Khamis, 27 November 2014

'KJ, siapa gadai tanah rezab Melayu?'

Pemuda PAS menggesa agar ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengkaji terlebih dahulu mengenai tanah rezab Melayu yang semakin banyak tergadai, sebelum mendabik dada untuk mempertahankannya.

Ketua penerangan Pemuda PAS, Mohd Nasaie Ismail berkata Khairy perlu bertanya sendiri kepada pemimpin Umno untuk mengenalpasti pihak bertanggungjawab.

“Khairy perlu bertanya kembali kepada rakan-rakan dalam Umno, tergadainya tanah rezab Melayu ini angkara siapa?

“Siapa yang meluluskan pembersihan penduduk kampung tradisi seluruh Kuala Lumpur dan ditukar status kepada bukan lagi tanah rezab Melayu dan diberikan kepada tauke besar seperti YTL untuk dibangunkan?

Beliau juga membangkitkan mengenai “puluhan ekar tanah” di Perak yang didakwa diberikan kepada YTL untuk pembangunan.

“Siapa yang meluluskannya? Ini hanya beberapa contoh daripada beribu kes tanah rakyat yang digadaikan oleh pemerintah daripada parti Khairy sendiri atas nama pembangunan,” kata Nasaie lagi.

Pengekalan Akta Hasutan Demi Untuk Selamatkan Masa Depan Najib

Secara umumnya hampir tiada yang menarik dalam ucapan perasmian Najib Razak di Perhimpunan Agung UMNO tahun ini. Isi dan isu yang ditimbulkan kelihatan lesu dan tiada yang baru.

Berbanding ucapan Muhyiddin Yassin ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri sehari sebelumnya, ia jauh mengandungi isi yang menyedar dan menyegarkan seluruh ahli-ahli UMNO agar segera bangkit meneruskan perjuangan yang kian mencabar ini.

Malah ucapan Muhyiddin turut mendapat pujian banyak pihak yang menyifatkannya sebagai peringatan penuh bertanggungjawab untuk memulih dan mengembalikan kekuatan semula UMNO.

Satu-satu isu yang terus diperkatakan  oleh ahli UMNO dan juga orangramai dalam intipati ucapan Najib tahun ini ialah tindakannya mengekalkan Akta Hasutan yang pernah dijanji untuk dihapuskannya sebelum ini. Pujian yang kedengaran juga mengenai ucapan Najib hanyalah mengenai tindakannya mengekalkan Akta Hasutan saja. Tidak terdengar ada pujian lain selain itu.

Walaupun kumpulan kanan dalam UMNO dan masyarakat memberi pujian dan sanjungan kepadanya berikutan pengekalan Akta Hasutan itu, tetapi adalah jelas Najib dilabel sebagai pemimpin yang mungkir dengan janjinya sendiri.

Meskipun tidak dinafikan pihak yang berbelah bagi selama ini kembali menyokongnya, tetapi Najib akan terus kehilangan sokongan rakyat biasa yang berpegang kepada janjinya sebelum ini. Kumpulan ini yang kebanyakannya daripada golongan bukan Melayu dan mereka yang tinggal di bandar, dipercayai akan terus menjauhi Najib berikutan tindakan mungkir janjinya itu.

Bahkan mungkin juga mereka tidak mempercayai lagi apa juga janji-janjinya selepas ini.

Dengan ini, Najib sekurang-kurangnya belajar satu perkara iaitu jangan mudah berjanji sesuka hati.  Berjanji sesuka hati sebenarnya bukan saja merbahaya ketika memadu kasih atau sedang dilamun asmara tetapi juga dalam dunia politik. Ketika mengemukakan janji dahulu, Najib jelas terbuai dengan keinginan menjadi pemimpin yang liberal dan terbuka tetapi akhirnya terkulai kerana tekanan daripada dalam UMNO sendiri.

Persempadanan semula: PR tiada perjanjian dengan SPR

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Persempadanan Semula Pakatan Rakyat menegaskan bahawa tidak ada sebarang perjanjian yang telah dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu pihak yang bertanggungjawab untuk menjalankan persempadanan semula.

Pakatan Rakyat tidak boleh menerima ataupun menolak penambahan kerusi parlimen sebelum peta-peta baru dikemukakan oleh SPR.

"Kami ingin juga menegaskan bahawa sebarang penambahan kerusi yang bersifat tidak adil dan saksama akan ditolak oleh Pakatan Rakyat," ujar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Dr. Ong Kian Ming (Serdang) dalam kenyataan media bersama.

Pada 7 November 2014, pihak Bersih dan Tindak Malaysia telah mengeluarkan kenyataan untuk menegur Pakatan Rakyat supaya tidak menyetujui untuk menambahkan kerusi parlimen dalam persempadanan semula yang akan bermula tidak lama lagi.

"Kami mengulangi cadangan jawatankuasa persempadanan Pakatan Rakyat yang telah dinyatakan dalam kenyataan media pada 26 Mac 2014 untuk penubuhan satu jawatankuasa bebas untuk mengendalikan persempadanan semula kawasan pilihan raya seperti yang diamalkan di United Kingdom kerana integriti dan kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sangat diragui," tegas mereka.

Sekurang-kurangnya, kata mereka SPR perlu melibatkan pihak-pihak dan pakar-pakar pemerhati pilihan raya seperti Merdeka Centre, UMCedel dan Ideas dalam jawatankuasa ini untuk memastikan persempadanan semula yang adil dan saksama untuk semua.

Dakwah artis: Aishah kecewa sikap golongan berilmu agama

KUALA LUMPUR: "Kami bukan cerita bidang hukum hakam, kami cerita pengalaman kami untuk dijadikan iktibar," demikian luah bekas penyanyi 'Janji Manismu' Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah.

Beliau yang kini sebagai Pengerusi Lajnah Kesenian, Kebudayaan & Rekreasi Muslimat PAS Pusat mengakui malu untuk menceritakan kejahilan di masa lepas namun sekiranya perjalanan hidup itu menjadi insipirasi menuju kepada kebesaran Allah ia harus disampaikan.

Tambahnya, artis mempunyai peminatnya tersendiri dan mungkin ada sesetengah mereka tidak mempeduli kata-kata dan nasihat ustazah.

"Jangan kecam niat baik kami, sama-samalah didik kami. Dakwah tanggungjawab kita bersama," katanya sebagaimana dipetik di laman Facebooknya.

Bagaimanapun beliau melahirkan rasa kecewa apabila ada mereka yang berilmu agama tinggi pula menyelar kegiatan dakwah artis-artis yang berhijrah ini.

Tak akan naik MAS

Oleh Subky Latif
JIKA boleh saya dan anak-anak saya tidak akan naik MAS baik dalam negeri mahu pun di luar negeri. Bukanlah tiada rasa kasih atas apa saja kepunyaan nusa, tetapi saya amat kecewa, saya dan sekalian penumpang khususnya Islam telah diperdaya oleh MAS.
    
Tanpa diketahui setiap kali saya menaiki MAS, ia telah mengenakan sebahagian daripada tambang saya bagi menyediakan arak bagi yang mentedarah arak dalam pesawat itu.

Duit daripada titik peluh saya sendiri telah digunakan untuk menjamu arak pada orang lain.
   
Saya telah beberapa kali menulis membantah pemberian minuman syaitan itu. Justeru sialnya itu MAS menghadapi bala yang tidak berkesudahan. Paling celaka pesawatnya dengan beratus penumpang ke Beijing ghaib. Tiada pesawat awam yang dibedil dalam peperangan di Ukraine, tetapi MAS telah dipilih Allah untuk dibedil. Nahas yang tidak berbau.
   
Lain-lain syarikat yang mengamalkan laknat yang sama belum dibala Allah, mungkin Allah mahu membiarkan mereka terus sesat. Tetapi MAS milik negara Islam, didakwa Islam contoh pula, maka justeru kasih Allah kepada bangsa Malaysia, dikenakannya bala supaya beringat dan sedarkan diri.
   
Segala bantahan orang Islam atas membekalkan arak itu diterima secara tuli lagi pekak oleh telinga kerajaan dan pengurusan MAS sejak mula ia ditubuhkan.

Ucapan dasar Najib kering dengan idea pembaharuan - MSO

Pagi ini saya bangkit dan menjenguk mentari dengan rasa penuh "berharap" moga ada sesuatu yang boleh direnungi dan diambil sebagai satu pengajaran daripada ucapan dasar Najib Razak yang dibentangkan pada perhimpunan agung Umno (PAU) ke ke 69 pagi ini. Ucapan dasar ini juga merupakan kali ke enam oleh Najib sebaik beliau menjadi Presiden Umno dan dinantikan dengan doa ia makin matang dan berkualiti.


Najib ambil tindakan tidak popular bagi Malaysia.
Sayang seribu kali sayang, selama hampir satu jam mendengar ucapan Najib menerusi televisyen, tidak ada apa-apa yang menarik diperkatakan Najib yang boleh saya kutik untuk membuat penilaian semula atau meletakkan Umno dilandasan perubahan daripada apa yang ada hari ini. Saya kira akan ada beberapa pembaharuan atau aspirasi merangsangkan yang diunjurkan oleh Najib baik untuk masa depan Umno yang kian defisit kepercayaan, ataupun dalam usaha memartabatkan bangsa Melayu, bahasa Melayu dan juga agama Islam yang menjadi tunjang diperjuangkan parti itu. Tidak ada.

Apa yang ada ialah perulangan seruan Najib yang dibumbui kebimbangan Umno akan lemah dan seterusnya hancur kemudian kehilangan kuasa, dengan membuat seruan agar ahli Umno melakukan perubahan secara drastik dan bangkit memperkasakan parti. Ucapan Najib adalah pertukaran ayat dan baris daripada ucapan-ucapan beliau sebelum ini. Perkataan yang dipopularkan kali ini ialah "solidariti". Najib tidak menggunakan istilah ukhwah.

Manakala perulangan dan gesaan ini menunjukkan pelawaan dan saranan Najib, yang dibumbui ketakutannya selama ini belum tercapai. Bahawa Umno masih lemah dan tidak berganjak daripada budaya klise yang dianutinya kini. Najib memanggil untuk bersolidariti berkali-kali ini bermakna keadaan Umno dan BN dalam keadaan parah.

Dalam komuniti Malaysia khasnya dalam kalangan Melayu, mengharpakan ada pembelaan tegas dalam soal agama, bahasa, budaya, ekonomi, dan sebagainya daripada Najib, namun tidak dilakukan apa-apa olehnya. Ketipisan mengenai bahasa Melayu yang sering dipersoalkan oleh ahli dan pencinta bahasa, tidak disentuh langsung oleh Najib. Apakah kerana dibumbui ketakutan yang maha hebat maka soal-soal seperti bahasa dan budaya itu tidak ternampak lagi oleh Najib?

GHAH: Kekal Akta Hasutan masa depan rakyat bertambah suram

Akta HasutanSHAH ALAM, 27 NOV: Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) mengecam tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang memungkiri janjinya sendiri memansuhkan Akta Hasutan.
“Keputusan Najib mengekalkan Akta Hasutan yang didakwa melindungi kesucian Islam dan agama lain serta menangani gesaan sebilangan pihak untuk memisahkan Sabah, Sarawak jelas berniat jahat.
“Akta kuno ini secara berleluasa telah disalahguna untuk menahan ahli politik, aktivis dan sesiapa saja yang mengkritik kerajaan.
“Keputusan Najib ini akan lebih mengongkong kebebasan bersuara dan berekspresi, sekaligus menjadikan masa depan rakyat bertambah suram di bawah pemerintahan tidak demokratik,” kata GHAH dalam satu kenyataan, hari ini.
Najib mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan dalam ucapan perasmiann perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini
GHAH menyeru Najib agar menghormati norma demokrasi, kedaulatan undang-undang dan bertanggungjawab kepada seluruh rakyat terhadap janji yang pernah berkali-kali beliau taburkan sebelum ini.
“Najib perlu ingat bahawa beliau telah berulang kali berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan dan janji itu harus dikotakan,” kata kenyataan itu.

Ahli Parlimen mahu elaun lebih tinggi, menteri tarik semula rang undang-undang

Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014, yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua hari ini, ditarik balik selepas ahli Parlimen daripada kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang mahu kenaikan lebih tinggi elaun bulanan mereka daripada apa yang dicadangkan.
Rang undang-undang dibentangkan bagi bacaan pertama semalam oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim untuk meningkatkan elaun bulanan ahli Parlimen daripada RM6,580.59 kepada kepada RM11,000.
Apabila rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua hari ini, ahli Parlimen daripada kedua-dua pihak meminta rang undang-undang itu ditarik balik kerana mereka mahu elaun lebih tinggi daripada yang dicadangkan dalam rang undang-undang.
 Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudian mengarahkan rehat 15 minit untuk membuat keputusan mengenai tindakan seterusnya kerana beliau berkata ia akan menyebabkan rang undang-undang kerajaan ditolak, sambil menambah ia akan turut memberi kesan lain.
Apabila persidangan disambung semula, Shahidan berkata beliau menarik balik rang undang-undang itu, yang akan dibentangkan di Parlimen seterusnya pada Mac tahun depan. Dalam rang undang-undang itu, gaji speaker Dewan Rakyat akan dinaikkan kepada RM20,000 daripada RM14,907.20 manakala gaji timbalan speaker akan dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM10,847.65.
Kenaikan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2015 jika rang undang-undang itu diluluskan. Rang undang-undang itu juga melibatkan perbelanjaan tambahan yang dianggarkan sebanyak RM14.75 juta setahun. Ia juga mencadangkan elaun bulanan bagi ahli-ahli senat dinaikkan kepada RM7,000 daripada RM4,112.79.

Kekal Akta Hasutan, Najib takut buat perubahan

SHAH ALAM, 27 NOV: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menjelmakan watak sebenar beliau dalam isu pemansuhan Akta Hasutan 1948.
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR menyifatkan janji Najib sebelum ini tidak ikhlas dan sekadar mahu meraih undi.
Katanya, sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 lepas, Najib sendiri beberapa kali berjanji mahu memansuhkan akta yang tidak adil itu.
“Maknanya dia tidak tunaikan janji yang dinyatakan sendiri, ternyata dia berjanji untuk meraih sokongan.
“Dia membuktikan dirinya tidak ada keberanian untuk melakukan transformasi dalam bidang yang dinyatakan beliau,” katanya kepada pemberita di Lobi Dewan Negeri Selangor hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Najib yang juga Presiden Umno dalam Perhimpunan Agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi tadi.
Najib dalam ucapannya berkata keputusan untuk mengekalkan akta itu adalah penting bagi menjamin kedaulatan bangsa Melayu dan agama Islam.
“Adakah dengan mempertahankan Islam melalui peruntukan zalim dan tiada kebebasan dan moral.
“Sedangkan Islam agama yang suci murni yang menjamin kebebasan hak individu sebagai insan dan bukan dengan kezaliman,” kata Mohamed Azmin.

Najib hapus hutang dua syarikat, kerajaan tanggung RM876 juta

KUALA LUMPUR 26 NOV: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghapuskan hutang dua buah syarikat berjumlah RM876 juta dan menukarnya kepada pegangan ekuiti yang akan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung hutang berkenaan.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, kerajaan meluluskan  usul di parlimen hari ini untuk menukar hutang RM400 juta yang diberikan kepada Malaysia Debt Ventures (MDV), sebuah anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan.
Satu lagi usul untuk menukarkan hutang Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sebanyak RM476 juta kepada ekuiti dengan nilai yang sama
“Ini bermakna, hutang anak-anak syarikat milik kerajaan itu dihapuskan begitu sahaja dengan menukarkannya kepada pegangan saham atau ekuiti,” kata setiausaha agung KEADILAN itu.
Menurutnya, akibat tindakan itu, kerajaan tidak boleh mengutip hutang RM876 juta daripada anak-anak syarikat berkenaan sedangkan hutang awal yang diberikan kepada mereka tetap perlu ditanggung kerajaan.
“Lebih membimbangkan, tindakan menukar hutang kepada ekuiti ini membayangkan syarikat-syarikat ini tidak mampu membayar hutang sehingga perlu diambil alih kerajaan,” katanya dalam sidang media di parlimen hari ini.
Rafizi berkata dengan cara itu, risiko kerugian dan hutang kini ditanggung sepenuhnya kerajaan persekutuan.

Tun M sindir Najib kerana soal solidariti

Beliau kemudiannya menekup mulut lalu beredar melepaskan diri daripada kepungan kumpulan wartawan.

KUALA LUMPUR: ”Tolonglah, saya tidak sihat,” jawab Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya para pemberita mengenai reaksi beliau terhadap keputusan mengekalkan Akta Hasutan 1948.
“Semuanya mengenai solidariti,” kata bekas Perdana Menteri itu ringkas ketika mengulas ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semasa menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO2014.
Beliau kemudiannya menekup mulut lalu beredar melepaskan diri daripada kepungan kumpulan wartawan yang mengerumuninya untuk mendapatkan pandangan.

Perhimpunan Agung Umno di hujung kuasa

Oleh DR RIDUAN MOHAMAD NOR
KETAKUTAN hilang kuasa dan euforia paranoid sedang menggema hangat di PWTC, seolah tanah leluhur ini sedang diperintah bangsa asing. Ironisnya negara ini diperintah oleh Umno, parti yang lahir pada 11 Mei 1946 dan mempunyai jajaran Perdana Menteri berkeahlian Umno.
Tema bangsa Melayu akan hilang daripada peta kuasa, hilang segalanya sedang disenandungkan dengan sajian melankolik oleh pemimpin-pemimpin Umno dan para perwakilan yang sedang bersidang. Termuntah segalanya melalui pantun, pepatah petitih, seloka bahkan terjahan semangat akan kebimbangan hilang kuasa ini.

PRU13 yang lalu telah menghantar isyarat yang jelas bahawa parti Melayu yang bersalut KKN ini semakin berada dihujung tampuk kekuasaan dan ternyata Umno berkuku di kawasan pedalaman yang tidak akses kepada maklumat dan ilmu yang benar. Talian hayat Umno dan BN ini juga bergantung dengan Sabah Sarawak, malah ternyata jelas Umno ditolak oleh kelas menengah Melayu negara ini. Cuba kita bandingkan prestasi Umno BN dalam PRU12 dan juga dalam PRU13, maka rakyat dapat menghidu ketakutan Umno ini.
Kedudukan ahli Parlimen juga berlaku perubahan berbeda dengan PRU12 di mana BN mempunyai 140 kerusi, manakala Pakatan Rakyat mempunyai 82 kerusi Parlimen. Kali ini menyaksikan dalam PRU13, BN hanya memperolehi 133 kerusi Parlimen. Kali ini Pakatan Rakyat mempunyai 89 kerusi Parlimen. Keseluruhan kerusi Parlimen yang dipertandingkan ialah sebanyak 222 kerusi.
Di peringkat negeri-negeri juga BN mengalami kemerosotan yang sangat drastik, dalam PRU12 yang lepas, BN mempunyai 344 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun), manakala Pakatan Rakyat mempunyai 161 kerusi Dun.

Tiada undang-undang boleh selamatkan UMNO – Pak Lah

Kekuasaan dan kekuatan UMNO datangnya dari sokongan rakyat. Ingatlah, jika rakyat tidak menyokong kita, tiada rang undang-undang di bumi Allah yang akan menyelamatkan UMNO
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan ahli-ahli UMNO bahawa Akta Hasutan 1948 bukanlah alat yang digunakan bagi mengekalkan kekuasaan UMNO.
Abdullah Ahmad Badawi“Kekuasaan dan kekuatan UMNO datangnya dari sokongan rakyat. Ingatlah, jika rakyat tidak menyokong kita, tiada rang undang-undang di bumi Allah yang akan menyelamatkan UMNO dari kehilangan kuasa,” tulisnya di dalam www.paklah.net.
Sebelum itu, Abdullah yang lebih mesra dipanggil dengan panggilan Pak Lah menyatakan bahawa beliau sendiri tertarik dengan ucapan dasar Dato Seri Najib pada Perhimpunan Agung UMNO tahun ini.
“Selain memperingatkan ahli-ahli UMNO akan sejarah perjuangan UMNO dan juga betapa pentingnya semangat solidariti, beliau juga sangat prihatin dengan keresahan, kerisauan dan juga keinginan orang Melayu secara amnya, dan ahli-ahli UMNO khususnya,” katanya lagi.
Tambah Pak Lah lagi, keprihatinan ini terserlah apabila beliau mengumumkan pengekalan Akta Hasutan yang disambut dengan ghairah oleh ahli-ahli UMNO yang berada di dalam dan di luar dewan Pusat Dagangan Dunia Putra.
“Saya menyokong keputusan ini. Saya menyokong pengekalan ataupun penggubalan mana-mana rang undang-undang yang menjaga keharmonian negara kita, yang menegakkan perlembagaan kita, yang menentukan perjanjian kontrak sosial yang dimeterai oleh bapa-bapa kita ditepati, dan yang menentukan Persekutuan Malaysia tidak dihancurkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini semua saya sokong,” katanya.

Hantu bernama liberalisme

Oleh Dr Wong Chin Huat

Hantu bernama liberalisme
Mengapa orang Melayu boleh terancam apabila mereka dibenarkan berfikir dan membuat keputusan sendiri? Jika liberalisme itu hantu, siapa yang untung sebagai bomoh?
Menurut Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, jika liberalisme tidak ditangani segera, umat Islam dan Melayu yang merupakan majoriti Malaysia akan dirempuh arus fahaman tersebut
Beliau menyifatkan liberalisme sebagai musuh terbaru Umno yang menggantikan PAS.
Tetapi mengapa pula, Umno dulu memusuhkan PAS? Apa salah PAS dahulu?
Beliau berkata, “Kalau dahulu kita cuma berhadapan dengan asakan PAS yang cuba membuktikan siapa lebih Islam."
Kesalahan pertama: Anda bersaing dengan Umno
Apakah salahnya liberalisme sekarang?
Kata beliau, "Dalam realiti hari ini, semakin ramai pula pihak yang cuba membuktikan siapa lebih liberal, bukan siapa lebih Islam."

Nampaknya, siapa yang cuba berlumba dengan Umno, menjadi musuh kepada Umno! Dan kerana Umno itu kononnya memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam, maka apa yang menjadi musuh kepada Umno turut mengancam orang Melayu dan umat Islam.
Persoalannya, apa yang tidak akan mengancam orang Melayu dan umat Islam kalau dapat bersaing dengan Umno?
Pernahkah mana-mana parti atau arus fikiran yang bersaing dengan Umno itu tidak pernah disifatkan sebagai ancaman kepada orang Melayu dan umat Islam?
Lihatlah PAS. Apabila PAS dahulu bersendirian, ia parti ekstrimis yang menolak orang bukan Muslim. Apabila bergabung dengan parti lain, maka ini parti yang diperkudakan orang Cina dan umat Kristian.
Kalau berideologi lain daripada Umno, sama ada Islamisme, sosialisme atau liberalisme, semua itu salah kerana mereka bersaing dengan Umno dan memecahkan Melayu dengan ideologi yang berlainan.
Tetapi, sekalipun ideologinya sama dengan Umno, misalnya Parti Melayu Semangat 46 pimpinan Kuli atau Parti Negara pimpinan Dato’ Onn, mereka tetap bersalah kerana mereka bersaing dengan Umno dan memecahkan Melayu dengan ideologi yang sama.
Dalam kata lain, salahnya bukan ideologi apa, salahnya apakah anda bersama dengan Umno. Kalau anda sama dengan Umno, maka segala-galanya dihalalkan.

Hanya MAS bayar pampasan kepada waris mangsa MH370

KUALA LUMPUR - Hanya Malaysia Airlines (MAS) yang akan membayar pampasan kepada keluarga mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Mac lepas, setakat ini.
  
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, jumlah pampasan yang akan dibayar kepada keluarga mangsa dinilai berdasarkan Montreal Convention 1999 dan pembuktian kerugian  yang ditanggung setiap penumpang.
  
"Namun, MAS menawarkan wang pendahuluan pampasan berjumlah US$50,000 sebagai sebahagian daripada bayaran pampasan penuh kepada setiap waris dan keluarga penumpang selepas kesemua dokumen sokongan yang diperlukan dikemukakan oleh waris dan keluarga penumpang," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
  
Beliau menjawab soalan Mohamed Hanipa Maidin (Pas-Sepang) yang meminta Tiong Lai menjelaskan sama ada kerajaan atau MAS ada membayar apa-apa pampasan kepada keluarga mangsa MH370, dan berapa jumlahnya.

Akta Hasutan: PERKASA cadang sebatan, tahanan tanpa bicara

Pertubuhan pro-Melayu, PERKASA menggesa agar kuasa penahanan tanpa bicara dimasukkan dalam peruntukan Akta Hasutan untuk memperkukuhkan lagi undang-undang itu.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata langkah itu boleh digunakan oleh pasukan keselamatan untuk mempertahankan negara.

Beliau turut mencadangkan agar Akta Hasutan diperkukuhkan bagi melindungi Islam dan agama lain, dan juga hukuman yang lebih keras.

Ibrahim mencadangkan hukuman dua kali sebatan dan hukuman penjara tidak lebih lima tahun.

“Ikut tauladan hukuman yang dibuat oleh Thailand jika menghina raja-raja Melayu,” katanya lagi.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada Najib atas pengumuman bahawa akta tersebut akan dikekalkan dan diperkukuhkan.

Tambahnya lagi, isu berkenaan penguatkuasaan Akta Hasutan tidak harus timbul.

Presiden Umno mungkir janji dan tiada pendirian

Mujahid Yusof Rawa

Merujuk Presiden Umno dalam ucapannya semasa Perhimpunan Agung Umno hari ini, bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan untuk penambahbaikan, saya melahirkan rasa kesal dengan kenyataan tersebut.

1. Pada 11 Julai 2012 Perdana Menteri yang juga Presiden Umno telah berikrar untuk memansuhkan Akta Hasutan dengan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional atas alasan Akta Hasutan tidak lagi relevan. Bagaimana pada tahun 2014 ia menjadi relevan pula?
2. Sehubungan itu apabila Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) yang dibentuk sendiri oleh Jabatan Perdana Menteri, MPKN melalui Jawatankuasa Undang-Undang dan Dasar telah diminta oleh pihak Jabatan Perdana Menteri untuk memberi input kepada undang undang baru bagi menggantikan Akta Hasutan.
3.Pihak Jawatankuasa Undang-Undang dan Dasar telah pun menyediakan input dan mengadakan siri rundingan awam supaya undang-undang baru yang dinamakan RUU Keharmonian Nasional dapat disediakan. Bahkan draf tersebut sudah pun diserahkan kepada majlis penuh MKPN dan pihak Jabatan Perdana Menteri.
4. Dengan memperkukuhkan Akta Hasutan, Presiden Umno dalam ucapannya telah mengirimkan isyarat yang salah bahawa undang-undang penjajah ini perlu dikekalkan sedangkan suasana hari ini menuntut undang-undang negara lebih releven dan menepati zaman.

Kekal Akta Hasutan: Najib kembali masuk ke GUA - Suhaizan

Respon berapi-rapi Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Dato’ Sri Najib Tun Razak untuk tidak hanya mempertahan Akta Hasutan, bahkan akan diperkuat dan diperkukuhkan, langsung mengundang tepukan gemuruh anggota perwakilan UMNO.
Kegembiraan anggota perwakilan UMNO terhadap pengekalan akta drakonian ini sememangnya sudah dijangka umum memandangkan selama ini, akta inilah yang sering disalahguna untuk menutup mulut rakyat dan memenjarakan aktivis oposisi yang kritikal terhadap pimpinan negara yang diketuai oleh UMNO.
Tidak sekadar itu, pendakwaan terpilih melalui akta ini tidak hanya melibas batang tubuh pihak yang terlibat secara langsung dalam perlawanan di pentas politik, namun ahli akademik, aktivis NGO, mahasiswa dan anak muda turut dimangsa dan diheret ke mahkamah dengan akta ini!
Jika kenyataan ini keluar daripada mulut PERKASA atau pemimpin bawahan UMNO mungkin tiada siapa yang ambil peduli. Namun tatkala penegasan ini keluar daripada mulut pemimpin yang cuba digambarkan sebagai ‘wasatiyah’ atau moderat, Najib secara jelas kembali mengheret negara jauh ke belakang seolah-olah cuba untuk kembali masuk ke ‘gua’ dan hidup di era primitif!
Walau ramai pemerhati faham bahawa Najib mungkin terdesak meraih sokongan perwakilan UMNO kerana disaingi rapat oleh Timbalan beliau Tan Sri Muhyiddin Yassin sedari awal lagi, namun untuk merisikokan masa depan negara hanya semata-mata mengejar kedudukan politik dalam parti merupakan langkah yang langsung tidak bertanggungjawab.

Justeru Pemuda PAS Malaysia menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mengutuk pendirian dangkal Presiden UMNO ini dan bangkit agar Akta Hasutan dan juga akta-akta drakonian lainnya juga di’bakulsampah’kan dalam menempa sejarah baru untuk masa depan Malaysia yang lebih baik.

SUHAIZAN KAIAT

KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA

Azmin rayu BN terima peruntukan RM200K, jika nak RM700K sertai Pakatan

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali hari ini 'merayu' kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN supaya menerima wang peruntukan sebanyak RM200,000 setahun yang akan diberi oleh kerajaan negeri mulai tahun depan.

Ketika berucap pada sesi penggulungan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2015, Azmin meminta supaya wang itu diterima demi kepentingan rakyat.

"Pendirian kerajaan negeri adalah kekal dengan peruntukan untuk setiap ADUN pembangkang iaitu RM200,000 setahun kepada 12 ADUN. Ia dikekalkan.

"Saya senyum ini, OK? Terimalah untuk rakyat. Ini merayu ni. Saya merayu terimalah. Demi rakyat," kata Azmin sambil tersenyum.

Selepas itu, Ketua Pembangkang Datuk Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) berdiri dan memberitahu bahawa, pihaknya akan cuba mempertimbangkan pemberian itu.

Bagaimanapun, katanya, atas dasar prinsip, jumlah yang diberikan perlu sama seperti yang diterima oleh ADUN Pakatan Rakyat.

"Kita pun bekerja untuk rakyat. Saya sering berasaskan kepada prinsip. Wakil rakyat tak kira pembangkang atau tidak, dipilih oleh rakyat. Kepentingan kena bersama. Jumlah kena sama. Atas dasar prinsip.

"Kita menolak atas dasar prinsip. Kalau benda ini atas dasar keikhlasan, kita akan mesyuarat balik untuk kaji kedudukan sebenar," kata Shamsudin.

Perkara itu menyebabkan Azmin sekali lagi memberi penjelasan bahawa setiap DUN menerima jumlah wang yang sama iaitu sebanyak RM700,000.

PAU 2014: Dyana 'YB kempunan' vs Puteri 'anak gajah'


Selepas Wanita Umno menggelarkan pemimpin muda DAP Dyana Sofea sebagai 'pemimpin mi segera', hari ini giliran Puteri Umno pula menggelarkan Dyana sebagai 'YB kempunan'.
 
Gelaran itu diberikan Penolong Bendahari Puteri, Nazliah Ali dalam ucapannya sewaktu membahaskan ucapan dasar presiden Umno petang ini.
 
Nazliah memberikan gelaran itu selepas kedengaran seperti tidak berpuas hati dengan sesetengah pihak yang menggelarkan anggota Puteri sebagai 'anak gajah'. 
 
"Ada pula yang membandingkan Puteri dengan 'YB kempunan' di Teluk Intan.
 
"Ada juga yang kata Puteri ini anak gajah sedangkan saiz bukan perbandingan. Cuba tengok dalam dewan bukan semua anak gajah.
 
Bercakap lanjut, Nazliah turut menempelak anggota lelaki Umno yang mmembisu apabila pergerakan itu dikritik oleh Dyana. 
 
"Persoalannya sekarang saya mahu tanya mana pergi lelaki sejati yang sepatutnya mengangkat solidariti dalam Umno?" tanya Nazliah.
 
Beliau turut menempelak tindakan sesetengah anggota Puteri yang cuba menjemput Dyana menyertai Umno.
 
"Hey! Hey! Apa kita ini sudah kebankrapan ahli berkualiti? Kita ini ada doktor serta ahli profesional yang berkualiti. 
 

Jangan guna Akta Hasutan untuk survival Umno, pesan Pak Lah

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan ahli Umno yang Akta Hasutan bukanlah alat untuk diguna mengekalkan kekuasaan Umno kerana tiada undang-undang yang akan menyelamatkan Umno daripada kehilangan kuasa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 November, 2014.  
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan ahli Umno yang Akta Hasutan bukanlah alat untuk diguna mengekalkan kekuasaan Umno kerana tiada undang-undang yang akan menyelamatkan Umno daripada kehilangan kuasa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 November, 2014.

Meskipun menyambut baik pengekalan Akta Hasutan 1948, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan ahli Umno agar tidak menggunakan akta itu demi memastikan kelangsungan Umno berterusan.
Melalui blog miliknya, www.paklah.net hari ini, Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Pak Lah berkata, survival parti itu Melayu bergantung kepada sokongan rakyat dan tanpanya, Umno tidak akan terus memimpin negara.
"Tetapi dalam keghairahan kita menyambut baik pengekalan Akta Hasutan, saya ingin  mengingatkan ahli Umno yang Akta Hasutan bukanlah alat untuk diguna mengekalkan kekuasaan Umno.

"Kekuasaan dan kekuatan Umno datangnya daripada sokongan rakyat, ingatlah, jika rakyat sudah tidak menyokong kita, tiada rang undang-undang di bumi Allah ini yang akan menyelamatkan Umno daripada kehilangan kuasa," katanya. Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak ketika ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung Umno ke-65 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini berkata akta itu akan terus dikekalkan.
Malah, akta kontroversi itu juga akan diperkukuh dengan menambah peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama lain serta mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menuntut pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia.
"Sebagai perdana menteri, saya memutuskan Akta Hasutan akan terus dikekalkan, malah akta ini akan dipertahan dan diperkukuhkan," katanya.
"Akta ini akan dikuatkuasakan secara adil supaya kita benar-benar mewujudkan Malaysia yang lebih aman, stabil dan harmoni," katanya.

Rugi RM5juta Sehari: Parlimen lulus rang undang-undang MAS

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) 2014 dalam memastikan kelangsungan perkhidmatan syarikat penerbangan nasional itu.

Rang Undang-Undang itu antara lain bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pentadbiran Malaysian Airline System Berhad (MAS), syarikat subsidiari milik penuh dan milik separanya.

Ia juga akan menyediakan peruntukan bagi penubuhan entiti baharu dikenali sebagai Malaysia Airlines Berhad yang akan menggantikan MAS sebagai syarikat penerbangan nasional.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali ketiga sebelum diluluskan selepas mendapat majoriti persetujuan daripada anggota Dewan.

Rang Undang-Undang itu mempunyai 37 fasal dan enam bahagian yang mana ia dibahaskan 10 anggota Parlimen membabitkan lima dari Barisan Nasional (BN) dan lima dari pembangkang sejak pukul 11.30 pagi sebelum ianya diumum diluluskan kira-kira pukul 4.45 petang oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Antara ciri-ciri utama dalam rang undang-undang itu ialah membolehkan (MAS) beroperasi pada kos yang munasabah dari kos bekalan, perkhidmatan, kakitangan termasuk kaedah-kaedah kerja dan terma-terma untuk kakitangan baharu.

Rafizi: Dedah nama peminjam MDV..??

MP PKR, Rafizi Ramli menggesa kerajaan mendedahkan senarai penerima pinjaman yang berjumlah RM2 bilion daripada Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV).

Katanya, ia perlu didedahkan memandangkan kerajaan “membatalkan” sebanyak RM400 juta hutang MDV, yang dimiliki sepenuhnya oleh kementerian kewangan.

MP Pandan itu mendakwa, “pembatalan” itu dibuat selepas kerajaan menukarkan pinjaman berjumlah RM400 juta itu kepada saham dengan nilai sama dalam MDV.

"MDV adalah syarikat milik penuh kerajaan, apa-apa tindakan untuk meningkatkan ekuiti kerajaan dalam MDV tidak akan memberi apa-apa perbezaaan dari segi kalawan kerajaan pusat,” katanya dalam satu sidang media di bangunan parlimen.

Firma MDV bertujuan untuk membantu syarikat baru dalam bidang teknologi maklumat dengan memberikan pinjaman dan geran.

Rafizi turut membangkitkan semula satu kenyataan CEO MDV, Mohd Zubir Ansori Yahya, bahawa syarikat tersebut menyalurkan dana sebanyak RM2 bilion kepada 250 buah syarikat.

MAS rugi kerana tak telus, kronisme – Tony Pua

KUALA LUMPUR 27 NOV: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kerugian syarikat penerbangan Malaysia Airlines System (MAS) berpunca daripada ketidaktelusan dan kronisme  yang diamalkan kerajaan Umno BN.
Katanya, kerugian MAS sejak 1996 yang meningkat hampir RM9 bilion itu akhirnya ditanggung rakyat hari ini.
Malah, ditambah pula dengan kerugian besar melibatkan syarikat-syarikat lain seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pembinaan KLIA 2 yang turut dilapor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengalami kerugian sehingga 98 peratus.
“4 tahun sebelum 1994 memang MAS untung besar, servis baik, dipercayai pelanggan sedunia, selepas diswastakan 2 tahun, untung lagi.
“Tapi lepas 1996, 5 tahun berturut turut rugi, semuanya rugi, hutang meningkat RM9 bilion, kerajaan kata tak ada masalah, semua okay.
Katanya, krisis syarikat penerbangan negara itu bermula pada 2002 apabila kerajaan membeli saham MAS bernilai RM1.8 bilion dengan harga RM8 seunit, sedangkan harga pasaran ketika itu RM3.60 seunit.
“Apa yang kerajaan kata ? ‘this is good value’. Siapa Menteri Kewangan ketika itu? Umno kata good value RM8, sekarang nasi lemak yang saya dapat sama kualitinya dengan Air Asia, harganya RM12.50, tapi MAS RM60, macam mana nak untung?” soalnya lagi.

'Reveal MDV borrowers after RM400mil write-off'

Subsidi hapus, lepas ini apa pula?

Oleh HAMBALI AKRAM
SELEPAS puas berpencak silat, akhirnya subsidi petrol dihapuskan dan bermula 1 Disember 2014. Harga bahan bakar ini akan mengikut harga semasa dunia. Begitulah khabarnya kepada kami rakyat Malaysia yang tidak berapa faham sangat tentang permainan harga minyak ini.

Bagi rakyat seperti saya, yang lebih penting ialah harga bahan bakar ini mestilah tidak membebankan kehidupan rakyat secara keseluruhannya, tidak kira ada subsidi atau tidak


Bahkan selama berpuluh-puluh tahun, rakyat diulit ceritera tentang keperluan harga minyak dinaikkan – dengan alasan itu dan ini. Daripada alasan yang cerdik kepada alasan yang paling bangang.

Sebagai rakyat, yang kami maklum bahawa setiap kenaikan harga minyak atau yang cuba dilunakkan dengan ungkapan pengurangan subsidi – ialah akan berlaku rantaian kenaikan harga barangan lain. Maklumlah, semuanya ada kaitan dengan harga bahan mentah ini. Daripada sekecil-kecil mancis hingga sebuah banglo.

Selepas subsidi yang dikatakan berjumlah bilion ringgit ini dihapuskan, saya ingin tahu ke manakah duit itu akan diagihkan selepas tidak lagi digunakan untuk rakyat. Adakah akan diagihkan sesama pak menteri? Adakah dikembalikan kepada rakyat seperti rumah untuk rakyat miskin? Atau bagaimana?

PR buat demo, jika RON95 tidak turun kepada RM1.90 seliter

Tindakan menurunkan harga minyak semata-mata untuk mengaburi mata rakyat
KUALA LUMPUR: Pembangkang akan mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 31 Disember ini sekiranya kerajaan tidak menurunkan harga minyak RON95 kepada RM1.90 seliter.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menurunkan harga minyak beberapa sen, kononnya mengikut harga pasaran hanyalah helah semata-mata bagi mengaburi mata rakyat.
“Hakikat bahawa BN menjamin keuntungan dan kos syarikat minyak sebanyak 30 sen seliter, tetapi enggan memberi hak subsidi 30 sen pada rakyat,” katanya kepada media di lobi parlimen hari ini.
Tambah beliau, mekanisme untuk menentukan harga petrol dan diesel secara ampungan terkawal tanpa subsidi yang diguna pakai sekarang merupakan tindakan tidak adil kepada rakyat yang terpaksa menanggung risiko naik turun harga minyak.
Dalam pada itu, Rafizi mengesa supaya subsidi sebanyak 30sen seliter bagi RON95 juga diberikan kepada rakyat seperti yang dilakukan kerajaan bagi menjamin keuntungan 30sen seliter untuk syarikat minyak.
“Saya fikir sekiranya kerajaan tidak berbuat demikian kepada rakyat, jelas menunjukan tindakan tesebut tidak masuk akal,” ujarnya .

Hapus jawi, kemalangan besar timpa orang Melayu

KOTA BHARU: Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid menyifatkan pemansuhan tulisan jawi pada 1960-an menyebabkan semakin ramai orang Melayu tidak mampu membaca tulisan jawi.

Kesannya, kata Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) majalah Pengasuh yang diterbit sejak 1918 dalam tulisan jawi tidak popular berbanding majalah lain.

“Inilah kemalangan yang besar menimpa tamadun orang Melayu apabila tulisan jawi dimansuhkan Menteri Pelajaran ketika itu.

“Pemansuhan itu menyebabkan beberapa majalah yang diterbit dalam tulisan jawi seperti Pengasuh dan Dian terjejas di pasaran.

“Kalau diambil kira dalam aspek perniagaan mereka boleh mengemukakan saman terhadap kerajaan kerana memansuhkan tulisan jawi,” katanya ketika membentang kertas kerja pada Wacana Majalah Pengasuh di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini, hari ini.

Wacana itu diajur Majlis Agama Islam dan Adat Istidat Melayu Kelantan (Maik) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Dua lagi kertas kerja dibentang Zaidi Hassan dari Perpustakaan Islam Dar Nur al-Zahra' dan Dr Ahmad Faisal Abdul Hamid.

Hadir sama Mufti Kelantan, Datuk Mohd Sukri Mohamad, Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Serpuddin Mohamad, mantan Ketua Pengarah DBP, Datuk A Aziz Deraman, Pengarah Yayasan Islam Kelantan Tengku Azmi Tengku Jaffar.

'Bagaimana anak muda sihat, mati lepas ditangkap?' - Suaram

NGO hak asasi manusia mempertikaikan penjelasan polis berhubung punca kematian seorang lelaki dalam tahanan Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur di Johor awal bulan ini.

Menolak penjelasan bahawa allahyarham mati mengejut, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata perkara itu “tidak masuk akal dan tidak berintegriti”.

“Dalam sijil kematian yang dikeluarkan oleh Hospital Sultan Ismail tertulis si mati mati disebabkan oleh hentakan benda tumpul di dada dan bukan mati secara tiba-tiba,” kata Suaram.

Dalam kenyataannya hari ini, Suaram juga mendakwa polis melarang ayah allahyarham berjumpa dengan anaknya dan didakwa hanya dimaklumkan lama selepas itu oleh pihak hospital.

NGO itu justeru mengesyaki ada “ada sesuatu perkara yang ingin disembunyikan” daripada pengetahuan keluarga.

“Si mati diumumkan mati oleh pihak hospital pada 7.30 pagi dan ayahnya, Syed Mohamed Nur (Ali) hanya dimaklumkan kematian anaknya pada jam 1.00 petang,” dakwa Suaram.

Suaram menggesa pihak bertanggungjawab ke atas kematian itu diheret ke muka pengadilan dan polis “tidak boleh melarikan diri” dengan mengklasifikasikan kematian itu sebagai kematian mengejut.

“Bagaimana seseorang yang muda dan sihat tiba-tiba mati selepas ditangkap oleh polis? ” soal NGO itu.

13 insiden tahun ini

'Ibu saya merungut harga getah murah' - Timb Ketua Pemuda Umno

Pemuda Umno hari ini mencadangkan harga getah diberikan subsidi oleh kerajaan susulan pengapungan harga bahan api.

Cadangan itu dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda Umno, Jamawi Jaafar sewaktu membahaskan ucapan dasar presiden Umno pada perhimpunan agung Umno ke-65 hari ini.

Menurut Jamawi (kanan), ibunya sendiri merungut tentang harga getah yang tidak banyak berubah sejak tahun 80-an lagi.

Menurutnya, pada tahun 80-an, harga sekilogram getah cair adalah sekitar RM1.20 namun kini harganya hanya naik kepada RM1.60 sekilogram.

"Alangkah baiknya kaalu kita dapat mengadakan harga subsidi untuk getah agar anak-anak kampung mendapat pembelaan.

"Kita harapkan di perhimpunan ini nasib penoreh getah dan pengusaha getah dapat juga kita bela sama-sama," kata Jamawi yang berucap selaku wakil negeri Sabah.

Ketua Pemuda bahagian Tenom itu juga turut menyokong pengumuman presiden Umno yang menyatakan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan.

Jelas Jamawi, langkah itu dapat mengekang gerakan untuk membawa keluar Sabah dan Sarawak dari persekutuan Malaysia.

"Pemuda Umno Malaysia bersetuju dan menyokong penuh pembaikan Akta Hasutan agar Sabah dan Sarawak dapat kekal dalam negara Malaysia," katanya.

Perhimpunan agung Umno ke-65 berlangsung sehingga 29 November ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur

Dari rakyat, untuk rakyat!

Oleh Hanif Mahpa dan Azzan Aznan
Adakah kehadiran mahasiswa hari ini dirasai masyarakat awam? Adakah berdirinya bangunan agam universiti di tengah-tengah lautan masyarakat disedari dan dirasai oleh penduduk sekitar?

Mahasiswa untuk rakyat
Mahasiswa seharusnya menjadi agen penyebar ilmu dalam menjunjung perjuangan mencelikkan masyarakat sekitar, terutamanya masyarakat setempat yang berada di sekitar kampus agam.

Seharusnya masyarakat dapat merasakan tempias ilmu yang berlegar di dalam kampus. Hal ini kerana, menjadi satu kerugian amat besar sekiranya keberadaan mahasiswa dan universiti-universiti gagal membawa masyarakat setempat merasa suasana ilmu. Mahasiswa seharusnya turun ke kampung-kampung mahupun pasar malam atau mana-mana pusat sosial sekitar kampus untuk menyampaikan ilmu dengan harapan masyarakat setempat tidak hanya bergantung pada media massa yang kini menjadi sumber rujukan utama.
Aspirasi inilah seharusnya diperjuangkan mahasiswa demi melahirkan bangsa yang celik ilmu pengetahuan.
Di samping itu, mahasiswa seharusnya cakna akan isu dan suasana masyarakat di luar kampus. Mahasiswalah yang sepatutnya merasakan perit lelah masyarakat yang bekerja membanting tulang bagi menyara kehidupan seharian mereka.
Titik peluh mereka inilah yang mengalir dalam wang-wang yang digunakan untuk biasiswa dan perbelanjaan di universiti awam.
Malangnya mahasiswa hari ini cukup angkuh berterima kasih dan leka dengan kehidupan selesa mereka.
Mereka tidak sedar mereka sebahagian rakyat yang tertindas. Mereka tidak lagi turun memperjuangkan isu kemasyarakatan seperti mana yang kita dapat lihat dalam lipatan sejarah apabila mahasiswa sendiri turun ke kampung-kampung bagi memperjuangkan hak rakyat.
Kita dapat lihat kecaknaan mahasiswa akan penderitaan masyarakat apabila ribuan mahasiswa pada 1974 menggerakkan Demonstrasi Baling demi menyuarakan kepada pemerintah agar segera menyelesaikan masalah kemiskinan yang melampau di Baling.
Mereka rela dipenjara demi memperjuang hak masyarakat Baling. Mereka percaya mereka juga mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat, bukan tanggungjawab untuk hadir ke kelas sahaja!
Perjuangan hari ini: Selamatkan Kampung Warisan!

Mashitah sebut ustaz ekspres, apa kata Abby Abadi

KUALA LUMPUR: Perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim digesa menegur dunia hiburan seperti rancangan televisyen yang melalaikan terlebih dahulu dan bukannya menegur mereka yang telah berhijrah.

Bekas pelakon Gerak Khas, Abby Abadi ketika dihubungi berkata, Mashitah sepatutnya lebih peka dalam isu membabitkan gejala sosial remaja yang semakin membimbangkan.

"Kesal bila beliau lebih risaukan dengan wujudnya mereka yang berhijrah mengikut ajaran Islam sedangkan hiburan di televisyen yang semakin melalaikan beliau tidak ambil peduli.

"Jika beliau berpendidikan agama sepatutnya berbangga dengan penghijrahan golongan-golongan artis yang semakin ramai mendekati agama," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, dalam berdakwah perlu menggunakan pelbagai kaedah bagi menarik lebih ramai untuk hadir ke majlis-majlis ilmu terutamanya golongan remaja.

"Saya selalu mengikuti majlis-majlis ilmu yang disampaikan sama ada dalam bentuk hiburan, lawak atau sebagainya, bagi saya itu bukan satu kesalahan.

"Malah saya melihat lebih ramai mereka yang hadir mengikuti majlis-majlis ilmu kerana bagi mereka penyampaian tersebut memberi kesan kepada pemahaman tentang apa yang mereka ingin ketahui," katanya.

Speaker Dewan: Ada 14 hari, jangan sebarangan tanya, fikir dulu

Pakatan: Tiada keputusan persempadanan semula

Akta Hasutan: Dulu, sekarang dan Najib tetap mungkir janji


Kekal Akta Hasutan, janji Najib tak boleh dipercayai sampai bila-bila...

KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan 1948 dilihat keputusan terdesak bagi menjaga kedudukannya sebagai Presiden Umno.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, desakan dari semua peringkat sayap di dalam Perhimpunan Agung Umno memaksa Najib melanggari janji sendiri sebelum ini.

"Najib telah melanggari slogan janji ditepati, oleh kerana ingin memastikan kedudukannya tidak hilang beliau terpaksa mungkir janji.

"Sebelum ini beliau sendiri mengatakan Akta Hasutan itu akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta yang baru tetapi bila merasakan akan ada desakan mengenai kedudukan, janji terpaksa dicapatikan," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau lagi, keputusan Najib ini membuatkan rakyat hilang keyakinan terhadap janji-janji yang telah beliau katakan sebelum ini.

"Rakyat tidak akan percaya lagi dengan apa yang Najib janji selepas ini, untuk menjaga kedudukan janji dengan rakyat beliau khianati," sambung beliau.

Najib berkata Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan memasukkan dua peruntukan khas bagi mengukuhkan lagi akta itu.

Kekal Akta Hasutan: Lihat wajah sebenar PM 'mungkir janji' - Azmin

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (bawah) memungkiri janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Sehubungan itu, Azmin berkata, janji yang pernah dibuat oleh Najib sebelum ini hanyalah untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya.

"Dia tidak menunaikan janji yang dia (Najib) nyatakan sendiri sebelum ini untuk memansuhkan Akta Hasutan.

"Kalau ikut rekod, ada beberapa kali dia telah berjanji (untuk mansuh) menjelang pilihan raya.

"Sekarang kita, rakyat akan melihat watak sebenar perdana menteri yang buat janji hanya untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya dan tidak ada kesungguhan untuk melakukan transformasi," katanya ketika ditemui pemberita di lobi bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam.

'Pertahan Islam bukan dengan akta zalim'

Selain itu, ditanya berhubung pengukuhan akta yang dikatakan bertujuan melindungi kesucian Islam, Azmin berkata mempertahankan agama tidak boleh dibuat melalui akta yang “zalim”.

"Yang mempertahankan Islam bukan dengan satu peruntukan yang zalim, yang tak ada kebebasan dan moral.

“Islam itu agama yang suci dan murni yang menjamin kebebasan hak individu sebagai insan. Bukan guna akta zalim untuk kekang kebebasan rakyat," kata ADUN Bukit Antarabangsa.

Kenapa umum di AGM Umno?

Bagi ADUN DAP, Datuk Teng Chang Khim (bawah) berkata, beliau mempersoalkan pengumuman yang dibuat di Perhimpunan Agung Umno oleh Najib.

Menurutnya, sebagai seorang pemimpin, Najib sepatutnya membawa perkara itu di Parlimen terlebih dahulu sebelum membuat pengumuman kepada seluruh ahli Umno.

Katanya, tindakan Najib itu dilihat hanya untuk membuat provokasi dan memperolehi sokongan daripada orang Melayu.

"Seharusnya perkara sebegitu penting dibangkitkan di Parlimen dulu, bukan di Perhimpunan Agung Umno kerana undang-undang ini dibuat di Parlimen.

“Sepatutnya wakil rakyat dimaklumkan dulu perkara ini untuk dibincangkan sebelum kerajaan ambil sebarang tindakan untuk menggubal undang-undang itu.

"Ini adalah satu taktik politik untuk memperolehi sokongan orang Melayu kepada Umno. Ini bukan satu pentadbiran yang baik," katanya lagi.

Rani: Ada OK, tapi kena adil

Najib kekal Akta Hasutan, kita tetap lawan - Mohd Sabu

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pendirian apabila menegaskan Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, Perdana Menteri itu tidak mempunyai kekuatan untuk memberi dan melakukan perubahan walaupun beliau telah berjanji dengan rakyat untuk memansuhkan akta tersebut.

"Janji dia sebelum ini hanya untuk melunakkan sahaja, Najib tidak kuat. Tidak ada pendirian. Macam isu ISIS dulu pada awalnya dia sokong, sekarang buat auta, tidak ada pendirian!" tegas Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu.

Beliau juga percaya Akta Hasutan itu gagal dimansuhkan kerana ia satu-satunya akta yang menjadi senjata untuk menyelamatkan Umno.

"Akta untuk Umno semata-mata, bukan untuk rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun beliau yang juga Pengerusi Lajnah Demokrasi dan Mobilisasi PAS tidak sekali mengalah dan akan tetap melawan akta itu yang sering disalahgunakan oleh Umno BN.

"Kita tetap akan lawan. Kita akan buat gerakan seperti kita gerakan rakyat menentang ISA dan juga Akta Polis sehingga kerajaan beralah dan memansuhkan Akta Hasutan," katanya.

Hari ini, pada Perhimpunan Agung Umno Najib berkata Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan untuk memasukkan dua peruntukan khas bagi menguatkan dan memperkukuhkan akta itu.

Pakatan: No decision yet on redelineation exercise

Taktik politik Umno dapatkan sokongan Melayu, kata DAP

PAS: Sepatutnya ada Akta Hasutan, tapi 'orang dia lepas'

Najib tiada keberanian lakukan transformasi, kata Azmin

Kekal Akta Hasutan: Najib dalam keadaan tertekan - Rafizi

Pengumuman Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang Akta Hasutan akan terus kekal malah diperketatkan lagi adalah suatu yang sememangnya dijangka.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, pengumuman Perdana Menteri itu sebaliknya membawa mesej jelas yang Najib kini berada dalam keadaan tertekan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Dakwanya lagi, keputusan Najib pada ucapan Perhimpunan Agung UMNO hari ini itu menunjukkan Ahli Parlimen Pekan itu semakin lemah dan terpaksa bertunduk kepada tekanan daripada pihak-pihak lain dalam UMNO.
"Saya rasa orang memang agak dan tahu Akta Hasutan akan dikekalkan tetapi faktanya dia (Najib) terpaksa tertunduk menunjukkan pengaruh dan kedudukannya dalam UMNO goyah. Saya tidak merasakan pengumuman Najib mahu hapuskan akta berkenaan awal lagi adalah wayang semata-mata, dia memang berniat mahu hapuskan (Akta Hasutan).
"Walaupun dicadang ada Akta Keharmonian, saya tidak yakin ia boleh menjamin kebebasan dan keadilan rakyat bersuara tetapi paling kurang mungkin beberapa aspek Akta Hasutan itu akan dikurangkan. Saya rasa beberapa elemen dari Akta Hasutan akan dimasukkan dalam Akta Keharmonian dan saya rasa itu idea Najib awal lagi. Hari ini kamu boleh beri 'good bye kiss' kepada Akta Keharmonian itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Pandan itu juga berpendapat Akta Hasutan itu mungkin dipinda dan dikuatkan lagi sepertimana disebut Najib semasa menyampaikan ucapan dasar Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 2014 di sini hari ini.
Malah Rafizi mendakwa pengumuman Najib tentang mahu menghapuskan Akta Hasutan tidak disenangi ahli-ahli UMNO seperti mana juga beberapa tindakan yang dipuji rakyat seperti pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Khairy, siapa bukan Melayu tak hormat perjanjian?


khairy_umno


KUALA LUMPUR, 27 NOV: Kenyataan Ketua Pemuda Umno mendakwa kaum bukan Melayu tidak menghormati perjanjian hanyalah retorik politik atas kelemahan diti sendiri.
Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong dalam satu kenyataan berkata, jika benar kenyataan Khairy itu, beliau mencabar Menteri Belia dan Sukan itu menamakan secara terbuka pihak mana yang dikatakan ‘tidak menghormati perjanjian’.
“Amat memalukan jika beliau dengan mudah membuat dakwaan secara pukal kepada mana-mana pihak, hanya kerana mahu dilihat sebagai seorang Hero Melayu,” katanya.
Dalam ucapan dasarnya di perhimpunan agung Pemuda Umno, Khairy berkata orang Melayu berkorban dengan memberi kerakyatan kepada bukan Melayu sewaktu negara mencapai kemerdekaan.
Sebagai balasannya, orang bukan Melayu bersedia menerima kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan kedaulatan Raja-raja Melayu.
Dalam pada itu kata Teo, seandainya yang dimaksudkan Khairy sebagai ‘mempertikai’ sama dengan ‘tidak menghormati perjanjian’, jelas beliau wajib kembali ke bangku sekolah.
“Apa jua isu yang berkaitan persoalan atau pertikaian, seharusnya tidak dianggap sebagai ‘tidak menghormati’ mana-mana pihak.
“Adalah lumrah bagi sesiapa pun untuk mempunyai perbezaan pendapat dan ia tidak harus dianggap sebagai sesuatu yang melanggar prinsip keadilan dan perlembagaan apatah lagi dilihat sebagai suatu ancaman,” tegas Teo.

Khairy tuduh parti cauvinis, tapi makin ramai Melayu sertai DAP


lim-guan-eng


KUALA LUMPUR, 27 NOV: Tuduhan Ketua Pemuda Umno kononnya DAP sebagai parti cauvinis tidak mengurangkan, malah menarik minat dan keahlian lebih ramai anak muda Melayu untuk menyertai DAP.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, sebaliknya Umno yang terus menjadi parti eksklusif kepada orang Melayu Bumiputera dan tidak kepada bukan Melayu.
“Bukankah kejayaan menarik minat anak muda Melayu suatu isyarat positif bahawa DAP bukanlah cauvinis mahupun perkauman, tetapi sebuah parti politik berbilang kaum yang berjuang demi seluruh rakyat Malaysia?” kata Guan Eng dalam satu kenyataan.
Tambahnya, Khairy memilih jalan gelap ekstremis seperti Perkasa apabila menggunakan ucapan dasarnya untuk menyalahkan orang bukan Melayu yang kononnya mempersoalkan status raja-raja Melayu, hak dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan rasmi Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.
“Menyalahkan orang bukan Melayu adalah pengkhianatan dan politik jahat Khairy. Ternyata dusta dan berniat jahat untuk menyatakan orang bukan Melayu mempersoalkan hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
“(Sedangkan) Umno sendiri pernah mempertikai kedudukan dan hak Raja-raja Melayu di awal 90-an,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi.
Katanya lagi, Khairy mengambil jalan mudah menggunakan sentimen perkauman kerana tidak mempunyai jawapan dan sedar bahawa Umno bukanlah sebahagian daripada penyelesaian, malah punca masalah sebenar.
Mengapa tak bahas isu ekonomi?

Apa benda yang keramat?


n50bd7096ed5c5


Keramat ada bermacam-macam jenis. Ada yang mistik, ada yang tidak. Contohnya Pasar Datuk Keramat di Kuala Lumpur. Tidak ada banyak yang mistik di situ. Kecuali kalau kita berjalan kaki lebih kurang tiga minit menghala masjid berhampiran; kita akan bertemu kedai nasi ayam yang sangat sedap.
Keramat yang mistik pula contohnya seperti kubur-kubur para alim ulama’ yang diziarahi dan ada kalanya dipuja-puja dengan menyalakan colok dan sebagainya, dengan niat diberikan petunjuk nombor ekor. Atau sekadar dijadikan tempat bertawassul dan bernazar supaya sesuatu hajat dikabulkan.
Tempat-tempat yang keramat ini juga tidak terhad di kuburan orang alim. Malah di busut-busut dan pokok-pokok yang luar biasa besar pun ada juga. Dijamunya busut-busut ini dengan pulut kuning dan ayam panggang tengah malam Jumaat keliwon, dengan harapan beroleh kekayaan dan kesenangan.
Amalan ini bagi sesetengah golongan masyarakat dianggap kebiasaan, serta dijadikan bahan jenaka; terutamanya di kalangan mereka yang lemah semangat. Ada masanya kita dengar juga kisah mereka yang ternampak lembaga bertenggek di busut-busut yang disangka keramat ini, minta dihidang darah kambing contohnya.
Rasanya sudah ada pembikin filem yang menggunakan modal keramat busut dan hantu cekik darah ini semua untuk dijadikan cerita tontonan ramai. Laku pula cerita-cerita seperti ini.

Bung: Pegang Teresa Kok mungkin boleh, saya jangan

Fuel protest to go on, says Pakatan Rakyat


'GST on medicines will hurt patients'

MP PKR Kuala Langat Bahas RUU Malaysia Airline System Berhad (Pentadbiran) 2014

MP DAP PJ Utara Bahas RUU Malaysia Airline System Berhad (Pentadbiran) 2014

Menteri bentang RUU Malaysia Airline System Berhad (Pentadbiran) 2014

'MAS: Negara rugi RM6b tapi kecurangan dimaafkan', rakyat kena tanggung....

Anwar: Kekal Akta Hasutan, Najib mungkir janji rakyat patut bantah

Akta HasutanSHAH ALAM 27 NOV: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan 1948 memungkiri janji yang pernah dilaungkan untuk memansuhkan akta itu.
Anwar berkata Akta Hasutan merupakan warisan penjajah Inggeris untuk menekan pejuang kemerdekaan pada suatu ketika dahulu.
“Akta Hasutan 1948 warisan penjajah Inggeris untuk menekan pejuang kebangsaan kini dipertahan Umno. DSNajib mungkiri lagi, Rakyat harus bantah,” tulis Anwar ditwitternya.
Presiden UMNO itu hari ini mengumumkan akan terus mengekalkan Akta Hasutan 1948 seiring dengan desakan tiga sayap parti itu dalam persidangan mereka semalam.
Najib berkata, bukan hanya akta tersebut dikekalkan malah dua peruntukan khas akan dimasukkan supaya ia lebih berkesan.

MB Selangor: Isu pampasan RM2.6 juta MBI dibentang minggu depan

azminSHAH ALAM, 27 NOV: Laporan penuh audit melibatkan ganjaran kepada bekas kakitangan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) akan dibentangkan dalam Dewan Negeri Selangor (DNS) pada minggu hadapan.
Untuk itu, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) akan terlebih dahulu bersidang pada pagi esok sebelum sidang Dewan Negeri bermula.
Katanya, kebenaran MMKN diperlukan sebelum sesuatu laporan dibentangkan dalam DNS.
“Berdasarkan laporan audit berkenaan banyak perkara boleh dibangkit dan dibahaskan.
“Antaranya persoalan mengapa perlu dipecat sedangkan yang berundur hanyalah pengerusi MBI sahaja, yang lain tidak.
“Tetapi mereka pilih dipecat untuk memperoleh ganjaran, jika meletak jawatan mereka pula yang kena bayar tiga bulan gaji,” katanya.
Baru-baru ini, media melaporkan beberapa kakitangan MBI diberikan pampasan besar mencecah RM2.6 juta ekoran pengunduran mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga pengerusi MBI.