Jumaat, 19 Disember 2014

UMNO,MCA,MIC, SEMACAM TIDAK SESUAI WUJUD DALAM KURUN KE 21

Sebenarnya aku rasa dasar yang ‘dipegang’ oleh Barisan Nasional (UMNO, MCA,MIC) sudah tidak sesuai lagi wujud dalam Kurun ke21. Sebahagian besar masyarakat Malaysia sudah tidak boleh terima UMNO yang memperjuangkan Melayunya, MCA yang memperjuangkan Cinanya dan MIC pula yang ‘tidak jabis-habis’ memperjuangkan kaum Indianya. Pemikiran masyarakat Malaysia sebenarnya sudah berubah hasil usaha kerajaan BN yang sentiasa berusaha memupuk perpaduan dikalangan rakyat Negara ini. Cuma ternampak akhir-akhir ini sedikit ‘keretakan’ dalam hubungan antara kaum disebabkan anasir ‘terselindung’ yang semacam berusaha memecah-belahkan rakyat. Nampak macam begitu.
Aku nampak rakyat Malaysia yang sudah celik dan berpelajaran kini sudah tidak boleh menerima hakikat sebegini sebagaimana masyarakat zaman dahulu ketika parti Perikatan ( Barisan Nasional kemudiannya)  di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman. Janggal benar nampaknya sekiranya ada lagi parti di Malaysia yang memperjuangkan satu kaum sahaja. UMNO merupakan parti Melayu. MCA parti Cina dan MIC parti India.
Setelah setengah abad mencapai kemerdekaan sepatutnya tidak timbul lagi isu ‘Melayu, Cina dan India’. Aku agak berminat  mengambil contoh negara Amerika Syarikat sebagai perbandingan. Di sana juga merupakan ‘melting port’ pada suatu ketika dahulu dan sehingga kini pun masyarakatnya sedemikian juga. Tetapi mengapa tidak wujud parti sebagaimana yang wujud di Malaysia. Mengapa Obama tidak menubuhkan parti untuk orang berkulit hitam misalnya. Dalam sejarah politik Amerika tidak pernah wujud parti untuk satu-satu kaum pun. Malah pemimpin mereka yang terdahulu seperti Martin Luther Kings pun tidak pernah menubuhkan parti sedemikian.
Dan di Negara jiran yang terdekat, Singapura juga tidak wujud parti yang mementingkan kaum sedangkan wujud juga berbagai kaum di sana. Tak silap pernah juga wujud UMNO di Singapura dibawah kepimpinan Hamid Jumat. Kini sudah tiada lagi. Tidaklah pula aku jahil benar untuk memahami keadaan masyarakat Melayu yang hanya tinggal 30% sahaja yang agak mustahil menubuhkan parti memperjuangkan kaum minority. Tetapi apa salahnya jikalau ditubuhkan parti untuk orang Melayu….
Soalnya keadaan sedemikian tidak mengizinkan dan tidak wajar berlaku sedemikian. Aku merasakan selagi ada tiga parti (UMNO, MCA, MIC) di Malaysia selagi itulah tidak akan wujud persefahaman dan perpaduan dalam ertikata sebenar-benar di Malaysia. Konsep ‘perpaduan kaum’ di Malaysia semacam suatu ‘rhetoric’ semata-mata dan tidak berpijak di bumi nyata. Perpaduan di Malaysia masih amat rapuh selagi setiap parti yang tergolong dalam parti yang memerintah masih memikir dan memelihara kaum yang diwakilinya.
Apa tidaknya.

Adakah tahun 2015 merupakan Tahun Yang Kelam?

Sekurang-kurangnya 5 cabaran utama yang terpaksa dihadapi rakyat kebanyakan menjelang tahun 2015. Seandainya kita pernah menyebut bahawa 2014 adalah tahun kesengsaraan rakyat maka sudah hampir pasti tahun 2015 pula adalah tahun gelap, suram dan kelam buat rakyat yang terus terhimpit dengan beban sara hidup yang semakin hari semakin meningkat, bahkan kompleks!
5 cabaran utama itu ialah 
1)Inflasi, 
2)Hutang Negara, 
3)Hutang Isi Rumah, 
4)Gaji Yang Rendah dan 
5)Kos Sara Hidup Yang Tinggi.
Dasar kerajaan berkaitan Rasionalisasi Subsidi yang membawa kesan domino kenaikan harga barangan dan perkhidmatan telah mengakibatkan kadar inflasi negara meningkat, iaitu 3.4% dalam tempoh setahun. Inflasi ini jika gagal ditangani secara bertanggungjawab dan berkesan akan terus menatijahkan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat berlipat kali ganda.

Lebih malang bila ia disertai pula dengan kejatuhan dalam nilai mata wang RINGGIT (RM) negara, yang ketika ini telah jatuh ke paras serendah RM3.50 sen berbanding 1 US Dollar. Sedangkan pada masa yang sama, pergerakan tangga gaji rakyat Malaysia adalah komparatif rendah berbanding negara-negara lain di Asia.
Hutang Negara sudahpun mencecah lebih RM700 bilion, melanggari had siling 55%, yang ditetapkan oleh dasar kewangan negara. Menjadikan keselamatan dan kedaulatan Malaysia juga sebenarnya sangat terjejas dan terbuka kepada pelbagai bentuk "ancaman dan anasir luar".
Semakin kronik bila kita mendapati betapa kadar Hutang Isi Rumah Rakyat Malaysia pula kini mencecah lebih RM850 bilion iaitu 86.8% daripada KDNK Malaysia. Dengan purata 70-80% pendapatan rakyat adalah untuk membayar hutang! Lebih malang ia adalah kadar paling tinggi di seluruh Asia.
Jika kita perhatikan, terdapat 3 item utama perincian daripada hutang isi rumah rakyat iaitu ; 1) 29% untuk rumah, 2) 51% untuk kereta dan 3) 33% untuk pelajaran.
Maka persoalan saya, apakah 3 item itu adalah untuk kemewahan dan pembaziran ataukah sebenarnya ia sudah menjadi keperluan rakyat?

Profesor Kangkung: 'Azmin hina saya', kata Prof Datuk Mustafa


Post Pic

SHAH ALAM: Ketua Kluster Politik Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Mustafa Ishak berkata gelaran 'Profesor Kangkung' yang ditujukan Azmin Ali kepadanya adalah satu penghinaan.
 
Ujarnya Azmin sebagai Menteri Besar Selangor tidak perlu angkuh dan perlu lebih profesional dalam menjawab soalan-soalan pemberita.
 
"Dia (Azmin) sepatutnya lebih menghormati orang lain dan mesti profesional dalam menjawab (persoalan yang timbul/pertanyaan) sebab sebagai Menteri Besar dia (Azmin) perlu menjawab secara profesional.
 
"Pada saya kenyataan dia itu kenyataan yang angkuh, dia tidak boleh terima kritikan baru 100 hari tak sampai jadi MB dah tunjuk keangkuhan," tegasnya ketika dihubungi Antarapos.
 
Mustafa berkata Azmin bukan sahaja menghinanya malah turut merendahkan sayur kangkung yang menjadi makanan rakyat bawahan.
 
"Itu satu penghinaan kepada sayalah tapi jangan hina kangkung sebab kangkung ini makanan rakyat biasa, orang kampung, orang luar bandar. Jadi, jangan nak menghina sangat dan semua yang tak elok dipanggil kangkung. 
 

Bekas pengerusi SPR mungkin tahu ‘benda’ yang Zahid sebut

KUALA LUMPUR, 19 DIS: Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman harus membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai maklumat dalaman mengenai rasuah peringkat tertinggi UMNO.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata Rashid pasti mempunyai maklumat tersebut, berikutan reaksi Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi kepadanya bahawa ‘ada benda bekas pengerusi SPR tidak dapat’.
Rashid sebelum ini menggesa Datuk Seri Najib Razak berhenti berbohong kepada rakyat tentang keadaan sebenar kedudukan negara dan berlaku jujur kepada pemimpin Melayu.
Dalam kenyataannya minggu lalu Rashid menolak kepimpinan Najib yang disifatkannya sebagai ‘rasuah’ dan menegaskan bahawa UMNO-BN berada di ‘ambang kematian’.
Malah dia turut mencadangkan Perkasa untuk ‘mengukuhkan usaha untuk menjadi sebuah badan politik yang akan memerintah negara ini’.
Zahid dalam reaksi kemudiannya menempelak Rashid, bahawa bekas Pengerusi SPR itu seharusnya membangkitkan pandangannya ketika masih berkhidmat dan bukannya selepas bersara daripada perkhidmatannya.

Kejatuhan harga minyak tak jejaskan ekonomi negara kata Najib

Walaupun nilai tukaran asing ringgit turun, eksport dijangka akan meningkat kerana harga barang keluaran negara lebih rendah sekaligus meningkatkan lebihan dagangan.
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kejatuhan harga minyak tidak akan menjejaskan ekonomi Malaysia dengan ketara.
Beliau berkata, ini disebabkan kemampanan ekonomi negara telah banyak meningkat sejak beberapa tahun lalu.
“Penggantian SST (cukai jualan dan perkhidmatan) kepada sistem cukai GST (cukai barang dan perkhidmatan) serta penjimatan daripda proses rasionalisasi subsidi juga mampu mengimbangi penurunan hasil akibat kejatuhan harga minyak
“Walaupun nilai tukaran asing ringgit turun, eksport dijangka akan meningkat kerana harga barang keluaran negara lebih rendah sekaligus meningkatkan lebihan dagangan,” katanya dalam entri terbaru www.najibrazak.com.
Beliau yang merupakan Menteri Kewangan menambah, dalam proses penstrukturan semula ekonomi negara sejak beberapa tahun lalu, negara telah mempelbagaikan hasil pengeluaran agar tidak terlalu bergantung kepada pendapatan minyak.

Ahli PERKASA gelar Lim 'babi hutan'

Kumpulan NGO PERKASA menggunakan peluang dalam siri demonstrasi anjurannya hari ini untuk menghamburkan kata-kata nista pada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Tindakan itu ekoran kenyataannya bahawa orang bukan Islam di negeri itu boleh menggunakan kalimah “Allah”

Dalam demonstrasi di Perak, kumpulan anggota PERKASA turut menyerang seorang ADUN dan menurunkan satu kain rentang ucapan sambutan Krismas dan Tahun Baru.

Di Pulau Pinang pula, demonstrasi di luar pejabat kerajaan negeri itu dipimpin oleh ketua Pemuda PERKASA negeri, Mohd Rizuad Mohd Azudin.

Beliau berkata Lim patut ditangkap dan memberi amaran kepada ketua menteri itu agar tidak masuk campur dalam hal ehwal agama Islam.

"Saya mahu beritahu dia (Lim) yang dia bukan babi suci. Dia seekor babi hutan dan patut disingkirkan dari Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita.

PERKASA robek poster Krismas di bangunan DAP

Kekecohan di mesyuarat MIC: Subramaniam enggan ulas

Minister: Complaining on FB not sufficient

Harapan anak, Dr M sokong surat 25 Melayu ternama

‘Jejaka atom’ bantu edar risalah anti loji nuklear

Isu Uber: PERS1M lapor kepada SPRM

NGO berhimpun malam 31 Dis tuntut harga petrol turun


Najib Razak tiada alasan tidak turunkan harga RON95 kepada RM1.90.


Debat Hudud : PAS cabar, DAP sahut

PAS menunjukkan sisinya yang sebenar melalui berahinya untuk melaksanakan Hudud walaupun jika ia hanya akan dilaksanakan di Kelantan.
PAS DA hududPETALING JAYA : Setiausaha DAPSY Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid hari ini menyatakan kesediaannya berdebat dengan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Zaharuddin Muhammad berkenaan undang-undang Hudud.
Beliau berkata, cabaran Zaharuddin untuk berdebat dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkenaan Hudud adalah sesuatu yang pelik.
“Nampaknya Zaharuddin yang juga menantu Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang benar-benar serius mahu mengetahui pendirian DAP mengenai Hudud.
“Namun sekiranya beliau membaca atau berbincang dengan mana-mana pemimpin DAP, beliau pastinya tahu bahawa pendirian DAP mengenai Hudud dan pelaksanaannya seperti yang disebut Lim Kit Siang adalah sama dengan pendirian yang diambil oleh tiga Perdana Menteri pertama Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau yang merupakan Setiausaha DAPSY Bukit Bendera menambah, undang-undang Hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan asas sebuah negara sekular dan menjadikan Islam agama rasmi Persekutuan serta kebebasan beragama.

Tukar tanah kerajaan jadi rizab Melayu

Langkah tersebut boleh menyelamatkan tanah kerajaan yang semakin berkurangan, serta tanah rizab Melayu yang kini berada dalam keadaan meruncing.
KUALA LUMPUR : Sering kita dengar bahawa tanah rizab Melayu boleh dijual beli. Hakikatnya ia mustahil berlaku.
Namun, ada pihak-pihak tertentu yang mendakwa berjaya “menjual” tanah rizab Melayu kepada satu-satu pihak lain. Sama ada urusan jual beli tersebut sah, masih menjadi tanda tanya.
Mungkin sukar dipastikan berlakunya jual beli seperti yang didakwa. Selain itu, urusan lebih besar yang melibatkan pembangunan semula juga menjadi perhatian kerana kebimbangan terhadap kedudukan rizab Melayu.
Melihatkan perkembangan semasa, tidak menghairankan apabila hari ini Pengerusi Biro Perundangan Majlis Perundingan Melayu (MPM) Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman meminta kerajaan supaya menukar status kesemua tanah milik kerajaan di ibu kota yang belum dibangunkan kepada status ‘tanah rizab Melayu’ di bawah undang-undang.
“Ia satu cara untuk menyelamatkan keadaan. (Ini kerana) tanah yang kerajaan ada kini tidak banyak. Jika tidak dibuat sedemikian, dari semasa ke semasa kerajaan akan menjual tanah itu dan keadaan akan menjadi lebih buruk.
“Boleh jadi ia akan merebak yang mengancam keamanan. Kami (NGO) mahu kerajaan bertindak secara menyeluruh,” ujarnya sambil menegaskan bahawa kerajaan harus mewartakan tanah tersebut secepat mungkin.

Zahid nafi projek IC, sedangkan RCI Sabah kemuka bukti


KUALA LUMPUR, 19 DIS: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi harus berhenti dari terus ‘mengaburkan’ Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Sabah yang sudah memang sedia kabur kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
RCI_SabahKatanya, penafian Zahid tidak membawa sebarang makna kerana Laporan RCI Sabah itu sendiri menyebut kewujudan Projek IC kerajaan.
“Penafian kewujudan Projek IC ini sama sekali menolak laporan itu yang menyatakan bahawa ‘kemungkinan wujudnya projek IC’.
Tegas Kit Siang kesimpulan dan jawapan RCI Sabah sama ada wujud atau tidak, ia tertera di halaman 300 laporan tersebut.
“Secara ringkas, terdapat kebarangkalian wujudnya projek itu setiap masa,” kenyataan Laporan RCI Sabah pada muka surat 300 dipetik.
Ujar Kit Siang, penafian Zahid bukan perkara baru kerana sebelum ini Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Ali Hamsa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail turut memainkan peranan sama.
“Ali mendakwa kerajaan tidak terlibat dalam Projek IC dan Gani mengatakan nama-nama yang meragukan dalam daftar pemilih telah dibuang.
“Mungkin ini juga puncanya mengapa Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy Wong , Adun Kepayan Dr Edwin Bosi dan beberapa wakil NGO dihalang menghadiri majlis pengumuman Laporan RCI Sabah 3 Disember lalu,” tegasnya.

'KJ, kalau tak tahu duduk diam-diam' - Khairuddin

Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membidas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin supaya "duduk diam-diam" jika beliau tidak mengetahui mengenai prosedur undang-undang.

Ia ekoran laporan polis beliau berhubung isu ketelusan pengurusan kewangan bagi firman pelaburan 1MDB, yang dianggap oleh Khairy lemah dan tidak disokong dengan fakta untuk membuktikan dakwaannya adalah betul.

Khairuddin sebaliknya menempelak ketua Pemuda Umno itu dengan menyatakan beliau akan mendedahkan fakta berkaitan dakwaannya itu jika diminta berbuat demikian sewaktu memberi keterangan kepada polis.

"Kalau dia (Khairy) tak tahu apa-apa mengenai prosedur undang-undang, lebih baik duduk diam-diam.

"Tidak ada orang yang mendedahkan fakta secara terbuka. Fakta didedahkan apabila memberi kenyataan kepada pihak polis. Saya tidak akan dedahkan kepada umum. Saya akan menyerahkannya kepada pihak polis.

"Kalau dia buat laporan polis, adakah dia nak dedah fakta kepada umum? Mana boleh. Itu rahsia," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Beliau mengulas maklum balas Khairy semalam yang menyatakan bahawa kenyataan Khairuddin berhubung isu syarikat pelaburan itu lemah dan tidak disokong dengan fakta untuk membuktikan dakwaannya adalah betul.

Temui Ku Nan 3 kali

Dalam tempoh seminggu selepas membuat laporan polis, Khairuddin berkata beliau telah menemui Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebanyak tiga kali, walaupun sebelum ini dilapor dengan nada tegas mengarahkan beliau menarik balik laporan polis itu.

G25: 'Hampir dua minggu, tiada respon dari Najib'


Aktivis sosial Datuk Marina Mahathir berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih lagi tidak memberi sebarang respon walaupun selepas kira-kira dua minggu surat terbuka daripada 25 tokoh Melayu ternama ditujukan kepada pemimpin negara itu.

Marina juga berkata, berdasarkan tuntutan yang dibuat oleh 25 tokoh itu yang menyeru ke arah kesederhanaan, beliau yakin bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad akan turut menyokongnya. 
 
"Mereka (25 tokoh Melayu) meminta perdana menteri untuk buat sesuatu. Saya rasa mereka kini sedang tunggu respon dari perdana menteri. 
 
"Tetapi hampir dua minggu, kita langsung tidak dengar sebarang respon lagi. 
 
"Melihat kepada surat (daripada 25 tokoh Melayu) itu, saya rasa dia (Mahathir) tidak akan membantah. 
 
"Jadi saya harap dia juga menyokong (tuntutan itu)," katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Institut Pengurusan Wanita (WIM), hari ini.
 
Selain itu, Marina juga berkata, beliau menghormati dan mengalu-alukan tindakan yang dibuat oleh 25 tokoh ternama itu. 
 
Ini kerana, katanya, melihat kepada keadaan semasa yang semakin meruncing, penyelesaian bagi masalah yang berbangkit perlu dilakukan bersama-sama. 

Sekat audit 1MDB, cubaan UMNO sembunyikan kebenaran

KUALA LUMPUR, 19 DIS: DAP hari ini menggesa Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan untuk membenarkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) mengaudit 1MDB jika benar syarikat itu tidak mempunyai sebarang masalah.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, jaminan Ahmad Maslan bahawa 1MDB tidak menghadapi masalah kewangan seharusnya memberi keyakinan kepada beliau untuk memberikan keterangan kepada PAC.
“Jika ini tidak dilakukan, maka jelas Ahmad Maslan telah berbohong demi menyembunyikan perkara sebenar di sebalik skandal RM42 bilion 1MDB.
“Reputasi beliau sebelum ini sememangnya sudah tercalar selepas terpaksa memohon maaf dan menarik balik jawapan di Parlimen apabila menafikan kewujudan ‘surat sokongan’ yang dikeluarkan kerajaan untuk mendapatkan pinjaman AS3 bilion (RM10 bilion) kepada 1MDB.
“Jika jaminan itu adalah jawapan paling menyakinkan dari seorang Timbalan Menteri Kewangan, beliau nampaknya melakukan kerja yang paling teruk dalam mempertahankan 1MDB.
Ahmad Maslan semalam menyarankan kepada pengurusan tertinggi 1MDB supaya berdepan dengan rakyat dan menjelaskan keadaan berhubung status kewangan syarikat itu.
Beliau berkata, 1MDB perlu menerangkan dengan terperinci dinamik operasi syarikat dan kewangannya kepada umum kerana ia melibatkan wang pembayar cukai.
Ketua Penerangan UMNO itu juga menyatakan beliau yakin 1MDB mempunyai aset yang bagus dan tidak mempunyai sebarang masalah skandal kewangan.

"Dari Aras Paling Rendah, Bangkit Dan Gegarlah Najib"

Walaupun Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin cuba memperlekeh pemimpin-pemimpin peringkat cawangan UMNO dengan menyifatkannya sebagai suara paling rendah dan tidak layak untuk sibuk-sibuk dalam peringkat yang lebih tinggi, sebenarnya suara bawahan inilah yang menjadi nadi kekuatan UMNO selama ini.

UMNO peringkat cawangan inilah yang yang sepanjang sejarahnya bergerak memastikan UMNO terus hidup dan diterima rakyat setiap kali pilihanraya.

Mereka bekerja dengan ikhlas untuk parti tanpa mengharapkan sebarang balasan. Kalau ada pun imbuhan yang diterima, jumlahnya mungkin terlalu sedikit atau pun hanya ketika musim pilihanraya saja.

Meskipun peranan pemimpin-pemimpin kerdil di hampir 30 ribu cawangan UMNO ini kelihatan kecil seperti meramaikan majlis, tukang tepuk tangan, tukang panjat poster, membuka bilik gerakan ketika pilihanraya dan sebagainya tetapi tanpa sumbangan dan keikhlasan mereka berjuang, UMNO tidak mungkin kekal seperti sekarang.

Ketika suara akar umbi ini semakin diiktiraf dengan perubahan sistem pemilihan dalam UMNO, amatlah malang masih ada pemimpin sombong dan angkuh seperti KJ yang hanya memandang lekeh dan hina suara mereka ini.

Dalam reaksinya kepada gesaan agar Najib berundur dan memberi laluan kepada Muhyiddin mengambil alih kepimpinan parti dan negara oleh Syed Rosli Jamalullail, Ketua Penerangan UMNO Cawangan Taman Cempaka, Pandan, KJ menyifatkan gesaan itu hanyalah suara paling rendah dalam UMNO dan tidak perlu dilayan.

Mungkin kerana KJ sendiri berpolitik secara payung terjun dengan bermula dilantik sebagai Exco Pemuda UMNO sebaik menjadi Pegawai Khas Pak Lah tidak lama selepas kembali dari luar negara, kemudian menjadi menantu dan merebut pelbagai jawatan lainnya atas keistimewaan itu, maka beliau barangkali kurang arif mengenai kekuatan sebenar UMNO ini.

Dalam ertikata yang lain, sebagai perbandingan, pemimpin UMNO cawanganlah yang berjuang paling ikhlas. Kalau ada ganjaran mereka berkhidmat, kalau tiada imbuhan pun ramai juga yang sanggup mengorbankan wang dan harta sendiri demi kelangsungan perjuangan UMNO itu.

31 Dis: NGO sasar 10,000 turun ke Dataran

Satu gabungan 15 NGO mensasarkan untuk menghimpunkan 10,000 orang pada malam sambutan ambang tahun baru 2015 bagi menuntut harga minyak diturunkan ke tahap RM1.90 seliter.

Pengerusi NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Azan Safar berkata demikian selepas pelancaran risalah #Tuntut Harga Minyak RM1.90 di Masjid Negara petang ini.

Katanya, TURUN yang mengetuai gerakan itu juga akan meneruskan jelajah khususnya di Lembah Klang bagi menarik sokongan rakyat untuk turun bersama mereka untuk perhimpunan jam 9 malam itu.

"Di peringkat negeri, kita serahkan kepada (jawatankuasa peringkat) negeri. Kita sasarkan 10,000 rakyat akan turun pada malam tersebut," katanya.

Beliau berucap sewaktu mengumumkan pelancaran risalah itu di perkarangan Masjid Negara sejurus solat Jumaat petang ini.

Selain TURUN, kempen itu juga digerakkan oleh Pemuda PAS, sayap pemuda PKR, AMK, Gamis dan juga PROTES.

PAS ramal negara bakal berdepan defisit berkembar

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad meramalkan negara bakal berdepan dengan ‘defisit berkembar’ sekiranya harga minyak mentah dunia terus mencatatkan penurunan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Disember, 2014. 
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad meramalkan negara bakal berdepan dengan ‘defisit berkembar’ sekiranya harga minyak mentah dunia terus mencatatkan penurunan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Disember, 2014.

Dr Dzulkefly Ahmad meramalkan negara bakal berdepan dengan "defisit berkembar" sekiranya harga minyak mentah dunia terus mencatatkan penurunan sekaligus menyaksikan kejatuhan berterusan nilai mata wang ringgit, lapor akhbar Harakah.
Menyifatkan 2015 "tahun sengsara" bagi rakyat, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, kejatuhan harga minyak mentah dunia menyaksikan Malaysia antara negara paling terkesan kerana merupakan satu-satunya negara pengeksport minyak di Asia Tenggara.
Beliau yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS berkata, krisis itu mengakibatkan impak yang besar terhadap pendapatan hasil negara, terutama dari konteks penentuan imbangan dagangan dan juga kesan kepada "akaun semasa" yang ditentukan faktor import dan eksport.

"Ini ia akan menyebabkan lebihan 'akaun semasa' menjadi menipis sehingga berlakunya defisit sekali lagi, sekaligus tercetuslah fenomena defisit berkembar, yakni fiskal dan akaun semasa. "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tak peduli rakyat tetapi sangat takut kepada agensi penarafan seperti Fitch Rating, Moodys dan Standard and Poor.
"Kalau defisit berkembar berlaku, berat kesannya kepada negara, daripada segi  peesepsi pihak pelabur dan kos pinjaman di pasaran kewangan dan pasaran bon," katanya dalam satu wawacara dengan akhbar tersebut.
Beliau mejangkakan buat masa ini negara bakal kehilangan pendapatan menerusi hasil minyak dan gas sekurang-kurangnya antara US$25 hingga US$30 bilion.

Adakah Perkasa akan gigit tangan yang menyuapnya?

Perkasa yang dinaung bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) kini dilihat memberi lebih kritikan kepada pemimpin Umno, dengan kata-kata kesat yang dirasakan tidak sesuai oleh parti tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Disember, 2014.  
Perkasa yang dinaung bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) kini dilihat memberi lebih kritikan kepada pemimpin Umno, dengan kata-kata kesat yang dirasakan tidak sesuai oleh parti tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Disember, 2014. 

 Hubungan antara Umno-Perkasa memasuki satu fasa baru minggu ini apabila pertubuhan bukan kerajaan itu, yang dikenali sebagai penyokong kuat kepimpinan Umno dan pejuang hak Melayu menunjukkan satu sisi yang berlainan, malah menuduh beberapa pemimpin Umno sebagai bangsat.
Agak aneh juga apabila pada masa yang sama, 'kemahuan' kumpulan pendesak Melayu itu kelihatan seperti dipenuhi ketika Perhimpunan Agung Umno bulan lalu.
Di pentas tersebut, dapat diperhatikan pemimpin Umno menonjolkan warna sebenar mereka, lebih-lebih lagi apabila Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak bertindak bukan sahaja mengekalkan, tetapi turut memperkukuhkan Akta Hasutan 1948 sebagaimana tuntutan Perkasa.

Namun ia masih belum mencukupi bagi Perkasa yang kini menghalakan 'senapang' mereka ke arah kepimpinan Najib apabila timbalan presidennya, yang juga bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, secara terus-terang meminta Najib berhenti menipu rakyat berhubung kedudukan negara. Dengan penuh yakin, Rashid mencadangkan agar badan bukan kerajaan itu diubah, dari kumpulan pendesak kepada parti politik sepenuhnya dengan menegaskan, inilah sahaja cara untuk memastikan "negara ini ditadbir orang yang tepat".
Serangan Rashid dan Perkasa terhadap Najib bukan datang dengan begitu sahaja. Ia sebenarnya dimulakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang nyata masih berpengaruh, yang kebetulan juga adalah penaung Perkasa.
Dalam masa yang sama, Najib turut menerima kritikan demi kritikan terutama dari blogger-blogger pro-Umno sehingga beliau terpaksa menggunakan istilah 'bangang' terhadap mereka.

CM Lim mengalu-alukan jika tiada GST terhadap jambatan

Lee Chean Chung: Yearly BR1M only RM4b while 1MDB loan interest amounted to RM3.76b!

Akmal Nasir: 1MDB scandal is 172 times bigger than NFC scandal!

William Leong: The truth story behind 1MDB and Rakyat have to bear the cost!

UM8 may appeal to Education Ministry

UM8 akan panjang rayuan kepada menteri jika...!!

Kumpulan lapan mahasiswa Universiti Malaya (UM) atau dikenali sebagai UM8, akan memanjangkan rayuan mereka sehingga kepada Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tuduhan terhadap mereka digugurkan.

Bekas presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol berkata langkah tersebut akan diambil jika rayuan mereka kepada UM hari ini tidak berjaya.

"Kalau rayuan tidak berjaya juga, kita akan buat semakan kehakiman di mahkamah luar," katanya kepada pemberita hari ini sebelum menyerahkan surat rayuan kepada Naib Canselor Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin.

Fahmi salah seorang UM8 yang digantung pengajian dua semester dan didenda RM600 ekoran pengajuran pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus perdana itu Oktober lalu.

RON95 dua minggu pertama Dis 2014 bawah RM2 seliter - Rafizi

KUALA LUMPUR: Harga pasaran RON95 menggunakan formula yang diumumkan oleh Barisan Nasional bagi dua minggu pertama Disember 2014 menunjukkan bahawa RON95 telah jatuh di bawah paras RM2 seliter, seperti berikut:
Tarikh
Harga pasaran sebenar (RM/liter)
1-Dec-14
2.05
2-Dec-14
2.05
3-Dec-14
2.03
4-Dec-14
2.01
5-Dec-14
2.01
6-Dec-14
2.01
7-Dec-14
2.01
8-Dec-14
1.98
9-Dec-14
1.98
10-Dec-14
1.94
11-Dec-14
1.94
12-Dec-14
1.92
13-Dec-14
1.92
14-Dec-14
1.92
15-Dec-14
1.90
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata Barisan Nasional mengumumkan bahawa harga RON95 bagi sesuatu bulan ditetapkan berdasarkan harga purata harga pasaran RON95 seperti yang ditetapkan oleh formula.
Menurutnya, bagi 15 hari pertama Disember 2014, harga purata ini (dikira berdasarkan harga pasaran harian seperti di atas) telah jatuh ke paras RM1.98 liter (tanpa subsidi).
"Jika subsidi 30 sen seliter dikembalikan seperti yang dituntut, harga RON95 bagi dua minggu pertama secara purata telah jatuh ke paras RM1.68 seliter," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, dalam keadaan harga minyak mentah terus jatuh mendadak minggu ini dan dijangka terus jatuh sepanjang 2015, harga pasaran harian bagi tempoh 16 Disember 2014 hingga 31 Disember 2014 juga akan lebih rendah dari RM1.90 seliter (merujuk kepada harga pada 15 Disember 2014).

Oleh yang demikian, beliau memberi amaran kepada Barisan Nasional supaya jangan berdolak dalih untuk segera menurunkan harga RON95 kepada RM1.90 serta merta.
Menurut beliau lagi, sekiranya harga RON95 yang diumumkan pada 31 Disember 2014 kelak adalah lebih tinggi dari RM1.90 seliter, ini bermakna Barisan Nasional terus memanipulasi harga RON95 dan diesel untuk mendapatkan keuntungan melalui cukai minyak secara tersembunyi.

Siapa sokong kenyataan Menteri terbaik umno ni...!!!!





Pahang perlu kurangkan kerugian dalam FGVH

KUANTAN: Adun Beserah, Andansura Rabu membuat beberapa cadangan bagi meningkatkan pendapatan dan menguruskan perbelanjaan negeri Pahang.

Ketika membahaskan bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Andansura berkata pendapatan boleh ditingkatkan dengan menarik pelabur-pelabur dalam dan luar negara ke negeri ini.

“Bagaimanapun kerajaan mestilah menyiapkan suasana yang kondusif kepada pelabur dengan prasarana lengkap dan baik. Selain bekalan air dinaik taraf, jalan raya yang baik dan selamat terutama jalan raya di sekitar Kuantan ke pelabuhan melalui Kawasan Industri Gebeng yang dianggap teruk pada masa ini.

“Selain itu sistem komunikasi dan jalur lebar yang stabil juga amat perlu bagi menarik pelabur di samping bekalan elektrik tanpa gangguan. Barulah boleh menarik mereka melabur di negeri ini,” katanya.

Andansura membuat cadangan demikian berdasarkan peningkatan pendapatan kerajaan yang terlalu kecil iaitu hanya RM6.58 juta dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pahang, kelmarin.

Untuk tujuan itu, Andansura menyebutkan kerajaan negeri perlu mengurangkan kerugian dalam pelaburan yang disertai seperti dalam Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

“Kerajaan Pahang memegang kepentingan lima peratus yang melibatkan pelaburan permulaan bernilai RM829 juta melalui pinjaman iaitu membeli RM4.55 bagi setiap unit saham. Tapi sekarang saham FGV jatuh di bawah RM2.40. Maknanya kerajaan sedang kerugian lebih RM300 juta.

“Jadi langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan kerugian ialah perlu ada rombakan pada portfolio pelaburan dan menilai semula. Maksudnya kerajaan negeri perlu ada tindakan supaya mengelakkan daripada kerugian yang berterusan.

Jangan hilang fokus selamatkan negara, kata ahli Parlimen PAS

Tanpa menyebut ianya isu hukum hudud, AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Gerakan Anti Perkauman (GAP), Datuk Dr Mujahid Yusof menggesa semua pihak agar jangan hilang fokus dan berusaha untuk menyelamatkan negara dengan segera. "Sejak akhir-akhir ini negara kita disogokkan dengan isu-isu yang mengalih perhatian daripada masalah sebenar yang membengkak dan menjejaskan kestabilan ekonomi negara.

 "Keadaan kewangan negara membimbangkan seluruh rakyat melibatkan isu pengapungan harga petrol, 1MDB dan kejatuhan nilai mata wang ringgit yang menjejaskan transaksi impot dan eksport negara serta tahap keberhutangan negara yang membimbangkan," kata Mujahid dalam satu kenyataannya ketika negara sedang kecoh dengan pendebatan isu hukum hudud yang hendak dilaksanakan di negeri Kelantan.

Ia ekoran sidang khas Dewan Undangan Negeri Kelantan yang akan diadakan 29 Disember ini yang bakal meminda Enakmen Jenayah Syariah II (Hukum Hudud) bagi membolehkan ianya dilaksanakan. Bagi Mujahid, semua pihak yang mahu melihat negara ini diselamatkan harus mengambil langkah berikut:

1. Jangan mengheret negara kepada masalah yang cuba mengalih perhatian daripada isu yang lebih utama dan kritikal.

2. Semua pemimpin politik dari pelbagai parti harus duduk berbincang tentang bagaimana hendak menyelamatkan keadaan kewangan negara yang akan melibatkan kesejahteraan rakyat.

3. Parti yang memerintah seharusnya bersedia untuk ambil langkah praktikal bagi membuka ruang pendemokrasian dan berhenti mengugut rakyat dengan isu perkauman dan agama sebagai menutup kelemahan dan kebobrokan mereka.

Syed Rosli anggap KJ 'perlekeh' suara akar umbi

Pemimpin Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail menganggap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin "memperlekeh" suara akar umbi apabila menyifatkannya (Syed Rosli) sebagai "suara paling rendah dalam hirarki Umno".

Ini ekoran seruan Syed Rosli dalam surat terbukanya yang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.

Syed Rosli (kanan) sebaliknya membidas ketua Pemuda Umno yang menurut beliau, sepatutnya menghormati suara "ahli bawahan yang memilihnya" dalam pemilihan parti tahun lalu.

"Saya setuju bahawa kenyataanya itu jelas memperlekeh (suara) akar umbi. Apabila musim pemilihan, Khairy cari siapa? Ahli akar umbi untuk mempertahankan jawatan.

"Beliau pergi ke bawah untuk mendapatkan undi (sokongan). Sepatutnya beliau mengucapkan terima kasih dan hormat hasrat ahli yang memberikan jawatan itu kepadanya.

"(Tetapi) ini satu penghinaan kepada ahli akar umbi yang bersuara," katanya yang pernah mencabar Khairy merebut jawatan ketua Pemuda Umno pada pemilihan lalu.

Semalam Khairy menyifatkan Syed Rosli sebagai "suara paling rendah dalam hirarki Umno" untuk mendesak Najib - dalam surat terbukanya - supaya berundur ekoran kelemahan gaya pentadbirannya.

Khairy turut dilaporkan meminta wartawan memetik kenyataan pemimpin yang berwibawa dan mempunyai kedudukan dalam Umno untuk sesuatu laporan dan pada masa yang sama kerajaan boleh memberi maklum balas, seperti tindakan pemimpin Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Syed Rosli yang juga ketua penerangan cawangan itu mendakwa, ramai pemimpin di peringkat bahagian dan akar umbi bersetuju kelemahan gaya pentadbiran Najib yang mewajarkan beliau berundur.

Bagaimanapun Syed Rosli mendakwa bahawa kebanyakan mereka "tidak berani" bersuara kerana bimbang akan kehilangan jawatan dan projek tertentu.

Najib vs Muhyiddin: Siapa yang menang akhirnya?

Oleh Subky Latiff 
 
Najib vs Muhyiddin: Siapa yang menang akhirnya?
PENULISAN ini adalah cubaan menziarahi kembali Perhimpunan Agung Umno (PAU) serta membaca politik Umno; khasnya tentang kepemimpinan Presiden dan Timbalannya, dalam cita-cita untuk mengemudi seterusnya perjuangan yang semakin getir seumpama sedang melalui lautan penuh gelora.
Ucapan yang kurang enak serta menghampiri ‘lucah’ seperti ‘membakar coli’ dan ‘minyak pelincir’ kurang sangat nilai ilmiahnya termasuk juga cakap-cakap macam ‘ustaz dan ustazah ekspres’ yang tebal dengan prejudis tidak wajar dilanjutkan. Cakap terbuang namanya.
Kalau boleh saya cadangkan kepada warga besar Umno kedua-dua pimpinan Wanita Umno ini wajar ditolak segera oleh Umno kalau Umno nak ‘survive’. Akan tetapi kalau mereka dikekalkan bahkan diangkat lebih tinggi lagi, bagus sangat untuk pembangkang di negara ini. Itu semua saya tak mahu campur. Ikut ‘pandai’ Umnolah.
Walau macam mana pun gegak-gempita ucapan perwakilan lain, di mana-mana perhimpunan parti politik di muka bumi ini, hanya ucapan orang nombor satu dan dua sahaja yang wajar diberikan tumpuan. Yang lain itu sekadar menambah rempah ratus, sesudu dua ajinamoto sahaja. Dengan kekangan ruang, maaf tidak wajar saya melanjutkan untuk memberi laluan kepada yang lain, walaupun ada dikatakan menarik.
Saya tumpukan dulu ucapan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sejak bermain peranan ‘second-fiddle’, peribadi ini memang diakui umum tidak pernah menyerlah.
Berucap atau tidak, tidak sangat jadi pertikaian ahli apatah lagi pihak awam atau media. Jarang-jarang mungkin kadang-kadang sangat yang menyerlah dan selalunya tidak dipeduli. Lazimnya hambar.
Tidak begitu dalam PAU yang baru ini. Berkebetulan saya berada di hadapan set TV ketika itu. Saya tonton dan dengari seluruh ucapan beliau. Bukan sahaja punya ‘wow faktornya’ tapi sangat berlainan dan berbisa.

Lebih penting bagi saya selaku penganalisis politik yang memimpin sebuah think-tank parti adalah untuk membaca semuanya dengan beberapa lapis bacaan. Saya mahu lanjutkan naratif dan pengamatan ini.
Tentangan Terbuka
Menyimpang sedikit, tentangan terhadap Presiden Umno bukan lagi satu rahsia. Ia telah menjadi satu ‘open-secret’ atau rahsia terbuka. Wujud ketidakselesaan terhadap dasar serta kecenderungan kepemimpinan Presiden parti.
Penentangan terhadap dasar-dasar ‘liberalisasi’ ekonomi dan kewangannya telah lama dinyatakan oleh ‘warlords’ parti yang sangat tebal doktrin ‘Kemelayuan’nya. Kesemua dasar ‘liberalisasi’ ini ditanggapi kelompok ini sebagai menggugat kepentingan Melayu.
Pun begitu ‘warlords’ beserta sebahagian besar ahli parti menyatakan tidak persetujuan mereka apabila Presiden Umno menamatkan undang-undang drakonian Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA dan Kanun Darurat peninggalan penjajah British.
Nah, apakah ini ‘backdrop’ politik yang melatari ucapan Timbalan Presiden Umno ini? Pastinya kalau perhitungan tentang janji Presiden mereka untuk memansuhkan satu lagi akta peninggalan penjajah yang sangat besar manfaat dan kegunaan untuk parti pemerintah di negara ini yakni Akta Hasutan 1948.

PAS bukan nak sangat jadi PM, kata Sallehin

Post Pic

SHAH ALAM: PAS tidak akan sesekali menunjukkan sikap tamak dalam menentukan calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehin Mukhyi berkata demikian mengulas gesaan DAP agar parti komponen gagasan itu menyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon jawatan tersebut.
"Saya yakin bahawa PAS bukan nak sangat menjadi PM, sebagaimana kita ambil semangat di Selangor.
"Walaupun Tuanku Sultan Selangor mengatakan boleh sahaja melantik MB dari PAS, tetapi kita tidak akan terkinja-kinja menjadi MB dalam konteks kita sedar kita berada di dalam PR, walaupun wujud kenyataan sinis dilemparkan kepada PAS Selangor," katanya ketika ditemubual secara khas bersama Antarapos.
DAP, menerusi setiausaha agungnya Lim Guan Eng mengulangi pendirian parti itu menyokong Anwar sebagai perdana menteri jika pembangkang menang pada pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada 2018.
Ini bukan kali pertama DAP menolak calon lain selain PKR.
Pernah Lim menyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sesuai memegang jawatan nombor satu negara itu kerana bertentangan dengan persetujuan PR.

Ex-mufti says Hitler was spot on about US

Mohd Asri says video on Hitler’s speech shows US misled the people about the Nazi dictator and distorted facts about him during the WW2.

asri zainul_hitler_300PETALING JAYA: Former Perlis mufti Mohd Asri Zainul Abidin has said that notorious Jew-hater and Nazi dictator Adolf Hitler knew the United States well judging from the contents of his speech in December 1941 when the German Reich officially declared war on the USA.
In a Facebook posting, Mohd Asri said, “however from what Hitler says in his speech, it shows much is still evident in the US we see today…”
His posting was accompanied by a 26:13 minute video that featured Hitler speaking to his people, complete with subtitles where the dictator slams  US President Franklin D Roosevelt for making a “contemptible” speech in which he deliberately incited hatred for Germany among the American public.
Much of Hitler’s speech in the video dwells on America bashing, with accusations that the US president was intent on creating conflict in various parts of the world and interfering in the domestic affairs of Europe, which Hitler insisted Roosevelt knew nothing about.
In referring to this particular video, Mohd Asri accused the US of heavily distorting the history surrounding Hitler, saying there was still too much ambiguity and no real factual evidence they could present.
“A lot of the history surrounding Hitler has been heavily distorted… there is too much ambiguity as to what the real facts are…”, Mohd Asri posted, referring to the US’ heavy handedness in matters of international politics.

NEW LEADER SOON FOR M'SIA: Najib braces for his day of reckoning

Does PM Najib Razak really love Umno and the country?’
NEW LEADER SOON FOR M'SIA: Najib braces for his day of reckoningHang Jebat: It really looks like the writing is on the wall for PM Najib Abdul Razak. If he really loves all Malaysians, irrespective of beliefs and creeds, he should emulate Mikhail Gorbachev of Soviet Union.
Najib should remove Malay supremacy and be hailed as a citizen of the world. With falling oil prices, backlash from retention of the Sedition Act and rebellious members from within, just kill them all.
You will never be forgotten, Najib. The world has changed. Change or be swept aside.
Jibtuya C4: It's such a dilemma, on one hand Malaysians generally want Najib to stay on, because this will definitely mean the death of Umno very soon, but on the other hand, if Najib stay on too long, with the death of Umno, it might also mean it's too late to save Malaysia as a whole, because the whole country could be bankrupt by then.
Jamal Jaz: Former PM Dr Mahathir Mohamad, just stop it. Your time has long passed. Batu Kawan Umno division deputy chief Khairuddin Abu Hassan, what is your problem?
Information chief for Pusat Bandar Taman Chempaka Umno branch Syed Rosli Jamalullail, with that kind of attitude you will not be able to gain the support from anyone beside yourself.
This is not the time for Najib to quit.

Pemerhati: If Najib is considered as evil by 51 percent of the electorate, then his replacement, which seems to have been planned and engineered by the extremely autocratic, corrupt and kleptocratic Mahathir, would be a greater evil.
Could a desperate Najib do the unthinkable and do some sort of deal with Opposition Leader Anwar Ibrahim to thwart Mahathir?
Fair Play: Poetic justice or what goes around comes around or both? Also the law of the jungle works this way - only the fittest will survive and can best be exemplified by this.
When the mighty beast is greatly weakened, the other hunters such as the lion, hyena, vulture, jackal and even the timid mouse would be waiting in that order for a piece of the action.
Who knows, maybe even the official driver of the PM might join in the fray. But I wouldn't be surprised if the PM has the final say or the last laugh.
Forgotten Hero: Well, one thing's for sure, the 1Malaysia concept is a very motivational, spirit-raising motto for our country. Through that, I can see that Najib is really dedicated in his work.
Plus, since he has all the experience of what has been going on all these years, I believe that he probably has thousands of ideas on how to improve Malaysia.
The conclusion, good or bad, he is still our elected Malaysia PM. Nobody is perfect in everything.
Man on the Street: The day Najib took over the Umno leadership and PM’s post, the presence of negative liberty was much stronger than positive liberty. Now, the negative liberty is so gigantic around his leadership and he is being drowned by it.

Pelampau ‘menang’ kerana orang baik berdiam diri


GBM


KUALA LUMPUR, 18 DIS: Sejarah membuktikan kelompok pelampau ‘memenangi’ wacana umum bukan kerana mendapat sokongan ramai, sebaliknya kerana majoriti orang ramai yang baik dan sederhana mendiamkan diri, kata kumpulan NGO Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).
GBM dalam kenyataannya menyokong penuh surat terbuka sekumpulan 25 profesional, bekas pegawai tinggi dan ahli akademik yang menggesa kerajaan mengadakan wacana awam dan kedudukan undang-undang Islam dalam kerangka demokrasi berparlimen.
“Terdapat keperluan sebenar perundingan melibatkan pakar-pakar pelbagai bidang, termasuk undang-undang Islam dan Perlembagaan selain mereka yang terkesan oleh penguatkuasaanya
“Rundingan bersama pakar dan pihak berkepentingan untuk perkara berkaitan proses undang-undang undang-undang perlu dilaksana dalam suasana jernih dan saling menghormati,” kenyataan GBM dipetik.
Kenyataan bersama itu ditandatangani bersama antaranya oleh Pertubhan Ikram Malaysia (IKRAM). Progresif India Malaysia (MIPAS), Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan dan Yayasan Usman Awang.

Pas kesal program langgar syarak berleluasa

ALOR SETAR - Dewan Ulama Pas Kedah kesal dengan penganjuran Miss Tourism International: Show Extravaganza kerana menyalahi hukum syarak selain melanggar ketetapan fatwa.

Setiausahanya, Ahmad Yahaya berkata, acara seperti itu tidak mewakili budaya, identiti dan simbol masyarakat di negara ini, malah tidak membawa keuntungan dalam aspek ekonomi secara nyata mahu pun sektor pelancongan tempatan.

“Program seumpama itu juga tidak memanfaatkan banyak pihak melainkan mereka yang berkepentingan. Perlukah acara itu diadakan di Langkawi khususnya Malaysia? Sedangkan kita membawa imej ketimuran dan anjurkan pelbagai acara tahunan bertaraf dunia seperti musabaqah al-Quran hingga meletakkan negara ini julukan negara Islam contoh,” katanya.

Menurutnya, Dewan Ulama Pas Kedah menolak sebarang penganjuran program seumpama itu di Kedah, yang mencampuradukkan aktiviti maaruf dan mungkar.

“Adakah perkara ini dirujuk kepada Jabatan Mufti terlebih dahulu. Kita tidak mahu usaha menjadikan Langkawi Permata Kedah sebagai pulau pelancongan Islamik dan dibatasi unsur maksiat bawah pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak, kini dicemari semula dengan imej-imej demikian,” katanya.

Pelajar UM hantar surat rayuan

Semua pelajar Universiti Malaya (UM) yang dikenakan tindakan disiplin kerana menganjurkan satu forum melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini akan menghantar surat rayuan kepada pihak universiti menuntut hukuman itu digugurkan.

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Mohd Ammar Atan berkata, persatuan itu berharap intipati rayuan itu dapat dipenuhi untuk berikan keadilan buat kumpulan pelajar itu yang dikenali sebagai UM8 terutama yang telah digantung pengajian serta-merta.

"Selepas kegagalan mencapai kata putus bersama (pengurusan UM) pada Isnin lalu agar pertuduhan dan hukuman kepada UM8 digugurkan segera, PMUM sekali lagi tampil bersolidariti bersama UM8.

"Jika di dalam pertemuan saya bersama Naib Canselor, beliau seringkali membangkitkan berkaitan prosedur, maka kami cukup berharap dengan lunas prosedur yang mereka ikuti ini dapat memberikan keadilan buat mereka," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Benarkah Nabi S.A.W Pernah Tak Makan Seminggu? - Ustaz Azhar Idrus

Fahami Betul-betul Kiraan Hari Musafir - Ustaz Azhar Idrus

Muslimah Masih 'Single' Sukar Dapat Jodoh - Ustaz Azhar Idrus

Beza Haidh & Istihadah - Ustaz Azhar Idrus

Adakah Bawah Dagu Dikira Aurat Bagi Wanita? - Ustaz Azhar Idrus

Panda RM25 Juta - Ustaz Azhar Idrus

Bolehkah Makan Garam Laut Mati? - Ustaz Azhar Idrus

Berdosakah Guna Kucing Bunuh Katak Pisang? - Ustaz Azhar Idrus

Isteri Pantang Ditegur - Ustaz Azhar Idrus

Sang Menantu Terlupakah Mertuanya Pernah Berkata DAP Berhak Tolak Hudud?

PAS cabar Guan Eng dialog, jelaskan sebab tolak hudud

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Zaharudin Muhammad hari ini mencabar Lim Guan Eng berdialog dengannya berhubung isu hudud, merujuk kenyataan yang dibuat setiausaha agung DAP itu meminta Pakatan Rakyat (PR) memberi jaminan hudud tidak akan dilaksanakan sekiranya ia mengambil alih pemerintahan negara.

Zaharudin yang juga menantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dialog itu bagi memberi peluang kepada Lim menerangkan kenapa beliau menolak hudud dan kepada PAS menjelaskan keadilan sistem Islam kepada rakyat.

"PAS membawa politik Islam, politik damai dan politik dialog. Maka dengan sebab itu saya menyeru YAB (Yang Amat Berhormat) berdialog di depan masyarakat khususnya bukan Islam.

"Saya tidak kisah jika dalam dialog nanti YAB dengan jelas dan lantang menyatakan tidak bersetuju dengan alternatif yang PAS bawa, tetapi yang saya dan rakyat perlukan ialah fakta di sebalik penolakan lantang YAB," katanya dalam satu surat terbuka kepada Lim hari ini.

Surat itu, bertajuk “Cabaran dialog dengan Lim Guan Eng” diletakkan di status Facebooknya petang semalam.

'Professors' Council a tool for Umno-BN': People call them Professor KANGKUNG - Fahmi

Former Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) president Fahmi Zainol has told the National Professors Council (MPN) to advise the UM management instead of criticising students.
He also questioned the standing of MPN, which has been seen as a “tool for Umno and BN”.
“Everybody knows that MPN is only a tool for Umno and BN. They have become so bad that people are calling them ‘Professor Kangkung’,” Fahmi told Malaysiakini yesterday.
He said the ‘Occupy UM’ protest was done to voice the discontent of the students towards the punishment meted out by the university management on eight of the UM students.
“The allegation made by MPN is very shallow.‘Occupy UM’ was not done to duplicate the actions and attitude of the opposition.
“If there is something that is not right, it (UM management) has to be questioned. That is what was done by the students in ‘Occupy UM’,” Fahmi said.

He also said MPN members should look to improve themselves before coming out with statements that do not represent them as professors.
Fahmi added that the student activists had no choice but to go ahead with the protest as the management did not want to listen to them.
“The (management) body holds on to crazy principles and is not willing to listen and accept advice or criticisms to improve themselves. We have no other option but to go ahead with ‘Occupy UM’ to make ourselves be heard.
“It must be remembered that an academic institution must have a balanced system,” Fahmi added.
Last Sunday, National Professors' Council head of the political cluster and Universiti Utara Malaysia vice-chancellor Mustafa Ishak (right) said in a statement that the act of students protesting was derived from the actions of the opposition parties in Malaysia.
The ‘Occupy UM’ protest gathered support from prominent opposition politicians, including like DAP parliamentary leader Lim Kit Siang, PKR vice-president Rafizi Ramli and PAS central committee member Khalid Samad, who visited the students as a sign of solidarity.

RCI Sabah: Zahid hilang hak jadi pengerusi bersama

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak layak untuk menjadi pengerusi bersama Jawatankuasa Tetap seperti disyorkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, ini kerana Zahid menyatakan bahawa ‘projek IC’ yang menjadi punca masalah 40 tahun di negeri itu tidak wujud.
Katanya, bagaimana Zahid boleh menjadi pengerusi bersama jawatankuasa tetap untuk bertindak terhadap dapatan RCI Sabah, padahal beliau bersikap berat sebelah dan menolak penemuan RCI paling penting mengenai ‘Projek IC’.
Lim dalam satu kenyataan berkata, dengan menegaskan ‘Projek IC’ tidak pernah wujud, Zahid menolak dapatan RCI Sabah dalam hal salah satu terma rujukannya yang paling penting.
Beliau mendedahkan bukti ‘Projek IC’ itu jelas dalam kandungan laporan tersebut, antaranya kenyataan Kee Dulkifli Kee Abdul Jalil seorang kerani pendaftaran yang bekerja dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kota Kinabali pada tahun1994.
Difahamkan sekitar 40,000 kad pengenalan diproses dan ditandatangani empat orang pegawai dalam masa satu bulan, dan dilamina sebelum dibawa pulang ke Sabah untuk diambil pemegang yang sepatutnya.

PMUM sekali lagi bersolidariti bersama UM8

KUALA LUMPUR: Selepas kegagalan mencapai kata putus bersama Naib Canselor dan TNC HEP pada Isnin yang lalu agar pertuduhan dan hukuman kepada UM8 digugurkan segera, Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) sekali lagi tampil bersolidariti bersama UM8.

"Kami dimaklumkan hari esok kesemua mangsa UM8 akan pergi menghantar surat rayuan kepada Naib Canselor menuntut agar hukuman itu digugurkan dengan segera," ujar Presiden PMUM, Mohd Ammar Atan.

Katanya, PMUM berharap agar intipati rayuan tersebut dapat dipenuhi agar memberikan keadilan buat kesemua mangsa UM8 terutama yang telah digantung pengajian serta-merta.

"Jika di dalam pertemuan saya bersama Naib Canselor beliau sering kali membangkitkan berkaitan prosedur, maka kami cukup berharap dengan lunas prosedur yang mereka ikuti ini dapat memberikan keadilan buat mereka," ujarnya lagi.

Menurutnya, umum mengetahui keputusan yang telah dijatuhkan tersebut langsung tidak adil dan tidak perikemanusian.

"Rakan-rakan kami yang telah mengikuti pengajian selama 13 minggu dan hanya berbaki 1 minggu sahaja untuk menghabiskan pengajian semester ini tidak dapat dilakukan selepas hukuman tersebut berkuatkuasa serta-merta pada semester ini," katanya lagi.