Khamis, 25 Disember 2014

MENGAPA BOLEH JADI BEGINI... Katanya.. 'Malaysia TERBAIK URUS BANJIR'



Jumlah mangsa banjir SUDAH hampiri 100,000 orang.. Adakah nak tunggu setengah juta atau 1 juta mangsa baru kamu nak isytiharkan darurat ???


Kaji semula kontrak persekutuan


Malaysia_1963

oleh ZAIRIL KHIR JOHARI

Lebih setengah abad telah berlalu sejak penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Pada ketika itu, besar harapan rakyat bahawa negara kita akan terus mara ke hadapan dan mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang lestari dan terangkum, di mana semua rakyat Malaysia dapat berkongsi kekayaan negara dengan saksama.
Lebih indah khabar dari rupa
Namun begitu, realiti masa kini tidak mencerminkan impian para pelopor kenegaraan kita. Walaupun kekayaan negara kita dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan Pendapatan Negara Kasar (PNK) makin meningkat sehingga diuar-uarkan kononnya Malaysia akan mencapai taraf negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, kesejahteraan ekonomi ini sebenarnya tidak dinikmati rakyat kebanyakan.
Sebagai contoh, gaji penengah (median) bagi rakyat Malaysia berada di tahap RM1,700 sebulan. Ini bermaksud bahawa lebih 50 peratus rakyat kita berada dalam golongan berpendapatan rendah. Golongan ini juga langsung tidak mempunyai aset kewangan atau simpanan cair (liquid savings).
Jelas, perbezaan kekayaan antara rakyat Malaysia yang kaya dengan yang miskin adalah sangat besar. Tambahan pula, terdapat kesenjangan sosio-ekonomi yang ketara dari segi geografi, di mana jurang kekayaan adalah besar antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Dalam Semenanjung pula, keadaan sosio-ekonomi di negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu adalah jauh berbeza berbanding negeri-negeri pantai barat seperti Pulau Pinang dan Selangor.
Memandangkan pengagihan pembangunan sosio-ekonomi jelas tidak seimbang, persoalan timbul sama ada kerangka persekutuan yang sedia ada masih lagi relevan.
Persekutuan yang paling terpusat
Negara kita pada dasarnya mengamalkan sistem persekutuan, iaitu struktur politik yang secara lazimnya terdiri daripada negeri-negeri bersekutu yang disatukan di bawah payung kerajaan pusat. Contoh negara bersekutu yang lain adalah seperti Amerika Syarikat, Australia, Jerman dan India.
Di negara-negara tersebut, kerajaan negeri mempunyai kuasa autonomi dalam kebanyakan bidang yang melibatkan kehidupan seharian, manakala kerajaan pusat biasanya bertanggungjawab ke atas hal ehwal kenegaraan, perhubungan antarabangsa dan keselamatan luar negeri. Perkongsian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam sistem persekutuan pula ditentukan oleh perlembagaan dan tidak boleh ditukar dengan sewenang-wenangnya oleh kerajaan pusat.
Malangnya, sistem perundangan, pentadbiran dan fiskal di negara kita tidak mirip langsung dengan negara persekutuan yang lain. Tadbir urus negara kita dalam kebanyakan bidang adalah sangat terpusat, jika tidak lebih terpusat berbanding negara kesatuan (unitary states). Malah, kemungkinan besar Malaysia merupakan antara negara persekutuan yang paling terpusat di dunia. Contoh paling jelas pemusatan kuasa yang berlebihan di negara kita ini adalah hakikat bahawa perbelanjaan kerajaan Persekutuan merangkumi lebih 90 peratus daripada semua perbelanjaan kerajaan setiap tahun.

Peluang singkirkan Najib, elak krisis ekonomi

Oleh MOHD ARIF JUHANI

KUALA LUMPUR: Skandal 1MDB perlu dimanfaatkan oleh semua pihak termasuk Umno untuk menyingkirkan Dato’ Seri Najib Razak secara terhormat ekoran kegagalannya menguruskan hal ehwal negara dengan baik.
AJK PAS Pusat, Dato’ Dr Mujahid Yusof berkata, tindakan ini perlu segera diambil bagi mengelakkan Najib mengheret negara dalam kancah ekonomi yang lebih buruk pada tahun hadapan.
Katanya, skandal 1MDB merupakan kemuncak kepada kegagalan Najib menguruskan wang rakyat dan ekonomi negara. Kelemahan ini, ujarnya, negara menghadapi kadar keberhutangan yang terlampau tinggi disamping penyusutan nilai ringgit sehingga menjejaskan pelaburan serta aktiviti import dan eksport.
“Pendedahan tentang penyelewengan 1MDB terus mengukuhkan keyakinan Pakatan Rakyat tentang kelemahan pengurusan Najib.
“Bayangkan bagaimana wang rakyat dicagarkan kepada sebuah pelaburan yang tidak jelas transaksi dan prosesnya sehingga menyebabkan kerugian yang besar,” ujar Ahli Parlimen Parit Buntar.
Ketika dihubungi , beliau mendesak agar sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat golongan yang terlibat dalam skandal tersebut.

222 anggota parlimen – terlalu ramai atau sedikit?

Oleh Cindi Loo
Tidak lama lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menjalankan proses penyempadanan semula kawasan pilihan raya selepas menangguhkan langkah tersebut yang dijadualkan pada tahun 2011. Langkah penyempadanan semula terakhir telah dilakukan pada tahun 2003.
Seperti kebiasaan, langkah terbaru ini akan menyebabkan wujudnya kerusi-kerusi Parlimen dan negeri yang baru.

Dan tidak ada keraguan tentang perkara ini apabila pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah membayangkan bahawa kawasan-kawasan dengan jumlah pengundi yang besar, contohnya lebih daripada 100,000, perlu dibahagikan kepada dua untuk memastikan adanya jumlah pengundi yang munasabah di kedua-dua kawasan ini.
Terdapat sejumlah 222 kerusi Parlimen dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri dengan Sabah dan Sarawak masing-masing mempunyai 25 dan 31 kerusi Parlimen. Jumlah kerusi negeri kedua-dua negeri Malaysia Timur ini adalah 60 untuk Sabah dan 71 bagi Sarawak. 
Buat masa ini, mari kita tumpukan perhatian kepada kerusi Parlimen atau sebaliknya pada jumlah ahli-ahli parlimen. 
Apabila Parlimen Malaysia telah diwujudkan pada tahun 1969, ia bermula dengan hanya 144 orang ahli parlimen. Angka ini meningkat kepada 154 (1974), 177 (1986), 180 (1990), 192 (1995), 193 (1999), 219 (2004) dan 222 (2008).
Dari tahun 1974 hingga 1982, bilangan ahli parlimen berada pada 154. Walau bagaimanapun, dari tahun 1986, negara menyaksikan peningkatan yang stabil dalam jumlah ahli parlimen, kepada jumlah semasa iaitu 222. 
Sekarang persoalannya ialah, mestikah setiap tindakan penyempadanan semula mengakibatkan peningkatan jumlah kerusi? Tidakkah 222 orang ahli parlimen sudah mencukupi? Atau adakah kita benar-benar memerlukan lebih ramai? 
Jika kita bandingkan jumlah ini dengan negara-negara lain yang turut mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, Malaysia ketinggalan dari segi jumlah. Di United Kingdom, terdapat 650 orang ahli parlimen, dan di India 545.

‘Nilai ringgit jatuh, kerajaan Umno-BN terus bohongi rakyat’

KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno-BN amat tidak bertanggungjawab apabila masih gagal melakukan tindakan wajar yang tidak membebankan rakyat bagi menghadapi krisis ekonomi, malah sanggup membohongi rakyat dengan mengatakan penyusutan nilai ringgit tidak menjejaskan ekonomi negara.
Pada hal, kejatuhan nilai ringgit pasti memberikan kesan buruk kepada rakyat dan negara kerana ia pasti akan menyebabkan harga barang-barang turut naik terutama barangan import termasuk besi dan kenderaan.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata, ini bermaksud, apabila nilai ringgit turun, harga barang akan naik dan keadaan ini pasti akan menjadi bertambah parah kepada rakyat apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan mulai April tahun depan. Menurut beliau, lebih mencemaskan lagi apabila kejatuhan nilai ringgit berlaku ketika situasi ekonomi dunia turut berada dalam keadaan tidak menentu seperti sekarang akibat penurunan harga minyak yang pasti akan mengurangkan pendapatan kerajaan.
“Dengan suasana yang tidak menyenangkan sekarang, saya khuatir jika GST yang akan dilaksanakan tahun hadapan akan dinaikkan lagi kadarnya daripada enam peratus kepada kadar yang lebih tinggi dalam masa terdekat kerana kerajaan kurang pendapatan,” katanya ketika dihubungi
Tindakan seperti itu, menurut beliau, tidak mustahil dilakukan oleh kerajaan Umno-BN walaupun akan lebih membebankan rakyat memandangkan pihak kerajaan sendiri tidak melakukan sebarang tindakan sewajarnya bagi menghadapi krisis ekonomi mulai sekarang.
“Ini terbukti apabila sehingga sekarang pun kerajaan masih lagi kekal dengan sikapnya yang membazir dan boros membelanjakan wang negara, seolah-olah tiada apa yang merisaukan kepada para pemimpin kerajaan Umno-BN,” ujarnya.

Najib boleh ikut pengalaman Ku Li

Oleh Zulkifli Yahaya
APABILA mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat yang mendakwa Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak sebagai pembohong atau penipu; ia bukan sebuah berita. Kalau pemimpin Pakatan yang memuji Najib, biasanya laporan akan terpapar di muka hadapan akhbar-akhbar utama negara.Ia mempunyai nilai berita yang tinggi kerana bercanggah daripada kebiasaan.
Tiba-tiba bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mencipta satu berita dengan mendesak Najib berhenti daripada terus berbohong kepada rakyat tentang keadaan sebenar kedudukan negara. “Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh (membantu Melayu),” katanya dalam Mesyuarat Agung Tahunan Perkasa. Rashid berkata beliau tidak marah jika orang Umno atau Najib memarahinya mengkritik secara terbuka kerana tiada apa yang perlu disembunyikan. “Sekarang saya lantang mengkritik tetapi tiada yang berani mengkritik saya kerana saya tidak mencuri duit rakyat. Tiada apa saya sembunyikan,” katanya. Abd Rashid bukan calang-calang orang. Beliau punya nama besar dalam negara meskipun sering dibabitkan dengan kontroversi sewaktu menguruskan SPR.
Walaupun mungkin tidak digemari parti pembangkang, Rashid dihormati selain daripada parti pembangkang serta golongan tidak berparti yang kelompoknya adalah lebih besar. Orang yang ternama sepertinya yang mendakwa Najib pembohong, tentulah asas dakwaan sangat kukuh.
Rashid mendakwa apa jua cadangan yang dibawa hari ini tidak akan ke mana-mana kerana pelaku rasuah tidak akan mendengar. Maknanya isu besar yang dikaitkan oleh bekas Pengerusi SPR itu adalah isu integriti atau ketirisan wang negara oleh ‘perasuah’ di zaman Najib.
Terdahulu, Naib Ketua Umno Batu Kawan, Dato’ Seri Khairuddin Abu Hassan mencuri perhatian ramai apabila menjadi pemimpin Umno pertama yang secara terbuka menggesa pengurusan kewangan 1MDB disiasat perjalanannya.

Dr Roland Chia tidak berhasrat lepas jawatan sebagai ADUN Inanam

Dr Roland Chia tidak berhasrat lepas jawatan sebagai ADUN Inanam
KOTA KINABALU: Dr Roland Chia daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan hari ini bahawa beliau akan terus berkhidmat sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam.

Dalam satu kenyataan di sini, Dr Chia, 44, berkata, beliau membuat keputusan itu selepas berunding dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan penyokongnya.

"Selain itu, saya berhubung rapat dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali, yang juga Menteri Besar Selangor dan anggota akar umbi bagi membincangkan perkara mengenai kesihatan dan kesejahteraan saya.

Sambutan daripada semua pihak sangat positif. Mereka menggesa saya untuk bertahan dan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat (Adun) Inanam.

Pada masa saya bersendirian, saya berpeluang untuk mempertimbangkan pelbagai input dan cadangan dari semua pihak.

"Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk meneruskan khidmat saya sebagai anggota PKR dan anggota Dewan Undangan Negeri N13 Inanam, Sabah. Saya akan cuba yang terbaik untuk memenuhi harapan penduduk di Inanam," kata beliau.

Banjir: Gagal Hubungi Keluarga


Cover Line: Bagi masa Najib berehat, dia cuma manusia biasa, kata Muhyiddin

Rakyat diminta memberi peluang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berehat dan bercuti di luar negara walaupun negara ketika ini menghadapi bencana banjir di pantai timur, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan perdana menteri itu berkata, tidak perlu mempertikaikan Najib yang kini dilaporkan bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama kerana beliau sebelum ini sudah bekerja kuat mentadbir negara.
Bagi masa dia rehat, dia sudah bekerja terlalu keras. Dia cuma manusia biasa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Krismas di Full Gospel Tabernacle di Subang Jaya, hari ini. Katanya, kini beliau bertanggungjawab sepenuhnya mentadbir negara sepanjang pemergian Najib ke luar negara dan memberi jaminan akan menangani isu banjir dengan baik.
"Percaya kepada saya. Jangan bimbang perdana menteri yang di luar negara, risau apa yang berlaku di sini. "Saya bagi jaminan saya bekerja rapat dengan semua agensi terlibat. Saya jalankan tugas memegang kuasa sebagai perdana menteri. Jadi, jangan bimbang," katanya.

Banjir: Penduduk Kg. Laloh, Kuala Krai kelaparan, pecah pintu kedai runcit

Banjir: Penduduk Kg. Laloh kelaparan, pecah pintu kedai runcit
KUALA KRAI: Penduduk Kampung Laloh di Jajahan Kuala Krai, Kelantan terpaksa memecah pintu kedai runcit di kampung mereka setelah tiga hari tidak menerima bekalan makanan.

Mangsa banjir, Faizal Ab Rahim berkata, sehingga jam 4.00 petang tadi (Khamis) tiada satu pun bantuan bekalan makanan diterima untuknya dan lebih 2500 lagi mangsa dari 500 keluarga yang berpindah ke SK Laloh.

"Setakat ini tiada pihak menghulurkan bantuan. Helikopter dah berlegar di udara, tetapi tidak tahu apa tujuan helikopter berkenaan."

Begitupun, tindakan memecah masuk kedai runcit itu dibuat setelah mendapat kebenaran pemiliknya.

"Pusat perpindahan pertama kami di SMK Laloh turut dinaiki air sehingga ke aras dua. Mangsa kemudian berpindah ke penempatan kedua iaitu di SK Laloh."

Kampung Laloh terputus hubungan setelah semua jalan darat ditenggelami air tiga hari lalu.

Selain itu, bekalan air bersih dan elektrik turut terputus.

Najib cuma 'manusia biasa' ??? Kalau yang luar biasa, mcm mana pula...Dalam setahun berapa kali cuti2 ah..!!!


Dua mangsa banjir peluk dahan pokok 18 jam sebelum diselamatkan

Dua mangsa banjir peluk dahan pokok 18 jam sebelum diselamatkan
DUNGUN: Seorang lelaki dan anak saudaranya diselamatkan  setelah hampir 18 jam berlindung atas sebatang pokok berhampiran persimpangan Bukit Besi di sini selepas bot gentian kaca yang mereka naiki terbalik petang semalam.

Mohd Nazir Mamat, 33, dan Mohd Zafirul Izhan, 19, diselamatkan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam keadaan memeluk dahan pokok itu dan kesejukan kira-kira 12 tengah hari tadi.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) Imran Ismail berkata, ketika kejadian kira-kira 6 petang itu, kedua-dua mangsa dalam perjalanan untuk mengambil anggota keluarga mereka di Kampung Padang Ping yang dilanda banjir.

Bot gentian kaca yang dinaiki mereka terbalik sebelum dihanyutkan arus deras sebelum mereka sempat menyelamatkan diri dengan mencapai dahan pokok dan berlindung di atasnya," katanya  ketika dihubungi Bernama.

Katanya, pihak bomba sebelum itu menerima panggilan daripada seorang lelaki bernama Shahari Din yang memaklumkan ternampak kedua-dua mangsa di atas pokok.

Jumlah mangsa banjir hampiri 100,000

Jumlah mangsa banjir hampiri 100,000 orang
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di empat negeri  terutamanya di Kelantan, Pahang dan Perak terus meningkat pada petang ini dengan jumlah keseluruhan 97,025 orang.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir meningkat lagi petang ini apabila 34,491 orang dipindahkan berbanding 32,731 orang tengah hari tadi.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, ia membabitkan mangsa banjir di sembilan jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat.
Bacaan paras air di Sungai Kelantan di Tangga Krai, Jambatan Guillemard serta Tambatan Diraja dan Sungai Golok di Rantau Panjang terus naik.

Keadaan cuaca pada sebelah petang adalah mendung.

Sementara itu, sebanyak 157 pesakit di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Baharu, dipindahkan sebelum air mula masuk di sesetengah bangunan di hospital berkenaan awal hari ini.

Bagaimanapun, di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir menurun sedikit di negeri ini apabila hampir 1,500 orang mengambil peluang pulang ke rumah masing-masing setelah air di kawasan kediaman mereka beransur surut, berikutan cuaca kembali cerah di beberapa kawasan, petang ini.

Dengan perkembangan itu, jumlah mangsa banjir kini 28,561 orang daripada 7,001 keluarga berbanding 29,057 orang pada tengah hari tadi, demikian menurut statistik portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu.

Kemaman masih lagi menyaksikan mangsa paling ramai iaitu 19,405 orang disusuli daerah Dungun 6,285 orang, Kuala Terengganu 1,612, Hulu Terengganu 654, Besut 490 dan Marang 115 orang.

Inilah seorang Perdana Menteri yang bagus - Mahfuz

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar secara sinis mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang bercuti di luar negara dan sedang bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Hawaii.

Menurut beliau, kini keadaan banjir di Pantai Timur terutama di Kelantan agak kritikal, tetapi Najib sedang bercuti di luar negara ketika rakyat sedang mengalami kesusahan akibat banjir.

"Jadi tahniahlah saya ucapkan kepada Perdana Menteri yang sedang bercuti di luar negara sekarang dan sedang bermain golf bersama Barack Obama. Ini adalah seorang Perdana Menteri yang mempunyai tahap keprihatinan yang sangat tinggi terhadap kesusahan rakyat.

"Walaupun sedang bercuti di luar negara, mungkin Perdana Menteri juga turut berdoa. Mungkin beliau tak akan lupa doa beliau kepada mangsa-mangsa banjir. Inilah seorang Perdana Menteri yang bagus berbanding Perdana Menteri sebelum ini," kata Mahfuz dengan nada sinis.

Kini Najib diberitakan sedang bercuti ke Hawaii dan ketiadaan beliau dalam negara juga menimbulkan pelbagai reaksi tidak senang, malah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengkritik beliau secara terbuka.

Banjir: Bantuan Tak Sampai, Terpaksa Masak Guna Air Sungai


Banjir: Belum cukup kriteria untuk isytihar darurat kata TPM


Biarlah Najib bercuti, kata TPM


Perbadanan Putrajaya batal sambutan tahun baru 2015

Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Ambank Group mengumumkan program sambutan AmPerbadanan Putrajaya sedang dalam proses perbincangan untuk membatalkan acara hiburan sempena sambutan tahun baru 2015 bagi menghormati musibah yang menimpa mangsa banjir. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Disember, 2014.Perbadanan Putrajaya sedang dalam proses perbincangan untuk membatalkan acara hiburan sempena sambutan tahun baru 2015 bagi menghormati musibah yang menimpa mangsa banjir. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Disember, 2014.bang Tahun Baru Putrajaya 2015 yang dijadualkan berlangsung pada malam tahun baru dibatalkan.
Pengumuman itu dibuat menerusi status laman Facebook PPj pada jam 6 petang tadi.
Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut mengesahkan sambutan Ambang Tahun Baharu 2015 di Putrajaya 31 Disember ini dibatalkan.

Terdahulu selepas menerima desakan pelbagai pihak supaya sambutan sempena tahun baru dibatalkan, PPj bertindak mengadakan perbincangan dengan penganjur iaitu Ambank bagi membatalkan acara tersebut. Dalam tulisan di laman Facebooknya, ia berkata, mereka masih dalam perbincangan dengan pihak penganjur, iaitu Kumpulan Ambank, untuk membatalkan sambutan tersebut.
"PPj prihatin terhadap semua pandangan dan musibah yang menimpa Malaysia, tetapi program Sambutan Ambang Tahun Baru Putrajaya 2015 ini adalah program Kumpulan Ambank dan pihak kami sedang dalam usaha berbincang dengan pihak penganjur bagi membatalkan sambutan ini," katanya.
Hampir 5 negeri dilanda banjir ketika ini dengan lebih 90,000 penduduk seluruh negara yang terjejas dipindahkan ke pusat penempatan mangsa banjir, kejadian terburuk dalam sejarah negara.
Tiada tanda hujan akan berhenti khususnya di Kelantan dan Terengganu, dua negeri di pantai timur yang terjejas teruk selain Pahang, Perak dan Johor.
Sementara itu, pengguna Facebook menulis komen menggesa PPj membatalkan majlis sempena tahun baru yang dijadualkan pada 31 Disember tersebut, dan menggesa Ambank sebaliknya membantu mangsa banjir.

Terengganu arah batal semua majlis hiburan sempena ambang 2015

Kerajaan Negeri Terengganu mengarahkan semua acara dan majlis berbentuk hiburan termasuklah sambutan ambang tahun baharu 2015 dibatalkan.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (Pengurusan) Samiun Salleh berkata pembatalan itu adalah berikutan dengan bencana banjir yang melanda hampir keseluruhan negeri.
"Kerajaan negeri sekarang ini memfokuskan kepada keadaan (dan membantu mangsa) banjir yang melanda di daerah dalam Terengganu. 
 "Oleh itu kerajaan mengarahkan segala anjuran berbentuk hiburan termasuklah program sambutan ambang tahun baru yang kita (kerajaan negeri) rancang akan turut dibatalkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Samiun yang juga pemangku datuk bandar Kuala Terengganu berkata tidak wajar sekiranya sebarang acara berbentuk hiburan dianjurkan dalam waktu ketika ramai penduduk ditimpa musibah banjir. – Bernama

Akhiri pesta maksiat tahun baharu

BEBERAPA hari lagi kita akan melangkah tahun baharu 2015. Memasuki tahun baharu Masihi selalunya dikaitkan dengan majlis keramaian yang acaranya dipenuhi pesta-pestaan termasuklah konsert, pergaulan bebas lelaki perempuan dan mengambil minuman keras. Majlis ini tidak terbatas kepada orang bukan Islam tetapi juga orang Islam di negara kita yang acap kali didakwa sebagai negara Islam paling dinamik di dunia.

Adalah menjadi kebiasaan kepada rakyat, malah disuburkan oleh pemimpin untuk berhimpun beramai-ramai pada malam tahun baru di lokasi strategik seperti Dataran Merdeka, Bukit Bintang dan lapangan terbuka di negerinegeri, menunggu detik 12.00 tengah malam bagi menandakan permulaan tahun baharu.
Sambil menunggu, biasanya orang ramai dihidangkan dengan persembahan artis. Di majlis seperti inilah berlaku pergaulan bebas lelaki perempuan dan daripadanya membawa kepada pelbagai kemungkaran seperti menogok minuman keras, melakukan mukadimah zina seterusnya berzina, meragut, mencuri malah sampai membunuh sekalipun.
Di negara kita, adalah begitu mudah mendapatkan minuman keras. Ia dijual secara terbuka termasuk di kedai mesra 24 jam.

Selangor hulur bantuan bantu mangsa banjir di Kelantan

banjirSHAH ALAM, 25 DIS: Kerajaan Negeri akan menyalurkan bantuan bagi membantu meringankan beban mangsa banjir di Kelantan.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, beliau sudah menghubungi Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, supaya dapat mengirimkan sumbangan tanda solidariti.
“Alhamdulillah, Kerajaan Selangor bersetuju dan jumlah bantuan mungkin diumumkan sehari dua ini,” katanya dalam kenyataan dipetik Harakah Daily, hari ini.
Husam juga menyatakan cuba menghubungi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bagi tujuan sama tetapi beliau masih berada di luar negara.
husam-musaBeliau yang juga Adun Salor berkata, paras air di sungai utama di seluruh Kelantan menunjukkan peningkatan ketara.
Husam yang baru selesai melawat bilik gerakan banjir Kelantan di Kota Darulnaim, berkata paras air meningkat pada kedudukan kritikal di bebarapa jajahan seperti Kuala Krai, namun hujan sudah berhenti di seluruh negeri.
“Berkenaan penduduk yang terperangkap di atas sebuah bukit di Manek Urai, pihak bomba cuba menghantar bantuan pada malam ini juga dan pihak tentera akan membuat percubaan kali ketiga bagi menghantar bantuan pada esok pagi.
“Berdasarkan kedudukan yang kritikal pada waktu ini, jika hujan esok, pihak Majlis Keselamatan Negara harus menggerakkan lebih banyak jentera dan tenaga bantuan di kawasan kritikal, apatah lagi kemudahan perhubungan utama antara Kelantan dan negari lain terputus,” katanya.
Beliau berkata, kemudahan bot bomba yang lebih besar umpamanya tidak dapat dihantar ke Kelantan.

Banjir: AMK ucap takziah, usahakan bantuan

Nik Nazmi menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir semasa lawatannya di empat kawasan banjir di Kelantan, minggu lalu. Angkatan Muda KEADILAN (AMK) ingin mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa banjir di beberapa negeri, terutama di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.
Setakat makluman awal, situasi banjir kali ini khususnya di Kelantan, adalah lebih buruk jika dibandingkan dengan pengalaman sebelumnya.
AMK Pusat sedang berusaha mengumpulkan sekurang-kurangnya RM10,000 selain dalam bentuk barangan sebagai bantuan untuk disalurkan ke beberapa kawasan di negeri-negeri yang mengalami masalah banjir ini.
Nik Nazmi menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir semasa lawatannya di empat kawasan banjir di Kelantan, minggu lalu.
Minggu lalu, saya sendiri bersama beberapa pimpinan AMK Pusat dan rakan-rakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan AMK Kelantan telah melawat empat kawasan banjir di Gual Ipoh, Pasir Puteh, Palekbang dan Pengkalan Kubur untuk memberikan sedikit bantuan.

Negara Banjir, PM Bergolf Di Hawaii - A Kadir Jasin

NEGARA Banjir. Laporan terakhir lebih 90,000 terpaksa berpindah. Perdana Menteri bermain golf di Hawai dengan Presiden Amerika.

Jadi “songsanglah” maklumat SMS pemuda harapan bangsa (PHB) di JPM yang memberitahu pada 15 Disember:  “Salam Datuk, rancangan cuti itu belum muktamad lagi...” dan separuh betullah khabar SMS ketua media PM yang berbunyi “…End of the year taking a break” tanpa menyebutkan di dalam atau luar negara.

Malaysian Insider memetik akhbar The Washington Post sebagai berkata Mohd Najib Abdul Razak adalah antara empat orang, termasuk Obama, yang bermain golf di Pangkalan Pasukan Marin Amerika di Teluk Kanehoe, Hawaii.

Negara Banjir PM Bergolf di Hawaii
Mungkin ini sebahagian daripada kunjungan minta ampun setelah beliau dibelasah oleh diplomat dan media massa Amerika kerana membatalkan cadangan beliau memansuhkan Akta Hasutan.

Tidak perlulah minta ampun atau minta persetujuan Obama atau mana-mana pemimpin dunia untuk memerintah negara. Atau apakah zaman menghantar bunga emas kepada kuasa besar berulang semula?

Kembali di tanah air, Bernama melaporkan 90,250 telah dipindahkan akibat banjir besar di Kelantan, Terengganu, Pahang (negeri Mohd Najib), Perak dan Perlis.

Banjir makin kritikal, PAS rayu sumbangan

KUALA LUMPUR: PAS memohon jasa baik orang ramai untuk menghulur bantuan kewangan dan peralatan harian kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.
Pengerusi Majlis Tindakan Bencana Alam PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, memandangkan banjir sangat kritikal di Kelantan dan beberapa kawasan di Terengganu serta Pahang dengan mangsa semakin meningkat, PAS mengharapkan bantuan orang ramai ini mampu mengurangkan beban mangsa.
Menurutnya, mangsa memerlukan bantuan memandangkan di Kelantan boleh dikatakan terputus terus hubungan darat dan semakin kritikal.
"Sementara di Terengganu pula banyak kawasan yang sudah mula ditenggelami air dan maka kita seluruh rakyat Malaysia harus membantu mereka yang sedang berdepan dengan musibah ini.
"Kita juga mendoakan agar keadaan kembali pulih," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Sebarang bantuan boleh dimasukkan ke tabung bencana Harakah menerusi akaun Maybank 564070130442.
Menurut laporan Bernama pagi tadi, keadaan banjir di Pantai Timur tidak menampakkan tanda reda dengan Kelantan mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu 32,343 orang, Terengganu (28,991) dan Pahang (24,316).

Banjir Besar: Pengguna media sosial gesa semua Konsert Ambang 2015 dibatalkan

SHAH ALAM: Rata-rata pengguna media sosial menggesa semua pihak termasuk Perbadanan Putrajaya agar membatalkan mana-mana Konsert Ambang Tahun Baru 2015 bagi menghormati penderitaan mangsa banjir diseluruh negara yang masih dalam keadaan tidak menentu. 
 
Malah, ada juga pengguna media sosial mempersoalkan tindakan Perbadanan Putrajaya yang masih belum membuat sebarang keputusan pembatalan Konsert Ambang Tahun Baru 2015 yang ditaja oleh Ambank, bertempat di hadapan bangunan Kementerian Kewangan pada 31 Disember ini.
 
Mereka mendesak Perbadanan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Aseh Che Mat, dapat membuat keputusan segera untuk membatalkan acara berkenaan, memandangkan lebih 90 ribu mangsa banjir diseluruh negara masih dalam keadaan yang tidak menentu.
 
Keadaan banjir yang masih tidak nampak akan surutnya khususnya di negeri pantai timur mengundang rasa simpati keseluruhan rakyat Malaysia dari didalam dan luar negara.
 
Walaupun konsert berkenaan tidak mengunakan duit kerajaan, memandangkan ia ditaja sepenuhnya oleh Ambank, akan tetapi pihak penganjur serta Perbadanan Putrajaya harus menjaga sensitiviti mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dalam banjir buruk yang luar biasa kali ini.

Banjir: Hospital HRPZ11 dinaiki air paras pinggang

KOTA BHARU - Hospital Raja Perempuan Zainab 11 (HRPZ11) dinaiki air paras pinggang sehingga jam 12 tengahari tadi.

Limpahan air Sungai Kelantan  mula memasuki kawasan tersebut pada jam 2.30 pagi malam tadi mula memenuhi belakang farmasi,kantin dan farmasi.

Sejak petang kelmarin pihak HRPZ11 telah memindahkan pesakit yang berada di bangunan mudah dinaiki air ke bangunan wad lebih selamat serta ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Dalam pada itu,warga HRPZ11 turut dikejutkan dengan penemuan seekor ular sawa turut ditangkap di depan Jabatan Kecemasan hospital tersebut.

Sehingga jam satu tengahari sebentar tadi paras air Sungai Kelantan di Tambatan DiRaja mencatatkan bacaan 6.86meter (m) melepasi paras bahaya 5m.

Bajir: Pusat pemindahan SMK Keroh catu bekalan makanan

KUALA KRAI - Memandangkan risiko terputusnya bekalan makanan mungkin terjadi kerana jalan-jalan utama dinaiki air, pihak pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Keroh mengambil keputusan untuk mencatu bekalan makanan.
Pengerusi Jawatankuasa dan Kemajuan Kampung Keroh Mat Taib Mohamad, 72, berkata walaupun bekalan makanan buat masa kini masih mencukupi, keputusan itu terpaksa diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana jumlah mangsa dijangka bertambah.
"Makanan itu ada, tapi untuk jangka masa panjang, kita terpaksa berjaga-jaga. Sebab setakat ini bekalan kami biasanya dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jajahan Kuala Krai, tapi sekarang jalan ke sana pun dah putus.
"Dan setakat ini, jumlah mangsa pun dah makin bertambah sebab ada kawasan-kawasan yang sebelum ini tak pernah dinaiki air, kali ini jadi pula. Banjir kali ini memang luar biasa," katanya kepada Bernama.
Mengulas lanjut, Mat Taib berkata pihak jawatankuasa akan memberi kupon kepada keluarga terbabit mengikut data mangsa banjir yang telah direkodkan. 
Mat Taib berkata pada kupon itu akan dicatatkan jumlah anggota keluarga mangsa supaya bekalan makanan seperti nasi bungkus dapat diedarkan mengikut bilangan yang ditetapkan.
Seorang suri rumah yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Wan, 30, memberitahu bahawa kumpulan wanita menjalankan tugas memasak dan mengedar makanan dibahagi kepada tiga iaitu untuk sesi pagi, tengah hari dan petang.

Rupa2nya Najib ada kat Malaysia. Kini "Najib' berada di mana-mana kawasan banjir.. Nampak senyum sentiasa..



Sultan Perak titah semua acara sambutan tahun baru dibatalkan

#LAPORAN BANJIR KHAS 3 PM [25 Dis 2014]

Banjir 2014 : Kota Bharu 25 Dis 2014 - 2:00PM

Adakah ini juga 'berita palsu' ???.. Kalau tak palsu KENAPA KERAjaan UMNO/BN, TV3suku, TV1, TV2, Utusan & BeritaHarian TAKUT nak mewar2kan 'KESIBUKAN PM kita bermain golf di Hawaii bersama Obama kpd rakyat...


Banjir: TNB henti operasi 1,266 pencawang

Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menghentikan sementara operasi 1,266 pencawang elektrik (PE) di beberapa kawasan di Pahang, Kelantan dan Terengganu susulan kejadian banjir.
  
Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata langkah itu diambil bagi mengelak berlakunya litar pintas dan ia membabitkan 63,221 pengguna.
  
Kelantan mempunyai pengguna paling banyak terjejas iaitu 42,625 dengan penutupan operasi 810 PE di Kuala Krai, Gua Musang, Jeli, Machang, Tanah Merah, Kota Baharu dan Tumpat.
  
"Di Terengganu, operasi 138 PE dihentikan di Kemaman, Bandar Al-Muktafi Billah Shah dan Dungun, melibatkan 8,105 pengguna manakala di Pahang, 5,878 pengguna terjejas berikutan penutupan operasi 18 PE," katanya dalam kenyataan hari ini.
  
Beliau berkata TNB akan terus memantau pepasangan seperti pencawang elektrik di beberapa kawasan terjejas banjir dan menutup bekalan elektrik sekiranya air mencecah paras bahaya.
  
Mohd Aminuddin berkata bilik gerakan TNB di setiap negeri juga beroperasi untuk memantau situasi dan orang ramai boleh menghubungi talian TNB CareLine di 15454 untuk maklumat lanjut.

- Bernama

Banjir: Sultan Nazrin Shah titah adakan solat hajat esok, batal sambutan tahun baru

Prihatin dengan bencana banjir yang sedang melanda, Sultan Perak Sultan Dr Nazrin Shah hari ini menitahkan kesemua masjid di seluruh negeri mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat esok.
Solat hajat itu untuk memohon ihsan Allah meringankan tanggungan dan ujian agar situasi kehidupan insan dapat dipulihkan seperti sedia kala.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Sultan Perak hari ini, baginda turut menitahkan supaya sebarang acara konsert atau yang berunsur hiburan jika ada dirancang menjelang sambutan tahun baharu hendaklah dibatalkan.

Ia termasuk acara yang melibatkan atau dianjurkan kerajaan negeri atau mana-mana agensi kerajaan negeri, titah baginda. Sultan Nazrin Shah juga memperkenan Yayasan Sultan Azlan Shah mengurniakan dua pasang pakaian dan kasut sekolah kepada setiap pelajar daripada kalangan mangsa banjir.
Titah itu susulan keberangkatan Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim ke sesi taklimat situasi banjir negeri Perak dan lawatan baginda berdua ke pusat pemindahan banjir hari ini.
Setakat pagi ini, sebanyak 4,335 orang yang terjejas banjir dipindahkan ke 43 pusat pemindahan banjir di tiga daerah iaitu Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Perak Tengah.
Daerah Kuala Kangsar yang meliputi kawasan Sungai Siput mencatat bilangan tertinggi mangsa banjir setakat ini iaitu 2,767 orang dan 23 pusat pemindahan masih dibuka. – Bernama

Video: Sekitar banjir di Pantai Timur


Yesss...Inilah PM TERBAIK Untuk Malaysia!!

Ketika rakyat di Kelantan, Terengganu dan Pahang didakap sengsara akibat banjir yang dianggap paling buruk kali ini dan ramai pula yang tertanya-tanya di mana Perdana Menteri, Najib Razak dalam detik sengsara ini, The Washington Post akhirnya tampil memberikan jawapan yang kita tunggu-tunggu.

Dalam laporannya, ia melaporkan Najib kini sedang bercuti di Hawaii dan turut bermain golf dengan santai dan riang bersama Presiden Amerika, Barack Obama.

Sebagaimana tahun lalu, terbukti sekali lagi Najib bercuti  ke luar negara ketika musim sambutan Krismas sedang berlangsung. Sebagaimana tahun lalu, percutiannya kali ini mungkin juga sehingga sambutan tahun baru 2015 nanti.

Kesanggupan Najib bercuti di Hawaii, bergembira dan bermain golf dengan Obama ketika rakyat di Pantai Timur sedang menderita kesejukan, kelaparan dan mengalami kemusnahan harta-benda, tidak lain membuktikan beliaulah Perdana Menteri TERBAIK untuk negara ini.

Lupakanlah untuk menukar Perdana Menteri dengan Muhyiddin Yassin, Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein, Anwar Ibrahim atau sesiapa saja dan lupakanlah juga kehebatan Mahathir Mohamad membangunkan negara ini selama 22 tahun pemerintahannya kerana semuanya tidak terlawan dengan kehebatan Najib yang baru enam tahun dengan kuasanya.

Banjir: Jangan tunggu Kota Bharu hanyut baru bertindak

Marilah kita berbicara lagi soal bencana banjir yang melanda negara pada masa ini. Saya ingin fokuskan lagi kepada negeri kelahiran saya, Kelantan Darulnaim. Dengan air masih naik dan semua bandar utama sudah dijamahi air, dan kini paling teruk di Kota Bharu, masyarakat umum sudah majmuk mengatakan banjir kali ini adalah teruk, parah dan tragis.


Hosptal dimasuki air.
Ukuran umum berbeza dengan perincian pihak berkuasa termasuk kerajaan negeri Kelantan dan Persekutuan sendiri. Pihak kerajaan Kelantan masih beranggapan banjir yang melanda Kelantan ini masih boleh dikawal dan tidak memerlukan kepada tindakan lebih serius, melainkan berdoa.

Mustapa Mohamed satu-satu menteri dari Kelantan pula mengatakan darurat tidak perlu diistyharkan kerana keadaan masih terkawal.



Balai polis digenangi air.
Mungkin pandangan pemimpin itu berbeza dengan pandangan umum dalam menilai kemaraan banjir kali ini. Ia mungkin lebih berbeza lagi dengan pendapat mangsa banjir yang sedang menderita (kelaparan, trauma dan kesejukan) khusunya mereka yang terperangkap di pusat pemindahan banjir atau pun yang berlindung atas buki Bekok di Manek Urai.

Stadium air masuk main bola.
Pendapat Mustapa itu sejalur dengan pendapat MB Kelantan Ahmad Yaakob, yang mengatakan darurat tidak perlu diistyharkan di Kelantan. Sambil merayu agar rakyat Kelantan berdoa dan bermunajak kepada Allah, mungkin satu-satu alternatif terbaik bagi MB itu berusaha untuk mengatasi bebanan banjir dan menyelamatkan rakyat Kelantan dengan cara spritual agama.

Soalnya kenapakah susah sangat untuk mendarutkan Kelantan. Saya membuka protal bencana Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan membaca definiasi darurat. Kata definasi itu darurat ialah;

"Suatu kejadian yang menyebabkan gangguan kepada aktiviti masyarakat dan urusan Negara, melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya dan memerlukan tindakan penggemblengan sumber yang ekstensif. (Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana - Semakan 2012).
Dengan memahami definasi berkenaan apa yang berlaku di Kelantan ini sudah lebih daripada cukup dalil-dalilnya dan pantas untuk diistyharkan darurat. Keadaan di Kelantan kini memerlukan gembelangan tenaga ekstensif. Nah, apa lagi yang ditunggu dan apa lagi yang dinanti-nantikan. Semua jalan utama menerusi darat ke negeri itu sudah terputus. Hanya jalan udara sahaja satu-satu yang dapat digunakan. Pendudik negeri Kelantan kini seperti berada dalam sebuah pulau di keliling lautan kesukaran dan kepedihan.

Najib, jangan asyik main golf – Chegubard

Adakah keutamaan Najib sebagai Perdana Menteri adalah untuk memuaskan hati dan menjadi budak Amerika Syarikat yang baik?
PETALING JAYA: Ketika negara menghadapi ujian bencana banjir besar yang melanda Pantai Timur Semenanjung, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak memilih untuk bergembira menghayunkan kayu golf bersama Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin, mempersoalkan bagaimana Najib boleh tersenyum gembira bermain golf di Hawaii ketika rakyat resah, ketakutan dan huru-hara memikirkan untung nasib menghadapi bencana banjir besar.
“Adakah keutamaan Najib sebagai Perdana Menteri adalah untuk memuaskan hati dan menjadi budak Amerika Syarikat yang baik?
“Tidak bolehkah Najib membatalkan jadual ke Amerika Syarikat dan memilih untuk berada bersama rakyat ketika ini,” katanya.
Beliau yang lebih dikenali Che’GuBard kebingungan melihat tindak-tanduk sindrom penafian Putrajaya terhadap keadaan banjir di Kelantan yang semakin memburuk tetapi akhirnya telah terjawab.
“Rupanya Perdana Menteri kita tidak berada di dalam negara tetapi sedang bergembira bersama Presiden Barrack Obama,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Kata beliau, penyokong Barisan Nasional (BN) semasa Kajang dilanda banjir kilat telah memainkan gambar Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan keluarga bercuti di luar negara, dan mempersoalkan: ”Tetapi kini, ketua kamu yang juga seorang Perdana Menteri memilih untuk bersama Barrack Obama berbanding rakyat sendiri.”

Rakyat derita banjir, Najib berseronok main golf dengan Obama

KUALA LUMPUR 25 DIS- Ketika sebahagian rakyat Malaysia menderita akibat banjir dan ada antara mereka masih terperangkap, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang berseronok bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
The Washington Post hari ini melaporkan, Najib antara empat orang termasuk Joe Paulsen dan Mike Brush, bermain golf bersama Obama di pengkalan Marine Corps, Kanehoe Bay di kepulauan Hawaii.
Obama dilapor mahu mengukuhkan hubungan kerja yang lebih baik dengan Najib, selepas mengadakan lawatan julung-julung kali ke Malaysia pada April lalu.
Namun ketiadaan Najib ketika negara dilanda krisis dilihat sebagai tindakan tidak bertanggungjawab di saat rakyat Malaysia terjejas teruk akibat banjir.
Pada masa ini, puluhan ribu penduduk Kelantan, Terengganu,  Pahang, Perlis dan Perak dipindahkan ke penempatan sementara ekoran banjir yang melanda beberapa daerah di negeri itu.
Keadaan banjir  dilaporkan semakin buruk pada malam tadi dengan jumlah mangsa terpaksa dipindahkan terus meningkat kepada 67,738  orang.

Banjir: Air mula masuki laluan Pengkalan Chepa

Keadaan paras air di Jalan Tok Guru berhadapan Pasar Raya Bilion Mart Tanjung Chat sekitar jam 11.30 pagi ini. 
KOTA BHARU - Paras air Sungai Kelantan yang semakin meningkat sejak semalam kini telah melimpahi bandar Kota Bharu dan sedang memasuki laluan ke Pengkalan Chepa.
 
Tinjauan Sinar Harian di Jalan Tok Guru sekitar jam 10 pagi tadi mendapati air sudah dapat di laluan berkenaan, dan difahamkan laluan menghubungkan bandar Kota Bharu dan Pengkalan Chepa itu ditutup sejak 9.30 pagi tadi.
 
Orang ramai, Zalman Ibrahim, 38, berkata,dia dalam perjalanan ke Jalan Sri Cemerlang terpaksa berpatah balik berikutan penutupan laluan tersebut.
 
"Paras air d laluan hadapan Pasaraya Billion Mart juga semakin naik, mungkin akan terus naik selepas ini, jadi saya memilih untuk berpatah balik bimbang sekiranya air terus naik dan saya terkandas di situ," katanya kepada Sinar Harian di sini.
 
Sementara itu, Penyelia Jabatan Pasaraya Bilion Mart, Mohd Kori Mohd Daud berkata, air mula melimpahi perkarangan pasar raya itu kira-kira jam 11 pagi.