Isnin, 22 Disember 2014

Ada sesiapa minat jadi ahli UMNO ???



Hudud: PKR ambil keputusan tutup mulut


Rafizi Ramli 

SHAH ALAM - Mesyuarat Biro Politik PKR mengenai pelaksanaan hukum Hudud telah diadakan semalam dan bukannya hari ini seperti mana yang dikatakan oleh Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar, semalam.

Perkara itu telah disahkan sendiri oleh Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli yang menjelaskan bahawa mesyuarat itu dilakukan secara dalaman.

"Mesyuarat Biro Politik PKR telah diadakan semalam untuk membincangkan isu Hudud.

"Kami tidak akan mengeluarkan kenyataan berkenaan kerana ia perbincangan tertutup," katanya melalui aplikasi Whatsapp, hari ini.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berkata demikian mengulas mesyuarat biro itu yang dibuat di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali pada 3 petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar semalam yang mengatakan Biro Politik parti itu akan mengadakan mesyuarat pada 3 petang tadi di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun, tinjauan Sinar Online pada 2.30 petang tadi mendapati suasana di luar pekarangan kediaman itu lenggang daripada kehadiran kenderaan milik pemimpin parti itu.

Malah penyelia kediaman rasmi Menteri Besar itu yang ditemui juga memberitahu Sinar Online bahawa mesyuarat tersebut tidak diadakan pada hari ini.

KANTOI !!!.. Harga barang di KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA (KR1M) lebih mahal..


PT3 Tanda Kegagalan Muhyiddin?

Hampir tidak ada ibu-bapa yang berpuas hati dengan keputusan peperiksaan PT3 yang diumumkan hari ini. Macam-macam rungutan dan rasa tidak puas hati dapat didengari mengenainya.

Di sekolah, di rumah, berbual sesama rakan dan di media sosial, terhampar luas luahan rasa tidak puas hati mereka dengan PT3 ini.

Simpati ibu-bapa kepada anak-anak mereka mengenai beban kerja persekolahan sepanjang mengikuti pembelajaran PT3 atau Pentaksiran Tingkatan 3 sejak tiga tahun lalu bertambah lagi hari ini apabila keputusannya diumumkan.

Jika dulu mereka simpati dengan beban kerja yang terlampau banyak kepada anak-anak mereka sehingga ada yang mengigau-igau dalam tidur, kini ianya bertambah parah lagi kerana sistem yang dilaksanakan secara mengejut dan tergesa-gesa itu ternyata hanya lebih banyak menumpahkan air mata kesedihan berbanding tangisan kegembiraan

Ramai murid-murid yang kecewa dan menangis dengan keputusan yang  mereka diterima. Mereka bukannya bersedih kerana gagal dan tidak memperolehi keputusan yang memuaskan tetapi berasa seperti diperbodohkan dan dijadikan bahan ujikaji semata-mata oleh Kementerian Pelajaran.

Mereka juga merasa seperti tidak berbaloi dengan usaha dan susah-payah  melakukan kerja-kerja sekolah selama tiga tahun ini.

Ini kerana sebelum ini Kementerian Pelajaran mengatakan tiada peperiksaan akan diadakan tetapi pada Jun lalu tiba-tiba diumumkan ada pula peperiksaan akan dijalankan. Sudah tentu ini menyebabkan guru-guru menghadapi masalah kekangan masa menghabiskan semua sukatan pelajaran yang ada.

Selama dua tahun sebelum ini belajar tanpa berorientasikan peperiksaan bagaikan hanya membuang masa saja.

Salam Al-Qaradawi buat rakyat Malaysia

Sarjana terkemuka Islam Dr Yusuf Al-Qaradawi menzahirkan perasaan terharu terhadap keprihatinan antarabangsa, termasuk Malaysia, yang menyatakan bantahan terhadap notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) terhadapnya.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghubungi presiden Kesatuan Ulama Antarabangsa itu malam tadi.

“Alhamdulillah, Sheikh Yusuf tetap bersemangat dan sekelumit pun tidak tergugat dengan gangguan ini,” kata Anwar.

Dalam kenyataannya tengah malam tadi, Anwar (kiri) juga merakamkan dukacitanya terhadap kezaliman Jeneral Abdel Fattah al-Sisi di Mesir yang mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang ulama muktabar.

“Justeru saya menggesa Interpol menarik balik notis merah yang telah dikeluarkan ke atas Sheikh Yusuf kerana jelas sekali tindakan tersebut tidak berasas dan hanya memperlihatkan Interpol diperalat oleh diktator yang zalim,” kata Anwar.

Interpol mengeluarkan waran tangkap terhadap Yusuf selepas dikaitkan dengan kegiatan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan Mesir.

Malaysia patut gasak Interpol

Menurut laman webnya, notis merah terhadap Yusuf, 88, dikeluarkan selepas dikehendaki pihak berkuasa kehakiman Mesir untuk pendakwaan dan pensabitan hukuman.

Warganegara Mesir dan Qatar itu antaranya dituduh menghasut dan membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri daripada penjara, serta aktiviti vendalisme dan kecurian.

Surat 25 tokoh Melayu masuk minggu kedua, Najib masih membisu..!!

KUALA LUMPUR, 22 DIS: DAP menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri kabinet untuk menyokong Surat Terbuka 25 Tokoh Melayu bagi memberi mesej jelas bahawa kerajaan menolak ekstremisme dan fanatisme
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, sudah dua minggu sejak surat tersebut dikeluarkan yang mendapat sokongan segenap lapisan masyarakat, namun sehingga kini Najib dilihat langsung tidak melakukan sebarang tindakan.
“Adakah Najib bersedia membentangkan Surat Terbuka 25 Tokoh Melayu ini kepada Kabinet bagi mendapatkan sokongan menteri untuk menunjukkan kerajaan komited ke arah kesederhanaan dan menentang sikap tidak toleran, esktremisme dan kefanatikan? kata Kit Siang dalam satu kenyataan.
Pada 8 Disember lalu, sekumpulan 25 bekas pegawai tinggi dan tokoh Melayu memohon Najib memperlihatkan kepimpinannya dengan menentang ekstremisme dan sikap tidak toleran yang kian membarah.
Surat terbuka tersebut telah mendapat respon sangat baik di kalangan masyarakat tanpa mengira kaum, budaya dan agama.

Najib dan kabinet diseru sokong ’25 Tokoh Melayu’


25


Najib dan Kabinetnya diseru menyokong Surat Terbuka 25 Tokoh Melayu bagi memberi mesej jelas kepada negara dan juga dunia bahawa Kerajaan Malaysia memberi komitmen penuh kepada kesederhanaan demi menentang sikap tidak toleran, ekstremisme dan kefanatikan
Surat Terbuka oleh 25 bekas pegawai tinggi dan personaliti Melayu pada 8 Disember yang memohon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya memperlihatkan kepimpinannya terhadap ekstremisme dan sikap tidak toleran yang kian membarah dan menjadi tajuk berita utama tahun ini.
Belum pernah sebuah Surat Terbuka oleh rakyat mendatangkan respon baik di kalangan masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama, seperti yang diperlihatkan daripada sokongan bersemangat daripada banyak kumpulan dalam masyarakat Malaysia, bukan sahaja Melayu dan Islam, seperti petisyen online ‘I am #26’ dengan lebih 5,000 penyokong, “KamiJuga25” yang disokong lebih 1,600 individu, 95 NGO di Malaysia, 22 aktivis Muslim dan pelbagai lagi sokongan yang diperlihatkan oleh kumpulan-kumpulan dan lapisan masyarakat di Malaysia dalam masa dua minggu lalu.
Namun reaksi telah pun bermula, dan serangan terhadap 25 tokoh ini akan meningkat menjadi serangan peribadi, pembunuhan karakter mempergunakan sepenuhnya sumber media dan media sosial yang tidak toleran dan ekstremis seperti yang telah kita saksikan sejak dua hari yang lalu.
Inilah masanya untuk semua moderat, merentas kaum, agama, jantina, umur dan juga garis politik mengambil pendirian bersederhana bagi mengasing dan mengalahkan sikap tidak toleran, ekstemisme dan kefanatikan yang menjadi ancaman terbesar dan juga musuh masyarakat majmuk di Malaysia.
Inilah masanya bagi politik positif inklusif menggantikan politik jahat eksklusif.

Dilema PAS: Sokong persempadanan semula kawasan pilihan raya atau bersama Pakatan

Dilema PAS: Sokong persempadanan semula kawasan pilihan raya atau bersama Pakatan
PAS kini dalam dilema sama ada menyokong pindaan Perlembagaan bagi membolehkan persempadanan semula kawasan pilihan raya dibuat dan mendapat manafaat daripada pertambahan kerusi di kawasan parti itu bertanding atau kehilangan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR).
Menurut sumber parti Islam itu, PAS sangat berharap pertambahan kerusi di kawasan Melayu khasnya di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dibuat kerana keempat-empat negeri ini tidak mendapat sebarang pertambahan kerusi ketika persempadanan dibuat pada 2003 dahulu.
Bagi PAS, tindakan pada 2003 adalah untuk menyekat perkembangan pengaruh PAS selepas parti itu menang besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1999.
"Namun kini PAS dalam dilema. Ditelan mati emak, diluah mati bapa," kata seorang pemimpin kanan PAS.
Menurutnya, jika PAS bekerjasama dengan Umno menyokong pindaan itu dan bermakna PAS mengkhianati rakan-rakannya dalam PR iaitu PKR dan DAP yang tidak bersetuju persempadanan semula kawasan pilihan raya dibuat oleh Suruhanaya Pilihan Raya (SPR).
Peluang PAS menyokong Umno meluluskan persempadanan itu kini tinggi ekoran hubungan suram dalam PR berhubung isu hudud.
DAP menyifatkan cadangan kerajaan Kelantan mahu melaksanakan hudud di negeri itu akan melambatkan PR ke Putrajaya dan sekaligus mengkhianati semangat kerjasama dalam pakatan.
Pemimpin PAS pula bertegas melaksanakannya dengan alasan ia sudah menjadi usaha PAS sejak sebelum PR terbentuk lagi.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pula dilaporkan berkata kertas tahaluf siyasi PAS dengan DAP sudah koyak apabila DAP berterusan menentang hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan.

Lim: Sampai masa PM dukung suara '25 Melayu'

Lim: Sampai masa PM dukung suara '25 Melayu'Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyokong syarat terbuka '25 Melayu terkemuka' sebagai dukungan untuk seruan kesederhanaan menentang ekstrimisme.
Lim berkata, sokongan sebegitu akan menghantar mesej jelas ke seluruh dunia bahawa kerajaan Malaysia sepenuhnya memberikan komitmen terhadap amalan kesederhanaan.
“Persoalannya sama ada Najib akan tunjukkan kepimpinannya untuk suara-suara kesederhanaan,” tambahnya.
Kumpulan 25 orang itu dalam suratnya sebelum ini menggesa Najib menunjukkan kepimpinan berdepan perkembangan ekstrimisme dan keadaan tiada tolak ansur dalam negara ini.
Setakat ini, perdana menteri masih belum memberikan sebarang reaksi, termasuk terhadap cadangan menubuhkan panel pakar untuk menyelesaikan konflik antara undang-undang Islam dan sivil.

KENAPA LIAT SANGAT konsesi tol nak dihapuskan.. Masih tak cukup2kah kaut keuntungan berpuluh2 tahun..


Mahathir punca sebenar kuasa Melayu terhakis

Di dalam proses persempadanan semula kawasan Parlimen 2003, beliaulah orangnya yang telah menyebabkan kawasan Melayu tidak mempunyai pertambahan kerusi Parlimen.
Ahmad Fadhli ShaariPETALING JAYA: Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa, tindak-tanduk Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri turut menyumbangkan kepada terhakisnya kuasa Melayu.
Katanya, bekas Perdana Menteri itu yang melakukan kesalahan sehingga menyebabkan orang Melayu akhirnya mengemis undi Cina.
“Di dalam proses persempadanan semula kawasan Parlimen 2003, beliaulah orangnya yang telah menyebabkan kawasan Melayu tidak mempunyai pertambahan kerusi Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan media yang disiarkan dalam Harakah.
Jelasnya, majoriti pengundi Malayu, di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis tidak dilibatkan dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003.
Beliau berkata, negeri-negeri tersebut mempunyai 40 Parlimen, 35 daripadanya adalah milik sepenuhnya pengundi Melayu yang mana 70 peratus daripada kawasan tersebut dikuasai oleh orang Melayu.
Ahmad Fadhli menambah, ia berbeza dengan negeri-negeri yang majoritinya bukan Melayu seperti Perak, Pulau Pinang dan juga Negeri Sembilan yang mendapat pertambahan kerusi yang lebih.
”Hanya ada tiga jawapan untuk Malayu bersatu, pertama ialah, bersatu di bawah UMNO dan menolak PAS. Terbukti bahawa Melayu pernah menolak PAS dan menyokong UMNO. Adakah Melayu semakin kukuh? Tanah rizab Melayu semakin bertambah? Jawapannya, tidak,” katanya.
Beliau menambah: ”Manakala yang kedua, sebahagian Melayu menyokong PAS, sebahagiannya menyokong UMNO. Ini juga ditafsir sebagai berpecah-belah.”

Waran Interpol penuh dengan dendam regim zionis Al-Sisi


Yusuf

SHAH ALAM - Tuduhan polis antarabangsa (Interpol) mengatakan sarjana Islam terkemuka, Dr Yusuf Qaradawi menjadi dalang yang menggalakkan rakyat Mesir melakukan pembunuhan dan vendalisme itu merupakan satu fitnah yang tidak berasas.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abd Manan mendakwa, waran tangkap itu dipercayai atas permintaan regim Al-Sisi yang penuh dengan dendam.

"Kita nampak waran Interpol yang diminta oleh regim Al-Sisi adalah satu permintaan yang penuh dengan fitnah tidak berasas.

"Dr Yusuf sendiri memang minta supaya orang muda menunjukkan contoh dengan membersihkan Dataran Rabiah selepas tunjuk perasaan itu," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Baru-baru ini, Interpol mengeluarkan notis merah terhadap Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Dr Yusuf Al-Qardhawi yang didakwa terlibat dalam aktiviti keganasan.

Waran tangkap itu dikeluarkan selepas Yusuf dikaitkan dengan kegiatan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan Mesir.

Menurut laman webnya, notis merah terhadap Yusuf, 88, dikeluarkan selepas dikehendaki pihak berkuasa kehakiman Mesir untuk pendakwaan dan pensabitan hukuman.

Antara tuduhan terhadap Yusuf ialah menghasut dan membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri daripada penjara serta aktviti vendalisme dan kecurian.

Hudud nyawa PAS, kata Haron Din

Walaupun berlakunya pertikaman lidah antara PAS dan DAP berkenaan hudud, hukuman itu tetap akan dilaksanakan kerana ia nyawa kepada parti Islam itu, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din.

“PAS tidak terbelenggu oleh komen lawan mahupun kawan. Hudud nyawa PAS dan ini perjuangan asas yang tidak pernah lekang.

“Jika (Setiausaha Agung DAP Lim) Guan Eng merasakan tidak selesa, maka carilah jalannya sendiri untuk keselesaan kerana hudud tetap diteruskan (di Kelantan),” kata Haron, seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Haron juga dilaporkan berkata, Lim akan terus merosakkan kerjasama politik Pakatan Rakyat yang dibina sejak 2008 jika terus mempertikaikan agenda pelaksanaan hudud Kelantan.

PAS masih perlu Umno demi laksana hudud - Mohd Amar

PAS berkata parti itu masih memerlukan musuhnya Umno untuk melengkapkan perjuangan mereka untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam atau hudud.

Parti itu juga percaya rang undang-undang persendirian mengenai hudud ke parlimen akan menjadi ujian terakhir keikhlasan Umno terhadap orang Islam.

Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah - satu-satunya pemimpin dalam PAS yang dibenarkan bercakap tentang hudud kepada media - tidak ada jalan bagi PAS Kelantan untuk melaksanakan hudud tanpa Umno membuka jalannya.

Tanpa sokongan daripada DAP dan PKR mengenai hudud, PAS kini tidak hanya memerlukan agensi kerajaan seperti polis dan Jabatan Penjara, parti itu juga amat memerlukan sokongan anggota parlimen Umno bagi memastikan rang undang-undang persendirian itu diluluskan bagi membolehkan pelaksanaan undang-undang itu.

'Interpol, jangan ikut telunjuk rejim zionis As-Sisi'

NGO Abim dan Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA) PKR mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Polis Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Ketua Persatuan Ulama Sedunia Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Ini kerana, ilmuan Islam itu dikaitkan kegiatan Ikhwanul Muslimin sehingga dikehendaki pihak berkuasa kehakiman Mesir untuk pendakwaan dan pensabitan hukuman.

Mereka mengecam tindakan Interpol yang didakwa "tidak seharusnya mengikut permintaan kerajaan Mesir" pimpinan rejim As-Sisi menahan sarjana Islam itu yang dituduh antaranya menghasut, membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri daripada penjara.

Presiden Abim Amidi Abd Manan menganggap tuduhan itu adalah "fitnah semata-mata" manakala Pengerusi BiPPA Dr Muhammad Nur Manuty pula menyifatkan ia bercanggah prinsip demokrasi dan menyinggung perasaan umat Islam kerana tokoh itu memberi banyak sumbangan besar kepada dunia Islam.

"Dunia Islam juga seharusnya menolak waran ini. Berdasarkan kenyataan di atas, tiada sebarang bukti untuk kaitkan Qaradawi dengan sebarang aktiviti keganasan.

Umno cabar S'gor, benarkan bukan Islam guna kalimah 'Allah'

Hanya dengan Umno hudud boleh dilaksana kata Mohd Amar

GST tak jejas pelancongan, kata menteri

Projek Insinerator: NGO gesa menteri tunjuk kejantanan

HUTANG NEGARA NAIK LAGI !!! PENCAPAIAN TERBAIK PM & MENTERI KEWANGAN DALAM SEJARAH MALAYSIA !!!..


Di mana suara lolong Najib, Rosmah, PERKASA, PEKIDA, JATI, ISMA, ostad & ostajah UMNO serta mufti2 dlm isu ini..


Subsidi rakyat adalah POLISI BODOH !!! - kata menteri CGPA 3.85.. TETAPI UNTUK KRONI SUBSIDI DIKEKALKAN...


Bila undang2 penjajah diangkat & dimartabatkan dlm jiwa UMNO-APCO...


Tahun 2015 Rakyat Bakal di "April Fool" kan - V Sivakumar

Rentap Kain Rentang Krismas: KDN Perlu Bertindak Ke Atas PERKASA..!!!

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi mengkritik tindakan anggota PERKASA yang merentap jatuh kain rentang ucapan Krismas dan tahun baru di hadapan ibu pejabat DAP Perak, pada Jumaat.

"Kita harus menghormati agama lain. Saya berpendapat bahawa jika kita mahu agama kita dihormati, kita juga mesti menghormati orang lain.

"Saya yakin sekiranya ada orang yang melakukan perkara itu kepada kita, kita juga akan marah," kata Zahid, seperti dilaporkan The Star.

Jumaat lalu, PERKASA mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat DAP Perak ekoran kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng yang berkata orang bukan Islam di Pulau Pinang boleh menggunakan kalimah ‘Allah’.

Dalam demonstrasi itu, NGO Melayu tersebut merentap jatuh kain rentang itu dan cuba menarik lengan ADUN Tebing Tinggi Ong Boon Piow.

Selain dari demonstrasi di Perak, mereka turut membuat bantahan sama di Pulau Pinang.

Di negeri Pulau Mutiara itu, penunjuk perasaan menggelar Lim sebagai "babi hutan". -mk

Rafizal ada 7 hari untuk minta maaf kata Khairuddin

Khairuddin menyifatkan Rafizal sebagai “bidak hingusan” dan mahu Ketua Pemuda UMNO itu minta maaf atau berhadapan tindakan undang-undang

Rafizal Abdul RahimPETALING JAYA : Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendesak Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim menarik balik kenyataannya fitnahnya dan memohon maaf kepadanya secara terbuka dalam masa tujuh hari.
Khairuddin berkata, sekiranya Rafizal tidak berbuat perkara sedemikian, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
Katanya, kenyataan Rafizal yang mendakwa beliau tidak pernah menghadiri program yang melibatkan UMNO bahagian dan negeri merupakan suatu fitnah yang terbesar dilakukan oleh Ketua Pergerakan UMNO negeri itu.
“Sayalah orang yang tinggal di Kuala Lumpur yang rajin balik ke bahagian saya hampir setiap minggu. Saya ingin nasihatkan Rafizal bahawa kenyataan kolotnya sudah tidak relevan lagi di zaman sekarang.
“Kini kita sedang menghadapi dunia yang semakin terbuka dan amat mencabar. Kita mesti berani dikritik dan menerima pandangan rakyat sekiranya kita mahukan UMNO terus disayangi,” katanya dalam satu kenyataan kepada Free Malaysia Today.
Khairuddin turut mempersoalkan tindakan Rafizal yang meminta beliau meninggalkan UMNO dan seolah-olah parti itu miliknya.
“Rafizal ingat UMNO ini hak beliau?Siapa beliau nak suruh saya tinggalkan UMNO? Hakikatnya Rafizal adalah seorang budak hingusan dan baru di dalam arean politik. Politik beliau adalah politik mengampu pemimpin.

Kempen Sabtu Tanpa Beg Plastik Gagal?

Ketika ini ramai yang bertanya, ke manakah penyudahnya kempen tanpa beg plastik setiap hari Sabtu yang telah berjalan sejak beberapa tahun lalu?

Apakah ia masih kekal sebagai kempen semata-mata tanpa sebarang titik akhirnya?

Memanglah diakui bahawa kempen menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan beg plastik amatlah baik untuk kehidupan kita. Ini kerana beg plastik dikatakan memakan masa antara 100 hingga 500 tahun untuk dilupuskan dan sekiranya dibakar pula akan mengeluarkan gas karbon dioksida yang boleh meningkatkan pemanasan suhu bumi.

Atas kesedaran itu, kerajaan melalui Kementerin Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dengan kerjasama beberapa pasaraya, kedai serbaneka dan premis terpilih telah memperkenalkan kempen ini di mana setiap hari Sabtu tidak lagi dibekalkan beg-beg plastik secara percuma.

Pengguna digalakkan membawa beg sendiri atau menggunakan beg kitar semula untuk mengisi barang-barang yang mereka beli atau terpaksa membayar 20 sen jika inginkan beg pastik.

Wang 20 sen itu pula dikatakan akan disalurkan kepada badan kebajikan, untuk program kepenggunaan serta pemuliharaan alam sekitar.

Ketika mula-mula diperkenalkan dulu, ramai yang bersungut dan marah-marah dengan kempen ini kerana menganggap ianya menyusahkan. Ramai juga mengelak untuk membeli-belah pada hari Sabtu kerana tidak mahu membayar 20 sen semata-mata untuk beg plastik yang sebelum ini diperolehi secara percuma.

BENARKAH pemandu teksi DIWAJIBKAN byr cukai GST 6% kpd Kastam ke atas sewa teksi ???