Jumaat, 5 Disember 2014

Orang itu tidak tahu hinanya PAS dalam BN kata Pak Daeng

PERMATANG PAUH: Bekas Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok yakin tidak ada orang PAS yang mahu membawa parti itu ke dalam Umno atau Barisan Nasional (BN).
"Ada pula orang kata PAS mahu masuk BN, kalau ada... saya yakin tak ada," tegasnya ketika menyampaikan kuliah Maghrib bertajuk Tarbiah: Pasang Surut Perjuangan pada Ijtimak Tarbawi 4.0 di Yayasan An-Nahdhoh, dekat sini malam ini.
Katanya, jika ada dalam kalangan pemimpin PAS yang berangan-angan demikian kerana untuk mendapatkan jawatan menteri tetapi sebenarnya mereka tidak tahu penderitaan PAS semasa dalam BN.
"Orang itu tak tahu penderitaan PAS dalam BN, hinanya PAS dalam BN," ujar beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Rantau Panjang.
Sehubungan itu, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Daeng berharap jangan ada dalam kalangan pemimpin PAS sekarang yang berfikir ke arah itu.
Sebagai pemimpin veteran dan orang tua yang berpengalaman, pada renungan beliau para pemimpin parti hari ini semakin hilang wehdatul fiqr, jauh sekali wehdatul amal.
Sehubungan itu, beliau menggesa supaya liqa' dan ijtimak seperti itu hendak selalu diadakan supaya dapat melahirkan para pendukung perjuangan Islam dalam kalangan anak muda yang mempunyai whdatul fikr dan wehdatul amal.

Fitnah Liwat & Akta Hasutan: Naib presiden AS tweet kebimbangannya

Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden melahirkan kebimbangannya terhadap apa yang didakwanya sebagai tekanan terhadap pembangkang di Malaysia dengan penggunaan Akta Hasutan dan undang-undang lain.

Beliau juga menyentuh tentang kes rayuan terakhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan kes liwat terhadapnya.

Menuis di Twitter hari ini, Biden mendakwa bahawa di tengah-tengah pertumbuhan hubungan AS-Malaysia, tindakan kerajaan Malaysia menggunakan sistem undang-undang dan Akta Hasutan untuk menekan pembangkang, menimbulkan kebimbangan terhadap kedaulatan undang-undang.

Bagaimanapun, beliau berharap kerajaan Malaysia akan membetulkan keadaan melalui kes Anwar.

"Rayuan Anwar memberi Malaysia peluang penting untuk membetulkan keadaan dan menggalakkan keyakinan dalam demokrasi dan badan kehakimannya," kata Biden.

Skandal PKFZ RM12.5 Billion: Kenapa Tiada Sesiapa Yang Disabitkan Kesalahan??

Tahukah Anda?? Lima tahun selepas skandal kewangan RM12.5 Billion PKFZ berlaku, tiada siapa yang telah disabitkan kesalahan. Setakat ini, Cuma enam orang telah didakwa, dua daripada mereka telah dibebaskan dan empat kes itu belum selesai.
Baru-baru ini, terdapat berita yang mengejutkan kemungkinan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) akan menarik balik saman RM720 juta terhadap kontraktor Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) bertanggungjawab untuk projek PKFZ. Laporan itu menimbulkan kemarahan orang ramai.
Sudah pasti pihak defendan terlepas begitu sahaja tanpa menghadapi perbicaraan tetapi timbul persoalanan tentang bagaimana PKA akan mendapatkan semula wang tersebut. Siapakah yang akan dipertanggungjawabkan ? Adakah pihak berkuasa benar-benar serius untuk membawa pesalah-pesalah yang terlibat dalam skandal PKFZ ke muka pengadilan?

Umum mempercayai kepada kebenaran di sebalik skandal PKFZ akan mungkin kes itu akan senyap begitu sahaja. "Saya tidak nampak apa-apa perubahan (dalam kemelut PKFZ) di bawah kerajaan sedia ada," kata bekas Pengerusi LPK Datuk Lee Hwa Beng memberitahu FocusM.
Dilaporkan bahawa lembaga LPK itu mempunyai satu mesyuarat khas di Putrajaya pada 21 November lalu, sebulat suara bersetuju untuk menggugurkan saman itu. Walau bagaimanapun, keputusan muktamad untuk menarik balik saman itu adalah tertakluk kepada penyelesaian dari segi dengan KDSB, termasuk pemberhentian saman fitnah KDSB terhadap LPK dan PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd (PwC) ke atas laporan kontroversi oleh PwC berhubung dengan skandal PKFZ.

Indonesia mula tenggelamkan kapal ceroboh perairannya

Indonesia mengotakan janjinya untuk menenggelamkan kapal-kapal nelayan asing yang menceroboh perairannya apabila bertindak mengebom tiga buah kapal nelayan Vietnam hari ini.
Menurut media tempatan, ketiga-tiga bot nelayan Vietnam itu ditenggelamkan menggunakan bahan letupan di perairan Pulau Anambas, Kepulauan Riau.
Asap hitam dan serpihan kapal-kapal nelayan itu menyelubungi kawasan perairan selepas operasi letupan itu dilaksanakan.
Tiga buah kapal perang Tentera Laut Indonesia, Sultan Hasanuddin, Todak dan Barakuda mengawasi keadaan semasa letupan itu dilaksanakan.
Anak-anak kapal nelayan itu bagaimanapun telah dipindahkan terlebih dahulu ke salah sebuah kapal perang republik terbabit.
Mereka bagaimanapun dibenarkan melihat tindakan menenggelamkan kapal-kapal milik mereka daripada helipad kapal perang itu.
Tindakan menenggelamkan kapal-kapal nelayan asing itu adalah selaras dengan arahan Presiden Indonesia yang baru Joko Widodo yang mahukan kapal-kapal asing yang menceroboh perairannya ditenggelamkankan sebagai hukuman.
Arahan Joko Widodo atau Jokowi itu mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat dan pemimpin di Malaysia yang rata-rata mengatakan ia adalah suatu tindakan yang kejam dan tidak bersandarkan undang-undang.

Anak Bangsa Dipinggir: Bekas CEO Aer Lingus diumum sebagai bos baru MAS

Khazanah Nasional Berhad hari ini menamatkan spekulasi apabila mengumumkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aer Lingus, Christoph R Mueller sebagai bos baru Malaysia Airlines Berhad (MAS NewCo), mengesahkan laporan The Malaysian Insider sebelum ini.
Pengumuman itu dibuat dibawah pelan pemulihan, di mana Mueller dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Malaysian Airline System Berhad (MAS) dan dipilih sebagai CEO MAS NewCo. Oktober lalu, Khazanah menafikan warga asing akan dilantik untuk menerajui syarikat penerbangan negara dalam usaha penstrukturan semula. Mueller menyertai Aer Lingus sebagai CEO pada September 2009 dan mengembalikan syarikat itu daripada kemundurannya.
Kenyataan oleh Khazanah itu juga mengatakan pelantikan tersebut dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 4 Disember 2014. Najib yang dipetik dalam kenyataan bersama pengumuman hari ini berkata, pelantikan itu adalah komitmen kerajaan untuk memulihkan semula syarikat penerbangan negara.
"Pelantikan yang diumumkan hari ini sebahagian daripada usaha kerajaan dan Khazanah untuk meletak asas yang kukuh demi kejayaan masa depan syarikat penerbangan negara kita.
"Penting untuk kita memiliki bakat terbaik yang mempunyai kepakaran dan pengalaman bagi membantu usaha penyusunan semula ke hadapan, membawa keuntungan kepada syarikat penerbangan dan melatih pengganti rakyat Malaysia untuk mengambil alih kepimpinan syarikat penerbangan itu pada masa datang. Kerajaan komited untuk melihat usaha memulihkan MAS berjaya," kata Najib dalam kenyataan hari ini.

Anwar anggap laporan RCI Sabah sebagai satu sandiwara

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah sebagai "kata-kata kosong untuk membebaskan Putrajaya".
Ketua Umum PKR itu berkata, tanggungjawab melibatkan skandal pendatang haram terbesar di Malaysia terletak di bahu kakitangan awam.
"Perancang dan dalang sebenar yang bertanggungjawab membawa masuk pendatang haram daripada Indonesia dan Filipina ke Sabah dibiarkan terlepas daripada hukuman," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 Anwar berkata, tempoh pendengaran RCI yang terlalu lama pada mulanya menjanjikan keadilan dan hukuman setimpal terhadap rakyat Sabah dan rakyat keseluruhannya. Malangnya, menurut Anwar hasil laporan setebal 366 muka surat itu mengandungi maklumat tidak bermakna yang hanya membebaskan Putrajaya daripada sebarang kesalahan.
Anwar mempersoalkan kegagalan laporan RCI menyatakan peranan Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Perdana Menteri, mengatakan walaupun ada bukti kukuh, kesalahan itu tidak pula diletakkan atas beban jabatan lain.

EXCO Kerajaan Negeri Kedah pertikai kenyataan Dr Mashitah bab isu Cina bakar al-Quran

Yong Kong melawat tapak gerai yang terbakar di sebuah medan selera, semalam.  
Yong Kong melawat tapak gerai yang terbakar di sebuah medan selera, semalam.

ALOR SETAR - Kenyataan yang dikeluarkan Ketua Wanita Umno Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim adalah bercanggah dengan kenyataan kerajaan negeri berhubung isu pembakaran cebisan al-Quran di medan selera Pasar Besar Alor Setar, baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong berkata, kenyataan Mashitah pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini bahawa ada orang Cina di Kedah membakar al-Quran untuk upacara sembahyang sedangkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan polis menyatakan ia dilakukan oleh lelaki kurang siuman, boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata sekiranya Mashitah ingin mempertahankan perkara tersebut, beliau perlu membuat laporan polis supaya siasatan semula boleh dibuat bagi membuktikan kebenaran kenyataannya.

“Dia seorang yang berpendidikan dan juga bekas menteri sepatutnya perlu merujuk sebelum membuat kenyataan yang mengelirukan dan bercanggah dengan menteri besar dan polis.

Blogger upahan Umno, siapa sebenarnya tipu - Mahfuz

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat mempersoalkan siapa sebenarnya menipu dalam isu membabitkan blogger yang dibayar oleh Umno.

Katanya, kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak jelas memberitahu agar blogger Umno yang dibayar parti itu agar menyerang Pakatan Rakyat, bukan Umno.

"Kita hendak tahu siapa sebenarnya yang bercakap betul dan siapa menipu, Najib kata ada blogger yang dibayar Umno tetapi Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikannya.

"Sekarang siapa yang kita nak percaya, tak mungkin Najib berbohong," katanya.

Dalam pada itu beliau turut meminta agar Najib menjelaskan berapa ramai blogger yang mereka lantik dan jumlah bayaran yang diterima mereka.

Siapa pendaulat pendidikan negara?


Lawatan TPM kita ke China akan membawa pulang cadangan untuk mengunakan 'resipi rahsia Shanghai' bagaimana wilayah itu berjaya berada di ranking pertama dunia dalam senarai PISA (Program Penilaian Murid peringkat Antarabangsa).
PISA dilaksanakan oleh badan dunia OECD dan sehingga kini 65 negara sedang mengambil bahagian. Selain PISA, kita juga sertai TIMMS yang khusus menilai tahap pencapaian sains dan matematik di peringkat antarabangsa.
Saya masih ingat dulu sekitar 1995, ketika mana kita ingin membina Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010), sibuk sekali pegawai pendidikan kita mencari model pendidikan negara manakah yang terbaik untuk mereka tiru dan jadikan amalan di negara ini. Setelah puas meneliti dan menkaji, malah sekian banyak rombongan dan lawatan kerja diadakan oleh KPM, akhirnya mereka memilih model negara negara Scandinavia khususnya Sweden dan Finland.
Sejak dahulu saya tidak bersetuju negara Scandinavia di pilih sebagai model. Bukan kerana mereka tidak baik. Tetapi pendidikan mereka terlalu jauh di depan untuk ditiru dan pada saya keberangkalian untuk kita gagal meniru adalah besar sekali. Lihat sahaja saiz pelajar di dalam kelas mereka berbanding negara kita. Lihat sahaja gaji guru mereka 3 kali ganda dari standard gaji guru kita. Lihat sahaja kemudahan pengajaran, nilai dan aspirasi pendidikan di dalam masyarakatnya. dan akhir sekaili fahami dan lihat dulu nilai budaya mereka bila bercakap soal pendidikan.
Apa yang boleh saya katakan hanya tidak bersetuju dalam beberapa acara forum dan mesyuarat. Orang kecil, pastilah suara pun kecil juga. Tetapi tidak apa, sebab saya tetap penyokong kerajaan dan mahu memberikan sumbangan semampu saya.
Akhirnya KPM memlih negara negara Scandinavia yang menjadi model pendidikan kita termasuklah di dalam agenda melaksanakan PBS. Di sana, mereka sangat berjaya dalam konsep pembelajaran "self directed" yang menjadi asas kepada PBS. Tetapi budaya pendidikan kita berbeza dengan mereka, dan meniru mereka bulat bulat adalah sesuatu yang hanya sia-sia. Adalah sesuatu yang penting untuk kita fahami bahawa elemen nilai dan budaya sangat berpengaruh di dalam KPM melaksanakan apa juga dasar dasar dalam pendidikan.

Suhakam kesal kerajaan kekalkan akta hasutan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) kesal keputusan Kerajaan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948.

Hal ini dinyatakan dalam suatu kenyataan media melalui pemangku pengerusinya, Datuk Dr Khaw Lake Tee.

Menurut Suhakam, kekesalan ini kerana kerajaan telah berjanji untuk menghapuskannya pada tahun 2012. Yang berlaku, bukan sahaja janji itu tidak ditepati, malah akta itu akan dikukuhkan dengan peruntukan tambahan.

Berikut kenyataan penuh Suhakam;

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia kesal dengan pengumuman Kerajaan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 dan untuk mengukuhkannya dengan peruntukan tambahan, walaupun janji yang dibuat pada tahun 2012 untuk memansuhkan undang-undang yang menindas dan lapuk.

Keputusan yang mengecewakan ini tidak memberikan gambaran baik kepada negara di saat ia akan menyandang dua jawatan bertaraf antarabangsa yang penting dan berprofil tinggi menjelang Januari 2015 iaitu sebagai anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan pengerusi ASEAN, sesuai dengan kemunculannya ketika ini sebagai komuniti serantau yang makin bersepadu, dinamik dan berpandangan jauh.
Dengan menggalas kedua-dua jawatan ini, harapan agar Malaysia dapat meningkatkan prestasi dan standard yang tinggi dalam ruang lingkup hak asasi manusia dengan jangkaan yang lebih kukuh dan dipergiatkan Walaupun Suruhanjaya memahami keseimbangan antara kebebasan dan keselamatan, dan mengakui bahawa amalan kebebasan bersuara mungkin tertakluk kepada sekatan yang ketat seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang, terutamanya bagi melindungi hak asasi orang lain, ia menegaskan bahawa sebarang sekatan mesti seimbang, berkadar, jelas dan adil.

Seterusnya, sekatan itu hendaklah mematuhi norma antarabangsa mengenai hak untuk kebebasan bersuara dan berucap.

Oleh itu, semua undang-undang atau pindaan kepada undang-undang sedia ada seperti yang diumumkan, mestilah tertumpu kepada semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, dan prinsip-prinsip hak asasi manusia antarabangsa. Ini hendaklah juga mengambil kira realiti globalisasi yang bercirikan dimensi baru terhadap kebebasan bersuara melalui Internet dan media sosial.

Suruhanjaya turut menggesa Kerajaan untuk memastikan bahawa pindaan kepada undang-undang sedia ada atau undang-undang yang baru mestilah berdasarkan penglibatan sepenuhnya dan perundingan bermakna dengan semua pihak yang berkenaan secara adil, jelas dan mematuhi proses yang sewajarnya, dan tidak tergesa-gesa.

Duta: AS 'hairan' Najib kekalkan Akta Hasutan


Amerika Syarikat "hairan" dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengekalkan Akta Hasutan, kata dutanya ke Malaysia, Joseph Y Yun.

"Apabila diumumkan bahawa kerajaan akan memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan cadangan Akta Keharmonian Nasional pada 2012, ia sangat dialu-alukan oleh masyarakat antarabangsa.

"Oleh itu, kami sedikit hairan mengapa kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa ia tidak akan dimansuhkan dan sebaliknya akan diperkukuh," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Mengumumkan perubahan keputusan tersebut di perhimpunan agung Umno minggu lepas, Najib, yang juga presiden parti itu, berkata Akta akan turut diperkukuhkan.

Najib berkata pindaan perlu dibuat untuk melindungi Islam dan agama lain serta menangani desakan supaya Sabah dan Sarawak keluar di Malaysia.

Menjawab para pengkritiknya, Najib berkata tanggungjawabnya sebagai perdana menteri ialah untuk menjaga keamanan dan keharmonian negara.

Sementara itu, Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden juga menulis dalam twitter tentang kebimbangannya tentang Akta Hasutan dan undang-undang lain yang digunakan untuk menekan  pembangkang di Malaysia.


Jangan Ketawa: Kesan positif penyusutan nilai ringgit kata Ahmad Maslan

Kesan positif bersih terhadap penyusutan ringgit kepada ekonomi negara mungkin tidak ketara.
Namun ia bergantung kepada berapa banyak eksport dan import, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
Setakat ini, menurutnya, eksport negara pada paras yang lebih berbanding import.
"Eksport yang lebih dan import yang kurang akan mengembangkan KDNK," ujarnya dalam kenyataan kepada media sosial lewat petang semalam.
Menurut Ahmad, nilai anggaran eksport tahun 2014 adalah RM762.8 bilion dan import ialah RM677.2 bilion menjadikan lebihan dagangan sebanyak RM85.6 bilion.
"Sektor hartanah akan lebih menarik dengan penyusutan ringgit kepada orang luar namun keyakinan pelabur akan menurun pada kadar minima kerana nilai matawang berkadaran sedikit sebanyak dengan keyakinan pasaran, namun kestabilan politik adalah faktor keyakinan yg utama," jelasnya.
Selain itu, menurut Ahmad, nilai ringgit tidak semestinya terus menyusut memandangkan negara kita mempunyai asas ekonomi yang kukuh.
"Barangan import akan lebih mahal sedikit kerana komponen produk yang diimport naik harga. Namun ini membolehkan rakyat menggunakan lebih banyak produk buatan Malaysia yang seterusnya akan mengembangkan sektor pembuatan dalam negara," katanya.
Menurutnya, barangan eksport Malaysia ke luar negara akan lebih murah dan akan mengembangkan sektor eksport.
"Maka akan bertambah keuntungan syarikat, kenaikan gaji, bonus, tambahan bilangan pekerja, bertambah cukai kepada kerajaan dan bilangan kilang juga berkembang," katanya.
Bagi sektor pelancongan akan lebih berkembang kerana perkhidmatan hotel, pengangkutan, harga barangan akan menjadi lebih murah dari sudut pandangan negara yang nilai wangnya tinggi dibanding ringgit.
"Pertumbuhan ekonomi berlaku. Sektor perkhidmatan yang diberi kepada pihak luar juga akan berkembang kerana kosnya akan menurun berkadaran dengan peratus penurunan matawang. Sektor perkhidmatan sebegini adalah sebahagian daripada komponen eksport," katanya.
Menurutnya, nilai ringgit ditentukan oleh keadaan pasaran.

RCI: Sabah cukup banyak masalah kata Pairin

“Apa yang kita mahu lihat sekarang ialah pematuhan undang-undang oleh kerajaan, pasukan keselamatan dan semua pegawai dalam jabatan yang berkaitan.”
pairin_300KOTA KINABALU: Memandangkan sindiket merupakan punca peningkatan secara mendadak pendatang asing di Sabah, langkah berjaga-jaga perlu diperketatkan untuk menghentikan kemasukan mereka secara berterusan.
Timbalan Ketua Menteri Joseph Pairin Kitingan berkata bahawa undang-undang imigresen yang sedia ada mesti dikuatkuasakan sepenuhnya dan dipatuhi tanpa perlunya menubuhkan dua jawatankuasa yang dicadangkan oleh pesuruhjaya dalam laporan RCI yang diterbitkan pada hari Rabu.
“Sesiapa yang tidak mempunyai dokumen tidak patut dibenarkan masuk ke Sabah kerana sudah ramai bilangan mereka di sini, kami sudah mempunyai banyak masalah oleh itu tindakan drastik seperti yang dicadangkan oleh kerajaan mestilah termasuk langkah berjaga-jaga yang lebih ketat,” kata Pairin.
Beliau menambah bahawa penubuhan jawatankuasa tetap untuk menangani masalah tersebut seperti yang dicadangkan oleh laporan RCI sepatutnya dilaksanakan pada masa dahulu tetapi ia juga masih satu titik permulaan yang baik untuk mencari penyelesaian.
Bekas Ketua Menteri tersebut berkata beliau berharap bahawa cadangan-cadangan dalam laporan RCI akan dilaksanakan terutamanya dalam menangani sindiket seperti menubuhkan dan mengekalkan system pemantauan keselamatan supaya sindiket-sindiket ini akan dihapuskan.
“Kerajaan telah berkata bahawa ia akan mengambil tindakan drastik. Inilah yang dinantikan. Kehadiran besar pendatang tanpa izin di Sabah telah diakui dan sindiket-sindiket turut terlibat,” kata Pairin yang juga merupakan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah.

Tidak wujud lagi sindiket kad pengenalan palsu kata Zahid

Zahid: Jika dahulu mungkin wujud sindiket tersebut tetapi tindakan telah dilambil dengan melakukan naziran yang ketat.
LTAT | Zahid HamidiPUTRAJAYA : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi menyatakan tidak wujud lagi kartel atau sindiket penghasilan kad pengenalan palsu yang tersusun dan berstruktur di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah atau negeri-negeri lain.
Beliau menegaskan, jika dahulu mungkin wujud sindiket tersebut tetapi tindakan telah dilakukan dengan melakukan naziran yang ketat oleh Kementerian Dalam Negeri(KDN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Tindakan-tindakan proaktif telah dilakukan dan tidak wujud lagi kartel.
“Tetapi jika masih ada lagi individu yang terlibat maka kami mahu orang ramai memaklumkan kepada KDN atau JPN untuk tindakan pemantauan dan perundangan terus dilakukan oleh pihak kita, ” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Inovasi KDN di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya.
Dalam pada itu, Zahid turut menegaskan bahawa tidak wujud ‘Projek IC’, sebaliknya terdapat perbuatan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai JPN atau kolaborasi dengan pihak luar yang bertujuan untuk memperoleh keuntungan.
Kelmarin, media melaporkan bahawa laporan akhir Suruhanjaya Diraja (RCI) di Sabah membuat kesimpulan antara lain bahawa ‘Projek IC’ yang hangat diperkatakan mungkin wujud di negeri itu.
Siasatan turut mengesahkan bahawa projek itu didakwa digunakan oleh kakitangan awam untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin menyebabkan lonjakan penduduk di negeri itu.

Rakyat tidak percaya laporan RCI

DAP menggesa PBS keluar daripada Barisan Nasional untuk mengelak rasa malu.
jimmy wongKOTA KINABALU: Rakyat Sabah pasti tidak percaya dengan penemuan kononnya kerajaan dan parti politik tidak terbabit dalam ‘Projek IC’, kata Democratic Action Party Sabah (DAP).
Pengerusi Perhubungan DAP Sabah, Jimmy Wong berkata, keterangan daripada beberapa bekas pegawai kerajaan mengenai kewujudannya sudah cukup untuk menyabitkan mereka.
Menurutnya, banyak keterangan daripada mantan pegawai kerajaan sudah cukup bagus untuk menyabitkan kerajaan kerana mengeluarkan kad pengenalan (IC) secara tidak sah di sisi undang-undang, kepada pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah.
Bekas tahanan ISA, Jabar Khan, yang merupakan setiausaha Pasukan Petugas misalnya, mendedahkan dalam prosiding inkuiri Suruhanhaya Diraja (RCI) mengenai pembabitan pemimpin-pemimpin UMNO dalam pengeluaran IC.
“Begitu juga dengan keterangan daripada bekas pegawai Jabatan Perdaftaran Negara (JPN) yang mengaku pembabitan mereka mengeluarkan IC dengan segera kepada PTI yang dilakukan dari rumah ke rumah oleh pemimpin terkenal UMNO dari Kuala Lumpur,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa antara sebab pengeluaran IC dengan pantas sebelum ini kepada PTI beragama Islam adalah untuk menggulingkan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Joseph Pairin Kitingan yang kebanyakan pemimpinnya adalah beragama Kristian.
Bagaimanapun, rancangan menggulingkan itu gagal kerana politik wanglah yang merobohkan kerajaan PBS ketika itu.

Wilfred Bumburing : “Ambil balik IC yang diberi secara haram”

NGO mahu Kerajaan mengambil balik semua kad pengenalan yang diberikan secara haram.
wilfred bumburingKOTA KINABALU: Presiden Angkatan Perubahan Sabah (APS) Wilfred Bumburing berasa bahawa rakyat Sabah secara umum kecewa dengan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tentang kehadiran pendatang tanpa izin di Sabah yang diterbitkan pada hari Rabu.
Bumburing dalam satu kenyataan mendakwa bahawa laporan tersebut telah benar-benar mengecewakan rakyat Sabah terutamanya apabila ia membuat kesimpulan bahawa pemberian kad pengenalan dilakukan oleh sebuah sindiket yang melibatkan pegawai kerajaan yang korup dan juga apabila ia tidak memberikan cadangan yang kukuh untuk menyelesaikan masalah ini.
Bukti yang dikemukakan oleh pelbagai saksi semasa pendengaran telah membuktikan bahawa elemen kerajaan terlibat dalam projek tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung, tegas ADUN Tamparuli itu.
Laporan tersebut juga menyatakan bahawa ‘terdapat kebarangkalian bahawa Projek IC wujud’ berdasarkan testimony daripada lima orang bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Jika kerajaan mendapati bahawa warga asing mendapat kad pengenalan secara haram mengapakah kerajaan tidak merampas dokumen tersebut dan mendakwa pegawai yang terbabit?” soal Bumburing.
“Memberikan kad pengenalan kepada warga asing merupakan satu pengkhianatan dan kuasa penuh undang-undang perlu dikuatkuasakan. Ketiadaan tindakan oleh kerajaan selama ini menunjukkan bahawa pegawai-pegawai tersebut menerima arahan daripada kerajaan secara rahsia,” kata beliau.
Beliau berasa bahawa ia susah untuk percaya bahawa beratus ribu kad pengenalan telah diberikan secara haram dan ia terlepas dari pandangan kerajaan.
Pegawai-pegawai yang ditahan tidak didakwa di mahkamah tetapi telah ditahan di bawah ISA. Tiada di antara mereka yang dibicarakan dan disabitkan kesalahan, keluh beliau.

DAP bimbang krisis ekonomi berulang akibat kejatuhan harga minyak

KUALA LUMPUR, 5 DIS: Kerajaan perlu lebih jujur menerangkan kedudukan terkini kewangan negara di tengah kebimbangan kemungkinan berlakunya krisis ekonomi akibat kejatuhan harga minyak global, kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.
Chin Tong berkata, beliau terkejut dengan ‘mentaliti’ Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berterusan menafikan kebimbangan terhadap penurunan harga minyak dunia yang akan menyebabkan kemorosotan pendapatan bersih kerajaan.
Menurutnya, ekonomi negara akan terjejas teruk akibat penurunan harga minyak mentah sebanyak 30 peratus kerana sebahagian pendapatan kerajaan adalah dari hasil petroleum.
“Bagi setiap USD1 kejatuhan harga minyak, dianggarkan kerajaan boleh mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM650 juta.
“Kerajaan dalam Belanjawan 2015 menjangkakan bahawa harga minyak adalah pada kadar USD110 setong untuk tahun 2014 dan USD105 setong, 2015.
“Saya menggesa Chua bercakap benar menerangkan kedudukan fiskal terkini dan senario ekonomi negara akibat kejatuhan harga minyak, bukannya terus berpura-pura,” kata Chin Tong dalam satu kenyataan.
Pada 3 Disember lalu, Chua mendakwa penurunan harga minyak dunia tidak memberikan kesan buruk kepada defisit negara kerana harga purata dari Jun hingga November telah memenuhi jangkaan yang ditetapkan.
Katanya, ini kerana Malaysia bergantung kepada minyak mentah (Tapis Crude) dan bukannya Brent Crude.

Gerakan anti kenaikan harga rancang contohi protes kreatif di Hong Kong, Mexico

Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) merancang satu lagi bantahan besar-besaran di Dataran Merdeka pada ambang sambutan tahun baharu bagi membantah kenaikan kos sara hidup yang memberi kesan kepada rakyat.
Gerakan itu yang sedang dalam siri jelajahnya akan kali ini menghimpunkan sokongan dari Negri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur menguatkan momentum sokongan menarik minat rakyat. Pengerusi Turun, Mohd Azan Safar berkata Putrajaya perlu sedar apa yang berlaku sekarang di mana taraf hidup rakyat tidak meningkat walaupun bantuan dihulurkan kerajaan.
“Dapat kita lihat gaji tidak dinaikkan walaupun harga barang mencatatkan peningkatan. Walaupun kerajaan berkata rasionalisasi subsidi disalurkan untuk meningkatkan mutu pengangkutan awam tetapi perkhidmatannya masih berada di tahap tidak memuaskan,” katanya. “Momentum untuk menyebarkan kesedaran perlu diteruskan. Kami sedang mencari cara yang lebih kreatif menyatakan pendirian kami.”
Merujuk bantahan pro-demokrasi di Hong Kong dan demonstrasi kehilangan 43 pelajar di Mexico, Azan  berkata penganjur di kedua-dua negara menggunakan pendekatan berbeza bagi menarik orang ramai hadir menyertai demonstrasi. "Mereka menggunakan seni untuk menyatukan rakyat dengan pelbagai latar belakang terutamanya anak muda untuk turut serta. Kami mengkaji idea ini.
"Keputusan belum dibuat tentang apa yang akan dilakukan pada sambutan tahun baharu tetapi ia sesuatu yang baharu dan berbeza," katanya yang mendakwa kerajaan bersikap tidak bertanggungjawab apabila memansuhkan subsidi. "Ke mana perginya duit rakyat yang dikutip berdasarkan pelbagai dasar yang dijalankan?

Tindakan Najib kekalkan Akta Hasutan cetuskan kebimbangan Amerika Syarikat


Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata, pihaknya bimbang tentang kerajaan Malaysia menggunakan sistem perundangannya ketika dua negara itu sedang menjalankan hubungan baik. 

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan 1948 merunsingkan Amerika Syarikat apabila Naib Presidennya mempersoalkan undang-undang itu digunakan hanya untuk menyekat kuasa pembangkang. Joe Biden dalam Twitternya berkata, pihaknya bimbang tentang kerajaan Malaysia menggunakan sistem perundangannya ketika dua negara itu sedang menjalankan hubungan baik.
"Ketika hubungan antara Amerika Syarikat-Malaysia berkembang, penggunaan sistem perundangan dan Akta Hasutan oleh kerajaan Malaysia untuk menyekat pembangkang menimbulkan persoalan tentang kedaulatan undang-undang," katanya.
 Namun, beliau berharap Malaysia dapat membuktikan ketelusan sistem kehakiman dan perundangannya semasa membuat keputusan kes Liwat II melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Kes rayuan Anwar Ibrahim peluang penting buat Malaysia membetulkan keadaan dan menunjukkan keyakinan terhadap sistem demokrasi dan badan kehakimannya," katanya.

MENGAPA JADI BEGINI ??? Kerana SINGAPURA & BRUNEI TIADA UMNO !!!


Antara Datuk Seri, Datuk Berseri-Seri Dan Datuk Tak Berseri

Pingat Kebesaran
Berikutan penarikan gelaran Datuk Seri kepada Anwar Ibrahim oleh Sultan Selangor, dunia politik Malaysia bagai nak runtuh seketika. Walaupun pemberian atau penarikan gelaran kepada mana-mana individu adalah hak dan kuasa istana, tetapi oleh kerana ia melibatkan Anwar, ramai musuh-musuh politiknya gembira dengan keputusan Istana Selangor itu.

Pada peringkat awal berita itu tersebar, ramai pemimpin dan pengendali media sosial pro UMNO menyambutnya dengan gembira. Masa depan politik Anwar seolah-olah telah musnah dan mati dengan penarikan gelaran itu.

Ada yang berkata Anwar hanya akan dipanggil "Saudara Anwar" atau "Brother Anwar"  saja selepas ini. Ada pula yang berkata cukup dengan Anwar saja. Yang memperlekeh pula meminta dipanggil "Datin Seri Anwar"  berikutan isterinya, Dr Wan Azizah bergelar Datuk Seri.

Hanya setelah didedahkan bahawa Anwar masih mempunyai sekurang-kurangnya tujuh lagi gelaran Datuk termasuk tiga Datuk Seri, barulah mereka yang riuh-rendah pada awalnya tadi mula berdiam diri. Ditarik cuma satu, ada banyak lagi yang berbaki.

Tetapi serangan mereka tidak berakhir setakat itu saja. Ada pula yang meminta Anwar memulangkan semula semua gelarannya dan ada juga yang terlebih daulat meminta supaya Sultan dan Yang Dipertuan Negeri yang pernah menganugerahkan gelaran kepada  Anwar agar menarik balik semua gelaran itu.

Ketua Pembangkang DUN Selangor, Shamsudin Lias pula meminta Anwar meletakkan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor berikutan dakwanya, penarikan gelaran itu menyebabkan Anwar telah hilang intergeritinya.

Sebenarnya penarikan gelaran Anwar itu adalah kuasa dan pertimbangan Sultan yang tidak perlu kita kaitkan dengan politik atau perkara lain. Baginda berhak memberi dan menarik balik atas apa juga alasan. Dan Anwar sendiri menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka serta mengambil maklum mengenainya dan menyatakan tidak pernah meminta atau memohon gelaran itu.

Sebenarnya ramai yang sudah pernah ditarik gelaran termasuk Tengku Razaleigh Hamzah dan Ibrahim Ali. Sebagaimana Ku Li dan Ibrahim Ali tidak terkesan atau mati hayat politiknya dengan penarikan gelaran oleh istana, Anwar juga demikian.

Beliau akan meneruskan perjuangan politiknya selagi mampu dan selagi diberi sokongan oleh rakyat. Tidak perlu diminta menyerahkan gelaran yang lain atau meminta semua gelarannya ditarik balik. Tidak perlu juga diminta melepaskan jawatannya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor kerana itu adalah hak Menteri Besar dan tiada kena-mengena sama ada bergelar atau pun tidak. Juga tidak perlu dikaitkan dengan apa-apa yang lain kerana semuanya tidak berkaitan.

Sama ada bergelar atau tidak, tidak mengubah apa-apa kepada Anwar. Kadangkala panggilan tanpa gelaran lebih menyerlahkan kemesraan. Ghafar Baba tetap dihormati dan disanjung walau tidak bergelar apa-apa ketika memegang jawatan dalam kerajaan. Beliau hanya menerima gelaran Tun setelah bersara dan meninggalkan kerajaan.

Dr M kecewa isu 1MDB tidak dibahas UMNO

Isu 1MDB, pelaburan hedge funds di Cayman Islands, TPPA dan sistem pelajaran yang memisahkan kaya dan miskin antara isu-isu yang penting yang diabaikan oleh UMNO dalam PAU 2014
KUALA LUMPUR : Dr M dalam satu lagi penulisan di blog beliau hari ini, mengulangi pendirian dan kekecewaan beliau tentang isu 1MDB dan beberapa isu pokok yang tidak dibahas di Persidangan Agung UMNO 2014.
Sambil mengucapkan tahniah kepada UMNO dan Presidennya kerana mengekalkan Akta Hasutan 1948, beliau turut menyatakan kekecewaannya terhadap perkara-perkara melibatkan rakyat yang tidak mendapat tempat dalam persidangan tersebut.
“Saya kecewa kerana banyak lagi rintihan dan keluhan rakyat tidak berjaya mempengaruhi pendirian UMNO dan kerajaan.”
1MDB
Isu 1MDB yang merupakan isu besar juga tidak dibahas, bahkan kerajaan langsung tidak memberi respon berkenaan tuduhan-tuduhan terhadap 1MDB.
“Yang menjadi tanda tanya bukan kenaikan harga elektrik kerana pembelian stesen janakuasa, tetapi kerana harga belian yang amat tinggi, dibayar dengan duit hutang yang bunganya tertinggi pernah dikenakan kepada kerajaan dan komisyen kepada Goldman Sachs sampai 11%.”
Simpan wang di Cayman Islands?
Dr M juga mempersoal tindakan kerajaan membuat pelaburan dan menyimpan wang di Cayman Islands sedangkan kepulauan itu adalah pusat operasi hedge fund dan dagangan matawang yang menjadi kegemaran syarikat biasa dan orang ramai melabur. Namun kerajaan tidak melabur di dalam hedge fund dan dagangan matawang kerana ia adalah sejenis judi yang berisiko tinggi.
Dr M juga mengutip kes Long Term Credit Management (LTCM) salah satu hedge fund terbesar yang telah mengalami kerugian besar dan akibatnya mengheret bank dan pelabur ke arah muflis, yang mana akhirnya diselamatkan oleh pelabur-pelabur Wall Street dan kerajaan Amerika Syarikat.
“Dahulu pun kerajaan Malaysia biasa dilamar untuk melabur dalam hedge fund dengan jaminan pulangan 30%. Tetapi ia ditolak. Berjudi bukan cara kerajaan mencari dana, samada secara langsung atau tidak langsung,” tegas Dr M.
Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA)

Dr Mahathir selar sikap membisu Umno mengenai 1MDB, TPP

Tun Dr Mahathir Mohamad terus melancarkan serangan ke atas pimpinan negara dengan mempersoalkan kegagalan Putrajaya dan perwakilan perhimpunan agung Umno baru-baru ini menyentuh kontroversi 1Malaysia Development Bhd (1MDB), perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dan pelebaran jurang kekayaan.
Walaupun gembira dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan, Dr Mahathir, yang merupakan antara suara lantang membantah 1MDB, berkata kerajaan membisu terhadap kontroversi syarikat pelaburan milik penuh kerajaan itu.
"Yang membuat tandatanya bukan kenaikan harga elektrik kerana pembelian stesyen janakuasa, tetapi kerana harga belian yang amat tinggi, dibayar dengan duit hutang yang bunganya tertinggi yang pernah dikenakan kepada Kerajaan dan komisyen kepada Goldman Sachs sampai 11%," tulis bekas perdana menteri itu dalam blognya Che Det, hari ini."Kenapa pula pelaburan dibuat di Cayman Islands atau wang disimpan di sana? "Cayman Islands adalah pusat operasi Hedge Fund dan dagangan matawang.
Sementara orang atau syarikat biasa gemar melabur dalam Hedge Fund dengan pulangan yang tinggi, Kerajaan biasanya tidak melabur dalam Hedge Fund kerana ia adalah satu jenis judi." Dr Mahathir turut mengingatkan tentang syarikat dana terbesar, Long Term Credit Management (LTCM) yang pernah rugi besar sehingga mengheret bank dan pelabur ke arah muflis, tetapi diselamatkan Wall Street dan kerajaan Amerika Syarikat.

Perjanjian serantau lebih menguntungkan Malaysia dari TPP, kata pakar

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (kanan) bersama pemimpin Asia lain di mesyuarat Asean + 3 di Myanmar, bulan lepas. Malaysia giat berunding dalam kedua-dua perjanjian Perkongkisan Trans-Pasifik dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau. – Gambar Reuters, 5 Disember, 2014. 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (kanan) bersama pemimpin Asia lain di mesyuarat Asean + 3 di Myanmar, bulan lepas. Malaysia giat berunding dalam kedua-dua perjanjian Perkongkisan Trans-Pasifik dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau. – Gambar Reuters, 5 Disember, 2014.

Malaysia lebih untung sekiranya mengadakan perkongsian perdagangan dengan rakan Asean dan jiran serantau yang menjamin kepentingannya, daripada menyertai perjanjian kontroversi Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang diketuai Amerika Syarikat, menurut seorang pakar perdagangan serantau.
Menurut Jayant Menon dari Bank Pembangunan Asia (ADB), memandangkan Malaysia sudah berjiran dengan rakan kongsi di dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), lebih munasabah menyalurkan tenaga memujuk lebih ramai anggota Asean memperkuatkan hubngan ekonomi melalui RCEP di ketika Komuniti Ekonomi Asean mula diaktifkan tahun depan.
Sebaliknya, TPP disertai negara berkedudukan lebih jauh seperti AA, Chile, Kanada dan Mexico, kata Jayant, yang mengetuai ahli ekonomi (perdagangan dan kerjasama serantau) ADB.

“Saya setuju dengan sentimen yang tersirat itu. Selaku pengerusi Asean dan Komuniti Ekonomi Asean yang bermula tahun depan, RCEP berada di halaman Malaysia, lebih daripada TPP di mana keahliannya tak masuk akal. "Akhirnya, peluang RCEP lebih cerah dari TPP," kata Jayant di Persidangan Kebangsaan Perangkaan Ekonomi 2015-2016 anjuran Institut Penyelidikan Ekonomic Malaysia (MIER).
Pendapatnya dikongsi Institut Penyelidikan Khazanah, yang berkata Malaysia lebih untung  bersama RCEP daripada TPP.

Berjudi bukan cara kerajaan cari dana - Tun M

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno (PAU) telah melabuhkan tirai seminggu lalu, namun bagi bekas Presiden Umno dan Perdana Menteri, Tun Mahathir masih banyak perkara yang tertinggal daripada dibahaskan.

“Saya kecewa kerana banyak lagi rintihan dan keluhan rakyat tidak berjaya mempengaruhi pendirian Umno dan Kerajaan,” tulisnya dalam blog beliau Chedet.

Antara yang mendapat perhatian beliau ialah berkenaan termasuklah TPPA yang dianggapnya merbahaya kepada masa depan negara.

“Tidak ada perubahan terhadap niat untuk menandatangani perjanjian bebas cukai Trans Pacific Partnership Agreement. Perjanjian 29 bab ini merbahaya walaupun pengecualian diberi kepada usaha memperbaiki kedudukan bumiputera. Perjanjian ini lebih tertumpu kepada sekatan terhadap Negara Cina dan campurtangan dalam hal ehwal ekonomi dalaman Negara,” tulisnya lagi.

Selain itu, Tun Mahathir turut menegur tentang 1MDB yang dianggapnya sebagai suatu tindakan yang merugikan kerajaan. Bagi beliau belian, bunga yang dikenakan terhadap kerajaan dan komisyen amat tinggi.

Tun Mahathir turut mempertikaikan kenapa pelaburan atau wang disimpan dibuat di Cayman Islands. Menurut beliau  Cayman Islands adalah pusat operasi Hedge Fund dan dagangan mata wang. Orang atau syarikat biasa gemar melabur dalam Hedge Fund dengan pulangan yang tinggi.

Namun Kerajaan biasanya tidak melabur dalam Hedge Fund kerana ia adalah satu jenis judi.

Najib digesa pertahan nilai ringgit - Dr Dzulkefly


Parti politik memang makin korup - Dr M

KUALA LUMPUR – Parti politik kini diakui lebih banyak dicemari masalah rasuah kerana ramai ahli politik menggunakan kedudukan mereka untuk mengumpul kekayaan peribadi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ada di kalangan ahli politik hari ini sanggup belanjakan wang yang banyak untuk dipilih memegang jawatan.

“Masa (zaman) saya (dahulu) pun ada juga rasuah. Kita tak boleh nafikan kewujudan rasuah di mana-mana, dalam kerajaan, sektor swasta. Tetapi parti politik kebelakangan ini makin korup kerana kepercayaan kalau jadi ahli politik (atau) dapat jadi pemimpin dalam parti politik, terutama parti yang berkuasa, ada peluang buat duit.

“(Mereka ini) bukan (sertai politik) pasal nak berjuang (tetapi) boleh dapat kontrak, boleh dapat macam-macam,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya di sini, semalam.

Dr Mahathir mengulas laporan muka hadapan Sinar Harian semalam mengenai Indeks Persepsi Rasuah 2014 yang meletakkan parti politik sebagai institusi dianggap paling korup, diikuti dengan polis dan kakitangan kerajaan.

Diminta mengulas mengenai hakikat hampir tiada pendakwaan membabitkan kes rasuah dibuat ke atas ahli politik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dr Mahathir mengakui sukar untuk agensi itu mendapatkan bukti kukuh mengenai salah laku rasuah dalam kalangan orang politik.

Imigresen lancar operasi ekoran laporan RCI

Jabatan Imigresen akan melancarkan operasi secara agresif di Sabah dalam tempoh terdekat bagi mengesan dan menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI) berikutan pengumuman hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kelmarin.
  
Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Ibrahim berkata pihaknya sudah mengenal pasti kawasan yang dianggap panas dalam operasi berkenaan terutama di Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu.
  
Katanya agensi itu tidak akan menunggu sehingga penubuhan jawatankuasa tetap dan jawatankuasa kerja yang disyorkan dalam laporan RCI, bagi melancarkan operasi itu kerana yang penting isu PATI di Sabah dapat diselesaikan.

"Saya nak tegaskan operasi (menangkap PATI) berterusan. Sebelum prosiding RCI dan semasa prosiding serta selepas prosiding pun kita memang buat operasi menahan dan menghantar pulang PATI. Operasi akan berterusan seperti biasa mengikut undang-undang sedia ada.
  
"Jabatan Imigresen mengambil sikap positif kepada laporan RCI. Selain menjalankan operasi biasa, RCI akan menjadi panduan kepada operasi Imigresen di Sabah," katanya kepada pemberita selepas melawat pejabat cawangan Imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), di Kota Kinabalu semalam.

BERSIH: 'Projek IC' patut dibawa ke mahkamah

Gabungan NGO BERSIH mendakwa Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Ali Hamsa mengaburi kebenaran dalam hasil siasatan Suruhanjaya Siasaran Diraja berhubung isu pendatang asing di Sabah.

BERSIH dalam kenyataannya mempersoalkan bagaimana Ali boleh menyimpulkan bahawa tiada motif politik dalam isu pemberian kad pengenalan kepada golongan tidak layak.

Sepatutnya, tegas NGO itu, keterangan berhubung 'Projek IC' dan persoalan yang dibangkitkan mengenai penglibatan ahli politik di peringkat tertinggi patut disiasat selanjutnya di mahkamah.

"Kami terkejut kerana RCI tidak mengemukakan apa-apa saranan berhubung perkara ini, sedangkan merekalah yang bertanyakan mengenai soalan itu," kenyataan BERSIH dipetik.

Gabungan NGO itu merujuk kepada laporan RCI berhubung kenyataan lima orang saksi: Pegawai Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim, dan empat orang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara, Ramli Kamarudin, Abdul Rauf Sani, Asli Sidup dan Yakob Damsah.

Suruhanjaya itu membuat kesimpulan bahawa “Projek IC” mungkin benar-benar wujud.

Najib's Sedition Act U-turn 'puzzles' US


MATAWANG RINGGIT SEMAKIN 'JAHANAM' ANGKARA SELAMA KERAjaan UMNO/BN MENTADBIR NEGARA..!!!!


“SAUDARA ANWAR IBRAHIM” - LEBIH SESUAI

Sebenarnya rakan-rakan seperjuangan lebih gemar memanggilnya dengan panggilan ‘Saudara’ atau ‘Brother’ atau ‘Sheikh’. Cuma setelah beliau dianugerahkan gelaran oleh Baginda Sultan maka rakan-rakan seolah-olah terpaksa mengubah panggilan terhadap Saudara Anwar. Dan sikap ini didorong oleh sikap untuk menghormati Sultan yang menganugerahkan bintang-bintang berkenaan kepada beliau. Itu pun untuk panggilan secara rasmi. Dalam perbualan dan keadaan biasa, rakan-rakan masih mengekalkan panggilan ‘Saudara’ kepada beliau. Dan nampak jelas kelihatan beliau begitu riang dan mesra dengan panggilan sedemikian.
Dan tentulah tidak berasas dan mungkin juga dianggap ‘biadap’ sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Pemuda parti Gerakan Tan Keng Liang yang mencadangkan gelaran Dato Seri Anwar Ibrahim ditukarkan kepada ‘Datin Seri Anwar Ibrahim’ apabila beliau dipetik sebagai berkata,"If not mistaken, his wife Dr Wan Azizah (Wan Ismail) also has a 'datuk seri'... So you can still call him DSAI ... datin seri Anwar Ibrahim ....relax ya," Malaysiakini 4 Disember 2014.
Sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin (kononnya!) parti Gerakan itu menunjukkan dengan jelas kejahilan beliau dalam menghadapi suasana yang sepatutnya.  Walaupun Saudara Anwar tidak begitu terkesan dengan perlucutan gelaran demikian ( mungkin) namun ia tetap merupakan satu keadaan ‘malang’ yang menimpa. Dengan demikian seharusnya ditunjukkan perasaan simpati terhadap keadaan sedemikian, tidak kiralah dari siapa pun dan bukannya mempersendakan peribadi seseorang itu.
Dari sudut perasaan orang Melayu dan juga rakyat Malaysia yang beradab, maka tindakan pemimpin  Gerakan itu sudah dianggap tindakan yang biadab. Dan semacam tidak layak bagi beliau untuk menerajui kepimpinann pemuda parti Gerakan sekiranya beliau masih tidak memahami dengan mendalam adat dan budaya rakyat Malaysia khususnya orang Melayu.

Isu Kepemimpinan: Cakap Benar Mengenai Ekonomi

A Kadir Jasin
DALAM siri isu kepemimpinan kali ini, marilah kita berbincang sedikit mengenai ekonomi semasa. Tajuk ini mungkin berat tetapi sangat afdal kepada kelangsungan (survival) negara kita.
Saya tidak menyalahkan pemerintah dan media massa kawalannya kerana menghebahkan berita baik dan menguar-uarkan prestasi ekonomi yang dikatakan baik sehingga mendapat pujian pemimpin dunia.
Saya akui bahawa angka kasar menunjukkan ekonomi kita sihat. Pertumbuhannya jika diukur daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK/GDP) adalah memuaskan. 
Tetapi angka kasar boleh memesongkan. Misalnya, banyak rumah, kedai dan ruang pejabat didirikan. Pembinaan rumah, kedai dan pejabat yang banyak itu menyumbang kepada pertumbuhan KDNK.
Tauke simen, pasir dan keluli buat duit. Perunding dalam dan luar negara buat duit. Pekerja binaan Indonesia, Bangladesh, India dan Myanmar buat duit. Penjaja nasi lemak Melayu di bahu jalan pun buat duit.
Tetapi kita juga tahu dan lihat banyak rumah, kedai dan pejabat tidak dijual atau disewakan, tidak didiami dan digunakan. Ada yang ditenggelami lalang, ditumbuhi pokok jejawi atau roboh terus. Iklan untuk dijual dan disewa menyakitkan mata.
Inilah yang ahli ekonomi sebut sebagai pertumbuhan yang tidak berkualiti atau penyalahuntukan sumber (misallocation of resources). Bila rumah, kedai dan ruang pejabat tidak digunakan maka tidak berlakulah penokokan nilai (value added) dan kesan serapan (trickle down effect).
Kalau rumah dijual dan didiami, kedai disewa dan perniagaan dijalankan, pejabat dibuk dan kakitangan diambil barulah berlaku penokokan nilai dan kesan serapan.
Tidak salah Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hazadlah, menyatakan keyakinan yang matlamat mengurangkan defisit belanjawan 2014 kepada 3.5% KDNK masih boleh dicapai walaupun harga minyak jatuh teruk. Begitu jugalah kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, Tengku Zafrul Aziz, bahawa asas ekonomi (economic fundamentals) negara terus kukuh dan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zakariah Abdul Rashid, melihat prospeks ekonomi sebagai bercampur (mixed).
Malangnya, bukan harga minyak mentah saja jatuh. Harga minyak kelapa sawit dan getah sudah lama merudum. Permintaan ke atas komponen elektronik masih kukuh. Tetapi dengan ekonomi dunia diramalkan beku tahun hadapan, permintaan mungkin tidak kekal.
Petronas telah pun mengurangkan perbelanjaan modal (capex) dan memberi amaran mungkin tidak boleh membayar dividen yang tinggi kepada kerajaan. Tetapi kalau dipaksa, Petronas akan tambah dividen dan  kurangkan lagi capex.
Kredibiliti Maklumat Rasmi
Soalnya, bolehkah kita percayai dakwaan bahawa fundamental ekonomi kita kukuh apabila bukan saja harga komoditi utama kita jatuh malah kadar tukaran mata wang kita pun jatuh juga?
Sangat mengelirukan apabila Gabenor Bank Negara, Zeti Aktar Aziz, berkata bagus apabila nilai ringgit naik dan bagus juga apabila ia jatuh.

RCI: Polis tak siasat motif politik..!!

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mendapati pegawai polis yang ditugaskan untuk menyiasat pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing di Sabah tidak menyiasat sekiranya wujud motif lain daripada kewangan.

Menurut laporan itu, pegawai polis berkenaan, Ibrahim Zakaria, Badaruddin Ismail dan Ahmad Fauzan Mohd berpuas hati selepas membongkar motif kewangan untuk operasi digelar 'Projek IC' itu.

"Mereka menganggap, memadai jika dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara dan boleh tertakluk kepada penahanan mengikut ISA,” laporan itu dipetik.

Langkah antirasuah sekadar 'gilap imej'?


Walaupun mengalu-alukan peningkatan positif dalam indeks rasuah, PKR menyuarakan kebimbangannya terhadap kelemahan penguatkuasaan terhadap "skandal" besar dalam negara.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, tanpa tangkapan dan pendakwaan, usaha kerajaan hanya langkah “menggilap imej”.

Anggota parlimen Pandan itu membangkitkan berhubung angka statistik kerajaan yang didakwanya berbeza sama sekali dengan realiti masyarakat.

Rafizi berkata,  pentadbiran Datuk Seri Najib Razak “agak lucu” apabila mendabik dada dengan peningkatan tiga anak tangga di kedudukan 50 daripada 175 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) baru-baru ini.

Memetik Presiden Transperency International-Malaysia Datuk Akhbar Satar, Rafizi menegaskan bahawa perubahan itu turut disumbangkan  media atas talian dan media sosial selain aktivis yang menyiasat dan mendedahkan perlakuan rasuah.

"Oleh itu, pertambahan dua mata yang menaikkan kedudukan tiga tangga itu bukanlah bermaknana Putrajaya telah melakukan reformasi yang berkesan dalam membanteras rasuah.

“Ia juga tidak bermakna rasuah telah berkurangan di negara ini,” katanya.

Tiada peningkatan nyata perangi rasuah - Ramon

Ramon Navaratnam
Kedudukan Malaysia yang meraih 52 mata daripada 100 markah dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) merupakan satu prestasi yang cukup mengecewakan ketika negara sedang meniti tangga untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
Pengumuman CPI itu diumumkan oleh Transparency International (TI) yang berpangkalan di Berlin. Malaysia hanya memperbaiki dua mata berbanding 50 mata pada tahun 2013.
Bekas Presiden TI Malaysia, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, kedudukan yang diperoleh Malaysia itu masih lagi rendah iaitu berada pada kedudukan 50 daripada 175 buah negara.
Pada tahun 2013, Malaysia berada pada tempat ke-53 daripada 177 buah negara.
"Berdasarkan kedudukan itu Malaysia tidak menunjukkan pemulihan dalam gejala rasuah. Langsung tidak ada peningkatan yang nyata ketika kebanyakan kerajaan mengambil inisiatif memerangi gejala rasuah," katanya kepada MalaysiaGazette.
Navaratnam secara terbuka berkata, strategi-strategi yang dilaksanakan untuk mengekakang rasuah oleh kerajaan masih belum mencukupi menyebabkan kedudukan CPI Malaysia begitu teruk.