang.
Ujarnya, penubuhan RCi perlu memandangkan kerajaan jelas bingung berdepan skala bencana banjir ini, dengan bilangan mangsa yang meningkat kini 1,000 peratus, hampir suku juta orang dalam masa kurang sepuluh hari.
Menurut Kit Siang, ‘kebingungan’ kerajaan terbukti melalui kenyataan antaranya oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa bencana banjir lebih teruk dari yang disangka.
Pengakuan Muhyiddin bahawa prosedur operasi penyelesaian banjir mesti disemak semula dan Malaysia perlu daripada negara lain terutamanya Jepun dan Korea Selatan yang terkenal dengan sistem pengurusan bencana terbaik di dunia
“Ini satu penemuan yang sangat lewat dan mahal oleh sebuag gabungan politik yang berkuasa selama 57 tahun,” kata Kit Siang.
Beliau sebelum ini berkata, fokusnya adalah kepada tiga objektif, iaitu memujuk Datuk Seri Najib Razak memendekkan cutinya. menggesa mesyuarat tergempar kabinet dalam tempoh 24 jam dan meminta Perdana Menteri mengisytihar darurat untuk mengurus bencana banjir.

Kerajaan seperti tak pernah bersedia hadapi bencana banjir

IPOH, 29 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa melakukan siasatan segera berhubung kegagalan kerajaan menghadapi bencana banjir terburuk dalam sejarah negara.
Naib Pengerusi DAP M Kula Segaran berkata kerajaan seperti tidak pernah belajar dari pengalaman lalu berhubung pengurusan dan perancangan menghadapi bencana terutamanya banjir.
“Sebaik saja banjir berakhir nanti, Najib mesti melakukan siasatan mengapa kerajaannya dilihat tidak bersedia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata, Najib seperti kebiasaannya tidak menepati janjinya untuk mengendalikan masalah banjir dengan lebih berkesan.
Pada 18 Januari tahun ini Najib dalam ucapan pada majlis penyampaian bantuan mangsa banjir di Parlimen Pekan berkata, Kabinet menerima cadangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara bagi meningkatkan pengurusan banjir termasuk melaksanakan sistem amaran awal dan projek-projek tebatan.
Kerajaan juga dikatakan akan meminta Jabatan Meteorlogi Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk menggunakan teknologi terkini bagi memastikan sistem pengurusan banjir yang lebih cekap.
“Rakyat Malaysia masih terkejut bagaimana negara boleh menghadapi banjir sebegini besar tanpa sebarang amaran terlebih dahulu terutama dari Jabatan Meteorologi.
“Amat jelas sekarang, kerajaan tidak pernah langsung bersedia menghadapi bukan sahaja banjir, tetapi apa sahaja bencana,” ujar Kula.

Banjir di negeri terjejas menunjukkan tanda surut

Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Johor dan Perak dilaporkan beransur surut petang ini dengan kesemua mangsa banjir di Selangor dibenarkan pulang.
Di Kelantan, jumlah mangsa berkurangan daripada 151,072 orang pada sebelah pagi kepada 147,072 orang petang ini.
Ini dinyatakan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Nik Omar Nik Abdul Rahman.

Menurut portal banjir negeri Kelantan, setakat 5 petang, paras air Sungai Kelantan di Tangga Krai, Jambatan Guillemard di Tanah Merah dan Tambatan Diraja di Kota Baru selain Sungai Golok di Rantau Panjang surut sedikit namun masih melepasi paras bahaya. Keadaan cuaca adalah mendung.
Di Terengganu, lebih ramai mangsa mengambil peluang pulang ke rumah masing-masing berikutan cuaca bertambah baik dan air mulai surut.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, kira-kira 570 mangsa terutama di Kemaman berbuat demikian.
Keseluruhan mangsa di Terengganu setakat ini berjumlah 32,210 orang berbanding 32,782 tengah hari tadi.
Pada masa sama, dua pusat pemindahan  ditutup menjadikan 75 pusat yang masih beroperasi.
Di Selangor, semua 33 mangsa daripada sembilan keluarga di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai  dibenarkan pulang.

Banjir Besar: 4 hospital di Kelantan, 2 di Pahang masih berfungsi

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, generator berkapasiti 5KvA dihantar ke Hospital Kuala Krai, Hospital Tanah Merah dan Hospital Pasir Mas yang membolehkan dapur hospital beroperasi sepenuhnya sejak semalam. – Gambar Facebook Noor Hisham Abdullah, 29 Disember, 2014. 
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, generator berkapasiti 5KvA dihantar ke Hospital Kuala Krai, Hospital Tanah Merah dan Hospital Pasir Mas yang membolehkan dapur hospital beroperasi sepenuhnya sejak semalam.

Empat buah hospital di Kelantan dan dua di Pahang yang terjejas akibat banjir masih berfungsi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Katanya banjir yang melanda Johor, Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak dan Selangor turut menjejaskan 102 fasiliti kesihatan, 38 daripadanya masih beroperasi.
Beliau berkata generator berkapasiti 5KvA turut dihantar ke lokasi termasuk Hospital Kuala Krai, Hospital Tanah Merah dan Hospital Pasir Mas yang  membolehkan dapur hospital beroperasi sepenuhnya sejak semalam.

"Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga memaklumkan akan membekalkan generator dengan kapasiti 1000KvA kepada Hospital Kuala Krai," katanya dalam kenyataan hari ini. Bagi memastikan bekalan air yang selamat, kementerian  membeli 10 unit penapis air yang akan dibekalkan kepada hospital di Kuala Krai, Tanah Merah, Tumpat, Jeli dan Pasir Mas.
Lori tangki pembekal air bersih juga sedang diuruskan dengan kerjasama Syarikat Perkhidmatan Air Negara.

Kelantan tubuh JK Task Force Pasca Banjir

KOTA BHARU: Melihat kepada situasi yang menyayat hati setelah air banjir mulai surut dengan keadaan rumah yang banyak rosak dan barangan musnah, Kerajaan Negeri Kelantan pada hari ini telah menubuhkan satu Jawatankuasa Task Force Pasca Banjir Peringkat Negeri yang dipengerusi sendiri oleh Ustaz Datuk Ahmad Yakob selaku Menteri Besar Kelantan.

Beliau berkata matlamat penubuhan Task Force ini ialah untuk membuat gerak kerja pendaftaran mangsa secara terperinci dan bagi membuat penilaian awal serta kerja-kerja susulan untuk khidmat kebajikan rakyat yang menjadi mangsa banjir.

Katanya, jawatankuasa itu dianggotai oleh semua Ahli Exco Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Pejabat Pembangunan Negeri, seluruh Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, wakil-wakil daripada BBC, wakil Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Ahli Dewan Undangan Negeri Galas dan beberapa orang ahli korporat.

Kerajaan juga, ujar beliau telah menubuhkan satu tabung bencana banjir bagi membantu semua mangsa-mangsa banjir tersebut.

Semua mereka yang ingin berbakti sama ada di dalam atau luar Negeri bolehlah salurkan sumbangan kepada Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan di akaun BIMB 03018010080024 atas nama penerima  Pegawai Kewangan Negeri Kelantan.

MEDM lancar operasi pasca banjir, sukarelawan diperlukan

KUALA LUMPUR: Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia (MEDM), satu badan khas di bawah PAS mengalu-alukan lebih ramai sukarelawan bagi membantu tugas-tugas post-banjir.

Pengerusinya, Salahuddin Ayub berkata badan itu kini membuka meja pendaftaran di pejabat perhubungan PAS negeri-negeri yang tidak terlibat dengan banjir bagi tujuan pendaftaran sukarelawan itu.

Bercakap pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS, hari ini, Naib Presiden PAS itu berkata pendaftaran itu juga boleh dilakukan melalui laman sosial Facebook MEDM dan juga careline MEDM.

"Bagi kerja-kerja post-banjir ini, kami memerlukan lebih banyak tenaga sukarelawan yang akan menjayakan Ops Cuci Bersih nanti. Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebhagian daripada sukarelawan itu, boleh berbuat demikian dengan mendaftarkan diri terlebih dahulu," kata beliau.

Selesai urusan pendaftaran sukarelawan, kata Salahuddin pihaknya akan menyelaraskan tenaga sukarelawan itu bersama jentera parti bagi meneruskan khidmat di lokasi-lokasi yang ditetapkan.

Menurut Salahuddin, lokasi-lokasi itu akan ditetapkan setelah MEDM menerim maklumat terkini berhubung kawasan yang sudah mula pulih dan dijangka tidak akan dinaiki air semula.

Bagi menjayakan operasi tersebut, Salahuddin berkata pihaknya dengan rendah hati memohon sumbangan orang ramai berbentuk alat-alat pertukangan dan water jet bagi memudahkan kerja-kerja pemulihan.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata MEDM berjaya menangani 17 aduan yang yang diterim MEDM-Info Bencana dari 93 mklumat yang diterima MEDM.

Perisytiharan darurat dan insurans

Adrian Lim Chee En

Darurat bawah Perlembagaan Persekutuan Darurat bawah Perlembagaan Persekutuan hanya boleh diiisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Rujuk Perkara 150.
Contohnya ialah Darurat Mei 1969, Darurat komunis 1948, Darurat Sarawak 1966 (pergelutan kuasa kerajaan negeri dengan persekutuan) dan Darurat Kelantan 1977 (pergelutan kuasa pentadbir negeri dengan persekutuan). Kesannya?

 1. Pucuk pimpinan negara akan diambil alih tentera.

2. Apa-apa saja undang-undang boleh diluluskan, meskipun melanggar Perlembagaan Persekutuan.

3. Pilihan raya boleh ditangguh. Antara contoh undang-undang yang diluluskan semasa darurat adalah Emergency Ordinance 1969, yang membolehkan kerajaan membuat penahanan tanpa bicara.

Tempoh darurat tidak terhad. Darurat Sarawak 1966, darurat Mei 1969 dan darurat Kelantan 1977 hanya diangkat pada 2011.
Dalam erti kata lain, perintah-perintah tersebut bertahan selama berpuluh tahun! Darurat Sarawak 1966 (45 tahun), darurat Mei 1969 (42 tahun), darurat Kelantan 1977 (34 tahun).

Susulan pengumuman pembatalan darurat tersebut oleh perdana menteri, Emergency Ordinance secara automatik dimansuhkan. Darurat bencana Darurat bencana berbeza daripada darurat yang dijelaskan di atas.

Darurat bencana dibuat secara pentadbiran dan eksekutif bawah Perkara 25 Arahan No. 20 Dasar & Mekanisme Pengurusan Bencana Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Selain itu, perdana menteri sebagai ketua kerajaan, boleh membuat pengumuman darurat bencana (selepas menerima nasihat). Contoh, jerebu Sarawak 1997, jerebu Pelabuhan Klang 2005 (API lebih 500) dan jerebu Muar dan Ledang 2013 (API lebih 750). Kesannya?

 1. Penggelembengan dan kerahan bantuan akan diambil alih oleh kerajaan persekutuan dan agensi-agensi atau kementeriannya.

2. Pembiayaan pengurusan, pemulihan dan sebagainya akan ditanggung oleh kerajaan persekutuan.

3. Kesemua aset dan jentera kerajaan seperti tentera, Rela, dana, bot, kenderaan dan sebagainya akan dikerahkan.

Banjir Besar: 9 ditemui lemas, 4 masih dicari - Polis Kelantan

Tiga mangsa yang belum ditemui dilaporkan hilang di Kuala Krai, seorang lagi di Pasir Mas

KB02_120813_BOMKOTA BHARU: Seramai sembilan orang ditemukan mati lemas manakala empat lagi masih hilang sejak banjir melanda negeri ini dua minggu lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, tiga mangsa yang belum ditemukan dilaporkan hilang di Kuala Krai termasuk seorang bayi berusia setahun lebih manakala di Pasir Mas, seorang lagi yang masih hilang ialah kanak-kanak berusia tiga tahun.
Katanya, sembilan mangsa yang sudah dijumpai dan disahkan mati lemas berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun dengan Kota Bharu melibatkan tiga mangsa, Pasir Mas (3), Tumpat (2) dan Kuala Krai (1)
Banjir tahun ini dikatakan yang paling teruk dalam sejarah oleh penduduk tempatan. Ramai penduduk di Kuala Krai terperangkap selepas kediaman mereka dinaiki air hingga setinggi tiang elektrik. Malah, ada antara mangsa terputus bekalan makanan dan perhubungan untuk beberapa hari lalu.
Kementerian Kesihatan berjaya membawa masuk generator, diesel, makanan, tong oksigen, linen dan bekalan ubat-ubatan ke Hospital Kuala Krai dan Hospital Pasir Mas, semalam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, bekalan bantuan itu dihantar menggunakan laluan darat berikutan banjir yang semakin surut, lapor UTUSAN.
Katanya melalui akaun Facebooknya hari ini, semua keperluan asas dapat dihantar ke kedua-dua hospital berkenaan untuk kegunaan para pesakit.
“Saya difahamkan, bekalan linen dan tong oksigen juga masih mencukupi di hospital-hospital berkaitan, selain senarai pesakit yang memerlukan rawatan hemodialisis di negeri-negeri terlibat banjir sudah dikenal pasti,” katanya.

Banjir Besar: Hospital Kuala Krai Tempat Berlindung Penduduk Tiada Rumah




KUALA KRAI: Demi membantu mangsa-mangsa banjir yang tidak mempunyai arah tujuan selepas kediaman mereka ditenggelami air, Hospital Kuala Krai (HKK) bertukar menjadi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi memberi perlindungan kepada mereka.
Pemangku Pengarah HKK Dr Nik Mohd Faizal Zainal Abidin berkata, walaupun ia sedikit sebanyak mengganggu operasi, tetapi atas nama kemanusiaan dan sikap prihatin, pihak pengurusan bukan sahaja bersetuju menyediakan tempat berlindung, malah staf hospital turut berusaha sedaya upaya memastikan kebajikan mangsa banjir terjaga.
"Ini adalah kali pertama HKK menjadi pusat perlindungan yang sepatutnya bukan tanggungjawab kita. Tetapi, bagi kami pihak pengurusan, ia bukan alasan untuk menolak kehadiran mangsa-mangsa banjir ini.
"Memang ada sedikit terjejas operasi seperti katil-katil yang sepatutnya dikhususkan untuk pesakit, kami berikan kepada mangsa-mangsa banjir. Tetapi tidak mengapa, malah kami cuba memberi mereka apa yang ada di hospital seperti air panas, makanan, malah pakaian pesakit untuk jadi persalinan mereka," katanya.
Tinjauan Bernama mendapati terdapat beberapa keluarga yang terpaksa menjadikan HKK sebagai tempat berlindung kerana PPS berdekatan sukar diakses ekoran jalan dinaiki air.
Mereka terpaksa menjadikan surau, balai pelawat dan ruang menunggu di hospital itu sebagai tempat perlindungan sementara.
Suri rumah Fazlina Musa, 40, berkata mereka tidak ada pilihan lain kerana pusat perlindungan sementara di bandar ini, iaitu di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai ketika itu sudah pun dinaiki air.

Banjir Besar: 'Peruntukan ratus juta saya tak mahu tahu' - Husam

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, soal jumlah peruntukan yang diumumkan kerajaan kepada mangsa banjir, tidak penting.

Sebaliknya kata Husam, lebih mustahak ketika ini adalah soal tindakan untuk membantu mangsa yang sedang berdepan ujian berat ketika ini.

"Ratus juta saya tak hendak tahu. Saya nak tahu pakaian sekolah ada (atau) tak.

“Ada tak bantuan (untuk) rumah rosak, kenderaan rosak? ” katanya ketika ditemui Malaysiakini selepas menyampaikan bantuan ke rumah mangsa banjir di kampung Kadok, Pasir Mas hari ini.

Beliau diminta mengulas pengumuman bantuan khas RM500 juta kepada mangsa banjir di seluruh negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin.

Menurut Husam, biarpun pengagihan diurus Majlis Keselamatan Negara (MKN), wakil rakyat di Kelantan perlu digunakan untuk menyampaikan bantuan agar sampai kepada sasaran.

Kaji semula pengurusan bencana

Sementara itu, Husam yang juga ADUN Salor berkata, sistem pengurusan bencana negara khususnya semasa banjir, wajar dikaji semula.

Ia termasuk keberkesanan menggunakan aset jentera, sistem komunikasi sokongan dan sistem amaran kecemasan yang efektif.

Keadaan Banjir Di Pahang, Johor, Selangor Tidak Berubah




KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Pahang, Johor dan Selangor masih tiada perubahan setakat ini.
Jumlah mangsa di pusat-pusat pemindahan di Pahang kekal 33,225, Johor 328 dan Selangor 33 berbanding pagi Ahad.
Setakat 3 petang, tiada maklumat terkini diperoleh mengenai jumlah mangsa banjir di negeri Kelantan kecuali 151,072 orang yang direkodkan pagi tadi.
Di PAHANG, Temerloh kekal menjadi daerah mangsa banjir paling ramai iaitu 12,012 orang, Kuantan (3,046), Pekan (4,873), Maran (3,479), Jerantut (6,025) , Bera (1,491) dan Lipis (2,299).
Di JOHOR, Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor berkata 328 mangsa banjir daripada 84 keluarga itu berada di sembilan pusat pemindahan  di Muar, Batu Pahat, Segamat dan Kluang.
Di SELANGOR, 33 mangsa banjir dari beberapa kampung di Klang itu ditempatkan di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir menurun kepada 32,782 orang berbanding 33,292 orang pagi tadi.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, lebih 500 daripada 21,738 mangsa di Kemaman dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan keadaan banjir beransur surut tengah hari ini.
Bagaimanapun, bilangan mangsa di daerah lain tidak berubah iaitu Dungun 10,138, Hulu Terengganu (149) dan Kuala Terengganu (759).
Di PERAK, jumlah mangsa yang dipindahkan di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Kerian setakat tengah hari ini turun sedikit kepada 7,540 orang berbanding 7,813 orang pagi tadi.
Menurut jurucakap MKN Perak, bilangan mangsa di Perak Tengah ialah 4,132, Kuala Kangsar merangkumi Sungai Siput (2,371), Hulu Perak (788) dan Kerian (293).
Dalam pada itu, portal banjir negeri Kelantan menyatakan paras air Sungai Kelantan dan Sungai Golok masih di atas paras bahaya.

Masalah penghantaran punca bekalan tak sampai, kata menteri Gerakan....


PENGALAMAN NGERI WARGA EMAS HARUNGI BANJIR [29 Dis 2014]

#LAPORAN BANJIR 3 PM [29 Dis 2014]

Keadaan Banjir Di Manek Urai Lama Kuala Krai ( 29-12-2014)

Macam tsunami yang landa Aceh - mangsa banjir

KUALA KRAI: 'Tsunami kecil' yang membadai Kelantan sejak Isnin menyebabkan suasana jadi agak kalut.

Paling terkesan di Kuala Krai dan Gua Musang di mana ramai mangsa banjir kehilangan tempat tinggal.

Kampung Manek Urai dan penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Galas di Gua Musang paling terjejas apabila banyak rumah hanyut dan rosak teruk.

Mangsa banjir yang pulang ke rumah selepas bah surut terkejut besar sehingga ada dalam kalangan mereka hampir pengsan.

Ramai mangsa yang ditemui melahirkan rasa terkejut dan sebak kerana tidak menjangka sama sekali bencana yang paling besar dalam sejarah Kelantan itu.

Sisa-sisa runtuhan rumah boleh dilihat di sana sini di Kampung Manek Urai Lama.

"Kampung kami seolah-olah menjadi padang jarak padang tekukur seperti tsunami yang melanda Aceh pada 2004," kata seorang penduduk, Norma Yusof, 56.

Kelihatan sisa-sisa peralatan rumah tersandar di pagar Masjid Kampung Manek Urai Lama dan berhampiran padang awam majlis daerah Dabong.

Suasana kelam kabut hari ini juga dapat dilihat apabila stesen minyak di Batu 2 Jalan Kuala Krai dan Mulong penuh sesak dengan kenderaan yang terpaksa beratur panjang sehingga ke jalan raya.

Muka pemimpin, parti logo DIUTAMAKAN..


Agency: We assume jet at 'bottom of sea'

QZ8501: Kawasan misi SAR diperluas

QZ8501 mungkin di dasar laut - Ketua Misi SAR

Rakyat marhaen menangis tetapi YB tetap bersenyum manis


Oleh Aiman Haziq Johari 

Baru sekejap tadi saya melihat seorang ibu yang tiba-tiba menjadi sebak menceritakan kisah keperitan hidup anak perempuannya yang kelaparan kerana tiada bekalan makanan di Kuala Krai (antara tempat yang paling teruk dilanda banjir).
Dan di dalam perbualan group whatssup setiap minit ada sahaja cerita-cerita yang sangat menyayat hati.
Bagi yang tidak berada di situasi sebenar saya cadangkan tutup sahaja saluran berita kerana kalau tidak mengampu ia hanya pandai mereka-reka cerita.
Sentiman emosi dan ketidakpuasan hati menjadi topik hangat bagi rakyat marhean ketika mana menghadapi situasi banjir yang maha dashyat pada tahun ini.
Jika dulu Malaysia yang sangat bertuah kerana merupakan negara yang tidak berada dalam lingkaran gunung berapi ataupun terkecuali daripada gempa bumi berskala besar akan tetapi zon selesa itu rupanya sudah tidak relevan lagi apabila tercetusnya pelbagai kisah duka rakyat marhean.
Dan saya fikir tiada lagi ucapan bacul pemimpin-pemimpin kita yang selalu mengatakan kita harus bersyukur sambil membandingkan kondisi negara yang lebih teruk daripada Malaysia. Bertaubatlah daripada berkata sedemikian rupa.
Dan lebih membuatkan saya geram ialah sentimen politik populis masih menjadi keperluan wajib bagi setiap ahli-ahli yang berhormat.
Yang mewakili pihak kerajaan mereka selalu sahaja bernafian akan ketidakcekapan mereka mengurus bencana manakala pihak yang satu lagi mereka lebih suka mengambil gambar menghulur beras 5kg kepada mangsa banjir.
Kali pertama cukup syarat, kali kedua, ketiga, dan keempat dah melebih-lebih pulak. Semua benda nak jadi hero rakyat. Mereka lebih ceria menjadi wira Malaysia dalam sukan menyelam sambil meronda-ronda dengan bot.
Saya bukan menafikan peranan Yang Berhormat ataupun memaksa mereka menghirup air banjr sehingga kering demi rakyat akan tetapi bolehkan beras 5kg itu digunakan saat kami bergelap-gelita ketiadaaan bekalan eletrik dan jalan perhubungan sudah terputus?
Jangan marah, sekejap lagi saya akan cuba mengutarakan sebuah negara yang pernah menjajah kita dahulu kala sudah mempunyai satu sistem yang komprehensif mengatasi banjir.
Ketika mana saya melihat gelagat Yang Berhormat barulah saya faham akan maksud Eleanor Roosevalt, “Great minds discuss ideas, average minds discuss events, small minds discuss people”. Jadi saya tak tahulah rata-rata ahli Yang Berhormat berada pada tahap yang mana.
Sudah 20 tahun saya hidup dan memang setiap tahun banjir akan melanda. Dan masih belum kedengaran mana-mana ahli yang berhormat menyediakan satu plan yang lengkap untuk mengatasi masalah ini. Mereka lebih berminat memberi beras 5kg mereka lagi sambil mendayung sampan.
Cakaplah apa-apa pun. Mangsanya ialah tetap rakyat marhean.
Bicaralah dengan bersebab

Banjir: Pusat patut kerah agensi kerajaan lebih awal

IPOH: Seluruh agensi kerajaan perlu bersifat proaktif dalam menghadapi kejadian bencana banjir di dalam negara.

Pengarah Pusat Pengurusan Kecemasan Bencana (PEDM) PAS Perak, Ustaz Idris Ahmad berkata, kerajaan perlu mengerahkan seluruh tenaga agensi kerajaan yang terlibat termasuklah Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba), Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) Marin, dan Tentera Laut Di-Raja Malaysia (TLDM).

Menurutnya, kesemua agensi tersebut mempunyai bidang kepakaran masing-masing terutama dalam operasi membantu dan menyelamat mangsa-mangsa banjir khususnya di kawasan terjejas terus dengan dinaiki air di tahap yang merbahaya.

Katanya, kerahan tersebut seharusnya telah dilakukan sebaik sahaja mendapat isyarat serta tanda-tanda akan berlaku kejadian bencana agar dapat melakukan operasi menyelamat seawal mungkin.

"Kerajaan seharusnya kerah seluruh tenaga yang mempunyai bidang kepakaran menyelamat khususnya di kawasan yang kuat aliran airnya.

"Kerahan perlulah bermula daripada awal, tidak sepatutnya khidmat mereka ini digunakan apabila banjir sudah ditahap yang merbahaya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

PAS: K'jaan tak utamakan pengurusan bencana

Pengerusi Pengurusan Bencana Alam (MEDM) PAS Salahuddin Ayub berkata peruntukan RM9.3 juta untuk pengurusan bencana alam dalam belanjawan 2015 tidak menunjukkan pengurusan bencana alam diutamakan.

Naib presiden PAS itu berkata demikian ketika membandingkan jumlah itu dengan peruntukan besar kepada projek PERMATA negara.

“Belanjawan negara 2015 untuk menangani bencana alam hanya diberikan sebanyak RM9.3 juta berbanding PERMATA (dan beberapa pihak lagi) sebanyak RM 711 juta,” katanya.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebelum ini menjelaskan, PERMATA tidak menerima keseluruhan RM711 juta yang didakwa sebaliknya hanya sebahagian daripadanya.

Belanjawan 2015 yang dibentangkan Oktober lalu, memperuntukkan RM711 juta kepada PERMATA, Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas dan Tabika Perpaduan, bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak.

Pecahan belanjawan itu menyatakan anggaran RM42,831,500 pada 2014 dan 30,690,100 pada 2015 untuk PERMATA.

Kami lebih baik sikit daripada tsunami kata Timb Ketua Umno K.Krai

Ada rumah ‘duduk’ di atas bumbung rumah orang lain. Tidak ada apa yang tinggal, kami amat memerlukan bantuan bagi membina semula kehidupan di sini.

KUALA KRAI: “Kalau hendak dibandingkan dengan tsunami, kami baik sikit kerana jumlah kematian amat minimum,” kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat menggambarkan kemusnahan dan kerosakan yang dialami oleh penduduk.
Beliau memaklumkan, hampir keseluruhan daerah Kuala Krai musnah secara total terutama penempatan di kawasan Manek Urai Lama dan Kuala Pertang serta di pesisir Sungai Kelantan, Galas dan Lebir.
“Bantu kami,” rayunya bagi membina semula daerah itu yang musnah sama sekali akibat banjir.
Banjir di daerah itu mula surut sejak semalam dan kemusnahan harta benda dapat dilihat dengan jelas, rumah hancur, kenderaan tunggang langgang dan jalan terputus.
Sehingga petang ini, laluan darat ke sini melalui Kota Bharu masih lagi terputus dan bekalan hanya dapat dihantar melalui udara serta dari arah Gua Musang.
Tuan Aziz berkata, kebanyakan mangsa sudah pulang ke rumah, namun sebahagian besar daripada mereka terpaksa berpatah balik ke pusat pemindahan kerana kediaman mereka hancur.
“Ada rumah ‘duduk’ di atas bumbung rumah orang lain. Tidak ada apa yang tinggal, kami amat memerlukan bantuan bagi membina semula kehidupan di sini,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Banjir Besar: Tadah air hujan buat rendam mi segera

Lima hari tanpa bekalan air bersih, tiada nasi dan bekalan elektrik yang terputus menyebabkan ada mangsa banjir, terpaksa bergelut untuk meneruskan hidup.

Malah, bekas setiausaha politik kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Annual Bakri Harun (bawah), antara yang merasai keperitan itu.

Menceritakan pengalamannya kepada Malaysiakini, Annual, 56, berkata, akibat terlalu lapar, beliau terpaksa menadah air hujan untuk merendam mi segera.

"Sudah lima malam saya bergelap. Saya hanya bertahan makan biskut. Ada mi segera, tetapi tiada elektrik untuk masak air, dan dapur gas pula tidak berfungsi.

"Oleh kerana saya terlalu lapar, saya terpaksa tadah air hujan dengan tangan dan letak dalam bekas untuk rendam mi itu. Bayangkan macam mana masak mi segera dengan air sejuk," katanya.

Sebelum itu, beliau beberapa kali cuba keluar ke jalan besar dengan mengharungi air deras paras pinggang, untuk mencari jika ada kedai menjual nasi, namun hampa.

Semalam genap lima hari kediamannya di kampung Wakaf Zain yang terletak di dalam Dun Salor, dinaiki air.

Kongsi dengan kucing, ayam

Menurut Annual, ketika air mula naik Rabu lalu, paras air di halaman rumahnya lebih satu meter, di dalam rumah pula kira-kira kira-kira 60 sentimeter.

Oleh kerana air naik terlalu pantas, kebanyakan barang tidak sempat dipindahkan termasuk dua buah kereta jenis Mercedes dan Perodua Viva.

Banjir Besar: Sebak lihat mangsa cium bungkus makanan

Nazri Abdullah & Fandi Zulkfley
 
CATATAN Sepanjang perjalanan, saya dapat melihat ratusan buah kenderaan ditinggalkan berlapis-lapis di atas jalan raya.

Saya bersama jurukamera, Fandi Zulkfley mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kira-kira jam 1.30 petang.

Mujur selepas beberapa jam berusaha mencari pengangkutan ke Kota Bharu, kami dipelawa sukarelawan Darul Hijrah untuk menaiki pacuan empat roda mereka.

Kebetulan mereka datang untuk mengambil bekalan sumbangan untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Dalam perjalanan itu, kelihatan juga kereta yang masih ditenggelami air, dan masih jelas kelihatan kesan paras sebenar air banjir pada tingkap kereta.

Saya juga dapat melihat sebahagian besar kedai-kedai termasuk pasar raya dan hotel ditutup sepenuhnya.

Kami melalui jalan Bunut Payong sebelum smpai ke jalan Salor. Kelihatan sebagaian besar rumah-rumah masih ditenggelami air.

Perjalanan mengambil masa lebih sejam, sebelum sampai ke kawasan perkampungan di mana terdapat mangsa yang enggan berpindah.

Jika perjalanan hari biasa, ia mungkin hanya memakan masa setengah jam. Namun kerana terpaksa meredah lauan banjir, dan kesesakan laluan ekoran banyak kereta tersadai di atas jalan, maka ia mengambil masa lama.

Setibanya di Kampung Kota, ramai di antara mangsa telah kehabisan bekalan makanan dan tidak dapat keluar ke mana-mana.

"Alhamdulillah, terima kasih banyak dik, lama dah pak cik tunggu, makanan semua habis lama dah" kata salah seorang pak cik sambil mencium bungkusan yang diterima.

Biarpun hanya biskut dan snek, ternyata pemberian itu sangat bernilai bagi mereka pada waktu ini.

Kelihatan juga ada di kalangan penduduk sedang mengharungi air sambil menjunjung beg. Saya sempat bertanya kepada mereka dari ma dan mahu ke mana.

"Dari sekolah (tempat pemindahan). Ni kak balik rumah, sudah lima hari tinggal rumah. Tak tahu apa jadi," kata seorang pemuda.

Banjir besar di Kelantan, agensi, media lapor maklumat berbeza..!!

Orang ramai meminta agensi yang bertanggungjawab mengendalikan laman web mengenai banjir di Kelantan agar sentiasa mengemaskini fakta dari semasa ke semasa bagi mengelak kekeliruan.
Ini berikutan laporan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan dan paras air sungai di Kelantan tidak tepat antara satu sama lain, termasuk berbeza dengan maklumat disiarkan media arus perdana.
Wartawan MalaysiaGazette juga gagal mendapatkan maklumat tepat mengenai perkembangan semasa banjir kerana portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), kerajaan negeri, Jabatan Pengairan dan Saliran serta web e-banjir negeri memaparkan fakta berbeza pada satu-satu masa.
Contohnya, hari ini Bernama melaporkan jumlah mangsa banjir di Kelantan keseluruhannya meningkat kepada 111,376, manakala portal Malaysiakini pula memaklumkan 124,966 orang, tetapi MKN merekodkan 31,441 orang, sedangkan kerajaan negeri menerusi portalnya e-banjir pula seramai 39,747 orang.
Begitu juga mengenai jalan raya yang ditutup, sama ada kepada kenderaan ringan atau melibatkan semua jenis kenderaan.
Polis Daerah Gua Musang melaporkan laluan jajahan itu ke Kuala Krai sudah boleh dilalui, kecuali tersekat di Kampung Sungai Durian kerana air masih menenggelami jalan.
Bagaimanapun, portal MKN hanya melaporkan jalan Gua Musang – Jelawang – Dabong ditutup, tidak memaklumkan pun jalan Sungai Durian yang sebenarnya masih tidak boleh dilalui.
Kekeliruan ini menimbulkan tanda tanya dan MalaysiaGazette menghubungi pejabat MKN untuk mendapatkan reaksi.

Banjir Besar: 225,731 mangsa di 6 negeri

Banjir di Kelantan masih belum berkurangan apabila mangsa banjir di negeri paling terjejas teruk akibat bencana itu meningkat kepada 151,072 orang berbanding 134,139 malam tadi, kata Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Nik Omar Nik Abdul Rahman.

Beliau berkata, mangsa banjir daripada 36,128 keluarga ditempatkan di 309 pusat pemindahan melibatkan lapan daerah.
Jajahan Kota Baharu masih mencatatkan angka tertinggi mangsa banjir iaitu 44,061 orang, Tumpat (30,569), Pasir Mas (23,568), Kuala Krai (23,500), Gua Musang (17,327), Machang (8,289), Tanah Merah (3,546) dan Pasir Puteh (192).
 Mangsa banjir turut bertambah di Pahang dan Perak pagi ini, dengan Pahang catat 33,225 orang berbanding 31,095 malam tadi sementara Perak 7,813 orang berbanding 7,539 malam tadi

Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di Terengganu dan Johor turun pagi ini, dengan Terengganu catat 33,292 orang berbanding 36,210 malam tadi, dan Johor 328 orang berbanding 332 malam tadi.

Jabatan Meteorologi semalam turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor yang dijangka berterusan sehingga hari ini.
Angin kencang Timur Laut itu berkelajuan 50-60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan.

Menurut kenyataan itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu dan Pahang juga terdedah kepada kenaikan paras air laut sehingga hari ini. Jumlah mangsa banjir di enam negeri terjejas, Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, Johor dan Selangor pagi ini adalah 225,731 orang. -

Boleh tuntut insurans untuk banjir...Jadi Najib menipu la.....

Tuntutan insurans bagi kerosakan dan kehilangan harta benda akibat sebarang bencana alam termasuk banjir, masih boleh dilakukan sekiranya pemegang insurans mengambil  perlindungan tambahan untuk mana-mana harta mereka.

Pengurus agensi insurans KA Wealth Management, Khairul Anwar Zainuddin berkata, bagaimanapun tuntutan insurans bagi situasi darurat bencana perlu merujuk klausa pengecualian umum yang ada dalam polisi syarikat insurans.

Menurutnya, insurans atau takaful terbahagi kepada dua iaitu insurans hayat atau takaful keluarga dan insurans am atau takaful am.

“Mungkin yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nyatakan semalam (kelmarin) mengenai tidak boleh tuntut insurans jika isytihar darurat merujuk kepada insurans am.

“Tetapi insurans am ada melindungi untuk bencana banjir dalam polisi pemilik rumah. Untuk insurans kenderaan pula, pemegang insurans perlu ambil perlindungan tambahan untuk dilindungi jika disebabkan banjir. Jika tidak, pampasan tidak dibayar kerana polisi perlindungan biasa tidak termasuk banjir,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Terdahulu, Najib menyatakan darurat tidak diisytiharkan di negeri terjejas bencana banjir kerana ia akan membawa kerugian kepada mangsa.

Menurut Perdana Menteri, pengumuman darurat akan menyebabkan mangsa banjir tidak dapat membuat tuntutan insurans terhadap kerosakan harta benda yang dialami mereka.

Mengulas lanjut, Khairul Anwar memberitahu, mengikut polisi syarikat insurans setakat ini, perlindungan tetap diberikan kepada pelanggannya walaupun darurat jika pemegang mengambil perlindungan tambahan.

“Syarikat insurans akan bayar pampasan mangsa banjir jika mereka mengambil perlindungan tambahan kerana ia ada di dalam kontrak,” katanya.

Mangsa banjir Kelantan cecah 151,000, seluruh negara lebih 220,000

Mangsa banjir meningkat di Kelantan pagi ini kepada 151,072 orang berbanding 134,139 malam tadi.

Mangsa banjir di Pahang dan Perak turut meningkat pagi ini.

Pahang mencatatkan seramai 33,225 berbanding 31,095 malam tadi, Perak pula 7,813 orang berbanding 7,539 malam tadi, lapor Bernama.

Manakala jumlah mangsa banjir turun di Terengganu dan Johor pagi ini.

Terengganu catat 33,292 orang berbanding 36,210 malam tadi, Johor 328 orang berbanding 332 malam tadi




Jika Najib Ingin Terus Bertahan, Separuh Daripada Menteri Sedia Ada Perlu Segera Dibuang

Tindakan Perdana Menteri, Najib Razak mengarahkah semua menteri kabinet yang sedang bercuti agar segera pulang bagi membantu operasi menyelamat mangsa banjir adalah suatu episod malang bagi negara kita.

Sebagaimana kita ditimpa malang kerana musibah banjir, kehilangan pesawat MH370 dan MH17, memiliki menteri-menteri yang terpaksa diarahkan pulang bak "itik lupa pulang ke sarang" adalah juga suatu musibah malang.

Ia malang kerana realitinya kita mempunyai ramai pemimpin yang tidak sensitif terhadap rakyat dan lebih malang lagi mereka ini sebenarnya tidaklah sangat mengutamakan rakyat sebagaimana yang sering dilaung-laungkan di depan mikrofon, di hadapan kamera tv atau ketika bersama penyokong.

Ia secara langsung juga menggambarkan menteri-menteri yang sedang bercuti ini tidak memahami kedudukan mereka sebagai anggota pentadbiran adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan mendahulukan rakyat dalam semua perkara.

Seharusnya apabila sudah mengetahui Najib sendiri sudah mengambil keputusan memendekkan percutiannya di Hawaii, semua menteri yang sedang bercuti ini lebih dahulu kembali ke tanahair.

Malangnya, sama ada setelah mengetahui Najib sudah membuat keputusan memendekkan cutinya dan sesudah sekian lama Perdana Menteri berada di dalam negara melawat mangsa-mangsa banjir, masih tidak terlihat kelibat menteri-menteri ini yang dilaporkan sedang bercuti di London, Australia, New Zealand, Dubai dan China, turut mahu pulang.

Zam: Dimanakah Hishamuddin ketika banjir ini?

Keberadaan Menteri Pertahanan harus jadi pertimbangan rakyat tentang kedudukannya sebagai calon Perdana Menteri.
zam hishamudinPETALING JAYA: Pertanyaan jika Datuk Seri Hishamuddin Hussein perlu menunggu panggilan Perdana Menteri, baru membuat keputusan untuk pulang daripada bercuti , menarik perhatian Tan Sri Zainuddin Maidin untuk menulis entri terkini di dalam blognya zamkata.blogspot.com
Bekas Menteri Penerangan yang merujuk kepada persoalan cetusan daripada pemerhatian seorang “Anak Kelantan” yang menyatakan bahawa Menteri Pertahanan itu sepatutnya berada dalam negara bagi membantu kerja- kerja membantu mangsa banjir yang di bawah tanggungjawab beliau.
Lebih daripada itu, beliau juga memetik kata-kata Anak Kelantan, “Rakyat dalam kecemasan mengingatkan tentera sebagai harapan utama mereka. Semua ini harus jadi pertimbangan rakyat tentang kedudukannya sebagai calon Perdana Menteri .”
Zainuddin menyifatkan situasi tersebut memberi tanggapan lebih buruk di kalangan ramai terhadap kepimpinan Najib apabila Menteri Pertahanan yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas Pertahanan Awam itu tidak kelihatan di tengah-tengah kesibukan dan segala kesulitan berhadapan dengan keadaan banjir sekarang ini.
Beliau berkata, mangsa banjir sedang menghadapi berbagai kesulitan, kelaparan, keputusan makanan dan minuman, kehilangan harta benda dan ancaman maut.
“Di manakah beliau berada? Hishamuddin sepatutnya berada dalam negara sekalipun berhak untuk bercuti merehatkan badan di mana- mana,” tanyanya.
Beliau juga mengingatkan bahawa mustahil Jabatan Kaji Cuaca tidak memaklumkan kepada Perdana Menteri atau kabinetnya takan kemungkinan Malaysia menghadapi cuaca buruk, hujan lebat, taufan dan banjir besar dan kemungkinan dilanda bencana.

Bila menteri tak ada rasa tanggungjawab, inilah jadinya...

Biasanya kalau seseorang itu komited atau punya rasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan kepadanya, tak perlu diarah atau dikerah mereka akan melakukan tugas mereka dengan sendirinya..

Atas rasa tanggungjawab mereka dengan sendirinya akan menyelesaikan masalah yang timbul tanpa arahan dari pihak atasan..

Pihak atasan hanya dirujuk jika mereka menemui jalan buntu ataupun memerlukan pandangan pihak atasan.. 

Tetapi malang bagi Perdana Menteri Malaysia.. beliau terpaksa mengarahkan menteri-menteri yang dilantiknya yang berada di luar negara kebanyakannya dikatakan sedang bergembira di luar negara untuk pulang segera bagi membantu mangsa banjir..

Tak ada komited langsung.. bukan saja tak komited malah tak bertimbang rasa langsung..

Jawatan Menteri tu bukannya Ketua Kelas.. semua nak tunggu arahan? tak tahu nak fikir sendiri ke? 

Atau... mungkinkah Najib hanya membalas dendam dengan melepaskan kemarahannya kepada menteri-menteri kabinetnya setelah beliau sendiri teruk dikutuk rakyat kerana bercuti dan bermain golf dengan Obama ketika lebih 100,000 rakyat sengsara?

MP UMNO nafi tukar kampit punca beras lambat diagih

Nak Menipu Agak-agaklah...PRU13 baru jadi calon...mana boleh guna jawatan MP Machang..!!!
  MP Machang Ahmad Jazlan Yaakub berkata kampit beras yang bercetak wajahnya adalah baki daripada kempen pilihan raya umum ke-13.

Ketua Umno Machang itu menempelak mereka yang menuduhnya melambatkan bantuan banjir kerana mahu wajahnya dan logo BN dicetak pada kampit beras yang diagihkan itu.

"Dosa fitnah lebih besar dari dosa membunuh. Jawablah di akhirat nanti. Jangan parti saja nama Islam tapi amalan tak ikut," Ahmad Jazlan menulis dalam huruf besar di laman Facebooknya.

"Bila bencana berlaku pada hari 1 & 2, keadaan bekalan tak cukup, saya keluarkan semua stok 500 kampit untuk diagihkan segera.

"Bukan musim nak berpolitik. Ini misi kemanusiaan tanpa mengira bangsa," tegasnya.

Banjir Besar: Permulaan sesi persekolahan ditangguh seminggu

Kementerian Pendidikan bersetuju menangguhkan permulaan sesi persekolahan selama seminggu, di seluruh negara bagi 2015. Demikian menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pendidikan, lapor Bernama.

Tarikh baru sesi bermula persekolahan 2015 bagi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah Ahad, 11 Januari, manakala negeri lain akan bermula Isnin, 12 Januari.

Sehingga semalam, kata Muhyiddin, Kementerian Pendidikan mendapati 340 sekolah dari tujuh negeri terjejas dengan banjir.

Jangan hilang sejurus banjir surut!


Terima kasih kepada semua yang membantu rakyat ditimpa banjir ketika ini.
Segala derma – duit, pakaian mahupun makanan yang disumbangkan amatlah dihargai.
Namun begitu, pertolongan yang kita hulurkan buat masa ini terlalu kecil daripada apa yang diperlukan mangsa banjir sejurus air surut.

Bayangkan tenaga dan bantuan yang diperlukan untuk membersihkan...  Satu rumah dipenuhi dengan lumpur sehingga ke siling. Lantai rumah disalut dengan lumpur setinggi setengah inci dengan sampah-sarap, rumput-rampai bertiarap di mana-mana.
Setiap buku, fail dan kertas yang ada di rumah berwarna kecoklatan basah dikotori air lumpur.
Barangan hiasan semuanya disaluti lumpur.
Almari berkayu sudah mula kembang reput.
Apabila dibuka rak yang ada, air banjir masih ada di dalamnya.
Bau busuk lumpur terhidu kuat daripada kusyen yang masih basah kuyup. Semuanya rosak dan tidak mungkin dapat diguna semula.
Begitu juga dengan tilam, tikar di lantai dan langsir.
Sayap kipas berdiri dan di turbinnya yang dipenuhi tanah liat. Penghawa dingin yang ada juga berwarna kecoklatan.
Lampu rumah yang rosak direndam air. Plak elektrik yang masih lembap berair.
Bukan itu saja, peralatan dapur juga dipenuhi lumpur dan air banjir bertakung.
Ada pula bau busuk yang menjijikkan datang daripada bilik air terlimpah.
Baju yang ada di dalam almari semuanya kecoklatan dan basah. Terfikir mesin basuh di belakang rumah, dalamnya masih lembap dipenuhi air.
Elektrik masih terputus. Bekalan air masih kotor.
Di luar pula, ada kereta mangsa berlumpur rosak tersadai di tengah jalan.

QZ8501: Operasi SAR disambung semula pagi ini

MH370 and missing AirAsia flight very different incidents

AirAsia jet missing off Indonesia coast

QZ8501: Tidak mahu buat sebarang spekulasi - Tony Fernandes

QZ8501: ELT pesawat tidak hantar isyarat jadi tanda tanya

Banjir: Mengapa bekalan tak sampai?

Anggota tentera mengangkut bekalan bantuan untuk dihantar kepada mangsa banjir menggunakan udara kerana kebanyakan jalan darat di negeri terjejas terputus hubungan. - Foto Bernama  
Anggota tentera mengangkut bekalan bantuan untuk dihantar kepada mangsa banjir menggunakan udara kerana kebanyakan jalan darat di negeri terjejas terputus hubungan. 

SUBANG – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengakui menghadapi pelbagai kesukaran untuk menghantar bantuan ke kawasan terjejas banjir akibat keadaan cuaca yang tidak menentu, selain keadaan jalan darat yang ditenggelami air.

Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan, Laksamana Muda Datuk Anuwi Hassan berkata, pihak ATM kini bertungkus-lumus bagi memastikan segala bantuan dapat dihantar kepada mangsa banjir.

“Cabaran paling besar ialah terputus hubungan sama ada jalan darat dipenuhi air atau cuaca yang tidak menentu.

“Ini menyebabkan pesawat serta agensi terlibat tidak dapat sampai ke sana. Bukan kami tidak memberikan bantuan.

"Memang bantuan sentiasa cuba diberikan kepada mangsa banjir,” katanya selepas menyaksikan aktiviti penerimaan sumbangan bekalan makanan dan peralatan oleh pihak awam serta agensi swasta di gudang simpanan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, semalam.

Bantuan tidak sampai pada mangsa banjir kerana masalah pengangkutan

Berita baik: Air banjir mula surut dan Kelantan tidak ditimpa hujan semalam walaupun bilangan mereka di pusat pemindahan meningkat kepada 134,139 mangsa malam tadi.

Berita buruk: Ramai penduudk kampung terperangkap tanpa bekalan, elektrik atau wang untuk membeli barang keperluan seperti lilin atau makanan dalam tin kerana banyak jalan tidak dapat dilalui pengangkutan darat di kebanyakan tempat.

"Kelam kabut di sini," kata seorang pekerja mengagihkan bantuan kepada The Malaysian Insider ketika beliau menunggu ketibaan bot bagi mengedarkan air minuman, biskut dan makanan dalam tin di Kota Baru semalam.
 Katanya, sesetengah pusat pemindahan turut dinaiki air dan tidak dapat menyediakan bantuan makanan kepada mangsa banjir, ramai yang pulang dengan tangan kosong kerana kehabisan bekalan. "Tiada penyelarasan, tiada pengurusan yang baik ketika bencana ini.

"Satu perkara saya boleh kata dari tempat bencana ini terjadi, pihak berkuasa kita tidak bersedia menghadapi bencana negara ini. Entah bila kita akan bersedia" katanya.
Bertan-tan bekalan makanan dan air diterbangkan ke Kota Baru menggunakan pesawat komersial dan tentera sementara rakyat Malaysia di tempat lain juga menyumbang bekalan yang diangkut dengan lori ke kawasan dilanda banjir di pantai timur.

'Air banjir kelihatan seperti laut'

MACHANG - Paras air yang meningkat dengan cepat di sekitar  Sungai Kelantan memaksa mangsa banjir berpindah dua kali bagi menyelamatkan nyawa mereka.

Seorang mangsa, Tuan Suzana Engku Mohamad berkata, pada petang Rabu, dia dan keluarga berpindah ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kelaweh, dekat sini namun terpaksa dipindahkan ke SK Machang 2 pada Jumaat lalu apabila air dikatakan naik mendadak dan tempat pemindahan tidak lagi selamat.

Menurutnya, dia berpindah ke SK Kelaweh menggunakan perahu penduduk kampung apabila air naik hingga ke paras lutut orang dewasa di dalam rumahnya kira-kira jam 8 malam.

“Saya dan keluarga tidak berpindah lebih awal kerana biasanya air tidak naik ke kawasan rumah kami.  Namun kali ini keadaannya luar biasa dan diluar jangkaan kami,” katanya yang tinggal di Kampung Pangkal Berangan, dekat sini, semalam.

Tuan Suzana yang ditemui di pusat pemindahan banjir SK Machang 2 berkata, pengalaman menaiki bot pada waktu malam begitu mencemaskan memandangkan air banjir itu kelihatan seperti laut.

Tuan Suzana berkata, pengalaman itu menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan dalam hidupnya sampai bila-bila.

Tambahnya, dia dan keluarga tidak sempat menyelamatkan apa-apa barangan termasuk kelengkapan persekolahan dua anaknya.

“Saya berhabis hampir RM500  bagi membeli kelengkapan dua anak yang masih dibangku sekolah minggu lalu sebagai persediaan awal.

Mangsa banjir di Kelantan cecah 134,000

Keadaan banjir di Kelantan masih buruk dengan peningkatan jumlah mangsa sehingga 134,139 orang manakala di Terengganu, Pahang, Perak dan Johor tidak banyak berubah setakat malam tadi dengan jumlah keseluruhan mangsa lebih 200,000 orang.
  
Selain Kelantan mempunyai 134,139 mangsa, Pahang pula mencatat 31,669 mangsa, Terengganu (24,097), Perak (7,539) dan Johor (332).
  
Di KELANTAN, mangsa banjir daripada 32,999 keluarga ditempatkan di 308 pusat pemindahan setakat 9 malam ini berbanding 124,966 daripada 30,131 keluarga di sebelah petang.
  
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata jajahan Kota Baharu masih mencatatkan angka tertinggi mangsa banjir iaitu 42,469 orang, Pasir Mas (23,568), Kuala Krai (23,169), Tumpat (30,569), Gua Musang (7,529), Tanah Merah (3,546), Machang (3,097) dan Pasir Putih (192).
  
Di TERENGGANU, menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu jumlah mangsa menurun kepada 24,097 orang malam ini berbanding 24,497 petang tadi.
  
Keadaan banjir di negeri itu tidak banyak berubah malam ini kecuali daerah Kuala Terengganu yang menunjukkan peningkatan jumlah mangsa kepada 1,450 orang daripada 770 orang petang tadi ekoran cuaca yang tidak baik.
  
Dungun mencatatkan mangsa hampir sama seperti sebelumnya iaitu 10,969 orang manakala Hulu Terengganu pula 171 orang.