Rabu, 3 Disember 2014

Tian Chua: Anwar Ibrahim Bersama Rakyat Mempertahankan Kebebasan & Kemajuan Yang Telah Capai

Tony Pua: Wang Rakyat Akan Habis Dibuang Oleh Kerajaan Pimpinan Barisan Nasional

Hujah SPRM rasuah setiap negara tidak boleh diukur memalukan

Akmal Nasir

Kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dalam sidang media mesyuarat Negara Anggota Asia Tenggara Memerangi Rasuah (Sea-Pac) yang menyebut bahawa tahap rasuah di setiap negara tidak boleh diukur adalah tidak bertanggungjawab dan memalukan negara.
Alasan beliau: pengukuran tahap rasuah adalah subjektif dan sehingga kini tiada mekanisme mengukur tahap rasuah di setiap negara. Ini menimbulkan persoalan bagaimana SPRM merangka gerak kerja anti-rasuah selama ini sedangkan perkara asas seperti pengukuran tahap rasuah yang sistematik masih gagal dilaksanakan.
Maka tidak hairanlah persepsi sinis rakyat yang percaya kegiatan rasuah masih berleluasa di Malaysia dan bagaimana rakyat hilang keyakinan terhadap usaha kerajaan membanteras rasuah.
Ini jelas dinyatakan melalui Laporan Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index (CPI) 2013 oleh Transparency International, yang menyenaraikan Malaysia di tangga ke-53, ketinggalan jauh di belakang negara jiran Asia dan Timur Tengah termasuk Singapura (5), Emiriyah Arab Bersatu (26), Qatar (28), Bhutan (31), Taiwan (36) dan Brunei (38). S
elain ukuran persepsi masyarakat terhadap rasuah, National Oversight and Whistleblowers (NOW) ingin menarik perhatian SPRM bahawa usaha mengukur tahap rasuah secara bersepadu di peringkat antarabangsa telah dilaksanakan sejak tahun 2001 oleh Global Integrity, sebuah badan NGO antarabangsa dimana Laporan Global Integrity Report telah diterbitkan sejak tahun 2004. Setakat ini, Laporan Global Integrity Report telah merangkumi 35 negara yang mana usaha ini turut dibiayai oleh United Nations Development Programme.

Laporan audit dedah pembayaran 8 pembantu Khalid tidak ikut proses betul

Pampasan sebanyak 30 peratus daripada gaji terakhir didarabkan dengan jumlah bulan berkhidmat adalah tidak mengikut tatacara dan prosedur
Tan Sri Abdul Khalid IbrahimSHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini mendedahkan laporan pampasan wang sebanyak RM2.6 juta kepada lapan kakitangan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Laporan setebal 11 muka surat itu mededahkan bahawa bayaran pampasan sebanyak 30 peratus daripada gaji terakhir didarabkan dengan jumlah bulan berkhidmat adalah tidak mengikut tatacara dan prosedur yang betul.
Laporan itu dilakukan oleh lima panel penyiasat Perbendaharaan Negeri, diketuai oleh Ketua Bendahari Azal Adzhar.
“Kelulusan pembayaran itu tidak dikemukakan kembali kepada Lembaga Pengarah Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI),” kata laporan yang diedarkan itu
Bukan itu sahaja, mesyuarat Lembaga Pengarah MBI yang bersidang pada 25 Ogos lalu juga hanya memberi kelulusan dasar mengenai perkara berkaitan cadangan pembayaran ganti notis dan perlaksanaan skim pemberhentian secara sukarela.
Malah Lembaga Pengarah MBI juga telah mengesyorkan supaya dikemukakan beberapa opsyen bagi tujuan perkiraan dan perlaksanaan skim pemberhentian secara sukarela dan tidak memberi sebarang kelulusan berbentuk terbuka.

DNS: PR minta pertimbang tambah dana pengurusan, BN pertikai hanya diberi elaun

Gan Pei NeiSHAH ALAM, 3 DIS: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) masing-masing memberi pendapat berbeza berhubung keputusan Kerajaan Selangor untuk tidak menaikkan peruntukan pengurusan pejabat dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), semalam.
Gan Pei Nei (PKR-Rawang) berkata, beliau bersama Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) akan terus membawa usul itu tahun depan memandangkan lebih banyak program akan dilaksanakan di kawasan DUN.
Katanya, beliau menjangkakan kapasiti kerja kakitangan di DUN akan bertambah, sekali gus meningkatkan kos pengurusan pejabat melihat kepada Belanjawan Selangor 2015.
“Jadi, kita minta penambahan peruntukan supaya ada kakitangan dengan kelayakan berpatutan dan kapasiti kerja untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
“Kita memerlukan kakitangan yang ramai untuk melaksanakan program Kerajaan Negeri,” katanya kepada Selangor Kini.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri mungkin boleh mempertimbangkan untuk menambah sedikit peruntukan bagi urusan kebajikan kakitangan dan pengurusan pejabat jika RM30,000 itu terlalu besar.
permatangKatanya, kebanyakan ADUN terpaksa menggunakan dana sendiri untuk menambah peruntukan sedia ada bagi urusan pejabat.
“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) boleh meningkatkan dana untuk pengurusan kawasan atas niat untuk perkhidmatan baik,” katanya.
Sementara itu, Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) pula berkata, wakil rakyat pembangkang tidak menerima peruntukan berkenaan, sebaliknya hanya menerima elaun dan gaji sebagai ADUN.
Katanya, Kerajaan Negeri harus berlaku adil kepada semua wakil rakyat memandangkan ADUN Barisan Nasional (BN) juga perlu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

EKSKLUSIF: TAN SRI DR ALI HAMSA LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN PATI [3 Nov 2014]


Laporan RCI pendatang asing Sabah ‘anti klimaks’, kata DAP

KOTA KINABALU, 3 DIS: Selepas dua tahun menunggu Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja  (RCI) mengenai Pendatang Tanpa Izin di Sabah, hanya satu cadangan dikemukakan dari laporan setebal 368 muka surat itu, iaitu satu sekretariat tetap ditubuhkan bagi menangani masalah PATI di negeri ini.
“Ia merupakan anti klimaks,” kata Naib Pengerusi DAP Sabah Chan Foong Hin dalam kenyataan kepada Roketkini.com.
Justeru itu, beliau turut meminta Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyatakan pendirian jelas sama ada bersetuju menerima atau menolak hasil RCi tersebut.
“Adakah Pairin menerima dapatan ini, kerana majoriti penduduk Sabah percaya bahawa agensi persekutuan dan pemimpin UMNO memberikan taraf kewarganegaraan sebagai pertukaran undi untuk menggulingkan kerajaan negeri pimpinan PBS pada tahun 1994? soal Chan.
Laporan akhir RCI mengenai pendatang haram di Sabah hari membuat kesimpulan antara lain, bahawa “Projek IC” yang begitu banyak diperkatakan, mungkin wujud di negeri itu
Ia turut mencadangkan agar satu jawatankuasa pengurusan ditubuhkan dengan kuasa yang luas bagi menyokong sekretariat kekal itu.
Ujar Chan, terma rujukan RCI adalah untuk menyiasat, dan bukannya bersifat membaiki, seperti dinyatakan oleh bekas Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Simon Sipaun.
“Ia satu penghinaan terhadap kebijaksanaan rakyat Sabah sekiranya dapatan itu membuat kesimpulan bahawa hanya 68,703 orang yang tidak layak telah diberikan taraf kewarganegaraan antara 1963 sehingga 31 Ogos tahun lepas.

PKR gesa sidang Parlimen tergempar hasil RCI Sabah

PKR menggesa agar Putrajaya segera memanggil sidang tergempar Parlimen bagi membolehkan Laporan Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)  berkenaan pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah dibahaskan di Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Penampang (PKR) Darell Leiking (gambar) dalam kenyataannya hari ini turut menzahirkan kekecewaannya kerana berdasarkan laporan RCI yang dikeluarkan hanya menyatakan pemberian kerakyatan Malaysia secara haram itu dilakukan sindiket.
"Saya tidak mempercayai laporan RCI Sabah mengatakan kebanjiran warga asing di negeri itu berpunca daripada kerja sindiket sedangkan umum mengetahui ada cubaan untuk mengubah paten demografi untuk memastikan Barisan Nasional (BN) terus memerintah," kata Darell.

'Pemimpin-pemimpin BN Sabah kini terpaksa menelan hakikat pahit dan penjelasan lanjut perlu diberikan kepada rakyat Sabah yang sudah sekian lama memendam perasaan marah," katanya. Darell berkata, pendedahan hasil laporan inkuiri itu juga tidak mengejutkan pihaknya kerana ia jelas menunjukkan tiada sebarang penyelesaian dapat dicapai.
Sehubungan itu, Darell berkata pemimpin parti komponen BN di Sabah juga tiada cara lain selain menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang Parlimen tergempar bagi membahaskan hasil laporan RCI itu.
"Ketika saya memperkatakan perkara ini, pemimpin-pemimpin BN di Sabah tidak seharusnya menyalahkan pembangkang sebaliknya mengingatkan diri mereka tentang kegagalan mereka kerana sering memaparkan diri mereka sebagai pejuang membantah Projek IC dan pendatang asing tanpa izin di Sabah," katanya.

Kekeliruan bila RCI jadi s'jaya siasatan


Wujud kekeliruan apabila para pegawai mendakwa bahawa pesuruhjaya yang ditugaskan menyiasat kehadiran pendatang di Sabah bukan sebahagian daripada sebuah 'Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)' walaupun disebut demikian sejak ditubuhkan pada Januari tahun lepas.
 
Sebaliknya, wartawan diberitahu oleh urusetia suruhanjaya itu bahawa ia perlu dirujuk sebagai "suruhanjaya siasatan (CI)" saja.
 
Ditanya mengenainya kemudian, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata: "Gunalah apa saja yang ditulis pada tajuk laporan itu."
 
Apabila diberitahu bahawa laporan 367 halaman bertajuk 'Commission of Enquiry' bukannya 'Commission of Inquiry', Abdul Gani secara berseloroh berkata ia seharusnya dibincang dalam pelajaran Bahasa Inggeris.
 
Menambah lagi kekeliruan tersebut, Abdul Gani, ketika bercakap kepada media kemudiannya, juga menyebut suruhanjaya itu sebagai 'RCI' manakala setiausaha suruhanjaya itu, Saripuddin Kasim diperkenalkan dalam sidang media itu sebagai 'setiausaha RCI'.
 
Tetapi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, yang mengumumkan laporan itu di Kota Kinabalu petang ini, tidak menggunakan perkataan 'diraja'.
 
Perkataan itu tidak disebut pada tajuk kulit laporan tersebut, tetapi dalam laporan itu, pesuruhjayanya merujuk diri mereka sebagai anggota RCI.

RCI: Laporan selamatkan Dr M, kata Jeffrey

Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah menyifatkan laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pendatang haram di negeri itu yang dibentangkan hari ini menyelamatkan bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad.

“Penduduk Sabah tidak gembira dengannya,” kata presiden Star Datuk Jeffrey Kitingan.

Katanya, mustahil untuk kerajaan dipersalahkan ekoran “projek IC” itu.

Ini kerana, dakwanya, situasi itu berlaku apabila kerajaan sendiri yang mengeluarkan kad pengenalan yang dipertikaikan.

Jeffrey menambah, kandungan laporan itu mengecewakan dan tiada isi walaupun mengambil masa lama untuk mendedahkan laporan dan cadangannya.

Projek IC kadangkala dirujuk juga sebagai “Projek M”, yang dikaitkan dengan Mahathir yang dituduh sebagai tangan belakang pemberian kerakyatan demi tukaran undi dalam pilihan raya.

" BERITA INI DISOROKKAN OLEH MEDIA CETAK DAN TV MALAYSIA DARIPADA PENGETAHUAN RAKYAT "

Entah kemana perginya suara-suara akhbar Malaysia sehingga terlepas pandang berita penting ini. Rupa-rupanya diam tak diam mata wang negara kita telah jatuh sehingga pada paras sewaktu krisis ekonomi dunia tahun 1997.

Wartawan semua terlepas pandangan atau memang sengaja tidak mahu mendedahkan kepada rakyat Malaysia kedudukan terkini mata wang negara kita jika dibandingkan dengan mata wang asing.

Memang cukup ketara kalau kita lihat 3-4 tahun yang lepas $ Singapore dan $ Brunei hanyalah berlegar pada RM1.80-RM2.00, tetapi pada hari ini sudah menjangkau RM2.62.

Sudah Kes Berat...Ada Bekas Menteri Umno Tak Boleh Langsung Tengok Muka Najib!!

Kedudukan Perdana Menteri ketika ini bukan saja merudum di mata rakyat tetapi juga berada di kedudukan paling teruk di mata sebahagian bekas pemimpin UMNO sendiri.

Ada pemimpin UMNO yang pernah menjadi menteri kabinet mengakui bahawa beliau ketika ini tidak boleh langsung memandang wajah Perdana Menteri, terutamanya melalui televisyen.

Katanya, beliau akan mengalih siaran berita di televisyen yang sedang ditontonnya jika muncul siaran berkenaan ucapan yang melibatkan Najib.

Tambahnya, dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, beliau juga tidak menonton langsung sama ada ucapan atau sidang akhbar yang disampaikan oleh Najib yang berulangkali disiarkan melalui televisyen.

Sambil mengakui bahawa Najib ketika ini merupakan pemimpin paling lemah, beliau juga menyatakan tidak faham dengan sesetengah keputusan yang diambil oleh Perdana Menteri yang jelas tidak membawa kebaikan kepada negara.

Menurut bekas pemimpin itu lagi, mendengar pelbagai perkara yang diucapkan oleh Najib sejak kebelakangan ini membuatkan perasaannya semakin sakit dan kacau serta percaya sebahagian besar rakyat juga berperasaan sedemikian.

Jika rakyat biasa yang tidak lagi mahu menonton atau membaca berita berkenaan Najib, ia mungkin dianggap sesuatu yang normal kerana sejak pemerintahannya sudah begitu banyak beban dan kesusahan yang sepatutnya diselesaikan dengan bijaksana olehnya, tetapi dipindahkan kepada rakyat atas alasan untuk kepentingan jangka panjang negara.

Malah jika ahli UMNO biasa pun mulai "menyampah" dengan gaya kepimpinan Najib yang semakin hari semakin teruk ini, barangkali ia juga boleh difahami.

Tetapi dengan adanya bekas menteri sendiri turut "meluat" sehingga tidak mahu lagi melihatnya ketika muncul di televisyen, ia adalah petanda jelas bahawa penolakan kini makin meluas dan merata terhadap Perdana Menteri itu.

Pengapungan terkawal tapi harga barang tetap naik

KUALA LUMPUR: Kaedah pengapungan terkawal petrol RON95 dan diesel yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak akan akan memberi perubahan terhadap harga barang di pasaran, demikian menurut Lajnah Pekerja dan Pengguna, Anuar Tahir.

Katanya, apatah lagi kaedah pengapungan itu dilaksanakan dalam tempoh yang tertentu sudah tentu mustahil untuk harga barang diturunkan walaupun berlaku penurunan harga petrol.

Tambahnya, harga petrol RON95 hanya turun 4 sen sahaja, dan bukan dalam tempoh jangka masa panjang.

"Sudah tentu tidak ada perubahan pada harga barang. Ia tidak ada perubahan pada dasar, harga barang tetap akan naik," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau percaya tindakan kerajaan ini tidak memberi kegembiraan kepada rakyat di saat harga barang masih lagi mahal selepas kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen sebelum ini ini.

"Sebenaranya rakyat terus terdera dalam suasana hari ini dan ianya akan berterusan. Dan keadaan bertambah buruk apabila kerajaan memperkenalkan GST nanti," katanya.

Kaedah pengapungan yang buat pertama kali diperkenalkan di negara ini, katanya akan menyebabkan harga di pasaran tidak menentu akhirnya pengguna yang menjadi mangsa.

Najib digesa tidak dolak dalik selesai isu RCI Sabah


Sabah_Najib


KUALA LUMPUR, 3 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta memberi jaminan bahawa tidak akan ada lagi dolak-dalik bagi menyelesaikan masalah 40 tahun selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Pendatang Tanpa Izin di Sabah (RCIIIS) dikeluarkan.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, masalah 40 tahun pendatang tanpa izin di Sabah yang mengubah demografi politik disebabkan krisis sosio-ekonomi, yang tidak pernah berlaku di negeri ini akhirnya diumumkan kepada orang ramai.
“Soalan paling penting adalah sama ada kandungan dan cadangan Laporan RCIIIS menjadi penamat masalah 40 tahun masalah pendatang haram di Sabah, atau kita hanya melihat episod baru bagi kitaran masalah yang sama?
“Apakah tidak ada penyelesaian sehingga tahun 2020, apabila pendatang tanpa izin di Sabah dijangka bertambah kepada tiga juta orang, mengurangkan penduduk asal Sabah sehingga menjadikan mereka minoriti di bumi sendiri? soal Kit Siang.
Dalam pada itu kata Kit Siang, tidak ada pihak yang berani meletakkan keyakinan bahawa Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan diberi kuasa dan mampu melaksanakan syor Laporan RCIIIS.
Justeru itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Menteri Persekutuan yang akan ditugaskan bekerja bersama Pairin bagi menyelesaikan masalah 40 tahun yang membelenggu rakyat Sabah.
“Berapa lama masa akan diambil Pairin? Satu bulan, tiga bulan, enam bulan atau setahun untuk menyelesaikan tugasnya menyusun cadangan mengenai pelaksanaan RCIIIS?

Rumusan RCI: Projek IC 'mungkin' wujud..!!

Laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah membuat kesimpulan, antara lain, bahawa "Projek IC" yang begitu banyak diperkatakan, mungkin wujud di negeri itu.

Siasatan mengesahkan bahawa projek itu didakwa digunakan oleh kakitangan awam untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin, menyebabkan lonjakan penduduk di negeri ini.

RCI membuat kesimpulan bahawa terdapat "kredibiliti" dalam testimoni yang diberi oleh lima orang yang mengaku menjadi sebahagian daripada projek yang dikatakan itu.

Menurut laporan itu lagi, lima orang saksi tersebut bagaimanapun tidak disoal balas seperti yang sepatutnya dijalankan semasa perbicaraan.

“Atas sebab itu, dan melihat kepada penafian ke atas dakwaan berkenaan, kami hanya boleh menyimpulkan bahawa ada kebarangkalian bahawa 'Projek IC' sememangnya wujud seperti yang ditunjukkan dalam keterangan lima saksi terbabit.

“Ringkasnya, terdapat kemungkinan bahawa projek tersebut sememangnya wujud pada semua masa yang material,” laporan itu dipetik.

RCI syor tubuh sekretariat kekal

Selepas siasatan berlarutan selama dua tahun, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) hanya mengemukakan satu syor dalam laporannya setebal 368 halaman – penubuhan satu sekretariat kekal untuk mengatasi masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Ia turut mencadangkan agar satu jawatankuasa pengurusan ditubuhkan dengan kuasa yang luas bagi menyokong sekretariat kekal itu.

Ia turut memberi pilihan kepada kerajaan untuk menubuhkan satu jawatankuasa perunding berhubung masalah imigran dan pendatang asing, sekiranya tidak bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa pengurusan.

Laporan itu juga menggariskan agar jawatankuasa tersebut diketuai oleh anggota profesional bebas yang berwibawa dan tidak terlibat dengan politik, termasuk pegawai tinggi kerajaan, ahli korporat, akademik, wakil persatuan guaman.

Syor itu menggariskan, majlis berkenaan seterusnya akan membincangkan dan meneliti masalah tersebut, dan seterusnya membuat laporan termasuk syor kepada sekretariat.

"Majlis ini perlu diberikan kuasa untuk menubuhkan jawatankuasa atau jawatankuasa kecil untuk menangani aspek khusus mengenai imigran atau warga asing di Sabah,” laporan itu dipetik.

RCI: K'jaan, parti tak terlibat kes kerakyatan..??

Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai masalah pendatang asing di Sabah dalam laporannya menegaskan bahawa tiada pihak kerajaan atau parti politik terlibat dalam pengeluaran kerakyatan kepada migran yang tidak layak di negeri itu.

Ia menangkis dakwaan yang tersebar luas bahawa agensi persekutuan dan pemimpin Umno mengeluarkan kerakyatan demi mendapatkan undi bagi menewaskan lawan mereka dalam rancangan yang digelar 'Projek IC'.

Sebaliknya, laporan RCI itu mengenalpasti sindiket melibatkan bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang didakwa mengeluarkan kerakyatan secara haram untuk bayaran jutaan ringgit.

DAP: Nyamuk lebih baik dari Umno, tiada unsur perkauman

Blogger UMNO : Adakah PM dan Kadir Jasin Juga Dianggap Bangang?

Mengadu Pada ALLAH, Mungkin Hati Dah Berkarat - Syeikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim

Najib Kekal Akta Hasutan Demi Kepentingan Sendiri - Mahfuz Omar

Persiaran Chin Peng- Police report against UMNO Youth

Tiada keperluan lantik 2 timbalan speaker, kata Mahfuz

'Menteri kena jawap isu kebanjiran pelacur asing' - PAS

PAS: 2015, Malaysia menuju 'darurat ekonomi'

PAS ikrar perhebat kempen mansuh Akta Hasutan

Ustazah pHD Bodo, Perempuan Kena Kafarah? - USTAZ AZHAR

Najib perlu lepas Menteri Kewangan kepada Husni

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa melepas jawatan sebagai Menteri Kewangan.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, pengisian dua nama besar bagi jawatan Menteri Kewangan akan melambatkan sesuatu proses berkaitan dengan kewangan negara.

"Kita ada dua Menteri Kewangan, tetapi kita seolah-olah hilang arah.

"Negara memerlukan seorang Menteri Kewangan yang memberi fokus lebih mendalam untuk mengatasi isu yang berkaitan dengan kewangan negara," katanya dalam sebuah sidang media di sini, hari ini.

Pelantikan bagi jawatan Menteri Kewangan negara pada tahun 2014 diisi Najib sebagai Menteri Kewangan satu, manakala jawatan bagi Menteri Kewangan kedua pula disandang Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

Pelantikan Ahmad Husni dilakukan kali pertama pada tahun 2009, manakala lantikan penggal keduanya pula dibuat pada tahun 2013.

Pelantikan Ahmad Husni dilakukan sekali lagi berikutan prestasinya yang dikatakan cemerlang dalam mengurus tadbir sistem kewangan negara.

‘Sudah cukup sudah’ jadi tema ADUN Sekinchan bahas Akta Hasutan

ng suee limSHAH ALAM, 3 DIS: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim tampil dengan cara berbeza ketika membahaskan usul memansuhkan Akta Hasutan 1948 dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.
Beliau yang terkenal dengan kepetahan berhujah menggunakan bibit lagu ‘Sudah Cukup Sudah’ nyanyian kumpulan Nirvana Band dari Indonesia bagi menggesa Umno memansuhkan akta yang disifatkan zalim terhadap rakyat.
Beliau berkata, akta itu juga hanya mendakwa pemimpin pembangkang, sekali gus jelas menunjukkan ia hanya kepentingan politik sahaj.
“Umno jangan jadi juara ketika Perhimpunan Agung Umno kononnya mempertahankan Akta Hasutan, kalau rakyat tolak jadi juara kampung sahaja.
“Umno perlu ambil ikhtibar dari Parti Kuomintang (KMT) di Taiwan yang kalah teruk kerana orang muda tolak parti yang tidak ikut peredaran masa,” katanya.
Suee Lim turut melahirkan simpatinya kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA, MIC dan Gerakan yang tidak ‘dihormati’ hak dan pandangan mereka berhubung tindakan Umno mengekalkan akta berkenaan.
“Sebagai parti komponen di mana maruah mereka? Tidak dihormati langsung kerana Presiden Umno isytihar akta itu kekal hanya dalam PAU.

PAS perhebat kempen tolak Akta Hasutan

PAS berikrar untuk terus berkempen untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 yang diumumkan kekal oleh perdana menteri.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar membuat pengumuman itu dalam kenyataannya tengah hari ini.

"Pengumuman perdana menteri untuk mengekalkan Akta Hasutan tidak sedikit pun menggugat keyakinan PAS untuk terus berganding bahu dengan semua pihak untuk memperjuangkan agar akta ini dimansuhkan.

"Bahkan PAS akan memperhebatkan kempen besar-besaran secara menyeluruh ke seluruh negara untuk menuntut pemansuhan Akta Hasutan dan lain-lain undang-undang yang zalim dan tidak demokratik," katanya.

Bersyukurlah kita ada Rosmah, kata kartunis

Penulis kartun popular Zunar berkata beliau akan mengeluarkan buku baru yang “didedikasi” kepada isteri perdana menteri Rosmah Mansor yang disifatkannya memberi inspirasi dan “boleh dikartunkan”.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Hague berkata, buku baru yang akan dihantar secara peribadi kepada Rosmah itu, akan dilancarkan pada bulan depan.

“Rosmah ada bakat dan boleh dikartunkan serta menjadi inspirasi untuk saya,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

“Dalam perkara berkaitan fizikal dan isu-isu, dia lebih memberi inspirasi, tidak seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak boleh dikartunkan, kering, kosong, membosankan dan selalu ambil langkah selamat,” katanya.

“Sukar untuk kartunis politik seperti saya untuk terus berkarya jika bergantung kepada Najib saja. Jadi saya harap Rosmah terus berada di tampuk kuasa,” katanya sambil ketawa.

“Bersyukurlah kita ada Rosmah. (atas)”

Selesai PAU, Umno terus ambil tanah rakyat

KUALA LUMPUR: Walaupun Persidangan Agung Umno (PAU) yang lepas membincangkan isu membabitkan tanah bumiputera, namun parti yang dikatakan memperjuangkan hak bumiputera itu terus mengambil tanah rakyat dengan alasan pembangunan.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Nasaie Ismail berkata keputusan yang dibuat Kerajaan Negeri Melaka mengekalkan untuk mengambil tanah rezab Melayu di Kampung Sungai Jerneh untuk dijadikan empangan adalah tindakan tidak bertanggungjawab.

"Isu kehilangan 70 peratus tanah rezab Melayu menjadi topik hangat bermulanya Perhimpunan Pemuda Umno dan seterusnya Perhimpunan Agung Umno serta disebut Presiden Umno pada penggulungannya.

"Namun tindakan Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Umno Melaka mengekalkan usaha kerajaan mengambil tanah kampung ini sehari selepas PAU berakhir menampakkan penegasan mereka dalam Perhimpunan Agung UMNO hanya satu lakonan semata-mata," jelasnya kepada Harakahdaily.

Mohd Nasaie turut berkata, kampung Sungai Jerneh merupakan sebuah kampung yang berusia 200 tahun dan rumah-rumah di kampung tersebut telah dibina sejak tahun 1830 lagi.

Kenapa Mashitah kritik artis masuk PAS, bukan Umno?

KUALA LUMPUR: Abby Abadi meminta Ketua Wanita Umno Bahagian Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim agar tidak menjual agama dengan berdolak dalik dalam isu memperlekeh kewujudan 'ustaz ekspres, ustazah jadian' dalam kalangan artis yang berhijrah dan bersama dengan PAS.

Katanya, ucapan Mashitah pada Persidangan Wanita Umno minggu lalu amat jelas mengkritik artis-artis yang berhijrah termasuk ustaz yang berdakwah menggunakan kaedah hiburan.

"Rasanya beliau perlu berfikir terlebih dahulu sebelum membuat penafian, jelas apa yang beliau ucapkan pada persidangan Umno yang lalu.

"Saya cuma ingin tahu kenapa artis yang berhijrah bersama PAS sahaja dikritik kenapa pula mereka yang bersama Umno tidak dipersoalkan," katanya kepada Harakahdaily.

Abby Abadi turut mempersoalkan pendirian Mashitah yang berkata tentang kelayakan seseorang dalam menyebarkan agama Allah.

"Bagi saya untuk mengingatkan seseorang itu tentang Islam ia tidak perlu ada gelaran, tak bolehkah orang yang selama ini buat salah mengingatkan orang lain agar tidak melakukan dosa, sudah tentu boleh sebab itu dari pengalamannya sendiri.

Menurut beliau lagi, kenyataan Mashitah sebelum ini terlalu banyak yang mengelirukan rakyat khususnya umat Islam yang perlu diambil perhatian.

"Jangan ingat bila duduk di dalam Umno atau kerajaan kita boleh mengeluarkan kenyataan mengikut kehendak diri sendiri, perlu bijak berfikir jangan menjadikan diri kita ini 'bodoh' tanpa kita sedar.

Kewangan FGVH tenat, bakal ikut jejak MAS?

KUALA LUMPUR, 3 DIS: DAP memberi amaran bahawa Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) akan menghadapi masalah sama seperti Malaysia Airlines (MAS) jika kerajaan gagal bertindak terhadap penurunan mendadak prestasi kewangan syarikat itu.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, FGVH rugi RM12 juta pada suku tahun pertama September 2014, yang memaksa harga sahamnya menjunam serendah RM2.99.
Menurutnya, nilai saham FGVH ditutup pada RM3.008, penurunan sebanyak 42.9 peratus daripada harga tawaran RM5.39 pada 28 Jun 2012.
“Datuk Seri Najib Razak, selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri harus bertindak segera mengekang kejatuhan FGVH.
“Jika tidak, kerugian terkini FGVH memberi isyarat permulaan keruntuhan kewangan syarikat itu, sama seperti yang berlaku terhadap MAS,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada 2012, FGVH menjana RM9.93 bilion berdasarkan harga institusi RM4.55, dan harga runcit akhir sebanyak RM4.45 sesaham.
Harga saham syarikat perladangan kedua terbesar di Malaysia itu memasuki Bursa Malaysia dengan nilai RM5.39 pada 28 Jun 2012.
Namun, saham FGVH mengalami kerugian selepas penyenaraian dan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad mendakwa perkara itu terjadi kerana harga minyat sawit yang tidak menentu.

Kerajaan Umno@Bn Jual Harga Petrol RON95 Mahal Kepada Rakyat? Sepatutnya RM1.72 – RM1.90 Seliter Sahaja?

petrol ron95
Selepas kerajaan Malaysia mengumumkan harga petrol RON95 turun hanya sekitar 4 sen sahaja, ada cakap-cakap yang mengatakan nilai tersebut tidak berpadanan dengan pengumuman kenaikan harga minyak RON95 yang telah naik berkali-kali sebelum ini dan trend penurunan harga minyak dunia, Hasan Malek tampil memberikan penjelasan kepada anda semua.
Hasan Malek sendiri mengakui yang mana formula pengiraan harga petrol RON95 turun naik adaah sangat rumit dan payah untuk fahami. Walaubagaimanapun Hasan Malek mengatakan formula harga petrol RON95 akan dikongsikan kepada anda semua termasuk dimuat naik ke portal kementerian kelak.
Dan Hasan Malek telah mengingatkan kepada anda semua, walaupun begitu banyak teknikal dalam formula pengiraan harga minyak RON95 turun naik kelak, cukuplah rakyat tahu kerajaan malaysia sedang buat yang terbaik untuk anda, rakyat Malaysia semua. Itu katanya…
Sebelum ini wakil pembangkang, Rafizi Ramli menemplak kerajaan Malaysia apabila kerajaan hanya mampu mengumumkan penurunan harga petrol RON95 sebanyak 4 sen sahaja. Sedangkan katanya :

Harga Minyak Petrol RON95 : Hasan Malek VS Rafizi Ramli?

  • Harga minyak mentah Brent minggu lepas adalah US$68 setong (RM233) setong iaitu peratusan penurunan sebanyak 35.2% daripada harga asal US$105 (RM360) setong
  • Berdasarkan laporan Berita Bernama pada 31 Oktober 2014, Ahmad Maslan secara terang mengatakan yang harga petrol RON95 yang lebih munasabah berdasarkan harga pasaran adalah RM1.72 seliter, bukannya RM2.26 seperti yang kerajaan tawarakan kepada rakyat sekarang ini
  • Sepatutnya apabila harga minyak mentah dunia jatuh antara kadar peratusannya 27%-35%, sepatutnya harga petrol RON95 akan dijual pada harga yang berlegar RM1.72 – RM1.90
  • Sedangkan peratusan penurunan harga minyak RON95 oleh kerajaan Malaysia adalah hanya 1.7% (RON95), turun 3.5% (RON97) dan diesel naik 1%

1Bestarinet YTL Tidak Tepati Janji Projek RM663 Juta Didenda Hanya RM2.4 Juta. KPM Subsidi YTL RM5.77 juta – RM6.92 juta Setahun


1bestarinetRumah super mewah (SEPERTI DI SINI GAMBAR EKSKLUSIFNYA) hanyalah sekelumit daripada aset dan kekayaan terkumpul keluarga YTL ini yang cukup tersohor di Malaysia.
Hasil usaha kerasnya selama ini mendekati, memujuk, melobi, membina jaringan “persahabatan” dengan pihak kerajaan Malaysia sehingga membolehkan banyak projek mega jatuh ke tangan mereka sehingga meletakkan keluarga YTL antara kalangan yang terkaya di Malaysia sekaligus meningkatkan lagi jurang di antara golongan kaya dan golongan miskin di Malaysia, apa yang dipanggil sebagai kesenjangan pendapatan di Malaysia yang semakin melebar hari ini.
Bukan tidak cakap, sudah cakap tetapi entah mengapa YTL juga yang kerajaan malaysia pilih melalui kementerian kewangan malaysia? Apa yang istimewanya YTL di mata dan pemerhatian kerajaan Malaysia berbanding TM dan Timedotcom yang lebih berkredibiliti bersama-sama 15 pembida untuk menggalas projek mega ini?

Kemudian apabila diberikan juga peluang kepada mereka untuk projek 1BestariNet YTL, malangnya “janji tidak ditepati“. Yang aniaya guru-guru sekolah, pelajar dan ibubapa disuapkan dengan “projek hangat-hangat tahi ayam begini”, sama sekali tidak sesuai dengan pelaburan besar yang dibuat kerajaan Malaysia menggunakan duit pembayar cukai rakyat Malaysia yang menjangkau RM4 bilion untuk tempoh 15 tahun lamanya dan setakat RM663 telah dilaburkan.

Kontrak RM4 Bilion Selama 15 Tahun Projek 1BestariNet KPM, YTL Untung RM50 Juta Setahun!

Selepas tidak “menepati janji” selaras dengan kontrak yang telah bersetuju, YTL Communications Sdn Bhd hanya dikenakan denda sebanyak RM2.4 juta oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)?
  1. YTL gagal memasang 1003 buah sekolah dengan rangkaian internet jalur lebar pada tempoh yang telah ditetapkan daripada 9889 buah sekolah yang tersenarai
  2. Dijangka sekolah akan menerima kelajuan internet 4-20Mpbs tetapi kelajuan yang berjaya dicapai hanya sekadar 0.2-3Mbps
  3. Sistem Virtual Learning Experience (VLE) masih lagi gagal apabila kadar penggunaannya hanya serendah 4% sahaja
  4. Guru-guru ada lagi mahu tambah senarai masalah di sini? Hantarkan di ruangan komen di bawah….
Bagi Berita Semasa adalah lebih baik jikalau dana sebesar itu digunakan untuk tujuan penambaikan infrastruktur termasuk jalan dan pengangkutan untuk ke sekolah terutamanya di Sabah dan Sarawak yang masih lagi di tahap yang tidak memuaskan kemudian barulah fikirkan pembangunan bestari seperti ini.
YTL ini bijak mengambil kesempatan di atas kelemahan dan ketidaktegasan kita memastikan setiap projek untuk rakyat dibela. Apa yang YTL mahukan sebenarnya adalah melalui agenda mereka untuk memasang tower Wimax tanpa mengeluarkan sebarang modal mereka sendiri. Apa sudah tersedia pemasangannya, ia boleh ditawarkan juga kepada pelanggan berbayar yang di luar kawasan sekolah. Bijak bukan? Bijak…….Bijak…..

Najib: Masalah atau jawapan Umno?


najib

oleh LIEW CHIN TONG

Keresahan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikesan dalam satu temubualnya bersama Utusan Malaysia, yang disiarkan pada 22 November 2014.
“Katakanlah esok ada pilihan raya umum, saya nak tanya menang ke kalah. Bila isu di Selangor, hal Azmin (Ali) dan Khalid (Ibrahim), ada pihak kata elok dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya buat pilihan raya baharu, mudah-mudahan boleh menang. Saya tanya balik kepada orang (UMNO) Selangor, kalau esok dibubarkan DUN, ada pilihan raya, UMNO boleh menang? Seorang pun tak kata ya…”
Demikianlah kata-katanya, dan saya rasa inilah satu-satunya kata sepakat yang tercapai dalam UMNO. UMNO boleh tumbang jikalau terpaksa berdepan dengan pilihan raya umum pada hari esok. Cuma, persoalan yang tidak disepakati adalah apakah yang harus dilakukan seterusnya untuk menyelamatkan UMNO daripada tumbang? Siapa pula yang harus laksanakannya?
Bukan sahaja tiada kata sepakat, malah wujud percanggahan yang jelas antara dua garis politik – iaitu terus menjuarai isu perkauman dan agama, atau memikat hati seluruh rakyat Malaysia. Dilema UMNO, masalah hilang hala tuju, malah tidak pasti siapa pengemudi seterusnya ini boleh disimpulkan dengan tiga persoalan berikut:
Pertama, Najib semakin keseorangan, tetapi beliau masih mempunyai nilai yang tersendiri;
Kedua, Ada cubaan Mahathir untuk melakukan sesuatu, tetapi kebangkitan sayap kanan UMNO tidak menguntungkan UMNO untuk meraih sokongan seluruh rakyat Malaysia;
Ketiga, Faktor luaran, ancaman Pakatan Rakyat masih mampu menggugat UMNO, dan kemelut ekonomi menunggu masanya untuk meledak.
Maka saya tumpukan perbincangan untuk persoalan pertama dan kedua. Pertama, Najib Razak sebagai masalah atau jawapan UMNO? Najib bersama Muhyiddin Yassin telah mengadakan pertemuan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada hari keesokan, selepas pertukaran kerajaan tidak berlaku pada 16 September 2008.

Tahap rasuah: NOW anggap M'sia ketinggalan 10 tahun

KUALA LUMPUR: Kegagalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengukur tahap rasuah menunjukkan Malaysia telah ketinggalan jauh lebih 10 tahun dalam usaha anti-rasuah berbanding masyarakat antarabangsa, kata Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir.

Oleh yang demikian, katanya dalam satu kenyataan NOW menggesa SPRM untuk memulakan usaha menilai tahap rasuah secara sistematik dengan segera dan NOW sedia berbincang dan bekerjasama dengan SPRM agar Malaysia mempunyai kayu ukur tahap rasuah yang boleh digunapakai secara tepat dan telus.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dalam sidang media mesyuarat Negara Anggota Asia Tenggara Memerangi Rasuah (Sea-Pac) yang menyebut bahawa tahap rasuah di setiap negara tidak boleh diukur adalah tidak bertanggungjawab dan memalukan negara.

Alasan yang diberikan oleh beliau: pengukuran tahap rasuah adalah subjektif dan sehingga kini tiada mekanisme untuk mengukur tahap rasuah di setiap negara. Ini menimbulkan persoalan bagaimana SPRM merangka gerak kerja anti-rasuah selama ini sedangkan perkara asas seperti pengukuran tahap rasuah yang sistematik masih gagal dilaksanakan.

Maka tidak hairanlah persepsi sinis rakyat yang percaya bahawa kegiatan rasuah masih berleluasa di Malaysia dan bagaimana rakyat hilang keyakinan terhadap usaha kerajaan membanteras rasuah. Ini jelas dinyatakan melalui Laporan Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index (CPI) 2013 oleh Transparency International yang menyenaraikan Malaysia di tangga ke-53, ketinggalan jauh di belakang negara jiran Asia dan Timur Tengah termasuk Singapura (5), Emiriyah Arab Bersatu (26), Qatar (28), Bhutan (31), Taiwan (36) dan Brunei (38).

Mampu Tengok: Harga rumah paling mahal di Sabah, Sarawak dan KL, menurut kajian

Antara rumah paling mahal di Malaysia ialah di Sabah, menurut satu badan pemikir, yang mendapati purata harga rumah di negeri Borneo itu 11 kali lebih tinggi berbanding purata pendapatan tahunan keluarga iaitu RM34,320. Ini disusuli Sarawak dan Kuala Lumpur, kata Institut Rakyat, menggunakan data suku keempat 2012 yang dibekalkan sumber rasmi.
Pengarah Eksekutif Institut Rakyat Yin Shao Loong berkata, pada amnya, rumah di Sabah dua kali lebih mahal daripada purata kebangsaan harga rumah, iaitu RM251,731.
Di Sarawak, purata harga rumah adalah RM330,594 sedangkan purata pendapatan isi rumah tahunan hanya RM36,564. "Sabah dan Sarawak dibelenggu pendapatan isi rumah yang rendah serta harga rumah yang jauh lebih tinggi daripada purata nasional, dengan purata harga yang boleh menandingi Selangor," kata Yin dalam satu kenyataan hari ini.
Purata harga rumah di Kuala Lumpur adalah RM576,991 tetapi purata pendapatan isi rumah tahunan di bandaraya itu hanya RM70,164 atau RM5,847 sebulan. Badan pemikir yang berkait dengan PKR itu membuat rumusan, rumah di ketiga-tiga negeri itu jauh di luar kemampuan berdasarkan Indeks
Kemampuan Perumahan, selepas mengambil kira data sumber rasmi dan membuat perbandingan purata pendapatan isi rumah di peringkat negeri dengan purata harga rumah setiap negeri pada akhir 2012.

Pengurusan baharu MBI teliti pampasan pegawai Abdul Khalid

MB-FAEKAHSHAH ALAM, 3 DIS: Pengurusan baharu Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) bakal meneliti laporan audit berhubung kontroversi pembayaran pampasan kepada pegawai mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa tidak mematuhi prosedur.
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) berkata, pengurusan MBI yang baharu tidak akan menyembunyikan fakta dan tidak akan berkompromi jika terdapat unsur melanggar peraturan serta salah guna kuasa.
“Ada kewajaran untuk kita meneliti laporan audit yang baru sahaja dibentangkan di dalam sidang ini,” kata Mohamed Azmin ketika menjawab pertanyaan lisan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.
ng suee lim dns 04 jul 01Lapan pegawai mantan menteri besar itu dilaporkan menerima bayaran pampasan kerja bernilai RM2.8 juta yang disifatkan pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad sebagai tidak munasabah.
Pembayaran itu didakwa dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin mengambil alih jawatan menteri besar berkuat kuasa, pada 23 September lalu.
Justeru, pengurusan MBI yang baharu diminta menstruktur semula operasi termasuk jumlah perjawatan tertakluk kepada tugas dan fungsi perbadanan itu.
“Sebelum 23 September lalu, jumlah kakitangan MBI adalah seramai 36 orang. Walaubagaimanapun, pengerusi MBI ketika itu mengambil keputusan menamatkan kontrak 14 kakitangan dengan jumlah pampasan dan ganti rugi tiga bulan gaji RM2.8 juta, berkuatkuasa 23 September lalu,” katanya.

PAS S'gor: Kami tersentap tapi tak dendam

PAS Selangor mengakui parti itu tersentap dengan tekanan dan tohmahan sewaktu krisis menteri besar negeri itu tetapi tidak akan berdendam dan akan terus komited bersama Pakatan Rakyat.

Walaupun krisis itu telah berlalu, Pesuruhjaya PAS Iskandar Samad mahu Pakatan Rakyat memandang ke hadapan bagi memastikan gabungan pembangkang itu terus kukuh dan Selangor akan terus dipertahankan.

"Walaupun terpaksa menghadapi tekanan dan tohmahan PAS telah memilih untuk kekal di dalam kerajaan ketika krisis tersebut semata-mata untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional tidak dapat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri melalui pintu belakang.

"Jika PAS tidak melakukannya maka belum tentu kerajaan di Selangor hari ini adalah Kerajaan Pakatan Rakyat.

"Sama ada pengorbanan PAS itu dihargai atau sebaliknya ada tidak penting. Sejarah akan menilai segala tindakan kita. Yang penting Selangor terus diterajui oleh Pakatan Rakyat," katanya.

Iskandar berkata pihaknya akan terus komited bersama Pakatan atas dasar hormat menghormati hak dan merai perbezaan pandangan supaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan setiap parti yang menanggotainya.

Exco Selangor dan ADUN Cempaka itu berkata demikian dalam satu kenyataan sempena sambutan ulangtahun parti Islam itu ke-63.

DUN Selangor lulus usul bahas mansuh Akta Hasutan

Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) hari ini meluluskan usul membahas pemansuhan Akta Hasutan 1948 yang dibawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Kampung Tunku, Lau Weng San. Usul tersebut disokong Adun PAS Hulu Kelang Saari Sungip, yang pernah menjadi mangsa undang-undang penjajah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang menyifatkan Akta Hasutan tersebut menekan rakyat. Lau semasa membentangkan usul tersebut menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang yang munafik kerana memungkiri perjanjian memansuhkan akta tersebut.
"Pendirian PM yang membelakangkan janjinya menunjukkan sikap hipokrit atau dalam bahasa Arab, munafik," katanya semasa membentangkan usul tersebut. Lau merujuk kepada pengumuman Najib, yang juga presiden Umno, semasa perhimpunan agung parti pemerintah tersebut baru-baru ini, mengatakan akta itu tidak akan dimansuhkan, sebaliknya diperkukuhkan.

Forum Al-Qassam vs ISIS (Ustaz Muhammad Nazmi, Ustaz Asri Khalid & Ustaz Ahmad Dasuki)

Auditor-General TS Ambrin Buang: Why Leakages & Wastages Recurring Every Year?

Cynthia Gabriel: Government To Be More Transparent, Responsive, Accountable & Effective

Dr Saumik Paul: Cultivate The Culture Of Anti-Corruption In Malaysian Society

Tony Pua: MACC Has Enough & Strong Laws To Take Action Against Corrupt Individual

DAP ingatkan ahli Umno: Jangan jadi pengecut, mohon maaf

Tidak termimpi nak jadi ustazah - Abby

Nufam: Akta MAS baharu nafi hak pekerja


SHAH ALAM - Akta MAS baharu yang diluluskan, minggu lalu, didakwa bercanggah dengan undang-undang pekerjaan sedia ada dan beri kekebalan mutlak kepada MAS dalam hal ehwal pekerja.

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam), Mohd Akram Osman berkata, akta baharu itu menghapuskan sama sekali hak pekerja untuk membuat apa-apa tuntutan atau memfailkan kes mahkamah terhadap MAS.

"Ini memberikan imuniti sepenuhnya kepada syarikat," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, pemilik MAS, Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) juga tidak membuat sebarang perbincangan dengan kesatuan pekerja syarikat itu sebelum akta itu dibentangkan di Parlimen.

Katanya, Khazanah sepatutnya memanggil semua pihak terlibat membincangkan penyelesaian untuk kira-kira 100 kes tuntutan dan kes mahkamah yang difailkan kakitangan terhadap MAS.

Azmin: Selangor pertimbang pemberian air percuma 40 meter padu

Memandangkan GST akan dikenakan kepada rakyat pada April tahun hadapan, kerajaan Selangor akan mambuat pertimbangan untuk meningkatkan pemberian air percuma daripada 20 meter padu kepada 40 meter padu.
Azmin AliSHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan negeri akan membuat pertimbangan untuk meningkatkan pemberian air percuma sebanyak 40 meter padu selepas ia dimuktamadkan pada September 2015.
Menurut beliau, sebelum kerajaan negeri membuat sebarang keputusan ia akan disemak terlebih dahulu selepas penstrukturan industri air dimuktamadkan.
Tambah beliau, sebelum ini jumlah pemberian air percuma diberikan sebanyak 20 meter padu sahaja kepada rakyat Selangor.
“Perkara ini turut akan disemak dan kita perlu melihat memandangkan Cukai Barangan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan April tahun hadapan,” katanya ketika berucap di Dewan Negeri Selangor (DNS) semalam.
Pada masa yang sama, Azmin berkata, kerajaan negeri akan terus memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat, memandangkan pemberian air percuma 20 meter padu yang telah diberikan sebelum ini dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan.
Pemberian air percuma 20 meter padu kepada rakyat Selangor merupakan salah satu agenda untuk merakyatkan ekomoni negeri Selangor yang telah di umumkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebelum ini.

Daripada meremaja baik mendewasa

SUBKY LATIF

JIKA Umno sibuk hendak meremajakan partinya, PAS jangan terikut-ikut langkah yang belum tentu matang itu. PAS mesti mendahului dan mengekalkan kedewasaannya.
    
Ketika PAS merayakan sambutan ulang tahunnya ke-63 Nobember dan Disember ini, Umno berhimpun untuk meremajakan parti itu sedang ia sudah berusia 68 tahun jika matinya hujung tahun 80-an tidak diambil kira.
   
Jika Umno dikira selepas hidupnya semula pra tahun 90-an betullah ia remaja, tetapi ia mengira ia tidak pernah mati/diharamkan. Ini bererti yang tua dan yang menunggu mati diproses muda semula.
    
Yang remaja itu memanglah ia remaja, tetapi buruk sangat keadaannya jika yang tua pun hendak jadi remaja juga.
   
Orang Islam diajar betapa eloknya remaja yang berfikiran dewasa/tua tetapi huduhnya orang tua yang tidak tahu dirinya tua, masih mahu terus muda juga sekali sudah bongkok dan bertongkat.
    
Memang muda/remaja itu untuk penghuni syurga saja. Tiada yang tua di syurga, tetapi di dunia remaja itu adalah berdarah panas yang berada dalam alam di lamun cinta. Ia masa lelaki mengintai anak dara dan anak dara mengintai jejaka. Tidak kurang pula ada yang melarikan anak dara. Mana-mana laki-laki di luar usia remaja melarikan anak dara atau janda muda, itu tanda orang tua yang remaja.
    
PAS jangan jadi seperti Umno hendak sentiasa remaja di dunia, tetapi jadilah sebuah jemaah yang dewasa. Pergiatkan tarbiyah dan program lain bagi menyegerakan kedewasaan Dewan Pemuda dan anggota Unit Amalnya.
   
Kita hendak memimpin dan mentadbir negara dan rakyat, kita mesti dewasa dan matang. Biar Dewan Pemudanya remaja usianya, tetapi fikiran dan pembawaannya setiasa dewasa.
  
Runtuh negara dan rakyat jika diperintah oleh remaja. Huru-hara dunia jika perintah oleh remaja yang sifat-sifatnya memerlukan percintaan dan berdarah panas. Mana masa memadu kasih dan mana masa memimpin pemerintahan?

Tak mohon maaf, MB Pahang akan saman Utusan

Selepas tarikh akhir untuk akhbar milik Umno - Utusan Malaysia - memohon maaf, tamat semalam, peguam yang mewakili Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau telah menerima arahan untuk memfailkan writ saman RM15 juta.

Peguam kanan Manjeet Singh Dhillon, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan tiada permohonan maaf yang diterima dari akhbar tersebut.

"Saya telah menerima arahan untuk memfailkan writ (saman) dalam beberapa hari lagi," kata Manjeet.

Terdahulu, dilaporkan bahawa Manjeet telah menghantar surat tuntutan kepada Utusan dua minggu lalu  berhubung kolum Awang Selamat "Hebat Sangatkah Adnan?' dalam reaksinya terhadap komen Adnan berkaitan kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands.

Adnan menuntut Utusan menyiarkan permohonan maaf di muka depan kerana didakwa membayangkan Adnan telah terlajak tempohnya menjadi menteri besar.

Adnan menjadi MB Pahang selama 15 tahun sejak 1999, menjadikan beliau menteri besar Umno yang paling lama memegang jawatan tersebut.

MB Pahang itu mendakwa artikel tersebut  tohmahan yang telah menimbul ejekan dan kebencian awam terhadapnya.

Adnan antara lain mendakwa artikel itu bermaksud beliau tidak mempunyai integriti, MB yang gagal dalam tugasnya, terlajak kedudukannya sebagai MB,  dan seorang yang sombong dan menolak sebarang bentuk kritikan.

Kerugian saham FGVH paling buruk,peneroka felda jadi mangsa, perlu elak jejak MAS, kata DAP

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) pada minggu lalu paling banyak kerugian di kalangan saham perladangan di Bursa Malaysia pada suku akhir tahun ini, kata Ahli Parlimen DAP, Tony Pua.
Pua berkata sejak enam bulan lalu, syarikat perladangan milik kerajaan yang membuat tawaran awam kedua terbesar kepada Facebook Inc pada 2012, kerugian RM52 juta menerusi kontrak susulan dalam perniagaannya di Kanada untuk suka akhir tahun ini. "Ini merupakan kesan jelas daripada pendedahan terhadap risiko dan ketidaktentuan perniagaan. 
"Pelaburan FGVH dalam komoditi hadapan naik mendadak dari hanya RM118,500 pada September tahun lalu kepada RM1.15 bilion untuk tempoh semasa," kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, yang juga merangkap setiausaha publisiti kebangsaan DAP.
Tambahnya, FGVH mencuba nasib dengan kontrak hadapan matawang asing, mendedahkannya daripada RM233,000 kepada RM1.2 bilion bagi tempoh sama. "Pemegang saham FGVH, termasuk Felda, Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja perlu bimbang dengan pertambahan besar pendedahan risiko, yang cukup besar bagi melumbuhkan kesuluruhan FGV.

NGO lapor polis kes Zaidi sebut 'keling'

Satu NGO akan membuat siri laporan polis ke atas ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Zaidi Mohd Said atas ucapannya yang didakwa menghina masyarakat India semasa perhimpunan Agung parti berkenaan minggu lalu.

NGO Tamilar Action Force (TAF) memulakan kempen itu dengan satu laporan polis di Klang pada petang ini.

“Ini bukan hanya demi masyarakat India, tetapi buat semua,” kata jururcakapnya, S Barathidasan kepada Malaysiakini.

Setiausaha agung Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) itu berkata, istilah “keling” yang digunakan oleh Zaidi dalam ucapan tersebut “menyakiti dan menghina” seluruh masyarakat India di Malaysia.

“Zaidi bukan hanya menghina masyarakat India tetapi juga (menjejaskan) keharmonian di negara," kata Barathidasan.

Ambil tanah: 25 kampung jadi korban di Pulau Pinang


Mukadimah
Pemilikan hartanah di tangan Melayu Islam di Pulau Pinang terus menyusut sejak negeri di utara tanah air itu dikuasai pemerintahan BN. Perlunya polisi khas dan undang-undang tanah digubal bagi melindungi tanah serta kampung warisan Melayu merupakan antara resolusi dicapai dalam Seminar Meja Bulat Pulau Pinang: Halatuju dan Masa Depan Melayu Islam Pulau Pinang, 23 November lalu. Ikuti temubual Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar & Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat, MAZLAN ALIMAN bersama wartawan Harakah, baru-baru ini mengupas lebih lanjut tentang usaha menyelamatkan tanah warisan Melayu ini.
Harakah: Apa kemelut sebenar membabitkan penyusutan tanah warisan Melayu khususnya di Pulau Pinang?
MAZLAN ALIMAN: Dalam konteks Pulau Pinang sebenarnya isu ini bermula sejak dari zaman BN. Apa yang berlaku kebobrokan yang ditinggalkan pemimpin lama.
Dalam erti kata lain walaupun Umno selalu mendakwa menjadi tonggak kepada orang Melayu tetapi dalam kes yang berlaku di Pulau Pinang bukan sahaja mengabaikan kepentingan Melayu bahkan banyak isu berkaitan kepentingan orang Melayu di seluruh negara hari ini menjadi igauan mengerikan.
Saya ada laporan tentang keadaan di Pulau Pinang. Dalam tempoh 50 tahun mutakhir ini dianggarkan 25 kampung telah menjadi korban dengan pengambilan tanah sepanjang zaman pemerintahan BN.
Di Pulau Pinang, tiada tanah rizab Melayu. Yang ada tanah persendirian dan tanah wakaf. Bagi tanah persendirian, tiada akta menghalang pengambilan tanah.
Satu lagi situasi yang berlaku di Pulau Pinang ialah ancaman ke atas tanah wakaf, apabila pengurusan di zaman BN begitu lemah hingga dimanipulasi pihak yang tiada berautoriti. Saya ada butiran mengenainya yang diperolehi sejak zaman mantan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Almarhum Datuk Hamdan yang juga bekas Adun Permatang Pasir.
Jadi, seminar meja bulat 23 November lalu bertujuan untuk itu?
Ya. Kita mengadakan persidangan meja bulat sebagai satu usaha Lajnah Tanah bagi mendapatkan input daripada setiap negeri. Pulau Pinang negeri pertama kita adakan sidang meja bulat ini yang akan disusuli negeri lain terutama bagi negeri kritikal menghadapi isu tanah contohnya Johor, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Dalam dasar baru ini kita harus memikirkan agar kerajaan negeri mempunyai kawalan ketat ke atas tanah walaupun persendirian.
Cadangan kita supaya syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) seperti Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA), Permodalan Nasional Berhad (PNB), bahkan yang bersifat dana seperti KWSP, Kumpulan Wang Amanah Pencen, Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang mempunyai rizab cukup besar ambil peranan.
Apa salahnya institusi yang diwujudkan untuk membantu survival sosio-ekonomi Melayu membeli tanah-tanah persendirian milik Melayu yang hendak dijual daripada jatuh ke tangan asing.
Contohnya, kes di Kampung Mutiara. Kemelutnya puluhan tahun. Mengapa tidak pelbagai syarikat milik kerajaan ini membeli dari pemiliknya sama ada untuk aset, dibangunkan semula atau dikekalkan kepada penduduk?
Ini penting supaya tidak terlepas pada pihak lain. Malang sekali, jika penduduk Kampung Mutiara yang sebahagian besarnya Melayu dihalau keluar. Akhirnya, tanah tersebut terlepas pihak lain.
Kita menyarankan kalau ada syarikat-syarikat kerajaan ini membeli sama ada untuk aset atau dibangunkan semula atau serah kembali pada penduduk. Ini penting supaya tidak terlepas pada pihak lain.

Tiada lagi subsidi minyak: Adakah peniaga akan naik atau turun harga?

Oleh Mike Tan
1 Disember adalah Hari Tanpa Subsidi Minyak. Buat pertama kalinya selepas Merdeka rakyat Malaysia membayar harga penuh bagi bahan api.
 Kerajaan tidak lagi memberi subsidi minyak untuk rakyat, semua atas nama meningkatkan ekonomi kita. Dan di sini adalah perkara yang paling lucu tentang perkara keseluruhan:

Harga RON95 turun pada hari subsidi dihapuskan!
 
RON95 diperkenalkan pada bulan September 2009 sebagai alternatif mampu milik kepada rakyat. Ia mula dijual pada harga RM1.80 seliter dan harga telah memanjat sejak itu.
 
Sehingga 1 Disember.
 
RON95 kini RM2.26 seliter, 4 sen lebih murah daripada apabila ia telah mendapat subsidi.
 
Ini disebabkan oleh penurunan harga bahan api global. Walau bagaimanapun pengurangan segera ini telah disambut dengan syak wasangka, dan dalam beberapa kes, menghina. Ia telah membuang tuntutan kerajaan untuk forking tunai bahan api untuk rakyat dengan pandangan yang negatif, terutamanya apabila harga penuh adalah lebih rendah daripada harga subsidi.
 
Penurunan harga juga telah memulakan perbahasan yang meriah di kalangan rakyat Malaysia, ramai yang telah mula tertanya-tanya bagaimana kehidupan seharian akan menjadi dengan sistem apungan di tempat. Soalan yang paling penting adalah sama ada perniagaan akan mengurangkan harga sekarang bahawa harga minyak telah menurun.
 
Malangnya, yang tidak mungkin berlaku dengan segera kerana harga diesel meningkat dengan pemansuhan subsidi itu, dan dijual pada RM2.23 seliter sekarang, 3 sen lebih tinggi daripada sebelumnya.
 

Sabah, Sarawak insulted again and again

East Malaysians resent it when politicians in the peninsula play to the gallery on issues concerning their destiny.
najib sabah sarawak2Prime Minister Najib Abdul Razak, speaking to the media after the Umno general assembly on Saturday, echoed a position long held by Opposition Leader Anwar Ibrahim: “Everything and anything can be discussed between Putrajaya and Sabah and Sarawak, but the question of their leaving Malaysia does not arise and is non-negotiable.”
That’s like a ruler talking down to his subjects, not something to be expected from a democratically elected leader who respects the people in Borneo as citizens.
Both Najib and his deputy, Muhyiddin Yassin, on an earlier occasion not so long ago in Sabah, had argued that “Sabah belongs to Malaysia” and outraged Borneo nationalists. That reminded them of the defunct Sulu Sultanate claiming that Sabah belongs to it, whatever that means.
Article 160 of the Federal Constitution clearly defines Federation as the Malayan Federation, no matter what name it goes by now. It was not the intention of the founding fathers of Sabah and Sarawak to join the Malayan Federation as the 12th and 13th states.
If there’s one thing that irks Sabahans and Sarawakians to no end, it’s the idea that Malay politicians across the divide in the peninsula must play to the gallery there on issues that concern their destiny. Najib’s Sedition Act pledges on Sabah and Sarawak, echoed by Home Minister Zahid Hamidi, won loud applause at the Umno General Assembly when the delegates should have in fact remained silent on the issue.

Corruption, a hallmark of Umno, not PR

Anwar Ibrahim says PM should apologise for accusing him of offering RM100 million to an Umno man to crossover when the opposite is true. 

anwar najib new2PETALING JAYA: Opposition leader Anwar Ibrahim is livid that the prime minister chose to “attack” him over the allegation that RM100 million was offered by him to an Umno minister to crossover to Pakatan Rakyat, when the contrary was true.
Denying that PR would ever resort to such tactics to woo over Umno leaders, Anwar said, “Money politics and corrupt methods has always been the hallmark of UMNO and BN; Pakatan Rakyat has never practised and will never tolerate money politics or corruption.”
Anwar said this in his latest blog entry where he also related that it was in fact Anifah Aman, who is Minister of Foreign Affairs, who initiated the offer.
Calling Najib Razak’s remarks “a scurrilous and slanderous attack”, Anwar demanded the PM retract his “baseless allegations” in light of the defamation case brought by Anwar against Anifah and that has yet to be resolved by the courts.
“I now call upon Najib to retract this false statement made at the UMNO assembly and to apologise to myself and Pakatan Rakyat.”
Denying that he had offered any form of bribe to Anifah through one Ishak Ismail, Anwar explained, “On the contrary Ishak had confirmed that it was an intermediary acting for Anifah who had approached him instead.
“Ishak has now rightly and boldly challenged Anifah to repeat this allegation outside of court where he will be not protected by legal immunity.”
Calling Anifah’s allegations a “blatant falsehood”, Anwar exclaimed, “We (PR) will save this country by reasoned arguments and by the example of good governance in the states administered by us.

Kurang kesungguhan politik jejas harapan RCI di Sabah bawa pembaharuan

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menjadi antara saksi yang memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung pendatang asing di Sabah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Disember, 2014.Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menjadi antara saksi yang memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung pendatang asing di Sabah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Disember, 2014.Selepas lebih enam bulan menunggu, penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah akan dikeluarkan hari ini, tetapi para pemimpin negeri sendiri ragu cadangannya akan dapat membetulkan kesalahan yang berlaku dalam masa 40 tahun.
Mereka berkata imigresen yang tidak terkawal dan peningkatan populasi Sabah kerana pendatang tanpa izin yang diberikan "kewarganegaraan segera" sengaja dibuat untuk menjaga kepentingan politik Putrajaya.
Oleh itu, mereka merasakan, akan terdapat kekurangan kesungguhan politik untuk melakukan reformasi tulen oleh kerajaan persekutuan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Pergerakan untuk Perubahan Sabah, Datuk Seri Wilfred M Bumburing berkata beliau tidak percaya keadaan akan bertambah baik walaupun dengan cadangan dalam laporan itu. "Saya meletak jawatan kerana fakta ia akan berlaku sebagaimana biasa saja di sini kerana Putrajaya tidak mempunyai keberanian politik untuk mengubah keadaan menjadi lebih baik," katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata sekurang-kurangnya 2 pemimpin Sabah dalam kerajaan secara terbuka menyarankan laporan itu dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat tetapi ia akan dikeluarkan lewat hari ini yang hanya akan menyaksikan seorang kakitangan kerajaan mengumumkan penemuan satu suruhanjaya.
Laporan itu akan didedahkan kepada umum petang ini oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa di Kota Kinabalu.
Kepentingan laporan itu akan hilang kerana tidak akan ada peluang untuk dibahaskan di dewan perundangan dalam negeri atau persekutuan.
Kerajaan digesa membentangkan laporan itu di Parlimen tetapi sidang terakhir Dewan Rakyat bagi tahun ini berakhir.

Harta & Hak Orang - Ustaz Azhar Idrus

Makna 'BAHANG' Dalam Bahasa Tranung - UAI

Hukum Makan Buah Dari Pokok Hiasan Di Premis Kerajaan - UAI

Balasan Dalam Kubur Orang Yang Mati Cepat & Mati Lambat - UAI

Pertikai Hukum ALLAH..'Buat Bumi Lain!' - Ustaz Azhar Idrus

Tangguh Cukur Kepala Anak Selepas Hari Ketujuh - UAI