Selasa, 2 Disember 2014

Kerajaan perlu jelas rasional beza 20 sen RON95 dan RON97

KUALA LUMPUR, 2 DIS: Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok Suh Sim menggesa kerajaan menjelaskan mengapa perbezaan petrol RON95 dan RON97 hanya 20 sen, sedangkan RON95 tidak dikenakan cukai jualan.
“Kenapa ada perbezaan 20 sen antara kedua-dua jenis petrol jika tidak ada cukai jualan dikenakan ke atas RON95? Atau pengecualian cukai yang dulu diambil kira?
“Jika cukai jualan yang dulu adalah faktornya, harga RON95 sepatutnya lebih murah.
“Adakah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek akan mengatakan bahawa adalah lebih murah untuk menghasilkan Gred Premium, RON97?
“(Ini) terlalu murah biarpun cukai jualan 58 sen dikenakan ke atasnya,” kata Teresa dalam satu kenyataan.
Harga semasa RON95 adalah RM2.26 seliter manakala RON97 adalah RM2.46 seliter.
Hasan semalam mengumumkan peningkatan 3 sen harga diesel berpunca oleh jumlah subsidi besar diberikan kerajaan sebelum ini.
Justeru itu, Teresa mendesak Hasan mendedahkan faktor-faktor yang diambil kira dalam pengiraan harga bahan api mengikut kaedah apungan terkawal.
“Tidak wajar untuk Hasan berfikir bahawa penjelasannya memgenai kenaikan harga diesel sudah memuaskan, dia mesti mendedahkan secara terperinci bagaimana sistem apungan terkawal berfungsi dan bagaimana harga baru bahan api dikira.
“Mengapa subsidi dulu digunakan sebagai faktor? Apakah sistem apungan terkawal digunakan sebagai alat untuk mendapatkan balik subsidi dulu?,” soal Naib Pengerusi DAP itu.

Umno lupa negara merdeka hasil kesepakatan semua kaum – Dr Ariffin Omar


Dr-Ariffin-Omar


KUALA LUMPUR, 2 DIS: Tindakan UMNO menjadikan Perhimpunan Agung mereka (PAU 2014) sebagai medan menghentam kaum lain bukti parti itu tidak matang berpolitik, kata Naib Pengerusi DAP Senator Dr Ariffin Omar.
Kata Ariffin, selepas 57 tahun negara mencapai kemerdekaan, Umno masih tidak percaya kepada keharmonian dan terlupa bahawa kemerdekaan dicapai melalui kesepekatan antara masyarakat berbilang kaum.
“Cara UMNO menghentam orang bukan Melayu termasuk memfitnah DAP secara membuta tuli menunjukkan bahawa mereka mentah berpolitik.
“Bukankah kemerdekaan negara itu sendiri dicapai hasil kesepakatan semua kaum?, kata Ariffin kepada Roketkini.
Ujarnya, kempen 1Malaysia dicanangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini cuma tinggal slogan, apabla perwakilan Umno sendiri bercadang mengubahnya kepada 1Melayu
“Mana dia pegangan ini? Kenapa tiba-tiba timbul soal nak tukar kepada 1Melayu dan menyebar kebencian antara kaum?,” ujar mantan Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu
Ahli Dewan Negara itu menyatakan, isu sebenar yang sewajarnya dibicarakan UMNO adalah mengenai kebajikan rakyat.
“Isu pokok yang seharusnya dibangkitkan UMNO adalah soal kebajikan yang memberi kesan buruk untuk ekonomi negara, sekaligus menambah beban seluruh rakyat.
“Yang menerima kesan terburuk adalah orang Melayu sendiri. Melayu luar bandar, dan Melayu berpendapatan rendah.
“Mengapa tak timbulkan persoalan iniSiapa sebenarnya yang menyebabkan orang Melayu berterusan terpinggir? Bukankah UMNO sendiri?” soalnya.

Era minyak berharga AS$100 setong telah berakhir

Kejatuhan harga minyak mentah dijangka berterusan biarpun komoditi itu merekodkan pemulihan kukuh semalam.
 
Kumpulan pelaburan Citi menunjukkan ekonomi global secara keseluruhan bakal menerima manfaat daripada kejatuhan harga minyak tersebut biarpun ia mungkin menyebabkan sesetengah negara menderita sedikit.
 
Minyak mentah Brent didagangkan pada harga AS$72 setong tengahari ini, merosot 0.5 peratus berbanding semalam.
 
Komoditi itu mencatatkan kejatuhan harga sebanyak 10 peratus beberapa hari selepas Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC) membuat keputusan untuk mengekalkan jumlah pengeluaran yang tinggi.
 
Harga minyak pernah mencapai paras tertinggi iaitu AS$112 setong pada Jun lalu, bagaimanapun harga tersebut dilihat tidak mungkin akan berulang dalam tempoh terdekat.
 
Citi berkata, era harga minyak berharga AS$100 setong sudah berakhir.
 
Kumpulan pelaburan itu dalam nota penyelidikannya memberikan tiga senario bagi harga minyak global iaitu kes kemelesetan (a bear case), kes dasar (a base case) dan kes peningkatan (a bull case) dengan harga lantai AS$50 setong.
 
Katanya dalam kes kemelesetan yang mana Citi meramalkan sebanyak 40 peratus senario itu mungkin berlaku, minyak mentah Brent akan didagangkan pada harga AS$65 setong.
 
"Jika tiada sebarang perkara buruk berlaku dan OPEC tetap dengan keputusan mereka untuk tidak mengurangkan pengeluaran, maka tinjauan masa hadapan menunjukkan situasi kemelesetan (harga) akan terjadi," katanya.
 

4 penantian dari laporan RCI Sabah esok

Lebih setengah tahun selepas kerajaan menerima laporan suruhanjaya siasatan diraja berhubung pendatang asing Sabah, Putrajaya akhirnya akan mengeluarkan dokumen berkaitan esok.

Kelewatan itu tidak mengejutkan selepas pendengaran enam bulan tahun lalu yang membayangkan wujudnya agenda untuk menukar demografi negeri itu secara kekal.

Semasa prosiding, tumpuan awam berkisar soal kemasukan pendatang haram secara tidak terkawal serta dakwaan wujudnya operasi rahsia melibatkan pihak dalam kerajaan untuk memberikan “kerakyatan segera” sebagai tukaran kepada undi pilihan raya.

Pembangkang mungkin menyifatkan laporan itu sebagai pewajaran terhadap dakwaan berpanjangan mereka terhadap penglibatan BN dalam kes itu.

Tugas sukar Putrajaya, yang sama kontroversi seperti kandungannya, bukan berkaitan apa yang telah berlaku, tetapi apa yang akan berlaku di negeri Sabah.

Berikut diketengahkan beberapa perkara tumpuan dalam laporan itu dan kenapa ia boleh membingungkan kerajaan.

'Warga tanpa negara'

Ramai kanak-kanak tanpa pengenalan diri di Sabah merupakan generasi ketiga pendatang asing atau pelarian sekitar tahun 1970 dan 1980.

Walaupun lahir di Sabah, mereka tidak mendapat kemudahan pendidikan dan kesihatan sempurna ekoran identiti itu. Malah, masa depan mereka juga kekal kabur.

Harga minyak dunia turun mendadak tapi Malaysia?

SHAH ALAM, 2 DIS: Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong mempertikaikan penurunan harga minyak di Malaysia yang terlalu rendah walaupun harga minyak dunia turun mendadak.
Beliau berkata, pelbagai pihak terutama orang awam dan organisasi pengguna turut mempersoalkan perbezaan ketara berhubung pergerakan harga minyak di Malaysia yang tidak seiring dengan harga minyak dunia.
“Harga diesel turun tetapi mengapa kita naik walaupun sekarang tiada subsidi. Penurunan minyak di dunia amat mendadak tetapi penurunan petrol sedikit sahaja.
“Kita minta penjelasan daripada kerajaan pusat dan berharap harga ini bukan sekali sebulan baru diperbaiki tetapi perlu ada pemantauan harian atau mingguan,” katanya ketika sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.
Harga runcit RON97 turun sembilan sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun empat sen seliter kepada RM2.26 seliter berkuatkuasa 1 Disember lalu.
Manakala, harga runcit bagi diesel pula dinaikkan tiga sen seliter kepada RM2.23 seliter.
Sebelum ini, harga runcit RON97 adalah RM2.55 seliter, RON95 (RM2.30/liter) dan diesel (RM2.20/liter).

ADUN Selangor setuju potong gaji, beza pandangan pampasan 8 bekas kakitangan MBI

hasbullah gombak setia 16 mei 01SHAH ALAM, 2 DIS: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) bersetuju dengan tindakan Kerajaan Selangor mengurangkan gaji Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker yang diluluskan sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), semalam.
Hasbullah Mohd Ridzwan (PAS-Gombak Setia) berkata, beliau secara asas dan prinsipnya menyokong Rang Undang-Undang Elaun dan Persaraan Anggota Pentadbiran yang dikemukakan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.
“Kita kira ia sesuatu yang sesuai dan wajar kerana sebelum ini kenaikan itu mendapat pandangan dan komen negatif.
“Saya kira, tindakan yang dilakukan tepat pada masanya,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.
Kamarol Zaki Abdul MalikBagi Kamarol Zaki Abdul Malik (BN-Sungai Air Tawar), walaupun beliau berpandangan gaji ADUN ketika ini adalah rendah, namun tetap bersetuju dengan pemotongan gaji jawatan tertinggi Kerajaan Negeri.
“Perkara itu sudah dibincangkan sejak persidangan lalu tetapi bagi saya penurunan berkenaan sesuai dengan keadaan semasa,” katanya.
Menyentuh soal pampasan bernilai RM2.6 juta yang diagihkan kepada lapan bekas kakitangan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Hasbullah berharap kes itu disiasat dengan sebaiknya di peringkat pentadbiran Dato’ Menteri Besar yang baru.
“Saya kira ia perlu disiasat dengan saksama dan sewajarnya kerana perkara ini amat mengejutkan pelbagai pihak berkenaan justifikasi dan ganjaran sebesar itu.
“Kita beri ruang siasatan dan jika perlu diambil tindakan, maka perlu dilakukan sewajarnya,” katanya.
Namun, pandangan berbeza dikemukakan Kamarol Zaki yang beranggapan Kerajaan Negeri kini tidak telus dan memberikan kenyataan berbeza berkenaan soal integriti dan ketelusan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum krisis Menteri Besar berlaku.

Isu minyak: Rafizi sedia debat dengan pimpinan Umno

KUALA LUMPUR 2 DIS: Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli bersedia untuk berdebat dengan pemimpin Umno Barisan Nasional (BN) mengenai penghapusan subsidi minyak bagi rakyat negara ini.
Katanya, beliau sedia bersemuka dengan mana-mana pemimpin Umno termasuk Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan atau Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
“Saya bersedia untuk berdebat dengan sesiapa sahaja, baik Ahmad Maslan, KJ (Khairy Jamaluddin) atau mana-mana menteri dalam menyentuh isu rakyat, isu harga minyak dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, sekiranya nama yang disebutnya itu sedia berdepan dengannya dan memberi maklum balas positif, beliau akan menghantar surat jemputan untuk berdebat terutamanya dalam isu hangat tersebut.
“Saya tak mahu cabar-cabar, nak datang berdebat dengan saya, kita tak mahu mencabar seperti pemuda Umno gunakan, itu sikap tak profesional. Mereka (Ahmad Maslan dan KJ) tak akan sambut pelawaan kita melalui medium media, kita akan hantar jemputan kepada mereka.
“Kita akan bahaskan isu subsidi minyak seperti KJ pernah ulas sebelum ini dan akan pertahankan setiap isu yang ada kepentingan kepada rakyat,” jelasnya.

Artis masuk PAS bukan mahu jadi ustaz - Leman

KUALA LUMPUR: Leman Raja Lawak atau nama sebenarnya Sulaiman Ibrahim menjelaskan golongan artis menyertai PAS bukan kerana untuk menjadi ustaz atau ustazah sebaliknya ingin mendekati golongan ulama mendekati ajaran Islam.

Beliau ketika program CHit Chat anjuran MyHarakah Bazaar berkata, penglibatan golongan artis dalam PAS adalah kerana ini turut sama untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu kepada orang lain.

"Walaupun artis ini bukan golongan ustaz atau ustazah tetapi ia mampu menarik orang ramai untuk mendekati dan mendengar apa yang kita sampaikan, ini merupakan satu dakwah.

"Apabila kita tidak daya untuk menbawa dakwah berat kita boleh bawa dakwah yang ringan, jadi usah dikecam apabila ada golongan artis yang berhijrah yang turut sama menyebarkan ilmu," katanya di pada sambutan ulang tahun PAS ke-63 di Kuala Kangsar.

Beliau menyatakan demikian sebagai menjawab gesaan Perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang berucap pada Persidangan Wanita Umno yang lalu meminta kerajaan memantau kewujudan golongan 'ustaz' dan 'ustazah ekspres' terutama di dalam PAS.

"Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Mashitah, kenyataan yang dikeluarkan tidak berasas langsung, perlu ditarbiyah semula.

"Kita sebelum ini bersetuju dengan beliau iaitu ketika belum menyertai Umno, tetapi sekarang tidak lagi kerana ia lari daripada konsep dakwah yang sebenar.

Akta Hasutan lindungi pemimpin Umno, pecahbelahkan kaum

Shamsul_AMKKUALA LUMPUR 2 DIS: Akta Hasutan 1948 hanya bertujuan melindungi pemimpin Umno dan melebarkan lagi perbezaan antara kaum, kata Naib Presiden KEADILAN, Shamsul skandar Mohd Akin.
Beliau merujuk kenyataan pemimpin Gerakan hari ini yang mahukan perwakilan Umno yang berucap pada Perhimpunan Agung Umno minggu lalu, didakwa di bawah akta itu kerana menghasut.
Menurut Shamsul, kenyataan Gerakan itu jelas menunjukkan pemimpin Umno kebal daripada tindakan di bawah akta  itu yang disfatkan sebagai selektif.
“Tindakan menghidupkan semula akta ini boleh dianggap minda kelas ketiga, ia jelas digunakan untuk melindungi pimpinan BN sahaja,” ujarnya menggesa parti komponen dalam BN menyatakan pendirian mereka terhadap undang-undang berkenaan.
Terdahulu, Gerakan hari ini menuntut kerajaan menguatkuasakan Akta Hasutan secara adil, termasuk mendakwa beberapa perwakilan Umno yang menghasut dalam perhimpunan agung parti itu baru-baru ini.
Pengerusi Biro Hak Asasi Manusia dan Undang-undang Pusatnya, Baljit Singh merujuk ucapan perwakilan Umno, Mohd Zaid Mohd Said dan Dr Mashitah Ibrahim, selain menuntut tindakan sama diambil terhadap Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

‘Kejayaan’ Permata cuma atas kertas, mana buktinya? – Manivanan

KUALA LUMPUR 2 DIS: Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menunjukkan bukti yang lebih kukuh berhubung pencapaian program Permata Negara (PERMATA).
Shahidan dipetik berkata, kanak-kanak yang menerima pendidikan awal dalam program itu didapati menunjukkan keupayaan berfikir lebih ke hadapan melebihi satu peringkat usia.
“Ini kenyataan mengelirukan, di atas kertas nampak berjaya tetapi mana buktinya. Tidak semestinya sertai program tersebut memberikan hasil seperti yang dinyatakan. Banyak faktor lain yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak itu,” kata Manivanan ketika dihubungi.
Beliau mempersoalkan pencapaian pelajar yang terlibat dalam program itu sejak ia perkenalkan pada 2007, bagi menggambarkan kejayaan keseluruhan PERMATA.
“Mana peserta yang terlibat dari awal.  Kita mahu lihat buktinya, apakah sekarang mereka ini tergolong dalam ketegori pelajar cermerlang yang boleh dijadikan sebagai ukuran kejayaan program itu?.” soalnya.
Manivanan sebelum ini mempertikai peruntukan RM70 juta yang diberi kepada PERMATA yang hanya dibelanjakan kepada 1780 pelajar sahaja.

Izzah : Kadar kemiskinan tegar 1 peratus tidak benar

Izzah: Selagi masih bersembunyi di sebalik ‘topeng statistik yang diputarbelitkan’, isu kemiskinan tidak akan dapat ditangani dengan komprehensif.
Nurul Izzah AnwarPETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menggesa kerajaan agar menggunakan pendekatan lebih telus dan menggunakan angka yang lebih reflektif dengan keadaan sebenar dalam isu kemiskinan di Malaysia.
Sambil berkata, isu kemiskinan mungkin tidak diendahkan pada Perhimpunan Agung UMNO, Izzah mengingatkan agar UMNO tidak mengulangi kesilapan sama dalam praktis pentadbiran negara.
Izzah berkata, dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, parti tersebut mendakwa bahawa Kerajaan dipimpin UMNO berjaya mengurangkan kadar kemiskinan tegar dari 60 peratus sebelum kemerdekaan kepada kurang daripada 1 peratus pada hari ini.
Menurutnya, laporan Pembangunan Sumber Manusia 2013 (The Malaysia Human Development Report 2013) oleh UNDP mencatatkan statistik yang berbeza. iaitu jumlah kemiskinan relatif di Malaysia telah meningkat sejak tahun 2007 dengan 1 dalam 5 isi rumah (20 peratus) dianggap miskin tegar pada 2012.
“Angka-angka yang dikeluarkan jelas menunjukkan dakwaan yang dilontarkan oleh UMNO adalah bertentangan sama sekali dengan realiti sebenar,” katanya dalam entri terbarunya di www.nurulizzah.com.
Izzah mendakwa kadar hutang isi rumah meningkat pada paras yang membimbangkan iaitu 140 peratus berbanding Pendapatan Lebihan atau 86.8 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.
“Angka ini jauh lebih tinggi daripada di Amerika Syarikat iaitu 122 peratus berbanding PDK mereka, atau 78 peratus berbanding KDNK mereka pada suku pertama tahun lepas,” jelasnya.
Tambahnya, harus di ingat bahawa wujudnya laporan baru-baru ini yang mengatakan lebih daripada 10,000 majikan masih gagal untuk melaksanakan kadar gaji minimum untuk pekerja-pekerja mereka sebanyak RM900 sebulan.

Gara-gara mem'bangang'kan Najib, sebuah Blog Pro UMNO kena 'Block'?

Beberapa buah Blog Pro UMNO hari ini melaporkan sebuah Blog Pro UMNO yang dikenali dengan nama Apanama.My telah digantung dipercayai kerana mem'bangang'kan Perdana Menteri ekoran dari di'bangang'kan oleh Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini..

Apanama dalam satu postingnya sebelum digantung telah mengkritik Najib dan mempersoalkan siapa sebenarnya yang bangang.

Berikut adalah antara apa yang ditulisnya..

Presiden Umno diperlihatkan sebagai hero kerana dikatakan mempertahankan Akta Hasutan, tetapi kita harus bertanya kenapa dan bagaimana Akta Hasutan 1948 menjadi satu beban dan isu yang begitu hangat? 
Apa dan siapa punca sebenar sehingga NGO-NGO serta individu2 termasuk bekas Perdana Menteri, hakim-hakim, Ketua Hakim Negara serta bekas Ketua Polis Negara serta pemimpin masyarakat bangkit mendesak agar Kerajaan tidak memansuhkan Akta Hasutan? 
Siapa sebenarnya yang bangang Datuk Seri?

Tapi.. bagi aku apa yang ditulis oleh Apanama tu tak adalah sekejam apa yang ditulis oleh sebuah lagi Blog Pro UMNO yang bernama Din Turtle ni..

ADUN UMNO Selangor takut proses demokrasi

Tindakan menolak peruntukan ini bermaksud menafikan hak rakyat di kawasan mereka menerima faedah
Yeo Bee YinPETALING JAYA: Keengganan ADUN UMNO Selangor menerima peruntukan RM200,000 bagi setiap kawasan DUN menunjukkan ketakutan terhadap usaha pendemokrasian.
ADUN Damansara Utama Yeo Bee Yin mengingatkan, peruntukan tersebut bukan untuk kegunaan peribadi, tetapi untuk rakyat di kawasan mereka.
“Tindakan menolak peruntukan ini bermaksud menafikan hak rakyat di kawasan mereka menerima faedah dan manfaat daripada kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan.
Kerajaan Selangor dalam pembentangan belanjawan 2015 minggu lalu mengumumkan peruntukan RM2.4 juta, iaitu sebanyak RM200,000 setahun kepada setiap 12 orang wakil rakyat BN mulai tahun depan.
Katanya, alasan keengganan UMNO Selangor untuk tidak menerima peruntukan tersebut adalah tidak masuk akal.
“Mungkin alasan sebenar di sebalik keengganan mereka ialah rasa bimbang dan takut sekiranya mereka menerima peruntukan ini, Ahli-ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat di negeri-negeri lain akan meminta peruntukan yang sama di dewan undangan masing-masing.

Label keling: NGO buat laporan polis ke atas ahli Umno

Chit Chat: Leman sangkal Dr Mashitah

Hutang Kerajaan Malaysia Disember 2014 (RM763 Bilion). Ringgit Malaysia Terus Jatuh Teruk (US$1=RM3.42).

hutang kerajaan
Jikalau sesiapa yang ada beli barang di Siam, peniaga Siam pun sudah tidak mahu menerima duit Ringgit Malaysia (RM). Masakan tidak, jikalau dahulu Ringgit Malaysia dilihat “lebih mewah” di mata peniaga Siam. Sekarang ini tidak lagi….
Ini kerana nilai matawang Baht lebih tinggi daripada Ringgit Malaysia (RM). Jikalau bekeras juga mahu membayar dalam RM, harga barang yang dijual terpaksa dinaikkan sedikit nilainya bagi mengimbangi kadar tukaran asing kepada mereka.
Nilai matawang Asia termasuklah di negara Malaysia terus menjunam untuk bulan yang ketiga.
Kajian yang dilakukan oleh Merrill Lynch, Bank of Amerika melalui pakar ekonomi mereka, Dr. Chua Hak Bin yang berpengkalan di negara Singapura memberitahu disebalik trend harga minyak dunia turun sekarang ini, negara seperti Korea Selatan, Thailand begitu juga dengan negara Filipina cukup beruntung apabila perkembangan ekonomi di negara-negara ini cukup memberangsangkan.

Harga Minyak Dunia Jatuh : Malaysia VS Filipina VS Korea Selatan VS Singapura

Lagi Hasil Laporan Bank Of America
  • Harga minyak dunia turun 10% contohnya, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi negara Thailand dan Korea Selatan telah naik 45 mata asas
  • Harga minyak dunia turun 10% contohnya, Filipina pula berjaya mencatatkan kenaikan 30 mata asas
    Ekonomi Korea Selatan akan catat kadar kenaikan terpantas sejak tahun 2011 iaitu 3.5% (2014) dan 3.6% (2015)
  • KDNK Thailand dijangka naik 4% pada tahun 2015
  • Malaysia? Malaysia yang memegang status sebagai negara pengeksport minyak merupakan satu-satunya negara membangun di Asia dan negara di Asia Tenggara yang paling terjejas teruk disebalik harga minyak dunia turun
Di bawah ini Berita Semasa telah sertakan sebagai rujukan untuk anda bagi tukaran matawang asing melibatkan kadar tukaran matawang asing bagi negara Singapura, Thaialnd, Filipina, Vietnam dan Korea Selatan.

Kerajaan Malaysia Bakal Hilang Pendapatan Sekitar RM25 Bilion (37%) Cukai, Dividen & Royalti Petronas. Masa Untuk Malaysia Berjimat Cermat, Tidak Boros!

cukai petronas
Semalam bersamaan hari isnin 1 Disember 2014 Indeks Bursa Saham Malaysia jatuh teruk untuk tempoh 23 bulan terakhir, apabila Petronas merancang untuk memotong perbelanjaan modal sejumlah 15%-20% daripada seumlah RM60 bilion yang bakal digunakan untuk tujuan projek-projek baru tahun 2015 kelak selepas OPEC terus berkeras tidak mahu menyekat…..lambakan minyak dunia pada ketika ini.
Ia sekaligus bakal menjejaskan pendapatan pendapatan syarikat-syarikat seperti Sapura Kencana, UMW Oil & Gas Corporation yang mana saham mereka turut jatuh disebalik pengumuman Petronas tersebut.
Selain syarikat-syarikat minyak yang cukup takut dengan pengumuman seperti ini, pastinya kerajaan Malaysia turut resah disebalik harga minyak dunia jatuh sekarang ini.
  1. CEO Petronas sendiri mengatakan setiap satu kenaikan 1 dolar setong harga minyak dunia, Petronas sejumlah RM1 bilion bagi keuntungan sebelum cukai
  2. Begitulah sebaliknya apabila harga minyak dunia jatuh 1 dolar ke satu dolar sekarang ini
  3. Kerajaan Malaysia cukup bergantung harap dengan keuntungan lumayan yang dinikmati syarikat Petronas.
Sejarah telah membuktikan, hasil usaha keras seluruh kakitangan dan keluarga besar Petronas cukup berjasa dalam membantu dalam jatuh bangun pembangunan negara.
  • Projek-projek mega, Petronas bantu salurkan dana
  • Jikalau ada syarikat yang berkepentingan rugi besar, Petronas tolong “bailout”
  • Petronas untung besar, kerajaan Malaysia dapat meringankan sedikit beban untuk tujuan pengurusan negara
Hakikatnya, lebih separuh daripada pendapatan negara datangnya daripada Petronas.

Peringatan Petronas Kepada Kerajaan malaysia : Cukai, Royalti & Dividen Bakal Dipotong!

Gerakan mahu perwakilan Umno didakwa menghasut

Gerakan menuntut kerajaan menguatkuasakan Akta Hasutan 1948 secara adil, termasuk mendakwa beberapa perwakilan Umno yang didakwanya menghasut dalam perhimpunan agung mereka baru-baru ini.

Biro Hak Asasi Manusia dan Undang-undang Pusat parti itu merujuk kepada perwakilan Umno Mohd Zaid Mohd Said dan Mashitah Ibrahim.

Pengerusi biro itu Baljit Singh juga menuntut tindakan sama terhadap presiden NGO pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali.

“Saya harus katakan bahawa penguatkuasaan dan pendakwaan terpilih masih disaksikan dan menjadi isu mendesak untuk ditangani pihak berkuasa.

“Pelaksanaan undang-undang secara adil menjadi prasyarat jika mahu mengekalkan Akta Hasutan.

“Keadilan harus diberikan,” katanya sambil mendesak peguam negara mengambil inisiatif menjayakannya.

Mashitah, bekas timbalan menteri, pada Rabu lalu mendakwa ada orang Cina di Kedah membakar Al-Quran untuk upacara sembahyang mereka.

Yang patut anda tahu tentang harga minyak

DALAM kekalutan sidang media oleh pelbagai pihak yang mewakili kerajaan untuk menandingi kepantasan maklumat yang disebar dan dimuat naik di dalam media alternatif, menyebabkan banyak pihak sama ada di pihak pemerintah mahupun pihak pembangkang melupakan fakta sebenar demi menunjukkan yang masing-masing cakna dan prihatin tentang masalah rakyat.

Hakikatnya, harga bahan api di Malaysia telah sejak tahun 1983 lagi dipantau dan dikawal menggunakan system Automatic Pricing Mechanism (APM). Ia diguna pakai oleh pihak pemerintah pada asalnya untuk memastikan bahan api yang dijual kepada rakyat Malaysia umumnya adalah bersesuaian dengan kos sara hidup dan ekonomi semasa. Namun begitu, apabila Perdana Menteri silih berganti maka tujuan asal sistem APM ini dilaksanakan mula dilupakan demi mencapai imej populis dalam kalangan rakyat demi menunjukkan bahawa kerajaan benar-benar mengambil tahu tentang masalah rakyat.

Ditambah lagi dengan harga pasaran minyak mentah dunia yang telah menurun daripada paras USD100 setong pada awal tahun 2014 hingga ke paras USD75 setong pada hari ini, kerajaan seolah-olah hilang punca apabila didesak oleh pihak pembangkang daripada pelbagai sudut. Walhal, hakikatnya kerajaan tidak perlu gopoh dan terburu-buru kerana sistem APM telah sedia ada untuk menampung sebarang perubahan ke atas harga pasaran minyak mentah dunia. Natijahnya membawa kepada penarikan subsidi secara mengejut.

Ia dibuat tanpa sebarang pelan alternatif bagi mengimbangi risiko yang bakal ditanggung oleh rakyat. Asasnya adalah semata-mata berdasarkan kepada trend penurunan harga pasaran. Perlu diingat, harga pasaran minyak sama ada mentah mahupun yang telah diproses adalah sangat tidak menentu.

Harga minyak untuk Malaysia disandarkan kepada harga MOPS yang dikeluarkan oleh syarikat Platts yang dikenali sebagai MOPS (Mean of Platts Singapore). Hal ini adalah kerana, Singapura merupakan pembekal terbesar untuk produk petroleum yang telah diproses di kawasan Asia Pasifik dan ketiga terbesar di dunia. Formula harga yang paling biasa adalah MOPS WMA (Mops whole month average), MOPS Half Month Average atau MOPS yang bersandarkan pada tarikh penerimaan (discharge laycan date). Platts merupakan sebuah syarikat antarabangsa yang beroperasi sebagai syarikat perniagaan komoditi dan maklumat di mana maklumat MOPS yang dikeluarkan oleh syarikat Platts digunakan sebagai rujukan kepada harga semasa untuk digunapakai oleh pihak syarikat penapisan dan pembeli minyak untuk tujuan urus niaga jualbeli. Maklumat yang disediakan oleh syarikat ini adalah hanya boleh diperoleh oleh syarikat pembeli minyak yang melanggan perkhidmatan mereka.

"Kembali Ke Sekolah": Jangan lupa undilah BN - Hasan Malek


BN “satu-satunya kerajaan dalam dunia” yang mengambil berat soal kebajikan rakyat dan meringankan beban ibu bapa, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Dalam ucapannya dalam kempen “kembali ke sekolah” hari ini, beliau justeru meminta orang dewasa dan pelajar supaya sama-sama mengundi BN.

“Oleh itu, jangan lupa undilah BN,” katanya kepada hadirin.

Hasan juga berkata orang ramai patut bersyukur kerana negara ini aman dan barang-barang masih “murah”.

Ketika menyeru orang ramai membeli barangan buatan Malaysia, Hasan turut mengambil kesempatan menempelak pembangkang dalam isu kenaikan harga minyak.

Katanya, pembangkang hanya bercakap ketika harga minyak naik tetapi berdiam diri jika harga bahan api itu turun.

Rosmah: Tolong lindungi saya dari orang jahat......

Rosmah Mansor hari ini menggesa NGO yang didanai kerajaan agar lebih celik IT supaya mereka boleh melindunginya daripada "orang jahat".

"Awak semua eloklah ajar mereka IT, supaya mereka boleh jawab balik orang-orang jahat ini," katanya sewaktu berucap kepada lebih 1,000 peserta satu program kemahiran hari ini.

"Kalau sekadar bersama saya dan bergembira, tak bolehlah.

"Bersama saya bermaksud awak kena lindungi saya, tolong berdiri di depan saya dan lindungi saya," kata isteri perdana menteri itu.

Motif hitam di kertas putih

Oleh Mohamed Hanipa Maidin
Baru-baru ini Kerajaan Barisan Nasional membentangkan kertas putih di Parlimen berkenaan isu keganasan yang dilakukan ISIL (Islamic State of Iraq and the Levant), organisasi teroris.Perdana Menteri sendiri yang membentangkan Kertas Putih tersebut.
Antara lain kertas putih itu menyatakan wujudnya rakyat Malaysia yang terlibat dalam isu keganasan di peringkat antarabangsa termasuk penglibatan di dalam skuad pengebom berani mati di Iraq.

Sebenarnya kami sebagai Ahli Parlimen begitu hairan dengan tidak semena mena Kerajaan tiba tiba membentangkan Kertas Putih itu sedangkan kami rasakan wujud banyak isu lain yang memerlukan Kerajaan membentangkan Kertas Putih tapi hingga sekarang masih tidak dibentangkan. Saya pernah bangkitkan di Parlimen tentang isu Kertas Putih mengenai serangan pengganas Sulu di bumi Sabah namun sehingga kini tiada sebarang Kertas jauh sekali Kertas Putih dibentangkan tentang isu Sulu itu.
Setelah pembentangan Kertas Putih Perdana Menteri, kedua dua wakil rakyat dari BN dan Pakatan Rakyat (PR) diberikan peluang berbahas di mana bagi pihak PR wakil yang berbahas adalah Dato Seri Anwar Ibrahim (PKR), YB Lim Kit Siang (DAP) dan YB Dato Kamarudin Jaafar (PAS) .
Suatu yang amat malang Perdana Menteri gagal menunjukkan satu sikap yang matang dan profesional apabila beliau tidak duduk di dewan apabila Ketua Pembangkang bangun berucap sedangkan ketika beliau berucap Ketua Pembangkang tekun mendengar beliau berucap.
Keadaan yang sama juga berlaku semasa perbahasan belanjawan.
Jika Ketua Pembangkang tekun mendengar Perdana Menteri membentangkan belanjawan negara, Perdana Menteri pula gagal berada di dewan apabila Ketua Pembangkang, sebagai pembahas pertama, bangun berbahas belanjawan yang Kerajaan bentangkan.
Jelas sikap Perdana Menteri itu adalah satu tradisi yang menyimpang dari amalan sistem Westminster yang negara ini warisi dari British.

PMLOA, PMBOA minta kerajaan Umno@Bn jelaskan kenaikan harga diesel

Dua persatuan yang mewakili pemilik lori dan bas melahirkan rasa terkejut dan keliru dengan keputusan kerajaan untuk menaikkan harga diesel sebanyak 3 sen setiap liter.
Kedua-dua persatuan tersebut turut meminta kerajaan menjelaskan bagaimana kenaikan 3 sen itu dihitungkan.
Presiden Persatuan Pemilik Lori Pan-Malaysia (PMLOA), Jong Foh Jit berkata, pemilik lori keliru dengan kenaikan harga diesel kerana harga bahan api itu sepatutnya dikurangkan pada ketika harga pasaran dunia jatuh.
"Semua orang beranggapan bahawa harga diesel bakal jatuh, tetapi keadaan sebaliknya telah berlaku.
"Kerajaan baru sahaja menaikkan harga diesel sebanyak 20 sen pada Oktober lalu. Sebelum pengusaha dapat menyesuaikan diri, kenaikan 3 sen diumumkan," katanya kepada Sinchew Daily.
Menurut Foh Jit lagi, satu fenomena luar biasa telah berlaku apabila diesel industri dijual antara RM2.05 hingga RM2.10 seliter iaitu lebih murah berbanding harga diesel di stesen minyak iaitu 2.23 sen seliter.
Sementara itu, Presiden Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, kenaikan harga diesel secara berterusan membimbangkan pengusaha bas.
Selari dengan perkembangan itu, beliau menggesa kerajaan supaya tidak lagi mengawal tambang bas dan mengizinkan harga ditentukan mengikut faktor pasaran.

Saya masuk PAS bukan nk jadi ustaz - Leman

MAS jadi bidasan senator di Dewan Negara

Menteri Umno selit ‘undi BN’ pada kempen 'kembali ke sekolah'

Menteri Umno akui kekurangan RON97 di sesetengah stesen

Anwar gesa Najib minta maaf, tarik balik tuduhan RM100 juta lompat parti

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon maaf dan menarik kembali dakwaan yang wang sejumlah RM100 juta kononnya ditawarkan kepada seorang ahli Parlimen Umno supaya beliau melompat parti dan menyertai Pakatan Rakyat (PR).
Ketua pembangkang itu berkata, "tuduhan palsu" itu merupakan subjek saman fitnahnya terhadap Datuk Seri Anifah Aman, tetapi Najib menggunakannya bagi menyerang beliau dan PR dengan kata-kata yang "cabul dan bersifat fitnah" semasa Perhimpunan Agung Umno 2014 minggu lepas.
"Tanpa memperdulikan hakikat yang perbicaraan sedang berjalan, Najib memilih mengulangi tuduhan tidak berasas Anifah yang seseorang bernama Ishak Ismail mendekatinya bagi pihak saya dan membuat tawaran tersebut," katanya merujuk kepada bekas timbalan pengerusi eksekutif KFC Datuk Ishak Ismail.



Jeffrey dakwa pemimpin UMNO ketakutan

Pendekatan menindas itu menyebabkan Malaysia semakin kurang kompetitif, kurang demokratik, semakin rasuah dan berpecah
Jeffrey KitinganKOTA KINABALU: Presiden Borneo Heritage Foundation (BHF), Datuk Dr Jeffrey Kitingan mendakwa pemimpin UMNO takut kehilangan kuasa apabila membatalkan pemansuhan Akta Hasutan 1948.
Katanya, ketakutan tersebut menyebabkan pemimpin terbabit sengaja mewujudkan perasaan takut terhadap orang Melayu dengan menggunakan pendekatan menindas.
“Oleh itu katanya, kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno akan mengulangi kesilapan lalu dengan berkeras mengekal, malah memperkukuhkan lagi Akta Hasutan 1948,” dakwa beliau.
Semasa mengumumkan pembatalan pemansuhan Akta Hasutan, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyatakan pindaan mengenakan tindakan terhadap pihak yang mempersoalkan Islam, serta sebarang gesaan untuk membawa Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.
ADUN dari Bingkor itu mendakwa, pendekatan menindas itu menyebabkan Malaysia semakin kurang kompetitif, kurang demokratik, semakin rasuah dan berpecah dari segi agama dan bangsa berbanding dahulu.
Beliau juga mendakwa berlaku penjajahan dalaman di Sabah melalui program-program meMelayukan dan pengislaman, memutar belit fakta sejarah dan tidak memperdulikan janji-janji yang dibuat oleh pengasas Malaysia.

Dr Mashitah hormatilah orang yang ingin berhijrah

Golongan artis sebagai "figure" masyarakat di pentas-pentas dakwah sudah pasti memberi kesan kepada peminat dan masyarakat untuk berubah
Ustaz Mohd Azam Abd SamatPETALING JAYA: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN-PAS), Sungai Limau, Kedah Mohd Azam Abd Samat meminta Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim supaya menghormati masyarakat yang ingin berhijrah dan menutup aurat.
Azam berkata penceramah yang suatu masa dahulu tersohor di negara itu seharusnya memberikan rangsangan kepada msyarakat yang masih belum menutup aurat dan hidup dalam kelalaian untuk berhijrah dan mengeluarkan diri mereka daripada kejahilan kepada Islam.
Katanya, tidak kiralah sama ada pemimpin negara dan isteri mereka, golongan karyawan dan artis atau masyarakat umum.
Azam juga mencadangkan kepada kerajaan agar memberikan ruang kepada artis yang berhijrah untuk melebarkan dakwah mereka.
Beliau berkata kemunculan golongan artis sebagai “figure” masyarakat di pentas-pentas dakwah sudah pasti memberi kesan kepada peminat dan masyarakat untuk berubah dan seterusnya mewujudkan masyarakat yang lebih baik.
Sementara itu, kerajaan juga disarankan untuk menyediakan garis panduan lebih Islamik khususnya dalam setiap program hiburan, drama dan filem yang disiarkan di negara ini.
Beliau berkata unsur dakwah dalam drama dan filem kita jelas amat kurang, sedangkan drama dan filem merupakan medan dakwah yang luas dan belum diterokai dengan tuntas oleh karyawan di negara kita.

Umno akui hanya bertahan di kampung

Umno akui bertahan di kampung
Pemimpin utama Umno mulai sedar Umno hanya bertahan di kampung dan berusaha membuat perubahan serta cuma bersikap sederhana.
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini menyatakan kebimbangannya apabila melihat perkembangan hari ini di mana Umno hanya bertahan di kampung.
Umno katanya, semakin hilang sokongan masyarakat bandar yang lebih terbuka, lebih terdedah kepada pelbagai maklumat dan lebih sofistikated dari segi pemikiran, nilai dan cara hidup.
“Dalam pilihan raya umum (PRU) lalu, Umno kalah di kebanyakan kawasan bandar majoriti Melayu. Kita kalah di Shah Alam, Ampang, Lembah Pantai, Bangi, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan banyak kawasan lain yang suatu ketika dahulu merupakan kubu kuat Umno. Kita juga kalah teruk di Selangor yang merupakan negeri termaju di Malaysia,” kata beliau lagi.
Ini adalah sebuah kenyataan pemimpin Umno yang berterus-terang dan terbuka serta mempunyai kesedaran yang cukup mengenai kelemahan Umno walaupun begitu lama memerintah.
Namun pelbagai pihak meragukan apabila pemimpin Umno itu bercakap mengenai kesederhanaan dan mahu bersikap sederhana. Ada yang bertanya, sejak bila Umno bersikap sederhana?

Umum mengetahui dalam sejarahnya Umno tidak pernah bersikap sederhana baik dalam politik, sosio-ekonomi dan lain-lain. Teriakan perkaumannya, kehidupan bermewah-mewah pemimpinnya, keangkuhan ahlinya kerana lama berkuasa, dilihat tidak memungkinkan Umno bersikap sederhana. Kalau bebar bertukar sikap menjadi sederhana, maka itu sangat luar biasa.
Tendensi yang ada dalam parti itu menyukarkannya bersikap sederhana, walaupun retorik pemimpinnya mahukan perubahan, namun kita lihatlah perkembangan selanjutnya.
Bagaimanapun meninjau secara menyeluruh fenomena perubahan masa kini dalam semua bidang kehidupan di negara ini pada keseluruhannya sudah disedari pelbagai pihak iaitu sistem nilai sudah berubah dengan cepatnya, maka parti politik di Malaysia perlulah berubah. Jika enggan berubah, ia akan ditinggalkan.

Semua kerana 1Malaysia tidak berjaya

Semua kerana 1Malaysia tidak berjaya
Perhimpunan Agung Umno 2014 akhirnya berakhir. Kali ini, tiada lagi kedengaran istilah 1Malaysia.
Kesunyian tersebut menunjukkan konsep itu betul-betul mati.
Sejak menjawat jawatan perdana menteri, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak cuba menghidupkan konsep 1Malaysia untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno-Barisan Nasional (BN).
Apakah konsep 1Malaysia? Tiada siapa yang dapat menjelaskannya secara jelas termasuklah menteri Kabinet. Ia diingat kerana Najib bersungguh-sungguh menjualnya sejak menjadi PM.
Namun, konsep itu dipertikai meskipun Najib melakukan pelbagai perkara ekstrem. Ya, perkara ekstrem pada pandangan Umno seperti keberaniannya memansuhkan ISA dan Akta Hasutan.
Pembangkang mempertikaikan konsep 1Malaysia kerana Najib tidak melakukan apa-apa kepada golongan kanan seperti Perkasa.
Pada masa yang sama, pembangkang terus mempertikaikan sesetengah keputusan kerajaan pula dilihat tidak seiring dengan konsep 1Malaysia.
Bukan itu saja, pembangkang juga membina persepsi konsep 1Malaysia adalah propaganda untuk menipu rakyat Umno-BN berubah.
Ditambah pula tekanan dalaman dan komentar Tun Dr Mahathir Mohamad, konsep 1Malaysia yang dibawa Najib mula menghadapi masalah.
Jualannya kepada bukan Melayu tidak laris, kemunculannya pula menyinggung Umno dari dalam.
Namun begitu, Najib tidak berputus asa. Beliau bertegas memimpin dengan konsep 1Malaysia dan membawanya ke medan perang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Najib berharap pertaruhannya itu dapat membawa kembali undi bukan Melayu yang terhilang kerana pentadbiran Tun Abdullah Badawi. Jika BN menambah kerusi, maka senyaplah golongan kanan di dalam Umno.

Selepas perhimpunan Umno, ketua menteri terus guna tanah rizab Melayu, kata Pemuda PAS

Komitmen Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mempertahankan tanah rizab Melayu semasa Perhimpunan Agung Umno minggu lalu tidak diterjemahkan pimpinan parti Melayu itu, kata Pemuda PAS.
Ketua penerangannya, Mohd Nasaie Ismail berkata komitmen Umno itu hanya lakonan dan untuk meraih sokongan politik apabila Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron tetap mahu mengambil tanah rizab Melayu atas nama pembangunan.
“Selepas Perhimpunan Agung Umno berakhir, kerajaan Umno negeri Melaka mengumumkan keputusannya untuk kekal mengambil tanah rizab Melayu di Kampung Sungai Jerneh untuk dijadikan empangan.

“Perkara ini disebut oleh Idris dalam laporan berita semalam. Kampung Sungai Jerneh berusia hampir 200 tahun. Rumah di kampung ini dibina sejak 1830-an dan mempunyai nilai sejarah tersendiri. “Di kampung inilah pahlawan Melayu Dol Said berkubu pada 1832 selepas tewas dalam pertembungan dengan Inggeris di Tabuh Naning,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nasaie berkata keperluan pembinaan empangan seharusnya dialihkan ke lokasi yang tidak didiami penduduk apatah lagi Kampung Sungai Jerneh merupakan perkampungan tradisi bersejarah.
“Bagi Pemuda PAS, kerajaan sepatutnya membangunkan kampung ini menjadi produk perlancongan sejarah di Melaka.
“Usaha mesti dijalankan agar kampung ini diiktiraf agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai tapak warisan dunia,” katanya.

Selepas dakwaan ketirisan RM300 juta, Putrajaya ganti skim i- BR1M

Putrajaya mengambil langkah menghentikan skim Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) selepas dakwaan wujud ketirisan berjumlah hampir RM300 juta. PKR sebelum ini menuduh berlakunya ketirisan dalam sistem pembayaran insurans tersebut kerana jumlah yang dibayar melebihi jumlah dituntut pada hanya RM42 juta.
"Kerajaan juga akan menggantikan skim i-BR1M yang diperkenalkan sebelum ini dengan Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuatkuasa selama setahun," kata Putrajaya dalam satu kenyataan rasmi.
 Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sebelum ini berkata, jawapan Parlimen mengesahkan sehingga 24 September tahun ini, sebanyak 13,015 tuntutan melibatkan RM42 juta dibayar syarikat takaful kepada waris penerima BR1M.
Nilai tersebut lebih rendah jika dibandingkan dengan jumlah yang diumumkan dibayar kerajaan kepada syarikat insurans. Rafizi mempersoalkan kewajaran pembayaran tersebut dengan menegaskan lebihan bayaran itu tidak akan berlaku sekiranya kerajaan dapat membuat unjuran yang betul selain dapat menjangkakan jumlah tuntutan penerima BR1M secara realistik.
Beliau juga membandingkan pelaksanaan khairat kematian melalui i-BR1M yang dilaksanakan kerajaan Selangor di bawah program Skim Mesra Usia Emas (SMUE). "Bezanya, apa yang kerajaan PR lakukan di Selangor dengan pemberian khairat kematian tidak menelan belanja merugikan rakyat," katanya. Beliau juga menggesa perdana menteri mendedahkan individu yang memberi cadangan mewujudkan i-BR1M.

‘Apungan terkawal’ wajar digelar ‘apungan kotor’


KUALA LUMPUR: ‘Apungan terkawal’ yang bermula semalam bukti mekanisme tersebut hanyalah nama lain untuk ‘cukai bahan api’ walaupun harga petrol RON95 dan RON97 jatuh sementara diesel naik.
Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata, pergerakan tidak konsisten harga kedua-dua jenis bahan api walaupun kejatuhan yang stabil harga minyak menunjukkan mengapa kaedah ‘apungan terkawal’ kerajaan wajar digelar ‘apungan kotor’.
Memetik laporan Roketkini, beliau berkata kaedah ‘apungan terkawal’ itu adalah sistem yang ditentukan sewenang-wenangnya oleh kerajaan tanpa ketelusan.
Menurutnya, tidak ada siapa yang menginginkan harga petrol atau diesel naik manakala harga minyak mentah terus menjunam (head south) secara besar-besaran sejak Jun lalu.
Beliau berkata, harga diesel sepatutnya menurun ke tahap bahan api industri, gred yang jauh lebih rendah akibat kejatuhan harga minyak mentah.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek kelmarin mengumumkan kenaikan harga minyak diesel sebanyak tiga sen seliter, disebabkan kerajaan sudah banyak menampung subsidi sebelum ini.
Bulan lalu, kerajaan juga telah mengambil langkah menghapuskan sepenuhnya subsidi bahan api yang bermula semalam, dengan harga ditetapkan menggunakan ‘apungan terkawal’.

PENGIRAAN HARGA PETROL RON95, RON97 DAN DIESEL TIDAK TELUS DAN TIDAK SELARI DENGAN HARGA PASARAN DUNIA


Wahai Bloggers, Tidak Malukah Kamu Di 'Bangang'kan Di Khalayak Ramai ?

Oleh WFAUZDIN NS
MUNGKIN sudah sampai tahapnya Najib hilang sabar kepada para pencacai yang diupah sebagai Blogger parti keris telanjang tidak bersarung itu. Semenjak dua penggal PRU kebelakangan ini, ternyata blogger-blogger upahan ini hanya makan gaji buta.
Langsung tidak membantu parti warisan penjajah ini. Paling menyakitkan jiwa raga Najib adalah, sudahlah tidak membantu tetapi 'menumbuk' dan 'menerajang' pemimpin sendiri

Ertinya ramai Blogger hentam pimpinan sendiri dari menghentam pemimpin Pembangkang. Makan gaji dari siapa? Siapa bayar? Memang anda bangang, itu luahan emosi Najib kepada para pencacai Blogger upahan ini.
Sebenarnya mahu salahkan Blogger upahan itu pun tidak boleh juga. Bukan mereka tidak mahu untuk menyerang Pembangkang atau pimpinan mereka, tapi apa modal untuk menyerang pimpinan Pembangkang? Mahu serang Anwar?
Sudah berapa kurun mereka asyik 'taji' Anwar? Apa kesannya? Adakah sokongan kepada Ketua umum PKR itu semakin merosot?
Apakah PR semakin terjejas? Jelas, tujuh Kerusi Parlimen Bn telah berjaya dirampas di dalam PRU 13 yang lalu. Sejumlah 53% rakyat negara ini menyokong PR, ertinya projek menfitnah Anwar gagal samasekali.
Pemimpin PAS, Hj Mustafa Ali juga difitnah dengan isu yang mengaibkan, namun apakah rakyat percaya kepada cerita lucah lagi?

UMNO Jurucakap Golongan T20

sakmongkol AK47
Cukuplah. Orang Melayu mesti berhenti dari menerima bahawa UMNO itu suara orang Melayu. Ahli UMNO hanya 1 dari 6 orang Melayu. Hanya kerana mereka parti terbesar, ahli nya ramai, dan mereka menguasai kerajaan- ini tidak bermakna mereka suara mutlak bagi orang Melayu.
Apa UMNO hari ini? UMNO adalah suara Melayu istimewa yang mahu mengekalkan keistimewaan yang mereka nikmati. UMNO parti kelompok terdiri dari 20% teratas,(T20) untuk pihak 20% teratas , oleh kelompok 20% teratas. Kelompok yang menguasai 65% kekayaan dikalangan orang Melayu. Inilah UMNO yang sebenarnya.


Individu dalam kelompok 20% teratas mempunyai pendapatan hampir RM11,000 sebulan, individu dalam kumpulan 40% terbawah atau B40 mempunyai pendapatan bulanan RM1700. Dalam pada itu pun menteri UMNO tipu satu Malaysia menyatakan bahawa pendapatan purata isi rumah ialah RM5900. Orang UMNO tidak lagi boleh bercakap benar kepada rakyat. Mana mungkin kelompok 20% ini melaksanakan dasar yang mencairkan kepentingan dan keistimewaan mereka?Jeritlah sekuat manapun, kita sudah tahu temberang UMNO.
Dibawah UMNO, rakyat makin susah menyarai kos kehdupan kerana akses kepada modal dan akses kepada sumber pengkayaan dimonopoli oleh Melayu istimewa. Dibawah UMNO, rakyat sukar mampu memiliki rumah dalam bandar2. Dibawah penjagaan UMNO, tanah reseb Melayu makin mengecil.
Bagaimana UMNO bersandiwara tidak sedar mengenai pengecilan tanah reseb Melayu walhal ia berlaku ketika segala tanah dibawah penjagaan mereka? Menjadikan tanah milik felda atau felcra atau risda sebagai reseb Melayu tidak menyelesaikan fakta dan kejadian tanah reseb yang asal dibiarkan terlepas kepada tangan bukan Melayu.
Ini kerja bodoh dan tindakan pak pandir. Tapi, suara2 pak pandirlah yang kedengaran kencang dari PWTC.
Sekarang mereka berkerja keras mempertahankan keitismewan ini tatkala rakyat mulai sedar bahawa UMNO bukan lagi jurucakap dan pembela hak rakyat. Ya tuan tuan dan saudara semua- kita hanya perlukan 2% sahaja tambahan undi menolak UMNO, kita akan nyahkan UMNO daripada jadi kerajaan yang menyusahkan rakyat.

Ringgit hampiri paras terburuk sejak Jun 1998


Mata wang ringgit bergerak ke arah trend penurunan terbesar dalam sejarah sejak krisis kewangan Asia 1997-1998 sekali gus menyebabkan kerugian kepada pasaran berkembang pantas berikutan kebimbangan berlarutan terhadap penyusutan pendapatan negara pengeksport minyak ini.
Ringgit lemah sebanyak 1.3 peratus kepada 3.4250 berbanding AS$1 pada jam 10.38 pagi tadi.
Menurut data yang dikumpul Bloomberg, nilai Ringgit merosot sebanyak 2.3 peratus dalam tempoh dua hari, penurunan terburuk sejak Jun 1998, sebelum Malaysia mengamalkan tambatan ringgit yang kekal sehingga 2005.
Harga minyak mentah Brent susut 2.3 peratus hari ini, paras terendah dalam tempoh hampir lima tahun selepas OPEC membuat keputusan untuk tidak mengurangkan pengeluaran bagi tujuan melonjakkan harga.
Kehilangan potensi pendapatan menyukarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengurangkan defisit fiskal kepada tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNk) berbanding 3.5 peratus tahun ini.
“Malaysia merupakan negara Asia yang paling terjejas akibat penurunan harga minyak.
Ringgit pula dijangka boleh menyusut sehingga 3.45 pada minggu ini, kata Pakar Strategi Commonwealth Bank of Australia yang berpangkalan di Singapura, Andy Ji.

Malangnya dikau Najib...

Perhimpunan Agung Umno (PAU) ke-68 sudah pun berakhir dan seperti biasa setiap kali PAU ia akan meninggalkan berbagai kenangan dan peristiwa. Yang menjadikan PAU sebagai ruang dan medan untuk bertemu dengan sahabat lama, mereka akan datang ke ibu kota Kuala Lumpur lagi pada tahun depan, sekiranya masih sihat dan ada hayat.


PAU melakar ilusi ahli Umno. 
Pertemuan sempena PAU adalah rutin bagi sesetengah ahli veteran Umno. Kenapa tidak, pada hari itulah segenap lapisan ahli dari seluruh negara datang bertandang ke Kuala Lumpur. Apa lagi mereka diberi kemudahan tambang, penginapan, makan dan wang saku.

Seperti juga perhimpunan-perhimpunan sebelum ini, ahli parti Melayu itu berharap forum itu akan memberi manfaat dan berjaya mengekalkan kejayaan kepada parti itu. Mereka semua sudah tentu pulang dengan membawa harapan besar agar Umno tidak akan berkubur dan kerajaan yang digenggamnya selama lebih 59 tahun akan kekal setidak-tidaknya untuk lima tahun lagi.

Mengimbau kembali kepada PAU kali ini apa yang penting, ahli Umno perlu mengambil perhatian besar kepada beberapa perkara dibangkit dan resolusi diputuskan di sepanjang perhimpunan berkenaan. Ada berbagai ilusi harapan yang tercetus dalam perhimpunan kali ini. Bagaimana pun ada dua perkara yang saya kira sangat menyentuh hati nurani dan perasaan ahli Umno khasnya dan orang Melayu seluruhnya.

Bagi ahli Umno dan perwakilan pulang melenggang punggung, penuh kegembiraan dan puas hati apabila tuntutan dan desakan (sebenarnya), agar Akta Hasutan 1948 dikekalkan. Apabila Najib Razak mengumumkan akan memgekalkan akta berkenaan, perwakilan merasakan suara mereka didengari, dan menjadikan cadangan dan pandangan mereka tidak disia-siakan. Keputusan Najib mengumumkan akta itu dikekalkan dibuat pada ucapan dasar dan bukan pada penggulungan, satu sandiwara yang anti klimek sekaligus menjelaskan Najib sangat tertekan dengan isu berkenaan.

Bagi saya tindakan ini ia tidak menggambarkan kebijaksanaan Najib untuk meletakkan dirinya sebagai seorang pemimpin tegas. Sebaliknya beliau perlu mendengar perbahasan, teguran dan pandangan berhubungan akta itu (pro dan kontra) terlebih dahulu, sebelum beliau mengambil pendirian untuk mengumumkan ia kekal. Tidakkah Najib menghitung akan implikasi kepada reputasinya apabila beliau memungkiri janji?

Tidak mengapalah, Akta Hasutan 1948 yang dianggap sebagai zalim dan lapok itu sudah pun dimukatamdkan oleh ahli Umno dikekalkan. Ahli Umno sudah mendapat kemenangan kerana apa yang diperjuangkan telah diperolehinya. Hanya Najib berdepan dengan risiko politik disebalik tindakannya itu yang boleh menjejaskan popularitinya di mata umum khasnya jenerasi muda yang bersikap liberal dan berfikiran fleksibel.

Itu juga bukan perkara penting untuk dibahas. Tetapi apa yang menarik untuk dianalisa semula disebalik pengekalan akta berkenaan, apakah atau sejauh manakah ia memberi keuntungan kepada Umno dan politiknya. Apakah pengekalan itu menjamin kelangsungan kekuasaan Umno? Tidak ada guna kalau kalau ia hanya indah pada mata tetapi tanpa memberi kesan lumayan diharapkan.

Ber‘so-li-da-ri-ti’ untuk Malaysia bukan sekadar Umno

Nur Jazlan

Berakhirlah Perhimpunan Agung Umno 2014 di PWTC dengan laungan Hidup Umno, Hidup Melayu serta Maju Malaysia oleh Presiden Datuk Seri Najib Razak dan sama ada lebih 5,000 perwakilan Umno dan kira-kira 3 juta ahli parti menyedari apa sebenarnya tujuan berhimpun saban tahun ini, terpulanglah kepada mereka.
Yang pasti perhimpunan 2014 akan membuka lembaran dan tatabahasa baru dalam kamus Umno dengan perkataan ‘So-li-da-ri-ti’ yang diungkap berulang kali Datuk Seri Najib dalam ucapan dasar serta penggulungannya, mampu diterjemahkan jentera Umno dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) 14 atau tidak, juga terpulanglah kepada ahli Umno.
Ramai mungkin tidak ingat suatu ketika dulu sebuah kesatuan sekerja di Poland bernama ‘Solidarity’ berjaya menumbangkan kerajaan komunis di Poland, mungkin atas semangat itulah yang dimahukan presiden kepada Umno dalam usa.ha untuk memastikan sokongan rakyat kembali beralih daripada pembangkang
Yang pasti juga Datuk Seri Najib bertindak lebih berani dalam ucapan penggulungannya selepas membuat pusingan ‘u’ ketika ucapan dasar untuk mengekal serta menambah baik Akta Hasutan 1948 apabila mahu menghalalkan akta yang dicipta pada zaman penjajah dengan membawanya ke Parlimen tahun depan.
Sejak awal lagi saya terus berpendirian Akta Hasutan perlu wujud dan dikekalkan tetapi saya turut menegaskan akta ini perlu bersikap mendidik dan mencegah bukannya menghukum atau lebih teruk berlaku penghukuman terpilih.
Inilah antara sebab utama mengapa pembangkang boleh terus memutarbelitkan akta ini kononnya bertujuan melindungi status quo Umno bagi terus berkuasa memerintah di negara ini kerana ia banyak dikuatkuasakan kepada pemimpin pembangkang atau mereka yang mempunyai pemikiran lebih radikal atau ektsrem.
Sebab itu juga penerangan mengenai mengapa Akta Hasutan ini perlu ada dan dikekalkan harus diperhebatkan bagi memastikan rakyat berbilang agama dan bangsa memahami kepentingan kewujudan akta pencegahan ini. Bagi saya jika kita tidak berniat menghasut untuk menimbulkan huru hara atau bertindak mengecam agama atau kaum lain, mengapa perlu takut terhadap akta ini kerana semua pihak faham tiada orang yang tidak boleh dikritik termasuk kerajaan dan pemimpinnya tetapi janganlah mengkritik dengan cara untuk menimbulkan ketegangan sesama kaum.
Pengulangan lebih 10 kali perkataan solidariti dalam ucapan dasar dan penggulungan presiden parti membawa makna yang mendalam kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam menyiapkan diri menghadapi PRU14. Jika PRU13 dikatakan sebagai ‘ibu kepada segala pilihan raya’, saya boleh mengkelaskan PRU14 sebagai ‘bapa kepada segala pilihan raya’ kerana ia adalah pilihan raya yang menentukan survival BN dan Umno yang kini jelas gagal mendapat sokongan rakyat terutama sekali di kawasan bandar serta separuh bandar termasuk orang Melayu sendiri.

Selepas Akta Hasutan flip-flop, bagaimana reformasi pilihan raya Najib?

Berikutan tindakan Putrajaya membuat pusingan 'U' berhubung pemansuhan Akta Hasutan, persoalan kini timbul terhadap satu lagi pembaharuan yang dijanjikan Datuk Seri Najib Razak iaitu untuk meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah pengawasan Parlimen.
Kira-kira sebulan selepas Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) pada 5 Mei tahun lalu, rancangan untuk mempunyai jawatankuasa pelbagai parti menyelia SPR bagi menangani kebimbangan mengenai tuduhan berat sebelahnya kini nampaknya terhalang. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, rancangan itu tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini.
 "Ia masih dikaji dengan mendalam," katanya kepada The Malaysian Insider apabila ditanya mengenai kemajuan yang dibuat setakat ini sejak pengumuman Najib tahun lepas untuk mengeluarkan SPR daripada bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri. Aziz berkata ia tidak akan menjadi mudah untuk dilaksanakan kerana memerlukan pindaan perlembagaan.
Pada Jun 2013, Najib berjanji untuk memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada satu jawatankuasa khas yang diwakili ahli Parlimen daripada semua parti politik kerajaan dan pembangkang bagi memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti badan pengendali pilihan raya tersebut. Najib membuat pengumuman itu dalam satu ucapan sempena sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Pada PRU13, pemerintah Barisan Nasional (BN) mendapat undi popular di bawah 47% walaupun ia memenangi 133 kerusi daripada 222 ahli Dewan Rakyat sementara pembangkang, Pakatan Rakyat (PR), mendapat 51% undi popular dengan 89 kerusi.
"Kerajaan membuat keputusan memindahkan kawalan dan fungsi SPR kepada satu jawatankuasa khas yang terdiri daripada ahli Parlimen daripada semua parti politik, sama ada kerajaan atau pembangkang," kata Najib ketika itu.
"Dengan langkah ini, diharapkan kesaksamaan SPR tidak lagi dipersoalkan dan keyakinan rakyat terhadap suruhanjaya itu boleh diperkukuhkan," katanya seperti dilaporkan Bernama. SPR menjadi sasaran selepas PRU13 apabila didakwa bersekongkol dengan BN bagi membolehkan parti kerajaan itu memenangi pilihan raya itu.
 Aziz berkata selepas lebih setahun Najib mengumumkan perkara tersebut yang merupakan sebahagian daripada usaha mereformasikan pilihan raya di Malaysia, setakat ini ianya masih di peringkat kajian, bagi mengelakkan SPR sekali lagi berdepan kritikan seperti yang berlaku dalam isu dakwat kekal.