Rabu, 17 Disember 2014

Undurlah PM jika sayang BN, kata Syed Rosli


Suara tidak berpuas hati terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, sehingga sokongan Melayu pada Umno melemah, mencetuskan hasrat akar umbi parti itu mendesak beliau berundur.

Ketua Penerangan Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail berkata, anggota cawangan itu menganggap Najib "liabitliti teramat besar" kepada BN, selain kelemahan sokongan Cina dan India.

Calon ketua Pemuda Umno pada pemilihan lalu itu berkata akar umbi merasakan khidmat Najib "tidak diperlukan" dan "lebih baik berundur secara terhormat" sebelum pilihan raya umum ke-14 demi memberi nafas baru kepada Umno.

"Jikalau Datuk Seri betul-betul sayangkan Umno dan BN maka jalan yang terbaik Datuk Seri berundurlah," katanya Syed Rosli dalam surat terbukanya kepada presiden Umno itu.

"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang teramat kepada Datuk Seri yang telah juga banyak berjasa kepada kami namun disebabkan liabiliti yang teramat besar dan kuat untuk kami tanggung maka jalan yang terbaik Datuk Seri berundur," katanya lagi.

Bagaimanapun Syed Rosli yang juga penolong setiausaha Pemuda cawangan enggan menjelaskan lebih terperinci desakannya itu kerana bimbang disaman oleh Najib.

G25: Rahim Din buat pusingan-U, kembali bersama 25 tokoh Melayu

Tidak sampai 24 jam selepas mengumumkan penarikan dirinya dari menjadi sebahagian daripada 25 tokoh Melayu yang menyeru dialog rasional tentang Islam, Tan Sri Abdul Rahim Din menyertai semula kumpulan itu. Dalam satu emel kepada The Malaysian Insider, jurucakap kumpulan itu, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri itu membatalkan keputusannya menarik diri.
 "Ini mesej beliau kepada media: 'Saya sudah kembali. Saya ambil cuti sabatikal sekejap sahaja. Percayalah, saya terkemuka, seperti selalu – terima kasih atas komen yang diberi, buruk atau baik'," katanya di dalam emel itu.
 Apabila dihubungi, bekas duta Malaysia ke Belanda itu berkata Rahim menghantar emel kepada kumpulan itu, memohon maaf atas tindakannya dan menjelaskan yang beliau tersilap faham tentang niat mereka.
"Dia sangkakan kumpulan ini sudah menyimpang dari objektif sebenar. Ia hanya satu salah faham kecil yang boleh diselesaikan dengan mudah," katanya sambil menambah beliau gembira semuanya akhirnya berkesudahan dengan baik. Rahim, salah seorang 25 pesara pegawai tinggi kerajaan yang menandatangani surat terbuka yang disiarkan pada 8 Disember itu, semalam mengumumkan keluar dari kumpulan itu kerana mendakwa ia tersasar dari objektif asal.
Menantunya Azmi Arshad berkata menerusi laman Facebooknya, Rahim bimbang keadaan kelihatan "di luar kawalan" kerana beliau pada asalnya hanya bersetuju menyatakan sokongan kepada satu surat yang akan dihantar kepada perdana menteri meminta satu panel pakar dilantik. Panel itu disarankan menyelesaikan sebarang konflik antara undang-undang Islam dan sivil, dan Perlembagaan Persekutuan, melalui satu forum tertutup, dan bukan secara terbuka.

Reuters Pictures of the Year 2014

The Taliban in Pakistan's terror legacy

A look at Taliban group responsible for shooting Malala.

Inside Pakistan school attacked by Taliban

Stories from the Intifada (Part 2)

Stories From the Intifada (Part 1)

Peringatan ayahanda penting bagi menjamin mutu akademik universiti - Sultan Perak

KUALA LUMPUR: Tuanku Canselor Universiti Malaya (UM) DYMM Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah bertitah pada Rabu kepentingan mengenai memastikan universiti memiliki autonomi pengurusan akademik seperti yang ditegaskan ayahandanya pada Istiadat Konvokesyen UM 1987.

Sultan Nazrin memetik titah ayahandanya DYMM Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-Maghfur-lah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah yang dizahirkan pada 27 tahun lalu yang menyeru pemimpin-pemimpin politik dan orang kenamaan lain di dalam masyarakat supaya tidak mencuba mengarah atau mempengaruhi ataupun melobi pihak universiti dalam hal ehwal akademik.

“Dari segi sejarah, kita boleh perhatikan di negeri-negeri di mana pihak luar cuba campur tangan dalam pengurusan akademik sesebuah universiti, maka mutu akademiknya telah merosot dan sukar diperbaiki bukan sahaja di dunia ketiga tetapi di negeri yang telah maju,” Sultan Nazrin memetik titah ayahandanya yang bertarikh 1 Ogos 1987.

Baginda Sultan Nazrin Shah bertitah demikian di Majlis Memperingati Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-Maghfur-lah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah pada Rabu di Dewan Tunku Canselor UM.

Majlis tersebut diadakan untuk menzahirkan penghargaan dan ingatan warga UM kepada Almarhum Sultan Azlan yang telah memberi naungan pimpinan kepada universiti itu selama 28 tahun.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah,
D.Y.M.M Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah melawat pameran di Majlis Memperingati Almarhum D.Y.M.M Sultan Azlan Shah di Dewan Tuanku Canselor UM

HIGH & MIGHTY ROSMAH? PKR's Siti Aishah dares PM's wife to DEBATE Permata's huge budge


HIGH & MIGHTY ROSMAH? PKR's Siti Aishah dares PM's wife to DEBATE Permata's huge budget
Srikandi Keadilan Malaysia (Keadilan Young Women’s Wing) condemn the shameless abuse of the Sedition Act 1948 and other oppressive laws silence the voice of dissidents and Prime Minister Dato Seri Najib Tun Razak’s political adversaries.
In these two weeks, despite Najib’s promise to ensure that the Sedition Act will be used fairly, we are certain that it is another false promise.
Firstly we recall the investigation of the Taman Medan Assemblywoman, Haniza Talha. She was investigated under the Sedition Act for merely questioning the large amount of budget allocation for the early childhood education programme, Pusat Anak PERMATA Negara (PERMATA) headed by Prime Minister Dato Seri Najib Tun Razak’s wife Datin Seri Rosmah Mansor .
Once more, we were greeted by the unfortunate news that another one of our own, Srikandi Keadilan Malaysia Chief Pn Siti Aishah binti Shaik Ismail was also brought under the sedition dragnet. Similarly, she was put under investigation for comments made in regards to the PERMATA Project, despite the fact that the comments were in relation to the spending of public funds, which is in line with her duties as a leader of the opposition party.
Siti Aishah was questioned by the police this morning at the PJ station. She has challenged Rosmah to a debate on PERMATA and the effectiveness of its programs.

Siti Aishah with her lawyer

Jimah timur: Batalkan 1MDB, buat bidaan baharu

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) meminta kerajaan untuk melaksanakan bidaan baharu bagi projek Loji Janakuasa Pantai Timur Jimah yang sebelum ini dianugerahkan kepada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) menerusi satu bidaan terbuka yang kontroversi.
Desakan itu timbul selepas 1MDB memohon untuk melanjutkan tempoh menyiapkan dua unit loji janakuasa arang batu 2,000 megawat baru-baru ini.
Presiden AWER, S. Piarapakaran berkata, permohonan pelanjutan tempoh yang dilakukan tidak sampai setahun selepas projek tersebut dianugerahkan kepada 1MDB menunjukkan ketidakberkesanan firma berkenaan.
"Apa yang tidak kena? Apabila sesuatu projek tersebut telah diberikan maknanya pemenang bidaan mempunyai tanggungjawab untuk menyiapkan projek dalam masa yang telah ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah beliau, projek Jimah Timur yang berharga RM11 bilion masih berada di peringkat awal.
Sekiranya kerajaan membatalkan penganugerahan kepada 1MDB, kerajaan boleh mengadakan bidaan baharu dalam mencari pihak yang lebih berkeupayaan menjayakan projek yang sebelum ini dinamakan Projek 3B.
Katanya, pembinaan loji janakuasa arang batu bakal mengambil masa selama empat tahun manakala loji janakuasa kombinasi turbin pusingan gas (CCGT) hanya mengambil masa 32 bulan sehingga 36 bulan sahaja.
"Bidaan baharu sepatutnya dilakukan untuk membina CCGT dan bukannya loji janakuasa arang batu bagi mengelakkan gangguan bekalan elektrik pada 2018 dan 2019.

'UM8' akan mohon semakan kehakiman

Bantahan “Occupy UM” yang berlangsung sejak 10 Disember lalu berakhir semalam selepas enam hari berkhemah di luar pintu masuk kampus utama Universiti Malaya (UM) di Kuala Lumpur.

Jurucakapnya, Safwan Shamsudin (kanan) berkata, usaha itu bagaimanapun tidak terhenti setakat itu sahaja kerana akan mengemukakan tuntutan berhubung tindakan UM ke atas lapan siswa terbabit ke mahkamah.

Katanya, mereka akan memohon semakan kehakiman ke atas peruntukan undang-undang yang dikenakan ke atas mereka oleh UM.

“Kita mahu buat semakan kehakiman untuk menentukan kesahan kaedah dan (peruntukan) AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti), yang bercanggah dengan hak bersuara dan berkumpul

“(Ini) supaya mahkamah boleh mengakui AUKU ini bercanggah dengan hak bersuara tersebut.

"Kami (ingin) lawan supaya generasi akan datang tidak dikenakan tindakan yang sama seperti kami,” kata pengerusi Pro-Mahasiswa Universiti Malaya itu.

Katanya, mereka tiada jalan lain selepas pertemuan “Occupy UM” dengan Naib Canselor UM, Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin pada hari Isnin lalu tidak membuahkan hasil.

Rakyat jangan panik ringgit jatuh, kata timbalan menteri

Orang ramai dinasihatkan tidak panik berikutan kejatuhan nilai ringgit yang boleh menyebabkan krisis ekonomi dalam jangka masa panjang, memandangkan Putrajaya sedang bersedia dengan langkah menanganinya yang akan diumumkan perdana menteri.
 Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri berkata ini bukan pertama kali negara menghadapi krisis seumpama itu, sambil menambah yang asas ekonomi Malaysia masih kukuh ketika ini berdasarkan trend pelaburan dan imbangan bayaran. "Rakyat tidak perlu risau atau panik kalau keadaan tidak dapat dikawal, dengan membeli barangan secara pukal, atau akan terjadi suasana kekurangan barangan
 "Ini akan menjejaskan usaha kerajaan dalam merangka langkah tertentu mengukuhkan ekonomi. Kita bukan kali pertama dalam keadaan ini. Kita ada pengalaman. Situasinya mungkin berbeza, tetapi saya yakin kerajaan boleh buat sesuatu," katanya. Pada 4 Disember, Berita Harian Singapura melaporkan, ringgit Malaysia jatuh paling teruk dalam tempoh 10 bulan lalu berbanding dolar Singapura.
Berita Harian Brunei juga membuat laporan yang sama apabila kadar ringgit jatuh kepada RM2.63 untuk sedolar Brunei berbanding RM2.57 minggu sebelumnya. Kedua-dua media negara jiran itu melaporkan, ia berpunca daripada kejatuhan harga minyak di pasaran dunia dengan Berita Harian Singapura menyifatkan keadaan itu sebagai yang paling teruk sejak krisis kewangan Asia 1997.

Ekonomi negara makin tenat, Najib digesa segera bertindak

JOHOR BAHRU, 17 DIS: DAP mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya segera mengadakan sidang tergempar Parlimen pertengahan atau akhir Januari tahun depan untuk menangani kemelut ekonomi negara.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, mesyuarat tergempar perlu diadakan secepat mungkin dan bukannya menunggu sehingga 9 Mac seperti yang dijadualkan.
“Najib perlu mengumumkan krisis ekonomi negara untuk menyatukan semua rakyat supaya dapat memberi tumpuan kepada pelbagai cabaran ekonomi yang dihadapi negara.
“Malaysia dianggap titik lemah Asia Tenggara berikutan beberapa kejatuhan pasaran matawang asing dan ekuiti, serentak dengan kejatuhan nilai komoditi dunia, termasuk minyak mentah dan lain-lain,” katanya ketika berucap dalam forum 1MDB di Gelang Patah, semalam.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu juga memohon Najib untuk membentuk Majlis Menyelamatkan Ekonomi Nasional dari kedua-dua belah pihak, BN dan Pakatan Rakyat.
“Majlis Menyelamatkan Ekonomi Nasional bi-partisan antara PR dan BN harus dipertanggungjawabkan untuk membentangkan kepada sidang tergempar tersebut kerangka untuk menyatukan semua rakyat Malaysia bagi berhadapan krisis ekonomi yang bakal melanda negara.
“Parti-parti Pakatan Rakyat dan pimpinannya bersedia untuk memberi respon positif dalam keadaan kecemasan nasional dan bekerjasama dengan Perdana Menteri dan juga kerajaan Umno-BN demi kepentingan negara, melangkaui kepentingan parti dan individu,”  ujarnya.

Mansuhkan JKKK, ia pertubuhan haram kata sakmongkol

Pengalaman saya dengan JKKK ini sejak saya dalam UMNO lagi. Apakah kedudukan JKKK dari sudut undang-undang? Ia bukan pertubuhan yang berdaftar dengan ROS. Ia bukan parti politik.

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang berfungsi sebagai unit asas dan terkecil perlu dimansuhkan kerana ia merupakan pertubuhan haram.
Datuk-Mohd-Ariff-Sabri-Abdul-AzizAhli Parlimen Raub dari DAP, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz mendakwa ia bukan pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) serta tidak mempunyai kuasa eksekutif dan membuat dasar-dasar.
Beliau mendakwa: ”Pengalaman saya dengan JKKK ini sejak saya dalam UMNO lagi. Apakah kedudukan JKKK dari sudut undang-undang? Ia bukan pertubuhan yang berdaftar dengan ROS. Ia bukan parti politik.”
”JKKK hanya sebuah pertubuhan yang diujudkan secara sampingan oleh pejabat daerah untuk membantu pejabat daerah menyampaikan kemajuan kepada rakyat. Ia merupakan saluran menerima dan menyampai maklumat. Itu sahaja,” tulisnya dalam entri terbaru sakmongkol.blogspot.com.
Menurut bekas ADUN Pulau Manis itu, Pengerusi JKKK atau Ketua Kampung dikuasai oleh orang UMNO yang terdiri daripada kalangan yang rendah taraf sosial seperti tukang kebun sekolah, bekas jaga bank, pesara penjawat awam, malah kaki buli kampung.
Mohd Ariff mendakwa, semasa berada dalam UMNO dulu beliau pernah mencadangkan agar JKKK dimansuhkan kerana sering berlaku kekecohan semasa pemilihan Ketua Kampung.
Beliau menambah, Ketua Kampung merupakan jawatan tanpa autoriti kerana tidak berdaftar dengan ROS dan bersifat sampingan serta ”Melarang orang bergerak sana sini bererti melanggar hak asasi warga negara.”

Siapa PERKASA hendak halang Najib? – Nazri Aziz

PERKASA harus mencerminkan diri mereka terlebih dahulu sebelum menasihati orang yang sudah lama memerintah negara, kalau tidak ada cermin saya boleh beri
nazriabdazizKUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini menyelar tindakan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak supaya mengurangkan lawatan kerjanya ke luar negara.
“Saya nak tanya siapa PERKASA hendak beri nasihat kepada Perdana Menteri?,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan “Pameran Khazanah Dari Istana Musim Panas” di Muzium Negara.
Katanya, Najib merupakan seorang ahli politik yang sudah lama menjadi calon pilihan rakyat setiap kali beliau bertanding, sudah tentu apa yang dilakukannya adalah untuk kepentingan rakyat Malaysia.
Beliau menegaskan, PERKASA seharusnya melihat diri mereka terlebih dahulu sebelum menasihati orang lain terutamanya Perdana Menteri.
“Tengok dulu siapa mereka, saya rasa mereka tidak layak untuk memberi nasihat kepada Perdana Menteri. Saya juga rasa PERKASA ini cemburu tengok Najib keluar negera,” katanya.
Nazri menjelaskan bahawa Najib ke luar negara bukan untuk bercuti semata-mata, sebaliknya Perdana Menteri bekerja untuk rakyat.

Kadir Jasin kata Ibrahim Ali lebih popular dari Menteri, wakil rakyat

Dia (Ibrahim) bukan ada kuasa. Dia pun bukan orang kaya. Dia tak bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia.
ibrahim ali_perkasa_umno_300PETALING JAYA: Orang ramai memberi perhatian dan peduli kepada Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali kerana mereka hilang kepercayaan terhadap menteri dan wakil rakyat, kata wartawan veteran, Datuk Abdul Kadir Jasin.
Malah menurut beliau, ramai yang mengutuk bekas Timbalan Menteri yang lebih mesra dipanggil Tok Him, termasuk orang Melayu dan Cina yang menabur benci terhadapnya.
Secara berseloka katanya, “Dia (Ibrahim) bukan ada kuasa. Dia pun bukan orang kaya. Dia tak bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia. Tapi orang totok serta profesor, berduyun-duyun ikut dia”.
Tulisan terbaru bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Strait Times dalam entri terbaru kadirjasin.blogspot.com merupakan satu sindiran terhadap para menteri dan wakil rakyat yang sepatutnya lebih mudah mendapat penyokong dan pengikut.
Beliau berkata , Presiden PERKASA itu tidak menggunakan wang satu sen untuk menarik berpuluh ribu orang Melayu supaya menjadi pengikut beliau, dan menambah, ”Ramai juga tidak mampu menjawab hujah Ibrahim sebab tidak berapa mengerti.”

Pilih kecundang atau menangi undi Melayu?


Analisis sokongan pengundi berdasarkan etnik tidak dapat dielakkan dalam konteks pilihan raya di Malaysia kerana pembentukan parti yang bertanding juga lebih berasaskan kepada etnik.
Data-data pilihan raya umum (PRU) ke-13 melibatkan tahap sokongan Melayu terhadap BN dan Pakatan Rakyat perlu dilihat dengan penuh prihatin khususnya oleh ahli-ahli PAS.
Hal ini kerana dalam konteks agihan kerusi di kalangan Paktan, rata-rata PAS bertanding di kerusi Melayu berhadapan dengan Umno khususnya di peringkat parlimen. Justeru, undi teras bagi PAS ialah pengundi Melayu.
Apabila DAP dan PKR yang secara umumnya bertanding di kerusi pengundi cina atau pengundi campuran berjaya mendapatkan maksima kemenangan di kerusi tersebut sedang PAS gagal memenangi kerusi Melayu, maka kuasa tawar menawar politik pasca PRU ke-14 tidak berada di tangan PAS.
Malah tidak pelik jika di saat itu rundingan pembentukan kerajaan hanyalah antara Umno mewakili kerusi Melayu dan DAP serta PKR mewakili kuasa politik Cina dan campuran. Dalam politik semuanya serba mungkin.
Cabaran PAS menang kerusi Melayu
Dalam PRU ke-13 lalu, daripada sebanyak 222 kerusi parlimen secara umumnya, terdapat 119 kerusi majoriti Melayu, 29 kerusi majoriti Cina, 36 kerusi campuran dan 38 kerusi Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Pakatan sangat kuat menyapu bersih 29 kerusi Cina dan 23 kerusi campuran namun lemah dengan hanya mendapat 36 kerusi Melayu dan satu kerusi Bumiputera Sabah dan Sarawak menjadikan semuanya 89 kerusi.
BN pula gagal memenangi walau satu pun kerusi Cina, hanya mendapat 13 kerusi campuran tetapi gagah dengan mendapat 83 kerusi Melayu dan 37 kerusi Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Ertinya cabaran besar Pakatan yang perlu ditanggung oleh PAS khususnya ialah memenangi 83 kerusi Melayu.
Manakala cabaran bagi DAP dan PKR ialah memenangi 37 kerusi Sabah dan Sarawak. Adapun di Semenanjung mereka hanya perlu bekerja keras merebut 13 lagi kerusi campuran.
Dengan andaian Pakatan mengekalkan semua 89 kerusi sekarang, Pakatan hanya memerlukan antara 23 hingga 30 kerusi untuk memerintah Malaysia atau berada pada kedudukan selesa.
Dengan andaian kerusi itu boleh diperolehi daripada 13 kerusi campuran milik BN hari ini dan lagi 10 hingga 17 lagi dari Sabah dan Sarawak maka Pakatan sebenarnya seolah tidak memerlukan sangat pertambahan kerusi Melayu menerusi PAS dan PKR.
PRU-13: Tahap sokongan Melayu pada Pakatan

22 Melayu muda tampil sokong 'Melayu 25'

Selepas 93 NGO menyatakan sokongan kepada 25 tokoh Melayu ternama, kini 22 aktivis muda Muslim pula tampil memberikan sokongan.

Dukungan itu dinyatakan melalui kenyataan media bersama, yang antaranya membariskan bintang muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud (bawah), bekas calon PKR di Alor Setar Eekmal Ahmad dan aktivis Ahmad Fuad Rahmat.

Dalam kenyataan itu, mereka menyeru supaya orang Islam yang menyokong prinsip demokratik dan kesederhanaan supaya “memelihara maruah agama” daripada dicemari golongan yang mahu menjadikan hukum-hakam agama sebagai paksaan.

Mereka menegaskan, dialog terbuka satu-satunya jalan penyelesaian masa kini bagi mengelak berlakunya fitnah terhadap Islam.

"Kegagalan kita untuk bersuara hanya membuka ruang kepada golongan yang mentafsirkan agama secara sempit dan akhirnya akan membawa aib tidak tertanggung oleh semua penganut Islam," kata kenyataan itu.

Kumpulan 22 orang itu juga menegaskan bahawa Islam meraikan kepelbagaian pandangan dan jika pandangan agama dijadikan undang-undang, maka ruang berbeza pandangan akan hilang.

Malah, kata mereka, penerapan undang-undang Islam secara melulu tanpa melalui proses perundingan akan memberi impak besar terhadap rakyat Malaysia tidak kira sama ada Muslim atau bukan Muslim.

"Tiada yang menguntungkan jika Islam dilihat sebagai agama pemaksa yang tidak peduli terhadap hak kaum dan penganut agama lain mahu pun terhadap perubahan zaman,” kata mereka.

Kerajaan Umno@BN kutip RM274 juta cukai petrol dalam 45 hari – Rafizi

RafiziKUALA LUMPUR 17 DIS- Kerajaan Barisan Nasional mengutip RM274 juta cukai petrol sejak 1 November hingga 15 Disember lalu, kata Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.
Menurutnya, harga pasaran bagi RON95 menjunam daripada paras RM1.73 seliter kepada RM1.58 seliter, manakala harga diesel menjunam daripada RM1.87 seliter kepada RM1.71 seliter.
Dengan mengambil kira jaminan keuntungan  syarikat minyak sebanyak 32 sen seliter (RON95) dan 23 sen seliter (diesel), harga bahan api itu sepatutnya masih rendah berbanding harga ditetapkan kerajaan, kata Rafizi.
Bagaimanapun rakyat,  katanya, membayar lebih mahal bagi harga petrol RON 95 dan Diesel, masing-masing sebanyak RM2.26 seliter dan RM2.23 seliter.
“Oleh kerana rakyat terus membayar pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran (walaupun tanpa subsidi), rakyat Malaysia sebenarnya telah membayar cukai petrol sejak bulan November 2014 lagi,” ujarnya dalam satu kenyataan media.
Katanya, ia berdasarkan jumlah penggunaan petrol sebanyak 14 bilion liter setahun dan penggunaan diesel sebanyak 9.64 bilion liter setahun seperti jawapan Perdana Menteri di Parlimen.

'Melayu ternama' kini 25-1.....Ada 'Benda Ka'..??

Bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Abdul Rahim Din menarik diri daripada kumpulan 25 'Melayu ternama' selepas kecewa dengan hala tuju yang diambil pihak itu.

Dalam kiriman SMSnya kepada Malaysiakini petang ini, seorang anggota kumpulan itu Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar mengesahkan perkara itu.

"Ya, ia benar (menarik diri)," katanya yang juga bekas ketua setiausaha kementerian luar.

Bagaimanapun, Ahmad Kamil (kanan) berkata terdapat beberapa lagi 'Melayu ternama' yang berminat untuk menyertai kumpulan itu.

"Kami ada beberapa orang lagi yang menunjukkan mnat untuk menyertai G25," katanya.

Sebelum itu, menantu Abdul Rahim, Azmi Arshad menulis dalam laman Facebooknya bahawa Abdul Rahim menghantar surat pendek kepada ahli kumpulan tersebut memaklumkan keputusan itu.

"Saya tidak mahu terlibat dalam kumpulan yang membahaskan isu-isu di luar bidang kuasa panel pakar untuk dibentuk oleh PM, jika pernah ia dibentuk," surat itu dipetik.

Kumpulan 25 Melayu itu sebelum ini tampil dengan seruan kesederhanaan di samping mengkritik NGO lantang Melayu seperti PERKASA dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Mereka juga menyuarakan kebimbangan jika ekstrimis dan fanatik agama tidak dipantau di negara ini.

Aishah: Berani ambil duit rakyat, berani jelaskan

Ketua Srikandi menasihatkan Rosmah supaya belajar seni bahasa politik
Rosmah PermataPETALING JAYA: Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail berkata beliau ingin menyampaikan mesej kepada kerajaan supaya berani perjelaskan isu berkenaan dana yang tidak jelas kepada Pusat Anak PERMATA Negara (PERMATA).
Hari ini, beliau dipanggil oleh pihak polis untuk disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 di atas kenyataannya yang mempersoalkan dana di dalam PERMATA dan kononnya telah menjejaskan kredibiliti PERMATA.
Sehubungan itu, Aishah menyelar tindakan polis kerana bertanyakan sekiranya beliau dibayar untuk mengeluarkan kenyataan tersebut.
“Itu satu tuduhan keras oleh pihak polis. Ini seolah saya dibayar dan pegawai polis yang sepatutnya menanyakan tidak hadir dan diganti oleh wakil polis, June Umar,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya, di sini hari ini.
Aishah yang mendakwa bahawa tindakan seumpama itu adalah amalan biasa oleh UMNO berkata, apabila tidak dapat menjawab satu-satu isu mereka akan menggunakan undang-undang sebagai jalan terakhir bagi mengekang rakyat daripada mengetahui perkara berkaitan.
Beliau yang menyifatkan soalan yang ditanya tidak relevan dan hanya mengandaikan beberapa perkara sahaja bagaimanapun berkata, akan hanya menjawab di Mahkamah jika perkara tersebut dibawa ke sana kelak.

G25: Noor Farida tidak hirau penarikan seorang ahli, ramai lagi berminat

Kumpulan 25 tokoh Melayu terkemuka yang menulis surat terbuka menyeru dialog rasional tentang Islam diadakan mungkin kehilangan seorang ahlinya apabila Tan Sri Abdul Rahim Din menarik diri, tetapi jurucakapnya Datuk Noor Farida Ariffin berkata, ia bukan satu kerugian kerana ramai yang menunjukkan minat menyertai mereka.
Beliau berkata, sekurang-kurangnya 10 individu Melayu terkenal daripada kedua-dua sektor awam dan swasta mahu menyertai mereka sejak surat itu dikeluarkan pada 9 Disember dan menerima sokongan kuat rakyat Malaysia.
"Tidak, ia bukan satu kehilangan. Saya fikir beliau dipengaruhi orang tertentu yang tersilap menganggap ini satu ancaman kepada Islam walaupun apa yang kami anjurkan ialah satu wacana dan dialog menghentikan ucapan kebencian," katanya kepada The Malaysian Insider.
 Beliau berkata apa yang mereka mahukan ialah supaya satu panel terdiri daripada pakar dalam hal Islam dan Perlembagaan, serta mereka yang berkepentingan, mengkaji semula segala pertelingkahan yang tidak dapat diselesaikan mengenai kedudukan dan penggunaan undang-undang Islam di negara ini.
Diminta mengulas lanjut, bekas duta ke Belanda itu berkata, beliau tidak mahu melibatkan diri dalam sebarang perdebatan awam mengenai perkara itu.
 "Tidak ada gunanya. Kami tidak mahu terlibat dalam apa-apa perbahasan. Kami cuma harap perdana menteri memberi respon, menerima cadangan kami dan dengan itu, kerja kami selesai," katanya.

Rahim Din tarik diri daripada kumpulan 25 tokoh Melayu

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Abdul Rahim Din menarik diri daripada kumpulan 25 tokoh Melayu terkemuka yang menulis surat terbuka merayu dialog rasional tentang Islam diadakan, mengatakan kumpulan itu kini tersasar daripada objektif sebenarnya.
 Menantunya Azmi Arshad berkata, Rahim bimbang keadaan seolah-olah kini berada 'di luar kawalan' kerana beliau pada asalnya hanya bersetuju menyatakan sokongan kepada satu surat yang akan dihantar kepada perdana menteri (PM) meminta satu panel pakar dilantik. Panel itu disarankan menyelesaikan sebarang konflik antara undang-undang Islam dan sivil, dan Perlembagaan Persekutuan, melalui satu forum tertutup dan bukan secara terbuka.
Draf tulisan tangan yang diberi kepada kumpulan itu menyatakan, "satu-satunya tugas ialah menggesa perdana menteri, dengan sokongan majoriti senyap, mengumpulkan pakar menyelesaikan isu yang menjadi perbalahan" dan mereka tidak sepatutnya terlibat lagi selepas itu, sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak setuju atau tidak dengan cadangan mereka.
 Perkara tersebut dinyatakan Azmi yang menulis status di akaun Facebooknya semalam. "Memandangkan surat kami kini sudah dihantar kepada PM, saya menganggap saya sudah mencapai misi saya dalam memberi sokongan kepada G25 itu.

93 NGO puji keberanian 'Melayu ternama'

Sekumpulan NGO hari ini menyatakan sokongan terhadap 25 tokoh Melayu ternama yang menyeru ke arah kesederhanaan dan meminta agar perbincangan terbuka berkaitan undang-undang Islam.

NGO  yang menyokong antaranya Asalkan Bukan Umno (ABU), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Jihad for Justice dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Mereka mendakwa mewakili 93 NGO yang menyokong surat terbuka 25 tokoh Melayu ternama itu.

Bagaimanapun, hanya kira-kira 20 wakil sahaja yang hadir dalam sidang media mereka hari ini di ibu negara.

Naib Presiden IKRAM Zaid Kamaruddin berkata kumpulan NGO itu memuji tindakan berani 25 tokoh ternama yang tampil  menyuarakan kebimbangan berhubung isu sensitif termasuk penggunaan Akta Hasutan 1948.

"Kami memuji tindakan berani tokoh-tokoh ini untuk tampil ke hadapan dan membincangkan secara terbuka isu-isu yang sensitif yang melanda negara kita.

"Kami juga amat bersetuju dengan surat mereka yang memberi amaran bahawa penggunaan Akta Hasutan kekal sebagai ancaman untuk mengunci mulut mereka yang berbeza pendapat," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jihad for Justice Datuk Thasleem Mohamed pula meminta lebih banyak penyertaan NGO daripada pelbagai etnik bersama mereka.

Penyertaan NGO India terhad

Ini termasuk NGO daripada masyarakat India yang dilihatnya terhad supaya bersama-sama memberi sokongan kepada kumpulan tokoh ternama itu.

Najib perlu berundur demi nafas baru parti, desak pemimpin Umno

Selepas pemimpin Umno bahagian membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dipengerusi Datuk Seri Najib Razak, kini seorang pemimpin Umno cawangan pula menulis surat terbuka agar perdana menteri meletakkan jawatan. Surat terbuka Ketua Penerangan Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Selangor Syed Rosli Jamalullail menuntut Najib berhenti kerana perkhidmatan beliau tidak lagi diperlukan.
 "Sesungguhnya kami ahli Umno merasakan perkhidmatan Datuk Seri tidak lagi diperlukan," katanya dalam surat itu. "Bukan kami hendak menghina Datuk Seri tetapi kami rasakan lebih baik Datuk Seri berundur secara hormat sebelum PRU14 nanti demi memberi nafas baru kepada Umno," katanya.
 Beliau berkata, Umno ketika ini sudah semakin lemah daripada segi sokongan orang Melayu mahupun pengundi parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama parti berteraskan bangsa Cina dan India. "Jikalau Datuk Seri betul-betul sayangkan Umno dan BN maka jalan yang terbaik Datuk Seri berundurlah," katanya yang juga penolong setiausaha Pemuda cawangan itu dalam surat berkenaan.
Katanya, meskipun mereka mengucapkan terima kasih kepada Najib yang banyak berjasa, "namun disebabkan liabiliti teramat besar dan kuat untuk kami tanggung maka jalan yang terbaik Datuk Seri berundur”. Syed Rosli yang juga calon ketua Pemuda dalam pemilihan Umno tahun lalu meminta Najib membantu mereka "supaya menjadi kuat semula dengan Datuk Seri berhenti".

Kolej Swasta di Federal Highway Hisap PTPTN Pelajar & Jual Sijil!

Yuran Kolej Swasta
Kepada kerajaan Malaysia umumnya dan Kementerian Pelajaran Malaysia tercari-cari salah satu punca berlaku lambakan kalangan anak muda yang mengangur di Malaysia?
Di sini ada jawapannya. Skim PTPTN telah membuka peluang dan ruang golongan kepada kapitalis yang tercari-cari peluang untuk menambah kekayaan walaupun dengan secara yang tidak betul apabila menjadikan kalangan anak muda yang tercicir untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terutamnya ke IPTA secagai sasaran mereka.
Sedih Berita Semasa melihat situasi dan nasib mereka apabila kolej-kolej swasta yang tumbuh bagaikan cendawan hanya mahu mengaut keuntungan semata mata tanpa memikitkan kualiti para graduan mereka. Jikalau anak-anak anda masuk sekalipun ke Kolej Profesional mara jauh lebih baik daripada kebanyakan kolej swasta yang ada di Malaysia sekarang ini seperti _______, ___________, dan banyak lagi sebenarnya yang “hisap darah pelajar”. Bersama-sama ini, Berita Semasa dedahkan aduan rakyat melibatkan bekas pensyarah kolej tersebut yang tampil membongkar apa sebenarnya yang berlaku di kolej tersebut :

Aduan Rakyat Bekas Pensyarah Kolej Swasta

Salam semua… Saya tak tahu nk mengadu dekat siapa pasal masalah yang saya dan ade beberapa rakan sekerja saya. Untuk tidak mengelirukan semua pihak, saya akan cerita dari A sampai Z++ mengenai kepincangan college yang paling bermasalah.
Lokasi Kolej
Untuk tak mengaibkan semua orang, saya rahsiakan nama kolej tersebut (walaupun dalam hati ni menangis nak bgatu). Cukup la kalau saya kata lokasinya betul-betul tepi highway persekutuan kuala Lumpur (Federal Highway).
Masalah
Saya diambil bekerja sebagai pensyarah. Jadi saya pun gembiralah. Niat nak mendidik anak bangsa. Bila saya masuk dalam tu baru saya tau betapa busuknya perangai memasing bermula dari perangai Datin (owner) kolej tu sehingga perangai management seterusnye kepada perangai lecturer lain yang buruk hati/phd.
Memanglah tak semua perangai macam tu, tapi kalau anda masuk dalam tu. Sebab seminggu sahaja saya berada di sana saya dapat lihat perangai seorang-seorang. Baru saya tahu, kenapa saya diambil bekerja disana. Tak lebih untuk mendapatkan MQA (akreditasi) kolej. Kalau sesiapa yang tak paham, maksudnye, kalau course itu tak dapat akreditasi, student yang sudah habis belajar tidak boleh graduate lah senang cerita.
Saya skipkan dahulu cerita busuk hati dean/head tu, sebab saya malas nk pepanjang cerita. Kalau buat slot Akasia sure konfem saya femes jadi watak yang dihina/budak suruhan.
Masalah HR
HR dekat kolej ni sumpah paling tak bertamadun, suka suka dia sahaja tukar SOP. Kalau anda hendak tahu, SOP akan berubah IKUT suka hati. Tetapi ini semua hasil ehsan DATIN tersebut. Kalau dalam kepala otak dia, dia nak tukar cuti… secara automatik, semua akan dapat emel perubahan SOP.
Sebab masa mula-mula saya masuk, saya under kontrak, kalau kami mahu berhenti, cukup bagi sebulan notis sahaja. TUp Tup dalam 2 minggu macam tu, datang orang HR suruh sign sahaja surat tanpa tunjuk dulu ape surat tu.. Then baru dia kasi salinan.. bile baca balik salinan, surat tu mengatakan tempoh resignation sudah berubah… ‘under contract, nak berhenti kena kasi 2 bulan notis’….
Saya sudah rasa pelik, tetapi saya terpaksa ikut je la. Dah sign dah pun.
Bebanan Kerja

Hudud, politik dan slogan


Hudud

oleh MAHDZIR IBRAHIM

Sebelum ini saya ada menulis tentang pengalaman kecil saya berkisar tentang slogan dan mentaliti orang Melayu yang terpinggir dan telah diindoktrinasikan oleh UMNO.
Slogan mereka ‘Biarlah aku susah, janji UMNO menang’.

Mentaliti ini rupa-rupanya menular dikalangan banyak lagi golongan, bukan sahaja dalam UMNO bahkan turut meresapi ke dalam rakan-rakan konservatif dalam PAS yang bercita-cita mahu melaksanakan Hudud di Kelantan.
Bagi Totok UMNO yang lebih berpendidikan dari Melayu-melayu terpinggir, maka ungkapan mereka pula sedikit berlainan, tetapi rimanya lebih kurang sahaja, “Biarlah ekonomi teruk, janji Malaysia masih aman”.
Sebaliknya bagi PAS, barangkali ungkapannya berbunyi, “Biarlah korupsi, ketirisan, kecuaian urustadbir berlaku, janji ada Hudud”.
Senang cakap, biarlah anda jahat dan menipu, janji anda itu seorang Melayu Islam. Atau, biarlah anda malas membaca, janji anda ada menyimpan Quran atas rak rumah anda bersama-sama dengan rak pinggan mangkuk dan trofi hadiah.
Apakah ini dinamakan keyakinan? Beriman? Saya jadi keliru dengan faham sebegini. Atau adakah saya terlalu bebal untuk memahami maksud yakin, percaya – iman?
Untuk jawapan kepada persoalan ini, awal-awal lagi saya menegah diri saya dari menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran atau Hadis, bukan kerana saya tidak mampu, tetapi kerana saya tidak mahu menggunakan agama sebagai hujah politik saya.
Kerana, jika hujah politik saya ini tidak betul, maka hentamlah hujah saya ini kerana hujah dan saya sendiri tidaklah maksum seperti mana hujah Nabi atau mereka yang berlagak sebagai nabi. Hujah saya ini berdasarkan rasional akal budi serta bantuan ide-ide dari pembacaan yang tidaklah sebanyak mana.

DAP tidak belajar dari penindasan lalu

Oleh Ng Kee Seng
Wujudkah keadilan di Malaysia? Rakyat Malaysia boleh menilai sendiri dengan begitu banyak contoh-contoh "keadilan" ini.Orang asing, khususnya pelabur-pelabur, turut memerhatikan dan menilai. Mereka hanya akan melaburkan wang mereka di negara yang ada keadilan.
Satu contohnya adalah kelakuan "aneh" Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Lebih daripada 15 bulan telah berlalu sejak DAP menjalankan pemilihan semula, sebagaimana yang diarahkan oleh RoS, tetapi kes itu masih belum selesai.
Bagaimanakah kita boleh mengharapkan pelabur mempunyai keyakinan dalam pentadbiran "cekap" seperti yang ditunjukkan kepimpinan ini! Lima belas bulan telah berlalu tetapi RoS tidak dapat membuat keputusan mengenai kes DAP?
Bayangkan senario kes di mana seseorang pelabur telah berjaya, dan semuanya dilakukan mengikut undang-undang, tetapi tiba-tiba Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melancarkan siasatan berdasarkan beberapa dakwaan yang direka-reka. Siapa yang akan melabur di sebuah negara yang berisiko?
The Malaysian Insider memetik setiausaha penganjur DAP, Anthony Loke sebagai mendesak RoS untuk menjadi lebih cekap dalam operasi dan pentadbirannya.
Beliau menambah: "Saya tertanya-tanya jika badan ini akan membuat keputusan mengenai kongres khas parti ini pada tahun lepas." 
Adakah anda berfikir bahawa Loke begitu mentah sehingga beliau tidak tahu sebab sebenar kelewatan RoS? 
Loke, anda dan rakyat Malaysia tahu mengapa RoS berdiam diri dan enggan membuat keputusan bagi menutup kes itu.
RoS adalah budak suruhan Umno yang menerajui Barisan Nasional. Jadi ia hanya melayani kepentingan tuan-tuan politiknya, bukannya rakyat dan negara Malaysia.

Geng Ustaz kesal dipantau PAS seperti PasMa

Presiden Geng Ustaz (GU) Norazli Musa berkata, beliau terkejut apabila pertubuhan yang diketuainya itu dikaitkan dengan 'perseteruan' dengan NGO kontroversi Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).

Beliau merujuk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS, Ahad lalu yang turut mengarahkan jawatankuasa khas diketuai Naib Presiden Salahudin Ayub, mengadakan pertemuan dengan mereka.

Keputusan itu turut dimaklumkan kepada setiausaha PAS negeri-negeri, melalui satu pekeliling yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kelmarin, yang turut memantau GU.

"Kita terkejut sebab keputusan mesyuarat itu adalah tentang PasMa, tetapi turut mengarahkan jawatankuasa khas bertemu Geng Ustaz.

"Saya rasa sedikit kesal kenapa kaitkan kami dengan PasMa. Kami tidak pernah pun bertemu atau berbincang dengan PasMa," kata Norazli (kiri) ketika dihubungi Malaysiakini.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak itu juga bagaimanapun menjelaskan, pihaknya bersedia untuk bertemu dan memberi kerjasama dalam pertemuan itu.

"Kita belum dapat apa-apa surat lagi tentang pertemuan itu. Apapun kita bersedia," katanya.

Misi 'dukung ulama'

Penggerak dan aktivis PasMA sebelum ini sudah beberapa kali membangkitkan persoalan kenapa hanya mereka sahaja yang menjadi mangsa “penguatkuasaan” PAS.

Mereka yang tidak berani kritik kerajaan sudah kena beli, dakwa Perkasa

Perkasa mendakwa bekas pegawai tinggi kerajaan yang tidak mengkritik kerajaan sudah 'dibeli' menyebabkan “mereka diam membisu selepas bersara”.
Ahli Dewan Tertinggi Perkasa Azrul Akmal Saharudin berkata demikian susulan kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Rashid Abdul Rahman kini berani mengkritik kerajaan kerana 'adalah benda dia tidak dapat'.
Rashid baru-baru ini meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhenti 'menipu' rakyat dan menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu berbangkit dalam negara ini.

"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh.“Kita ada kuasa, polis pun kuasa kita, semua kita punya, kuasa itu banyak. Power (kuasa), power.
“Tak usah kerajaan nak bohongi rakyat, dedahkan (perkara sebenar berkaitan isu negara),” katanya.
Susulan itu, Zahid berkata, Rashid berkata demikian kerana ada 'benda' yang dia tidak dapat.
Azrul Akmal berkata ini adalah bukti jelas serta pengesahan daripada seorang pemimpin tertinggi parti memerintah berjawatan menteri yang menunjukkan kegusaran rakyat ramai bekas penjawat awam berjawatan tinggi yang mendambakan 'benda'.
Beliau berkata, contohnya ialah projek besar, kedudukan dan menjadi pengarah syarikat milik kerajaan adalah berasas dan memerlukan tindakan tegas dan berkesan daripada kerajaan.
Katanya, kenyataan Zahid itu perlu diambil serius kerana ia menimbulkan tanda soal yang besar ke atas integriti bekas penjawat awam kanan.

Ada Berani: Srikandi PKR ajak Rosmah debat, lepas disiasat ikut Akta Hasutan

Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail bersama peguamnya di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, pagi tadi ketika hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 Disember, 2014.Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail bersama peguamnya di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, pagi tadi ketika hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 Disember, 2014.Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail mencabar isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk berdebat berhubung isu Pusat Anak Permata Negara (Permata) susulan siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 yang dikenakan kepadanya hari ini.
Aishah berkata, Rosmah boleh menghantar wakil Permata, atau Puteri Umno bagi membersihkan imej pusat berkenaan yang kini dicemari dakwaan berunsur politik.
"Selekeh-lekehnya beliau boleh menghantar Puteri Umno untuk berdebat bagi membersihkan imej Permata," kata Aishah kepada pemberita selepas disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, pagi tadi.

Ketika sesi soal siasat yang berlangsung kira-kira sejam itu, Aishah berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bertanyakan soalan spesifik, sebaliknya pihak berkuasa itu dakwa seolah-olah cuba 'membenarkan' laporan polis yang dibuat terhadapnya.  "Mereka bertanyakan sama ada saya dibayar untuk mengeluarkan kenyataan berkenaan Permata.
"Soalan mereka tidak spesifik, dan bersifat ingin membenarkan apa yang dibuat dalam laporan polis, itu tuduhan yang agak keras daripada polis," katanya.

Pakistan begins painful task of burying its dead after school carnage

Children massacred in Pakistan school attack

Malala: 'Heartbroken' Over School Attack

Sembang Santai Sore bersama Dr Daeng Sanusi Daeng Mariuk

Najib lantik pemimpin Umno yang 'tidur' di Pulau Pinang - Khairuddin

'Mustahil UMNO raih undi Cina di Pulau Pinang' - Khairuddin

Pakatan perlu kembali tumpu isu kebajikan rakyat

(Oleh Rafizi Ramli)

RafiziSaya sedia maklum perbezaan pendapat di dalam Pakatan Rakyat kebelakangan ini terutamanya yang melibatkan cadangan pembentangan rang undang-undang persendirian untuk membolehkan pelaksanaan hudud oleh Kerajaan Kelantan.
Walaupun perbezaan pendapat sebegini telah wujud sejak penubuhan Barisan Alternatif dalam tahun 1999 lagi, saya berpandangan keutamaan dan muafakat yang jelas perlu diberikan kepada isu-isu kebajikan rakyat yang mendesak terlebih dahulu. Ini termasuklah:
1. Kepayahan rakyat mengharungi beban sara hidup yang kian meningkat;
2. Skandal rasuah dan penyelewengan yang mengakibatkan peruntukan rakyat dipotong;
3. Kemelut ekonomi yang melanda rakyat menjelang 2015;
4. Manipulasi agama dan perkauman untuk mengekalkan Umno/Barisan Nasional; dan
5. Salahguna undang-undang untuk menyekat suara rakyat.
Oleh yang demikian, saya menyeru supaya semua pimpinan Pakatan Rakyat kembali kepada perjuangan membela kebajikan dan kepentingan rakyat bersabit isu-isu yang mendesak seperti yang disenaraikan. Keutamaan ini bukan sahaja telah menjadi amanah rakyat kepada kita tetapi strategi paling berkesan untuk menumpaskan Umno Barisan Nasional.
Saya telah memohon Sekretariat Pakatan Rakyat untuk mendapatkan draf enakmen yang bakal dibentangkan oleh Kerajaan Kelantan dengan segera. Ini bagi membolehkan KEADILAN dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain menilai sendiri cadangan Kerajaan Kelantan itu sebelum sebarang komentar lanjut dibuat.
Oleh itu, saya menasihati pimpinan KEADILAN supaya berhati-hati di dalam membuat kenyataan mengenai polemik ini supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan. Sebarang keputusan dan pendapat mengenai polemik ini perlulah merujuk kepada keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

PR akan selesaikan isu hudud secepat mungkin - Nurul


Nurul Izzah Anwar  

SHAH ALAM – PR akan segera menyelesaikan kemelut yang berlaku antara Pas dan DAP berhubung isu hudud yang menjadi pertikaian antara dua parti itu.

Naib Presiden PKR,  Nurul Izzah Anwar berkata,  PR akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat bagi membincangkan hal itu.

Beliau berkata, mesyuarat itu akan dipengerusikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dalam minggu ini.

“Kita juga akan keluarkan kenyataan media dalam tempoh terdekat berhubung isu ini,” katanya semalam selepas hadir menyerahkan petisyen bantahan terhadap pentadbiran Universiti Malaya (UM) berhubung tindakan kepada tujuh pemimpin pelajar dikenakan tindakan disiplin.

Ketika ditanya mengenai pendirian PKR berhubung isu itu, Nurul Izzah enggan mengulas lanjut dan mengulangi kenyataannya yang perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat PR.

Wira PERKASA jumpa Pemuda PAS cari titik persamaan


Sayap pemuda kumpulan pendesak Melayu, Wira PERKASA dijadual mengadakan pertemuan dengan Dewan Pemuda PAS bagi mencari "titik persamaan" antara mereka.
 
Pertemuan itu dijangka berlangsung di Pejabat Agung parti itu di ibu negara petang ini.
 
Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan perkara itu.
 
Bagaimanapun beliau menjelaskan, kehadiran sayap PERKASA itu hanya sebagai kunjungan hotmat ke atas mereka.
 
"Ya, kita menerima surat dari mereka yang mahu membuat kunjungan hormat kepada Dewan Pemuda PAS.
 
"Dan kita bersedia menerima kunjungan mereka," katanya.

Tahaluf siyasi pakatan pembangkang terbatal - Nasrudin Tantawi


KUALA LUMPUR  - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasruddin Hassan menegaskan penolakan hukum hudud oleh DAP akan menyebabkan tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang terbatal kerana jika Pas mengabaikan dasar itu, hukumnya adalah haram.
Menurut beliau, tahaluf siyasi bukanlah sebuah parti yang mempunyai satu ideologi sebaliknya kerjasama itu adalah berkait dengan tindakan politik yang dipersetujui bersama tanpa mengganggu hak dan dasar perjuangan masing-masing.
Katanya, kerjasama tersebut hanyalah dalam urusan kepentingan bersama membabitkan aspek politik untuk menolak kezaliman, penindasan, rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan pelbagai lagi tanpa melepasi dasar perjuangan parti.
“Jika DAP buat syarat pakatan pembangkang mestilah tanpa pelaksanaan Islam dan syariatnya, dan menegaskan bahawa Pas tidak boleh melaksanakan syariat Islam termasuk hudud, maka pada saya, syarat dan penegasan yang DAP buat itu membatalkan syarat tahaluf, tiada ertinya lagi tahaluf siyasi ini.
“Jika dasar parti terhalang untuk ditunai dan dilaksana dengan kerjasama ini, maka tahaluf ini batal. Malah tidak keterlaluan kalau saya nyatakan hukumnya adalah haram,” katanya dalam wawancara yang dipetik daripada portal Malaysia Transform di sini hari ini.
Beliau yang berada di Mekah mengulas perkembangan terkini dalam pakatan pembangkang berikutan beberapa siri serangan terbuka oleh pemimpin DAP termasuk daripada Lim Guan Eng sendiri, khususnya berhubung isu hudud dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2014 kelmarin.
Guan Eng dalam nada kerasnya mendesak pakatan agar memuktamadkan pendirian untuk tidak melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang, kononnya perkara itu adalah aspirasi daripada penyokong pembangkang.

Tangguh GST, sidang parlimen tergempar Bajet 2015

KUALA LUMPUR: Dengan suasana ekonomi yang tidak menentu dengan kejatuhan mendadak nilai Ringgit, harga minyak, bursa saham, harga getah dan sawit, sudah sampai masa rakyat mendesak kerajaan untuk menangguhkan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, GST tidak wajar dilaksanakan dalam keadaan ekonomi tidak menentu kerana tiada yang dapat menjangkau impaknya pada kehidupan seharian dan ekonomi negara, lebih-lebih lagi dalam krisis ekonomi.
Katanya, kerajaan tidak harus memperjudikan nasib negara dan rakyat di 2015 dengan perlaksanaan GST yang bakal melonjakkan inflasi di dua tahun pertama perlaksanaannya sebagaimana yang berlaku di China, Singapura dan juga Australia berdasarkan laporan “2H2014 Economic Outlook: External Positives Amidst Domestic Challenges”.

Menuutnya, perniagaan dan rakyat perlu diberikan ruang yang lebih selesa dan menentu untuk menghadapi krisis ekonomi yang kian nyata.

"Solusi jangka pendek boleh diwujud dengan menangguhkan perlaksanaan GST," ujarnya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, ujar beliau rakyat perlu mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memanggil satu sidang parlimen tergempar untuk memperincikan semula Bajet 2015 yang diluluskan berdasarkan pendapatan negara yang tidak menepati realiti semasa masa kini.

Tambahnya, antara butiran yang penting yang perlu diperincikan termasuklah:

Gantung mahasiswa: 33 mangsa AUKU perlu bersatu

KEENGGANAN pihak Universiti Malaya melayan tuntutan mahasiswa yang memenuhi kawasan Universiti agar menggugurkan segala hukuman ke atas tujuh pelajar mereka serta menghalang penyerahan memorandum daripada beberapa ahli parlimen yang menuntut perkara sama seharusnya menyebabkan semua mahasiswa yang menentang ketidakadilan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), khsususnya 33 mangsa AUKU supaya bersatu.

Penyerahan memorandum semalam adalah kemuncak terhadap tuntutan mahasiswa supaya hukuman yang dikenakan terhadap mereka melalui AUKU ditarik balik. Hal ini kerana hukuman itu jelas bercanggah dengan prinsip perlembagaan negara.

Kesemua aktivis mahasiswa yang pernah dikenakan AUKU seharusnya kembali segar memperjuangkan semula pemansuhan akta yang banyak mengekang mengekang pergerakan mereka sebelum ini.

Kita tidak boleh berjuang separuh jalan. Ramai antara kita yang apabila dikenakan AUKU terus hilang daripada perjuangan. Sedangkan tanpa kita sedari ini, satu lagi peluang keemasan untuk mencabar AUKU pada peringkat tertinggi bagi membuktikan hukuman yang dikenakan terhadap kesemua bekas mangsa AUKU adalah tidak sah dan tidak adil.

Saya ingin mengingatkan kembali kepada 15 rakan-rakan dari Universiti saya sendiri yang pernah dikenakan AUKU tahun lalu agar bangkit daripada tidur yang lena supaya penguasa di atas sana tidak terus leka terhadap tuntutan mahasiswa.

Khairuddin kata Najib lantik pemimpin 'tidur' di Pulau Pinang


Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memberi amaran yang BN berhadapan kemungkinan kalah lebih teruk dalam pilihan raya akan datang.

Ini kerana pemimpin negeri yang dipilih Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik pemimpin-pemimpin yang "tidur".

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, beliau secara terbuka menggesa agar Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman ditukar.

"Kita meninggalkan vakum kerana pemimpin-pemimpin tertingi peringkat negeri, ramai yang masih tidur.

"Sebab itulah dalam perjuangan saya, Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin harus ditukar.

"Beliau tidak proaktif, tidak turun ke akar umbi, tidak jumpa rakyat jelata di peringkat akar umbi seperti mana kami lakukan.

"Ini orang yang tewas, duduk sebagai pengerusi perhubungan Umno negeri. Apabila beliau beri arahan, apa pemimpin-pemimpin lain akan kata?

"Dia pun kalah, kita hendak dengar cakap dia buat apa? " katanya.

Beliau turut melahirkan kekecewaannya dengan tindakan Najib melantik Datuk Teng Chang Yeow sebagai pengerusi BN negeri.

"Ini kelemahan Datuk Seri Najib. Pengerusi BN letak Teng Chang Yeow, orang yang dua kali kalah (pilihan raya umum).

"Apa kita ketandusan, tidak mempunyai pemimpin-pemimpin lainkah?

Gurindam Seloka Penghibur Lara

A Kadir Jasin
LAMA sudah kita tidak berseloka. Melepas rindu mengubat duka. Dalam Malaysia kita, Tanah Melayu tercinta, macam-macam ada.
Abdul Rashid Abdul Rahman orang terbuka. Kalau bercakap jelas dan nyata. Kepada pemerintah dia berkata, cakaplah benar jangan berdusta. Maka murkalah para pembesar. Kerana peluru terkena sasar.
Itulah juga yang saya katakan. Khabar baik jangan diada-adakan. Berita buruk jangan disembunyikan. Rakyat jelata tidak bangang. Merekalah yang rasa susah dan senang.
Harga getah jatuh merudum. Pekebun kelapa sawit pun dah lama tak senyum. Penanam pada lebih-lebihlah lagi.
Dari dulu sampai kini. Kais pagi makan pagi. Sampaikan Felda Global pun dah mula rugi.
Ramai dok kutuk Ibrahim Ali. Melayu Cina kepadanya tabur benci. Mengata mengumpat berguni-guni. Tapi nak jawab hujah dia, tak berapa mengerti.
Kalau Tok Him satu duit tak guna, pasal apa puluh ribu Melayu ikut dia? Dia bukan ada kuasa. Dia pun bukan orang kaya. Dia tak bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia. Tapi orang totok serta profesor, berduyun-duyun ikut dia.
Cakap Tok Him orang ramai peduli. Sebab dah tak percaya YB dan Menteri. Jadi jangan dok asyik nak perli-perli. Silap-silap YB hilang kerusi sebab rakyat tak undi.
PM pun kenalah berhati-hati. Jangan dok asyik nak pergi bercuti. Sambut tahun baru di luar negeri. Ada orang dia kata, belum tentu PM bercuti di luar negara. Masih berfikir dan berkira-kira. Sebab blogger dah mula tanya.
Berkenaan Mukhriz saya tak terkejut. Jawatan dalam MKT dah kena lucut. Dengar cerita di Kedah serabut. Sesama Umno depa dok berebut. Tapi orang PM kata, cerita itu fitnah semata-mata. Dalam MKT Mukhriz masih ada.
Mukhriz rampas Kedah dari Pas. Takkanlah jawatan dia mereka nak rampas? Kalau Presiden buat juga, nampak dia cari bahaya. Silap-silap Kedah Pas tawan semula. Jadi fikirlah sebelum buat apa-apa.

Khazanah batal pertemuan dengan Jentayu bincang tawaran beli PMB untuk selamatkan MAS

Pengarah Urusan Jentayu Feriz Omar berkata pertemuan dengan Khazanah Nasional Bhd tentang pembelian PMB dibatalkan atas permintaan Khazanah Nasional. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Disember, 2014.  
Pengarah Urusan Jentayu Feriz Omar berkata pertemuan dengan Khazanah Nasional Bhd tentang pembelian PMB dibatalkan atas permintaan Khazanah Nasional. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Disember, 2014.

Pertemuan antara Jentayu Danaraksa Sdn Bhd dan Khazanah Nasional Bhd berhubung cadangan Jentayu untuk membeli Penerbangan Malaysia Bhd (PMB) dan menukarkannya menjadi syarikat pajakan pesawat global dibatalkan.
Jentayu memberitahu media semalam ia sepatutnya membentangkan cadangan janji niaga bernilai RM8.75 bilionnya sebagai usaha untuk menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) yang dibebani hutang itu kepada cabang pelaburan negara tersebut pada 5 petang hari ini.
Pengarah Urusannya, Feriz Omar berkata pertemuan itu dibatalkan atas permintaan Khazanah Nasional.

"Kami kecewa kerana masa depan MAS, terutamanya nasib 6,000 pekerja dipertaruhkan," katanya kepada Bernama. Feriz berkata Khazanah Nasional tidak pernah memberikan peluang kepada Jentayu untuk menjelaskan cadangan tersebut.
"Sekarang, kami hanya menunggu mereka menulis secara rasmi kepada kami berhubung pembatalan itu," katanya.

Hasil kajian penurunan ringgit diumum Januari..!!

Bank Negara Malaysia dan kerajaan dijangka mendedahkan hasil kajian bersama berhubung kesan penurunan ringgit pada pertengahan Januari depan, demikian menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Sejak enam bulan lalu, mata wang ringgit telah mengalami penyusutan berbanding dolar Amerika akibat kejatuhan harga minyak mentah serta unjuran pertumbuhan ekonomi serta perolehan kerajaan yang semakin lemah.
Bagaimanapun menurut Mustapa, ekonomi Malaysia masih lagi kukuh.
"Asas kita masih kukuh dan tidak perlu untuk terburu-buru,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kajian komprehensif yang dilakukan oleh kementeriannya, Kementerian Kewangan dan Unit Perancangan Ekonomi berserta Bank Negara Malaysia.
Tambah beliau, tiada apa yang perlu dirisaukan pada tahun ini kerana cabaran sebenar adalah pada 2015.
Ini termasuk perbelanjaan kerajaan kerana Malaysia selaku pengimport minyak mentah bersih turut menerima tempias akibat pengurangan pendapatan hasil daripada eksport minyak.

Ujian penipuan bagi PM, Kabinet dan juga ahli politik

Oleh Hazlan Zakaria
Dari hanya memperkenalkan ujian poligraf rawak bagi membasmi rasuah dalam perkhidmatan awam, mengapakah perkara yang sama tidak dilakukan untuk Perdana Menteri, Kabinetnya, lantikan politiknya dan semua ahli-ahli politik?
Lagipun, bukan hanya pegawai-pegawai perkhidmatan awam yang membuat duit atas angin kerana menjadi orang atasan; kadang-kadang ahli-ahli politik juga mengkhianati amanah, wang dan mandat rakyat.
Saya pada mulanya tertarik dengan cadangan presiden Transparency International-Malaysia, Datuk Akhbar Satar untuk memulakan ujian dusta atau ploligraf rawak kepada perkhidmatan awam, sebagai satu cara untuk membasmi rasuah. 
"Jika anda beritahu pegawai-pegawai kerajaan yang ujian polygraph mungkin akan dijalankan sekali atau dua kali setahun, pada tarikh yang tidak didedahkan, mereka akan berfikir dua kali sebelum mereka melakukan jenayah itu," Akbar dipetik sebagai berkata oleh The Post Rakyat.
Seperti yang dijelaskan artikel itu, Akbar berkata ujian polygraph rawak akan memastikan pegawai-pegawai jujur dan mungkin menghalang mereka daripada melakukan jenayah kolar putih, yang katanya menyumbang paling banyak kepada kebocoran kewangan negara.
Kebanyakan jenayah itu, menurut pendapat presiden NGO pemantau kerajaan itu, didorong oleh kepercayaan bahawa mereka tidak akan tertangkap, dan jika kepercayaan ini dipatahkan ia akan menyaksikan lapan daripada 10 pesalah yang berpotensi mengelak dari melakukannya.
Sebagai perbandingan, Akbar menyebut bahawa Singapura yang katanya sangat percaya terhadap ujian poligraf konsisten mengungguli senarai negara yang paling kurang korup di dunia, berada di tangga No 5 Indeks Persepsi Rasuah TI baru-baru ini, manakala Malaysia beradap pada kedudukan 50.
Artikel ini memetik bekas-bekas pegawai penyiasat polis yang memuji kebaikan poligraf, yang katanya telah 98 peratus terbukti di peringkat antarabangsa sebagai alat untuk memerangi rasuah dan mempercepatkan siasatan polis.

Apakah rancangan Najib untuk kekang kehilangan dana?

Oleh K Kabilan
Malaysia kerugian sebanyak AS$48.93 bilion (RM171 bilion) melalui wang haram pada tahun 2012, menurut kumpulan anti-rasuah antarabangsa Global Financial Integrity (GFI) dalam sebuah laporan yang dikeluarkan pada 15 Disember. Pada tahun 2011, Malaysia kerugian modal melalui saluran tidak sah sebanyak AS$54.1 bilion (RM188 bilion).
Laporan itu juga mendedahkan bahawa jumlah yang terkumpul daripada aliran keluar wang haram dari Malaysia dari 2003 hingga 2012 adalah berjumlah AS$394.87 bilion, atau kerugian RM1.3 trilion pada kadar pertukaran hari ini iaitu RM3.50 untuk satu dolar. Rata-rata, kita telah kehilangan AS$39.49 bilion (RM138 bilion) setiap tahun bagi 10 tahun yang lalu.
Kita kini berada di tempat kelima dalam senarai 151 negara-negara membangun dan baru muncul, di belakang China, Russia, Mexico dan India, memudahkan jenayah, rasuah, dan pengelakan cukai melalui aliran keluar wang haram ini. Kita juga telah menduduki tempat keempat pada 2011. 
Walaupun seolah-olah ada sedikit peningkatan – kira-kira AS$7 bilion, ini bukanlah sesuatu yang rakyat Malaysia boleh banggakan. Kita kehilangan wang dalam skala besar, dan kita telah kehilangan sejumlah wang yang besar selama bertahun-tahun. 
Berdasarkan laporan GFI ini, jumlah kerugian kita kepada aliran haram ialah AS$19.7 bilion pada tahun 2002. Ia meningkat kepada AS$35.2 bilion pada tahun 2005. Empat tahun kemudian, pada tahun 2009, ia berjumlah AS$34.5 bilion. Ia kemudian melompat mendadak kepada AS$64.5 bilion pada tahun 2010.

Sisi pandang seorang mahasiswa

Oleh Wan Aiman Khudzri
Dalam menilai isu UM8, ada beberapa perkara yang kita setuju, dan beberapa perkara kita agree to disagree. Yang pasti, semua yang berlaku ada sebabnya. Pastinya kalau pentadbiran Universiti Malaya (UM) memudahkan urusan mahasiswa UM untuk buat pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam UM secara aman rasanya perkara sebegini tidak akan berlaku sama sekali.
Mengapa perlu disekat? Adakah disebabkan kita berlainan ideologi, kita sekat mahasiswa daripada hadir ceramah pembangkang. Risau undi berkurang? Risau digulingkan? Mengapa perlu disekat percambahan idea? Kalau ianya memberi produktiviti kepada negara bagaimana? Bukankah bagus? Apa yg berlaku sekarang jelas, satu hak dinaikkan, satu hak disekat. Di mana keadilan? Di mana kebebasan akademik? Di mana demokrasi?
Semua menilai mahasiswa. Ya benar, ada beberapa tindak laku mahasiswa yang salah. Kenapa? Kerana tidak ada pihak "autoriti" yang mahu mendampingi mahasiswa. Duduk semeja berbincang. Buat satu sesi melayan karenah mahasiswa yang unik ini. Tidak ada yang mahu dengar suara mahasiswa. Hak mahasiswa diambil. Lantas atas dasar mengembalikan keadilan, menuntut hak, mahasiswa bersolidariti untuk kembalikan hak. Sekali lagi, pentadbiran berpendekatan defensif dan lawan. Masakan mahasiswa tidak bangkit?

Apa yang kita tidak setuju, pendekatan mahasiswa dalam satu-satu isu. Tapi, hendak buat macam mana, cakap baik-baik, dihalang. Dinafikan hak. Jadi untuk create pressure, mahasiswa buat satu tindakan di luar moral adab kesusilaan bangsa Malaysia, agar suara mereka didengari. Mahasiswa ingin suara dan pendapat mereka didengar. Cuba kalau pendapat mahasiswa didengari? Yang mana baik itu diterima dan diluluskan? Berlaku tidak peristiwa yang havoc satu Malaysia sekarang? Kita risau apa yang berlaku kini; mahasiswa adalah pemimpin masa depan negara malah dunia. Mahasiswa terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada gamers, ada artist, buat bisnes, terlibat dalam aktivisme, sehinggalah ke tahap pemimpin mahasiswa. Masing-masing punya upaya masing-masing. Kalau mahasiswa tidak bangunkan kemahiran selaras dengan pengajian; belajar untuk pimpin kampus, belajar untuk sibuk, belajar untuk menyuarakan pendapat, belajar untuk bertoleransi, belajar bagaimana untuk berbeza pendapat, belajar bagaimana kembalikan hak, lantas, sejarah yang sama akan berulang.

Dato Rohana dan HEP UM

Oleh Adib Azman
Dato Rohana, seindah nama yang dimiliki oleh banyak gadis Melayu dahulu kala. Kalau kita bercerita akan gadis Melayu zaman dahulu, pasti kita akan teringat akan bayangan gadis yang melitup kepalanya dengan kain batik di atas selendang tudung yang sedia ada.
Ditambah pula langkah yang kemas disusun atur di samping mata yang menunduk tanda malunya sang gadis andai bersua muka dengan orang lain sewaktu berjalan.
Tetapi Dato Rohana yang menduduki sekian kerusi penting di HEP UM saya tidak pasti bagaimanakah gerak dan tingkah lakunya.

Pembesar HEP ini sedang terus ditekan dan diasak oleh ratusan mahasiswa yang berhimpun untuk menuntut keadilan buat sahabat mereka. Dari laman depan kampus, mereka berarak ke laman parkir depan bangunan HEP. Mungkin peristiwa Occupy UM sudah mencapai klimaks dalam perlawanan antara mahasiswa dan pentadbir kampus.