Jumaat, 28 November 2014

Hentikan fitnah terhadap masyarakat Cina – Guan Eng

Hentikan fitnah terhadap masyarakat Cina – Guan Eng
Penghinaan dahsyat dan pembohongan Umno Pulau Pinang kekuatan ekonomi dan politik masyarakat Cina di Pulau Pinang datang daripada kegiatan ekonomi haram seperti judi haram, pelacuran dan pusat hiburan juga disasarkan kepada polis di negeri ini yang secara terbuka menafikan kegiatan-kegiatan tersebut.
Pengerusi Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaid Mohd Said berkata kegiatan haram seumpama itu berkembang kerana orang Melayu bersikap lembut dan pihak bertanggungjawab menutup sebelah mata terhadap mereka. Dakwaan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah salah sama sekali.
Ini bertentangan dengan penegasan berulang kali oleh Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi, tiada kegiatan seperti itu di negeri ini. Sehingga akhir bulan lalu, Datuk Abdul Rahim berkata polis menyerbu sarang perjudian dan menambah, “Untuk rekod, Pulau Pinang adalah sifar mesin judi haram”.
Pemimpin Umno Pulau Pinang itu menunjukkan kebenciannya terhadap masyarakat Cina apabila mendakwa orang Cina melakukan ‘jenayah’ secara terang-terangan, namun pemimpin Umno terlalu takut untuk menunjukkan kesalahan mereka. Adakah polis di Pulau Pinang terlalu lemah sehingga perlanggaran undang-undang atau kegiatan haram dapat wujud?
Kerajaan negeri ingin mencabar Umno Pulau Pinang untuk menunjukkan bukti di manakah lokasi judi haram, pelacuran dan pusat hiburan, bukannya setakat melamparkan tuduhan tidak berasas kepada masyarakat Cina yang bekerja keras dan mematuhi undang-undang dalam mencari rezeki di negeri ini.

Isu sempadan : PR minta SPR wujud jawatankuasa bebas

SPR perlu libatkan pihak dan pakar pemerhati pilihanraya seperti Merdeka Centre, UMCEDEL dan IDEAS bagi memastikannya adil dan saksama
spr_00KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Persempadanan Semula Pakatan Rakyat sekali lagi menegaskan bahawa akan menolak sebarang penambahan kerusi yang tidak adil oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melalui persempadanan semula yang dijalankan.
Ia berikutan kebimbangan BERSIH dan Tindak Malaysia sebelum ini mengenai kemungkinan Pakatan Rakyat (PR) akan bersetuju dengan penambahan kerusi Parlimen oleh SPR.
“Kami ingin menegaskan bahawa tiada sebarang perjanjian yang telah dibuat antara Pakatan dengan SPR,” lapor lidah rasmi DAP, Roketkini.
Jawatankuasa itu menambah, PR tidak boleh menerima atau menolak penambahan kerusi Parlimen sebelum SPR mengemukakan peta pilihanraya yang baru.
“Sebarang penambahan kerusi yang bersifat tidak adil akan kita tolak,” kata jawatankuasa itu yang dianggotai Ahli Parlimen DAP-Serdang Ong Kian Ming, PKR-Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan PAS-Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli.
Persempadanan semula yang dijangka dibuat hujung tahun ini telah menimbulkan kebimbangan bahawa ia akan dibuat bagi memberi kelebihan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang.

Ustaz/ustazah ekspres: Kritikkan terhadap ucapan Masyitah

Oleh Mohamad Zuhdi Mat Piah
Saya sudah dengar dan perhatikan ucapan Datuk Dr Masyitah Ibrahim  berkaitan ustaz ekspres dan ustazah jadian.Bagi saya, ucapan tersebut sangat dangkal dan bersifat iri hati.
Mana tidaknya, dulu Masyitah memang terkenal, boleh dikatakan semua daerah menjemputnya utk forum ceramah dan sebagainya, tak cukup dengan itu, radio tv semua dijelajahnya.

Maka ramailah yang suka kepadanya, tak kira tua muda, lelaki dan wanita, termasuklah diri saya. Tetapi selepas beliau menyertai parti politik dan perubahan dirinya yang sangat ketara sehingga mengeluarkan kenyataan yang sangat mengelirukan berkaitan hudud, pelacuran dan lain-lain lagi, menyebabkan popularitinya merudum.
Beliau yang berkelulusan agama sepatutnya memberi galakkan kepada mereka yang berhijrah dan ingin berhijrah kearah yg lebih baik bukan sebaliknya.
Jika kamu tidak berani bersuara kerana menjaga jawatan dan kedudukan, jangan kamu usaha dan kerja baik orang lain.
Sepatutnya dalam peluang berucap dalam perhimpunan agong itu, yang semua menteri ada, dan bersiaran langsung, tegur dan kritiklah mereka yang berada diatas pentas, jika ada isteri-isteri mereka masih tidak menutup aurat, kritiklah filem-filem ala lucah dan hiburan keterlaluan, pergaulan bebas dan sebagainya, yang terang-terang mungkar dan boleh merosakkan anak muda dan masyarakat, bukan hentam mereka yang berhijrah!
Dakwah ini adalah tugas semua orang, bukan sahaja kepada mereka yg bergelar ustaz/ustazah semata-mata, lain lah jika soal mengeluarkan hukum hakam dan sebagainya.

Umno Pulau Pinang terus berbohong, MCA dan Gerakan diam sahaja?


Lim-Guan-Eng

GEORGE TOWN, 28 NOV: Umno Pulau Pinang meneruskan pembohongan dahsyat apabila mendakwa masyarakat Cina di negeri ini menjana kekayaan dari sumber kegiatan haram, perjudian, pelacuran.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Umno yang sudah tidak lagi berharap untuk medapatkan undi masyarakat Cina kali ini memutuskan untuk menghina mereka dengan fitnah dan pembohongan.
Wakil Umno Pulau Pinang, Datuk Mohd Zaidi Said ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden di perhimpunan agung Umno 2014 hari ini mendakwa, kegiatan seperti perjudian dan pelacuran merupakan ‘sumber kekuatan Cina yang tidak menyokong BN’ di Pulau Pinang.
“Dakwaan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah salah sama sekali. Pemimpin Umno terlalu takut untuk menunjukkan kesalahan mereka.
“Pemimpin Umno Pulau Pinang itu menunjukkan kebenciannya terhadap masyarakat Cina apabila mendakwa orang Cina melakukan ‘jenayah’ secara terang-terangan.
“Adakah polis di Pulau Pinang terlalu lemah sehingga perlanggaran undang-undang atau kegiatan haram dapat wujud? kata Guan Eng dalam satu kenyataan.
Sedangkan kata Guan Eng kenyataan Mohd Zaidi bertentangan dengan penegasan berulang kali oleh Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi bahawa tiada kegiatan seperti itu di negeri ini.
“Sehingga akhir bulan lalu, Datuk Abdul Rahim berkata polis telah menyerbu sarang perjudian dan menambah ‘UUtuk rekod, Pulau Pinang adalah sifar mesin judi haram’, kata Guan Eng.

Yakinkan rakyat Akta Hasutan perlu untuk keharmonian negara

Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan 1948 bertepatan dengan keadaan semasa, ketika banyak pihak semakin berani mengeluarkan kenyataan menghasut atau menyinggung perasaan orang lain. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 November, 2014.  
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan 1948 bertepatan dengan keadaan semasa, ketika banyak pihak semakin berani mengeluarkan kenyataan menghasut atau menyinggung perasaan orang lain. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 November, 2014.
Akta Hasutan 1948 perlu dikekalkan untuk keharmonian negara dan kerajaan perlu meyakinkan rakyat tentang perkara ini, kata seorang ahli akademik.
Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata penjelasan yang baik adalah diperlukan kerana ada segelintir masyarakat tidak memahami keperluan akta itu dan mempunyai persepsi lain terhadapnya.
"Memang sukar untuk kerajaan mengubah persepsi orang lain. Tetapi kerajaan harus berusaha meyakinkan semua pihak  akta tersebut penting untuk menjamin keharmonian dalam negara.

Ada yang menganggap akta tersebut hanya untuk menjaga kaum atau parti politik tertentu tetapi sebaliknya kepentingannya lebih daripada itu apabila ia turut membabitkan keselamatan negara di peringkat global," katanya ketika dihubungi, hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948, ketika menyampaikan ucapan dasar parti di Perhimpunan Agung Umno 2014, Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur, semalam.
Sivamurugan turut memuji langkah perdana menteri itu, yang disifatkannya bertepatan dengan keadaan semasa, ketika banyak pihak semakin berani mengeluarkan kenyataan-kenyataan menghasut atau menyinggung perasaan orang lain.

Berundurlah Shahrizat, usah dikejar jawatan Naib Presiden - Syed Ali Alhabshee

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihat melupakan jawatan Naib Presiden UMNO dan kembali bermuhasabah diri.

Setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, Shahrizat juga diharap tidak terlalu mengejar jawatan dan berundur segera daripada jawatan yang dipegangnya kini dengan cara terhormat.

"Shahrizat harus muhasabah diri, janganlah terlalu dilihat kejar jawatan. Macam tidak wajar apabila dia menuntut kerusi Naib Presiden UMNO untuk Wanita.

"Macam dia sendiri, ada liabiliti...jadi jalan terbaik adalah berundur, habis cerita," katanya ketika ditemui semasa Persidangan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Syed Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras mengulas permintaan Shahrizat semasa ucapan dasar Ketua Pergerakan Perhimpunan Agung Wanita 2014 yang mahu satu kerusi naib presiden dan satu kerusi naib ketua bahagian diperuntukkan untuk Wanita.

Kata Shahrizat, hasil mesyuarat perwakilan Wanita bahagian tahun ini, 171 bahagian dan 12,483 cawangan menyokong usul berkenaan.

Wanita UMNO dianggotai 1.3 juta orang, hampir separuh daripada jumlah keseluruhan 3.47 juta anggota parti.

Bigger budget deficit if oil prices stay south

Budget 2015 was based on crude oil price at US$110 for 2014 and US$105 for 2015.
KUALA LUMPUR: If oil prices continue to tumble and commodity prices don’t improve, Budget 2015 would have been overtaken by events.
In that case, the government has no choice but to go back to the drawing board and revise the Budget, said DAP’s Liew Chin Tong.
budget 2015 revise2The Kluang MP said Budget 2015 was drawn up on the assumption that crude oil price would average US$110 for 2014 and US$105 for 2015 in the world market.
Oil prices, oil-related shares and oil-linked currencies all tumbled in Asia on Friday, in the wake of OPEC’s decision in Vienna to refrain from cutting output despite a huge oversupply. The oil price settled at a four-year closing low of US$72.82 a barrel and is expected to fall further.
“Thirty percent of government revenue comes from oil. While the Government would save on subsidy payout, the fall in price would slash revenue,” said Liew. “The OPEC decision will not reverse the downward trend in oil prices anytime soon and a bigger budget deficit is almost a certainty.”
Local oil and gas analyst, Anas Alam Faizli, thinks the recent development in Vienna was not a “good” one for Malaysia as the nation’ss main source of revenue is from the oil and gas sector.
“When the price of crude dives, Petronas makes less money and will contribute less to the government,” pointed out Anas.
The decreased revenue will also start a chain reaction, he stressed, where Petronas will spend less, which will eventually affect the economy as a whole, and the consumers.
“When companies make less, surely it will affect employees.”

BN hilang sokongan kekalkan Akta Hasutan

Masalah tidak akan timbul sejak daripada mula jika Mohd Najib mengambil pandangan parti dan para pemimpin UMNO.
akta-hasutanPETALING JAYA: Keputusan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menarik balik pemansuhan cadangan Akta Hasutan 1948 bakal mengakibat Barisan Nasional semakin hilang sokongan bukan Melayu dan elit liberal.
Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin berkata, langkah tersebut juga sama seperti memberi peluru kepada para penyokong liberal dan pakatan pembangkang walaupun mereka mungkin marah dan kecewa.
”Jadi bukanlah suatu yang mengejutkan dia membuat pusingan balik terhadap janjinya memansuhkan Akta Hasutan dan berjanji memperkasakan Melayu,” tulis bekas Ketua Pengarang akhbar kumpulan News Strait Times dalam blog beliau, kadirjasin.blogspot.com.
Menurut beliau, Perdana Menteri itu memerlukan sokongan Melayu selepas mendapati sokongan pengundi Cina yang masih tidak berubah dan ”beliau berpengalaman untuk mengetahui bahawa inilah masanya untuk meredakan kemarahan orang Melayu.”

Penang Gov’t demands proof of ‘dirty money’

Umno has given up on winning Chinese votes and “may have now decided to insult them with lies and falsehoods”.
GEORGE TOWN: Penang Chief Minister Lim Guan Eng has demanded that Umno Permatang Pauh delegate, Mohd Zaid Mohd Said, produce proof that Chinese businessmen in Penang are making dirty money and strengthening the Pakatan Rakyat’s hold on the state government as the authorities concerned look the other way.
lim guan eng penang2He pointed out that Penang Chief Police Officer, Abdul Rahim Hanafi, had repeatedly said that there were no such illegal activities in Penang and added: “Penang has zero illegal gambling machines.” Abdul Rahim said last month that the police had conducted raids on suspected gambling dens.
“Are the police in Penang so ineffective that such lawlessness or illegal activities exist?” asked Lim in a statement. “The Penang Government challenges Umno to show where the illegal gambling, prostitution and entertainment outlets are located.”
“It’s pointless making baseless allegations against the hard-working and law-abiding Chinese community earning an honest living in Penang.”
Umno, he noted according to Mohd Zaid’s statement, has given up on winning Chinese votes and “may have now decided to insult them with lies and falsehoods”.
“Has MCA and Gerakan given up on the Chinese in Penang but want to continue to work with Umno?” he asked. “If these MCA, Gerakan and MIC leaders have any honour and dignity they should immediately leave BN and not work with Umno.”
He doubts that BN Penang Chairman Teng Chang Yeow will take any action against Mohd Zaid, nor will the BN apologize.
Mohd Zaid told the Umno General Assembly bluntly on Fri that the Barisan Nasional (BN) will never win back the island state because “no matter how we do it, BN will not win because the Chinese do not support BN”.

Negara ini tanpa pengemudi – Ariff Sabri

Mustahil jika kerajaan yang memerintah tidak menghiraukan faktor Melayu kecuali jika mereka mengamalkan aparteid.

Ariff Sabri-RaubPETALING JAYA: Orang Melayu tidak perlu cemas dengan persoalan yang ditimbulkan berkaitan kemungkinan atau ancaman hak keistimewaan Melayu akan hilang sepertimana yang sering digembar-gemburkan.
Ini kerana, keistimewaan hak Melayu dilindungi oleh perlembagaan dan demografi orang Melayu. Memang mustahil jika kerajaan yang memerintah tidak menghiraukan faktor kedudukan Melayu, kecuali kerajaan yang kita undi mengamalkan aparteid. Itu adalah mustahil, memandangkan semua pusat kuasa dikuasai UMNO, kata Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.
Ahli Parlimen DAP – Raub itu menegaskan melalui blognya Sakmongkol.com, apa yang pasti, kekecohan dan hingar-bingar seperti yang dibawa perhimpunan UMNO sepatutnya tidak menimbulkan rasa cemas.
Menurutnya, UMNO hanya mencari pelbagai alasan untuk menyembunyikan ketidakcekapan, ketamakan dan amalan penyangaknya. Persoalan hak keistimewaan Melayu dikatakan diancam, dipersoalkan, Islam tergugat dan Monarki Melayu dihina adalah tidak benar.
“Hakikatnya kesemua perkara tersebut tidak berlaku melainkan daripada fikiran licik orang-orang UMNO, yang kemudiannya digembar-gemburkan oleh pihak media yang dikuasai UMNO. Bagaimanakah bercakap mengenai ancaman terhadap orang Melayu menjadi lebih penting daripada soal ekonomi negeri dan memperbaiki kredibiliti negara?” soal beliau.
Mohd Ariff juga bertanya, kenapakah kita tidak terkejut dengan pelbagai isu yang diketengahkan di Persidangan Agung UMNO?

Why we need a new NEP with no race bias

The DPM's recent statement deserves serious attention.

By Ramon Navaratnam
Umno Deputy President Muhyiddin Yassin made a striking statement last Tuesday at the opening of the Umno Youth, Wanita and Puteri assemblies. He said a new national economic policy needed to be drawn up to bridge the gap between the rich and poor, regardless of race.
DEBThat was exactly the real intention of the original New Economic Policy and what in fact was also proposed to the government in the New Economic Model (NEM), which has unfortunately been sidelined.
For this reason, Muhyiddin’s statement deserves much more attention than it has been given so far.
Interestingly, his statement was almost a direct quote from the original New Economic Policy (NEP) announced in 1970. Hence, after 44 years, it now appears that we have to go back to our starting point because the spirit behind the original NEP has faded away.
Actually, the recent United Nations Development Programme Report on Malaysia suggests clearly that the NEP has failed to reduce the gap between the rich and the poor.
Why is this so? Is it largely because we concentrated too much on the second prong of the NEP, which relates to equity ownership? The second prong was aimed at removing the identity of race with occupation. For many reasons, it was more attractive to many policy planners and implementers. Thus the issue of equity ownership was given higher priority than the issue of raising the incomes of the lower 40% income groups .
Education standards have been low and they have not helped to produce graduates of sufficiently high calibre. That is why we have low-productivity graduates and high graduate unemployment. If our graduates, at levels from schools to universities, were better equipped, especially in Science, Technology and the English language, they would be able to earn much higher incomes for their technical skills and greater productivity. This would have helped to considerably reduce the serious income disparities that have developed over the years..
Cronies of all kinds

Tanah Pangkalan TUDM Butterworth digadai oleh DAP dan Pakatan..ha..ha..ha..Hidup Melayu..!!!

Rancangan membangunkan tanah Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterworth sebagai pusat kesenian dan riadah, dilihat hanya akan menjejaskan masa depan orang Melayu di Pulau Pinang.
Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata projek di kawasan seluas 430 hektar itu juga bakal memberi kesan kepada geopolitik orang Melayu.
Beliau meminta perdana menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak supaya segera campur tangan terhadap cadangan pihak tertentu itu, katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini.
 Zaidi berkata pangkalan TUDM itu terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri Teluk Air Tawar dan Parlimen Tasik Gelugor, kerusi milik Umno. Dilaporkan tapak TUDM Butterworth itu dicadang dibangunkan sebagai pusat kesenian dan riadah oleh sebuah syarikat swasta melalui konsep pertukaran tanah di mana syarikat tersebut akan menyediakan sebuah tapak baharu untuk pangkalan TUDM. Pangkalan TUDM yang ketika ini di Teluk Air Tawar, Seberang Perai itu merupakan pangkalan utama di utara tanah air.
Pangkalan yang diwujudkan sejak 1941 itu terletak kira-kira lapan kilometer dari Butterworth dan menghadap ke arah Pulau Pinang. Zaidi berkata tanah TUDM tersebut juga akan dibangunkan dengan projek perumahan mewah di tepi laut dan dibimbangi akan berterusan meminggirkan orang Melayu. "Sekiranya projek itu membawa malapetaka kepada orang Melayu, maka pemimpin Melayu harus memutuskan projek itu tidak dijalankan," katanya. – Bernama,

Ada Surat...!!! Perwakilan seru kementerian terima surat sokongan ketua bahagian Umno

Surat sokongan daripada ketua bahagian Umno perlu diiktiraf untuk pelbagai urusan kerajaan kerana pemimpin berkenaan banyak berjasa membantu perjuangan parti, kata wakil Umno Wilayah Persekutuan Datuk Zurainah Musa.
 Zurainah berkata, tandatangan ketua bahagian bukan saja perlu diiktiraf menjelang pilihan raya tetapi untuk mendapat sokongan bagi rakyat mendapat bantuan kerajaan. “Jika ketua bahagian mengenali kontraktor dan mengeluarkan surat sokongan, apa salahnya kementerian mengiktiraf surat itu dengan tandatangan ketua bahagian? 
 “Tidak menjadi kesalahan. Sudah pasti tandatangan ketua bahagian bukan saja diperlukan menjelang tiga atau empat tahun sekali tetapi lebih daripada itu,” katanya dalam menyokong usul kewangan semasa Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini. "Ia perlu lebih bernilai. Tak salah kalau ketua bahagian beri surat sokongan dan kementerian wajib melihat pada surat sokongan ketua-ketua bahagian.
Kena lakukan sekarang," katanya. Zurainah turut bersetuju dengan cadangan yang dilontarkan supaya kerajaan menarik balik semula pekeliling dikeluarkan pada 2010 yang membatalkan surat sokongan daripada individu berpengaruh. Semalam, perwakilan Perlis Datuk Zahidi Zainul Abidin juga menyatakan gesaan sama memandangkan Umno selaku parti pemerintah perlu mengawal pentadbiran kerajaan.
"Langkah ini bagi menyakinkan orang Melayu yang Umno adalah satu-satunya entiti yang boleh menjaga kepentingan mereka," katanya. Zahidi yang juga ahli Parlimen Padang Besar turut menggesa supaya sistem surat sokongan dikembalikan semula.

Golongan agamawan perlu juarai isu rakyat - Hanipa

Golongan agamawan perlu juarai isu rakyat - Hanipa Maidin
KUALA LUMPUR: Golongan agamawan perlu menjurai isu-isu rakyat kerana ia merupakan sebahagian tuntutan Islam, kata Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin.

Hanipa berkata orang Melayu akan lebih memahami isu-isu melibatkan kepentingan rakyat jika golongan agamawan lebih ke depan.

“Kalau kita ambik contoh isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), isu ini melibatkan kepentingan rakyat dan jika golongan agamawan ke depan dalam menentang penyelewangan dalam kes ini, orang Melayu akan lebih mudah faham.

“Isu seperti melibatkan penyelewengan ini merupakan tanggungjawab semua umat kerana ia melibatkan amanah dan dituntut oleh Islam.

“Kita tak mahu bangsa lain tengok golongan agamawan Islam hanya berjuang isu arak dan judi semata-mata tetapi diam dalam isu melibatkan kepentingan awam,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Malam tadi dalam satu forum mengenai 1MDB, Hanipa membangkitkan isu kepentingan untuk golongan agamawan tanpa mengira organisasi untuk turut sama terlibat dan member kefahaman kepada rakyat.

Hanipa merupakan antara pemimpin PAS yang dikatakan sering tidak sehaluan dengan kumpulan pro ulama dalam parti itu.

UMNO perlu ubat untuk sembuh dari sakit kata Perwakilan Kedah

Mohammad Nawar Ariffin, Foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR
Sebagai doktor perubatan, Dr. Mohammad Nawar Ariffin dapat merasakan UMNO sekarang berada dalam keadaan sakit.
Bagaimanapun, wakil dari Kedah itu berkata, walau di peringkat kronik sekali pun, UMNO masih ada peluang untuk diubati dan sembuh seperti sedia kala.
“Ada ubatnya untuk sembuhkan kesakitan yang dihadapi. Ubat itu ialah semua jentera UMNO dari tiga sayap kena menghayati matlamat dan perjuangan parti kemudian terjemahkan di peringkat akar umbi.
“Setiap penyakit ada ubat dan penawarnya, begitu juga UMNO. Parti ini boleh sembuh dengan suntikan semangat yang ditunjukkan oleh semua jentera,” katanya ketika mengambil bahagian dalam perbahasan usul menyokong ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Bakar Al-Quran: DAP lapor polis? Mashitah kata tak gentar....

Bekas timbalan menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim tidak gentar dengan laporan polis DAP terhadap dakwaannya tentang pembakaran kitab Al-Quran oleh orang Cina di Kedah.

Ditanya wartawan Malaysiakini tentang perkara itu sewaktu ditemui di perhimpunan agung Umno, Mashitah menjawab: "Kalau dia (DAP) nak saman saya pun, samanlah".

Mashitah juga ditanya mengenai perbezaan fakta mengenai kejadian yang dibangkitkannya, dan juga kejadian yang disebut oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mengulas mengenai perkara itu, Mashitah berkata ia perlu dirujuk kepada Mukhriz.

"Yang itu awak boleh semak dengan dialah...Yang saya punya (fakta) bersandarkan kepada saya dimaklumkan oleh ketua wanita Kuala Kedah (Noor Hasita Mat Isa)," katanya lagi.

Isnin lalu, Mukhriz mengumumkan seorang lelaki Melayu kini ditahan di wad psikiatrik selepas didapati mengoyakkan kitab Al-Quran.

Banggol Donas: Kezaliman kerajaan Umno@Bn yang wajar dihentikan

KUALA LUMPUR: Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengharapkan pengambilan tanah Kampung Banggol Donas diambil perhatian besar dan segera oleh Perdana Menteri demi menegakkan keadilan bagi rakyat sebagaimana dituntut oleh Islam kepada para pemerintah.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus membuat gesaan itu dalam surat terbuka kepada Datuk Seri Najib Razak berhubung isu tanah di kawasan Dun Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus itu.
Kandungan surat terbuka sebagaimana di bawah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
Dato’ Sri,
Per: ISU PENGAMBILAN TANAH BANGGOL DONAS SATU KEZALIMAN YANG WAJAR DIHENTIKAN
Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk untuk perhatian segera dan tindakan YAB Dato’ Sri selaku Perdana Menteri.
Untuk makluman Dato’ Sri, isu pengambilan tanah Banggol Donas sudah berpanjangan untuk tempoh yang panjang iaitu hampir 7 tahun sejak 2008. Kampung Banggol Donas terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus, Negeri Terengganu.
Pengambilan tanah mereka dilakukan secara tidak berperaturan dan menzalimi hak milik rakyat dan kehormatan mereka yang ditegaskan oleh Islam melibatkan tanah.
Pihak pemerintah muslim perlu merenung kes pengambilan tanah yang pernah berlaku di zaman Umar bin al-Khattab menjadi Khalifah sebagaimana diriwayatkan dalam Musannaf Abdul Razzak daripada Sa'iid bin Musayyab.
Umar radiyallahu anhu berhasrat mengambil tanah milik bapa saudara Nabi saw iaitu Abbas bin Abdul Mutalib radiyallahu anhu untuk pembesaran Masjid Nabawi dengan memberi pilihan sama ada dibayar atas nama jual beli atau dengan dihadiahkan oleh Abbas namun Abbas radiyallahu tidak bersetuju.
Pertikaian ini dipersetujui untuk dibawa ke perbicaraan dengan Ubai bin Ka'ab radiyallahu anhu menjadi Hakim. Akhirnya keputusan dibuat dengan merujuk kepada hadis Nabi saw menceritakan kes Nabi Dawud alaihissalam yang ingin membesarkan Masjid Aqsa. Keputusannya ialah Abbas tidak boleh dikeluarkan daripada tanah miliknya melainkan dengan keredhaannya.
Setelah memenangi kes, Abbas secara sukarela mewakafkan tanahnya untuk pembinaan masjid.
Kisah ini perlu direnung supaya kes-kes pengambilan tanah rakyat adalah sebenar-benar bertujuan pembangunan yang mendesak tanpa alternative dan menurut peraturan serta tidak menzalimi hak rakyat serta meraikan kerelaan para pemiliknya sebagaimana dibahas oleh para Fuqaha Islam.
Fakta kes kezaliman Banggol Donas adalah seperti berikut:
PROJEK PEMBINAAN JALAN SUSUR LEBUHRAYA PANTAI TIMUR

Pengerusi tetap: K'jaan beri keutamaan pada ahli Umno

Pengerusi tetap Perhimpunan Agung Umno Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata, anggota parti beruntung kerana program membangunkan kumpulan usahawan memberi keutamaan kepada golongan itu.

Beliau yang juga pengerusi FAMA berkata kerajaan menawarkan RM200 juta sebagai bantuan kepada usahawan termasuk bantuan dari Agro Bank, dan pinjaman dari TEKUN Nasional.

"Kita memberi keutamaan kepada ahli-ahli Umno. Selain itu Kementerian Pertanian mewujudkan Agro-prenuer muda untuk membantu usahawan, menolong anak bangsa kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah ucapan wakil Johor, Datuk Adham Baba yang mencadangkan agar kerajaan memastikan penglibatan lebih besar orang Melayu.

Petronas potong royalti kepada kerajaan Umno@Bn jika harga minyak AS$75 setong

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas menjawab soalan wartawan pada sidang media pengumuman prestasi kewangan Petronas bagi suku ke 3 tahun 2014. Foto SAFWAN MANSOR, 28 Nov 2014.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas menjawab soalan wartawan pada sidang media pengumuman prestasi kewangan Petronas bagi suku ke 3 tahun 2014. 
 
Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) terpaksa memotong pembayaran dividen, cukai dan royalti kerajaan sebanyak 37 peratus kepada RM43 bilion pada tahun depan berbanding RM68 bilion tahun ini sekiranya harga minyak mentah dunia jatuh ke paras AS$75 setong.
Ini kerana penurunan harga sebanyak AS$1 setong memberi kesan kepada keuntungan sebelum cukai syarikat tersebut sebanyak RM1 bilion.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas menjangkakan hanya mampu membayar dividen sebanyak RM17 bilion, cukai (RM17 bilion) dan royalti (RM9 bilion) pada tahun hadapan sekiranya harga minyak mentah kekal berlegar sekitar AS$75.
Tegasnya, kerajaan perlu menerima hakikat Petronas perlu berdisplin di dalam menguruskan kewangannya bagi memastikan pendapatan yang diperolehi disalurkan kepada perbelanjaan modal dan digunakan untuk memanjangkan hayat syarikat tersebut.
Malah didorong oleh penurunan harga minyak mentah dunia, Petronas terpaksa mengurangkan perbelanjaan modal sekitar 20-25 peratus pada tahun hadapan.

Saya Orang UMNO..Adakah Saya Berdosa? - Ustaz Azhar Idrus

Kenapa Kita WAJIB SOLAT? - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Kahwin Luar Negara - Ustaz Azhar Idrus

Macamana Nak Tarbiah Bakal Zaujah Supaya Berniqab? - UAI

'Iddah Bagi Lelaki? - Ustaz Azhar Idrus

Larangan & Keharusan Ketika 'Iddah - Ustaz Azhar Idrus

Pantang Larang Jika Air Mata Jatuh Atas Mayat - Ustaz Azhar Idrus

Nabi Adam Syurga Apa? Kan Nabi Muhammad Pertama Masuk Syurga? - UAI

Hukum Telan Pil Kuda Untuk 'Mudah Belajar' - Ustaz Azhar Idrus

Projek Perumahan Sehingga Merosakkan Jalan Sedia Ada - UAI

Isteri Tak Mahu Kembali Setelah Dirujuk - Ustaz Azhar Idrus

Cari Harta Dunia, Tak Sempat Cari Bekal Akhirat - Ustaz Azhar Idrus

Kait Dengan IS: Sila cabar saya di luar Parlimen

SHAH ALAM - Sila cabar saya di luar Parlimen, demikian menurut Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Zaharuddin Muhammad berkenaan dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan Islamic State (IS).

Katanya, tuduhan tersebut didakwa dilakukan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin sewaktu dalam Dewan Rakyat kelmarin.

"Saya merujuk kepada tuduhan beliau yang menyebut saya menyokong IS. Perkara ini dimaklumkan rakan-rakan yang berada di persidangan Dewan Rakyat.

"Tuduhan ini juga telah dimuatkan dalam sebuah portal berita dan persepsi negatif sudah mula menular akibat tuduhan ini," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dengan kuasa yang ada pada Parlimen, pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa.

Umno perlu zuriat berkualiti..!!

KUALA LUMPUR - Proses peremajaan parti memerlukan pemimpin pelapis yang berani, tidak cepat melatah, bersifat terbuka dan sentiasa ingin belajar untuk menambah pengetahuan selok-belok politik.
  
Wakil Umno Pahang Mohd Shahrir@Shaharir Abdullah berkata golongan pelapis perlu mempunyai ciri-ciri berkenaan kerana mereka akan menghadapi suasana politik negara yang semakin mencabar.
  
"Anak-anak muda belum pernah merasai pahit getir perjuangan dan 'sepak terajang' politik. Mereka ini perlu dibimbing melalui proses pembelajaran berterusan.
  
"Jangan cepat melatah, jangan jadi pengecut. Politik ini ada seni yang perlu dan sentiasa dipelajari dari semasa ke semasa," katanya ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
  
Beliau berkata, agenda peremajaan parti bukanlah sekadar bermaksud menukar atau mengganti kepimpinan sedia ada secara keseluruhannya sebaliknya dilakukan bagi mengembalikan maruah serta menjamin kelangsungan perjuangan parti pada masa depan.
  
"Anak-anak muda perlu tunjuk semangat tinggi. Kita nak tengok pemimpin pelapis yang dinamik, berkarisma serta lantang bersuara dan berjuang dalam satu saf bersama 'orang lama'," katanya. - Bernama

Perhimpunan Umno patut bincang punca kekayaan luar biasa Jho Low

GEORGE TOWN, 28 NOV: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) seharusnya membahaskan mengapa Jho Low, seorang jutawan muda Malaysia begitu kaya sehingga boleh menderma USD$25 juta kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, tidak ada pun perwakilan mempersoalkan tindakan jutawan itu yang tidak memberi perhatian kepada soal kebajikan di negaranya sendiri.
Adakah sikap bisu Perhimpunan Umno ini berikutan anggapan Jho Low adalah kebal kerana kaitannya dengan orang atasan Umno serta syarikat 1MDB yang penuh  kontroversi?, kata Guan Eng dalam satu kenyataan.
Agensi berita Reuters sebelum ini melaporkan Jho Low, jutawan yang menetap di Hong Kong memberi sumbangan selama 15 tahun bernilai USD25 juta (RM83.7 juta) kepada PBB untuk memperluas khidmat berita kemanusiaannya, Integrated Regional Information Nerworks (Irin), sebuah yayasan yang berpengkalan di Switzerland.
Dalam masa sama, PAU tidak memberi keutamaan nasib rakyat Malaysia yang menderita akibat kesan kenaikan bersiri harga barangan keperluan asas.
“Pada masa yang sama, Malaysia menjadi sebuah negara penghutang meningkat lebih 100 peratus daripada RM266 bilion di penghujung tahun 2007 kepada RM570 bilion kepada pertengahan Jun 2014,

Pemimpin Umno yang jual tanah orang Melayu di Pulau Pinang


penang_ferry


GEORGE TOWN, 28 NOV: Kenyataan perwakilan Umno Pulau Pinang kononnya kerajaan negeri dan DAP membeli tanah di Balik Pulau walau betapa mahal pun harganya untuk menghalau orang Melayu adalah fitnah dan penipuan, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Beliau merujuk ucapan perwakilan Wanita Umno bahagian Batu Kawan, Rohaya Abu Ismail bahawa kerajaan negeri bertindak ‘mencekik darah’ orang Melayu khususnya melibatkan isu perumahan dan tanah orang Melayu di Balik Pulau, seolah-olah mempunyai ‘agenda tersembunyi’ untuk menghalau orang Melayu di kawasan itu.
“Ini adalah suatu penipuan kerana DAP tidak membeli walau satu inci pun tanah Balik Pulau. DAP hanya membeli bangunan ibu pejabatnya di Ranggon Road di George Town, kata Guan Eng dalam kenyataannya.
Rohaya menuduh kerajaan negeri cuba menghalau orang Melayu dengan membeli tanah mereka untuk dibina perumahan mahal, dan menempatkan orang Melayu di Seberang Perai mengakibatkan penurunan populasi Melayu di Pulau Pinang daripada 41 peratus menjadi 40 peratus pada tahun 2013.
“Ini adalah tidak benar kerana populasi orang Melayu sebenarnya telah bertambah. Umno sendiri boleh memeriksa data-data Jabatan Statistik Kerajaan Persekutuan.
“Pemimpin Umno yang telah mengkhianati orang Melayu dengan menjual tanah-tanah orang Melayu demi keuntungan, tegas Guan Eng.

Kekal Akta Hasutan, Najib terus kongkong kebebasan rakyat bersuara

mulut zipKUALA LUMPUR 27 NOV: Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) mengecam tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang memungkiri janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan.
“Keputusan Najib mengekalkan Akta Hasutan yang didakwa melindungi kesucian Islam dan agama lain serta menangani gesaan sebilangan pihak untuk memisahkan Sabah, Sarawak jelas berniat jahat.

“Akta kuno ini secara berleluasa telah disalahguna untuk menahan ahli politik, aktivis dan sesiapa saja yang mengkritik kerajaan.
“Keputusan Najib ini akan lebih mengongkong kebebasan bersuara dan berekspresi, sekaligus menjadikan masa depan rakyat bertambah suram di bawah pemerintahan tidak demokratik,” kata GHAH dalam kenyataan.
Najib mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Umno semalam.
GHAH menyeru Najib agar menghormati norma demokrasi, kedaulatan undang-undang dan bertanggungjawab kepada seluruh rakyat terhadap janji yang pernah berkali-kali beliau taburkan sebelum ini.
“Najib perlu ingat bahawa beliau telah berulang kali berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan dan janji itu harus dikotakan,” kata GHAH lagi.

Apakah Dr Mashitah ingin lihat artis-artis kita terus hanyut?


MELAKA: Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka mengecam kenyataan Ketua Wanita Umno Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mempersoalkan tindakan artis-artis Malaysia yang ramai berhijrah mendekatkan diri kepada Allah.
Ketua Penerangannya, Mahani Othman Basir berkata kenyataan Mashitah tersebut sebenarnya mengguris hati dan perasan artis-artis yang berhijrah. (Foto: Aishah dan Abby Abadi dalam satu program di My Harakah Bazaar.)
Ini, ujarnya kerana seolah-olah Umno dan Mashitah tidak setuju dengan tindakan mereka yang memakai tudung, memakai kopiah dan menyampaikan tazkirah dan ceramah dalam program-program yang melibatkan orang ramai.
"Kita sepatutnya menyokong dan memberi galakan kepada mereka kerana tindakan mereka berhijrah adalah sangat baik dan dialu-alukan. Dulunya mereka tidak menutup aurat, lalai, memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan, bila berubah kita pula tidak suka kepada mereka.
"Artis-artis kita yang berhijrah bukannya setakat berubah dari segi pakaian dan tingkah laku tetapi mereka juga menghadiri kelas-kelas agama, usrah dan program-program pendidikan agama bagi mendalami Islam," ujar Mahani.
Mahani berkata apa salahnya mereka menyampaikan tazkirah dan ucapan dalam program ceramah dan forum asalkan tidak mengelirukan orang ramai.
Menurutnya, mereka bukannya menjatuh hukum atau memberi fatwa sebaliknya hanya berkongsi pengalaman dan pandangan dalam ruang lingkup ilmu dan pandangan mereka khususnya berkaitan dunia hiburan.

Pemuda Umno halang Mahasiswa serah memorandum ceroboh tanah kepada Najib

Pengerusi Briged Kesatria Muda Armand Azha Abu Hanifah menerima memorandum hari ini di luar PWTC semasa Perhimpunan Agung Umno. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 28 November, 2014.  
Pengerusi Briged Kesatria Muda Armand Azha Abu Hanifah menerima memorandum hari ini di luar PWTC semasa Perhimpunan Agung Umno. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 28 November, 2014.

Langkah berani Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) yang berhasrat menyerahkan memorandum pencerobohan tanah warisan Melayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disekat Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Kira-kira 50 lebih mahasiwa berarak dari Masjid Pekeliling selepas selesai solat Jumaat menuju ke bangunan tempat perhimpunan Umno sedang berlangsung.
Setengah jalan perarakan, anggota polis yang berkawal melencongkan kumpulan tersebut ke  Wisma MIC dan disambut sekumpulan Pemuda Umno diketuai Pengerusi Briged Kesatria Muda Armand Azha Abu Hanifah dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii.

Berlaku sedikit pergelutan antara kedua-dua kumpulan dan kata-kata provokasi dilemparkan  antara satu sama lain, bagaimanapun berjaya dikawal oleh anggota polis bertugas. Gamis diketuai pengerusinya, Abdul Malik Abdul Razak bersama Presiden Persatuan  Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Khairul Najib Hashim bersama penyokong membawa sepanduk bantahan.
Abdul Malik bersama mahasiswa sebelum itu enggan menyerahkan memorandum kepada Armand, sebaliknya mendesak Najib yang merupakan presiden Umno supaya turun sendiri menerima memorandum mereka.
"Kami mahu Najib sendiri turun terima memorandum kami," kata Abdul Malik.
Berang dengan permintaan tersebut, Armand mengatakan beliau dihantar presiden Umno untuk  menerima memorandum daripada Gamis.
Beberapa Pemuda Umno lain dilihat hilang sabar dengan kenyataan mahasiswa yang cuba  mencetuskan provokasi semasa menyerahkan memorandum tersebut.
"Saya bersumpah akan serah kepada perdana menteri memorandum ini," kata Armand.

Majlis Peguam: PM, janji adalah komitmen

Majlis Peguam menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar meneruskan usaha memansuhkan Akta Hasutan walau ia perlu menempuh kesukaran.

“Satu janji adalah komitmen untuk melaksanakannya walau menempuh kesukaran, dan bukan hanya semasa senang.

“Majlis Peguam berasa terkejut kerana perdana menteri bukan hanya mengkhianati janji yang dibuat dua tahun lalu untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, tapi kini beliau juga mahu memperkukuhkannya lagi.

“Sangat tidak munasabah apabila rakyat Malaysia bukan sahaja dihalang daripada membincangkan dan membahas isu berkepentingan awam, tetapi juga akan dihukum kerana berbuat demikian.

“Ini sangat menindas dan menunjukkan kecenderungan kepada autotarianisme,” kata Leong dalam satu kenyataannya.

Turunkan Nik Aziz angkat Hadi

Jeming Hassan

Desah-desuh menyatakan ramai pengundi muda, pengundi DAP dan PKR tidak mahu lagi Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden PAS. Kita semua tahu, anak muda, pengundi Cina dan India merupakan faktor terbesar menyumbang kepada kemenangan undi popular Pakatan Rakyat (PR) ketika PRU13.
Namun kini, peratusan pengundi anak muda dan bukan Islam terhadap PAS mula menurun dan ada sesetengah daripada mereka yang pernah mengundi PAS akan menolak PAS sekiranya Hadi masih di kerusi presiden PAS.
Kita sedar, PR di antara alat terbesar untuk digunakan menjelang PRU14. Tetapi bagaimana untuk kita meneruskan agenda mendapat “Malaysia Baru” jika kita gagal mendapat keseluruhan sokongan majoriti pengundi di Malaysia.
Walau beratus ribu hadir mendengar ceramah Hadi di Pakistan namun ia tidak dapat membantu memenangkan PR pada PRU14 di Malaysia. Benar kita semua sayangkan Hadi namun PAS memerlukan satu perubahan yang besar untuk menghadapi Umno menjelang PRU14.
Bagaimana dan apa gunanya kita duduk dalam lapangan politik demokrasi jika pengundi menolak kita? Cadangan saya, apa kata kita turunkan Datuk Nik Aziz Nik Mat daripada mursyidul am kepada presiden. Manakala jawatan mursyidul am itu kita angkat Hadi dan ini bersesuaian dengan jawatannya sebagai naib presiden ulama sedunia.
Dengan itu, tidak timbul lagi presiden PAS tidak diterima PR dan Hadi boleh meneruskan misi dakwahnya ke serata dunia tanpa ponteng mesyuarat dan Nik Aziz sendiri akan hadir dan mendengar isi-isi Majlis Presiden PR. Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nik Aziz juga merupakan faktor terbesar dalam penyatuan bangsa negara ini.

Mahkamah rayuan sahkan hak Orang Asli Semenanjung atas tanah adat

Mahkamah Rayuan hari ini mengesahkan Orang Asli di Semenanjung mempunyai hak mengikut Common Law ke atas tanah pusaka mereka.
Panel tiga hakim sebulat suara bersetuju mengenepikan keputusan mahkamah tinggi yang menolak hak 82 Orang Asli Kampung Mengkapur di Pahang ke atas tanah nenek moyang mereka, seluas 7,000 ekar antara Maran dan Kuantan. Hakim Datuk Dr Prasad Abraham yang membacakan penghakiman berkata, panel hakim berpendapat dua keputusan mahkamah rayuan terdahulu betul dalam menyatakan prinsip undang-undang mengenai hak Orang Asli.
Beliau bagaimanapun berkata, kes Yebet Saman dan 81 yang lain dari suku kaum Semaq Beri ini akan didengar semula seorang hakim baru kerana bukti berkaitan status tanah itu tidak jelas.
Katanya, mereka perlu membuktikan yang mereka memang benar Orang Asli; mereka berterusan tinggal di tanah itu; dan mereka mengekalkan hubungan tradisi dengan hartanah itu bagi mendapatkan hak adat itu.
"Mahkamah tinggi terpaksa menerima keterangan lisan daripada plaintif bagi menyokong fakta ini," kata Abraham, salah seorang panel tiga hakim bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mah Weng Kwai.
Dalam kes pertama, seorang Orang Asli bernama Adong Kuwau mengambil tindakan terhadap kerajaan Johor kerana menceroboh tanah adat dan Mahkamah Rayuan buat kali pertamanya menubuhkan konsep tanah adat dalam undang-undang Malaysia. Mahkamah Persekutuan pada 1998 mengekalkan hak Adong ke atas tanah itu walaupun beliau tidak memegang sebarang hak milik tanah.
Bagaimanapun, tiada alasan bertulis disediakan mahkamah tertinggi itu. Dalam kes kedua, Sagong Tasi dan 26 keluarga lain daripada suku Temuan mengambil tindakan undang-undang pada tahun 2002 selepas tanah adat mereka di Kampung Tampoi, Sepang, Selangor diberi milik untuk membina Lebuh Raya Nilai-KLIA. Pada 2005, Mahkamah Rayuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi yang keluarga itu mempunyai hak ke atas tanah itu berdasarkan Common Law dan Perlembagaan Persekutuan.

Pertahan tanah rizab Melayu: Pemuda Umno hampir gaduh dengan pelajar


1MDB bakal ulangi kerugian Renong


tony_pua


KUALA LUMPUR, 28 NOV: Walaupun diugut ‘love letter’ (ancaman saman) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua tidak gentar dan bertegas bahawa 1MDB membawa risiko besar kepada ekonomi negara.
Katanya, antara risiko adalah peningkatan tarif elektrik, sistem kewangan terancam, kos pinjaman kerajaan meningkat dan krisis ekonomi seperti tahun 1997 akibat kejatuhan syarikat kroni Umno Renong Berhad yang muflis dengan hutang lebih RM20 bilion.
“Kalau satu daripada hutang 1MDB sahaja yang tidak dapat dibayar, semua bank akan kelam kabut, tarik balik pinjaman dan naikkan faedah kerana risiko meningkat.
“Kurangnya kewangan mengalir dalam ekonomi kita, apa akan terjadi? Semua industri yang memerlukan pinjaman bank akan mengalami kesusahan,” kata Pua dalam forum ‘Skandal 1MDB: Terbongkar’ di Menara MPAJ, Pandan Indah, malam tadi.
“Perkara sebegini bukan kali pertama kita alami. (Sewaktu) krisis kewangan Asia 1997, faedah pinjaman perumahan saya 12 peratus.
“Ini akan berlaku lagi jika ada kegagalan dalam 1MDB dan tentunya kos pinjaman kerajaan meningkat kerana tidak ada orang berani memberi pinjaman kepada mereka,” ujar Pua.
Pua yang juga Setiausaha Publisiti DAP menyatakan, jika perbelanjaan kerajaan meningkat, subsidi terpaksa dikurangkan.
Beliau turut mengulas tentang kerugian Renong Berhad, sayap pelaburan UMNO pada zaman Mahathir, dan merupakan badan korporat berpengaruh di Malaysia.
“Renong adalah syarikat yang cukup besar, ayah saya juga melabur. Sahamnya ketika itu RM3.60 kemudian turun sampai RM1.60 dan ayah saya kata syarikat ini boleh dilabur kerana ia milik UMNO.
“Kalau milik UMNO tak akan salah, dia beli RM1.60 tapi malangnya satu sen pun tak dapat balik. Syarikat lesap,” ujarnya.

Siasat segera fitnah jahat Dr Mashitah.!!


laporan-polis-mashitah


KUALA LUMPUR, 28 NOV: DAP hari ini membuat laporan polis berhubung fitnah jahat bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim, kononnya masyarakat Cina di Kedah membakar Al- Quran.
Laporan dibuat di balai polis Tun HS Lee, Jalan Stadium pagi tadi oleh Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto dan Setiausaha Politik Ketua Parlimen DAP Dyana Sofya.
Teo berkata, kenyataan Mashitah tersebut sangat tidak bertanggungjawab dan cuba menimbulkan permusuhan antara masyarakat Islam dan bukan Islam.
“Mashitah sangat tidak bertanggungjawab untuk mengatakan seolah-olah orang bukan Islam, terutama masyarakat Cina di Kedah menghina Islam.
“Kita tidak boleh bertolak ansur dengan kenyataan seperti itu dan harap polis akan siasat dengan segera,” katanya dalam sidang media selepas membuat laporan.
Menurut laporan Malaysiakini semalam, Mashitah yang juga perwakilan Wanita Umno Kedah membuat fitnah itu ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno semalam.
Ketua bahagian Umno baling itu dilaporkan berkata itu berkata diberitahu bahawa terdapat dakwaan bukan Islam di sebuah negeri di utara membakar helaian al-Quran pada waktu sembahyang.
“Rasa tercabar atau tidak? Rasa sensitif atau tak? Rasa sedih atau tak??” katanya seperti dipetik ketika berucap kepada para perwakilan ketika membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial sempena perhimpunan agung Wanita Umno di PWTC semalam.

Blogger Pro-Umno lambat pertahan Rosmah kata wakil siswa.!!

Seorang wakil siswa Umno menegur penulis blog dari kalangan parti itu yang didakwa lambat bertindak balas ke atas tulisan dari kem lawan mereka untuk mempertahankan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Wakil Kelab Mahasiswa Luar Negara, Nur Farhana Mohd Anuar berkata beliau bimbang jika kelemahan itu akan memberi kelebihan kepada pihak lawan.

Beliau membangkitkan kebimbangan mengenai tindakan "penulis blog pembangkang" yang menurutnya menyebarkan maklumat dan dakwa palsu mengenai Datuk Seri Najib Razak.

"Ini termasuklah Datin Rosmah Mansor yang bukan sebagai ahli politik, penulis blog (pembangkang) juga menyerangnya saban hari tanpa rasa simpati.

"Namun acap kali serangan ini, lambat diserang balas oleh penyokong Umno kerana rangkaian blogger pro-Umno yang terhad.

"Lebih malang lagi, kita tolong kongsi dakyah pembangkang ini," kata Nurfarhana ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno di PWTC.

Manipulasi MoU, RUM ambil tindakan undang-undang atas presiden KTMB

Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Elias Kadir Baba kerana memanipulasi memorandum persefahaman (MoU) penyelesaian pertikaian antara kedua-dua pihak. Presiden RUM Abdul Razak Md Hassan mendakwa, MoU itu pada awalnya dirangka Kementerian Sumber Manusia, namun diubah Elias pada saat akhir.
Katanya, Elias kemudiannya membuat MoU sendiri dan mengenakan syarat tertentu tanpa pengetahuan kerajaan. MoU itu ditandatangani 26 November lalu bagi membolehkan 97 pekerja KTMB yang dipecat dan dikenakan tindakan disiplin dikembalikan semula jawatan mereka. "Kami sudah buat aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan dan mungkin akan dibawa ke mahkamah. "Ini persetujuan berat sebelah," katanya.

Pemimpin UMNO tidak asli, suka berlakon

Pemimpin kita pula, jika ada pilihan raya kecil baru nak turun, berlakon menjadi penoreh getah, nelayan atau penjual ikan di pasar. Keaslian dalam pimpinan itu tidak ada

KUALA LUMPUR: Wakil Pulau Pinang, Datuk Mohd Zaidi Said hari ini mencetuskan tamparan tepat dan kuat kepada barisan pemimpin UMNO apabila secara terbuka berkata, ” Keaslian dalam pimpinan itu tidak ada.”
Permatang Pauh Umno division chairman Mohd Zaidi Mohd SaidLebih keras lagi apabila beliau menyifatkan para pemimpin parti “suka berlakon” sehingga membawa kepada kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.
Tegasnya, rakyat dan pengundi hari ini sudah bijak menilai ciri kepimpinan dan tidak suka pemimpin yang berlakon dan menipu rakyat.
Sehubungan itu beliau mencadangkan, para pemimpin melihat karisma yang ada pada Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih mesra dengan panggilan Jokowi.
“Jokowi walaupun tiada rupa, pakaian biasa-biasa, namun keaslian yang ditonjolkan menarik minat dan mendapat sokongan daripada rakyat Indonesia. Beliau hanya bermula sebagai gabenor dan menjadi Presiden dalam waktu yang singkat.
“Pemimpin kita pula, jika ada pilihan raya kecil baru nak turun, berlakon menjadi penoreh getah, nelayan atau penjual ikan di pasar. Keaslian dalam pimpinan itu tidak ada,” katanya semasa membahas ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agong UMNO 2014.

Siapa Mungkir Janji: 'Rakyat M'sia khianati kepercayaan Najib' kata Menteri Umno

Seorang menteri Umno menyalahkan rakyat Malaysia yang didakwa gagal meyakinkan Datuk Seri Najib Razak sehingga perdana menteri itu terpaksa memutuskan untuk mengekalkan Akta Hasutan.

Dalam siri tulisannya di Twitter, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Najib juga tidak harus dituduh berbolak-balik kerana tidak menunaikan janji untuk memansuhkan akta tersebut.

"PM ada kemahuan untuk memansuhkan Akta Hasutan, namun sayang sekali rakyat Malaysia tidak dapat menyambut niat sucinya itu.

“Kita telah khianati kepercayannya,” kata MP Kota Belud itu lagi.

Beliau percaya ia bukanlah keputusan yang mudah bagi PM untuk memungkiri janji tersebut.

"Kita yang paksa beliau lakukannya. Beliau sudah sedia, tapi kita rakyat Malaysia tidak bersedia.

"Jadi janganlah bimbang. Tak payah kata (PM) berbolak-balik. Kitalah, rakyat Malaysia, yang terlepas peluang yang sangat besar. Kita tidak seperti yang disangkanya,” tambah Abdul Rahman.

Menteri perumahan dan kesejahteraaan bandar itu berkata Najib tiada pilihan selain membatalkan usaha untuk memansuhkan akta tersebut.

Nafas Najib kali ini adalah pernafasan terakhir – Zam

Suatu revolusi senyap sedang berkembang seperti api dalam sekam.

Zainuddin MaidinPETALING JAYA: Wartawan veteran, Tan Sri Zainuddin Maidin menyifatkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengharungi hari-hari akhir kepimpinannya selepas mengumumkan pengekalan Akta Hasutan 1948.
Dalam entri terbaru zamkata.blogspot.com, bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan itu menyatakan, tepukan gemuruh semasa pengumuman tersebut merupakan amaran bahawa ahli parti menolak kepimpinan beliau yang liberal dan lemah.
Sebaliknya beliau berpendapat, perkara sebenar yang berlaku ialah terdapatnya revolusi senyap yang berkembang seperti api di dalam sekam.
”Tempikkan itu bukanlah sokongan tetapi ledakan perasaan senyap yang terpendam bercampur marah, protes, penolakan dan kehilangan keyakinan,” tulis bekas Menteri Penerangan yang lebih mesra dipanggil Zam.
Entri yang berjudul Inilah Pernafasan (Nafas) Terakhir Najib mencatatkan, ”Suatu revolusi senyap sedang berkembang seperti api dalam sekam. Pernafasan (Nafas) semula Najib kali ini adalah pernafasan terakhir.”
Menurut Zainuddin, jika Perdana Menteri itu seorang ahli politik yang bijak beliau sepatutnya boleh membaca makna di sebalik tepukan gemuruh yang diterimanya kerana ia bukan reaksi tanda sokongan.
Kata beliau, orang Melayu khususnya ahli UMNO kini sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mohd Najib kerana ”beliau telah terlihat sebagai pemimpin yang flip flop, pemimpin ikut angin, pemimpin tidak berpendirian, pemimpin tidak berprinsip, pemimpin yang lemah.”

Pendapatan RM5,900: Apa boleh beli dengan RM25 seminggu?

Perwakilan Terengganu, Mohd Iskandar Jaafar ketika membahaskan usul pada Perhimpunan Agung Umno Ke-68 yang memasuki hari kedua hari ini, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama 
KUALA LUMPUR - Isu mengenai kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat menjadi usul perbahasan yang dibawa oleh Perwakilan Terengganu Mohd Iskandar Jaafar.

Mohd Iskandar berkata, beliau sedih dengan nasib rakyat, kerana statistik yang digembar-gemburkan di media massa dan cetak mengenai kehidupan rakyat kini tidak mengambarkan kehidupan mereka yang sebenar.

"Kos sara hidup menjadi topik perbincangan rakyat saban hari.

"Mengikut fakta 78 peratus orang Melayu  berpendapatan gaji kurang daripada RM3,000 sebulan.

"Tempat saya harga getah teruk semalam RM1.70 sekilogram, seminggu menoreh dapat RM50 ada pula yang kena bahagi dua dapatlah RM25.
"Dapat RM25 seminggu apa yang mereka hendak makan, tiba-tiba keluar didada akhbar purata pendapatan rakyat RM5,900 sebulan, amboi...betulah dari segi statistik tetapi rakyat tanya itu pendapatan siapa?. Gaji saya pun tidak sampai begitu.

"Jadi saya mohon kepada menteri untuk buat sesuatu pengumuman itu tengoklah keadaan dahulu," katanya.

Pendekatan Najib jadikan Umno tidak relevan, kata penganalisis

Umno kian hilang daya tarikan di kalangan rakyat Malaysia, dan puncanya ialah pendekatan baru presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak yang menolak keluar Umno dari perhatian politik, sehingga menjadikannya tidak relevan kepada orang ramai, kata kolumnis The Edge Review, Bridget Welsh.
Antaranya ialah "penswastaan" peranan tradisi Umno sebagai pembela Melayu kepada kumpulan haluan kanan seperti Perkasa, berlumba dengan PAS dalam menonjolkan siapa pembela Islam, penggunaan sumber dan jentera kerajaan bagi meneruskan budaya kebergantungan, dan mengenepikan parti dalam penggubalan dasar kerajaan.
Menulis dalam edisi terkini majalah digital itu, penganalisis politik tersebut berkata Najib mengubah peranan Umno dan dalam prosesnya menjadikan parti tersebut "semakin kurang relevan dari segi politik".
Menurut Welsh, Umno sudah lama bergantung dengan kegusaran hal perkauman di kalangan orang Melayu dalam mengekalkan kuasanya, tetapi ia mula tercicir sejak ia "mengupah" pihak lain dalam membela Melayu.
Walaupun kumpulan-kumpulan ini menerima dana kerajaan dan rapat dengan Umno, malah memegang dwi-keahlian, mereka mula menggantikan tempat Umno dalam laungan membela kepentingan orang Melayu.
Pendekatan seterusnya, iaitu beradu dengan PAS bagi "menempatkan Umno sebagai pembela Islam di Malaysia" pula menjauhkan Umno dari "sifat kesederhanaan", menyebabkan umum melihatnya sebagai bersikap melampau dan keterlaluan.

'Cina P Pinang kuat kerana kegiatan haram' dakwa Ketua Umno Permatang Pauh

Wakil Umno Pulau Pinang, Datuk Mohd Zaidi Said mendakwa kegiatan seperti perjudian dan pelacuran merupakan "sumber kekuatan Cina yang tidak menyokong BN" di Pulau Pinang.

Oleh itu, penguatkuasaan perlu ditingkatkan bagi membanteras kegiatan berkenaan, katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presidn di perhimpunan agung Umno 2014 hari ini.

"Kita tahu kekuatan org Cina dijana dari kekayaan bersumberkan kegiatan haram, perjudian, pelacuran.

"Tetapi di mana tindakan penguatkuasaan kita?

"Saya percaya kalau kita bersungguh basmi kegiatan haram ini, orang Cina di Pulau Pinang juga akan takut dan hormat pada Melayu," kata ketua Umno bahagian Permatang Pauh itu.

Menurutnya, Umno di Pulau Pinang sebenarnya kuat dan "memerintah dua pertiga negeri itu" kerana ia menang 10 daripada 15 kerusi DUN dalam pilihan raya umum lalu.

Umno juga memenangi tiga daripada lima kerusi Parlimen yang ditandingi, namun BN masih gagal menguasai Pulau Pinang kerana pengundi Cina tidak menyokong BN.

"Umno ini dua pertiga sudah memerintah Pulau Pinang... Bertandinglah macam mana pun BN tidak akan menang kerana orang Cina tidak menyokong BN," katanya.

Gagal Bumiputera bermakna Umno juga gagal, kata penganalisis

Hampir setiap kali perhimpunan besar parti pemerintah Umno, isu tidak selesai dibincangkan Umno adalah ekonomi Bumiputera dan pada masa sama pelbagai permintaan bantuan diajukan perwakilan yang berbahas. Selepas pelbagai dasar, polisi dan bantuan diberikan, sasaran untuk mencapai ekuiti 30% Bumiputera menjadi tajuk perbualan dan perwakilan akan membangkitkannya.
Antara intipati ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak juga menyentuh mengenai Bumiputera, beliau memberi komitmen memperjuangkan orang Melayu dan Bumiputera dengan bersidang bersama, sekurang-kurangnya sekali setiap bulan, demi menjamin hala tuju dan agenda pemerkasaan ekonomi Melayu Bumiputera.
Komitmen Najib memperjuangkan ekonomi Bumiputera bukan kali pertama disuarakan, tahun lalu di UiTM Najib menggariskan lima langkah bagi memperkasa ekonomi Bumiputera. Sejumlah peruntukan besar diumumkan, antaranya Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) mendapat peruntukan sebanyak RM300 juta untuk lima tahun dan peruntukan tambahan kepada Tekun sebanyak RM700 juta.
 "Dah banyak dana awam dibelanjakan, tetapi peningkatan masih tidak memberangsangkan," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider. Ibrahim merujuk kepada kegagalan kerajaan membantu Bumiputera walaupun dengan pelbagai usaha dirancang dan dikemukakan.

Perwakilan Umno lihat Najib pemimpin lemah, tidak berpendirian, kata bekas menteri

Keputusan Datuk Seri Najib Razak untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 dengan beberapa langkah penambahbaikan hanya memperlihatkan presiden Umno itu lemah dan tidak berprinsip, kata Tan Sri Zainuddin Maidin. Bekas menteri penerangan itu berkata, sokongan gegak gempita perwakilan semasa Najib membuat pengumuman berkenaan adalah reaksi bercampur-campur yang melihatkan penafasan semula terakhir perdana menteri itu.
“Jika Datuk Seri Najib seorang smart politician maka beliau dapat membaca tepukan gempita seluruh perwakilan menyambut pengumumannya mengekalkan Akta Hasutan 1948 adalah sebenarnya penolakan seluruh Umno terhadap kepimpinannya yang liberal dan lemah.
“Tempikan itu bukanlah sokongan tetapi ledakan perasaan terpendam yang bercampur marah, protes, penolakan dan kehilangan keyakinan. “Suatu revolusi senyap sedang berkembang seperti api dalam sekam. Pernafasan semula Najib kali ini adalah pernafasan terakhir,” kata bekas menteri penerangan itu dalam kiriman terbaru di blognya, Zamkata.
Najib semasa menyampaikan ucapan dasar semalam berkata Akta Hasutan akan diperkukuh dengan menambah peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama lain serta mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menuntut pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Katanya, Akta Hasutan akan terus dikekalkan selepas dipertimbangkan dan mendapat nasihat semua pihak walaupun pernah berjanji sebelum ini untuk memansuhkan akta penjajah tersebut.
Zainuddin berkata reaksi positif yang ditunjukkan perwakilan semasa pengumuman Najib semalam bukanlah menunjukkan tanda keyakinan dan pemulihan sokongan kepada pemimpin itu sebaliknya reaksi sokongan yang tidak lagi mantap kepadanya.
Katanya, perwakilan Umno masih sangsi sama ada Najib dapat mengotakan janjinya untuk terus melaksanakan akta berkenaan. “Jika beliau tidak membuat pengumuman itu bererti seluruh ahli Umno akan membenamkan beliau dan masa depan Umno pasti hancur.

Negara Kartun: MOLPay tak dedah pembeli buku Zunar pada polis

Gerbang pembayaran dalam talian - MOLPay Sdn Bhd - menjelaskan bahawa ia tidak mendedahkan maklumat mengenai pembeli buku kartunis Zunar kepada pihak polis.

Ketua pegawai eksekutifnya, Eng Sheng Guan berkata syarikat itu telah menjelaskan kepada Zunar bahawa ia tidak mendedahkan apa-apa maklumat pembeli kepada pihak polis setakat ini.

"Kami telah menjelaskan kepada Zunar mengenai perkara itu pada 26 November, bahawa selepas e-mel pertama kami bertarikh 17 November, pihak pengurusan MOLPay memutuskan untuk tidak mendedahkan apa-apa maklumat pembeli kepada PDRM," kata Eng kepada Malaysiakini.

Minggu lalu, dilaporkan bahawa pihak polis telah meminta MOLPay, yang mengendalikan urus jualan dalam talian bagi buku Zunar, supaya mendedahkan senarai mereka yang telah membeli bukunya.

Buku berkenaan ialah "Komplot Penjarakan Anwar" yang didakwa polis mengandungi bahan berunsur hasutan.

Polis sedang menyiasat Zunar di bawah Seksyen 8 (2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan, selepas dua laporan polis dibuat terhadapnya.

Kalangan 1.4 Juta Kakitangan Awam di Malaysia Berisiko Jadi Gelandangan.

cuepacs malaysia
Semakan & Kajian Cuepacs Malaysia : Kalangan 1.4 Juta Kakitangan Awam di Malaysia Berisiko Jadi Gelandangan. Setuju?Sebelum ini Berita Semasa pernah mengeluarkan laporan berita berkenaan isu gelandangan di Kuala Lumpur, Malaysia (DI SINI) yang pernah “meletup” sebelum ini.
Terbaru, berdasarkan kenyataan Presiden Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda terdapat tanda-tanda yang mana bilangan dan jumlah gelandangan di Malaysia bakal bertambah pada masa akan datang dan kumpulan tersebut bakal datang daripada kalangan 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia. Mengejutkan?
Nah…inilah kajian dan semakan yang dilakukan sendiri oleh Cuepacs Malaysia mengenai masalah dan risiko yang membelengu kakitangan awam di Malaysia yang bakal menghumban kalangan kakitagan awam yang tidak mampu berhadapan dengan “keganasan harga rumah yang dilihat tidak berperikemanusiaan”. Semuanya gara-gara lonjakan kenaikan harga rumah di Malaysia yang terus melambung tinggi pada ketika ini.

Punca Kakitangan Awam Bakal Menjadi Gelandangan di Malaysia?

Datuk Azih Muda mengariskan beberapa faktor yang menyebabkan akan ada kakitangan awam di masa akan datang
  1. Gaji di Malaysia melibatkan ramai kalangan penjawat awam pada masa sekarang ini sudah tidak mampu lagi membeli rumah yang sudah mencapai harga yang sangat tinggi

Penduduk anjur perjalanan 'selamatkan Cameron Highlands'

Sekumpulan pendudukyang sudah cukup serik dengan bencana banjir, tanah runtuh dan masalah alam sekitar yang sering berulang di tempat tinggal mereka, akan menganjurkan perjalanan  solidariti 'selamatkan Cameron Highlands' Ahad ini.

Menurut mereka, bencana ini telah meragut nyawa, mengakibatkan kerugian dan  meninggalkan kesan di hati penduduk.

"Namun demikian, tiada jalan penyelesaian yang berkesan dikemukakan untuk membendung masalah ini dengan serta merta.

"Malahan, pendatang asing kini dijadikan punca penerokaan haram dan isu sebenar telah dialihkan," kata kumpulan Rakyat Prihatin Cameron Highlands (RPC).

Awal bulan ini, kejadian tanah runtuh di situ - yang ketiga berlaku tahun ini- telah meragut lima nyawa, termasuk seorang pelajar berusia 13 tahun.

Tanah runtuh yang dikatakan berlaku berpunca daripada kerja pembersihan tanah secara haram yang dipersalahkan ke atas pendatang tanpa izin.

Menurut RPC, tujuan mengadakan perjalanan solidariti Bertam dan Tanah Rata itu ialah:

KLIA2 Memang Bermasaalah

Sejak mula dibina kira-kira empat tahun lalu, klia2 yang menggantikan Terminal Tambang Murah (LCCT) itu tidak pernah sunyi daripada kontroversi.

Hari ini selepas lebih lima bulan beroperasi kepada umum, klia2 masih lagi 'panas'. Kali ini klia2 diselubungi masalah mendapan dan pergerakan tanah sedangkan lazimnya isu membabitkan kerja-kerja tanah diselesaikan sebelum sebarang projek dimulakan.

Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali mengesahkan mendapan tanah dan takungan air disebabkan terdapat perbezaan permukaan di kawasan apron (kawasan letak pesawat) dan taxiway (laluan pesawat) yang mana sebahagian struktur berada di atas cerucuk manakala sebahagian yang lain berada di atas tanah biasa.


Ini telah menyebabkan rekahan dan takungan air di beberapa kawasan di sekitar apron dan taxiways.

Lantaran itu, program penyelenggaraan khas merangkumi penyelesaian jangka pendek dan panjang telah dimulakan menggunakan perbelanjaan operasi MAHB sejak 19 Jun lalu hampir dua minggu selepas klia2 dirasmikan pada 6 Jun lalu.

klia2 memulakan operasi komersial dengan perpindahan daripada LCCT pada 1 Mei dan dibuka kepada umum pada 9 Mei selepas pembukaanya hampir dua tahun tertangguh. klia2 mempunyai 42 tempat di apron dan 12 kawasan di taxiways yang telah dikenalpasti untuk dibaiki dalam tempoh jangka panjang dan kerja-kerja pembaikan dijangka siap pada April 2016 kerana ia perlu dilaksanakan secara berperingkat bagi meminimumkan gangguan operasi.

Pemantauan secara teliti dilakukan setiap hari supaya sekiranya terdapat pergerakan tanah di kawasan lain boleh dikesan dengan lebih cepat dan pada masa sama, kawasan yang telah dibaiki juga dilakukan pemantauan supaya kejadian tersebut tidak berulang.

Bagi mengatasi masalah takungan air pula, Badlisham berkata, MAHB sedang membuat pernilaian untuk membeli kenderaan khas menyedut air seperti yang digunakan sekarang.

Kekal Akta Hasutan, Najib tiada pendirian & tak layak pimpin negara

SHAH ALAM, 27 NOV: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, adalah pemimpin tiada mempunyai pendirian tetap dan sering mungkin janji apabila mengekalkan Akta Hasutan yang sebelum ini berikrar mahu memansuhkannya.
Akta HasutanADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei, berkata perkembangan terbaru itu memperlihatkan Najib sebagai Perdana Menteri tidak mempunyai kekuatan untuk menerajui negara.
“Bagaimana rakyat boleh mengharapkan beliau yang memungkiri janji untuk memansuhkan Akta Hasutan. Hanya disebabkan tekanan daripada segelintir pihak berkepentingan.
“Ini adalah gambaran bahawa beliau seorang Perdana Menteri yang lemah,” katanya kepada SelangorKini di sini , hari ini.
Shuhaimi yang pernah didakwa di bawah akta itu berkata, ia memberi gambaran jelas Najib bukan pemimpin yang layak memimpin negara.
“Saya menuntut Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana beliau tidak mempunyai kredibiliti,” katanya.
Adun Sekinchan, Ng Suee Lim turut terkejut dengan pengumuman itu dan mempersoalkan pendirian Perdana Menteri yang sebelum ini mahu memansuhkannya.
“Dalam Parlimen, Najib sudah berjanji bahawa akta ini akan dimansuhkan tetapi sekarang beliau mahu mengekalkannya. Di mana janjinya terhadap rakyat?.
“Dari segi prinsip dan moral, ia adalah tidak bermaruah,” katanya.
Beliau berkata, akta tinggalan zaman British itu sudah tidak relevan lagi pada masa ini dan penambahan peruntukan khas bagi melindungi agama Islam juga tidak sesuai kerana hak itu sudah terjamin di dalam perlembagaan.
“BN pasti tidak dihormati rakyat. Semakin lama BN memerintah, kita menuju ke arah konservatif,” katanya.

Pencen kakitangan awam dalam bahaya akibat pinjaman 1MDB (1Malaysia Dalam Bahaya)

Kakitangan awam perlu risau dengan kontroversi yang menyelubungi dana kekayaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana salah satu syarikat subsidiarinya tidak mampu membayar pinjaman RM4 bilion yang diambil daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang membayar pencen kerajaan, kata wakil rakyat pembangkang Rafizi Ramli.
 “Jika kakitangan awam tidak mahu mengendahkan kontroversi 1MDB, mereka patut tahu pencen mereka dibayar oleh KWAP. “Pada 2011, KWAP meluluskan pinjaman RM4 bilion kepada syarikat subsidiaru milik 1MDB. Wang itu kononnya untuk menjana sumber strategik syarikat.
“Tujuan syarikat itu ialah untuk membeli lombong arang batu dan uranium di Mongolia. Ini bagi membolehkan Malaysia mengawal pasaran arang batu dan uranium,” kata Rafizi pada satu forum bertajuk “1MDB: Ke Manakah Wang Rakyat?”, malam tadi. Rafizi berkata syarikat subsidiari 1MDB yang mengambil pinjaman berkenaan diambil alih oleh Putrajaya, yang dianggap bertanggungjawab terhadap pinjaman itu.
Beliau mempersoalkan bagaimana kerajaan persekutuan akan membayar semula RM4 bilion itu kepada KWAP, dan menganggap Putrajaya menggunakan potongan subsidi minyak untuk menyelesaikan hutang itu.
 “Inilah mengapa Putrajaya mengurangkan perbelanjaannya untuk rakyat, kerana ia ada banyak hutang untuk dibayar,” kata ahli Parlimen Pandan dan setiausaha agung PKR itu kepada kira-kira 200 penonton di ibu pejabat Majlis Perbandaran Ampang Jaya di Pandan Indah, semalam.
Pembangkang baru-baru ini mendedahkan surat sokongan Putrajaya kepada 1MDB, yang kini mempunyai hutang RM42 bilion.
Rafizi berkata Malaysia mungkin berdepan situasi sama seerti Greece dan Argentina jika hutang besar 1MDB terus meningkat. Sebagai penjamin, Putrajaya terpaksa membayar hutang 1MDB kerana ia tertulis jelas dalam perjanjian pinjaman.
 “Jika Malaysia lalai membayar balik, pemiutang ada kuasa untuk menyaman Malaysia di mahkamah Inggeris di England,” katanya, merujuk kepada syarat surat sokongan yang dikeluarkan Putrajaya. Agentina dan Greece memohon bantuan kewangan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) masing-masing pada 2000 dan 2010, selepas ekonomi mereka mencair.