Selasa, 23 Disember 2014

Saham FGV jatuh, Pengerusi Felda pergi bercuti?

KUALA LUMPUR 23 DIS : Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman menyatakan kekecewaanya apabila gagal mendapatkan penjelasan daripada Felda Global Ventures Holding (FGVH) berhubung kemerosotan sahamnya daripada RM4.20 kepada RM2.30 seunit.
Jelas Mazlan, kegagalan mendapatkan penjelasan itu disebabkan menteri bertanggungjawab sedang bercuti termasuk Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang kini berada di London.
ANAK“Dalam keadaan saham begini, ibarat sekarang ni musim banjir, tiba-tiba Perdana Menteri pergi bercuti.
“Apa maknanya? Itu ertinya kita anggap benda tu remeh, tak ambil berat dengan apa yang sedang melanda kepada 1.5 juta warga Felda,” ujarnya.
Menurutnya, peneroka kini menanggung beban hutang dengan Felda dan sebahagiannya mungkin berdepan tindakan mahkamah kerana gagal menjelaskan hutang tertunggak.
“Dengan keadaan saham yang teruk jatuh, takkan lah pihak kerajaan tak nampak ini adalah satu perkara yang sangat serius?,” soalnya ketika ditemui di Menara Felda selepas penyerahan memorandum mengenai isu berkenaan, hari ini.
Memorandum itu disampaikan kepada Naib Presiden FGV, Mohd Najid Md Yahya yang menyatakan pihaknya tidak diberi mandat untuk memberi penjelasan kepada peneroka, dan sebahagian besar pegawainya sedang bercuti.
“Ini bagi saya adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab, tak ambil serius dan lebih buruk dalam keadaan begini mereka berbalah sesama sendiri,” ujarnya merujuk krisis membabitkan Felda dengan penggantungan tugas Pengarah Besarnya, Datuk Faizoull Ahmad selama dua bulan.

PECAH REKOD !!!.. Saham Felda FGVH JATUH LAGI ke paras paling rendah dalam sejarah.. (RM2.21)


APA SUDAH JADI dgn semua projek2 BN... Nak salahkan perubahan cuaca atau 'tangan-tangan' KORUP !!!


APA GUNA jika Modal Berbayar 1MDB US$1 Juta TETAPI BERHUTANG RM25.7 BILION !!!



Hudud Dan Banjir, Ada Baiknya Pas Batalkan Sidang Khas DUN Kelantan Pada 29 Disember Ini

Semakin hampir menjelang tarikh 29 Disember di mana DUN Kelantan dijangka akan mengadakan sidang khas untuk membentangkan undang-undang hudud, Pas sendiri mula menampakkan kedudukannya yang tidak sekata dalam hal itu.

Mengikut perancangannya,  selepas diluluskan di DUN Kelantan, Pas kemudian akan membawa usul persendirian pula di Parlimen pada Januari tahun depan bagi membolehkan undang-undang Islam itu dilaksanakan di negeri yang telah ditadbir Pas sejak 1990 lagi.

Sementara Pas Kelantan melalui Menteri Besar, Ahmad Yaakob dan timbalannya, Nik Amar Abdullah begitu bersungguh-sungguh dan yakin untuk terus dengan perancangan mereka mahu melaksanakan hudud, halangan kini bukan lagi daripada rakan-rakan dalam PR, terutama yang bukan Islam, sebaliknya daripada Pas Pusat sendiri.

Jika DAP tidak bersetuju dengan hudud kerana menganggap ianya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan PKR pula menyatakan ianya bukanlah dasar yang dipersetujui bersama, Pas pula hari ini berkata, jawatankuasa pusat parti itu tidak pernah bersetuju dengan hasrat mahu membawa usul persendirian berkaitan hudud ke Parlimen.

Sebaliknya, Pas Pusat dikatakan hanya bersetuju berkenaan penubuhan jawatankuasa teknikal bersama kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh UMNO sahaja.

Perkara tersebut diakui oleh Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Hatta Ramli dan seorang lagi AJK Pas Pusat yang enggan disebut namanya.

Seorang lagi AJK Pas, Khalid Samad turut mengakui bahawa Pas Kelantan tidak pernah merujuk atau membincangkan mengenai enakmen hudud dengan Pas Pusat.

Dalam perkembangan lain, Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar pula memberitahu, Pas Pusat tidak pernah diberi taklimat oleh Pas Kelantan berhubung pindaan enakmen syariah itu.

KENAPA RAKAN SEHIDUP SEMATI UMNO-MCA bimbang sekiranya pelaksanaan hukuman hudud akan menyebabkan berlaku sistem ala-aparteid di Kelantan !!!



Dr Mahathir & KETUANAN CINA

Dr Mahathir & KETUANAN CINAOleh Anuar Mohd Nor 

 Pada tahun 2006 – saya menulis satu topik “ Tanah Melayu Ketuanan Cina” yang menyebabkan saya didesak Jeff Ooi – untuk ditahan di bawah Akta ISA atas tujuan menghasut dan memudaratkan perhubungan antara kaum. Artikel itu disusuli dengan artikel “ Tanah Melayu Ketuanan Cina 11” bagi menjawab kritikan mengenai artikel tersebut dan ratusan komen diterima membincangkan isu Tanah Melayu Ketuanan Cina ini.
Ini semua adalah tulisan lama dan isu dalam tulisan itu sudah diperkatakan dengan panjang lebar tanpa sebarang pembaharuan dibuat dalam Umno. Ulasan yang diterima dalam artikel ini cukup banyak dan akhirnya – apa yang dikatakan Tanah Melayu Ketuanan Cina itu tepat dari beberapa persepsi berbeza.
Sekiranya dibaca kedua-dua artikel tersebut, tahun 2006 lagi – Tun Mahathir Mohamad dan Umno dibidas dalam mengendalikan isu Melayu. Isu Melayu mundur – Melayu dalam bahaya semua diperkatakan dan dihujah pembaca dengan terperinci sekali.
Melayu dikatakan mempunyai sikap yang buruk serta negatif diperkatakan Mahathir. Atas kesedaran itu Mahathir, sungguhpun sedar tetapi gagal mengubah sikap dan arah tuju Melayu setelah memimpin negara dan Umno selama lebih 22 tahun.
Semua yang diperkatakan mengenai Melayu wujud sewaktu pemerintahan Mahathir tetapi ironisnya hari ini isu yang serupa mengenai Melayu masih diperkatakan semula Mahathir lantas ia seperti piring hitam lama – mainan Mahathir.
Kenyataan Mahathir hari ini dalam tahun 2014 mengenai Melayu dikatakan menjadi pengemis – Umno tidak menjalankan kewajipan mendidik Melayu – Umno menghalang usaha injeksi mereka yang bijak pandai dalam membantu mengemudi Melayu – sikap Melayu, dengki, khianat dan pentingkan diri sendiri seakan membuat masa terhenti untuk Melayu.
Melayu seakan berada dalam kapsul masa – terhenti. Melayu tersekat dalam ruangan masa – masih kaku dan seolah-olah tidak bergerak. Apa yang disuarakan Mahathir mungkin adalah kegagalan beliau sendiri malangnya semua ini dirujuk semula sebagai kegagalan perdana menteri dan Presiden Umno selepas beliau.

Siksa, derita demi “sesuap nasi”

Jenis penyiksaan ke atas pembantu rumah itu, sembilan jenis rotan yang ditemui memberikan gambaran rumah itu ibarat kebuk siksa.
dera1
PETALING JAYA: Jenis manusia apakah yang akan memaksa seseorang supaya minum air kencing dan air panas, gigi diicabut serta kemaluan disula dengan objek?
Tidak cukup dengan itu, dia juga dirotan, direnjat dengan elektrik, kepala dan badan di pijak selain makan najis.
Bayangkanlah bagaimana rasanya jika anda diperlakukan begitu!
Begitulah nasib beberapa pembantu rumah Indonesia yang datang ke negara ini demi mencari rezeki, yang mana kebanyakannya bekerja sebagai pembantu di rumah-rumah, di kedai-kedai makan, di pusat-pusat penjagaan kesihatan dan seumpamanya. Namun, hanya mereka yang tahu jenis permit pekerjaan yang dipegang. Masing-masing terpaksa berjauhan daripada keluarga, mengerah kederat menggunakan tulang empat kerat demi memberi kehidupan lebih baik untuk keluarga di kampung halaman.
Namun tidak semua daripada mereka yang bernasib baik. Ada yang terpaksa menanggung bermacam rupa kepayahan, penderitaan malah penyiksaan.
Belum pun reda kes penderaan pembantu rumah warga Indonesia Nirmala Bonat yang disiksa teruk di bahagian payudara pada tahun 2004, seorang lagi pembantu rumah warga Indonesia berusia 32 tahun menjadi mangsa terbaru majikannya sejak lapan bulan lalu, di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Kes terbaru yang melibatkan wanita berusia 32 tahun itu, seakan sama dengan nasib yang menimpa Nirmala yang mana mangsa dipaksa minum air kencing dan air panas, giginya diicabut serta kemaluannya disula dengan objek. Malah, dia juga dirotan, direnjat elektrik, dipijak di kepala dan badan selain makan najis.
Bagaimanapun, penderitaan mangsa itu berakhir apabila dia diselamatkan jirannya ekoran penemuan nota ringkas yang ditulis mangsa berbunyi “tolong bos dera saya,” yang diletakannya di bawah pintu rumah majikannya.

Hudud: Pas Pusat akui tiada maklumat pindaan

 Mahfuz Omar  
KUALA LUMPUR - Pas Pusat mengakui pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berkenaan pindaan Kanun Jenayah Syariah II yang bakal dibentangkan kerajaan Kelantan pimpinan Pas dalam sidang Dun Kelantan pada 29 Disember ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan draf tersebut sebagaimana yang diminta rakan pimpinan PR sebelum dibentangkan pada sidang tergempar itu sedangkan mereka sendiri tidak memperolehinya.

"Kami pun tiada butiran pindaan itu, namun permintaan terpulang kepada Kelantan untuk memberikannya.

"Biasanya draf itu embargo namun kerajaan negeri boleh memberi taklimat dan penjelasan kepada sesiapa yang berminat," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas, di sini hari ini.

Mahfuz berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli pada minggu lalu yang memohon untuk mendapatkan draf enakmen yang bakal dibentangkan oleh Kelantan dengan segera bagi membuat penilaian.

Katanya lagi, sebarang keputusan dan pendapat mengenai perkara ini perlu merujuk kepada keputusan Majlis Presiden PR.

Banjir kian buruk, MB Kelantan arah semua Solat Hajat

BanjirMenteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob meminta semua masjid dan surau di negeri itu mengadakan solat hajat bermula hari ini ekoran keadaan banjir semakin “mencemaskan”.
Menurut Ahmad, semua pihak termasuk Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Halaqat dan guru pondok diharap mengepalai masyarakat bagi tujuan itu.
“(Ia) bagi memohon kepada Allah agar dilindungi rakyat negeri Kelantan khasnya dan Malaysia amnya daripada segala musibah banjir yang tidak mampu dihadapi oleh kudrat manusiawi,” katanya dalam kenyataan media.
Musibah banjir, kata Ahmad, adalah ujian Allah yang telah ditetapkan bagi menguji keimanan dan kesabaran hamba-Nya.
“Oleh itu, kita wajib menerima dengan penuh lapang dada dan tabah,” kata Ahmad lagi.

Empangan Kenyir catat bacaan 144.2 meter

KUALA TERENGGANU - Bacaan paras air di Empangan Stesen Hidroelektrik Sultan Mahmud dekat Tasik Kenyir di Hulu Terengganu ketika ini ialah 144.2 meter dan masih berada pada tahap selamat, dengan tahap bahaya 145 meter.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihat agar tidak mempercayai khabar angin kononnya air di empangan itu akan dilepaskan bagi mengurangkan tekanan air yang boleh memberi kesan kepada sistem takungan empangan itu ketika musim banjir sekarang.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Mazlan Ngah berkata kerajaan negeri memandang serius penyebaran khabar angin itu kerana ia boleh menimbulkan panik dalam kalangan orang ramai, terutama penduduk sekitar Hulu Terengganu.

"Saya berharap orang ramai jangan mempercayai khabar angin yang tersebar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), aplikasi Whatsapp atau laman sosial Facebook," katanya pada sidang media tentang perkembangan terbaharu banjir di Terengganu yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Muhammad Pehimi Yusof.

Menurutnya faktor kejadian banjir di negeri ini turut disebabkan kejadian air pasang besar.

"Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut memaklumkan purata hujan yang tinggi melebihi 100 ml sehari dan berterusan lebih 48 jam serta kenaikan aras laut iaitu setinggi 2.5 hingga 2.8 meter mengakibatkan berlakunya banjir hampir keseluruhan negeri Terengganu.

Rakyat yang bijak akan turun #tuntut #turun harga minyak pada 31 Disember 2014 ini.


Hutang 1MDB Malaysia Bernilai RM22.25 Bilion Meningkat Mendadak RM25.7+ Bilion Dalam Tempoh Hanya 9 Bulan?

hutang 1mdb
Punca Hutang 1MDB Malaysia Bernilai RM22.25 Bilion Meningkat Mendadak RM25.7++ Bilion Dalam Tempoh Hanya 9 Bulan? : Ringgit Malaysia semakin lemah di pasaran sekarang memberikan beban besar kepada 1MDB. Masakan tidak sebahagian besar hutang 1MDB adalah terdiri daripada matawang dolar Amerika.
Sekarang ini, 1MDB dibebankan hutang sejumlah RM42 bilion yang mana pecahannya anda boleh semak seperti di bawah ini berdasarkan laporan kewangan 1MDB yang berakhir pada 31 Mac 2014 lalu :
Daripada hutang berjumlah RM42 bilion, Pecahan hutang dalam matawang dolar Amerika bernilai RM22.25 bilion bersamaan US$7.4 bilion telah meningkat sebanyak RM3.96 bilion menjadi lebih RM25.7 bilion gara-gara kejatuhan mendadak ringgit Malaysia pada ketika ini sejak 9 bulan yang lalu pada kadar 6.5%.
Ini bermakna 1MDB berada dalam risiko yang cukup besar apabila kejatuhan nilai ringgit yang bakal menghampiri RM3.50 bersamaan US$1 menjelang akhir tahun 2015 ini sepertimana yang dijangkakan oleh kalangan pakar-pakar ekonomi telah memberikan tekanan kepada beban hutang 1MDB. Dek kerana, kejatuhan ringgit Malaysia tidak semena-mena 1MDB telah menambah nilai hutang mereka sejumlah RM3.96 bilion sekaligus menambah tekanan 1MDB untuk menjelaskan hutang tersebut kelak.

Kenaikan Hutang 1MDB Dalam Dolar Amerika Naik?

Tanah rizab ibarat nyawa

Oleh Azhar Abu Samah
Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2013, makin banyak tanah rizab Melayu yang ditukar status untuk tujuan pembangunan, tidak diganti atau proses penggantiannya mengambil masa terlalu lama.
Ada kerajaan negeri telah menukarkan status tanah rizab kepada pegangan bebas untuk memberi peluang kepada bukan Bumiputera dan orang asing untuk membeli tanah di negeri ituEnakmen Rizab Melayu diperkenalkan pada tahun 1914 bagi mencapai matlamat untuk menjaga tanah kepunyaan Melayu agar kekal dikuasai oleh orang Melayu sepanjang zaman.
Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan menetapkan tanah rizab Melayu yang mahu dibatalkan dan dipindah hak milik perlulah digantikan dengan kawasan sama jenis dan sama luas dengan kawasan yang dibatalkan.
Tidak diganti
Hakikatnya, tanah yang dibatalkan sebagai tanah rizab Melayu tidak digantikan. Jika ditelusuri sejarah, ada wasiat Raja-Raja Melayu ketika pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 yang menetapkan nisbah 50 peratus tanah di negara ini diperuntukkan kepada Tanah Rizab Melayu.
Satu daripada tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu itu menyebut: "Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain."

‘Tanda Najib perlu diganti’

KUALA LUMPUR: Kritikan 25 orang bekas pegawai tinggi Melayu terhadap Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak menunjukkan sudah sampai masanya kepimpinannya diganti dengan individu yang lebih berkaliber, tegas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor.
Katanya, bukan hanya “teguran” bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang secara terang menyatakan ramai lagi individu yang layak mengganti Najib, malah surat terbuka daripada 25 orang bekas pegawai tinggi Melayu itu membuktikan lagi kelemahannya sebagai seorang perdana menteri.

Beliau berkata, walaupun kritikan tersebut banyak menyebut kelemahan urus tadbir Najib khususnya isu berkaitan agama dan kaum, beberapa kegagalan Najib yang lain juga menunjukkan beliau sudah tidak berkemampuan menjawat jawatan Perdana Menteri. Riduan juga yakin kepimpinan parti komponen BN yang lain juga tidak bersetuju dengan corak kepimpinan yang ditunjukkan Najib dan mungkin “hayatnya” tidak akan bertahan sehingga Pilihan Raya Umum ke-14.
“Jika banyak pihak melihat Pakatan Rakyat mengalami krisis tetapi kepimpinan Najib yang teruk juga menyebabkan rakyat akan hilang kepercayaan pada BN. Jadi, mungkin tidak sampai PRU 14, Najib akan ‘diturunkan’ untuk menyelamatkan undi BN pada pilihan raya akan datang,” katanya
Selain ketidak cekapan Najib dalam melaksanakan pentadbiran, campur tangan keluarga yang banyak mengganggu pentadbiran Najib menyebabkan beliau semakin dilihat tidak berupaya memimpin negara.
“Jika dilihat bajet yang diberikan kepada Program Permata Negara di bawah kelolaan Datin Seri Rosmah Mansur, tidak ada sebarang audit yang dilakukan.

Karier politik Najib meniti saat akhir

Oleh HAZAYANI ZAKARIA

KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak mengizinkan pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan berbilion ringgit akan menjerut lehernya sendiri.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pelaburan tersebut mengundang risiko hutang tidak berbayar ke atas kewangan Kerajaan Persekutuan dalam keadaan rakyat diperah membantu mengatasi defisit fiskal dan hutang kerajaan.
“Seandainya Najib gagal bertindak maka beliau bakal dihukum rakyat dalam PRU ke-14. Lebih malang dan menggusarkan lagi buat Najib, pimpnan tertinggi Umno sendiri akan campur tangan bagi menyelamatkan parti mereka,” kata beliau Beliau berkata, Najib mungkin boleh untuk tidak peduli terhadap kritikan tajam blogger popular pro- Umno tetapi apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut bersuara mengenai 1MDB, ia akan mengundang amarah.
“Saya ramalkan Najib bakal tumbang akibat 1MDB. Namun sukar hendak diramal waktunya secara persis. Lebih selamat kalau saya katakan selewatlewatnya pada Pilihan Raya Umum ke-14,” katanya yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat.
1MDB adalah sebuah dana kekayaan negara kedua selepas Khazanah Nasional Berhad.
Kedua-dua dimiliki 100% oleh Kementerian Kewangan dengan Misi korporat kedua-dua adalah “rakan strategik kerajaan bagi membantu menjana ekonomi berpendapatan tinggi, mapan dan inklusif.”
Dari segi tadbir urus kewangan dan prestasinya sangat berbeza. 1MDB adalah sangat tidak telus, berbeza dengan Khazanah.

Fenomena 'new moon',monsun cetus banjir luar biasa

New moon
KUALA LUMPUR - Fenomena 'new moon' iaitu kedudukan bulan berhampiran dengan bumi yang menyebabkan air pasang merupakan antara faktor yang mencetuskan banjir luar biasa di kawasan Pantai Timur pada tahun ini. 
 
Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata keadaan banjir menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac.
 
"Meskipun hujan semakin reda dan tidak lagi lebat, namun air banjir dilihat sukar untuk surut disebabkan fenomena 'new moon' yang mana bulan berada dekat dengan bumi yang menyebabkan air pasang lebih tinggi daripada biasa.
 
"Selain itu, hujan yang tidak berhenti sebelumnya menyebabkan aliran sungai dari hulu ke kuala tidak sampai sehingga menyebabkan air sungai melimpah keluar sehingga menyebabkan banjir teruk," katanya hari ini.
 
Katanya, pihaknya menjangkakan hujan lebat akibat tiupan angin Monsun Timur Laut di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak minggu lalu, akan berterusan sehingga awal Januari depan. 
 
"Namun keadaan cuaca dijangka bertambah baik pada hari ini hingga esok berikutan ramalan kami menunjukkan hujan hanya berlaku di satu atau dua tempat di negeri-negeri berkenaan," katanya. 
 
Dr Mohd Hisham menjelaskan, musim Monsun Timur Laut yang membawa kepada hujan lebat terbahagi kepada tiga episod, iaitu episod pertama yang berlaku pada akhir bulan November, episod kedua pada 16 hingga 19 Disember diikuti dengan yang ketiga iaitu Isnin lepas hingga esok. 

Jangan biarkan PAS berdepan masalah sendirian - Penganalisis

KUALA LUMPUR: Krisis keyakinan pengundi bukan Melayu terhadap PAS boleh diatasi jika semua pihak dalam Pakatan Rakyat sanggup untuk duduk bersama dan berusaha mencari jalan penyelesaian.

Penganalisis politik Prof Madya Dr Shahruddin Badaruddin berkata PAS tidak boleh dibiarkan berdepan masalah tersebut secara sendirian kerana ia melibatkan Pakatan Rakyat.

Katanya, sokongan yang diberikan oleh pengundi bukan Melayu selama ini kerana keyakinan mereka terhadap gabungan antara PAS, DAP dan PKR.

"Benar ini masalah yang dihadapi oleh PAS tetapi parti itu tidak boleh dibiarkan menghadapi masalah ini sendirian kerana sokongan pengundi selama ini atas keyakinan mereka kepada gabungan yang melibatkan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat.

"DAP dan PKR tidak boleh berdiam diri, mereka juga perlu memberi penerangan kepada pengundi-pengundi bukan Melayu dan berusaha memulihkan keyakinan terhadap PAS.

"Jika perkara ini dilakukan, rakyat akan melihat bahawa ketiag-tiga parti sudah kembali menjalinkan kerjasama erat dan masalah yang dihadapi sudah diatasi," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Dr Shahruddin berkata dalam politik, tempoh tiga tahun menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bukanlah satu tempoh yang lama.

Kerana itu, katanya, Pakatan Rakyat perlu segera menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka jika benar berhasrat membentuk kerajaan pada PRU akan datang.

"Tempoh tiga tahun dalam politik boleh jadi sekejap dan boleh jadi lama, jadi perlu segera menyelesaikan masalah ini.

"Kalau ianya satu tempoh yang lama, bermacam-macam perkara yang boleh berlaku sama ada ia akan menjadi lebih baik atau tidak mustahil lebih buruk," katanya lagi.

Ringit jatuh hari ketiga, rizab antarabangsa makin menyusut

Kejatuhan ringgit selama tiga hari berturut-turut menjadikannya mata wang Asia yang paling teruk bulan ini didorong oleh kejatuhan harga minyak mentah yang telah menyebabkan pendapatan kerajaan terjejas.
Penganalisis Standard & Poor, Ritesh Maheshwari dalam satu temubual dengan Bloomberg TV berkata, Malaysia mengalami kesan yang paling teruk di rantau ini.
Setakat 15 Disember lalu, rizab antarabangsa Malaysia juga jatuh ke paras terendah sejak Mac 2011 dan menyebabkan terdapat kemungkinan Bank Negara akan campur tangan bagi mengurangkan kejatuhan ringgit.
"Terdapat kebimbangan harga minyak akan jatuh lagi selepas ahli-ahli OPEC membuat komitmen semalam. Ini menyebabkan ringgit sukar untuk stabil dalam keadaan rali yang panjang ini. Rizab negara juga tidak dapat membantu," kata pakar ekonomi Mizuho Corporate Bank Ltd., Vishnu Varathan pula.
Menurut data yang dikumpul Bloomberg, Ringgit menyusut 0.3 peratus kepada AS$3.4975 pada pukul 11.10 pagi tadi dan telah jatuh sebanyak 3.3 peratus bulan ini.
Mata wang tersebut mencatatkan paras terendah dalam tempoh lima tahun kepada 3.5073 pada 8 Disember lalu.
Rizab antarabangsa Malaysia menyusut kepada AS$120.7 bilion daripada AS$125.7 pada hujung November lalu.
Pakar strategi mata wang Bank of Singapore Ltd., Sim Moh Siong berpendapat, penyusutan tersebut mungkin disebabkan oleh tindakan Bank Negara untuk mengurangkan impak kejatuhan ringgit yang teruk akibat harga minyak global.

Hantar pemimpin untuk ujian cakap benar

Cadangan Mahfuz kepada para pemimpin yang "lemah pengetahun ekonomi"

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar melahirkan rasa hairannya terhadap para pemimpin negara yang sering menyatakan bahawa kejatuhan harga minyak dan ringgit Malaysia adalah petanda baik.
“Ringgit Malaysia lebih rendah dari Dolar pun dikatakan baik. Saya pun tak tahu,” tambahnya.
us-dollar-and-ringgit-malaysia-generic-1.0Sehubungan itu, beliau berkata jangan sampai pemimpin yang lemah di dalam ekonomi ini dihantar “menjalani ujian bercakap benar atau bohong (poligraf).”
“Adakah sampai ke tahap kita akan gunakan alat seperti penyiasatan CIA dan FBI itu,” sindirnya kepada para pemimpin yang didakwanya sebagai lemah pengetahuan mengenai ekonomi negara.
“Jadi alat tersebut boleh ‘test’ otak itu dan beri petunjuk sama ada mereka cakap benar atau tidak,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS hari ini.
Mahfuz berkata demikian menjawab pertanyaan wartawan mengenai desakan PAS supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengadakan sidang Parlimen tergempar bagi membincanhkan isu ekonomi dalam masa terdekat.
Minggu lalu, PAS mendesak supaya satu sidang tergempar Parlimen diadakan untuk memperincikan semula Bajet 2015 yang didakwa tidak bersandarkan kepada sumber pendapatan negara yang sebenar.
Pada sidang tergempar itu, kerajaan perlu memperincikan beberapa perkara berdasarkan suasana ekonomi yang tidak menentu susulan kejatuhan nilai ringgit, harga minyak, bursa saham dan komoditi tempatan.
Selain itu, kerajaan juga perlu menjelaskan penggunaan wang subsidi minyak setelah ditarik balik dan menjawab segala pertuduhan mengenai isu 1MDB.
Terdahulu daripada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kejatuhan harga minyak tidak akan menjejaskan ekonomi Malaysia dengan ketara.

Mengemis undi bukan Melayu asingkan Najib dari Umno...

Umno yang sedang mengemis undi dari bukan Melayu menjadi salah satu sebab mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terasing daripada partinya, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin. Beliau berkata Najib yang juga merupakan presiden Umno menggambarkan dirinya terdesak sokongan bukan Melayu, terutamanya dari Cina, menjadikan hubungannya dengan Melayu tergugat.
Bekas pengarang New Straits Times itu berkata walaupun dengan Najib memainkan watak perdana menteri bagi semua dan memikat masyarakat Cina dengan hadiah, beliau dan Barisan Nasional sebulat suara ditolak oleh masyarakat itu semasa pilihan raya umum tahun lepas.
 "Namun segala strategi ke haluan ini belum menunjukkan hasil," tulis beliau dalam blognya, merujuk kepada prestasi buruk BN semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di mana Najib menyalahkan 'tsunami Cina'.
Dalam pilihan raya itu, BN dengan parti utamanya Umno, gagal mengekalkan majoriti dua pertiga yang diperlukannya untuk kali kedua. Kerajaan memerintah itu mengalami prestasi paling teruk dalam PRU13, menang hanya 133 kerusi persekutuan, kurang tujuh berbanding pilihan raya 2008.
Ahad lepas, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran, mengatakan penguasaan Melayu ke atas politik lemah kerana tidak bersatu padu, kemudiannya mendesak mereka untuk mengemis undi dari bangsa lain untuk kekal berkuasa. Beliau berkata orang Melayu yang merangkumi 60% rakyat sepatutnya dominan dalam politik. Namun kuasa itu kian lemah.
"Kini Umno, PKR, dan PAS perlu mengemis sokongan daripada DAP untuk memenangi pilihan raya umum. Apabila kita jadi pengemis, kita tidak punya kuasa lagi," katanya, menambah yang sekalipun negara mencapai status negara maju, Melayu masih ketinggalan.

Saham FGV: Pertemuan tidak seperti diharapkan

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) melahirkan rasa kesal apabila pertemuan yang diatur dengan Felda Global Ventures (FGV) hari ini tidak seperti diharapkan.
Presidennya, Mazlan Aliman berkata pertemuan itu yang diatur bagi tujuan mendapatkan gambaran sebenar tentang kejatuhan saham FGV yang semakin merudum, namun ketiadaan pegawai kanan FGV untuk berbuat demikian.
Kata Mazlan, pihaknya dimaklumkan kebanyakan pegawai kanan FGV sedang bercuti ketika ini, sedangkan FGV ketika ini berada dalam satu tempoh kejatuhan yang membimbangkan.
"Bagaimana ketika saham FGV sedang menjunam jatuh ini, kebanyakan pegawai kanannya boleh bercuti? Jelas mereka menganggap kejatuhan saham ini sebagai satu perkara yang remeh," kata beliau yang ditemui sejurus menyerahkan memorandum kepada pegawai kanan bahagian Sumber Manusia, di Menara Felda, pagi tadi.
Bagaimanapun, Mazlan berkata beliau akan mengemukakan satu lagi surat untuk diadakan perbincangan bersama FGV dengan mengharapkan kehadiran Pengerusi Felda sendiri, Tan Sri Mohd Isa Samad untuk sama-sama bertukar pandangan.
Dalam pada itu, beliau turut mengatakan jika permintaan tersebut tidak diendahkan, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil langkah lebih drastik bagi memastikan hak hampir 1.5 juta peneroka terbela.

Menteri Umno kata saham FGV jatuh bukan salah Felda..!!!

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata, pengurusan Global Ventures Holdings Berhad (FGV) tidak harus dipersalahkan terhadap kejatuhan harga sahamnya.

Kenyataan itu ekoran banyak suara, termasuk anggota parlimen Petaling Jaya Utara MP Tony Pua, yang berpendapat terdapat kesalahan pengurusan Felda.

Razali (kanan) menuding jari kepada kejatuhan harga minyak sawit sedunia, yang kebanyakan utusan FGV berkaitan dengannya.

“(Sebanyak) 75 peratus perniagaan (FGV) berasaskan komoditi minyak sawit. Apabila harga jatuh, ia akan menjejaskan harga (saham) FGV,” katanya dalam sidang media hari ini.

Bloomberg sebelum ini melaporkan, saham FGV – yang berada pada tahap RM5.39 pada 2012 – jatuh hampir separuh kepada RM2.20.

Sidang parlimen khas bincang isu peneroka, FGV – Shamsul

Shamsul IskandarKUALA LUMPUR 23 DIS : Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin menggesa satu sidang parlimen khas untuk membincangkan isu melanda peneroka Felda, termasuk kejatuhan terburuk saham Felda Global Ventures (FGV).
Katanya, isu kejatuhan saham FGV adalah penting kerana ia membabitkan masyarakat Felda – yang merupakan entiti diasaskan bapa kepada Perdana Menteri sendiri, Tun Abdul Razak Hussein.
“Kita bercakap tentang 1.5 juta peneroka, mereka adalah orang biasa yang perlukan pertolongan. Kalau kerajaan ambil tak endah, tentunya perkara ini menjadi satu isu yang besar,
“Sebab itu saya minta Perdana Menteri segera memanggil untuk diadakan parlimen khas dalam waktu terdekat untuk bincangkan hal ini,” katanya ketika ditemui di Menara Felda selepas penyerahan memorandum berhubung perkara itu hari ini.
Terdahulu, beliau bersama NGO Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) diketuai Mazlan Aliman menyerahkan memorandum berkenaan kepada Naib Presiden FGV, Mohd Najid Md Yahya.
Dalam pada itu, Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil mengingatkan Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad agar tidak menjadikan isu kejatuhan harga saham FGV sebagai isu politik.

Tempoh dua minggu jelaskan kejatuhan saham FGV – Mazlan

Mazlan Aliman AnakKUALA LUMPUR 23 DIS : Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman memberi tempoh kepada Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad selama dua minggu bermula hari ini untuk memberi penjelasan kepada seluruh peneroka Felda tentang kemerosotan harga saham Felda Global Ventures (FGV).
Jelasnya, hal ini kerana gesaan yang dibuat sebelum ini tidak mendapat respon daripada mana-mana pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri selaku Penaung Felda.
“Saya beri tempoh kepada Tan Sri Isa selama dua minggu untuk perjelaskan semua perkara.
“Dalam masa yang sama, hari ini juga kita telah menghantar sekali lagi surat gesaan untuk mendesak Tan Sri Isa menyatakan pendirian beliau terhadap isu ini.
“Jika tidak, kita akan bawa isu ini ke Suruhanjaya Sekuriti,” ujarnya ketika penyerahan memorandum berhubung perkara itu di Menara Felda, hari ini.
Bloomberg sebelum ini melaporkan, saham FGV yang berada pada tahap RM5.39 pada 2012, jatuh hampir separuh kepada RM2.20.

Apa hasil siasatan Polis terhadap 1MDB?

KUALA LUMPUR 23 DIS: Ahli Parlimen Padang Serai N.Surendran menggesa pihak berkuasa mendedahkan hasil siasatan skandal 1 Malaysia Developmenet Berhad (1MDB) kepada rakyat.
Surendran mengingatkan rakyat mempunyai hak untuk mengetahui perkembangan siasatan skandal kewangan terbesar negara itu yang melibatkan sejumlah RM42 bilion dana awam.
“Pada 13 Disember, Ketua Polis Negara mendakwa bahawa pihak polis telah memulakan siasatan ke atas skandal tersebut.
“Namun sejak itu, tiada sebarang berita mengenai perkembangan siasatan,” tegasnya dalam satu kenyataan media.

1MDB: Siasat terperinci jangan jadi macam MAS

KUALA LUMPUR: Kemelut 1MDB yang masih tiada sebarang penjelasan terperinci dibimbangi hanya akan menjadi satu bentuk penjajahan ekonomi hingga memaksa kerajaan menandatangani perjanjian TPPA.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar, berkata apabila kita tidak boleh keluar dari permasalahan 1MDB, ia akan membawa kepada masalah lain turut membabitkan pihak yang terlibat.

"Isu 1MDB ini akan membawa kepada masalah lain seperti Maybank yang memberi pinjaman kepada 1MDB. Dengan itu, ia akan menghakiskan keyakinan kepada institusi bank dalam negara. Apabila Maybank terkesan, ia juga akan membabitkan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

"Apabila PNB terkesan, maka ia akan memberi kesan pula kepada unit amanah seperti amanah-amanah saham yang ada, yang akhirnya akan mengheret dan memerangkap kita untuk mencari dana yang besar bagi menyelamatkan negara," kata beliau pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Tambah Mahfuz, kebimbangan terhadap penjajahan ekonomi ini mula timbul apabila kerajaan memerlukan satu dana yang besar, yang memungkinkan kerajaan terpaksa meminjam dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

"Ini yang saya bimbang, apabila kita mahu meminjam dengan IMF, kita bimbang US akan meletakkan syarat, jika mahu meminjam dari IMF, kamu kena menandatangani TPPA," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi.

Siswa sedia anjur dialog 1MDB, PM

Aktivis siswa Universiti Malaya meneruskan tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk tampil membuat penjelasan mengenai masalah yang dihadapi syarikat pelaburan 1Malaysia Development Bhd.

Bekas presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Fahmi Zainol berkata, mereka bersedia untuk menyediakan tempat bagi mengadakan dialog melibatkan perdana menteri dan pengarah 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

“Sesi dialog (dua hala) dan penjelasan oleh pihak 1MDB akan diusahakan di peringkat kami jika mereka berani tampil ke hadapan untuk jelaskan permasalahan ini.

“Jika perdana menteri tidak mampu jelaskan, sudah cukup baik jika lembaga pengarah 1MDB dapat turun jelaskan permasalahan ini,” kata Fahmi.

Beliau mengulas kenyataan Lodin yang menyatakan kesediaan untuk berdebat dan berbincang mengenai hutang 1MDB yang didakwa mencecah lebih RM40 bilion.

Firma milik kementerian kewangan yang dipengerusikan oleh Najib itu dikritik berhubung isu jaminan kerajaan ke atas hutang berkenaan.

Lodin sebelum ini menjelaskan bahawa jaminan kerajaan hanya melibatkan sejumlah RM1 juta daripada keseluruhan portfolionya.

Menteri Umno sedih Interpol kaitkan A-Qaradawi dengan militan


Pas Gesa Rakyat Tinggalkan Politik Rimba

PAS: Umno punca Melayu mengemis dari Cina


Hudud: Mahfuz gesa Kelantan beri taklimat

Banjir: Sidang Media YAB Menteri Besar Kelantan

Isu Raja, SIS dan Harakah - TG Presiden

Adakah maksud hadis ini ada dalam pimpinan PAS atau pimpinan Umno.??

Apa nasihat TG kepada orang yang suka menghadiri program tarbiah tetapi tidak bercampur dengan masyarakat..!!

Wala' - TG Presiden

Kenapa TG Presiden tidak hadir Majlis Pakatan Rakyat.??

MAS: SEBELUM KRONI UMNO - lebihan RM5 bilion SELEPAS KRONI UMNO - hutang RM12 bilion


DARUL RUNTUH: ADAKAH INI 'DESIGN' TERBARU PLAZA TOL oleh KERAjaan BN atau nak uji ketahanan bila hujan lebat ???


Wala dalam Tahalluf Siasi.!!

Nazri Aziz bincang kalimah Allah? Alhamdulillah, kata MB Selangor

'Hudud bukan dasar Pakatan, tumpu maqasid syariah' - Yab MB Selangor

MAS BUAT 'MAGIC' !!!.. Dalam 'DIAM-DIAM' rugi RM4.87 BILION dan para pekerja menjadi mangsa salah urus tadbir sempat lagi MAS dapat pesawat baru tu...


FGV shares tank, Anak mulls legal action


Harga minyak dunia jatuh dan impak ekonomi negara


INTRODUKSI

Memorandum ini diserahkan kepada pihak Kerajaan Persekutuan bertujuan untuk memberikan saranan dan komentar terhadap polisi dan tindakan kerajaan yang berkaitan dengan isu kejatuhan harga minyak dunia yang berlaku sejak enam bulan kebelakangan ini. Dikesempatan ini, kami berharap agar pandangan yang dikemukakan oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan 2013/2015 ini dapat dipertimbangkan demi kemaslahatan agama, rakyat dan negara. Ia menggariskan EMPAT topik utama iaitu mewibawa peranan PETRONAS, merevisi KDNK negara 2015, menerus peruntukan subsidi dan meningkat pendapatan rakyat. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan atas kesempatan masa yang diluangkan untuk berdialog dan mencambah pemikiran.

MEWIBAWA PERANAN PETRONAS

Kita semua mesti memahami hakikat bahawa minyak dan gas serta sumber alam yang terdapat di bumi adalah milik mutlak Allah SWT. Ia adalah anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia untuk dimakmurkan secara bijaksana dan adil. Nikmat yang Allah SWT kurniakan ini tidak dapat dihitung oleh manusia.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “...Sesungguhnya bumi adalah milik Allah, diwariskan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki dikalangan hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik bagi orang-orang yang bertaqwa”. (Surah Al-A’raaf : 128)
Firman di atas secara eksplisit menunjukkan bahawa pemilikan sumber alam tidak boleh dikuasai oleh individu-individu atau syarikat-syarikat tertentu bagi mengelakkan monopoli, korupsi dan penindasan terhadap rakyat. Amanah ini harus digalas oleh institusi yang berkompetensi dan berintegriti tinggi. Pemimpin adalah pemegang amanah harta Allah (istikhlaf) untuk diuruskan dan dimakmurkan bagi kemaslahatan rakyat serta negara.
Namun begitu dalam situasi dan konteks semasa khususnya di Malaysia, operasi mengeksplorasi, mengeksploitasi dan mengekstrak sumber alam adalah salah satu daripada proses pengeluaran dalam ekonomi bagi menjana pendapatan negara dan memberi kebajikan kepada keseluruhan rakyat. Ia adalah khazanah untuk generasi Malaysia pada masa akan datang.
Mengimbau sejarah, PETRONAS telah ditubuhkan pada tahun 1974 di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak. Semangat penubuhan PETRONAS adalah untuk memajukan sumber petroleum termasuk memanfaatkan hasilnya untuk memenuhi keperluan semasa dan masa depan. Walaupun PETRONAS berkuasa penuh terhadap keseluruhan operasinya, namun Perkara 3 (2) Akta Kemajuan Petroleum 1974 khususnya menyatakan bahawa ia tertakluk kepada kawalan dan arahan Perdana Menteri.
Menyedari amanah sumber alam yang dianugerahkan Allah SWT ini, maka kami berpendapat bahawa satu usaha yang drastik perlu dilakukan untuk memelihara serta memulihara kewibawaan PETRONAS dan masa depan khazanah negara ini. Oleh yang demikian, satu usul pindaan atau rang undang-undang baru perlu dibentangkan di Parlimen bagi meletakkan PETRONAS di bawah kawalan badan khas legislatif itu. Ia harus menjadi institusi yang berintegriti dan berakauntabiliti terhadap rakyat.
Ini bermakna piawaian pentadbiran, operasi syarikat, pelaburan strategik dan perolehan PETRONAS boleh diselia dan diaudit menerusi badan awam. Segala hak eksklusif yang termaktub dalam Perkara 2 Akta Kemajuan Petroleum 1974 boleh dikekalkan buat masa ini. Manakala, sebarang pembayaran wang tunai yang dilakukan oleh perbadanan mestilah disalurkan kepada dana khas di bawah Parlimen berdasarkan prestasi kewangan semasa untuk tujuan membiayai kebajikan sosial rakyat.
Secara tidak langsung ia bertepatan dengan maksud firman Allah SWT yang bermaksud: “...supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dikalangan kamu” (Surah Al-Hasyr : 7)

MEREVISI KDNK NEGARA 2015

Kelangsungan survival ekonomi pada tahun 2015 menjadi perhatian rakyat. Pasaran harga minyak dunia menjunam sehingga 40% sejak enam bulan kebelakangan ini. Indeks Brent dan Western Texas Intermediate menunjukkan harga setong minyak berlegar pada paras USD 63 dan USD 59 sehingga 19 Disember 2014.

Menjelang 2015, sokongan bukan Melayu terhadap PAS semakin merosot - Ilham Centre

KUALA LUMPUR: Selepas krisis menteri besar Selangor, isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan yang mengandungi hukum hudud dan krisis dalaman parti yang semakin parah, PAS sehingga hari ini, dilihat bakal kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Lebih memburukkan keadaan, PAS juga dilihat berpotensi besar untuk kehilangan beberapa kerusi parlimen di Kelantan, Kedah, Terengganu, Perak, Pahang dan Selangor.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomudin Bakar selain masalah dengan pengundi bukan Melayu, PAS juga berdepan krisis dalam parti yang paling teruk selepas PRU13.

Katanya, Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat September lepas memperlihatkan betapa krisis dalaman parti itu semakin meruncing dan membuatkan persepsi terhadap parti Islam itu bertambah buruk.

"Pengundi bukan Melayu yang sebelum ini menyokong PAS cenderung untuk tidak lagi memberi undi kepada parti Islam itu dalam PRU14.

"PAS bukan hanya perlu ubah persepsi mereka di mata pengundi bukan Melayu tetapi perlu segera menyelesaikan masalah dalam parti yang paling teruk setakat ini.

"Namun ia bukan bermakna UMNO atau Barisan Nasional (BN) akan mendapat manfaat daripada situasi ini, sebaliknya pertarungan kedua parti bertambah sengit," katanya dalam satu pertemuan bersama Astro AWANI.

UMNO, kata Hisomudin tidak boleh mengambil mudah situasi ini kerana pengundi melihat parti itu masih lagi tidak berubah.

Cabaran Ekonomi Malaysia 2015…. Over to You, PM/FM @NajibRazak!


“Rakyat Perlu Tahu Derita Tahun 2015
  1. Kenapakah harga minyak mentah terus menjunam? Berapakah ramalan harga setong paling rendah nanti?
Punca kejatuhan minyak mentah dunia adalah tertakluk kepada ‘Hukum’ Permintaan dan Pembekalan yakni ‘Supply-Demand Economics’. Dengan kata lain, pada bulan June tahun ini harga minyak mentah (cth Brent Crude) adalah US$115 setong dan secara mendadak pada pertengahan Disember ini telah menjunam ke paras US$59 setong. Ramai yang terpinga-pinga.


Dalam satu dekad yang lalu, pertumbuhan China dan ekonomi global rancak yang menjadikan permintaan tinggi. Sementara itu negara seperti Libya dan Iraq berdepan dengan konflik yang menyebabkan bekalan kurang. Iran dikenakan ‘embargo’ oleh Amerika. Kesemua ini menyebabkan permintaan tinggi dan bekalan kurang. Maka harga minyak tinggi.
Dalam pada itu Amerika dan Canada mencari punca baru minyak mentah dari sumber batu ‘shale rock’ berbanding kaedah lama dari ‘batu pasir’ (sandstone) dan mula menghasilkan minyak dari sumber teknologi baru ini dari batu shale ini. Namun kos pengeluaran minyak dari sumber ‘shale formation’ ini adalah tinggi dikatakan dalam lingkungan US$70 setong.
Nah, ketika ekonomi China mula perlahan dan guna tenaga serta permintaan minyak mereka berkurang  tetapi pengeluaran minyak oleh negera OPEC terus seperti biasa, maka berlaku bekalan melebihi permintaan. Akibatnya harga mula turun. Itulah punca utama kejatuhan harga minyak mentah dunai samada jenis Brent Crude atau Tapis Blend.
Ada yang meramalkan harga akan jatuh ke paras US$40 ke US$50 setong untuk kedepan ini.
  1. Kenapakah  Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengizinkan keadaan ini berlaku?
Negara-negara OPEC seperti Arab Saudi, UAE dan Iran tidak mahu mengurangkan pengeluaran minyak mereka. Mereka sebenarnya takut kehilangan ‘penguasaan pasaran’ atau ‘market share’ bila mengurangkan pengeluaran. Masing-masing mengatakan, jika dikurangkan, negara lain akan mendominasi pasaran.
Nah, walaupun harga jatuh teruk sehingga US$50 setong dan mereka akan kehilangan hasil berbillion dollar tetap mereka teruskan pengeluaran. Ini membawa kita kepada pelbagai teori konspirasi persaingan kuasa dunia (power struggle).
Salah satunya OPEC sengaja lakukan untuk menjadikanAmerika tidak mampu mengeluarkan minyak dari ‘Shale’ yang tinggi dan akhirnya akan berhenti beroperasi. Ketika itu OPEC, yang merupakan satu ‘Pakatan’ atau “Kartel’ negara-negara pengeluar minyak terbesar dunia, mengharapkan harga akan kembali tinggi.
Ada juga yang membawa teori konspirasi Amerika atau Barat (bekerjasama dengan kuncu2 Saudi dan Arab Gulfnya) untuk menekankan Rusia. 45% hasil atau pendapatan Rusia adalah sumbangan dari minyak dan gas. Pada paras US$60 setong, Rusia akan mengalami penurunan 4.5% KDNK. Parah buat Rusia. Benarkah tindakan Saudi itu satu komplot Barat? Mungkin ramai yang boleh ‘membaca’ ini. AlLah lebih Mengetahui.
  1. Bagaimana pula dengan impak dan kesannya kepada Malaysia?
 Berat, sebab kita adalah sebuah negara pengekspot minyak dan hanya kita sahaja dalam seluruh Asia Tenggara ini (disamping Brunei yg mewah). Maka semua negara-negara Asean lain bersukacita dengan penurunan harga minyak mentah dunia kecuali kita. Bersekali pulak dengan kejatuhan minyak ialah kejatuhan harga komoditi-komoditi termasuk Minyak Sawit Mentah (CPO) LNG (Liquified Natural Gas).  Impak keseluruhan besar dalam penentuan imbangan dagangan dan juga kesan atas ‘Akaun Semasa’ (Current Account) yang ditentukan oleh faktor (Ekspot – Impot). Nanti saya cerita lagi.
Belanjawaan 2015 meramalkan minyak mentah dunia pada paras US$105 setong. Hari ini ia telah berkurang lebih dari 40% pada harga US$60 setong. Congakan adalah kehilangan hasil dari minyak dan gas (dari Petronas – dividend, cukai, royalti dll) kurang lebih US$25 hingga US$30 billion.

  1. Apakah kita akan dapat mengatasi kehilangan hasil ini?

Cari siapa perosak MAS.!!

Abdul Aziz Abdul Rahman - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM 
SEBAGAI individu yang dipertanggungjawabkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein untuk membuka syarikat penerbangan negara bernama Malaysia Airlines (MAS), tiada apa yang lebih mengecewakan Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman apabila melihat syarikat yang dahulunya gah terbang di udara kini hampir menyembah bumi.

Bekas Pengarah Urusan MAS itu tidak sanggup melihat syarikat yang dijaganya selama 20 tahun kini kerugian hampir RM7 juta setiap hari, sesuatu yang tidak pernah dibayangkan semasa beliau dan pasukannya membuka MAS pada 1972 sehinggalah beliau bersara daripada syarikat itu pada 1992.

Beliau menegaskan, terlalu banyak masalah dihadapi MAS selama ini dan pihak bertanggungjawab tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

“MAS sejak 20 tahun lepas telah rugi banyak dan sekarang ini ada liabiliti lebih kurang RM12 bilion dan kerugian tiap-tiap hari RM7 juta.

"Banyak harta terutama bangunan termasuk ibu pejabat di Kuala Lumpur telah dijual dan merata pejabat (MAS) di dunia telah dijual.

“Kerajaan melalui duit pembayar cukai telah rugi berbilion ringgit. Ramai rakyat rugi berbilion ringgit sebab saham yang dibeli mula-mula pada 1985 bernilai RM11.50, sekarang terpaksa jual 27 sen.

"Kini, kakitangan pula akan dipecat seramai 6,000. Oleh sebab ini semua, adalah perlu bagi kerajaan menubuhkan suruhanjaya menyiasat punca semua ini berlaku dan siapa yang bertanggungjawab,” katanya.

Katanya, suruhanjaya itu juga boleh mengesyorkan cara MAS perlu diurus pada masa akan datang sebagai syarikat kebangsaan.

Ternyata jiwanya masih teguh bersama MAS apabila Abdul Aziz kini menjadi Pengerusi Jentayu Danaraksa Sdn Bhd, iaitu syarikat yang mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan ia sedia mengambil alih beberapa aset MAS untuk membantu menyelamatkan syarikat itu.

Ikuti temu bual eksklusif beliau bersama Sinar Harian bagi mengupas lebih lanjut pendapat tokoh perniagaan dan undang-undang ini mengenai pelan pemulihan semula MAS yang diumumkan Khazanah Nasional Bhd, cadangan Jentayu Danaraksa untuk membantu MAS serta harapan Tun Abdul Razak untuk melihat MAS sentiasa membawa nama negara di seluruh dunia.

Boleh Tan Sri kongsi sedikit latar belakang Jentayu Danaraksa?

 Syarikat ini ditubuhkan untuk ambil alih (aset MAS), buat sementara waktu ini. Tujuan kita nak ambil bahagian dalam perniagaan penerbangan. Jadi ini (penstrukturan semula MAS) satu peluang bagi kita untuk buat cadangan untuk memulihkan MAS. Saya sendiri terlibat dalam MAS sudah lama.

Adakah Tan Sri rasa pelan pemulihan MAS oleh Khazanah tak memuaskan?

Prof Agus: PT3 ‘kelam kabut’ perlukah ia dikekalkan?

Dr Mohammad Agus  
SHAH ALAM - Keputusan Pentaksiran Tingkatan tiga (PT3) yang diumumkan hari ini ternyata mengejutkan pelbagai pihak, mana tidaknya PT3 yang mengambilalih ‘peranan’ Peperiksaan Menegah Rendah (PMR) telah melihatkan penurunan calon yang mendapat semua A.

Antaranya Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff turut mempersoalkan PT3 ini.

Menurutnya reaksi yang beliau dapat terutama daripada ibu bapa calon ternyata mereka kecewa dengan PT3.

“Jam 9 pagi, saya keluar pejabat untuk ke SMK Jalan 4, Bandar Baru Bangi melihat reaksi anak murid dan ibu bapa menerima keputusan peperiksaan PT3. Saya ke sekolah ini kerana inilah sekolah terbaik di daerah ini yang setiap tahun ratusan pelajarnya mendapat 8A ke atas.

“Namun, tahun ini hanya 8 orang pelajar sahaja dari sekolah ini yang mendapat semua A. Pencapaian sekolah ini adalah lebih kurang sama sahaja dengan pencapaian dari sekolah berasrama penuh yang lain. Maklumat awal yang saya perolehi menunjukkan hanya 11 orang dari Tunku Kursiah yang mendapat semua A, 10 dari Faris Petra, seorang dari SDAR, seorang dari Sakti, 21 orang dari Mozac dan 26 orang dari Tun Fatimah.

“Saya bertanyakan ibu bapa dan para guru tentang tentang pelaksanaan PT3. Satu persamaan pandangan mereka ialah PT3 adalah peperiksaan yang paling bercelaru, kelam kabut dan kucar kacir,” katanya dipetik menerusi laman sosial Facebooknya.

MAS rugi bukan salah pekerja kata NUFAM

Malaysia Airlines (MAS) dan pemiliknya Khazanah Nasional Bhd tidak patut menyalahkan kakitangan MAS ekoran kerugian syarikat penerbangan itu, kata Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam).

Sebaliknya, kata kesatuan itu, Khazanah harus mengakui berlakunya salah urus dalam syarikat penerbangan nasional itu.

“Rugi RM12 bilion bukan main-main dan berhentilah menyalahkan orang lain atas kesalahan sendiri,” katanya.

Nufam juga menggesa Khazanah membatalkan rancangan memberhentikan 6,000 kakitangan MAS.

OIC dan Kerajaan Malaysia patut mula inisiatif selamatkan Dr Yusuf Al-Qaradawi

al-QaradawiSHAH ALAM 22 DIS: Tindakan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menangkap Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi semata-mata kerana mengikut arahan rejim diktator al-Sisi di Mesir bercanggah dengan prinsip demokrasi serta menyinggung perasaan umat Islam di seluruh dunia.
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA) PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, Dr Yusuf al-Qardawi sangat besar sumbangannya kepada dunia Islam.
“Interpol tidak sewajarnya menerima arahan al-Sisi kerana pemerintahannya adalah zalim,” tegasnya dalam kenyataan media.
Menurutnya lagi, Dr Yusuf al-Qaradawi dalam sejarah hidupannya sebagai seorang ilmuan dan da’i ternama sangat iltizam dengan pemikiran wasatiyyah (sederhana) dan sentiasa memupuk hubungan baik antara penganut-penganut Islam dan bukan Islam.

Munajat doa keselamatan, kesihatan Al-Qaradhawi

KUALA LUMPUR: Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) memandang serius dan mengutuk tindakan kerajaan Mesir meminta Polis Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan Notis Merah atau waran tangkap ke atas Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi atas tuduhan bersubahat, menghasut dan membantu untuk melakukan pembunuhan dengan sengaja, membantu banduan melarikan diri, membakar, vandalisme dan kecurian.
"Ikram berpendapat bahawa waran tangkap ini adalah tindak balas kepada bantahan berteruan beliau terhadap rampasan kuasa yang dilakukan oleh Jeneral Abdul Fattah As-Sisi ke atas Presiden Mesir yang sah dan terpilih secara demokratik, Dr Mohamed Morsi pada awal Julai 2013," ujar Timbalan Presiden Ikram, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dalam satu kenyataan.
Katanya, Ikram berpendapat bahawa tindakan ini adalah suatu tindakan yang tidak wajar kerana Dr Yusuf Al-Qaradhawi adalah seorang ulama kontemporari yang moderat serta sangat konsisten dalam mempertahankan keadilan dan hak asasi manusia.
Beliau berkata, Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang pernah dinobatkan oleh kerajaan Malaysia sebagai Tokoh Maal Hijrah 2009 sentiasa menyeru kepada pendekatan berdialog, berdiskusi dan berwacana selain sentiasa menegah masyarakat Muslim seluruh dunia dari sebarang tindakan subversif dan ekstremisme.
"Beliau juga pernah mendapat tempat ketiga dalam satu undian berkenaan 100 intelek tersohor dunia pada tahun 2008 yang dikendalikan oleh Prospect Magazine (UK) dan Foreign Policy (US). Hasil undian ini menunjukkan beliau dikagumi oleh barat berdasarkan tahap keintelektualannya dan pendiriannya yang moderat," ujarnya lagi.

Najib jumpa Dr M berhubung isu 1MDB..!!!

Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berbincang berhubung kritikan bekas perdana menteri itu mengenai pelabur strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MD), kata sumber.
Perdana menteri bertemu Dr Mahathir pada Sabtu tetapi butir lanjut perjumpaan itu belum didedahkan. “Ia perjumpaan yang mesra. Perdana menteri berpuas hati dengan pertemuan itu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Perjumpaan itu diadakan selepas bekas perdana menteri yang paling lama berkhidmat itu berulang kali membangkitkan persoalan mengenai hutang besar dan penggunaan dana di 1MDB menerusi tulisan di blognya dan merungut mengenai operasi 1MDB pada sidang medianya. Ia juga berlaku ketika ringgit jatuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), yang menyebabkan sebahagian hutang 1MDB dalam matawang itu semakin membesar.
Hari ini, The Edge Financial Daily melaporkan nilai ringgit yang semakin merosot akan menjejaskan 1MDB, berikutan sebahagian besar daripada keseluruhan RM42 bilion hutangnya dalam mata wang AS.
Bahagian besar berjumlah RM22.25 bilion menurut penyata kewangan 1MDB bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2014 kini bertambah kepada RM25.7 bilion – penambahan kira-kira RM3.96 bilion – berikutan kejatuhan ringgit 6.5% dalam tempoh 9 bulan lalu.

Keputusan PT3 Seluruh Negara Hancur, Ibu Bapa Salahkan Menteri


“Pelajar tingkatan tiga tahun ini dijadikan bahan ujikaji untuk peperiksaan (Pentaksiran Tingkatan 3) PT3 dan mereka jadi mangsa kepada keputusan peperiksaan yang boleh disifatkan sebagai hancur!”
Itu luahan beberapa ibu bapa pelajar yang datang ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan anak-anak mereka yang dikeluarkan hari ini.
Kata seorang ibu tunggal, Solarazimon Abdul Aziz (gambar kecil), perubahan sistem peperiksaan daripada Penilaian Menengah Rendah (PMR) kepada PT3 tidak patut diadakan secara mengejut.

“Selama tiga tahun anak-anak tidak ditekankan kepada sistem peperiksaan dan tidak mengikuti pembelajaran seperti lazimnya, bagaimana mereka hendak menghadapi peperiksaan besar seperti PT3?
“Lebih teruk lagi, sebelum ini menteri kata tidak ada peperiksaan tetapi tiba-tiba, pada saat-saat akhir, diarahkan pula pelajar bersedia untuk PT3. Apa dah jadi?” tegasnya.
Tambah ibu tunggal itu lagi, dia yakin keputusan peperiksaan anaknya jauh lebih baik jika masih kekal dengan sitem PMR berbanding PT3 yang hasilnya amatlah mengecewakan.
Bagi Fatimah Jais (gambar kecil), dasar kerajaan dalam membuat keputusan menukar PMR kepada PT3 sepatutnya dikaji dan dibuat secara berperingkat.

“Ibu bapa seperti diperbodohkan. Ikut sahaja apa kata menteri yang membuat dasar sedangkan dari awal lagi saya dah nampak apa yang cuba dipraktikkan melalui PTG ini akan gagal.
“Buktinya jelas, tak ada seorang pelajar pun yang dapat semua A dalam PT3 di sekolah anak saya di Hulu Langat dan lebih teruk lagi, hampir semua pelajar gagal dalam matapelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
“Sudahlah gagal, layak pula masuk ke kelas aliran sains. Cuba bayangkan bagaimana mereka nak hadapi mata pelajaran di aliran sains yang lebih mencabar nanti,” ujarnya.