Sabtu, 27 Disember 2014

Banjir Di Negeri Sembilan, Kedah Pulih, Kelantan Masih Teruk


KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Negeri Sembilan dan Kedah telah pulih sepenuhnya apabila kesemua mangsa telah pulang ke rumah masing-masing manakala di Kelantan, Terengganu dan Pahang masih serius.

Keadaan banjir di Kelantan masih buruk dengan lebih 80,000 mangsa masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir.

Angka terkini mangsa banjir di negeri itu malam ini tidak dapat disahkan oleh pihak berkuasa setakat ini berikutan sesetengah kawasan gagal dihubungi.

Setakat tengah hari Sabtu, sebanyak 81,925 mangsa banjir direkodkan di negeri itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut meninjau situasi banjir di negeri itu pada Sabtu.

Di TERENGGANU, keadaan banjir menunjukkan penurunan mangsa kepada 34,709 daripada 8,596 keluarga berbanding 35,085 orang petang Sabtu.

Jumlah mangsa banjir di PAHANG berkurangan kepada 31,774 orang malam ini berbanding 33,973 orang petang Sabtu.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir paling banyak iaitu 10,174 orang di 34 pusat pemindahan yang beroperasi.

Lapan lagi daerah yang terjejas ialah Jerantut menempatkan 6,427 orang diikuti Temerloh (4,617 orang), Maran (3,455 orang), Pekan (3,324 orang), Lipis (2,647 orang), Bera (855 orang), Raub (262 orang) dan Rompin (13 orang), katanya.

Isytihar Darurat Rugikan Mangsa Kata Najib - Netizens Sebar Bukti Najib Tipu Kerana Enggan Tanggung Kos Darurat..!


Ini ialah alasan Najib kenapa negara tidak mengisytiharkan darurat di beberapa kawasan yang terjejas teruk angkara banjir terutamanya membabitkan negeri Kelantan.



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata darurat tidak diisytiharkan di negeri terjejas bencana banjir kerana ia akan membawa kepada kerugian kepada mangsa. 

Beliau berkata, pengumuman darurat akan menyebabkan mangsa banjir tidak dapat membuat tuntutan insurans terhadap kerosakan harta benda yang dialami mereka.

Mungkin polisi insurans di negara neh berbeza-beza. So aku takan cakap part polisi insurans orang lain secara am. Cuma aku nak sentuh sikit polisi insurans kenderaan aku. Dia tak cover bencana alam termasukla bagi kejadian banjir.

Baru2 neh. PROTON sendiri ada keluarkan kenyataan. Bahawa setiap kenderaan yang rosak. Mereka akan ganti dan perbaiki dengan kos minima. Kenapa mereka tak sebut tentang insurans? Ini kerana insurans memang tak cover kerosakan akibat bencana alam. Tapi aku akan serahkan perkara neh pada geng2 insurans yang arif. Biar mereka mengulas disebabkan ini bidang mereka. Mungkin ada benda2 yang aku tak jelas atau tak tahu lagi kot bab polisi insurans neh.

Dan ini ialah kemaskini tentang musibah banjir 2014, yang terburuk dalam sejarah negara kerana melibatkan 9 negeri sekaligus dalam satu masa yang sama.

1. Najib umumkan 3 bantuan tambahan kepada mangsa banjir. 

Lihat gambarajah ;

2,515 pencawang elektrik TNB dihentikan sementara akibat banjir

Sebanyak 2,515 pencawang elektrik (PE) terpaksa dihentikan sementara di negeri-negeri yang teruk dilanda banjir setakat 4 petang hari ini, berbanding 2,473 pada 9 pagi tadi. Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 2) Bahagian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad (TNB) Abdul Aziz Abdul Majid, berkata 1,860 PE adalah di Kelantan manakala 152 lagi di Terengganu, 424 di Pahang dan 79 di Perak.
 "Penghentian operasi pencawang-pencawang ini adalah bagi menggelakkan kejadian litar pintas," kata Aziz yang juga Ketua Koordinator Pengurusan Banjir TNB dalam kenyataan hari ini.  TNB juga memulihkan operasi di 421 PE di kawasan yang air banjir surut dan selamat iaitu 260 PE di Kelantan, Terengganu (36), Pahang (105) dan Perak (20).
Menurutnya, penghentian operasi PE sehingga petang ini melibatkan 179,466 pengguna iaitu meningkat daripada 155,383 pengguna pada 9 pagi tadi. Jumlah pengguna paling ramai terjejas ialah di Kelantan iaitu sebanyak 151,610, diikuti Pahang (19,357), Terengganu (5,754) dan Perak (2,745), katanya. Sehingga kini, TNB memasang 57 set janakuasa ke kawasan yang penting dan pusat perpindahan mangsa banjir yang boleh dilalui kenderaan di Terengganu, Pahang, Perak dan Kelantan dengan 38 daripadanya sedang beroperasi.

Muhyiddin: Teliti semula SOP pengurusan bencana...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu prosedur operasi standard (SOP) pengurusan bencana negara diteliti semula bagi mengurangkan beban dan mengelakkan kerugian besar pada masa akan datang.  
  
Timbalan Perdana Menteri berkata ini termasuk keperluan mempunyai sistem ramalan cuaca yang lebih efisyen bagi memudahkan persiapan menghadapi bencana.  
  
Muhyiddin berkata beliau diberitahu ramalan cuaca yang diperoleh daripada Jabatan Meteorologi adalah ramalan awal berdasarkan situasi tahun sebelumnya.  
  
"Tapi bila masuk bulan Disember, cuaca berubah dan keadaan lebih mencabar berbanding laporan awal.
  
"Jadi, ramalan cuaca mesti tepat dalam tempoh tiga, empat hari supaya perancangan menguruskan bencana dapat diselarikan dengan tempoh sebenar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat berhubung keadaan terkini banjir di Pusat Kawalan Bencana Negara di Puchong di sini, hari ini. 
Muhyiddin berkata selain itu, Malaysia juga perlu lebih banyak mempelajari sistem pengurusan bencana dari negara lain seperti Jepun dan Korea Selatan yang diketahui mempunyai sistem pengurusan bencana antara yang terbaik di dunia.
  
Bagi mengurangkan beban kos pengurusan jangka panjang, beliau mahu lebih banyak 'lebuh raya air' dibina di negeri-negeri berisiko banjir termasuk membina terusan dan parit yang boleh menampung air pada skala yang lebih besar.

Pengorbanan Guru: Gadai nyawa redah banjir ambil kertas SPM

 Mayat Suhaimi Awang, 37, yang dijumpai kira-kira 10 meter dari mayat isterinya, Norhayati Sulong, 37, yang ditemui jam 4.05 petang semalam dibawa dengan kenderaan polis ke Hospital Kemaman, hari ini. - Foto Sinar Harian  
Mayat Suhaimi Awang, 37, yang dijumpai kira-kira 10 meter dari mayat isterinya, Norhayati Sulong, 37, yang ditemui jam 4.05 petang semalam dibawa dengan kenderaan polis ke Hospital Kemaman, hari ini. 
KEMAMAN - Guru, Nurhayati Sulong sanggup bergadai nyawa berpatah balik ke rumahnya dalam keadaan banjir yang semakin buruk semata-mata untuk mengambil kertas peperiksaan SPM yang belum diselesaikan.
 
Dan dalam perjalanan semula ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Geliga, Nurhayati, 37, maut bila bot yang dinaikinya terbalik dihanyutkan arus deras Rabu lalu.
 
Suami Nurhayati, Suhaimi Awang, 37, turut terkorban dalam tragedi itu yang berlaku bila bot berkenaan karam selepas terperangkap dalam pusaran air di Kampung Che Akob, di sini.
 
Enam orang anak pasangan suami isteri, Suhaimi Awang dan Nur Hayati Sulong 
Tiga anggota bomba dan tiga mangsa banjir lain bersama mereka selamat.   
 
Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman cukup terharu dengan tragedi itu.
 
"Saya amat merasa tersentuh dengan apa yang berlaku kerana saya dapat maklumat Allahyarham Cikgu Nurhayati ini, dia pulang ke rumah semata-mata hanya untuk mengambil kertas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang masih belum selesai ditanda.
 
"Ini satu pengorbanan yang sangat besar. Dia seorang guru yang hebat. Tanpa memikirkan keselamatan diri, beliau tetap nak balik mengambil kertas soalan SPM," katanya.

Air banjir dari Pahang dan Terengganu tidak akan mengalir ke Kelantan kata Shahidan...macam ni pun ado..!!

KOTA BHARU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memaklumkan keseluruhan air banjir dari Pahang dan Terengganu akan turun ke Kelantan.

Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan air akan turun ke sini adalah tidak benar kerana air dari Pahang dan Terengganu akan mengalir keluar ke laut, kata Shahidan ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu pada Sabtu.

Beliau turut memaklumkan Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai yang menempatkan lebih 400 orang mangsa banjir masih berdiri teguh. Ini sekaligus menafikan khabar angin, kononnya sekolah yang menjadi penempatan sementara mangsa-mangsa banjir telah roboh seperti yang disebarkan media sosial.

Pihak keselamatan telah membuat pemeriksaan dan mendapati bangunan sekolah tersebut tidak runtuh. Maklumat yang disebarkan itu tidak benar dan orang ramai di minta tidak mempercayainya.

Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan air akan turun ke sini adalah tidak benar kerana air dari Pahang dan Terengganu akan mengalir keluar ke laut.

"Sebutir beras adalah dari UMNO BN" Pergh... caya la... KO HADO????



Perkembangan di Kelantan (Sabtu, 27 Dis, 8:00 malam)

Malaysia: Worst Monsoon floods for years cause havoc in northeastern pen...

Aktiviti golf bersama Obama demi hubungan diplomasi negara, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan riadahnya bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang disifatkan sebagai “diplomasi golf”.

Katanya, permainan golf di pulau percutian Hawaii itu adalah hasil jemputan Obama yang berkunjung ke Malaysia awal tahun ini.

Permainan golf dengan pemimpin negara lain juga menjadi amalan bekas timbalan perdana menteri Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan juga bapanya sendiri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

“Setiap pagi semasa saya di luar negara saya mengikuti perkembangan dalam negara. Ekoran kejadian banjir yang semakin buruk, saya memutuskan untuk pulang ke Malaysia.

"Saya terus menuju ke Kota Bharu dan masih belum pulang ke rumah lagi,” katanya seperti dipetik dalam laporan berita TV1 malam ini.

Tiada keperluan untuk umum darurat di negeri dilanda banjir - Najib

KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan tiada keperluan pada masa ini untuk kerajaan mengumumkan darurat akibat banjir yang melanda Kelantan, Terengganu, Pahang dan negeri lain.

Katanya jika sekiranya kerajaan mengumumkan darurat, sudah pasti pihak insuran tidak akan membayar pampasan insuran.

Menurut, Najib sekiranya darurat diumumkan ianya termasuk dalam kategori ‘force majeure’ dan sekiranya ini berlaku syarikat insuran tidak perlu menjelaskan insuran dan kedua-duanya akan bergerak seolah-olah dalam situasi sekarang kerana semua agensi kerajaan telah diarahkan untuk menambah sebanyak mungkin bantuan.

Beliau berucap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Kelantan untuk meninjau keadaan banjir di negeri itu, hari ini.

Najib turut mengumumkan bantuan khas sejumlah RM500 juta kepada mangsa banjir di negeri yang dilanda bencana itu.

Beliau berkata dana tersebut itu akan diuruskan sepenuhnya oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan akan mula disalurkan selepas bencana banjir berakhir.

Tambahnya, bantuan ini akan diagihkan melalui MKN berdasarkan kriteria yang akan ditetapkan kelak.

Air mendadak naik, LPT ditutup

KUANTAN - Kenaikan mendadak air di Sungai Pahang dan banjir yang semakin buruk di daerah Temerloh menyebabkan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di KM126.3 ditutup kepada semua kenderaan.

Langkah itu Konsesi Anih Berhad sebagai langkah berjaga-jaga dan usaha memastikan pengguna lebuhraya selamat.

Ketua Bahagian Komunikasi Anih Berhad, Fazlyaton Hussein bagaimanapun berkata, sehingga jam 4.30 petang, KM126.3 di kedua-dua hala ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan atas nasihat polis.

Menurutnya, trafik dari hala Kuala Lumpur dilencongkan di Karak bagi mengelakkan kesesakan di Tol Plaza Lanchang.

“Keadaan ini boleh berubah secara drastik kerana keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya.

Difahamkan air mula naik di lebuhraya itu kira- kira dua meter dan melintasi jalan sejak jam 8 pagi tadi.

Anggota keselamatan kini sedang berjaga-jaga bagi memastikan pergerakan kenderaan lancar sepanjang perjalanan walaupun dalam keadaan banjir.

Ada beberapa kenderaan dilihat menggunakan lori pengangkut untuk mengangkut kenderaan yang terperangkap melintasi jalan di kawasan itu.

Banjir Besar: Najib umum bantuan khas RM500j

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bantuan khas RM500 juta kepada mangsa banjir di negeri yang dilanda bencana itu.

Beliau berkata dana itu akan diuruskan sepenuhnya oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan akan mula disalurkan selepas berakhirnya bencana itu.

"Bantuan ini akan diagihkan melalui MKN berdasarkan kriteria yang akan ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan melalui udara di jajahan terjejas teruk akibat banjir seperti Tumpat dan Tanah Merah.

Najib turut mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang dijadual akhir Januari depan, dipercepat kepada pertengahan bulan itu.

Selain itu, bagi meringankan lagi beban mereka yang terjejas, perdana menteri meminta institusi kewangan dan agensi yang menguruskan dana pinjaman menjadualkan semula tempoh pembayaran peminjam.

Mengulas lanjut, Najib berkata dana RM500 juta itu merangkumi bantuan bagi mangsa yang kediaman dan kenderaan mereka rosak akibat banjir.

Beliau bagaimanapun berkata ia tidak meliputi peruntukan yang akan ditentukan kemudian untuk membaiki kerosakan kepada institusi pendidikan, bangunan kerajaan, masjid, surau dan lain-lain.

ADUN dan MP DAP dihalau dari pusat pemindahan kerana sampaikan bantuan

Seorang ADUN DAP kecewa kerana pihak berkuasa di Kluang didakwa menghalang beliau menyampaikan bantuan untuk mangsa banjir.

ADUN Mengkibol, Tan Hong Pin mendakwa, beliau dihalau oleh pihak berkuasa tempatan ketika mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di Kluang, Johor.

Tan berkata beliau dan MP Kluang, Liew Chin Tong diminta beredar ketika sedang mengagihkan bantuan.

“Kami dipaksa membawa balik bekalan yang diagihkan di pusat pemindahan itu,” katanya yang kecewa dengan sikap “tidak profesional” uang ditunjukkan oleh pihak terbabit.

"Ini adalah situasi banjir yang serius, saya gesa kerajaan persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan mengenepikan perbezaan politik dan bekerjasama untuk membantu mangsa banjir,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, beliau bersama gerombolannya turut diminta beredar dari sebuah lagi kawasan, Kampung Bentong Dalam oleh ketua kampung tersebut dengan alasan kehadiran mereka tidak diundang.

Kerajaan Umno@Bn masih cakap tak serupa bikin – Ibrahim Ali

Tiap kali cadangan diberikan kepada kerajaan, langsung tidak diendahkan malah melenting dikritik.

ibrahim aliPETALING JAYA: Persiden Pribumi Pekasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali menegur kerajaan yang disifatkan sebagai orang yang sudah terhantuk baru tengandah semasa menghadapi bencana banjir yang sedang melanda.
Menurutnya, kerajaan sepatutnya mempunyai simpanan bekalan makanan yang sentiasa ada dan mencukupi pada masa kecemasan seperti banjir.
Beliau berkata, sebelum ini sudah berkali-kali cadangan untuk mengatasi masalah banjir diajukan kepada kerajaan namun langsung tidak diendahkan.
“Saya telah berhujah serta mencadangkan agar bantuan makanan hendaklah disimpan dalam stor di semua tempat yang selalu dilanda banjir.
“Secara peribadi saya mahu cakap, bila dikritik melenting, suruh beri cadangan membina. Bila beri cadangan tidak diambil kisah dan tidak dipandang pun,” katanya dalam satu kenyataan.
Tegasnya, kerajaan masih mengamalkan sikap ‘cakap tak serupa bikin’, apabila setiap cadangan yang diberi hanya sekadar didengar tanpa tindakan susulan.
Menurut Ibrahim, beliau pernah memberikan cadangan semasa menjadi anggota Dewan Rakyat ketika membahaskan Belanjawan Peringkat Jawatankuasa Majlis Keselamatan Negara.

Banjir lumpuhkan Hospital Kota Bharu

Banjir lumpuhkan Hospital Kota Bharu
KUALA LUMPUR: Kejadian banjir di Kelantan telah melumpuhkan perkhidmatan kesihatan di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu.

Air yang naik melimpah ke kawasan hospital menyebabkan kesemua perkhidmatan kritikal di sana telah dipadamkan demi keselamatan.

Bagi memastikan pesakit berada dalam keadaan selamat dan mendapat rawatan terbaik, pihak hospital berusaha memindahkan pesakit keluar dari Hospital Raja Perempuan Zainab 2 ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Astro AWANI difahamkan kebanyakan petugas hospital telah bertugas selama lebih 36 jam untuk usaha ini.

“Kita pindahkan pesakit kerana telah mendapat maklumat awal bahawa bekalan elektrik akan ditutup. Pihak Tenaga Nasional Berhad telah menghantar set janakuasa untuk membantu kita” kata Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab 2. Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan ketika ditemui Astro AWANI.

Dr Ghazali turut memberitahu, setakat ini sebanyak 200 kakitangan yang  berada di Hospital Raja Perempuan Zainab 2.

Setakat ini, kebanyakan mangsa dipindahkan menggunakan kenderaan bomba dan juga Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Banjir: Orang ramai serbu 10 stesen minyak di Kelantan

Penunggang motosikal menyerbu stesen minyak Petronas Demit, Kubang Kerian.  
Penunggang motosikal menyerbu stesen minyak Petronas Demit, Kubang Kerian.
KOTA BHARU - Kehabisan bekalan petrol mendesak pengguna menyerbu stesen minyak yang masih ada baki bekalan.

Pelanggan dari Pasir Mas, Khairul Fahmi Yusof, 33 berkata, disebabkan permintaan tinggi dia terpaksa mencari bekalan petrol di kesemua 10 stesen minyak yang ada di sini.

"Saya tertekan dengan keadaan ini memandangkan stesen minyak dari Pasir Mas, Pasir Puteh dan 2 stesen minyak lain kehabisan petrol.

"Kebanyakan petrol sudah habis dan hanya ada diesel sahaja. Malah ada pengguna kecewa setelah beratur hampir dua jam, akhirnya penjual memohon maaf akibat kehabisan minyak," katanya kepada Sinar Harian semasa ditemui di Stesen Minyak Petronas Demit, Kubang Kerian, di sini.

Mangsa banjir di Hulu Dungun perlu bantuan segera

DUNGUN - Kira-kira 3,000 mangsa banjir di 20 buah kampung di Hulu Dungun memerlukan bantuan pakaian serta makanan setelah hampir 80 peratus kawasan mereka ditenggelami air.
  
Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Shukor, Shukor Jailina Abdullah berkata hampir keseluruhan penduduk kini tinggal sehelai sepinggang dan memerlukan bantuan pakaian, lampin bayi, tuala wanita serta keperluan diri yang lain.
  
"Kami terpaksa memakai baju yang sama setiap hari. Kami tidak tahu nak minta tolong daripada siapa sebab kami semuanya mengalami nasib sama," katanya kepada Bernama.
  
Beliau berkata penghantaran bantuan ke kampung itu sukar dilakukan kerana  jalan utama runtuh akibat mendapan tanah.
  
Namun beberapa pihak termasuk Pejabat Penyelaras Dun Bukit Besi serta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah dan beberapa NGO telah menghantar bantuan makanan, katanya.
  
Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Roslee Daud berkata pihaknya akan memantau dan memastikan bekalan makanan di pusat pemindahan mencukupi.
  

4,556 mangsa banjir Pulai Chondong terima bantuan makanan

"Bagaikan rezeki turun dari langit... Alhamdulillah", begitulah ucapan kesyukuran seorang mangsa banjir Azwan Ibrahim apabila menerima bekalan makanan dari pusat agihan bantuan banjir daerah Pulai Chondong hari ini.
Azwan yang mewakili kira-kira 400 mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Pangkal Nering, Pulai Chondong turut berterima kasih atas bantuan yang diterima hari ini, yang disifatkan tiba tepat pada masanya.
"Bekalan makanan yang ada hanya cukup untuk masak tengah hari ini menyebabkan kami risau apabila tiada apa untuk dimakan lagi... namun bantuan makanan tiba dan ia menceriakan kembali semua mangsa banjir di sini," katanya. 
Menceritakan kesusahan yang dialami mangsa banjir, pekerja swasta berusia 38 tahun itu berkata beliau dan mangsa lain mengalami kesukaran selama beberapa hari apabila pusat pemindahan terputus bekalan elektrik dan air bersih sejak empat hari lepas. "Sebelum ini, kami hanya mengunakan air tadahan hujan untuk masak dan minum," katanya.
Ab Majid Ahmad, 64, yang merupakan seorang pesara jabatan kerajaan berkata beliau berasa syukur dengan bantuan makanan yang diberikan dan berharap pihak berkuasa dapat menghulurkan bantuan lain seperti ubat-ubatan dan selimut untuk kegunaan warga tua dan kanak-kanak.
"Alhamduillah dua bot dari pihak kerajaan negeri dan kerajaan pusat berganding bahu tiba pada tengah hari ini... saya rasa gembira dapat melihat semua orang tidak kira apa fahaman politik mahupun bangsa dan agama sama-sama berganding bahu," katanya.

Esok cuti bagi seluruh negeri Kelantan - MB

KOTA BHARU: Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, musibah banjir yang luar biasa melanda Kelantan adalah ujian dan gambaran permulaan kepada kehidupan di alam lain nanti.

Katanya, di situ manusia keseluruhan kelam-kabut, penuh ketakutan dan di kala itu hanya Allah yang menjadi tumpuan di mana segala permohonan dan pujuk rayu dipersembah ke pangkuan Allah.

"Apabila kita mengalami banjir sebegini, beringatlah bahawa Allah ingin memberi amaran agar kita membuat persiapan serapinya apabila berpindah alam nanti," ujarnya dalam satu kenyataan

Di atas memahami ujian yang berat itu, beliau menyeru kepada semua rakyat agar bantu membantu antara satu sama lain, mendahulukan kepentingan nyawa dalam saat-saat yang mencemaskan ini.

Justeru, ujar beliau pihak kerajaan negeri bersama Kerajaan Pusat terus menerus membekalkan bekalan dan bantuan sehingga kini walaupun terdapat beberapa laluan sukar.

Di atas hasrat itu, beliau berkata kerajaan negeri mengumumkan bahawa hari Ahad 28 Disember 2014 (esok) adalah hari cuti bagi seluruh Negeri Kelantan.

Kata beliau lagi, kerajaan akan memaklumkan daripada semasa ke semasa tentang pengumuman-pengumuman rasmi yang lain.

Tubuh majlis pulih kerosakan akibat banjir, kata PAS

Mengambil pengajaran dari bencana tsunami di Aceh, Pemuda PAS hari ini mengesyorkan sebuah Majlis Pembangunan Pasca Bencana diwujudkan berperanan memulihkan dan membangunkan semula penduduk dan kawasan dilanda banjir.
Ia dicadangkan disertai semua pihak melibatkan wakil kerajaan persekutuan dan negeri – walaupun kedua-dua di bawah pentadbiran parti politik yang berbeza – pihak swasta, institusi kewangan, badan bukan kerajaan (NGO) dan juga ahli akademik.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Mohd Nasaie Ismail berkata dalam satu kenyataan, majlis itu akan memainkan peranan menyelaras kerjasama semua pihak dalam membangunkan semula kediaman penduduk yang rosak dan hilang serta kemudahan-kemudahan awam.
"Ia juga boleh mencari jalan menyelesaikan masalah hutang kenderaan yang rosak akibat banjir," katanya mengambil contoh dari kejadian tsunami yang melanda Aceh 10 tahun lalu.
"Bencana tersebut (tsunami) membuatkan semua pihak yang bertelagah melakukan gencatan politik dan meletakkan fokus menyelamat dan membangunkan semula negeri tersebut dengan bantuan pelbagai pihak, khususnya NGO antarabangsa. "Maka hal yang sama mesti dilakukan di negara kita.
"Walaupun negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS menjadi fokus ketika ini, majlis ini boleh dijadikan model pengurusan pasca bencana kerana banjir sebegini boleh berlaku juga di negeri lain," katanya.

Antara Bohong Dan Kebenaran...!!!! 1967 atau 2014..???



Banjir: UMK disahkan tutup

LPT Gombak-Jabor ditutup pada kenderaan ringan

KUALA LUMPUR - Kedua-dua arah Lebuhraya Pantai Timur yang menghubung Gombak dan Jabor ditutup pada kenderaan ringan berikutan keadaan banjir yang semakin buruk di Temerloh setelah paras air Sungai Pahang meningkat.
 
Pengendalinya, Anih Berhad berkata pengguna yang menghala ke timur ke arah Kuantan akan dilencong ke jalan biasa daripada tol Lanchang dan memasukinya semula di tol Maran, dan sebaliknya bagi pengguna yang menghala ke arah barat.
 
Namun ia berkata kenderaan berat dibenarkan melalui laluan yang ditutup itu.

Sementara itu di Jertih, Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Anggota Parlimen Besut berkata satu perancangan perlu dibuat bagi membina laluan air yang sesuai dengan pembinaan rangkaian laluan lebuh raya di negara ini.
 
“Kalau lebuh raya dibina bagi kenderaan dapat bergerak dengan lancar, maka laluan atau lebuh raya air juga perlu dibina supaya air dapat dialirkan dengan teratur dan tidak menyebabkan banjir di mana-mana," katanya.
 
Beliau berkata terdapat beberapa lokasi di LPT yang terjejas akibat limpahan air banjir kerana laluan air tidak disediakan dengan teratur. - Bernama

Banjir kali ini luar jangkaan penduduk Kelantan

KOTA BHARU - Penduduk di Taman Bendahara Pengkalan Chepa di sini menyifatkan banjir pada tahun ini merupakan fenemone luar biasa dalam sejarah negeri Kelantan.
 
Che Mi Samad 63, berkata, sepanjang tinggal di kawasan berkenaan kediamannya tidak pernah digenangi air walaupun hujan lebat.
 
"Banjir tahun ini merupakan kejadian di luar jangkaan memandangkan air naik mendadak dengan cepat.
 
"Setakat ini kediaman saya dinaiki air sehingga paras buku lali namun masih boleh bertahan dan masih belum berpindah,"katanya.
 
"Kenaikan air tidak dapat dijangka namun setakat ini di paras berjaga-jaga dan saya masih memantau keadaan 
 
"Saya berharap supaya banjir di negeri ini pulih dan keadaan akan kembali seperti sediakala,"katanya.

Lebuhraya Pantai Timur LPT dinaiki air

Banjir: Keadaan Di Sekitar Pangkalan Chepa

Banjir: Keadaan Di Sekitar Kota Bharu

Banjir: Keadaan Di Sekitar Pasir Pekan

Banjir di Kelantan meruncing dengan 81,925 mangsa

Banjir di Kelantan semakin meruncing apabila jumlah mangsa kini mencecah 81,925 orang manakala keadaan di Kedah semakin pulih setakat tengah Sabtu.

Di KELANTAN, 26,000 mangsa direkodkan di Tumpat, menjadikan jajahan itu paling teruk terjejas diikuti Kota Baharu dengan 24,034 mangsa.
Jajahan Pasir Mas juga masih mencatatkan jumlah mangsa yang tinggi iaitu 12,332 orang, Kuala Krai (5,200 orang) Gua Musang (5,150), Machang (4,039), Tanah Merah (3,548)Jeli (1,430) dan Pasir Puteh (192).
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata kesemua mangsa daripada 20,177 keluarga itu ditempatkan di 254 pusat pemindahan.
Dalam pada itu, tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan di sepanjang laluan utama dari bandar Kota Baharu ke Pengkalan Chepa telah dinaiki air, dan kebanyakan kawasan hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.
Antara laluan yang terjejas ialah Jalan Sabak, Jalan Pengkalan Chepa, dan Jalan Tok Guru.

Di KEDAH, keadaan dilaporkan beransur pulih dengan baki 13 mangsa telah dibenarkan pulang dan pusat pemindahan terakhir di daerah Bandar Baharu telah ditutup.

Berbeza di TERENGGANU, 35,246 penduduk melibatkan 6,750 keluarga masih berada di pusat pemindahan.
Daerah Kemaman masih mencatatkan mangsa tertinggi dengan 25,055 orang, diikuti Dungun (8,725 orang), Kuala Terengganu (1,247 orang) dan Hulu Terengganu (219 orang).
Sebanyak 99 pusat pemindahan masih dibuka iaitu 50 di Kemaman, Dungun (35), Kuala Terengganu (9) dan Hulu Terengganu (5).

Mangsa minta bantuan segera, banjir terburuk sejak 50 tahun

B51iqdLCAAAkbexKETEREH, 27 DIS: “Pertama kali sepanjang 50 tahun saya hidup alami banjir besar ini, ” kata penduduk Kampung Lubok Besar, Kok Lanas, Sanusi Junoh.
Sanusi berkata, kejadian malang yang berpunca daripada limpahan air Sungai Kelantan itu menyebabkan dia dan lima ahli keluarga terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir di Politeknik Kota Bharu, di sini, sejak 26 Disember lalu .
“Air di luar rumah naik sehingga paras pinggang. Saya berharap sangat bantuan air dapat disalurkan segera kerana pusat pemindahan ini sudah terputus bekalan itu.
“Susah untuk kami mengambil wudhuk. Bekalan elektrik juga terputus sejak saya berpindah ke sini, semalam,” katanya.
Dia ditemui ketika rombongan Kerajaan Negeri yang disertai Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali iaitu Shuhaimi Shafiei dan Exco Kebajikan, Dr Daroyah Alwi serta Pengerusi Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (PANTAS), Hamsah Djabir melawat pusat pemindahan itu dan menghulurkan sumbangan makanan.
Lawatan itu mendapat kerjasama daripada Pengarah Bilik Gerakan Banjir PAS kawasan Ketereh merangkap Setiausaha PAS kawasan berkenaan, Nik Mahadi Nik Mahmood dan Ketua Wanita PKR Ketereh, Nur Faizah Hashim serta jawatankuasa PKR Kelantan.
Rombongan berkenaan turut menyalurkan sumbangan bekalan makanan di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Pangkal Kalong, di sini.
Sehingga kini 2,456 mangsa banjir ditempatkan di lima pusat pemindahan kawasan Ketereh, yang mana air mencecah paras pinggang di beberapa lokasi.

Azmin ziarah Nik Aziz di HUSM, lawat mangsa banjir Kuala Krai

B51JwaNCQAAIAZdKOTA BHARU, 27 DIS: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menziarahi Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), di sini, hari ini.
Mohamed Azmin meluangkan masa kira-kira 20 minit bersama Nik Aziz yang menghidap penyakit jantung.
Beliau kemudian meneruskan lawatan ke atas mangsa banjir menaiki helikopter di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini.
Lawatan itu turut disertai Naib Presiden PAS merangkap Adun Salor, Datuk Husam Musa.
Mohamed Azmin berada di Kelantan bagi meninjau keadaan banjir di negeri itu, selain menyampaikan sumbangan RM1juta, sejak semalam dan bakal pulang ke Selangor, petang ini.
Beliau turut disertai Setiausaha Politiknya, Shuhaimi Shafiei; Setiausaha Sulitnya,  Muhammad Hilman Idham dan Exco Kerajaan Negeri, Dr Daroyah Alwi serta Amirudin Shari juga Pengerusi Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (PANTAS),  Hamsah Djabir.

JANJI SEMUA BARANG2 BANTUAN ADA MUKA NAJIB, LOGO 1 MALAYSIA & 1M4U...


#LAPORAN BANJIR KHAS 11 AM [27 Dis 2014]

Worst monsoon floods in decades hit Malaysia

Banjir 2014 :Selepas Jambatan Pasir Tumboh 27 Dis 2014 10.30AM

Banjir 2014 : Jalan Hadapan Istana Negeri 27 Dis 2014 - 9.30AM

Keadaan LTSIP sesak ekoran banjir teruk

Raihan (kanan) rakannya serta Norizan terpaksa tidur di laluan kaki lima LTSIP ekoran keadaan banjir teruk di Kelantan.  
Raihan (kanan) rakannya serta Norizan terpaksa tidur di laluan kaki lima LTSIP ekoran keadaan banjir teruk di Kelantan.
KOTA BHARU - Keadaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa sesak sejak malam  semalam, setelah jalan darat yang menghubungkan Kelantan ke daerah lain di negeri ini terputus hubungan.

Seorang pelajar semester kedua jurusan jururawat, Raihan Abdul Aziz, 19, dari Kolej Polytech Mara (KPTM) berkata dia terpaksa bermalam di LTSIP sebelum berlepas ke Kuala Lumpur sejak semalam dan meneruskan perjalanan ke kampung halaman di dengan bas ekspres ke Perlis.

"Kami bergilir-gilir tidur sementara rakan yang berjaga mengawasi barangan dan beg masing-masing sebelum berlepas pada tengahari ni dengan pesawat pada jam 1 petang ini.

"Memang amat memenatkan, namun kerana keadaan kolej yang digenangi air sehingga paras pinggang memaksa kami untuk pulang dan ambil cuti kecemasan sebelum memulakan semula sesi pembelajaran baru," katanya.

MB Kelantan: Sidang DUN khas ditangguhkan


Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob mengumumkan penangguhan sidang khas DUN untuk membentang pindaan rang undang-undang hudud yang sepatutnya berlangsung Isnin.

Laporan Berita Harian Online menyebut, Ahmad mengumumkan perkara itu dalam sidang medianya hari ini di Kelantan yang terjejas teruk akibat banjir.

Usul pindaan itu melibatkan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (Ii) 1993 pindaan 2004.

Najib dijangka tiba di KB hari ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan tiba di Kota Bharu hari ini.

Najib akan terus menuju bandar yang dilandar banjir itu selepas memendekkan percutiannya di Amerika Syarikat termasuk permainan golf dengan Presiden, Barack Obama di Hawaii.

Perdana menteri menerima kritikan meluas kerana bercuti ketika negara dilanda banjir yang menyebabkan lebih 132,000 orang hilang tempat tinggal.

Percutiannya itu turut mendapat liputan media Amerika Syarikat termasuk Washington Post dan New York Times.

Laman penjejak penerbangan Flight Tracker menunjukkan bahawa pesawat perdana menteri dengan tanda panggilan 9M-NAA berlepas dari Hawaii ke Los Angeles sebelum tiba di Indianapolis pada jam 6.52 petang semalam.

Bagaimanapun laman berkenaan menunjukkan pesawat tersebut masih berada di Indianapolis. Setakat ini, belum dapat disahkan sekiranya Najib menggunakan pesawat lain untuk kembali ke tanah air.

Difahamkan, perdana menteri akan melakukan penerbangan terus ke Kota Bharu.

KERANA JEREBU DARURAT DISYTIHAR, MENGAPA PULA TIDAK KERANA BANJIR

Banyak pihak yang melihat keadaan banjir di Kelantan khsusunya dan di negeri lain amnya sebagai luar biasa berbanding dengan keadaan banjir yang berlaku pada tahun-tahun sebelum ini. Lantas tentulah usaha menangani krisis sebegini memerlukan tindakan yang luar biasa juga dari pihak kerajaan.
Aku hanya ‘menumpang’ memberikan pandangan dan jauh sekali dari mengkritik apa yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu bagi menyelamatkan mangsa banjir. Kelihatan semua pihak begitu perihatin dalam menghulurkan sumbangan dari segi tenaga ataupun barangan serta wang ringgit demi untuk meringankan bebanan yang dihadapi oleh mangsa banjir yang malang.
Bukan sesuatu yang mudah menguruskan krisis yang sebegini, terutamanya bagi penyelenggaraan sebuah negeri seperti Kelantan. Aku merasakan yang paling penting sekali ialah hal yang berkaitan dengan pengurusan dan penyelenggaraan. Ia memerlukan ‘coordinated effort’ yang bukan kepalang. Amat memerlukan usaha yang paling terancang agar ‘sistem’ penyelenggaraan dan penyelamatan mangsa banjir dapat dijalankan dengan berkesan.
Disebabkan yang berkemungkinan besar bencana banjir ini akan merebak ke negeri-negeri lain seperti ke Terengganu, Pahang, Johor, Perak, Kedah dan Perlis maka aku merasakan sebuah jawatankuasa ‘besar’ peringkat kabinet perlu ditubuhkan khas untuk menangani bencana banjir yang sedang menular kini. Maknanya memerlukan seorang ketua yang betul-betul berwibawa (seorang menteri kabinet) yang perlu dilantik untuk mengetuai gerakan menangani krisis ini. Justeru adalah amat wajar DS Mohd Najib mengadakan mesyuarat kabinetnya setibanya sahaja beliau dari luar negara dan terus bertindak melantik jawatankuasa berkenaan untuk menguruskan ‘malapetaka’ yang sedang menimpa negara. Maknanya ‘ketua’ yang bersifat ‘Touch and Go” tidak begitu berkesan menangani banjir sebesar ini.
Sebuah kerajaan yang ‘action oriented’ tidak perlu menunggu lebih lama untuk menjalankan tindakan, apatah lagi apabila memikirkan bahawa lagi lama dilengahkan proses ini maka lagi banyak korban yang berlaku.
Aku merasakan cadangan untuk mengisytiharkan keadaan Darurat adalah langkah yang agak sepatutnya diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani keadaan yang agak krtikal ini. Kehadiran pemimpin-pemimpn ke tempat kejadian bukan lagi merupakan ‘Touch and Go’ lagi tetapi memerlukan seorang yang bertaraf menteri yang boleh memberikan arahan dan mesti dilantik oleh Kabinet agar setiap arahannya berkesan dan diikuti. Dalam keadaan yang berlaku kini aku khuatir kalau-kalau ‘too many cooks will spoil the broth’. Disebabkan terlalu banyaknya arahan, boleh menyebabkan ‘arahan’ mana yang perlu diikuti dan dipatuhi.
Keadaan banjir di Kelantan semakin serious dan memerlukan tindakan amat segera. Jikalau mengikut petikan dari Wikipedia, the Free encyclopedia, pengisytiharan Dharurat itu bermaksud, “that the government can suspend and/or change some functions of the executive, the legislative and or the judiciary during this period of time. It alerts citizens to change their normal behaviour and orders government agencies to implement emergency plans. A government can declare a state of emergency during a time of natural or human-made disaster…..”

Kenapa Mesir mahu tangkap Qaradawi?

Oleh HARIS ZALKAPLI
Di dunia Arab, tiga negara kini berada di barisan paling hadapan dalam kempen menentang kebangkitan Ikhwan al-Muslimin; Arab Saudi, Mesir, dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE), yang mendapat sokongan rejim-rejim Arab lain.
Di satu pihak lain, Qatar dan Turki menjadi penyokong kuat Ikhwan, dengan Qatar menjadi pendana dan pelindung politik utama kepada Ikhwan di seluruh dunia Arab. Turki di bawah Recep Tayyip Erdogan dan Ahmet Davutoglu turut menjadi sekutu rapat Ikhwan. Hamas berada dalam kem yang sama dengan Ikhwan al-Muslimin, dan pada dasarnya boleh dianggap sebagai sebahagian Ikhwan, walaupun pecahan dalam agak lebih kompleks.
Satu pihak lagi ialah Iran dan Syria, dan sekutu-sekutu bukan negara mereka seperti Hizbullah, Hamas, dan Jihad Islami. Kumpulan ini dimusuhi oleh kedua-dua kumpulan di atas kerana pelbagai isu terutama melibatkan penguasaan di dunia Arab.
Perkembangan yang berlaku di dunia Arab pada masa ini, yang ada kalanya tidak dikaitkan dengan kebangkitan Arab yang bermula pada 2011 seperti pergolakan terkini di Yaman dan tekanan ke atas Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi berkait langsung dengan kempen anti-Ikhwan dan anti-Qatar oleh kuasa-kuasa lama Arab.
Mesir yang dikuasai Ikhwan, yang disokong Qatar telah ditamatkan riwayatnya dengan kejatuhan Presiden Mohamed Morsi. Kuasa baharu di sana kini disokong oleh Arab Saudi dan sekutunya di Teluk, Emiriyah dan Kuwait.
Sejurus selepas Morsi dijatuhkan, Arab Saudi, Emiriyah dan Kuwait segera menjanjikan bantuan sebanyak AS$12 bilion, sebagai usaha mengatasi pengaruh Qatar dan menarik Mesir ke pihak mereka.
Ini bermakna, tindakan Mesir terhadap al-Qaradawi dan Ikhwan ini berkait langsung dengan kepentingan bersama Saudi, Emiriyah dan Kuwait yang kini menjadi pendukung Mesir.

Sedih ada orang PAS boleh percaya fitnah musuh bab banjir & hudud keatas LIM KIT SIANG

Macai Kantoi.. dan Firefly tawar untuk terbangkan bantuan RM1.5 Juta Pulau Pinang ke Kelantan..
Imej yang memaparkan wajah Lim Kit Siang dengan tajuk 'DAP akan bantu Kelantan jika setuju batalkan hudud' di atas adalah apa yang telah disebarkan dalam beberapa Blog Macai..
Penasihat DAP, Lim Kit Siang kononnya dikatakan telah menyatakan DAP bersedia membantu kerajaan Kelantan menghadapi banjir di negeri itu sekirana rancangannya untuk laksana hudud dibatalkan..
Entah mana dia dapat aku tak tahu.. tapi biasalah.. namapun macai kalau tak sebar fitnah serupa makan nasi tak minum air lah..
Ini apa yang DAP lakukan untuk membantu mangsa banjir, bukan saja di Kelantan tapi diseluruh negeri-negeri yang dilanda banjir..

KUALA LUMPUR, 26 DIS – DAP hari ini melancarkan Tabung Bencana Banjir bagi mengumpulkan sumbangan daripada rakyat Malaysia untuk disalurkan kepada usaha-usaha membantu mangsa-mangsa bencana tersebut di seluruh negara.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook dalam kenyataannya berkata tabung tersebut adalah tanda solidariti DAP bersama ratusan ribu mangsa banjir.

“Sebagai permulaan, DAP Pusat telah memutuskan untuk memperuntukkan RM10,000 untuk tabung tersebut,” ujarnya.

MB Kelantan mohon maaf tak dapat agih bantuan kerana terperangkap banjir


Post Pic

Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob memohon maaf kerana tidak dapat membantu mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir kerana beliau sendiri terperangkap di kediamannya.
 
Beliau berkata, kediamannya di Alor Pasir, Pasir Pekan itu turut dinaiki air sejak semalam.
 
"Saya memohon maaf kepada sekalian rakyat khususnya rakyat di DUN saya kerana pada masa ini saya menghadapi kesukaran untuk keluar mengagihkan bantuan kerana saya turut terperangkap dengan air yang mulai masuk ke rumah.
 
"Sama-samalah kita berdoa, solat hajat dan jangan putus munajat kepada Allah agar diselamatkan sekalian rakyat Kelantan daripada bencana ini," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
 
Dalam pada itu, hari ini beliau dijangka mengumumkan keputusan mengenai sidang khas DUN Kelantan yang dijadualkan pada Isnin depan akan diteruskan atau tidak.
 
Semalam dilaporkan kawasan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Kota Darul Naim, yang menempatkan bangunan DUN turut dinaiki air.
 

Banjir: Empat gadis 'nekad' tidur dalam kereta lebih empat hari

KOTA BHARU: Empat sahabat karib yang menjadi mangsa banjir di bandar ini bertekad untuk 'berteduh' di dalam kereta masing-masing dek bimbang paras air terus naik.

Siti Mariah Ab.Majid, 28, yang bekerja di sebuah agensi pelancongan, berkata beliau dan tiga rakannya mengambil keputusan untuk tidur di dalam kereta masing-masing di tempat letak kereta Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

"Kami tiada pilihan selain tidur di dalam kereta apabila kehabisan wang tunai kerana mesin ATM tidak berfungsi dan semua hotel telahpun penuh sejak beberapa hari lepas," katanya.

Siti Mariah berkata selain mereka berempat, terdapat beberapa warga bandar itu yang turut berlindung di dalam kenderaan masing-masing di kawasan letak kereta tersebut.

"Walaupun ketakutan dan kadang kala menangis, saya kuatkan diri untuk tempuhi bencana ini," kata Siti Mariah yang berasal dari Pulau Chondong dekat Machang.

Wartawan cerita saat mencabar terkandas di Kuala Krai

Seorang wartawan dan jurugambar Utusan Malaysia hari ini menceritakan pengalaman mencabar berada di jajahan paling teruk terjejas banjir di Kelantan iaitu Kuala Krai.
Menceritakan kembali detik cemas terkandas selama dua hari sejak Rabu lepas, Zaain Zain berkata pelbagai pengalaman terpaksa dilaluinya ketika membuat liputan banjir di kawasan berkenaan.
"Kami perlu meredah air paras dada dalam keadaan hujan lebat, menumpang kenderaan orang ramai dan menaiki tujuh buah bot sebelum tiba di bandar Kuala Krai berikutan jalan ditenggelami air.
"Ada satu ketika, kami melihat ada seorang remaja dihanyutkan bersama motosikalnya kerana arus deras ... nasib baik beliau sempat diselamatkan orang ramai," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata ketika tiba di bandar Kuala Krai hampir keseluruhan bandar itu ditenggelami air.
"Kawasan itu bagaikan lautan hanya nampak air bila tiba di kawasan bandar, memang menitis air mata melihat semua musnah. Kami pada mulanya ingin ke Kampung Manek Urai tetapi tidak dapat ke sana berikutan tiada pengangkutan yang mahu membawa kami ke sana," katanya.
Zaain berkata beliau terpaksa tidur di dalam trak milik tentera yang keluar menyelamatkan mangsa banjir.
"Kami tidak dapat keluar ke Kota Baharu kerana air semakin tinggi, jadi kami terpaksa bermalam di sini (Kuala Krai). Kami juga terpaksa menahan lapar berikutan bekalan makanan tiada dan kesejukan kerana pakaian basah," katanya.
Sementara itu, jurugambar Jazaly Amry Jaafar berkata keadaan banjir di Kuala Krai sangat serius.
"Saat paling tidak dapat dilupakan ialah bot yang dinaiki hanyut kerana enjin bot rosak, kami dihanyutkan ke kawasan kebun getah. Kami bernasib baik kerana pengendali bot dapat menghidupkan kembali enjin dan membawa kami ke tempat selamat," katanya.

Mangsa cecah 132,684, Negeri Sembilan mula dilanda banjir

Negeri Sembilan menjadi negeri kelapan dilanda banjir sejak bencana itu melanda negara 10 hari lepas.
Lebih 300 penduduk di Negeri Sembilan terjejas, menjadikan keseluruhan mangsa banjir di seluruh negara kini mencecah 132,684 orang setakat pagi ini.
Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang dan Perak pula semakin buruk manakala Perlis serta Kedah dilaporkan bertambah baik.

Di Kelantan, sejumlah 55,960 mangsa banjir berada di pusat pemindahan berbanding 45,467 semalam. Cuaca di Kota Baharu dilaporkan mendung dan hujan sudah berhenti pagi ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual melawat negeri itu hari ini bagi meninjau sendiri keadaan banjir yang semakin merebak. –  Bernama

SURAT KEPADA NAJIB RAZAK DARI MANGSA BANJIR

Tiba-tiba kerah habis-habisan...oooo najib nak lawat rupanya....!!!
Assalamualaikum Dato' Seri.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada Dato' Seri.

Kami, rakyat Malaysia pun tengah bercuti sekarang, bukan cuti sambut Krismas, tapi cuti sebab seluruh bandar sudah lumpuh. Air di mana- mana.

Dato' Seri baca dah kisah Dr Adibah di Hospital Kuala Krai? Kalau belum, saya dah sedia link kat situ, klik je. Ngeri betul macam ada Zombie Apocalypse. Saya tertanya-tanya apakah nasib bayi dalam cerita itu.

Dato' dah makan? Mungkin makan makanan laut di Hawaii tu. Sedapnye.
Saya dah makan? Sudah. Makan Maggie je. Tu pun Alhamdulillah ada juga bantuan. Terima kasih rakyat Malaysia.

Saya tak mahu cerita kisah teruk hidup saya. Saya bimbangkan saudara saya di Kelantan. Bantuan lebih susah nak masuk di sana. Entah apa mereka makan. Nak masuk pakai apa? Helikopter tak boleh guna sebab masalah cuaca.
Bot? Hoverkraf? Kenderaan Amfibia?

Shahidan Kassim pernah cakap, kemampuan kita menangani banjir lebih hebat dari negara luar.Soalannya, di mana kemampuan itu?

Saya tak mahu jadi meraka yang menyalahkan Dato' Seri yang tidak pulang ke Malaysia ketika bencana ini.
Secara logik, TPM sudah cukup untuk tangani isu ini. Tapi kalau Dato' Seri bijak, kejadian ini bukan kali pertama jadi kepada pemimpin dunia.

Ingat mamat ini? Shinzo Abe. Dia dikutuk teruk sebab main golf di waktu bencana
tanah runtuh di Hiroshima, sama macam Dato'. Bukan dia saja, Obama sendiri pun pernah kena kes macam ni, dia main golf ketika salah seorang wartawan US dibunuh IS baru-baru ini. Obama tak ada cakap apa-apa waktu Dato' main sekali
dengan dia ke?

Kalau Dato' Seri ada cita-cita untuk menang PRU depan, dengan segala masalah negara ini di bawah kepimpinan
Dato', percayalah, isu ini tak membuatkan imej Dato' nampak baik. Apa? Obama panggil Dato' main untuk second set?

Baiklah, biar saya terus straight to the point surat saya ini.
1) Dato' perlu balik.
2) Isytihar darurat. Inilah sebabnya Dato' kena balik. TPM tak boleh isytihar darurat. Soalan paling besar.

Kenapa masih tak isytihar darurat sampai sekarang?

Adakah kerana Menteri Dalam Negeri, Hisyambudin Tun Hussein sekarang juga di luar negara?

Adakah kerana kerajaan mahu anak tirikan Kelantan dalam memberi bantuan, kami tengok, liputan TV pun tak seberapa di sana, alih-alih, gambar yang sama, nasib baiklah ada khabar dari FB mangsa-mangsa.

Adakah aset ketenteraan Malaysia tak cukup dan kerajaan bimbang darurat ini akan menunjukkan kemampuan sebenar aset negara yang amat terhad.

Adakah angka LEBIH DARI 100000 orang mangsa yang dipindahkan itu MASIH TIDAK dianggap parah untuk diisytiharkan DARURAT?

Soalan akhir itu saya nak Dato' baca 100000 KALI!!!
3)Luluskan geran bantuan bencana alam.
4)Cari salah orang.
Yang ini mesti semua orang suka.Banjir ni bukan tahun ni je jadi Dato'. Tiap tahun jadi.

Soalannya.
Apa puncanya?
Adakah sebab Kelantan tebang balak banyak?
Adakah sebab sistem perparitan?
Adakah sebab Global Warming?
Point inilah yang boleh buat Dato' jadi juara rakyat yang sebenar, bukannya dengan cara TTPA, 1MDB. Itu sahaja Dato' tulisan dari seorang mangsa banjir.
Saya cuba untuk tak terlalu beremosi, walau gatal kaki ini bermain air.

Elektrik mungkin akan ditutup di kawasan saya di waktu terdekat.
Jadi saya gunakan sisa-sisa elektrik yang terakhir ini untuk dapatkan perhatian Dato'.

SURAT INI TAK AKAN SAMPAI KEPADA PM MALAYSIA.
Tak akan sampai, tanpa pembaca-pembaca seperti anda membuatkan surat ini viral

Jom SHARE.
Post di Facebook. RT di Twitter. Cakap dengan kawan pasal surat ini.
Selagi surat ini tak sampai pada DS Najib, darurat tak akan diumumkan. Bantuan tak akan sampai.

Orang yang banyak duit, boleh derma pada mangsa banjir.
Orang tiada duit? SHARE surat ini bagaikan esok tidak akan tiba!!!

Penjelasan JKR mengenai spekulasi Jambatan Sultan Yahya Petra retak

Penjelasan JKR mengenai spekulasi Jambatan Sultan Yahya Petra retak
KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) hari ini memaklumkan berita yang tersebar di media sosial mengenai kononnya Jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Bharu, Kelantan telah tergelincir daripada tiang asal adalah tidak benar.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, JKR memaklumkan telah melakukan penyiasatan dan hasil pemeriksaan didapati tiada sebarang gelinciran berlaku pada Jambatan tersebut. 

JKR turut memberitahu bahawa bahagian crosshead tiang sambut yang dimaksudkan sememangnya dibina lebih lebar daripada yang lain dan direkabentuk tanpa Pile Cap dengan cerucuk dipanjangkan hingga ke Pier Head.

Ini bertujuan untuk meminimumkan masalah hakisan di Sungai Kelantan.

Rekabentuk ini menyebabkan berlaku pergerakan lebih besar di antara lantai jambatan (deck slab) apabila terkena hentakan yang mana ia tidak membahayakan, malah lebih kukuh daripada biasa dengan penambahbaikan rekabentuk cerucuk jambatan tersebut.

Justeru JKR berpedapat tiada isu gelinciran yang berlaku terhadap jambatan berkenaan.

Bagaimanapun, kumpulan pakar JKR Malaysia dan JKR Kelantan akan melakukan pemantauan berterusan bagi memastikan jambatan berada dalam keadaan baik dan selamat.

Banjir: Air sungai naik mendadak

Keadaan kampung Dioh Belakang Tokong dinaiki air sehingga ke paras pinggang. 
 Keadaan kampung Dioh Belakang Tokong dinaiki air sehingga ke paras pinggang.
 
KUALA PILAH – Hujan lebat lebih empat jam telah menyebabkan berlaku limpahan air sungai Muar sekali gus mengakibatkan lebih 10 buah kampung dilanda banjir.

Bukan itu sahaja, jalan utama turut ditenggelami air antara jalan Senaling-Tampin, jalan kampung Sawah Liat, hadapan pasar raya Giant.

Tinjauan Sinar Harian, ke kampung terjejas teruk, antaranya, Kampung Fatimah Permai, Seberang Pekan, Bukit Temensu, Bukit Temensu Seberang, Dioh, Dioh Seberang, Dioh Belakang Tokong, Sungkak, Sawah Lebar, Beting dan kawasan berhampiran Sungai Muar.

300 penduduk melibatkan 123 keluarga di arah berpindah ke pusat pemindahan bertempat di Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah semalam.

Air sungai mendadak naik hingga ke paras pinggang sekali gus penduduk tidak sempat menyelamatkan barang-barang.

Perkara itu turut diakui oleh mangsa, Lieo An Yok, 73, tinggal di Kampung Dioh belakang Tokong.

“Air naik dengan pantas. Saya tidak sempat menyelamatkan barang-barang. Kawasan ini kerap banjir dan biasanya hanya paras buku lali.

Banjir: Pelajar IPTA boleh duduki peperiksaan ulangan kata Menteri

Pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang terjejas akibat banjir akan diberi kelonggaran untuk menduduki peperiksaan ulangan, kata Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau menasihati pelajar yang tidak dapat pulang ke kampus untuk menduduki peperiksaan semester yang dijadual minggu depan agar menghubungi universiti masing-masing.

"Naib Canselor bersetuju untuk mengadakan peperiksaan ulangan," katanya dalam entri Twitter terbaharu beliau.

Antara IPTA yang terjejas banjir ialah Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin.

Sehingga petang tadi, banjir yang melanda Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak masih membimbangkan apabila lebih 100,000 mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan dengan Kelantan mencatat jumlah tertinggi iaitu 45,467 orang.

- Bernama

Banjir 1967 lebih buruk kata Mohd Amar..."keadaan terkawal"..!!!

Timbalan Menteri Besar itu dilapor berkata bahawa banjir kali ini nampak lebih buruk kerana ia terjadi di kawasan-kawasan yang sebelum ini tidak pernah terjejas

amarKOTA BHARU: Banjir yang melanda Kelantan sekarang masih berada dalam keadaan terkawal berikutan air di bahagian hulu sudah beransur surut, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.
Menurut beliau, paras air di Gua Musang dan Kuala Krai mulai surut yang memberikan kesan kepada kawasan di bahagian hilir termasuk Machang, Kota Bharu serta Tumpat.
“Banjir 1967 lebih teruk, tapi kita tak isytihar darurat, sebab itu kali ini pun kita belum isytihar darurat, cuma yang menjadi kelam-kabut apabila ada setengah kawasan tak pernah banjir tiba-tiba ditenggelami air, ramai tidak jangka kerana ia datang secara mengejut, itu yang menjadi isu.
Mohd Amar mengakui, kejadian itu mungkin berpunca daripada pembangunan yang giat dilakukan termasuk kegiatan menambak tanah untuk projek perumahan, sekolah dan bangunan sehingga menyebabkan air mengalir di luar saluran yang ada.
Timbalan Menteri Besar itu berkata, gerakan menyelamat giat dijalankan dan terus ditingkatkan dengan bantuan tujuh helikopter selain tambahan petugas termasuk sukarelawan dari luar.
“Peruntukan tambahan bekalan makanan sudah sampai, cuma di sesetengah lokasi, kita tak boleh masuk disebabkan arus terlalu deras dan ini yang menjadi isu apabila bantuan lambat sampai, bagaimanapun bukan di seluruh negeri ” jelas beliau.
Mohd Amar berkata, kawasan yang gagal untuk sampai, bekalan makanan dijatuhkan menggunakan helikopter.
Menurutnya, berdasarkan pengalaman sebelum ini, air dijangka surut dalam masa dua hari sekiranya tidak ada hujan dan air pasang.

Tangkap Dr Yusuf al-Qaradawi timbulkan ketegangan

Tuduhan yang dikenakan ke atas Dr Yusuf adalah tidak masuk akal, gila dan bersifat politik.

IMG-20141226-WA0029KUALA LUMPUR: Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan satu memorandum di Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur sebagai tanda bantahan terhadap pengeluaran waran tangkap oleh polis antarabangsa (Interpol) terhadap Presiden Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.
Memorandum tersebut diserahkan kepada wakil kedutaan itu oleh beberapa pemimpin PR termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; AJK PAS Pusat, Khalid Samad; Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Presiden PKR, Tian Chua serta Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Bercakap kepada kira-kira 50 orang penyokong PR yang turut serta, Mohamad berkata, tindakan menangkap Dr Yusuf akan menimbulkan ketegangan baru kepada dunia Islam yang kini telah teruk.
“Kita menentang segala bentuk ekstremis sama ada dilakukan pemerintah atau pihak yang menentang. Rakyat Mesir telah berjuang menumbangkan kerajaan diktator melalui Arab Spring
“Malaysia bertanggungjawab kerana menganugerahkan Yusof al-Qaradawi sebagai tokoh Maal Hijrah dan orang yang diiktiraf di Malaysia ini,” katanya.
Dalam pada itu, Shamsul berpendapat tuduhan yang dikenakan ke atas Dr Yusuf adalah tidak masuk akal, gila dan bersifat politik.
“Ini kerana fatwa-fatwa oleh Dr Yusuf al-Qaradawi terhadap kerajaan baru Mesir ini tentunya menggugat mereka daripada segi politik,” katanya.

Kota Tinggi daerah keenam banjir di Johor

JOHOR BAHRU - Keadaan banjir di Johor menunjukan peningkatan apabila Kota Tinggi menjadi daerah terkini dilaporkan banjir.
 
Keadaan itu menjadikan ia daerah keenam terjejas banjir selepas Kluang, Muar, Batu Pahat, Segamat dan Kulaijaya.
 
Laporan Majlis Keselamatan Negara cawangan Johor merekodkan seramai 1104 keseluruhan mangsa terlibat membabitkan 268 keluarga di enam daerah ini sehingga jam 4 pagi tadi.
 
Berikut pecahan mangsa di pusat pemindahan yang dibuka.
 
Enam pusat pemindahan banjir masih dibuka di Kluang sejak semalam iaitu di
Balairaya Kg Paya Palembang yang menempatkan 89 mangsa dari Mukim Ulu Benut; Balairaya Kg Melayu Mardi (75); Balairaya Kg Mengkibol(109) dan SK Sri Kencana (234); Balairaya Kg Kolam Air (67); Balairaya Kg Bentong (38).
 

Main golf ye bang?

"Rakyat diminta memberi peluang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berehat dan bercuti di luar negara walaupun negara ketika ini menghadapi bencana banjir di pantai timur, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.” – petikan berita The Malaysian Insider, 25 Disember, 2014.
Main golf ye bang?
“Timbalan perdana menteri itu berkata, tidak perlu mempertikaikan Najib yang kini dilaporkan bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama kerana beliau sebelum ini sudah bekerja kuat mentadbir negara.” – petikan berita The Malaysian Insider, 25 Disember, 2014.
"Saya bagi jaminan saya bekerja rapat dengan semua agensi terlibat. Saya jalankan tugas memegang kuasa sebagai perdana menteri. Jadi, jangan bimbang," katanya.” – petikan berita The Malaysian Insider, 25 Disember, 2014.
Pergerakan yang mahu memendekkan jangka hayat Najib berada di kerusi perdana menteri di Malaysia semakin menegang dan mengampuh. Kumpulan pendesak yang mahukan perdana menteri berundur dari Putrajaya kian menjulang tinggi. Pancutan momentum yang mahukan Najib Razak digantikan semakin hari semakin tajam dan berselirat kiri kanan.
Usaha digerakkan oleh pihak yang berkepentingan, termasuk mensabotaj agenda kesederhanaan atau wassatiyah Najib ternyata sedikit sebanyak membuahkan kesan. Perkasa dan Isma menjalankan tanggungjawab mereka dengan amat baik dan teratur. Sementara Tun Dr Mahathir Mohammad dan rakan satu tongkangnya Daim Zainuddin, A. Kadir Jasin dan Zainuddin Maidin melakukan peranan mereka dengan sistematik dan jayanya.

Pada kaca mata kumpulan pro-Mahathir, batang tubuh yang bernama Najib ini bukan sahaja dilihat sebagai mat lembik dan mandul idea. Malah takut kepada bini. Kita semua faham kerana Rosmah Mansor ini berbadan besar.
Maka dengan itu sosok tubuh Najib wajib diundurkan bagi digantikan dengan budak suruhan Tun Mahathir yang memainkan peranan dalam menibai keluar punggung Abdullah Badawi daripada Umno pada tahun 2009 iaitu Muhyiddin Yassin.