Isnin, 8 Disember 2014

Siapa Pertikai: Khazanah berhak lantik Mueller kata Wahid..!!


KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd mempunyai hak untuk melantik Christoph R. Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi menerajui Malaysia Airlines (MAS) kerana ia yang menyuntik pelaburan RM6 bilion bagi memulihkan syarikat penerbangan nasional itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, pelan 12 perkara pemulihan MAS yang digariskan cabang pemegang pelaburan kerajaan itu secara jelas menunjukkan keperluan tokoh yang mempunyai kemahiran diperlukan bagi membantu MAS mencatat keuntungan.
"Kami serahkan kepada Khazanah memilih tokoh terbaik yang mereka fikir mampu menerajui pemulihan MAS.
"Lagi pun di segi akauntabiliti, tanggungjawab untuk menjadikan ia berjaya telah diberikan kepada Khazanah," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Skim Latihan 1Malaysia Celcom di sini.
Jumaat lepas Khazanah menamakan Mueller sebagai CEO syarikat MAS baharu serta sebagai Pengarah Bukan Eksekutif di Lembaga Pengarah MAS berkuatkuasa 1 Januari 2015.
Pengumuman itu tidak diterima baik sesetengah pihak yang meluahkan kekecewaan mereka berhubungan keputusan Khazanah itu.

Jangan ambil mudah kejatuhan harga minyak - Tun Dr. M

1. Harga satu tong minyak mentah telah jatuh daripada AS$110 per tong, kepada AS$70 per tong.
2. Benarkah perkara ini tidak akan memberi kesan kepada kita (Malaysia), atau adakah ia akan memberi impak yang positif kepada kita?
3. Apabila Kerajaan melancarkan Bajet 2015, ianya telah diikatkan kepada harga minyak mentah yang bernilai AS$110 per tong.
4. Kerajaan pastinya telah menganggarkan bahawa keuntungan jualan minyak mentah kita akan menyumbang kepada Bajet berdasarkan harga minyak yang telah disasarkan tinggi itu tadi. Adakah penurunan harga minyak mentah akan memberikan kesan kepada Bajet Kerajaan, atau akankah ianya meningkat kesan daripada penurunan harga minyak mentah kepada AS$70 per tong.
5. Petronas merupakan antara penyumbang dana terbesar kepada Kerajaan melalui bayaran dividend dan cukai petroleum. Adakah jumlah sumbangan Petronas kepada Kerajaan akan kekal sama apabila pendapatan mereka daripada jualan minyak, LNG dan gas semakin berkurang?
6. Empayar perniagaan minyak & gas yang semakin pesat kebelakangan ini adalah berpaksikan kepada kos tinggi yang perlu dibayar hasil daripada keuntungan jualan minyak yang lumayan. Kadar keupayaan untuk pembayaran kontrak-kontrak tersebut yang masih lagi terikat kepada harga minyak yang lama, sudah pasti akan terjejas.
7. Harga minyak yang semakin rendah sudah pastinya akan memberikan kesan negative kepada servis dan pembayaran hutang oleh pengeluar. Mereka perlu menjual lebih banyak dalam pasaran yang lemah. Kadar dapatan keuntungan perlu dikurangkan bagi mengelakkan kerugian. Jumlah bayaran cukai kepada Kerajaan sudah pastinya akan berkurang.

Presiden UMNO dan BLue Bean Army aka Blogger Bangang.

Bila saya kata Dato Najib pemimpin lemah dan tidak bertulang belakang, ramai orang marah. Terutama pemuja Dato Najib yang memberi pelbagai macam warnaan metos kepada batang tubuh Najib. Ini perkara biasa yang dilakukan oleh mereka yang berminda kecil dan tak bersekolah tinggi. Reality nya, Najib itu manusia macam kita juga. Bahkan banyak lemah dari kekuatan. Nasib dia baik- dia berbinkan Tun Razak dan laluan politik dia lebih mudah. Paling penting, dia banyak wang. Wang meratakan semua dan menutup segala kelemahan.
Sesiapa yang ada bakat average jika diberi jalan mudah seperti Najib akan dapat lakukan apa yang Najib lakukan. Saya ulang sekali lagi- jika Najib boleh jadi PM, sesiapa pun boleh.
Hari ini, Dr Mahathir sendiri menyatakan, ada ramai yang boleh ganti Najib. Muhkriz boleh. KJ pun boleh. Jika PR menang, Azmin Ali pun boleh. Rafizi pun boleh. Ramai lah.
Sahabat baru saya, Outsyed the Box- lebih hebat menyatakan beg plastic TESCO lebih berkapasiti dari Najib. Beg plastic itu boleh menampung banyak barangan, Najib pula, kurang kapasiti untuk memahami apa yang berlaku.
Saya menyatakan perkara ini sejak tahun 2008 lagi. 6 tahun mengkritik kepimpinan Najib tidak mungkin dilakukan atas dasar dendam kesumat. Tentangan ini adalah atas dasar kepimpinan, dasar dan polisi kerajaan nya, pemikiran, wawasan Najib dan kerana incompetence Najib. Saya sebutkan disini- let’s face it- Najib is the most incompetent leader that we have thus far.
Pernah satu masa dahulu, ada seorang blogger melantik dirinya sebagai pendinding dan pembela Najib- mengatakan bahawa jasa Najib kepada saya terlalu banyak. Orang Inggeris kata- the proof is in the eating. Jika saya ada membuat kesalahan dan mengambil kesempatan- masakan perkara2 ini didiamkan oleh pemimpin UMNO dan negeri?Tentu mereka berarak diseluruh bandar dan mendedahkan perkara ini.
Semasa kempen PRU13, perkara yang paling kuat Najib boleh bantai saya ialah menyatakan saya suka berkelahi dengan ketua kampong. Saya memang pun berkelahi dengan 4-5 orang yang saya rekomen digantikan kerana mereka mencuri dan menjual tanah, membolot saham yang diagihkan kepada orang kampung, membuli masyarakat. Saya mahu mereka diganti sebab jika kita mahu membangunkan bangsa Melayu- pimpinan peringkat paling asas pun mesti bermutu tinggi. Bagaimana Najib mahu memimpin Negara jika 4-5 orang ketua kampong sudah boleh menggugat ketegasan Najib?

10 isu terbesar ekonomi Malaysia 2015

Oleh Dr Nazri Khan
Keluhan dan rintihan berani tahun mencabar 2015.
Kepada semua rakyat Malaysia, bersedia hadapi 10 cabaran ekonomi Malaysia terbesar tahun depan.
1. Kenaikan kos sara hidup rakyat

Langkah kerajaan menaikkan harga petroleum (naik 20 sen), tarif elektrik (naik 15%), harga gula (naik 30 sen), harga tepung (naik 20 sen) dan kadar tol (minima 50 sen) sedikit sebanyak akan melonjakkan kos sara hidup semua rakyat.

 Paras inflasi rasmi terkini meningkat kepada 3.4%, tertinggi dalam setahun. Inflasi tidak rasmi/sebenar mungkin tiga kali ganda lebih 10% setahun. Harga purata secawan kopi kini ialah RM1.60, harga nasi lemak ialah RM1.80 sementara sekeping roti canai sudah mencecah RM1.20 tidak termasuk GST.
2. Paras hutang kerajaan yang tinggi
Paras hutang kerajaan meningkat sejak tahun 1970. Hutang kerajaan persekutuan pada tahun 1970 hanyalah RM2 billion, pada tahun 1999 berjumlah RM95 billion tetapi sekarang telah mencecah RM568.2 bilion atau 53% daripada KDNK menghampiri had siling 55%. Pihak asing pula memiliki kira-kira 15% daripada jumlah hutang dalam negara. Keadaan ini boleh mempengaruhi kadar pertukaran wang asing negara.
Untuk rekod, kerajaan membelanjakan lebih RM10 bilion setahun hanya untuk membayar faedah hutang-hutang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan.
3. Paras hutang isi rumah rakyat yang membahayakan
Hutang isirumah rakyat Malaysia berganda kepada RM750 billion atau 76.2% KDNK dalam Julai tahun ini. Pecahan besar adalah pinjaman perumahan 29%, pinjaman kenderaan 51%, pinjaman peribadi 15% dan pinjaman pelajaran 33%.
Ini bermakna rakyat Malaysia secara amnya membuat perbelanjaan dengan membazir dan tidak berhemah.
Jika tidak dikawal, lima tahun lagi hutang isi rumah di Malaysia boleh melebihi 100% kepada KDNK negara bermakna pendapatan yang diperolehi tidak cukup untuk membayar hutang terkumpul.
4. Pertumbuhan ekonomi dekad yang lebih perlahan
Jumlah keseluruhan ekonomi Malaysia (KDNK) tahun 2014 adalah RM1.07 trillion. Walaupun ekonomi global dijangka meningkat, pertumbuhan KDNK Malaysia purata sepuluh tahun lepas lebih perlahan hanya sebanyak 5% dan banyak didorong oleh permintaan domestik. Berbanding pertumbuhan KDNK purata sebanyak 7% pada tahun 1990an yang didorong oleh sektor eksport dan luaran.

Kepemimpinan ulama dan salah faham mengenainya

Oleh Dinsman
Kemelut menteri besar Selangor selama beberapa bulan yang berakhir dengan pelantikan Azmin Ali pada 23 September itu dikatakan menyebabkan krisis teruk dalam kepemimpinan PAS hingga mengakibatkan parti itu kini berpecah kepada lebih daripada dua kumpulan, dan sudah ada pihak yang menuntut presidennya berundur.
Tentulah bukan kemelut atau krisis menteri besar Selangor (MBS) itu yang menjadi faktor berpecahnya parti PAS, ‘kan!

Kemelut itu hanya menjadi sebab terpecahnya bisul yang sudah lama menanah dan hanya menunggu masa untuk pecah sahaja. Ia suatu kebetulan saja. Faktor sebenarnya bukan itu.
Lalu apakah faktor sebenarnya? Untuk mengetahui faktor sebenarnya tidaklah begitu susah. Lihatlah kepada apa yang heboh diperkatakan di kalangan dalaman PAS sejak sebelum kemelut MBS itu dan juga selepasnya. Perkara yang heboh diperkatakan itu ialah mengenai hal kepemimpinan ulama dan bukan ulama di dalam PAS. Itulah yang heboh diperkatakan sejak sekian lama (tiga-empat tahun atau lebih) sebelum tercetusnya kemelut MBS itu dan masih diperkatakan hingga ke hari ini. Namun faktor sebenarnya pun bukanlah kepemimpinan ulama itu sendiri. Kepemimpinan ulama di dalam PAS yang bermula dengan era kepemimpinan Yusuf Rawa itu tidak pernah menjadi masalah.
Yang menimbulkan masalahnya ialah apabila sekumpulan ulama di dalam kepimpinan PAS mulai berasa terancam kedudukan mereka disebabkan kehadiran tokoh-tokoh bukan ulama (lebih popular dengan panggilan "profesional"), yang mulai mendapat kepercayaan para ahli untuk memimpin parti itu; dan mereka pun melancarkan kempen untuk mempertahankan kedudukan mereka.
Di situlah bermulanya bibit-bibit perpecahan yang sekarang sedang membarah di dalam organisasi parti itu. Ia mencapai puncaknya apabila PAS enggan menyatakan persetujuannya dengan keputusan PKR dan DAP melantik Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah menjadi MB Selangor, menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Berfesyen sekadar ikut trend atau sunnah?

Oleh NORSHARI NASIR 

ISLAM agama relevan dengan setiap keadaan dan tempat, bukan sahaja ia sesuai pada zaman baginda Rasulullah s.a.w., akan tetapi sesuai sepanjang zaman hingga hari kiamat. Ini kerana ia adalah satu-satunya agama daripada Allah SWT yang lengkap, sejagat dan menepati naluri manusia, termasuklah dalam isu pemakaian khususnya kepada muslimat.

Islam menitik-beratkan persoalan menutup aurat ketika berpakaian adalah untuk memelihara kehormatan wanita daripada sebarang pencerobohan ke atas diri mereka. Namun etika berpakaian dalam Islam mempunyai garis panduan dengan tidak berlebihan dalam hingga dianggap sebagai fesyen.

Walaupun Islam tidak menghalang berfesyen, ia mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Di Malaysia masa kini nyata ramai yang berfesyen bertujuan untuk menonjol pada khalayak ramai berbanding dalam mengekalkan imej bersopan mengikut sunnah yang digariskan dalam Islam terutama golongan wanita. Bahkan dilihat mereka telah semakin jinak dengan perkembangan hidup masyarakat “luar” yang jelas tidak mementingkan agama sebagai nilai kehidupan.

Masyarakat luar yang dimaksudkan adalah masyarakat Barat yang kini seakan-akan telah mengubah pemikiran dan cara hidup masyarakat Islam khususnya di Malaysia pada ketika ini secara keseluruhannya.

Tidak salah bagi setiap wanita untuk mengikuti perkembangan fesyen semasa selagi panduan syarak diutamakan dalam semua keadaan dan mampu mengawal diri supaya tidak melanggar batasan yang digariskan dalam Islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.

Aurat itu adalah perkara yang perlu dijaga dan ditutupi oleh semua anggota masyarakat Islam dulu kini dan selamanya.

Paling ketara kita dapat lihat dalam pemakaian tudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden.

Tetapi ada juga sebahagian wanita yang mengutuk golongan bertudung ini dengan mengatakan bahawa mereka pakai tudung tetapi akhlak mereka tidak baik. Pada hari ini juga dapat kita perhatikan ramai wanita mulai sedar akan kewajipan mengenakan tudung (menutup aurat sepenuhnya).

Kemelut politik tiada kesudahan

Oleh NOOR ATIQAH ZAINON
KESATUAN masyarakat Islam dalam sesebuah negara amat penting dalam menjamin keharmonian dan keamanan.
Seluruh umat Islam mestilah bersatu di bawah satu panji kebenaran iaitu Islam dalam memakmurkan muka bumi ini seperti mana Allah telah menjadikan manusia sebagai ciptaan yang terbaik di muka bumi ini:“Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya (Maksud Surah At-Tin:4)

Namun, dalam melayari kemelut politik setiap individu dalam masyarakat perlu meneliti sesuatu dengan teliti. Tambahan pula, negara Malaysia mempunyai komposisi masyarakat majmuk yang berbilang kaum yang mempunyai pelbagai isu sensitif. Selaras dengan itu, Malaysia mengambil pendekatan wasatiyyah sememangnya merupakan satu pendekatan yang baik dan bijaksana. Banyak negara dunia telah menyambut baik pendekatan ini kerana ia bersifat sangat universal. Melihat kepada konsep wasatiyyah ini, ia mampu melahirkan masyarakat yang seimbang dan sederhana dalam pelbagai perkara.
Ramai pastinya yang bersetuju jika semua konflik dan masalah diselesaikan secara aman. Sememangnya perbezaan dalam politik adalah menjadi kebiasaan dari dahulu lagi. Sebagai contoh, melalui peristiwa pemberontakan oleh Abdullah bin Zubair ketika pemerintahan Yazid bin Muawiyah. Abdullah adalah anak kepada sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkenal iaitu Zubair Al Awwam dan Asma binti Abu Bakar.
Beliau tidak bersetuju apabila Muawiyah mencadangkan anaknya Yazid sebagai pengganti seterusnya. Masing-masing mempunyai pendirian yang sendiri apabila Abdullah tidak dapat menerima cara Muawiyah melantik puteranya sebagai pengganti kerana ia bukanlah daripada amalan Rasulullah s.a.w. dan Khalifah Ar-Rasyidin tambahan juga sikap Yazid yang dikatakan tidak berminat dalam politik.

Apakah Pakatan Rakyat masih wujud pada PRU-14?


3-pakatan

oleh LIM KIT SIANG

Saya sepenuhnya bersetuju dengan apa yang telah diperkatakan oleh Ahli Parlimen Raub (DAP) Datuk Mohd Arif Sabri Abdul Aziz dalam tulisan terbarunya dalam blog Sakmongkol AK47 bahawa semua warga Malaysia yang waras perlu membongkar ‘Penipuan Terbesar’ – bahawa setelah 57 tahun pemerintahan kerajaan UMNO di bawah enam orang perdana menterinya, Melayu dan Islam di Malaysia sedang terancam dan berdepan perjuangan untuk menentukan hidup atau matinya.
Dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, ‘Penipuan Terbesar’ menjadi tema, Pemuda, juga dalam perhimpunan Wanita dan Puteri parti itu, bahkan dalam Konvensyen Negeri serta persidangan-persidangan yang ditaja menjelang perhimpunan agung mereka.
Kerana itulah, sebelum dan ketika Perhimpunan Agung UMNO, retorik dan politik perkauman yang bertujuan menyemai ketakutan, kebencian dan penipuan dimainkan sepenuhnya, misalnya kenyataan tidak berasas sama sekali seperti “Jika UMNO kalah, Melayu tidak akan dapat lagi memerintah”, “Kita sudah menjadi hamba abdi di tanah kita sendiri”, seruan untuk menggunakan “1 Melayu” menggantikan slogan “1 Malaysia” serta ibu kepada segala penipuan, iaitu bahawa orang Cina di Kedah telah membakar Al-Quran “sehelai demi sehelai ketika upacara sembahyang mereka.”
Tiga daripada enam Perdana Menteri dari UMNO sudah meninggal dunia, iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein.
Saya mencabar tiga Perdana Menteri UMNO yang masih ada – Tun Mahathir yang merupakan Perdana Menteri paling lama memerintah selama 22 tahun, dari 1981 sehingga 2003; Tun Abdullah Badawi selama lima tahun dan lima bulan; serta Datuk Seri Najib Razak yang telah menjadi Perdana Menteri selama lima tahun dan lapan bulan – untuk menjelaskan kepada seluruh warga Malaysia, khususnya orang-orang Melayu, bagaimana Melayu serta Islam di Malaysia sedang  terancam dan kini menghadapi kegetiran perjuangan hidup dan mati setelah 57 tahun kerajaan UMNO memerintah, atau lebih spesifik lagi, setelah 33 tahun di bawah Mahathir, Abdullah dan Najib sebagai Perdana Menteri?

Pemuda UMNO gentar ramai anak muda sertai DAP


Konvensyen_DAP_Johor_2014


BATU PAHAT, 8 DIS: Gesaan Khairy Jamaluddin untuk meremajakan partinya petunjuk nyata ketakutan UMNO terhadap kuasa anak muda yang lebih berpihak kepada pembangkang terutamanya DAP, kata Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong.
“Dari ucapan Khairy dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU 2014) baru-baru ini, jelas beliau kagum dengan DAP dan kecewa dengan parti dan pemimpin mereka sendiri yang menolak suara anak muda,” kata Chin Tong dalam Konvensyen bersama Pemuda DAP (DAPSY) dan Wanita Johor di Batu Pahat, semalam.

Apungan terkawal hanga minyak untuk tampung defisit lerajaan?


TONY PUA (10)


KUALA LUMPUR, 8 DIS: Apakah langkah kerajaan melaksana kaedah apungan terkawal bagi penetapan harga petrol RON95 dan diesel bertujuan memungut cukai secara tersembunyi dari rakyat untuk menampung defisit bajet kerajaan?
Ahli Parlimen Jaya Utara Tony Pua berkata, ini kerana kaedah sebaliknya iaitu apungan bebas yang menentukan harga petrol secara harian telah diamalkan di seluruh dunia, termasuk United Kingdom dan Australia tanpa menimbulkan masalah kepada pemilik stesen minyak dan pengguna.
“Contoh terdekat adalah Singapura dan Indonesia. dimana harga minyak berubah-ubah setiap hari dengan tujuan persaingan baik tanpa apa-apa masalah.
“Apakah kerana dia (Chua) percaya bahawa rakyat Malaysia ‘bodoh’ seperti yang didakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri? soal Pua.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong minggu lalu berkata, kaedah apungan bebas akan menyebabkan harga runcit minyak turun naik setiap hari dan menimbulkan masalah kepada pengusaha industri dan perniagaan dalam menentukan harga produk mereka.
“Alasan diberikan Timbalan Menteri tidak dapat dipertahankan.

Polis siasat Mashitah dakwaan bakar al-Quran

Polis sudah menyoal siasat pemimpin Wanita Umno Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berhubung dakwaannya terdapat orang bukan Islam membakar al-Quran di Kedah.
Ketua Wanita Umno Baling itu memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi pada petang Ahad, lapor Agenda Daily.
Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilapor ditemani suaminya Datuk Seri Abdul Shakor Abu Bakar.
Bagaimanapun, lapor portal itu, Dr Mashitah yang dihubungi enggan menyatakan butiran keterangan yang diberikan kepada pihak polis.
Polis siasat Mashitah dakwaan bakar al-QuranDua wartawan Malaysiakini turut disiasat berhubung laporan berkaitan perkara itu pada 4 Disember lalu.
Ia berkaitan kenyataan Mashitan yang dibuat semasa perhimpunan agung Umno lalu.
Kes itu disiasat bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan berkaitan khianat awam dan kenyataan mengapi-apikan kesalahan ke atas sesuatu golongan atau kaum.
Beberapa perwakilan termasuk Mashitah dalam perhimpunan itu menggesa perwakilan Wanita Umno dan umat Islam tidak menjadi 'majoriti senyap' apabila kewibawaan Islam tercabar.
Beliau mengaku dimaklumkan bahawa terdapat orang bukan Islam di sebuah negeri di utara membakar helaian al-Quran pada waktu sembahyang.
Sementara itu, anggota parlimen DAP Teo Nie Ching juga menulis di Facebook bahawa beliau juga disiasat polis ekoran laporan polisnya terhadap Mashitah.

KEADILAN, NGO akan terus desak Akta Hasutan dimansuh

tian-chua-13marchKUALA LUMPUR 8 DISEMBER:  KEADILAN akan terus mendesak agar Akta Hasutan 1948 dimansuhkan kerana  ia hanya digunakan bagi tujuan politik, kata Naib Presidennya, Tian Chua.
“Rakyat boleh lihat sendiri siapa yang ditahan dan dibicarakan di bawah akta tersebut, hampir semuanya adalah mereka yang tidak bersetuju dengan dasar kerajaan,” katanya.

Menurut Tian Chua, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan jelas tidak menghormati kehendak majoriti rakyat yang mahu  undang-undang itu dihapuskan.
“KEADILAN akan terus menuntut supaya akta zalim ini dihapuskan,” tegasnya ketika dihubungi.
Sementara itu jurucakap bagi Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH), Eric Paulsen menegaskan kempen bagi membantah akta drakonian itu akan terus berjalan.
Beliau yang juga Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL) berkata, akta tersebut bertentangan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin kebebasan bersuara.
“Lawyer for Liberty dan GHAH akan teruskan semua usaha bagi mendesak akta ini dimansuhkan, ia secara jelas digunakan untuk menekan indivivu yang mengkritik kerajaan,” tegasnya.
Eric sementara itu tidak menolak bantahan besar-besaran akan diadakan bagi mendesak supaya akta tersebut dimansuhkan dengan segara.

"Malaysia Boleh jadi Malaysia Bodoh"

Pelantikan tokoh korporat Jerman Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Berhad (MAS NewCo) terus mengundang kritikan pelbagai pihak.

Kali ini, PAS pula tampil mempersoalkan pelantikan warganegara asing itu kerana didakwa membuktikan kegagalan Malaysia melahirkan tokoh korporat tempatan.

“Ini menjadikan slogan Malaysia boleh adalah slogan palsu,” kata ketua penerangan pasti itu Datuk Mahfuz Omar dalam kenyataannya petang ini.

“Pemilihan warga asing untuk menerajui MAS menjadikan slogan Malaysia Boleh bertukar menjadi 'Malaysia bodoh', seperti kenyataan sinis Tun Mahathir (Mohamad bahawa) rakyat Malaysia bodoh dan tak layak untuk terajui MAS.”

Menjawab soalan, Mahathir (kanan) hari ini terus sinis terhadap pelantikan warganegara asing dengan berkata ia menjadi “pengakuan kita ini bodoh”.

Beliau juga khuatir rakyat Malaysia tiada kepercayaan kepada diri sendiri sehingga satu hari nanti mungkin mengambil 'orang putih' sebagai perdana menteri.

Sementara itu, Mahfuz juga menyindir sama ada jawatan menteri kewangan yang disandang Datuk Seri Najib Razak juga patut diserahkan pada warga asing bagi memulihkan ekonomi negara.

Bukan sekadar pemulihan MAS, beliau membangkitkan isu beban hutang negara dan kejatuhan nilai ringgit.

4 ADUN Pakatan nafi tarik balik sokong Azizah.!!


Empat ADUN Pakatan Rakyat Selangor menafikan telah menarik balik sokongan mereka kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi menteri besar.

Ahli PKR Badrulhisham Shaharin membuat dakwaan itu dalam satu sidang akhbar hari ini, dengan menunjukkan salinan surat yang kononnya dari ADUN berkenaan mengatakan mereka akan menarik balik sokongan.
 
"Ini tuduhan palsu, fitnah, langsung tidak berasas," kata ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei kepada Malaysiakini.
 
ADUN PKR itu berkata beliau tidak pernah menandatangani sebarang dokumen menarik sokongan kepada presiden parti itu.
 
Sementara itu, ADUN DAP Kinrara, Ng Sze Han juga menyifatkan perkara itu sebagai satu pembohongan.
 
"Ini adalah satu pembohongan. Ia tidak pernah berlaku. Saya telah melihat surat ini (menarik balik sokongan) dan telah menafikannya sebelum ini," katanya.
 

Pengerusi, anggota GLC perlu tapisan SPRM


Tan Sri Abu Zahar Ujang  

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) menerusi Laporan Tahunan 2013 hari ini mengesyorkan empat cadangan dalam usaha memerangi gejala rasuah di negara ini.
 
Pengerusinya, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata pihaknya mengesyorkan kerajaan supaya mewajibkan tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai kriteria pelantikan penjawat awam dan pengerusi GLC.
 
"Pelantikan individu yang diragui integriti boleh menimbulkan persepsi kurang baik kepada masyarakat dan memberi tanggapan negatif terhadap kerajaan," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
 
Beliau berkata, JKMR juga mencadangkan kerajaan supaya mewujudkan satu entiti pemantau yang bebas dengan mengambil contoh fungsi yang terdapat pada Jawatankuasa Aduan di SPRM.
 
Katanya, jawatankuasa sebagai mekanisme semak dan imbang bagi memantau keberkesanan fungsi jabatan itu.
 
"Jawatankuasa ini berperanan untuk mengenal pasti kelemahan dalam tatacara kerja SPRM yang mungkin menimbulkan aduan.
 

Pemberian bonus Felcra, Bapa lapor ke SPRM

KUALA LUMPUR: Isu pemberian bonus secara tidak adil dALAM kalangan ahli lembaga pengarah Felcra yang didedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) baru-baru ini membuktikan pendedahan Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa) sebelum ini berasas.

Justeru, bagi memastikan isu tersebut disiasat secara telus, Bapa mengambil langkah membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kuala Lumpur, hari ini.

Pertemuan itu diharapkan dapat membuka ruang kepada SPRM untuk menyiasat isu tersebut selaras dengan pendedahan yang dilaporkan PAC.

Pertemuan itu diketuai Pengerusi Bapa, Haji Razman Zakaria selain turut diiringi Pengerusi Pertubuhan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, di pejabat agensi itu, di Jalan Cochrane.

Ketika ditemui selepas pertemuan tersebut, Razman memaklumkan pihak SPRM meminta beliau untuk membuat laporan polis berhubung kerana agensi itu beranggapan isu tersebut membabitkan kesalahan jenayah dan bukannya rasuah.

"Selaras dengan cadangan pegawai SPRM tadi, maka Bapa akan membuat laporan polis di Ipoh, esok berhubung isu itu, selain meminta Bapa di peringkat negeri juga berbuat demikian," tegas beliau ketika ditemui di luar bangunan SPRM Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, katanya pihak SPRM tetap memberikan jaminan untuk menyiasat  perkara tersebut.

Dalam masa sama, Pesuruhjaya PAS Perak itu turut mengharapkan SPRM bersedia bekerjasama untuk meneliti semua laporan-laporan berhubung penyelewengan yang berlaku di Felcra, yang sebelum ini didedahkan Bapa.

CrossTalk: Arab Spring Mirage

MB ikrar pertahan hak semua kaum di Selangor

Anwar: Nama baik Islam dicalar perbuatan kumpulan angkuh, keras

Bekalan air, elektrik sekolah agama Terengganu dipotong kerana kurang wang

Beberapa sekolah agama negeri di Terengganu mengalami pemotongan bekalan air dan elektrik kerana kekurangan wang bagi menjelaskan bil utiliti tersebut, menurut laporan Harakahdaily hari ini.
Melalui satu jawapan bertulis kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kerajaan negeri berkata, sebahagian sekolah sudah meminta peruntukan daripada Putrajaya tetapi jumlah yang diberi tidak mencukupi.
Katanya, sekolah kekurangan kewangan bagi membayar bil air dan elektrik susulan arahan Kementerian Pelajaran supaya mereka menguruskan pembayaran sendiri setelah bantuan kewangan disalurkan. 
 "Bagi mengatasi masalah ini, pihak sekolah berkenaan membuat rayuan tambahan peruntukan daripada Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran bagi bayaran bil-bil utiliti. "Sebahagian sekolah kemudiannya mendapat peruntukan tambahan daripada BPI berdasarkan kedudukan kewangan BPI.
"Namun demikian, peruntukan tambahan yang diterima masih tidak mencukupi bagi membuat bayaran bil-bl utiliti yang tertunggak," kata kerajaan negeri Terengganu kepada Hadi menurut lidah rasmi PAS itu. Presiden PAS itu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu yang bermula hari ini bertanya punca kes pemotongan bekalan air dan elektrik di beberapa sekolah agama negeri dan bentuk penyelesaian yang diambil.

BN dan ‘politik kuno’ tidak akan terpisah

Peletakan jawatan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor D
atuk Shamsuddin Mohd Lias dan pemulangan kenderaan rasmi kerana tidak mahu menggalas jawatan pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) negeri melambangkan "politik kuno" Barisan Nasional (BN).
Shamsuddin berhujah, walaupun beliau dilantik sebagai pengerusi PAC negeri, tangan dan kakinya terikat kerana komposisi jawatankuasa itu berat sebelah: 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR), 1 Adun BN (Jeram), serta dirinya.
Shamsuddin terlupa, walaupun dari segi komposisi anggota PAC BN minoriti, sebagai pengerusi suaranya akan didengari jika beliau mengkritik dasar kerajaan negeri yang tidak memberikan manfaat kepada rakyat Selangor.
Sebenarnya apa yang Shamsuddin lakukan bertujuan untuk tidak mahu memberikan peluang kepada kerajaan PR Selangor untuk menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat Malaysia.
Sebelum ini, kesemua Adun BN Selangor menolak peruntukan RM200,000 (satu langkah yang tidak pernah dilakukan parti pemerintah semenjak negara merdeka pada 1957) yang diberikan kepada pembangkang di negeri itu.
Akhirnya Shamsuddin berterus-terang apabila berkata hari ini, tawaran jawatan pengerusi PAC oleh PR merupakan muslihat politik kerana ia bakal dijadikan dasar kepada gabungan parti pembangkang itu untuk menuntut hak yang sama di Parlimen.
Jelaslah dakwaan selama ini BN menolak tawaran yang diberikan kerajaan Selangor kepada pembangkang kerana tidak mahu ianya dijadikan contoh untuk mendesak Putrajaya melakukan perkara sama.

25 Bekas Pegawai Tinggi Melayu Tulis Surat Terbuka Kepada Rakyat Malaysia

KAMI rakyat Malaysia yang prihatin, berasa bimbang dan amat kecewa dengan perbalahan berterusan berhubung kedudukan dan amalan undang-undang Islam di negara ini.Perbalahan yang berlangsung sekarang ini tidak memberikan gambaran dan pemahaman yang jelas mengenai kedudukan undang-undang Islam dalam kerangka demokrasi berparlimen.
Ia juga mencerminkan keruntuhan pembahagian kuasa di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam bidang perundangan sivil mahupun perundangan jenayah.
Kami merujuk secara khusus kepada situasi semasa di mana institusi-institusi agama kelihatan bertindak di luar bidang kuasa mereka, misalnya dengan mengeluarkan pelbagai fatwa yang bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan serta tidak menepati proses demokratik dan proses konsultatif ‘syura’.
Di samping itu, semakin banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berhaluan kanan dengan sewenang-wenangnya menuduh pihak-pihak yang berani bersuara sebagai anti-Islam, anti-institusi Beraja dan anti-Melayu.
Tindakan mereka itu menyukarkan usaha untuk mengadakan perbincangan dan mencari jalan penyelesaian konflik secara rasional.
Apa yang membimbangkan kami juga ialah penggunaan Akta Hasutan sebagai alat untuk menggertak dan mendiamkan sesiapa yang mempunyai pandangan yang berbeza.
Perkembangan ini telah menjejaskan komitmen Malaysia terhadap prinsip-prinsip demokrasi dan kedaulatan undang-undang, melahirkan sikap tidak bertolak-ansur dan ketaksuban serta menggugat keamanan dan kestabilan negara.
Kami sebagai Muslim yang moderat berasa amat bimbang dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dengan hak golongan transgender berpakaian mengikut identiti mereka.
Beliau dalam kenyataannya menyifatkan tindakan komuniti transgender yang memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keesahan peruntukan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 sebagai satu “gelombang tentangan bentuk baru terhadap Islam” dan merupakan satu cubaan untuk “memesongkan akidah umat Islam” di Malaysia.
Beliau juga menyatakan bahawa permohonan Sisters in Islam baru-baru ini berkenaan fatwa mengenai fahaman liberalism dan pluralisme merupakan suatu “tindakan mengheret institusi Islam untuk dibicarakan di Mahkamah Sivil.”
Kenyataan seumpama ini yang mengapi-apikan keadaan daripada seorang menteri (dan ini bukan kali pertama) menunjukkan kepada orang ramai bahawa komitmen perdana menteri memperjuangkan gagasan kesederhanaan (moderation) tidak perlu diambil berat memandangkan menteri Kabinet sendiri sering memperlekehkannya.

Tiada tindakan terhadap Adun PKR ‘belot’ Wan Azizah, dakwa Chegubard

Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Selangor masih belum dikenakan tindakan disiplin walaupun menarik balik sokongan terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor, kata Badrul Hisham Shaharin.
Bekas ketua cabang PKR Rembau itu berkata, salinan akuan bersumpah lima Adun itu diterima pada 1 November lalu dan sudah diutarakan kepada beberapa pemimpin kanan parti namun masih belum ada tindakan lanjut.
 "Akuan bersumpah ini menyatakan dengan jelas nama lima Adun Selangor yang mulanya dikatakan menandatangani surat sokongan terhadap Dr Wan Azizah (kemudian) menarik sokongan tersebut.
 "Adakah PKR mengamalkan dua set undang-undang? Untuk biasa yang langgar arahan parti digantung dan dipecat tetapi untuk kelompok tertentu terus dilindungi?" katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Badrul yang dikenali sebagai Chegubard berkata, lima surat akuan bersumpah yang ditandatangani pada 11 September itu mendedahkan Adun Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar, Adun Batu Caves Amiruddin Shari, Adun Sri Muda Suhaimi Shafie, Adun Bukit Gasing R Rajiv dan Adun Kinrara Ng Sze Han menarik balik sokongan terhadap Dr Wan Azizah yang diberikan semasa kemelut menteri besar Selangor.
PKR sebelum ini menggantung keahlian Badrul‎ kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan mengenai parti di media.

Gabungan tokoh Melayu desak kerajaan lawan pelampau agama


razlan


KUALA LUMPUR, 8 DIS: Sekumpulan tokoh Melayu yang terdiri daripada bekas pegawai tinggi kerajaan, ahli akademik dan profesional menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyelesaikan segera ketegangan antara kaum dan agama dalam negara.
Surat terbuka ditandatangani 25 individu itu mendesak penyelesaian segera kerana isu tersebut melunturkan keyakinan rakyat terhadap keselamatan dan perlindungan, selain menjejaskan kestabilan negara.
Penulisnya Datuk Noor Farida Ariffin, bekas Duta Besar Malaysia ke Belanda yang juga bekas Ketua Pengarah Penyelidikan, Perjanjian dan Jabatan Undang-undang Antarabangsa, Kementerian Luar bimbang dan kecewa dengan perbalahan berterusan berhubung kedudukan dan amalan undang-undang Islam di negara ini.
“Semakin banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhaluan kanan dengan sewenang-wenangnya menuduh pihak yang berani bersuara sebagai anti-Islam, anti institusi beraja dan anti-Melayu,” kandungan surat terbuka tersebut dipetik.
Kumpulan itu bimbang bercambahnya NGO berhaluan kanan, menggambarkan salah faham kedudukan undang-undang Islam dalam kerangka demokrasi berparlimen, serta mencerminkan keruntuhan pembahagian kuasa antara Pusat dengan kerajaan negeri.
“Perkembangan ini menjejaskan komitmen Malaysia terhadap prinsip-prinsip demokrasi dan kedaulatan undang-undang, melahirkan sikap tidak bertolak-ansur dan ketaksuban, serta menggugat keamanan dan kestabilan negara,” ujarnya.

Pembangkang Selangor hilang arah tuju, lesu & bisu

shamsudin lias 3SHAH ALAM, 8 DIS: Pembangkang hilang arah tuju setelah sekian lama diselubungi ‘sindrom ketakutan’ yang membawa mereka terus menjadi lesu, bisu dan tiada isu.
Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan (PAC), Ng Suee Lim berkata tindakan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS), Datuk Shamsudin Lias meletak jawatan tidak masuk akal dan beliau perlu menjawab kepada pengundi apabila tidak akur kepada sistem demokrasi.
“Mereka jadi pembangkang selama dua penggal tetapi belum menerima hakikat mereka perlu memainkan peranan utama sebagai pembangkang berkesan.
“Umno hilang hala tuju seperti mana dibangkitkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed sebelum ini kepada Umno Selangor,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.
DUN Selangor memutuskan Adun Sungai Burong itu dilantik mengetuai anggota PAC, bersama seorang lagi wakil BN, dan lima lagi anggota yang terdiri daripada kalangan Adun Pakatan Rakyat (PR).
Turut bersama Shamsudin dalam jawatankuasa itu adalah Adun Sekinchan (DAP), Ng Suee Lim, Adun Kajang (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Adun Batu Tiga (PKR) Rodziah Ismail, Adun Balakong (DAP) Ng Tien Chee, dan Adun Meru (PAS) Dr Abd Rani Othman, serta Adun Jeram (BN) Datuk Amiruddin Setro.

Kit Siang ragui Pakatan bertahan hingga PRU14.!!

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata beliau tidak pasti sama ada Pakatan Rakyat akan terus bertahan sehingga pilihan raya umum ke-14 ketika keretakan gabungan itu terus diperkatakan.

Beliau mengakui terdapat perkara tidak kena apabila mereka tidak bermesyuarat hampir setengah tahun.

“Jika kamu tanya sama ada ada saya boleh dengan pasti berkata Pakatan ketiga-tiga parti akan tetap ada untuk berjuang dalam pilihan raya umum ke-14, saya tidak dapat jawab kerana saya tidak tahu.

“Bukan lagi rahsia bahawa Pakatan tidak berjalan dengan baik, dan ini sebabnya kenapa Majlis Presiden Pakatan tidak dapat bermesyuarat lebih enam bulan untuk memastikan kerangka dasar bersama dan prinsip disepakati...

Sex blogger Alvin Tan, activist Ali Abdul Jalil's passports revoked



Bila pula Umno@BN reti berprinsip "integriti" dan ikhlas...!!


Dunia semakin korup

Oleh Ng Kee Seng
Indeks Persepsi Rasuah 2014 Transparency International (TI) yang dikeluarkan pada 3 Disember, kelihatan menarik.
Ini kerana ekonomi terbesar di dunia dan negara paling ramai penduduk; China melihat tahap rasuahnya semakin buruk walaupun kerajaannya telah melancarkan kempen bersepadu untuk mengenepikan pegawai-pegawai yang korup.
Nampaknya, hukuman-hukuman berat seperti hukumah bunuh sekalipun tidak cukup untuk mencegah rasuah. 
Bagaimana pula dengan Malaysia? Dalam hal pendedahan dan rasuah, selalunya peniup wisel yang terpaksa menanggung akibatnya, menghadapi pelbagai dakwaan bagi mendiamkan mereka. 
Cuba bayangkan masa depan Malaysia, apabila ia tidak lagi boleh menampung rasuah yang melata.
Indeks itu adalah berdasarkan kepada pendapat pakar rasuah sektor awam, dan menyenaraikan negara dalam skala dari 0 (tahap rasuah yang amat tinggi) kepada 100 (dianggap sangat bersih). 
Menurut laporan Reuters, usaha membasmi rasuah akan terjejas selagi pegawai-pegawai yang rasuah dapat menyembunyikan keuntungan haram mereka di negara-negara lain.

PATI: Hukum sebat buat pegawai kerajaan, menteri pula bagaimana?

Oleh SUBKY LATIF
MENTERI Zahid Hamidi daripada Kementerian Dalam Negara (KDN) bercadang mengenakan hukum sebat sebagai tambahan kepada undang-undang yang ada kepada pegawai-pegawai di kementeriannya yang disabitkan rasuah justeru bersepahnya PATI dalam negeri.
   
Itu terhadap pegawai. Apa pula jika menteri? Adakah hukuman yang sama? Di China, pesalah rasuah ada yang kena mati. Mungkin kita perlu potong telinga?
  
Apa pun tujuan hukum yang dicadangkan itu supaya tambah mengerikan pesalah atau bakal pesalah.
   
Undang-undang yang ada dirasakan tidak berkesan. Maka sebat dipercaya berkesan. Mungkinkah matlamatnya tercapai? Saya belum optimis akan kesan itu.
   
Kita telah ada hukum mati mandatori terhadap kesalahan mengedar dadah. Ketika ia mula diperkenalkan, dunia seluruhnya meluat akan hukuman yang keras itu. Sekarang hampir semua membuat hukuman serupa.
   
Sudah puluhan tahun hukum itu berjalan, adakah kesan yang dikehendaki itu tercapai? Perdagangan dadah dalam negeri bukan berkurangan, bahkan berganda. Kesan yang diharap tadi hanya jadi sangkaan.
   
Saya kira Zahid bersungguh bagi membendung kesalahan iu, tetapi saya masih harap tidak, percaya pun kurang.
  
Menteri Zahid adalah keluaran pengajian Islam. Kita diajar, manusia hanya dibenarkan membuat undang-undang yang tiada jelas undang-undang Allah mengenainya seperti undang-undang trafik, denda berak tengah jalan dan lain-lain.
     

Najib Seolah-Olah Tidak Menyakinkan Amerika

Oleh Abu Hassan Adam
Aku sudah mengagak sebelum ini bahawa Negara luar khususnya Amerika Syarikat akan menggunakan isu ‘Apartheid’ apabila mempersoalkan mengenai pengukuhan Akta Hasutan di Negara ini. Negara luar melihat pengukuhan Akta Hasutan itu sebagai ancaman kepada hak asasi manusia yang akan dijalankan oleh kerajaan Malaysia, walaupun kerajaan Malaysia menghujjahkan bahawa Akta Hasutan itu diperkenalkan demi kepentingan untuk menjaga keamanan Negara.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demokrasi "masih segar" di Malaysia dan berhujah bahawa Akta Hasutan 1948 perlu untuk mengekalkan keamanan, keharmonian dan keselamatan negara kerana polarisasi semakin meningkat” Kata DS Mohd Najib yang dipetik oleh Malaysiakini bertarikh 8 Disember 2014. Mungkin betul apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri itu, namun Negara luar mungkin mempunyai pandangan yang berbeza terutama yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Mereka juga boleh berhujah berasaskan sudut pandangan yang lain. Kita boleh memekik dan melolong cuba meyakinkan pihak luar tentang hal berkenaan tetapi pihak luar masih tidak mahu yakin dengan hujah kita dan yang agak malang bagi kita ialah dunia lebih mempercayai apa yang dikatakan oleh Negara seperti Amerika Syarikat itu.
Aku teringat tentang peristiwa serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq yang membawa kepada pembunuhan Sadam Hussein beberapa tahun yang lampau. Walaupun isu yang aku perbandingkan ini agak tidak begitu relevan, namun boleh sekadar untuk dimenungkan.
Amerika Syarikat di bawah kepimpinan Bush, mahu tak mahu Iraq mesti diserang dan Saddam Hussein mesti dilenyapkan dari bumi Iraq atas beberapa sebab tertentu. Dan dendam Bush terhadap pengeboman World Trade Centre merupakan ‘api dalam sekam’. Helah yang digunakan oleh Amerika Syarikat terhadap Iraq ialah tuduhan yang mengatakan Iraq memiliki ‘weapons of mass destruction’. Dihantarnya badan penyiasat untuk menentukan samada benar atau tidak Iraq memiliki senjata berkenaan. Didapati tiada bukti tetapi Amerika Syarikat ‘yakin’ yang Iraq mmiliki senjata berkenaan. Ringkas cerita, Amerika Syarikat menyerang Iraq dan berakhir dengan pembunuhan Sadam Hussein.

Mahathir Perlu Berterus-Terang Siapa Calon PM Pilihannya!!

Oleh Shahbudin Husin

Sejak menarik balik sokongan dan kemudian terus-menerus melancarkan serangan dan kritikan, keinginan Mahathir Mohamad untuk menukar Najib Razak sebagai Perdana Menteri sudah tidak dapat disembunyikan lagi.
Dalam interbiu terbaru dengan Sinar Harian, bekas Perdana Menteri itu berkata, sebenarnya terdapat ramai calon yang berkelayakan boleh menggantikan Najib, tetapi UMNO menjadi penghalang kepada usaha itu.
Katanya, usaha kemasukan pemimpin baru ke dalam UMNO terhalang kerana mereka lebih senang mempertahankan pemimpin sedia ada.
Walaupun mengambil contoh mengenai apa yang berlaku di Selangor, kenyataan Mahathir ini jelas merupakan sindiran kepada pemimpin UMNO di seluruh negara yang tidak berani berubah dan tetap mempertahankan kedudukan Najib di ketika kepimpinannya makin lemah dah dipertikai dari semasa ke semasa.
Berbanding keputusan PRU 13 lebih setahun lalu di mana BN hanya meraih 47 peratus undi popular, populariti UMNO, BN dan kerajaan pasca pilihanraya terus menurun dan Najib dilihat gagal sama-sekali memperbaiki keadaan.
Dalam masa yang sama, Mahathir juga menyatakan, kemenangan tipis BN dalam pilihanraya itu bukanlah kerana imej Najib tetapi kerana ketakutan orang-orang Melayu sekiranya Anwar yang menjadi Perdana Menteri, maka Lim Kit Siang daripada DAP yang akan menjadi Timbalan Perdana Menterinya.
Ketika menyelar tindakan kerajaan melantik warga asing, Christoph R Mueller sebagai CEO MAS berkuatkuasa 1 Januari tahun depan, Mahathir berkata, ia adalah pengakuan bahawa kita ini "bodoh."
"Saya khuatir kita tidak ada kepercayaan kepada diri sendiri sehingga untuk melantik Perdana Menteri suatu hati nanti, kita akan juga akan melantik orang putih sebab mereka lebih pandai daripada kita," sindirnya lagi.

BN yang bodoh, bukan rakyat Malaysia

GEORGE TOWN, 8 DIS: Setiausaha Agng DAP Lim Guan Eng berkata, beliau amat tidak bersetuju dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa MAS perlu melantik seorang ekspatriat sebagai ketua pegawai eksekutif kerana ‘orang Malaysia bodoh’
“Sebenarnya, Barisan Nasional yang sebenarnya ‘bodoh’ kerana bergantung kepada agenda perkauman untuk melindungi kroni yang tidak mempunyai keupayaan, bukannya mencari rakyat Malaysia berbakat seperti pasukan AirAsia Fernandes, Kamarudin Meranon dan Azran Osman Rani,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan.
Dr Mahathir dalam satu kenyataan mengulas pelantikan seorang tokoh korporat Jerman sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo).
Katanya. ‘kebodohan’ itu juga merupakan faktor penyumbang kepada kerugian, dan MAS yang bertanggungjawab atas kerugian itu cuba membetulkan keadaan.
CEO syarikat penerbangan Aer Lingus Plc, Christoph R Mueller bakal menyertai MAS NewCo sebagai ketua pegawai eksekutif selepas 28 Februari.
Guan Eng berkata, Air Asia berjaya di peringkat antarabangsa tanpa bantuan subsidi kerajaan dan mampu mengubah industri penerbangan dengan idea menawarkan tambang murah.
“Sebaliknya MAS yang mendapat bantuan berpuluh-puluh bilion ringgit dari kerajaan selain mengenakan tambang yang tinggi masih mencatatkan kerugian. Manakala Air Asia mencatat keuntungan besar walaupun mengenakan tambang rendah.

Cukai wayang dijangka 31% lepas GST

Cukai tiket wayang dijangka naik kepada 31 peratus daripada harga jualan selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan bermula April tahun depan.

Ini ekoran tambahan 6 peratus GST kepada cukai hiburan sedia ada 25 peratus, menurut jangkaan laman promosi filem terkenal Cinema Online.

Ini kerana GST menjadi cukai baru dan bukan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), seperti dalam kes barangan dan perkhidmatan lain.

“Cukai GST yang baru mahu menghapuskan SST, ia kedengaran seperti perjanjian yang cukup baik secara matematik bukan? Salah, kerana tiket wayang tidak tertakluk kepada SST, hanya cukai hiburan (cukai 25 peratus sedia ada), itu sebabnya cukai yang diletakkan sudah tinggi.

“Dengan enam peratus cukai tambahan (GST), ditambah dengan 25 peratus cukai hiburan anda, ini akan menjadikan jumlah cukai yang anda perlu bayar sebanyak 31 peratus dan ini hanya untuk membeli sekeping tiket wayang,” katanya penulis portal itu Naseem Randhawa.

Bukan itu sahaja, menurut Naseem lagi, makanan ringan yang dijual di luar panggung wayang seperti bertih jagung akan turut dikenakan enam peratus cukai GST.

“Pelaksanaan GST akan menyebabkan dompet kita lebih ringan dan tidak berat.

"Bagaimanapun, jika anda berfikir untuk makan di panggung wayang di TGV atau GSC yang mana harga makanan telah dimasukkan caj perkhidmatan sebanyak sepuluh peratus dan ditambah pula dengan GST enam peratus, ini menjadikannya lebih mahal,” katanya.

Sekitar Kuala Lumpur, tiket wayang paling murah boleh diperoleh dengan harga RM8, pada waktu-waktu tertentu, tetapi kebiasaannya belasan ringgit.

Tinjauan atas talian

Speaker gesa BN namakan calon ganti ketua pembangkang Selangor

Barisan Nasional (BN) digesa menamakan calon baharu sebagai ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menggantikan Datuk Mohd Shamsuddin Lias yang meletak jawatan hari ini. Speaker Hannah Yeoh berkata, jawatan itu penting bagi memastikan pentadbiran DUN dapat berjalan lancar.
"Saya menggesa BN Selangor menamakan salah seorang daripada ahli DUN (Adun) BN sebagai ketua pembangkang supaya mereka dapat melaksanakan tugas dan memainkan peranan dalam Dewan secara berkesan demi rakyat Selangor," katanya pada satu sidang media di pejabatnya, hari ini.
 Mengenai peletakan jawatan Shamsuddin, Hannah berkata pejabatnya sudah menerima surat dan kunci kereta rasmi pagi tadi dan menghormati keputusan Adun Sungai Burong itu.
"Saya ucapkan terima kasih atas perkhidmatan beliau sebagai ketua pembangkang sejak Jun 2013," katanya.
Katanya, pindaan peraturan tetap 68 (1) DUN tidak memberi pilihan kepada BN menamakan individu lain sebagai ketua pembangkang, sekali gus menjadi pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) negeri. Mengulas komposisi ahli jawatankuasa (AJK) PAC yang didakwa Shamsuddin sebagai berat sebelah, Yeoh berkata Peraturan Tetap 72 (1) Dewan Negeri Selangor secara nyata memperuntukkan ahli bagi setiap Jawatankuasa Pilihan hendaklah membayangkan kadar parti masing-masing dalam Dewan.

Rahman Dahlan dikecam jadi jurucakap ‘Malaya’ - PAKAR

Rahman menonjol sebagai “badut” Sabah untuk tuan-tuan politiknya untuk mengesahkan apa-apa tindakan dalam mengejar agenda UMNO.
MP-Abdul-Rahman-DahlanKOTA KINABALU: Parti Kerjasama Rakyat (PAKAR) telah menyeru ahli parlimen Kota Belud dan Menteri Persekutuan, Abdul Rahman Dahlan, untuk berhenti menjadi jurucakap bagi pemimpin-pemimpin Malaya apabila berdepan dengan isu pendatang tanpa izin di Sabah.
Dalam banyak kes seperti pada tahun-tahun sebelum ini, Rahman menonjol sebagai “badut” Sabah untuk tuan-tuan politiknya untuk mengesahkan apa-apa tindakan dalam mengejar agenda UMNO, termasuklah seruannya kepada rakyat Sabah untuk menerima sahaja pendatang tanpa izin yang telah berada di Sabah selama 40 tahun, kata parti itu dalam suatu kenyataan.
“PAKAR dan semua rakyat Sabah tahu bahawa ini merupakan pendirian tersirat rahsia atau pakatan UMNO mengenai pendatang tanpa izin di Sabah.”
Ianya seumpama memberitahu rakyat Sabah, kata parti itu, bahawa “ tidak apa, sekarang tindakan memberikan kewarganegaraan kepada pendatang izin secara besar-besaran telah berlalu, kita perlu melupakannya, kita terima sahaja mereka, kita tidak boleh menghantar mereka kembali ke Filipina dan Indonesia”.
“Ini sangat tidak bertanggungjawab datang daripada rakyat tempatan Sabah.”
Menurut PAKAR, apa yang dikatakan oleh Rahman adalah sama seperti mengatakan bahawa “Agenda UMNO untuk mengubah demografi semula jadi Sabah telah tercapai, biarlah rakyat Sabah menerimanya sebagai sesuatu yang semulajadi dan bergembiralah tentangnya.”

Duta AS: Tiada negara terkecuali, termasuk M'sia

Jika dibahaskan, Akta Hasutan adalah urusan dalaman Malaysia.

Bagaimanapun, jika hak asasi manusia mungkin dilanggar, tiada negara terkecuali, kata Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Joseph Y Yun.

Yun berkata demikian ketika membahaskan usaha memansuhkan Akta Hasutan di Malaysia dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini sempena hari-hari terakhir 2014.

Katanya, penarikan balik janji pemansuhan akta itu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (kanan) baru-baru ini mencetuskan keimbangan AS kerana akta itu, jika digunakan “terlalu meluas” akan melanggar hak asasi manusia.

“Jelas jika digunakan terlalu meluas, sudah tentu (langgar hak asasi).

"Dan kamu mesti ada keseimbangan untuk keperluan melindungi hak bersuara, perbezaan pendapat, melindungi semua kedudukan, di samping keperluan menjaga masyarakat.

“Jadi di mana garis pemisahnya? Ia sangat nipis. Jadi saya percaya menjadi tugas pemimpin untuk memaknai dan mewajarkan sempadannya: pada ketika mana kamu gunakan kuasa luar biasa dan pada ketika mana kamu kukuhkan akta hasutan dan undang-undang lain?

PM ‘orang putih’ pula selepas ini, kata Dr Mahathir tentang CEO baru MAS

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyarankan seorang “kulit putih” boleh menjadi perdana menteri Malaysia akan datang berikutan pelantikan warga Jerman mengambil alih pengurusan syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS).
Bercakap dengan nada sinis seperti biasa, bekas perdana menteri itu berkata, memandangkan Putrajaya melantik Christoph R Mueller sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) MAS NewCo di bawah pelan pemulihan syarikat itu, mungkin negara sudah bersedia menerima seorang dari bangsa kulit putih sebagai perdana menteri.
"Saya khuatir kita tidak ada kepercayaan kepada diri sendiri sehingga satu hari nanti kita nak perdana menteri, kita boleh ambil orang putih sebab dia lebih pandai daripada kita.
 “Kalau nak marah, marahlah. Itu pendapat saya,” katanya. Sabtu lepas, Dr Mahathir pertama kali mengulas mengenai pelantikan Mueller yang diumumkan Jumaat, mengatakan Putrajaya terpaksa mengambil CEO Aer Lingus itu kerana "rakyat Malaysia bodoh", tidak pandai mengurus syarikat penerbangan hingga MAS mengalami kerugian. – 8 Disember, 2014.

Kerajaan tarik balik pasport Alvin Tan dan Ali Abd Jalil

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim berkata Malaysia tidak akan bertoleransi dengan mana-mana individu yang menghina sistem kehakiman dan raja-raja Melayu selepas tindakan tarik balik pasport penulis blog seks Alvin Tan.

Pasport penulis blog seks Alvin Tan dan aktivis Ali Abd Jalil yang mendapat suaka politik di luar negara ditarik kembali kerajaan Malaysia hari ini. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim berkata, kedua-dua individu ini sudah tidak boleh "ditoleransi" lagi. "Kita tidak akan bertoleransi dengan mana-mana individu yang menghina sistem kehakiman dan raja-raja Melayu," kata Mustafa pada satu sidang media di Putrajaya hari ini.

PERMATA: Jumpa di mahkamah, kata ADUN Taman Medan

“Jumpa di mahkamah.”

Begitu kata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan Haniza Talha selepas memberi kenyataan di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya terhadap siasatan menghasut hari ini.

Beliau dipanggil untuk soal siasat selepas mengkritik peruntukan belanjawan kepada program asuhan dan didikan awal kanak-kanak PERMATA hasil cetusan idea isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Ditemani peguam G Sivamalar, Haniza berkata, beliau tidak menjawab soalan yang diajukan kerana merasakannya suatu “perangkap”.

“Saya beritahu dia (pegawai penyiasat) saya hanya akan jawab soalan atau beri maklumat lanjut di mahkamah,” katanya kepada pemberita di luar IPD itu.

Balak haram Sarawak pembekal utama bina pusat sukan Olimpik Tokyo, kata kumpulan anti rasuah

Sarawak hilang hutan hujan tropika lebih cepat berbanding tempat lain di dunia, kata laporan bertajuk Dua Alam Bertembung. – Gambar flickr, 8 Disember, 2014.Sarawak hilang hutan hujan tropika lebih cepat berbanding tempat lain di dunia, kata laporan bertajuk Dua Alam Bertembung. – Gambar flickr, 8 Disember, 2014.Walaupun Sarawak cuba mengekang aktiviti pembalakan haram secara besar-besaran di negeri itu, kumpulan anti rasuah yang berpangkalan di London hari ini mempersoalkan permintaan Jepun untuk mendapatkan kayu dari Sarawak bagi membina 8 pusat Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.
Global Witness mendakwa industri pembinaan Jepun adalah pelanggan utama syarikat pembalakan Sarawak, yang didokumenkan sebagai terlibat dalam pembalakan haram dan bertanggungjawab atas kemusnahan hutan hujan di negeri itu.
"Jepun mengimport lebih banyak papan lapis dari hutan tropika daripada negara lain, yang menyuburkan industri pembinaan dan perumahan. Separuh daripada kayu ini berasal dari hutan hujan Sarawak, di pulau Borneo," katanya dalam satu laporan bertajuk 'Dua Alam Bertembung'.

"Sarawak hilang hutan hujan tropika lebih cepat berbanding tempat lain di dunia ini, yang dipacu industri kayu yang penuh dengan rasuah dan menyalahi undang-undang,” katanya. Dakwaan ini dibuat walaupun Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem baru-baru ini memberi amaran kepada "Big 6" syarikat pembalakan di negeri ini untuk berhenti memberi alasan dan penafian mengenai pembalakan haram selepas beliau cuba membekukan pengeluaran lesen pembalakan baru di negeri itu.
Enam syarikat itu adalah WTK Holdings Sdn Bhd, KTS Holdings Sdn Bhd, Rimbunan Hijau Hutan Corporation Sdn Bhd, Tan Ann Group, Samling dan Shin Yang Group.
Hari ini, Global Witness menyelar Samling dan Shin Yang - dua syarikat kayu terbesar di negara ini yang membekalkan balak ke Jepun - ekoran 'operasi tidak mapan dan haram' mereka dalam kawasan Heart of Borneo, yang merupakan antara kawasan terakhir hutan hujan Sarawak yang masih utuh.
"Dalam Heart of Borneo, Shin Yang memusnahkan kawasan hutan hujan dara yang luasnya lebih 40 padang bola sepak dalam sehari, iaitu kawasan yang dicadangkan kerajaan Sarawak sebagai taman negara," kata laporan itu.

PBS buat laporan polis berhubung ‘Projek IC’ dalam laporan RCI

Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini membuat laporan polis berhubung kewujudan "kebarangkalian projek Kad Pengenalan (IC)" berdasarkan hasil siasatan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah.
Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti itu, Chin Teck Ming bersama-sama Ketua PBS Bahagian Sulaman, Rakam Sijim dan Ketus Penerangan PBS Bahagian Tandek, Datuk Webly Disim membuat laporan itu di Ibu pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu pada 9 pagi ini.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kiulu Datuk Joniston Bangkuai dan Ketua Penerangan PBS pusat Datuk Jahid Jahim.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Chin berkata pihaknya berpandangan keterangan lima saksi berhubung kewujudan 'keberangkalian projek IC' pada muka surat 346 dan 347 laporan itu adalah berwibawa dan polis perlu menyiasatnya.
 "Projek IC merupakan perbuatan pengkhianatan pada tahap tertinggi.

Kita mahu pihak polis menyiasat segera termasuk membawa pengkhianat terlibat ke muka pengadilan," katanya. Laporan RCI diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa pada Rabu lepas, membuat kesimpulan terdapat kebarangkalian 'Projek IC' itu wujud, tetapi hanya berdasarkan lima saksi "yang bukan sahaja tidak tertakluk kepada pemeriksaan balas, malah merupakan bekas pegawai dan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 berkaitan penglibatan mereka dalam pengeluaran IC secara haram." – Bernama

Dr M: Maybe M'sia can have a white PM too


RM1.34b hutang kerajaan BN Terengganu semenjak 2008...Wang Royalti kemana..??

KUALA TERENGGANU: Nilai hutang Kerajaan Negeri Terengganu semenjak tahun 2008 sehingga kini berjumlah RM1,341,956,113.87.
Demikian jawapan kerajaan negeri kepada soalan bertulis Adun PKR Bandar, Azan Ismail pada Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini.
Manakala bayaran dalam tempoh itu berjumlah RM325,605,594.52.
Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dun ke-13 (Bajet) berlangsung hari ini sehingga 11 Disember.

‘Langkah ke belakang’ guna Akta Hasutan kerana persoal bajet Permata, kata Adun PKR Taman Medan

Tindakan polis menggunakan Akta Hasutan menyiasat gesaan ke arah ketelusan dalam peruntukan bajet merupakan satu langkah mundur ke belakang, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan Haniza Talha.
Haniza, yang mempersoalkan jumlah dana program pendidikan awal kanak-kanak, Permata, dipanggil polis pagi ini bagi disoal siasat mengikut akta berkenaan berhubung kenyataannya dalam artikel bertajuk "Subsidi dipotong demi Permata Rosmah RM711 juta".
 “Saya melihat tindakan ini sebagai langkah ke belakang, kerana apa yang saya buat adalah hak saya sebagai wakil rakyat untuk mempersoalkan peruntukan bajet.
 “Ini adalah trend yang membimbangkan dalam kita maju ke depan,” katanya di ibu pejabat polis Petaling Jaya. Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah penaung program Permata.
 Haniza disoal siasat Inspektor Hasbullah Muda, ditemani peguamnya Sivamalar Genapathy, yang juga naib ketua Wanita PKR. “Kira-kira 6 hingga 10 soalan ditanya, tetapi saya kata saya akan jawab semuanya di mahkamah,” katanya.

LPK tarik balik saman KDSB dalam kemelut PKFZ...Wang Rakyat Terus Jadi Mangsa..!!!

Pertempuran undang-undang selama 5 tahun dalam isu Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang (PKFZ) antara Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) yang memfailkan saman RM720 juta terhadap kontraktor siap guna Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) sampai ke penghujungnya.
Peguam Cindy Khaw, yang mewakili LPK, hari ini memaklumkan kepada Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azimah Omar, anak guamnya menarik balik saman itu selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah. "Saya juga meminta mahkamah ini supaya tiada perintah berhubung kos," katanya.
Peguam Chetan Jethwani yang mewakili KDSB, tidak membantah permintaan itu. Azimah kemudian merekodkan penghakiman persetujuan dan menolak saman itu.
Peguam D Nimalan yang bersama Cindy, memberitahu The Malaysian Insider LPK akan mengeluarkan satu kenyataan akhbar petang ini. Pada 24 November, peguam LPK Lim Chee Wee, dari firma guaman Skrine & Co, berkata pihaknya sedang dalam proses menyelesaikan saman itu tetapi mahkamah akan diberitahu terlebih dahulu.
Dalam satu kenyataannya kepada The Edge Financial Daily, Lim berkata bukti yang dihasilkan dan fakta-fakta yang dibawa hakim Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan jenayah terhadap Tun Dr Ling Liong Sik mempunyai kesan ketara ke atas dakwaan ini. Ling, bekas Menteri Pengangkutan telah dibebaskan daripada tiga pertuduhan menipu Putrajaya mengenai perjanjian tanah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
The Edge Financial Daily melaporkan LPK memutuskan untuk menarik balik saman RM720 juta terhadap kontraktor siap guna KDSB berkaitan kemelut PKFZ. Difahamkan Lembaga LPK itu sebulat suara bersetuju untuk tidak meneruskan saman itu dalam satu mesyuarat khas di Putrajaya pada 21 November.

SPRM: Tak pilih bulu, ikan bilis atau ikan jerung....betul ka....!!

Pihak SPRM akan mengambil tindakan terhadap semua pihak tidak kira besar atau kecil.

KOTA BHARU : Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali berkata mempolitikkan isu rasuah hanya akan menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat dan menjadi satu kekangan buat Malaysia memperbaiki kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menjelang 2020.
Datuk Mustafar Ali“Kalau sebut tentang kekangan, adalah persepsi yang mana kalau isu rasuah dipolitikkan akan timbulkan persepsi negatif, sebab kalau dari segi fakta kita akan memperlihatkan ketelusan kita.
“Kalau persepsi berterusan dan persepsi negatif dilemparkan terutama terhadap agensi yang berusaha-sungguh untuk memerangi rasuah, ini akan menjejaskan usaha baik yang dilaksanakan,” katanya, Bernama melaporkan.
Mustafar berkata demikian kepada pemberita selepas Forum Sempena Hari Anti Rasuah Sedunia ‘Merakyatkan Pencegahan Rasuah : Penilaian Peranan Kita’ semalam.
Majlis tersebut dirasmikan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan turut di hadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Malaysia telah naik tiga anak tangga, dari tempat ke-53 tahun lepas kepada ke-50 tahun ini dalam ranking CPI oleh Transparency International melibatkan 175 negara selain turut menyasarkan untuk menduduki tempat ke-30 pada 2020.

Bergantung pada orang asing 'pengakuan bodoh' kata Tun M

Berbeza dengan laporan sebelum ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengkritik kebergantungan Malaysia kepada orang luar untuk memajukan negara.

Menjawab soalan berhubung pelantikan tokoh korporat Jerman Christoph R Mueller sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo), Mahathir berkata ia menjadi “pengakuan kita ini bodoh”.

"Saya khuatir kita tidak ada kepercayaan kepada diri sendiri sehingga satu hari nanti kita nak perdana menteri, kita boleh ambil orang putih sebab dia lebih pandai daripada kita.

“Kalau nak marah, marahlah. Itu pendapat saya,” katanya.

Menjelaskan kontroversi kenyataannya sebelum ini, Mahathir menegaskan “orang Malaysia tidak bodoh” dan mempunyai banyak bakat walaupun di zaman British dianggap kolot.

"Tapi (ini tidak) nak panggil jadi konsultan (adalah) orang asing. Nak jadi pengarah, (ambil) orang asing, nampak beri pengakuan kita ni bodoh,” katanya,

Beliau diminta mengulas kenyataan anggota parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Naina Merican yang mempertikaikan pelantikan Mueller dan mahukan keutamaan diberi kepada warga tempatan.

Shamsuddin letak jawatan ketua pembangkang Selangor


Selepas beberapa kali menolak jawatan pengerusi PAC, Datuk Mohd Shamsudin Lias mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor .
 
Beliau menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Speaker, Hannah Yeoh selepas memulangkan Toyota Camry kepada kerajaan negeri pagi ini di Bangunan kerajaan negeri di shah Alam.
 
Bercakap kepada pemberita, ADUN BN Sungai Burong itu berkata beliau membuat keputusan itu berdasarkan prinsip "integriti"