Isnin, 15 Disember 2014

DAP boleh keluar Pakatan jika tidak selesa dengan PAS, kata Mohd Amar

KOTA BAHARU: PAS hari ini membidas DAP sambil menyarankan parti itu keluar dari pakatan pembangkang sekiranya ia tidak selesa dengan perjuangan PAS untuk melaksanakan hudud.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata DAP dialu-alukan untuk keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya ia tidak yakin dapat memenangi pilihan raya umum ke-14 jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.

"Kita (PAS) tak akan keluar dari pakatan pembangkang. Kalau dia (DAP) tak selesa dan rasa tak boleh menang dengan pakatan pembangkang, mereka boleh keluar bila-bila masa.

"Tak jadi masalah kepada kita dan kita tak akan tukar perjuangan kita (laksanakan hudud), kita tak akan korbankan perjuangan semata-mata untuk mendapatkan kerusi dalam pilihan raya," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam yang mahu pakatan pembangkang jelaskan pendirian bahawa mereka tidak akan melaksanakan hudud jika mahu menang pada pilihan raya umum ke-14.

Mohd Amar berkata DAP perlu menghormati perjuangan PAS yang selama ini ingin melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Pembinaan loji najis Danga Bay penghinaan terhadap Melayu Johor...Umno bangga dan tidak terhina kot..!!!

Pembinaan loji kumbahan najis milik projek hartanah mewah Danga Bay di perkampungan Melayu di Pengkalan Rinting, Johor Bahru disifatkan sebagai satu penghinaan yang amat besar terhadap orang Melayu di negeri Johor.
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat mempersoalkan mengapa loji kumbahan najis milik projek hartanah mewah Danga Bay itu tidak ditempatkan di kawasan elit tersebut.
 
Beliau yang lantang memperjuangkan nasib orang Melayu di dalam isu loji najis itu mempertikaikan keputusan untuk menempatkan loji najis itu di kawasan yang diduduki 100 peratus oleh orang Melayu.
 
"Daripada ribuan ekar tanah yang diperuntukkan kepada pemaju projek, mengapa mereka memilih untuk menempatkan loji najis itu di kawasan orang Melayu dan menghina dengan istilah seperti 'state-of-the-art' dan 'taman'," kata ADUNKempas itu.
 
Sukar untuk beliau menerima, orang-orang Melayu di Johor yang 99 peratus diperintah oleh pemimpin-pemimpin Melayu telah dihina dengan sebegitu rupa oleh pemimpin Melayu yang mereka sendiri pilih.
 
"Menteri Besar yang lebih banyak berhubung dengan rakyat berbanding dengan yang lepas juga adalah Melayu, begitu juga dengan exco perumahan. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bandar Johor Bahru, dari awal sehingga kini, Pegawai Daerah dan ketua-ketua jabatan adalah orang Melayu.
 

Hebatnya Menteri Umno: Penyusutan nilai ringgit tak jejas ekonomi Malaysia, kata Ahmad Maslan

Penyusutan nilai ringgit berbanding mata wang dolar Amerika dan dolar Singapura tidak menjejaskan ekonomi Malaysia, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan. Ini kerana, katanya, nilai ringgit secara jangka panjang kekal stabil dan masih mampu mengukuh berbanding beberapa mata wang utama seperti yen dan euro.

Ahmad berkata satu taklimat antara Bank Negara Malaysia dan kementerian itu diadakan baru-baru ini bagi membincangkan impak kelemahan ringgit dan kemungkinan penyusutan pendapatan negara berikutan harga minyak dunia yang semakin lemah.

Hasil perbincangan menunjukkan keadaan masih tidak membimbangkan dan tiada semakan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) akan dibuat dalam masa terdekat. Namun, katanya, kerajaan tetap akan meneliti impak negatif permasalahan ini dan pengumuman akan dibuat jika perlu.

“Penyusutan dan pengukuhan ringgit ini bukan hanya perlu dilihat pada satu sudut yang negatif tetapi kalau kita lihat dari sudut pelancongan dan eksport yang bertambah, ia bukan hanya mendatangkan sesuatu yang negatif tetapi juga mendatangkan sesuatu yang positif pada sektor-sektor tertentu," katanya selepas menyaksikan majlis permeteraian perjanjian pembangunan hospital kanak-kanak permata, Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.

Hutang Negara Tinggi (RM763 Bilion), Bursa Saham Jatuh (1,703), Ringgit Lemah (US$1 = RM3.49). Tidak Jejas Ekonomi Malaysia? Ekonomi Rakyat?

Biodata Wahid Omar
Corak politik di Malaysia sudah jauh berubah, tetapi masih ramai lagi yang tertinggal di belakang. Berkali-kali Berita Semasa mengatakan yang sebenarnya, kita rakyat Malaysia adalah ahli lembaga pengarah bagi sebuah syarikat yang bernama Malaysia yang mana kita berhak menegur dan memantau prestasi CEO yang kita lagi. Kita boleh…
Kita boleh hormat dia sebagai seorang CEO, cukup setakat itu. Bukannya menjadi hamba kepada CEO dan “pak angguk” semata. Kita tegur sebab apa?
Sebab kita sayang dan mahu jaga kepentingan bersama syarikat kita. Ini bukan soal mahu pilih siapa, Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, tempoh berpolitik dan dan berkempen sudah lama berlalu sejak Pilihanraya Umum ke 13. Sekarang ini waktu untuk bekerja. Bukti kemampuan masing-masing ketika sudah diberikan ruang dan peluang.
Berita Semasa pun tidak mahu menyalahkan 100% di atas bahu kerajaan Malaysia. Ini kerana secara faktanya, ringgit malaysia jatuh disebabkan minyak jatuh dan itu bukan salah kerajaan.
  1. Amerika Syarikat mahu menekan Rusia sebagai pengeluar minyak, yang mana Amerika Syarikat dan sekutu kuatnya Arab Saudi terus melambakkan minyak di pasaran dunia menyebabkan harga minyak dunia jatuh mendadak
  2. Apabila murah, Rusia rugi besar untuk tempoh yang sukar untuk dijangka samada Rusia mengalah dan berhenti menekan dan menyerang Ukraine atau bakal berhadapan Perang Dunia ke 3. Wallahualam.
Berita Semasa sedar tindakan kerajaan hapus subsidi, perkenalkan GST 6% termasuk juga perjanjian TPPA yang cukup kontroversi itu adalah salah satu daripada mekanisme untuk tarik FDI (Foreign Direct Investment) masuk ke Malaysia.

Ekonomi Malaysia VS Ekonomi Rakyat Marhaen?

Masalahnya sekarang, kerajaan terlalu boros menguruskan dana negara sehingga hutang negara terus melambung ke angka RM763 bilion. Termasuklah isu 1MDB yang cukup kontroversi itu :
  • Kerajaan juga tidak telus kepada rakyat, jikalau susah katakan susah. Jikalau senang katakan senang, jangan diamkan dan sapu “sendirian” di kalangan di atas sana.
  • Perlu bahagi-bahagi “secara saksama” kepada rakyat.
  • Sekali lagi, harapan Berita Semasa jangan layan ahli lembaga pengarah anda aka rakyat Malaysia seperti tidak bersekolah. Cuba anda baca dan perhatikan kenyatan terbaru daripada Wahid Omar mengenai isu ekonomi sekarang ini
Tinjaun Berita Semasa terhadap majlis Federation of Manufacturer Malaysia (FMM) yang berlangsung baru-baru ini, akan ada beberapa lagi aspek sudah mula terjejas :
Eksport Malaysia 2015
  • Dilaporkan industri telah mula jatuh 25pct untuk suku keempat 2014 dan dijangka jatuh lebih tinggi selepas pelaksanaan GST 6%
  • Yang paling terjejas adalah perkhidmatan perniagaan, meningkat kepada lebih 50%
  • Banyak yang tutup perniagaan mereka
  • Jadi akan ada lebih banyak VSS pada 2015 merangkumi kilang, bank (dek kerana modal diperolehi melalui pinjaman bank), perniagaan import
  • Usah diharapkan kenaikan bonus 2014, naik gaji banyak, bos-bos sudah mula berhempas pulas untuk bertahan dalam perniagaan
  • Petronas sendiri bakal memotong 25pct perbelanjaan yang mana banyak sub kontraktor Petronas akan terjejas

Pecat Penjawat Awam & Kakitangan Awam Patut Berhenti Kerja Jika Pembelot Kerajaan Malaysia (UMNO@BN)?

penjawat awam sokong pembangkang
Atas dasar pertimbangan dan “daya pemikiran” dengan melihat kembali sejarah yang mana telah berlakunya kejatuhan empayar kekuasaan kerajaan Melayu Melaka ke tangan Portugis di mana dikatakan angkara pembelot yang telah menjual maklumat kepada musuh Melaka pada masa itu, telah ada cakap-cakap dan cadangan mahukan rakyat Malaysia umumnya dan penjawat awam di Malaysia amnya diberikan tindakan dan hukuman yang lebih keras sekiranya bergelar pembelot. Setuju?
Apa definisi pembelot daripada kaca mata perwakilan dan pemimpin tertinggi Perkasa? Pembelot negara daripada kalangan penjawat awam di Malaysia bagi pendapat mereka mempunyai ciri-ciri seperti di bawah ini :
  • Penjawat awam yang sokong Pakatan Rakyat, baik DAP, PAS atau Parti Keadilan Rakyat
  • Penjawat seperti itu, Perkasa mencadangkan kepada kerajaan Malaysia patut dikenakan tindakan pecat dan berhenti kerja dalam sektor awam
  • Penjawat awam yang tidak pembelot adalah kakitangan awam yang sentiasa sokong kerajaan Malaysia (kerajaan Barisan Nasional)
  • Kerajaan Malaysia harus kenal pasti daripada sekarang, mana satu kakitangan awam yang merupakan pro dan sokong pembangkang (Pakatan Rakyat)

Penjawat Awam Sokong Pakatan Rakyat, Patut Dihukum?

Itu pandangan Perkasa yang mahu menyelamatkan Malaysia daripada pembelot. Tetapi bagi Berita Semasa, rakyat negeri Melaka cukup Malang pada waktu itu mendapat Sultan Melaka yang suka buat “U-Turn” apabila begitu senang terpengaruh dengan pemimpinnya tanpa usul periksa dan hanya menyedari tersilap apabila sudah terlambat.
Ini semua berlaku apabila kesenangan yang dinikmatinya telah meninggalkan jauh kesusahan yang dialami oleh rakyat marhaen di Melaka, sehingga Sultan Melaka tidak sedar kerosakan demi kerosakan yang telah berlaku di negerinya sendiri. Sayang sama sekali sayang…..
Kerajaan Melaka juga jatuh dek kerana beberapa faktor lain termasuklah sifat tamak, hasad dengki, perasuah, sanggup buat apa sahaja demi kepentingan yang ada pada pemimpin seperti Raja Mendaliar (Syahbandar di kota Melaka) dan juga orang suruhannya yang acapkali membodeknya iaitu Si Kitul (Si Penipu).

33 sarjana Islam mahu perlembagaan disemak

Minggu lalu, seramai 25 orang “Melayu ternama” mencuri perhatian selepas menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan kepimpinan terhadap suara-suara tidak tolerans dalam negara.

Minggu ini, seramai 33 orang sarjana Melayu, kebanyakannya profesor dalam pelbagai bidang, menggesa kerajaan membentuk sebuah “jawatankuasa tinggi”.

Ia bagi menyemak kembali dan meminda perlembagaan dengan memasukkan keperluan umat Islam selain mengukuhkan hak minoriti.

Dalam sidang media hari ini, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, perlembagaan bukan tidak boleh berubah.

Bercakap bagi pihak sarjana-sarjana itu, katanya, jawatankuasa itu hendaklah terdiri daripada pakar perlembagaan Melayu dan bukan Melayu serta pakar undang-undang Islam dan bidang berkaitan.

Selain menyemak kembali perlembagaan, jawatankuasa itu juga dicadangkan membincangkan kelemahan dalam sistem kehakiman syariah negara dan membuat cadangan memperbaikinya.

Perubatan naik 5 peratus selepas GST..Rakyat kena perbodoh lagi..!!!

Di sebalik laungan kerajaan bahawa sektor penjagaan kesihatan terkecuali daripada GST, hospital swasta pula meminta orang ramai bersedia berhadapan dengan peningkatan kos perubatan sekitar 5 peratus selepas pelaksanaan GST.
gst_medi book_300KUALA LUMPUR: Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dijangka akan turut memberi impak kepada sektor penjagaan kesihatan dengan kenaikan kos perubatan sehingga lima peratus.
Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) menyampaikan kekhuatiran terhadap pelaksanaan GST standard (6 peratus) ke atas profesional kesihatan yang bekerja secara bebas atau sebagai bukan kakitangan hospital sebagai punca peningkatan kos tersebut .
Presidennya, Datuk Dr. Jacob Thomas dalam sidang media hari ini menyatakan, walaupun sektor penjagaan kesihatan sering dilabelkan terkecuali daripada GST oleh kerajaan, tetapi Jabatan Kastam DiRaja Malaysia pada 7 November 2014 menyatakan profesional kesihatan bebas di hospital swasta dikenakan GST kadar standard.
“Hampir 99 peratus daripada profesional perubatan yang bekerja di hospital swasta bukan kakitangan hospital dan mereka bekerja secara bebas tanpa terikat dengan pengurusan hospital,” katanya.
Akibat daripada pelaksanaan cukai tersebut, sekurang-kurangnya 45 peratus daripada bil penjagaan kesihatan keseluruhan akan di caj GST.
Satu-satunya hospital swasta yang terkecuali daripada GST enam peratus ialah Institut Jantung Negara (IJN) yang mana profesional perubatan hospital tersebut adalah kakitangan pengurusan hospital itu.
“Oleh itu, kami di APHM mahu kerajaan menimbangkan semula pengecualian GST terhadap semua perkhidmatan di hospital swasta supaya pesakit dapat memanfaatkan GST sifar sepenuhnya dalam sektor penjagaan kesihatan,” katanya.

Najib's camp mulls REVENGE STRIKE against Muhyiddin, Cabinet's 'insubordination' over 1MDB

Najib's camp mulls REVENGE STRIKE against Muhyiddin, Cabinet's 'insubordination' over 1MDBOver the weekend, the political establishment was shaken by allegations by eminent media man, Datuk A Kadir Jasin, that the 1MDB fund was in serious trouble and had to rely on decision by the Bank Negara governor to relax standard loan classification criteria in order to prevent a massive downgrade of the Malaysian banking system.
These allegations came on the heel of a very bad week for 1MDB and by extension, the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak.
In the space of less than 7 days, the 1MDB issue jumped from being discussed at informal gatherings organised by third tier NGOs like NOW (National Oversight and Whistleblowers) and C4 (Centre to Combat Corruption and Cronyism) to being discussed at the Cabinet Meeting Room (“Bilik Mesyuarat Kabinet”), east wing of the Prime Minister’s Office.
Not only did this lend speculation of a plot underway to remove Najib as prime minister, these developments also affected other national counters like FGV, which sank to an all-time low of RM2.60.

Even worse, the opposition attacks on 1MDB has managed to influence an Umno division leader to lodge a police report against the fund, a situation without parallel in the 68 years of Umno's existence.
In short, the prime minister’s image has been battered, political instability has increased, the ringgit has weakened and Felda settlers have less to celebrate this weekend.
To make things worse, the Perkasa president, Datuk Ibrahim Ali, arrogantly gave orders to Najib, further denting the prestige of the Umno president.
I want to first state unequivocally that there was no need for the Cabinet to overstep its boundaries and discuss 1MDB when the prime minister was not present at the meeting. No one should be surprised if the prime minister and his team have taken this attempt as no less than insubordination of the highest level, something that will be dealt with at the appropriate time. Those responsible should carefully think, do they have the numbers in either the Cabinet or the Umno Supreme Council, because from my last count, “pro-Najib totok” supporters form an overwhelming majority in both groups.
However, an immediate issue still needs to be addressed – the issue that has caused the PM so much discomfort. This is 1MDB’s apparent complete lack of any rudimentary social media strategy to counter the “blitzkrieg” style attacks launched against it.

Tukar kerajaan boros demi selamatkan negara

MELAKA: Penasihat Ekonomi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Dr Rosli Yaakop berkata kerajaan mesti 'mengempiskan perut' dan 'mengikat tali pinggang bagi mengurangkan perbelanjaan yang boros dan membazir yang mengakibatkan hutang negara meningkat sehingga mencecah lebih RM500 bilion sekarang.

"Jika mereka tidak mengempiskan perut dan mengikat tali pinggang, hutang Malaysia dijangka meningkat menjadi RM1.3 trilion pada tahun 2020.

"Sikap boros, membazir, rasuah serta membiarkan ketirisan menjadi penyebab kepada hutang negara yang semakin meningkat," ujar Dr Rosli.

Beliau berkata bahawa sehingga kini sudah 16 tahun berturut-turut bajet Malaysia mengalami defisit, iaitu pendapatan kurang daripada perbelanjaan.

"Contohnya dalam sebuah rumah, katakan pendapatan RM2000, tetapi perbelanjaan RM2,500 jadi tiap-tiap bulan mereka berhutang RM500 untuk menampung perbelajaan. Sama juga dengan negara kita, pendapatan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan akibat boros dan membazir.

"Apabila pendapatan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan, kerajaan mula memikirkan untuk menambah hasil pendapatan negara dengan mengenakan cukai GST yang menekan rakyat." ujar beliau yang juga Pengarah Urusan Harakah.

Dr Rosli menyatakan bahawa GST dikenakan kepada semua lapisan rakyat tidak kira orang kaya, peminta sedekah dan fakir miskin.

"Sesiapa juga yang membeli barang keperluan dan perkhidmatan yang dikenakan GST sudah tentu terpaksa membayar GST.

"Memang GST tidak dikenakan kepada beras dan sebagainya tetapi jika kita makan di restoran atau kedai mamak, sudah tentu kita akan kena bayar GST," tambah beliau.

'3 naib Umno belum layak ganti Najib' kata Prof Jayum Jawan

Walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad merasakan ramai tokoh dalam Umno layak menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, penganalisis politik melihat perkara itu sebaliknya.

“Belum ada yang menonjol sangat, Najib sangat diterima.

“Mungkin orang Melayu menolak dia, (tetapi) bukan Melayu melihat dia alternatif terbaik yang ada,” kata ahli akademik terkenal Prof Jayum Jawan (bawah).

Mahathir dalam wawancara disiarkan Sinar Harian sebelum ini berkata ramai lagi pemimpin dalam Umno layak menggantikan Najib sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, kata bekas perdana menteri, Umno tidak memberikan peluang kepada mereka.

Mahathir tidak menamakan individu itu.

Sementara itu, Timbalan ketua kluster politik Majlis Profesor Negara (MPN) itu juga berkata, kepimpinan Najib masih boleh diterima oleh rakyat Malaysia pelbagai kaum yang berfikiran moderat.

“Moderat Melayu, Cina, India, Sabah dan Serawak masih boleh menerima Najib,” katanya kepada pemberita.

Terlalu cepat ulas

Lawatan ke Taiwan untuk elak lompat parti akui MP BN


Setelah bertahun-tahun dinafikan pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seorang ahli Parlimen (MP) BN akhirnya mengaku bahawa 40 MP telah dihantar melawat Taiwan sebelum 16 September 2008 untuk menghalang mereka daripada melompat ke Pakatan Rakyat. 
 
Semasa pemeriksaan balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Timbalan Speaker Parlimen, Datuk Ronald Kiandee berkata lawatan itu bertujuan untuk menghentikan dalang 16 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mendatangi mereka.  
 
Peguam Ranjit Singh bertanya sama ada lawatan itu dibuat bagi mengelak Anwar.
 
"Ya," balas Kiandee, yang turut menyertai lawatan itu bersama sembilan rakannya dari Sabah. 
 
"Adakah lawatan itu dibuat untuk mengelak 16 September daripada berlaku?" tanya peguam itu lagi. 
 
"Ya," kata Kiandee lagi sambil menambah lawatan itu dianjurkan oleh kelab penyokong kerajaan BN. 
 
Ranjit mewakili Anwar dalam saman fitnah RM100 juta Ketua Pembangkang itu terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

UM8: Pelajar bakar patung timbalan VC UM


Kerana kecewa, pelajar hari ini bertindak membakar patung Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Rohana Yusof selepas beliau gagal memberi respons terhadap tuntutan mereka supaya tuduhan terhadap "UM8" digugurkan.
 
Menurut Presiden Persatuan Pelajar Islam (PMI), Khairul Najib, pelajar juga membawa plakad, yang antara lain berbunyi, 'See you in court'.
 
Beliau memberi amaran jika pihak universiti tidak menggugurkan tuduhan tersebut, mereka akan membawa perkara itu ke mahkamah.
 
Kumpulan pelajar itu berkhemah di hadapan pejabat Jabatan Hal Ehwal Pelajar universiti itu dan kemudian berpindah ke bangunan Canselori apabila mendapat tahu yang Rohana (kiri) kini di Johor.
 
Pelajar itu juga menampal plakad pada tingkap bangunan itu, tetapi ia kemudiannya dibuang oleh pengawal keselamatan.
 
Bagi pihak pentadbiran, Timbalan VC (Akademik dan Antarabangsa), Mohd Hamdi Abd Shukor, keluar menerima memorandum daripada pelajar.
 
Naib Canselor UM, Mohd Amin Jalaludin akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Pelajar Universiti Malaya jam 8 malam ini untuk "membincangkan tentang UM8", kata Khairul Najib ketika dihubungi Malaysiakini.

'Saya Melayu ke-26' jawab PERKASA

Rakyat Malaysia mengecam kembali kenyataan PERKASA berhubung “ratusan lagi” anggotanya yang lebih hebat daripada kumpulan “25 orang Melayu ternama” dengan memulakan petisyen atas talian.

Semalam, berucap di Persidangan Agung PERKASA, presidennya Datuk Ibrahim Ali (bawah) memperkecilkan kumpulan itu dengan berkata ratusan lagi anggota PERKASA lebih hebat berbandingnya.

Golongan 25 Melayu itu sebelum ini tampil dengan seruan kesederhanaan di samping mengkritik NGO lantang Melayu seperti PERKASA dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Petisyen bertajuk "I am#26" (Saya yang ke-26) itu boleh didapati di laman web Change.org.

“I am#26” atau bermaksud “saya di nombor ke-26” itu sebagai menyatakan setiakawan dengan 25 Melayu ternama itu.

Ia dibuat untuk semua rakyat Malaysia dari semua kaum dan lapisan masyarakat.

Petisyen mensasarkan kutipan 500 tanda tangan dan kemudian akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Salah seorang daripada penandatangan, Lyana Khairuddin dari Kuala Lumpur berkata, sebagai seorang warganegara Malaysia Melayu-Islam, beliau mahu Najib mengkaji semula undang-undang syariah kerana ia menyebabkan kekeliruan dalam bidang perundangan.

Rahsia Besar Terbongkar: Siapa Dia Mantan Pengerusi SPR...Pengadil Berat Sebelah...!!!

Baru Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh Ahmad Zahid Hamidi acah sikit dengan cuit cerita pernah meminta sesuatu dari kerajaan tetapi permintaannya tidak diberikan layanan maka terus menggelupur ketakutan khuatir cuak lagi gentar rahsianya terbongkar terus mengaku dirinya sebagai penyokong kuat BN maka janganlah serang beliau.
Baru acah sikit dah takut menggeletar kepala lutut??? .. Ini macam mau jadi pejuang Melayu dan Islam????Kalau diri banyak kudis buta penuh dengan nanah, jangan cuba nak lawan arus dan berlagak hebat tunjuk jaguh.Jadi cerita dirinya tidak perlu takut sebab dirinya berada dipihak yang benar dan bersih jelas auta tidak berpijak dibumi yang nyata.
Jika menjadi penghuni rumah kaca jangan bersifat sesuka hati melontar batu.... jangan cuba nak menjadi wira kalau memiliki hati tisu. Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengingatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar jangan salah anggap dengan kenyataannya semalam menggesa Putrajaya tidak berbohong kepada rakyat.Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu berkata apa yang dikatakanya dalam mesyuarat agung Perkasa semalam adalah kerana mahu Barisan Nasional (BN) terus berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang.“Jangan serang saya kerana cuba bangkitkan sesuatu yang boleh menjatuhkan kerajaan.
“Saya penyokong kuat BN. Saya tidak mahu kerajaan ini jatuh kerana tiada kerajaan lain boleh memberikan pentadbiran lebih baik dari kerajaan ini,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Zahid hari ini mempersoalkan gesaan yang dibuat Rashid menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhenti daripada menipu rakyat, yang berkemungkinan terdapat 'benda' yang tidak diperolehi naib presiden Perkasa itu.Naib presiden Umno itu berkata, Rashid seharusnya membangkitkan perkara itu ketika masih berkhidmat dan bukannya selepas bersara daripada perkhidmatannya.

1MDB: Pas desak Gabenor Bank Negara beri penjelasan isu lanjutan NPL

KUALA LUMPUR - Gabenor Bank Negara digesa menjelaskan dakwaan bahawa syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memohon Bank Negara untuk melanjutkan tempoh pinjaman tidak berbayarnya (NPL).

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar menegaskan jika dakwaan itu benar, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz perlu menyatakan alasan munasabah permohonan itu wajar diluluskan.

"Kalau benar permohonan itu diluluskan, apakah alasan menyebabkan Bank Negara boleh meluluskan tempoh itu.

"Adakah 1MDB menghadapi masalah kewangan dan adakah dia cuba memberikan akujanji kepada Bank Negara untuk membawa wang dari pihak luar," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi balas kepada kenyataan wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin yang mendakwa 1MDB memohon kepada Bank Negara untuk melanjutkan tempoh pinjaman tak berbayarnya (NPL) dari tiga bulan kepada enam bulan.

A.Kadir yang memetik kenyataan sumber mendakwa Gabenor Bank Negara dalam satu pertemuan bersetuju dengan permohonan itu walaupun tidak bersetuju dengan pinjaman besar yang dibuat oleh 1MDB.

Hutang 1MDB: Najib batal cuti atau letak jawatan

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar‎ meminta kerajaan menjelaskan kesan yang diterima tabung-tabung milik rakyat berikutan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MBD).

Kata beliau, tabung-tabung milik rakyat seperti Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)‎ terutamanya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan pemberi pinjaman utama kepada 1MDB.

"Kita ingin tahu sejauh mana terkesan kepada tabung-tabung ini akibat dari beban hutang 1MDB sebanyak RM41.6 bilion pada Mac lalu.

"KWSP‎ merupakan pemberi pinjaman secara terus kepada 1MBD dan saya tidak pasti sejauh mana penglibatan KWAP, Tabung Haji dan juga LTAT.

"Jika ia ada penglibatan, kerajaan harus perjelaskan kepada rakyat kerana ke semua duit itu milik rakyat," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.
Menurutnya, individu-individu yang terlibat di dalam 1MBD mempunyai pengaruh secara langsung di dalam tabung-tabung milik rakyat itu.‎

‎Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mempersoalkan tentang kedudukan kewangan tabung-tabung berikutan skandal hutang 1MBD.
"Secara jelas kita dapat menjangkakan ia akan memberi kesan secara langsung kepada kedudukan kewangan.

2014 yang suram di bawah 1Malaysia Najib

DR RIDUAN MOHAMAD NOR

TAHUN 2014 akan meninggalkan kita dengan seribu satu warna kehidupan yang mencengkam rakyat negara ini. Rakyat berdepan dengan kenaikan kos sara hidup, jaminan keselamatan yang nihil, kenipisan kuasa beli dan nilai ringgit yang merudum paling teruk sejak negara ini mencapai kemerdekaan.

Berhadapan dengan kebangkitan rakyat dan persaingan dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat pasca PRU12, BN telah melancarkan kempen Satu Malaysia. Kempen ini cuba dipasarkan kepada rakyat dengan begitu agresif dan bersepadu melalui seluruh jaringan kerajaan yang ada.

Perunding imej Yahudi, APCO Worldwide, dikenalpasti sebagai pemacu utama kempen ini, sebagai sebuah agen perunding bertaraf dunia yang bergengsi yang turut menjadi penasihat di beberapa buah negara Dunia Ketiga yang sarat dengan masalah seperti Indonesia dan Kazashtan. BN walaupun diasak kuat dengan isu pembayaran 77 juta setahun kepada APCO namun Najib mengambil sikap mendiamkan diri, membisu seribu bahasa.

Sebelum ini juga, BN telah berselingkuh dengan Yahudi, contohnya menggunakan khidmat perunding imej Satchy and Satchy pada tahun 80-an, mengundang pasukan kriket Israel ke negara ini pada tahun 1997, bantahan tegas daripada umat Islam tidak menjerakan BN, pada tahun 2002 sekali lagi pasukan ping pong Israel pula dijemput.

APCO Worldwide sebagai perunding imej telah menjambatankan hubungan Najib dengan Barack Obama. Kembalinya Najib bertemu sesepuh 'Uncle Sam' di Rumah Putih maka Malaysia telah menghentikan eksport gasoline ke negara Iran yang merupakan musuh ketat negara 'polis antarabangsa'. Najib mengambil sikap mesra dan bersahabat dengan Amerika dan sanggup melukakan hati umat Islam yang dijeruk dengan penistaan dan pembantaian Amerika.

Sebelum ini gagasan 'Islam Hadhari' tenggelam dengan hilangnya Pak Lah daripada persada politik nasional, bahkan gagasan sesat ini menjadi liabiliti kepada Umno dan BN terutama di negeri seperti Kelantan dan Terengganu yang agak kuat pengaruh agama. Gagasan Islam Hadhari menjadi ocehan, dipersenda dan diketawakan oleh rakyat, hatta Dr Mahathir sendiri pun tidak bersahabat dengan gagasan Islam Hadhari. Ratusan juta melepuh hangus untuk menindoktrinkan gagasan ini terutama melalui JASA dan agensi penerangan kerajaan, terutama kepada penjawat awam di seluruh negara. Islam Hadhari semakin menyempurnakan kenazakan BN sebagai parti pemerintah lebih separuh abad kemerdekaan negara.

Najib mengambilalih pemerintahan negara ini dengan imej dan reputasi yang tercalar dengan segudang 'historical burden' sepanjang keberadaan beliau di pentas politik Malaysia. Mac 2008, tsunami politik telah membadai negara ini, pertama kali dalam sejarahnya BN hilang undi dua pertiga. Kaum Cina dan India dipersalahkan kerana tidak mengenang budi. BN dan Umno dipinggirkan oleh pengundi muda dan kelompok kelas menengah. Nyayian perkauman mula didendangkan dengan paluan gendang yang songsang, hegemoni BN mula berantakan dan menunjukkan tempang yang hodoh di segenap sisi.

1MDB: Langkah 'Abang K' bakal tumbangkan Najib pula?


Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mencuri perhatian ramai apabila menjadi pemimpin Umno pertama yang secara terbuka menggesa pengurusan kewangan 1MDB disiasat perjalanannya.

Laporan polis yang dibuatnya terhadap 1MDB - satu projek cetusan ilham Datuk Seri Najib Razak - mengundang persoalan dari mereka yang mengamati perkembangan politik tanah air.

Namun buat penggemar gosip hiburan tanah air, Khairuddin bukan satu nama asing.

Beliau yang lebih dikenali sebagai 'Abang K' pada satu ketika menjadi buruan wartawan apabila diumumkan bertunang dengan dramatis Umie Aida.

Tidak cukup setakat itu, Khairuddin dan Umie Aida (yang kini memakai gelaran Datin) akhirnya melangsungkan pernikahan di hadapan Kaabah di kota suci Mekah.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, Khairuddin berulang kali menegaskan yang beliau membuat laporan itu sebagai seorang “anggota kerdil" Umno semata-mata.

Namun, ini bukan kemunculan pertama Khairuddin dalam politik nasional negara.

Pada tahun 1998, Khairuddin mencuri perhatian sebagai penerbit buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.

Beliau turut mengaku sebagai orang pertama membuat laporan polis terhadap Anwar berdasarkan kandungan buku itu.

"Kalau kita ingat semula sejarah politik tanah air tahun 1998, sayalah orang yang menerbitkan buku 50 Dalil kenapa Anwar tidak boleh menjadi perdana menteri yang ditulis oleh sahabat karib saya Allahyarham Datuk Khalid Jafri.

"Saya orang pertama yang membuat tiga laporan polis terhadap timbalan presiden Umno, timbalan perdana menteri, menteri kewangan Malaysia pada tahun 1998.

"Pemimpin-pemimpin Umno pada masa itu masih cium tangan penyangak Anwar Ibrahim tetapi saya seorang bangun untuk melawan kemungkaran Anwar Ibrahim," katanya.

Buku tersebut akhirnya mencetuskan kejatuhan karier Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Umno.

Ironinya, Khairuddin dan Anwar adalah bersaudara - mereka merupakan sepupu generasi ketiga.

Proksi Mahathir?

Balu: Jadi siapa sebabkan kematian Dharmendran dalam tahanan ?

Ahli keluarga mendiang N Dharmendran tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan empat anggota polis yang didakwa membunuh mendiang dan menggesa pendakwaraya segera merayunya.

Marry Mariay Susay berkata, beliau kecewa apabila mendengar keputusan hakim Jumaat lalu yang memutuskan tidak ada kes prima facie terhadap tertuduh.

Ekoran pembebasan itu, Marry mempersoalkan siapakah yang bertanggungjawab memukul suaminya memandangkan bedah siasat mendapati Dharmendran mempunyai 52 kesan kecederaan semasa dtahanan polis.

“Sepuluh hari mereka tahan suami saya, takkan 52 kesan kecederaan itu suami saya buat sendiri?

"Kesan dikokot di telinga, takkan suami saya yang buat? Masa saya pergi melawat dulu dia OK saja. Sekarang bila dah jadi begini tak ada sesiapa yang bersalah.

“Saya memang kecewa dengan keputusan macam ini. Kalau bukan mereka (empat anggota polis itu) yang buat, siapa buat?" soalnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. Turut hadir pada sidang media itu ialah peguam N Surendran, Latheefa Koya dan Eric Paulsen.

Arak: MAS pilih dilaknat

SUBKY LATIF

RUPA-rupanya Khazanah yang mengambil bebas MAS tidak belajar daripada balasan yang membelenggu syarikat penerbangan negara itu.
   
Pada ketika memuncaknya kritik menghidang arak percuma kepada penumpang, yang mengundang beraneka mala petaka terhadapnya gara-gara amalan laknatnya, pengurusan baru berkeras untuk meneruskan penderhakaan laknat itu.
   
MAS yang kebanyakan pengarahnya orang Islam bertegas untuk terus dengan amalan laknatnya, konon menjamu araklah menjadikan MAS menjadi tarikan utama penuhnya penumpang sejak diasaskan.
    
Mungkin benar MAS tidak pernah kosong atau kurang pelanggan, tetap sepanjang perkhidmatannya ia terus dirundung petaka, asyik kerugian sahaja. Sudah banyak kali MAS diancam tutup kedai, pelbagai pihak cuba datang menyelamatkannya, ia terus diambang punah, hinggalah kini Khazanah menyerah diri unuk menyelamatkannya.
   
Sesudah sekian kali ia diancam musnah tetapi sempat diselamatkan, maka Allah timpakan petaka yang tidak terjadi pada penerbangan lain, lalu penerbangannya ke Beijing hilang di alam ghaib. Tidak cukup dengan bencana itu penerbangannya dibedil oleh pihak yang bertelagah di Ukraine. Banyak pesawat lalu di udaranya tidak apa-apa, tetapi hancur MAS dibedil.
   
Dua bencana itu amat besar gemparnya, tetapi ia tidak menyebabkan MAS boleh tutup, tetapi kerugian terbaru yang dialami mengacam selamatnya. Jika Khazanah tidak jadi penyelamat terbaru, MAS di ambang berhenti operasi atau dilelong atau digadai.
   
Pekung MAS selama ini dipikul Khazanah. Kerja kita tidak habis-habis menyelamatkan MAS. Khazanah tidak berbuat apa-apa apabila MAS memilih amalan laknat. Arak akan terus dihidangkan sekalipun milik negara yang menjadikan Islam agama negara.
   
Konon MAS rebutan penumpang justeru adanya arak, tetapi mengapa ia asyik dilanda mala petaka, hingga tidak selamat jika tidak diselamatkan?
     

Ahli akademik kritik program pemutihan 6P

Program pemutihan '6P' yang dilaksanakan kerajaan dikritik ahli akademik sebagai tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya menggalakkan kemasukan pekerja asing.

“Saya dalam (melaksanakan) kajian selalu bertemu orang itu (pendatang) kata, tidak apalah kita baliklah dulu.

“Esok (kata mereka) kita datanglah sebagai pelancong. Lepas itu kita kerja balik.

"Kita tunggulah pengampunan yang akan datang,” kata Felo Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Azizah Kassim.

Program 6P merujuk kepada pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran melibatkan pekerja asing tanpa izin.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di persidangan Majlis Professor Negara, “Dilema Negara: Isu Cabaran Pekerja Asing di Malaysia” di Kuala Lumpur hari ini.

'Warga asing rebut ekonomi, kita malas' kata Prof Datuk Raduan Che Rose


Setiausaha Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Raduan Che Rose berkata, sikap warga Malaysia yang malas menyebabkan banyak peluang ekonomi kini direbut warga asing.

“Orang kita malas, orang kita tidak ambil peluang,” katanya dalam sidang media di persidangaan “Dilema Negara: Isu Cabaran Pekerja Asing di Malaysia”.

“Kalau kita mengadu kita tidak ada peluang, tetapi kenapa mereka (warga asing) boleh rebut peluang ini.”

Beliau turut menegaskan pekerja warga asing bijak mengatur strategi pekerjaan dengan bermula dari bawah sehingga boleh menjadi seorang pengusaha yang berjaya.

“Mereka (warga asing) mencari (pekerjaan). Mula-mula mereka  (jadi) pekerja, contohnya dalam sektor pembinaan. Mula-mula mereka bekerja kemudian jadi tauke.

“Kebanyakan, (amalan) biasa sekarang ni, bila nak buat rumah, kita berhubung dengan orang luar yang sepatutnya tidak boleh,” katanya.

Tiada angka jelas

Siapa pemimpin UMNO lapor 1MDB?


Khairuddin nafi Dr M dalangi laporan polis 1MDB


Khairuddin berikrar lawan 1MDB habis-habisan


Najib Kian Keseorangan...

Tidak seperti selalunya, Mesyuarat Agung Perkasa tahun ini lebih menjadikan UMNO, Najib Razak dan beberapa pemimpinnya sebagai sasaran berbanding mereka daripada pembangkang.

Pemimpin UMNO tidak saja dilabel tidak tegas dan kurang teguh pendirian dalam memperjuangan kepentingan Melayu dan Islam, tetapi iuga dianggap mudah menangis apabila menghadapi tekanan.
Mana ler kawan-kawan aku..!!!

Di tahap tertentu, ada juga pemimpin UMNO yang turut dikategorikan sebagai "bangsat" oleh Perkasa dalam mesyuaratnya semalam.

Sementara pemimpin Pas, PKR dan DAP boleh tersenyum kali ini kerana tidak dihentam oleh Perkasa, Najib Razak pula menjadi sasaran utama kali ini. Selain "dinasihati" agar mengurangkan aktiviti terbang ke luar negara, Najib juga diminta berhenti menipu rakyat dengan memberitahu apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam negara ketika ini.

Dengan tujuan lebih memperlekeh kedudukan Najib, Presiden Perkasa, Ibrahim Ali juga mendabik dada mendakwa, beliaulah pejuang Melayu ketika ini.

Serangan Perkasa terhadap UMNO dan Najib menyusul hanya dua hari setelah seorang pemimpin UMNO Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassah membuat laporan polis terhadap 1MDB yang diragui urusniaganya.

Walaupun dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu, di sebalik desakan Mahathir Mohamad agar perwakilan bersikap lebih berani menegur dan mengkritik pemimpin, Najib berjaya mengepung suara-suara nakal itu, tetapi kini nampaknya cabaran yang bakal dihadapi oleh Perdana Menteri jauh lebih menyakitkan daripada jangkaannya.

Laporan polis terhadap 1MDB dan serangan keterluan Perkasa terhadapnya sehingga dituduh menipu rakyat adalah sesuatu yang di luar jangkaan Najib akan diterimanya sebaik usai Perhimpunan Agung UMNO tahun ini.

Menteri kata Polis siasat 1MDB seperti biasa

Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi berkata tindakan Naib Ketua Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap isu syarikat pelaburan negara 1MDB dianggap sebagai "masalah individu berkenaan".

Zahid (kanan) berkata tindakan Khairuddin itu dibuat tanpa persetujuan daripada kepimpinan bahagian yang diwakilinya, apatah lagi dari Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang.

"Pada hemat saya, ia tindakan individu berkenaan dan 1MDB mengikut garis panduan sedia ada," katanya dalam sidang medianya pagi ini.

Bagaimanapun, Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata ekoran laporan polis dibuat, pihak berkuasa itu akan membuat siasatan mengenainya.

"Laporan polis telah dibuat, polis akan membuka kertas siasatan dan akan melakukan siasatan mengikut prosedur seperti biasa," katanya.

Ikan busuk mula dari kepala, tegas Zahid

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi mahu pihak polis tidak terus berada dalam “sindrom penafian” berhubung persepsi negatif terhadap integriti pasukan itu oleh masyarakat.

Menurutnya lagi, proses menjaga integriti setiap anggota sepatutnya bermula daripada ketua yang kemudiannya dicontohi oleh anggota di bawah.

"Ikan busuk bermula daripada kepala. Oleh kerana kita adalah kepala, kita kena jaga integriti itu.

"Bagaimana emosi, spiritual dan inteligen dikombinasikan untuk menjadikan diri kita bersih dan juga dilihat bersih.

"Ini memerlukan komitmen bersama. Persepsi negatif di luar sana, masanya sudah tamat, untuk kita melakukan sindrom penafian terhadap apa yang negatif berlaku kepada kita selama ini.

"Kita boleh menafikan, tetapi mata-mata di luar sana yang melihat, mulut yang sentiasa yang terbuka bercakap, telinga yang menadah maklumat turut maklum.

Ada ‘benda’ bekas pengerusi SPR tidak dapat, kata Zahid ...."Benda ke Atau Habuan Dunia"..!!!

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan gesaan yang dibuat bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang menuntut perdana menteri berhenti daripada menipu rakyat, sambil mendakwa kemungkinan ada 'benda' yang tidak diperolehi Rashid.
Menteri dalam negeri itu berkata, Rashid seharusnya membangkitkan perkara itu ketika masih berkhidmat dan bukannya selepas beliau bersara daripada perkhidmatannya.
"Masa dia pegang jawatan kenapa dia tidak sebut perkara itu, adalah benda yang dia tidak dapat itu," kata Zahid kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan PJP/KP/Komander dan Komanden PDRM di Kuala Lumpur, hari ini.

Rashid semalam menggesa Datuk Seri Najib Razak berhenti daripada terus berbohong kepada rakyat tentang keadaan sebenar kedudukan negara.  "Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh (membantu Melayu)," kata Rashid dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa.
Rashid berkata beliau tidak marah jika orang Umno atau Najib memarahinya mengkritik secara terbuka kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.
"Sekarang saya lantang mengkritik tetapi tiada yang berani mengkritik saya kerana saya tidak mencuri duit rakyat. Tiada apa saya sembunyikan," katanya.
Beliau berkata dirinya sangat berterus-terang dan pernah berdepan dengan Najib bagi menyatakan pendiriannya.

Pil kuda: Saman terhadap Presiden PAS ditolak dengan kos

Mohd Shamsul Mat Amin
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini menolak saman yang difailkan oleh bekas calon PKR Dun Bukit Besi pada PRU13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan kos.

Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Tuan Guru Abdul Hadi susulan ceramah Presiden PAS di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen PRU itu.

Shamsul mendakwa ceramah itu mengaitkan beliau sebagai calon PKR dengan pil kuda.

Presiden PAS diwakili Tetuan Awi & Co manakala Shamsul diuruskan Tetuan Vasudevan & Co.

Mahasiswa UM berarak ke HEP tuntut pembebasan UM8

Kira-kira 70 mahasiswa Universiti Malaya (UM) berarak menuju ke pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti bagi menuntut hukuman terhadap 8 rakan mereka digugurkan. Mahasiswa yang mula berkumpul sejak awal pagi itu mula berarak pada jam 9.30 pagi sambil melaungkan "Hidup Mahasiswa, Bangkit Mahasiswa, student power, tolak HEP dan mansuh AUKU". Pihak keselamatan UM juga turut memberi kerjasama kepada perarakan itu dengan melancarkan pergerakan trafik di sekitar kawasan kampus.
Berkhemah depan HEP UM

ISA5 dapat pampasan RM4.55 juta, ISA7 terus terpinggir


Khamis lalu Mahkamah Rayuan Putrajaya menganugerahkan ganti rugi sebanyak RM4.55 juta termasuk faedah kepada lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ditahan pada April 2001 – ketika gerakan reformasi menentang pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad masih memuncak.
Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang, aktivis dan penulis Hishamuddin Rais, Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang Saari Sungib, aktivis Badaruddin Ismail (Pak Din) dan Ahli Majlis Tertinggi PKR Badrulamin Baharom masing-masing akan dibayar ganti rugi kerana mahkamah mendapati penahanan mereka tidak sah.
Tahniah diucapkan kepada kelima-lima aktivis ini. Akhirnya mereka berjaya membuktikan penahanan ISA beberapa hari sebelum perhimpunan aman Black 14 pada 14 April 2001 merupakan penahanan politik dan salah guna kepada akta drakonian itu.

Kelima-lima aktivis ini juga berjaya membuktikan tuduhan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai yang mereka memiliki "rocket launcher", "molotov cocktail" dan "ball bearing" sebagai justifikasi untuk menggunakan ISA merupakan penipuan semata-mata. Akan tetapi, dalam kegembiraan merayakan kemenangan, diharapkan kelima-lima aktivis ini tidak melupakan golongan yang "terkorban" kerana bangkit mempertahankan mereka.
ISA7
13 tahun lalu, tidak berapa lama selepas lima aktivis di atas termasuk Ezam Mohd Noor (kini menyertai Umno kembali dan bekerja di Kementerian Kewangan), Lokman Noor Adam (kini menyertai Umno kembali dan merupakan panel pemikir JASA), Raja Petra Kamaruddin (kini menetap di Manchester, UK dan pengarang Malaysia Today), N Gobalakrishnan (bekas ahli Parlimen Padang Serai) dan Ghani Haron (kini kembali menyertai Umno) ditahan ISA, sekumpulan mahasiswa bangkit mempertahankan mereka.
Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Universiti Bangsar Utama (UBU), Pergerakan Demokrasi Pelajar dan Pemuda Malaysia (Dema), Front Anak Muda Untuk Demokrasi (Fraksi), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma) dan Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) menubuhkan Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI).
Selepas pentadbiran Dr Mahathir menggunakan ISA terhadap aktivis-aktivis reformasi ini, gerakan penentangan terhadap perdana menteri paling lama berkhidmat itu semakin mengendur dan tidak ramai yang berani untuk keluar berhimpun.
Akan tetapi GMMI membuat keputusan mengadakan demonstrasi di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 8 Jun 2001 bagi membantah tindakan pentadbiran Dr Mahathir mengekang kebebasan bersuara dengan menggunakan ISA.
Demonstrasi aman yang dihadiri lebih 500 mahasiswa‎ itu berakhir dengan keganasan polis.
Tujuh mahasiswa: Rafzan Ramli (Universiti Teknologi Mara), Helman Sanuddin (Universiti Teknologi Mara), Wan Sanusi Wan Mohd Noor (Universiti Malaya), Khairul Amal Mahmud (Universiti Malaya), Nik Noorhafizi Nik Ibrahim (Universiti Kebangsaan Malaysia), Ahmad Kamal Abdul Hamid (Universiti Kebangsaan Malay‎sia) dan Zulkefle Idris (Universiti Teknologi Malaysia) ditahan polis dan merengkok di dalam lokap.
Selepas semalaman "didera" secara mental‎, ditampar dan ada yang diterajang di perut, ketujuh-tujuh aktivis mahasiswa dibebaskan pada petang keesokan harinya.
Ketujuh-tujuh mahasiswa yang kemudiannya digelar ISA7 itu dibuang daripada universiti masing-masing.

Menjentik hati dalam menilai sosio-ekonomi negara

Nurliyana Najwa Md Razip

Jangan bertanya kepada soal keperluan dunia, bertanyalah tentang soal keperluan hidup di dunia apa yang anda ada (kemampuan sedia ada) dan bertindak.
"Kerana apa yang dunia perlukan itu yang membuatkan anda terus bergerak" (Howard Thurman).
Falsafah Thurman mendesak komuniti sejagat menjalankan tanggungjawabanya dalam menjaga kemaslahatan dan keteraturan masyarakat.

Jika komuniti tidak menggerakkan sebarang tindakan, maka negara akan rencam dengan setiap kegagalan jiwa rakyat. Pandangan beliau memberikan ide dalam mengemaskinikan masalah ekonomi negara Malaysia pascamerdeka ini.
Belanda dan British mengaut hasil mahsul Tanah Melayu sebelum zaman kemerdekaan sehingga detik Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali di Dataran Merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957. Namun, persoalannya, merdeka kah kita sebenarnya?
Dengan masih terikat lagi dengan perjanjian Komanwel dan “pencacai” ini masih lagi diraikan sebagai tetamu kehormat setiap kali datang ke Malaysia atas urusan diplomatik?
Soal kemerdekaan ekonomi masih lagi membelenggu Malaysia.
Inilah yang penulis Anas Alam Faizli menamakan bukunya Malaysia Kaya, Rakyat Miskin.
Rakyat masih lagi tidak bebas.
Tidak bebas dari segi pendidikan untuk memacu ekonomi taraf hidup sendiri dan seterusnya negara ke arah yang lebih baik.
Isu kemiskinan bukanlah perkara yang baru lagi untuk dijadikan media arus perdana berpanas maklumat, membalah bahas dan mempersoalkan salah siapa.
Isu kemiskinan ini adalah dalam lingkungan masyarakat itu sendiri.
Negara yang aman, adalah daripada rakyat dan kehidupan mereka yang terpelihara.
Bagaimana hendak memeliharanya adalah dengan ekonomi sejagat.
Hak kesamarataan dan keadilan diutarakan dengan bukti-bukti statistik dan fakta menunjukkan analisa penulis seorang yang pemerhati yang membaca dan tahu apa yang masalah kemiskinan ini perlu dibendung dan dirapatkan jurang dengan si kaya dalam sistem pembinaan kapitalis.
Daripada isu Petronas, TPPA, Mitos Si Kaya dan Si Miskin sehinggalah isu Pendidikan yang meraikan Pedagogi dan Falsafah Cinta untuk membuka ruang pembaca supaya memahami niat penulis untuk menterjemahkan apa yang cuba disampaikan.
Wacana mengenai “Lapan Realiti Mengapa Kerajaan Malaysia Wajar Biayai Pendidikan Tinggi” merungkaikan fakta Malaysia adalah Negara yang pada kasarnya tampak hebat tetapi di sebaliknya agak “miskin” dari segi sistem pendidikan.
GINI indeks mempamerkan di Asia, Malaysia adalah negara ketiga dengan jurang kaya miskin yang paling lebar selepas Micronesia dan Papua New Guinea. Hakikat sepahit hempedu yang perlu ditelan bila negara kita gah rupanya ada sisi-sisi kepincangan yang perlu dibawa ke sudut solusi kritikal.

DAP Pinda Perlembagaan Parti Bagi Hadapi PRU14




KUALA LUMPUR: Konvensyen Kebangsaan DAP 2014 meluluskan beberapa pindaan kepada perlembagaan parti, termasuk untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam proses membuat keputusan parti kepada 30 peratus pada Ahad.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam ucapan penggulungannya pada Persidangan Kebangsaan DAP 2014 berkata pindaan adalah penting, bagi mengiktiraf peranan yang semakin meningkat oleh wanita masa kini.

Beliau berkata ini juga penting terutama untuk meraih undi wanita pada pilihan raya umum akan datang.

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan parti, persidangan ini juga meminda perlembagaan parti untuk meningkatkan bilangan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) kepada 30 orang daripada 20 orang sekarang.

Ia juga meluluskan cadangan bagi penyertaan wanita dalam proses membuat keputusan dalam parti kepada 30 peratus untuk memastikan bahawa sekurang-kurangnya sembilan daripada 30 anggota CEC yang dipilih adalah wanita.

Pindaan itu juga menyaksikan perwakilan bersetuju untuk mengehadkan tempoh menyandang jawatan pengerusi negeri kepada tiga penggal atau sembilan tahun.

"Had tempoh selama tiga penggal untuk pengerusi negeri adalah langkah untuk memastikan pembaharuan yang berterusan dan menyuntik nafas baru kepada pemimpin parti di peringkat negeri," kata Lim dalam ucapan dasarnya semasa merasmikan persidangan itu di Subang Jaya.

Ia juga melanjutkan tempoh bagi Jawatankuasa Negeri daripada dua tahun kepada tiga tahun, untuk selaras dengan CEC, manakala tempoh bagi Jawatankuasa Cawangan akan dilanjutkan daripada satu tahun kepada dua tahun.

PAC: Jawatankuasa Audit Bebas KLIA2 dipersoal..."Ada rahsia dalam bilik sulit"..!!


Nur Jazlan Mohamed

JOHOR BAHRU - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mempersoalkan penubuhan Jawatankuasa Audit Bebas Lapangan KLIA2 oleh Kementerian Pengangkutan bagi menyiasat pemendapan apron di lapangan terbang itu.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, penubuhan jawatankuasa itu membabitkan skop kecil dan dilihat tidak membawa perubahan bagi memperbaiki prestasi KLIA2 secara keseluruhan.

“PAC sebagai lembaga berkecuali siasat mengenai KLIA2 hampir setahun dan mengesyorkan beberapa perkara.

“Soal penubuhan jawatankuasa baharu hanya untuk menyiasat dalam skop kecil sahaja dan itu tidak akan bawa apa-apa kesudahan,” katanya ketika ditemui semasa mengadakan lawatan kerja bersama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Dun Kempas, semalam.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tong Lai mengumumkan nama lima anggota Jawatankuasa Audit Bebas KLIA2 bagi menyiasat isu mendapan di apron lapangan terbang berkenaan pada 11 Disember lalu.

Ibrahim Ali cemburu ketegasan pemimpin DAP, Hindraf

Mereka bukan sahaja tegas, tetapi berani menegakkan hak mereka walaupun bangsa mereka tidak ramai dan walaupun DAP baru memerintah satu negeri iaitu Pulau Pinang.
KUALA LUMPUR: Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali cemburu dengan ketegasan pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng bahkan memuji sikap Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy yang meletakkan jawatannya apabila pihak kerajaan tidak memenuhi tuntutan bagi kaumnya.
Menurutnya, mereka bukan sahaja tegas, tetapi berani menegakkan hak mereka walaupun bangsa mereka tidak ramai dan walaupun DAP baru memerintah satu negeri iaitu Pulau Pinang.
“Tetapi kita (Melayu) terlalu apologetik, mudah menangis, mudah emosi dan mudah sedih. Sebab itu kadang-kadang teguran kita tidak berkesan,” katanya sewaktu menggulung perbahasan di Persidangan Agung Tahunan PERKASA ke 5 di Pusat Islam, Kuala Lumpur.
Selain itu, Ibrahim turut mengambil contoh pemimpin Hindraf. Katanya, walaupun ahli Hindraf sedikit tetapi demi mengambil hati, kerajaan tetap melantik mereka menjadi senator dan timbalan menteri.

Peluang BN membukti keupayaan mentadbir negara ketika harga minyak merudum..!!

Oleh Khoo Kay Peng
Kejatuhan harga minyak bakal menghasilkan cabaran kepada negara dan mendedahkan kepincangan pihak kerajaan menangani pelbagai isu penting.
Dek kerana permintaan global yang menurun, pengukuhan nilai dolar AS dan pengeluaran minyak AS yang melonjak, minyak mentah Brent telah hilang sepertiga harga daripada kadar USD115 setong. Sebagai tindakbalas segera, Indeks Komposit Kuala Lumpur telah menurun 4% pada tahun ini.
Kebergantungan Malaysia kepada Petronas telah menyaksikan pelabur kurang berminat ke Malaysia. Sebelum ini, bon Malaysia pada kedudukan AAA kerana kerajaan mampu menjamin pinjaman melalui hasil minyak dan royalti Petronas. Syarikat tersebut bakal menurunkan dividen pembayarannya kepada kerajaan pada kadar 37% tahun hadapan sekiranya harga minyak kekal di kedudukan hari ini.
Sekarang ringgit Malaysia merosot 3% dalam tempoh seminggu dan diniaga pada paras RM3.43 berbanding US dolar. Ia dijangka diniagakan rendah pada paras RM3.60 berbanding satu US dolar jika harga minyak kekal rendah bagi mengatasi disinflasi.
Nilai ringgit yang rendah mungkin tidak buruk bagi pengekspot tempatan kerana lebih kompetitif. Namun ia bakal memberi tekanan kepada pelabur tempatan yang mahu berniaga di luar negara.
Impot terutamanya teknologi dan produk berasaskan pengetahuan dan perkhidmatan, dalam US dolar akan lebih mahal dan pengguna bakal merasa kesan penurunan nilai ringgit.
Kerajaan bertindak pantas dengan keputusan tidak popular memotong subsidi minyak. Keputusan dijangka menjimatkan RM20 bilion setahun. Ia mampu mengekang kesan hasil dari Petronas dalam bentuk pembayaran dividen dan royalti kepada kerajaan. Kerana harga subsidi lebih mahal dari harga pasaran, kerajaan telah mengelak reaksi negatif orang ramai buat masa ini.

Di saat DAP cipta sejarah, ahli bimbang kongsi masa depan dengan PAS

Ketika DAP mengambil langkah untuk jadi lebih inklusif, dengan memberi lebih banyak ruang kepada wanita dan menjadi lebih mesra-Melayu, ahli akar umbinya bimbang perkembangan parti itu akan terhalang bukan oleh musuhnya Umno, tetapi sekutunya PAS.
Ahli DAP mengecam pemimpin dan ahli tertentu dalam PAS menyokong presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang dituduh sebagai penghalang penyatuan Pakatan Rakyat (PR), pada konvensyen nasional semalam. Parti itu melakar sejarah dengan peraturan baharu iaitu 30% kerusi yang dilantik dalan jawatankuasa pusatnya, badan pembuat keputusan tertinggi parti, perlu diberikan kepada wanita.
Tetapi, lebih seorang pemimpin akar umbi mengadu mengenai Hadi dan mendesak pemimpin kanan mereka melakukan sesuatu mengenainya. Mencipta sejarah Kuota wanita mewujudkan kesedaran politik dan moral.
 “Dengan peraturan ini kita memberitahu semua wanita di negara ini jika anda mahu jadi ahli politik, DAP adalah parti untuk anda,” kata Teo Nie Ching, timbalan setiausaha publisiti DAP yang juga salah seorang daripada 3 wanita dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada masa ini. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata wanita termasuk dalam blok mengundi yang kritikal dan hampir 70% lepasan universiti adalah wanita. “Barisan Nasional memperolehi kekuatannya daripada wanita dan mereka memainkan peranan penting dalam masyarakat.
Sudah tiba masanya DAP membenarkan mereka memainkan peranan untuk parti ini,” katanya. Konvensyen itu juga menyaksikan DAP mengambil lebih usaha untuk menyingkirkan imej Cina-cauvinis.
Berbanding konvensyen lalu, kali ini menyaksikan kira-kira 70% speaker menggunakan Bahasa Melayu dalam bahas mereka. Kebanyakan speaker berkenaan bukan Melayu. Malah, speaker yang merungut mengenai PAS dan menyerang UMNO turut menggunakan Bahasa Melayu.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke menyebut mengenai perkara itu dalam ucapan penggulungannya apabila berkata beberapa ahli veteran mengadu kepadanya mereka tidak dapat memahami 90% daripada perbahasan. Hanya kira-kira 2 daripada 20 speaker bercakap dalam bahasa Mandarin.

Syarikat tidak ternama tawar RM8.75 bilion selamatkan MAS...Wang Rakyat boleh diselamatkan..!!!

Sebuah syarikat yang tidak begitu dikenali, Jentayu Danaraksa Sdn Bhd membuat cadangan bernilai RM8.75 bilion untuk memulihkan Malaysia Airlines (MAS), dengan berkata mereka boleh menyelamatkan 6,000 pekerjaan yang kini terpaksa diberhentikan.
Syarikat itu berkata, cadangan yang akan didedahkan hari ini termasuk penjualan dan pembelian balik kapal terbang digunakan penerbangan nasional itu yang kini dimiliki Khazanah Nasional Bhd dan sedang disusun semula dengan nilai RM6 bilion.
"Cadangan ini termasuk pertimbangan kewangan sehingga RM8.75 bilion (AS$2.5 bilion) dengan tawaran termasuk Khazanah Nasional menjadi rakan kongsi dalam JD Leading, sebuah syarikat penerbangan baru selepas pengambilan Penerbangan Malaysia Bhd (PMB), melalui satu pemberian syer strategik dalam JD Leasing tanpa kos," kata Pengarah Urusan Jentayu Feriz Omar (gambar) yang disiarkan dalam akaun Facebooknya.

Hutang negara, hutang rakyat

Oleh SELENA TAY
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang negara dibawa mati.


Hutang negara yang berjumlah lebih RM570 bilion campur dengan hutang yang dijamin oleh kerajaan yang berjumlah lebih RM100 bilion berserta dengan kenaikan dalam kadar tukaran mata wang Amerika Syarikat bermakna bahawa hutang negara semakin bertambah – hutang ini perlu dibayar oleh kerajaan kepada Bank Dunia.
Hutang peribadi seperti pinjaman daripada bank untuk membeli rumah dan kereta ataupun motosikal pula perlu dilunaskan oleh setiap orang yang berhutang dengan bank tempatan. Maka terlalu banyak hutang yang perlu dibayar oleh rakyat 1Malaysia apabila dicampur dengan hutang negara. Hutang negara kita bayar melalui kenaikan harga barang, harga bahan api, tarif elektrik dan GST (Goods & Services Tax/ Cukai Barangan Dan Perkhidmatan).
Semakin tinggi hutang negara, semakin susahlah kita sebagai rakyat kerana harga barang akan melambung naik.
“Kerajaan melalui GST dapat korek saku rakyat untuk mencungkil setiap sen dalam saku kita untuk melunaskan bayaran hutang negara kepada Bank Dunia dan ini bererti saya yang sedang membuat bayaran kepada Bank Dunia,” kata seorang pemandu teksi.
Dengan hutang negara yang semakin bertambah disebabkan oleh pembaziran, pemborosan dan ketirisan maka semakin kosonglah saku rakyat dan golongan yang berpendapatan rendah dan yang miskin tidak akan mampu menabung untuk masa depan nanti.

Occupy UM8 pindah ke dalam kampus mulai hari ini

KUALA LUMPUR: Dalam usaha untuk memberi lebih tekanan kepada pihak Universiti Malaya (UM), penganjur "Occupy UM8" akan memindahkan lokasi perhimpunan ke dalam kampus mulai hari ini.

Ia ekoran selepas lima hari melakukan protes di pintu pagar utama universiti terbabit, pihak universiti dikatakan tidak mengendahkan tuntutan mereka.

Bermula pada jam 8.30 pagi, pihak penganjur akan mula berhimpun dari lokasi sekarang ke Bangunan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Kompleks Perdana Siswa UM.

"Tuntutan kita agar pihak pentadbiran membatalkan hukuman kepada UM8 langsung tidak mendapat respon pihak pentadbiran UM.

"Atas semangat cintakan kebenaran dan demi memulihkan demokrasi kampus, Occupy UM8 mengumumkan kami bersama dengan mahasiswa yang lain akan meneruskan Occupy di Bangunan HEP UM," kata koordinator 'Occupy UM8' Wan Nur Syamimi, pada malam Ahad.

Tambahnya, mereka akan terus mendesak agar pihak pentadbiran UM khususnya HEP membatalkan hukuman yg telah dikenakan terhadap UM8.

um8