Khamis, 4 Disember 2014

Amanat Tuan Guru Mursyidul Am Sambutan 63 tahun PAS

Pro Mahasiswa menguasai MPPUM 2014/2015


Sebahagian penyokong Pro Mahasiswa berarak memasuki pekarangan pusat pengiraan undi selepas kumpulan mereka diumumkan mengekalkan kerusi majoriti pada pilihanraya kampus sesi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya 2014-2015 pada 4 Disember 2014. Foto: ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR.
Sebahagian penyokong Pro Mahasiswa berarak memasuki pekarangan pusat pengiraan undi selepas kumpulan mereka diumumkan mengekalkan kerusi majoriti pada pilihanraya kampus sesi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya 2014-2015 pada 4 Disember 2014
 
Barisan Pro Mahasiswa menang Pilihan Raya Kampus Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM) sesi 2014/2015 yang diadakan hari ini.
Barisan Pro Mahasiswa berjaya merampas sejumlah 21 kerusi daripada 40 yang dipertandingkan kali ini manakala Penggerak Aspirasi pula memperoleh 16 kerusi dan tiga kerusi fakulti dimenangi oleh calon bebas - dua di Fakulti Undang-Undang dan satu dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial.
Mengikut pecahan, Pro Mahasiswa menang lima kerusi umum dan 16 kerusi fakulti diikuti Penggerak Aspirasi sebanyak tiga kerusi umum dan 13 kerusi fakulti.
Para calon dan penyokong Pro Mahasiswa yang berpakaian formal hitam dengan bertudung merah dan jingga meraikan kemenangan sejurus selepas diumumkan oleh Naib Canselor UM, Prof Datuk Dr. Amin Jalaludin pukul 6 petang di Akedemi Pengajian Melayu.
Bagaimanapun calon Pro Mahasiswa dari Fakulti Pendidikan, Muhammad Khairul Anwar Kamaruddin yang dijangka mengekalkan kemenangan sesi lepas tetapi tewas.

Pidato Anwar: Bawa ke mahkamah jika UM tuduh saya bersalah - Muhammad Khairul


Muhammad Khairul Anwar
Bekas Exco Kebajikan dan Aduan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM), Muhammad Khairul Anwar Kamaruddin akan menuntut keadilan di mahkamah jika disabitkan bersalah tuduhan Panel Disiplin UM yang dirinya terlibat dalam insiden kekecohan pada Perhimpunan Malam Pidato Anwar November lalu.
Muhammad Khairul yang bertanding sebagai calon Fakulti Pendidikan pada Pilihan Raya Kampus MPP UM 2014/2015 kali ini menegaskan, panel prosiding yang menyiasat kes itu bersama tujuh lagi pelajar UM masih gagal menunjukkan sebarang bukti bagi menyabitkannya dengan kesalahan tersebut.
"Saya akan berdepan prosiding Lembaga Disiplin UM pada Selasa 9 Disember ini yang akan membacakan keputusan oleh panel yang diketuai Prof. Dr. Zanariah Abdullah. Jika saya disabitkan pertuduhan dan dijatuhkan hukuman, maka saya akan merujuk kes ini ke luar (mahkamah)..apa yang saya masih tuntut ialah bukti yang menyabitkan pertuduhan itu, mereka mesti tunjukkan," katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui di Pusat Mengundi Dewan Tunku Canselor di sini petang tadi.
Muhammad Khairul Anwar antara lapan orang mahasiswa yang sedang disiasat Panel Disiplin UM atas dakwaan terlibat dalam perhimpunan yang merobohkan pintu pagar institusi pengajian tinggi tertua di Malaysia itu.

Skandal KLIA2: Menteri, MHB digesa berhenti main 'taichi'

Menteri, MHB digesa berhenti main 'taichi' Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) diselar kerana didakwa “mengelak bertanggungjawab” terhadap gesaan pelaksanaan pengauditan berkaitan isu KLIA2.
Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (kanan) berkata, kedua-dua pihak itu mengelak cadangan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PCA) supaya MAHB diaudit berhubung isu sekitar lapangan terbang baru itu.
“Adakah kedua-dua pihak MAHB dan Kementerian Pengangkutan berpakat dan bermain 'taichi' dengan mengelak tanggungjawab yang dikemukakan dengan harapan itu itu secara saksi hilang daripada penelitian orang ramai?” soalnya.
PAC pada 25 November membentangkan laporan pedas terhadap laporan berkaitan MAHB dan KLIA2, yang menggesa audit dibuat terhadap kedua-duanya.
Pua menggesa Khazanah Nasional sebagai pemegang saham tunggal terbesar dalam MAHB untuk menuntut pengurusan tertinggi syarikat itu memulakan langkah 'mengalu-alukan' kemasukan juruaudit.

Siapa BN tanpa bukan Melayu?

Siapa BN tanpa bukan Melayu?
Umno, MIC dan MCA dibentuk dan digabungkan di dalam Parti Perikatan ketika negara kita berjuang menyambut kemerdekaan dan bertanding di dalam Pilihan raya Umum untuk mendapatkan sokongan majoriti rakyat, ada sebabnya.
Pemimpin pelbagai bangsa ketika itu tidak bergabung hanya untuk suka-suka. Mereka bergabung di bawah satu payung Parti Perikatan kerana mereka tahu, mereka perlukan sokongan dan undi daripada semua bangsa dan bukan hanya dari satu bangsa sahaja.
Begitu juga dengan keadaan pada masa kini. Umno tidak akan mampu berdiri megah seperti hari ini jika Umno tidak mendapat sokongan daripada bangsa lain melalui perikatan Barisan Nasional. Banyak kerusi Parlimen Umno hari ini datang daripada sokongan rakyat di Sabah dan Sarawak.
Walaupun hasil keputusan Banci 2010 menunjukkan peratusan warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu adalah 50.1% berbanding lain-lain bangsa (Cina – 22.5%; India – 6.7%; Bumiputera Bukan Melayu – 11.7%; lain-lain – 0.8%), ini langsung tidak menjadikan Umno kebal dan kuat kerana bukan semua orang Melayu menyokong Umno.
Sokongan orang Melayu berpecah kepada pelbagai parti lain terutamanya parti lawan seperti PAS, PKR malah DAP. Penyertaan ramai anak muda Melayu ke dalam DAP dilihat semakin menjadi ikutan walaupun wujud cakap-cakap yang menuduh golongan ini lupa daratan dan tidak kenang budi.
Jik dilihat di sebelah BN, selain daripada Umno, parti apa lagi yang menerima bangsa Melayu? Gerakan? Berapa ramai orang Melayu di dalam parti Gerakan? PPP? Berapa ramai orang Melayu di dalam PPP?
Pada hari ini, kita lihat isu perkauman begitu hebat dimainkan pelbagai pihak. Malah, ramai pemimpin daripada Umno juga turut terpalit bermain dengan isu perkauman di negara ini.
Tidak cukup dengan itu, semakin banyak pula NGO "ultra-Melayu" yang kononnya bangun mempertahankan Melayu dan Islam dengan mendakwa Melayu dan Islam semakin terancam. Persoalannya, terancam dengan apa dan siapa? Dan siapa pula yang sebenarnya terancam? Adakah Melayu dan Islam itu sendiri yang terancam atau pemimpin Melayu yang terasa diancam?
Adakah pemimpin dari Umno tidak sensitif dengan perasaan daripada rakan-rakan pemimpin dari parti-parti komponen BN yang lain? Bila mereka menghina bangsa lain, adakah pemimpin daripada lain-lain bangsa tidak terasa?
Pemimpin daripada mana-mana bangsa sekalipun, wajib menghentikan sebarang jenis "permainan" perkauman ini. Kita tidak mahu Tragedi 13 Mei berulang kembali. Semua bangsa wajib saling hormat menghormati dan saling bertolak ansur. Itu adalah resepi yang sekian lama kita terapkan di negara ini. Tidak rasa bersalahkan kita jika negara ini hancur dek kerana sikap kita yang rasis?
Tidak salah jika Umno memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam, tetapi jangan hingga kita menafikan dan mengabaikan hak bangsa dan agama lain. Jangan hingga kita menyakiti bangsa dan agama lain dek semata-mata mahu memenuhi nafsu kita. Ingat! Jika kita sakiti orang lain, jangan lupa mereka juga turut berupaya untuk menyakiti kita.

'Cincin Rosmah' undang ancaman saman PM, isteri

Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor mengancam menyaman Naib Presiden PKR Rafizi Ramli ekoran kenyataannya berkaitan “cincin mahal” Rosmah.

Surat tuntutan guaman itu dikeluarkan oleh tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Ia antaranya menyebut, wakil rakyat pembangkang itu menyakiti dan memalukan Najib dan isterinya.

Surat itu juga memetik beberapa bahagian dalam ucapan Rafizi (kiri) berkaitan harga minyak dalam sebuah acara di Kuala Lumpur pada 23 November, yang kemudiannya dimuat naik ke YouTube.

Antara lain, Rafizi dikatakan berkata kerajaan setiap bulan berjimat RM1 bilion yang boleh membeli “20 cincin mahal Rosmah” yang tiap satu bernilai RM20 juta.

Surat daripada peguam itu hari ini berkata dakwaan itu “tidak berasas dan palsu” dan dibuat dengan niat utama untuk menyerang dan merosakkan reputasi dan nama baik tanpa sebab munasabah.

Kehidupan tanpa subsidi

Oleh Rohami Shafie
Mulai Isnin lalu, kedua-dua harga petrol dan diesel diapungkan. Dengan keputusan kerajaan mengapungkan harga petrol RON95 dan diesel secara terkawal, maka bermulalah era kehidupan rakyat Malaysia tanpa subsidi minyak.
Sebelum ini kerajaan telah melaksanakan pengapungan terkawal bagi harga petrol RON97. Sudah tentu, keputusan sepenting ini yang dibuat oleh kerajaan akan mendapat pelbagai reaksi dari rakyat.

Pada kala ini, harga pasaran minyak dunia semakin rendah. Kesan positifnya sudah tentu dirasai oleh rakyat apabila kerajaan telah menurunkan harga petrol RON95 kepada RM2.26 seliter berbanding RM2.30 seliter sebelum ini. Harga petrol RON97 pula ditetapkan kepada RM2.46 seliter, penurunan sebanyak 9 sen. Bagaimanapun, harga diesel meningkat sebanyak 3 sen seliter kepada RM2.23 seliter.
Dengan pemansuhan subsidi minyak, tidaklah perlu lagi pihak-pihak berkenaan mengulang tayang alasan yang sama untuk merasionalkan keputusan kerajaan mengurangkan subsidi minyak. Selepas ini, sebagai rakyat biasa, mahu tidak mahu kita akan berhadapan dengan situasi naik turun harga minyak pada setiap bulan. Sememangnya keputusan ini disambut baik oleh penganalisis dan pakar kewangan kerana selama ini subsidi minyak juga disalurkan kepada golongan yang ‘terlebih’ berkemampuan yang mana pendapatan mereka berpuluh-puluh ribu ringgit ke atas sebulan.
Walhal, tujuan asal subsidi minyak untuk membantu golongan bawahan berpendapatan rendah yang mana pada era 20-30 tahun lalu, ramai rakyat kita berpendapatan rendah. Pada masa sekarang, golongan berpendapatan sederhana semakin ramai dan ada di antara mereka sudah berjaya keluar menjadi golongan berpendapatan tinggi. Jadi, adakah subsidi juga perlu diberikan kepada mereka?
Sebelum ini bukan setakat mereka menikmati subsidi minyak, warga asing yang bekerja dan belajar di sini pun menikmati subsidi minyak sedangkan wang untuk menampung subsidi berkenaan adalah wang rakyat Malaysia. Disebabkan penambahan populasi rakyat Malaysia dan warga asing, ditambah pula harga minyak yang tidak semurah dahulu, subsidi minyak yang ditanggung oleh kerajaan meningkat sama sekali.

Dakwaan ‘Persiaran Chin Peng’, laporan polis dibuat terhadap UMNO


LGE_Gobind_PPS


GEORGE TOWN, 4 DIS: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membuat laporan polis terhadap fitnah jahat Pemuda UMNO yang menuduh Persiaran Gurney akan ditukar nama kepada Persiaran Chin Peng, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.
“Perkara mengenai pertukaran nama langsung tidak pernah wujud. Persiaran Gurney tetap dengan nama Persiaran Gurney.
“Mana dia dapat maklumat seperti ini? Kononnya dari Pejabat Ketua Menteri, sedangkan saya sendiri pun tak tahu macam mana dia boleh kata ada sumber dari pejabat saya?
“Ini adalah tuduhan jahat dan kerajaan negeri mengutuk penipuan seperti ini.
“Kami juga akan membuat laporan polis terhadap Pemuda Umno khususnya Rafizal (Ketua Pemuda Pulau Pinang) kerana sengaja menimbulkan kebencian kaum,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan..
Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim baru-baru ini mendakwa kerajaan Pulau Pinang bercadang menukar nama Persiaran Gurney kepada Persiaran Chin Peng berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.

Rakyat beli lebih murah jika syarikat minyak tentukan harga, kata PAS

Putrajaya perlu membenarkan persaingan syarikat minyak dalam menentukan harga pasaran bagi membolehkan rakyat menikmati harga runcit yang lebih rendah, kata PAS hari ini.
Pengarah eksekutif pusat penyelidikannya, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, di saat harga minyak mentah dunia mencatatkan penurunan sebanyak 40% tetapi harga runcit bahan bakar di negara ini hanya diturunkan pada kadar 1.7%.
”Sejak minyak dinaikkan 20sen pada 2 Oktober lalu, rakyat perlu menambah RM8 pada setiap pembelian 20 liter. Tidak diketahui mengapa begitu jadinya.
Bagaimanakah sistem apungan terurus ini diuruskan?“Kalau kerajaan pusat boleh memberi jaminan keuntungan kepada syarikat minyak dan juga stesen minyak, PAS dan Pakatan Rakyat menuntut supaya kerajaan juga terus memberi 'subsidi' kepada rakyat bagi memastikan harga runcit dapat diturunkan.
“Ia juga bagi mengurangkan kesan berantai terhadap barangan dan perkhidmatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dzulkefly berkata kerajaan perlu memberi keizinan kepada lima syarikat minyak yang beroperasi “bersaing antara satu sama lain” dalam menawarkan harga runcit di stesen minyak. “Pengusaha stesen minyak boleh menawarkan harga yang lebih rendah dari harga siling, yang mana boleh dilihat diamalkan di negara maju lain.
 “Dengan cara ini, ia membolehkan satu persaingan di antara penguasaha minyak, selain memberi banyak pilihan kepada pengguna,” katanya‎. Bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, langkah tersebut dilihat tidak menyalahi undang-undang dan boleh diamalkan di negara ini.
Dzulkefly berkata, Putrajaya juga perlu mencari kaedah baru yang lebih telus menggantikan Mean of Platts Singapore (MOPS) dalam mengira harga minyak runcit semasa
. “Mengapa guna MOPS sehingga kini? Kita cukup kapasiti menapis minyak selama 30 tahun dari 1983 membangun industri penapisan minyak dan gas yang sudah matang di Melaka dan Port Dickson.

Adun PR lapor SPRM mangsa banjir belum dapat bantuan tahun lalu.

KUANTAN: Dua Adun Pakatan Rakyat (PR) dalam Parlimen Indera Mahkota hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu kegagalan melunaskan janji bantuan banjir tahun lalu.

Adun Beserah, Andansura Rabu dalam sidang medianya berkata, laporan tersebut adalah susulan kenyataan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kelmarin yang menyatakan kekesalan terdapat mangsa banjir yang masih belum menerima bantuan yang dijanjikan.

“Pagi ini saya bersama Adun Semambu, Lee Chean Chung menghantar laporan dan memohon SPRM menyiasat kenapa sudah menjangkau setahun terdapat ramai mangsa banjir tahun lalu yang belum menerima bantuan dijanjikan.

“Kami juga menggesa disiasat ke manakah melencongnya wang yang dijanjikan kerana terdapat dua bantuan sepatutnya. Pertama mangsa sepatutnya menerima sebanyak RM750 dari Kerajaan Negeri Pahang dan kedua RM1,000 dari pihak UAE,” katanya.

Andan berkata, selain itu kerajaan negeri juga berjanji memberi peti ais dan televisyen kepada mangsa banjir namun ada mangsa yang dapat dan ramai yang belum menerimanya.

Awal Disember tahun lalu kira-kira 30,000 mangsa banjir di Kuantan terpaksa berpindah dalam malapetaka paling buruk di daerah ini.

Letak jawatan ketua pembangkang jika tak mahu pimpin PAC, kata Speaker Selangor

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias perlu meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sekiranya berhajat menolak pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan (PAC) negeri itu, kata Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh.
Yeoh yang juga Adun Subang Jaya berkata, Shamsudin tidak lagi mempunyai alasan menolak jawatan berkenaan memandangkan Peraturan Tetap 68(1) (Pindaan) DUN Selangor yang diluluskan hari ini mengkehendaki ketua pembangkang mengetuai jawatankuasa berkenaan.
"Beliau tidak boleh menerima fasiliti yang disediakan tanpa menjalankan tugasnya," kata Yeoh pada sidang media di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam, hari ini.
 "Jika menolak pelantikan ini, beliau perlu meletak jawatan sebagai ketua pembangkang kerana peraturan itu menetapkan, ketua pembangkang harus mengetuai jawatankuasa tersebut.
" Shamsudin menolak pelantikannya yang diputuskan hari ini atas alasan berlaku ketidakseimbangan dalam pelantikan tujuh anggota PAC negeri itu. "Saya tidak bersetuju pelantikan itu atas dasar penguatkuasaan, kalau nak bagi kuasa kena berkesan.
"Jika majoriti (ahli) diberikan kepada Barisan Nasional (BN) sebagai pembangkang, saya terima," kata Shamsudin kepada pemberita sebelum itu. "Saya minta pembangkang ini ada majoriti. Kalau kita buat teguran, kita adalah majoriti, kalau mereka tidak hadir mesyuarat apa saya boleh buat," katanya, dan menambah," Atas dasar prinsip itu, saya menolak, walaupun Dewan memutuskan."
Shamsudin berkata, pihaknya akan menghantar surat penolakan pelantikan itu kepada Yeoh dalam masa terdekat. Yeoh bagaimanapun berkata, DUN mengkehendaki ketua pembangkang yang menjalankan tugas berdasarkan peraturan tetap yang diluluskan.

Gelar Datuk Seri di beri tanpa saya membuat sebarang permintaan - Anwar

Darjah Kebesaran S.S.S.A. ini telah dikurniakan kepada saya pada tahun 1992 oleh Almarhum Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tanpa saya membuat sebarang permintaan atau permohonan
anwar-jataPETALING JAYA: ”Saya akan tetap menjalankan tugas-tugas saya,” kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas pelucutan Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A.) oleh Sultan Selangor.
Beliau menambah, tugas tersebut termasuklah yang dalam menjunjung perlembagaan negara, Raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen serta akan sentiasa mendukung perjuangan untuk meningkatkan martabat rakyat.
Katanya, beliau akan meneruskan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor demi menjaga kepentingan negeri itu dan rakyatnya.
“Saya mengambil maklum, berdasarkan kenyataan media Dato’ Haji Mohamad Munir Bani, Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, bahawa Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A.) telah ditarik balik berkuatkuasa 3 November 2014.

Pemuda PAS: Kelantan bukan seperti Sabah boleh buat IC palsu

Suhaizan mendakwa di Sabah, Ahli Parlimen mereka sendiri tidak mengenali pengundi

Suhaizan-KaiatPETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berkata Naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak memahami polisi pengundi pilihanraya di Kelantan.
Sebelum ini Shafie berkata Barisan Nasional (BN) pastinya sudah berjaya merampas pentadbiran negeri Kelantan sekiranya ia terlibat mengeluarkan kerakyatan kepada pendatang asing.
Suhaizan membidas kenyataan tersebut dan mengatakan jika di Sabah IC (Kad Pengenalan) pengundi palsu boleh berlaku berbanding di Kelantan kerana Ahli Parlimen dari Sabah sendiri tidak mengenali pengundi mereka.
“Di Kelantan memang tidak boleh membuat klon IC ini. Petugas mereka sangat mengenali setiap saluran pengundi. Jika berlaku penipuan, mereka akan terperangkap di peringkat saluran pengundi itu,” katanya ketika dihubungi oleh FMT.

RCI: Apa lagi Jeffrey mahu? kata Menteri Umno


Apa lagi yang pemimpin politik Sabah Datuk Jeffrey Kitingan mahukan selepas laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pendatang haram Sabah dikeluarkan?

Persoalan itu dibangkitkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal (bawah) hari ini.

“Apa lagi yang kamu mahu? Kamu mahu RCI, RCI telah dibentuk.

“Kamu mahu badan bebas dalam jawatankuasa, ada badan bebas. Kamu maju kami beri laporan, laporan sudah ada,” katanya dalam sidang media hari ini.

Jeffrey semalam berkata laporan yang dikeluarkan bertujuan menyelamatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikaitkan dengan “Projek IC” pemberian kad pengenalan sebagai tukaran undi sebelum ini.

RCI Sabah sahkan penglibatan kerajaan dalam projek IC


jimmy_wong_Kota_Kinabalu

KOTA KINABALU, 4 DIS: Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Pendatang Tanpa Izin di Sabah mengesahkan spekulasi rakyat negeri ini mengenai keterlibatan kerajaan dalam projek IC.
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy Wong Sze Phin berkata, rakyat Sabah tidak percaya dengan penemuan kononnya kerajaan dan parti politik tidak terlibat  dalam projek IC.
“Kesaksian bekas pegawai-pegawai JPN adalah mencukupi untuk mengaitkan pihak kerajaan.
“Kita masih ingat tiga bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang memberi keterangan kepada panel RCI dan kemudian ditahan di bawah ISA kerana memberi kad pengenalan kepada warga asing,’ kata Jimmy dalam satu kenyataan.
Laporan RCI dibentangkan semalam mendapati kononnya tidak ada penglibatan parti politik, mahupun motif politik dalam Projek IC.
Malah ia sekadar menyalahkan sindiket melibatkan bekas pegawai JPN dan gejala rasuah di jabatan tersebut.
“UMNO terlibat. Ramai (dari kalangan warga asing yang mendapat kad pengenalan) turut didaftarkan sebagai pengundi,” ujar Jimmy.
Penemuan RCI Sabah mendapati sejumlah 68,703 warga asing diberi kerakyatan antara tahun 1963 sehingga 31 Ogos 2013. Sebahagian darinya didapati turut berdaftar sebagai pengundi, namun angka sebenar tidak diketahui.

Najib dikhianati kawan?

Oleh Mohsin Abdullah

Rupa-rupanya ada kawan yang 'tikam' atau mahu 'tikam' Datuk Seri Najib Razak dari belakang . Dan rupa-rupanya ada pihak dalaman yang jumpa beliau pun mereka enggan.
Ini bukan fitnah mahupun andaian atau ramalan tukang tilik dan ahli nujum politik.Ini pendedahan yang dibuat orang paling rapat dengan perdana menteri sendiri. Tidak lain isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Apabila Rosmah berkata beliau kecewa terhadap mereka yang cuba memperkecilkan kepimpinan Najib, persoalan yang timbul ialah siapakah 'mereka' itu? Jika pembangkang yang dimaksudkan bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.
Namun kata Rosmah ketika pemimpin dunia termasuk Vladimir Putin meminta untuk bertemu Najib, di dalam negara seolah-olah ada keengganan walaupun di kalangan golongan dalam parti sendiri.
Parti sendiri bermakna parti Najib - Umno. Tapi mungkinkah beliau maksudkan Barisan Nasional (BN)? Walaupun BN ialah gabungan pelbagai parti bukannya satu parti.
Dan berkata lagi Rosmah:“Jangan tikam belakang kawan. Let’s play the game together. Kadang-kadang saya sedih tengok suami saya. Bila beliau minta tolong, tolonglah.”
Tidak mungkin Rosmah berkata demikian jika tidak ada 'kawan' (atau jika beliau tidak percaya ada kawan) yang sudah atau pun merancang 'menikam' Najib dari belakang. Dan tidak akan berkata Rosmah sedemikian seandainya tidak ada orang Umno yang tidak mahu tolong ketika Najib meminta pertolongan.

Mampukah politik kita hasut rakyat berfikir?

Oleh Mahdzir Ibrahim
Dua orang kaya, setiap seorang menghabiskan RM1 juta membeli bunga-bungaan untuk hiasan rumah agamnya. Seorang membeli bunga plastik yang bewarna-warni dan seorang lagi membeli bunga hidup yang segar.
Faktor tarikan bagi yang membeli bunga plastik itu agak mudah, bunga plastik tidak memerlukan kos penjagaan tambahan, tidak seperti bunga hidup, sebaliknya lebih mudah dijaga, ditukar ganti jika rosak dan ia tahan lebih lama, ini rasional untung ruginya.

Malah, dia menganggap pembelian rakannya yang membeli bunga hidup itu merupakan satu kerugian kerana bebanan kos dan masa yang akan ditanggung kelak.

Tanggungjawab yang lebih berat terpaksa dipikul bagi si kaya pembeli bunga hidup. Ini mungkin faktor penolakan bagi si kaya bunga plastik. Namun bagi Si Kaya yang membeli bunga hidup, dia yakin pembelian bunga-bunga hidup itu juga bermakna memberi kehidupan kepada pihak lain, misalnya kepada si pembuat baja pokok atau bunga.
Pelbagai lagi tafsiran antara pro dan kontra tentang keadaan ini. Semua ini ada rasional yang berlapis-lapis dan lapisan ini akan membezakan pilihan mana yang lebih diterima.
Politik untuk kepentingan siapa?
Keadaan ini juga menyatakan dengan jelas sikap manusia. Adam Smith dalam Wealth of Nation menyifatkan makanan yang kita semua makan bukan kerana ehsan si pembuat makanan itu, tetapi diperolehi daripada kepentingan si pembuat makanan itu.
Baik si penjual bunga dan juga kedua-dua Si Kaya yang membeli bunga-bunga ini mempunyai ciri yang sama iaitu kerana dan untuk kepentingan diri masing-masing.
Begitu juga dengan dua koalasi parti politik yang ingin bertaruh menjadi kerajaan dan memimpin rakyatnya. Di Malaysia, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
Kedua-duanya adalah seteru yang berkongsi asas atau sumber yang sama untuk memenuhi keperluan dan kehendak rakyatnya.
Kehendak rakyatnya itu pula pelbagai dan tidak terbatas sedangkan sumber bagi entiti BN dan PR ini tetap juga terbatas, wang misalnya.

“Kad pengenalan biru etnik Suluk tulen” - MPSS

Semua pihak terutamanya masyarakat di Sabah perlu menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka
Mohd Zaki Harry SusantoPETALING JAYA: Pengumuman laporan hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang asing (PATI) di Sabah, perlu diterima dengan hati terbuka oleh semua pihak tanpa membuat sebarang andaian negatif, kata Setiausaha Majlis Permuafakatan Suluk Sabah (MPSS), Mohd Zaki Harry Susanto.
Lapor Bernama, siasatan yang dibuat dalam RCI adalah telus kerana ia dilakukan tanpa campur tangan mana-mana pihak yang berkepentingan.
“Oleh itu semua pihak terutamanya masyarakat di Sabah perlu menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada masa yang sama, Mohd Zaki berkata pengumuman itu telah memberikan kelegaan kepada masyarakat Suluk tempatan di Sabah kerana pelbagai persoalan yang selama ini sering dikaitkan dengan mereka telah terjawab dalam laporan hasil siasatan itu.
“Jelas sekali bahawa semua kad pengenalan biru yang diperolehi oleh etnik Suluk di Sabah dipohon selepas pembentukan Malaysia antara tahun 1970-an dan 1980-an adalah tulen serta tidak boleh dipertikaikan kesahihannya.
“Sungguh pun begitu, kita tidak menolak wujudnya elemen kebarangkalian ‘projek IC’ sebagaimana yang dimaklumkan dalam pengumuman hasil siasatan RCI kelmarin, tetapi kita harus meletakkan kesalahan tersebut kepada kegagalan individu yang tidak berintegriti ketika menjalankan tugas dan amanah sebagai pegawai kerajaan,” katanya

Dua jawatankuasa kaji Laporan RCI

Jawatankuasa Pairin akan mengkaji Laporan RCI dan membuat cadangan kepada Jawatankuasa Musa.
rci_logo_300KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Musa Aman dan Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi akan mengetuai jawatankuasa tetap Laporan Royal Commission of Inquiry (RCI) sementara Timbalan Ketua Menteri Joseph Pairin Kitingan akan mengetuai panel pengurusan, menurut suatu kenyataan rasmi.
Jawatankuasa Pairin akan mengkaji isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan RCI tentang pendatang tanpa izin di Sabah dan kemudiannya membuat cadangan kepada jawatankuasa tetap.
Laporan yang dibentangkan di Kota Kinabalu mendedahkan bahawa 67,675 pendatang tanpa izin telah diberikan kad pengenalan biru dan 68,703 lagi diberikan kewarganegaraan.
RCI telah ditubuhkan pada 11 Ogos 2012 untuk menyiasat masalah berkaitan dengan kewarganegaraan dan pendatang tanpa izin di Sabah.
Siasatan tersebut berkait rapat dengan Projek IC, iaitu pemberian kewarganegaraan secara sistematik kepada pendatang tanpa izin.
RCI memulakan pendengaran awam di kompleks mahkamah Kota Kinabalu pada 14 Januari 2013 dengan panel juri sebanyak lima orang yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Steve Shim Lip Kiong.

RCI akui salah laku beberapa individu

Sindiket yang cuba menjejaskan kedaulatan negara ini mesti dihapuskan dan dikenakan dengan hukuman berat.
KOTA KINABALU: Berdasarkan penemuan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang tanpa izin di negeri ini, ia mendapati wujud salah laku dilakukan oleh beberapa individu dengan tujuan mengaut keuntungan.
musa amanKetua Menteri Sabah Musa Aman berkata tindakan salah yang serius ini dilakukan oleh individu-individu yang tamak dan mereka sudah dibawa ke muka pengadilan atas jenayah yang mereka lakukan,” katanya selepas diberi taklimat mengenai penemuan dan saranan-saranan RCI di mesyuarat mingguan kabinet negeri.
Mengalu-alukan laporan penemuan RCI itu, beliau berkata Kabinet Negeri dengan sebulat suara menyokong semua saranan yang dikemukakan untuk menyelesaikan isu ini. Penemuan itu dikeluarkan oleh panel bebas yang mendengar dan meneliti keterangan-keterangan ramai saksi.
Namun katanya, Kabinet Negeri mahu pihak berkuasa mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan sekaligus semua isu berkaitan pendatang tanpa izin di negeri ini.
“Kerajaan persekutuan dibawah Perdana Menteri Najib Tun Abdul Razak, menunaikan janjinya untuk membentuk RCI dan mengumumkan penemuan-penemuannya,” katanya menambah tindakan konkrit bagi memastikan supaya masalah ini tidak berlaku semula, mesti dilakukan.
Beliau menggesa, mana-mana sindiket yang cuba menjejaskan kedaulatan negara ini mesti dihapuskan dan dikenakan dengan hukuman berat.

Malaysia bawa masuk pekerja asing lagi?

Oleh HAMBALI AKRAM
KECOH isu pendatang asing di Cameron Highlands masih belum kebah, tiba-tiba Malaysia dan Bangladesh menandatangani suatu memorandum persefahaman (MoU) semalam bagi membawa masuk 12,000 pekerja Bangladesh ke Sarawak.

Menurut Perdana Menteri, sektor perladangan di Sarawak kini memerlukan 60,000 pekerja dan keperluan itu akan dipenuhi secara berperingkat.

Bagi saya, tidak perlulah ada memorandum baru. Jumlah pekerja asing di negara kita juga sudah terlalu banyak sehingga menyekat peluang kerja warga negara sendiri.

Saya mencadangkan agar mana-mana PATI yang ditahan khususnya dari Bangladesh diberi pilihan sama ada dihantar pulang atau dihantar bekerja di sektor perladangan di Sarawak. Sudah tentu tidak banyak beza kerja di ladang di Cameron Highland dengan Sarawak.

Jika ini dapat dilakukan, kerajaan dapat menjimatkan kos untuk menanggung makan minum dan sebagainya PATI di pusat tahanan.

Yang membimbangkan saya ialah di sebalik operasi penahanan PATI ini hanyalah “wayang” kepada isu lain. Hal ini kerana, ketika operasi menagkap PATI, kita mengadakan perjanjian baru untuk membawa pekerja asing masuk. Jadikan sahaja PATI itu sebagai pekerja yang sah dan tidak perlu lagi apa-apa perjanjian baru.

Projek IC : SAMM desak kerajaan heret pihak bersalah

Tindakan menjual kad pengenalan itu adalah satu bentuk tindakan khianat terhadap kedaulatan dan keselamatan negara secara amnya dan Sabah secara khususnya.
Badrul Hisham ShaharinPETALING JAYA : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Kerajaan Persekutuan mengheret pihak yang bersalah dibicarakan di mahkamah terbuka berhubung pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah.
Pengasasnya, Badrul Hisham Shaharin berkata ini disebabkan, tindakan menjual kad pengenalan itu adalah satu bentuk tindakan khianat terhadap kedaulatan dan keselamatan negara secara amnya dan Sabah secara khususnya.
“Kerajaan Persekutuan tidak boleh berdiam diri. Mereka yang bersalah perlu diheret ke muka pengadilan. Atau Kerajaan Persekutuan masih lagi berhasrat untuk menyorokkan sesuatu.
“Walaupun RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) hanya beranggapan mungkin wujud ‘Projek IC’ tetapi RCI juga tidak menafikan perkara ini. Maka SAMM berpandangan projek pemberian IC bagi tujuan politik ini tetap berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, mustahil ‘Projek IC’ itu hanya sekadar bermotifkan keuntungan kewangan semata-mata dan persoalan berhubung kewujudan ramai penerima kad pengenalan yang banyak terdapat dalam daftar pemilih perlu dijawab.

PAS desak Najib bertindak pertahan nilai ringgit

KUALA LUMPUR: Kejatuhan harga minyak mentah dunia turut menyumbang kepada kejatuhan nilai ringgit berdasarkan konsep permintaan dan penawaran, selain faktor sentimen dan persepsi di kalangan pelabur.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, menegaskan sebagai negara tunggal dalam mengeksport minyak di seluruh Asia Tenggara, sentimen dan persepsi terhadap Malaysia akan jatuh, ditambah dengan hutang negara yang semakin membengkak.

"Apabila harga minyak mentah menjunam, hasil negara akan berkurangan selain hutang kerajaan yang bertambah. Maka ia akan menyebabkan persepsi dan sentimen terhadap negara jatuh apabila mereka mula menolak untuk berurusniaga dalam nilai ringgit," tegas beliau pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Begitu juga penggantungan nilai mata wang itu, katanya berdasarkan konsep permintaan dan penawaran yang jelas akan terjejas apabila tiada pihak yang mahu berurusniaga dengan Malaysia.

Katanya, sekiranya permintaan terhadap Ringgit Malaysia tinggi, maka nilai mata tinggi, dan begitu juga sebaliknya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbuat sesuatu bagi memastikan nilai mata wang dipertahankan, selain mengawal perbelanjaan dan hutang negara agar tidak terus culas dan membarah.

Saya tidak pernah mohon ‘Datuk Seri’ Selangor, kata Anwar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah membuat sebarang permohonan atau permintaan kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A.) yang membawa gelaran "Datuk Seri" kepadanya pada 1992, namun darjah kebesaran itu dikurniakan kepadanya atas perkenan bekas Sultan Selangor itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya hari ini, Anwar berkata, beliau akan tetap meneruskan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, namun akan sentiasa menjunjung Perlembagaan negara, Raja berperlembagaan, dan demokrasi berparlimen di negara ini. "Saya mengambil maklum, berdasarkan kenyataan media Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A.) ditarik balik berkuatkuasa 3 November 2014.
 "Darjah Kebesaran S.S.S.A. ini dikurniakan kepada saya pada tahun 1992 oleh Almarhum Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tanpa saya membuat sebarang permintaan atau permohonan, dan saya menjunjung kasih terhadap ihsan Almarhum Tuanku yang berkenan untuk mengurniakan penghormatan ini kepada saya," katanya, dalam kenyataan itu, tanpa menggunakan gelaran "Datuk Seri".

Selepas Tony Pua, Najib saman Rafizi

Selepas menyaman Tony Pua berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini menyaman Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli pula berhubung subsidi minyak.
Menurut ahli Parlimen Pandan itu, beliau menerima surat‎ memohon penjelasan daripada firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili Najib hari ini.
"Saya berasa bangga mendapat saman dari seorang perdana menteri kerana mempertahankan hak rakyat untuk mendapatkan subsidi minyak sekurang-kurangnya 30 sen seliter dalam keadaan pimpinan negara berbelanja sewenang-wenangnya dana rakyat dalam projek-projek yang membebankan rakyat seperti 1MDB," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Surat‎ memohon penjelasan daripada firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili Datuk Seri Najib Razak. – Gambar ihsan Rafizi Ramli, 4 Disember, 2014.Surat‎ memohon penjelasan daripada firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili Datuk Seri Najib Razak. – Gambar ihsan Rafizi Ramli, 4 Disember, 2014."Saya sudah menjangkakan bahawa Datuk Seri Najib Razak akan mengambil tindakan saman terhadap saya selepas rakan saya YB Tony Pua menerima surat yang sama minggu lepas.  "Saya percaya ia ada kena mengena dengan kritikan berterusan dari kami berdua mengenai 1MDB," katanya.
Pada 21 November lalu Najib menghantar surat tuntutan kepada Pua ekoran kenyataan yang dibuat terhadapnya pada 3 November mengenai 1MDB.
Dalam surat yang ditandatangani peguamnya Datuk Mohd Hafarizan Harun, Pua diminta menyiarkan penarikan balik kenyataan itu dan memohon maaf dalam masa 14 hari dalam dua akhbar nasional atau menghadapi tindakan saman ekoran ucapannya yang dirakamkan pada 3 November bertajuk "Tony Pua: Najib is creating the biggest scandal ever in the history of Malaysia".
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga diminta mengeluarkan video itu dari Internet, hentikan sebarang kenyataan fitnah dan membayar sejumlah wang pampasan kepada Najib.
Menurut Rafizi, beliau sudah beberapa kali menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan pimpinan Umno berhubung isu subsidi minyak.
"Sehingga sekarang tidak ada seorang pun pimpinan Umno – dari ketua Pemudanya hingga ketua penerangan yang berani tampil berdebat mengenai subsidi minyak ini," kata Rafizi merujuk kepada Khairy Jamaluddin dan Datuk Ahmad Maslan.
"Maka, surat ke arah tindakan saman dari Datuk Seri Najib Razak ini kena tepat pada masanya. Dalam keadaan tiada pimpinan Umno yang berani berdebat secara terbuka mengenai subsidi minyak, sewajarnya Najib tampil menjawab hujah-hujah saya secara terbuka."

Anwar ada berapa banyak 'Datuk Seri'?

Walaupun gelarannya ditarik balik oleh istana Selangor, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih boleh menggunakan gelaran “Datuk Seri”.

Ini kerana Anwar mempunyai tujuh lagi darjah kebesaran itu yang dianugerahkan padanya, menurut laman web Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri.

Ini termasuk anugerah daripada daripada Perlis (1995), Perak (1995), Pahang (1990), Pulau Pinang (1994), Sabah (1994), dan lain-lain.

Beliau juga mendapat darjah kedua daripada Pulau Pinang dengan gelaran “Datuk” pada 1991.

Kesemua anugerah itu diperoleh antara 1990 dan 1995, ketika beliau bertugas dalam kerajaan. Anwar dilantik timbalan perdana menteri pada 1993 sebelum dipecat beberapa tahun kemudiannya.

Mahkamah Persekutuan siapkan penghakiman kes Anwar, kata ketua hakim negara

Mahkamah Persekutuan sedang menyiapkan penghakiman berhubung rayuan terakhir Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan hukuman penjara 5 tahun atas sabitan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 6 tahun lepas. Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata beliau tidak dapat memberikan tarikh tepat kerana panel hakim masih menyiapkan penghakiman mereka. "Saya tidak boleh memberitahu tarikh sebenar sehingga kami (hakim) melengkapkan penghakiman.

Kami masih membaca penghujahan, biarlah kami membaca terlebih dahulu sebelum menulis penghakiman. Berilah kami ruang untuk menyediakannya," katanya ketika ditanya mengenai tarikh pengumuman keputusan kes rayuan Anwar oleh Mahkamah Persekutuan.  Arifin, yang mempengerusikan panel lima hakim dalam kes rayuan itu berkata, seseorang hakim diberi tempoh yang munasabah untuk menyelesaikan penghakiman kerana setiap kes adalah berbeza.

Empat lagi hakim ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan tiaga Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali. Arifin berkata, amalan standard bagi Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan untuk menyiapkan penghakiman mereka ialah dalam tempoh tiga bulan selepas kes itu didengar. "Tetapi dalam kes tertentu, mahkamah (Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) akan mengambil masa lebih lama, mungkin sehingga enam bulan untuk menyiapkan penghakiman. Ia bergantung kepada kerumitan kes itu," katanya.

Pada 7 November, Mahkamah Persekutuan menangguhkan penghakiman berhubung rayuan kes itu selepas mendengar hujahan peguam Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan yang mengetuai pasukan 15 peguam termasuk tiga anak mendiang Karpal Singh, Ramkarpal Singh Deo, Sangeet Kaur Deo dan Gobind Singh Deo serta peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mengetuai pasukan pendakwaan.

Bernama TV Terus Tenat, Mana Janji Shabery Cheek?

Janji Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek untuk melakukan pembaharuan di Bernama TV menjelang awal tahun 2015, masih tidak menampakkan sebarang tanda positif sehingga ini.

Tidak dapat dipastikan sama ada rancangan yang diumumkan oleh Shabery Cheek sebelum ini untuk menukar Bernama TV menjadi saluran berita bahasa Inggeris sepenuhnya akan menjadi kenyataan atau sebaliknya.

Ketika ini bukan saja tiada tanda-tanda ke arah itu sedang dilakukan, malah kedudukan gaji sebahagian kakitangan yang belum dibayar sejak Oktober, masih juga kabur bila akan dilunaskan.

Ada kakitangan yang tertunggak gajinya sejak Oktober manakala ada juga yang tidak dibayar sejak November. Menjelang musim persekolahan yang bakal bermula beberapa minggu saja lagi, tidak diketahui sama ada masih terdapat cahaya di hujung terowong atau sebaliknya yang muncul nanti adalah rempuhan kepala keretapi yang datang tanpa belas kasihan menimpa semua kakitangan bernasib malang itu.

Disebabkan tidak mampu membayar elaun kepada penyampai senior seperti Sharkawi Jirim dan Dahlan Maamor, Bernama TV kini hanya mengulang-ulang program lama Ruang Bicara yang dihostkan oleh kedua-duanya itu.

Beberapa bulan lalu, blog ini pernah mendedahkan mengenai kemelut dalam Bernama TV yang menghadapi masalah tidak mampu membayar gaji serta elaun kakitangannya berikutan kedudukan kewangannya yang meruncing. Walaupun mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan tetapi disebabkan pendapatan iklan yang rendah, masalah kewangan ini nampaknya berulang kembali.

Masa itu mereka faham makna 'you change or you die'

ASPAN ALIAS
 
SAYA terdengar dan terlihat ramai yang memberikan komen tentang perhimpunan agung Umno yang baru berlalu itu hanya berkisar siapa yang berjaya dan siapa yang kalah moralnya dalam perhimpunan itu.

Ada yang berpendapat Muhyiddin dan Zahid merupakan pemenang dalam perhimpunan itu jika dibandingkan dengan apa yang dicapai oleh Najib secara peribadi.

Kesemua komen-komen di kalangan ahli-ahli Umno itu hanya berkisar tentang siapa yang lebih bertambah pengaruh di kalangan perwakilan Umno itu.

Hanya beberapa kerat sahaja yang memikirkan isu ini dalam konteks yang lebih besar, seperti isu sama ada Umno berjaya menghilangkan persepsi buruk rakyat yang ramai.

Tidak ramai yang teringat yang Umno itu parti politik terbesar, dan dalam isu krisis kepimpinan yang dihadapi oleh parti itu bukannya hanya melibatkan ahli-ahli Umno.

Mereka terlupa yang lebih penting ialah imej dan pandangan baik terhadap parti itu kerana yang akan dihadapi oleh parti itu ialah masyarakat awam dan bukannya setakat ahli-ahli Umno sahaja.

63 tahun: PAS perlukan orang yang berguna

SEJAJAR dengan usianya yang kini sudah 63 tahun, PAS bukan sahaja perlu menjadi pemimpin kepada orang-orang Melayu-Islam, tetapi juga pemimpin kepada kaum-kaum lain atau pemimpin ummah. Krisis dalaman PAS kini sudah semakin berkurangan dan akan semakin lenyap apabila dekat pilihan raya. Justeru, usaha untuk terus memperkasakan PAS perlu dilakukan dari sekarang bagi membolehkan PAS benar-benar diterima sebagai parti pemimpin ummah di negara ini terutama menjelang PRU14 nanti. Ikuti pandangan Timbalan Presiden PAS, MOHAMAD SABU berhubung perkara ini.
HARAKAH: PAS kini sudah berusia 63 tahun, apakah pencapaian PAS sekarang sudah selari dengan usianya?
MOHAMAD SABU: Pencapaiannya perlu diperbaiki lagi. Pertama, PAS perlu letakkan dirinya menjadi pemimpin ummah, iaitu pemimpin kepada orang Islam dan pemimpin kepada orang bukan Islam serta pemimpin kepada mustadafin. PAS tak boleh terkongkong menjadi pemimpin kepada orang Islam sahaja, tetapi parti yang menjadi pemimpin ummah. Mengenai dasar Islam yang menjadi perjuangan PAS, itu tak bolehlah dikompromi.
Dalam meneruskan perjuangan, PAS dikekang dengan berbagai cara oleh kerajaan Umno-BN termasuk dengan menangkap dan memenjarakan pemimpinnya. Abang Mad sendiri salah seorang yang terlibat dengan ditangkap dalam Operasi Lalang. Apakah tindakan seperti ini boleh melemahkan PAS?
Tidak. Penangkapan, penahanan, penindasan tak boleh melemahkan PAS. Perkara-perkara yang bersifat ideologi tak boleh melemahkan PAS. Yang boleh melemahkan bila ditawarkan kedudukan, pangkat dan darjat. Ini semua telah terbukti sejak Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan Dr Burhanuddin Al-Helmi yang tidak pun melemahkan PAS dengan tekanan-tekanan yang dikenakan itu.
Saya sendiri pun akui, kita ada ujian, tapi kita cuba hadapi dengan baik, berjuang untuk membela rakyat yang menghapai pelbagai tekanan daripada pihak pemerintah.
Kini kerajaan Umno-BN ingin melemahkan PAS dan Pakatan Rakyat dengan menguatkuasakan kembali Akta Hasutan. Adakah tindakan ini akan berjaya melemahkan PAS?
Tidak, bahkan ia semakin memperkuatkan PAS. Semakin digunakan tindakan seperti itu semakin kuat tentangan yang akan kita berikan dengan gandingan NGO-NGO bagi memberikan kesedaran kepada rakyat tentang akta-akta yang disalahgunakan. Ini seperti tindakan yang kita lakukan bersama NGO-NGO terhadap ISA yang disalahgunakan dengan penangkapan terpilih. Begitulah juga dengan Akta Hasutan ini yang juga dengan penangkapan terpilih.
Kita tetap tentang akta yang zalim. Kita tetap terus tentang Akta Hasutan ini seperti kita menentang ISA sehingga ISA kini dah tak ada lagi. Insya Allah, kita akan berjaya. Tambahan pula, Umno kini sudah berada di hujung tanduk. Umno sekarang dah hilang identitinya. Kekuatan Umno kerana ia memerintah, tetapi Umno sebenarnya tiada kekuatan ideologi. Jika sekali sahaja kekuatannya itu ditarik, Umno akan terus lemah.

Pertahan Subsidi Rakyat: Saya bangga dapat surat peguam Najib - Rafizi

MP Pandan Rafizi Ramli berkata beliau bangga menerima surat memohon penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kenyataannya mempertahankan subsidi minyak sebagai hak rakyat seperti terkandung dalam video bertajuk “Kenapa Kita Pertahan Subsidi Minyak”.

Rafizi berkata beliau berbangga kerana mempertahankan hak rakyat untuk mendapat subsidi minyak sekurang-kurangnya 30 sen seliter sewaktu pimpinan negara didakwa berbelanja sewenang-wenangnya dana rakyat dalam projek yang membebankan rakyat seperti 1MDB.

Naib presiden PKR itu berkata beliau sudah menjangkakan Najib akan mengambil tindakan saman terhadapnya rakannya MP Petaling Jaya Utara Tony Pua berhubung kritikan berterusan mereka terhadap syarikat pelaburan 1MDB.

"Saya telah menyatakan secara terbuka bahawa saya bersedia berdebat dengan mana-mana pimpinan Umno baik yang muda atau tua, menteri atau tidak dalam mempertahankan subsidi minyak ini. Sehingga sekarang tidak ada seorang pun pimpinan Umno – dari Ketua Pemudanya hingga Ketua Penerangan yang berani tampil berdebat mengenai subsidi minyak ini.

"Maka, surat ke arah tindakan saman dari Datuk Seri Najib Tun Razak ini kena tepat pada masanya. Dalam keadaan tiada pimpinan Umno yang berani berdebat secara terbuka mengenai subsidi minyak, sewajarnya Datuk Seri Najib Tun Razak tampil menjawab hujah-hujah saya secara terbuka," katanya dalam satu kenyatan.

Tengku Adnan nafi Umno bayar blogger..Ha..Ha..Ha...Nak Tutup Bangkai PWTC..!!!

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menafikan dakwaan Umno memberi dana kepada blogger untuk jadi alat penyebar maklumat parti atau menyerang pembangkang.
 “Kami tidak pernah bayar sesiapa,” katanya ketika diminta mengulas berhubung desakan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar supaya Umno mendedahkan berapa banyak yang dibelanjakan parti itu membayar gaji blogger untuk menyerang pembangkang.
Kenyataan pengerusi perhubungan Umno Bahagian Wilayah Persekutuan itu hari ini bertentangan dengan teguran Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang menggelar blogger seumpama itu sebagai 'bangang' ketika menyampaikan ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno 2014, baru-baru ini.
 Dalam ucapannya, Najib juga mengingatkan blogger Umno siapa membayar gaji mereka, dan berkata mereka sepatutnya menyerang pembangkang, bukan Umno. Tengku Adnan bagaimanapun mempertahankan ucapan Najib dengan berkata blogger yang bersimpati dengan Umno tidak sepatutnya menyerang parti itu.
“Blogger yang pro Umno tidak sepatutnya bertelingkah sesama mereka, musuh kita adalah pihak sebelah sana (pembangkang), bukan antara kita. “Itu adalah nasihat yang betul, (tetapi ia) tidak bermakna kami membayar mereka,” katanya.

DUN tegang, isu pembentukan PAC Selangor

KEBANJIRAN WARGA ASING : APA KATA AHLI DEWAN NEGARA

LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN PENDATANG ASING DI SABAH [ 3 Di...

PERINCIAN LAPORAN RCI : ANALISA OLEH IVAN TOH

SELCAT: Air lombong terawat selamat digunakan, pampasan kakitangan TSKI didedahkan

DAP tambah jumlah ahli CEC kepada 30 orang

Kasihan sungguh bakal guru negara kita...


DEJA-VU M'SIA: Economic crisis beckons as in 1997 as Umno govt again tries to jail Anwar

DEJA-VU M'SIA: Economic crisis beckons as in 1997 as Umno govt again tries to jail AnwarAfter a gruelling eight days of submissions, Opposition Leader Anwar Ibrahim’s Sodomy appeal ended with the jury postponing its verdict. Most people had thought that a verdict would have been reached and set to be delivered on the last day of deliberation, but it was indefinitely postponed. Can they actually do that?
Then there arose speculation that arch rival Prime Minister Najib Razak was waiting for the Umno general assembly to be safely past before giving the nod for the verdict to be announced? Strange? But this is how life is like in Malaysia where the ruling Umno party calls the political shots in the country.
Anyway, the Umno assembly has roared in and roared out, and Malaysians are now waiting for the courts to fix a day. Many expect it to be soon, 'before the year ends for sure' they happily reply when I checked around.
Personally, I am not too sure about that. But the one thing I can say is that Anwar’s fate is going to affect the nation. Whether he goes free or goes to jail, there will be adverse effects on the political direction of this country. Neither option is going to ease the pressure on UMNO and BN.

Najib will have his plate full trying to tackle the economic meltdown if oil price keeps crumbling. Some even say he may not survive as PM and 2015 will see a new man installed, either his cousin Hishammuddin Hussein or the brash racial slurs-spitting Home Minister, Zahid Hamidi. For sure, jailing Anwar won't help Najib stave off a Mahathir co-ordinated ouster one bit. It might be wiser and more 'useful' for saving Najib's political skin to keep Anwar active in the Opposition.
As in 1997-1998, Malaysia is now sitting on the brink of a major economic collapse. Some doomsayers predict an even worse plunge than the George Soros-Mahathir Mohamad titanic currency battle that saw our Ringgit literally free-fall. At its worst, I believe the Ringgit fell beyond RM4 to the US dollar. It was later fixed at 3.80 and kept improving through the years and just a few month back, as Bank Negara raised interest rates for the first time, it hit the 3.15 level. Sad to say, it has now fallen back to 3.43, the lowest in 5 years, and dealers are looking at an even worse 3.55-3.60. But will it stop there, what with the massive debt taken on by Najib through sovereign wealth fund 1MDB, which is said to stand at a monstrous RM42 billion. OMG! Don't laugh but we may go through a Hell even worse than the Asian Financial crisis!
Anyway I am no economist and will leave all that analysis and number-crunching to other worthier writers while I humbly restrain myself to the political and social aspects of Anwar's probable jailing.
Mahathir’s grand designs resting on Anwar’s fate?
The nagging question however remains; will Anwar’s acquittal have any effect on Tun Mahathir’s future plans and grand designs?
Contrary to popular belief, Mahathir is neither ailing or senile, nor fighting for time. After a successful heart surgery, the ex-Premier is up and running, strutting around like a ballet dancer, sharp witted and devious as usual. He is still in full control of his senses and delicately pulling the strings in UMNO.
Most people believe that if Anwar goes to jail, it will ricochet back on Najib Razak and the government, creating a tense situation with a people uprising, or worse dragging the government’s tattered reputation down even further.
But wouldn’t Anwar’s incarceration rid Mahathir of his biggest arch nemesis and political foe that has been a thorn to his outrageous scheming plots? With Anwar effectively behind bars and politically neutered, the invisible walls will crumble, leaving him free to bulldoze his immaculately planned objectives through, to have his offspring man the country one day.

TPP akan jadi legasi buruk Najib

Nizam Mahshar
KUALA LUMPUR – Perjanjian perdagangan bebas Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang sedang dirundingkan kerajaan akan menjadi legasi buruk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jika kerajaan tetap berkeras mahu menandatanganinya.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Mohd Nizam Mahshar berkata, kerajaan juga perlu bertanggungjawab kepada masa depan rakyat kerana TPP diyakini akan bawa kesan buruk kepada rakyat.
 
“Sekarang ini pun, kerajaan dilihat tidak bertanggungjawab kerana tidak memberi penjelasan menyeluruh mengenai TPP kepada rakyat. Saya rasa di peringkat kami sebagai pertubuhan bukan kerajaan, tidak ada apa lagi yang kami boleh lakukan untuk menghalang kerajaan menandatangani TPP.
 
“Tetapi kepimpinan negara harus ingat, generasi akan datang akan mempertanggungjawabkan kepada mereka apa yang berlaku akibat TPP nanti. Ia akan menjadi legasi buruk Najib dan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri) Mustapa Mohamed,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Gelaran 'Datuk Seri' Anwar ditarik balik oleh Sultan Selangor


Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSSA) yang membawa gelaran Datuk Seri yang diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1992 ditarik balik berkuat kuasa 3 November lalu.
Perkara itu diumumkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan, hari ini.
“Penarikan darjah kebesaran itu adalah berasaskan kepada tindakan dan perlakuan Anwar sejak akhir tahun lalu yang mempersoalkan kewibawaan serta kuasa Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor pada tahun ini dan hal yang berkaitan dengan Islam,” katanya.
Menurutnya, seperti sedia maklum Sultan mempunyai kuasa eksekutif dan sebagai Ketua Agama seperti mana yang termaktub di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
"Tindakan dan perlakuan beliau adalah tidak lagi seorang yang sesuai untuk memegang darjah kebesaran itu," katanya lagi.
Bagaimanapun katanya, Anwar masih bergelar Datuk yang dikurniakan dari negeri Perak, Perlis, Sabah, Negeri sembilan, Pulau Pinang, Melaka, Pahang termasuk Selangor.

Halang Anwar hadir, UIAM patut bersikap profesional

Forum bersama Anwar di One World (3)SHAH ALAM 4 DIS: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kesal campur tangan pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menghalang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir memenuhi jemputan persatuan pelajar universiti itu berucap dalam majlis dilangsungkan esok.
Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata lebih mengejutkan, AMK dimaklum wujud campur tangan daripada Bukit Aman untuk memastikan halangan ini dikuatkuasakan.
Katanya, ini bukan halangan pertama dikenakan kepada Anwar sejak beliau dipecat daripada kerajaan.
“Ironinya, banyak universiti terbilang di peringkat antarabangsa, termasuk antaranya Universiti Oxford, Universiti Georgetown dan Universiti Stanford, bukan sahaja mengundang beliau berucap tetapi turut memberi ruang beliau menjadi tenaga pengajar jemputan di sana.
“Malah, Anwar kini dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa reformasi pendidikan di dunia Islam. Ini tidak termasuk undangan dan lantikan oleh pelbagai badan antarabangsa yang lain,” kata Nik Nazmi dalam kenyataan media.
Beliau berkata undangan, jemputan dan pelantikan itu jelas merupakan satu bentuk penghormatan dan juga perakuan akan sumbangan, pengalaman dan ilmu dimilik Anwar.
“Halangan pentadbiran universiti, bukan sahaja di UIAM, menunjukkan ada di kalangan pentadbiran universiti membuat keputusan politik sempit dan tunduk kepada tekanan membuat keputusan mengikut garis parti,” katanya.

Peningkatan CPI Malaysia bukan pencapaian sebenar untuk diraikan

Tanpa perubahan sebenar, kerajaan mungkin boleh memusnahkan kredibiliti Indeks Persepsi Rasuah di kalangan rakyat, kata Ketua Pusat National Oversight and Whistleblowers Rafizi Ramli. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Disember, 2014.Tanpa perubahan sebenar, kerajaan mungkin boleh memusnahkan kredibiliti Indeks Persepsi Rasuah di kalangan rakyat, kata Ketua Pusat National Oversight and Whistleblowers Rafizi Ramli. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Disember, 2014.Ia mungkin kelihatan seperti peningkatan, tetapi kedudukan Malaysia yang lebih baik dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2014 tidak menjelaskan keseluruhan cerita mengenai masalah negara dengan rasuah.
Aktivis anti rasuah berkata masih ada kelemahan terpendam dalam jentera kerajaan yang membenarkan individu berpengaruh terlepas dengan perbuatan seperti rasuah dan menggunakan dana awam.
Pada masa sama, walaupun tindakan terhadap pegawai awam yang rasuah meningkat, kebanyakannya adalah kakitangan awam peringkat bawahan.

“Kebanyakan 'jerung' masih terlepas walaupun laporan mengenai skandal mereka kerap tersiar di media. Rafizi Ramli, yang mengetuai pusat National Oversight and Whistleblowers (NOW) berkata, apa yang lebih teruk ialah, tanpa perubahan sebenar, kerajaan meletakkan risiko menghancurkan kredibiliti CPI di kalangan rakyat Malaysia.
Bahagian 1: Perangkap 'skor pertengahan'
Walaupun Malaysia memperbaiki skor persepsi rasuahnya dan kedudukan tahun ini, realitinya ialah skor itu hampir sama seperti 10 tahun lalu.
Pada 2004, skor negara ialah 5.0 atau sama dengan 50 daripada 100 menggunakan skala baru. Tahun ini, skornya ialah 52.
Skor Malaysia jatuh daripada 4.5 atau 45 pada 2009 ke jumlah paling bawah 43 pada 2013. Ia naik semula pada 52 tahun ini.

SPRM perlu lebih usaha kurangkan rasuah - MP DAP

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi lebih kebebasan, termasuk kuasa untuk mendakwa, dalam usaha untuk memerangi rasuah berdasarkan kedudukan indeks rasuah Malaysia yang semakin baik, kata ahli Parlimen DAP hari ini.
Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming dalam ulasannya berhubung ranking rasuah Malaysia yang bertambah baik dengan tiga tempat ke kedudukan 50 dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (IHP) 2014, berkata banyak lagi yang perlu dilakukan untuk menunjukkan peningkatan, bukan hanya kerana publisiti baik oleh Putrajaya.
"Dalam usaha untuk menunjukkan komitmen politik untuk memerangi rasuah, kerajaan perlu memberi keutamaan meningkatkan kebebasan SPRM khasnya bagi meningkatkan ketelusan dalam kontrak kerajaan," katanya.
Ong berkata SPRM juga perlu diberikan hak untuk pengambilan kakitangan dan jawatan ketua pesuruhjaya untuk tempoh tertentu saja. Beliau juga mencadangkan kontrak kerajaan dianugerahkan melalui tender terbuka, sambil menambah kes di mana rundingan terus adalah perlu, kerajaan mesti menjelaskan kepada umum mengapa ia diperlukan.
"Hanya sebilangan kecil daripada kontrak rundingan terus boleh didapati di laman web MyProcurement dan tidak semua keputusan tender terbuka boleh didapati dalam talian," katanya.
Ong berkata, apa yang lebih membimbangkan adalah amalan berterusan kerajaan yang melindungi pihak swasta tertentu yang enggan menyiarkan kontrak atas dasar pemegang konsesi perlu bersedia membenarkan penzahiran itu.
Beliau berkata ini termasuk konsesi lebuh raya yang dirundingkan secara langsung seperti Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex), Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH), Lebuhraya Pantai Barat (WCE), Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE),

Parti politik dianggap paling korup - TI-M


Datuk Akhbar Satar 

PETALING JAYA - Parti-parti politik di negara ini dianggap sebagai institusi yang paling korup, diikuti oleh polis dan penjawat awam. 
 
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar berkata, ini berdasarkan tinjauan Barometer Rasuah Malaysia 2014 yang dilakukan badan itu ke atas 2,000 responden dari pelbagai lapisan masyarakat.
 
"Ramai yang memilih parti politik, menunjukkan mereka tidak percaya kepada institusi berkenaan. Malah, ini kali pertama parti politik berada di kedudukan teratas berbanding tahun lalu, (iaitu) di tangga kedua.
 
"Secara peribadi bagi saya, korup dalam parti politik ini kebiasaannya melibatkan pemberian kontrak, perniagaan, lesen ali baba dan seumpamanya. Jadi, sebagai ahli politik, sepatutnya mereka tunjukkan contoh yang baik,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan keputusan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2014, di sini, semalam. 
 
Mengenai keputusan CPI, beliau juga tidak menolak faktor politik sebagai penyumbang markah terendah dalam penilaian lapan kriteria yang dijalankan di bawah CPI.
 
“Satu daripada kriteria ini melibatkan politik, jadi saya rasa kita terlalu banyak ‘politiking’. Mungkin itu kemungkinan kita dapat markah rendah. Jika kita memiliki kestabilan politik, kita akan dapat CPI yang baik,” katanya.
 

Universiti Turki terbaik di dunia Islam, kata THE 2015


Turki menjadi negara umat Islam yang paling banyak mempunyai universiti tersenarai dalam 100 universiti terkemuka negara membangun menurut Times Higher Education (THE) 2015.
Tiga universitinya berada dalam senarai 10 universiti terbaik dalam THE 'BRICS dan Emerging Economies Rankings (kedudukan negara ekonomi yang sedang membangun) 2015 manakala lapan di 100 terbaik dalam senarai itu.
 BRICS merujuk kepada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan yang dianggap sebagai negara membangun utama di dunia.Middle East Technical University menduduki tangga ketiga senarai itu, naik 6 anak tangga dari kedudukan ke-9 pada 2014.
 Ia menjadikan universiti itu yang terbaik di kalangan universiti negara Islam berdasarkan senarai THE. Universiti Bogazici pula kedua apabila berada di tangga ke-7 dalam senarai itu, jatuh 2 anak tangga dari tangga ke-5 tahun lalu manakala Universiti Teknikal Istanbul berada di tangga ke-8, jatuh 1 anak tangga dari tangga ke-7 tahun lalu.
Dua universiti China menduduki 2 tempat utama di senarai itu dengan Universiti Peking menduduki tangga pertama manakala Universiti Tsinghua menduduki tempat kedua.
Hanya Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi satu-satunya universiti dari Malaysia yang termasuk dalam senarai 100 terbaik mengikut kategori ini.
Dua universiti utama di Malaysia iaitu Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak menghantar penyertaan untuk senarai ini kerana memilih QS World University Ranking yang dikatakan lebih sesuai dengan Malaysia.

Hanya UTM tersenarai 100 universiti terbaik dunia dalam THE

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah satu-satunya institusi tempatan yang berjaya memasuki senarai 100 universiti terkemuka bagi negara membangun untuk 2015, satu keadaan mengecewakan bagi sebuah negara yang mempunyai potensi besar, kata editor bagi kedudukan Times Higher Education (THE) Phil Baty.
UTM berada di nombor 93 dalam THE 'BRICS dan Emerging Economies Rankings (kedudukan bagi negara ekonomi yang sedang membangun) 2015 tetapi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang tersenarai tahun lepas pada kedudukan 77 dan 95, tidak tersenarai kali ini.
BRICS merujuk kepada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.

Hakikat hanya sebuah universiti tempatan berjaya tersenarai adalah membimbangkan, kata Baty, memandangkan negara membangun yang lain melabur dalam universiti mereka yang naik dalam kedudukan tahunan. Tetapi yang lebih mengecewakan ialah kekurangan keseluruhan penyertaan oleh universiti tempatan dalam kedudukan global.
"Mengecewakan, ini bukan semata-mata mengenai prestasi mereka, tetapi juga kerana kekurangan penglibatan dengan kedudukan universiti secara umum," katanya kepada The Malaysian Insider dalam temubual melalui emel menjelang pengumuman kedudukan THE bagi 2015 hari ini.
"Kami mahu melihat lebih banyak universiti di Malaysia berkongsi data tanda aras prestasi dan menyertai sistem kedudukan kami, yang benar-benar boleh membantu mereka mendapat perhatian global dan membantu mereka secara betul bagi menilai kekuatan dan kelemahan mereka," katanya.
Beliau berkata jika Malaysia mahu meningkatkan semua universiti tempatan, mereka perlu menyertai perbandingan global dan diiktiraf di peringkat global.

AG: Anda sokong ISA, jadi jangan minta perbicaraan NRD sekarang

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menepis saranan wartawan agar individu yang ditahan mengikut ISA kerana terlibat dengan sindiket mengeluarkan kerakyatan dibawa ke muka pengadilan.
 
Saranan itu dibuat susulan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung isu imigran Sabah bahawa lima orang saksi yang terlibat dalam sindiket tersebut ditahan bawah ISA.
 
“Sebelum ini mungkin orang bertindak (tanpa perlu) perbicaraan... Dan anda juga menyokongnya.
 
“(Akhbar) anda menyokong ISA, jadi janganlah sekarang beritahu saya anda mahu perbicaraan,” katanya ketika ditanya jika bekas tahanan itu akan didakwa.
 
Beliau bercakap kepada pemberita selepas pendedahan laporan itu semalam, enam bulan selepas dibentangkan ke Kabinet.
 
Lima orang saksi terbabit, kesemuanya bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara memberitahu RCI bahawa mereka mengeluarkan dokumen pengenalan diri Malaysia kepada pendatang asing tanpa izin supaya boleh didaftarkan sebagai pengundi.

‘Apa masalah Dr Mashitah tu?’ - Mahfuz

KUALA LUMPUR – Pas hari ini membidas tindakan  Ketua Wanita Umno Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang didakwa menghina penghijrahan artis tanah air ke arah Islam.

Menurut Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar, tindakan tersebut disifatkan sesuatu yang tidak wajar kerana Islam tidak pernah menghalang mana-mana umatnya untuk menyebarkan ajaran agama melalui dakwah.

 “Apa masalah dia tu (Mashitah) terhadap isu penghijrahan artis-artis ini? Mereka ini (artis) berhijrah daripada kehidupan mereka sebelum ini ke arah kehidupan yang lebih Islamik.

“Setiap orang seharusnya menghayati hidupnya sebagai seorang Islam, bukankah ini juga ajaran yang diajarkan kepada kita?” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Khamis lalu, Mashitah ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno berkata, kebanjiran golongan artis berhijrah dan giat berdakwah kebelakangan ini seolah-olah menjadi trend selepas tidak lagi aktif dalam dunia hiburan.

Sementara itu, Mahfuz ketika ditemui Sinar Harian Online turut melahirkan rasa kesalnya berhubung kenyataan yang dibuat Mashitah.

Dr Mashitah jangan jual agama - Abby Abadi

KUALA LUMPUR: Abby Abadi meminta Ketua Wanita Umno Bahagian Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim agar tidak menjual agama dengan berdolak dalik dalam isu memperlekeh kewujudan 'ustaz ekspres, ustazah jadian' dalam kalangan artis yang berhijrah dan bersama dengan PAS.

Katanya, ucapan Mashitah pada Persidangan Wanita Umno minggu lalu amat jelas mengkritik artis-artis yang berhijrah termasuk ustaz yang berdakwah menggunakan kaedah hiburan.

"Rasanya beliau perlu berfikir terlebih dahulu sebelum membuat penafian, jelas apa yang beliau ucapkan pada persidangan Umno yang lalu.

"Saya cuma ingin tahu kenapa artis yang berhijrah terutamanya bersama PAS sahaja dikritik kenapa pula mereka yang bersama Umno tidak dipersoalkan," katanya kepada Harakahdaily.

Abby Abadi turut mempersoalkan pendirian Mashitah yang berkata tentang kelayakan seseorang dalam menyebarkan agama Allah.

"Bagi saya untuk mengingatkan seseorang itu tentang Islam ia tidak perlu ada gelaran, tak bolehkah orang yang selama ini buat salah mengingatkan orang lain agar tidak melakukan dosa, sudah tentu boleh sebab itu dari pengalamannya sendiri.

Menurut beliau lagi, kenyataan Mashitah sebelum ini terlalu banyak yang mengelirukan rakyat khususnya umat Islam yang perlu diambil perhatian.

"Jangan ingat bila duduk di dalam Umno atau kerajaan kita boleh mengeluarkan kenyataan mengikut kehendak diri sendiri, perlu bijak berfikir jangan menjadikan diri kita ini 'bodoh' tanpa kita sedar.

Bukit Besi: MB T'ganu nafi syarikat China terlibat

Kerajaan Negeri Terengganu telah menghantar surat bantahan kepada Wisma Putra berhubung perlombongan bijih besi oleh syarikat China di Bukit Besi, Dungun.

Surat itu diserahkan kepada Jabatan Perdana Menteri untuk dipanjangkan kepada Wisma Putra bagi menafikan penglibatan syarikat itu – CAA Resources dalam aktiviti perlombongan berkenaan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata perkara itu dipanjangkan ke Jabatan Perdana Menteri dan Wisma Putra kerana ia melibatkan isu diplomatik.

"Sebelum ini pihak istana pun dah buat sidang media khas mengenai perkara ini, jadi, kedua-duanya dah jelas pada hari ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Kuala Terengganu.

Baru-baru ini, Dewan Pangkuan Diraja Terengganu menafikan ahlinya terbabit menerima wang atau lain-lain pemberian bagi membantu mana-mana individu, pertubuhan atau syarikat mendapatkan gelaran 'Datuk' di Terengganu.

Dewan itu memberitahu, siasatan mendapati dakwaan dibuat oleh seorang ahli perniagaan China bernama Li Yang dalam sebuah akhbar antarabangsa baru-baru ini adalah tidak benar.

Dewan Pangkuan Diraja Terengganu pada 23 November lepas telah mengkaji dan meneliti dakwaan-dakwaan individu terbabit.