Isnin, 1 Disember 2014

Perniagaan milik kerajaan merugikan – Dr M

Kegagalan berlaku apabila upah dinaikkan yang menyebabkan berlakunya kenaikan jualan, sementara rampasan kuasa dan harta golongan kaya mengurangkan pasaran tempatan bagi barang mewah
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemilikan perniagaan oleh kerajaan adalah tidak berfaedah, malah tidak menyumbang kepada pendapatan pihak kerajaan.
Menurut beliau, sistem yang mengatakan bahawa jika kilang dimiliki oleh kerajaan yang dikuasai oleh buruh, maka semua keuntungan akan diperolehi oleh kerajaan dan ia diagihkan pula antara pekerja merupakan sistem yang gagal.
mahathir 300Mantan Perdana Menteri itu menjelaskan, kegagalan berlaku apabila upah dinaikkan yang menyebabkan berlakunya kenaikan jualan, sementara rampasan kuasa dan harta golongan kaya mengurangkan pasaran tempatan bagi barang mewah.
“Tanpa pasaran mewah, walaupun pekerja dibayar gaji yang lebih, jualan tidak laris dan keuntungan berkurangan. Daya beli pekerja tidak meningkat, iaitu mereka terus menerus miskin.
“Dalam pasaran dunia pula, barangan harga tinggi dari negara sosialis tidak dapat bersaing dengan barangan dari Asia Timur. Sekali lagi keuntungan menurun sehingga ada yang terpaksa gulung tikar,” tulisnya di dalam blog milik beliau www.chedet.cc
Jelas Dr Mahathir, sebab itu industri yang dahulu memberi keuntungan yang banyak tidak maju selepas dimilik negara sehingga menyebabkan ”Cukai untuk kerajaan juga menurun dan tanpa perolehan cukai yang tinggi infrastruktur negara juga tidak dapat didirikan.”
Kata beliau, kemerosotan dan kegagalan itu juga menyebabkan pemilikan dan penguasaan kerajaan terpaksa dihentikan kerana pemilikan industri oleh kerajaan menyebabkan pembangunan merosot.
Mahathir turut menyatakan kelebihan bagi negara jika industri dimiliki dan oleh pihak swasta, antaranya kerajaan tidak perlu keluar modal satu sen pun.

Bajet Universiti 2015 Dipotong Kerajaan Umno@Bn RM1.046 Bilion (12.36%). Kenaikan Yuran IPTA Naik 2015?

kenaikan yuran 2015
Jikalau bajet pendidikan untuk IPTA bagi tahun 2014 sekitar RM 9,146,244,142. (RM9.146 bilion), tetapi bagi tahun 2015 depan berdasarkan pembentangan Bajet 2015 Malaysia sebelum ini kerajaan terpaksa potong bajet pendidikan untuk IPTA sebanyak RM1,046,630,000 (RM1.046 bilion) iaitu bersamaan dengan 12.36% daripada jumlah yang pernah diterima IPTA di Malaysia bagi Bajet 2014. Apa sudah jadi?
Sektor pendidikan adalah pelaburan terbaik bagi sebuah pembangunan negara. Mengapa pula sektor pendidkan tinggi negara terpaksa “dirompak dananya”. Adakah ini satu lagi projek penjimatan yang cukup radikal menjelang tahun 2015 kelak?
Peruntukkan yang pernah diberikan sepanjang tahun 2014 sejumlah RM9 bilion bukanlah satu angka yang besar bagi pendidikan tinggi di Malaysia. Bertambah teruk lagi apabila jumlah bajet terpaksa dikurangkan lagi.

Senarai Universiti IPTA Yang Dipotong Bajet Tahun 2015?

  1. Bajet Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) – Potong 35.36%
  2. Bajet Universiti Malaysia Kelantan (UMK) – Potong 35.08%
  3. Bajet Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – Potong 23.78%
  4. Bajet Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – Potong 17.34%
  5. Bajet Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) – Potong 16.51%
  6. Bajet Universiti Sains Malaysia (USM) – Potong 13.88%
  7. Bajet Universiti Malaya (UM) – Potong 11.11%
  8. Bajet Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) – Potong 19.17%
  9. Bajet Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) – Potong 13.62%
  10. Bajet Universiti Utara Malaysia (UUM) – Potong 9.33%
  11. Bajet Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) – Potong 8.06%
  12. Bajet Universiti Teknologi Mara (UITM) – Potong 2.55%
Anda boleh semak senarai penuh seperti di bawah ini yang diperolehi semasa sesi perbahasan Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat baru-baru ini :

RM ditutup lemah kesan harga minyak jatuh

Ringgit ditutup lemah berbanding dolar Amerika Syarikat hari ini, kesan kejatuhan berterusan harga minyak, kata seorang peniaga.
 
Pada 5 petang hari ini, ringgit disebut harga pada 3.4320/3350 berbanding 3.3450/3480 Jumaat lepas, lapor Bernama.
 
Peniaga itu berkata ringgit terjejas akibat kejatuhan harga minyak kerana Malaysia selaku negara pengeksport komoditi tersebut akan mencatat penurunan pendapatan daripada sektor berkenaan.
 
Ringgit juga diniagakan rendah berbanding kebanyakan mata wang utama.
 
Unit tempatan itu jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.6237/5280 daripada 2.5932/5963 pada Jumaat dan rendah berbanding  yen pada 2.8969/8004 daripada 2.8614/8644.
 
Ia juga turun berbanding pound British kepada 5.3725/2785 daripada 5.3075/2125 dan menyusut berbanding euro kepada 4.2701/1749 daripada 4.2053/1100.  
 
Sementara itu, Reuters melaporkan Ringgit Malaysia dijangka mengalami kemerosotan dua hari yang paling besar sejak krisis kewangan Asia 1997-1998 ketika harga minyak yang merudum mengancam melemahkan ekonomi pengeksport minyak.
 

Mampukah Najib Mengelakkan Penurunan 2 Peratus Undi Sedangkan 60 Peratus Masalah UMNO Berpunca Daripadanya?

Dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO Sabtu lalu, Muhyiddin Yassin telah melontarkan cabaran yang kritikal kepada ahli parti itu iaitu hanya dengan penurunan 2 peratus undi saja lagi akan menyebabkan UMNO dan BN kecundang dalam pilihanraya umum akan datang.

Beliau menggambarkan bahawa berdasarkan trend sokongan yang kian merosot sejak pilihanraya 2008, penurunan hanya 2 peratus saja lagi akan menyebabkan BN hanya mampu menang 103 kerusi Parlimen saja dalam pilihanraya akan datang ini.

"Kurang daripada 112 kerusi bermakna kita kalah. Minta dijauhkan", kata Muhyiddin lagi.

Dalam pilihanraya 2008, BN menang sebanyak 140 kerusi manakala dalam pada 2013 pula menurun kepada 133 kerusi. Kerusi minima yang perlu dimenangi untuk menubuhkan kerajaaan ialah 112 kerusi.

Tambah Timbalan Presiden UMNO itu lagi, sekiranya UMNO bekerja kuat dan mampu meningkatkan sokongan pengundi sebanyak 2 peratus daripada sedia ada, jumlah kemenangan BN akan meningkat kepada 141 kerusi manakala jika berjaya meningkatkan sebanyak 5 peratus pula, ia meningkat lagi kepada 159 kerusi Parlimen.

Beliau kemudian melontarkan pertanyaan, bolehkah kehilangan 2 peratus itu bukan saja dielakkkan, bahkan ditingkatkan dalam tempoh hanya tinggal 39 bulan sebelum PRU 14 akan datang? Dalam masa yang sama, bolehkah juga pelbagai persepsi negatif terhadap UMNO diperbetulkan?

Apa yang ditimbulkan oleh Muhyiddin ini bukan saja cabaran kepada seluruh ahli, pemimpin dan jentera UMNO seluruh negara tetapi juga merupakan hentakan yang barangkali ditujukan secara khusus kepada Najib selaku pemimpin utama parti dan kerajaan.

Laporan RCI 'Projek IC' pada Rabu (3-12-2014)

Laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pendatang haram Sabah yang dinanti-nantikan akhirnya dilapor akan dikeluarkan di Kota Kinabalu pada Rabu.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata laporan itu akan diumumkan dalam sebuah acara bersama media di Kompleks Tabung Haji di negeri itu, lapor The Star.

Perdana menteri sebelum ini mengumumkan bahawa laporan itu akan diumumkan pada awal Disember, walaupun terdapat desakan supaya ia dikeluarkan semasa sidang parlimen baru-baru ini.

Maklumat berhubung pengeluaran laporan itu didedahkan oleh pemberitahuan Kementerian Penerangan pada Isnin, menurut laporan itu.

Cadangan oleh laporan itu akan dikaji oleh panel diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Joseph Tan Sri Pairin Kitingan.

300,000 Puteri Umno, berapa ramai berpeluang bertanding?


puteri_umno


KUALA LUMPUR, 1 DIS – Sebenarnya Umno adalah parti yang memberi harapan palsu, bukannya DAP, manakala Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin sedang hidup dalam penafian.
Demikian reaksi balas Dyana Sofya terhadap serangan bertali arus terhadap DAP sepanjang Perhimpunan Agung Umno PAU kali ini yang menjadikan Dyana bahan bualan.
Nama Dyana meniti di bibir Khairy sejak hari pertama PAU bersidang, sambil menyifatkan Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang itu sebagai seorang yang ‘bukan siapa-siapa’.
“Saya rasa Khairy memang hidup dalam penafian jika beliau rasakan DAP ialah parti yang memberikan harapan palsu kepada ahli politik muda,”
“Malah, DAP konsisten mengiktiraf bakat-bakat muda dan memberi peluang untuk turut serta dalam politik arus perdana,” ujar Dyana yang dikenali setelah bertanding melawan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dalam pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan.
Dyana dipilih DAP sebagai calon, selari tindakan parti sebelum ini mengenengahkan bakat baru ke lapangan arus perdana sejak 2008.
Contohnya, Ahli Palrimen Kulai Teo Nie Ching yang memenangi kerusi Parlimen Serdang ketika berusia 27, manakala Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim baru sahaja berusia 32 tahun.

Umno membudaya sikap ‘jaga poket sendiri, rakyat usah dipeduli’

Dalam tempoh seminggu yang lalu, perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO dan tingkah laku ketua pambangkang di Selangor menonjolkan bahawa parti itu dan ahlinya hanya menjaga kepentingan diri sendiri.
ADUN Pasir Pinji Howard Lee berkata, ketika negara memerlukan parti berjiwa rakyat, sebaiknya Umno dilihat menyalahgunakan kuasa dan institusi pemerintahan untuk membela diri mereka sendiri.
Kata Howard, ucapan Datuk Seri Najib Razak bahawa pengekalan Akta Hasutan tidak memberi perlindungan kepada UMNO membuktikan hasrat utama parti itu tidak lain adalah untuk menyalahgunakan kuasa dan institusi pemerintahan, bukannya menambahbaik kehidupan rakyat Malaysia.
“Kepentingan, perlindungan atau penindasan parti politik semestinya tidak wujud dalam proses pertimbangan, sama ada untuk mengekalkan atau memansuhkan mana-mana undang-undang.
“Satu-satunya pertimbangan yang diperlukan adalah sama ada undang-undang itu wujud demi kebaikan rakyat dan selaras dengan nilai-nilai kemanusiaan sejagat,” kat Howard dalam satu kenyataan.
Kata Howard, sikap mementingkan diri sendiri terbukti berdasarkan keputusan UMNO menerima manfaat elaun dan kereta rasmi Ketua Pembangkang Selangor secara individu, tetapi rombongan ADUN Umno menolak peruntukan RM200,000 setahun yang disalurkan demi kepentingan rakyat.
“Inilah satu lagi bukti bahawasanya UMNO tidak peduli kepentingan rakyat; hanya jaga parti dan diri sendiri,” ujar Howard.

Kisah dua wajah UMNO

UMNO bermuka-muka.Perhimpunan Agungnya telah mendedahkan hal ini.

Kita mulakan dengan Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO. Orang ini kadang-kala bercakap hal-hal waras dan mempunyai perawakan yang boleh meyakinkan orang ramai bahawa beliau sebenar-benarnya progresif. Tidak ramai yang tidak bersetuju dengannya apabila beliau menulis di Twitter bahawa patut ada orang menangkap ‘bomoh tikar terbang’ tempoh hari, ‘Memalukan’ katanya.
Kenyataan tersebut ternyata disambut dengan amaran penampar buaya oleh Raja Bomoh. Keputusannya menggantikan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara selepas kontinjen Malaysia gagal mendapat pingat emas seperti disasarkan dalam Sukan Komanwel dan Sukan Asia juga tindakan yang progresif.
Namun beliau langsung tidak progresif di Perhimpunan Agung Umno. Saya akui sehingga sekarang saya tidak memahami logik Khairy mengaitkan rungutan mengenai penukaran nama jalan di Kuala Lumpur dengan ‘mencabar kedudukan Raja-raja Melayu’.
Pastinya saya juga tidak boleh faham bagaimana seseorang yang melihat dirinya sebagai reformis dan progresif berucap tentang mengekalkan unsur-unsur Akta Hasutan jika tidak mahu negara ‘hancur’. ‘Hancur’ seperti mana dan bagaimana?
Seterusnya mari kita lihat Ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil. Hadirin bangkit berdiri dalam persidangan di India baru-baru ini apabila beliau berucap tentang pengupayaan wanita dan bagaimana wanita Malaysia berjaya memecah tradisi dalam pelbagai sektor.
Tetapi beliau tidak menyatakan pendirian mengenai pengupayaan wanita di Perhimpunan Agung Umno. Ketika ahli politik wanita menjadi mangsa kenyataan seksis, dan berusaha membuktikan kami setanding kaum lelaki dari sudut kecekapan dan kepedulian, beliau bercakap tentang ‘membakar coli’ dan ‘minyak pelincir!

Egypt: 'The counterrevolution is at its peak'

Tiada peruntukan RM200,000 pun kami boleh khidmat kata Adun BN Selangor

MH370: Case against MAS to be heard Jan 12th

Phang batalkan saman RM100 juta ke atas bekas IGP

PAS Selangor: Tak betul ‘Melayu sepakat, Islam berdaulat’

Adun BN Selangor: Tiada duit pun kami boleh khidmat...hebat mereka ni..tak perlu elaun sekali tu..!!!

Ketua Pembangkang Datuk Shamsudin Lias sekali lagi menegaskan pendiriannya bahawa ADUN BN tidak akan menerima wang peruntukan sebanyak RM200,000 setahun yang akan diberi oleh kerajaan negeri mulai tahun depan.

Beliau bagaimanapun meminta supaya kerajaan negeri menyalurkan seluruh wang tersebut yang berjumlah RM700,000 kepada penyelaras DUN untuk disampaikan kepada rakyat.

"Pakatan bagi RM700,000 teruslah (kepada rakyat) sebab dia dah bagi kepada penyelaras DUN.

“Walaupun (ADUN BN) tak ada sesen pun peruntukan masih boleh berkhidmat kepada rakyat," kata ADUN Sungai Burong itu ketika ditemui pemberita di lobi bangunan Annex, Shah Alam.

DUN Selangor potong gaji speaker, timbalan, MB dan exco..tetiba macai terdiam seribu bahasa..!!!!

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini mencadangkan pengurangan gaji empat jawatan tertinggi dalam kerajaan melibatkan speaker, timbalan speaker, menteri besar dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) berkuatkuasa pada 1 Januari 2015.
Bagi speaker, gaji asal RM22,500 sebulan ditolak sebanyak 33.33% menjadi RM15,000, timbalan speaker daripada RM15,750 kepada RM10,000 (36.51%), menteri besar daripada RM29,250 kepada RM25,000 (14.53%) dan exco daripada RM20,250 kepada RM15,000 (25.93%). Perkara itu dicadangkan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali semasa sidang DUN petang tadi.
Bagaimanapun, gaji ahli DUN (Adun) tidak disebut dalam Dewan, sekaligus dikekalkan pada RM11,250 sebulan.

Harga runcit diesel naik 3 sen kerana k'jaan Umno@Bn banyak tampung subsidi..!!!

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata kenaikan harga runcit diesel sebanyak tiga sen seliter bermula hari ini disebabkan kerajaan telah banyak menampung subsidi sebelum ini.
"Dari segi diesel ini, subsidi yang diberikan terlalu besar. Oleh kerana itu bila kita kaji dan bincang semula kita tidak boleh turunkan harga.
"Berdasarkan pengapungan harga ini, tiada pilihan bagi kita (melainkan) untuk naikkan harga tiga sen seliter," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pasar raya Giant baharu, di sini hari ini.
Semalam, Hasan dalam satu kenyataan berkata bermula 1 Dis, harga runcit RON97 turun sembilan sen seliter kepada RM2.46 dan RON95 turun empat sen kepada RM2.26 seliter manakala harga runcit diesel dinaikkan tiga sen kepada RM2.23 seliter.
Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan akan memantau harga pasaran pada bulan ini bagi menetapkan harga runcit petrol dan diesel untuk bulan berikutnya selain mengkaji beberapa pendekatan baharu berdasarkan maklum balas akar umbi.
Ditanya mengenai aduan pengedar petrol dan diesel yang mendakwa mengalami kerugian kerana membeli pada harga tinggi sebelum harga runcit bahan api itu diturunkan, Hasan berkata kerajaan sedang meneliti perkara tersebut.

Putrajaya mesti tunjuk harga rujukan RON95, RON97, diesel tiap minggu

RAFIZI Ramli, Ahli Parlimen Pandan mendedahkan bahawa pengiraan harga petrol RON95, RON97 dan diesel tidak telus dan tidak selari dengan harga pasaran dunia.

Dalam kenataan medianya, beliau mendedahkan bahawa harga rujukan minyak mentah Brent pada hujung minggu lepas mencecah USD68 setong yakni harga sepatutnya sekitar RM1.70.

Berikut kenyataan penuh Rafizi.

Pengumuman harga baru tanpa subsidi bagi RON95, RON97 dan diesel bermula 1 Disember 2014 membayangkan harga petrol dan diesel akan terus dimanipulasi oleh Barisan Nasional dan menjadi beban utama rakyat di masa akan datang. Walaupun Dato’ Seri Najib Tun Razak menggunakan alasan harga yang dibayar oleh rakyat sekarang adalah mengikut harga pasaran, perbezaan di antara harga pasaran dan harga yang ditetapkan Barisan Nasional adalah terlalu ketara.

Harga rujukan minyak mentah Brent di hujung minggu lepas telah mencecah USD68 setong, iaitu penurunan sebanyak 35.2% dari harga sebelum kejatuhan pasaran minyak mentah iaitu sekitar USD105 setong. Harga purata minyak mentah Brent sepanjang bulan November 2014 ialah sekitar USD76 setong, iaitu penurunan sebanyak 27.6% dari harga sebelum kejatuhan pasaran minyak.

Harga rujukan minyak mentah Brent ini menentukan harga rujukan produk petroleum RON95, RON97 dan diesel yang didagangkan di Singapura dan digunakan sebagai asas menentukan harga petrol dan diesel di negara ini. Oleh itu, jika harga rujukan minyak mentah Brent telah jatuh di antara 27% hingga 35%, sudah tentu penurunan RON95, RON97 dan diesel juga adalah dalam lingkungan yang tidak banyak berbeza dari itu.

Malangnya, pengumuman Barisan Nasional menetapkan harga RON95 hanya turun 1.7%, RON97 hanya turun 3.5% malah diesel pula naik 1%. Rakyat tertanya-tanya kenapa ada jurang yang begitu besar di antara harga rujukan di pasaran dunia dan harga yang ditetapkan Barisan Nasional di Malaysia walaupun kononnya harga itu ditetapkan mengikut harga pasaran dunia.

Keadaan ini berpunca dari kaedah penentuan harga yang tidak telus dan memasukkan formula yang menjamin keuntungan syarikat minyak seperti yang saya nyatakan sebelum ini. Bagi setiap liter RON95 contohnya, Barisan Nasional menjamin keuntungan dan kos dibayar-balik (cost reimbursement) kepada syarikat minyak sebanyak 30 sen.

Oleh yang demikian, KEADILAN mendesak supaya Kerajaan Persekutuan menyiarkan setiap minggu secara terperinci harga rujukan RON95, RON97 dan diesel di pasaran dunia yang menggunakan harga terbitan MOPS (Means of Platts Singapore) serta kos-kos lain yang dimasukkan di dalam perkiraan menentukan harga pasaran Malaysia bagi RON95, RON97 dan diesel. Hanya dengan ketelusan sebegini Barisan Nasional boleh mengenepikan pandangan serong rakyat bahawa ia mengambil keuntungan dengan menetapkan harga minyak yang lebih tinggi kepada rakyat walaupun harga pasaran dunia telah jatuh menjunam.

Bangang: Kepimpinan Najib sudah sampai tahap terendah

Kali ini hendak sentuh tentang isu perubahan yang disebut dengan lantang oleh pimpinan UMNO terutamanya yang selalu disebut oleh Presidennya Najib Razak. Kita sudah sentuh cebisan apa yang perlu diubah dalam posting yang lepas tetapi jika Najib dan pimpinan UMNO itu serius hendak berubah, persoalan yang selanjutnya ialah siapa yang hendak melakukan perubahan itu.
Tidak siapa yang menentang pandangan Timbalan Presidennya yang perubahan itu mesti dilakukan, kerana jika tidak dilakukan rakyat akan mengubah UMNO itu. UMNO akan duduk dipetak pembangkang dan jika itu berlaku UMNO tidak akan bangun lagi sampai bila-bila,
UMNO tidak akan bangun lagi, sekali gus mereka yang melaung dan berucap bergegar-gegar itu akan duduk ditepian sambil menjilat luka mereka sendiri. Semasa itu tiada siapa yang memandang UMNO lagi dan kita semua telah lihat apa yang terjadi kepada UMNO Selangor yang kini hanya tinggal seperti melukut ditepi gantang.
UMNO di Selangor 'diibaratkan jika ia datang tidak nampak mukanya dan jika ia pergi tidak nampak belakangnya'. 'Datangnya tidak dijemput perginya tidak disuruh'. Tiada siapa yang peduli walaupun telah pernah diminta supaya UMNO Selangor itu berubah. Tetapi tiada siapa yang percaya UMNO akan tumbang seperti itu dan sekarang baru masing-masing sedar yang mereka sudah dianggap tidak wujud lagi di bumi Selangor itu.
Sesungguhnya pimpinan UMNO sedar keadaan ini maka kita mendengar suara perubahan dan transformasi dan berbagai-bagai lagi istilah dan slogan besar-besar yang kita dengar diungkapkan oleh pimpinan UMNO itu.
Tetapi ia tetap dengan tahap lama, tiada perubahan dan tiada membawa apa-apa ‘consequence’ terhadap retorik besar itu. Rakyat telah memekakkan telinga mereka apabila mendengar ucapan dan kata-kata pemimpin UMNO dan membutakan mata dengan segala tindakan UMNO yang mereka sendiri mengaku sebagai tindakan yang baik untuk rakyat. Segala apa yang dilakukan oleh pimpinan UMNO hanya dianggap seperti angin yang lalu sahaja.

Saman Fitnah: Bekas bos KFC nafi tawar RM100j bagi pihak Anwar

Ahli perniagaan Datuk Ishak Ismail menafikan membuat tawaran RM100 juta kepada Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman pada 2008 supaya beliau meninggalkan BN dan membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan pusat.

Bekas timbalan pengerusi eksekutif KFC itu berkata beliau menafikan sepenuhnya perkara itu dan sebaliknya mendakwa didekati “orang tengah” Anifah beberapa bulan lalu untuk memujuk Anwar menarik balik saman fitnah terhadap Anifah.

“Bila saya menjawab saya tidak berhubung dengan Anwar dan tidak boleh lakukannya, pengantara itu berkata nama saya akan diheret sama dalam prosiding (kes itu),” katanya.

Anifah pada 27 November memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau ditawarkan RM100 juta serta jawatan timbalan perdana menteri oleh pasukan Anwar, ketua umum PKR, untuk berpaling tadah.

Katanya, tawaran itu juga bagi membawa 10 anggota parlimen Sabah menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 2008.

Beliau menjawab soalan yang paguamnya Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan menamakan individu itu sebagai Ishak.

Pemuda PAS terus menjadi benteng hadapan

PULAU PINANG: Pemuda PAS Malaysia telah turun ke negeri-negeri bertemu kepimpinan pemuda berbagai peringkat ke arah menjayakan Ijtimak Tarbawi 4.0 akan berlangsung pada 5, 6 dan 7 Disember ini di Kompleks An-Nahdoh, Permatang Pauh.
Timbalan ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pihaknya menamakan program itu sebagai 'Road To Ijtimak Tarbawi' ke beberapa negeri iaitu Negeri Sembilan, Wilayah, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Katanya, kepimpinan pemuda negeri-negeri lain pun sudah berjanji untuk bersama menjayakan program tersebut.
Beliau menaruh harapan yang sangat tinggi untuk melihat pemuda terus menjadi benteng hadapan.
"Ia sangat baik untuk menjadikan kita dan penyokong menghadapi rintangan di zaman global ini," katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, memandangkan langkah PAS masih jauh, maka satu ketegasan diperlukan sejajar dengan dengan ujian yang semakin mencabar.
"Kita maklum bahawa dari segi agenda tarbiyah Pemuda PAS Malaysia mengakui ada kawasan pemuda kuat dan ada kawasan yang lemah, maka matlamat utamanya untuk mengukuhkan di samping memberikan motivasi dan memantapkan lagi program tarbiyah di setiap negeri dan kawasan," ujarnya.
Beliau berkata, Pemuda PAS membuka ruang secara umum kepada pemuda yang menyokong gerakan Islam untuk bersama-sama ijtimak itu kerana PAS bukan sahaja gerakan politik dan dakwah sebaliknya mementingkan tarbiyah.

Subsidi kembali jika harga minyak naik?

Anggota parlimen Ipoh Barat MP M Kulasegaran membangkitkan persoalan sama ada subsidi harga minyak akan dikembalikan jika harga minyak kembali meningkat.

Beliau membangkitkan perkara itu setelah kerajaan tidak lagi memberikan subsidi ekoran pengenalan kaedah pengapungan terkawal ketika harga minyak dunia jatuh.

“Harga minyak dunia hanya menunggu masa untuk naik dan tanpa subsidi kerajaan, harga RON95 dan diesel akan naik bawah sistem pengapungan terkawal.

“Kerajaan justeru harus berjanji, apabila harga minyak naik, subsidi mesti diperkenal semula supaya rakyat tidak terbeban,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Harga runcit RON97 turun sembilan sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 turun empat sen seliter kepada RM2.26 seliter, selepas 12 tengah malam tadi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata kerajaan mengikuti perkembangan pasaran dan kadar tukaran matawang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

Penetapan harga baru itu ekoran pengumuman kerajaan pada 21 November lalu bahawa penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengampunan terkawal mulai hari ini.

Kaedah itu seperti pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010.

Melalui kaedah itu, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya.

Orang Melayu tidak lagi wajar tuntut pembelaan, kata bekas menteri Umno

Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan orang Melayu tidak lagi wajar menuntut segala pembelaan atas nama ketuanan Melayu kerana dasar yang diwujudkan kerajaan sejak 1970 sudah banyak membantu kaum berkenaan.
Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata hasil dasar kerajaan yang digubal bagi membantu kaum Melayu, golongan yang menerima manfaat itu seharusnya sudah boleh menunjukkan kejayaan dan kecemerlangan.
“Orang Melayu sendiri tidak lagi wajar menuntut segala pembelaan, semata-mata untuk menekankan ‘ketuanan Melayu’. Dengan dasar yang dilaksanakan kerajaan sejak 1970, sudah dapat diwujudkan generasi baharu anak Melayu dan Bumiputera, yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

“Mereka boleh diketengahkan sebagai lambang keupayaan orang Melayu dan Bumiputera untuk menerap ilmu dan pengetahuan serta bersaing pada tahap tinggi dengan pihak lain di dalam dan di luar negara,” katanya menerusi rencana yang disiarkan Utusan Malaysia. Rafidah berkata ramai anak generasi Melayu dan Bumiputera sudah berjaya muncul sebagai ‘tuan’ dalam konteks mampu mengendali dengan jaya perusahaan sendiri dan menentukan masa depan ekonomi masing-masing.
Katanya, legasi kecemerlangan dan kejayaan golongan itu akan menjadikan kenyataan ‘Melayu tidak akan hilang di dunia’ ditambah pula dengan kejayaan generasi Melayu dan Bumiputera selepas mereka.
“Mereka mampu bersaing di peringkat serantau dan global serta menjadi kebanggaan bangsa sendiri juga negara.
“Pendek kata, dengan prestasi dan kejayaan dalam bidang masing-masing, mereka menunjukkan mereka mampu menguasai dalam bidang yang mereka ceburi.
“Mereka dapat merealisasikan ‘ketuanan Melayu’ dalam erti kata yang sebenarnya,” katanya menerusi artikel yang bertajuk 'Saya rakyat Malaysia'.

Pejabat Adun Seberang Jaya terbakar, exco dakwa niat jahat

Pejabat anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya Dr Afif Bahardin terbakar awal pagi tadi.

Afif yang juga exco kesihatan Pulau Pinang berkata kejadian berlaku sekitar jam 3.30 pagi ini di premis pusat khidmatnya di Taman Siakap.

“Saya mengesyaki insiden ini bukanlah satu bentuk kemalangan tetapi merupakan percubaan jahat untuk membakar dengan tujuan khianat dan mengganggu gugat keselamatan premis serta pasukan kerja saya di pejabat ini,” katanya.

Dalam kenyataannya, Afif juga berkata, insiden itu pertama kali berlaku terhadapnya dan beliau menyatakan rasa khuatir terhadap kemungkinan berlakunya “sabotaj pihak tertentu”.

Laporan polis berkaitan perkara itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Seberang Petai di Bukit Mertajam, juga awal pagi tadi.

Afif berkata beliau menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan.

Kekurangan RON97 di stesen minyak tertentu

Perbezaan antara harga RON95 dan RON97 yang semakin menyusut telah menyebabkan permintaan terhadap minyak RO97 meningkat seterusnya mengakibatkan stok berkurangan.
Sinchew Daily melaporkan, Shell mengakui permintaan yang meningkat terhadap RON97 telah menyebabkan kekurangan berlaku di sesetengah stesen minyak di Semenanjung.
``Kami sedang berusaha menambah bekalan ke stesen-stesen minyak berkenaan, keadaan kekurangan dijangka pulih dalam beberapa hari lagi," kata jurucakap syarikat minyak tersebut.
Dalam pada itu, jurucakap Petron pula memberitahu bekalan RON97 di sesetengah stesen minyak telah berkurangan disebabkan permintaan yang meningkat secara mendadak.
Sementara itu, jurucakap BHPetrol memberitahu, walaupun permintaan terhadap RON97 meningkat namun bekalan di stesen-stesen minyak tersebut masih mencukupi.
``Permintaan terhadap RON97 lazimnya tidak tinggi, ia hanya dibeli oleh pemandu yang memiliki kereta berprestasi tinggi," kata jurucakap BHPetrol.

Rakyat Sabah terkesan penarikan subsidi RON95

KUALA LUMPUR: Rakyat Sabah akan terkena kesan teruk apabila subsidi bagi Petrol RON95 dan diesel diberhentikan pada 1 Disember 2014.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamid Ismail, dengan pelaksanaan sistem kaedah pengapungan terkawal yang akan menentukan harga minyak negara, harga barang-barang dan makanan di Sabah adalah terbuka kepada salahguna oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawap.
“Senarionya boleh diringkaskan seperti berikut.
Memandangkan harga minyak negara akan bergantung kepada harga minyak dunia mulai 1 Disember 2014, sekiranya harga minyak dunia naik pada Disember 2014, harga-harga barang dan makanan di Sabah akan naik.
“Tetapi sekiranya harga minyak dunia turun pada Januari 2015, harga-harga barang dan makanan tadi akan tetap kekal pada harga seperti dalam Disember 2014.
“Trend semasa di Sabah ialah kenaikan harga minyak naik akan pasti menaikan harga barang-barang dan makanan tetapi harga barang-barang dan makanan ini tidak pernah turun selepas itu,” katanya
Katanya lagi, ia ditambah dengan polisi kabotaj yang ada di Sabah, harga barangbarang dan makanan di Sabah akan meningkat dengan tinggi dengan pemberhentian subsidi minyak.
Baginya, ini akan membebankan rakyat Sabah terutamanya golongan berpendapatan rendah.
Kata beliau, Perdana Menteri menjelaskan bahawa rakyat akan menerima faedah secara langsung dengan sistem kaedah pengapungan terkawal bermula 1 Disember 2014.
“Saya berpendapat bahawa alasan itu tidak munasabah.
Subsidi bertujuan untuk membantu rakyat.

PKR dakwa Sabah, Sarawak dilayan seperti anak tiri

Linggi menuduh pemimpin-pemimpin Semenanjung Malaysia itu gagal menjaga kebajikan rakyat Sabah dan Sarawak

sabah sarawak flagKENINGAU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa pemimpin Semenanjung Malaysia melayan penduduk Sabah dan Sarawak seperti anak-anak tiri yang menjadi punca gerakan membawa keluar dua negeri itu daripada Malaysia, semakin mendapat sokongan.
Timbalan Pengerusi Majlis PKR, Robert Linggi, berkata, penduduk kedua-dua negeri itu berasa sangat tidak puas hati dengan cara Kerajaan Persekutuan melayan mereka.
“Jika saya mengurung lembu dalam kawasan yang dipagar, adakah pagar-pagar itu mampu menghentikan haiwan itu daripada keluar, jika saya gagal menyediakan makanan yang cukup kepada mereka? soal beliau dan menambah lembu-lembu itu pasti mengamuk,” dakwa beliau.
Linggi menuduh pemimpin-pemimpin Semenanjung Malaysia itu gagal menjaga kebajikan rakyat Sabah dan Sarawak dan menambah bahawa tiada kerajaan dapat membangun tanpa kerjasama daripada bangsa-bangsa yang lain.
Semasa Perhimpunan Agung UMNO 2014, Linggi berkata, tiada seorang pun pemimpin yang bercakap mengenai agenda pembangunan negara dan tiada seorang pun daripada mereka yang memahami isu-isu di Sabah dan Sarawak.
Beliau percaya, UMNO sebenarnya dapat menyatukan negara ini dengan menahan diri daripada membuat kenyataan yang memberi kesan negatif kepada penduduk Sabah dan Sarawak serta pemimpin tempatan.

PM digesa ulas kontroversi naik pangkat Dayak

Datuk Seri Najib Razak digesa membuat kenyataan sebagai menteri semasa persidangan Dewan Negara berhubung dakwaan diskriminasi terhadap Dayak dalam sektor perkhidmatan awam.

Anggota parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang berkata perdana menteri perlu menyentuh itu sekitar kenaikan pangkat, terutamanya dalam Jabatan Pengangkutan Jalan Sarawak, yang mencetuskan kemarahan penjawat awam dan profesional negeri.

Kumpulan itu, kata Lim, melihatnya sebagai bukti diskriminasi terhadap bumiputera bukan Melayu di sektor perkhidmatan awam kerajaan persekutuan.

Ketua anggota parlimen DAP itu juga berkata senarai yang dimuat naik di Internet menyaksikan lapan penguat kuasa berjaya dalam kenaikan pangkat daripada gred N27 kepada N32, manakala tiga lagi pegawai berketurunan Dayak diletakkan sebagai “simpanan”.

“Bagi Dayak, senarai itu mengesahkan apa yang dirasai mereka selama ini dan seperti apa yang tercatat dalam Laporan Pembangunan Manusia Malaysia 2013 – diskriminasi berlaku di kalangan bumiputera bekerja dalam sektor perkhidmatan awam, dengan orang Melayu diberi keutamaan berbanding masyarakat pribumi,” kata Lim.

Anak anak Muda Jangan Sampai Disenarai Hitamkan Oleh Allah

Label ‘keling’: MIPAS mahu buat laporan polis ke atas wakil Umno P.Pinang

Harga Minyak RON95 Turun 4 Sen 1 Disember Selepas Kerajaan Umno@Bn Tarik & Hapus Subsidi RM24.8 Bilion!

Walaupun atas nama sebuah negara yang telah dilimpahkan emas hitam oleh Allah ke atas bumi bernama Malaysia, sebutan subsidi minyak dan diesel sudah tidak akan lagi berkumandang dan didendangkan selepas ini apabila bantuan subsidi sejumlah RM24.8 bilion setahun bersamaan RM2 bilion sebulan telah pun ditarik sekaligus serta merta.
Dan hari ini…selepas timbalbaliknya penarikan subsidi minyak dan diesel sebanyak Rm24.8 bilion, kerajaan Malaysia berbesar hati menawarkan harga baru RON95 yang “dicanang sebagai lebih rendah” iaitu RM2.26 seliter. Berapa kurang? Ya….tepat sekali. Pengurangan 4 sen berbanding harga semalam RM2.30 seliter.

Senarai Harga Baru Minyak RON95, RON97 & Diesel?

minyak ron95 turun
  1. Harga minyak petrol RON95 – RM2.26 seliter (turun 4 sen)
  2. Harga minyak petrol RON97 – RM2.46 seliter (turun 9 sen)
  3. Harga minyak diesel – RM2.23 seliter (naik 3 sen..??)
Pelik. Semakan pada nota harga minyak yang dijual di stesen minyak tertera dengan jelas subsidi minyak pada November 2014 adalah 13 sen. Pada ketika harga minyak mentah terus menjunam teruk sehingga mencecah USD70 setong dek kerana pengeluaran mendadak minyak Amerika Syarikat, Kanada & dunia terus, sikap OPEC yang terus berpeluk tubuh, penurunan permintaan minyak menurun di Jepun dan Eropah serta peningkatan jumlah kereta hybrid, harga minyak RON95 turun di Malaysia hanya 4 sen? 4 sen?

Umno beri harapan palsu kepada Melayu, kata Dyana Sofya

Dyana Sofya Mohd Daud hari ini mempertikaikan kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan mendakwa, Umno yang memberikan harapan palsu kepada Melayu selama ini.
Dyana, setiausaha politik kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, Umno selama ini berlagak sebagai pembela dan pembawa obor perjuangan Melayu sejak 50 tahun lalu. "Ketika Umno mendakwa keberlangsungan Melayu terletak pada parti itu, sebenarnya Umno yang tidak akan berjaya tanpa Melayu," katanya.
Dyana berkata Umno memberi harapan palsu apabila anak muda juga tidak diberi peluang menceburi politik pada usia muda. “DAP konsisten mengiktiraf bakat muda dan memberikan mereka peluang menceburi politik arus perdana. “Sebagai contoh Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching pertama kali bertanding pilihan raya umum [ada 2008 ketika berusia 27 tahun.
Ketika ini, dua ahli Parlimen termuda adalah daripada DAP iaitu Steven Sim dan Zairil Khir Johari yang kedua-duanya berusia 32 tahun,” katanya. Calon DAP Pilihan Raya Kecil Teluk Intan itu berkata sebaliknya Umno sendiri yang perlu bertanya mengapa parti Melayu itu tidak berjaya dalam usaha meremajakan parti. Katanya, Kabinet pertama di bawah Tunku Abdul Rahman mempunyai beberapa menteri yang berusia bawah 35 tahun namun ia tidak dapat diteruskan kerana pemimpin parti itu tidak mahu melepaskan kuasa.
“Saya tidak memahami harapan palsu yang dikatakan Khairy. DAP memberi peluang sebenar kepada bakat muda yang berkebolehan dan layak. Maka, kenyataan harapan palsu itu adalah pengiktirafan sebenar parti tersebut. “Adakah Umno memberi peluang kepada mereka yang berusia di bawah 35 tahun untuk bertanding dalam pilihan raya umum lalu? “Dengan lebih 300,000 ahli Puteri Umno yang lebih hebat daripada saya, berapa ramai yang diberi peluang untuk bertanding?” katanya.

Ustaz ekspres, ustazah jadian....

Kebanjiran golongan artis berhijrah dan giat berdakwah kebelakangan ini seolah menjadi trend, apabila golongan itu tidak lagi aktif dalam dunia hiburan.
Perkara itu disentuh perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang lantang mempertikaikan kewujudan artis berhijrah seterusnya bergelar ustaz ekspres dan ustazah jadian, terutama dalam Pas.
“Nak cari ustaz, ustaz pun ceramah macam Maharaja Lawak Mega, ada juga ustaz macam ustaz Bollywood. Padan yang dengar pun, nak pilih ustaz yang nyanyi dan buat lawak, nak dengar lawak pi dengar Maharaja Lawak lah, tak payah dengar ceramah agama,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno, Khamis lalu.
Ketua Wanita Umno Baling itu juga kesal apabila wujud artis yang mendapat hidayah terus digelar ustaz atau ustazah, sehingga ada yang diberi peluang mengendalikan program keagamaan.
“Penyanyi jadi ustaz, rockers jadi ustaz, artis dipanggil ustaz. Artis wanita bertudung pula jadi ustazah dan terus kendalikan program agama. Kewujudan ramai ustaz ekspres dan ustazah jadian, yang asalnya adalah pelakon, penyanyi dan rockers masuk Pas, celaru keadaan,” katanya.

Menurutnya, dibimbangi apabila golongan itu mengeluarkan pandangan yang menyimpang daripada ajaran Islam, boleh menyesatkan pihak yang mendengar.

“Orang ini mungkin ada kesedaran dan semangat Islam, tetapi tak boleh bercakap tentang hukum agama sebab tidak ada wibawa. Setakat pengalaman tidak melayakkan kita jadi ustazah atau ustaz,” katanya.

Putrajaya collecting ‘fuel tax’ under dirty float system

Kluang MP Liew Chin Tong alleges that Malaysians are paying to help plug Government’s fiscal holes.
petrol2KUALA LUMPUR: The managed float system of the pump price, called “dirty float” by industry insiders, has allowed the Federal Government to evade transparency and impose a fuel tax, according to Kluang MP Liew Chin Tong.
“No one in his right mind would expect pump prices for petrol or diesel to go up while crude oil price continues to head south massively since June 2014. The benchmark Brent price has come down from USD 115 in June to around USD 70 per barrel,” said Liew in a statement.
“The pump diesel price should follow industrial diesel prices, which is much lower now.”
The Government must announce the details of the so-called managed float system, otherwise it is just a name for fuel tax, he stressed, “with Malaysians paying the Government to help plug its fiscal holes”.
“The price of diesel has increased from Monday by three sen to RM2.23 per litre,” said Liew. “The meagre drop in RON97 and RON95, and the 3-sen hike in diesel price, announced by the Government, is most unacceptable.”
The retail price for RON97 and RON95 went down w.e.f. Monday by nine sen to RM2.46 per litre and four sen to RM2.26 per litre respectively. The previous retail price for RON97 was RM2.55 per litre, RON95 RM2.30 per litre and diesel RM2.20 per litre.

Dyana: Khairy hidup dalam penafian


Dyna Sofya berkata Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin hidup dalam penafian jika menganggap bahawa DAP adalah sebuah parti yang hanya memberi "harapan palsu" kepada ahli politik muda.

Sebaliknya, kata Dyana, DAP sangat konsisten dalam mengiktiraf bakat-bakat muda dan memberi mereka peluang menyertai arus politik perdana.

Sebagai contoh, katanya, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching (kanan), pertama kali dipilih pada tahun 2008 ketika dia berusia 27 tahun.

"Pada masa ini, kedua-dua ahli Parlimen yang paling muda di Dewab Rakyat adalah dari DAP -  Steven Sim Chee Keong dan Zairil Khir Johari -  kedua-dua berusia 32.

"Kami juga mempunyai beberapa ADUN yang berusia 20-an, seperti Liow Cai Tung di Johor dan Christina Chew di Sarawak," tegas Dyana yang juga setiausaha politik kepada ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

"Malah pemimpin kanan kami seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok, telah bertanding ketika semua
mereka berusia 20-an," tambah Dyana dalam satu kenyataan.

Oleh itu, katanya, beliau gagal untuk memahami idea "harapan palsu" yang dimaksudkan oleh menteri
belia dan sukan itu.

Menurut Dyana, DAP telah memberi peluang kepada bakat-bakat muda yang berkebolehan dan berkelayakan.

Oleh itu, tegas Dyana lagi, apa yang dianggap oleh Khairy sebagai "harapan palsu" itu sebenarnya adalah pengiktirafan DAP kepada bakat muda.

"Sebaliknya, adakah Umno ada mencalonkan seseorang yang berumur di bawah umur 35 tahun dalam pilihan raya umum lalu?

Pakatan punyai kelebihan selagi Noh Omar ketuai Umno - DAP Selangor

noh-omarSHAH ALAM 30 NOV: Pakatan Rakyat Selangor mempunyai kelebihan untuk mengembalikan dan meraih keyakinan rakyat ekoran isu Menteri Besar Selangor yang menjejaskan sedikit keyakinan rakyat kepada gagasan itu.
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata dalam keadaan krisis Menteri Besar memuncak, Umno tidak dapat mengeksploitasi isu itu ekoran lemah dan berpecah- belah.
“Dalam krisis ini, kita bernasib baik musuh politik kita, Umno berpecah-pecah lebih lemah daripada kita.
“Selagi Datuk Noh Omar kekal memegang jawatan Ketua Umno Selangor dan selagi Umno tidak dapat melantik pemimpin yang lebih cekap, bijak dan berkesan, Pakatan Rakyat berpeluang besar berjaya dalam matlamat memulihkan sokong daripada rakyat,” kata Tony Pua.
Tony Pua berkata demikian di Konvensyen Tahunan Negeri DAP Selangor 2014 di Petaling Jaya, hari ini.
Katanya, bersama Dato’ Menteri Besar baru, Mohamed Azmin Ali, beliau menggesa Pakatan Rakyat bekerja keras memulihkan keyakinan rakyat.
“Kita perlu bertungkus-lumus, bekerja keras dalam tiga tahun yang akan datang untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada DAP dan kerajaan Pakatan Rakyat,” katanya.

Anwar gesa Umno namakan mereka yang cabar Melayu

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Kuching malam tadi mencabar Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak untuk menyebutkan secara jelas rakyat yang dituduh mencabar kedudukan orang Melayu dan Islam di negara ini.
 "Saya meminta Datuk Seri Najib, beritahu saya siapa mereka? Orang Melayu sendiri? Orang Cina, India, Dayak atau Kadazan yang mencabar semangat Perlembagaan? "Katakanlah. Adakah ada cabaran kepada kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi atau Islam sebagai agama persekutuan atau kedudukan raja-raja Melayu?
"Jika tidak, mengapa mencipta 'watak jahat' ini dan takutkan rakyat dan kemudian menggunakan ini sebagai alasan untuk menggubal undang-undang baru yang zalim," kata Anwar ketika memberikan pandangan jelas PKR menentang Akta Hasutan dalam satu ceramah politik di kawasan perumahan Desa Ilmu di bahagian Samarahan, kira-kira 40 km dari bandar Kuching. Beliau berkata cabaran dikatakan kepada kedudukan orang Melayu dan Islam adalah "tanpa fakta".
 "Satu-satunya isu yang diketengahkan adalah isu perkauman dan agama sedangkan masalah terbesar (dihadapi negara ini) adalah isu tadbir urus yang baik. "Apabila mereka tidak ada apa yang hendak dipertahankan, maka apa yang mereka lakukan adalah mencipta isu dan mengatakan orang yang tidak bersama mereka anti-Melayu dan Islam, mereka yang mencabar Perlembagaan dan tidak memahami kontrak sosial,” katanya.
Najib pada Khamis memungkiri janji yang dibuat pada 2012 untuk memansuhkan Akta Hasutan. Beliau mengumumkan pada Perhimpunan Agung Umno 2014 akta itu bukan saja akan dikekalkan tetapi akan diperkukuhkan bagi memasukkan peruntukan yang menjadikannya satu kesalahan menghina agama dan cadangan pemisahan Sabah dan Sarawak.
"Rakyat Malaysia perlu sedar Umno menggunakan hujah yang usang, cerita mereka sendiri benar-benar tidak relevan dengan cabaran dihadapi rakyat Malaysia, untuk kekal berkuasa," kata Anwar, yang berada di Sarawak selama dua hari untuk program Rakyat Hakim Negara anjuran PKR di seluruh negara. Pada perhimpunan agung Umno yang baru saja berakhir, Anwar berkata "paparan keangkuhan pemimpin Umno" itu adalah "benar dan benar-benar membimbangkan".

PasMa dakwa PAS Dungun ganggu program mereka, laporan polis dibuat


Hubungan antara PAS dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) tegang di Terengganu apabila aktivis NGO itu mendakwa program mereka di Dungun diganggu aktivis PAS kawasan itu.
Sehubungan itu, seorang pemimpin PasMa kawasan itu yang menganjur program itu, Baharudin Abd Hamid membuat laporan polis.
Ini adalah kekasaran pertama yang berlaku antara kumpulan itu dengan PAS sejak parti Islam itu dilanda krisis dalaman. Ia bermula apabila PasMa dengan menggunakan sebuah NGO lain iaitu Pertubuhan Tuntutan Demokrasi dan Saksama (Desak) dengan kerjasama Kelab Veteran PAS Dungun menganjurkan satu majlis di Dungun Jumaat lepas.
Namun PAS tidak bersetuju bendera parti itu dipasang di majlis itu kerana ia bukan majlis anjuran PAS. Ekoran itu, beberapa aktivis PAS cuba membuang bendera itu dan berlaku kekecohan antara mereka dan ia berlanjutan sehingga beberapa kejadian.
Ekoran itu, Baharudin yang merupakan ketua PasMa Dungun membuat laporan polis di Balai Polis tengahari semalam. Dalam laporan itu, Baharudin meminta pesuruhjaya PAS Terengganu dan ahli Parlimen Dungun yang juga daripada PAS bertanggungjawab terhadap peristiwa itu.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad turut menyertai program yang bertajuk "Mengembalikan Pemerintahan PR Terengganu" itu bersama Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi, Adun Bandar yang juga pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail dan Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing.
PasMa ditubuhkan ketika krisis dalam Pakatan Rakyat (PR) memuncak ekoran Langkah Kajang yang dibuat PKR untuk menukar bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang tidak dipersetujui pemimpin utama PAS.

Who is really guilty of insulting the Malays?

Umno Baru sees the Malay mind as fertile ground for sowing the seeds of self-doubt.

melayu2What else is new? Year in and year out, we have the predictably tense run-up to the Umno Baru General Assembly. And then, when they are gathered at PWTC, the various warlords wave their fists, insult the non-Malays, shout themselves hoarse and behave very much like little boys showing off their assets, telling one another, “Mine is bigger than yours.” After that, it is back to the status quo.
This year shows one small variation. Najib Abdul Razak is aware that his political career is nearing the end. He is attempting to prolong it by appeasing the extremists. His method is to use the Sedition Act.
The sedition clampdown has been sweeping the nation like the haze. It blankets the country and is toxic. It chokes us, reduces visibility and makes the vulnerable seriously ill. People are unable to go to work or enjoy themselves. It incapacitates us.
Since the 70s, the Malay mind has been a fertile ground for Umno Baru to sow the seeds of self-doubt. The ideas have been put into his head that he is weak, that his religion is ineffective, and that the Umno Baru brand of Islam is better. Umno Baru takes a departure from the message that the Father of Independence, Tunku Abdul Rahman, left us. The Tunku wanted Malaysia to be multiracial and secular, free from feudal bondage. Umno Baru is undoing all of his legacy.
The Malay mind is inundated, daily, with the emotional baggage of race, religion and royalty. With this continual pummelling, his confidence will eventually be eroded.
At the just-concluded assembly, Najib insulted the Malays and told them that without Umno Baru, they would be doomed. Where are the voices of the ordinary Malays to challenge him?
Najib is suggesting that Malays are weak and indolent. He knows that if Umno Baru were to cease to exist, the Malays would blossom. Umno Baru is aware that the only Malays who need protecting are themselves – the Umno-Baruputra Malays.
A few months ago, former prime minister Mahathir Mohamad called the Malays “stupid and lazy”. There was hardly a word of protest from the Malays, but the few Malays who dared to criticise Mahathir for his politics of divide and rule were branded ungrateful. Mahathir always gets away with insulting the Malays. Why? There are many Malays who are intelligent, hard-working and amiable. Again, they failed to force Mahathir to apologise.

DAP mahu pilihan raya kerajaan tempatan dilaksanakan penggal ini di Selangor

Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang daripada PAS Saari Sungib diberi tepukan ketika Pengerusi DAP Selangor Tony Pua menyampaikan ucapannya di Konvensyen Tahunan Negeri DAP Selangor 2014, malam tadi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Disember, 2014.Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang daripada PAS Saari Sungib diberi tepukan ketika Pengerusi DAP Selangor Tony Pua menyampaikan ucapannya di Konvensyen Tahunan Negeri DAP Selangor 2014, malam tadi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Disember, 2014.Walaupun gagal untuk dilaksanakan di Pulau Pinang, DAP akan terus menuntut pilihan raya kerajaan tempatan akan terus dilaksanakan di Selangor, kata pengerusi DAP Selangor, Tony Pua.
Pua berkata, DAP akan menuntut dasar paling penting kepada kerajaan negeri Selangor iaitu supaya pilihan raya kerajaan tempatan dilaksanakan di Selangor dalam penggal ini juga.
"Walaupun Pulau Pinang gagal dalam usaha mereka mendapat pengiktirafan daripada Mahkamah Persekutuan, kerajaan negeri Selangor patut terus berusaha memberikan suara kepada penduduk tempatan dalam urus tadbir Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)," katanya ketika berucap di Konvensyen Tahunan Negeri DAP Selangor 2014 di Petaling Jaya, semalam.

Beliau berkata, DAP akan menyeru pemilihan ahli majlis kerajaan tempatan diadakan secara rasmi tetapi diaturkan secara tidak rasmi oleh pegawai kerajaan negeri Selangor. Katanya, kerajaan negeri Selangor akan merestui keputusan pemilihan tersebut dan pemenangnya akan dilantik secara rasmi sebagai ahli majlis dalam PBT terlibat.
Pua berkata, hanya jika dikembalikan 'undi ketiga' kepada rakyat, barulah kerajaan tempatan akan bertanggungjawab sepenuhnya dan memperbetulkan dirinya sendiri untuk kepentingan rakyat.
"Dengan adanya pemilihan terbuka, kita berharap tidak akan lagi terjadi percanggahan halat uju antara pihak yang dipertua atau datuk bandar dengan aspirasi rakyat tempatan," katanya dalam ucapan itu.

Adakah masyarakat Cina Malaysia mendapat keadilan?

Setiap kali apabila ahli-ahli Umno berhimpun di Kuala Lumpur, masyarakat bukan Melayu khususnya orang Cina akan menjadi tumpuan kritikan.
Perhimpunan itu seolah-olah satu himpunan untuk “mengecam” orang Cina dan bukan untuk membincangkan isu nasional yang lebih kritikal.
Adakah masyarakat Cina Malaysia mendapat keadilan? Adalah tidak salah ahli Umno terus memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu tetapi dalam usaha memperjuangkannya, adalah tidak munasabah untuk meletakan segala masalah hubungan-perkauman ke atas bahu orang Cina semata-mata.
Kali ini, orang Cina dikecam termasuk oleh perdana menteri sendiri setelah sekian lama hidup di Malaysia masih tidak fasih berbahasa Malaysia (Melayu).
Lantas sekolah bahasa Cina dan Tamil didakwa sebagai puncanya dan diarah oleh sebahagian ahli Umno agar ditutup.
Ramai orang Cina dan India dilahirkan selepas merdeka dan melalui dasar pelajaran kebangsaan.
Semangat nasionalisme yang kuat pada ketika itu, meletakan Bahasa Melayu di tempat yang teratas dan sekolah aliran Bahasa Inggeris ditutup satu demi satu.
Sekolah persendirian aliran Cina masih dapat berfungsi kerana peruntukan secara ekplisit di dalam Perlembagaan Negara.
Umumnya, kaum Cina mesti mempelajari tiga jenis bahasa. Iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.
Ada berapa ramai pelajar yang dapat menguasai tiga jenis bahasa pada satu masa yang sama? Orang Cina bukan dilahirkan cerdik bahasa! Apatah lagi menguasai sesetengah bahasa tertentu tidak memberikan jaminan – untuk dapat menlanjutkan pelajaran ataupun mendapat sesuatu pekerjaan.
Jangan memanggil kami (orang Cina) pendatang jikalau kita tidak sependapat.
Negara Malaysia jauh di dalam hati. Kami berasa megah setiap kali panji Jalur Gemilang dikibarkan di medan antarabangsa. Kami dilahirkan di sini dan akan mati juga di sini.
Kami hanya meminta dilayan dengan lebih adil di negara sendiri. Ambillah kemasukan ke universiti awam sebagai contoh: pelajar bukan Melayu memasuki universiti awam menerusi STPM manakala pelajar Melayu menerusi matrikulasi.

Govt plays dirty, denies PKR leader entry to Sarawak

PKR’s Tan Poh Lai accuses government of abusing their powers to silence the opposition.
zuraida bannedPETALING JAYA: PKR’s Wanita deputy head Tan Poh Lai has accused the Barisan Nasional-led government of misusing their powers and silencing the voices of the opposition when they denied Wanita Keadilan chief and MP for Ampang, Zuraidah Kamaruddin entry into Sarawak.
In a statement, Tan said, “I urge BN to fight fairly and not misuse or abuse their powers to silence the opposition.
“The people have a right to hear from both sides and make informed decisions themselves.”
Saying this was not the first time Zuraida was denied entry without any explanation, Tan added, “As the Sarawak election approaches, I feel that the BN administration is simply too afraid to allow opposition leaders to meet the people there. There is just too much to cover up.”
Condemning the actions of the Sarawak immigration, Tan also asked when the ban will be lifted including why the ban was instituted in the first place for Zuraida and others from Pakatan Rakyat when they had none nothing wrong.

UMNO: A Tale of Two Faces

UMNO: A Tale of Two Faces
UMNO has two faces. The general assembly shows it all.
Let’s start with Khairy Jamaluddin, the UMNO Youth Chief. This man occasionally speaks sense and has an outlook that can easily convince the public that he is indeed progressive. Not many would disagree with him when his tweeted "Somebody should arrest those magic carpet bomohs. Memalukan,” which earned him a warning of “crocodile slaps” from the self-proclaimed Raja Bomoh. His decision of replacing the National Sport Council director-general after Malaysian contingent failed to deliver the targeted number of gold medals in Commonwealth Game and Asian Game was a progressive one.
But he is anything but progressive in UMNO General Assembly. I have to admit that until now I still can’t get Khairy’s logic in linking the complaints over the sudden road name changes in Kuala Lumpur to challenging the position of Malay rulers. And of course, I also cannot fathom how a person that sees himself as reformist and progressive can speak of retaining the elements of Sedition Act or the country will be “in ruin”. Just how exactly we’ll be “in ruin”?
Next, let’s have a look at UMNO Wanita Chief, Sharizat Abdul Jalil. She earned standing ovation at a conference in India recently while she spoke about women empowerment and Malaysian women breaking the glass ceiling in various sectors. But she stands for anything but women empowerment in UMNO General Assembly. Just when female politicians in Malaysia become victims of frequent sexist remarks and are working hard to prove us equal to our male counterpart in competency and compassion, she actually talked about burning bras and lubricants! I feel ashamed as female politician reading such statement. Such sexual remarks will only reinforce the general stereotype of professional women in the country. What has sex to do with our ability to serve the country?

'Dah beri BR1M setahun, apa yang mereka nak lagi'

Perhimpunan Agung UMNO yng baru sahaja selesai Sabtu lalu, walaupun tiada apa yang ‘significance’ berlaku, ia juga membawa satu paparan yang jelas tentang ketakutan UMNO akan jatuh dan tersungkur dihadapan mata rakyat yang kini sedang dalam kemarahan dan kritikal terhadap parti itu.
Timbalan Presidennya dengan ringkas merumuskan yang UMNO perlu berubah jika tidak mahu diubah. Beliau telah memasukan isu ini sebagai inti parti dalam ucapan perasmian tiga sayap parti itu Selasa lepas.
Elok juga kita tanya setidak-tidaknya dua soalan penting dalam usaha untuk berubah ini. Pertamanya apa yang hendak diubah dahulu, kerana UMNO perlu melakukan perubahan dalam terlalu banyak perkara. Kesemua perkara yang perlu diubah itu semuanya dalam keadaan tenat sehinggakan UMNO sudah tidak tentu rupanya lagi dan parti itu sedang berada dalam keadaan ‘brain-death’, hanya tubuh sahaja yang nampak besar tetapi tidak berfungsi lagi.
UMNO bagi setengah orang sedang bergantung kepada ‘life-support’ ia itu kuasa dan jentera kerajaan yang kian hari kian lemah dan tidak diyakini lagi oleh rakyat yang ramai dibawah-bawah ini. Apabila ‘life-support’ itu sudah tidak berguna lagi atau dicabut dari tubuh UMNO itu UMNO akan mati dan akan tinggal nama sahaja. Itu lah kemungkinan maksud Muhyiddin itu.
Tetapi persoalan terhadap Muhyiddin ialah, mahukan Muhyiddin sendiri menjadi agen kepada perubahan itu? Bagaimana jika salah satu dari perkara yang perlu dilakukan ialah Muhyidn sendiri yang perlu melakukannya waimma jika beliau sendiri terpaksa berhenti dan bersara bagi meninggalkan jasa beliau kepada UMNO. Berkorban untuk parti bukan sahaja kekal dengan jawatan, tetapi bersara dan meninggalkan jawatan dan tanggungjawab juga adalah pengorbanan yang besar.
Najib sudah pasti tidak mahu berundur dan jika boleh beliau mahu memerintah negara ini selama 22 tahun sekurang-kurangnya. Masalah UMNO itu bukan masalah ahli-ahlinya. Masalah UMNO ialah masalah pemimpin-pemimpin mereka termasuk ‘warlords’ yang disebut oleh Muhyiddin itu.
Ahli-ahli UMNO seperti biasa adalah pengikut tegar yang tidak tahu pun apa masalah yang dihadapan mereka. Ahli-ahli biasa UMNO itu hanyalah diperguna oleh pemimpin mereka untuk memberikan dokongan kuat dan selalunya untuk mendapatkan representasi untuk menampakkan sokongan itu ialah melalui perhimpunan parti itu sekali setahun. Perhimpunan yang baru selesai Sabtu lepas boleh memperlihatkan mentaliti dan nilai perwakilan yang datang yang berjumlah beribu-ribu orang itu.

Kadar kemiskinan Malaysia tidak tunjuk realiti sebenar, kata laporan


Adakah kadar kemiskinan benar-benar menurun di Malaysia? Ia bergantung kepada kaedah sebenar pengiraan itu dilakukan, dan, Laporan Pembangunan Manusia Malaysia 2013 menunjukkan kaedah yang digunakan kerajaan untuk bergantung kepada data kemiskinan tidak menunjukkan realiti sebenarnya.
Untuk menjadi lebih inklusif, tahap kemiskinan perlu diukur menggunakan kaedah pendapatan isi rumah, berbanding kadar minimum tetap, kata laporan yang dikeluarkan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).
Laporan itu berkata, menggunakan kemiskinan relatif - di mana kadar pendapatan separuh daripada median pendapatan kebangsaan dan termasuklah pendapatan isi rumah yang lain - jumlah rakyat Malaysia dalam kategori ini meningkat sejak 2007, dengan satu daripada lima isi rumah dianggap miskin, kata laporan itu.

Miskin tegar, dalam erti kata lainnya diukur berdasarkan pengisytiharan garisan kemiskinan antara kadar tetap kerajaan RM762 bagi semenanjung, RM912 bagi Sarawak, dan RM1,048 bagi Sabah.  Sebaliknya, kadar garisan kemiskinan pada 2012 adalah pada RM1,813, atau separuh daripada pendapatan median daripada RM3,626.
Pada 2007, 17.4% rakyat Malaysia berada pada paras miskin, dan ianya meningkat kepada 19.3% pada 2009 dan 20% pada 2012, kata laporan oleh penyelidik Malaysia yang dikeluarkan minggu lalu.
Angka itu meningkat sedangkan kerajaan sering berkata mereka berjaya membasmi kadar miskin tegar kepada 1.7% pada 2012 berbanding 49.3% pada 1970.
Ketika Putrajaya menggunakan trend penurunan kadar miskin tegar sebagai bukti polisi ekonomi memanfaatkan rakyat, laporan itu berkata, kadar mudah miskin "adalah pendekatan terbaik untuk inklusif."
"Miskin tegar menurun tetapi mudah miskin berkembang dan menjadi kebimbangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini," kata laporan UNDP dalam kenyataannya pada Selasa lepas.
"Mudah miskin, yang mengukur jumlah pendapatan isi rumah kurang daripada garisan median, adalah langkah terbaik untuk menangani inklusif berbanding miskin tegar, yang diukur menggunakan jumlah pendapatan isi rumah di bawah garis kemiskinan.
"Jika kemiskinan diukur menggunakan kadar mudah miskin (kurang daripada separuh median pendapatan) seperti dicadangkan Model Ekonomi Baru (NEP), 20% isi rumah rakyat Malaysia dianggap miskin," kata laporan itu.