Sabtu, 29 November 2014

Egyptians divided over Mubarak verdict

Wanita Umno bimbang tanah rizab terhakis..Siapa rompak dan gadai...!!!

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sekali lagi meyuarakan kebimbangan pergerakan itu berhubung tanah rizab Melayu terhakis termasuk di negeri-negeri yang tidak diperintah oleh BN.
 
Beliau berkata pihaknya khuatir mana-mana kerajaan negeri menggunakan "alasan teknikal" untuk memiliki tanah rizab melayu sehingga tanah itu terhakis.
 
"Sehubungan itu, kita minta Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menguruskan (satu) pindaan perlembagaan untuk memberi kuasa Peguam Negara sebagai 'custodian' untuk berkuasa membuat petisyen di mana tidak ada ganti wajib atau ganti semula kepada tanab rizab Melayu.
 
"Kita takut nanti ia akan dituntut oleh waris kita sebelum ini kerana kita gagal mewariskan sebuah negara kepada orang Melayu," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.
 
Selain itu, Shahrizat memberi amaran bahawa pihaknya tidak akan berkompromi sebagai jentera politik untuk mempertahankan keluhuran perlembagaan dan kontrka sosial.
 

Batu api dah biasa dalam Umno kata Najib

KUALA LUMPUR: "Jadi batu api sikit-sikit tak apa, dah biasa dalam Umno," ujar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada perhimpunan agung parti itu di PWTC, petang tadi.
Beliau menyatakan demikian mengenai Akta Hasutan yang dikekalkan.
Katanya, akta itu ditokok tambah dan akan dibawa ke persidangan Parlimen akan datang.
Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Peguam Negara supaya mempunyai kuasa pendakwaan.
"Kita minta ketegasan daripada Peguam Negara, polis buat siasatan rapi, SKMM buat siasatan sewajar supaya kita bagi isyarat jelas, tiada siapa harus takut dan bimbang kalau tidak melanggar undang-undang negara kita," ujarnya.
Justeru, katanya tiada sesiapapun harus takut dengan akta itu jika tidak mengapi-apikan dan menghasut orang.

Najib worries his solidarity call will go unheeded

There’s concern among the old guards that they will be ousted by the party’s decision to rejuvenate itself and give more space to the Youth and Puteri wings.

najib 10KUALA LUMPUR: Umno President and Prime Minister Najib Abdul Razak sounded a note of caution during his closing speech at the Umno General Assembly that his call for the party to forge unity of purpose under the solidarity theme for this year will go unheeded.
“It seems that the General Assembly this year is a little different from that in previous years,” said Najib. “The focus seems to be only on the Sedition Act 1948. But I am glad that the speeches by various leaders reflect the solidarity theme.”
He explained that he had to qualify his earlier pledge to abolish the Sedition Act because he also had a duty to ensure that there was no animosity between different communities and religions in the country.
“No one need fear the Sedition Act if they are not instigating anyone or any group,” he pledged. “A little batu api (poking fire) now and then is okay. We all do it, batu api.”
“We can’t be pre-occupied with rhetoric and polemics between different communities and religions. We have other things to do to take the country forward. There’s no such thing as absolute freedom.”
Mark Koding of Sabah, in his maiden speech in Parliament in 1978, called for the closure of vernacular schools, recalled Najib. “He was charged and convicted of sedition in 1982.”
He hastened to assure that under the Federal Constitution he had no power to direct the Attorney General (AG), but expressed the hope that he (AG) and the others like the police and the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) would work together on the sedition issue.
Solidarity is key to Umno’s relevance 
Returning to the solidarity theme, he noted that there has been criticism that the term will not be easily understood by the folks in the kampungs.
He begged to differ.
An example of the lack of solidarity, he continued was the concern among the old guards that they will be ousted by the party’s decision to rejuvenate itself and give more space to the Youth and Puteri wings.

Don't worry Muhyiddin, Umno already has 'WOW' factor - altho not in the way you imagined!

Don't worry Muhyiddin, Umno already has 'WOW' factor - altho not in the way you imagined!Umno’s ‘achievements’ have already prompted many to repeatedly exclaim “wow!” – though not in the way the party may have hoped.
Muhyiddin has been going around the country begging Umno divisions and branches to bring back the “wow factor” into Umno.
A prize of RM10,000 is offered to the winning ideas that would make the people go, “Wow! Umno has changed,” and prompt them to support Umno.
Through various undemocratic means the Umno-dominated Allirance/Barisan Nasional has held on to power for 57 long years. Though the country was going down in every area of national endeavour, the Alliance/Barisan Nasional won 11 elections with a two-thirds majority in Parliament.
Only in the 12th general election in 2008 and the 13th election in 2013 was this broken. Umno can keep the RM10,000 prize money for the “wow factor” because it already has plenty of it.
Thinking Malaysians are well aware of the following:

· Umno is responsible for the erosion of the 1957 Constitution drafted by the Reid Commission. More than 60 amendments have not only destroyed its secular nature but also trampled upon human rights and civil liberties such as freedom of speech, freedom of assembly and freedom of the print and electronic media. It is politically clever of Umno. Wow!
· Umno is perceived to have undermined the Social Contract agreed upon by Umno, the MCA and the MIC prior to independence. Once equal partners, the MCA and MIC ‘sold out’ the rights of the non-Malays and became subordinate and subservient to Umno. It was politically clever of Umno. Wow!
· In 1963 Sabah and Sarawak helped to form Malaysia. They came in as two separate and major entities, but Umno politicians have often glibly said they joined Malaysia! The Umno-dominated BN undermined the 20-point Agreement on Sabah and the 18-point Agreement on Sarawak. Now Sabah and Sarawak are considered to be merely two states within Malaysia.
The Umnoputeras and their cronies have plundered the wealth of these two entities, grabbed Native Customary Rights land in the name of development and exploited its rich oil fields with a pittance in royalty by Petronas to them.
Some 46 per cent of the population in Sarawak are Christian, but they are frequently treated as a minority and their bibles were confiscated (and only later released without an apology).
In Sabah, Project M has tilted the demographic composition of the population: illegal Muslim immigrants from Indonesia and the Philippines have given Sabah Muslim-majority status.
Despite all this, Sabah and Sarawak are considered “fixed deposits” for the Barisan in every general election. It is politically clever of Umno. Wow!

'Kami telah tiada waktu itu, jagalah perjuangan ini' - Kak Lah


KUALA KANGSAR: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff meminta kepimpinan muda menjaga PAS dengan baik agar parti itu terus mantap pada masa hadapan.
Beliau turut berharap agar kepimpinan muda yang akan menerajui PAS dalam tempoh 63 tahun akan datang menghayati pengorbanan kepimpinan terdahulu yang membawa parti ke tahap sekarang.
"Kepada pimpinan muda serta anak muda yang ada sekarang di dalam PAS, saya menyeru agar mereka menjaga parti ini dengan baik.
"Pengorbanan pimpinan terdahulu sangat besar untuk mereka bawa PAS sehingga tahap sekarang, ini yang sepatutnya pimpinan muda hargai," katanya ketika ditemui pada Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 di sini, hari ini.
‎Ahli Parlimen Rantau Panjang itu turut berpesan agar anak muda beristiqamah meneruskan perjuangan dan menghadapi cabaran dengan penuh kesabaran.

"‎Remaja yang lahir hari ini, untuk 63 tahun akan datang akan jadi pemimpin dan kami semua telah tiada pada waktu itu.
"Jagalah perjuangan ini sebab perjuangan yang dibina sebelum ini penuh dengan cabaran, bukan setakat keringat tetapi turut disulami air mata dan ada yang terkorban dalam menegakkan perjuangan Islam," sambung beliau.
Beliau juga berharap agar pemimpin akan datang mengambil pengalaman mereka sebelum ini sebagai panduan untuk memelihara PAS pada masa hadapan.

PAS akan terus perkasa Majlis Presiden PR

Pesanan KDM PAS kepada pemimpin muda

Rugi tak kenal PAS dari dulu - Abby

Blogger Umno bangang, serang kita balik, kata Najib...bangang..ha..ha..ha...!!!

Datuk Seri Najib Razak menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat “friendly fire”.
Presiden Umno itu berkata, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka. 
“Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," kata Najib merujuk kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

BN hilang kuasa jika undi merosot 2% di PRU14, kata Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak lagi berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya hilang cuma 2% lagi undi.
Timbalan presiden Umno itu berkata, ahli Umno perlu bekerja keras bagi mengelakkan senario itu berlaku dan meningkatkan peratusan undi sebanyak 5% untuk meneruskan kelangsungan Umno dan BN. “Jika situasi kita tidak bertambah baik, hanya dengan 2% penurunan undi, kita akan turun berada di paras bahaya menjadi 103 kawasan (Parlimen).
"Kurang dari 112 kerusi bermakna BN pasti kalah. Minta dijauhkan,” katanya semasa ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.

'Presiden Umno masih PM selepas PRU14?' soal TPM

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menyuarakan kebimbangannya terhadap pola kemerosotan sokongan terhadap BN.

Beliau berkata kemerosotan itu perlu dihentikan jika Umno masih mahu terus kekal berkuasa selepas pilihan raya ke-14.

"Saya tak tahu kalau tiga tahun akan datang kita boleh bersidang selepas pilihan raya - sama ada kita boleh panggil presiden kita sebagai perdana menteri atau tidak," kata Muhyiddin petang ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno ke-65.

Kekal Akta Hasutan demi Umno, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 dibuat demi tanggungjawabnya kepada anggota parti.

Keputusan itu juga diumumkan di Perhimpunan Agung Umno semalam atas tanggungjawab tersebut, kata presiden parti itu lagi semasa menyampaikan ucapan penggulungannya petang ini.

"Saya hendak semua ahli Umno sekarang ini tahu bahawa sebagai presiden parti saya bertanggungjawab kepada semua ahli-ahli parti.

"Kalau suara Umno hendakkan Akta Hasutan dikekalkan maka saya menerima hasrat ahli-ahli Umno seluruhnya," kata Najib.

Selanjutnya, Najib menyeru peguam negara agar bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang itu.

"Dalam perlembagaan, peguam negara ada kuasa mutlak untuk kuasa pendakwaan tapi kita minta ketegasan dari peguam negara," katanya.

Tegasnya lagi, mereka yang tidak menghasut tidak perlu takut dengan pengekalan akta itu.

Mubarak acquitted of killing hundreds of protesters during 2011 uprising

Egypt court drops case against ex-president Mubarak

Analysis: Egypt court clears Mubarak of charges of killing protesters

Muhyiddin: Presiden Umno masih PM selepas PRU14?

Ahmad Maslan ketua penerangan Umno 'syok sendiri' kata Utusan

Datuk Ahmad Maslan adalah ketua penerangan Umno paling lemah dan seringkali laksana program 'syok sendiri', demikian lapor akhbar Utusan Malaysia.
 
Pengarang akhbar berkenaan Zulkifli Jalil berkata, tanggapan itu diutarakan selepas terdapat pihak tertentu yang mendakwa Ahmad lesu dan tidak mencapai matlamat apabila penjelasan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kurang menyerlah dan difahami rakyat.
 
"Soksek-soksek mengatakan Biro Penerangan Umno diketuai Datuk Ahmad Maslan lesu hinggap di telinga penulis setahun dua ini. Kata ‘mereka’ dalam parti terutama bahagian, program penerangan lebih berupa ‘syok sendiri’.
 
" (Ahmad) Tidak mencapai matlamat seperti mana diharapkan. Antaranya penjelasan mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan beberapa bulan lagi ini (April 2015) - kurang menyerlah dan difahami rakyat. Ini sehinggakan ada tanggapan dilontarkan beliau ‘ketua penerangan Umno yang paling lemah’," tulis Zulkifli.
 
Dalam rencana bertajuk "Syok sendiri? Ketua Penerangan Umno paling lemah?", Ahmad digambarkan Zulkifli sebagai enggan menerima hakikat bahawa beliau gagal dalam tugasnya.
 
“Diajukan soksek-soksek begitu ketika ditemui penulis sebelum perbahasan ucapan dasar presiden berhenti rehat untuk solat Jumaat, Ahmad kelihatan kurang selesa dan sekadar menyambutnya: 'Tak payah sebutlah'.
 

Berlawak dalam ceramah agama tarik minat anak muda - UAI


Post Pic


SHAH ALAM: Pendekatan teknik berjenaka yang digunakan oleh penceramah-penceramah bebas dalam menyampaikan mesej ilmiah kepada anak muda merupakan salah satu cara yeng berkesan untuk menarik golongan itu.
 
Menurut penceramah popular Ustaz Azhar Idrus, teknik itu dikatakan berkesan apabila ramai anak muda yang hadir dikuliahnya berbanding ceramah yang disampaikan dalam cara yang serius.
 
"Jadikanlah di mana saja kalau kita nak tarik orang dengan Islam buatkanlah Islam itu perkara yang menghiburkan orang kerana manusia Allah cipta suka pada hiburan maka dalam kuliah kita hiburkan mereka dengan sedikit lawak jenaka. 
 
"Maka bila orang rasa terhibur, dia rasa seronok maka dia akan kekal (datang kuliah) dan dia akan ajak pula kawan dia," katanya dalam satu ceramahnya.
 
Ustaz Azhar berkata demikian sebagai respon kepada Ketua Wanita UMNO Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim, yang berkata bahawa penceramah-penceramah kini mengelirukan golongan muda apabila menggunakan lawak jenaka dalam ceramah mereka.
 
"Dah keliru, nak cari ustaz (tapi) ustaz pun keliru. Kenapa musuh-musuh Islam mengelirukan dari segi ulama? Kerana ulama itu waris Anbia, perlu dikelirukan institusi ulama supaya tidak bergerak. Nak cari ustaz, ustaz penceramah macam pelawak Maharaja Lawak Mega," katanya dalam ucapan perbahasan Persidangan Agung Umno 2014.
 
Namun 'teguran' Mashitah itu tidak menyatakan secara jelas kepada mana-mana individu.
 

Kenapa harga minyak mentah dunia jatuh?

Harga minyak mentah dunia jatuh sehingga di bawah AS$70 setong - kejatuhan harga yang cukup dramatik sejak ia berada pada paras lebih AS$100 setong pada Jun.

Apakah faktor penyebab kejatuhan harga yang begitu mendadak ini?

Akhbar The Washington Post dalam satu analisisnya menyifatkan kejatuhan harga minyak mentah ini sebagai "berita ekonomi penting pada 2014".

Ia kemudian menyenaraikan sebab-sebab berikut yang mempengaruhi pergerakan harga komoditi berkenaan:


1. OPEC tidak buat apa-apa

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dalam mesyuaratnya pada Khamis memutuskan untuk tidak mengurangkan pengeluaran minyak.

Mesyuarat itu menjadi perhatian kerana ia adalah pertemuan yang dibuat ketika dunia mahu tahu langkah yang akan diambil oleh OPEC untuk menghentikan kejatuhan harga itu.

"Ia (OPEC) tidak berbuat apa-apa -- dan harga minyak mentah menjunam serta-merta," kata akhbar itu.

Ia kemudian menyenaraikan tiga faktor lain kenapa trend kejatuhan itu berterusan.


2. Pengeluaran minyak Amerika Syarikat dan dunia meningkat.

Biarpun OPEC mengawal pengeluaran minyaknya, pengeluaran oleh negara-negara lain meningkat.

Amerika Syarikat sendiri menyaksikan peningkatan pengeluaran minyaknya. Data yang dikeluarkan oleh Pentabdiran Maklumat Tenaga menunjukkan peningkatan hampir dua kali ganda tong minyak mentah dalam masa sehari dikeluarkan di Amerika Syarikat berbanding pada 2005.

The Washington Post juga mencatatkan bahawa Kanada turut meningkatkan pengeluaran minyaknya daripada hanya lebih kurang 3,300 tong sehari pada 2009 kepada lebih 4,000 pada tahun lalu.

Rusia juga meningkatkan pengeluarannya daripada 9,900 tong sehari pada 2009 kepada 10,500 tong dalam tempoh yang sama.

Dyana Sofya berjaya tarik Melayu kerana DAP beri laluan, kata Khairy

Khairy Jamaluddin menegaskan kejayaan calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menarik golongan muda Melayu menyertai parti itu adalah kerana diberi peluang.
Ketua Pemuda Umno itu berkata, pemimpin muda parti Melayu juga mampu dilihat potensi mereka jika mereka diberi peluang memimpin sebagaimana peluang yang diberikan DAP.
 “Puteri sebut ahli YB kempunan DAP, wanita Melayu muda yang diangkat parti chauvinis menjadi calon Teluk Intan baru-baru ini. Ada yang tanya kenapa calon tersebut berjaya tarik sedikit wanita muda Melayu masuk parti chauvinis itu?
“Jawapannya mudah, sebab beliau diangkat dan diberi peluang parti tersebut. Orang muda suka sebab diberi harapan walaupun harapan palsu. Bukan sebab dia hebat. Puteri Umno jauh lebih hebat daripada beliau.
“Calon tersebut jadi somebody dari nobody. Sebab dijadikan somebody parti. Parti dia angkat,” kata menteri belia dan sukan itu semasa ucapan penggulungan Pergerakan Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini.

DAP dahului daftar pemilih berbanding BN, kata Shafie Apdal

Barisan Nasional (BN) perlu melahirkan kebimbangan ekoran jumlah daftar pemilih baru yang dikumpul DAP berbanding jumlah yang diperoleh parti komponen berkenaan, kata Datuk Seri Shafie Apdal.
Naib presiden Umno itu berkata, DAP mencatatkan jumlah daftar pemilih tinggi jauh lebih tinggi berbanding Umno namun apa yang lebih menyedihkan parti komponen BN mencatatkan jumlah yang lebih rendah daripada itu. “Dalam pengkalan data SPR dari Jun 2013 hingga September 2014, bimbang saya, Umno 5,939 (pemilih baru), DAP 9,309.
“Parti komponen cukup membimbangkan. MCA 2,56, MIC 266 dan Gerakan 373,” katanya semasa ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Umno perlu contohi 'parti cauvinis', kata Khairy

Orang Muda Jangan Jadi Macam Beruk Dalam UMNO...ha..ha..ha..Beruk..!!

Rafizi Ramli: Impact of 1MDB & How Are We Going To Resolve It?

Sekitar suasana ulang tahun 63 PAS

Egypt court dismisses charges against Mubarak

MCA kata perwakilan Umno P Pinang amat memerlukan otak

Naib presiden MCA Datuk Chew Mei Fun menyelar wakil Umno Pulau Pinang yang masyarakat Cina di negeri itu menempa kejayaan daripada hasil perniagaan haram.

Chew berkata, wakil Umno negeri itu, Zaidi Mohd Said perlu dikecam sekeras-kerasnya kerana “dakwaan penuh taksub” itu hanya untuk meraih “keuntungan politik murahan”.

"Kami menentang tindakan Mohd Zaidi yang mengaitkan aktiviti maksiat membuka perjudian haram, pelacuran dan pusat hiburan sebagai jalan untuk orang Cina Pulau Pinang meraih kemewahan.

“Dakwaan taksub sebegitu menunjukkan bahawa individu ini amat memerlukan otak," kata Chew yang juga pengerusi jawatankuasa perhubungan MCA negeri.

Katanya, kenyataan yang bersifat menghasut itu tidak patut diucapkan kerana boleh memusnahkan hubungan kaum.

“Amat menyedihkan sekali kerana Mohd Zaid memilih untuk meraih keuntungan politik murahan dengan membuat dakwaan sewenang-wenang dengan membangkitkan mengenai kegiatan maksiat untuk memfitnah orang Cina Pulau Pinang,” katanya.

Mohd Zaidi dalam ucapan di Perhimpunan Agung Umno semalam mendakwa kegiatan seperti perjudian dan pelacuran merupakan "sumber kekuatan Cina yang tidak menyokong BN" di Pulau Pinang.

Percayakah kita dengan janji Najib basmi rasuah, rapat jurang pendapatan?


najib


GEORGE TOWN, 29 NOV: Jika dengan mudah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melanggar janji sebanyak tiga kali untuk menghapuskan Akta Hasutan, bolehkah dipercayai janji beliau untuk membasmi rasuah, mengurangkan hutang dan merapatkan jurang pendapatan.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut membangkitkan persoalan sama ada kata-kata Najib untuk tidak menutup sekolah Cina dan Tamil boleh dipercayai.
“Di mana komitmen UMNO untuk membasmi rasuah, atau sesetengah individu yang kekayaannya melimpah ruah tanpa diketahui sumbernya apabila perkara sebegini tidak dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung UMNO?
“Mengapa tidak pernah dibahaskan bagaimana seorang anak muda Malaysia bernama Jho Low boleh mampu menderma sebanyak US$25 juta kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu?
“Sewaktu mengumumkan Akta Hasutan tidak akan dihapuskan dan sebaliknya akan diperkukuhkan, Najib mendakwa bahawa keputusan itu dicapai setelah mendapatkan pandangan para pemimpin dan penyokong UMNO serta NGO.
“Kini komitmen (kepada) UMNO yang nampaknya lebih penting dan mustahak daripada apa saja janji yang mungkin dibuat oleh Perdana Menteri,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan.
Katanya, Najib mengecewakan rakyat Malaysia yang masih percaya kemampuannya sebagai pemimpin yang mengotakan kata-katanya, namun lebih mengecewakan reaksi pemimpin UMNO terhadap tindakan Najib memungkiri janji.

Pendang - Tak boleh motong, motong pulak seminggu RM70 nak sara anak beranak..!!

Zainab menjerang air di luar rumahnya sambil diperhatikan suami dan anak-anaknya  
Zainab menjerang air di luar rumahnya sambil diperhatikan suami dan anak-anaknya

PENDANG - Nasi berlaukkan kicap sering jadi hidangan sebuah keluarga dari Kampung Batu 20/2, di sini, akibat kesempitan hidup.

Zainab Mat Isa 46, berkata, dia dan suami, Amran Awang Muhammad, 49, bekerja sebagai penoreh, namun pendapatan yang diperoleh sedikit akibat faktor cuaca.

Menurutnya, pendapatan seminggu hanya sekitar RM70 dan ia untuk membeli keperluan harian sahaja.

"Lebih menyedihkan, kami tidak mampu untuk bayar bil elektrik dan air,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Zainab berkata, anak kedua dari tujuh beradik, Fatin Syamimi, 19, terpaksa bekerja di sebuah kilang bagi menyara keluarga berkenaan.

Mat Sabu: Waspada isu kaum Umno

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu memberi amaran kepada anggota parti agar tidak terperangkap dengan isu perkauman yang dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung.

Laporan Harakahdaily menyebut, Mohamad berkata isu berkenaan hanya dibangkitkan untuk dijadikan senjata oleh Umno bagi “menakutkan orang Melayu dan kaum lain.”

"Mereka (BN) akan menggunakan apa sahaja peluang yang ada untuk menyebarkan isu perkauman ini dan kita dari PAS perlu peka agar tidak terperangkap dalam permainan mereka," katanya.

Umno terus gagal martabat hak dan kepentingan Melayu

UMNO BN 55Pimpinan pentadbiran Umno gagal memartabatkan hak dan kepentingan Melayu di negara ini.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata jurang ekonomi bangsa Melayu juga semakin terhakis dan akhirnya menggugat kedudukan ekonomi mereka untuk berdaya saing dengan bangsa-bangsa lain.
“Dalam kajian Prof Fatimah Kari di UM, kesenjangan ekonomi di negara ini berlaku antara golongan maha kaya dan golongan rakyat termiskin melibatkan Umno, kroni Umno dan rakyat biasa.
“Dasar Ekonomi Baru dan dasar sedia ada sekarang ini memperkayakan golongan kecil Melayu sahaja sementara yang lainnya melarat dengan tanggungan kos sara hidup yang semakin meningkat.
“Inilah yang menjadi isu di Malaysia apabila wujud kesenjangan pendapatan golongan kaya dan miskin melebar. Golongan kaya inilah melibatkan Umno dan kroni sementara yang miskin itu siapa kalau bukan rakyat sendiri,” kata Anwar dipetik Keadilan Daily.
Anwar berkata demikian pada Ceramah Perdana Rakyat Hakim Negara di Puchong Perdana, malam tadi.
Katanya Umno kini mengamalkan tatakelola pentadbiran yang hanya menguntungkan kroni sebaliknya rakyat menjadi mangsa kerakusan pentadbiran kerajaan.

Tiada sebab untuk audit klia2 dan 1MDB, kata ketua audit..!!

Ketua Audit Negara mengatakan hari ini tiada sebab untuk beliau menyiasat Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) tentang pembinaan terminal tambang-murah RM4 bilion klia2, serta 1Malaysia Development Berhad yang penuh skandal kerana kedua-duanya sedang diaudit firma antarabangsa.
Tan Sri Ambrin Buang memberitahu satu forum tentang ketelusan kerajaan di Kuala Lumpur hari ini, kedua-dua firma tersebut sudah pun diaudit oleh "salah satu dari empat" syarikat audit terbesar. "Pada masa ini kami tidak akan menyentuh syarikat awam tersenarai. MAHB adalah sebuah syarikat awam tersenarai.
"Akaun mereka sedang diaudit oleh empat firma besar. Tiada sebab untuk kita audit akaun mereka. Ia sedang dilakukan kini," kata Ketua Audit Negara itu kepada satu soalan dari hadirin. Beliau menambah, kerajaan perlu diberikan kebenaran terlebih dahulu sebelum boleh menyemak akaun MAHB.
"Kita perlu adakan perbincangan. Saya tidak boleh teruskan sahaja tanpa pengesahan," katanya. Namun beliau menambah yang jabatannya dari masa ke semasa akan menyemak senarai syarikat yang disiasat dan menambah yang mereka akan bermula dengan mana-mana firma yang dicadangkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Tentang 1MDB, beliau berkata mereka sudah pun memberi penjelasan tentang pelaburan dan strategi perniagaan mereka.
"Apa yang kamu mahu kita lakukan? Setakat ini, akaun mereka sudahpun diaudit pengaudit besar. Beliau menambah yang 1MDB sudahpun menghantar laporan akaun dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS), yang tidak membantah dengannya.

Cetus isu perkauman, Umno mahu alih perhatian rakyat - Bang Mat

Mat SabuPUCHONG 28 NOV: Isu perkauman yang dimainkan Umno Barisan Nasional bertujuan mengalih perhatian rakyat terhadap ketirisan dalam pentadbiran negara, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Beliau merujuk ucapan dasar perwakilan Umno dalam perhimpunan agung parti itu yang sengaja mencetuskan isu perkauman.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin dan Ketua Umno Cabang Baling, Dr Mashitah Ibrahim bebas berucap dalam persidangan itu dengan mempersoal isu-isu membabitkan perkauman dan mempertikai hal-hal berkait isu Melayu.
Menyambung ucapannya pada Ceramah Perdana Rakyat Hakim Negara di Puchong Perdana malam tadi, Mohamad atau dikenali Mat Sabu berkata, beliau cukup muak dengan permainan Umno mencetuskan isu perkauman di negara ini.
Mengimbas pengalaman kanak-kanaknya, Mat Sabu berkata, Umno ketika itu memainkan isu perkauman walaupun tanpa kemajuan teknologi seperti sekarang.
Katanya waktu itu, penyebaran unsur perkauman hanya disebarkan melalui surat layang yang diedarkan di sekolah, universiti dan panggung wayang.
“Sejak saya kecil, masa saya darjah enam, kami sering dapat surat terbang.
“Dalam surat itu dinyatakan kononnya orang Cina buat rancangan untuk hapuskan hak orang Melayu, hapuskan sistem beraja. Orang Cina akan perintah Malaya, buang pemimpin Melayu dan Melayu akan jadi Red Indian,” jelas Mat Sabu.

PAS akan terus perkasa Majlis Presiden Pakatan Rakyat


KUALA KANGSAR: PAS akan terus memperkasakan Majlis Presiden Pakatan Rakyat bagi meningkatkan persefahaman dan kebersamaan dalam parti.
Timbalan Presiden PAS‎, Mohamad Sabu berkata, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa di dalam Pakatan Rakyat.
"Perbezaan pendapat itu perkara biasa, semua pihak mempunyai pendapatnya sendiri tetapi itu bukan masalah utama, malah menguatkan kita.
"PAS akan terus memperkasakan majlis presiden bagi menjadikan Pakatan Rakyat terus kuat dan mantap serta diterima masyarakat umum," ucap beliau ketika merasmikan Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 Peringkat Negeri Perak di sini, hari ini.
Kata beliau lagi, PAS perlu bersedia dengan pelbagai isu yang ditimbulkan Barisan Nasional (BN) terutama perkauman.
"Isu perkauman merupakan senjata utama Umno bagi menakutan orang Melayu dan kaum lain.
"Mereka (BN) akan menggunakan apa sahaja peluang yang ada untuk menyebarkan isu perkauman ini dan kita dari PAS perlu peka agar tidak terperangkap dalam permainan mereka," kata beliau.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu menegaskan PAS akan terus menentang kempen perkauman yang ditimbulkan BN dan membawa sebuah politik baru untuk semua lapisan kaum.
Beliau berharap himpunan sambutan 63 tahun PAS itu akan dapat dimanfaat sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

PAS 63 tahun: Perjuangan Islam tidak akan mati


Ustaz Idris, Nga Kor Ming dan Razman hadir pada perasmian Sambutan Ulang Tahun PAS Kali 63 Peringkat Negeri Perak di Kuala Kangsar, pagi ini. 
KUALA LUMPUR: Pada hari ini Sambutan Ulang Tahun PAS Kali 63 peringkat Negeri Perak berlangsung di Kompleks PAS Kuala Kangsar berhampiran Istana Bukit Chandan.
Di negeri Perak bermula sejarah penubuhan Parti Islam pertama Hizbul Muslimin pada 1948 yang hanya sempat bergerak selama tiga bulan sahaja.
Justeru, tegas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad bahawa benarlah perjuangan Islam tidak akan mati.
Katanya, itulah janji Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sentiasa akan ada umatku yang menegakkan kebenaran sehingga tidak boleh dimusnahkan, sehingga Allah memberi kemenangan kepada mereka".
Menulis menerusi facebook, beliau menyatakan bahawa mereka yang berilmu sentiasa segar dengan maklumat dan pantas menjawab segala tuduhan musuh.
Menurutnya, mereka mampu membalas serangan musuh berdasarkan ilmu, terutama yang dilontarkan oleh ulama su' (ulama jahat) dan mereka hendak merosakkan perjuangan.
"Dengan ilmu, kita mampu menangkis serangan mereka. Zaman sekarang siapa yang menguasai maklumat maka ia menguasai dunia," tulisnya.

Ekonomi orang muda ibarat kudis buta

Kudis buta jika tidak dirawat akan merebak dan begitu juga ekonomi orang muda akan melarat dan memudaratkan masyarakat

Masyarakat MelayuKUALA LUMPUR: Wakil Pergerakan Pemuda, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menyifatkan ekonomi orang muda sebagai kudis buta.
Menurut beliau, isu ekonomi orang muda selalu mendapat tepukan dan sorakan yang gemuruh semasa perbahasan, namun sampai hari ini tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Shaiful berkata, kudis buta jika tidak dirawat akan merebak dan begitu juga ekonomi orang muda akan melarat dan memudaratkan masyarakat jika tidak diperbetul.
Sehubungan itu tegasnya, jawatan Menteri Sumber Manusia dikembalikan kepada wakil UMNO kerana mahu ”agenda Melayu dapat diperjuangkan lebih jelas dan nyata di dalam sektor perjawatan.”
Beliau juga berkata untuk mempertimbangkan semula Dasar Ekonomi Baru (DEB) sambil menjelaskan, “Mungkin saya boleh namakan DEB yang baharu ini sebagai DEB 2.0 yang pastinya jauh lebih bermakna kepada rakyat berbanding BERSIH 2.0.”
Shaiful Hazizy menambah, kerajaan boleh mengkaji dan menghapuskan segala dasar-dasar ekonomi yang tidak membantu pertumbuhan dan pembangunan orang Melayu.

Najib tidak mansuh Akta Hasutan, kerana ‘chauvinis’ undi pembangkang

Datuk Seri Najib Razak tidak pernah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 sebaliknya akan mengkaji akta berkenaan jika mendapatkan undi kumpulan tertentu, kata perwakilan Umno Kedah Mohd Kamal Saidin.
Kamal berkata, kumpulan yang menolak Barisan Nasional (BN) itu adalah mereka yang menyokong parti pembangkang dan golongan pelampau yang menyokong gerakan perkauman.
“Pembangkang seluruh negara membangkitkan kononnya presiden mungkir janji mengatakan Akta Hasutan dimansuhkan. Bukan presiden berjanji Akta Hasutan dimansuhkan tetapi sekadar berjanji untuk diteliti tetapi dengan syarat.

“Presiden tidak pernah berjanji Akta Hasutan dimansuhkan sebaliknya minta syarat kalau mereka beri sokongan, keyakinan dan kemenangan BN, kalau Umno menerajui kerajaan, kita akan kaji. “Siapa yang tak beri undi kepada BN? Siapa yang mungkir janji? Mereka yang mungkiri janji. Mereka siapa? Kaum chauvinis, pelampau perkauman, anti Islam, pembangkang Melayu yang sekongkol dengan pengkhianat negara," katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Dakwa Cina bakar Al-Quran, PKR mahu Mukhriz gesa Dr Mashitah mohon maaf


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir perlu menggesa Datuk Mashitah Ibrahim memohon maaf atas kenyataan yang mendakwa kononnya berlaku insiden membakar Al-Quran di Alor Setar oleh orang Cina, kata pemimpin PKR Gooi Hsiao Leung.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu berkata, kenyataan Mashitah tidak boleh dimaafkan kerana Mukhriz terlebih awal sudah menjelaskan tiada kejadian membakar Al-Quran, sebaliknya kitab suci itu dikoyak oleh seorang Melayu yang kurang siuman.
“Beliau (Mashitah) tidak menghiraukan sekiranya masyarakat Cina tidak membakar Al-Quran – walaupun beliau menuduh mereka berbuat demikian dan menghasut orang Melayu bangkit membela Islam daripada tindakan tersebut.
“Mashitah mesti meminta maaf kepada masyarakat Cina di Kedah kerana menyebarkan pembohongan semasa mesyuarat agung tahunan Umno yang masyarakat Cina membakar Al-Quran di Kedah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mashitah ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno pada Rabu menggesa ahli parti Melayu itu berdiri menentang mereka yang mencabar Islam dan orang Melayu dengan mendakwa masyarakat Cina di Kedah membakar Al-Quran semasa upacara sembahyang.
Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kepada sebuah portal semalam, kenyataannya itu merujuk kepada apa yang dimaklumkan Ketua Wanita Kuala Kedah Noor Hasita Mat Isa dan bersedia dengan tindakan saman oleh pihak tertentu.

Kerjasama Umno-PAS, kuatkan Melayu-Islam atau takut hilang kuasa?

Umno yang dilihat tenat dan lemah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perlu mempertimbangkan talian hayat terakhir iaitu menjalin hubungan dengan PAS untuk terus berkuasa dengan menggunakan alasan Melayu dan Islam.
Walaupun kerjasama Umno dan PAS pernah berakhir dengan pemecatan parti Islam itu daripada Barisan Nasional (BN) pada 1977, ia diperlukan sekarang bagi mengekang kemaraan Pakatan Rakyat (PR) yang semakin memenangi banyak kerusi sejak pilihan raya umum 2008. Perwakilan Umno yang ditemui semasa perhimpunan agung parti itu berkata, perbincangan mengenai kerjasama dengan parti Islam itu harus dipertimbangkan secara serius.
Kerjasama antara Umno dan PAS diberi nafas baru terutama selepas kemelut penukaran menteri besar Selangor lalu yang menyaksikan konflik hubungan di antara parti dalam PR semakin ketara, sehingga tahaluf siyasi parti Islam itu bersama PKR dan DAP dipersoalkan.
Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mendedahkan, Umno melalui kumpulan Timbalan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berusaha menyerapkan agenda mereka ke dalam parti Islam itu.
Kebetulan baru-baru ini semasa menyampaikan ucapan dasarnya merasmikan perhimpunan agung sayap Pemuda, Wanita dan Puteri, Muhyiddin secara terbuka juga berkata, PAS bukan lagi musuh Umno sebaliknya mereka kini berdepan fahaman liberalisme yang songsang. Kenyataan ini dilihat memberi peluru kepada golongan konservatif dalam PAS untuk membunuh golongan profesional yang sering dikatakan liberal.
Pemerhati melihat kenyataan Muhyiddin itu addalah usaha berterusan kumpulannya untuk menjayakan perpaduan Umno dan PAS. Exco Pemuda Umno Batu Gajah Zairul Azmir, 30, berkata kerjasama Umno dan PAS antara perkara yang perlu diberi perhatian dan sekiranya ia diatur dengan baik, ia tidak menjadi satu kesalahan. "Kalau daripada segi Melayu dan Islam, memang pada pendapat saya, elok diteliti perkara itu.
 "Bagi Pemuda Umno, kalau betul susur dan jalannya, ia tidak salah. Dan kita lihat Umno sekarang ini bergantung kepada Melayu," kata Zairul kepada The Malaysian Insider semasa ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur semalam. Katanya, parti komponen BN juga dilihat kurang membantu dalam memperkukuhkan sokongan kepada kerajaan.

Umno tersenyum riang apabila Najib kekalkan Akta hasutan

Oleh Hazlan Zakaria
Sebagai editor saya terbentur ke saya, pada masa-masa agak literal seperti bagaimana rakyat sedang mengambil ia daripada kerajaan Umno-BN menguasai diterajui dulu Kini dan selamanya, apabila anda ASSUME, anda membuat ASS satu daripada U dan ME.
 Sesungguhnya sebagai peristiwa di sekeliling Umno opera sabun perhimpunan agung itu bersedia untuk dibentuk, dengan mengandaikan bahawa Najib akan menjaga janjinya pada Akta Hasutan membuat makhluk berkaki empat bodoh daripada kita semua.
  
Najib saya ini, Najib saya bahawa, untuk semua sup krim yang najis kuda yang dimuntahkan dari bibir berkilat beliau, Akta ia seolah-olah akan tinggal dan akan tetap orang yang diperkaya untuk disesuaikan dengan keperluan whimpers dan Umno.
 
Senjata Umno bakar BN-kerajaan dikawal agensi penguatkuasaan yang Reaper Grim pasti akan gunakan untuk sabit melalui semua perbezaan pendapat walaupun sah dan demokratik.
  
Ucapannya mengekalkan Akta Hasutan utuh dan dipertingkatkan untuk menopang cengkaman pada peraturan adalah seperti yang ditembak di baik lama Lexington Massachusetts yang didengar di seluruh dunia dan memulakan revolusi yang boleh dikatakan dibebaskan Amerika dari belenggu penjajahan.
  
Semasa di sini yang ini PM akan kembali pada firman-Nya sendiri, ia adalah pukulan yang diterima dengan bertepuk dengan perwakilan Umno dan bergema di seluruh Malaysia dan media sosial untuk expletives berwarna-warni, kutukan imaginatif dan gembira bersumpah perkataan.
 
Dan sebagainya, perhimpunan berkenaan di sini, dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadapi Semerah Padi obor-dan-padang-garpu mob.
 
Ia melakukan apa yang dia harus lakukan dan melihat ia melalui dengan tidak malu kepada-Nya jua. Dia mengalah dan dia telah tumbang, dia bended kepada teriak.
 
Ia melakukan apa yang Umno mahu dan melihat ia melalui dengan sedikitpun perasaan hati nuraninya.
 

Umno: Gen X, Y, ‘Zzzz’

Oleh ABDUL JALIL ALI
MELIHAT dari luar lingkungan – dan bukan orang parti – saya tidak teruja lagi kepada cakap-cakap mengenai usaha meremajakan Umno. Tidak juga saya berasa pelik apabila mendengar seruan berdegar-degar untuk transformasi parti.

Semua orang tahu ini benda lama yang diulang ungkit setiap kali perhimpunan agung parti terbesar orang Melayu itu. Oleh sebab sudah kerap sangat disebut – dengan nada dan istilah-istilah berbeza – orang sudah tidak prihatin lagi.

Lebih-lebih lagi apabila yang diulang-ungkit itu tidak disusuli dengan kesungguhan tindakan. Seperti biasa semua bersemangat ketika berucap, tetapi selepas tamat perhimpunan tidak ada apa-apa perubahan. Status quo, atau orang Tanjung kata: “Pi mai, pi mai dok tang tu!”

Kalau betul ada kesungguhan, sebenarnya tidak sukar sangat untuk meremajakan parti yang sejak sekian lama menjadi tunjang utama BN. Tidak susah mana untuk transformasi parti yang mempunyai paling ramai keanggotaan dan selalu diuar-uarkan sebagai parti paling hebat, paling unggul.

Secara teori, seperti yang telah diakui oleh pemimpin parti, ambil sahaja anak-anak muda yang beridea, berinovasi dan profesional menyertai parti, dan beri kedudukan yang membolehkan mereka menyuarakan pandangan bernas.

Tetapi, praktikal tidak semudah teori, lebih-lebih lagi apabila dalam kalangan pemimpin sendiri – baik di peringkat cawangan, bahagian dan induk – tidak menyokong dan sengaja menghalang teori tersebut.

Contoh: Ada anak muda, berijazah, profesional dan beriltizam memohon di peringkat cawangan untuk menjadi ahli parti. Lama menghantar borang permohonan, tetapi tidak ada jawapan, macamlah susah sangat memproses permohonan di era ‘semuanya di hujung jari’ ini.

Umno cuma kenyangkan kroni, rakyat melarat – Anwar

PUCHONG 28 NOV: Umno kini mengamalkan tatakelola pentadbiran yang hanya menguntungkan kroni sebaliknya rakyat menjadi mangsa kerakusan pentadbiran kerajaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar Puchong“Lihat sahajalah sekarang, sistem percukaian yang lebih mesra golongan maha kaya untuk kekal kaya manakala golongan bawahan dipaksa menanggung bebanan berterusan.
“Kononnya nak bela nasib orang Melayu. Nak bela apa kalau kenyangkan kroni sendiri. Adakah ini yang dikatakan Umno bela nasib Melayu?” soalnya.
Ketua Umum KEADILAN itu berucap pada Ceramah Perdana Rakyat Hakim Negara di Puchong Perdana, malam tadi.
Anwar berkata, pimpinan pentadbiran Umno gagal memartabatkan hak dan kepentingan Melayu di negara ini.
Katanya, jurang ekonomi bangsa Melayu juga semakin terhakis dan akhirnya menggugat kedudukan ekonomi mereka untuk berdaya saing dengan bangsa-bangsa lain.
Beliau merujuk kajian yang menunjukkan perbezaan besar jurang ekonomi antara golongan miskin dan kaya.

Kalau semasa pemerintahan Jepun boleh makan ubi kayu, kenapa sekarang tidak boleh?

Apakah hasil Perhimpunan Agung UMNO 2014 perolehi? Jawapannya semua tahu. UMNO tetap sama…sama keadaannya seperti sebelum Perhimpunan Agung itu. Kalau ada pun hasilnya ia tidak begitu diminati oleh rakyat yang tidak suka dan gemar dengan Akta Hasutan 1948 di kekalkan. Ya, itu sahaja perbezaan di antara sebelum dan selepas Perhimpunan Agung itu.
Selain dari itu UMNO tetap UMNO sebelum Perhimpunan Agung dahulu. Ia masih memainkan isu yang boleh menyatukan ahli-ahli UMNO walaupun buat seketika walau seburuk mana pun isunya. Selepas Perhimpunan perwakilan yang tidak tahu isu sebenar yang dihadapi oleh UMNO akan balik kampung dan seperti yang saya sebut beberapa hari lepas, ‘business as usual’.
Tidak ramai di antara perwakilan itu balik ke kawasan masing-masing dengan memahami kenapa mereka mewakili UMNO kawasan mereka ke Perhimpunan Agung itu dan apakah yang mereka perolehi yang baik dari perhimpunan tahunan itu. Cuba kita tanya mereka apa yang mereka sumbangkan dalam perhimpunan itu selain dari membaham karipap yang disediakan oleh urusetia pusat UMNO itu?
Perhimpunan seperti itu pada asasnya ialah bermatlamatkan untuk melihat apakah perbezaan yang menambah kebaikan kepada parti itu, dengan perwakilan dan pemimpin yang berbaris duduk di atas ‘high table’ di Dewan Merdeka itu lakukan.
UMNO yang sepatutnya menumpukan untuk menambah keyakinan terhadap kepimpinan yang sedang menghadapi krisis keyakinan yang amat kritis itu. Isu ekonomi tidak langsung disentuh oleh Presiden parti dalam ucapan dasar Presiden dan itu amat pelik sedangkan itulah masalah dan isu terbesar yang dihadapi oleh UMNO dan kepimpinan kita.
Isu rasuah tidak dapat dibangkitkan dengan baik dan tidak ada perwakilan yang mengupas itu dengan teliti sedangkan imej rasuah yang sedang melekat dan bergayut kepada kepimpinan negara yang kebanyakannya adalah dari UMNO tidak hilang-hilang lagi, malahan bertambah kuat lagi.
Yang membuat masalah kepada negara adalah kepimpinan UMNO yang duduk diatas ‘high table’ itu. Jika keadaannya sama, maka UMNO tidak boleh berharap yang kejayaan mereka akan pasti dalam pilihanraya yang akan datang, kerana rakyat dan dikalangan ahli-ahli UMNO sendiri tidak berpuas hati dengan hasil perhimpunan itu.

Mahfuz cabar Mukhriz dedah kontraktor projek lanskap Seri Mentaloon


ALOR SETAR: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar mencabar Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir agar memaklumkan kepada orang ramai kontraktor yang dilantik untuk projek lanskap di kediaman rasminya di Seri Mentaloon.
Menurut Mahfuz, projek pengubahsuaian lanskap di Seri Mentaloon itu menelan belanja sehingga RM2.9 juta.
"Kita minta Mukhriz mendedahkan siapakah yang tender penanaman pokok kurma dan royal itu dan mohon diperjelaskan adakah projek berkenaan dalam pengetahuan UPEN dan adakah ianya melalui JKR?
"Saya minta dia jelasnya kepada umum dalam tempoh seminggu.Selain itu saya minta dia maklumkan juga berapa belanja penanaman sebatang pokok kurma dan royal palm sehingga peruntukan RM2.9 juta dibelanjakan," kata beliau kpeada pemberita dalam sidang media, semalam.
Menurutnya lagi, kebanyakan pokok kurma dan royal palm yang ditanam di Malaysia diimpot dari Thailand dan dalam pengetahuannya, kos sebatang pokok kurma sehingga selesai urusan hanya RM1000 dan royal palm antara RM500 hingga RM600 sahaja.
Justeru beliau meohon supaya Mukhriz bersikap telus memaklumkan hal demikian kerana jumlah peruntukan yang besar itu tidak munasabah sama sekali serta tidak berpadanan dengan jumlah pokok yang ditanam di kediamaan rasminya itu.
"Saya dimaklumkan dalam tempoh empat tahun kurma itu dijangka mengeluarkan buah dan kononnya dapat menampung keperluan orang ramai menjelang bulan Ramadan. Tapi belum tentu ianya berbuah dan mengeluarkan hasil sedangkan jumlah yang dikeluarkan terlalu tinggi serta tidak senilai dengan keperluan yang dikatakan.
"Rakyat Kedah bukan mengharapkan kurma dari Seri Mentaloon, setiap tahun mereka boleh beli di Pekan Rabu tapi rakyat memerlukan kebajikan yang lain dan jangan sewenang-wenangnya menggunakan duit rakyat pada perkara yang tidak terlalu diperlukan oleh rakyat," tambahnya lagi.
Sehubungan itu, beliau merasa amat kesal akan sikap Mukhriz yang cuba berselindung perkara sedemikian dan sebaliknya mencanang projek pengubahsuaian Seri mentaloon diberikan kepada 'abang Ahli Parlimen Pokok Sena' seperti yang didedahkan semasa penggulungan perbahasan bajet Kedah 2015 minggu lalu.

Jokowi arah pegawai kerajaan makan makanan gerai untuk kurangkan bajet ...Adakah Kerajaan Umno Boleh Ikut...??

Gerai Bajet....
JAKARTA: Indonesia telah mengarahkan pegawai-pegawai mereka untuk makan makanan gerai dan bukannya makanan luar negara.

Ini adalah langkah terbaharu oleh kerajaan untuk melumpuhkan birokrasi yang berlebihan.

Makanan seperti ubi kayu, jagung rebus dan kek keladi harus dihidangkan di majlis rasmi dan bilangan tetamu yang dijemput untuk upacara birokrat berpangkat tinggi harus dihadkan kepada 400, kata seorang menteri.

Presiden Joko Widodo, dikenali sebagai seorang yang sederhana, telah membuat banyak pengurangan dari segi perbelanjaan rasmi.

Beliau telah pun mengurangkan perjalanan dan bajet mesyuarat untuk tahun depan, malah minggu lepas terbang dalam kelas ekonomi ke Singapura bagi menghadiri majlis graduasi anaknya.

Tindakan itu telah mendapat pujian di laman siber.

Tuduh Cina: Mohd. Zaidi warnai laporan akhbar Cina

Perbahasan Perhimpunan Agung UMNO yang menyentuh masyarakat Cina segera mendapat perhatian akhbar-akhbar berbahasa Cina.
Kenyataan perwakilan dari Permatang Pauh, Pulau Pinang, Datuk Mohd. Zaidi Said bahawa kekayaan orang Cina Pulau Pinang adalah kerana perniagaan haram segera mengundang reaksi pelbagai pihak.
China Press dalam satu rencana menyatakan bahawa Mohd. Zaidi cuba melabelkan perniagaan haram sebagai hak eksklusif kaum Cina.
Akhbar itu turut melihat kenyataan Mohd. Zaidi sebagai penuh prejudis dan berfikiran sempit.
Kenyataan tersebut dikatakan mungkin menyebabkan salah faham kaum lain terhadap masyarakat Cina.
"Perniagaan haram bukan hak ekslusif orang Cina atau orang Cina Pulau Pinang. Transaksi haram berlaku di seluruh negara.
"Ia bergantung sama ada pihak berkuasa menjalankan tugas penguatkuasaan secara tegas dan penuh integriti,"
Mohd. Zaidi dilaporkan berkata bahawa kekuatan Cina di Pulau Pinang datang daripada bisnes haram termasuk pelacuran, perjudian, loteri dan pusat hiburan haram.
Rencana China Press turut menyatakan kenyataan Mohd. Zaidi sebagai mengecewakan.
"Kenyataan ekstrim dalam Perhimpunan Agung UMNO sememangnya menyebabkan pihak yang diserang berasa bosan dan sedih, tetapi tidak boleh berbuat apa-apa kerana UMNO merupakan parti politik utama di Malaysia.
"Nasib baiklah masih ada perwakilan lain yang lembut dan bersikap sederhana dalam Perhimpunan Agung UMNO."
Sementara itu, Guangming Daily turut dilihat memberi liputan meluas terhadap kenyataan Mohd. Zaidi mengenai bisnes haram Orang Cina Pulau Pinang.

Terbaru Dr Mashitah Vs Ustaz Azhar Idrus V2.0

Prof Azmi: 'Perangai Umno, mereka sahaja k'jaan, lain tak penting'

Isu ekonomi M'sia bukan isu ras, etnik - Prof Azmi

Ambiga: Mana janji Najib, Umno tidak buat janji kosong?

Anwar Ibrahim: Tun Daim Pun Terkejut Rasuah Banyak Di Malaysia Sekarang

Hishammuddin Rais tuntut Najib henti video kait dirinya dengan Akta Hasutan

Aktivis sosial Hishammuddin Rais akan ambil tindakan terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak kerana menyiarkan klip videonya di Perhimpunan Agung Umno 2014. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 November, 2014.Aktivis sosial Hishammuddin Rais akan ambil tindakan terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak kerana menyiarkan klip videonya di Perhimpunan Agung Umno 2014. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 November, 2014.Aktivis sosial Hishammuddin Rais akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak kerana menyiarkan klip videonya di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.
Video yang dimainkan ketika Najib mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan memberi gambaran Hishammuddin bersalah atas kes hasutannya walaupun kes berkenaan masih dalam perhatian Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
"Saya menghubungi peguam saya. Hasil daripada perbincangan dengan peguam, kami bersependapat untuk menghantar surat tuntutan kepada Najib.

"Surat peguam saya ini bertujuan memberi amaran kepada Najib agar memberhentikan penyebaran klip video yang bersangkutan dengan diri saya yang ditayangkan di Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung di PWTC sekarang ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.  Menurut firma guaman yang mewakili Hishammuddin, Daim dan Gamany, klip berkenan memaparkan Hishamuddin sebagai pesalah di bawah Akta Hasutan.
Dalam penyata tuntutan kepada Najib semalam menyatakan kenyataan dan tindakan perdana menteri itu menyebabkan prejudis kepada proses perbicaraan yang belum selesai.
Menurut firma guamannya Daim dan Gamany, klip tersebut "menjadikan parah lagi imej Hishamuddin sebagai pelanggar Akta Hasutan."

Rakyat terlalu menerima, perlu soal Putrajaya isu penting, kata Anwar

Rakyat Malaysia patut berhenti jadi sangat menerima serta sabar dan sebaliknya, mula mempersoalkan kerajaan persekutuan jika ada yang tidak kena, kata pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua umum PKR itu berkata bila harga bahan api meningkat susulan tindakan Putrajaya mengurangkan subsidi, rakyat Malaysia tidak bertanya kerajaan soalan yang sukar. Beliau berkata, sejak Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu, kos sara hidup meningkat naik berikutan peningkatan harga bahan api, gula dan tarif elektrik.
 “Saya tidak pernah lihat orang yang sesabar dan bertoleransi seperti rakyat Malaysia,” kata Anwar pada majlis ceramah di Puchong Indah, malam tadi.
Berucap di depan kira-kira 500 khalayak, Anwar berkata semua rakyat Malaysia perlu bangkit dan bertanya kepada Putrajaya mengenai kok sara hidup yang meningkat dan menjejaskan semua orang. Saya membangkitkan isu jurang antara yang kaya dengan miskin semakin lebar, masyarakat bandar dan luar bandar di Parlimen.
“Tetapi tidak ada seorang pun daripada Barisan Nasional (BN) yang sanggup jawab soalan saya. Kenapa pelan tindakan afirmatif gagal mengangkat Melayu keluar daripada kemiskinan,” katanya. Anwar berkata golongan Melayu elit, seperti ahli Umno dan kroninya, mendapat manfaat daripada pelan berkenaan sementara kebanyakan Melayu lain masih merana.
Ketua pembangkang dan wakil rakyat lain yang berceramah dalam majlis malam tadi termasuk Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak nampak seperti mempunyai rancangan untuk bantu mengurangkan beban rakyat. “Susulan pilihan raya tahun lalu, Najib terus memungkiri janjinya yang dibuat di depan rakyat sebelum hari mengundi.
“Sekarang dia berpatah balik daripada janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948. Daripada memansuhkan akta itu, dia mahu buat pindaan terhadap undang-undang itu pula,” kata Gobind. Beliau bertanya mengapa Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang perlu mengekalkan akta yang diperkenalkan pada zaman penjajajh itu. Ahli Parlimen Subang R Sivarasa berkata sudah jelas Umno dan BN tidak lagi sesuai untuk mentadbir kerajaan.

Mempunyai akaun bank tidak bermakna ada simpanan, penyelidik jawab gabenor Bank Negara

Beberapa penyelidik mempersoalkan kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar lebih 90% rakyat Malaysia mempunyai simpanan tunai berdasarkan pemilikan akaun bank, sambil memberitahu seseorang mungkin ada beberapa akaun bank tanpa simpanan.
 Dalam mempertahankan laporan mereka yang mendapati 53% rakyat Malaysia tiada aset kewangan, Tan Sri Kamal Salih, Dr Muhammad Abdul Khalid dan Dr Lee Hwok Aun berkata penemuan mereka adalah mengejutkan dan ia adalah daripada sumber dalaman dan boleh dipercayai.
“Gabenor Bank Negara Malaysia merujuk data bank menunjukkan 'lebih 90% penduduk Malaysia memiliki akaun simpanan'. Adalah tidak mencukupi daripada segi metodologi dan empirikal menyamakan pemilikan akaun bank dengan mempunyai simpanan.
“Majoriti rakyat Malaysia mempunyai akaun bank, dan ada yang mempunyai lebih satu akaun, tetapi seseorang boleh juga memiliki akaun bank tanpa simpanan," kata mereka yang menyediakan bersama Laporan Pembangunan Manusia Malaysia 2013.
 Semalam, Zeti menyifatkan laporan mereka bertiga hanya memberikan "maklumat separuh" dan boleh dianggap "mengelirukan", sambil menambah data bank pusat itu melibatkan semua aspek kewangan.
Bagaimanapun, penyelidik itu berkata kajian mereka ke atas Kajian Pendapatan Isi Rumah yang disedikan Jabatan Statistik dan Unit Perancang Ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri, mendapati majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan wang. “Data Kajian Pendapatan Isi Rumah merakamkan kepentingan yang dilapor serta dividen daripada entiti komersial, syarikat serta institusi simpanan lain baik dari sektor formal mahupun bukan formal.

“TANGAN GHAIB” MEMECAHKAN-BELAHKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

Aku nampak semacam ada ‘tangan ghaib’ yang cuba memecah-belahkan perpaduan rakyat di Negara ini. Lepas satu timbul pula satu lagi yang berunsur memecah-belahkan perpaduan rakyat. Dan yang agak pelik juga pada pandangan mata aku ialah seolah-olah kerajaan semacam tidak peduli tentang perkembangan yang berlaku di hadapan mata itu. Hendak aku katakan yang kerajaan tidak sedar tentang wujud keadaan sedemikian, tidak pula ada bukti kukuh yang boleh menyokong kenyataan  itu. Tetapi nampak semacam begitu. Mungkinlah akau tersilap membuat anggapan sedemikian.
Mungkin ‘tangan ghaib’ itu menggunakan ‘orang suruhan’ agar mengadu-domba satu kaum dengan kaum lain di Negara ini. Kini isu bangsa dan agama telah menjadi isu hangat diperkatakan yang mana isu ini tidak begitu ketara dibangkitkan sebelum ini. Ada semacam ‘arahan ‘ dari pihak-pihak tertentu agar  isu-isu ini diperhangatkan supaya jangan wujud keadaan ‘damai’ antara kaum-kaum di Negara ini.
Keadaan tidak menjadi ‘tegang’ sebagaimana yang diharapkan mungkin disebabkan rakyat Malayisa sudah matang dan boleh berfikir dengan secara rasional. Apa saja yang berbentuk provokasi dari pihak tertentu dilayan dan ditangani dengan tenang, memberikan gambaran bahawa usaha demikian tidak akan berkesan. Malah rakyat mentertawakan usaha-usaha yang cuba memecah-belahkan perpaduan ini.
Tentulah peranan media sosial bukan kepalang kesannya dalam membentuk pemikiran rakyat Malaysia kini. Media sosial telah menjadi pengimbang maklumat yang disalurkan melalui media arus perdana. Kadang-kadang ternampak jelas yang media arus perdana seolah-olah sengaja mahu menimbulkan keresahan dikalangan rakyat. Misalnya apakah perlunya persitiwa perbalahan kaum 13 Mei 1969 diungkit-ungkit kembali. Untuk apa dibesar-besarkan sekiranya ikhlas hasrat kita untuk memupuk perpaduan kaum. Mujurlah ramai rakyat Malayisa kini yang sudah menamatkan mendapatkan sumber berita daripada media arus perdana.
Isu perpaduan kaum adalah merupakan isu sensitive. Di Amerika Syarikat sendiri yang kononnya mengamalkan demokrasi tulin masih lagi menghadapi masalah dalam menangani isu perpaduan kaum antara kulit hitam dan kulit putih. Kita agak bernasib baik keadaan tidak terjadi seperti di Amerika disebabkan majoriti rakyat di Negara ini mahukan perdamaian dan perpaduan kaum. Dan hanya segelintir, sebahagian kecil yang nampaknya begitu gembira sekiranya wujud perbalahan kaum.

Beranikah Najib Mendakwa Jurucakap Perhimpunan UMNO Dengan Akta Hasutan?

Beberapa cabaran kini menanti Najib Razak di sebalik keputusannya untuk terus mengekalkan Akta Hasutan 1948  di perasmian Perhimpunan Agung UMNO, Khamis lalu setelah dua tahun lalu berjanji mahu memansuhkannya.

Kumpulan kanan dalam UMNO dan masyarakat yang gembira dengan pengekalan Akta Hasutan tidak akan berhenti setakat ini saja. Mereka kini bakal menumpukan tekanan agar Najib mengembalikan semula ISA dan Ordinan Darurat yang sudah dimansuhkannya sebelum ini.

Kejayaan menekan Najib sehingga Akta Hasutan tidak jadi dimansuhkan adalah kejayaan bagi kumpulan ini dan sekaligus merupakan "lesen besar"  untuk mereka melakukan gugatan yang seterusnya.

Berbanding Akta Hasutan, lebih ramai golongan kanan ini berpendapat bahawa menghapuskan ISA adalah salah satu tindakan "paling bodoh"  yang dilakukan Najib selaku ketua sebuah kerajaan.

Jelas bahawa mereka ini belum cukup puas hati selagi ISA dan Ordinan Darurat tidak dikembalikan sama. Mereka hanya benar-benar gembira dan puas hati dengan kepimpinan Najib jika beliau sanggup memulihkan semula semua akta-akta tersebut.

Ini sekali lagi merupakan tekanan yang berterusan kepada Najib kerana sementara beliau terus ditekan oleh kumpulan kanan yang "mahu paha setelah mendapat betis", sebaliknya golongan liberal dan pejuang kebebasan pula mahukannya komited dengan janji-janji pembaharuan dan keterbukaan yang selalu dilaung-laungkannya.

Golongan liberal dan pro hak asasi yang turut disokong oleh pembangkang tidak menunggu lama untuk menyerang dan mengecam Najib sebagai seorang yang mungkir janji setelah Akta Hasutan ini diumum untuk terus dikekalkan.

Golongan ini bukan saja berikrar akan terus berjuang ke arah penghapusan Akta Hasutan, malah mulai melabelkan Najib sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai, mungkir janji serta mudah mengalah kepada tekanan. Najib juga diperingatkan bahawa janji adalah suatu komitmen.

Rightist rhetoric won’t help Umno win GE14

With or without Chinese support, Umno risks alienating its largest vote bank.

SPRCan Umno truly survive without the support of the Chinese community? That seems to be the question left on the lips of the delegates at the Umno general assembly 2014, as there are no signs so far that the trend of overwhelming Chinese support for the opposition will change anytime soon. The usual tactics of trying to buy off the community have failed, and MCA has been rendered toothless and ineffective in marshalling it’s forces to gain back the lost support.
To claim to be able to remain in power without the support of the Chinese community is an ambitious claim indeed. After all, the Chinese community represents the second largest ethnic segment in Malaysia after the Bumiputera community. To remain in power without the Chinese and with a comfortable majority requires BN to not only win over the Indian community, but also all of the Bumiputera voters.
And there Umno runs into another considerable roadblock. You see, Sabah and Sarawak have long been considered BN’s reliable vote bank, the main reason it remains in power today. Notwithstanding the complaints that money politics has long fuelled this monopoly over East Malaysia, Sabah and Sarawak are an even more important support base for BN in the coming general elections and may be the key to deciding who remains in power. The indigenous population of East Malaysia are also considered Bumiputera and are entitled to the same rights and privileges accorded to the Malay community.
So what is this road block? It lies in the fact that East Malaysia’s Bumiputera population is not homogeneously Muslim like it is in West Malaysia. A large segment of the East Malaysian Bumiputera population proclaims Christianity as it’s religion, and the recent practice of right-wing elements to demonize the religion may well come back to bite them come the next general election should the rhetoric be continued.

Activist Hishamuddin Rais threatens to SUE Najib Razak over Sedition Act speech

Activist Hishamuddin Rais threatens to SUE Najib Razak over Sedition Act speech
We refer to the above matter in which we act for Encik Hishamuddin Bin Md Rais,
We are instructed that you in your capacity as president of the political party known as UMNO, gave a speech at its Annual General Assembly on 27" November 2014.
We are further instructed that during this speech you had screened or caused to be screened a video clip depicting our client.
The video clip was screened in the context of your announcement that the Sedition Act 1948 will not be repealed.
In the video clip, our client was depicted as being guilty of committing the offence of sedition (hasut) under the Sedition Act 1948. The clip further demonized and portrayed our client as a serial sedition offender.
Sub-judice
As you are fully aware, our client is facing a charge under the Sedition Act 1948 which is now pending before the Kuala Lumpur Criminal Sessions Court.

We are instructed that your actions/ words above create a substantial and genuine risk of prejudicing the course of the criminal proceeding against our client, and that the screening the clip andor your speech is sub-judice and in contempt of court.
You have further created an atmosphere of hate and prejudice against our client.
We are instructed that your speech (including the video clip depicting our client) was broadcast over television and widely disseminated in print and online media.

Kerugian pracukai suku ke-3 MAS naik kepada RM572j...Wang rakyat akan tanggung.!!!

Kerugian pracukai Malaysian Airline System Bhd (MAS) untuk suku ketiga berakhir 30 September2014 meningkat kepada RM572 juta berbanding kerugian sebelum cukai RM370 juta suku sama tahun lepas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat penerbangan negara itu berkata pendapatannya merosot kepada RM3.38 bilion daripada RM3.90 bilion sebelum ini.

Syarikat itu berkata kesan insiden MH370 dan MH17 serta persaingan sengit berterusan menyebabkan penurunan faktor tempat duduk sebanyak 11.5 mata peratusan kepada 73 peratus.

Untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept 2014, kerugian pracukai melonjak kepada RM1.31 bilion daripada kerugian pracukai berjumlah RM815 bilion dalam tempoh sama setahun dahulu.

Pendapatannya menyusut kepada RM10.57 bilion daripada RM11.22 bilion sebelum ini.
 

Rasuah: 'Atas cakap lain, bawah cakap lain' kata perwakilan

Perwakilan Umno Pahang Mohd Shahar Abdullah mahu kerajaan tegas menghapuskan budaya monopoli dalam pemberian lesen teksi dan persepsi bahawa kerajaan terlalu selektif untuk memerangi rasuah.

Sebagai anak seorang pemandu teksi, beliau mendengar keluhan pemandu teksi yang terpaksa menyewa teksi sendiri untuk selepas pemberian lesen diberikan kepada syarikat terlibat sebelum boleh memilikinya.

Membahaskan usul ekonomi di Perhimpunan Agung Umno di PWTC semalam, Mohd Shahar berkata, pemandu teksi terpaksa membayar sewa yang tinggi berbanding membayar pinjaman bulanan bagi memiliki sebuah kereta.

"Mereka terpaksa menyewa teksi dan membayar sewa sekurang-kurang RM50. Kalau didarab dengan 30 hari sudah berapa? RM1,500.

"Kalau kita ada kereta sendiri, kita bayar RM700 hingga RM800, masih ada baki?

"Jadi Umno Pahang cadangkan supaya hapuskan monopoli, pemandu teksi dia sokong dan mengundi kita.

Kenyataan bercanggah MOLpay mengenai permintaan polis dedah pelanggan online

Zunar


Pada 17 November 2014, saya mendapat surat dari MOLpay yang menyatakan bahawa mereka menerima permintaan dari PDRM mendedahkan nama-nama pelanggan yang membeli buku secara online melalui website saya, www.zunar.my. Permintaan itu sebahagian dari siasatan terhadap saya oleh pihak polis atas penerbitan buku kartun,
"Komplot Memenjarakan Anwar" yang dijual melalui website tersebut. Selepas menerima email tersebut, pihak saya segara menghantar email kepada pihak MOLpay meminta penjelasan, namun tiada jawapan segera. Satu lagi email menyusul pada 20 November 2014 juga tidak mendapat jawapan.Saya mengutus email ketiga pada 26 November 2014 dan barulah pihak mendapat jawapan dari pihak MoLpay.
Email dari Encik Kam, iaitu Ketua Operation & Risk Management menyatakan bahawa keputusan yang terkandung dalam email pertama adalah dibuat oleh Customer Care MOLpay, tetapi pihak pengurusan syarikat tersebut kemudiannya telah mengubah semula keputusan itu.
Dan kepada soalan saya yang lain, Encik Kam menjawab bahawa surat pemintaan dari PDRM tersebut dibuat secara bertulis. Berkenaan isu sama, sebuah lawan web Cilisos melaporkan kenyataan (melalui email) dari CEO MOLPay, Sheng Guan Eng, membuat kenyataan bercanggah dengan menyatakan permintaan dari pihak polis dibuat secara bertulis.
Sheng dalam laporan sama menafikan pihaknya telah memberi maklumat pelanggan saya kepada pihak polis. Kenyataan dari kedua-dua pegawai MOLpay amatlah diragukan dan tidak meyakinkan saya.
Pertama, email pertama bertarikh 17 November 2014 yang saya terima yang menyatakan bahawa "pihak MOLpay tidak punya pilihan selain dari menyediakan pihak polis dengan maklumat lengkap" adalah satu email makluman. Ertinya tidak ada satu jaminan bahawa senarai lengkap telah diberi kepada pihak polis.

Frontline of Syrian city of Kobani in rubble after two months of fighting

Clashes erupt between police and Hong Kong protesters

Black Friday demonstrations hit Walmart

'Out of the Stores!' Ferguson protesters target Black Friday mall sales ...

Deadly anti-govt protests sweep Cairo, at least 4 killed

Fatal clashes in Egypt as Islamist protests fail to draw large crowds

Mat Sabu: Inilah Kerja UMNO! Aku Cukup Benci Benci Benci!

Gobind Singh Deo: Perdana Menteri Kita, Orang Yang Cakap Tak Serupa Bikin, Bikin Tak Serupa Cakap