Rabu, 24 Disember 2014

LENSA BANJIR DI KELANTAN DAN PAHANG. TERUSKAN BERDOA UNTUK MANGSA-MANGSA BANJIR

Diberitakan paling teruk terjejas kawasan Kuala Krai. Banjir dikhabarkan telah mencecah ke tingkat satu bangunan sekolah. Kawasan bandar Kota Baharu mula dinaiki air pagi ini. Teruskan berdoa semoga semunya dipelihara.

Sebahagian gambar juga meliputi gambar-gambar banjir di Pahang, juga terdapat gambar-gambar fenomena air pasang besar dan ombak besar. 




Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang perlu bantu Kelantan

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan kerajaan DAP Pulau Pinang harus berbuat sesuatu untuk merengankan beban kerajaan Kelantan yang kini berhadapan dengan bencana banjir yang disifatkan paling dahsyat dalam tempoh 30 tahun.

Walaupun kerajaan Pas Kelantan masih mampu untuk menghadapi bencana itu tetapi ia sesuatu yang sangat membebankan. Menurut maklumat terbaru kini terdapat 26,968 mangsa banjir yang ditempatkan di 129 pusat pemindahan banjir di lapan Jajahan.

Paling mencemaskan katanya terdapat lebih 1,000 mangsa banjir terperangkap di pusat pemindahan banjir di Gua Musang dan Kuala Krai dimana mereka tidak dapat dihubungi oleh petugas banjir kerana keadaan tidak mengizinkan disebabkan air deras tidak dapat dimasuki dengan bot.

Jumlah mereka yang yang berada di pusat pemindahan di beberapa Jajahan itu tidak termasuk mereka yang terlibat dengan banjir dan memerlukan bantuan keperluan seharian terutamanya makanan kerana sukar untuk mendapat bekalan. Berpuluh-puluh dapur banjir telah dibuka oleh kerajaan Kelantan.

Dalam masa sama juga berbagai agensi kerajaan Pusat dan badan sukarelawan, NGO serta kumpulan bersendirian turut sama membantu mangsa banjir, memindah dan juga menghantar bantuan makanan, pakaian dan peralatan tidur. Pos-pos punggutan derama dan bekalan makanan dan pakaian dibuka diserata tempat termasuk di Kuala Lumpur.

INILAH WAJAH PE'EL MEMBODEK NAJIB yg sudah sebati dlm diri Menteri2 UMNO...


Tiga beranak maut, seorang parah letupan di Gurun

Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa kesan letupan yang berpunca dari sebuah kereta dan turut menjejaskan lapan buah rumah di Taman Ria Mesra di Gurun, hari ini. - Foto Bernama  
Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa kesan letupan yang berpunca dari sebuah kereta dan turut menjejaskan lapan buah rumah di Taman Ria Mesra di Gurun, hari ini. - Foto Bernama

GURUN - Tiga beranak maut manakala seorang lagi anggota keluarga itu cedera parah dalam satu kejadian letupan yang berlaku di sebuah rumah di Taman Ria Mesra di Gurun petang ini.
    
Letupan kira-kira 4.50 petang itu menyebabkan seorang anggota tentera yang dikenali sebagai Ayob, berusia dalam lingkungan 30-an, anak perempuannya Nor Hidayu Shahirah Ayob, 8, dan anak lelakinya Mohamad Idham Shahmi, 5, maut.
    
Sementara itu, isteri Ayob yang dikenali sebagai Sharifah Haslinda, 37, mengalami kecederaan parah.
    
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Ahmad Shahabuddin berkata, walaupun ada yang mengatakan letupan berpunca daripada tong gas tetapi pihaknya tidak menolak kemungkinan letupan itu berpunca daripada sejenis bahan letupan.
    
" Ini berdasarkan pengamatan impak letupan di lokasi kejadian oleh pihak bomba ketika melakukan kerja pemadaman sebaik tiba di lokasi kejadian.

Banjir Semakin Buruk, Rakyat Semakin Menderita..!!!

Jumlah mangsa banjir di kebanyakan negeri yang terjejas terus meningkat dengan keseluruhan 62,836 penduduk dipindahkan sehingga tengah hari ini, berbanding 58,705 pagi tadi.

Di Kelantan jumlah mangsa banjir kini mencecah 26,137 orang berbanding 24,765 yang dicatat pagi tadi.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, mereka yang dipindahkan membabitkan sebanyak 7,468 buah keluarga yang ditempatkan di 117 pusat pemindahan berbanding 7,493 keluarga di 114 pusat sebelumnya.

Jajahan paling teruk terjejas ialah Gua Musang membabitkan 6,947 penduduk dipindahkan, meningkat 1,688 orang berbanding pagi tadi.

Peningkatan jumlah mangsa banjir turut dicatatkan di Tanah Merah (801), Kota Baru (276), Jeli (557) dan Machang (178).

Di jajahan Pasir Mas jumlah mangsa sedikit menurun kepada 7,776 orang berbanding 8,754 pagi tadi. Penurunan turut direkodkan di Tumpat dengan kini 3,794 mangsa masih berada di pusat pemindahan berbanding 4,146 pagi tadi.

Sementara mangsa banjir di Pasir Puteh kekal 602 orang.

Di Terengganu, 720 orang lagi penduduk dipindahkan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir kepada 22,326 orang berbanding 21,606 pagi tadi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Kemaman mencatatkan jumlah mangsa tertinggi 13,039 orang diikuti Dungun (4,971), Kuala Terengganu (3,082) orang, Hulu Terengganu (685), Besut (426), Marang (115) dan Setiu (lapan), kesemuanya ditempatkan di 116 pusat pemindahan.

Di Kuantan situasi banjir semakin buruk menyebabkan angka penduduk yang dipindahkan bertambah kepada 12,832 orang berbanding 10,825 orang pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Kuantan mencatatkan jumlah mangsa banjir paling banyak iaitu 6,231 orang daripada 1,689 keluarga yang ditempatkan di 31 pusat pemindahan.

Pemimpin PR, BN bergambar semasa banjir diselar

Banjir ini memang betul bala Allah. Sebelum ini juga banjir. Mana cadangan kerajaan negeri atau pusat untuk berdepan dengan bencana seperti ini.
chegubardKUALA LUMPUR: Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin menyelar sikap para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) yang berlumba-lumba merakam gambar semasa banjir.
Beliau yang lebih dikenali Chegubard berkata, perkara seperti itu sepatutnya tidak berlaku kerana ia tidak dikehendaki dan disukai oleh rakyat.
“Yang rakyat mahu ialah kamu ini pemutus polisi dasar. Banjir ini memang betul bala Allah. Sebelum ini juga banjir. Mana cadangan kerajaan negeri atau pusat untuk berdepan dengan bencana seperti ini,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau memberitahu, kerajaan Indonesia telah memperkenalkan program tembok di pesisir pantai dikenali Garuda Besar dalam usaha mengatasi masalah banjir yang selalu menenggelami Jakarta.
Katanya, beliau kecewa kerana di negara ini tidak ada program kawalan banjir secara komprehensif dan terancang.
Sebelum ini media melaporkan, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan supaya Majlis Keselamatan Negeri (MKN) isytihar darurat di kawasan yang terjejas akibat bencana banjir khususnya di Hulu Kelantan.
Beliau turut menyeru segerakan intervensi tentera kerana kenderaan dan peralatan tidak mencukupi di mana pihak MKN perlu bertindak pantas atau menggerakan tentera ke kawasan bencana terutama di Laloh, Kampung Karangan dan Manek Urai di Kuala Krai.

BARU TAHU.. Rupa2nya inilah cara 'pengurusan banjir' di Malaysia.. RM3 JUTA ???.. BUAT KONSERT LAGI ???


Nak guna kalimah Allah tapi tolak hudud?

Oleh Timmy Say
Ketegasan DAP memperjuangkan hak bukan Islam Malaysia untuk menggunakan kalimah Allah dan kitab Bible BM amatlah mengkagumkan.
Mereka berani mempertahankan apa yang dirasai betul, pada pendapat mereka, mengikut tafsiran mereka pada Perlembagaan dan hak asasi manusia, meskipun terpaksa berdepan dengan cemuhan dan kritikan yang bertubi-tubi.
Tapi mengapa DAP mengambil sikap konfrontasi terhadap PAS yang ingin memperjuangkan agar hukum hudud dilaksanakan di Kelantan?
Hukum hudud adalah sebahagian daripada tuntutan agama orang Islam, yang wajib ditunaikan jika mampu. Ini adalah satu hak orang Islam untuk melaksanakan tuntutan agama mereka. Keinginan orang Islam untuk melihat pesalah-pesalah beragama Islam diadili menggunakan hukum yang ditentukan Allah dan bukan manusia perlu dihormati dan diberi ruang.
Sikap DAP yang sering mempertikaikan hasrat PAS untuk melaksanakan hudud menyebabkan masyarakat bukan Islam melihat hukum hudud jauh lebih teruk berbanding rasuah di dalam Umno.
Ini terbukti apabila DAP menyatakan Putrajaya tidak akan dicapai Pakatan Rakyat sekiranya hukum hudud dilaksanakan.
Kenyataan DAP itu membina persepsi seolah-olah rasuah di dalam Umno boleh diterima bukan Islam berbanding hukum hudud yang cuba dilaksanakan PAS Kelantan untuk mengotakan janjinya kepada rakyat Kelantan yang menyokongnya selama 23 tahun.
Betul kata DAP, orang bukan Islam yang menyokong PR tidak mengundi untuk hukum hudud dilaksanakan. Tapi rakyat Kelantan yang beragama Islam menyokong PAS pula mengundi untuk sebaliknya. Betul hak bukan Islam perlu dihormati, tapi hak rakyat Kelantan turut tidak boleh diabaikan.

Dr Mahathir, berhentilah… – Chegubard

Badrul Hisham juga menggesa Pakatan Rakyat tidak terlalu ghairah menggunakan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

chegubard3KUALA LUMPUR: Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang digantung, Badrul Hisham Shahrin menggesa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhenti daripada bersuara lantang dan mengkritik.
Beliau yang dikenali Chegubard mempersoalkan jika Dr Mahathir mahu bercakap mengenai kronisme dan peluang, berapa ramai anak Melayu diberi peluang mendapat projek bernilai berbilion di bawah Petronas.
Dakwanya, persoalan yang perlu dijawab adalah kewujudan Pembekal Tenaga Bebas (IPP) yang menjadi skim pencen kepada bekas Perdana Menteri dan kroni-kroninya.
“IPP kini menjadi punca antara masalah besar pengurusan subsidi industri dan tenaga dalam negara,” katanya dalam satu sidang media di sini.
Badrul Hisham juga menggesa Pakatan Rakyat (PR) tidak terlalu ghairah menggunakan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau mendakwa, PR tidak sedar hakikat Dr Mahathir yang sedang menunggang pembangkang bagi menunaikan kemahuannya.

Sedarlah Nik Amar, 53% rakyat Malaysia mahu Pakatan ke Putrajaya...!! Hanya Pas Kelantan Dan Terengganu dari dunia lain..??

Pakatan Rakyat perlu bersedia untuk melepaskan PAS keluar daripada PR

Oleh Syukri Razab
Kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Amar Nik Abdullah dalam satu wawancara dengan Malaysiakini yang mengatakan PAS akan terus mengutamakan perjuangan Hudud sekalipun terpaksa mengorbankan perjuangan untuk memerintah Malaysia bersama Pakatan Rakyat (PR), merupakan satu kenyataan penting diri dan tidak menghormati kehendak rakyat.
amar_nik_abdullah_300x200Dalam wawancara tersebut Nik Amar ada menyebut tidak ada gunanya PR menang Malaysia sekiranya cita-cita PAS untuk melaksanakan Hudud tidak dapat dilaksanakan. Beliau juga menyebut, Putrajaya hanya merupakan kenderaan yang perlu ditunggang oleh PAS untuk melaksanakan ‘ The Bigger Picture’ iaitu Hudud. Maka Nik Amar percaya Hudud tetap tidak akan dapat dilaksanakan walaupun PR berjaya memerintah Malaysia kerana halangan daripada pihak PKR dan DAP. Oleh itu PAS akan terus berusaha melaksanakan Hudud di Kelantan, dengan logik ‘biar tidak dapat Putrajaya, asalkan PAS dapat laksanakan Hudud di Kelantan’.
Perspektif Nik Amar yang ditonjolkan melalui wawancara tersebut jelas menunjukkan beliau sudah hilang kepercayaan kepada PR. Jelas terpamer sikap beliau yang sudah lelah untuk bertoleransi. Bagi Nik Amar, Hudud akan tetap dilaksanakan di Kelantan walaupun PKR dan DAP kurang senang dengan idea tersebut. Pendirian beliau mudah, PAS akan terus dengan Hudud walaupun Pakatan Rakyat pecah, sekaligus mematikan impian untuk memendekkan hayat BN di Putrajaya menjelang PRU14.
Nik Amar lupa ‘The Bigger Picture’ yang lebih utama
Saya fikir mungkin Nik Amar terlupa bahawa 53 % rakyat Malaysia telah memberi undi kepada PR dalam PRU 13 yang lalu. Selain memikirkan ‘The Bigger Picture’ PAS, apakah Nik Amar mengambil peduli ‘The Bigger Picture’ yang tertanam dalam minda 53% rakyat yang telah menolak Barisan Nasional ini. Pernahkah Nik Amar mengambil peduli persepsi 53% rakyat ini sehingga beliau dengan tegar menyebut memenangi Malaysia tidak bermakna tanpa Hudud?
Saya yakin, PAS, DAP dan PKR membawa suara akar umbi masing-masing yang tidak boleh diperkecilkan. Suara akar umbi inilah yang membentuk sokongan 53% terhadap PR. Sokongan ini hadir setelah rakyat jelak dengan corak pemerintahan Barisan Nasional yang gagal mengurus ekonomi Negara secara berkesan seterusnya memperjudikan kebajikan rakyat. Selain itu rakyat juga bosan dengan isu perkauman yang sering dimainkan oleh UMNO bagi mengekalkan kuasa politik mereka.

Banjir memburuk, belum tahap darurat?

Gambar-gambar banjir buruk di Kelantan yang tersiar di pelbagai media menimbulkan persoalan, situasi bagaimanakah yang boleh diisytiharkan darurat? 

kelantan_ banjir_300PETALING JAYA: Mengerikan, menyayat hati dan boleh menyebab sesiapa saja rasa tertekan apabila menonton video mengenai mangsa banjir yang dibawa arus ini.
Terasa jantung berdegup kuat dan sesak dada bagaikan sukar bernafas apabila menonton video yang memuatkan insiden mangsa banjir dibawa arus deras.
Jeritan dan pekikan wanita dan kanak-kanak dari rumah mangsa berhampiran tambah menyayatkan hati, kedengaran suara lelaki meminta mangsa di dalam air supaya berpegang kuat pada apa saja yang berdekatan.
“Allahu Akbar” berulang kali suara wanita menjerit sambil merintih. Kedengaran juga sayup-sayup suara kanak-kanak yang turut berpekik.
“Pegang kemas-kemas, pegang kemas-kemas,” terdengar pekikan seorang lelaki di situ. Itu saja yang terdaya. Apa lagi yang mampu dilakukannya dalam keadaan arus yang begitu deras.
Tidak perlu kita tahu siapa mangsanya, di mana kejadiannya, apa pula kesudahannya…Kejadian tersebut yang dikatakan berlaku di Kelantan ternyata menyentuh perasaan sesiapa saja yang menontonnya.
Apa yang nyata keadaan itu sangat getir. Bukan saja tidak jelas apa yang diperkatakan, kelihatan seperti terdapat lebih daripada dua orang mangsa yang sedang bersabung nyawa di dalam arus deras. Kelihatannya seperti dua mangsa sedang tenggelam timbul di permukaan air dengan hanya bergantung pada tiang bendera dan serpihan bumbung untuk menyelamatkan diri. Keadaan getir tersebut hanya mampu dilihat penduduk dari jauh dan berdoa supaya mangsa selamat.
Selain video tersebut, telah banyak gambar yang menjadi viral di pelbagai cabang media sosial. Dan nyata keadaan banjir di Pantai Timur semakin memburuk.
Laporan banjir sehingga tengah hari ini juga mengesahkan keadaan banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang semakin teruk. Jumlah mangsa banjir di kebanyakan negeri yang terjejas terus meningkat dengan keseluruhan 62,836 penduduk telah dipindahkan sehingga tengah hari ini, berbanding 58,705 pagi tadi.

Menteri Umno kata terbaik urus banjir tetapi realitinya sangat lemah

1533716_10152492090445965_3042288500337860489_nKUALA LUMPUR 24 Disember: Dakwaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa negara ini merupakan antara yang terbaik dalam pengurusan banjir di tempelak Abd Aziz Kadir.
Azizi yang juga Pengerusi KEADILAN Kelantan berkata apa yang didakwa menteri itu tidak mengambarkan realiti yang berlaku sekarang.
Sehingga berita ini ditulis kira-kira lebih 60,000 penduduk di Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, perlis dan Sabah terpaksa berpindah.
Shahidan ketika menjawab soalan semasa sidang Dewan Rakyat sebelum ini dipetik berkata pengurusan banjir di negara ini merupakan antara yang terbaik jika dibandingkan dengan negara- negara lain termasuk negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).
“Kerajaan pusat mempunyai semua kelengkapan yang mencukupi, kita hairan kerana mereka seolah-olah gagal melakukan sesuatu.
“Bencana ini dihadapi hampir setiap tahun, seharusnya dari awal Majlis Keselamatan Negara (MPN) bersedia dan melakukan persediaan yang seharusnya.
“Dalam keadaan ini, seharusnya kesemua agensi kerajaan dikerah untuk melakukan operasi menyelamat mangsa banjir,” tegas Aziz.
Satu laporan media menyatakan seramai 500 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai berada dalam bahaya apabila air sudah mencecah sehingga ke tingkat tiga bangunan sekolah.

3 terperangkap dalam runtuhan projek LRT

Sebuah insiden runtuhan melibatkan konkrit cair bagi lantai LRT di projek depot Ampang di Puchong petang ini.

  Tiga mangsa dipercayai terperangkap.

Kejadian berlaku di tapak projek di Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Height pada jam 4.20 petang tadi.

"Operasi mencari sedang giat dijalankan," menurut tulisan di Twitter bomba.

Projek sambungan LRT itu diuruskan oleh Prasarana Malaysia Bhd.

Prasarana dalam kenyataannya lewat petang ini menjelaskan, acuan dan perancah projek runtuh ketika kerja-kerja membina konkrit papak geladak (deck slab).

Selain empat orang yang dipercayai terperangkap setakat ini, empat lagi mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di hospital berdekatan.

Pasukan polis dan penyelamat sudah berada di tapak kejadian, menurut Prasarana lagi.

Pas Kelantan: Jangan samakan hudud, apartheid

Kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas memberi amaran kepada MCA Kelantan supaya tidak lancang mengungkap sesuatu istilah dan cuba menyamakan hukum hudud dengan mana-mana sistem ciptaan manusia.

Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan pemimpin MCA sepatutnya perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti orang Islam kerana hudud adalah persoalan agama.

"Kalau apartheid itu lain maksudnya, kena jelaslah, sebab itu jangan bermain dengan perkataan.

"Saya nasihatkan MCA jangan bermain dengan perkataan dengan istilah (apartheid) itu," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Mohd Amar yang juga Adun Panchor berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha MCA Kelantan, Lua Choon Han semalam yang mengatakan pelaksanaan hukum hudud menyebabkan berlaku sistem ala apartheid di negeri itu.

Choon Han berkata, hudud juga akan mewujudkan jurang agama antara orang Islam dengan bukan Islam dengan undang-undang yang berbeza.

Terdahulu, kerajaan Kelantan akan mengadakan sidang khas Dun Kelantan pada 29 Disember ini untuk meminda Kanun Jenayah Syariah II 1993 bagi membolehkan sebahagian hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.

Cadangan Kelantan itu bagaimanapun menimbulkan konflik dalam PR di mana DAP menentangnya manakala Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap cadangan itu bermasalah.

Raikan Hari Natal dengan perpaduan, harmoni – Anwar

KrismasKUALA LUMPUR 24 DIS: Perayaan Hari Natal perlu dirai dengan kasih sayang dan kesepaduan dalam konteks masyarakat Malaysia melangkaui agama, ras dan kepercayaan, kata Saudara Anwar Ibrahim.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, peradaban manusia akan lebih indah apabila perbezaan dirai dengan adil, hormat dan santun.
“Inilah tunjang kestabilan sebuah masyarakat yang nuansa dan luwes sifatnya, dengan memupuk iltizam kebersamaan di samping mengekal kestabilan dan keharmonian tanpa cacat cela serta adu domba,” katanya dalam perutusan Hari Natal 2014 yang disambut pada 25 Disember setiap tahun.
Kata Anwar lagi, inilah juga waktu yang perlu diluangkan sebaik mungkin bersama keluarga tersayang.
“Meski sarat dengan beban tugas harian yang seakan saling mengejar, keakraban kalangan famili tercinta wajar diberi apresiasi tertinggi tanpa kompromi,” ujar beliau.
Harapan Anwar, semoga tahun baharu 2015 menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna dengan iltizam kebersamaan ini, atas paksi keadilan dan kesaksamaan yang dijamin Perlembagaan.
“Selamat Hari Natal buat sekalian penganut Kristian Malaysia dari saya mewakili pimpinan dan akar umbi KEADILAN seluruhnya,” katanya.

500 mangsa banjir terperangkap, pusat pemindahan hampir tenggelam

Seramai 500 mangsa banjir yang kini ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai berada dalam bahaya apabila air mencecah sehingga ke tingkat tiga bangunan sekolah itu, lapor Berita Harian.
Sekolah berkenaan yang dibuka untuk dijadikan pusat pemindahan awal pagi semalam, kini dilanda banjir teruk dan semua mangsa berada di tingkat empat bangunan sekolah itu. Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kelantan, ketika dihubungi berkata pasukan keselamatan buntu dan sehingga petang tadi semua mangsa tidak mampu dipindahkan ke tempat lain kerana tiada lokasi selamat.
 "Kami tidak tahu di mana mahu menempatkan semua 500 mangsa itu. Kita juga tidak menyangka pusat pemindahan berkenaan turut ditenggelami air.
 "Kami hanya mampu menghantar anggota bomba untuk mententeramkan keadaan mangsa di sana supaya tidak panik," katanya, seperti dilaporkan versi online akhbar itu. Sementara itu, saksi mendakwa banjir yang melanda Kuala Krai kali ini paling buruk dalam sejarah daerah itu apabila keseluruhan bandar tenggelam.
 "Ada yang terpaksa lari ke bukit untuk menyelamatkan diri," kata Che Ibrahim Mohamad yang menguruskan bantuan untuk mangsa banjir di Kelantan.

Pekerja Pangkalan Udara Mengaku MH17 Ditembak Jet Ukraine



PETALING JAYA: Seorang pekerja pangkalan udara warga Ukraine mendakwa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 telah ditembak oleh jet pejuang Ukraine, lapor akhbar tabloid Rusia, Komsomolskaya Pravda.
Pekerja yang enggan dikenali itu mendakwa, sebuah jet pejuang Ukraine jenis Su-25 (gambar contoh) yang membawa peluru berpandu telah keluar dari pangkalan udara pada hari kejadian sebelum pulang tanpa peluru berkenaan.



Berdasarkan temubual yang diterbitkan pada Selasa, juruterbang pesawat pejuang itu didakwa kelihatan takut selepas tersilap menembak penerbangan awam milik Malaysia.
Sumber itu juga didakwa terdengar juruterbang berkenaan berkata, "tersilap pesawat" dan "pesawat itu berada di lokasi salah pada waktu yang tidak sepatutnya."
Jelasnya, terdapat tiga pesawat pejuang Ukraine berlepas dari pangkalan udara itu pada 17 Julai untuk melakukan serangan mengejut sebelum sebuah daripadanya pulang dengan tanpa peluru.
Ia dikatakan bertentangan dengan kenyataan pihak berkuasa Ukraine yang mendakwa tiada operasi dibuat pada hari berkenaan.
Berikutan dakwaan terbaharu itu, pasukan siasatan Rusia mula mengumpul bukti daripada individu berkenaan untuk siasatan lanjut.

Students want PM to defend Qaradawi


Belum ada pengisytiharan darurat di Kelantan

Persediaan banjir lebih buruk

Tinjauan banjir di Kuala Terengganu

Kadaan Air Banjir Sg.kelantan Berhampiran Tesco Kota Bharu 12/2014

Trak Tentera Bantuan Banjir Terkandas Semasa Operasi Bantuan Banjir Di Kelantan

Banjir 2014: Bot tentera bawa mangsa banjir terbalik di Gua Musang, Kelantan

Students unite in solidarity with Qaradawi


Ringgit Malaysia Hari Ini US$1 = RM3.49). Rizab Antarabangsa Malaysia oleh BNM US$134.9 Bilion Jatuh Kepada US$120.7 Bilion

rizab antarabangsa
Malaysia terus “menerima pukulan teruk” secara berterusan selepas ringgit Malaysia terus didagangkan cukup lemah pada ketika ini, malah yang paling teruk di Asia Tenggara kesannya pada kedudukan sekarang meletakkan Ringgit Malaysia berada yang paling lemah sejak September 2009.
timbul 2 kebimbangan kepada negara sekarang ini. Yang pertamanya….
  • Yang pertamanya adalah akaun semasa terjejas
  • Yang keduanya defisit fiskal
Dan semakan Berita Semasa kepada data rasmi yang dikeluarkan sendiri oleh Bank Negara Malaysia (menunjukkan di sini kantung Rizab Antarabangsa Negara Malaysia telah jatuh mendadak daripada US$125.7 bilion dan US$120.7 bilion bagi suku ketiga tahun 2014 ini) Bagaimana pula pada Disember 2014? Sama-sama kita nantikan….

Rizab Antarabangsa Negara Malaysia oleh BNM “Hilang” Rm47.6 Bilion?

Pemerhatian Berita Semasa terhadap tahap rizab Bank Negara terus jatuh sejak dari Januari 2014 :
  • 31 September 2013 : US$136.5 bilion bersamaan RM444.6 pada masa itu
  • 31 Disember 2013 2014 :US$121.9 bilion bernilai RM441.7 bilion
  • 15 Ogos 2014 : US$120.2 bilion berjumlah RM422.7 bilion
  • 31 September 2014 (suku Ketiga 2014) : US$120.7 bilion hanya bernilai RM394.1 bilion
  • Suku keempat tahun 2014 dalam keadaan nilai Ringgit Malaysia jatuh teruk di mana untuk bulan Disember 2014 ini sahaja ringgit Malaysia telah jatuh sebanyak 3.3 peratus?
Beberapa penganalisis ekonomi telah memberikan pendapat mengenai keadaan Ringgit Malaysia pada ketika ini :
  • Penganalisis Standard & Poor, Ritesh Maheshwari : Kejatuhan harga minyak dunia, Malaysia paling terjejas teruk di rantau ini
  • Pakar ekonomi Mizuho Corporate Bank Ltd., Vishnu Varathan : Ringgit Malaysia berada dalam keadaan yang berisiko untuk tempoh yang panjang. Rizab Bank Negara Malaysia pun tidak akan banyak membantu
P/S : Sama-sama kita mengharapkan ada sinar yang lebih baik untuk tahun 2015 kelak. Insyaallah. Rakyat bersedia untuk berubah gaya hidup pada tahun 2015. Diharap pemimpin di atas turut mengikut jejak langkah yang sama.
PP/S : Biar sama-sama kita berkorban demi negara, bagi mengelakkan lebih ramai yang akan “terkorban” kelak menjelang bahang kos sara hidup 2015 kelak.

Najib bakal terima nasib seperti Pak Lah?

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR: Serangan demi serangan yang dihadapi Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak khasnya oleh bekas ketuanya, Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang menerajui kerajaan sejak 2009 lagi membayangkan bertapa pemerintahan Presiden Umno ini sebenarnya dibelenggu masalah yang parah.
Menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, tekanan yang dihadapi Najib ketika ini khasnya dalam isu Skandal 1MDB boleh menyebabkan Ahli Parlimen Pekan itu menerima nasib yang sama seperti bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2009 yang terpaksa melepaskan jawatan kerana serangan Dr Mahathir.
Mohamad Sabu berkata, skrip yang sedang berlaku ketika ini seakan mengulangi skrip yang hampir sama seperti ketika Mahathir menyerang kerajaan anak beranak membabitkan Tun Abdullah (Pak Lah).
“Ketika itu serangan dikhususkan kepada Pak Lah kerana pentadbiran didakwa dikuasai oleh ‘Geng Tingkat 4’ yang dikatakan dikepalai anak menantunya.
Kini, serangan terhadap Najib pula disasarkan berikutan kelemahan Najib dalam mengendalikan ekonomi negara khasnya dalam pelaburan 1MDB yang dikatakan suatu pelaburan yang sia-sia,” katanya lagi.
Bagi Mohamad, seandainya serangan hanya dihadapkan oleh pembangkang terhadap kredibiliti Najib, pastinya isu ini hanya dilihat sebagai suatu isu yang tidak mampu menggugat kedudukan Perdana Menteri.

Wasatiyyah versi Najib tidak sungguh bagai dikata

Oleh ARIF ATAN
GAGASAN kesederhanaan atau wasatiyyah diketengahkan perdana menteri dilihat tidak selari dengan realiti pencapaian dan kedudukan ekonomi semasa tanah air.
Ketika Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak pernah menyatakan masyarakat yang mengamalkan wassatiyah akan mampu menyelesaikan banyak masalah dunia tetapi pengurusan fiskal bergelut dengan masalah aliran kredit kerajaan mencecah kirakira RM41 bilion.

Surat terbuka Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pada Oktober lalu dengan turut menyenaraikan jumlah pinjaman perniagaan dan isi rumah tertunggak sebanyak RM1,273 bilion juga bukti urus tadbir kerajaan tidak mencontohi Rasulullah s.a.w. yang bersederhana dalam kehidupan baginda. Pembaziran dan ketirisan amalan kerajaan Umno-BN juga mengheret negara menanggung jumlah hutang yang terlalu banyak ketika peruntukan perbelanjaan dalam belanjawan meningkat tinggi tetapi dana pembangunan merosot kepada kira-kira 15 peratus daripada jumlah cadangan Bajet 2015.
Tanpa melaksanakan prinsip wasatiyyah dalam pengurusan kewangan kerajaan, perbelanjaan awam gagal dilaksanakan mengikut tata kelola yang telus dan amanah sehingga meleburkan berbilion r inggit wang rakyat seperti didedahkan setiap tahun dalam Laporan Ketua Audit Negara.
 Bahkan, jumlah kerugian sebenar dijangka jauh lebih tinggi jika dibandingkan jumlah ketirisan berbilion ringgit diumumkan oleh ketua audit negara.
Laporan serta jawapan balas yang dibuat pihak audit tidak lebih sekadar formaliti tanpa tiada kesungguhan kerajaan Umno-BN untuk memerangi ketirisan dana awam walaupun Najib pernah mengajak rakyat supaya mengamalkan kepemimpinan yang dapat mengembalikan maruah sebagai apa yang dianggapnya mencontohi pendekatan wasatiyyah.

Hudud – ‘Teruskan,’ kata ahli PAS bukan Muslim

Oleh Ng Kee Seng
Ahli PAS Kumutha Raman, seorang peguam bukan Muslim, ternyata seorang wanita yang berpandang ke hadapan dalam menyuarakan sokongan terhadap pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.
Wanita berusia 35 tahun itu mengambil pendirian berani untuk menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan tidak perkauman patut menegakkan hak dan kebebasan agama di negara ini.

 Bolehkah seseorang itu bercakap tentang hak dan kebebasan agama dengan menafikan hak Muslim untuk melaksanakan undang-undang Islam? 
Adakah mereka yang mengatakan hudud tiada tempat di Malaysia cuba menggambarkan yang cara BN mengendalikan dan menguruskan agama adalah lebih baik berbanding hudud? 
Jelas, masalahnya bukan hudud atau pun Islam. Masalahnya adalah kesilapan dalam pelaksanaan dan pentadbiran undang-undang itu.
Adakah cara BN mengendalikan isu ‘kalimah Allah’ berbeza dengan hudud? Adakah cara penguasa agama BN menakut-nakutkan orang bukan Muslim lebih baik daripada hudud?
Ia adalah masalah pentadbiran, bukan? Bukannya masalah dengan mana-mana agama.
The Malaysian Insider melaporkan bahawa Kumutha tidak sedikit pun takut dengan tindakan parti Islam itu untuk melaksanakan undang-undang Hudud di Kelantan, walaupun ditentang rakan dalam Pakatan Rakyat. 
Kini berlakunya perang mulut antara PAS dan DAP, dan amaran daripada PKR terhadap inisiatif terbaru parti itu berhubung Hudud, namun Kumutha berkata beliau menyokong usaha itu sepenuhnya.
Kumutha mula menjadi tajuk berita pada tahun 2008, apabila beliau menjadi wanita bukan Islam pertama sebagai calon PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-12. 
Beliau menyatakan keyakinanya bahawa Undang-undang Jenayah Syariah, apabila dilaksanakan nanti, akan menurunkan kadar jenayah di negeri Pantai Timur itu. (Tentulah ia boleh dibahaskan, tetapi itu isu lain). 
“Ia hanya untuk Muslim. Saya melihatnya daripada sudut perundangan. (Kata kuncinya adalah “hanya untuk Muslim”.)

DAP pada tahun 2015

Oleh Liew Chin Tong
KITA mengimbas sejarah untuk bergerak ke depan.Sepuluh tahun lalu, ketika Lim Guan Eng mengambil alih jawatan Setiausaha Agung, DAP dilihat sebagai “pembangkang tetap” untuk selama-lamanya.
Mustahil DAP memerintah di mana-mana peringkat, malah pembentukan satu gandingan politik di kalangan parti pembangkang juga dianggap sesuatu yang mustahil selepas robeknya Barisan Alternatif pada September 2001.
Namun, kita diperlihatkan bagaimana kemustahilan menjadi sesuatu kelumrahan yang baru dalam tempoh sedekad yang lalu. Pembangkang kembali ‘dari neraka’ dan menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional dalam Parlimen di samping memerintah di lima negeri pada tahun 2008, selepas mengalami kekalahan (antara yang paling teruk dalam sejarah) pada tahun 2004. Pada tahun 2013, Pakatan Rakyat hampir menawan Putrajaya - dikalahkan lantaran ketidakadilan sistem pilihan raya. Tempoh sedekad adalah terlalu panjang dalam politik, tetapi tidak terlalu panjang untuk sejarah sesebuah negara. Sementara kita cuba mengelakkan kesilapan lantaran terlalu optimis atau idealistik terhadap masa depan, kita juga janganlah terlalu konservatif memikirkan potensi masa depan kita, sehingga terlepas untuk menggarap peluang tatkala masyarakat kita sedang mengalami perubahan yang deras.
Tiga soalan yang saya lontarkan kepada rakan seperjuangan dalam DAP pada minggu lalu untuk renungan bersama, agar kita sentiasa jelas dalam visi kita. Bertitik tolak dari situ, kita merancang selangkah demi selangkah menuju 10 tahun akan datang.
Pertama, bersediakah DAP untuk menerima bahawa 50 peratus daripada keahliannya terdiri daripada kaum Melayu pada tahun 2025, dan bekerja ke arah objektif ini?

Antara Hudud dan 1MDB mana Yang Berimpak Pada Rakyat?

HUDUD hanya berimpak pada hubungan antara DAP dan PAS. Hudud perkara yang sudah biasa rakyat dengar. Ada yang setuju, ada yang tidak ada yang diam-bukan berkecuali.
Akan tetapi 1MDB berkaitan dengan wang. Kalau wang semua orang mudah tersentuh. Sehingga asas berfikirpun kadang-kadang terlupa aqidah.
Isu 1MDB bukan sahaja isu pembangkang, malah isu penyokong Bn, ertinya isu rakyat. 
Mengapa 1MDB menjadi isu? sebabnya cara operasi syarikat itu MISTERI...???

Sungai Kelantan melimpah, banjiri kawasan rendah

Seorang penduduk cuba mengambil barang melalui bumbung rumahnya yang hampir ditenggelami banjir di Kampung Tiong, Gua Musang, semalam. - Foto Bernama
KOTA BHARU - Air Sungai Kelantan melimpah dan mula membanjiri kawasan rendah di bandar ini sejak awal pagi dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas.
Tinjauan Bernama di sekitar Jalan Post Office Lama dan Pasar Kubang Pasu mendapati air mula melimpah ke jalan raya dan pemilik premis perniagaan turut menutup operasi.
Bacaan paras air Sungai Kelantan di Tambatan Diraja di sini setakat jam 10 pagi ini telah melepasi paras bahaya iaitu pada paras 5.91 meter (paras bahaya 5 meter).
Bandar ini pernah dilanda banjir besar pada 2004 sehingga melumpuhkan seluruh bandar tersebut, dan mengakibatkan kerugian berjuta ringgit.
Sementara itu, peniaga peralatan elektrik Leong Khoon Seng, 52, berkata pada banjir 2004, beliau mengalami kerugian besar apabila sebahagian besar alatan elektrik musnah.
"Masa itu air naik pada waktu malam dan saya tidak sempat menyelamatkan peralatan elektrik di kedai saya ini," katanya.
Khoon Seng berkata untuk tidak mahu menanggung risiko seperti dahulu, kali ini beliau melakukan persiapan lebih awal bagi mengelakkan peralatan elektriknya terjejas.

TNB: Empangan lepas air secara terkawal


Proses pelepasan air secara terkawal di beberapa empangan hidroelektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB) dibuat berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) demi keselamatan orang ramai, kata syarikat pembekal tenaga itu.

Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata ini dipastikan melalui kerjasama erat antara TNB, pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan.

"Sebenarnya, banjir ini berlaku bukan kerana tindakan TNB melepaskan air di empangan-empangan ini. Sebaliknya hujan lebat telah meningkatkan paras air di kesemua empangan berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ia menarik perhatian bahawa hujan lebat berterusan di beberapa negeri di semenanjung sejak awal Disember telah meningkatkan paras air di beberapa empangan hidroelektrik TNB.

Sehingga kini, katanya empat empangan telah melepaskan air secara terkawal iaitu Empangan Tasik Kenyir (Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud), Empangan Bersia, Kenering dan Chenderoh (Stesen-stesen Janaelektrik Sungai Perak).

Terus berdemo jika ia boleh turunkan harga minyak, kata Hasan Malek

Mana-mana kumpulan yang merancang untuk berdemonstrasi menuntut harga minyak turun semasa ambang tahun baru terbuka melakukannya, tetapi bagi Datuk Seri Hasan Malek pihaknya akan terus melakukan kerja seperti biasa dan enggan melayan tuntutan kumpulan tersebut.
 Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu berkata, pihaknya hanya akan mengumumkan harga baru bagi petrol dan diesel pada awal tahun depan bagi mengelakkan sebarang spekulasi. "Itu hak mereka. Kita tak mahu masuk campur. Jika mereka mahu demonstrasi itu hak mereka. Kita di kementerian hanya jalankan kerja
 "Apa yang penting kita jaga kebajikan rakyat. Jika mereka rasa menjerit di jalanan boleh turunkan harga, terpulang. Saya tak mahu sentuh (isu ini)," katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Bank Rakyat Ar-Rahnu Flexi di Kuala Lumpur, hari ini.
Hasan berkata, pihaknya mendengar dan berbincang masalah rakyat dan terbuka kepada mana-mana pihak datang berjumpanya berbincang mengenai formula penurunan harga minyak. "Jika mereka ada formula bari yang dirasakan sesuai, datang dan bincang.
 Saya sedia untuk berbincang," katanya. Katanya, kementerian akan mengumumkan harga baru setiap awal bulan dan enggan memberi sebarang ramalan bagi mengelakkan spekluasi pasaran.
"Tunggu sampai 1 Januari. Kita akan umumkan bila tiba masanya," katanya. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengumumkan harga RON97 dan diesel turun pada 1 Januari 2015 jika harga minyak pasaran dunia terus mencatatkan trend penurunan sepanjang Disember.
Sebelum ini harga diesel dinaikkan kepada RM2.23 seliter tetapi harga RON97 turun sebanyak 9 sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun 4 sen seliter kepada RM2.26 seliter. Harga runcit RON97 kini ialah RM2.55 seliter, RON95 RM2.30 seliter manakala diesel ialah RM2.20 seliter.
 Namun Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) tetap meneruskan rancangannya menganjurkan perhimpunan aman di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember ini untuk menuntut harga minyak RON95 dikurangkan kepada RM1.90 seliter.

Banjir makin teruk, Anwar gesa Putrajaya lulus segera bantuan bencana banjir

KUALA LUMPUR 24 Disember : Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim menggesa Kerajaan Persekutuan meluluskan geran bantuan bencana alam negeri Kelantan dan Terengganu bagi meringankan beban yang dialami rakyat di negeri itu.
Ia berikutan kegagalan Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan kepada kedua-dua negeri itu yang menyebabkan hampir 40,000 rakyatnya terkesan dan terpaksa dipindahkan akibat banjir baru-baru ini.
“Saya menggesa agar Kerajaan Persekutuan meluluskan geran bantuan bencana alam kepada negeri Kelantan dan Terengganu secepat mungkin bagi membantu kerajaan-kerajaan negeri ini mengatasi bencana banjir serta meringankan beban yang dialami rakyat pada waktu ini,” tegasnya dalam satu kenyataan.
Sehingga kini, banjir yang melanda di kedua-kedua negeri itu khususnya di Kelantan semakin buruk sejak beberapa hari lalu menyebabkan sebahagian besar daerah Kuala Krai, Gua Musang dan beberapa kawasan yang tidak pernah terjejas sebelum ini mula dinaiki air.
Pada masa yang sama, bahagian utara negeri itu terutamanya di kawasan Kota Bharu, Pasir Puteh dan Bachok pula diancam fenomena air pasang besar.
Anwar menambah, beliau turut bersimpati terhadap musibah yang berlaku di kedua-dua negeri itu.
“Sudah pasti perubahan iklim dunia serta musim hujan merupakan antara faktor penyebab bencana banjir ini cukup dahsyat kali ini.
“Justeru, saya dan Azizah turut berdukacita serta memanjang doa semoga Allah SWT meringankan beban yang dialami semua yang terkesan akibat banjir ini,” ujarnya lagi.

Banjir K'tan: Rakyat diseru beri bantuan


Mangsa banjir bersedih duka.. 'PUTRAJAYA' pula bersekongkol bersuka ria !!! Inikah ajaran Islam Wasatiyyah supaya 'bersederhana' membuat maksiat !!!


Nampak tak kelibat 'bas amfibia' RM6 JUTA ketika Terengganu dilanda banjir skrg !!!..


Pemimpin Yang Lebih Utamakan Cuti Daripada Banjir Semoganya Dilaknat Allah Dan Kalah Pilihanraya

Keadaan banjir di beberapa negeri ketika ini semakin buruk. Di Kelantan, Terengganu dan Pahang, banjir terus bertambah buruk dan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan juga semakin bertambah.


Beberapa kawasan sudah ditenggelami air, aktiviti harian lumpuh, jalan terputus dan ada jalan utama juga turut runtuh akibat hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu. Ada juga laporan mengatakan hubungan darat Kelantan telah terputus dengan negeri-negeri lain.

Melihat keadaan hujan yang masih mencurah dengan lebat, adalah dijangka banjir yang disifatkan antara yang terburuk ini akan terus melanda untuk beberapa lama lagi. Tidak mustahil juga ia akan berlarutan sehingga awal tahun baru 2015 nanti.

Di Perak dan Perlis pula, beberapa kawasan turut mulai dilanda banjir dan angka mangsa yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemulihan juga terus bertambah.

Meskipun bantuan dari segi makanan, keperluan harian dan usaha memindahkan mangsa terus giat dijalankan oleh pelbagai agensi kerajaan, tetapi amat malang kehadiran pemimpin meninjau ke tempat banjir agak mengecewakan kali ini.

Selain pemimpin peringkat negeri yang tentunya bertungkus-lumus membantu mangsa di kawasan masing-masing, kehadiran pemimpin Pusat  ke negeri-negeri yang dilanda banjir nyata agak mengecewakan.

Tiada kelibat Perdana Menteri, Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kanan seperti Zahid Hamidi, Hishammuddin, Shafie Apdal dan lain-lainnya. Jika bercakap berkaitan isu politik dan mengampu pemimpin, begitu ramai yang berebut-rebut mahu ke depan, namun di mana mereka ketika rakyat derita ini?

PAS diminta tidak keluar kenyataan ‘tahaluf siyasi’

PAS juga perlu ingat kemenangan PR di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang adalah atas tahaluf siyasi.
SHAH ALAM: PAS diingatkan jangan terburu-buru mengeluarkan kenyataan berhubung tahaluf siyasi berkenaan pelaksanaan hukum Hudud kerana akan memberikan gambaran negatif kepada PR.
PAS 300Lapor Sinar Harian, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin berkata sebelum ini mesyuarat antara parti komponen dalam PR terikat untuk bersetuju mengenai perbezaan pendapat dalam pelaksanaan Hudud.
“Saya rayu supaya pimpinan tertinggi PR mengadakan perbincangan terutamanya hal-hal berkaitan dasar dalam mesyuarat majlis presiden.
“PAS juga perlu ingat kemenangan PR di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang adalah atas tahaluf siyasi yang terbina selama ini,” katanya.
Kata beliau, PAS perlu banyak bersabar dalam rancangan pelaksanaan hukum Hudud dengan memilih cara perbincangan antara komponen dalam PR.
“Sebelum apa-apa mahu dilaksanakan sebaiknya kita semua adakan perbincangan, mungkin dengan adakan taklimat antara parti boleh dipilih sebagai jalan penyelesaian yang terbaik.
“Perkara ini penting supaya tidak ada cabar mencabar di media sehingga menimbulkan kekeruhan yang lebih teruk dalam PR,” ujarnya.

NGO antinuklear: Tiada pilihan kecuali tukar k'jaan zalim Umno@Bn


Rakyat Malaysia tiada pilihan selain menukar kerajaan sedia ada jika tidak mahu keselamatan mereka terancam akibat pembinaan loji nuklear di negara ini, kata seorang ahli panel forum anti-nuklear.
 
Kenyataan itu dilontarkan mantan presiden International Physician for The Prevention of The Nuclear (IPPNC) Datuk Dr Ronald McCoy (kiri), dalam forum itu di ibu negara malam tadi.
 
"Satu-satunya cara untuk memberhentikan pembinaan loji nuklear  ini adalah dengan menukar kerajaan.
 
"Saya tidak nampak sebarang penyelesaian lain," katanya dalam forum itu.
 
Forum bertajuk "Loji Nuklear 2015: Mudarat Kekal" itu dianjurkan Kumpulan Anak Malaysia Anti Nuklear (AMAN).
 
Forum itu antara lain bagi membantah cadangan kerajaan membina dua loji nuklear yang dijadual bermula 2015.
 
Dua lagi panel forum itu adalah aktivis Bukit Merah dan anti-Lynas Prefesor Dr Tan Ka Kheng dan Felo Akademi Sains Malaysia Profesor Ir G Lalchand, manakala Pengasas Bantah TPPA Anas Alam Faizli sebagai moderator.
 

Perpecahan PAS tidak dapat dielak, selepas isu MB Selangor kini hudud pula

Perpecahan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) kini semakin melebar dengan isu hudud selepas perbezaan pendapat yang sangat ketara dalam isu pertukaran menteri besar Selangor sebelum ini.
Kenyataan Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din yang tahaluf siasi (kerjasama politik) antara PAS dengan DAP sudah 'koyak' apabila parti itu terus mempertikaikan hudud mendapat sokongan daripada menteri besar Kelantan yang juga pemangku ketua Dewan Ulama PAS. Datuk Ahmad Yakub berkata, PAS bersedia menilai semula tahaluf siyasi yang dibuat antara parti komponen PR berikutan tindakan DAP yang berterusan mempertikaikan pelaksanaan hudud di Kelantan.
 “Apa-apa perjanjian atau kerjasama boleh dinilai semula apabila menampakkan sesuatu tindakan yang mampu mencetuskan ketegangan. “Penilaian semula ini supaya kita boleh melihat di mana titik tolak tahaluf siyasi itu dalam konteks yang sebenar,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan (Yik), semalam, lapor Sinar Harian.
Sebelum ini, dalam Multaqa Ulama yang dianjurkan Dewan Ulama PAS di Alor Setar, cadangan mengkaji semula tahaluf siasi diluluskan dalam bentuk resolusi perhimpunan itu. Namun ia mendapat tentangan sebahagian pimpinan PAS yang yakin kerjasama politik ini menguntungkan PAS. Kini, perbezaan politik yang ketara sedang melanda PAS menyebabkan kepimpinannya dengan jelas berpecah kepada dua kumpulan, pro PR dan satu lagi mahu berpisah atau menjauhkan diri. Pandangan Haron berkenaan tahaluf siasi yang koyak bukan datang begitu saja.

Mohd Amar: Hudud lebih penting dari menawan Putrajaya dari kerajaan Umno@BN..!!!

Menawan Putrajaya merupakan perkara kedua selepas pelaksanaan hudud, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau juga mendakwa bahawa ia tidak kisah sekiranya PAS dikeluarkan dari Pakatan Rakyat oleh sekutunya - DAP dan PKR yang menentang hudud - asalkan matlamat parti Islam itu tercapai.

Menurut Amar, PAS mesti melaksanakan hudud dengan apa cara sekalipun, walaupun jika ia perlu bekerjasama dengan Umno.

Katanya, ini kerana tiada jaminan bahawa parti itu akan dibenarkan untuk berbuat demikian walaupun jika Pakatan memerintah kerajaan pusat.

"Persoalannya ialah bukan sama ada kita akan tawan Putrajaya. Ada sesetengahnya memberitahu kita bahawa jika kita berjuang untuk hudud, kita tidak akan menang Putrajaya.

"Tapi lihat pada 2013, kita tukar dari negara Islam kepada negara kebajikan, dan kita benarkan bukan Islam guna 'kalimah' Allah dan kita masih tak menang (Putrajaya)," katanya.

Sehubungan, kata Amar, dalam melaksanakan Islam, Putrajaya adalah perkara kedua.

"Jika mereka (Pakatan) berbuat demikian (keluarkan PAS dari Pakatan), kita akan menerimanya," kata Amar, yang menjadi jurucakap parti itu tentang pada hudud.

Banjir sukar surut kerana 'new moon'

Fenomena 'New Moon' iaitu kedudukan bulan berhampiran dengan bumi yang menyebabkan air pasang merupakan antara faktor yang mencetuskan banjir luar biasa di kawasan Pantai Timur pada tahun ini.

Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata keadaan banjir menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac.

"Meskipun hujan semakin reda dan tidak lagi lebat, namun air banjir dilihat sukar untuk surut disebabkan fenomena 'new moon' yang mana bulan berada dekat dengan bumi yang menyebabkan air pasang lebih tinggi daripada biasa.

"Selain itu, hujan yang tidak berhenti sebelumnya menyebabkan aliran sungai dari hulu ke kuala tidak sampai sehingga menyebabkan air sungai melimpah keluar sehingga menyebabkan banjir teruk," katanya ketika dihubungi Bernama Selasa.

Katanya pihaknya menjangkakan hujan lebat akibat tiupan angin Monsun Timur Laut di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak minggu lalu, akan berterusan sehingga awal Januari depan.