Selasa, 16 Disember 2014

Cerita Datin Tapau Di Putrajaya

Sesekali berkunjung ke kementerian atau jabatan kerajaan di Putrajaya memang membuatkan telinga sarat dengan cerita-cerita menarik yang kadangkala menjadikan kita geleng kepala dan tersenyum sendirian.

Ada pelbagai cerita gembira, sedih dan lucu yang melibatkan perangai atau kelakuan manusia yang boleh kita dengar jika rajin berbual dan berceloteh dengan mereka. Kadang-kadang pula, dengan rajin memasang telinga juga membolehkan kita mendengar bermacam-macam cerita.

Walaupun Putrajaya adalah sebuah bandar pentadbiran yang indah, moden, mengkagumkan dan bertaraf kelas pertama tetapi tanpa di sangka masih ada kakitangannya yang berminda lekeh umpama kelas ketiga, terutama berkaitan dengan makanan.

Jika selalu kita dengar yang membungkus makanan atau "tapau" selepas jamuan adalah kalangan kakitangan rendah seperti kerani dan setaraf dengannya, itupun untuk mengelakkan makanan itu terbuang begitu saja, rupa-rupanya fenomena "tapau"  ini juga menjadi habit di kalangan bos-bos, orang atasan dan yang bergelar Datin sekali pun.

Negara Islam Contoh: Kenapa Mukhriz benarkan Miss Tourism di Langkawi?

ALOR SETAR: Dewan Ulama PAS Negeri Kedah menyifatkan penganjuran Miss Tourism International: Show Extravaganza di Berjaya Langkawi Resort, Pulau Langkawi pada 17 Disember sebagai bukti sikap pragmatik Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mencampuradukkan segala kegiatan sama ada makruf atau mungkar.

“Kami percaya, perkara ini langsung tidak dirujuk kepada pihak Mufti terlebih dahulu. Sedangkan semasa awal pentadbiran Datuk Seri Mukhriz, logo rasmi negeri Kedah pun dirujuk kepada pihak Mufti,” sindir Setiausaha Ulama PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya.

Ujar beliau, acara seperti ini hakikatnya langsung tidak mewakili budaya, identiti dan simbol masyarakat negara ini.

Malah katanya, tidak juga membawa keuntungan ekonomi yang nyata melalui urusan perniagaan atau pelancongan tempatan, selain tidak meluaskan hubungan dengan banyak pihak kecuali golongan berkepentingan.

Paling utama tegasnya, penganjuran itu menyalahi hukum syarak dan melanggar fatwa berkaitan dengannya.

Demikian itu tegas Ustaz Ahmad, tidak ada kewajaran yang nyata dan perlunya acara tersebut diadakan di Langkawi khususnya dan di Malaysia amnya.

“Apatah lagi dengan imej ketimuran serta pelbagai penganjuran tahunan bertaraf dunia seperti ‘Musabaqah Al-Quran’ hingga meletakkan negara ini dengan julukan ‘Negara Islam’ contoh.

DAP perkukuh peranan wanita, MCA fobia wanita


Kasthuri_Patto

GEORGE TOWN, 16 DIS: DAP mengecam tuduhan kolot Pengerusi Biro Harmoni Agama MCA Ti Lian Ker yang mendakwa kuota 30 peratus wanita hanyalah taktik untuk memancing undi kaum Hawa.
Timbalan Pengerusi Wanita DAP Pulau Pinang Kasthuri Patto berkata, dakwaan tersebut menzahirkan betapa jahilnya MCA dalam usaha memperkukuh peranan wanita dalam arena politik yang kian lama didominasi kaum lelaki.
“Mengapa sesempit ini pemikiran dan reaksi MCA?
“Tidakkah MCA sedar bahawa peratusan wanita yang keluar membuang undi pada PRU 13 lalu adalah 50.23 peratus atau 6,664,474 pengundi berbanding hanya 49.77 peratus lelaki.
“Jadi atas rasional apakah cadangan kuota 30 peratus ini dipertikaikan?,” soal Kasthuri.
Tegasnya, berbeza dari parti lain, DAP sentiasa komited dan percaya sebuah masyarakat yang meletakkan kepentingan hak wanita akan melindungi dan hak asasi manusia sejagat.
“Wanita merangkumi lebih separuh populasi warga dunia, 70 peratus warga miskin dunia dan dua pertiga masih buta huruf.
“Wanita harus diberikan hak untuk mengambil bahagian dalam mengolak senario politik negara masing-masing, dan peruntukan kuota 30 peratus dalam CEC adalah langkah kami untuk memberdayakan wanita,” ujarnya.

Bebaskan ahli akademik UNIMAS dari cengkaman politik


Depan Unimas


KUCHING, 16 DIS: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) perlu memberi kebebasan kepada ahli akademik dan bukannya tekanan kepada golongan tersebut hanya kerana melakukan sesuatu yang bertentangan pandangan dengan pemerintah.
Penyelaras Pusat Khidmat DAP Tupong Aziz Isa berkata demikian bagi menggesa siasatan Polis berikutan fitnah terhadap pensyarah UNIMAS oleh penulis blog Sematan Ke Lawas dan Cetusan Kenyalang.
Menurut Aziz beberapa pensyarah UNIMAS ‘diserang’ di laman blog pro-BN kerana tindakan menjemput kartunis Zunar ke kelas Pergerakan Demokrasi dan Sosial yang dianjurkan kepada pelajar Sarjana Muda Kajian Politik dan Pemerintahan UNIMAS.
“Pandangan mereka berdasarkan kepakaran. Kajian diperolehi dari data sebenar. Soal pandangan itu diterima atau tidak, ia proses penting dalam penyuburan demokrasi di negara ini.
“Apa yang penting ialah golongan ini diberi ruang untuk menyuarakan pandangan. Jika ahli akademik antarabangsa diiktiraf karya akademik mereka, mengapa pula BN perlu menekan golongan ini? kata Aziz dalam satu kenyataan.

Pindaan AUKU tak bermakna, mahasiswa masih dikongkong

UM canseloriKUALA LUMPUR 16 DIS – Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) perlu dimansuhkan segera kerana akta itu mengongkong kebebasan bersuara mahasiswa, kata Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendran.
Ini berikutan tindakan Universiti Malaya (UM) menjatuhkan hukuman di bawah seksyen 15 Auku terhadap lapan pelajarnya yang dikenali sebagai UM8 kerana menganjurkan forum bersama Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim pada 27 Oktober lalu.
Surendren berkata, meskipun berlaku pindaan terhadap akta itu sebelum ini, namun ia tidak bermakna kerana Naib Canselor, ahli senat dan sebagainya masih dipilih oleh kerajaan.
“Oleh itu (akta) ini digunakan untuk menekan dan mengongkong pelajar seperti yang berlaku dalam kes ini. Satu lagi yang penting undang-undang itu perlu dimansuhkan, bebaskan penuntut universiti menjalankan tugas mereka bagi menjadi ketua bagi masa depan negara kita,” katanya ketika sidang media di luar banggunan Canselari UM, pagi ini.
Surendren berkata, tindakan mengongkong pelajar untuk memberikan idea akan menyebabkan negara ketinggalan daripada negara-negara maju yang lain.

Halang MP Pakatan masuk pejabat UM cabul demokrasi – Izzah

Izzah
KUALA LUMPUR 16 DIS: Lima Ahli Parlimen (MP) Pakatan Rakyat dihalang masuk ke pejabat Naib Canselor Universiti Malaya (UM) bagi
menyerahkan petisyen membantah hukuman ke atas lapan pimpinan mahasiswa universiti tersebut (UM8) ekoran mengadakan pidato umum Saudara Anwar Ibrahim.
MP terbabit adalah Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), N Surendran (Padang Serai), Khalid Samad (Shah Alam), Teresa Kok (Seputeh) dan
Sim Tze Tzin (Bayan Baru).
Pada sidang media di perkarangan bangunan itu, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata, kedatangan mereka pada hari ini
diberitahu lebih awal dan sepatutnya tidak berlaku demikian.
“Saya selaku Ahli Parlimen setempat telah menelefon memaklumkan daripada awal dan menyatakan hasrat kami untuk memberi petisyen
dengan hormat. Tidak ada alasan kenapa pihak keselamatan terpaksa berbuat demikian.
“Saya amat terkejut kerana Ahli Parlimen tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Halangan ini menunjukkan budaya yang tidak menghormati demokrasi dan juga sivil,” katanya.
Tegas Nurul Izzah, hukuman ke atas tujuh pelajar yang terlibat dibuat berlandaskan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia kerana mencabuli hak kebebasan bersuara.

Akta Hasutan perlu dimansuh, bukan dipinda – Latheefa

Latheefa_KoyaKUALA LUMPUR 16 DISEMBER: Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Latheefa Koya berkata, tiada sebab Akta Hasutan 1948 mahu dikekalkan oleh kerajaan, sebaliknya ia perlu dimansuhkan seperti dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Dewan Negara semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri menyatakan kerajaan akan mengkaji pindaan sesuai susulan pengumuman untuk mengekal dan memperkukuhkan lagi akta berkenaan.
“Kerajaan perlu mansuh terus akta tersebut, tak perlu dikaji, tak ada kompromi lagi kali ini. Najib serta menteri-menterinya perlu kotakan janji untuk mansuh, jangan terus nak menipu rakyat,” ujar Latheefa.
Menurutnya, adalah jelas bahawa Akta Hasutan disalahgunakan kerajaan untuk mengekang kebebasan bersuara rakyat, termasuk mendakwa pimpinan pembangkang, ahli akademik dan aktivis sosial.
“Akta ini tidak sepatutnya digunakan lagi pada masa sekarang ini, ia adalah akta yang digunakan semasa zaman penjajahan kolonel Bristish dulu,” tegasnya ketika dihubungi.

Cincin Mahal: Tak mohon maaf, Rafizi masih tunggu saman Najib


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli masih belum mendengar apa-apa daripada peguam yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
 
Ketika dihubungi hari ini, beliau berkata, memandangkan sekarang adalah akhir tahun, mungkin semua orang bercuti.
 
Bagaimanapun, ahli parlimen Pandan berpandangan bahawa tiada alternatif untuk Najib dan Rosmah selain menyamannya.
 
Menurut Rafizi, surat tuntutan guaman dari Najib dan Rosmah menyatakan beliau perlu meminta maaf dalam tempoh 14 hari dan tempoh itu akan tamat pada 28 Disember.
 
"Mungkin mereka sedang menunggu sama ada saya akan ubah fikiran," katanya sambil ketawa.
 
Sementara itu, Rafizi berkata beliau bersedia untuk berdepan dengan perdana menteri dan isteri di mahkamah.
 
Minggu lalu, Rafizi melalui peguamnya menjawab bahawa beliau akan mempertahankan kenyataannya di mahkamah, dengan berhujah bahawa kenyataannya adalah berasas dan adil.
 
Pada 4 Disember, Najib dan Rosmah menghantar surat tuntutan guaman kepada pemimpin PKR itu berhubung ucapannya pada 23 November di mana beliau bercakap tentang subsidi bahan api dan cincin berlian yang didakwa dibeli untuk Rosmah.

1MDB: Tarik balik laporan polis bukti UMNO lemah

Tindakan UMNO menggesa ahlinya menarik balik laporan polis yang dibuat melibatkan isu 1MDB jelas menunjukan parti itu takut kepada kebenaran.
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar berkata tindakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menggesa Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan untuk menarik balik laporan polis yang dibuatnya jelas menunjukkan parti itu ingin menutup kelemahan mereka sendiri.
“Saya lihat tindakan Ku Nan menggesa Datuk Sri Khairuddin Abu Hassan, Naib Ketua UMNO Batu Kawan menarik balik laporan polis yang dibuat adalah untuk menarik isu tersebut daripada terus merebak dalam UMNO,” katanya kepada pemberita hari ini.
Jelas beliau, tindakan Ku Nan itu juga sebagai cara untuk mereka menutup isu 1MDB daripada menjadi bahan perbincangan dalam UMNO yang boleh menjejaskan kedudukan mereka seperti mana yang berlaku dengan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Pada masa yang sama beliau juga menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menyatakan pendirian beliau berhubung isu 1MDB kerana beliau merupakan salah seorang individu yang terlibat meluluskan cadangan tersebut.

1MDB: Bahagian Umno Pulau Pinang jumpa Najib bagi redakan keadaan

Terperangkap dalam keadaan yang janggal apabila timbalan ketuanya membuat laporan polis terhadap dana kekayaan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Umno Bahagian Batu Kawan semalam menjelaskan kedudukan mereka kepada presiden parti Datuk Seri Najib Razak. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata, ahli jawatankuasa bahagian itu bertemu perdana menteri menyatakan yang mereka tidak terlibat dalam laporan polis Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada Jumaat lepas di Kuala Lumpur.
Katanya, bahagian itu cuba menghubungi Najib, yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, selepas Khairuddin membuat laporan polis, yang mendorong siasatan dimulakan terhadap syarikat yang dibebani hutang itu.
 "Bahagian ini tidak terlibat sama sekali dan ahli jawatankuasanya memberi jaminan kepada perdana menteri yang mereka menyokong cara beliau mengendalikan ekonomi negara dan 1MDB," katanya kepada media tanpa memberi maklumat lanjut tentang pertemuan itu.
Zainal, yang bercakap pada satu program bantuan rumah persekutuan di Kampung Sungai Kechil Bintang di Nibong Tebal berkata, jawatankuasa bahagian itu melakukan carian dalam talian mengenai 1MDB dan mendapati yang laman web lembaga itu mempunyai jawapan kepada isu yang dibangkitkan Khairuddin. "Mereka berpuas hati dengan maklumat yang mereka dapat.
 Jawatankuasa itu berkata, mereka akan menulis kepada lembaga itu jika mereka mempunyai pertanyaan mereka sendiri. "Ini bagus. (Ia menunjukkan) kerajaan telus dan tiada apa hendak disembunyikan. Sesiapa yang tidak berpuas hati boleh tulis surat dan tanya soalan," katanya. Zainal berkata, ahli jawatankuasa bahagian Batu Kawan juga akan berbincang dengan Khairuddin mengenai perkara itu.
Dalam laporan polisnya, Khairuddin meminta siasatan "terperinci dan menyeluruh" dibuat, dan menggesa pihak berkuasa menyoal siasat pengarah dan wakil mana-mana syarikat yang mungkin terlibat dalam skandal 1MDB.

Anwar sudah bagi peringatan kpd Najib isu kewangan


MP PR Dakwa UM Sekat Kebebasan Bersuara

Terima Kasih BN: Tambang Baharu Bas Sekolah Naik Januari 2015

M'sia bleeds dirty money, enough for 42 new KLIA2

Taliban: We are instructing gunman what to do

Pakistan horror: Dozens of children killed in Taliban school assault

Dilema Negara - Isu dan Cabaran Pekerja Asing

Kalau you sokong, I ganti Anwar, kata Azmin

Isu Khalid: Azmin arah MBI rujuk penasihat undang-undang

Aliran wang haram RM171.11b pada 2012

MP: Layanan UM lagi teruk dari BN

Halang hantar petisyen, MP PR dakwa UM sekat kebebasan bersuara

Selepas PasMa, PAS pantau Geng Ustaz pula

Selain memantau kegiatan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), PAS juga akan meneliti kegiatan sebuah lagi NGO kontroversi yang digerakkan anggota parti itu, dikenali sebagai Geng Ustaz (GU).

Difahamkan langkah itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS kelmarin dan pekeliling berkaitan kini diedar kepada setiausaha PAS di negeri-negeri.

Pekeliling tersebut ditandatangani Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Dalam pekeliling itu, menurut sumber, jawatankuasa khas dipengerusikan Naib Presiden Salahudin Ayub akan bertemu GU untuk memantau kegiatan mereka dari masa ke semasa.

Penggerak dan aktivis PasMA sebelum ini sudah beberapa kali membangkitkan persoalan kenapa hanya mereka sahaja yang menjadi mangsa “penguatkuasaan” PAS.

Sedangkan, kata mereka, kenyataan lebih keras berkaitan pergolakan dalaman PAS sering ditimbulkan oleh GU.

Terima larangan sertai PasMA

GU dipelopori ulama-ulama muda PAS dan diketuai oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak Norazli Musa.

GU dan PasMA wujud ketika krisis menteri besar Selangor memuncak sebelum ini.

Kumpulan itu sebelum ini mencuri perhatian selepas menganjurkan solat hajat menyokong kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor, ketika Pakatan memilih calon lain.

Dilihat mewakili kepentingan kumpulan proulama PAS, GU lantang menentang kemunculan PasMa yang digerakkan anggotanya yang dikatakan pro-Pakatan.

Guna 'senjata rahsia' pada suami, kata Rosmah..!

Golongan perempuan patut menggunakan “senjata rahsia” masing-masing untuk mendapatkan apa yang mereka mahu daripada suami, kata isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Beliau mencadangkan kaum hawa menggunakan “pendekatan lembut” dan kuasa memujuk.

“Jangan minta banyak sangat. Jangan minta, saya mahu itu, saya mahu ini. Lelaki tidak suka, betul tak.

“Jika dia nak bagi, dia akan bagi. Kita boleh bayangkan (mahu apa), tetapi jangan minta atau paksa mereka dapatkan untuk kamu.

“Kamu boleh pujuk. Kita ada senjata rahsia, jadi gunakanlah sebaiknya,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

Rosmah (atas) berkata demikian ketika berucap dalam pusat bantuan wanita dan nasihat guaman MCA, yang dikenali sebagai “LAWA”.

Rosmah menjadi penaung untuk pusat itu.

GST Punca Kenaikan Kos Perubatan di Hospital Swasta Malaysia Tahun 2015 Sekurang-kurangnya 5%!

kos perubatan
 Pelik. Banyak yang melawan arus sekarang daripada cakap-cakap pemain industri berbanding kenyataan menteri menjelangnya pelaksanaan GST 6% di Malaysia 1 April 2015 kelak.
Apabila ditanya kesan GST kepada Malaysia, apa jawapan yang rakyat terima? banyak harga barang akan turun. Apabila diajukan pula persoalan mengenai kos perubatan terkesan atau tidak disbealik pelaksanaan GST? Jawapan menteri….
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam hanya mengatakan kenaikan kos perubatan di Malaysia naik hanya akan berlegar antara 1% dan 2% apabila GST 6% dilaksanakan kelak.
Walaubagaimanapun, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Dr Jacob Thomas telah melangungkan amaran dan peringatan kepada rakyat Malaysia supaya bersedia lebih awal dengan kenaikan kos perubatan di hospital swasta Malaysia naik yang akan berlaku kelak iaitu sekurang-kurang 5% atau lebih walaupun kerajaan mengatakan perkhidmatan kesihatan dikecualikan daripada GST.

Punca Kenaikan Kos Perubatan di Hospital Swasta Naik 2015?

  1. Ramai profesional kesihatan yang bekerja secara bebas atau sebagai bukan kakitangan hospital sebagai punca peningkatan kos tersebut
  2. Walaupun sektor penjagaan kesihatan sering dilabelkan terkecuali daripada GST oleh kerajaan, tetapi

Modal Berbayar 1MDB US$1 Juta Tanggung Hutang RM41.9 Bilion. Skandal Terbesar Dana Malaysia? 1MDB Mula Minta Talian Hayat


Sejarah telah membuktikan banyak dana negara diseleweng tanpa rasa bersalah.
Duit beli lembu, buat beli kondo. Ada ditempat lain? Tidak sama sekali, hanya di Malaysia. Itu baru dana sejumlah RM250 juta yang diseleweng. Ini..
Khairuddin Abu HassanIni tanggungan hutang berjumlah RM42 bilion melibatkan kerajaan Malaysia. Begitu banyak kisah yang “tersepit” dan “terselit” dalam skandal 1MD ini. Sudah tiba masanya satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan untuk membuka simpulan itu yang sudah lama diikat rapi oleh kalangan yang berkepentingan.
Terkini, ahli bawahan UMNO (Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan) sudah buat laporan, mengapa melenting yang di atas sana termasuk Tengku Adnan Tengku Mansor?
  • Kenapa mesti menggelabah sehingga mengeluarkan kenyataan yang berbaur ancaman kepada ahli sendiri?
  • Bukankah Khairuddin Abu Hassan juga kalangan rakyat Malaysia yang mahukan cintakan ketelusan dan kebenaran? Salahkah?
  • Apa yang perlu ditakutkan & melatah? Apa yang perlu disorokkan?
Ini pelaburan yang telah melibatkan negara dan kerajaan malaysia, jadi rakyat mesti dan berhak untuk tahu.
  • Apa salah Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan buat laporan polis?
    Beliau adalah rakyat Malaysia yang berhak buat laporan polis
  • Kenapa cuba untuk “ikat tangan”, dan “tutup mulut” Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan?
  • 1MDB ini bukan dana UMNO, 1MDB bukan dana Pakatan Rakyat, 1MDB adalah dana negara
  • Tanggung hutang 1MDB bukan RM100 juta, bukan RM1 bilion tetapi RM42 bilion. Mahu rakyat diam lagi?
  • Salahkah untuk disiasat hujung pangkalnya?
  • Tengku Adnan masih lagi mendakwa ia hanyalah persepsi, persepsi dan persepsi sahaja skandal 1MDB ini
Sudah elok-elok ada Khazanah Nasional yang menguruskan dana kekayaan negara, ditambah pula dengan beban 1MDB.
  • Hebat……cara 1MDB berniaga. Dengan hanya mempunyai modal berbayar serendah US$1 juta sahaja
  • (US$3.4 juta) pada masa itu, sudah mampu memikul hutang berjumlah RM42 bilion.
  • Bertambah hebat lagi, 1MDB “bermurah hati” bayar RM1.4 bilion untuk 2 bidang tanah di Pulau Pinang
  • pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran sebenar
  • Bagaimana dengan bab Petrosaudi? Sudah lesap RM2 bilion bukan?
Mahu rakyat berdiam lagi…….?
Dan Tokoh Wartawan Negara, Datuk Kadir Jasin mendedahkan maklumat yang diperolehinya mengatakan 1MBD sudah mula memohon Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz supaya bersetuju tempoh pinjaman tidak berbayar (NPL) dipanjangkan dari tiga hingga enam bulan. Mentang-mentanglah Najib Razak Menteri Kewangan. Ermmmm….
  • Jikalau tiada masalah, mengapa pinjaman yang dilakukan 1MDB mesti dipanjangkan lagi tempohnya?
  • Jikalau tiada masalah, mengapa 1MDB minta dilanjutkan tempoh daripada Suruhanjaya Tenaga untuk memulakan projek?
  • TNB sudah terang-terang mengatakan yang 1MDB boleh mula membuat sambung loji janakuasa ke grid seperti yang termaktub dalam konsesi kontrak yang sedia ada?
  • Persepsi apakah ini wahai Tengku Adnan Tengku Mansor?

Kalau macam ni biarlah Ringgit terus merudum.. kalau boleh biar sampai USD1 = RM100


MP PR dakwa UM sekat kebebasan bersuara

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar Ibrahim hari ini hadir ke Universiti Malaya (UM) bagi menghantar petisyen membantah hukuman yang dikenakan kepada lapan pelajar UM.

Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai mendakwa, pihak UM seolah-olah menyekat kebebasan bersuara pelajar, selain bersikap 'pilih kasih' apabila hanya memberi laluan kepada pemimpin BN untuk berforum dalam universiti.

"Petisyen ini dipersetujui oleh ahli Parlimen PR seramai 42 menyerahkan petisyen kepada wakil Naib  Canselor UM, Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaluddin  kerana  kami tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan Canseleri UM.

"Kami mengulangi hakikat bahawa hukuman yang dijatuhkan ke atas lapan pelajar yang terlibat dibuat berlandaskan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) iaitu undang-undang yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan (2011) sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia kerana mencabuli hak kebebasan bersuara rakyat.

"Kami ingatkan UM bahawa Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, Tun Dr Mahathir Mohamad, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin semua pernah hadir dalam forum bersama pelajar. Nampaknya kehadiran ahli politik bukan asing ke dalam kampus, tetapi asalkan bukan ahli Parlimen PR," katanya di hadapan Canseleri UM pagi ini.

Oleh itu, jelas Izzah beliau mendesak sepenuhnya agar tindakan tatatertib yang dikenakan kepada pelajar dalam pendakwaan mereka ditarik balik.

Khairuddin bakal buat kejutan berkaitan 'missing link' 1MDB


Rosmah: Stand by your husbands as I stand by Najib


Use 'secret weapon' on hubby, Rosmah tells women..!!


UM tidak layan protes, pelajar rancang tindakan saman

Susulan tiada respon diterima daripada pentadbiran Universiti Malaya (UM), pelajar yang dihukum kerana menganjurkan program bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang mengambil tindakan undang-undang.
Presiden Persatuan Pelajar Islam UM Khairol Najib Hashim, salah seorang daripada pemimpin pelajar dalam kumpulan yang menamakan diri mereka UM8 itu berkata, tindakan undang-undang dilihat jalan terakhir setelah mereka berkhemah sejak Jumaat.
"Protes 'Occupy UM' berakhir petang semalam, tetapi tuntutan kami supaya hukuman dan denda yang dikenakan terhadap UM8 ditarik balik tidak dilayan.
 "Walaupun ramai pelajar mengambil bahagian di dalam protes ini dengan berkhemah di luar pagar Kuala Lumpur universiti, pihak berkuasa yang berkaitan tidak memberi sebarang respon," katanya. Khairol memberitahu The Malaysian Insider, semalam mereka cuba berjumpa Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Prof Datuk Dr Rohana Yusof tetapi beliau tiada.

Sistem kapitalis ancam pengguna, untungkan peniaga, dakwa persatuan pengguna Islam

Seminar adalah antara aktiviti diadakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk beri lebih kesedaran kepada pengguna. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Disember, 2014.Seminar adalah antara aktiviti diadakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk beri lebih kesedaran kepada pengguna. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Disember, 2014.Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang sebelum ini menjadi juara isu halal haram Cadbury kini melihat sistem kapitalis yang hanya menguntungkan peniaga mengancam pengguna dalam negara, di mana kebanyakan orang ramai ditindas akibat ketidakadilan.
Ketika negara ke arah status negara maju, muncul juga lebih banyak institusi kewangan yang sah dan haram dalam memberikan pinjaman menyebabkan PPIM tampil membela pengguna.
Walaupun tujuan penubuhan PPIM pada awalnya melindungi pengguna, pada masa sama  mereka juga dalam proses penyusunan semula bagi menghadapi masalah yang lebih kompleks masyarakat hari ini.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, Ketua Biro Kewangan PPIM Sheikh Abd Kareem S Khadaied berkata pertubuhan bukan kerajaan tersebut kini dalam proses penyusunan semula. "Buat ketika ini kita dalam proses penjenamaan dan penyusunan semula organisasi," katanya.
PPIM juga berkembang sejak penubuhan pada 1997, mereka kini memiliki sekurang-kurangnya 8 biro yang mengambil peranan melihat dan memantau isu dihadapi pengguna.
Pada awalnya fokus tertumpu hanya kepada isu kepentingan pengguna, bagaimanapun kini mereka memiliki unit yang menyemak polisi bank di samping menangani isu melibatkan perundangan.
Menjelaskan mengenai tugas dan tanggungjawab PPIM, beliau yang juga salah seorang aktivis PPIM yang aktif berkata tumpuan diberikan kepada dua perkara, mikro dan makro.

Siapa boleh ganti Najib? - Prof Dr Jayum

Prof Dr Jayum Jawan 
KUALA LUMPUR - Barisan kepemimpinan Umno pada hari ini dilihat masih belum mampu mengambil alih tugas jawatan yang digalas Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan ketika membayangkan perkara itu berkata, barisan kedua dalam parti yang terdiri daripada Naib-naib Presiden Umno perlu 'dibina' lagi ekoran masih belum ada yang menonjol.

"Untuk masa ini, Najib masih diterima. Tiga Naib Presiden itu belum mencapai (tahap yang dikehendaki) kerana kadang-kadang kita lihat (mereka) terlalu cepat beri reaksi.

"Tapi untuk sekarang, tiada pemimpin yang bagus untuk mengambil alih (jawatan Najib)," katanya ketika ditemui pada Persidangan MPN Dilema Negara : Isu dan Cabaran Pekerja Asing Di Malaysia, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berpendapat, pemimpin yang bijak bakal memberi reaksi terakhir sekali selepas menilai semua situasi.

"Pemimpin yang bijak, dia yang bercakap terakhir bukan pertama. Kena lihat (semua), baru kita ulas.

"Tapi kadang-kadang orang kata, tidak bermalam (isu itu) sudah diberi respons. Cerita itu tak habis lagi, dia dah (beri respons)," katanya

PERMATA: Siti Aishah pula disiasat bawah Akta Hasutan

KUALA LUMPUR 16 DIS: Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail dipanggil polis
untuk disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung isu Program Permata Negara (Permata).
Aishah akan disiasat esok di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya pada jam 9 pagi. Beliau akan ditemani peguamnya, Sivamalar Genapathy yang juga Naib Ketua Wanita KEADILAN.
Beliau dalam laporan Keadilan Daily pada 12 Oktober lalu hanya mempersoal peruntukan sebanyak RM711 juta yang diberikan kepada Permata seperti diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2015.
Pada 8 Disember lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Haniza Talha juga disiasat di IPD yang sama dan di bawah akta yang sama dalam isu Permata.
Haniza menyatakan bahawa kerajaan didakwa menyalahgunakan Akta Hasutan 1948 untuk menakut-nakutkan pihak yang berani mengkritik dan mempersoalkan dasar serta polisi yang dijalankan.
Jelasnya, tindakan pihak polis memanggil beliau memberi keterangan berhubung kenyataan mengenai peruntukan terhadap Permata sebelum ini menguatkan lagi dakwaan tersebut.

Tuan Ibrahim calon pilihan ganti Hadi dalam PAS, kata firma kajian

Jika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berundur, calon yang popular menggantikan beliau adalah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerana tidak ada calon lain meskipun naib presiden popular Datuk Husam Musa, yang boleh menewaskan ahli Parlimen Marang itu jika berlaku pertandingan satu lawan satu.
Inilah maklum balas awal diperolehi daripada satu kajian yang dibuat di kalangan perwakilan dan akar umbi PAS. Pengerusi Eksekutif Ilham Centre Mohamad Hisomudin Bakar memberitahu The Malaysian Insider, Tuan Ibrahim adalah calon popular dalam penemuan awal kajian terbaru yang dilakukan firmanya di kalangan perwakilan PAS seluruh negara yang kini menyelesaikan kajian di Perlis, Kedah dan juga Johor.
 Perwakilan masih percaya Hadi akan akan berjaya mengekalkan jawatannya jika kerusi itu dipertandingkan, katanya. Walaupun pertelagahan semakin meningkat dalam parti Islam itu, cadangan menukar kepimpinan masih tidak realistik, kata Hisomudin, meskipun jika Timbalan Presiden Mohamad Sabu atau Husam yang mencabar beliau.
"Kajian kami menunjukkan pengaruh Hadi masih kuat dan dia akan kekal sebagai presiden. Kalau berlaku perubahan pun di peringkat timbalan dan naib. "Husam, Mat Sabu atau Ahmad Awang tidak akan berjaya mengalahkan beliau," kata Hisomuddin.
Hasil kajian ini diperolehi selepas beberapa bulan PAS mengadakan Muktamar ke-60 di Batu Pahat yang menyaksikan Hadi mengambil sikap menyerang pihak tidak bersependapat dengannya dalam parti ekoran pertelagahan di kalangan Pakatan Rakyat dalam kerusi menteri besar Selangor. Hisomuddin berkata, kajian itu menunjukkan ahli PAS mahu komposisi kepimpinan parti dikekalkan dengan gabungan antara profesional dan ulama.
"Kebanyakan menolak kumpulan yang terlalu ekstrem sama ada di kalangan ulama yang mahukan kepimpinan PAS dikawal ulama sepenuhnya atau kumpulan ekstrem profesional yang mahukan golongan itu mengawal kepimpinan PAS. "Mereka mahukan gabungan antara kedua-duanya dikekalkan," kata Hisomuddin kepada The Malaysian Insider.

Contohi Pakatan Rakyat Perak - Misbahul Munir

IPOH: Kemelut dalaman Pakatan Rakyat tidak akan selesai jika semua pihak tidak menghormati pendirian masing-masing bagi mempertahankan matlamat perjuangan.

Ketua Penerangan PAS Perak, Mohd Misbahul Munir Masduki berkata, PAS sejak ditubuhkan sehingga sekarang berpegang teguh untuk mendaulatkan syariat Islam seperti yang terkandung di dalam Al-Quran serta termaktub dalam perlembagaan parti itu.

Menurutnya, rakan parti lain tidak ada hak memaksa PAS meninggalkan perjuangannya kerana prinsip tersebut telah wujud sebelum tertubuhnya gabungan Pakatan Rakyat.

Ujarnya, begitu juga DAP dan PKR mempunyai prinsip perjuangan yang termaktub dalam undang-undang tubuhnya, rakan parti lain juga tidak ada hak memaksa mereka meninggalkan prinsip perjuangannya.

"Hormatilah pendirian parti rakan dalaman Pakatan Rakyat, kita bersatu dengan matlamat mahu tumbangkan Umno BN yang mewarisi kezaliman serta penyelewengan zaman-berzaman.

"Pengalaman politik di negara itu tidak memungkinkan BN dapat ditumbangkan dengan mudah tanpa kerjasama politik parti-parti pembangkang di negara ini.

Latheefa Koya : PAS bersubahat dengan BN selubungi 1MDB?

Kenapa usul ini ditimbulkan oleh PAS Kelantan di waktu yang sama dengan skandal 1MDB?

Latheefa_KoyaPETALING JAYA : Latheefa Koya curiga bahawa PAS bersubahat dengan BN untuk menyelubungi skandal 1MDB dengan rencana PAS Kelantan untuk membentangkan pindaan hukum Hudud di satu sidang khas DUN Kelantan .
Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan rasa hairannya terhadap tindakan PAS Kelantan yang secara tiba-tiba mahu membentangkan pindaan hukum Hudud.
“Apakah usul ini sengaja diadakan oleh PAS Kelantan untuk mengalih perhatian masyarakat umum daripada skandal 1MDB dengan membuat persepsi bahawa ada konflik antara PAS dan DAP?” tanya Latheefa.
Latheefa juga menyatakan di waktu tekanan hebat yang diberikan terhadap kerajaan UMNO-BN tentang skandal 1MDB, adalah sangat aneh PAS Kelantan memilih waktu yang bersamaan untuk mengumumkan tentang pembentangan tersebut.
Beliau juga mempersoal kenapa pengumuman ini di buat secara tiba-tiba dan kenapa di perlukan sidang khas DUN. Latheefa mahu pemimpin tertinggi PAS, Haji Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan menjawab keatas tindakan mereka.

Tegur Najib kerana ingin betulkan UMNO

Dakwaan Zahid terhadap Abdul Rashid amat berat kerana sebagai Menteri Dalam Negeri semestinya mempunyai segala maklumat dan bukti yang kukuh.

zainuddinmaidinPETALING JAYA: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, dakwaan yang dibuat oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke atas bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang menuntut Perdana Menteri berhenti daripada menipu rakyat adalah satu perkara yang berat.
Menurut beliau, jika Abdul Rashid mengeluarkan kata-kata itu dengan niat ikhlas untuk membetulkan UMNO supaya kapal tidak dibakar, maka beliau tentunya memandang serius.
Wartawan veteran itu berkata, dakwaan Zahid terhadap Abdul Rashid amat berat kerana sebagai Menteri Dalam Negeri semestinya mempunyai segala maklumat dan bukti yang kukuh dalam membuat sesuatu tuduhan dan tentunya bertanggungjawab di atas kenyataannya.
Zainuddin turut membangkitkan bagaimana pula dengan kenyataan Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad di Pesidangan Agung Tahunan Kelima Perkasa bahawa” kita cuba perbetulkan UMNO tapi jangan sesekali kerana marahkan nakhoda, kita bakar kapal” Siapakah Nakhoda yang dimaksukan oleh Tun Hamid?
“Sebenarnya kapal tidak perlu dibakar tetapi jika anak anak kapal cepat marah maka nakhoda akan kehilangan haluan dan kapal akan melalui gelombang yang semakin besar dan akan tenggelam dengan sendirinya,” katanya di dalam entri terbarunya di zamkata.blogspot.com.
Sebelum ini sebuah portal melaporkan Zahid mempersoalkan gesaan yang dibuat Abdul Rashid yang menuntut Perdana Menteri berhenti daripada menipu rakyat, sambil mendakwa kemungkinan ada ‘benda’ yang tidak diperolehi Rashid.

'Saya takut Allah, bukan kena saman' - Khairuddin


Khairuddin: Kaki bodek UMNO jatuhkan Najib, bukan saya


GST: Rakyat tidak percaya ketelusan kerajaan Umno@Bn

GST hanya menguntungkan rakyat sekiranya ia diurus dengan baik. Sebahagian besar rakyat tidak meyakini ia akan diurus dengan baik kerana kerajaan Malaysia telah membuktikan acap kali kelemahannya dalam urusan kewangan rakyat – contoh terkini ialah kegagalan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mempunyai hampir RM42 bilion hutang semasa, dan meningkat setiap hari.

Kerajaan yang dipercayai ialah kerajaan yang menentukan langkah-langkahnya menurut perspektif rakyatnya. Segala ilham yang diperlukan untuk membentuk mekanisme dan kaedah-kaedah yang perlu bagi menjayakan hasrat mensejahterakan rakyat itu, akan dianugerahkan tanpa sebarang kesukaran dan disambut baik oleh kebanyakan rakyat.

Hanya melalui kesanggupan politik (political will) sahaja intergriti dapat dicapai. Dalam suasana ramai ramai rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah, pelaksanaan GST akan menambahkan lagi kos sara hidup keluarga masing-masing.

Selepas Majlis Syura, PAS Pusat nasihat jangan terlibat program PasMa

Mesyuarat PAS Pusat Ahad lepas membuat keputusan menasihatkan pimpinan PAS di semua peringkat tidak melibatkan diri dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang kini menjadi kumpulan pendesak dalam parti Islam itu. Keputusan itu disampaikan kepada semua pemimpin PAS melalui satu pekeliling yang dikeluarkan Pejabat Agung PAS dan ditandatangani Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali. Bagaimanapun pekeliling bertarikh 15 Disember itu tidak menyatakan sebarang tindakan atau amaran yang akan diambil jika mana-mana pemimpinnya melanggar nasihat itu.

"Ia dibuat demi memelihara keutuhan dan perpaduan parti," kata pekeliling yang ditujukan kepada semua setiausaha perhubungan negeri dan Wilayah Persekutuan itu. Dalam pekeliling yang sama dimaklumkan Jawatankuasa PAS Pusat akan terus memantau kegiatan PasMa dari masa ke semasa. Selain PasMa, PAS juga memerhatikan satu lagi badan bukan kerajaan (NGO) dalam PAS iaitu Geng Ustaz (GU) yang dianggap bertentangan dengan PasMa.

"Jawatankuasa khas yang dipengerusikan Naib Presiden PAS Salahudin Ayub akan mengadakan pertemuan dengan sebuah NGO iaitu Geng Ustaz bagi tujuan dan maksud yang sama," kata pekeliling itu. Pada 24 November lalu, Salahudin dan Ahli Majlis Syura Ulama Idris Ahmad mengadakan pertemuan dengan pemimpin PasMa. Dalam pertemuan itu, mereka bertukar-tukar fikiran dan laporan dibuat oleh Salahudin kepada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 14 Disember lepas.

Rasuah punca Malaysia rugi RM1.38 trilion – GFI

rasuah-malaysiaKUALA LUMPUR 16 DIS: Malaysia kerugian RM171.11 bilion (AS$48.93 bilion) ekoran pengaliran keluar wang haram pada 2012, menurut laporan pemantau aliran wang haram, Integriti Kewangan Global (GFI).
Laporan yang dikeluarkan hari ini seperti dilapor Malaysiakini turut menyebut, kerugian terkumpul Malaysia kini sebanyak RM1.38 trilion (AS$394.87 bilion) sejak 2003.
Laporan GFI, yang terlibat dalam pemantauan selebih sedekad itu menyebut pengaliran keluar wang haram ini berlaku dalam bentuk rasuah, lari daripada cukai dan jenayah.
Berbeza dengan pelarian modal, Malaysia menunjukkan peningkatan kecil apabila aliran keluar wang haram pada 2012 menurun 5.98 berbanding 2011.
Aliran wang haram di Malaysia berada antara RM70 bilion (AS$20 bilion) kepada RM140 bilion (AS$40 bilion) setahun sejak 2012 tetapi naik mendadak kepada RM218.06 bilion (AS$62.45 bilion) pada 2010.
Menurut laporan itu lagi, Malaysia juga kekal antara lima negara teratas dalam masalah pelarian modal.

Harga minyak jatuh, jadikan Malaysia paling lemah di Asia Tenggara, kata konsultan

Malaysia muncul sebagai tempat paling lemah dalam Asia Tenggara berikutan penurunan semasa harga minyak mentah dunia dan peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang melemahkan ringgit berbanding dolar AS, kata konsultan kredit antarabangsa. Menulis dalam ruangan Macroscope di akhbar Hong Kong, South China Morning Post, Nicholas Spiro berkata pengeksport minyak itu juga lebih sensitif kepada kenaikan pengeluaran Perbendaharaan AS kerana ia mempunyai salah satu saham terbesar pegangan asing dalam bon matawang tempatan di pasaran berkembang (Ems).
Beliau berkata negara Asia yang berkembang sudah membuktikan ia secara relatifnya mampu bertahan terhadap sentimen kemerosotan, sebahagiannya disebabkan pelabur lebih positif terhadap rantau itu berbanding negara Eropah berkembang dan Amerika Latin, dan juga ekonomi utama Asia adalah pengimport minyak dan akan mendapat manfaat daripada kejatuhan harga minyak.
“Tetapi satu negara dalam rantau itu terkeluar daripada aspek kelemahannya: Malaysia,” katanya dalam kolum akhbar itu. Pengarah urusan firma perunding berpangkalan di London Spiro Sovereign Strategy yang khusus dalam dana dijamin kerajaan di Eropah berkata saham Malaysia jatuh 12% dalam tempoh 3 bulan, digambarkan sebagai “penurunan tercuram” di kalangan Ems utama, sementara ekuiti Indonesia dan Thailand hanya jatuh 0.8% dan 2.5% masing-masing bagi tempoh yang sama.

Aliran wang haram RM171.11b pada 2012

Malaysia kerugian RM171.11 bilion (AS$48.93 bilion) ekoran pengaliran keluar wang haram pada 2012, menurut laporan pemantau aliran wang haram Integriti Kewangan Global (GFI).

Laporan yang dikeluarkan hari ini turut menyebut, kerugian terkumpul Malaysia kini sebanyak RM1.38 trilion (AS$394.87 bilion) sejak 2003.

Laporan GFI, yang terlibat dalam pemantauan selebih sedekad, menyebut pengaliran keluar wang haram itu berlaku dalam bentuk rasuah, lari daripada cukai dan jenayah.

Berbeza dengan pelarian modal, Malaysia menunjukkan peningkatan kecil apabila aliran keluar wang haram pada 2012 menurun 5.98 berbanding 2011.

Aliran wang haram di Malaysia berada antara RM70 bilion (AS$20 bilion) kepada RM140 bilion (AS$40 bilion) setahun sejak 2012 tetapi naik mendadak kepada RM218.06 bilion (AS$62.45 bilion) pada 2010.

Bagaimanapun, angka tahunan menunjukkan trend penurunan, turun kepada RM181.19 bilion (AS$52.05 bilion) pada 2011 dan RM171.11 bilion (AS$48.93 bilion) pada 2012.

Malaysia kekal antara lima negara teratas dalam masalah pelarian modal tetapi kedudukannya bertambah baik.

Rakyat pemaaf sifatnya, boleh diperlakukan apa sahaja

Malaysia sebuah negara berbilang kaum dan sebagai sebuah negara yang unik ia banyak perbezaannya dengan banyak negara dan wilayah yang berkerajaan lain di dunia ini. Malaysia mempunyai rakyat berbilang kaum dan telah merdeka sejak tahun 1957 lagi. Kini sudah 58 tahu kita merdeka dan dalam jangka masa yang agak panjang ini dunia dapat memahami keunikan yang ada kepada kita.
Diantara keunikan yang jelas terlihat ialah rakyat negara ini adalah rakyat yang baik hati yang kadangkala dianggap sebagai rakyat yang lesu dan tidak bermaya. Mereka tidak mudah merasakan apa-apa yang dilakukan terhadap mereka walaupun banyak perkarqa yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap mereka. Rakyat negara ini adalah rakyat yang boleh diperlakukan apa sahaja oleh pihak yang memerintah mereka.
Mereka adalah rakyat yang pemaaf sifatnya. Walaupun berbagai-bagai skandal terhadap kewangan dan harta benda negara yang mereka punyai ini, yang memimpin mereka tetap berada ditampok kuasa tanpa banyak masalah. Skandal kewangan yang dalam jumlah berpuluh-puluh billion jumlahnya boleh dilakukan oleh kerajaan yang memimpin mereka. mereka tetap tidak merasai apa-apa kerana mumngkin mereka mendapatkan negara merdeka mereka tanpa banyak pertumpahan darah dan mendapatnya dengan begitu senang secara ‘comparative’ nya dengan negara-negara lain yang mendapatkan kemerdekaan mereka.
Jika skandal seperti yang berlaku dinegara ini berlaku di negara Jepun misalnya, kerajaan kita sudah sepatutnya bertukar tangan puluhan kali sejak merdeka. Negara Jepun pernah menukar Perdana Menterinya dua kali dalam setahun. Pertukaran itu terjadi hanya kerana kesilapan yang dianggap jauh lebih kecil berbanding dengan apa yang berlaku dinegara kita. Negara itu tetap utuh walaupun Perdana Menterinya bertukar ganti dalam jangka masa yang singkat. Kerajaannya tetap berjalan kerana kerajaan dipandu oleh sistem yang baik dan bukannya oleh individu pemimpin yang boleh melakukan segala-galanya mengikut ‘whim and fancies’mereka.
Dinegara kita telah berlaku banyak kali kes pembunuhan yang tidak ada ‘criminal’nya. Pembunuhan itu berlaku seolah-olah berlaku tanpa pembunuhnya. Pada pertengah tahun lapan puluhan dahulu saya mengenali seorang wanita yang dibunuhnya dan sampai kehari ini tidak tahu siapa yang membunuhnya. Mustakizah yang saya kenali dibunuh dan dalam proses siasatannya semua mereka yang dianggap sebagai saksi yang mersik telah sama-sama mati seorang demi seorang juga dengan pembunuhan.
Altantuya, gadis Monggolia mati dan jasadnya dihancurkan dengan menggunakan bom C4 dengan niat untuk menghilangkan bukti pembunuhan itu, tetapi sampai kehari ini tidak tahu siapa yang membuatkan dua orang anggota keselamatan kita membunuhnya. Di mahkamah tidak pernah disoal dua anggota keselamatan itu siapa yang mengarahkan pembunuhan itu.

Najib tiada pengganti yang layak

Ketiga-tiga Naib Presiden UMNO masih belum mencapai tahap yang membolehkan mereka untuk menjadi Perdana Menteri
Profesor Dr Jayum Jawan_1KUALA LUMPUR: Kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak masih diperlukan bagi meneraju Malaysia kerana tidak pengganti yang sesuai dan menonjol sama ada dalam UMNO mahupun Barisan Nasional.
Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Jayum Jawan berkata, tiga Naib Presiden UMNO sekarang masih dianggap belum mencapai tahap kepimpinan yang melayakkan mereka menjadi pengganti.
Beliau menambah, kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri juga amat diperlukan oleh kaum bukan Melayu kerana faktor kesederhanaan, walaupun beliau ditolak oleh orang Melayu.
“Najib boleh diterima lagi. Mungkin orang Melayu pada masa kini sedang menolak Najib, tetapi bagi orang bukan Melayu, Najib adalah hanya satu alternatif yang ada pada masa ini,” jelasnya yang merupakan Profesor Politik & Kerajaan di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sama ada Anwar, PR akan terus kehadapan - MPN


Anwar Ibrahim - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB 

KUALA LUMPUR - 'Anwar sudah tidak penting lagi', demikian reaksi Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan ketika ditanya soal keperluan PKR mencari pengganti Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, kepimpinan baru yang muncul dalam ketiga-tiga parti komponen PR boleh memastikan gabungan itu terus maju ke depan.

"Tak perlu (cari pengganti). Anwar tidak penting. Anwar 'is no longer important'. Suatu ketika Anwar itu penting...semacam pengikat. Tapi saya rasa sekarang ini Anwar tak penting.

"Sama ada Anwar sudah tidak ada nanti atau dipenjarakan, saya rasa PR akan terus kehadapan," katanya ketika ditemui pada Persidangan MPN Dilema Negara : Isu dan Cabaran Pekerja Asing Di Malaysia, di sini, hari ini.

Menurutnya, kepimpinan yang sudah senja termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bakal pupus.

Melayu jadi Red Indian?

Oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim

Melayu jadi Red Indian?
KENYATAAN Tun Abdul Hamid Mohamad, mantan ketua hakim negara pada 23 November 2014 ketika menentang cadangan kerajaan meminda Akta Hasutan 1948 mendapat perhatian ramai.
Ketegasan Tun Abdul Hamid bersama pejuang lain, termasuk Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dengan sokongan NGO Melayu akhirnya memaksa kerajaan menarik balik pindaan akta terbabit.
Semua pejuang dan NGO Melayu anti-pindaan Akta Hasutan 1948 pasti berasa lega dan berpuas hati dengan keputusan ini. Namun, seperti diperingatkan Tun Abdul Hamid, cabaran lebih hebat sedang menanti: “Masalah yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang bukan sekadar melibatkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Hasutan 1948… Masalahnya adalah orang Melayu menghadapi ancaman akan menjadi ‘Red Indian’ di tanah air sendiri!”
Penghapusan bangsa Red Indian
Perhatikan betapa malangnya nasib bangsa Red Indian. Sekali pun hak asasi sebagai bumiputera Amerika diiktiraf, akhirnya mereka langsung kehilangan kuasa, pengaruh dan kedudukan hingga terlepas peluang dan kesempatan membentuk identiti mewarnakan jati diri bangsa Amerika.
Bangsa Red Indian terdiri daripada berbagai suku kaum dan kabilah keturunan atau tribe. Mereka bersaing dan kerap berperang antara satu suku kaum dengan lain.
Namun, sebelum kedatangan orang putih, konflik dan peperangan sesama bangsa Red Indian mengguna senjata tahap rendah, tidak sampai ke tahap memusnah dan membunuh beramai-ramai.
Setelah orang putih bangsa Eropah tiba ke Amerika, penggunaan senjata canggih dan teknologi peperangan moden membuatkan bangsa Red Indian mudah ditewaskan, ditindas, didominasi, juga dibunuh.
Ramai sejarawan merekodkan pembunuhan zalim beramai-ramai berulang kali dilakukan orang putih terhadap Red Indian, iaitu satu tindakan “genocide” dalam istilah hari ini.
Fakta sejarah turut membuktikan bukan sahaja senjata dan peperangan digunakan untuk menghapuskan bangsa Red Indian. Apa yang dipanggil “cultural genocide” atau pemusnahan nilai hidup dan budaya jauh lebih besar impak dan mendalam kesannya, kerana ia bukan sahaja mematahkan semangat, malah langsung memusnahkan jiwa dan jati diri bangsa Red Indian.
Antara “senjata” budaya digunakan termasuk apabila Red Indian dimabukkan alkohol oleh orang putih; juga jangkitan berbagai penyakit bawaan orang putih seperti tibi yang tidak dapat diatasi imuniti tahap rendah bangsa Red Indian.
Sesungguhnya sejarah Red Indian dipenuhi tragedi kezaliman, kekejaman dan penganiayaan dilakukan ke atas mereka.
Sebagai contoh, di satu ketika, ramai Red Indian berebut-rebut menggunakan selimut yang diberikan percuma oleh orang putih atas dasar “kebajikan dan peri kemanusiaan” - setelah selimut sengaja disimbah kuman tibi bertujuan menghapuskan Red Indian dengan kaedah lebih murah, cepat dan mudah.
Lebih buruk daripada Red Indian?

Prospek Melayu menghadapi masa depan serupa Red Indian, iaitu Bumiputera yang kehilangan hak di bumi sendiri mesti dianggap ancaman serius.
Sebelum merdeka lagi, kuasa pemerintahan di tanah Melayu dan Malaysia cuba dirampas pengganas komunis menggunakan senjata dan kekerasan. Setelah gagal, tidak hairan jika selepas merdeka terdapat pula kelompok yang menggunakan saluran politik untuk mencapai matlamat sama, menyelimutkan strategi halus dengan menggunakan undang-undang dan kaedah legitimis demokrasi.
Justeru, bagi Melayu musuh kali ini payah dikenal pasti. Mereka datang dari sudut tidak disedari, mengguna senjata tidak dikenali. Apa pun, jika gagal, tragedi lebih buruk pasti menanti, kerana tidak seperti Red Indian, Melayu warga majoriti pemegang teraju pemerintahan negara.
Persoalannya: Sekali pun warga majoriti dan raja-raja Melayu bertakhta sejak berabad, kenapa Melayu berasa terancam? Hak dan kepentingan Melayu termaktub dalam Perlembagaan.
Perdana Menteri sejak merdeka semuanya Melayu, dan kemungkinan bukan Melayu dilantik PM atau Menteri Besar di negeri Melayu beraja hampir mustahil terjadi. Namun kenapa ramai Melayu masih cemas, resah dan gelisah, tidak yakin terhadap masa depan anak cucu?

Melayu sederhana perlu disokong

A Shukur Harun

Ketika kemunculan golongan ekstremis Melayu dan agama yang dilihat sangat mencemaskan, muncul golongan sederhana Melayu yang dilihat sangat melegakan dan memberi harapan dalam usaha memikirkan masa depan negara. Mereka ini terdiri daripada kalangan bekas pegawai tinggi kerajaan, ada yang bekas duta, ada yang bekas ketua setiausaha pelbagai kementerian, peguam ternama dan kalangan profesional yang lain. Kemunculan golongan sederhana Melayu ini memberi harapan baik, suatu pencerahan kepada minda Melayu, menolong menyelamatkan Melayu dari pemikiran ala-Taliban yang mencetuskan permusuhan yang tidak habis-habisnya di benua kecil India sejak lama.
 Kemunculan golongan sederhana ini satu perkembangan yang luar biasa dan melegakan, menyebabkan rakyat Malaysia umumnya boleh menarik nafas lega yang cahaya keharmonian kaum sedang diusahakan para tokoh Melayu sederhana di negara ini. Kemunculan golongan Melayu sederhana ini seperti cahaya di hujung terowong, yang selama ini rakyat Malaysia seperti terperangkap dalam kegelapan yang panjang.
Semoga usaha pencerahan Melayu sederhana ini mendapat sokongan rakyat, khususnya Melayu yang bersikap rasional, terbuka, yang mengamalkan wasatiyyah sebenarnya, sederhana dan seimbang, toleransi dan segala yang terbaik untuk negara ini.
Kumpulan Melayu sederhana ini dipimpin oleh antaranya, Datuk Noor Farida Ariffin, bekas Duta Besar Malaysia ke Belanda. Kumpulan ini terdiri dari 25 tokoh Melayu terkemuka menulis surat terbuka meminta satu dialog yang rasional diadakan mengenai kedudukan Islam dalam sebuah negara demokrasi berperlembagaan.
Kumpulan Melayu sederhana ini menerbitkan suatu kenyataan bagi pihak 25 penandatangan minggu lalu.
Antaranya ialah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Datuk Abdul Rahim Din; bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Luar Negeri Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar; bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Aris Othman; bekas Ketua Pengarah, Kementerian Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican; bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Kewangan Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim; bekas Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Tan Sri Dr Mustaffa Babjee dan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Hendon Mohamad. Noor Farida, yang pernah menjadi Ketua Pengarah Penyelidikan, Perjanjian dan Jabatan Undang-undang Antarabangsa, Kementerian Luar berkata beliau dan yang lain "amat bimbang mengenai keadaan perbahasan dalam banyak isu konflik ke atas kedudukan dan penggunaan undang-undang Islam di Malaysia". "Sudah tiba masanya orang Melayu dan umat Islam yang sederhana bersuara.
Golongan pelampau dan tidak bertoleransi ini memburukkan nama Melayu dan Islam sendiri, di mana mereka tidak wajar bercakap mewakili nama Melayu,” katannya. Noor Farida berkata, beliau bimbang sesetengah kumpulan Melayu, seperti Taliban mempolitikkan Islam dan memberi amaran keadaan itu akan menyebabkan keganasan jika tidak diambil tindakan sewajarnya.

Was Sydney hostage-taker inspired by ISIS?

Sydney siege: Who is Man Haron Monis?

Sydney siege ends in hail of bullets

Three people killed, including gunman, in Sydney hostage siege

Shootout ends 17-hour Sydney hostage drama

Australia Standoff Over, 3 Dead Including Gunma

Personaliti terkenal tinggalkan TV3

SHAH ALAM: Beberapa personaliti TV3 mengakhiri perkhidmatan mereka di stesen tv swasta itu hari ini, selepas menerima Skim Pembehentian Kerja (MSS- Mutual Separation Scheme).
Antaranya Karam Sing Walia, Zakiah Anas, Azizah Ariffin, Azzura Azizul Azman dan banyak lagi.
Antarapos diberitahu, pemberhentian melalui MSS itu melibatkan sekitar 600 pekerja meliputi Media Prima (TV3, TV9, NTV7, TV8) termasuk juga, akhbar News Straits Times (NST).
Media Prima memiliki hampir keseluruhan ekuiti dalam NST yang menerbitkan akhbar bahasa Inggeris itu selain daripada Berita Harian dan Harian Metro.   
Syarikat itu juga memiliki stesen radio Fly FM, Hot FM dan One FM.
Tawaran MSS dibuat selepas Media Prima dikatakan terkesan dengan pendapatan yang merudum, akhir-akhir ini.

Ahli PasMa akur jika dipecat PAS - Phahrolrazi


Post Pic

SHAH ALAM: Ahli-ahli Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sanggup berdepan dengan risiko dipecat atau digantung keahlian daripada PAS, sekiranya kepimpinan utama parti Islam itu mengambil keputusan sedemikian rupa.
 
Malah Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi ketika dihubungi Antarapos hari ini turut memberitahu mereka akan menerima apa sahaja keputusan PAS Pusat dan tidak sesekali melawan ketetapan itu.
 
"Tidak ada sebab untuk kita lawan keputusan. Itu hak mereka untuk menggugurkan kita. Kita tidak ada apa-apa kaitan dengan parti politik, kita berdiri sendiri. Jadi tidak ada keperluan untuk kita merayu atau lawan balik untuk jadi ahli.
 
"Kita akan teruskan juga kerana PASMA tidak tertakluk kepada parti politik. Kita berada di luar daripada ketiga-tiga parti politik di dalam PR," demikian menurutnya.
 
Phahrolrazi berkata demikian sebagai mengulas sebarang kemungkinan yang akan diambil PAS hari ini selepas mendengar laporan mengenainya dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam.
 
Setiausaha Agung parti Datuk Mustafa Ali dijangka mengeluarkan kenyataan yang akan menentukan hubungan antara PAS dengan badan bukan kerajaan itu yang dilihat tidak disenangi sesetengah pihak dalam parti Islam itu.
 

23 orang didakwa di bawah Akta Hasutan sejak 2009

Seramai 23 individu didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 sejak 2009, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata mereka didakwa atas pertuduhan menghasut melibatkan isu agama, perkauman, kerajaan, mahkamah dan Raja-raja.
"Daripada 23 didakwa, seramai lima orang didakwa (atas) kesalahan menghasut melibatkan penghinaan terhadap Raja-raja," katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di persidangan itu hari ini.
Beliau juga berkata kerajaan akan meneliti dan mengkaji secara terperinci pindaan yang sesuai terhadap akta itu susulan pengumuman kerajaan untuk mengekal dan memperkukuhkan lagi akta berkenaan. Kerajaan, katanya, menghargai setiap sokongan dan akan mengambil maklum setiap saranan bagi tujuan memperkukuh akta berkenaan.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar memberitahu persidangan itu bahawa Malaysia Airlines (MAS) tidak terkecuali daripada membayar satu kadar yang kompetitif sebagai usaha untuk menarik minat bakat yang berkemampuan menerajui syarikat penerbangan itu.
Tanpa mendedahkan jumlah gaji bakal Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu MAS, Christoph R Mueller, Wahid yang bertanggungjawab terhadap Unit Perancangan Ekonomi (EPU) memberi gambaran bahawa berdasarkan keadaan semasa, CEO di negara ini menerima ganjaran lebih daripada RM1 juta setahun. "Untuk menarik bakat berkemampuan, syarikat boleh bayar ganjaran yang berpatutan bersesuaian dengan tanggungjawab serta taraf mereka (CEO) di syarikat besar," katanya.
Pemilihan Mueller dibuat berdasarkan kecemerlangan dan pengalaman beliau dalam bidang penerbangan selama 25 tahun. Mueller juga dikatakan mempunyai rekod baik sehingga berjaya memulihkan masalah kewangan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa dalam tempoh singkat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim pula berkata sehingga 30 Jun tahun ini terdapat seramai 47,717 orang pegawai lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam di seluruh negara.