KUALA LUMPUR, 6 DIS: Adalah tidak keterlaluan untuk
menggambarkan bahawa Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai
Pendatang Tanpa Izin di Sabah adalah yang terburuk dalam sejarah negara.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, kandungan RCI yang
dibentangkan Rabu lalu itu sangat mengecewakan, bukan sahaja kepada
penduduk di Sabah, malah rakyat di seluruh Malaysia.“Kerajaan seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu, bagi sebuah peristiwa yang bersejarah apabila menghalang kehadiran Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu Jimmy Wong, ADUN Kepayan Edwin Bosi, bekas Senator Maijol Mahap dan juga wakil-wakil NGO
“Malah, tindakan menghalang kehadiran wakil-wakil rakyat itu jelas menggambarkan ketakutan Ketua Setiausaha Tan Seri Ali Hamsa dan Peguam Negara Tan Seri Abdul Gani Patail untuk menjawab soalan-soalan yang dibangkitan, ” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.
Selain itu kata Kit Siang, takrif ‘RCI terburuk dalam sejarah Malaysia’ itu telah dibuktikan lebih awal, apabila pembentangannya lewat lebih enam bulan, walaupun telah diserahkan kepada Yang di Pertuan Agong pada 14 Mei lalu.
“Ini juga sebabnya, mengapa Laporan RCI tidak dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan,” ujar Kit Siang.
Tambah Kit Siang, sekiranya RCI tersebut dibentangkan sebelum pilihanraya umum ke-13 Mei tahun lalu, sudah tentu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional telah ‘ditendang keluar’ dari Putrajaya.
“Sepatutnya, Perdana Menteri sendiri berada di Kota Kinabalu dan melancarkan RCI, melainkan jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa laporan itu akan menjadi ‘bencana’.