Ahad, 14 Disember 2014

Hudud: Sidang Khas DUN Kelantan pada 29hb Disember 2014 | Ustaz Ahmad Yakob

1MDB: 'Tarik balik tuduhan saya proksi veteran UMNO' kata Khairuddin

1MDB: 'Tarik balik tuduhan saya proksi veteran UMNO' - Khairuddin
KUALA LUMPUR: "Tarik balik tuduhan saya 'proksi' veteran UMNO yang ditugaskan untuk membangkitkan isu syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB)."

Itu amaran Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan kepada Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan menyifatkannya sebagai fitnah yang tidak berasas.

"Memang jika hendak dibandingkan saya dengan dia, ibarat bumi dan langit, sangat jauh.

"Tetapi (saya) hendak beri amaran kepadanya supaya menarik balik kenyataan (bahawa) saya adalah seorang 'proksi', saya tidak teragak-agak untuk menyamannya jika ia berulang," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Khairuddin mengulas kenyataan Tajuddin yang memintanya tidak membuat tuduhan melulu terhadap tanggungjawab pemimpin parti dalam isu syarikat pelaburan negara 1MDB.

Kata Khairuddin, veteran parti berkenaan disifatkan tidak memerlukan seorang 'proksi' sepertinya jika mempunyai misi untuk 'menjatuhkan' 1MDB seperti yang didakwa Tajuddin.

"Perjuangan ini berteraskan prinsip. Saya berjuang seorang diri dan tidak perlukan tangan ghaib, lagipun saya hanya seorang kerdil sahaja," jelasnya.

Ujarnya, kenyataan Tajuddin yang menyatakan sudah berjumpa peringkat tertinggi syarikat dan parti mengenai isu 1MDB turut diragui.

Saya bukan sebahagian plot anti-Najib, kata Khairuddin berhubung laporan 1MDB

Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditemui pemberita selepas membuat laporan polis berhubung 1Malaysia Development Bhd pada Jumaat di Balai Polis Dang Wang, Kuala Lumpur. Beliau kesal kerana Umno tidak dapat melihat secara positif tindakannya membuat laporan polis itu. – Gambar The Malaysian Insider, 14 Disember, 2014. 
Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditemui pemberita selepas membuat laporan polis berhubung 1Malaysia Development Bhd pada Jumaat di Balai Polis Dang Wang, Kuala Lumpur. Beliau kesal kerana Umno tidak dapat melihat secara positif tindakannya membuat laporan polis itu. – Gambar The Malaysian Insider, 14 Disember, 2014.

Menafikan beliau sebahagian daripada plot dalaman Umno untuk melemahkan presiden parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ketua bahagian parti yang membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata beliau bertindak bersendirian.
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, timbalan ketua Umno bahagian Batu Kawan berkata beliau tidak bertindak bagi pihak orang lain dalam membuat laporan terhadap dana yang dibebani hutang, di mana Najib adalah pengerusi.
Khairuddin menegaskan tiada siapa berada di belakangnya dalam apa yang beliau sifatkan sebagai "perjuangan peribadi untuk kebenaran".

"Saya nak nyatakan dengan jelas (sebelum ini). Saya bertindak sendirian berdasarkan prinsip saya sendiri ... saya berdiri sendiri dalam hal ini," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini. Khairuddin, dilaporkan penyokong kuat Tun Dr Mahathir Mohamad yang lantang dalam kritikan beliau terhadap Najib dan dana berkenaan, berkata beliau hanya bertindak demi kepentingan awam.
Membuat laporan polis terhadap 1MDB, tiada kaitan dengan Umno, presiden atau mana-mana menteri kewangan, kata ahli perniagaan itu yang bersama Umno selama lebih 25 tahun.
"Bantahan awam sudah berlaku terlalu lama. Terdapat banyak pertanyaan daripada orang ramai, pembangkang dan juga tiga bekas menteri kewangan. Laporan dalam (akhbar bisnes) The Edge juga membangkitkan isu itu.
"Tetapi 1MDB hanya membisu. Tidak menafikan apa-apa dan diam sahaja. Bayangkan RM41.9 bilion hutang yang dicatatkan oleh syarikat itu. Ia adalah terbitan awam. Jika ada yang tidak beres dengan lembaga, ia akan memberi kesan kepada kerajaan dan seterusnya kepada rakyat.
"Malangnya, kita tidak mempunyai pemimpin, yang akan berdiri dan mempersoalkan perkara itu. Kita mempunyai pemimpin, yang seperti tripod kepada pucuk pimpinan dan enggan mendengar apa yang orang perkatakan," katanya.
Khairuddin adalah sepupu kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penerbit buku kontroversi “50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM” yang digunakan terhadap Anwar sebelum pemecatannya daripada kerajaan dan tuduhan liwat pada 1998.
Dalam laporan polis pada hari Jumaat, Khairuddin meminta siasatan "terperinci dan menyeluruh", menggesa pihak berkuasa menyoal siasat pengarah dan wakil daripada mana-mana syarikat yang mungkin terlibat dalam skandal 1MDB.

Elak 'chauvanis', AGM DAP cakap Melayu


Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata, perbahasan dalam persidangan tahunan parti itu hari ini menunjukkan bahawa pemimpin mereka daripada sekolah vernakular dapat berbahasa Melayu lebih baik berbanding Umno.

Katanya, parti itu hari ini menggalakkan ucapan menggunakan bahasa Melayu dan ramai menyahutnya.

“Umno kata budak Tionghua, India di SJKC, SJKC tak boleh bahasa Melayu, tak fasih.

“Ramai perwakilan hari ini dari SJKC dan SJKT tetapi bahasa Melayu mereka lebih fasih (daripada Umno).

“(Perwakilan) Wong Ka Woh (contohnya) daripada sekolah rendah Cina tetapi BM dia lebih bijak,” katanya.

Loke dalam ucapan penggulungannya berkata, DAP hari ini menggalakkan perwakilan menggunakan bahasa kebangsaan.

DAP lulus 30 peratus wanita, tambah ahli CEC

SUBANG JAYA - Konvensyen Nasional DAP 2014 hari ini menyaksikan beberapa pindaan Perlembagaan parti itu dilakukan untuk memperkukuhkan parti di samping meningkatkan penyertaan wanita sebanyak 30 peratus di peringkat pembuat dasar.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, penyertaan golongan wanita dalam peringkat tertinggi parti itu penting untuk menyumbang kemenangan kepada DAP pada PRU14 akan datang.

"Kuota 30 peratus untuk wanita ditetapkan bagi jawatan-jawatan yang melibatkan pemilihan, bertujuan memastikan sekurang-kurangnya sembilan daripada 30 anggota CEC yang terpilih adalah wanita.

"Bagaimanapun, DAP percaya bahawa wanita adalah rakan kongsi yang setara dalam perjuangan dan parti ini komited untuk memperjuangkan kesetaraan gender," katanya dalam ucapan dasarnya pada Konvensyen Nasional DAP 2014 di One City, di sini, hari ini.


Beliau berkata lagi, pindaan juga dibuat agar keanggotaan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP ditambah dari 20 kepada 30 anggota.

"Ia dapat memberi lebih banyak peluang kepada ahli untuk mendapatkan jawatan dalam parti, terutamanya sebagai “parti untuk anak muda dan wanita," ujarnya.
Dalam pada itu, katanya DAP boleh berbangga apabila 21 daripada 104 wakil rakyatnya adalah pemimpin muda.

"DAP mempunyai pemimpin muda paling banyak di peringkat kepimpinan pusat dan di kalangan anggota dewan perundangan.

PERKASA puji DAP, sindir Umno mudah 'nangis'

Jarang-jarang berlaku, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali hari ini memuji pemimpin DAP yang menurutnya bersikap tegas dalam kepimpinan berbanding Umno.

“(Seperti pemimpin kanannya) Lim Kit siang dan Lim Guan Eng, pemimpin DAP bukan sahaja tegas, tetapi berani walaupun bangsa mereka tak ramai.

“Walaupun baru memerintah satu negeri (mereka) sesudah dapat inspirasi daripada Singapura,”katanya ketika ucapan penggulungan Persidangan Tahunan PERKASA di Kuala Lumpur.

Malah, Ibrahim (kiri) berkata Umno pula terlalu apologetik dan mudah emosi sekiranya menerima teguran pihak lain.

“Tetapi kita ini terlalu apologetik, mudah emosi, mudah menangis dan sedih. Sebab itu kadang-kadang teguran itu tidak berkesan,” ujarnya.

Ibrahim dalam ucapannya turut membangkitkan kepimpinan pemimpin Hindraf P Waythamoorthy yang sanggup meletakkan jawatan kerana tidak dapat menyelesaikan masalah kaum India.

“Tengok pemimpin Hindraf, ahli Hindraf berapa kerat (ramai).

“Bukan main lagi pemimpin (kita) nak pujuk (sebelum itu), hingga dilantik menjadi senator dan timbalan menteri.

“Tetapi sesudah dilantik, dan tengok tuntutan kaum dia tidak dipenuhi beliau boleh meletak jawatan timbalan menteri.

“Mana ada pemimpin bangsa kita yang bersikap demikian,” katanya.

'Mungkin jadi parti politik...'

Sementara itu, PERKASA juga berkata belum berhasrat membentuk sebuah parti politik baru tetapi menyerahkannya kepada anggotanya untuk membuat keputusan, jika dibangkitkan.

“Perkasa masih lagi NGO, NGO politik.

“Tetapi akan nanti sampai satu masa ada usul dari kawasan yang bersorak, desak PERKASA dalam mesyuarat nanti, mahu PERKASA jadi parti politik, ia akan jadi parti politik,” katanya.

Kaki Lebong: Berhenti tipu rakyat, kata bekas pengerusi SPR kepada Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berhenti daripada terus berbohong kepada rakyat tentang keadaan sebenar kedudukan negara, kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.
"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh (membantu Melayu)," katanya dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa, hari ini.
Rashid berkata beliau tidak marah jika orang Umno atau Najib memarahinya mengkritik secara terbuka kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.  "Sekarang saya lantang mengkritik tetapi tiada yang berani mengkritik saya kerana saya tidak mencuri duit rakyat.
Tiada apa saya sembunyikan," katanya. Beliau berkata dirinya sangat berterus-terang dan pernah berdepan dengan Najib bagi menyatakan pendiriannya.
"Saya bercakap secara berdepan. Saya kata jika tak suka, singkirkan saya tetapi sebaliknya saya dinaikkan pangkat," katanya. Rashid berkata apa jua cadangan yang dibawa hari ini tidak akan ke mana-mana kerana pelaku rasuah tidak akan mendengar.
 "Mereka (Umno) takut kalah pilihan raya tetapi saya kata itu tidak berlaku sebaliknya kita berdepan dengan pelbagai cabaran," katanya.
Beliau turut mencadangkan peranan Perkasa ditukar daripada kumpulan pendesak Melayu kepada parti politik memerintah negara kerana itu saja pilihan yang ada memastikan negara dipimpin orang yang "betul".

Siasatan 1MDB perlu bebas campur tangan politik - N.Surendran

Siasatan 1MDB perlu bebas campur tangan politik - N.Surendran
KUALA LUMPUR: Siasatan terhadap syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu bebas daripada campur tangan dan tekanan pihak yang terlibat dengan politik.

Naib Presiden PKR, N. Surendran berkata, sebarang siasatan skandal 1MDB mesti mengikut undang-undang dan menurut prosedur badan penguatkuasa berkaitan.

"Laporan polis yang dibuat mesti disiasat secara adil.

"Ia bukan dilakukan untuk menyelesaikan masalah dalaman UMNO semata-mata," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

N. Surendran mengulas tindakan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang membuat laporan polis terhadap 1MDB baru-baru ini.

Dalam pada itu, Surendran berkata turut terkejut dengan pendedahan bahawa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi 1MDB, di mana mereka dilaporkan dimarahi mantan perdana menteri itu.

"Perkara itu didedahkan sendiri bekas ketua pengarang The New Straits Times Group, Datuk A. Kadir Jasin di dalam blognya.

PR perlu utama matlamat bersama bukan parti individu - DAP

PR perlu utama matlamat bersama bukan parti individu - DAP
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat perlu mengutamakan matlamat politiknya yang menyeluruh berbanding matlamat parti masing-masing, kata Pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP Tan Kok Wai.

Mengakui sememangnya ada perbezaan ideologi dalam kalangan parti-parti pembangkang itu, katanya, perbezaan itu sebenarnya boleh diatasi .

Katanya kegagalan untuk mengutamakan perjuangan bersama akan menggugat kesepakatan pakatan itu dan peluang mereka pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

"Formula Pakatan Rakyat itu terbukti berkesan. Rakyat Malaysia telah memberikan kita peluang. Peluang ini belum tentu akan datang lagi pada masa hadapan," katanya dalam ucapan pada Persidangan Kebangsaan DAP 2014 di Subang Jaya, hari ini.

Gabungan parti digesa perkemas struktur Pakatan Rakyat - Azmin Ali

Gabungan parti digesa perkemas struktur Pakatan Rakyat - Azmin AliKUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat perlu memperkemaskan struktur gabungan parti-parti pembangkang dan didaftarkan sebagai sebuah parti.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata setiap pimpinan dan anggota parti di dalam blok pembangkang perlu mendokong kerangka perjuangan bersama.

"Struktur PR perlu diperkemaskan dan didaftarkan. Pimpinan parti dalam PR harus pastikan program dan dasar bersama diperkemas dan dimuafakati secara kolektif," tegas Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR ketika dihubungi Astro AWANI.

Azmin mengulas kenyataan Pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP Tan Kok Wai yang menyeru Pakatan Rakyat mengutamakan matlamat politik yang menyeluruh berbanding matlamat parti masing-masing.

Tambahnya, PR sememangnya bersedia untuk didaftarkan sebagai sebuah parti dengan logo yang satu.

1MDB: 'Siapa Khairuddin hendak kata pemimpin parti bacul?' kata MT Umno

1MDB: 'Siapa Khairuddin hendak kata pemimpin parti bacul?'
KUALA LUMPUR: Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan digesa tidak membuat tuduhan melulu terhadap tanggungjawab pemimpin parti dalam isu syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, masalah 1MDB sudah dibincang di pelbagai lapisan peringkat, malah dibangkitkan dalam mesyuarat MT parti.

"Dia kata pemimpin UMNO bacul, masalahnya adakah dia tahu apa tindakan kita mengenai isu ini? Dia tidak tahu apa-apa.

"Mana boleh disamakan cara dia dengan cara kita. Kita ada bangkit isu ini di Parlimen. Khairuddin ini siapa?

"Kita ada medan MT, kita jumpa kepimpinan tertinggi UMNO dan bincang isu ini, kita juga bincang isu ini dengan Menteri Kewangan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tajuddin mengulas tuduhan Khairuddin yang menyifatkan pemimpin UMNO sebagai bacul dan terlampau takut untuk membangkitkan isu berkenaan masa depan dan risiko sebenar yang dihadapi 1MDB.

Tambah Tajuddin, pemimpin UMNO juga disifatkan sudah berjumpa dengan pengurusan 1MDB selain mengaku sudah ada jawapan di sebalik kemelut yang didakwa ramai pihak itu.

"Soalnya sekarang kepada Khairuddin, apa yang dia tidak puas hati berkenaan risiko duit rakyat dan setiap apa laporan polis yang dibuatnya. Tetapi kalau dia hendak buat laporan polis, itu hak dia," jelasnya.

Umno berhak untuk kalah seperti Parti Kongres India

SUBANG JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Umno berhak untuk kalah seperti Parti Kongres India.
"Oleh itu, kita mesti menunjukkan urus tadbir yang baik dan bersih berbanding BN serta memberi faedah kepada rakyat," katanya dalam Ucapan Dasar Persidangan DAP, hari ini.
Katanya, koalisi PR yang boleh menang mestilah mempunyai dasar jelas yang memenangi semua kumpulan etnik, terutamanya majoriti orang Melayu, seluruh Sabah dan Sarawak.
Justeru, beliau menyeru kepada semua pemimpin PR untuk menyahut cabaran bagi mewujudkan satu gabungan yang boleh menang.
Katanya, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mengakui Umno akan kalah pada Pilihan raya Umum akan datang dengan hanya peralihan dua peratus undi.
“Dua peratus ini akan menyebabkan BN hilang kuasa dengan hanya memenangi 103 kerusi Parlimen,” katanya.

Perwakilan Perkasa: Pecat penjawat awam propembangkang

Perwakilan PERKASA Jakarta dan Bogor, Indonesia Nazri Ismail mencadangkan agar penjawat awam yang menyokong pembangkang diberhentikan kerja.

Sebaliknya, katanya, tempat itu harus digantikan dengan graduan universiti yang menyokong kerajaan.

“Penjawat awam yang pro kepada pembangkang dan yang masih berkhidmat (harus) dikenal pasti dan diberhentikan dan diganti dengan graduan universiti yang pro kepada kerajaan.

“(Graduan) yang baik, boleh membantu membangunkan negara mengikut Perlembagaan Persekutuan (Perkara) 153, mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu,” katanya di Persidangan Agung tahunan ke-5 PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Anak kelahiran Terengganu itu turut berkata kini semakin ramai profesional Melayu melupakan jasa pejuang bangsa.

“Sejarah telah membuktikan bahawa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis dan jatuhnya Tanah Melayu kerana adanya pembelot yang telah menjual maklumat kepada musuh,” katanya.

Bukit Kepong: Orang Umno buat laporan polis atas nama saya, kata saksi kes

Perbicaraan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini menyaksikan saksi pendakwa mengaku beliau tidak membuat laporan polis meskipun laporan polis kononnya atas nama beliau wujud dan dikemukakan di mahkamah. Azlas Jaafar, 65, berkata demikian ketika beliau disoal balas oleh peguambela Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu, hari ini.
Azlas merupakan saksi ke-10 pihak pendakwa dalam kes pendakwaan ke atas Mat Sabu berkaitan isu Bukit Kepong.
 Mat Sabu didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana dituduh menfitnah anggota anggota polis di Bukit Kepong dan keluarga mereka semasa menyampaikan ceramah di Kampung Jarak, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 21 Ogos, 2011.

Semasa disoal pihak pendakwa, Yusaini Amir, Azlas menyatakan beliau tidak pernah membuat laporan polis ke atas ucapan Mat Sabu tersebut. Azlas juga mengaku tidak boleh menulis dan membaca dan dia juga tidak pernah mendengar ucapan Mat Sabu malahan tidak mengenali pemimpin PAS tersebut.

Saksi berkata ada orang beritahu beliau Mat Sabu menghina bapa beliau yang meninggal dunia pada 1950 selepas diserang komunis di Bukit Kepong. Peristiwa Bukit Kepong bagaimanapun berlaku pada Februari 1951.
Semasa disoal balas Hanipa, Azlas mengaku dia tidak membuat laporan polis namun apabila ditunjukkan laporan polis dengan nama beliau, dia menyatakan itu bukan laporan beliau kerana beliau tidak pernah buat laporan polis.

Hanipa: Makcik Azliza, makcik kata tidak pernah buat laporan polis, boleh terangkan bagaimana boleh wujud laporan polis atas nama makcik ya?

Saksi: Saya tak tahu...mungkin jiran saya yang buat laporan itu.

Hanipa: Siapa nama jiran makcik itu ya?

Saksi: Nama dia Saidi.

Hanipa: Saidi ni orang Umno kan makcik?

Saksi: Ya, dia orang Umno.

Hanipa: Jadi Saidi Umno ni lah yang makcik kata mungkin membuat laporan polis guna nama makcik tanpa pengetahuan makcik?

Saksi: Ya.

Hanipa: Mak cik pernah ke mendengar ucapan Mat Sabu dalam sebarang masa?

 Saksi: Tak pernah.

Hanipa: Apabila tak pernah dengar, maka makcik sendiri tak tahu lah apa sebenarnya yang Mat Sabu cakap kan... betul atau tidak makcik?

 Saksi: Betul.

Pemimpin PAS sokong cadangan Pakatan tampil calon PM di PRU14

Penyokong DAP di Persidangan Nasional DAP di Subang Jaya, hari ini. Ketua pengarah pilihan raya PAS Dr Hatta Ramli yang menghadiri persidangan tersebut berkata dia setuju dengang cadangan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng yang Pakatan Rakyat perlu mempunyai calon perdana menteri yang jelas untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Disember, 2014. 
Penyokong DAP di Persidangan Nasional DAP di Subang Jaya, hari ini. Ketua pengarah pilihan raya PAS Dr Hatta Ramli yang menghadiri persidangan tersebut berkata dia setuju dengang cadangan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng yang Pakatan Rakyat perlu mempunyai calon perdana menteri yang jelas untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Disember, 2014.

Pemimpin PAS menyambut baik cadangan agar Pakatan Rakyat (PR) mempunyai calon perdana menteri menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang kerana ia perlu jika mahu diterima dengan baik menjelang pilihan raya.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli berkata bahawa ia adalah satu cadangan yang wajar dan Pakatan masih mempunyai masa untuk memikirkannya.
"Kami tidak mencapai kata sepakat menjelang  pilihan raya umum lepas. Tetapi kami yakin masih ada masa untuk berbuat demikian menjelang pilihan raya umum ke 14 nanti.

"Jika kita mahu mendapatkan imaginasi majoriti rakyat Malaysia, kita mesti mempunyai idola negara,"kata ahli Parlimen Kuala Krai itu. Ketiadaan calon perdana menteri telah dijadikan isu oleh parti lawan Pakatan yang mendakwa tidak ada kesepakatan di kalangan mereka.
Dr Hatta (tengah dalam gambar, kanan) memberikan reaksi ke atas cadangan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng yang berkata, PR perlu mempunyai calon perdana menteri yang jelas untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Dalam PRU14, kita hanya akan menang jika kita ada calon perdana menteri dari PR," katanya.
Bila ditanya reaksi PAS terhadap cadangan DAP tentang isu hudud, Dr Hatta berkata, itu hak DAP.
"Perlu ada pendirian tegas, kerajaan PR di Putrajaya tidak akan melaksanakan undang-undang hudud. Itu mesti jelas sama sekali.

Khalid Samad, Mat Sabu, harapan PAS dalam Pakatan, kata DAP Perak


Pemimpin PAS seperti Mohamad Sabu dan Khalid Samad masih berupaya menjadi suara Pakatan Rakyat (PR) dalam parti Islam itu meskipun terdapat segelintir pemimpin mereka tidak sebulu dengan kepimpinan pembangkang, kata wakil DAP Perak, Wong Kah Wah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning ketika berbahas di Persidangan Nasional DAP 2014 di Subang Jaya, berkata, masalah yang timbul daripada krisis dalaman PR bukan berpunca dari PAS, sebaliknya daripada segelintir pimpinan mereka. "Kita tahu kita ada masalah, ia bukan masalah PAS sendiri, tetapi segelintir pemimpin PAS.
"Kita masih ada Mat Sabu, Khalid Samad, itulah harapan kita dalam PAS," katanya. Beliau berkata, tiada perkara mustahil dalam politik untuk berhadapan dengan kedegilan segelintir kepimpinan PAS. "Dengan ada segelintir pimpinan PAS yang degil, tetapi saya percaya dalam politik kita akan berhadapan 'mission impossible' tapi tiada yang 'impossible' dalam politik," katanya.
Beliau turut menyeru pemimpin yang gagal mematuhi keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi PR melepaskan jawatan dalam parti yang diwakili mereka. "Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat perlu bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali dan keputusan itu wajib dihormati.
 "Mana-mana pemimpin yang ingkar, keputusan itu, harus berundur dan tidak layak memimpin parti itu," katanya di hadapan 938 perwakilan DAP. Beliau berkata, masih ada peluang bagi PR bersatu menentang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

MB Selangor: Toleransi dan hormat perlu dua hala, berani dan prinsip perlu seiring

DAP wants Pakatan's PM-designate for GE14

Perkasa flays US over Sedition Act remarks

Perkasa: Our hundreds of eminent Malays greater

Perkasa to Najib: Cut overseas trips or lose power

Leaders vetoing Pakatan should quit, says DAP

MB kepada Chegubard: 'enough of politicking', kini masa bekerja

Hatta explains: PAS leaders busy with party CEC meeting

1MDB: Ku Nan Masih Berfikiran Kuno

Tindakan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa Khairuddin Abu Hassan menarik balik laporan polis yang dibuatnya terhadap 1MDB secara umumnya tidak dipersetujui oleh banyak pihak, sama ada daripada mereka yang menjadi ahli dan penyokong UMNO mahu pun rakyat biasa.

Ramai yang menyifatkan langkah yang diambil Ku Nan itu merupakan langkah ke belakang yang tidak sesuai lagi dengan keperluan zaman ketika ini.

Selari dengan dunia langit terbuka dan zaman internet yang kian mengganas dengan maklumat serba pantas, beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan seharusnya lebih wajar bersikap terbuka dan membiarkan saja pihak polis menjalankan siasatannya.

Jika pun ingin memberi nasihat, Ku Nan lebih wajar menasihati Perdana Menteri, Najib Razak agar segera memberi respon menjelaskan kepada umum segala keraguan mengenai urusniaga, kewangan dan hutang 1MDB yang dipertikaikan itu.

Dengan menggesa Khairuddin yang juga Naib Ketua UMNO Batu Kawan menarik balik laporan polisnya, Ku Nan bukan saja mengesahkan UMNO tetap tidak mahu berubah, tetapi juga menunjukkan parti itu semakin tertutup sedangkan dunia dan pemikiran rakyat semakin terbuka.

Ku Nan yang sudah terlalu lama berada dalam pentadbiran UMNO ternyata masih mempunyai pemikiran kuno dan primitif dalam cara dan tindakannya sebagai pemimpin, terutama ketika berhadapan dengan mereka yang berfikiran kritikal dan tidak sebulu dengan kepimpinan parti.

KU NAN AROUSES SUSPICION: Why should Najib fear police report on 1MDB?


UMNO Secretary-General Tengku Adnan Tengku Mansor should not be afraid of an investigation into a report lodged by Batu Kawan UMNO chief over 1MBD funds.
He is reported to have yesterday urged his Batu Kawan chief to withdraw a report he lodged over 1MDB.
It is strange but I would have thought that Tengku Adnan would have welcomed a full and open investigation into the matter particularly given the public interest element involved in this case.
If there has been no wrong, nobody needs to be afraid.
I challenge him to support the investigation.
Perhaps his Prime Minister Dato Seri Najib Razak should also come out in the open to support a full, open and transparent investigation in this matter.
Like P.I. Bala's SD on Altantuya, a police report cannot be withdrawn
In addition to this, unlike other countries, in Malaysia, once a police report is lodged, the police must investigate it.

No backing down, AG and police must act on 1MDB

Gobind Singh says there should not be any question of withdrawing the police report and investigations must commence.
PETALING JAYA: MP for Puchong Gobind Singh Deo says that since a police report has been lodged by Batu Kawan Umno vice-chief Khairuddin Abu Hassan against improprieties regarding the 1MDB fund, the police and attorney-general must investigate it.
gobind sing_1mdb_300In a statement, Gobind said, “Given the nature of the police report and its immense public importance, I call upon the police and Attorney-General not to back down. They cannot and must not sit back and do nothing.
“They must act.”
He also demanded that action be taken against anybody who called for a withdrawal of the police report as this would be seen as interfering with investigations.
“If there are any attempts to scuttle or interfere with investigations by anyone, then I demand that action be taken against them as well,” Gobind said referring to UMNO Secretary-General Tengku Adnan Tengku Mansor who reportedly asked Khairuddin to withdraw the police report he lodged Friday.

Pelaksanaan kanun jenayah Islam ikut kerangka demokrasi

KUALA LUMPUR: PAS memberi sepenuh komitmen untuk melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam mengikut kerangka sistem demokrasi.
"Sebab itu PAS bertekad untuk melaksanakannya di Kelantan yang telah berjaya mendapat mandat sokongan rakyat melebihi 80 peratus pengundi di negeri itu," ujar Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Mahfodz Mohamed.
Katanya, kanun Jenayah Syariah kelantan adalah salah satu dasar PAS yang perlu dilaksanakan supaya ianya selari dengan perjuangan Islam seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan parti itu.
"Mengikut kajian kami, lebih 70 peratus masyarakat Islam menyokong perlaksanaan Undang-undang Jenayah Islam kerana ianya merupakan kewajipan ke atas semua orang Islam yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, Kanun Jenayah Syariah Kelantan tidak dilaksanakan ke atas non Muslim, oleh itu orang bukan Islam tidak perlu takut kepada Kanun Jenayah Syariah Kelantan kerana ia hanya dilaksanakan ke atas orang Islam sahaja.
Justeru, kata beliau Lim Kit Siang tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam yang telah dijamin sebagai agama Persekutuan dalam perlembagaan.

Bernama TV mungkin "gulung tikar"

Gagal mendapat gaji penuh sejak Oktober, kakitangan Bernama TV (BTV) kita terkejut apabila dimaklumkan bahawa syarikat itu mungkin terpaksa gulung tikar ekoran kerugian berterusan.

Seorang pekerja BTV memberitahu Malaysiakini, Pengurus Besar Bernama Zulkefli Salleh memaklumkan perkara itu dalam sebuah pertemuan pada Jumaat.

Dalam mesyuarat itu, Zulkefli bagaimanapun didakwa berkata, penutupan BTV hanya akan menjadi langkah terakhir dan notis cukup akan diberikan jika berlaku.

Bagaimanapun, tidak semua kakitangannya bersedia dengan langkah itu.

“Kalau Bernama TV tutup maksudnya Bernama tak buat kerja. Bernama kenalah kerja keras untuk jaga kami ,” katanya.

Kakitangan BTV minggu lalu enggan hadir bekerja selepas tidak mendapat bayaran gaji penuh.

Diminta mengesahkan perkara itu, Zulkefli berkata beliau hanya mengajukan soalan untuk memotivasi mereka bekerja lebih keras bagi mendapat lebih banyak penonton, sekali gus menjadi keuntungan.

Lim Guan Eng : DAP parti gagasan dan parti masa depan

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,
Gunung sama didaki, lurah sama dituruni,
Biar putih tulang, jangan putih mata.

Salam Ubah dan Salam Bersih kepada semua.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua tetamu undangan, perwakilan dan pemerhati kerana hadir pada hari ini, terutama sekali kepada mereka yang telah datang dari jauh.
Hari ini kita berkumpul dalam Persidangan Parti DAP 2014 di Subang Jaya ini untuk merangka masa depan parti dan Malaysia kerana kita percaya bahawa bersama-sama dengan semua rakyat Malaysia lain yang progresif, kita memegang anak kunci ke Putrajaya dan Malaysia yang baru dan lebih baik.
Menjelang bulan Mei 2015, genap dua tahun selepas Pilihanraya Umum 2013 dan hampir separuh penggal sebelum kita menghadapi Pilihanraya Umum ke-14. Pilihanraya negeri Sarawak pula kian menjelang.
Persidangan Kebangsaan 2014 diadakan sesudah Kongres Kebangsaan ke-16 pada 15 dan 16 Disember 2012 di Pulau Pinang dan pemilihan semula untuk Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) di Kongres Khas Kebangsaan pada 29 September 2013 di Petaling Jaya untuk menggagalkan perancangan jahat dan niat buruk Pendaftar Pertubuhan untuk menghancurkan parti.
Pemilihan semula CEC dengan kumpulan pemimpin yang sama seperti sebelumnya membolehkan DAP muncul lebih bersatu-padu dan kuat sebagai sebuah parti. Kini DAP telah sedia untuk bersatu, melakukan pembaharuan dan berkembang.
Kita mesti menetapkan agenda untuk pilihanraya akan datang dan juga untuk generasi akan datang. Jika kita tidak menetapkan agenda untuk menyatukan semua rakyat Malaysia ke arah tujuan yang sama dan nasib yang dikongsi bersama, kita akan terpaksa menerima agenda UMNO dan BN untuk memecahbelahkan dan memusnahkan Malaysia melalui ekstremisme, salah guna kuasa dan rasuah.
Tema persidangan kali ini ialah “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, yang mencerminkan komitmen DAP terhadap solidariti, perkongsian dan pengorbanan semua rakyat Malaysia ke arah perpaduan, toleransi, keadilan sosial dan peluang saksama untuk semua.
Mesej solidariti, perkongsian dan pengorbanan adalah amat penting, terutama di saat kita berhadapan krisis ekonomi yang semakin meruncing dan akan membawa akibat buruk kepada golongan miskin, dengan diterajui sebuah kerajaan yang telah buntu dan hanya boleh bereaksi dengan melanggar janji-janji dan menyalahkan masalah ekonomi kepada golongan minoriti dan musuh-musuh khayalan Islam, Melayu dan Raja-Raja tanpa rasa segan silu.
2014 mungkin akan dikenang sebagai annus horribilis (tahun yang mengerikan) bagi Malaysia dalam beberapa dekad ini, tetapi kita percaya dengan rakyat Malaysia bahawa kita akan bangkit sebagai sebuah bangsa bagi mengatasi cabaran yang mendatang.
Sebagai sebuah bangsa, rakyat Malaysia merasa hampir lumpuh akibat tragedi berkembar MH17 dan MH370; dan DAP melahirkan rasa simpati, sokongan dan solidariti kepada ahli-ahli keluarga mangsa yang terlibat. Kami akan menyokong semua usaha untuk mendapatkan keadilan bagi mereka yang telah terbunuh dalam MH17 dan juga usaha mencari MH370 yang hilang.
Dengan rasa sedih yang mendalam, kita menangisi pemergian orang kuat parti yang telah berdiri bersama-sama dengan kita untuk sebuah Malaysia yang baru berasaskan demokrasi, keadilan dan peluang saksama. Kita mengucapkan selamat tinggal dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga masing-masing.
Pengerusi Parti kita, Sdr Karpal Singh, yang telah menjadi salah satu suara hati nurani yang paling lantang untuk negara kita, meninggalkan kita dengan tragis sekali pada 17 April 2014. Namun begitu, walaupun sehingga saat-saat akhir, beliau telah melawan kuasa-kuasa yang menindas tanpa rasa takut – kuasa-kuasa yang mahu menukar watak dan identiti Perlembagaan Persekutuan. Sdr. Tan Kok Wai dilantik sebagai pemangku Pengerusi Kebangsaan.
Parti sekali lagi terjerumus ke lembah kesedihan, apabila pada 21 Jun, bekas Pengerusi DAP Sarawak Sdr Wong Ho Leng, meninggal dunia selepas perjuangan yang panjang melawan barah. Legasi Sdr Ho Leng akan kekal kukuh dalam pengaruh yang semakin berkembang kepimpinan DAP Sarawak yang telah dibinanya selama bertahun-tahun.

DAP tidak anti-Islam atau Melayu, tapi anti-rasuah




LGE_Persidangan_DAPSUBANG, 14 DIS: DAP tidak pernah menyatakan bahawa parti ini anti kepada mana-mana ajaran agama, atau kaum tertentu, sebalikya parti ini anti kepada rasuah dan penyelewengan kuasa, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
“Parti DAP tidak anti-Melayu, tidak anti-Islam, tidak anti-bukan Islam. Tapi kita anti rasuah.
“Kerana UMNO adalah ibu segala rasuah, sebab itu kita anti UMNO,” kata Guan Eng dalam ucaptama Persidangan Kebangsaan DAP 2014 di One City, Subang Jaya hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan menyatakan, DAP menentang habis-habisan segala sentimen perkauman dan elemen ektremis UMNO.
“DAP akan terus menjadi parti bukan kaum yang meraikan kepelbagaian kaum dengan matlamat utama mendemokrasikan Malaysia berdasarkan kebebasan, keadilan sosial dan peluang saksama.
“DAP tidak pernah menjadi parti yang hanya berjuang untuk satu kaum atau agama saja. Kita parti untuk semua,” katanya.
Tambah beliau, untuk membuktikan amalan kepelbagaian kaum dan menolak sepenuhnya politik kebencian, DAP akan berusaha menghadapkan Ketua UMNO Baling Mashitah Ibrahim ke pengadilan.
Mashitah baru-baru ini telah mendakwa seorang pemuda Cina telah mengoyak Al-Quran ‘sehelai demi sehelai’ di Kedah.
Sedangkan dakwaan itu disanggah sendiri oleh Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir yang menyatakan bahawa seorang pemuda Melayu yang kurang siuman.
Tanpa rasuah, Malaysia tak perlu GST

Jangan Ketawa: Saya wira orang Melayu dan Islam - Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini menabalkan dirinya sendiri sebagai wira orang Melayu dan Islam.

Ibrahim berkata, beliau menabalkan dirinya sendiri kerana banyak memperjuangkan isu berkaitan bangsa Melayu dan Islam bersama pertubuhan yang diasaskannya itu.

Katanya, perjuangan beliau dan Perkasa untuk orang Melayu dan Islam terlalu banyak hingga ada pihak yang merasa terancam dan menjauhkan diri dari pertubuhan yang berjuang untuk bangsa Melayu dan bumiputera itu.

"Ada yang nak bergambar dengan Presiden Perkasa pun takut sebab ada yang nasihatkan supaya jangan dekati Perkasa.

"Saya tak pernah undang mana-mana ahli atau pemimpin UMNO sertai Perkasa," katanya ketika menyampaikan ucapan aluan sempena perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kelima Perkasa di Dewan Muktamar  Pusat Islam.

Dalam ucapannya juga, Ibrahim turut menempelak empat pemimpin UMNO yang disifatkan tidak berani membela orang Melayu.

Empat pemimpin tersebut adalah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Muhamad, bekas anggota majlis tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun.

1MDB: Pemimpin UMNO tolong jangan jadi "bacul" kata Khairuddin

1MDB: Pemimpin UMNO tolong jangan jadi bacul - Khairuddin
KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO diminta tidak menjadi bacul dan terlampau takut untuk membangkitkan isu berkenaan masa depan dan risiko sebenar yang dihadapi syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata, oleh itu tidak ada sebab untuk mana-mana pihak di dalam UMNO untuk memberi amaran kerana tanggungjawabnya menegakkan kebenaran.

"Kita hendak tegakkan kebenaran, tapi kenapa ada pihak seolah-olah tidak ada otak dan marah sangat dengan laporan polis tempoh hari?

"Saya hanya mahu siasatan terhadap 1MDB dibuat, itu duit rakyat dan hak mereka untuk tahu perjalanan syarikat itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khairuddin mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang menjelaskan tindakan Khairuddin sentiasa tertakluk kepada etika parti.

Bagaimanapun Reezal memaklumkan, UMNO Pulau Pinang tidak akan terburu-buru untuk mengambil tindakan ke atas Khairuddin yang membuat laporan polis terhadap 1MDB.

Pada Jumaat, Khairuddin membuat laporan polis yang meminta siasatan terperinci harus dilakukan bagi mengenal pasti punca masalah kepincangan pentadbiran kewangan yang dihadapi 1MDB.

Dalam pada itu jelas Khairuddin, laporan polis yang dibuatnya merupakan tindakan peribadi dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

"Sebab itu saya kata kenapa UMNO tiba-tiba hendak melenting? Ini tindakan peribadi, perjuangan saya sendiri, tidak ada kena mengena dengan parti.

"Kenapa semua hendak saya tarik balik laporan polis itu? Apa puncanya semua jadi terlampau takut? Kalau saya kata ini laporan polis daripada UMNO Pulau Pinang itu lainlah ceritanya," tegasnya.

Khairuddin dalam pada itu turut mempersoalkan desakan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang memintanya menarik balik laporan polisnya.

PERKASA perkecil '25 Melayu ternama'

PERKASA hari ini memperkecilkan kumpulan 25 orang Melayu terkemuka yang tampil menyeru ke arah kesederhanaan dengan mengkritik kumpulan pendesak itu sebelum ini.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, PERKASA sebaliknya mempunyai “ratusan lagi” anggota yang lebih hebat daripada golongan itu.

Kurangkan lawatan luar sebelum hilang jawatan, kata Perkasa kepada Najib


Perkasa menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar mengurangkan lawatan ke luar negara dan mula menumpukan isu dalam negara sebelum beliau kehilangan jawatan dan kerajaan.
"Saya ingin menasihatkan Perdana Menteri untuk mengurangkan perjalanan keluar negara. Saya tahu ia adalah urusan rasmi dan pemimpin negara lain juga terpaksa berbuat demikian.
"Elok untuk keluar negara, dan kerana saya masih sayang, sila kurangkan trip dan mula fokus kepada isu-isu dalam negara ini sebelum anda (Najib) kehilangan jawatan dan kerajaan," kata Datuk Ibrahim Ali di Pusat Islam di Kuala Lumpur pagi ini.
Beliau berucap di hadapan lebih 5,000 perwakilan Perkasa yang menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan ke-5 pertubuhan itu hari ini. Turut hadir ialah para pemimpin tertinggi Perkasa termasuk bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.

Kritikan Dr Mahathir terhadap 1MDB melucukan, kata Surendran


Kebimbangan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hutang ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan sahaja bersifat hipokrit tetapi juga melucukan, kata seorang pemimpin PKR.

Ahli Parlimen Padang Serai N. Surendran mengingatkan bahawa era pemerintahan Dr Mahathir diselubungi pelbagai skandal rasuah yang belum selesai sehingga sekarang, seperti skandal Perwaja, Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan BMF. "Tidak ada akauntabiliti kewangan atau tadbir urus yang baik di sepanjang 22 tahun pemerintahan Mahathir di Malaysia yang dipenuhi malapetaka," kata Surendran dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Dr Mahathir mempunyai kepentingan sendiri dalam komen terhadap skandal 1MDB memandangakan beliau seorang pengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kebimbangannya atas salah guna wang rakyat adalah bersifat hipokrit dan melucukan," kata Surendran. Naib presiden PKR itu menyeru laporan polis mengenai 1MDB disiasat secara adil.
"Sebarang siasatan skandal 1MDB mesti mengikut undang-undang dan menurut prosedur badan penguatkuasa berkaitan seperti ditetapkan undang-undang," katanya. "Siasatan tidak boleh dilakukan bagi meleraikan masalah dalaman Umno.

"Siasatan perlu bebas dari campurtangan politik dan tekanan ke atas pihak yang terlibat bagi tujuan politik." Surendran juga menyatakan rasa terkejut pendedahan bahawa Dr Mahathir mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi 1MDB, di mana dilaporkan mereka dimarahi bekas perdana menteri itu.
 Perkara itu didedahkan bekas ketua pengarang New Straits Times Group, Datuk A. Kadir Jasin dalam kiriman blognya baru-baru ini.

Tan Kok Wai: Agenda Umno/Bn Menghancurkan Pakatan


DAP

oleh TAN KOK WAI 
 
Di forum tertinggi parti ini, ingin saya berkatakan bahawa masa depan DAP bakal diselubungi isu-isu kritikal dan detik-detik mencabar yang akan membawa impak besar kepada Negara dan rakyat.
Ingin saya titikberatkan di sini, DAP akan terus berkonsisten dengan ideologi Sosial Demokrasi yang menekankan perjuangan untuk semua rakyat Malaysia. Berdasarkan kepada tiga teras: kebebasan, keadilan dan kebersamaan.
DAP akan sentiasa memperjuangkan kebebasan untuk semua warga dari sebarang cengkaman autoritarian. Prinsip kebersamaan menjadi pemacu perjuangan kita supaya sentiasa bersama mereka yang tertindas tidak kira dari kaum apa, agama mana dan tempat asal mereka. Kerana kita percaya Malaysia adalah milik kita bersama dan semua warga berkongsi tanah yang sama, langit yang sama, udara yang sama di tanah air kita ini.
Kita dapat lihat hari ini bagaimana UMNO bersama sekutunya dalam Barisan Nasional, sedang menguatkan lagi cengkaman mereka pada latar politik yang sedia autokratik. Menjadikan padang persaingan yang sejak awal tidak rata, semakin senget sebelah. Itu semua memerlukan kita berusaha berlipat ganda lagi.
Sejarah DAP penuh dengan lakaran perjuangan tidak berbelah bagi dan penuh jerih perih. Kita akan terus berpegang teguh kepada prinsip-prinsip tiga teras, akan terus mengikut petunjuk moral dan wawasan untuk mencapai impian rakyat Malaysia yang sejati. Satu muafakat rakyat berdasarkan kesederhanaan (moderation) dan bukannya ekstrimisme.
Semangat Perlembagaan Persekutuan
Kita akan terus menggengam erat dan mempertahankan semangat dan intipati Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Parti DAP.
Kita menjunjung semangat secular yang terkandung di dalam kedua-dua dokumen yang disebutkan tadi. Sebab kita percaya inilah semangat yang dapat menyatukan dan menghubungkan bukan saja kaum, kepercayaan dan kebudayaan berbeza, tetapi juga menyatukan dan menghubungkan
Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

RCI Sabah: Misi UMNO selamatkan diri sendiri

oleh LIM KIT SIANG
Pertamanya izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada hadirin yang memenuhi forum yang dianjurkan dengan notis yang begitu singkat, kerana mengambil bahagian dalam pungutan suara dan tidak ada seorang pun di dalam dewan ini yang menyokong laporan RCIIIS yang dikeluarkan di Kota Kinabalu pada 3 Disember lalu, dan secara sebulat suara menunjukkan rasa kecewa serta menolak laporan RCIIIS itu.
Ini mengesahkan rasa tidak percaya dan keresahan  yang begitu parah sedang menular di kalangan rakyat Kota Kinabalu dan Sabah terhadap laporan RCIIIS itu mengecewakan, setelah rakyat meletakkan harapan begitu tinggi supaya akhirnya wujud penyelesaian kepada masalah empat puluh tahun pendatang asing tanpa izin yang telah mengubah demografi politik, selain memberi kesan kepada landskap sosial, ekonomi dan keselamatan rakyat negeri ini.
Malah saya telah menyatakan, dan ia disahkan malam ini – bahawa sekiranya laporan RCIIIS itu didedahkan sebelum PRU ke-13 bulan Mei tahun lalu, Datuk Seri Najib Razak tidak akan menjadi Perdana Menteri hari ini, dan sekiranya pilihanraya negeri diadakan sekarang, laporan RCIIIS itu akan menjadi isu yang mengakibatkan tumbangnya kerajaan UMNO-BN di Sabah.
Biar saya katakan bahawa laporan RCIIIS itu amat tidak memuaskan hati. Lebih 5,000 mukasurat daripada laporan RCIIIS telah hilang ketika ia didedahkan pada 3 Disember.
Saya menggesa Najib untuk segera mendedahkan halaman-halaman yang hilang itu.
Laporan RCIIIS sepatutnya merupakan laporan paling tebal dan paling banyak jilid berbanding begitu banyak laporan RCI dalam sejarah negara, tetapi ia hanya setebal 368 mukasurat.
Laporan RCI mengenai skandal video Lingam mempunyai empat jilid: Jilid 1 – 191 mukasurat; Jilid 2, nota-nota keterangan – 1,187 muka surat; Jilid 3 Akuan Bersumpah – 513 mukasurat dan Jilid 4, Eksibit – 474 mukasurat. Jumlahnya 2,365 mukasurat!
RCIIIS menerima 361 memorandum dan 177 eksibit, mengadakan pendengaran awam bermula 14 Januari sehingga September 2013, dengan 211 orang saksi dikemukakan.
Di manakah semua memorandum, nota-nota keterangan, akuan-akuan bersumpah dan eksibit yang dikemukakan kepada RCIIIS? Saya difahamkan ia melebihi 5,000 mukasurat- yang merupakan bahagian penting laporan tersebut?
Kenapa Kerajaan mengeluarkan kurang daripada 10 peratus daripada laporan sebenar RCIIIS, padahal RCI skandal video Lingam boleh dipersembahkan dengan lebih 2,300 mukasurat dengan semua nota-nota keterangan, akuan bersumpah dan eksibit dikemukakan?
Perkara pertama yang perlu dituntut oleh rakyat Sabah dan Malaysia daripada Najib ialah supaya beliau mendedahkan keseluruhan laporan RCIIIS memandangkan ia melibatkan kepentingan awam, maka kesemua 5,000 mukasurat memorandum, nota keterangan, akuan bersumpah dan eksibit perlu didedahkan kepada orang ramai.

Laporan polis keatas 1MDB, apakah Najib dan Jho Low akan dipanggil?

KUALA LUMPUR, 13 DIS: Adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan jutawan Jho Low akan dipanggil untuk memberi keterangan sekiranya siasatan dibuat terhadap pengurusan 1Malaysia Development Board (1MDB)?
Demikian pertanyaan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng terhadap laporan polis yang dibuat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Pulau Pinag semalam.
“Kita tidak tahu apa motif Khairuddin. Barangkali beliau hanya mahu mengikut jejak langkah Tun Dr Mahathir menggugat kepimpinan Najib Razak.
“Khairuddin jelas bukan seorang kaki bodek. Dia tidak peduli apa kesan tindakannya terhadap politik peribadinya.
“Kerana menurutnya, laporan polis tersebut ialah terhadap sebuah syarikat, dan bukan terhadap Umno atau pemimpinnya,” kata Lim Eng dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu Lip Eng turut mempersoalkan pendirian parti-parti komponen BN yang lain yang sehingga kini membisu terhadap skandal 1MDB yang kini menanggung hutang berjumlah RM42 bilion.
“Saya mahu melihat MCA, Gerakan dan parti-parti komponen BN, serta Paul Low dan Abdul Wahid Omar untuk turut menyatakan pendirian tentang 1MDB secara jelas kepada rakyat.

DAP seru rakan Pakatan tumpu agenda bersama


DAP


SUBANG, 14 DIS: DAP hari ini menyeru rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk menumpukan kepada agenda bersama dan bukannya agenda persendirian.
Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai menegaskan DAP dan Pakatan tidak boleh terperangkap dengan taktik licik UMNO, kerana agenda bersama perlu lebih diutamakan.
“Agenda bersama Pakatan Rakyat harus dititikberatkan dan bukannya matlamat persendirian.
Rakyat telah memberikan harapan tinggi kepada kita, apakah kita mahu menghampakan dan merobohkan keyakinan mereka berikan? kata Kok Wai yang juga Ahli Parlimen Cheras.
“Kita tidak boleh terjerat dengan percaturan politik UMNO,” tegasnya.
Justeru itu katanya, tema Persidangan Kebangsaan DAP 2014 tahun ini adalah bersesuaian dengan semangat bersama demi membela rakyat Malaysia yang meletakkan harapan Pakatan Rakyat.
“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,” kata Kok Wai disambut tepukan gemuruh hadirin.

UMNO FREE-FOR-ALL: Dr M & Umno factions must STOP interfering in 1MDB probe

I refer to the probe into the 1 MDB financial scandal.
Any investigations into the 1 MDB scandal must be done fairly and impartially, according to the law and by the relevant enforcement bodies established under the law.
The investigation cannot be allowed to deteriorate into a settling of political feuds within Umno.
There must be no political interference in the investigation or pressure brought to bear on the parties involved for political reasons.
It is thus a shock to learn of Datuk A. Kadir Jasin's allegation that the chairman of 1 MDB was "grilled" by Mahathir on Dec 4,2014.
If the above is accurate, it amounts to unacceptable and unlawful meddling in the 1MDB investigation.
As a retired former PM, it's no business of Mahathir to grill anyone!
Mahathir must immediately clarify whether such a meeting took place and if so, the motive of the meeting and what transpired during the meeting.
It is clear that Mahathir's interest in the scandal is for selfish political reasons. His severe criticism of Najib's premiership is public knowledge.

His sudden concern for the misuse of public funds is hypocritical and laughable.

Najib perlu beri penjelasan isu 1MDB - Husam

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak perlu memberikan penjelasan berhubung syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata ia kerana bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan banyak pihak berhubung pelaburan dalam syarikat tersebut.
“Misalnya, bagi jumlah kewangan sehingga Mac tahun ini, 1MDB mencatat kerugian sebesar RM 65.3 juta dengan hutang sebesar RM 49.1 bilion.
“Sekalipun 1MDB dikatakan mempunyai aset sebesar RM 51.4 bilion, tetapi jumlah aset di atas kertas ini kelihatan lebih besar dengan menggunakan penilaian yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Kata beliau, jika Najib gagal menjelaskan berhubung 1MDB, ia pastinya akan menggugat survival politik beliau.
“Rakyat negara ini secara keseluruhannya mempunyai hak untuk mendapatkan penjelasan yang terang tidak lain dari Najib sendiri mengenai isu ini.
“Isu 1MDB melibatkan jumlah kewangan yang sangat besar yang mewajarkan Najib bersikap telus,” ujarnya.

Pemimpin UMNO jangan cari pasal dgn PERKASA..!!!

1MDB: UMNO PP tidak terburu ambil tindakan terhadap Khairuddin - Reezal

1MDB: UMNO PP tidak terburu ambil tindakan terhadap Khairuddin - ReezalKUALA LUMPUR: UMNO Pulau Pinang tidak akan terburu-buru untuk mengambil tindakan ke atas Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan yang membuat laporan polis terhadap syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kita tidak akan terburu-buru kerana UMNO adalah sebuah parti demokratik. Kita terdahulu perlu melihat jika ia mempunyai pelanggaran disiplin," kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ketika dihubungi Astro AWANI.

Reezal menjelaskan bahawa sebagai ahli parti, Khairuddin tertakluk kepada etika parti.

"Jikalau ada yang melanggar disiplin, maka bukan sahaja beliau (Khairuddin) akan diambil tindakan, tetapi sesiapa sahaja yang melanggar disiplin parti.

Apabila ditanya tentang laporan polis yang dibuat oleh Khairuddin, Reezal berkata itu adalah haknya untuk membuat laporan polis.

"Kita tidak perlu membesarkan isu ini kerana itu haknya untuk membuat laporan polis. Laporan polis itu pula dibuat terhadap 1MDB. Jadi, 1MDB mungkin harus tampil ke hadapan dan beri penjelasan," katanya ringkas.

1MDB: Di antara T. Adnan, Khairudin Abu Hasan dan perjuangan UMNO

UMNO menjadi defensif apabila Datuk Paduka Khairudin Abu Hasan, Timbalan Ketua UMNO bahagian Batu Kawan membuat laporan Polis terhadap 1MDB tiga hari yang lepas. Setiausaha Agung nya T. Adnan Mansor telah membuat kenyataan meminta Khairudin menarik balik laporan polis yang beliau buat di Kuala Lumpur tiga hari yang lepas.
Tengku Adnan menyatakan itu bukan pendirian parti tetapi pendirian individu seperti Khairudin yang tidak faham tentang perjuangan parti. Apa yang beliau (T Adnan) faham tentang perjuangan parti pun saya tidak tahu. Bagi saya Khairudin adalah lebih mentaati perjuangan parti yang tidak mahu UMNO  dan pemimpinnya melakukan kerja yang beliau ‘suspect’ sebagai kerja terkutuk itu, iaitu menjadikan 1MDB sebagai landasan untuk beberapa individu mengaut kepentingan peribadi dalam skala yang besar.
Tentu nya tindakan Khairudin itu adalah untuk membersihkan kerajaan yang dipimpin UMNO untuk tidak dipersoalkan integritinya dan itu pun yang setiap ahli UMNO patut lakukan untuk membersihkan UMNO itu dari imej buruk dan melalui proses kereputan yang tidak dapat diubati. Jika UMNO bertindak terhadap ahli nya yang mahukan isu ini dibersihkan, maka parti itu dengan sendiri serta sekali gus dianggap seperti parti yang cuba menutup perlakuan dan tindakan salah kerajaan rakyat ini.
Jika Tengku Adnan benar dengan perjuangannya beliau tidak perlu merasa takut jika 1MDB tidak melakukan kesalahan. Setiausaha Agung UMNO itu tidak perlu menyalahkan orang lain kononnya terpengaruh dengan pembangkang dan pihak-pihak lain. Berani kerana benar dan takut kerana bersalah.
Tidak guna Adnan menuduh pembangkang mempengaruhi Khairudin, kerana isu 1MDB ini sudah terbongkar banyak perkara dan adalah lebih baik dibuka segala apa yang dilakukan oleh 1MDB ini yang wujudnya dengan menggunakan wang pembayar cukai.

Makin Panas: Saya tidak akan tarik balik laporan polis 1MDB, kata pemimpin Umno


SHAH ALAM - Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan tidak akan berganjak dengan keputusannya yang mahu pihak berkuasa menyiasat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Khairuddin berkata, beliau tetap dengan keputusannya dan tidak akan menarik semula laporan polis dibuat kelmarin.
"Saya dihubungi pimpinan Umno negeri (Pulau Pinang) yang mahu saya menarik semula laporan itu kerana dikatakan tindakan saya seolah-olah menikam Umno dari belakang.
"Saya juga sudah dipanggil oleh (Setiausaha Agung Umno Datuk Seri) Tengku Adnan (Tengku Mansor) ke rumahnya tengah hari tadi (semalam).
Dalam perbincangan hampir sejam itu, kami berbual panjang mengenai isu 1MDB ini. Beliau ada nasihatkan saya menarik semula laporan itu, tapi, saya tegaskan perkara ini tidak akan berlaku walaupun mereka ini sahabat- sahabat saya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, laporan polis yang dibuat bukan ditujukan kepada Umno sebaliknya mahu polis menyiasat syarikat itu.
"Saya nyatakan kepada beliau, perkara ini (ketirisan) sudah lama berlaku. Saya hanyalah generasi ketiga yang memperjuangkannya.
Sebelum ini bekas menteri kewangan ada bertanyakan 1MDB. Dulu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga mahu tahu mengenai urusan perniagaan mereka, tetapi tiada tindakan daripada 1MDB untuk ambil langkah proaktif untuk tampil membuat penerangan sejelas-jelasnya.
"Mereka berdiam diri dan apabila menerima tuduhan daripada PR, tiada jawapan balas dan tidak menafikan perkara tersebut.
Jadi, apa cara paling baik untuk selesaikan masalah ini?
Jadi, kita serahkan segala-galanya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat," katanya.
Jelasnya, tiada sebab beliau menarik semula laporan itu memandangkan tiada laporan yang dibuat tentang Umno.

Pua doubts ‘openness’ of 1MDB to be investigated

Tony Pua reminds that 1MDB scrupulously hid information and avoided scrutiny in the past. 

tony pua 1mbd_300PETALING JAYA: While welcoming the move by 1MDB to be open to any investigations into their affairs, DAP’s National Publicity Secretary Tony Pua reminded that the company was unwilling to answer any questions on its alleged improprieties in the past.
Commenting on 1MDB’s “sudden purported openness” Pua said, “This is despite the fact that prior to the police report, 1MDB had conducted itself in a completely opposite fashion, scrupulously hiding information and avoiding scrutiny over its various controversial transactions.”
He was referring to the police report a Penang UMNO leader lodged against the company last Friday.
Pua, who is also Member of Parliament for Petaling Jaya Utara, said that in the past even Prime Minister Najib Razak was tight lipped over queries regarding the US$2.32 billion in Cayman Islands, only saying that “licensed financial institutions” were managing the funds there.
“If the Prime Minister refused even to be accountable to the Parliament, can we really expect 1MDB to ‘open up’ to the Commercial Crimes Department?” Pua asked.
He also pointed to the Deputy Finance Minister who made a slip up over the US$3 billion “letter of support” that was raised in Parliament.

Perkasa melihat Najib sebagai musuh

Amirrul Jeffery Igai


Seni politik mengolah persetujuan (manufacturing consent) ini terlalu halus.
Hampir sukar untuk dibaca, jika ianya tidak dicermati tanpa memahami latar belakang bagaimana seni ini menari dan bermain.
Lenggok bahasa dan naratifnya lain macam.

Motif dan objektif permainan ini yang harus kita fahami, bukannya menelan bulat–bulat hasil permainan seni mengolah persetujuan yang menyebabkan kebodohan berganda. Perkasa lahir  dan sijil kelahirannya didaftarkan di ROS pada 12 September tahun 2008.
Haji Wikipedia memberitahu Perkasa diasaskan pada 22 Mac 2009.
Ada versi yang diceritakan manusia yang berada di belakang tabir mengatakan perkasa sudah wujud pada 2 Jun 2008.
Bukan tarikh dan tahun yang akan kita perdebatkan, itu bukan keutamaan. ianya hanya peringkat permukaan.
Tetapi kejadian dan peristiwa pada tahun tersebut yang fundamental dan penting untuk dibaca.
Versi tarikh penubuhan Perkasa dari 2 Jun 2008 sehingga 22 mac 2009.
Pada masa itu Tun Abdullah Badawi masih lagi berada di pejabatnya di Putrajaya.
Tun Abdullah hanya diusung keluar daripada pejabatnya secara rasmi pada 3 April 2009.
Pada Jun 2008 hingga Mac 2009 perseteruan Tun Mahathir Mohamad dengan Tun Abdullah Badawi sedang berada di puncak.
Bagaimana pula latar belakang kelahiran Perkasa?
Untuk membolehkan kita memahami gerak kerja bagaimana seni mengolah persetujuan ini berjalan maka saya membawakan satu contoh yang paling mudah.
Contoh di mana anda boleh saksikan di bahagian dapur rumah anda.
Bila anda memasak atau menjerang air di dapur, apabila air tersebut sudah menggelegak masak maka di muncung cerek tersebut akan keluar wap air.
Api yang membuatkan air itu masak adalah Tun Mahathir Mohamad.
Air yang menggelegak masak itu adalah Tun Abdullah Badawi.
Sementara wap air yang keluar dari mucung cerek itu adalah Perkasa.
Apabila kontradiksi atau pertembungan yang melibatkan dua entiti maka akan wujud sesuatu yang lain.
Kontadiksi antara Tun Mahathir dan Tun Abdullah mewujudkan Perkasa.
Perkasa diwujudkan untuk menendang Tun Abdullah keluar daripada Umno.
Ini sejarah yang tidak akan padam sehingga kiamat.
Memperjuangkan dan mempertahankan hak-hak orang Melayu dan Islam adalah salah satu matlamat Perkasa yang akan menghalalkan segala seni mengolah persetujuan ini bergerak.
Dan seni politik mengolah persetujuan ini masih digunapakai individu dan kumpulan yang sama bagi meruntuhkan bukan hanya satu manusia malah lebih.

Apakah Isu 1MDB Boleh Mengugat Kedudukan Najib?

SERANGAN bertali arus berkaitan 1MDB, bukan sahaja dilakukan pembangkang, akan tetapi juga orang Umno sendiri.
Kini, ada sudah berani bertindak daripada Umno apabila seorang Timbalan Ketua Bahagian membuat laporan polis berkenaan dengan syarikat ilham Perdana Menteri itu.
Jika Tun Dr Mahathir hanya memberi komen berkaitan syarikat itu, kini blogger seperti A Kadir Jasin, mungkin termasuk blogger "bangang" memperhangat isu syarikat itu dengan mengwar-warkan berbagai kelemahan, termasuk kegagalan membayar hutang mengikut jadual.
Dato Sharizat Jalil terpaksa digugurkan sebagai Menteri, terpalit isu NFC yang diurus oleh suami beliau.
Tun Abdullah terpaksa akur apabila serangan bertali arus yang diarahkan kepada budak-budak tingkat 4 Putrajaya yang diketuai menantunya menyebabkan Bn hampir kehilangan kuasa.
Najib yang mengambil kedudukan Pak Lah, bukan sahaja gagal mencapai kemenangan 2/3 dewan rakyat sepertimana tradisi Bn, namun pencapaian beliau lebih teruk daripada pencapaian Pak Lah.

Umno to issue ‘show cause’ letter on 1MDB

Batu Kawan Umno vice-chief Khairuddin Abu Hassan lodged a police report on 1MDB, a party matter, “without consent”.
GEORGE TOWN: Penang Umno, apparently assuming the position that any attack on the 1Malaysia Development Board (1MDB) is an attack on the party itself, has distanced itself from a police report lodged by a party leader against the troubled and scandal-driven sovereign wealth fund.
khairuddin umno2Penang Umno secretary Musa Sheikh Fadzir was leading the party on Sat in publicly confronting Batu Kawan Umno vice-chief Khairuddin Abu Hassan on the police report he had lodged on Fri against 1MDB.
“Khairuddin never discussed the matter with the State Umno. Penang Umno, including chairman Zainal Abidin Osman and his deputy, Reezal Merican Naina Merican, did not know about the report until yesterday,” said Musa in a media update, implying that lodging the police report was a party matter carried out without consent.
“We do not support his action and regard it as a personal act which has nothing to do with the State Umno. Until today, he has not contacted us about the matter.”

Skandal 1MDB: Seseorang akan ke penjara

Laporan polis yang dibuat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan menyebabkan skandal itu kini berubah kepada satu "isu sensasi dan berbahaya", kata bekas ketua pengarang New Straits Times, Datuk A. Kadir Jasin.

"Laporan polis ini merupakan kemuncak kepada kontroversi seminggu sekitar dana yang dipanggil berdaulat," katanya mengulas laporan Khairuddin terhadap 1MDB atas salah urus yang dikatakan dalam aspek kewangan.

Dalam tulisan di blognya, tokoh kewartawanan nasional itu mendedahkan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu dengan pengurusan tertinggi dana kekayaan berdaulat itu dan "menyerang" mereka tentang modus operandi syarikat itu.


"Pada 4 Disember, delegasi peringkat tertinggi syarikat yang diketuai oleh Pengerusinya, (Tan Sri) Lodin Wok Kamaruddin dikatakan diserang oleh Dr Mahathir.

"Beliau dikatakan ingin tahu tentang cara syarikat membiayai perniagaannya, mengingatkan ia mempunyai modal berbayar hanya AS$1 juta (RM3.4 juta)," katanya.

Kadir dalam tulisannya berkata Dr Mahathir berasa bertanggungjawab untuk berbincang perkara ini dengan 1MDB dan bercakap secara terbuka mengenainya kerana banyak pihak yang datang menemui beliau untuk memberitahu tentang kejadian yang aneh di dalam syarikat tersebut.