Selasa, 9 Disember 2014
Polis buru samseng pergaduhan di Stadium Shah Alam
NS dalam proses ambil balik tanah NFC

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini sebagai usaha untuk memastikan bekalan daging cukup untuk memenuhi permintaan dalam negeri memandangkan pengeluaran daging di negeri ini kini hanya sekadar menampung 30 peratus permintaan dalam negeri sedangkan permintaan sentiasa bertambah.
"Sebelum ini pada 2007, kerajaan negeri melalui Menteri Besar Diperbadankan (MBI) telah menyewakan sebidang tanah berkeluasan 607.5 hektar kepada NFC. Cara yang akan dilakukan ini berbeza dengan cara yang dilakukan NFC kerana kita akan lakukan dengan skala kecil.
Sebagai contoh, kita akan pecah-pecahkan kepada fidlot-fidlot yang kecil atau ladang-ladang yang kecil dan akan kita beri ladang-ladang ini kepada pengusaha ternakan yang sedia ada untuk mereka usahakan, " katanya ketika menjawab soalan lisan Abd Rahman Mohd Redza (BN-Linggi) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Seremban, hari ini.
Pasar raya T'ganu diarah tutup waktu solat Jumaat mulai tahun hadapan

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, keputusan itu diambil bagi mengelakkan umat Islam, terutamanya golongan muda, tidak bersolat Jumaat dan beredar sekitar kawasan itu, lapor Bernama.
Najib ‘pekak’, tak dengar seruan 25 tokoh Malaysia
KUALA LUMPUR, 9 DIS: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang
berkata, Datuk Seri Najib Razak ‘memekakkan telinga’ terhadap permintaan
25 tokoh Malaysia yang menggesa Perdana Menteri untuk menyelesaikan
segera ketegangan antara kaum dan agama di Malaysia.
Reaksi pasif Najib yang ‘memekakkan telinganya’ kata Kit
Siang adalah bukti kurangnya keazaman politik untuk menamatkan isu-isu
ekstremisme dalam negara.
“Seruan 25 tokoh Malaysia itu tidak diendahkan oleh pemerintahan yang pekak diketuai Najib.
“Bukan sahaja telah melupakan dasar 1Malaysia untuk
mencipta warga mendahului kaum, agama, geografi, dan status
sosio-ekonomi, bahkan Najib membiarkan dirinya terus dikawal kelompok
ekstremis, suara-suara tidak moderat dan tidak bertoleransi yang
diwakili golongan minoriti di negara ini,” kata Kit Siang dalam satu
kenyataan.
Semalam, sekumpulan 25 tokoh Melayu yang terdiri daripada
bekas pegawai tinggi kerajaan, ahli akademik dan profesional menggesa
Najib menyelesaikan segera ketegangan antara kaum dan agama dalam
negara.
Surat terbuka itu ditandatangani 25 individu yang mendesak
penyelesaian segera kerana isu tersebut melunturkan keyakinan rakyat
terhadap keselamatan, perlindungan dan menjejaskan kestabilan negara.
Penulis surat itu Datuk Noor Farida Ariffin, bekas Duta
Besar Malaysia ke Belanda yang juga bekas Ketua Pengarah Penyelidikan,
Perjanjian dan Jabatan Undang-undang Antarabangsa, Kementerian Luar
bimbang dan kecewa dengan perbalahan berterusan berhubung kedudukan dan
amalan undang-undang Islam di negara ini.
Mereka turut mendesak Najib menilai semula undang-undang
Jenayah Syariah dan memastikan hak rakyat untuk berbahas tentang
bagaimana agama Islam diguna sebagai sumber undang-undang serta dasar
awam negara.
PR Sabah lapor polis penglibatan kerajaan dalam ‘projek IC’

KOTA KINABALU, 9 DIS: Pakatan Rakyat Sabah hari ini membuat
laporan polis berhubung penglibatan kerajaan dalam ‘Projek IC’ (kad
pengenalan) kepada Pendatang Tanpa Izin (PATI) di negeri ini.
Laporan polis dibuat Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong, Ketua
Pembangkang DUN negeri Datuk Seri Lajim Ukin dan Pesuruhjaya PAS negeri
Mohd Aminuddin Aling di Ibu Pejabat Polis Karamungsing, Kota Kinabalu
jam 11.30 pagi tadi.
Laporan dibuat bertujuan menuntut siasatan lanjut terhadap
pendedahan lima orang bekas kakitangan kerajaan yang mengakui bahawa
kerajaan telah memberikan IC kepada PATI di Sabah.
Berdasarkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang
dibentangkan 3 Disember lalu, dinyatakan tidak ada penglibatan parti
mahupun motif politik dalam Projek IC.
Malah laporan itu sekadar menyalahkan sindiket didakwa
melibatan bekas Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan gejala
rasuah di jabatan tersebut.
Ketua Setiausaha Negara Tan Seri Dr Ali Hamsa mendakwa
tidak timbul soal penglibatan kerajaan dalam Projek IC kerana ia
didalangi sindiket dan individu tertentu yang didorong faktor kewangan.
Mengecam kenyataan terbabit, Jimmy yang juga Ahli Parlimen
Kota Kinabalu menyatakan rakyat Sabah tidak pernah percaya dengan
penemuan kononnya kerajaan tidak terlibat dalam Projek IC.
“Kesaksian bekas pegawai-pegawai JPN adalah mencukupi untuk mengaitkan pihak kerajaan.
Trend tidak ambil peduli politik masih menular di kampus
Baru-baru ini kumpulan pelajar yang mengkritik kerajaan menang besar dalam pilihan raya kampus di Universiti Malaya (UM), impak daripada cubaan menekan ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pendakwaan terhadap pelajar yang menganjurkannya.
Keputusan awal menunjukkan pro Mahasiswa menang 21 daripada 40 kerusi yang dipertandingkan, manakala pesaingnya pro kerajaan menang 16 kerusi. Keputusan ini tidak semestinya menandakan kematangan politik di kalangan pelajar di universiti tertua negara, atau institusi lain di seluruh negara, kata penganaisis.
Apa yang paling penting adalah jumlah pengundi yang keluar mengundi, dan menurut pemimpin mahasiswa dan ahli akademik, bilangan yang sedikit ketika pilihan raya kampus termasuk UM menunjukkan pelajar masih tidak ambil peduli tentang politik.Sikap itu menurut bekas pemimpin majlis perwakilan pelajar UM, amat membimbangkan kerana ia menggambarkan kemerosotan kesedaran sivik di kalangan pemimpin masa depan.
Pro kerajaan masih majoriti Ramai aktivis pro Mahasiswa dipilih semasa pilihan raya kampus UM, trend sama di segelintir institusi pengajian tinggi awam (IPTA), dan di Lembah Klang, kata pemimpin pelajar Abdul Malik Abdul Razak.
Kumpulan penyokong kerajaan, pro Aspirasi seperti biasa dijangka menang kebanyakan kerusi di kebanyakan 20 IPTA seluruh negara, kata pelajar Universiti Islam Malaysia (UIAM) itu. Sehingga hari ini, calon pro Mahasiswa yang menyokong kebebasan akademik hanya menang majoriti di UM, UIAM dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tahun ini, kata Malik yang juga presiden Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis). "Hanya universiti sekitar Lembah Klang yang menunjukkan persaingan hebat," katanya.
Dua universiti lain di luar Lembah Klang yang menunjukkan gelombang sama adalah Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Malik berkata, puncanya kerana universiti lain seperti Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) masih lagi belum menunjukkan budaya politik matang.
"Bergantung kepada pentadbiran universiti. Sesetengah mereka menyekat kemampuan calon Pro Mahasiswa berkempen," katanya. Filem Pilih pada 2010 oleh Loo Que Lin banyak menggambarkan insiden keganasan dan ugutan semasa pilihan raya kampus 2009.

Najib Atau Muhyiddin Perlu Campurtangan Selesai Masalah Bernama TV
Di antara MAS dan Bernama TV, yang manakah lebih penting kepada negara?
Mungkin
ada yang mengatakan MAS lebih penting dan mungkin juga ada yang
mengatakan Bernama TV lebih mustahak. Pasti ramai juga yang mengatakan
kedua-duanya sama penting kepada negara.
Walau
apa pun jawapannya, kedua-duanya adalah penting. MAS adalah syarikat
penerbangan milik negara manakala Bernama TV pula adalah anak syarikat
milik sebuah agensi kerajaan iaitu Bernama yang berperanan menyebarkan
maklumat kepada rakyat.
Baik
MAS, mahupun Bernama TV, kedua-duanya ada peranan tersendiri kepada
negara. Negara tidak lengkap tanpa mempunyai syarikat penerbangan tetapi
negara juga akan tempang jika tidak mampu menyebarkan maklumat kepada
rakyat.
Sebagaimana
dunia makin kompleks dan pelbagai, saluran maklumat juga semestinya
lebih daripada satu. Selain pelbagai saluran maklumat yang lain, Bernama
TV ada peranannya yang tersendiri yang tidak boleh dinafikan
kepentingannya.
Ketika
MAS bermasalah, kerajaan bukan saja tidak lokek menyediakan dana
berjumlah bilion ringgit bagi tujuan memulihkannya, malah sanggup
melantik seorang CEO warga asing dengan gaji yang mahal, tetapi
kenapakah apabila Bernama TV diketahui dalam kedudukan meruncing
sehingga gaji tidak dibayar, kerajaan hanya berdiam diri saja?
Blog
ini sudah dua kali mendedahkan mengenai masalah dan kemelut yang
dihadapi oleh Bernama TV sehingga gaji kakitangan dan bayaran elaun
kepada penyampainya sudah tertunggak hampir dua bulan.
Baru-baru
ini juga didedahkan secara meluas oleh beberapa portal berita,
berikutan masalah itu berterusan telah menyebabkan ada kakitangannya
yang terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana tidak mempunyai wang
belanja untuk datang ke pejabat.
Masalah
Bernama TV sebahagiannya berpunca daripada bilangan penontonnya yang
terlalu kurang dan tidak mempunyai pendapatan iklan. Dana yang
disediakan kerajaan pula terlalu jauh berkurangan berbanding
perbelanjaannya.
Janji
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek untuk membawa
penyelesaian kepada masalah Bernama TV menjelang awal tahun 2015 juga
masih tidak menampakkan tanda-tanda positif.
Bernama TV akui tak mampu bayar gaji
Pihak pengurusan Bernama TV (BTV) akhirnya mengakui bahawa mereka tidak lagi mampu untuk membayar gaji pekerjanya.
Sebaliknya, pekerja hanya menerima wang pendahuluan RM500 bagi gaji tertunggak masing-masing hari ini.
"Pembayaran
ini merupakan sebahagian dari pembayaran gaji November 2014 yang tidak
dapat dibayar sepenuhnya pada tarikh yang ditetapkan disebabkan masalah
kewangan yang dihadapi oleh pihak syarikat," menurut surat daripada
ketua Pengarah Eksekutif (CEO) BTV Datuk Ibrahim Yahya (kiri), yang dilihat Malaysiakini.
Gaji terakhir dibayar oleh BTV adalah pada 20 Oktober lalu.
Ketika dihubungi, Ibrahim sendiri berkata pihaknya juga belum pasti bila gaji penuh boleh dibayar, kerana mereka tiada lagi wang untuk itu.
Katanya, BTV sebuah syarikat swasta yang agensi berita nasional Bernama hanya memiliki satu pertiga pegangannya.
“(Tetapi) apabila Bernama TV menghadapi masalah, Bernamalah yang membayar gaji-gaji ini dan juga segala keperluan," katanya.
"Lama-kelamaan, simpanan Bernama untuk bayar gaji Bernama TV itu habis, apabila tiada kemasukan baru."
Runding dengan kementerian
Sementara itu Ibrahim juga berkata, Pengurus Besar Datuk Zulkefli Salleh kini sedang berunding dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk mendapatkan dana.
BTV juga, kata Ibrahim, sedang berusaha menjual slot iklan untuk membayar hutang syarikat itu.
Minggu lepas, hampir 20 pekerja BTV terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana masalah kewangan.
Sebaliknya, pekerja hanya menerima wang pendahuluan RM500 bagi gaji tertunggak masing-masing hari ini.
Gaji terakhir dibayar oleh BTV adalah pada 20 Oktober lalu.
Ketika dihubungi, Ibrahim sendiri berkata pihaknya juga belum pasti bila gaji penuh boleh dibayar, kerana mereka tiada lagi wang untuk itu.
Katanya, BTV sebuah syarikat swasta yang agensi berita nasional Bernama hanya memiliki satu pertiga pegangannya.
“(Tetapi) apabila Bernama TV menghadapi masalah, Bernamalah yang membayar gaji-gaji ini dan juga segala keperluan," katanya.
"Lama-kelamaan, simpanan Bernama untuk bayar gaji Bernama TV itu habis, apabila tiada kemasukan baru."
Runding dengan kementerian
Sementara itu Ibrahim juga berkata, Pengurus Besar Datuk Zulkefli Salleh kini sedang berunding dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk mendapatkan dana.
BTV juga, kata Ibrahim, sedang berusaha menjual slot iklan untuk membayar hutang syarikat itu.
Minggu lepas, hampir 20 pekerja BTV terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana masalah kewangan.
Kilang Perwaja Steel tutup 1,500 pekerja diberhentikan
KUALA TERENGGANU: Kilang Perwaja Steel Sdn Bhd
(PSSB) telahpun tutup operasinya pada 19 November lalu dan seramai 1,500
pekerjanya diberhentikan setelah tidak dibayar gaji secara tetap dalam
tempoh sekian lama.
"Apabila keadaan ini berlaku, maka terdapat lambakan 1,500 tenaha kerja mahir dalam sektor perkilangan industri berat yang terpaksa bersaing dengan tenaga kerja baru untuk mendapatkan pekerjaan," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai, Hanafiah Mat ketika membahaskan Bajet 2015 negeri pada persidangan Dun, petang ini.
Katanya, jumlah mereka yang terjejas sebenarnya adalah 5,000 orang setelah dikira jumlah pekerja, pasangan masing-masing atau tanggungan serta keluarga mereka.
Ini, ujar beliau akan memberi kesan langsung kepada ekonomi setempat serta kesan kepada setiap keluarga yang terlibat.
Justeru, katanya negeri amnya dan daerah Kemaman khasnya juga akan kehilangan putaran ekonomi pada kadar gaji pekerja Perwaja sebanyak RM3.5 juta hingga RM4 juta sebulan.
"Ini memberi kesan langsung kepada sektor perniagaan runct dan sektor perbankan di Kemaman," ujarnya yang juga Penolong Setiausaha PAS negeri.
Setelah mengambil kira implikasi penutupan kilang Perwaja di Kemaman, beliau mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh kerajaan negeri untuk menamatkan krisis itu atau mengurangkan kesannya kapada yang terlibat khasnya dan daerah Kemaman amnya.
Bagi pihak 1,500 pekerja yang diberhentikan, beliau mensyorkan agar kerajaan negeri menggunakan saluran-salurannya untuk mempengaruhi kerajaan Pusat supaya dapat mengiktiraf agar PSSB dapat beroperasi semula dan menjana semula pertumbuhan ekonomi negeri dan negara.

KDN tidak perlu tumpu isu picisan seperti Ali Abd Jalil - Fahmi
Tidak semua status dan pendapat Ali dipersetujui ramai atau boleh menyebabkan orang lain mengikutnya

Menurutnya, KDN sepatutnya melihat isu keselamatan yang lebih besar seperti kes di Sabah yang kini sedang bergolak walaupun kementerian berkenaan menafikan perkara tersebut.
“Benda-benda seperti itulah yang kita patut fokus,” ujarnya kepada Free Malaysia Today sewaktu ditemui di Universiti Malaya, hari ini.
Fahmi berkata, Ali hanya mengeluarkan kenyataan dan pendapat di laman sosial Facebooknya, dan dia percaya Ali tidak bersalah
“Tidak semua status dan pendapat Ali itu dipersetujui oleh orang ramai, atau boleh menyebabkan orang lain mengikutnya,” ujarnya.
Pada masa sama, Fahmi berharap agar Ali selamat di Sweden dan turut berharap agar dia pulang ke Malaysia.
“Harapan saya supaya dia selamat di sana dan jika boleh, pulanglah ke Malaysia. Saya yakin, Malaysia akan berubah juga satu hari nanti,” ujarnya sambil menyambung bahawa Kerajaan Malaysia tidak perlu layan rakyatnya seperti penjenayah dan dalam kes Ali, dia hanya menyatakan pendapatnya.
Hari ini, Ali Abd Jalil memberitahu di dalam Facebooknya bahawa dia kini telah memiliki kad perlindungan suaka di bawah undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Perjanjian Dublin (perjanjian suaka) dan tidak lagi tertakluk di bawah undang-undang kerajaan UMNO.
Tugas berat nanti Ketua Pembangkang Selangor baharu

SHAH ALAM – Tugas berat bakal menanti Ketua Pembangkang Selangor yang baharu selepas penyandangnya meletakkan jawatan, semalam.
Menurut pemerhati politik, tanggungjawab calon yang bakal menggantikan Datuk Mohd Shamsudin Lias itu berganda selepas Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak menegur Umno di Selangor, baru-baru ini.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, siapa pun calonnya nanti perlu mempunyai keberanian dan integriti yang tinggi bagi menjamin tanggapan rakyat tidak terjejas terhadap parti itu.
“Tanpa integriti dan keberanian untuk bersuara bagi pihak pembangkang (BN), sudah tentu ia akan menjejaskan tanggapan rakyat. Jadi, keberanian dan pengetahuan yang memahami aspirasi rakyat serta mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai isu-isu yang berbangkit amat penting dalam hal ini.
“(Bakal galas tugas berat?)Memang betul, siapa pun galas tugas pembangkang bukan senang apatah lagi PR di situ (Selangor) begitu kuat,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berpendapat calon ketua pembangkang itu juga perlu mampu menjalin kerjasama dengan semua pihak dalam BN di negeri ini selain mendapat sokongan daripada akar umbi barusan pembangkang.
“...dapat menjalin kerjasama dengan semua pihak di sana (BN Selangor)...dapat menyatukan semua kem-kem yang ada dalam Umno.
“Pemimpin ini harus boleh menyatukan kem-kem itu kerana dengan penyatuan itu dapat memperkuatkan kedudukan Umno dan pembangkang di situ (Selangor),” katanya.

Kes Fahmi: Saksi tak mengaku ambil gambar
Aktivis mahasiswa Fahmi Zainol yang dihadapkan
ke jawatankuasa tatatertib pelajar Universiti Malaya (UM) berkaitan
ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus itu pasrah dengan sebarang
keputusannya.
Ini kerana, beliau merasakan jawatankuasa itu sudah menetapkan hukuman yang bakal dijatuhkan dan pendengaran hari ini hanya untuk memenuhi prosedur semata-mata.
"Bagi saya mereka sudah ada keputusannya.
"Mungkin ini cuma prosesnya untuk dihantar kepada naib canselor.
"Apa-apa keputusannya pun saya tak pasti," katanya kepada Malaysiakini.
Fahmi sebelum ini disoal siasat oleh tiga orang anggota yang diketuai Profesor Dr Zanariah Abdullah bermula jam 9.20 pagi tadi sehingga kira-kira jam 12.15 tengah hari.
Beliau menghadapi sembilan pertuduhan di bawah Kaedah-kaedah Tatatertib UM 1999 berhubung himpunan di UM pada 27 Oktober lalu.
Keputusan dijangka malam
Menurutnya, dalam pendengaran pagi ini beliau ditunjukkan beberapa keratan akhbar arus perdana tentang himpunan itu.
Dakwanya pihak universiti turut mengemukakan beberapa keping gambar dari pihak keselamatan berhubung kejadian malam itu.

Kumpulan UM8 berdepan hukuman buang universiti
Tidak wajar menyekat kebebasan bersuara pelajar UM
memandangkan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana
warganegara adalah bebas bersuara dan menyuarakan pendapat.
KUALA LUMPUR: Lapan pelajar Universiti
Malaya (UM) yang sedang menghadapi prosiding Panel Disiplin atas dakwaan
menganjur dan menyertai Perhimpunan Pidato Anwar Ibrahim berdepan
dengan kemungkinan dibuang universiti.
Seorang tertuduh, Haw Yu Hong, 22, berkata, beliau bimbang semua
pelajar terbabit disabit kesalahan yang membawa kepada digantung
pengajian atau dibuang.Menurutnya, tidak wajar menyekat kebebasan bersuara pelajar UM memandangkan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara adalah bebas bersuara dan menyuarakan pendapat.
“Maka kami akan merayu kepada panel Rayuan UM bagi terhadap segala pertuduhan jika disabitkan, dan sekiranya masih tak dapat keadilan maka kes akan dirujuk ke Mahkamah,” katanya.
Tertuduh pertama, Fahmi Zainol, 23, yang juga bekas Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UM, berkata, semasa prosiding selama tiga jam itu berlangsung, bukti-bukti pertuduhan yang ditunjukkan Panel Disiplin mensabitkan beliau tidak jelas dan tidak spesifik.
Sebaliknya dakwa Fahmi, semua bukti-bukti Panel tiga pegawai itu hanya berasaskan berita keratan akhbar tempatan sahaja.
“Seramai empat saksi dan semua mereka merupakan pengawal keselamatan UM dipanggil dan mereka sendiri tidak dapat mengesahan siapa sebenarnya yang merakam bukti-bukti bergambar insiden yang menyabitkan penglibatan kami pada malam tersebut.
Rafizi pertahan kenyataan ‘cincin mahal’, jumpa Najib di mahkamah
KUALA LUMPUR 9 DIS: Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli bertegas
akan tetap mempertahankan ucapan beliau berkaitan ‘cincin mahal’ Datin
Seri Rosmah Mansor di mahkamah kelak.
Katanya, jawapan kepada surat tuntutan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya itu telah dihantar melalui peguamnya, N Surendran dan Tetuan Daim Gamany.
“Saya tegaskan bahawa ucapan yang saya tuturkan itu sememangnya berkepentingan awam kerana ia bersabit dengan dasar negara.
“Saya yakin kritikan saya berdasarkan tindakan Najib yang menghapuskan subsidi pada ketika pembaziran terus berlaku adalah betul dan saya akan pertahankan ucapan itu di mahkamah kelak,” jelas Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam kenyataan hari ini.
Pada 4 Disember lalu, Najib dan Rosmah menghantar surat guaman untuk menyaman Rafizi ekoran kenyataannya berkaitan ‘cincin mahal’ Rosmah dalam satu program di Kuala Lumpur yang disiarkan di Youtube.
Rafizi berkata, sehingga kini beliau masih menunggu writ saman Najib dan Rosmah untuk tindakan selanjutnya.
Sebelum ini, Rafizi turut mempersoal kemampuan Najib dan Rosmah yang tidak mampu menjawab kritikan dan sebab itu mereka mengambil langkah untuk menyamannya.

Apa agenda tersembunyi halang pelantikan Mueller?
"Semasa AirAsia Berhad membuat pertukaran saham bagi membantu pemulihan Malaysian Aairline System Berhad (MAS), puak-puak yang tidak berpuas hati menentang kononnya tidak mahu MAS jatuh ke tangan AirAsia.
"Kali ini apabila Christoph Mueller dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAS, cadangan ini juga ditentang kononnya tidak mahu orang luar mengurus MAS.
"Apakah agenda tersembunyi yang mahu diperjuangkan untuk MAS. Adakah mahu melihat MAS lenyap begitu sahaja atau apa?," luah pemerhati industri kepada MalaysiaGazette.
Beliau yang juga bekas juruterbang MAS selama 17 tahun mengakui tidak faham sentimen yang cuba diperbesarkan oleh puak-puak yang menentang pelantikan Mueller.
Tegasnya, dalam keadaan MAS yang selayaknya sudah berkubur sekarang, masih ada golongan-golongan yang menjadikan isu nasionalisme berbanding melihat usaha pemulihan MAS secara rasional.
Apa salahnya MAS diperbetulkan dan diuruskan oleh orang asing jika pendekatan itu adalah yang terbaik untuk MAS, aset-aset MAS dan kakitangan syarikat penerbangan itu.
Malah, katanya, pendekatan itulah yang dilakukan oleh Emirates dan Etihad, antara syarikat penerbangan yang memberi persaingan kepada industri penerbangan dunia.
"Orang Arab boleh menerima orang asing dalam proses pembelajaran mengurus syarikat penerbangan, mengapa rakyat Malaysia tidak boleh?
Kalau dengan pelantikan Mueller MAS boleh buat duit dan dapat melatih lebih ramai 'Mueller' pada masa depan, apa salahnya?
"Adakah dengan memilih orang asing teraju MAS maka rakyat Malaysia tidak ada semangat nasionalisme atau mengenepikan agenda nasional?
"Di mana puak-puak penentang tidak kiralah pejuang UMNO atau NGO semasa MAS mencatatkan kerugian demi kerugian lebih tujuh tahun lalu?.

Berambuslah Ali, jangan pulang lagi kata KJ

Begitu reaksi keras Menteri Belia dan Sukan Khairi Jamaluddin (bawah) terhadap aktivis kontroversi Ali Abdul Jalil yang terus mengkritik keras kerajaan dan sistem monarki selepas passportnya dibatalkan.
“Sekarang aku pegang kad suaka, bawah undang undang PBB dan perjanjian Dublin (perjanjian suaka).
“Aku tak tertakluk bawah undang undang bangsat kerajaan Umno...,” tulisnya.
Beliau juga terus mengkritik kerajaan pimpinan Umno dan pengaruh institusi monarki di negara ini.
Zahid percaya Alvin, Ali akan balik juga

Katanya, “sejauh-jauh bangau terbang, akan balik ke belakang kerbau”.
“Saya ada seorang kawan yang menjadi pemimpin mahasiswa pada tahun 1974, apabila dia lari ke luar negara dan selepas 20 tahun berada di luar negara, akhirnya dia memohon pada perdana menteri pada ketika itu yang menjadi menteri dalam negeri untuk balik ke negara kita.
“Orang itu masih aktif lagi, tapi kita tak payah sebut namanya,” kata Ahmad Zahid dalam satu sidang media di kementeriannya hari ini.
Menteri itu turut menunjukkan kes pasport Taraf Kewarganegaraan Luar Negara British (BOC) yang mana mereka yang mengoyak pasport itu kesal akhirnya.
“Yang British oversea citizen, bila koyakkan passport itu, mereka duduk di UK, akhirnya nak balik ke negara kita. Mereka jumpa saya dan menyesal kerana mengoyakkan pasport.
Hanya pembodek Umno yang mahu ISA hidup semula – Tian

tidak masuk akal.
Jelas Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, cadangan tersebut tidak akan diterima oleh individu yang arif perihal politik kecuali si
pembodek kerajaan.
“Saya yakin tiada siapa pun yang mahu akta berat sebelah itu dikembalikan, ia tidak relevan langsung.
“Yang kemukakan cadangan ini bukan penganalisis atau orang yang arif dengan politik, tetapi cuma pembodek Umno,” tegas Ahli Parlimen Batu itu ketika dihubungi.
Sebuah portal melaporkan beberapa penganalisis politik tanah air berpendapat ISA, yang telah dimansuhkan kerajaan pada 2011,
sebenarnya masih relevan.
Malah kerajaan turut disaran mempertimbang saranan agar ISA dikembalikan bagi mengekang tindakan pihak tertentu mengganggu-gugat
keselamatan negara selain menangani perlakuan subversif.
“Kita menentang akta ini bukan kerana ia dikenakan kepada pemimpin pembangkang, tetapi prinsip akta itu sendiri yang tidak adil.
“Kita tidak boleh melaksanakan undang-undang yang tidak ikut hak asasi dan proses perundangan yang betul,” jelas Tian lagi.
Royalti: PAS sokong kerajaan Terengganu tuntut 20 peratus
KUALA TERENGGANU:
Kerajaan Terengganu diingatkan supaya jangan hanya mengharapkan bantuan
ehsan daripada Pusat sahaja untuk mendapatkan hasil negeri.
Justeru, Ketua Pembangkang, Ustaz Satiful Bahari Mamat menggesa kerajaan negeri supaya mengambil kira istilah royalti kerana ia menjadi hak negeri ini.
Beliau menyatakan demikian semasa membahaskan Bajet 2015 negeri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini.
Semasa membentangkan bajet itu semalam, Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri tidak berhasrat untuk terlibat dalam polemik sama ada sumber pendapatan negeri adalah royalti ataupun bukan royalti.
Katanya, daripada jumlah anggaran hasil negeri yang dianggarkan RM2.4 bilion tahun hadapan, 88.6 peratus bakal diperolehi daripada sumber Persekutuan khususnya melalui dana khas serta pemberian tahunan sementara baki 11.4 peratus sumber negeri.
"Perkataan perlu diambil kira, istilah penting, royalti hak kita dalam hal ini," ujar Satiful Bahari yang juga Adun Paka.
Menurutnya, negeri-negeri yang mempunyai hasil petroleum dan menerima royalti tidak pernah menyebut pemberian itu adalah dana khas.
Justeru, beliau menegaskan semua Adun daripada PAS akan menyokong untuk menuntut royalti sebanyak 20 peratus sebagaimana usul yang pernah diterima sebulat suara pada persidangan Dun Sarawak.
Pada 6 Mei lalu, Dun Sarawak meluluskan usul untuk memohon Kerajaan Persekutuan menambah bayaran royalti minyak dan gas kepada negeri itu daripada lima peratus sekarang kepada 20 peratus.
"Kami akan sokong untuk dapat royalti 20 peratus, hak negeri dan hak rakyat negeri ini," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS negeri.
Beliau juga mendesak kerajaan negeri supaya mempertahankan kawasan medan minyak yang baru di Blok PM307 Bertam.

Umno S'gor tak minat lantik ketua pembangkang negeri...

Timbalan pengerusi Umno negeri Datuk Abdul Shukor Idrus (bawah) berkata, ini kerana ketua pembangkang secara automatik dilantik pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) negeri – jawatan yang ditolak mereka.
Beliau mengesahkan perkara itu ketika selepas memberitahu Malaysiakini bahawa Umno Selangor akan meneliti peraturan dewan sama ada ketua pembangkang wajib dilantik.
Beliau ditanya sama ada Umno tidak berminat lagi mengisi kekosongan itu memandangkan pendirian mereka menolak jawatan PAC negeri, walaupun beberapa kali dilantik.
Shukor sekali lagi menegaskan mereka menolak mengetuai PAC kerana enggan menjadi “boneka” dalam jawatankuasa yang majoritinya dianggotai ADUN Pakatan.
Shamsudin semalam meletak jawatan sebagai ketua pembangkang selepas DUN Selangor mewajibkan penyandang ketua pembangkang secara automatik mengetuai PAC.
Sementara itu, Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar juga dilapor berkata BN tidak berhasrat mengisi jawatan ketua pembangkang buat masa ini.
"Kalau tidak (jawatan) mandatori, mungkin kita tak perlu ada ketua pembangkang sebab kita datang daripada satu parti,” katanya seperti dilapor portal Antarapos.
Dr M jawab kritik dengan penjelasan, Najib dengan saman, kata pengarang veteran
Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press Datuk A Kadir Jasin membidas Datuk Seri Najib Razak kerana menyaman pengkritiknya, sedangkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad menjawab balik kritikan dengan penjelasan.
Mengakui tidak wajar membandingkan Najib dan Dr Mahathir, namun Kadir berpendapat sebagai ahli politik mereka perlu menggunakan medium mereka seperti di Dewan Rakyat atau berdebat bagi menangkis kritikan. "Tetapi apabila bekas perdana menteri Dr Mahathir sendiri menyatakan tidak pernah mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pengkritiknya selama 22 tahun pentadbirannya, saya terpaksa melihat perspektif berbeza.
"Dr Mahathir berkata beliau akan terus jawab kepada rakyat sekiranya sesuatu isu timbul. Kutuk dia atau puji dia, dia memang ada kelas tersendiri. Memang tidak wajar bandingkan Najib dengan Dr Mahathir.
"Saya percaya, ahli politik, terutama mereka yang melalui proses pilihan raya, perlu menggunakan Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bagi menyelesaikan masalah dan meyakinkan rakyat. Mereka patut berdebat dan biarkan rakyat yang menghakimi," tulis Kadir di laman blognya.
Beliau berkata demikian mengulas notis saman diberi kepada dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) Rafizi Ramli dan Tony Pua, berhubung kenyataan mereka mengenai subsidi minyak dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Nasib mahasiswa UM anjur program Anwar ditentukan malam ini
Nasib lapan mahasiswa Universiti Malaya (UM) termasuk Fahmi Zainol yang dituduh menganjurkan pidato umum Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Oktober lalu bakal diputuskan malam ini.
Salah seorang daripada mereka, Alfred Fistival Wilfrid, berkata perkara tersebut dimaklumkan kepada mereka oleh panel diketuai Prof Dr Zanariah Abdullah ketika prosiding tata tertib berlangsung sebentar tadi.
Alfred, pelajar jurusan Sains Komputer yang berdepan dua pertuduhan itu berkata, prosiding bermula kira-kira jam 9 pagi tadi membabitkan Fahmi.
Sementara itu, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Mohammad Ammar Atan mengutuk perbicaraan tersebut kerana pihak UM tidak mengikut prosedur betul. Beliau berkata, kelapan-lapan mahasiswa sebelum ini menuntut pihak pengurusan UM memberi bukti terlebih dahulu kepada mereka dan diberi ruang mempertahankan diri.
"Namun ia tidak berlaku ketika prosiding Fahmi tadi," katanya pada sidang media di UM, Kuala Lumpur hari ini.
Hal itu turut diakui Fahmi yang menyatakan tidak ada bukti jelas dikemukakan ketika prosiding, selain keratan akhbar ketika insiden itu berlaku.
"Bukti yang diberi tidak jelas, mereka hanya tunjuk keratan akhbar, kemudian pertuduhan saya dibaca satu-satu.
"Meskipun diberi peluang untuk menjelaskan ketika bukti dikemukakan namun ia tidak jelas, ini termasuk dengan keterangan saksi juga bercanggah mereka sendiri tidak mengaku mengambil gambar tersebut, " katanya.

Harga minyak semurah AS$67 setong.!!
Harga
minyak mentah Brent semakin murah pada harga AS$67.30 setong pada
dagangan hari ini - harga paling rendah sejak Oktober 2009.
Minyak mentah Amerika Syarikat pula diniagakan pada harga AS$64.40, naik sedikit berbanding AS$64.14.
Morgan Stanley meramalkan brent akan berlegar pada harga purata AS$70 setong pada tahun 2015, jatuh sebanyak AS$28 berbanding unjuran sebelum ini dan AS$88 setong pada tahun 2016.
Sebuah bank pelaburan pula tidak menolak harga minyak boleh menjunam serendah AS$43 setong tahun depan.
Penganalisis Adam Longson berkata, pasaran berisiko dalam keadaan tidak seimbang kecuali OPEC campur tangan.
Arab Saudi, ahli terbesar cartel OPEC enggan mengurangkan pengeluaran meskipun harga emas hitam itu menyusut lebih 40 peratus sejak Jun lalu.
Kuwait pula berkata, harga minyak akan kekal kira-kira AS$65 setong sehingga pertengahan tahun depan, kecuali OPEC mengurangkan bekalan.

Hak asasi Malaysia paling buruk di era Najib – Suaram

Fakta itu dinyatakan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam laporan 2014 mengenai hak asasi manusia di negara ini.
Menurut laporan itu yang dilancarkan hari ini, kebebasan bersuara ‘menjadi mangsa utama’ tahun ini, dengan 44 orang disiasat, didakwa atau disabitkan di bawah Akta Hasutan 1948.
Mangsa terbabit termasuk pemimpin Pakatan Rakyat, aktivis, peguam, ahli akademik, pendakwah Islam dan juga pelajar.
“Kebebasan bersuara terjejas teruk dengan ugutan yang tidak henti-henti dilancarkan oleh pihak berkuasa terhadap pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil,” kata laporan itu.
Berdasarkan pemerhatian Suaram, kumpulan masyarakat sivil yang diancam pihak berkuasa antaranya termasuk Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) dan Sisters in Islam (SIS).
Menurut laporan itu lagi, ‘perkembangan yang membimbangkan’ tahun ini merupakan peningkatan dalam ucapan benci dan keganasan, yang dibenarkan pihak berkuasa – yang mencetuskan kebencian dan sikap tidak bertoleransi antara kaum dan agama.
“Kebebasan beragama dan hubungan etnik telah terancam teruk walaupun tuntutan komitmen kepada kesederhanaan dan toleransi oleh Perdana Menteri pada mesyuarat antarabangsa yang berprofil tinggi,” tulis laporan itu lagi, lapor The Malaysian Insider.
Pemerhatian Suaram mendapati usaha ‘mendiamkan pengkritik’ semakin meningkat berikutan siasatan polis di bawah Akta Hasutan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Haniza Talha, kerana mempersoalkan peruntukan belanjawan negara kepada program pendidikan awal Permata yang dinaungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Kelab jutawan M'sia berkembang pesat..!!

Kekayaan jutawan ini, yang membentuk kurang daripada 10 peratus daripada jumlah penduduk, setara dengan sekurang-kurangnya 96 tahun pendapatan seorang isi rumah Malaysia.
Golongan isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan, demikian mehurut statistik rasmi.
"Dengan penduduk seramai hanya 28.3 juta, Malaysia mempunyai jumlah jutawan yang sama dengan negara-negara yang lebih padat penduduk seperti Indonesia, yang penduduknya berjumlah 237.6 juta.
"Ini menunjukkan potensi besar untuk pertumbuhan jutawan di Malaysia," kata penganalisis WealthInsight Tom Carlisle dalam laporan itu.
Ali dakwa dapat perlindungan suaka di bawah PBB
PETALING JAYA: Aktivis politik Ali Abdul Jalil yang ditarik balik
pasportnya semalam memberitahu beliau kini telah memiliki kad
perlindungan suaka di bawah undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) dan Perjanjian Dublin (perjanjian suaka).
Dalam status Facebooknya 9 jam yang lalu, katanya beliau tidak lagi tertakluk di bawah undang-undang kerajaan Malaysia.
“Aku tak tertakluk bawah undang undang ba****t kerajaan UMNO dan
sultan… Sini bukan Malaysia….Kalau kat Malaysia polis dan mahkamah
senang dijadikan an***g kurap tak ada maruah..Tidak ada integriti,”
tulisnya di dalam Facebook.
Ali yang melarikan diri ke Sweeden turut memberitahu bahawa beliau akan
menghasut lebih ramai lagi rakyat Malaysia untuk mengikut jejak
langkahnya dan menjadikan Malaysia sebuah negara republik.
“Kepada barua UMNO dan penjilat bo***t sultan, makin ramai rakyat
Malaysia akan aku hasut untuk guling sultan Johor dan raja-raja
Melayu…Malaysia sedang menuju Republik milik rakyat..hapuskan fasis dan
rasis..Polis dan Mahkamah sudah tidak ada kredibiliti, sudah hilang
kepercayaan rakyat,” ujar beliau lagi.
Semalam, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim mengumumkan
bahawa pasport blogger kontroversi, Alvin Tan dan Ali yang mencari suaka
politik di luar negara, ditarik balik.
Menurutnya, penarikan tersebut berkuatkuasa serta merta sebaik sahaja
Jabatan Imigresen menghantar surat maklumat rasmi ke alamat terakhir
mereka.
“Kita tidak akan bertoleransi dengan mana-mana individu yang menghina sistem kehakiman dan raja-raja Melayu,” kata Mustafa.
Elak Indeks Syariah jadi retorik, tempelan - Penganalisis

SHAH ALAM: Indeks Syariah, kayu ukur diwujudkan bagi melihat sejauhmana kerajaan melaksanakan agenda pentadbiran negara berasaskan syarak, perlu dilaksanakan berdasarkan konsep maqasid syariah dan bukan hanya sekadar retorik semata-mata.
Penganalisis politik, Dr Maszlee Malik berkata, dalam melaksanakan indeks itu, Umno sebagai kerajaan yang memerintah perlu menerapkan elemen penting yang menjadi teras sistem politik Islam, antaranya menitikberatkan isu ketirisan dalam perbelanjaan.
"Cumanya kalau boleh Islam yang cuba dibawa itu bukan sekadar nama, tempelan, retorik atau acara saja. Tapi kita perlukan kepada satu yang (ada) 'substance' dan berisi.
“Contohnya, dalam politik Islam, isu keadilan, isu salah guna kuasa, pecah amanah, ketirisan, integriti, tadbir urus, pemberdayaan masyarakat dan isu moral yang tak boleh diketepikan.
"Itu semua perlu diambil kira dalam membina indeks tadbir urus Islamik berteraskan maqasid syariah," katanya kepada Antarapos.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini mengumumkan indeks tersebut yang bakal dibentangkan pada Februari depan bakal menjadi satu kayu ukur sejauh mana kerajaan Umno melaksanakan pentadbiran berlandaskan syariat Islam.
"Indeks syariah ini akan membuat penilaian sejauh mana negara ini bawah Umno menjaga agama kita, menjaga akal, menjaga keturunan, menjaga nyawa dan menjaga harta benda. Lima tuntutan maqasid syariah," kata Najib ketika menyampaikan ucapan penggulungan semasa PAU 2014, dua minggu lalu.
Kata Presiden Umno itu lagi, apabila indeks syariah itu berjaya dibentang di negara ini maka idea yang sama boleh ditawarkan kepada negara Islam lain selepas ini.
Najib sepatutnya mula berfikir untuk bersara
Oleh Aspan Alias
Najib mengambil keputusan untuk membawa Rafizi Ramli dan Tony Phua ke muka pengadilan kerana kritikan keras kedua-dua ahli parlimen pembangkang ini terhadap beberapa isu termasuk isu 1MDB yang berterusan dibangkitkan oleh kedua-dua pemimpin pembangkang ini. Ada pihak yang memberikan reaksi sebagai tindakan kebudak-budakan dan ada yang juga menyokong tindakan Najib itu.

Bagi saya, tindakan Najib itu boleh didukung dan juga boleh ditentang.
Saya menyokong tindakan Najib itu kerana Najib sudah kehilangan jalan
dan usaha yang betul untuk menolak tuduhan yang dilemparkan kepada
beliau. Sebagai seorang pemimpin lemah Najib tidak mempunyai kudrat
untuk bertindak secara politik kerana 1MDB itu sesungguhnya telah
membawa pimpinan Najib sekarang merudum ke peringkat yang terendah.
Maka mengambil tindakan undang-undang merupakan jalan yang terakhir
bagi beliau untuk mempertahankan diri beliau yang sudah tersepit dengan
isu 1MDB ini. Dalam situasi sekarang Najib tidak boleh dipersalahkan
kerana beliau sedang berhadapan dengan masalah besar dalam memimpin
negara dan apabila terdesak tentulah beliau akan melakukan
perkara-perkara dan tindakan yang tidak tepat. Pemimpin yang sudah lesu
tidak akan membuat keputusan yang baik. Dalam masa yang sama tindakan
itu sendiri akan menambah ‘aura’ kepimpinan kedua mereka yang sedang di
ambil tindakan itu.
Sesungguhnya tindakan Najib itu telah menambahkan kekurangan keyakinan
rakyat terhadap beliau kerana tidak mempunyai kemampuan untuk
mempertahankan isu ini dengan cara politik. Mungkin tindakan
undang-undang merupakan satu-satunya jalan untuk melengahkan isu 1MDB
ini terjawab kerana Najib sedang menghadapi terlalu banyak beban dalam
kepimpinannya untuk diselenggarakan.
Najib tidak mahu jika boleh, untuk melepaskan tanggungjawab memimpin
negara ini kepada orang lain kerana mempertahankan jawatan di Putrajaya
itu selama yang boleh merupakan ‘ultimate’ bagi beliau dan beliau akan
melakukannya ‘at all costs’.
Najib lebih rela negara jatuh dan jahanam daripada turun dari jawatan
yang beliau tidak mampu lagi melaksanakan tanggungjawabnya itu. Najib
bukan tidak sedar yang beliau sudah kehilangan panduan dan arah untuk
kembali membawa negara ke landasan yang betul, tetapi kerana kepentingan
peribadi beliau, Najib sanggup membawa negara jatuh dan berkecai.
Rasuah: ‘Harapkan pagar, pagar makan padi’
JKMR turut mencadangkan supaya kerajaan dapat menyegerakan peruntukan undang-undang yang melibatkan 'political funding'.

“Tanggungjawab kita membuat satu laporan khas mengikut akta tersebut, dan kami semua telah berunding, dan telah disembahkan kepada Perdana Menteri dan dibentangkan di Dewan Rakyat (pada 26 November) dan Dewan Negara (4 Disember).”
“Tentu sekali. apa yang kita sebutkan itu ada sebab-sebabnya. Laporan (Tahunan JKMR) dibuat secara terperinci dan komprehensif,” kata Abu Zahar. di Kuala Lumpur. JKMR merupakan salah satu daripada lima badan bebas yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Abu Zahar yang juga Yang Dipertua Dewan Negara seterusnya memberitahu wartawan di bangunan Parlimen bahawa “… mungkin wajar diwujudkan undang-undang yang baharu.”
Perdana Menteri dipetik Bernama menegaskan “banyak lagi penyakit yang ada di kalangan rakyat kita yang perlu kita beri perhatian serius dan saya minta tindakan yang lebih tegas untuk banteras perkara-perkara seperti ini, termasuk mereka yang memberi (rasuah).”
Najib turut menyentuh mengenai sumbangan kepada parti-parti politik juga mesti ada peraturan tertentu. Jelas Perdana Menteri, beliau akan meminta kerjasama parti-parti politik termasuk daripada pembangkang supaya wujud pendirian bersama dalam soal pemberian kepada parti politik dan sebagainya.
Kedua-dua pendirian ini dizahirkan sehari sebelum dunia termasuk Malaysia menyambut kedatangan Hari Antirasuah Antarabangsa 2014.
Dalam Laporan Tahunan 2012, JKMR menyeru kerajaan bertindak tegas dan tidak berkompromi dalam menangani masalah rasuah yang berbentuk ketirisan dan ketidakpatuhan sistem dan prosedur oleh penjawat awam sepertimana pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN). Selaras dengan peruntukan Akta SPRM 2009, SPRM hanya akan mengambil tindakan ke atas kes-kes yang ada unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa serta pemalsuan.
Ganti Najib: Tun M silap percaturan, kata PKR
KOTA BHARU - Kelemahan Umno yang memberi kesan kepada pentadbiran negara
didakwa kesan kesilapan percaturan Tun Mahathir Mohamad yang menerajui
negara lebih 20 tahun sebelum ini.
Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir berkata, bekas Presiden Umno itu juga antara penunjuk utama kepada anak-anak didiknya ketika itu, salah seorang daripadanya ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Ketika Tun M jadi presiden, Najib adalah Ketua Pemuda yang mendapat tunjuk ajar Tun M sendiri, kenapa baru sekarang nampak Perdana Menteri tidak layak dan sebagainya, sedangkan acuan asal adalah daripada Tun M sendiri,” katanya, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Tun M yang mendakwa ramai yang layak menggantikan tempat Najib untuk menjadi Perdana Menteri tetapi tidak diberikan peluang masuk Umno.
Ketika ditanya mengenai kesediaan PKR negeri menerima Pasma, Ab Aziz berkata, pihaknya mengikut dasar dikeluarkan PKR Pusat namun tidak mempunyai halangan jika badan bukan kerajaan (NGO) itu memperjuangkan kelangsungan Pakatan Rakyat (PR) sebagaimana dinyatakan.

PKNS penyelamat projek perumahan terbengkalai Taman Bukit Impian

Iskandar berkata pemaju asal projek itudiberi milik tanah Kerajaan Negeri dalam 1997 dan dalam 2003 mereka menjual lot tanah kepada para pembeli.
“Bagaimanapun dalam 2006 Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) menerima laporan bahawa projek ini telah terbengkalai.
“Sejak Mac 2008 pelbagai usaha Kerajaan Negeri dijalankan memulihkan projek ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Projek itu melibatkan 52 orang pembeli yang membayar di antara RM160,000 hingga RM356,000 seorang dengan jumlah terkumpul berjumlah RM5 juta.
“PKNS akan memulangkan jumlah yang dibayar pembeli dan satu pembangunan baru akan dibangunkan di atas tapak tersebut
“Bagaimanapun pembeli akan diberi peluang untuk membeli rumah di projek baru,” katanya.
Menurut Iskandar, Dato’ Menteri Besar akan menyerahkan kembali pembayaran yang dibuat oleh para pembeli di dalam satu majlis di Shah Alam pada 16 Disember ini.
'Pendakwaan harus bebas dari pengaruh politik' - Duta AS

Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Joseph Y Yun berkata, oleh kerana pendakwaan berada bawah kuasa eksekutif, penting bagi kerajaan memastikan ia bebas daripada sebarang pengaruh politik dan memastikan mahkamah, peguam dan hakim kekal bebas.
Yun berkata demikian dalam wawancara dengan Malaysiakini menjelang berakhirnya tahun 2014 beberapa minggu lagi.
Diancam saman, Amazon terus jual buku tentang Taib

Taib antara pihak disentuh dalam buku itu.
Buku itu mula dijual oleh pengedar buku United Kingdom (UK) pada 8 Disember, kata NGO Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) dalam kenyataannya semalam.
“Masyarakat sivil hari ini mendapat kemenangan penting terhadap ahli politik mapan yang cuba menghentikan pengedaran buku yang kritikal pada Yang Dipertua Negeri Taib...,” katanya.
“Amazon bukan hanya menjual buku itu tetapi turut menawarkan sejumlah pengedar buku bebas daripada UK dan Ireland untuk memasarkannya.”
Dalam surat kepada Amazon pada 23 Oktober, peguam Taib di UK Mischon de Reya berkata, buku itu berunsur fitnah kerana menggambarkan Taib sebagai pemimpin kuku besi yang korap dan mengaitkannya dengan dakwaan perdagangan balak haram.
Surat peguam itu juga dihantar pada penulis, penerbit dan pengedarannya.
Di Malaysia, buku itu diedar oleh Gerakbudaya.
Pakatan juga jangan kecewakan rakyat
A Shukur Harun
Begitu banyak sekali masalah negara yang namaknya belum lagi terselesaikan. Isu perkauman masih membara, harga getah dan kelapa sawit begitu rendah sekali, nilai wang Malaysia semakin menurun, jutaan pendatang asing sangat merisaukan, harga barang melonjak tinggi dan pelbagai lagi.
Malah wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin, dalam tulisan di blognya, sampai menasihatkan kerajaan agar berterus-terang kepada rakyat mengenai realiti ekonomi negara pada masa ini.
Kadir berkata, kerajaan perlu berterus terang kepada rakyat mengenai situasai ekonomi negara sebelum mereka marah apabila keadaan menjadi parah.
Katanya, kerajaan perlu berkongsi maklumat secara rasional dan terbuka dengan rakyat bukan berdolak-dalik dengan berita-berita baik yang sengaja diada-adakan. "Lebih baik membuatkan mereka kurang gembira dengan menyatakan kebenaran daripada membuatkan mereka marah apabila malapetaka ekonomi melanda mereka. Yang utama sekarang adalah berkongsi maklumat secara rasional dan terbuka dengan rakyat jelata. Bukan berdolak-dalik dengan mereka apatah lagi memesongkan mereka dengan berita-berita baik yang sengaja diada-adakan,” tambahnya.
Terus teranglah dengan mereka, kata Kadir, jangan sekali-kali anggap mereka bangang, bodoh, dungu, tongong dan bahlul.
Di tengah-tengah kegelisahan rakyat ini, kelihatannya parti-parti dalam Pakatan Rakyat seperti tidak mengambil perhatian serius akan masalah ini. Malah mereka masih sibuk dengan masalah dalaman yang tidak habis-habisnya.
Memang kita kerap membaca tulisan Dr Dzulkefly Ahmad dari PAS, pandangan Rafizi Ramli dari PKR, Tony Pua dari DAP dan analisis dari ahli ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakub. Juga dari peguam Hanipa Maidin serta beberapa tokoh NGO.
Tetapi belum nampak usaha Pakatan Rakyat sendiri untuk menangani secara besar-besaran krisis ini yang boleh meyakinkan rakyat bahawa Pakatan - yang dikira sebagai alternatif kepada Barisan Nasional - serius dengan krisis ini.
Pakatan perlu melakarkan usaha secara konkrit bagaimana mengenai masalah negara ini yang berhubung dengan soal ekonomi, perkauman, keresahan rakyat kerana kenaikan harga barang, wang kita yang susut nilai, rasuah, pendatang asing yang berlambak di sana sini dan pelbagai masalah lagi.
Krisis dalam Pakatan mungkin dilihat keseluruhannya sudah mulai reda, walaupun pergeseran di antara PAS dan DAP masih berterusan, sementara PKR mulai tenang. Tetapi krisis dalaman PAS terus membara.
Umno perlu diubah, kata Pemuda Pas Kelantan
KOTA BHARU - “Bukan hanya pemimpin dan individu yang perlu diganti
tetapi parti itu sendiri perlu diubah,” kata Ketua Pemuda Pas Kelantan,
Ahmad Fadhli Shaari, mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang
mendakwa ramai layak menjadi pengganti Perdana Menteri.
Menurutnya, perkara itu telah disuarakan berkali-kali oleh bekas perdana menteri tersebut walaupun peneraju negara selepas kepimpinannya juga dipilih berdasarkan persetujuan beliau sendiri.
“Rekod sebelum ini menunjukkan Tun Abdullah Ahmad Badawi sendiri mendapat tunjuk ajar Tun M tetapi bermasalah, digantikan pula Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga dipersetujui Tun M tetapi dikatakan bermasalah juga, selepas ini kalau ada pengganti sekalipun, tetap akan bermasalah di mata Tun M,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Terdahulu, Dr Mahathir ketika menjawab soalan wawancara bersama Sinar Harian semalam, menyatakan ramai layak menggantikan Perdana Menteri namun tidak diberi peluang masuk Umno.
Dr Mahathir turut mendakwa, peluang tidak diberikan kepada mereka yang layak kerana masing-masing cuba menjaga hak dan kepentingan dalam parti tersebut.
Ahmad Fadhli berkata, wajarnya ialah parti itu sendiri ditukar kerana masalah sebenarnya bukan lagi terletak pada individu yang menjadi peneraju utama.

Ingat, semasa kita tiada lagi, segala dosa dan noda kita ditanggung oleh generasi kita
Aspan Alias
Di antara isu yang menarik bagi
saya minggu ini ialah ucapan Najib kepada pegawai-pegawai di Jabatan Perdana
Menteri pagi semalam di Putrajaya. Beliau telah menyebut yang undang-undang
yang berhubung dengan rasuah diperketatkan dan kali ini pemberi rasuah juga
patut diambil tindakan tegas kerana rasuah adalah punca kepada segala masalah
kepada negara.
Beliau berkata syarikat-syarikat
swasta yang menghulurkan rasuah perlu dihentikan dan tindakan tegas wajar
diambil sebagai satu cara yang difikirkan perlu untuk dilakukan bagi
memberhentikan kegiatan rasuah yang telah menjadi perhatian umum yang tidak
dapat di tanggalkan dari batang tubuh poemimpin dan kerajaan hari ini.
Apa yang dikatakan Najib itu
benar, tetapi masalahnya pimpinannya sendiri merupakan pimpinan yang terlibat
dengan kegiatan memberi dan menerima rasuah itu. Rasuah sememangnya satu
penyakit yang akan sentiasa berterusan, kerana melakukan rasuah itu tidak dapat
menyelesaikan masalah pemberinya dengan sekali gus.
Syarikat-syarikat yang memberi rasuah
kepada kerajaan samada kepada pemimpin parti pemerintah mahupun kepada
pelaksana, akan berterusan setiap kali mahu mendapatkan projek dari kerajaan. Ini
terpaksa meneruskan perlakuan ini disebabkan ia sudah menjadi budaya dan kepada
pemimpin Kementerian dan Jabatan akan mengharapkan imbuhan setiap jabatan dan
kementeriannya memberikan projek kepada penerima syarikat-syarikat itu.
Tujuan syarikat-syarikat swasta
memberikan rasuah itu ialah untuk mendapatkan projek dan tujuan penerimanya
mengambil wang rasuah itu ialah untuk menyempurnakan budaya rasuah yang telah
tertanam sejak dua tiga dekad dahulu.
Najib telah meminta kerjasama
setiap parti politik untuk bersama memerangi rasuah ini kerana ia adalah
masalah bersama kita, katanya kepada pegawai di JPM semalam. Kalau begitulah
niat Najib maka kita wajar bertanya kepada nya samada pemberian rasuah BRIM itu
patut dihentikan? Bukankah pemberian BRIM itu merupakan sogokan terhadap rakyat
untuk memberikan sokongan terhadap kerajaan pimpinannya?
Seperti juga syarikat-syarikat
swasta yang memberikan rasuah kepada pegawai kerajaan dan pemimpin kerajaan,
pemberian BRIM itu boleh dikategorikan sebagai rasuah juga. Syarikat swasta
memberikan rasuah untuk mendapatkan projek, pemberian BRIM itu pula adalah
untuk mendapatkan sokongan ramai terhadap kerajaan. Kedua-duanya ini tidak
boleh menyelesaikan masalah dan terpaksa dilakukan setiap kali hendak
mendapatkan sokongan dan projek tadi.
Pelantikan CEO Mas, bukti kegagalan Malaysia Boleh
KUALA LUMPUR: Pelantikan Christoph R Mueller sebagai
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airline Berhad (Mas NewCo) yang
baru membuktikan kegagalan Barisan Nasional (BN) merealisasikan slogan
'Malaysia Boleh'.
Berkata kepada Harakahdaily, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar, jikalau sebelum ini pemimpin BN sering mencanang bahawa kita mampu dalam segala bidang tetapi dengan pelantikan warga asing sebagai penerajui baru Mas membuktikan kegagalan Malaysia.
"Dalam isu ini kita gagal melahirkan tokoh pengurusan koperat tempatan, ini menjadikan slogan 'Malaysia Boleh' adalah slogan palsu.
"Pemilihan warga asing untuk menerajui Mas menjadikan slogan Malaysia boleh bertukar menjadi 'Malaysia Bodoh' sepertimana kenyataan sinis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang rakyat Malaysia ini bodoh dan tidak layak untuk terajui Mas," kata beliau.
Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, isu menyelamatkan dan memulihkan Mas bukan cerita baru kerana kerugian terus berlaku walaupun pelbagai pelan pemulihan telah dilaksanakan.
Katanya, sepertimana pelantikan Datuk Seri Idris Jala, Tan Sri Azman Mokhtar dalam menyelesaikan masalah Mas sebelum ini sehingga Syarikat Penerbangan Malaysia itu terpaksa tutup kedai.

Benarkah “Mat Saleh” lebih bijak?
Tidak dinafikan, masih wujud inferiority complex di kalangan rakyat Malaysia apabila bekerja di bawah “orang putih”
Apakah mungkin suatu hari nanti Malaysia akan diterajui seorang Perdana Menteri “Mat Saleh”? Bayangkanlah jika ianya benar berlaku? Bagaimanakah “wajah-wajah” rakyat Malaysia?

Sama ada rakyat Malaysia akan menerima kata-kata mantan Perdana Menteri itu sebagai satu perkara yang wajar dianggap serius atau menganggapnya sebagai sindiran pedas, elok difikir akan kemungkinannya.
Ini kerana, ianya tidak mustahil!
Kemampuan rakyat Malaysia kini sudah terbukti. Selain bertugas sebagai profesional di negara-negara “Mat Saleh” sudah ramai rakyat Malaysia yang memegang jawatan tinggi di luar negara, malah ada yang pernah dilantik menjadi Datuk Bandar di England.
Jadi, jika rakyat negara ini sudah mampu berdiri sama tinggi di negara luar, maka tidak mustahil suatu hari mereka akan ‘memerintah’ kita, jika kita terus bergantung kepada mereka.
Jadi, sewajarnya Dr Mahathir khuatir akan kebarangkalian yang sukar diramal. Hakikatnya, biarlah kita contohi dan terima sesuatu yang baik, namun kenalah selalu beringat untuk memperbaiki diri supaya tidak terus menerus bergantung kepada pihak luar.
“Saya risau, jika kita tidak percayakan diri kita, suatu hari bila kita perlukan seorang Perdana Menteri, kita akan cari mereka ‘kerana mereka ‘lebih bijak’ daripada kita’,” kata Mahathir.
“Jika orang nak marah, tak mengapa, itu pendapat saya,” sambung beliau kepada pihak media di Putrajaya semalam.
Beliau yang yakin bahawa Malaysia mempunyai banyak bakat berkebolehan dan boleh digilap, menyuarakan kebimbangannya terhadap sikap tidak percaya dengan kepakaran rakyat tempatan dalam pelantikan jawatan penting.
“Kita ada banyak ‘talent’ (bakat) dalam negara ini. Tapi nak panggil konsultan pun orang asing. Nak jadi ‘director’ (pengarah) pun orang asing,” katanya mengulas pelantikan Christoph R.Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo).
Kelemahan Dr Mahathir
Beliau mempunyai masalah memilih pemimpin yang mengemudi Umno.
Ia bermula daripada Tun Abdullah Badawi. Pada mulanya, Mr Clean ini kelihatan pengganti yang tepat kepada Dr Mahathir. Rakyat memberikan lebih 90% kerusi di Parlimen kepada BN sejurus Pak Lah menjadi perdana menteri.
Namun selepas 3 tahun, realiti yang berlaku adalah sebaliknya.
Dengan kemunculan artikel-artikel "The Chronicle of Khairy Jamaluddin:, cara duit rakyat digunakan di negeri Terengganu, keberanian Pak Lah menaikkan harga minyak ke RM2.70 dan bagaimana media perdana menyisihkan Dr Mahathir, Pak Lah mula diserang hebat oleh Dr Mahathir.
Kesungguhan Dr Mahathir mengeluarkan Pak Lah daripada kerusi presiden Umno dan perdana menteri boleh dilihat daripada kesanggupannya meninggalkan Umno.
Beliau menyertainya semula selepas Pak Lah berjaya digantikan dengan pilihannya iaitu Datuk Seri Najib Razak.
Kejayaan menjadikan Najib presiden Umno boleh dilihat sebagai cara Dr Mahathir memperbetulkan kesilapannya di 2003 untuk memilih Pak Lah.
Serangan bertalu-talu Dr Mahathir pada Najib kini menimbulkan persoalan apakah beliau terasa lagi bahawa beliau tersilap memilih pemimpin buat kali kedua?
Kenyataan sinisnya terhadap perlantikan CEO MAS yang baharu, perhimpunan Umno yang bisu terhadap 1MDB dan TPPA jelas menunjukkan bahawa Dr Mahathir tidak gembira dengan cara Najib mentadbir negara.
Apakah Dr Mahathir akan "go all-out" untuk menggantikan Najib sebagaimana beliau melancarkan gerakannya terhadap Pak Lah?
Najib bernasib baik sebab berbinkan Tun Razak?
Ariff Sabri
Jika Najib boleh jadi PM, sesiapa pun boleh.
Ahli Parlimen DAP – Raub itu menyifatkan Perdana Menteri sebagai seorang yang bernasib baik kerana Datuk Seri Najib berbinkan Tun Razak. Justeru itu, laluan politik baginya lebih mudah.
“Paling penting, dia banyak wang. Wang meratakan semua dan menutup segala kelemahan,” katanya sambil menyambung bahawa realitinya, Najib itu manusia macam kita juga. Bahkan banyak lemah daripada kekuatan.
Melalui entri blognya Sakmongkol.com, Mohd Ariff berpendapat bahawa sesiapa yang ada bakat average jika diberi jalan mudah seperti Najib akan dapat lakukan apa yang Najib lakukan.
“Saya ulang sekali lagi- jika Najib boleh jadi PM, sesiapa pun boleh,” ujarnya.
Mohd Ariff memetik kata-kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah berkata, “Ada ramai yang boleh ganti Najib,” lalu menyambung, “ Muhkriz boleh. KJ pun boleh. Jika PR menang, Azmin Ali pun boleh. Rafizi pun boleh. Ramai lah.”
Beliau turut menyebut mengenai sahabat barunya sebuah blog lain iaitu Outsyed the Box yang dilihatnya sebagai hebat kerana menyatakan bahawa beg plastik TESCO lebih berkapasiti daripada Najib.
Menurutnya, beg plastik itu boleh menampung banyak barangan manakala Najib pula, kurang kapasiti untuk memahami apa yang berlaku.
Seterusnya beliau juga mempersoalkan kemampuan Najib memimpin negara kerana menurutnya lagi, empat hingga lima orang ketua kampung sudah boleh menggugat ketegasan Najib.
Ali: ‘Aku tak tertakluk di bawah undang-undang UMNO’
Ali turut memberitahu bahawa Malaysia sedang menuju
negara republik milik rakyat, dan turut menyatakan beliau akan menghasut
lebih ramai lagi rakyat Malaysia.

Jelasnya, kini beliau sudah tidak lagi tertakluk di bawah undang-undang kerajaan UMNO dan Barisan Nasional serta Sultan.
“Aku tak tertakluk bawah undang undang bangs*t kerajaan UMNO dan sultan… Sini bukan Malaysia….kalo kat Malaysia polis dan mahkamah senang dijadikan anji*g kurap takda maruah..Tidak ada integriti,” tulisnya di dalam Facebook.
Ali yang melarikan diri ke Sweeden turut memberitahu bahawa Malaysia kini sedang menuju negara republik milik rakyat, dan turut menyatakan beliau akan menghasut lebih ramai lagi rakyat Malaysia.
“Kepada barua UMNO dan penjilat bont*t sultan, makin ramai rakyat Malaysia akan aku hasut untuk guling sultan Johor dan raja-raja Melayu…Malaysia sedang menuju Republik milik rakyat..hapuskan fasis dan rasis..Polis dan Mahkamah sudah tidak ada kredibiliti, sudah hilang kepercayaan rakyat,” ujar beliau lagi.
Imigresen tiada kuasa batal pasport Alvin dan Ali, kata peguam

Putrajaya tidak berhak menarik semula pasport rakyat Malaysia, kata peguam, dan menambah tindakan sedemikian bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mereka berpendapat, keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 berkenaan "kebebasan peribadi" di bawah Artikel 5 merangkumi hak warganegara Malaysia ke luar negara dengan pasport yang sah.
Kenyataan itu dikeluarkan sejurus Jabatan Imigresen semalam mengumumkan menarik balik pasport Malaysia milik blogger seks Alvin Tan dan aktivis Ali Abd Jalil yang mencari suaka politik di luar negara.
Peguam berkata, jabatan berkenaan seharusnya membatalkan tindakan berkenaan untuk menunjukkan rasa hormat terhadap keputusan mahkamah. Sebaliknya, para peguam berkenaan turut mencadangkan agensi penguatkuasa menghentikan para penjenayah termasuk mereka yang sedang menghadapi pendakwaan daripada melarikan diri ke luar negara.

"Jabatan itu melangkaui batasannya dan bertindak bertentangan dengan keadilan," katanya.
Kengadharan berkata, dua individu yang terbabit boleh memohon kepada mahkamah dan menuntut jabatan itu mematuhi undang-undang yang ditafsir mahkamah.
Mereka berkata demikian sebagai merujuk kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim yang berkata, tindakan Alvin dan Ali ini sudah tidak boleh "ditoleransi" lagi.
"Kita tidak akan bertoleransi dengan mana-mana individu yang menghina sistem kehakiman dan raja-raja Melayu," kata Mustafa, dan menambah, notis akan dihantar menerusi surat berdaftar ke alamat terakhir mereka di Malaysia untuk memaklumkan mereka mengenai tindakan itu.
“Selain menghantar notis, kita juga akan meletakkan pengumuman dalam akhbar tempatan mengenai keputusan jabatan ini.
“Kedua-dua individu itu juga disenaraihitamkan dalam pangkalan data kami, maka mereka perlu ada keizinan khas untuk kembali ke tanah air,” katanya.
“Saya mahu Ulama tadbir PAS” - Hanipa
Jauh di sudut hatinya beliau mahukan ulama yang mentadbir PAS. Sebabnya golongan ula
ma
lebih memahami. Biarpun beliau dikatakan melawan arus dengan golongan
ulama, Ahli Parlimen, Sepang, Hanipa Maidin yang juga AJK PAS Pusat
menzahirkan hasratnya kepada Wartawan, ROY RASUL, semasa berbicara di
Parlimen, 19 November lalu.
WARTAWAN: Saudara dilabel sebagai orang yang tidak selesa dengan ulama, apa respon saudara?
HANIPA: Saya tidak selesa dengan ulama? Sebenarnya itu satu tuduhan yang tidak betul. Malahan saya memang hendak golongan ulama tadbir PAS. Mungkin dia orang lebih memahami tetapi yang saya hendak ulama diperkasakan. Ulama juga perlu ke hadapan dalam apa-apa isu.
Sebab itu bagi saya ulama dalam PAS memang sudah ada kekuatan. Tetapi saya rasa ulama perlu dilihat lebih ke hadapan dalam sesuatu isu contohnya isuisu rakyat.
Mereka juga harus menunjukkan mereka ini adalah pemimpin nasional dan juga pemimpin yang boleh memimpin kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
Ini mungkin kerana ramai ulama atau ustaz mungkin hebat dalam aspek memberi kuliah-kuliah dan sebagainya, tetapi tidak dilihat boleh memimpin masyarakat berbilang kaum.
Contoh, apabila timbul isu-isu Islam, hudud, bible atau nama Allah, bagi saya mereka perlu ke hadapan dan memberikan hujah dan pandangan.Pandangan pandangan itu juga mesti mengambil kira bahawa orang tidak nampak Islam itu agama yang dilihat sebagai agama yang hanya menghukum orang.Namun dalam masa sama agama juga boleh menawar formula penyelesaian yang rea listik kepada masyarakat dalam keadaan semasa.
Maksudnya dalam PAS ini ulama tidak ke hadapan untuk menyelesaikan isuisu berkaitan?
Saya tidak kata begitu, cuma bagi saya masih ba nyak lagi yang perlu dilakukan untuk pertingkatkan peranan ulama. Ulama tidak boleh selesa setakat mem baca kitab, kemudian me ngajar di masjid-masjid, tetapi ulama harus dilihat mampu untuk menjadi pemimpin nasionalis, nasional dan pemimpin yang boleh semua kaum.
Ini yang kita nampak ada kelemahannya. Ini yang perlu diperkasa dan bagi saya ulama tidak ada masalah menerima kritikkan.
Sebabnya setengah ulama mereka terlampau sayang ulama sampai ke peringkat seolah-olah ulama tidak boleh ditegur. Bagi saya itu satu yang tidak betul. Lebih baik kita tegur perbaiki atau perkasakan ulama daripada menyokong tetapi merebah isu-isu ulama.
Saudara juga didakwa kononnya cenderung kepada kem yang tidak sehaluan dengan presiden, betul ke?
Dalam PAS tidak ada kem yang tidak sehaluan dengan presiden.
Kita semua satu kumpulan. Dalam muktamarlah perwakilan memilih kepimpinan di peringkat pusat itu, ada yang memilih dari golongan ulama dan ada juga daripada profesional.

We’re not stupid, we see through Dr M
He still opens his mouth, but the sting is gone.

Today, when Mahathir opens his mouth, his innate gift to outrage or to provoke anyone seems to have lost its sting, despite the complexity and inane predisposition of his logic.
Mahathir deceptively veered the nation off-course with his infamous divide and rule Mahathirism via racism, religious extremism, corruption and cronyism, thereby securing an immovable position in Malaysia’s hall of notoriety.
Once the country was on autopilot via his authoritarian rule, he skilfully undermined the foundations of civil administration, educational institutions, the independent judiciary and, ultimately, the trademark peace and harmony long enjoyed by Malaysians, especially those in the pre-Mahathir years, thanks to Tunku Abdul Rahman.
Before us today is a Malaysia at its peak of divisiveness, dissension, and disinformation. Important institutions operate in mediocrity and ambivalence – the trademark of the Mahathir years. Yet, he condemns his successors for failing to match him in accomplishments.
Mahathir mudah lupa
Paradoxically, Mahathir gave himself the irrevocable license to single-handedly select his successors and then the divine right to condemn them at his leisure and pleasure without ever acknowledging his error in choices or role in killing democracy.
There is only one explanation for this enigma that is Mahathir – the sum total of his personal response to political demands shows how Mahathir first, foremost and last is a ruthless politician with an insatiable need for power.
He forgot one thing. His father was a teacher from India whilst his mother was Malay with a distant relationship to the Kedah royalty. The other prime ministers either had blue blood or family members entrenched in politics. A former goreng pisang seller at the market, Mahathir seldom refers to being an outsider with humble beginnings.
If Mahathir feels Malaysians are stupid, does he know how, with the swish of a pen, he irreversibly undermined the standard of education in Malaysia? If he thinks Malaysians are stupid, he is responsible for our stupidity. Unknowingly, he has exposed his own vulnerability and desperation with such an insulting statement.
In mid-November, Mahathir accused Putrajaya of implementing education policies that have resulted not only in widening the gap between races but also between the rich and the poor. He claimed he wanted every Malaysian child to go to national schools where the medium of teaching would be Bahasa Malaysia. He has really forgotten what he did to the Malaysian education system.
As Minister of Education in the 1970’s, Mahathir implemented the national policy of using the Malay language as the medium of instruction in the national schools and public universities.
Twenty years later, he backtracked when many quarters expressed their alarm that the Malaysian standard of English proficiency had deteriorated.
Janda Baik: ‘Pencabulan’ terpinggir?
Mana yang benar? Penerokaan tanah secara haram
dilaporkan berlaku di Janda Baik, namun ada yang menafikannya. Manakah
yang benar?
“Memang terperanjatlah, saya rasa benda tu
semua tak betul lah. Sebab apa, setahu saya Kampung Janda Baik tidak ada
tauke-tauke dari negara jiran datang berkebun ataupun mengupah orang
daripada sini untuk buat besar-besaran. Saya minta Datuk Menteri datang
ke Janda Baik, jumpa dengan dengan saya, dengan Jabatan Hutan, kita
tengok betul ke tidak, jangan main tuduh-tuduh.”
Tersebut petikan daripada temu bual siaran berita sebuah stesyen
televisyen dengan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung (JKKK) berhubung dakwaan pembukaan dan penerokaan tanah secara
haram yang dilaporkan semakin berleluasa di Janda Baik dan Bukit Tinggi.Agak mengejutkan apabila temu bual yang mendapati Pengerusi JKKK itu tidak tahu-menahu mengenai kegiatan haram tersebut disiarkan, sedangkan telah banyak laporan akhbar yang menyatakan sebaliknya. Malah kesemua laporan akhbar juga mempunyai bukti temu bual dengan masyarakat setempat di Janda Baik dan Bukit Tinggi.
Isnin lalu, Persidangan Dewan Negara dimaklumkan bahawa dua kawasan di Pahang iaitu Janda Baik dan Bukit Tinggi turut diterokai secara haram akibat kelemahan penguatkuasaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika membuat pendedahan berkenaan berkata, penerokaan itu dilakukan oleh ‘tauke besar’ dari negara jiran dan orang luar yang mengupah buruh warga asing untuk menjalankan aktiviti pembukaan tanah.
Sehubungan itu, beliau menyarankan, model pelan tindakan jangka panjang untuk menyelamatkan Cameron Highlands daripada penerokaan tanah haram dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini wajar dikembangkan ke kedua-dua kawasan berkenaan dan di Lojing, Kelantan.
Berikutan pendedahan tersebut pelbagai pihak media membuat tinjauan ke kawasan-kawasan berkenaan. Antaranya adalah Utusan Malaysia yang turut menemu bual masyarakat setempat dan mendapati terdapat kawasan bukit yang telah ditarah dan diteroka untuk kegiatan pertanian termasuk di tepi jalan utama. Penerokaan tanah yang berleluasa itu juga dilapor menyebabkan aliran air sungai yang jernih kini bertukar menjadi keruh dan dipenuhi dengan kayu apabila hujan lebat.
Selain itu, akhbar tersebut juga menemu bual penduduk setempat yang mengakui berlakunya aktiviti haram penggondolan tanah seperti yang didakwa. Rata-rata, mereka melahirkan kebimbangan sekiranya kawasan tersebut yang semakin mendapat tempat di kalangan pelancong akan menerima nasib seperti Cameron Highlands yang sering mengalami bencana tanah runtuh dan dilanda banjir lumpur.
Langgan:
Catatan (Atom)