Jumaat, 26 Disember 2014

Kelantan Sultan visits flood victims


Najib kembali: Hilang rindu, puas hati?

Berita Najib akan melawat Kelantan esok pasti mengundang pelbagai reaksi lagi. Begitulah keadaannya apabila berada di atas...

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak akan melawat mangsa banjir esok. Adakah berita ini akan menggembirakan rakyat?
Pasti ramai yang beranggapan bahawa kepulangan Najib adalah berikutan pelbagai reaksi negatif mengenai berita percutiannya semalam? Mungkin juga urusan “percutian” beliau sudah di penghujung. Malah, tidak mustahil juga situasi banjir yang semakin memburuk sudah memberi isyarat bahawa sudah tiba masanya Perdana Menteri pulang untuk bersama-sama rakyat.
BERNAMA hari ini melaporkan bahawa Perdana Menteri akan melawat Kelantan esok untuk meninjau keadaan banjir di negeri itu. Beliau juga akan memantau usaha membantu mereka yang terjejas akibat banjir di empat negeri lain.
Setibanya di sana, Najib akan mempengerusikan mesyuarat dan mendengar taklimat daripada Majlis Keselamatan Negara, Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara, kerajaan negeri dan pasukan penyelamat setempat.
Memetik kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri, Najib dilaporkan berkata beliau amat bimbang dengan banjir, dan bersimpati dengan mereka yang kehilangan rumah, dan keluarga yang kehilangan orang tersayang.
“Ketika berada di luar negara, saya sentiasa berhubung dengan Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara yang memberi jaminan kepada saya bahawa mereka sedang melakukan apa yang termampu untuk membantu mereka yang terjejas.
“Tetapi saya mahu melihat sendiri keadaan dan bersama-sama rakyat,” kata Najib, menurut kenyataan itu lagi.

Tahniah Najib Kerana Mendengar Jeritan Pengkritik, Sekaligus Mengesahkan Suara Pengampu Adalah 'Bangang'

Perdana Menteri, Najib Razak yang dikritik keras dalam portal berita, blog dan media sosial bebas berikutan didapati bermain golf bersama Presiden Amerika, Barack Obama di Hawaii di ketika banjir paling buruk melanda negeri-negeri pantai timur, akhirnya memutuskan untuk segera kembali ke tanahair.

Melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan sebentar tadi, Najib membuat keputusan segera pulang ke tanahair dan memendekkan percutiannya adalah untuk meninjau sendiri keadaan banjir, terutamanya di Kelantan.

Selain menemui mangsa yang terjejas teruk akibat banjir, Najib juga akan menemui pihak yang bertanggungjawab berkaitan banjir untuk merangka tindakan-tindakan terbaru seperti Majlis Keselamatan Negara, Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana, kerajaan negeri serta pihak-pihak lain yang difikirkan perlu.

Perdana Menteri dilaporkan ingin menyelia sendiri tindakan kecemasan yang diakibatkan oleh banjir selepas ini.

Keputusan Najib segera pulang ini tidak lain ialah kerana mendengar jeritan-jeritan pengkritik di pelbagai medium internet seperti portal, blog dan media sosial yang mengkritik keras tindakannya bercuti  sambil bermain golf itu.

Pengkritik juga bersuara di ruangan komen Facebook Najib yang turut memintanya pulang segera kerana banjir makin buruk serta yang terburuk sejak beberapa tahun. Mereka mengatakan tidak wajar seorang Perdana Menteri berada di Hawaii sedangkan di dalam negerinya sendirinya dilanda bencana.

Namun demikian, di sebalik kritikan itu, terdengar juga suara-suara pengampu, pembodek dan macai yang tetap mewajarkan percutian Najib, termasuk bermain golf bersama Obama itu.

120,341 Mangsa Banjir Sehingga 9 Malam Jumaat

BERIKUT adalah jumlah mangsa banjir sehingga pukul 9 malam Jumaat:

NEGERI        25 DIS     26 DIS (PAGI)    3 PTG    9 MALAM
    ------        ------     -------------    ----- -------
 
KELANTAN      34,955       32,139         45,467      45,467

TERENGGANU  29,082      30,147         31,001      34,109

PAHANG        28,578       35,736         35,736       33,324

PERAK           5,512        5,530            6,119         6,335

JOHOR              -          201                 214           896

KEDAH             76          157              96               1

PERLIS           263          263              263            209

JUMLAH        98,466       104,173       118,896        120,341

Jumlah mangsa banjir lebih 119,000, Kota Bharu makin kritikal

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri kini mencecah 119,624 orang dengan Kelantan mencatat jumlah tertinggi iaitu 45,467 orang setakat petang ini.

Di KELANTAN, limpahan air Sungai Kelantan menyebabkan jumlah mangsa di Kota Bharu naik mendadak iaitu seramai 13,388 orang kepada 14,586 orang petang ini berbanding 1,198 orang pagi tadi.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata limpahan air sungai itu telah merebak ke beberapa kampung berhampiran termasuk Kampung Lembah Sireh, Kampung Pintu Geng, Kampung Kedai Buloh, Kampung Banggol, dan kawasan sekitar Pengkalan Chepa.
Kesemua mangsa kini dipindahkan ke 40 pusat pemindahan berbanding hanya tujuh pagi tadi, katanya.
Kecuali di Pasir Mas yang menunjukkan sedikit penurunan dengan jumlah mangsa kini mencecah 6,319 orang, beberapa kawasan lain kebanyakannya tidak berubah termasuk di Tanah Merah (3,546 orang), Gua Musang (5,150 orang), Tumpat (5,005 orang), Machang (4,039 orang), Jeli (1,430 orang), Kuala Krai (5,200 orang) dan Pasir Puteh (192 orang). - BERNAMA

Kabinet perlu mesyuarat dalam 24 jam, isytihar darurat dan tumpu bantu bencana

KUALA LUMPUR, 26 DIS: Dalam keadaan banjir semakin buruk dengan mangsa banjir melebihi 100,000 orang di enam negeri, Kabinet perlu mengadakan mesyuarat khas dalam tempoh 24 jam, mengisytiharkan darurat dan menumpukan sumber persekutuan dan negeri untuk menangani bencana alam yang melanda negara.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataannya hari ini berkata, mesyuarat khas Kabinet perlu menugaskan Menteri-menteri UMNO mengendalikan operasi di negeri-negeri yang dilanda banjir bagi membutkikan komitmen Pusat menangani bencana alam.
“Muhyiddin, Kabinet dan MSN tidak perlu menunggu angka kematian mencecah puluhan atau ratusan disertakan jumlah mangsa banjir mencapai ratusan ribu sebelum keadaan darurat akibat bencana banjir diisytiharkan,” tegas Kit Siang.
Beliau merujuk laporan Aljazeera 28 November lalu apabila Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan darurat di Semenanjung Gaza selepas dua hari hujan lebat di wilayah itu, dan ratusan penduduk di kawasan sekitar Sheikh Radwan dipindahkan.
Pada malam Krismas lalu, Jakarta Post melaporkan Kabupaten (Datuk Bandar) Bandung mengisytiharkan darurat selepas ratusan ribu hektar sawah padi dilanda banjir di Jawa Tengah, Jawa Barat dan Aceh.
Pada 9 Disember, CBS News melaporkan pantai timur Pulau Vancouver, Courtenay, Kanada mengisytiharkan kecemasan kerana banjir yang disebabkan ribut subtropika kuat dengan 200mm hujan dalam tempoh 36 jam, manakala pada 16 Disember, San Francisco California turut diisytiharkan darurat kerana banjir besar disebabkan ribut.

Najib, jangan ponteng di saat rakyat Malaysia berdepan bencana banjir

Kenapalah sampai bukan sahaja Perdana Menteri sedang makan angin senyap-senyap di Hawaii, tetapi tiada seorang pun Menteri Umno melawat kawasan paling teruk dilanda banjir di Kelantan bagi menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan peduli tentang banjir paling teruk sejak 1971?
Laporan The Washington Post mengenai Datuk Seri Najib Razak bermain golf di Hawaii bersama Presiden Barack Obama (yang sedang menikmati hari kelima daripada percutian dua minggunya) pada ambang hari Krismas telah melahirkan rasa terkejut ramai pihak, bukan kerana beliau sedang bercuti di Oahu, Hawaii, tetapi kerana Najib cuba untuk menyembunyikan percutian ke luar negaranya itu daripada pengetahuan rakyat Malaysia.
Kejutan ini ditambah pula dengan percutian rahsia Najib ini berlaku ketika negara sedang berhadapan bencana banjir paling teruk sejak tahun 1971, dengan lebih 91,000 orang mangsa di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis dan sedang bermula di Kedah; dan situasi dijangka kian memburuk dan mungkin melanda Johor dengan sangat teruk pada hari-hari terakhir tahun ini.
Sebagai respon kepada kritikan menggunung bahawa Najib sekali lagi menjadi PM Ponteng di saat rakyat Malaysia berhadapan bencana alam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula memberi jawapan yang menjengkelkan dengan berkata, “Saya ada, jangan risau. Percayalah pada saya.”

Najib patut ‘hayun’ kayu golf kepada Menteri Kabinet dan MKN


obama_n_najib_in_hawaii
PETALING JAYA, 26 DIS: Banjir teruk di Pantai Timur yang berlarutan dua minggu dipandang sambil lewa oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila lambat menggesa Majlis Keselamatan Negara bermesyuarat dan menyelesaikan masalah secepat mungkin.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, Muhyiddin seolah tak terfikir tentang keperluan segera untuk mengumumkan darurat bagi membolehkan mobilisasi besar-besaran jentera kerajaan bagi mengurangkan kesan bencana alam.
“Tindakan lembab Muhyiddin menunjukkan kerajaan Pusat sekarang ini seperti tidak mempunyai ketua.
“Bagaimana rakyat Malaysia hendak percaya kepada Timbalan Perdana Menteri, bila dia berkata mesyuarat MKN akan dipanggil pada hari Sabtu ini? kata Pua dalam satu kenyataan.

DAP lancar Tabung Bencana Banjir

banjir-02KUALA LUMPUR, 26 DIS – DAP hari ini melancarkan Tabung Bencana Banjir bagi mengumpulkan sumbangan daripada rakyat Malaysia untuk disalurkan kepada usaha-usaha membantu mangsa-mangsa bencana tersebut di seluruh negara.
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook dalam kenyataannya berkata tabung tersebut adalah tanda solidariti DAP bersama ratusan ribu mangsa banjir.
“Sebagai permulaan, DAP Pusat telah memutuskan untuk memperuntukkan RM10,000 untuk tabung tersebut,” ujarnya.
Menurutnya lagi, semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri DAP di seluruh negara telah diarahkan untuk melancarkan kutipan derma daripada orang ramai di kawasan masing-masing pada hujung minggu ini.
“Semua wang yang dikutip melalui tabung ini akan disalurkan kepada kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas mengikut keperluan,”

Banjir: PAS wujudkan Bilik Bantuan Bencana

KUALA LUMPUR: PAS telah mewujudkan Bilik Penyelarasan Maklumat dan Bantuan Bencana PAS Pusat di Pejabat Agung PAS di sini ekoran banjir yang melanda seluruh negara.

Pengerusi Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia (MEDM), Salahuddin Ayub berkata, ia beroperasi 24 jam bermula hari ini bagi menyelaraskan bantuan dan maklumat berkaitan  banjir.

"Bilik gerakan itu diwujudkan selepas melihat perkembangan banjir menjadi semakin kritikal yang bukan sahaja berlaku di negeri-negeri Pantai Timur tetapi turut melanda negeri-negeri utara," pada sidang media di Pejabat Agung PAS, petang tadi. Turut sama ialah Setiausaha Agung PAS, datuk Mustafa Ali

Katanya, Bilik Penyelarasan Maklumat dan Bantuan Bencana PAS Pusat itu akan diketuai Penolong Setiausaha Agung PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan dibantu AJK Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi serta beberapa petugas.

Menruutnya, selain makanan, pihak MEDM juga mengalu-alukan sumbangan segera berupa selimut tebal, lampin pakai buang dan tuala wanita.

"Begitu mangsa-mangsa banjir tentunya amat memerlukan sumbangan beg sekolah dan pakaian seragam sekolah bagi sesi persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.

Katanya, orang ramai yang ingin memberikan sumbangan wang tunai boleh menyerahkan terus kepada petugas di bilik gerakan atau menyalurkan kepada akaun Tabung Bencana Harakah  menerusi akaun Maybank 564070130442.

Zam : Nasib baik ada Muhyiddin memikul tugas Najib

Rakyat sedang memerhati dari dekat serta kritikal samada Muhyiddin cukup berwibawa dan berkaliber untuk memikul tugas seorang perdana menteri.

KUALA LUMPUR : Zainuddin Maidin dalam penulisan terbarunya hari ini, menyatakan kelegaan kerana di kala negara sedang dilanda musibah banjir, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil memikul tugas yang seharusnya menjadi tanggungjawab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Nasib baik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berada dalam negara dan sedang cuba meyakinkan rakyat bahawa Najib terpaksa bercuti setelah berkerja keras untuk negara dan beliau telah diberikan tanggungjawab untuk menguruskan bencana yang sedang dihadapi negara,” tulisnya di zamkata.blogspot.com.
Beliau menganggap dalam keadaan kepimpinan yang tidak stabil dan tidak menentu sekarang ini, rakyat sedang memerhatikan dari dekat serta kritikal samada Muhyiddin cukup berwibawa dan berkaliber untuk memikul tugas seorang perdana menteri kerana penilaian ini sangat penting untuk masa depan rakyat dan negara.
Zam turut menyenaraikan beberapa kegagalan Najib contohnya dalam menangani persepsi negatif ekoran tersebarnya gambar Najib sedang bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii pada Hari Krismas ketika negara sedang menghadapi bencana banjir paling buruk dalam sejarah.
“Sewajarnya Unit Komunikasi Jabatan Perdana Menteri bertindak tangkas membetulkan persepsi negatif itu. Ketangkasan ini diperlukan jika mereka menyedari dan menerima hakikat bahawa populariti Najib dan isterinya berada pada tahap yang sangat rendah. Rakyat sinis terhadap kenyataan Timbalannya bahawa Najib terpaksa bercuti kerana telah bekerja keras.”

119,624 Mangsa Banjir Sehingga 5 Petang Jumaat

BERIKUT adalah jumlah mangsa banjir sehingga pukul 5 petang Jumaat:

Negeri            25 DIS     26 DIS (3 PTG)    5 PTG


KELANTAN      34,955       45,467            45,467

TERENGGANU    29,082       31,001         34,884

PAHANG         28,578       35,736            32,380

PERAK            5,512        6,119             6,119

JOHOR              -          214                  537

 KEDAH             76           96                 28

 PERLIS           263          263                209

JUMLAH        98,466       118,896       119,624 

Mangsa banjir di Kuala Krai, bergelap dan berlapar lebih 40 jam..119,624 orang mangsa diseluruh negara

Mangsa banjir di Kuala Krai, bergelap dan berlapar lebih 40 jam
KUALA LUMPUR: Ketika pelbagai pihak sibuk menghulurkan sumbangan membantu mangsa banjir di Kelantan, kira-kira 100 mangsa yang menjadikan sebuah sekolah di Kuala Krai sebagai pusat perlindungan sementara, terpaksa berlapar dan bergelap tanpa sebarang bantuan sejak lebih 40 jam lepas.

Seorang mangsa banjir di Kuala Krai, Dr Azilah Mohd Ali berkata sehingga kini tidak diketahui nasib mangsa yang berlindung di bangunan Asrama Lelaki Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra (SYP) 1 itu.

"Saya mendapat tahu mangsa yang berada tingkat tiga dan empat asrama SYP 1 itu tidak menerima sebarang bantuan atau makanan sejak berpindah awal pagi Rabu lepas," kata Pakar Pergigian Kanak-kanak Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, itu ketika dihubungi.

Menurut beliau sembilan anggota keluarganya termasuk dua adik, dua adik ipar dan lima anak saudara yang berusia antara tujuh dan 27 tahun terperangkap di bangunan sekolah berkenaan sejak tiga hari lepas.

Dr Azilah, yang sedang bercuti dan pulang ke Kelantan, kini berlindung di rumah anggota keluarga terdekat di Taman Krai Sentral yang bagaikan sebuah pulau setelah dikelilingi air banjir.

"Hubungan kami terputus disebabkan bateri telefon semakin lemah dan saya pula perlu menguruskan orang tua yang uzur," katanya yang berpindah pada 4 pagi ketika air naik secara mendadak di Jajahan Kuala Krai, Rabu lepas.

Rakyat Kelantan terharu, Kerajaan Selangor cepat hulur bantuan

KOTA BHARU, 26 DIS: Majoriti rakyat Kelantan terharu dan menghargai keprihatinan Kerajaan Selangor yang cepat menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir negeri itu.
Mohd Nori Ahmad, 53, berkata sumbangan itu amat besar maknanya terutama kepada rakyat yang ditempatkan di pusat pemindahan seluruh Kelantan.
Katanya, banjir besar itu tidak dijangka dan terburuk melanda negeri itu, sejak 10 tahun lalu.
“Terima kasih banyak YAB Mohamed Azmin Ali dan Kerajaan Selangor atas sumbangan kepada mangsa banjir di negeri ini.
“Rumah saya sendiri dinaiki air sehingga hampir mencecah lutut, namun masih stabil dan belum dipindahkan.
“Saya berharap Kerajaan Kelantan dapat mengagihkan dana dengan baik terutama kepada mereka yang berada di pusat pemindahan terlebih dahulu, ” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.
Bagi Sharifah Mariam Syed Alwi, 67, kesudian Mohamed Azmin melawat pusat pemindahan memberi makna besa‏r kepada mangsa banjir.
“Alhamdillah, semoga Allah SWT menambah rezeki kepada Kerajaan Selangor atas sumbangan dan keprihatinan dihulurkan kepada mangsa banjir Kelantan.
“Sumbangan ini sedikit sebanyak akan menampung kerugian mangsa banjir ekoran ujian ini. Rasa bangga kerana Menteri Besar Selangor sendiri turun padang,” katanya.

Jambatan Sultan Yahya Petra tak retak kata Mohd Amar


Kerajaan Kelantan hari ini menafikan dakwaan disebarkan dalam laman sosial kononnya berlaku keretakan pada struktur Jambatan Sultan Yahya Petra yang menghubungkan Kota Bharu ke Pasir Pekan di Tumpat.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sebaliknya penutupan jambatan sepanjang dua kilometer itu kepada lalu lintas adalah demi keselamatan kerana dibimbangi peningkatan paras air Sungai Kelantan ketika ini boleh membahayakan pengguna.
"Saya nafikan berlaku keretakan seperti yang didakwa sebaliknya apa yang disiarkan dalam Facebook itu merupakan struktur penyambungan binaan yang sememangnya dibina sebegitu rupa.
"Penyambungan jambatan itu direka khas oleh jurutera yang boleh digerakkan penyambungan ketika panas atau sejuk bagi pengukuhan struktur binaannya," katanya kepada pemberita di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1 hari ini.

Jambatan berkenaan ditutup kepada lalu lintas pada pukul 5.30 petang semalam berikutan kenaikan paras air Sungai Kelantan yang melepasi paras bahaya.
Mohd Amar berkata penutupan jambatan adalah perkara biasa ketika banjir dan tidak perlu dijadikan isu di dalam laman sosial.
Beliau turut meminta semua pihak tidak menyebarkan fitnah dalam laman sosial dan menimbulkan suasana panik dalam kalangan rakyat sehingga ada yang bersesak di stesen minyak bagi mengisi petrol kenderaan dan membuat pembelian panik.
"Saya suka menasihatkan mereka ini janganlah membuat cerita yang bukan-bukan terutama dalam keadaan banjir ketika ini," katanya.
Beliau juga berkata sehingga kini, tidak ada keperluan untuk Kelantan diisytiharkan darurat kerana musibah yang berlaku itu masih boleh ditangani dengan baik.
"Banjir kali ini tidak seteruk pada 1967 dan ketika itu pun darurat tidak diiystihar pun," katanya.

Sesi persekolahan sekolah terjejas banjir ditangguhkan - Muhyiddin

Sesi persekolahan sekolah terjejas banjir ditangguhkan - Muhyiddin
KUANTAN: Sesi persekolahan untuk sekolah terjejas banjir termasuk yang dijadikan pusat pemindahan akan ditangguhkan sehingga keadaan banjir kembali pulih, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata ia akan diumumkan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan negeri bergantung kepada perkembangan banjir di negeri masing-masing.

"Kita lihat dulu, kalau keadaan memerlukan ... boleh dilambatkan (sesi persekolahan) kerana sekolah dijadikan sebagai pusat pemindahan banjir dan itu tidak jadi masalah.

"Semua prosedur operasi standard (SOP) tentang perkara itu telah sedia ada. Pegawai Jabatan Pendidikan peringkat negeri dan daerah pun tahu, malah guru besar pun tahu, jadi tidak ada masalah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan banjir di Dewan Sukan Pahang (Sukpa) di sini hari ini. Turut serta Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Bantah waran tangkap Qardhawi, Pakatan serah memorandum ke Kedutaan Mesir


Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bersama penyokong menyerahkan memorandum bantah waran tangkap terhadap ulama Dr Yusuf al-Qaradawi di Kedutaan Mesir, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Disember, 2014.Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bersama penyokong menyerahkan memorandum bantah waran tangkap terhadap ulama Dr Yusuf al-Qardhawi di Kedutaan Mesir, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Disember, 2014.Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyerahkan satu memorandum bantahan di Kedutaan Mesir, Kuala Lumpur hari ini ekoran pengeluaran waran tangkap polis antarabangsa (Interpol) kepada ulama Islam terkenal dunia, Dr Yusuf al-Qardhawi.
Memorandum dua halaman itu diserahkan kepada wakil kedutaan tersebut oleh beberapa pemimpin PR termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat Khalid Samad dan Dr Dzulkefly Ahmad serta Naib Presiden PKR Chua Tian Chang dan Shamsul Iskandar Mohd Akin.
“Kita menentang segala bentuk ekstremis sama ada dilakukan pemerintah atau pihak yang menentang. Malaysia bertanggungjawab kerana menganugerahkan Yusuf sebagai tokoh Maal Hijrah dan seseorang yang diiktiraf di Malaysia.

“Tindakan menangkap Yusuf akan menimbulkan ketegangan baru kepada dunia Islam yang sekarang ini pun sudah dalam kancah yang begitu teruk,” kata Mohamad ketika berucap di depan kira-kira 50 hadirin di luar kedutaan itu.  

Lupakan fahaman politik tak matang, mangsa banjir lagi penting - Azmin Ali

KOTA BHARU, 26 DIS: Semua pihak harus melupakan kepentingan politik di saat beberapa negeri dilanda banjir musibah, sejak 16 Disember lalu.
Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, politik matang penting dalam usaha memastikan mangsa banjir mendapat bantuan sewajarnya.
Katanya, Kerajaan Negeri sudah meluluskan sumbangan RM1.3 juta membabitkan agihan RM1 juta untuk Kelantan, manakala baki RM300,000 untuk Terengganu, Pahang dan Perak.
“Apa yang penting sekarang adalah sikap peduli semua pemimpin terhadap rakyat di beberapa negeri yang sedang menghadapi banjir.
“Kerajaan Negeri sendiri hari ini turun padang menghulurkan sumbangan RM1juta kepada Kelantan, manakala tiga negeri lain masing-masing menerima RM100,000,” katanya selepas mengadakan lawatan ke pusat pemindahan banjir di Maktab Sultan Ismail, di sini, hari ini.
Lawatan itu turut disertai Setiausaha Politiknya, Shuhaimi Shafiei dan Exco Kerajaan Negeri, Dr Daroyah Alwi serta Amirudin Shari juga Pengerusi Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (PANTAS), Hamsah Djabir.

Jumlah mangsa di K'tan cecah 45,467, lebih 118 ribu seluruh negara

Sehingga jam 3 petang ini, mangsa banjir meningkat kepada 118,896. Di bawah pecahan ikut negeri:

NEGERI             25 DIS       26 DIS (PAGI)     3 PTG
------                ------         ----------------     -----
 
KELANTAN       34,955          32,139               45,467 
TERENGGANU   29,082         30,147               31,001
PAHANG          28,578          35,736               35,736
PERAK              5,512            5,530                 6,119
JOHOR              -                     201                    214
KEDAH                 76               157                      96   
PERLIS               263               263                    263
 

 JUMLAH          98,466         104,173            118,896

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, beliau telah dihubungi pejabat pemimpin DAP, Lim Kit Siang untuk menyumbang kepada mangsa banjir Kelantan.

Selain itu, beliau turut dihubungi seorang dermawan pagi tadi, menawarkan helikopter untuk menghantar makanan ke kawasan terputus bekalan.

Najib pulang 'untuk bersama rakyat'


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk pulang meninjau banjir teruk di tanah air hari ini ekoran kecaman yang diterima selepas gambarnya bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii tersebar luas.

Difahamkan, pesawatnya akan terus mendarat di Kelantan esok, “untuk melihat sendiri keadaan tersebut” dan juga untuk “bersama rakyat”.

"Saya mengambil maklum keadaan banjir yang berlaku. Saya merasai bagaimana mereka kehilangan rumah dan keluarga kehilangan orang yang tersayang.

"Ketika saya berada di sini, saya sentiasa berhubung dengan Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara, yang telah memberi jaminan kepada saya bahawa mereka sedang melakukan semua yang mereka boleh untuk membantu mereka yang telah terjejas,” katanya dalam satu kenyataan.

Maklumat di laman penjejak penerbangan Flighradar24 menunjukkan pesawat dinaiki Najib sudahpun berlepas dari Honolulu dan kini berada di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Sementara itu, kenyataan Pejabat Perdana Menteri menyebut, Najib akan mempengerusikan satu mesyuarat dan mendapat taklimat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pengurusan Bencana Negara, jawatankuasa bantuan, kerajaan negeri dan pasukan

Muhyiddin sifatkan banjir sudah serius..!!!

Beliau juga menolak dakwaan bahawa Kelantan dianak tiri dalam isu banjir ketika ini, sebaliknya menegaskan bahawa soal kebajikan dan keselamatan penduduk yang terjejas.

KOTA BAHARU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keadaan banjir di Kelantan mencapai tahap serius, justeru itu mengarahkan usaha membantu dan menyelamat dipertingkatkan dengan mengerahkan keperluan aset air, udara dan darat.
Muhyiddin Yassin_kelantan_ banjir_300Menurutnya, aset-aset yang sudah dikerahkan untuk misi membantu dan menyelamat mangsa banjir di negeri ini tidak mencukupi berikutan keadaan banjir yang di luar jangkaan.
Beliau berkata, arahan itu diputuskan setelah beliau mendapat taklimat terkini tentang bencana alam itu, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa di sini, hari ini untuk melihat sendiri situasi banjir di negeri ini.
“Daripada taklimat tadi, kita dapati ia masih tidak mencukupi kerana banjir ini luar jangkaan. Bot yang disediakan mungkin tak cukup, helikopter, telah kita sediakan tujuh… bilangan masih tidak memadai.
“Sebab itu saya telah beri arahan supaya aspek logistik dipertingkatkan lagi di mana aset seperti helikopter, bot tambahan akan diuruskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1, di sini.
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Ketua Setiausaha Negera Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Muhyiddin turut mengarahkan agar stok barangan keperluan seperti makanan dipertingkatkan di semua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu daripada keperluan untuk tiga hari kepada seminggu, antaranya bagi mengelakkan masalah kekurangan.

Banjir: Jajahan Pasir Mas kritikal, bekalan makanan terputus, lilin habis

Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat hari ini meminta Bilik Gerakan Negeri menghantar bekalan makanan menerusi helikopter dan menggunakan kaedah 'air drop' ke beberapa kawasan yang terputus hubungan.
Katanya, beliau bersama jenteranya menghadapi kesukaran untuk sampai ke beberapa kawasan berkenaan bagi menghantar bekalan makanan kerana semua laluan terputus dan arus deras menghalang bot membawa bantuan itu.
"Saya sangat dukacita. Kebanyakan tempat tak dapat dihantar bekalan kerana terputus hubungan. Mohon Bilik Gerakan Banjir Negeri buat 'air drop' makanan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Hamid 2, SK Lati dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Bemban," katanya kepada MalaysiaGazette di sini, hari ini.
Keadaan banjir di jajahan Pasir Mas ketika ini agak kritikal apabila air sungai Kelantan sudah melepasi benteng di Taman Air Muleh pada jam 5 pagi tadi.
Menurut Hanafi, keseluruhan penduduk di jajahan itu juga bergelap kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memotong bekalan elektrik sebagai langkah keselamatan berikutan air sudah memenuhi bandar itu.
"Semua kedai kehabisan lilin. Saya minta sukarelawan cari merata tempat. Pasir Mas bergelap. Tempat pemindahan bertambah," katanya.
Katanya, pusat pemindahan banjir yang baru dibuka sejak semalam ialah SK Mekasar, SMK Sultan Ibrahim Dua, Masjid Kubang Panjang di Cetok dan SK Tanjung Cenak.
"Bekalan tak mencukupi. Memang darurat. Mohon bantuan segera dari agensi-agensi dan sukarelawan,” katanya.

Kami rakyat manusia biasa terpaksa bersabar dgn kerenah PM & menteri2 'kabinet dapur' Najib..



Lebih 105 ribu dipindahkan, 10 stesen KTM di pantai timur ditenggelami air

Sebanyak 10 stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Pantai Timur tidak dapat beroperasi akibat ditenggelami air banjir.

Pengerusi KTMB Datuk Nawawi Ahmad berkata, stesen yang terlibat ialah Chegar Perah, Merapoh, Gua Musang, Limau Kasturi, Bertam Baharu, Kemubu, Dabong, Bukit Abu, Manek Urai dan Krai.

"Disebabkan perkhidmatan intercity yang masih terganggu, para penumpang boleh menukar semula tarikh perjalanan atau pun mendapatkan pemulangan tambang penuh untuk perjalanan yang dibatalkan," katanya seperti dipetik dalam laporan Bernama.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan keperluan aset air, udara dan darat dipertingkatkan dalam usaha membantu serta menyelamatkan mangsa banjir di Kelantan.

Muhyiddin berkata keperluan aset berkenaan masih tidak memadai setakat ini.

"Sebab itu saya telah beri arahan supaya aspek logistik dipertingkatkan lagi di mana aset seperti helikopter, bot tambahan akan diuruskan oleh MKN,” katanya seperti dipetik dalam laporan Bernama.

Muhyiddin melawat pusat pemindahan banjir di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Jumlah terkini mangsa banjir setakat ini:

Negeri           26 Dis, 1pm
Kelantan          32,139
Terengganu      31,001
Pahang            35,736
Perak               6,119
Johor               214
Kedah              96 
Perlis               263
Jumlah        105,568

SUK naik air, sidang khas 'hudud' terjejas?

Situasi banjir yang semakin buruk di Kelantan, khususnya kawasan Kota Bharu meletakkan Sidang khas DUN untuk meminda Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada 29 Disember bagi membolehkan hudud dilaksanakan di negeri itu, dalam keadaan yang tidak menentu.

Kawasan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Kota Darul Naim, yang menempatkan dewan persidangan negeri, turut dinaiki air sedalam sekaki sejak petang semalam.

Menurut seorang kakitangan Unit Komunikasi Menteri Besar, operasi pusat pentadbiran kerajaan negeri Kelantan kini telah dipindahkan ke sebuah Dewan di Masjid Telipot - kira-kira 3km dari situ.

"Semua kenderaan rasmi kerajaan negeri juga sudah dialihkan ke tempat lebih selamat sejak petang semalam.

"SUK tidak lagi beroperasi, sudah pindah ke Masjid Telipot," katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Zam kepada Malaysiakini.

Beliau turut memaklumkan, kawasan Kediaman Rasmi Menteri Besar di JKR 10, - satu setengah kilometer dari pejabat SUK- juga dinaiki air sedalam setengah kaki petang semalam.

Sementara itu, Timbalan Speaker, Abdul Latif Abdul Rahman ketika dihubungi berkata setakat ini beliau tidak dimaklum sebarang perubahan sidang tersebut.

Katanya, sebarang perubahan mungkin diumumkan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob dalam masa terdekat.

"Saya tak boleh jawab sebab saya tidak ada maklumat. Saya sendiri terkepung banjir di Kula Kerai. Rumah saya dinaiki air dan terpaksa berpindah.

"Jika ada perubahan, mungkin menteri besar sendiri akan umum," katanya.

Rombongan MB Selangor tiba di Kelantan hulur bantuan banjir

azminB5wlHORCEAA2Xl0KOTA BHARU, 26 DIS: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dan rombongan selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Petra, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari.
Rombongan yang turut disertai Setiausaha Politiknya, Shuhaimi Shafiei dan Exco Kerajaan Negeri, Dr Daroyah Alwi serta Amirudin Shari.
Mohamed Azmin disambut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Amar Abdullah dan beberapa jentera PKR negeri.
Terdahulu, penumpang pesawat MAS terkejut melihat kehadiran Mohamed Azmin yang duduk di kerusi kelas ekonomi.
Dalam lawatan berkenaan, Mohamed Azmin akan turut menyalurkan sumbangan RM1 juta kepada Kerajaan Kelantan untuk membantu meringankan beban mangsa banjir di negeri itu, sejak 16 Disember lalu.
Sementara itu, RM300,000 diagihkan kepada mangsa banjir Pahang, Terengganu dan Perak, yang mana setiap negeri mendapat RM100,000.

MP Rantau Panjang gesa Putrajaya laksana projek tebatan banjir segera


Post Pic

KUALA LUMPUR: Di sebalik bencana banjir yang melanda beberapa negeri, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff menggesa Putrajaya melaksanakan segera projek tebatan banjir di Sungai Golok yang disifatkan antara punca berlakunya banjir di kawasan berkenaan.
 
Wakil rakyat PAS ini berkata tebatan banjir perlu dilaksanakan untuk membina tembok penghadang di tebing sungai bagi menangani banjir di kawasan berkenaan. 
 
"Yang pertama saya lihat isu banjir ialah kerajaan pusat seharusnya peka, kami acapkali membawa isu tebatan banjir supaya dijalankan.
 
"Jadi kalau kami di Rantau Panjang ini salah satu sebab kenapa mudah berlaku banjir kerana kita tidak ada tebatan banjir," katanya kepada Antarapos.
 
Jelas Siti Zailah, pihaknya berharap kerajaan dapat mengambil langkah drastik kerana rakyat akan berdepan dengan bencana sama pada masa depan.
 
"Apabila air melimpah dari Sungai Golok terus limpah ke sini, kesannya cukup besar kepada ekonomi rakyat," katanya.
 
Untuk rekod, bencana banjir yang melanda beberapa negeri kian buruk dengan Kelantan serta Terengganu paling terjejas di mana masing-masing mencatatkan pemindahan seramai 30,000 mangsa Dan 22,372 mangsa sehingga petang semalam.
 
Di Kelantan, sembilan jajahan terjejas iaitu Gua Musang, Jeli, Kota Bharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat, dikatakan kenaikan paras air yang mendadak menyamai bencana alam yang sama pernah berlaku pada 1962.
 
Pintu masuk ke Kelantan turut terputus apabila Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, air melimpah di Sungai Durian sementara Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup kerana tanah runtuh banjaran Titiwangsa di laluan lebuh raya Timur-Barat.
 
Bencana banjir jejaskan ekonomi rakyat

#LAPORAN BANJIR KHAS 11 PAGI 26 Dis 2014


Perkembangan banjir 26 Disember 2014


Pengurusan banjir yang lemah di Kelantan


Will Najib be REPLACED before GE-14?

Many observers and PR leaders are delighted to see that Umno is now in turmoil where both leaders and supporters are blaming each other for everything that have gone wrong in Umno and in the country. It seems that this is the beginning of the sinking of the ‘pirate ship’.
Najib has been attacked not only by the opposition but from almost every front and on everything that he has said and done. The most damaging attacked is obviously from within Umno itself, led by Tun Dr. Mahathir.
Dr. Mahathir group loosely consists of Daim, Ibrahim Ali, A. Kadir Jasin, bloggers, NGOs and recently the G-25 and many other individuals that is vocal against Najib is blaming the Umno president for everything bad in Umno, in the Malay community and in the country.
Muhyiddin Yasin is also blaming Najib for not doing enough and not doing the right thing. He proposed to make the efforts to help improve the Malay and Bumiputra community as a national agenda and not only as Umno’s. This will institutionalize the agenda.

In defending Najib, the few voices of support that he has are without substance and more like apple polishing.
Some observers and politicians have mentioned that the attacks from Mahathir are like the same moves he made when he wanted to remove Tun Abdullah Badawi from power. Thus it seems that Najib will eventually be replaced soon.
On the other hand Najib has not say and done anything to defend himself and counter the attacks, at least in the open. There is a rumour that Najib has met Dr. Mahathir on the 1MDB issue, that’s it. So has Najib accepted the fate that his days are numbered and no matter what he does, it won’t make any difference?
Indeed, that is what his enemies and the opposition are hoping for; the end of Najib, and of course hopefully the end of Umno too. But don’t even think of celebrating.

NOTORIOUS NAJIB! World leader criticized for playing golf in Hawaii


HONOLULU - A world leader is under fire for playing golf in Hawaii at a time of national crisis. Only this time, it's not President Obama.
Rather, it's Malaysian Prime Minister Najib Razak, who hit the links Wednesday with Obama at a course on a Marine base in Kaneohe Bay. Najib's round surprised some of his countrymen, who are calling on him to return home to deal with massive flooding that has displaced tens of thousands.
Najib's Facebook page was reportedly flooded with angry comments, and Malaysians also took to Twitter to complain that his vacation trip was inappropriate. Local news organizations picked up on the unhappiness.
"Come home, help flood victims instead of golfing in Hawaii, Najib told," the Malaysian Insider reported.
"STOP PLAYING GOLF, NAJIB!" the Malaysia Chronicle wrote.
Najib was in Hawaii on a vacation at the same time as Obama, and the White House said the president invited the prime minister for a round. Obama, who has been criticized for playing golf, including after the beheading of U.S. journalist James Foley by the Islamic State militant group, has played several rounds since arriving on the island late Friday.
The frustration over Najib's round was apparent on Twitter.

According to the Malaysian Insider, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin told reporters: "We must be fair. The prime minister also has his time for a break as he has been working so hard. He is also a human being. I told him not to worry and to have trust in me, we will manage the issue in whatever way we can."
He added that floods were an annual occurrence in Malaysia but that they were much more challenging this year.
However, "there is no need for Najib to come back immediately," the deputy said. - FMT


British investors in ‘scam’ met Najib, Mahathir for help

British Victims of Investing in Malaysia (BVIM) allege that they have been cheated of RM13.3 million.
Doxport Technologies Sdn Bhd2KUALA LUMPUR: Witness Riaz Ramzan, one of 60 British Victims of Investing in Malaysia (BVIM) said in a statement on Friday that he met with Prime Minister Najib Abdul Razak, former Prime Minister Mahathir Mohamad, his son and Kedah Menteri Besar Mukhriz Mahathir to recoup their investments in Doxport Technologies Sdn Bhd, led by managing director Sivalingam Thechinamoorthy, but to no avail.
After meeting Najib, Riaz said he and some investors personally met with ex-Umno Treasurer and Doxport chairman Azim Zabidi at the House of Lords under the guidance of Lord Ahmed, where the investors informed Azim of the alleged ‘scam’.
Azim then informed Riaz and Lord Ahmed that he would investigate the allegations. Azim subsequently visited the British High Commission in Kuala Lumpur and claimed that there was no ‘fraud’.
Azim pressured Sivalingam for funds from the investment, according to Riaz’s statement.
Doxport, he alleged, supplied “fake invoices for telecom switches” valued at USD 2,040,000 that British investors believed they were investing in. “Doxport also supplied British investors with invoices issued by Doxport to Singtel amounting to USD 5,000,0000 which were later confirmed to be ‘fake’.”
British investors have so far only received USD 15,000 from their investment.

Ridhuan Tee dilarang masuk Sarawak


Ahli akademik Mohd Ridhuan Tee Abdullah dilarang daripada memasuki Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), pagi ini.
Timbalan Pengarah Imigresen Sarawak, Hamfatullah Syawal Hamdan ketika dihubungi Bernama di sini mengesahkan Jabatan Imigresen mendapat arahan daripada Pejabat Ketua Menteri untuk tidak membenarkan Ridhuan memasuki Sarawak. Bernama difahamkan Ridhuan dijadual menyampaikan ceramah agama di Masjid Kecil Daerah Lundu, kira-kira satu setengah jam perjalanan dengan kereta dari Kuching, pada 8 malam ini. 
 Beberapa pihak sebelum ini menyuarakan harapan mereka menerusi laman sosial, agar penceramah itu dihalang daripada memasuki Sarawak. Seorang sumber yang dihubungi Bernama berkata: "Ketua Menteri (Tan Sri Adenan Satem) kurang setuju dengan kehadiran Ridhuan di Lundu malam ini, jadi majlis diarahkan untuk dibatalkan."
Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang dihalang daripada memasuki Sarawak di LTAK dan Lapangan Terbang Sibu, dan Adenan yang baru dilantik sebagai ketua menteri pada hujung Februari lepas pernah mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan pentaksub agama atau golongan pelampau ke dalam negeri ini.

Jabatan Perpaduan Negara ‘menyamar’ kutip tandatangan untuk projek KIDEX?

Surat Jemputan JPNIN



PETALING JAYA, 26 DIS: 172 Rukun Tetangga dari seluruh Daerah Petaling dikelirukan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) apabila agensi kerajaan tersebut ‘menyamar’ menjadi jurucakap untuk projek lebuhraya Kinrara-Damansara Expressway (KIDEX).
“Kami amat terkejut apabila menerima berita bahawa JPNIN menjemput 172 Rukun Tetangga di dalam Daerah Petaling dengan program samaran kononnya ‘Road to Unity’ yang rupa-rupanya sebuah taklimat mengenai lebuhraya KIDEX,”
“Surat jemputan tidak menyebut langsung bahawa program tersebut adalah mengenai KIDEX. Ia hanya menyebut ‘Program Road to Unity’. Apa kena-mengena lebuhraya KIDEX dan perpaduan nasional?” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Damansara Utama Yeo Bee Yin dalam satu kenyataan.
Menurut beliau juga, program JPNIN yang dilangsungkan pada 22 Disember lalu disyaki menelan kos yang tinggi apabila diadakan di Hotel Hilton.
“Taklimat tersebut telah dijalankan di Hotel Hilton untuk lebih 400 orang. Siapa yang bayar?” soalnya.
Bee Yin turut melahirkan keresahan mengenai senarai kehadiran yang harus ditandatangani oleh para peserta.

TG Nik Aziz keletihan, rehat di hospital


Facebook Nik Abduh 

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan sedang berehat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Menurut anaknya, Nik Mohamad Abduh, bapanya berehat di hospital akibat keletihan.
“Pagi ini saya menziarahi ayahanda Tuan Guru di hospital HUSM yang sedang berehat di hospital selepas tampak keletihan minggu ini.
“Ayahanda bertanya mengenai situasi banjir dan saya beri sedikit maklumat terkini dan kesukaran yang terpaksa ditempuh oleh mangsa dan operator penyelamat,” katanya yang dipetik melalui kemas kini status terkini di Facebooknya, pagi ini.
Katanya, meskipun kesihatan Nik Aziz semakin baik namun bekas Menteri Besar Kelantan itu berehat lebih lama ekoran keadaan banjir yang belum pasti.
“Walaupun sudah agak sihat pagi ini, ayahanda mungkin berehat sedikit masa lagi di sini kerana keadaan banjir yang belum pasti.
“Kiri kanan kampung Pulau Melaka kini menjadi aliran sungai yang deras. Bagaimanapun keadaan terkawal. Kawasan di sekeliling sungai Kelantan terjejas teruk,” katanya.
Nik Abduh sempat mengajak orang ramai berdoa atas keselamatan semua.
“Semoga ALLAH meredakan hujan dan angin kencang membadai lautan.
Semoga ALLAH menunjukkan kita jalan yang lurus. La Haula Wa La Quwwata Illa Billah,” tulisnya lagi.

Banjir: TNB henti sementara bekalan 2,195 pencawang

SHAH ALAM - Sehingga jam 9 pagi ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menghentikan sementara bekalan 2,195 buah pencawang elektrik (PE) di beberapa daerah/kawasan di Pahang, Kelantan dan Terengganu yang ditenggelami air.

Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Datuk Ir. Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata, penghentian operasi pencawang-pencawang ini membabitkan sejumlah 164,633 pengguna. Ia bagi mengelakkan daripada berlakunya litar pintas.

Jumlah pengguna paling ramai terjejas ialah Kelantan dengan seramai 144,077 pengguna dengan penutupan operasi 1,787 PE di Kuala Krai, Gua Musang, Jeli, Machang, Tanah Merah, Kota Bharu dan Tumpat).

Di TERENGGANU, penghentian operasi 131 PE di Kemaman, Bandar Al-Muktafi Billah Shah dan Dungun pula melibatkan 7,281 pengguna  manakala di Pahang 13,275 pengguna terjejas berikutan penutupan operasi 277 PE.

"TNB akan terus memantau pepasangannya seperti pencawang elektrik di beberapa kawasan yang terjejas dengan banjir dan menutup bekalan elektrik sekiranya air mencecah paras merbahaya.

“Lebih 1,000 warga kerja TNB telah ditugaskan di Kelantan, Pahang, Perak dan Terengganu untuk tujuan ini”.

Selangor batal sambutan Tahun Baru, RM1.5juta bantuan untuk mangsa banjir

Selangor memutuskan membatalkan sambutan Tahun Baru 2015 serta Te‎masya Selangor 15 sebagai tanda simpati kepada rakyat di negeri-negeri pantai timur yang menderita bencana banjir, kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar Selangor itu berkata, keputusan dibuat bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan negeri Selangor. "Kerajaan negeri Selangor mengarahkan Majlis Bandaraya Shah ‎Alam (MBSA) untuk membatalkan program Jom Heboh anjuran TV3 yang dijadualkan pada 27 dan 28 Disember di I-City, Shah Alam atas prinsip sama," katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK), di Shah Alam hari ini. 

Menurut Azmin, sebagai tanda simpati Selangor juga meluluskan RM1 juta untuk kerajaan Kelantan; RM100 ribu ‎masing-masing untuk negeri Terengganu, Pahang, dan Perak. Sejumlah RM200,000 juga ‎bagi Misi Bantuan Kemanusiaan yang dikendalikan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga melalui Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (Pantas). Beliau bersama delegasi juga akan turun ke Kelantan hari ini untuk menyampaikan bantuan‎.

Lamanweb pro-Umno tampil pertahan PM cuti bersama Obama

Di sebalik kritikan kuat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ekoran gambar bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawai, ketika banjir melanda negara, blog pro-Umno pula tampil mempertahan.

Blog MyKMU.net dalam satu tulisannya, menyiarkan sekeping gambar menunjukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah di New Zealand.

"Azizah adalah ADUN Kajang. Kajang dinaiki air dua hari berturut-turut.

"Tapi jangan kata tubuhnya, bayang kipas Azizah pun tak nampak," katanya merujuk kipas Cina yang sering dipegang presiden PKR itu.

Menurut blog itu, sebelum bertemu Obama, Najib sudah terlebih dahulu melawat mangsa banjir di kawasan parlimennya di Pekan pada 20 Disember lepas.

"Pendek kata, Najib dahulu rakyat dari kayu golf dan Obama yang dijadikan isu sangat oleh penyokong pembangkang tu," katanya.

Jumlah mangsa di Pahang naik mendadak, Kelantan menurun lebih 103 ribu dipindahklan


Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak berjumlah 103,649 orang pagi ini dengan Pahang menunjukkan peningkatan mendadak mereka yang dipindahkan ke pusat pemindahan manakala Kelantan mencatatkan sedikit penurunan.

Pahang paling teruk terkesan apabila jumlah mangsa banjir meningkat secara mendadak pagi ini kepada 35,736 berbanding 28,578 orang semalam. Jumlah itu membabitkan 9,094 keluarga dari lapan daerah yang terjejas, menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

 Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi dengan 19,924 orang daripada 5,343 keluarga yang ditempatkan di 44 pusat pemindahan. Jerantut merekodkan 4,723 mangsa pemindahan, Lipis (2,763), Maran (2,711), Temerloh (2,661), Pekan (2,266), Rompin (411) dan Bera (277).

Di Kelantan, keadaan banjir menunjukkan perubahan dengan jumlah keseluruhan mangsa banjir sedikit menurun iaitu kepada 32,079 orang pagi ini berbanding 34,955 orang malam tadi. Keadaan di enam jajahan bertambah baik apabila jumlah penduduk yang dipindahkan mula berkurangan termasuk di Kota Baru apabila hanya 1,198 masih berada di pusat pemindahan berbanding 3,231 semalam.

Angka mangsa banjir juga menurun di Tanah Merah dengan sebanyak 3,546 orang masih berada di pusat pemindahan berbanding 3,840 semalam, Pasir Mas (6,679 berbanding 7,237), Gua Musang (5,150 berbanding 7,385), Tumpat (5,005 berbanding 5,803) dan Pasir Puteh (192 berbanding 193).

Bagaimanapun keadaan bah di tiga lagi jajahan semakin buruk pagi ini terutamanya di Kuala Krai dengan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 5,200 berbanding 4,864 orang semalam. Mangsa banjir di Machang turut bertambah kepada 4,039 berbanding 1,133 manakala Jeli meningkat kepada 1,430 daripada 1,269 orang malam tadi. – Bernama

Banjir Besar: Himpunan tuntut harga minyak RM1.90 ditangguh

Jawatankuasa penganjur Himpunan Tuntut Harga Minyak RM1.90 memutuskan untuk menangguhkan perhimpunan itu kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak ekoran bencana banjir yang sedang melanda negara.

"Bagaimanapun, kami menagih janji yang telah dibuat oleh timbalan menteri kewangan yang menyebut bahawa harga minyak akan turun di bawah RM2.00 pada 1 Januari 2015.

"Sekiranya harga RON95 tidak diturunkan sehingga RM1.90, kami tidak teragak-agak untuk melancarkan bantahan besar-besaran nanti," kata pengerusi TURUN, Azan Safar dalam satu kenyataan hari ini.

Jawatankuasa penganjur sebelum ini merancang mengadakan perhimpunan itu di Dataran Merdeka pada ambang Tahun Baru.

Azan juga menuntut supaya semua sambutan ambang tahun baru dibatalkan sebagai tanda solidariti kepada mangsa banjir.

Oleh itu beliau menggesa supaya program Malam Cinta Rasul yang dianjurkan di Dataran Merdeka serta sambutan-sambutan di peringkat kerajaan negeri dibatalkan.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata program sambutan Ambang Tahun Baru 2015 di Putrajaya pada 31 Disember dibatalkan sebagai tanda simpati terhadap mereka yang terjejas banjir.

Doktor terkandas dalam banjir ucap 'selamat bercuti' pada PM

Semalam, seorang doktor di sebuah klinik kerajaan di Badang memuatkan posting mengenai keadaan terdesak di kliniknya yang beliau dakwa terputus hubungan akibat banjir dan tidak mendapat apa-apa bekalan.

"Oh ya, saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada perdana menteri kita di Hawaii sementara cuti kami semua telah dibekukan dan berkorban nyawa demi rakyat tercinta."

Bencana Banjir - Azmin Ali

26 Disember 2014

Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Khas yang bermesyuarat pada pagi ini telah mengambil maklum situasi banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Negeri Perak. Sehingga malam semalam, dilaporkan seramai 98,596 orang daripada 25,725 keluarga telah dipindahkan ke 1,078 buah Pusat Pemindahan Banjir ; 35,331 orang daripada 9,918 keluarga di Kelantan, 29,604 daripada 7,317 keluarga di Terengganu 28,578 daripada 7,244 keluarga di Pahang dan 5,083 orang daripada 1,246 keluarga di Perak.
Kerajaan dan rakyat Negeri Selangor amat bersimpati dengan mangsa – mangsa banjir dan keluarga masing – masing yang menanggung kesusahan dan mengalami kerosakan harta benda akibat bencana banjir yang disifatkan paling buruk dalam tempoh 43 tahun.
Kami memohon doa ke hadrat Allah SWT agar cuaca bertambah baik dalam masa terdekat dan semua yang terkesan dengan bencana ini berada dalam keadaan selamat. Kami juga memohon semoga rakyat di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak bersabar dan tabah menghadapi musibah dan agar keselamatan dan kesejahteraan rakyat terus dilindungi dan dipelihara Allah SWT.
Saya telah berbincang dengan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bagi meneliti langkah – langkah yang perlu diambil dalam membantu negeri – negeri yang terlibat.
Saya juga telah menghubungi YB Datuk Paduka Husam Musa bagi menyampaikan hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk bersama – sama Kerajaan Negeri Kelantan dalam situasi yang getir pada masa ini.
Sebagai tanda simpati Kerajaan Negeri Selangor, MMKN telah meluluskan sejumlah RM 1 juta untuk Kerajaan Negeri Kelantan ; RM 100 ribu masing – masing untuk Kerajaan Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Perak.
Kerajaan Negeri Selangor juga menyediakan peruntukan RM 200 ribu bagi Misi Bantuan Kemanusiaan yang akan diselaraskan oleh YB Dr. Daroyah Alwi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga melalui Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (PANTAS) yang akan turun bagi memberi khidmat bantuan dan khidmat kemanusiaan.
Untuk program pasca bencana banjir, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk memberikan khidmat kerja – kerja pembersihan kawasan banjir dengan penglibatan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor.

Najib, Pelancong Paling Murung di Pulau Hawaii...

Ketika semua orang bergembira dan berwajah cerita ketika berada di Hawaii, Perdana Menteri, Najib Razak mungkin menjadi orang paling murung dan kacau jiwanya di pulau peranginan waktu ini.

Pemergiannya bercuti yang agak rahsia itu hanya terdedah apabila The Washington Post menyiarkan berita beliau bermain golf bersama Presiden Amerika, Barack Obama.

Berita itu yang disiarkan ketika banjir paling buruk melanda negeri-negeri pantai timur akhirnya bertukar menjadi serangan yang menyakitkan dalam percutian seorang Perdana Menteri.

Selain ramainya yang memintanya agar balik segera, yang lain pula mempertikaikan kewajarannya meneruskan percutian di kala bencana dan musibah melanda manakala rakyat diulit derita dan sengsara.

Memang agak malang apabila seorang Perdana Menteri tiada dalam negara ketika banjir sedang melanda. Walaupun kehadirannya tidak mungkin menyebabkan hujan dan banjir surut tiba-tiba, tetapi dalam kes banjir yang terburuk dan luar biasa ini, kehadiran Perdana Menteri bersama-sama rakyat memberi nilai yang sangat bermakna sebenarnya.

Ia bukan saja menunjukkan keprihatinan tetapi kehadiran Najib dengan kuasanya sebagai Perdana Menteri mampu menyelesaikan banyak perkara. Lagi pula, dengan adanya Perdana Menteri turun padang bersama, orang lain boleh berfikir lebih cergas untuk menyelesaikan masalah bersama-sama.

Sebab itu, ramai pemimpin dunia bersama rakyat ketika bencana. Obama sendiri kerap bersama rakyatnya dan tidak ke mana-mana ketika ribut taufan melanda negaranya. Presiden Korea Selatan juga membatalkan semua lawatannya ke luar negara apabila musibah feri karam berlaku baru-baru ini.

Najib sendiri, ketika musibah MH370 dan MH17 turut kerap menghabiskan masa dengan keluarga mangsa. Nilai kehadiran pemimpin bersama rakyat yang sedang derita tentulah tidak sukar untuk difahami oleh Najib sebenarnya.