Sabtu, 13 Disember 2014

Tak sebulu, Isa gantung tugas pengarah Felda 2 bulan, dedah Anak


Kemelut dalaman antara Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dengan Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ahmad dikatakan sudah berlarutan sejak beberapa minggu selepas tindak tanduknya tidak lagi disenangi Isa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Disember, 2014. 
Kemelut dalaman antara Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dengan Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ahmad dikatakan sudah berlarutan sejak beberapa minggu selepas tindak tanduknya tidak lagi disenangi Isa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Disember, 2014.

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendedahkan Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ahmad digantung tugas selama dua bulan kerana berselisih faham dengan Pengerusinya, Tan Sri Isa Samad.
Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata kemelut dalaman di antara Isa dan Faizoull sudah berlarutan sejak beberapa minggu lalu selepas tindak tanduknya tidak lagi disenangi bekas naib presiden Umno itu.
“Saya sahkan dia digantung. Ada pertembungan dalaman antara Isa dengan dia.

"Ada kaitan dengan prosedur pelantikan kakitangan yang tidak diputuskan lembaga pengarah Felda dan Jabatan Perkhidmatan Awam," kata Mazlan kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.“Itu salah satu sebab. Ada beberapa sebab. Di mana tindakan Faizoull tidak disenangi Isa. Itu dakwaan Isa yang merupakan antara sebabnya. Yang lain nantilah,” katanya. 
Mazlan berkata Faizoull adalah mangsa kedua selepas bekas Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab dipindahkan ke Kementerian Asas Tani dan ditugaskan ke Rome, Itali.
“Sebelum ini saya menulis di Facebook dan menunggu perkara ini meletup. Hari ini dah meletup dah pun. Nak kata hebatnya Isa ini. Faizoull mangsa kedua selepas Dzulkifli.
“Zaman dia (Isa) jadi pengerusi Felda, dua orang pengarah besar menjadi mangsa. Dulu dia (Dzulkifli) pun pengarah besar dalam isu Felda Global Ventures. Akhirnya dia ditendang ke Rom, Itali dan kali ini Faizoull mangsa kedua,” katanya.
Ketika diminta mengulas sebab lain mengapa Faizoull digantung tugas, Mazlan berkata: “Datang esok malam. Saya akan buat sidang media.”
The Malaysian Insider difahamkan tugas Faizoull sebagai pengarah besar Felda kini dipangku ‎Timbalan Pengarah Besar Servis dan Korporat Hanapi Suhada.

Takut Terbongkar: Tarik laporan polis terhadap 1MDB, kata Ku Nan

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menggesa Timbalan Ketua Bahagian Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan menarik balik laporan polis terhadap syarikat milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Astro Awani melaporkan Tengku Adnan sebagai berkata tindakan Khairuddin bukanlah pendirian parti itu dan juga Umno Pulau Pinang.
"Ini masalah ahli Umno yang tidak memahami perjuangan parti. Kita tidak boleh mendengar apa-apa sahaja cerita daripada laman web, Internet atau media sosial," beliau dipetik sebagai berkata.

"Janganlah kita terpengaruh dengan persepsi tidak diingini yang datang daripada pembangkang. Beliau membuat laporan polis, saya tak faham." Beliau menasihatkan ahli Umno yang lain berbincang dan mengemukakan sebarang persoalan dalam parti jika mempunyai sebarang masalah dan tidak mendengar kepada pembangkang kerana ia hanya akan mengundang masalah.
"Mengapa kita perlu masuk dalam perangkap pembohongan pembangkang?" soal beliau.
Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata, beliau merancang berjumpa dengan Khairuddin untuk "menasihati" agar menarik balik laporan polis yang dibuat semalam.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, beliau sudah menghubungi Umno Pulau Pinang mengenai perkara itu dan dimaklumkan pihak negeri sudah membincangkan perkara itu untuk membuat keputusan mengenai langkah seterusnya.
"Saya akan melihat apa yang Umno negeri  cadangkan ... jika dia (Khairuddin) melanggar peraturan parti, maka kita akan mengambil tindakan tetapi belum lagi. J‎adi kita akan tunggu dan lihat apa yang akan dilakukan seterusnya," katanya sedih.
Ku Nan juga mempertahankan kontroversi 1MDB, berkata syarikat itu banyak menyumbang, walaupun beliau tidak menyatakan apakah sumbangan itu.

1MDB: Ke Mana Menghilangnya Para Pengampu Dan Pembodek Najib?

Bersekali dengan laporan polis yang dibuatnya mengenai 1MDB, Khairuddin Abu Hassan juga meminta pihak-pihak tertentu dalam UMNO agar berhenti menjadi pembodek kepada pemimpin.

Mereka, sebaliknya menurut Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu, seharusnya bersikap pro aktif serta mempersoalkan apa yang betul dan salah dan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Secara umumnya tindakan Khairuddin membuat laporan meminta siasatan menyeluruh terhadap urusniaga dan kewangan badan pelaburan yang menjadi  "anak emas" Najib Razak itu sedikit-sebanyak telah menggoncang lagi kedudukan Perdana Menteri.

Berbanding jika hanya pembangkang saja yang membangkitkan mengenai 1MDB, keberanian pemimpin UMNO sendiri berbuat demikian sekaligus memberi mesej wujudnya penolakan yang makin ketara terhadap Najib.

Jika sebelum ini,  kewujudan elemen seperti yang dilakukan Khairuddin ini pasti mendapat libasan dan kecaman daripada para pembodek dan pengampu kuasa yang  siang-siang lagi mahu menunjukkan wajahnya membela 1MDB dan Perdana Menteri, keadaan ini nampak sebaliknya.

Tindakan Khairuddin membuat laporan polis terhadap 1MDB dan mengancam melakukannya terhadap Najib pula selepas ini tidak mendapat banyak bangkangan daripada mana-mana pemimpin UMNO dan kerajaan. Najib pula seolah-olah tiada siapa membelanya walaupun diketahui 1MDB adalah cetusan idea Perdana Menteri dan menjadi kesayangannya.

Sejak semalam, hanya Ketua UMNO Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee yang tampil bersuara menyanggah perbuatan Khairuddin dengan mengatakan laporan polis itu tidak menggambarkan kehendak ahli UMNO di Bahagian Batu Kawan.

UMNO Pulau Pinang melalui Setiausaha Badan Perhubungannya, Musa Sheikh Fadzir pula, hanya lewat hari ini menyatakan apa yang dilakukan Khairuddin itu tidak menggambarkan pendirian UMNO negeri secara keseluruhannya.

Kata beliau, UMNO negeri tidak menyokong dan tidak diberitahu mengenai tindakan yang diambil oleh Khairuddin itu.

Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor pula, hanya setelah lebih 24 jam  barulah bersuara meminta Khairuddin menarik balik laporan polis terhadap 1MDB itu.

Cukup-cukuplah Shahrizat sindir Syed Ali Alhabshee

Kit Siang: Don't probe 1MDB "for show"


1MDB Akan Mengundang Krisis Kerajaan Umno@Bn..!!

TIGA perkara yang meruncingkan didepani 1MDB dalam berapa hari kebelakangan. Pertama syarikat itu gagal membayar hutang sesuai dengan jadual, kedua seorang ahli Umno membuat laporan polis berakaitan syarikat itu serta kabinet persekutuan, dan TPM mempengerusikan satu mesyuarat membincangkan berkaitan syarikat tersebut.
Bukan kali pertama syarikat pengumupul kekayaan negara itu gagal membayar hutang menurut jadual, Selain kegagalan membayar pada 30 November 2014 berjumlah RM2bilion, syarikat itu gagal pada November 2013 berkaitan hutang berjumlah RM6.17bilion. Setakat ini, syarikat itu hanya membuat bayaran sebanyak RM670juta pada Ogos 2014.
Akibat kegagalan membayar mengikut jadual, maka sayrikat itu terpaksa menanggung kenaikan kadar pinjaman kerana penjadualan semula hutang. Amaun yang terlibat mencapai RM30 juta di mana perlu dibayar secara "upfront".
Penjadualan semula terpaksa diterima oleh bank penjamin seperti Maybank Investment Bank Bhd dan RHB Investment Bank, jika tidak IMDB akan menjadi pengingkar, di mana seterusnya sistem perbankan Malaysia kan tersungkur. IMDB mempunyai hutang RM42bilion.
Laporan polis yang dilakukan oleh pemimpin Umno terhadap 1MDB menunjukkan satu pertanda ada sesesuatu yang tidak lancar berkaitan syarikat itu.
Apa kah 1MDB mengundang satu krisis besar??? yang boleh menyebabkan Perdana Menteri letak jawatan?

1MDB: Kerja mungkar dilakukan dalam batu pejal sekali pun akan terbongkar akhirnya

Isu dan keraguan ramai terhadap 1MDB ini sudah kita dengar bertahun dahulu, malahan ramai juga yang memberitahu saya yang kita tidak perlu susah-susah membongkar ketidak-jujuran kerajaan kita dalam isu ini. Mereka berpendapat ia akan terbongkar sendiri. Kata mereka, jika kita melakukan kemungkaran, walaupun dalam batu yang pejal sekali pun, batu itu akan akhirnya pecah dan akan menampakkan segala-galanya tanpa bersusah payah untuk memecahkan batu-batu pejal itu. Perbuatan mungkar tetap akan diketahui umum juga akhirnya.
Sekarang nyata nasihat rakan-rakan saya itu mula menampakkan kebenarannya kerana ia sekarang sudah mula terbongkar sedikit demi sedikit dan saya percaya ia akan terlambak tanpa dapat dihalang lagi. Malahan isu 1MDB ini merupakan isu yang menjadi ‘immediate cause’ untuk kejatuhan pimpinan yang tidak mempunyai moral lagi untuk memimpin kita. Setengah orang penyebab kematian mereka ialah kerana serangan jantung, setengahnya kerana serangan asma dan ramai kerana penyakit kencing manis yang serius.
Mungkin yang bertambah jelas sekarang, 1MDB akan menyebabkan kejatuhan pimpinan yang terlalu banyak persoalan dan keraguan terhadap mereka. Tidak ada apa-apa lagi yang pimpinan sekarang untuk mencari benteng pertahanan terhadap isu yang dibangkitkan terhadap mereka. Laporan Polis yang dibuat oleh pemimpin UMNO, Khairudin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, P Pinang dua hari lepas membuktikan yang isu 1MDB ini sudah membarah dan isu ini merupakan penyakit terminal bagi ‘set’ kepimpinan UMNO sekarang ini.
Seorang Ahli Parlimen Malaysia berkata, “Najib sedang diambang kejatuhan dan tidak siapa yang akan mempertahankan beliau lagi kerana mempertahankannya merupakan beban yang teramat berat bagi kita”. Beliau menambah yang sesiapa yang menyokong dan mempertahankan Najib dalam isu ini akan juga bersama-sama rebah dan tidak akan ada sesiapa yang akan mengambil pusing terhadap mereka lagi.
Sesiapa yang serius untuk memperbetulkan keadaan negara mempertahankan Najib merupakan agen penggagal terhadap usaha penambah-baikan negara. Setengah pihak mahu melihat segala usaha penambah-baikan negara itu gagal kerana mereka mendapat kepentingan yang besar jika keadaan itu terus berlaku.

Anggota MIC tuntut Palanivel letak jawatan

Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel yang baru pulang dari lawatan kerja di Peru disambut dengan tekanan dari kumpulan anggota parti yang menuntut agar beliau meletak jawatan.

Kumpulan berkenaan berhimpun di Dewan Netaji di ibu pejabat MIC petang ini dengan membawa kain rentang dengan slogan yang menuntut Palanivel meletak jawatan.

Antara, kain rentang itu membawa mesej: "DSGP (Palanivel) Letak jawatan demi kelemahan pentadbiran sendiri".

Palanivel semalam disambut oleh para penyokongnya di KLIA sebaik tiba dari Peru.

Beliau menerima kritikan dari pelbagai pihak kerana gagal menangani siasatan Jabatan Pendaftar Pertubuhan ke atas pemilihan parti tahun lalu yang sehingga jabatan itu mengarahkan agar satu pemilihan semula dijalankan.

Umno Dalam Tekanan: Ku Nan mahu Khairuddin tarik balik laporan polis terhadap 1MDB

Ku Nan mahu Khairuddin tarik balik laporan polis terhadap 1MDB
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mendesak Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan menarik balik laporan polisnya terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ketika dihubungi Astro AWANI, beliau menyifatkan tindakan Khairuddin itu sebagai tidak wajar, tidak adil dan kebudak-budakkan.

Katanya, tindakan membuat laporan polis terhadap 1MDB bukanlah pendirian UMNO mahupun pendirian perhubungan negeri UMNO Pulau Pinang.

"Inilah masalah orang UMNO yang tidak faham perjuangan parti. Kita tidak boleh mendengar (sembarangan) cerita dari laman web, internet atau media sosial.

"Jangan kita termakan persepsi yang bukan-bukan dari pihak pembangkang. Dia pergi buat laporan polis, saya pun tak faham," kata Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, beliau telah pun menghubungi UMNO Pulau Pinang tentang perkara itu dan dimaklumkan bahawa pihak UMNO negeri sedang membincangkan isu tersebut untuk dipertimbangkan tindakan selanjutnya.

Agenda Bumiputera Umno – Hantu Raya zaman baru

Oleh Hazlan Zakaria
Seorang rakan sekerja memberitahu saya hari ini, yang parti Melayu Umno dan Agenda Bumiputeranya tidak banyak berbeza dengan mahkhluk-makhluk halus tradisi Melayu yang dipanggil Hantu Raya.
Kedua-dua Umno dan Hantu Raya mengaku berkhidmat buat orang Melayu dan membantu mereka mencapai potensi ekonomi mereka tetapi pada akhirnya, harga yang terpaksa dibayar bagi 'bantuan' ini sering kali lebih mahal dari manfaatnya, di sebalik janji-janji manis yang dibuat.
Cerita ini bermula apabila seorang petugas di pejabat kami menghumbankan kertas-kertas kerja yang bertimbun kepada kami, dan salah seorang daripada rakan-rakan saya berkata dengan kuat yang dia kini memahami mengapa sesetengah orang Melayu Islam pada zaman dahulu, membela Hantu Raya. 
Walaupun secara umumnya Hantu Raya dibela untuk melakukan kerja-kerja buruh kasar seperti kerja ladang, di sawah padi atau untuk menjaga ternakan, kawan saya tertanya-tanya jika mereka boleh disuruh menyiapkan kertas kerja di pejabat.
Tetapi saya rasa kemunculan pekerja asing tanpa izin telah menggantikan keperluan membela Hantu Raya untuk mengerjakan ladang-ladang kami atau melakukan kerja-kerja lain yang mengotorkan tangan, tambahan pula buruh asing adalah lebih mesra-Islam daripada membela Hantu Raya. 
Saya tidak pasti jika Hantu Raya baru dan lebih baik yang boleh melakukan kerja-kerja pejabat akan menjadikan amalan ini lebih popular pada zaman moden, tetapi sekali lagi ia mungkin akan digantikan oleh firma-firma penyumberan luar. 
Sudah tentu membela Hantu Raya tidak dibenarkan dalam Islam, tetapi seperti minum arak, penyalahgunaan kuasa, rasuah, pergaulan seksual dan dosa tidak diketengahkan oleh Umno sebagai menghina Allah atau agama di Malaysia, ia diamalkan dengan meluas. 
Walau bagaimanapun, Hantu Raya memerlukan gaji tetap dalam bentuk korban yang harus dilakukan melalui upacara tertentu, dan ada kalanya perlu diberi makan darah pemilik.
Walaupun darah merupakan satu komponen acara korban ini, cerita-cerita orang dulu-dulu memberitahu yang pulut kuning, telur rebus dan ayam panggang adalah keperluan hidup mereka. 
Tetapi dalam kes-kes yang melampau, cerita-cerita ini menyatakan yang hantu-hantu ini menuntut untuk minum darah pemiliknya dengan kerap. Memang penghisap darah yang azali. 

'1MDB mohon lanjutkan tempoh NPL dari Bank Negara'

Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin dakwa syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memohon kepada Bank Negara untuk melanjutkan tempoh pinjaman tak berbayarnya (NPL).

A Kadir yang memetik kenyataan sumber mendakwa Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam satu pertemuan bersetuju dengan permohonan itu walau tidak bersetuju dengan pinjaman besar yang dibuat oleh 1MDB.

Beliau mendakwa, Zeti tidak bersetuju kerana pinjaman tersebut boleh memberi kesan yang serius kepada sistem perbankan.

"Jika (lanjutan) itu tidak diberikan, akan berlaku kegagalan besar dalam membuat bayaran dan bank Tier 1 yang memberi lanjutan pinjaman itu perlu membuat peruntukan besar.

“Ini boleh menyebabkan sistem perbankan tempatan diturunkan taraf,” kata Kadir dalam tulisan di blognya, kadirjasin.blogspot.com.

Kadir juga mendakwa, “kata-kata kesat” turut dihamburkan semasa pertemuan di antara pegawai tinggi 1MDB dan Bank Negara.

Pinjaman tidak berbayar merupakan hutang lapuk atau pinjaman yang hampir menjadi hutang lapuk.

1MDB setakat ini menanggung hutang RM49 bilion berbanding asetnya bernilai RM51.4 bilion.

Pakat Lari: Umno Pulau Pinang tiada kaitan dengan laporan polis terhadap 1MDB...Ha.Ha..Ha..!!!

Setiausaha Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir menegaskan Umno negeri itu tidak menyokong tindakan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan yang membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad kerana beliau tidak berbincang dengan mereka mengenai perkara itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Disember, 2014. 
Setiausaha Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir menegaskan Umno negeri itu tidak menyokong tindakan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan yang membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad kerana beliau tidak berbincang dengan mereka mengenai perkara itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Disember, 2014.

Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang menegaskan ia tidak mempunyai kaitan dengan tindakan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Setiausahanya Datuk Musa Sheikh Fadzir juga menegaskan Umno negeri itu tidak menyokong tindakan Khairuddin kerana beliau tidak berbincang dengan mereka mengenai perkara itu.
"Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta kami sendiri (Umno Pulau Pinang) tidak mengetahui laporan polis yang dibuat beliau sehingga diberitahu semalam.

"Kami tidak menyokong tindakannya itu dan menganggap ia dilakukan atas kepentingan sendiri serta tiada kaitan dengan Umno negeri, sehingga hari ini beliau juga tidak menghubungi kami untuk memaklumkan  satu laporan polis  dibuat," katanya pada sidang media di Bukit Mertajam hari ini. Musa, yang juga ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam, tidak menolak kemungkinan untuk memanggil Khairuddin bagi memberi penjelasan berhubung tindakan yang dilakukannya itu.
"Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Umno negeri dan terpulang kepada pengerusi mengenai tindakan yang harus diambil selanjutnya," katanya.
Semalam, Khairuddin membuat laporan polis dengan meminta agar satu siasatan terperinci dilakukan bagi mengenal pasti masalah kepincangan pentadbiran kewangan yang dihadapi 1MDB.
Dalam perkembangan lain, firma pelaburan strategik negara 1MDB dalam kenyataan hari ini mengalu-alukan sebarang siasatan dilakukan terhadap firma tersebut. – Bernama

PEMIMPIN UMNO KINI SEMACAM MENGKHIANATI ORANG MELAYU

Edmund Burke mengatakan,” The only thing necessary for the triumph of evil is for good men to do nothing’
Walau ditinjau dari segi apa sekalipun,’saham’ UMNO dalam  menggagalkan  pencapaian orang Melayu adalah amat besar disebabkan UMNO (BN) lah yang telah memerintah Negara ini lebih dari separuh abad. Tidak dinafikan orang Melayu telah maju berbanding dengan orang Melayu pada zaman penjajahan tetapi jika dibandingkan dengan bangsa lain (yang dahulunya juga di bawah sistem penjajahan) jelas menunjukkan yang orang Melayu di Malaysia memang agak terkebelakang. Tidak usahlah dibandingkan dengan Singapura, dengan Indoensia, Filipina pun aku anggap kita (orang Melayu) agak ketinggalan (walaupun aku tidak ada statistik yang jelas menyokong pandangan demikian). Malah apabila melihat pencapaian Vietnam  pun aku merasakan kita agak ketinggalan. Ini merupakan persepsi dan terbuka untuk diperbahaskan.
Mungkin tidak keterlaluan sekiranya aku katakan bahawa sebahagian besar ahli UMNO kini terutama pemimpin peringkat atasannya seolah-olah mengkhianati perjuangan orang Melayu berbanding dengan apa yang telah dilakukan oleh pejuang-pejuang UMNO lama yang benar-benar berjuang untuk memajukan bangsanya. Walaupun ini merupakan pandangan ‘ kedai kopi kampung’ namun perlu juga dinilai tentang kebenarannya.
Tidak pula aku menafikan seratus peratus bahawa pemimpin UMNO tidak memperjuangkan orang Melayu. Memang ada. Namun aku boleh ibaratkan sikap mereka adalah seperti lembu yang meragut rumput. Aku masih ingat ketika aku masih bersekolah rendah pernah juga menaiki kereta lembu (kepunyaan orang sikh untuk mengangkut barangannya) ketika pulang dari sekolah. Masih aku terbayang di mata bagaimana lembunya meragut rumput di tepi jalan sambil membawa kereta. Maknanya lembunya menjalankan dua ‘tugas’. Membawa kereta disamping meragut rumput ditepi jalan. Bagitulah analogi yang boleh aku gambarkan mengenai sikap setengah pemimpin UMNO kini.
Apabila tersentuh tentang ‘lembu’ tentulah tidak lari pemikiran kita tentang laporan Ketua Audit Negara mengenai projek lembu DS Shahrizat Abdul Jalil. Bukanlah hasrat aku untuk ‘menanahkan’ semula luka lama, namun apa yang menghairankan aku ialah sikap ahli wanita UMNO dan sikap pemimpin tertinggi UMNO yang terus menerus memberi kepercayaan kepada beliau untuk terus menerus memimpin satu sayap dalam UMNO. Bukankah dalam Islam sudah termaktub tentang criteria-kriteria yang perlu ada kepada seorang pemimpin sebelum seseorang itu dilantik sebagai pemimpin. Mengapa hal sedemikian tidak diikuti dan dipatuhi sedangkan perkara-perakara remeh seperti ‘memegang anjing’ diriuh-rendahkan’. Dalam hal sebeginilah para perwakilan UMNO dan kempimpinan tertinggi UMNO yang mungkin patut dipersalahkan.

Pegawai tertinggi 1MDB ‘dibelasah’ Dr Mahathir, dakwa Kadir Jasin

Sekumpulan pegawai tertinggi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimarahi Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu perjumpaan bersama bekas perdana menteri itu 4 Disember lalu, menurut bekas ketua pengarang kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A Kadir Jasin.
Menulis dalam blognya, Kadir memetik sumber sebagai berkata Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, ahli lembaga pengarah, Tan Sri Ismee Ismail dan Ketua Pengarah Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman "dibelasah" Dr Mahathir dalam pertemuan tersebut.
"Sumber berkata Dr Mahathir membelasah modus operandi pasukan 1MDB.
 "Beliau curiga cara syarikat itu menggunakan dana mereka untuk perniagaan, ingat, modal berbayar syarikat itu hanyalah RM3.4 juta," kata Kadir.
Kadir berkata Dr Mahathir berasa "bertanggungjawab untuk membawa perkara itu kepada 1MDB dan bercakap secara terbuka kerana ramai yang bertemu dengannya berhubung aktiviti syarikat itu".
"Beliau kecewa dengan isu yang menyelebungi 1MDB tidak dibincangkan dengan serius ketika Perhimpunan Agung Umno lalu," katanya. Dipercayai rombongan pegawai 1MDB itu juga bertemu dengan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Aktar Aziz berhubung berhubung kontroversi hutang yang menyelubungi syarikat itu.
Menurut Kadir, pegawai komunikasi strategik bank pusat itu "seolah-olah tidak mengetahuinya" bila ditanya mengenai perkara itu. "Sumber berkata, 1MDB meminta Bank Negara melanjutkan tempoh pinjaman tidak berprestasi (NPL) daripada tiga kepada enam bulan," tambah Kadir.
Sehingga Mac tahun ini, aset dana negara itu mencecah RM51.4 bilion, proses menambah liabiliti melalui pinjaman berjumlah RM49.1 bilion, kata Kadir.

Melayu yang cemuh kami Melayu haprak, kata naib presiden Perkasa

Kumpulan Melayu yang bersama-sama penentang dan pengkritik Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) adalah kumpulan yang "buta" dan "haprak", kata Naib Presiden Perkasa Tan Sri Abdul Rasyid Abdul Rahman.
Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu berkata, pertubuhan itu juga kini sedang diuji dengan serangan dan tohmahan yang dilakukan kumpulan yang tidak sealiran dengan mereka.
"Perkasa sedang diuji, bila ada orang mula serang bermakna ada yang gerun dengan kita, mereka akan akan cari ruang untuk cari apa yang Perkasa perjuangkan. ; "Saya harap orang yang buta Perkasa ini celik, tidak sepatutnya mereka mengejek dan mencemuh kita. Lebih menyedihkan, ada orang Melayu yang mencemuh kita.
 "Inilah Melayu haprak yang kita perlu ubah pemikiran mereka," katanya berucap merasmikan Persidangan Tahunan Wira Perkasa Malaysia 2014, di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini. "Kalau tidak mahu bersama kita tengok sahajalah apa yang kita lakukan," tambahnya.
Beliau berkata, Perkasa tidak memusuhi mana-mana kaum dan agama, sebaliknya hanya memperjelaskan kedudukan Melayu dan Islam seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. "Kita hanya jalankan aktiviti mempertahankan agama, memperkuatkan kedudukan bangsa. Itu sahaja, tanpa menyentuh hak-hak pihak lain.
"Kita perlu bersama-sama kaum lain, dan mendapatkan hak yang perlu diperolehi kita semua," kata Rasyid. Beliau berkata, kepimpinan Umno juga semakin hari semakin "sakit" dan terdapat banyak perubahan perlu dilakukan parti Melayu itu. "Saya tidak benci Umno, tetapi orang Umno kena faham, banyak yang perlu diubah.

Siapa yang akhirnya akan ketawa di Parlimen berhubung elaun?

Oleh Ng Kee Seng
Ahli Parlimen Malaysia memang pelik. Ada ketika mereka boleh menonjolkan diri mereka sebagai benar dan minit seterusnya mereka melakukan sebaliknya.

Ini jelas ditunjukkan apabila Ahli Parlimen dari kedua-dua belah pecahan baru-baru ini tanpa segan silu menolak rang undang-undang kerajaan meningkatkan elaun bulanan mereka sebanyak kira-kira RM4,000.

Masih jelas dalam fikiran rakyat Malaysia kemarahan yang ditonjolkan oleh BN dan wakil-wakil pembangkang ketika bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang mencadangkan untuk meningkatkan elaun bulanan wakil rakyat.

Mereka mendakwa cadangan Khalid adalah terlalu mempunyai jurang. Baiklah, itulah dibahaskan, bukan? Apa amaun kenaikan adalah curam? Keadilan? Jadi, Khalid kini mestilah orang yang terakhir ketawa!

Kesian rakyat Malaysia. Wakil rakyat mereka jelas membuat keputusan berdasarkan kepentingan mereka sendiri, bukan rakyat atau kepentingan negara.

Dengan menolak (Pindaan) Rang Undang-Undang kerajaan (Saraan) Ahli Parlimen  2014, yang telah dibentangkan untuk bacaan kedua pada 27 Nov, ia bukan sahaja hipokrit tetapi juga satu keputusan yang berbahaya.

Ia menunjukkan semua Ahli Parlimen dari kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang boleh bersatu dan membuat permintaan melangit. Siapakah yang boleh menghalang mereka?

Berapa ramai rakyat Malaysia boleh mendapatkan kenaikan di atas RM4,000?

Sudah tentu Ahli Parlimen yang tidak ikhlas ini akan mendakwa yang kos sara hidup telah meningkat dan mereka memerlukan lebih banyak untuk berkhidmat kepada pengundi mereka. Lalu, mengapa menentang sehingga timbul kekecohan terhadap Khalid?

Khalid ketika itu menghadapi krisis politik dengan pelbagai jenis agenda pemimpin dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).

Kerajaan tersalah langkah dengan laporan RCI

Oleh Joe Leong
Langkah Datuk Seri Najib Razak menamakan Timbalan Ketua Menteri yang juga presiden Parti Bersatu Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sebagai pengerusi jawatankuasa khas bagi mengkaji dan melaksana cadangan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi pendatang di Sabah telah menghasilkan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang dicadangkan pesuruhjaya RCI.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri di persidangan PBS ke-29 di Kota Kinabalu pada 19 Nov, sebelum laporan rasmi RCI dikeluarkan kepada orangramai pada 3 Disember. Dalam membuat cadangannya, pesuruhjaya-pesuruhjaya RCI berkata sekretariat tetap perlu ditubuhkan dan ia perlu disokong samada jawatankuasa pengurusan atau majlis konsultatif.
Mereka menjelaskan bahawa jawatankuasa atau majlis tersebut perlu diketuai “golongan profesyenal bebas dengan integriti tinggi yang tidak terlibat dengan politik dan terdiri dari penjawat awam kanan, figura korporat, ahli akademik, wakil persatuan guaman, peguam negeri dsb.”
Sehari selepas laporan dikeluarkan, bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim yang mempengerusi RCI berkata amat penting kerajaan melantik tokoh bukan politik menerajui jawatankuasa pengurusan.
Shim memberitahu media bahawa beliau dan ahli panel lain telah mencadangkan seseorang yang tidak terlibat dengan politik supaya orang tersebut tidak memihak kepada sesiapa dalam isu yang telah berlanjutan sekian lama itu.
Dalam membuat cadangan, Shim dan ahli panelnya menyuarakan harapan “Dengan badan tersebut, kami yakin bahawa masalah pendatang dan isu berkaitan yang melanda Sabah dapat diselesaikan dan kemuraman yang dirujuk (melalui laporan tersebut) dalam ditamatkan.”
Dokumen bercetak hasil kajian RCI boleh didapati orang ramai sehari selepas itu dan ia agak mengujakan, dengan gambar berwarna di muka depan dengan 368 halaman bercetak. Namun jangan nilai sesuatu melihat kepada kulitnya.
Melihat lebih teliti, buku tersebut yang berjudul “Laporan: Suruhanjaya Siasatan tentang Pendatang di Sabah” punyai kelemahan. Pertama perkataan DiRaja tidak dicetak dan ejaan “inquiry” diganti “enquiry”.
Pengenalannya menjelaskan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah melantik “Para Pesuruhjaya bagi Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi Pendatang di Sabah” pada 21 Sept 2012. Pemerintah negara membuat perlantikan bukan hanya bagi ahli panel tetapi juga setiausaha dan pegawai yang bertugas.

'UM8' mahu bayar denda dengan duit syiling


Kumpulan siswa 'UM8' yang dikenakan tindakan denda oleh Universiti Malaya berkata mereka akan membuat bayaran tersebut dengan wang syiling

Seorang daripada siswa tersebut, Adam Fistival Wilfrid berkata, mereka akan bertindak demikian kerana UM tidak berhak ke atas wang mereka.

“(UM) tidak berhak ke atas wang kami, maka kami akan membayar denda RM1,500 itu dengan duit syiling. Biarlah mereka kira sendiri,” katanya.

Wilfrid ditemui Malaysiakini semasa beliau menyertai sesi barbeku bersama siswa 'Occupy UM' di hadapan pintu masuk utama ke kampus tersebut di Kuala Lumpur semasa protes 'Occupy UM' mereka masuk hari ketiga.

Kumpulan itu mendirikan khemah di kawasan tersebut sejak hari Rabu lalu untuk menekan UM agar membatalkan hukuman ke atas kumpulan siswa terbabit.

Ia ekoran tindakan siswa berkenaan menganjurkan perhimpunan pada 27 Oktober lalu bagi pidato ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.



 

Barah 1MDB menunggu pecah

1MDB sebagai satu skandal terbesar era Datuk Seri Najib Razak dan katalis kejatuhan Najib nampaknya kian menjadi kenyataan.

Laporan polis oleh salah seorang pemimpin Umno bahagian sendiri dan kabinet turut membincangkan isu ini semasa ketiadaan Najib, adalah perkembangan baru bakal membawa impak yang besar.

Timbalan Ketua Umno Batu Kawan, Pulau Pinang, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dalam laporan polisnya, antara lain memohon siasatan dijalankan mengenai:

a. Pembelian tanah seluas 234 ekar di Air Itam, Pulau Pinang pada harga RM1.38 bilion, yang dikatakan melebihi harga pasaran semasa (dari dua pemilik)

b. Pelaburan misteri sebesar US$1.2 billion dalam sebuah syarikat dikenali PetroSaudi International

c. Pembelian sebidang tanah dari syarikat Tadman Resources Bhd di Pulau Indah dengan harga RM317 juta

d. Pembayaran bunga pinjaman yang lebih tinggi dari kadar pasaran

e. Pembayaran yuran kepada Goldman Sachs International yang dikira berlebihan

f. Pembelian aset janakuasa IPP seperti Powertek Energy dan Sanyen Power Sdn Bhd pada harga yang lebih mahal dari harga pasaran

g. Pelaburan misteri di Pulau Cayman

Rabu lalu, ketika kabinet bersidang tanpa PM yang berada di luar negara, seorang menteri dilaporkan membangkitkan isu 1MDB.

Kabinet dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku timbalan perdana menteri, mengambil kesempatan membincangkan isu ini. Ia sudah tentu akan diminitkan dan sekembalinya Najib nanti, beliau pasti akan membaca minit tersebut untuk pengesahan mesyuarat kabinet akan datang.

Apa reaksi beliau dalam mesyuarat akan datang? Mengapa menteri berkenaan berani membangkitkan atau berani mengambil kesempatan ketika ketiadaan PM? Bagaimana pula perbincangan sulit kabinet mengenai isu ini boleh sampai kepada media? Tentulah dengan niat yang tertentu.

Tidakkah Najib mula terasa panasnya bahang 1MDB dengan tindakan baru ini? Sama juga dengan keberanian tiba-tiba seorang pemimpin Umno bahagian.

Bukankah menjelang PAU baru­-baru ini, presiden parti telah mengadakan perjumpaan dengan semua perwakilan dan memberikan penjelasan mengenai 1MDB? Tidakkah dua perkembangan ini ­ laporan polis oleh pemimpin Umno bahagian dan perbincangan kabinet – terjadi serentak?

Pas Kedah, Pasma tidak berperang - Mahfuz

Mahfuz Omar    
POKOK SENA – Pas Kedah menegaskan bahawa parti itu tidak berperang atau bermusuh dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).
Pesuruhjayanya, Datuk Mahfuz Omar berkata, pimpinan Pas Pusat juga sudah mengadakan pertemuan bersama pimpinan Pasma mengenai perkara itu.

“Parti kita (Pas) masih berjalan seperti biasa. Apa yang penting adalah pimpinan Pas perlu lihat ke hadapan untuk memacu Pas dan PR supaya lebih menyerlah dalam menghadapi PRU14.

“Saya tidak tahu dia (Pasma) berpusat di mana, saya tidak ambil kisah mengenai dia dan siapa ahli dia,” katanya kepada media, semalam.
Menurutnya, sebarang masalah mahupun rungutan mengenai Pas dan Pasma akan dikendalikan oleh pimpinan Pas Pusat.

“Pas Pusat sudah buat pertemuan dengan pimpinan Pasma. Kita tunggu mesyuarat pimpinan Pas Pusat nanti untuk ketahui hasil rumusan pertemuan itu,” katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pertemuan bersama pimpinan Pasma itu diketuai Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Biri-biri hitam


4111933-md


Dahulu, ada sebuah negara yang semua penduduknya berkerja sebagai pencuri.
Setiap malam semua penduduk akan meninggalkan rumah dengan kunci tengkorak, tanglung berlorek dan merompak rumah jiran mereka. Mereka akan pulang ke rumah ketika subuh, dengan barang curi yang banyak, untuk kemudiannya menyaksikan barang-barang di rumah mereka habis dirompak orang lain.
Pekerjaan ini telah menjadikan seluruh penduduk hidup dalam suasana penuh harmoni, tidak ada orang yang miskin melarat kerana setiap orang yang dirompak akan merompak orang lain, yang merompak akan dirompak dan begitulah seterusnya sehingga seluruh penduduk melakukan perkara sama. Di negara ini, perniagaan dan penipuan sudah menjadi perkara biasa, baik penjual atau pembeli, keduanya sama saja. Kerajaan mereka pula dibentuk oleh organisasi penjenayah yang suka mencuri dari rakyatnya dan rakyat pula hanya tertarik untuk menipu kerajaan. Maka hidup mereka saban hari berjalan tanpa masalah, tidak ada orang kaya dan tidak ada orang miskin.
Namun pada suatu hari, entah macam mana, muncul seorang lelaki jujur. Pada waktu malam, di saat orang lain sibuk merompak jiran-jiran, lelaki itu tetap berada di rumahnya sambil membaca novel dan menghisap rokok.
Sekumpulan perompak yang tiba di rumahnya terkejut melihat keadaan rumah yang terang benderang dan akhirnya memutuskan untuk tidak masuk ke dalam.
Keadaan ini berterusan, sehingga para perompak terpaksa menjelaskan kepada lelaki itu walaupun dia mahu hidup tanpa melakukan apa-apa, tapi tidak ada sebab untuknya menghalang orang lain daripada melakukan sesuatu perkara. Setiap malam dia habiskan waktu di rumah dan tidak keluar merompak, maka akan ada keluarga yang terpaksa kelaparan pada hari berikutnya.

Umno man's police report on Najib's 'brainchild' 1MDB shows how worried the people are

Umno man's police report on Najib's 'brainchild' 1MDB shows how worried the people are - Tony
When an UMNO leader files a police report alleging gross mismanagement in a company owned and supported by the Government, where Dato’ Seri Najib Razak sits as the chairman of the Board of Advisors as its sponsor, the complainant has either the testicular fortitude for a “death” wish or he has in his possession knowledge of the deepening 1MDB RM42 billion debt crisis.
What’s more, it reeks too much of a coincidence that the 1MDB scandal was also raised as a matter of concern in the Cabinet meeting this week. The meeting was chaired by the Deputy Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin while Dato’ Seri Najib was away overseas, as reported by The Malaysian Insider.
1MDB has, not for the first time, missed the deadline to repay an outstanding debt. On 30 November 2014, 1MDB was due to repay a RM2 billion debt but has failed to do so to date. Instead, it has asked for an further extension from the financiers.
Prior to this, the March 2014 1MDB financial statements had revealed that 1MDB was forced to extend for 6 months a syndicated bridging loan amounting to RM6.17 billion when it was due on 22 November 2013.

When the sum became due again in May 2014, the loan was extended again. 1MDB was only able to repay RM670 million in August 2014. The company had to restructure the balance of the loan into a RM2 billion short-term loan and a RM3.5 billion 10-year bond. The Singapore Business Times had reported that 1MDB’s debt rescheduling came at an expensive price of 2.5 per cent interest above the annualised cost of funds, on top of the RM20 million to RM30 million in upfront fees.
It is this RM2 billion which is now due and 1MDB is once again forced to request for an extension. The financiers, Maybank Investment Bank Bhd and RHB Investment Bank would have not choice but to accede to the request. This is because an official default on the RM2 billion loan will not only cause 1MDB to automatically default on the balance RM42 billion debt, but also likely cause a collapse to the Malaysian domestic banking system.

'SOMEBODY IS GOING TO JAIL': 1MDB set to implode - who will be Najib's scapegoats & successor?

A Kadir Jasin

THE 1Malaysia Development Berhad’s saga took a sensational and potentially dangerous twist today when an Umno deputy divisional leader from Penang lodged a police report against it.
'SOMEBODY IS GOING TO JAIL': 1MDB set to implode - who will be Najib's scapegoats & successor?The Batu Kawan Umno deputy divisonal chief (Datuk Seri) Khairuddin Abu Hassan made the complaint at the Dang Wangi police station in Kuala Lumpur. Read at Apanama.
Khairuddin speaking to the Press after making the report.
Sources say a similar complaint with the Malaysian Anti-Corruption Commission may follow.
1MDB, in a statement, welcomes the police report. It says: “We are aware that a police report concerning 1MDB was filed earlier today by a politician in Penang. We have not seen any documentation related to this, so are unaware of the nature of the complaint.
"However, we are confident that it will have no legal basis. We welcome any investigation into our affairs and the opportunity to rebut malicious allegations.”
The Implications
A veteran lawyer who represented Umno and the government in many legal and constitutional cases said such a complaint is likely to be investigated under the purview of criminal breach of trust (CBT).
I am not sure how the “bangang” bloggers would react to the report. “Bangang” (stupid) was the term used by Umno President and Prime Minister, Mohd Najib Abdul Razak, to describe Umno-sponsored bloggers who attacked Umno leaders instead of the opposition.
The police report is the culmination of weeks of controversies surrounding the so-called sovereign fund.

Batu Kawan Umno's Khairuddin created a furore when he lodged the police report against 1MDB
On Dec 4, the company’s top-level delegation led by its Chairman, (Tan Sri) Lodin Wok Kamaruddin was said to have been grilled by (Tun) Dr Mahathir Mohamad. Others in the delegation were board member (Tan Sri) Ismee Ismail and Chief Operating Officer, Mohd Hazem Abdul Rahman. Ismee is also Executive Director and CEO of Tabung Haji.
Just over a week later, on Dec 10, the cabinet in its weekly meeting chaired by Deputy Prime Minister, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin, also discuss the 1MDB issue. Mohd Najib was away on official visit to South Korea..
Sources said Dr Mahathir grilled the 1MDB team on the company’s modus operandi. He is said to be curious about the way the company funds its businesses, bearing in mind that it has a paid-up capital of only US$1 million (about RM3.4 million).
As of March this year, it has amassed assets worth RM51.4 billion and in the process piled up liabilities – mostly borrowings – totalling RM49.1 billion.
It registered a loss of RM665.3 million for the same period mainly due to staggering finance costs of RM2.4 billion compared with RM1.6 billion the previous financial year.
The Overpriced Penang Purchases & the JJ-scripted Umno speeches
They were also asked about the price of two pieces of land in Penang for which the company was said to have paid way over the market price. Six days before last year’s General Elections, 1MDB bought the land for about RM1.4 billion from two Chinese tycoons.
Reports say, the land they purchased for RM400 million from Farlim Berhad are currently occupied by squatters and may be costly to resettle.
Penang Chief Minister, Lim Guan Eng, was quoted as saying that 1MDB paid way above market rate. He asked: “Why was the purchase price at RM1.38 billion – 95pc higher than what some of the land was valued at, just two years earlier in December 2011?”
The company is also said to have purchased a third and final piece of land on September 23.

Husam: 1MDB akan jadi punca kejatuhan Najib

PC Husam Musa Putrajaya Persint 9 01SHAH ALAM, 13 DIS: Naib Presiden PAS, Husam Musa menjangkakan skandal 1MDB akan menjadi punca kejatuhan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Abdul Razak.
Husam berkata laporan polis yang dibuat Timbalan Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan serta perbincangan skandal itu oleh Jemaah Menteri yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan perkembangan “yang bakal membawa impak yang besar”.
“Bagaimana pula perbincangan sulit kabinet mengenai isu ini boleh sampai kepada media? Tentulah dengan niat yang tertentu.
“Sama juga dengan keberanian tiba-tiba seorang pemimpin UMNO Bahagian. Bukankah menjelang PAU baru-baru ini, Presiden parti telah mengadakan perjumpaan dengan semua perwakilan dan memberikan penjelasan mengenai 1MDB?” soal Husam dalam satu kenyataan yang diterima Selangor Kini.
Husam melahirkan rasa syak diatas dua kejadian ini yang terjadi serentak. Beliau berkata babak seterusnya bergantung kepada keberanian Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
“Beranikah beliau membenarkan polis bertindak profesional dalam isu ini?” tanya Husam.
Menurut kenyataan itu lagi, Khairuddin melapor kepada polis mendesak siasatan keatas pembelian tanah seluas 234 ekar di Air Itam, Pulau Pinang dari dua pemilik pada harga RM1.38 bilion yang dikatakan melebihi harga pasaran semasa.
“Siapa pemilik tanah di Pulau Pinang yang dibeli dengan harga (95% lebih mahal?) oleh 1MDB,” sambut Husam.
Akar umbi Umno itu turut mendesak polis menyiasat pembayaran yuran kepada Goldman Sach International yang didakwa dikira berlebihan, dan pelaburan misteri di Pulau Cayman.

Skandal 1MDB kini dalam bahaya, kata Datuk A. Kadir Jasin

Wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin menyifatkan laporan polis yang dibuat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh seorang pemimpin Umno menyebabkan skandal itu kini berubah kepada satu "isu sensasi dan berbahaya".
Beliau mengulas laporan polis yang dibuat timbalan ketua bahagian Umno Batu Kawan Pulau Pinang, Datuk Khairuddin Abu Hassan terhadap 1MDB atas salah urus yang dikatakan dalam aspek kewangan. "Laporan polis ini merupakan kemuncak kepada kontroversi seminggu sekitar dana yang dipanggil berdaulat," kata Kadir, bekas ketua pengarang New Straits Times, dalam satu catatan di blognya hari ini.
 Terdahulu, ahli parlimen DAP Tony Pua berkata, tindakan Khairuddin membuat laporan terhadap para pemimpin partinya sendiri termasuk Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi 1MDB adalah bukti kewangan syarikat itu adalah tenat. 1MDB ketika memberi maklum balas kepada laporan polis berkata, mereka yakin laporan itu tidak mempunyai asas undang-undang. "Kami mengalu-alukan apa-apa penyiasatan ke dalam urusan kami dan ia memberi peluang untuk menangkis tuduhan berniat jahat."
Kadir hari ini mendedahkan sebelum laporan yang dikemukakan, Tun Dr Mahathir Mohamad – salah satu pengkritik tegar 1MDB – bertemu dengan pengurusan tertinggi dana kekayaan berdaulat itu dan "menyerang" mereka tentang modus operandi syarikat itu. "Pada 4 Disember, delegasi peringkat tertinggi syarikat yang diketuai oleh Pengerusinya, (Tan Sri) Lodin Wok Kamaruddin dikatakan diserang oleh Dr Mahathir.
"Beliau dikatakan ingin tahu tentang cara syarikat membiayai perniagaannya, mengingatkan ia mempunyai modal berbayar hanya AS$1 juta (RM3.4 juta)," tambah Kadir. Beliau berkata, rakyat juga bertanya 1MDB mengenai harga dua bidang tanah di Pulau Pinang yang mana syarikat itu dikatakan membayar harga lebih tinggi dari harga pasaran – 1MDB membeli tanah itu kira-kira RM1.4 bilion daripada dua hartawan Cina tahun lepas.
"Sumber itu berkata Dr Mahathir berasa bertanggungjawab untuk berbincang perkara ini dengan 1MDB dan bercakap secara terbuka mengenainya kerana banyak pihak yang datang menemui beliau untuk memberitahu tentang kejadian yang aneh di dalam syarikat tersebut. "Beliau kecewa isu-isu 1MDB tidak dibincangkan dengan serius oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno bulan lepas.
 "Bagaimana sikap mereka apabila Presiden Umno dan Perdana Menteri adalah orang di belakang 1MDB dan resolusi terhadap ekonomi telah digubal untuk pendebat?" katanya.

Ringgit terus alami kerugian minggu ke-9

Ringgit Malaysia yang terus mengalami kerugian masuk minggu kesembilan dan kejatuhan bon ekoran kebimbangan kejatuhan harga minyak, akan menjejaskan usaha kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal.
 
Mata wang tersebut merosot 6.8 peratus sejak 10 Oktober - prestasi paling teruk di Asia - ketika kejatuhan harga minyak mentah mengancam menjejaskan pendapatan negara pengeksportnya.

Harga komoditi itu jatuh di bawah paras AS$60 (RM209.06) setong buat pertama kali sejak 2009, dan menolak turun nilai ringgit kepada 3.5073 bagi setiap dolar AS minggu ini - yang terendah dalam tempoh lima tahun.
 
"Dengan harga minyak mentah di bawah AS$60, ringgit kini sedang menghadapi tekanan tambahan," kata Nizam Idris, ketua bahagian strategi tukaran asing dan pendapatan tetap Macquarie Group Ltd yang berpejabat di Singapura. "Tahap psikologi untuk unit Malaysia adalah 3.50."
 
Ringgit menyusut nilai 0.7 peratus dari 5 Disember kepada 3.4940 bagi setiap dolar AS pada 10.21 pagi di Kuala Lumpur, jangka masa terpanjang kerugian mingguan tahun ini, demikian menurut data yang dikumpul leh Bloomberg.

IGP kata polis akan siasat kes 1MDB

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukannya akan menyiasat kes yang dilaporkan oleh seorang ketua bahagian Umno berhubung syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan lembaga pengarahnya.

Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Khalid berkata siasatan itu akan dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID).

"Memandangkan laporan polis telah dibuat, cawangan jenayah komersial akan siasat dan bincangkan kes tersebut dengan Pejabatan Peguam Negara untuk arahan,” katanya.

Khalid juga tidak menolak kemungkinan bahawa pengarah syarikat terbabit akan dipanggil polis untuk siasatan.

Beliau mengulas mengenai laporan polis oleh naib ketua bahagian Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Khalid semalam.

Dalam laporannya, Khairuddin menggesa polis menyiasat pengarah 1MDB dan memberi amaran bahawa beliau akan membuat satu laporan polis, ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika tiada tindakan diambil.

Malaysia Boleh: Sarawak catat kes remaja hamil tertinggi

Generasi akan datang tidak akan mempercayai sistem ikatan perkahwinan.
teen pregnancyKUCHING: Sarawak mencatatkan jumlah kes kehamilan remaja tertinggi di negara ini, sepanjang tempoh Januari hingga September 2014.
Menteri Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga Fatimah Abdullah berkata, rekod kehamilan golongan remaja berusia 10 hingga 19 tahun itu membabitkan mereka yang telah dan tidak berkahwin.
“Jumlah kes kehamilan golongan remaja negeri ini ialah seramai 2,519 orang daripada 7,789 kes yang dilaporkan di seluruh negara sepanjang tempoh sembilan bulan tahun ini. Bahagian Kapit mencatatkan peratusan tertinggi kes kehamilan di Sarawak.
“Bahagian Sarikei pula mencatatkan kes remaja hamil tidak berkahwin tertinggi dengan 48.3 peratus, Kapit 44.8 peratus, Bintulu dan Sri Aman masing-masing 43.6 peratus, Samarahan 41.2 peratus, Miri 41 peratus, Sibu 24.9 peratus dan Limbang 15.3 peratus,” katanya merasmikan kusus perkahwinan di sini, semalam.
Beberapa bahagian seperti Samarahan, Kuching, Kapit dan Miri juga menunjukkan peratusan remaja hamil tidak berkahwin, 40 peratus untuk empat tahun berturut-turut.
Dalam pada itu, Fatimah menjelaskan terdapat lima faktor utama punca berlakunya kes penceraian seawal lima tahun usia perkahwinan di negeri ini.
Puncanya ialah pasangan belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri, berkahwin kerana terpaksa seperti pasangan hamil sebelum menikah atau ditangkap khalwat, masalah kewangan dan komunikasi.

Dr Burhanuddin pernah dicalon PM Tanah Melayu

KOTA BHARU: Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada pada persidangan 15 Ogos 1945 merancang menubuh kabinet yang diketuai Dr Burhanuddin Al Helmy apabila Tanah Melayu dimasyhurkan merdeka.

Tokoh PAS  itu dipersetujui dilantik sebagai Perdana Menteri, manakala anggota-anggota lain kabinet yang disenarai termasuk Dato’ Abdul Rahman Yassin, Dato’ Abu Samah Ali dan Dato’ Onn Jafar.

Veteran PAS, Subky Abdul Latif berkata, bagaimanapun kabinet yang dirancang itu tidak menjadi kenyataan kerana Jepun menyerah kalah selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh tentera Bersekutu.

Bagaimanapun menurut Dr Mohamad Muzammil Mohamad Noor dari USM, nasionalis Indonesia ketika itu tergesa-gesa mengisytiharkan kemerdekaan Negara itu pada  17 Ogos 1945 iaitu dua hari selepas Jepun menyerah kalah.

"Sebelum itu Dr Burhanuddin bersama Ibrahim Yaakub, Ustaz Abu Bakar Bakir, Hanif Sulaiman dan beberapa lagi pemimpinn Melayu membincangkan kemerdekaan Tanah Melayu oleh Jepun.

"Jepun memaklumkan untuk menyerah kemerdekaan serentak kepada Tanah Melayu dan Indonesia pada 17 Ogos 1945.  Jepun juga mengarah pemimpin Melayu membentuk kabinet pentadbiran Tanah Melayu dan mewujudkan KRIS.

"Sebagai persediaan ke arah itu pada 13 Ogos 1945, Dr Burhanuddin bersama Ibrahim Yaakub bertemu Sukarno dan Dr Mohamad Hatta di Taiping, Perak ketika dalam  perjalanan pulang menemui Field Marshal Jepun di Saigon,” kata Subky di Kota Darulnaim, 11 Disember lalu.

Subky membentang kertas kerja pada seminar Pemikiran dan Ketokohan Dr Burhanuddin Al Helmy sempena ulang tahun ke-63 PAS.

Seminar tersebut dianjur kerajaan negeri dengan kerjasama Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias).

Turut membentang kertas kerja Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamaruddin Jaafar, pensyarah Unversiti Teknologi Petronas, Dr Muhaimi Sulam dan Prof Madya Dr Syed Muhd Khairudin Aljunied dari Universiti Nasional Singapura.

Pas harus contohi kepimpinan Pak Doktor


KOTA BHARU - Pemikiran dan keperibadian Presiden Pas ke-3, Dr Burhanuddin Al-Helmy atau lebih dikenali sebagai Pak Doktor harus menjadi contoh dan dimanfaatkan sepenuhnya kepimpinan Pas kini terutamanya dari segi penerimaan beliau terhadap semua lapisan masyarakat.

Penganalisis Politik, Subky Abdul Latif berkata, kepimpinan yang ditonjolkan Pak Doktor yang sebelum ini diterima seluruh masyarakat harus dipraktikkan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran pada zaman pentadbirannya.

“Pak Doktor ditentang banyak pihak kerana dikatakan hendak membawa tanah Melayu ke Indonesia, jadi beliau bertanya, apakah tidak eloknya orang Melayu dan orang Indonesia ini, bukankah selama ini kita juga bersaudara, walaupun begitu, dunia politik kini juga sudah berbeza, ternyatalah penyatuan itu adalah sesuatu yang amat sukar.

“Tetapi pada masa itu umpamanya, orang Melayu itu kalau boleh disatukan, tidak kira di mana-mana, itu adalah lebih baik, dan orang Melayu itu bukan di tanah Melayu sahaja, jika disatukan, kitalah satu bangsa yang paling besar dalam dunia, oleh sebab itulah penyatuan Melayu yang Pak Doktor kehendaki itu adalah satu gagasan yang paling ditakuti oleh komunis Cina dan sebagainya,” katanya kepada media kelmarin.

Beliau hadir sebagai ahli panel Seminar Pemikiran dan Ketokohan Dr Burhanuddin Al Helmy : Kajian Sempena 63 Tahun Pas Malaysia di Kompleks Kota Darul Naim semalam.

Menurutnya, Pak Doktor diakui juga memberi pelbagai perubahan dan kemajuan memandangkan kepimpinan terdahulu tidak banyak mencorakkan arah dan hala tuju parti ketika itu, sekali gus dibuktikan dengan sokongan kepada Pas semakin bertambah selepas setahun dipegang Pak Doktor.

Subky yang juga seorang penulis turut memberitahu, malah Pak Doktor mempunyai sebab yang kukuh mengapa mengambil alih Pas ketika itu, ini kerana perjuangan Islam sudah mula jelas dan mana-mana orang yang tidak menyokong apa-apa parti ketika itu akan memilih Pas.

Akta Hasutan halang usaha basmi rasuah, kata C4


Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan keputusan Putrajaya mengekalkan Akta Hasutan 1948 hanya akan menghalang usaha membasmi rasuah di Malaysia. Pengarah Pusat Membasmi Rasuah dan Kronisme (4C), Cynthia Gabriel berkata dengan pengekalan akta berkenaan, ia akan menghalang pihak tertentu menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekaligus membantutkan usaha membasmi rasuah.
"Adakah kita mempunyai persekitaran yang membenarkan kita menyertai demokrasi? Tidak, kita ada lebih undang-undang, kita ada Akta Hasutan walaupun dijanji untuk dimansuhkan.
 "Apa kaitan di antara Akta Hasutan dan melawan rasuah? Jika ada di antara kita yang mahu menyalurkan maklumat dalam skandal rasuah berskala besar, adakah Akta Hasutan akan digunakan jika kita mendedahkan pemimpin politik dalam pejabat kerajaan? "Adakah kita mempunyai jaminan Akta Hasutan tidak digunakan?
Malah persekitaran hari ini menunjukkan Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA) digunakan kepada pandangan yang berlainan," katanya ketika berucap di Majlis Berjalan Melawan Rasuah di Kuala Lumpur pagi ini.

Khairuddin Abu Hassan, UMNO dan 1MDB

Khairuddin Abu Hassan, UMNO dan 1MDB
Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan pada Jumaat telah tampil membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setelah pelbagai teguran terhadap syarikat milik kerajaan itu 'tidak dipedulikan'.

Syarikat yang ditubuhkan kerajaan pada 2009 itu dilaporkan bertujuan bagi mengumpul dana dengan membawa masuk pelaburan langsung asing untuk projek negara serta menerbitkan bon.

Namun, pada akhir-akhir ini, ia telah mendapat kritikan pelbagai bukan sahaja dari pembangkang malah dari tiga mantan Menteri Kewangan iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga Tun Daim Zainuddin.

Agensi itu didakwa telah mengalami kerugian hampir RM38 bilion. Namun, pada bulan lalu 1MDB telah memberi jaminan bahawa semua pelaburannya diurus secara berhemat dan profesional, dan dalam keadaan baik untuk membayar semua hutang.

Laporan polis yang dibuat Khairuddin itu antara lain menggesa siasatan terperinci dilakukan terhadap syarikat itu bagi mengenal pasti punca masalah kepincangan pentadbiran kewangannya.

Selain itu, beliau juga memaklumkan akan membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Siapa Khairuddin?

Khairuddin ialah seorang ahli perniagaan dari Pulau Pinang dan merupakan suami kepada pelakon wanita terkenal tanahair, Umie Aida.

Beliau mempunyai dua orang anak, hasil dari perkahwinannya yang pertama. Selain itu, Khairuddin juga merupakan anak saudara Sulaiman Palestin dan juga sepupu kepada Anwar.

Khairuddin, meskipun ahli UMNO, dikatakan agak 'berbeza' dengan ahli UMNO lain dalam membuat melontarkan pandangan yang dipercayainya benar.

Tindakan menentang sesuatu yang dianggap 'salah' seperti laporan terhadap 1MDB ini, menurutnya bukanlah yang pertama kali dilakukannya.

Pada tahun 1998, ketika ramai ahli UMNO membela Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, Khairuddin telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM'.

Prosiding mahasiswa UM8 suatu penindasan

Hilal Azman


Lensa Kampus mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak Universiti Malaya (UM) yang menjatuhkan hukuman kepada 8 orang mahasiswa UM pada 9 Disember lalu kerana membawa alumni  UM iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam kampus untuk menyampaikan pidato “40 Tahun Anwar Ibrahim: Dari UM ke Penjara” pada Oktober lalu.
Kebobrokan pentadbiran UM ini secara tidak langsung mencabul kebebasan akademik serta kebebasan mahasiswa bersuara pada hari ini. Dalam mendepani dunia yang semakin global  kompleks ini, rupanya masih ada penjajahan bentuk baru dilakukan pihak pentadbiran universiti kepada mahasiswa.
Universiti bukanlah kilang dan mahasiswa bukanlah robot yang acuannya dibentuk mengikut kehendak pentadbir semata-mata. Universiti merupakan gelanggang atau medan untuk mahasiswa saling bertukar pandangan serta bebas beraktivisme yang jauh daripada ‘tangan-tangan ghaib’.

Hukuman yang dikenakan ke atas 8 orang mahasiswa ini memberikan gambaran nilai keilmuan mahasiswa hanya terikat di bilik-bilik kuliah serta terikat dengan peraturan-peraturan universiti yang semakin hari semakin merencatkan autonomi mahasiswa. Mahasiswa sebenarnya adalah golongan yang berhak untuk memberi respons kepada isu nasional memandangkan mereka bakal peneraju negara suatu hari nanti. Menurut Tan Malaka, idealisme adalah kemewahan terakhir yang hanya dimiliki mahasiswa.
Oleh itu, pihak pentadbir UM sepatutnya akur memberi laluan kepada mahasiswa menganjurkan apa jua program termasuk menjemput baik pihak kerajaan mahupun pembangkang bagi menyemarakkan lagi idealisme mahasiswa. Mahasiswa perlulah bebas.
Mahasiswa adalah golongan terpelajar yang sekaligus merupakan agen perubahan dan pembimbing kepada masyarakat. Jika di kampus lagi sudah disekat dengan pelbagai akta rimba maka mahasiswa kelak akan berminda mandul.

Terimakasih Umno@Bn: Kos ubat, doktor naik selepas GST, kata pengamal perubatan swasta

Kerajaan menjamin cukai GST tidak akan memberi kesan terhadap kos perubatan, tetapi kenyataan pihak bertanggungjawab memungut GST, Kastam, sebaliknya. – Gambar fail Reuters, 13 Disember, 2014. 
Kerajaan menjamin cukai GST tidak akan memberi kesan terhadap kos perubatan, tetapi kenyataan pihak bertanggungjawab memungut GST, Kastam, sebaliknya. – Gambar fail Reuters, 13 Disember, 2014.

Walaupun perdana menteri memberi jaminan demi jaminan bahawa kos penjagaan kesihatan swasta dikecualikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), taklimat Jabatan Kastam menyatakan sebaliknya, dan memberi amaran bayaran tambahan akan dikenakan ke atas ubat-ubatan dan yuran doktor, kata sebuah badan pengamal perubatan.
Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) yakin kos penjagaan kesihatan swasta meningkat selepas cukai penggunaan berkuatkuasa April depan dan mereka bimbang dengan kenyataan bercanggah antara Datuk Seri Najib Razak dan kastam, yang ditugaskan memungut GST.
Presiden FPMPAM Dr Steven Chow berkata, Najib bukan sekali berjanji, tetapi dua kali, bahawa penjagaan kesihatan awam dan swasta tidak akan terjejas oleh GST.

"Pada 10 Oktober 2014, di dalam ucapan Bajet 2015, PM kita telah berkata bahawa ubat-ubatan dalam Senarai Ubat Penting Kebangsaan (NEDL) akan berkadar sifar, oleh itu memberi gambaran bahawa mereka yang sakit, yang sudah dibebani dengan penyakit mereka, tidak perlu lagi dibebankan dengan cukai tambahan untuk merawat penyakit mereka,"katanya. "Walau bagaimanapun, garis panduan dan banyak taklimat oleh pasukan GST Kastam memberitahu cerita yang berbeza dan agak rumit".
Beliau mendedahkan bahawa NEDL bukan senarai ubat lengkap untuk rawatan semua penyakit penting dan komplikasi, dan hanya 208 ubat-ubatan berbeza daripada 2,900 item yang disenaraikan.
"Banyak daripada 2,900 barangan dimasukkan berulangan daripada pelbagai persiapan atau jenama yang berbeza daripada ubat-ubatan yang sama," katanya.
"Jika anda melihat lebih dekat, NEDL jelas tidak direka untuk memenuhi semua penyakit penting dan komplikasi daripada pelbagai disiplin penjagaan utama dan pakar. Rawatan khas untuk pelbagai penyakit biasa tidak ada dalam senarai."

Lebih 5,000 muka surat Laporan RCI Sabah ‘hilang’


lks (3)


KOTA KINABALU, 12 DIS: ‘Lebih 5,000 muka surat hilang’ daripada laporan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI mengenai Pendatang Tanpa Izin di Sabah yang dikeluarkan Kerajaan pada 3 Disember, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Ujar Kit Siang, RCI Sabah sepatutnya menjadi laporan paling tebal dan paling banyak jilid berbanding laporan RCI lain, malangnya hanya setebal 368 muka surat.
“Dimana semua memorandum, nota-nota keterangan, akuan-akuan bersumpah dan eksibit dikemukakan kepada RCI?
“Saya difahamkan ia melebihi 5,000 mukasurat, yang merupakan bahagian penting laporan tersebut,’ kata Kit Siang dalam forum mengenai RCI Sabah di Hotel Palace, Kota Kinabalu semalam.
Beliau membandingkan Laporan RCI video skandal peguam Lingam yang mempunyai empat jilid dengan yang pertama berjumlah 191 mukasurat, nota-nota keterangan berjumlah 1,187 muka surat (Jilid 2), 513 mukasurat bagi Akuan Bersumpah (Jilid 3) dan 474 mukasurat eksibit (Jilid 4) dengan jumlah keseluruhan 2,365 mukasurat.
 Manakala RCI Sabah menerima 361 memorandum dan 177 eksibit, mengadakan pendengaran awam bermula 14 Januari sehingga September 2013 dengan 211 saksi.
 Justeru itu Kit Siang hairan apabila kerajaan mengeluarkan kurang 10 peratus daripada laporan sebenar RCI Sabah, sedangkan RCI video skandal Lingam mengandungi lebih 2,300 mukasurat dengan mengemukakan semua nota-nota keterangan, akuan bersumpah dan eksibit.
“Ini seharusnya menjadi tugas pertama (pengerusi) jawatankuasa kerja RCI Sabah (Tan Seri) Joseph Pairin.

JPN Sabah ingkar undang-undang

Terdapat 200,000 nama dalam senarai daftar pemilih yang tidak sepatutnya berada di sana.

mycard_jpn_300KOTA KINABALU: Kewarganegaraan perlu didahulukan sebelum kad pengenalan Malaysia (IC) diberikan, seperti yang dinyatakan dalam laporan penemuan Royal Commission of Inquiry (RCI) tentang pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah.
Ianya salah di sisi undang-undang untuk memberikan kewarganegaraan kepada warga asing tanpa melalui proses undang-undang, kata panel RCI yang memetik kenyataan Sabah Law Association (SLA).
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Jariah Binti Mohd Said telah memberi keterangan bahawa menurut rekod JPN, jumlah IC baru yang diberikan kepada orang asing adalah 67,675 dan jumlah orang asing di Sabah yang telah diberikan kewarganegaraan sejak 1963 sehingga 31 Ogos 2013 adalah 68,608.
Tetapi anggaran Suhakam tentang jumlah orang asing yang diberikan IC Malaysia secarah sah dan haram berdasarkan kiraan activis Dr Chong Eng Leong dan orang lain melebihi jumlah yang diberikan oleh Jariah.
Panel RCI telah menafikan tanggapan orang ramai bahawa IC biru sahaja merupakan bukti bahawa seseorang itu merupakan rakyat Malaysia.
“Seseorang itu perlu menjadi warga negara Malaysia sebelum layak menerima kad pengenalan Malaysia,” kata laporan RCI.

BN perlu segera lantik ketua pembangkang Selangor baru

DNS wide 01BANDAR BARU BANGI, 12 DIS: Barisan Nasional (BN) Selangor perlu melantik Ketua Pembangkang di Dewan Negeri Selangor (DNS) baru yang secara automatik memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Kerajaan (PAC).
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, ia bagi memastikan konsep periksa dan imbang dapat dilaksanakan dalam proses demokrasi di negeri itu.
“Mereka perlu putuskan sebab laporan yang dah diluluskan dewan, Pengerusi PAC itu mestilah Ketua Pembangkang.
“Kalaulah benar Datuk Shamsuddin (Mohd Lias) letak jawatan mereka perlu putuskan siapa Ketua Pembangkang dan akan secara automatik dilantik Pengerusi PAC kecuali mereka tak mahu lantik sesiapa jadi Ketua Pembangkang,” kata Mohamed Azmin di Program Menteri Besar Turun Padang ke Daerah Hulu Langat hari ini.
Jelas Mohamed Azmin, keadaan ini sama seperti mana-mana Dewan Negeri dan Dewan Rakyat yang mempunyai Ketua Pembangkang masing-masing.
Tambah Mohamed Azmin, keengganan pembangkang melantik ketua baru menunjukkan sikap tidak menghormati proses demokrasi.

Laporan polis pemimpin Umno terhadap 1MDB bukti dana bermasalah, kata DAP


Laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang penuh kontroversi oleh seorang pemimpin Umno semalam adalah bukti kewangan syarikat itu sedang bermasalah teruk sehingga hutangnya meningkat, kata pemimpin DAP, Tony Pua.
Beliau berkata hakikat bahawa seorang pemimpin Umno membuat laporan terhadap pemimpin partinya sendiri termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga mempengerusikan 1MDB, bermakna pengadu itu "menempah maut" atau mempunyai bukti kukuh tentang krisis dana RM42 bilion itu.
"Apatah lagi, secara kebetulannya skandal 1MDB itu juga dibangkitkan pada mesyuarat Kabinet minggu ini," kata beliau dalam satu kenyataan.
"Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Datuk Seri Najib berada jauh di luar negara, seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider," kata Pua.

Kapitalis Zalim: Bil telefon lebih setengah juta ringgit

Notis yang meminta Yoke Thye menjelaskan bil tertunggak berjumlah RM580,723. 
 Notis yang meminta Yoke Thye menjelaskan bil tertunggak berjumlah RM580,723.
SEREMBAN - Baru lima bulan melanggan perkhidmatan telefon mudah alih dari sebuah syarikat telekomunikasi, seorang suri rumah  menerima bil tertunggak mencecah lebih setengah juta ringgit.

Itulah nasib Chu Yoke Thye, 43, yang menerima surat daripada syarikat telekomunikasi terbabit, memaklumkan tunggakan bil telefon bimbitnya adalah RM580,723.

Telefon bimbit itu digunakan anak lelakinya yang berusia 8 tahun.

Keadaan itu menyebabkam Yoke Thye, tertekan, menangis dan tidak dapat tidur malam kerana sentiasa memikirkan masalah yang dihadapinya.

Seperti tikus memperbaiki labu

UMNO sekarang dalam keadaan yang terburuk dalam sejarah penubuhannya dan penguasaannya keatas kerajaan. UMNO sudah tidak tentu rupa bentuknya lagi dan UMNO sedang teraba-raba dalam kegelapan. Pemimpin UMNO khususnya pucuk pimpinannya bukan tidak mahu berubah tetapi mereka tidak tahu cara untuk berubah dan apa yang mereka perlu ubah. Terlalu banyak untuk diubah, tidak tahu yang mana satu yang hendak diubah dahulu dan yang mana hendak diubah kemudian.
Kita tahu dan yakin, jika ini jugalah kumpulan yang diamanahkan untuk terus memimpin parti itu, UMNO itu sendiri akan terjun bersama mereka. Mereka sekarang tidak sedar yang mereka adalah ‘liability’ besar dan penyumbang kepada kehancuran parti itu dan bukannya pemimpin kepada negara lagi. Kita berterus teranglah, Najib dan kumpulannya tidak lagi mampu untuk membetulkan parti ini. Hanya jika kita berniat untuk merosakan negara dengan lebih teruk lagi sahaja, baru kita berikan tugas untuk menyambung amanah yang telah diberikan sebelum ini.
Semuanya dan serba-serbinya diambang kehancuran dan ia amat susah untuk memperbaiki segala kelemahan mereka dalam sekali gus. UMNO sudah terbiar oleh pimpinannya sejak tiga puluh tahun dahulu. Seperti yang disebut dalam posting sebelum ini, UMNO sedang dipimpin oleh mereka yang tidak mempunyai ‘talent’ untuk melalui proses memperbetulkan parti mereka.
Berlagak dan berlakon seperti pemimpin yang berkepimpinan, sudah tidak lagi dapat menyorokkan kemampuan dan nilai kepimpinan mereka yang lemah dan buruk itu. Mereka tidak pernah belajar kerana mereka tidak tahu apa yang hendak dipelajari dalam kepimpinan negara. Mereka tidak mampu untuk menjadi pemimpin sebenar maka mereka terus sahaja memaparkan nilai kulit sahaja dalam kepimpinan mereka. ‘They are not leaders; they are just acting like one’
Lagi mereka mengumumkan tindakan pembaik-pulihan, lagi dalam masalah yang mereka hadapi. Tidak payah disebut lagi segala masalah yang mereka hadapi dan mengulangi acapkali. Sekarang waktu untuk bertindak secara drastik untuk mendapatkan perubahan itu. Najib dan barisannya perlu dan wajar berundur jika mereka mahu dikenang sebagai penyelamat parti terbesar itu. Pengunduran Najib dan barisannya merupakan sumbangan terbesar mereka kepada negara.
Hanya dengan berundur sahaja yang membolehkan mereka dianggap sebagai penyelamat parti itu, kerana jika mereka masih kekal bergayut kepada parti itu, mereka sendiri merupakan penyumbang besar kepada kemusnahan parti yang memimpin kerajaan sejak merdeka dahulu.