Ahad, 28 Disember 2014

Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT...


Banjir di Jeli pulih, kawasan lain di Kelantan masih buruk

Keadaan banjir di Jeli, Kelantan petang ini pulih sepenuhnya namun statistik mangsa dipindahkan di beberapa kawasan di negeri itu masih tinggi manakala di Terengganu dan Johor jumlah mangsa sedikit meningkat.
Di Kelantan, 124,966 mangsa daripada 30,131 keluarga ditempatkan di 306 pusat pemindahan setakat 4 petang ini berbanding 111,376 daripada 27,455 keluarga pada tengah hari.
Jajahan Kota Baru masih mencatatkan angka mangsa banjir tertinggi iaitu 42,469 orang, Pasir Mas (23,568), Kuala Krai (23,169), Tumpat (21,396), Gua Musang (7,529), Tanah Merah (3,546), Machang (3,097) dan Pasir Putih (192).
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 36,410 berbanding 36,158 tengah hari tadi. Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, di Kemaman terdapat 24,497 mangsa, Dungun (10,938), Kuala Terengganu (770) dan Hulu Terengganu (205).
Di Pahang statistik terkini mangsa banjir masih belum diperolehi namun setakat pukul 8 pagi tadi, seramai 33,601 mangsa ditempatkan di 328 pusat pemindahan di sembilan daerah negeri itu.
Setakat pukul 2 petang tadi, pengendali Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Anih Berhad memaklumkan lebuhraya itu dari jarak Kuantan hingga Karak kedua-dua hala masih ditutup kepada semua kenderaan berikutan banjir di KM126.
 Di Johor, seramai 465 orang melibatkan 117 keluarga masih berada di pusat pemindahan di lima daerah sehingga petang ini. Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor, sehingga pukul 4 petang, 10 pusat pemindahan beroperasi dengan yang terbaru dibuka di Mukim Rimba Terjun, Pontian.
 Di Perak, jumlah mangsa yang dipindahkan di empat kawasan terjejas banjir iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Kerian turun sedikit kepada 7,581 orang berbanding 7,587 tengah hari, menurut jurucakap MKN Perak. – Bernama

ADAKAH HENDAK CAPAI 'target' SETENGAH JUTA baru boleh isytihar darurat...


BANJIR MELAHIRKAN ‘THE UNSUNG HEROES’

Terus terang aku katakan bahawa aku begitu ‘terusik’ membaca artikel berjodol,” where is PERKASA/ISMA now! Regardless of race, Malaysians respond to calls for help’ yang tersiar dalam ‘Malaysia Chronicles’ bertarikh 28 Disember 2014. Aku begitu bangga sekali membaca kisah tentang anak muda bangsa Malaysia dari semua keturunan dan agama yang bertungkus lumus berusaha membantu mangsa banjir di Kelantan yang sudah tentunya bukan merupakan saudara mara mereka, bukan adik beradik mereka, bukan sama sebangsa dengan mereka, bukan seagama dengan mereka tetapi dengan tidak ‘memilih bulu’ mereka menghulurkan bantuan atas dasar kemanuasiaan. Syabas anak-anak muda Malaysia!
Dan sekiranya tidak disiarkan oleh Malaysia Chronicles, maka tidak ada siapa yang tahu mengenai kegiatan ‘the unsung heroes’ ini kerana kegiatan mereka bukan untuk ‘didendangkan’ sebagaimana yang kebiasaannya dilakukan oleh akhbar-akhbar arus perdana. Mereka tidak mengharapkan bahawa apa yang mereka lakukan itu untuk mendapat pujian ataupun mendapat liputan meluas melalui akhbar dan media elektronik sebagaimana yang kebiasaannya kita lihat.
Tentulah tidak terfikir di kepala manusia yang ‘waras’ fikiran seperti NGO-NGO yang sentiasa ‘memperjuangkan’ agama dan bangsa bahawa anak muda yang suka bermain jet ski boleh tampil kehadapan untuk membantu mangsa banjir dengan menggunakan beberapa buah jet skinya. Dikatakan bahawa Elisa Mohd Isa telah bersedia ‘mengorbankan’ cuti tahunannya untuk membantu mangsa banjir di Kelantan dengan menggunakan jet skinya. satu lagi innovasi dalam usaha menyelamatkan mangsa banjir yang mungkin belum terfikir lagi oleh pihak kerajaan Malaysia. Mungkin.
"There are so many advantages of using the jet ski. It can be used for surveillance, monitoring purposes and rescue efforts. It is also durable and can stand the strong current and better than boats…..We read about families who are still stranded at their homes because it's not accessible by boat or too dangerous by boat. I think we can help them using the jet skis," kata Elisa.Rupa-rupanya ramai lagi rakan-rakan ‘jet skinya’ yang akan turun ke Kelantan untuk membantu mangsa banjir yang terkandas.
Rakyat Malaysia pastinya berbangga dengan apa yang dilakukan oleh anak-anak muda ini yang ‘tidak pandai berdemonstrasi’ dan tidak juga terpekik dan terlolong kononnya memperjuangkan hal-hal yang berkaitan dengan agama dan bangsa, teapi sumbangan mereka terhadap golongan yang memerlukan amat terpuji. Inilah yang dilakukan oleh ‘heroes’ seperti Azizuddin Redzual Lu, Ahmad Natasha, Adi Hariez, Ally Hazran, Ahamd dan ramai lagi yang aku yakin merupakan dari keluarga elit di Kuala Lumpur tetapi perihatin tentang nasib golongan yang ditimpa bencana. Syabas!

Jangan cari laba politik dari krisis banjir!

Oleh Hazlan Zakaria

Ia menghiburkan untuk ditonton. Bagi sesetengah orang, ini adalah keseronokan versi mereka, dan saya faham yang ia memberikan keuntungan politik. Namun, di saat mangsa banjir kian meningkat, sudah tiba masanya untuk politikus, dan juga orang-orang mereka, dari kedua-dua pihak untuk berhenti mempolitikkan tragedi yang pada ketika ini sedang mengancam keselamatan rakyat.
Pertamanya adalah kecaman yang dilayangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang dilaporkan sedang bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama di Hawaii di saat keadaan banjir semakin memburuk.
Musuh politiknya tidak ketinggalan satu langkah pun dan sudah pun bising di media tentangnya – dengan cara terang-terangan oleh mereka yang di peringkat badut, manakala politikus yang veteran menyalutnya dengan kata-kata hikmah.
Dengan angka mangsa melepasi 200,000, mungkin bukan masanya untuk menyemarakkan lagi apinya.
Seperti kata-kata insan hebat, mendiang Karpal Singh, “Jangan main-main.”
Namun apa-apa pun, memang benar dan selaku pemimpin negara di mana setiap keputusan berakhir dengannya, Najib mungkin perlu dilihat di sini, ketika rakyat menghadapi saat-saat getir.
Seperti kecaman ramai pengguna laman sosial, berbanding bergembira bermain golf dengan Obama, Najib sepatutnya lebih banyak bersama-sama Perdana Menteri UK David Cameron, yang segera turun padang memantau usaha menangani bencana ketika banjir teruk melanda UK Februari lalu.
Namun, situasi itu memburuk di luar jangka dan mungkin Najib akan pulang selepas ini untuk memberikan sokongan moral, kalau pun tidak sokongan sebenar.
Lagipun, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pun memberitahu wartawan yang beliau akan menguruskan krisis ini, selaku pemimpin politik paling senior yang berada di dalam negara ketika ini.
Mungkin Najib patut dikecam dan ditegur, namun ia perlu dilakukan selepas usaha-usaha bantuan, dan kita perlu lihat sama ada beliau memutuskan untuk pulang segera atau masih menghabiskan masa bersenang-senang berjemur di Hawaii.

"SETIAP BUTIR BERAS YANG KITA MAKAN ITU ADALAH KERANA UMNO.."


Meteorologi: Hujan monsun, angin kencang mulai Isnin

Fenomena itu diramal hanya sedikit berlaku di Kelantan, lebih kepada Pahang dan Johor timur.
hujan_deras-anginPETALING JAYA: Hujan monsun beserta angin kencang dijangka bermula esok (29 Disember) hingga 31 Disember ini.
Pengarah Meteorologi Kelantan, Maqrun Fadzli Mohd Fahmi meminta rakyat Kelantan supaya berwaspada meskipun fenomena itu akan lebih tertumpu di kawasan Pahang dan Johor timur.
“Amaran kuning dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia yang mana kita menjangkakan ia berlaku di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.
Beliau berkata, orang ramai boleh merujuk kenyataan itu pada laman website yang disediakan Jabatan Meteorologi Malaysia.
Dalam perkembangan lain, Maqrun Fadzli menafikan kenyataan berkenaan ribut kuat yang diramal berlaku seperti yang tersebar di Facebook dan aplikasi WhatApps.
” Fakta tersebut ada tetapi telah ditokok tambah oleh orang yang tidak bertanggung jawab.
Jelasnya, Jabatan Meteorologi hanya meramalkan keadaan bagi membolehkan rakyat berwaspada dan setiap fenomena itu bergantung kepada keadaan semasa.
“Kami akan sentiasa mengemaskini keadaan semasa dalam website kami,” katanya

Bang Mat dan Kit Siang ziarah Nik Aziz, bantu mangsa banjir Kelantan


Lim Kit Siang lawat Nik Aziz
KOTA BHARU, 28 DIS: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang meluangkan masa menziarahi Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.
Kit Siang ditemani Timbalan Presdien PAS, Mohamad Sabu yang turut serta dalam penyerahan bantuan banjir Kelantan pagi ini.
Dalam kiriman Kit Siang di laman mikro twitter, beliau dimaklumkan oleh bekas menteri besar itu bahawa bencana banjir yang berlaku kali ini adalah antara terburuk, dan tidak pernah dialami sepanjang 23 tahun Kelantan dibawah pentadbiran Nik Aziz.
LKS_lawatanKit Siang turut meluangkan masa melihat keadaan sekitar bandar Kota Bharu dan melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki, yang kini diubah menjadi pusat pemindahan.
“Mereka yang dipindahkan ke sini disediakan keperluan asas dan makanan, tetapi sudah tentu keadaan tidak sama seperti di rumah.
“Semua orang berharap banjir akan reda, supaya mereka boleh kembali ke rumah mereka,” tulisan Kit Siang dipetik dari laman Facebooknya.
Sementara itu DAP Selangor masih meneruskan usaha kutipan derma dan pengumpulan sumbangan bantuan banjir sehingga Selasa, 30 Disember 2014.
Orang ramai, dermawan dan sukarelawan yang ingin menyerahkan bantuan boleh berbuat demikian di tiga pusat sehenti disediakan DAP Selangor di lokasi berikut:

Bantuan DAP Pulau Pinang tiba ke Kelantan diketuai Lim Kit Siang


LKS_Kelantan
KOTA BHARU, 28 DIS: Bantuan DAP Pulau Pinang bagi membantu meringankan beban mangsa banjir Kelantan tiba pagi ini dipimpin Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Trak_UbahKit Siang tiba di Kota Bharu pagi ini bersama Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Trafik, Chow Kon Yeow, Exco Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Penerangan dan Warisan Phee Boon Poh diiringi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohamad Sabu.
Delegasi pemimpin DAP dan kerajaan negeri itu disambut ADUN Salor, Datuk Husam Musa dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad.
Bantuan DAP Pulau Pinang berupa wang tunai, makanan, pakaian, ubat-ubatan dan keperluan mangsa banjir diserahkan kepada pimpinan PAS dalam satu majlis penyerahan ringkas pagi ini.
Sementara itu, penyelaras bantuan banjir DAP Selangor, Eddie Ng Tien Chee memaklumkan, trak UBAH telah sampai di Gua Musang hari ini dengan barangan bantuan untuk diedarkan kepada mangsa-mangsa bencana banjir kawasan berkenaan.
ADUN Balakong itu dalam pemaklumannya menyeru pihak yang prihatin dengan bencana banjir di pantai timur untuk meringankan beban dengan menghulurkan bantuan, sama ada menyertai operasi bantuan kecemasan DAP, atau menderma ke tabung bencana.

Bersedia hadapi banjir gelombang ketiga - Tengku Mahkota Pahang

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan hadir pada sesi taklimat mengenai situasi semasa banjir seluruh Pahang di bilik gerakan banjir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di Kuantan hari ini. Hadir memberikan taklimat itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail (belakang, kiri) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pahang. - Foto Bernama 
 Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan hadir pada sesi taklimat mengenai situasi semasa banjir seluruh Pahang di bilik gerakan banjir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di Kuantan hari ini. Hadir memberikan taklimat itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail (belakang, kiri) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pahang. 

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini meminta semua pihak bersiap sedia menghadapi banjir gelombang ketiga yang dijangka bermula esok sehingga Rabu ini.

Kesiapsiagaan itu, titah baginda, amat penting bagi memastikan segala gerak kerja membantu dan menyelamatkan penduduk dapat dijalankan secara tersusun.

Perkara yang amat dititikberatkan ketika bencana banjir adalah usaha agensi berkaitan menyelamatkan nyawa dan penghantaran barangan keperluan seperti  makanan dan minuman kepada mangsa, titah Tengku Abdullah.

"Saya juga meminta agar rakyat tidak berdegil dan segera berpindah apabila diarahkan walaupun keadaan belum bahaya. Ini bagi mengelakkan kejadian tidak  diingini berlaku," titah baginda kepada pemberita selepas mendengar taklimat banjir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.

Taklimat disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pahang.    

200,023 Orang Mangsa Banjir Sehingga Pukul 5 Petang Ahad

Berikut jumlah terkini mangsa banjir setakat 5 petang ini.
 
NEGERI        28 DIS (PAGI)      28 DIS (5 PTG)

KELANTAN           93,407              124,966
TERENGGANU    33,990               36,410
PAHANG               33,601               33,601
PERAK                    7,513                4,581
JOHOR                      475                  465

Jumlah                 168,986             200,023

Pemuda redah banjir 30km cari minyak


Seorang pemuda, terpaksa meredah banjir hampir 30km, semata-mata mahu mencari bekalan petrol dan diesel untuk menghidupkan generator di rumahnya.
 
Mohamad Hafiz Mustafa, 23, (kiri) dari kampung Tendong Pasir Mas berkata, sejak banjir melanda negeri itu hampir seminggu lalu, bekalan petrol sangat kritikal.
 
Ini kerana, kebanyakan stesen petrol di kawasannya ditutup akibat ditenggelami air dan ada juga terputus bekalan elektrik.
 
Beberapa buah stesen yang masih beroperasi pula hanya mempunyai bekalan terhad kerana bekalan tidak sampai ekoran jalan darat yang terputus.
 
"Dari Tendong, saya terpaksa melalui Wakaf Bharu, kemudian Kota Bharu dan ke Pasir Hor, baru jumpa stesen minyak yang beroperasi.
 
"Mula-mula naik motor, lepas tu jalan kaki hampir satu kilometer harung air paras pinggang. 
 
"Kemudian saya terpaksa tahan lori ayam, lepas tu tumpang trak bomba dan tumpang motor, baru boleh sampai ke stesen minyak" katanya ketika ditemui Malaysiakini di Kota Bharu hari ini.
 
Menurutnya, ketika berada dalam trak bomba, kelihatan ramai penduduk di tepi jalan yang merayu meminta bekalan air bersih sambil menunjukkan botol-botol kosong masing-masibh.
 
Malangnya trak bomba itu tidak membawa apa-apa bekalan ketika itu.
 
Hafiz yang juga pelajar sebuah IPTA di ibu negara berkata, beliau pulang ke kampung sempena cuti minggu ulang kaji, sebelum peperiksaan akhir semesta minggu depan.
 
Rumah keluarganya bagaimanapun tidak dinaiki air tetapi semua laluan keluar tersekat dengan air seperti berada di sebuah pulau.
 

Hero tak bernama muncul dalam situasi gawat ini

"Hero tak bernama muncul dalam situasi gawat seperti ini," tulis Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam facebook pagi ini.

Ini, ujarnya termasuk seorang pemandu lori yang tersangkut selama lima hari di Kuala Krai yang membantu penduduk di sana dengan pelbagai cara.

Berikut tulisan penuh beliau.

1. Empangan Jajar, banyak sms memberi info Jajar tidak berkaitan dengan kecepatan kenaikan paras banjir. Saya tidak mahir dalam tajuk ini. Saya hanya menyampaikan keluhan hiba rakyat yang terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.

2. Semalam bersama saya adalah Saudara Salahudin Ayub yang juga adalah Pengerusi Bencana Negara PAS Pusat.

3. Insya-Allah jika cuaca mengizinkan kami akan ber-heli lagi sepanjang hari ini. Terawal, menghantar ubatan ke Pasir Mas. Kemudian ke Kandek, Dabong bersama bekalan hasil sumbangan yang dikutip.

3. Pagi ini, Saudara Lim Kit Siang dan 8 petugas akan tiba untuk membawa bantuan dan melawat mangsa banjir. Kami hargai solidariti pemimpin nasional.

4. Semalam, TG Presiden PAS melakukan lawatan banjir termasuk sempat mengunjungi Sek Keb Kubang Kerian. 'Turun padang' Presiden untuk meninjau sendiri sangat membanggakan kami. Teladan untuk semua. Saya mohon maaf tidak dapat mengiringi kerana mengejar cahaya siang terbang seperti dijadual.

White House, Obama pantau perkembangan pesawat AirAsia QZ8501

WASHINGTON: Pentadbiran Rumah Putih Amerika Syarikat sedang memantau perkembangan yang berlaku berhubung insiden kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 dan Presiden Obama telahpun dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Presiden telah dimaklumkan mengenai pesawat 8501 AirAsia dan pegawai Rumah Putih akan terus memantau perkembangannya,” jurucakap Rumah Putih, Eric Schultz memaklumkan.

Pesawat AirAsia jenis Airbus A320-200 dengan nombor penerbangan QZ8501 adalah milik AirAsia Indonesia.

Membawa seramai 155 penumpang, ia sepatutnya berlepas dari Surabaya untuk menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.

Warganegara penumpang dan anak kapal adalah dari Singapura, Malaysia, Perancis, Korea Selatan dan Indonesia.

Kali akhir ia dikesan dalam saluran komunikasi dengan pihak kawalan lalu lintas udara (ATC) adalah ketika ia melintasi kawasan antara Tanjung Pandan, Pulau Belitung dan Pontianak di Kalimantan Barat.

Pasukan Sukarelawan 'dihalau' daripada pusat pemindahan SMKSI


Pasukan sukarelawan yang membantu menyediakan makanan dan minuman kepada mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan  Sultan Ismail (SMKSI), Kelantan berkata mereka 'diarahkan keluar' oleh seorang guru, kerana mendakwa tugas tersebut bakal digantikan pihak lain.
 
Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan berkata, arahan tersebut dikeluarkan oleh seorang guru sekolah tersebut yang dikenali sebagai Zuraini Ariffin .
 
Kejadian tersebut kata wakil rakyat PAS itu berlaku pada pukul 8:30 malam (27 Disember 2014).
 
"Pasukan sukarelawan tersebut tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah itu atas alasan akan ada pihak lain yang bertanggungjawab mengambil alih tugas mengagih makanan, minuman termasuk keperluan. 
 
"Tujuan surat ini adalah sebagai rasa tanggungjawab kami supaya langkah kami keluar atas arahan pihak SMKSI (melalui Cikgu Zuraini) tidak disalahtafsirkan oleh mana-mana pihak," kata Takiyuddin menerusi suratnya kepada pihak sekolah yang menjadi viral di laman sosial facebook dan Whatsapp.

ADAKAH TPM MUHYIDDIN CUBA NAK PERBODOHKAN RAKYAT !!!


Bala Demi Bala Menimpa, Macam Ada Tak Kena Dengan Negara Kita...

Belum pun reda musibah banjir di Pantai Timur yang terus menggila sehingga Perdana Menteri, Najib Razak pulang tergesa-gesa dan mengarahkan menteri-menteri kabinet yang sedang bercuti agar turut kembali segera, negara kini dikejutkan lagi dengan kehilangan sebuah pesawat Air Asia yang membawa 155 penumpang.

Laporan terkini menyebut pesawat yang sedang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura itu dipercayai telah terhempas di perairan Belitung Timur, berhampiran timur Sumatera kerana cuba mengelak ribut di angkasa.

Dengan kejadian terbaru ini, bertambah lagi duka rakyat negara kita. Jika dicampur dengan kehilangan pesawat MH370 yang masih belum dijumpai, MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, diikuti banjir dan terbaru kehilangan pesawat Air Asia, bala yang menimpa negara kita seolah-olah satu demi satu dan tiada hentinya.

Mungkin ramai yang turut menyimpan perasaan dalam hati, selepas ini entah apa lagi musibah bakal menimpa kita.

Seolah-olah ada yang tidak kena dengan negara kita sekarang ini yang Tuhan ingin tunjukkan. Bala yang bertimpa-timpa ini bukan saja tidak pernah berlaku sebelum ini tetapi juga tidak banyak negara yang mengalaminya.

Apakah ini salah kepimpinan yang menerajui negara? Apakah juga salah menteri-menteri yang banyak diperkatakan dengan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa? Atau ianya salah kita sebagai rakyat biasa?

Apakah bala yang bertimpa ini kerana ada pemimpin yang melakukan dosa-dosa lampau yang dimurkai Tuhan? Adakah juga kerana berleluasanya amalan mungkar, syirik dan khurafat di kalangan pemimpin dan keluarga mereka?

Apakah juga ianya kerana kerakusan pemimpin yang ada kuasa, bukan saja menjual gunung dan menggondol balak sesuka hati, malah melelong agama yang sebenarnya bersalut keuntungan duniawi?

Hari ini, apabila Najib secara rasmi mengarahkan menteri-menteri yang sedang bercuti agar pulang segera, ia tentulah merupakan episod yang menyedihkan bagi kita semua. Sebagai pemimpin yang patutnya lebih berakal daripada kita, menteri-menteri ini seharusnya pulang lebih awal sebaik saja banjir mula melanda.

Yang belum pergi bercuti pula, seharusnya batalkan saja percutian mereka. Mereka tidak perlu diarah kembali dan memendekkan cuti macam budak-budak tadika. Jika tidak sanggup berkorban, lebih baiklah letak berundur saja dan tinggallah selama mana pun di luar negara yang disukai itu.

Banjir Besar: ‘Saya hampir rebah lihat rumah tenggelam’

Mohd Hilmi (kanan) bersama ahli keluarganya menaiki sampan melihat keadaan rumah di Pasir Tumboh petang ini. Foto Sinar Harian oleh HABSAH ISMAIL  
Mohd Hilmi (kanan) bersama ahli keluarganya menaiki sampan melihat keadaan rumah di Pasir Tumboh petang ini. 
 
KOTA BHARU - Bagai satu mimpi ngeri dan hati menangis sekuatnya sebaik sahaja melihat rumah yang didiami lebih 30 tahun tenggelam dalam arus banjir yang deras.

Menceritakan detik itu, mangsa pemindahan, Mohd Hilmi Yaidin, 34, berkata, itulah pengalaman kali pertamanya hanya mampu melihat dari jauh rumahnya hanya tinggal sedikit bumbung.

"Nasib baik kami sempat berpindah awal dan kami memang berdia berpindah kerana rumah terletak di tepi sungai Pasir Tumboh.

"Rumah di kawasan ini memang dibina tinggi, tetapi banjir kali ini amat mengejutkan dan hati saya luluh melihatnya," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Katanya, rumahnya terletak kira-kira 100 meter di tepi sungai Pasir Tumboh.

Kelantan masih lumpuh akibat banjir dengan 111,376 mangsa, Perlis, Selangor pulih

Keadaan banjir di Kelantan masih lagi buruk dengan 111,376 mangsa manakala di Perlis dan Selangor, keadaan kembali pulih setakat tengah hari ini.
   
Di KELANTAN, jajahan Kuala Krai masih menunjukkan angka mangsa banjir yang tinggi iaitu 23,169 orang walaupun air dilaporkan semakin surut.
   
Menurut maklumat daripada bilik operasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, keadaan itu kerana kebanyakan mangsa masih tidak dapat pulang ke rumah akibat tiada bekalan makanan.
  
Angka terkini mangsa banjir di beberapa kawasan lain di negeri itu bagaimanapun tidak dapat disahkan setakat ini berikutan masalah komunikasi.
  
Tinjauan Bernama di Kota Baharu mendapati cuaca masih lagi mendung dengan Sungai Pengkalan Chepa menunjukkan peningkatan paras air.
  
Di PERLIS dan SELANGOR,  keadaan banjir dilaporkan telah pulih sepenuhnya dan semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Kesemua pusat penempatan banjir juga telah ditutup.
  
Berbeza di TERENGGANU, daerah Dungun menunjukkan peningkatan ketara jumlah mangsa banjir dengan 10,938 orang dipindahkan tengah hari ini berbanding 8,683 orang pada sebelah pagi.
  
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, jumlah mangsa banjir di tiga lagi daerah lain tidak berubah iaitu 24,235 orang di Kemaman, Hulu Terengganu (205) dan Kuala Terengganu (780).
  
Secara keseluruhannya jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 36,158 orang berbanding 33,990 pada sebelah pagi.

REZEKI (BUTIR BERAS) DARI UMNO ???


KRONOLOGI INSIDEN QZ 8501

Post Pic
5.20am - Pesawat Airbus 320-200 berlepas daripada Surabaya, Indonesia pada (6.20 pagi waktu Malaysia). Pesawat dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura pada 8.30 pagi waktu tempatan.
 
6.17am - waktu pesawat dilaporkan hilang daripada radar (waktu tempatan).  
 
7.24am - Pesawat dilaporkan terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta. Pesawat berkenaan terbang pada ketinggian 32,000 - 34,000. Lokasi terputus hubungan di antara Tanjung Pandan dengan Pontianak. 
 
11:30am - Air Asia sahkan kehilangan pesawat QZ8501 menerusi laman sosial Twitter dan Facebook. Air Asia juga menukar warna logonya kepada kelabu dan putih.
 
11:40am - Media Indonesia, Kompas.com melaporkan sebuah pesawat jatuh di perairan laut Belitung Timur. 
 
12.01pm - Kompas.com juga melaporkan Air Asia akan mensahihkan maklumat berkenaan dan dalam masa yang sama memaklumkan operasi SAR sedang dijalankan.
 
12:15pm - Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berikrar bahawa kerajaan akan membantu mencari pesawat Air Asia QZ8501
 
1.11pm - Orang ramai dinasihat hanya terima maklumat sahih daripada AirAsia berhubung kehilangan pesawat AirAsia Indonesia, kata menteri penerangan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, lapor Bernama.
 
1.20pm - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Air Asia Tony Fernandes berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkembangan terkini tidak lama lagi.
 
1.50pm - Air Asia Indonesia memaklumkan pesawat QZ8501 memohon membuat pertukaran laluan atas faktor cuaca, sebelum komunikasi terputus semasa di bawah kawalan Pusat Kawalan Udara Indonesia (ATC).
 
2.05pm - Pihak operasi mencari dan menyelamat di Belitong kini mempersiapkan sebuah kapal menyelamat ke kawasan tersebut, yang didakwa sebagai lokasi pesawat Air Asia itu terjatuh.
 
Bagaimanapun menurut Ketuanya, Joni Supriadi, pasukan tersebut mungkin mengalami kesukaran memandangkan keadaan cuaca yang buruk
 
“Namun cuaca yang sangat buruk sehingga kapal Belitung Ekspress ke Pangkal Pinang tidak dapat meneruskan perjalanan hari ini,” katanya dipetik melalui Kompas TV.
 
2.30pm - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengunjungi Ibu Pejabat (HQ) Air Asia dan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)  Air Asia,  Tony Fernandes.
 
2.40pm -  Agensi berita nasional Indonesia Antara melaporkan bahawa pesawat itu terhempas kira-kira 145km dari Pulau Belitung.
 
Pesawat itu dipercayai berlegar-legar di udara bagi mengelakkan ribut sebelum terhempas ke laut.
 
3.00pm - Bangka Pos melaporkan seorang Nelayan terdengar bunyi letupan yang agak kuat berhampiran Pulau Nangka, Kelapa Kampit. Namun tidak dapat dipastikan sama ada  letupan berkenaan mempunyai kaitan dengan insiden  kehilangan pesawat QZ8501

QZ8501: Penduduk di Pulau Belitung dakwa nampak sebuah pesawat jatuh

Kompas.com pada pagi tadi melaporkan sebuah pesawat jatuh di perairan Pulau Belitung Timur, Sumatera.
 
Dikatakan salah seorang penduduk di kawasan berkenaan memberikan maklumat berkenaan kejadian itu dan kemudiannya menghubungi bangkapos.com.
 
Penduduk tersebut dikenali sebagai Pak Danlanud mendakwa sebuah pesawat jenis Air bus terjatuh di sekitar perairan Beltim.
 
Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan di mana lokasi sebenar pesawat yang dikatakan itu terjatuh.
 
Sementara itu CNN Indonesia pula melaporkan lokasi terakhir pesawat Air Asia  dari bandar Indonesia di Surabaya ke Singapura yang dikatakan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara pagi tadi dikesan berada di sekitar Pulau Belitung, Sumatera.
 
Pesawat berkenaan dilaporkan terputus kawalan dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta pada jam 7.24 pagi tadi.
 
Setakat ini dilaporkan seramai 162 orang berada di dalam pesawat berkenaan, dengan 155 adalah penumpang dan tujuh krew. Seorang warganegara Malaysia dilaporkan antara penumpang pesawat berkenaan. Manakala selebihnya terdiri daripada seorang warga Singapura, seorang warga British, tiga warga Korea Selatan (termasuk bayi) dan 149 warga Indonesia.  

QZ8501: Pesawat cuba elak ribut sebelum terhempas dakwa Portal Indonesia

Agensi berita nasional Indonesia Antara melaporkan bahawa pesawat itu terhempas kira-kira 145km dari Pulau Belitung.

Antara memetik pegawai Agensi Mencari dan Menyelamat (Basarnas) sebagai berkata demikian, lapor Jakarta Post.

Pesawat itu dipercayai berputar-putar di udara bagi mengelakkan ribut sebelum terhempas ke laut.

CCTV China di Twitter melaporkan bahawa bangkai sebuah pesawat ditemui di timur Pulau Belitung, Indonesia.

Tiada maklumat lanjut dinyatakan, mahu pun pengesahan AirAsia atau mana-mata pihak berkuasa berhubung perkara itu.

Ketua operasi mencari dan menyelamat di Belitong Joni Supriadi berkata, pihaknya sedang mempersiapkan sebuah kapal menyelamat ke Belitung.

Bagaimanapun, keadaan cuaca buruk mungkin menyukarkan operasi ke lokasi yang dikatakan jatuhnya pesawat Air Asia itu.

“Namun cuaca yang sangat buruk sehingga kapal Belitung Ekspress ke Pangkal Pinang tidak dapat meneruskan perjalanan hari ini,” katanya dalam Kompas TV.

QZ8501: Laporan Tidak Rasmi Dakwa Temui Serpihan Pesawat Hilang

PETALING JAYA: Satu laporan yang belum disahkan mendakwa pasukan pencarian telah menemui serpihan pesawat QZ8501 yang terapung di perairan berhampiran Pulau Belitung.
Portal berita Indonesia, Bangka Pos melaporkan, bagaimanapun tiada pengesahan dibuat mengenai penemuan serpihan itu setakat ini.
Berita mengenai penemuan itu tersebar selepas Pengarah Pengangkutan Air Indonesia, Djoko Murjatmodjo mengadakan sidang media pada pagi Ahad.
Dalam sidang media itu, Djoko memberitahu, kali terakhir pesawat tersebut dikesan ialah berhampiran Tanjung Pandan, Pulau Belitung di Kalimantan.
Penerbangan yang membawa 162 penumpang itu terputus hubungan dengan menara kawalan selepas 42 minit berlepas dari lapangan terbang di Surabaya.

Banjir Besar: JUHAM desak pengisytiharan darurat bencana

JUHAM mendesak kerajaan pusat mengisytiharkan darurat bencana mengikut perkara 20 arahan no. 20, dasar dan mekanisme pengurusan bencana negara, majlis keselamatan negara. Desakan itu berdasarkan situasi banjir di negara ini khususnya di Pantai Timur masih dalam keadaan kritikal.

Demikian dinyatakan JUHAM dalam satu kenyataan medianya  melalui  Pengarah Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia, Pemuda Pas Malaysia Noorazmir Zakaria.

Berikut kenyataan penuh JUHAM.

1. Jabatan Undang-undang & Hak Asasi Manusia, Pemuda Pas Malaysia (JUHAM) mendesak Kerajaan Persekutuan untuk mengisytiharkan darurat serta-merta di negeri-negeri yang teruk terjejas dilanda bencana banjir mengikut Per. 25 Arahan No. 20, Dasar Dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara, Majlis Keselamatan Negara.

2. JUHAM berasa amat aneh dengan sikap Kerajaan Persekutuan yang telah meluluskan dan menetapkan sendiri Standard Operating Procedures (SOP) mereka dalam mengendalikan bencana melalui Arahan No. 20 Majlis Keselamatan Negara tersebut. Namun, kali ini mereka memilih untuk tidak mengikut SOP mereka sendiri.

3. Kerajaan Persekutuan pernah mengisytiharkan darurat bencana ini beberapa kali sebelum ini, tetapi kenapa tidak sekarang? Sebagai contoh, darurat disebabkan jerebu pernah diumumkan di Kuching pada 1997, Pelabuhan Klang pada 2005 dan Muar serta Ledang pada 2013.

4. Berdasarkan kepada peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan ke tempat operasi pemindahan, jumlah mangsa yang belum dipindahkan juga sebenarnya masih belum dipastikan. Malah, masih terdapat mangsa banjir yang sedang berada di bukit-bukau yang tersisih daripada operasi menyelamat.

5. Ironinya, TV9 melalui rancangan Nasi Lemak Kopi O pada pagi Sabtu turut menerima panggilan telefon secara langsung daripada mangsa banjir yang terperangkap di bukit-bukau dan mengesahkan mereka tidak menerima bantuan tatkala bekalan makanan sudah kehabisan.

6. Situasi sebegini mengharuskan untuk pengisytiharan darurat serta-merta kerana bencana ini bukan lagi bencana biasa, tetapi melibatkan nyawa yang bertarung dengan masa. Kerajaan mahupun media tidak boleh menafikan bahawa bencana banjir ini sudah meragut nyawa manusia, namun statistik sebenar masih samar ekoran laporan yang tidak dikemaskini secara tersusun.

Mencari QZ8501: Reaksi Pegawai Kaji Cuaca Meteorologi Malaysia

Mencari QZ8501: Reaksi Juruterbang Ujikaji, Malaysia Inst.Aviation Tech

Mencari QZ8501: Reaksi Pegawai Kaji Cuaca Indonesia, Sunardi

Sidang Media AirAsia QZ8501 (28 Dis, Ahad, 02:00 ptg)

Sidang Media Khas pesawat AirAsia hilang dari Indonesia

Benarkah jika darurat diisytihar mangsa tidak boleh membuat tuntutan insurans atau Najib sendiri terlebih cerdik ???


QZ8501: Cuaca buruk sukarkan operasi menyelamat

Pesawat AirAsia membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal hilang pagi ini.

Pesawat Airbus 320-200 daripada Surabaya, Indonesia pada 5.20 pagi waktu tempatan (6.20 pagi waktu Malaysian) dan dijadual tiba ke Singapura dua jam selepas itu.

Ia bagaimanapun hilang kawalan dengan pusat kawalan trafik udara.



Ketua operasi mencari dan menyelamat di Belitong Joni Supriadi berkata, pihaknya sedang mempersiapkan sebuah kapal menyelamat ke Belitung.

Bagaimanapun, keadaan cuaca buruk mungkin menyukarkan operasi ke lokasi yang dikatakan jatuhnya pesawat Air Asia itu.

“Namun cuaca yang sangat buruk sehingga kapal Belitung Ekspress ke Pangkal Pinang tidak dapat meneruskan perjalanan hari ini,” katanya dalam Kompas TV.

AirAsia Indonesia berkata, pesawat QZ8501
telah meminta pertukaran laluan disebabkan keadaan cuaca, sebelum komunikasi terputus semasa bawah kawalan Pusat Kawalan Udara Indonesia (ATC).

Berikut maklumat daripada AirAsia Indonesia:

Penerbangan QZ8501 dari Surabaya ke Singapura terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada 07:24 (waktu tempatan Surabaya) pagi ini.

Penerbangan berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya pada 5:35 pagi.

Dua orang juruterbang, empat orang anak kapal dan seorang jurutera bertugas dalam penerbangan.

Kapten yang mengemudi pesawat mempunyai 6,100 jam penerbangan dan pegawai pertama / penolong juruterbang mempunyai 2,275 jam penerbangan.

Pesawat AirAsia minta tukar haluan untuk elak awan - ketua jeneral PUI

JAKARTA: Ketua Jeneral Perhubungan Udara Indonesia (PUI), Djoko Murjatmojo memberitahu pesawat AirAsia QZ8501 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura telah meminta 'penukaran jalur penerbangan' untuk mengelak awan sejurus sebelum ia hilang.

“Ketika itu, pesawat yang terbang pada ketinggian 32,000 kaki melintasi Laut Jawa berhubung dengan pihak kawalan lalu lintas udara (ATC) untuk naik ke ketinggian 38,000 kaki.

“Pada jam 6.16 pagi, pesawat masih terlihat dalam radar namun pada 6.17 pagi, ia hilang dari pemantauan ATC. Bermula jam 6.18 pagi, yang kelihatan hanyalah jejak laluan penerbangan,” ujar Djoko dalam sebuah sidang media tergempar berkenaan kehilangan pesawat tersebut.

Pihak ATC pada jam 7.08 pagi menunggu lagi sehingga 20 minit, kemudiannya untuk mengesahkan kehilangan pesawat berkenaan.

Sehingga kini, menurut Djoko, Indonesia telah mengerahkan Ketua Jeneral Perhubungan Laut dari Kesatuan Penjaga Laut dan Pantai (KPLP) untuk memulakan misi pencarian selain turut menghantar pesawat pemantau untuk mendekati kawasan terakhir pesawat tersebut kali akhir terhubung.

Tidak salah ‘golf diplomacy’, cuma waktu tidak kena..!!

Oleh Amin Iskandar
Selepas dikritik hebat di media sosial seperti Facebook dan Twitter apabila tersebarnya gambar bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama di Hawaii sementara angka mangsa banjir melebihi 100,000 orang, Datuk Seri Najib Razak bergegas pulang ke Malaysia.
Najib sedar, antara punca salah seorang bekas perdana menteri tersungkur satu ketika dahulu adalah kerana bercuti ke luar negara ketika rakyat Malaysia menderita akibat bencana banjir.
Nasi sudah menjadi bubur, gambar Najib bermain golf bersama Obama yang disiarkan media antarabangsa sudah menjadi "modal" kepada parti pembangkang dan musuh politiknya dalam Umno untuk menyerangnya.
Gambar itu akan digunakan, termasuk dalam kempen pilihan raya umum akan datang.‎ Bagaimanapun Najib tetap pulang segera untuk melakukan "damage control".‎
Pada satu sidang media di Kota Baru, Kelantan semalam, Najib berkata aktiviti golf bersama Obama adalah demi hubungan diplomasi negara.
Selain itu, Najib menjelaskan aktiviti bermain golf bersama presiden negara "polis dunia" itu juga tidak bermakna beliau sengaja mengabaikan bencana banjir di negara ini seperti yang dipolemikkan sesetengah pihak.
"Main golf ini bukanlah satu perkara aneh atau luar biasa... sebab zaman Tun Abdul Razak Hussein (perdana menteri kedua Malaysia), Tun Dr Ismail Abdul Rahman (timbalan perdana menteri kedua) bermain golf dengan pemimpin dunia merupakan perkara yang boleh dikatakan sebagai 'golf diplomacy'," kata Najib yang terdesak sehingga terpaksa "menjual" nama ayahnya serta Dr Ismail untuk menyelamatkan diri.
Banjir di Malaysia ini bukanlah perkara pelik dan sekali-sekala berlaku. Ia merupakan bencana tahunan yang melanda negara.
Setiap hujung tahun negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang pasti akan dilanda banjir.
Begitu juga dengan negeri-negeri lain seperti Perlis, Kedah dan Perak. Negeri di selatan seperti Johor juga pernah banjir teruk.

Banjir: Najib arah menteri bercuti luar negara pulang

Semua ahli kabinet yang sedang berada di luar negara telah diarah pulang segera bagi melancarkan operasi membantu mangsa banjir, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana menteri berkata arahan itu dikeluarkan pagi tadi dan menteri-menteri yang berkenaan sedang membuat persiapan untuk kembali.
"Ini dibuat sebab kita nak mereka kembali bertugas membantu dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku di Kuala Lipis hari ini.  Terdahulu, Najib melakukan lawatan sehari ke beberapa kawasan dilanda banjir di Pahang, telah melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Clifford. – Bernama

Daftar Kru AirAsia Surabaya-Singapura yang Hilang

JAKARTA, KOMPAS.com - Kementerian Perhubungan memastikan pesawat AirAsia QZ 8501 dari Surabaya ke Singapura hilang kontak, Minggu (28/12/2014). Pesawat yang berangkat pukul 05.35 itu dijadwalkan mendarat di Singapura pukul 08.30 atau pukul 07.30.

Dari informasi yang dikumpulkan Kompas.com, jumlah penumpang dewasa sebanyak 138 penumpang dewasa, 16 anak-anak dan 1 bayi. Jumlah bagasi yang tercatat sebanyak 106 koli dengan berat total 1.305 kg.

Adapun data awak pesawat adalah sebagai berikut:

Pilot : Capt Irianto
First Officer : Emmanuel Plesel.
Senior Fight Attendant : Wanti Setiawati
Flight Attendant : Khairunisa Haidar Fauzi
Flight Attendant : Oscar Desano
Flight Attendant : Wismoyo Ari Prambudi
Teknisi : Saiful Rakhmad

Fokus pencarian pesawat AirAsia di Tenggara Pulau Belitung


KEDUDUKAN Pulau Belitung.
PASUKAN mencari dan menyelamat) SAR) yang telah memulakan pencarian pesawat AirAsia QZ 8501 yang hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura ditumpukan sekitar 120 darjah ke arah tenggara Pulau Belitung.
Itu merupakan lokasi di mana pesawat malang tersebut telah terputus hubungan dengan menara kawalan.
"Maklumat terakhir perhubungan berlaku ketika berada di 025310 selatan 109300 timur, 120 darjah arah tenggara dari Pulau Beiltung. Kita sudah mulai melakukan pencarian di lokasi itu," kata salah seorang petugas Basarnas di pusat pengendali Kemayoran kepada detikcom.
Pesawat AirAsia QZ8501 jurusan Surabaya-Singapura hilang berisi 155 orang, termasuk 7 awak.

#Pray For QZ8501: Operasi menyelamat sedang dijalankan - Air Asia


Air Asia kini sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat setelah pesawat milik mereka dilaporkan hilang hari ini .

“Operasi mencari dan menyelamat sedang sedang dijalankan dan AirAsia bekerjasama penuh membantu perhidmatan menyelamat,” menurut kenyataan Air Asia hari ini.

Sementara itu, bagi membantu anggota keluarga dan rakan-rakan penumpang pesawat itu,  AirAsia telah menubuhkan pusat panggilan kecemasan di talian +622129850801.

Kemas kini berhubung perkara itu akan dimuat naik ke laman webwww.airasia.com.

Menurut AirAsia, pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu hilang perhubungan dengan pusat kawalan trafik pada jam 7.24 pagi ini.

Pesawat AirAsia dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura pagi ini setelah  dilaporkan terputus perhubungan dengan pusat kawalan udara.


Sukarelawan diarah keluar segera dari pusat pemindahan....macam ni pun ada musim musibah ni..!!!


Kesian rakyat jadi mangsa mainan politik. Dlm keadaan musibah mcm ni masih nak ambil kesempatan. Rakyat dah kebulur, dia baru dtg!...lps tu nak control semua. Hanya Allah tahu niat setiap pemimpin ini....ingat!!! Malaikat sedang mencatat.

Banjir: UniMAP jadual semula peperiksaan

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersetuju memberi pertimbangan khas kepada pelajarnya yang terkandas di kampung akibat banjir daripada menduduki peperiksaan akhir bermula esok.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP, Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata tarikh peperiksaan akan dijadualkan semula selepas banjir pulih.

Pengurusan universiti membuat keputusan ini berikutan ramai pelajar UniMAP yang bercuti di kampung terutama di Pantai Timur masih terkandas akibat banjir, katanya dalam kenyataan di Kangar, hari ini.

"Pelajar yang terkandas dinasihatkan segera menghubungi Bilik Gerakan Banjir UniMAP di talian 04-9797777 untuk memberi butiran peribadi dan status semasa untuk dipanjangkan kepada Bahagian Akademik dan Pusat Pengajian masing-masing," katanya

Katanya selain Bilik Gerakan Banjir, pelajar juga boleh menghubungi Jabatan Keselamatan UniMAP di talian 04-979 8181/ 8571 atau Exco Kebajikan MPP (Hafizan) di talian 017-3329 655 untuk memaklumkan situasi mereka.

- Bernama

LPT Kuantan-Karak masih ditutup semua kenderaan

KUANTAN: Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari jarak Kuantan hingga Karak bagi kedua-dua hala masih ditutup kepada semua kenderaan berikutan di Km126 masih ditenggelami air banjir sejauh 800 meter.

Menurut kenyataan Anih Berhad, walaupun cuaca baik, namun pergerakan air masih laju dan berbahaya kepada semua jenis kenderaan.

"Pengguna disaran agar menangguhkan perjalanan kerana banyak laluan persekutuan turut dinaiki air.

"Bagaimanapun laluan Gombak-Bentong dibuka seperti biasa," menurut kenyataan itu.

Sebarang maklumat lanjut, pengguna lebuh raya berkenaan boleh merujuk kepada bilik gerakan banjir Jabatan Kerja Raya (JKR) atau tweeter @lpttrafik. - Bernama

Majlis profesor: Tak perlu isytihar darurat banjir..!!

Pengisytiharan darurat bencana akibat banjir besar yang melanda sembilan negeri ketika ini tidak perlu dilakukan buat masa sekarang kerana kerajaan dilihat masih mampu mengawal keadaan.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata tumpuan sepatutnya diberikan kepada usaha menyelamat dan membantu mangsa terjejas banjir.

"Kerajaan masih dapat mengawal keadaan, setakat ini kerajaan tidak perlu membuat perintah-perintah tertentu, misalnya mengambil harta persendirian untuk dijadikan pusat pemindahan.

"Seperti kata Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin), kalau tidak isytihar darurat banjir, kita masih perlu selamatkan mangsa, kalau isytihar pun sama juga, jadi saya rasa kalau tidak perlu, tak payah isytihar darurat," katanya ketika dihubungi Bernama.

Bencana banjir yang melanda beberapa negeri sejak pertengahan bulan iaitu Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan dan Selangor sehingga kini menyaksikan lebih 130,000 mangsa terpaksa dipindahkan.

Pesawat Air Asia Surabaya-Singapura di dakwa jatuh di Laut Belitung Timur

Pesawat Air Asia Surabaya-Singapura Jatuh di Laut Belitung Timur
Laporan Pos Belitung, Rusmiadi
TRIBUNNEWSBATAM.COM, BELITUNG - Pesawat milik maskapai Air Asia tipe airbus yang terbang dari Surabaya tujuan Singapura, dikabarkan jatuh di perairan laut Belitung Timur, Bangka Beltung, Minggu (28/12.2014). Namun belum dipastikan titik lokasi jatuhnya pesawat tersebut.
"Tadi Pak Danlanud telepon Bapak (Basuri), ngasi informasi ada pesawat air bus jatuh di sekitar perairan Beltim," ungkap Yuhinu, ajudan Bupati Beltim Basuri T Purnama, saat menghubungi bangkapos.com, Minggu (28/12/2014).
Terpisah Kasat Polair Beltim AKP Yanto mengatakan, informasi yang diperoleh dari direktorat polair Babel, perkiraan lokasi perairan Babel. Namun masih dipastikan lokasi pesawat jatuh.
"Kita masih koordinasi dengan direktorat dan mengumpulkan informasi dari nelayan maupunkapal yang melintas perairan Beltim," ungkap AKP Yanto saat dihubungi bangkapos.com.

Banjir: Jambatan menghubungkan Gua Musang dan Jeli runtuh

KOTA BHARU: Sebuah jambatan sepanjang 1 kilometer di Kampung Pulau Setelu, Gua Musang, Kelantan runtuh selepas dihanyutkan arus deras Sungai Nenggiri yang melepasi paras jambatan dalam kejadian banjir 23 Disember lalu.

Keadaan tersebut menyebabkan pengguna jalan Gua Musang ke Jeli terputus hubungan.

Ekoran kejadian, lebih 300 penduduk di Kampung Pulau Setelu dan Kampung Star bergadai nyawa apabila terpaksa berulang-alik menggunakan bot.

Menurut beberapa penduduk yang ditemui, mereka menyedari jambatan itu runtuh hanya dua hari kemudian setelah air banjir yang melimpahi jambatan tersebut surut sepenuhnya.

“Jambatan ini merupakan perhubungan utama anak-anak ke sekolah dan orang kampung. Jadi saya minta kepada pihak kerajaan agar mengambil tindakan secepat yang mungkin,” kata seorang penduduk, Muhamad Khalid Mat Zali.

#Pray For QZ8501: Pesawat AirAsia Surabaya-Singapura hilang

Pesawat AirAsia daripada Surabaya, Indonesia ke Singapura dilaporkan hilang perhubungan dengan pusat kawalan udara.

Perkara itu dilaporkan oleh Reuters, yang memetik sebuah saluran berita Indonesia.

Agensi itu juga melaporkan pihak berkuasa pengangkutan Indonesia sebagai berkata, pesawat yang hilang itu membawa 155 orang.

Sementara itu, AirAsia dalam kenyataannya di Facebook mengesahkan kejadian itu dan meluahkan kekesalannya terhadap insiden menimpa pesawat QZ8501 itu.

Menurut AirAsia, pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu hilang perhubungan dengan pusat kawalan trafik pada jam 7.24 pagi ini.

AirAsia flight 8501 missing

Malaysian victims rage against government assistance

Banjir Kelantan: Rumah saya hilang


Mangsa banjir di Kelantan 93,407 pagi ini, tiga negeri lain tidak banyak berubah

KUALA LUMPUR: Bilangan mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 93,407 orang pagi ini berbanding lebih 80,000 semalam, manakala di Terengganu, Pahang dan Perak tidak banyak berubah.

Di KELANTAN, jajahan Kota Baharu mencatat bilangan mangsa tertinggi iaitu 42,469 orang daripada 9,663 keluarga di 62 pusat pemindahan.

Air dilaporkan surut sedikit di Kota Baharu dan cuaca mendung.

Tumpat merupakan satu lagi jajahan yang teruk terjejas dengan 21,396 mangsa di 31 pusat pemindahan, diikuti Gua Musang (7,529/24 pusat) dan Pasir Mas (6,319/25 pusat).

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 33,601 mangsa setakat 8 pagi ini berbanding 33,643 di sembilan daerah malam tadi.