Rabu, 26 November 2014

KAMI HANYA MAHUKAN HARGA MINYAK TURUN, HARGA RUMAH TURUN, HARGA KENDERAAN TURUN & KURANGKAN PROGRAM2 BERUNSUR MAKSIAT SERTA HIBURAN YANG MELALAIKAN wahai KJ !!!



Wanita Umno masih kuat, tak perlu gamat atau pelincir, kata Shahrizat

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menggamatkan dewan hari ini apabila menggunakan perkataan "gamat dan pelincir" bagi menggambarkan sayap Wanita Umno itu masih relevan dan kuat.
Shahrizat menangkis tanggapan mengatakan mereka dipenuhi generasi tua, sebaliknya menegaskan mereka merupakan tulang belakang kepada parti utama kaum Melayu tersebut. "Tua bukan sebarang tua, kita tua tak terlantar, mai lah celen (marilah lawan). 
 "You umur 60, I umur 60, siapa lagi kuat? Tidak payah pakai gamat atau minyak pelincir," kata Shahrizat semasa ucapan penggulungan Wanita Umno petang ini.
Dalam pada itu, Shahrizat berkata walaupun Wanita Umno mungkin dilihat tua pada usianya, ia bukan alasan mereka tidak mampu bersaing dan memberikan sumbangan kepada perjuangan parti.
"Saya tidak takut atau gementar dengan mereka yang lebih muda dan cekang," kata Shahrizat. Shahrizat berkata, tanpa peranan yang dimainkan Wanita Umno, tidak mustahil menyebabkan ketempangan dalam parti.
"Saya takut kalau ramai daripada generasi ketiga pergi semua, lompong habis Umno ini. "Hari ini saya nak tanya, siapa yang menangkan Umno dalam pilihan raya kecil?" soal Shahrizat.
"Jangan pandang rendah kepada kami (don't take us for granted)." Shahrizat juga berkata, apa yang penting sebagai seorang pemimpin adalah ketokohan, serta menyeru Wanita Umno supaya tidak rasa dipinggirkan dalam parti. "Dalam politik adalah ketokohan, jangan sesekali rasa kita tidak berguna," katanya.

Ya, saya memang rasis - KJ

Khairy Jamaluddin
"Jika Lim Guan Eng kata saya rasis, memang saya mengaku rasis kerana saya mewakili parti UMNO yang akan tetap mempertahankan hak-hak orang Melayu selagi hayat dikandung badan."
Itu kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika berucap pada penutup Persidangan Pemuda UMNO di PWTC Kuala Lumpur petang tadi.
Katanya, apa hak Guan Eng untuk menghalang saya mempertahankan hak orang Melayu? Hari ini adalah perhimpunan agung parti Melayu UMNO dan kita jadikan perhimpunan ini untuk membincangkan tentang masa depan orang Melayu. Saya bercakap bagi pihak orang Melayu sebab saya pemimpin berbangsa Melayu.
"Sampai bila-bila pun selagi saya dan rakan-rakan pemuda masih hidup, kami tetap akan memperjuang dan mempertahankan hak orang Melayu," ujarnya.
Jelas Khairy lagi, melabelkan dirinya sebagai rasis tidak bermakna nasib bukan Melayu diabaikan.
"Kita tinggal dalam negara berbilang kaum dan saya juga adalah pemimpin yang dipilih rakyat. Pembangkang hanya menangguk di air keruh bila saya perjuangkan hak orang Melayu sedangkan saya tidak menyentuh hak kaum lain.
"Mereka buat cerita untuk keruhkan keadaan padahal, hak orang Melayu tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun," ujarnya.

Najib diramal umum tak jadi hapus akta hasutan - Zam

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berubah fikiran setelah berjanji akan memansuhkan Akta Hasutan 1948 sebelum ini, kata bekas anggota kabinet Tan Sri Zainuddin Maidin.

Zainuddin (bawah) yang juga bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu berkata, pengumuman rasmi berhubung perkara itu akan dibuat esok.

“Bagaimanapun Najib tidak akan mengembalikan ISA ( Akta Keselamatan Dalam Negeri) yang dihapuskannya, yang disifatkan oleh mantan ketua hakim negara Tun Abd Hamid Mohamad sebagai perbuatan bodoh,” katanya.

Menulis dalam blognya hari ini, Zainuddin berkata, Najib membuat keputusan itu berikutan bantahan dan tekanan yang semakin kuat dan keras daripada dalam Umno menjelang perhimpunan agung parti itu esok.

Ia, katanya, dibuat dengan mengambil kira hasrat Umno bahagian-bahagian di seluruh negara yang kini nekad untuk menentang hasrat itu.

Malah, tambahnya, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam ucapannya kepada perwakilan Pemuda memberi amaran Malaysia akan hancur tanpa akta itu dan ia disokong kuat Wanita Umno.

"Datuk": Dewan Diraja T'ganu nafi ahli terima sogokan

Dewan Pangkuan DiRaja Terengganu menafikan anggotanya terbabit menerima wang atau lain-lain pemberian bagi membantu mana-mana individu, pertubuhan atau syarikat mendapatkan gelaran 'Datuk' di negeri itu.

Menurut dewan itu, siasatan mendapati dakwaan dibuat oleh seorang ahli perniagaan China bernama Li Yang dalam sebuah akhbar antarabangsa baru-baru ini adalah tidak benar.

"Dewan Pangkuan DiRaja Terengganu pada hari Ahad 30 Muharram 1436 bersamaan 23 Nov lepas telah mengkaji dan meneliti dakwaan-dakwaan Li Yang.

"Dakwaan itu dipetik dalam akhbar The New York Times bertarikh 19 Nov dan Utusan Malaysia bertarikh 22 Nov yang antara lain mendakwa telah membayar AS$100,000 (RM334,815) kepada ahli politik Barisan Nasional (BN) untuk mendapat gelaran Datuk.

"Dewan Pangkuan Diraja Terengganu telah membuat siasatan awal terhadap dakwaan-dakwaan itu dan mendapati dakwaan-dakawaan tersebut adalah tidak benar," menurut badan itu dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

"Wanita Umno tua bukan sebarang tua" - Kak Jat

Walaupun tugas dan tanggungjawab semakin bertambah, Wanita Umno harus ingat bahawa anggota pergerakan itu masih “kuat” dan “bukan sebarang tua”.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata, perkara itu tergambar dalam siri pilihan raya sebelum ini apabila mereka turun padang  memainkan peranan besar memenangkan BN.

I umur 60, you umur 60 mari kita challenge siapa lagi kuat. Tak payah pakai gamat atau minyak pelincir,” ujarnya berseloroh.

Beliau juga menolak tanggapan bahawa anggota golongan itu semuanya sudah berusia dan tidak lagi berupaya membantu Umno.

“Tua bukan sebarang tua.

"(Walaupun) kita tua, kita tidak terlantar (sakit), marilah challenge,” katanya dalam ucapan penggulungan dalam persidangan pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (KLCC) hari ini.

Bekas menteri wanita itu juga menegaskan bahawa Wanita Umno adalah tulang belakang dan memikul tanggungjawab besar dalam parti.

“Kita bukan sayap parti tetapi tulang belakang,” katanya.

Shahrizat dalam ucapan dasarnya pagi tadi antaranya meminta satu tempat diberikan kepada wanita Umno bagi jawatan naib presiden apabila pindaan perlembagaan parti dibuat.

Kerajaan Dalam Kerajaan: “Kami akan heret Putrajaya ke mahkamah” - Gan Pei Nei

bn putrajayaSHAH ALAM, 26 NOV: Kerajaan Negeri akan mengheret Kerajaan Persekutuan ke mahkamah jika Putrajaya berdegil mewujudkan kerajaan dalam kerajaan di Selangor.
ADUN Rawang, Gan Pei Nei berkata, perkara itu ditegaskan Exco Tetap Pelaburan, Ean Yong Hian Wah, ketika isu pertindihan kuasa Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan JKKK lantikan Persekutuan dibangkitkan di dalam Dewan Negeri Selangor (DNS).
“Pada tahun 2013, kita difahamkan Kerajaan Persekutuan juga mahu wujudkan jawatan seperti Ahli Majlis seperti di pihak berkuasa tempatan (PBT) dan juga jawatankuasa penduduk seperti JKP.
Gan Pei Nei“Ini menyalahi undang-undang kerana dalam Perlembagaan dikatakan Kerajaan Tempatan dibawah kuasa Kerajaan Negeri,” katanya, di sini, hari ini.
Selangor Kini diberitahu elemen seolah subversif itu mendapat pembiayaan untuk melaksanakan program dan projek.
Pei Nei berkata, tindakan Putrajaya itu memecahkan persaudaran sesama orang kampung.
Katanya, kebanyakan projek dilaksanakan tanpa kelulusan PBT atau Pejabat Tanah sehingga menyebabkan pertindihan projek yang dilaksanakan.
“Pernah berlaku satu jalan diturap dua kali oleh JKKK(P) melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan juga JKKK. Jadi, kita nampak ada pertindihan yang akhirnya menyebabkan pembaziran wang rakyat,” katanya.
Pei Nei berkata, JKKK(P) wujud sejak Pakatan Rakyat mengambil-alih pentadbiran Selangor, manakala pelan melaksanakan JKP Persekutuan masih belum dilaksanakan pada peringkat ini.

Yang kekal hanya yg berpegang teguh kpd agama Islam.. Bukannya melayu semata2..


"Kuman Di Seberang Lautan Tampak, Gajah Di Pelupuk Mata Tiada Tampak" !!!


Infrastruktur pendidikan dicemari tender terus

Kerajaan perlu tamatkan era tender secara terus yang merampas hak anak-anak kita menikmati infrastruktur asas yang berfungsi dengan baik.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, menggesa Kementerian Pendidikan supaya memberi perhatian kepada masalah infrastruktur Pendidikan di sekolah termasuk mengkaji semula pemberian kontrak secara terus dan mengambil tindakan sekiranya kualiti kerja tidak memuaskan.
e1050-nurul-izzahMenurut beliau, Malaysia juga tidak mempu menyaingi negara-negara serantau seperti Vietnam dan Singapura dari segi taraf pendidikan yang mana tahap infrastruktur berada dalam keadaan yang tidak memuaskan.
“Wajib bagi kerajaan menamatkan era tender terus yang merampas hak anak-anak kita menikmati infrastruktur asas yang berfungsi dengan baik dalam melakar masa depan pendidikan yang cemerlang,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Tambah Nurul Izzah, apa yang lebih mengejutkan adalah terdapat 1500 buah sekolah yang tidak mempunyai bekalan air bersih, 300 sekolah tanpa bekalan elektrik, 2700 sekolah tanpa makmal komputer dan 2000 sekolah tanpa makmal sains.
Sementara itu, beliau juga turut mempersoal jumlah wang yang diperuntukan kepada Kementerian Pendidikan sebanyak RM 7.824 billion bermula tahun 2012 hingga 2015 untuk membangunkan sektor pendidikan.

Fahami maksud Muhyiddin, Pas bukan lagi musuh Umno

Spekulasi bahawa Pas sedang menjalini hubungan dengan Umno sehingga memungkinkan wujud kerjasama politik tidak dapat disusuk selindungkan lagi. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin secara simbolik tetapi gampang untuk difahami.

Myhyiddin Yassin
Semasa berucap merasmi persidangan serentak Pemuda, Wanita dan Puteri Umno malam tadi, Muhyiddin mengakui musuh Umno kini bukan lagi Pas tetapi liberalisme.

"Kalau dahulu kita cuma berhadapan dengan asakan Pas yang membuktikan siapa lebih Islam," katanya. Bagaimana pun menurutnya dalam realiti hari ini semakin ramai pihak yang cuba membuktikan siapa lebih liberal, bukan siapa lebih Islam.

Walaupun Muhyiddin tidak menjelaskan siapakah atau parti mana yang memperjuangkan liberalisme tetapi ia jelas ditundingkan kepada Pakatan Rakyat tanpa Pas iaitu DAP dan PKR.

Apa yang boleh difahami dengan pernyataan Muhyiddin itu, Umno tidak lagi takut dengan Pas yang menjadi saingannya selama ini tetapi apa yang digerumi ialah Pakatan Rakatan (tanpa Pas) yang cuba membawa konsep liberalisme dalam beberapa aspek kehidupan yang boleh menjejaskan Melayu dan agama Islam.

Mungkin Pas bagi Umno dan Muhyiddin sudah boleh dijinakkan dan tiada masalah lagi untuk diheret duduk bersama.
Pengakuan Muhyiddin itu membenarkan kebimbangan sesetengah orang dalam parti agama itu yang Umno kini sedang giat memasang jerat untuk menjerut leher Pas atas nama agama dan bangsa.

Perubahan dalam Pas sehinggakan Muhyiddin Yassin tidak perlu takut kepada Pas itu menunjukkan Pas menerima konsep Islam dibawa oleh Umno selama ini. Umno tidak mudah untuk akur kepada Pas berhubung kepercasyaan dan komitmennya kepada Islam, sebaliknya boleh berlaku kepada Pas.

Kewujudan kerjasama Umno - Pas sekurang-kurangnya peringkat asas dan permulaannya tertunjuk dengan apa yang berlaku di Kelantan. Penubuhan jawatankuasa teknikal mengenai Hukum Hudud memberi petanda wujud persefahaman Islam antara kedua buah parti. Bertolak dari itu, kelembutan Pas menerima konsep "wassatiyah" Umno membolehkan Muhyddin dan Umno tidak lagi menganggap Pas sebagai musuh. Pas kini sudah membuka pintu bilik utama rumahnya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri tak faham penderitaan pelarian di Malaysia


Wan Junaidi


KUALA LUMPUR, 26 NOV: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar tidak memahami hak pelarian yang dijamin oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming berkata, Wan Junaidi gagal menjawab dua soalan dibangkitkannya mengenai dokumentari Malaysia Unwanted yang disiarkan Al-Jazeera 101 East berhubung layanan terhadap pelarian di Malaysia.
“Semalam, saya bangkitkan dua kisah yang dipaparkan dokumentari itu, menunjukkan Malaysia telah melanggar Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
“Pertama, tentang seorang pelarian Myanmar yang dilokap tidak lama selepas melahirkan anak dan terpaksa berpisah dengan anaknya itu.
“Kedua, tentang tahanan Afghanistan hanya dibenarkan berjumpa anaknya yang turut ditahan sekali dalam sebulan. Selepas setahun, anaknya tidak mengenalinya lagi,” katanya dalam satu kenyataan.
“Wan Junaidi hanya menjawab anak itu terpaksa ditahan dengan alasan agar dekat dengan bapanya.
“Ini mengabaikan syarat khusus dalam Konvensyen itu, untuk melindungi kebebasan anak. Anak hanya boleh ditahan sebagai jalan terakhir dan untuk tempoh pendek sahaja,” katanya.
Kata Kian Ming, alasan itu tidak terpakai dalam kes pelarian Afghanistan tersebut, memandangkan anaknya bukan sahaja ditahan lebih setahun, malah hanya dibenarkan berjumpa bapanya sekali dalam sebulan.

UMNO gagal berubah, siapa perlu diubah?

Oleh Shahbudin Husin
UMNO mengadakan Perhimpunan Agung tahunannya sekali lagi. Jika dikira daripada tarikh ia ditubuhkan pada 1946, usia UMNO ketika ini sudah mencecah 68 tahun dan kalau ia seorang manusia pula, ia adalah seorang tua yang sudah dijangkiti banyak penyakit serta tidak berada lama lagi hayatnya di dunia ini.
Tetapi sebagai entiti yang tiada tempoh matinya, usia UMNO sukar diramalkan. Hayatnya mungkin panjang dan mungkin juga pendek. UMNO ketika ini bukan saja menjadi antara parti paling lama berkuasa tanpa henti, bahkan mungkin satu-satunya parti yang menuntut kemerdekaan yang masih kekal menggenggam kuasa.
Sejak pilihanraya 2008, UMNO telah mengalami kemerosotan sokongan yang ketara daripada rakyat. Buat pertama kalinya, BN yang ditunjangi UMNO hilang majoriti dua pertiga pada pilihanraya 2008 dan kemudian pilihanraya 2013 pula, bukan saja terus merosot jumlah kerusinya, malah turut kehilangan undi popularnya.
Apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kepimpinan parti dan negara pada 2009, beliau sedar parti ketika itu dalam keadaan lemah dan makin merosot. Lantaran itu, peringatan awal yang kerap dilontarkannya ialah "berubah sebelum rebah" supaya ahli parti di semua peringkat segera memperbaiki diri, bermuhasabah serta melakukan perubahan.
Malangnya, dalam tempoh 2009 hingga pilihanraya 2013, melalui pelbagai slogan dan pendekatan yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib,  sokongan rakyat tidak juga menjelma. Selain kehendak rakyat makin kritikal dan pelbagai, isu yang menghantui rakyat juga ialah tiadanya perubahan dalam diri pemimpin yang sering melaungkan slogan "berubah sebelum rebah" itu.
Bagi kebanyakan rakyat dan ahli UMNO sendiri, mereka mendapati Datuk Seri Najib tidak bersungguh-sungguh berubah sebagaimana beliau meminta pemimpin dan ahli UMNO yang lain agar berubah. Dengan pelbagai isu yang membeliti diri dan keluarganya sejak 2009, dari isu kemewahan, pembaziran, penonjolan isteri yang keterlaluan, perbelanjaan, mengurus kerajaan dan sebagainya, jelas tergambar bahawa Perdana Menteri juga gagal berubah sebenarnya.

Pertahan Akta Hasutan: Malang Khairy belajar di Oxford – Nik Nazmi

KUALA LUMPUR 25 NOV: Adalah malang apabila Ketua Pemuda Umno yang mendapat pendidikan terbaik di Universiti Oxford tetapi tidak boleh menerima keterbukaan dan pandangan ahli akademik, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau mengulas ucapan Khairy Jamaluddin di Perhimpunan Agung Umno hari ini yang  mendakwa negara pasti hancur jika Akta Hasutan 1948  tidak dipertahankan.
Nik Nazmi“Selama ini kita lihat, pemimpin Umno sendiri dan kumpulan-kumpulan ekstrem yang didokong Umno memainkan isu-isu sensitif, tiada kekecohan berlaku meskipun hampir keseluruhannya tidak didakwa di bawah Akta Hasutan.
“Sebaliknya, pemimpin Pakatan, aktivis masyarakat, mahasiswa, ahli akademik dan agamawan menjadi mangsa,”
“Malang sekali, Khairy sendiri mendapat pendidikan terbaik di Universiti Oxford, tetapi nampaknya tidak dapat menerima keterbukaan ahli akademik di Malaysia,” sindirnya dalam satu kenyataan.
Beliau merujuk kepada beberapa tindakan kerajaan terhadap ahli akademik, antaranya Dr Aziz Bari dan Profesor Azmi Sharom yang didakwa di bawah undang-undang itu.
Nik Nazmi menegaskan, peruntukan di bawah Kanun Keseksaan sudah mencukupi untuk mengambil tindakan terhadap ucapan yang menimbulkan kacau bilau, tanpa menggunakan undang-undang lapuk seperti Akta Hasutan.

Umno sendiri persoal Vernakular

Dalam pada itu beliau membidas ucapan Khairy yang mengingatkan golongan bukan Melayu supaya tidak mencabar kedudukan bumiputera.
“Beliau (Khairy) berkata perkara-perkara dalam Perlembagaan seperti hak pendidikan vernakular tidak dipersoalkan oleh masyarakat Melayu.
“Namun pemimpin-pemimpin Umno sendiri sebelum ini mempersoalkannya,” kata Adun Seri Setia itu.

Tiada makcik hancurlah Umno kata Kak Jat

Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat hari ini mengingatkan semua supaya tidak memperkecilkan peranan wanita Umno.

Shahrizat dalam ucapan dasarnya mengenai pindaan perlembagaan Umno di perhimpunan agung Wanita Umno menegaskan langkah mayatnya terlebih dahulu sebelum peranan wanita dipekecil.

"Langkah mayat saya sebelum saya biar Wanita diperkecilkan,” katanya tegas disusuli tepukan gemuruh dari wanita Umno yang lain.

Shahrizat (kanan) turut mendapat sorakan apabila beliau berkata “kalau tidak ada makcik maka hancurlah Umno”.

“Kalau tak ada makcik, maka tak ada yang muda, tak ada pemuda,” katanya.

“Kalau saya tak ada, apa yang akan jadi dengan Umno?”

Shahrizat dalam ucapannya meminta satu tempat diberikan kepada wanita Umno bagi jawatan naib presiden Umno apabila pindaan perlembagaan parti dibuat.

"Susah sangat ke nak bagi satu tempat?” soalnya.

Shahrizat berkata, cadangan itu dikemukakan bagi mencapai penyertaan 30 peratus wanita dalam bidang pembangunan dan penggubalan dasar negara.

Petikan ucapan Shahrizat

 
Di dalam perhimpunan ini saya dan Wanita Umno secara tegas menyatakan bahawa kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu di luar sana yang mahu mengugat atau mempertikaikan Agama Islam sebagai agama rasmi, hak keistimewaan Raja-Raja, hak keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak serta kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang termaktub di dalam Perlembangaan Persekutuan. 
 
Bagaimanapun kita sebagai orang Melayu dan Bumiputera mempunyai tanggungjawab untuk hidup dengan harmoni bersama bangsa-bangsa lain dalam Negara ini dan kita juga mesti menghormati hak-hak bukan Melayu yang termaktub dalam Perlembgaan Persekutuan. Maka saya mohon supaya janganlah sesiapa mempersoalkan kerakyatan dan kewarganegaraan bangsa seperti kaum Cina dan India yang lahir di sini. Jika kita tak mahu mereka mempersoalkan keistimewaan kita sebagai orang asal tanah ini, kita juga mesti menghormati mereka sebagai rakyat yang mempunyai hak di Negara 
 
AKTA HASUTAN 1948 

Azmin : ADUN BN patut bersyukur

Ia menunjukkan pihak kerajaan negeri mengiktiraf pihak pembangkang.

SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali menyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) sepatutnya bersyukur dengan peruntukan yang diberikan Kerajaan Negeri Selangor kepada mereka.
Azmin berkata ia merupakan langkah yang baik menunjukkan pihak kerajaan negeri mengiktiraf pihak pembangkang.
Beliau menambah, walaupun pihak pembangkang menolak peruntukan berjumlah RM200,000 setahun, namun beliau tetap akan memberinya.
“Ya..ya..kita kekalkan,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Annex Shah Alam hari ini.
Semalam, pihak Pembangkang Selangor menolak RM200,000 setahun yang diperuntukkan kerajaan negeri kepada BN.
Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Shamsudin Lias yang mewakili 12 ADUN BN menyifatkan pemberian tersebut sebagai penghinaan terhadap mereka.
Mengulas lanjut peruntukan tersebut, Azmin yang juga merupakan ADUN Bukit Antarabangsa berkata dari segi kuantiti peruntukan, ia sebenarnya adalah sama.
“Setiap kawasan kita sebenarnya beri RM700,000. Cuma kawasan yang kami kalah kepada BN, mereka (ADUN BN) akan uruskan RM200,000 dan penyelaras DUN (Pakatan Rakyat) kami akan berikan RM500,000.
“Secara keseluruhannya RM700,000 akan diberikan kepada rakyat,” ujarnya.

Belanjawan berani & bertanggungjawab, bukan sekadar populis - Dr Dzulkefly

10801816_818849664846048_3237730925260679204_nSHAH ALAM, 26 NOV: Dato’ Menteri Besar, Mohamaed Azmin Ali mempunyai matlamat jelas dan tidak sekadar populis tetapi bertanggungjawab serta pruden ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2015, pada 24 November lalu.
Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, walaupun membentangkan belanjawan defisit bernilai RM450 juta tetapi ia lebih baik berbanding belanjawan tahun lalu.
“Mengimbangi anggaran belanjawan berjumlah RM2.422 bilion, sebanyak RM1.288 bilion atau 53.19 peratus peruntukan perbelanjaaan mengurus dan RM1.134 bilion (46.81%) bagi perbelanjanan pembangunan adalah satu pendekatan yang pruden bagi memacu kerancakan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.
“Jelasnya, ia lebih baik dari belanjawan tahun lalu yang menggunakan 66.2 peratus dari anggaran belanjawan untuk mengurus dan 33.8 peratus untuk pembangunan,” katanya yang juga mantan Ahli Parlimen Kuala Selangor.
dr dzul close 02Beliau berkata, tuntutan utama adalah Dato’ Menteri Besar untuk mempunyai disiplin fiskal yang tinggi dan pihak birokrasi untuk memungut hasil cukai serta hasil bukan cukai dengan berkesan tanpa tiris dengan belanjawan defisit.
Katanya, Mohamed Azmin memiliki keazaman tinggi untuk tidak membentangkan belanjawan tambahan kecuali kedudukan luar dugaan seperti mala petaka.
“Kerajaan Persekutuan berlaku sebaliknya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menggunakan hampir 80 peratus dari belanjawan untuk peruntukan pengurusan yang membengkak.
“Hampir semua peruntukan pembangunan (20 peratus) adalah defisit yang dibiayai melalui pinjaman,” katanya.
Dzulkefly berkata, RM277.3 juta yang diperuntukkan bagi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan RM106.6 juta bagi perkhidmatan masyarakat, pembangunan luar bandar, sektor perbandaran serta pembangunan usahawan adalah bukti keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan rakyat keseluruhannya.
Katanya, antara strategi belanjawan iaitu ‘membesarkan lapisan kelas menengah’ adalah menarik, strategik dan penting.
“Mengikut laporan UNDP-Malaysia yang baru dibentang semalam, kelompok kelas menengah di Malaysia mengalami kebekuan atau ‘stagnation’ sekitar 20 peratus rakyat berbanding negara maju seperti Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura pada sekitar 50 hingga 55 peratus.
“Selangor sebagai negeri terkaya dan termaju wajar mempunyai kelas ‘menengah atas’ yang lebih lebar dengan kerancakan pelaburan serta kegiatan ekonomi bernilai tambah lebih tinggi.
Golongan berpendapatan rendah pula memasuki kelompok ‘menengah rendah’ dengan pelbagai program hijrah untuk meningkat pendapatan,”katanya.

Najib, menantu Hadi diperolok dalam isu IS

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menantu Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang hari ini diperolok ekoran kenyataan kontroversi mereka berhubung Negara Islam (IS) sebelum ini.

Ia berlaku ketika kertas putih berhubung ancaman kumpulan bersenjata itu dibentangkan di parlimen hari ini.

Ia bermula apabila Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) dan Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) ketika perbahasan membangkitkan kenyataan Najib lima bulan lalu yang menggesa anggota Umno mencontohi semangat IS.

Kamaruddin menegaskan bahawa anggota PAS dilarang menyokong IS.

Najib dalam ucapannya pada 24 Jun dilaporkan berkata sama ada suka atau tidak, harus diakui bahawa 1,300 pejuang IS telah mengalahkan 30,000 tentera Iraq.

Katanya, ia berlaku kerana tentera republik negara itu takutkan orang yang berani.

Bagaimanapun, Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) kemudian bangun dan menyerang menantu Hadi, Zaharuddin Muhammad.

Katanya, beliau terkejut dengan kenyataan wakil Tumpat itu kerana Zaharuddin di media sosial gembira dan teruja apabila IS menawan beberapa bandar di Iraq.

Muhyiddin Minta Pemilihan UMNO 2016 Tidak Ditangguhkan Lagi, Beranikah Najib?

Ramai yang memuji ucapan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin semasa perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri malam tadi. Ucapan beliau yang menyentuh banyak perkara dan masalah dalam parti disifatkan sebagai ucapan berterus-terang untuk memulihkan semula semangat dan kekuatan UMNO.

Beliau bukan saja menyentuh mengenai keperluan berubah, tetapi juga membangkitkan isu-isu perebutan sesama sendiri dalam parti yang terus berlaku, walaupun hakikatnya UMNO semakin merosot dan merudum sokongannya di kalangan rakyat.

Apa yang diperkatakan oleh Muhyidin itu memanglah sesuatu yang benar dan tiada yang benar, melainkan benar belaka. Cumanya, jika kita imbau ucapan beliau selaku orang nombor dua dalam parti sejak 2009 lalu, itulah lebih kurang intipatinya setiap tahun.

Periksa dan amatilah ucapan Muhyiddin ini sejak beliau menjadi orang nombor dua dalam parti dan kerajaan. Itulah retoriknya setiap tahun, mungkin hanya ada satu dua perkara baru saja yang dijadikan tambahan dalam ucapannya.

Berubah, berubah dan berubah. Tapi apa yang berubah setakat ini? Kalaulah perkataan berubah itu sendiri merupakan sesuatu yang hidup dan bernyawa, tentulah dia juga turut letih kerana setiap tahun semua orang menyebut-nyebut namanya dengan kerap sekali.

Daripada Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, ketua-ketua sayap, jurucakap sehinggalah kepada pemerhati yang bersidai di kedai kopi sekitar PWTC, semuanya tidak pernah tertinggal menyebut perkataan perubahan itu.

Sekali lagi, apa yang berubah? Bukan saja perwakilan daripada seluruh negara lupa untuk berubah apabila pulang ke kawasan masing-masing, bahkan Presiden dan Timbalan Presiden pun sama lupa untuk berubah sebaik perhimpunan berakhir.

Sebab itu, sepanjang masa sentiasa saja berlaku perkara-perkara yang meresahkan rakyat. Ia berlaku silih berganti daripada satu isu kepada satu isu yang lain. Isu pembaziran, pemborosan, kemewahan, mengutamakan kroni dan kaum keluarga dalam projek-projek kerajaan dan seumpamanya terus juga berlaku tanpa henti-henti.

Sekiranya pemimpin memahami apa itu perubahan, seharusnya merekalah yang lebih dulu berubah. Tunjukkanlah perubahan yang nyata di depan ahli UMNO dan rakyat semua. Ingatlah bahawa cerminan paling utama bagi pemimpin UMNO ialah peranan dan tanggungjawab mereka dalam mengurus kerajaan dan dalam kehidupan seharian.

Seharusnya berhentilah bercakap mengenai perubahan kerana sekarang adalah masa untuk bertindak. Setelah lima atau enam tahun bercakap perkara yang sama tidak lebih hanya menunjukkan kegagalan bertindak sebenarnya.

Tuntutan wanita UMNO isu lama

Shahrizat: Kita nak minta kerusi ditambah, bukan nak ambil tempat orang.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan tuntutan wanita UMNO untuk menambah satu kerusi Naib Presiden diberikan kepada mereka adalah satu isu yang lama.
Beliau berkata itu bukan satu perkara yang baru dan dalam forum wanita memang kelihatan mendapat sambutan.
KHishammuddin menjelaskan beliau sudah mengingatkan kepada wanita dahulu dan transformasi perubahan itu mesti secara holistik.
“Wanita perlu pandai membawa diri dengan peringkat parti induk dan ini merupakan sesuatu yang kita ada kebijaksanaan untuk menanganinya,” katanya ketika ditemui pemberita di bilik media PWTC.
Hishammuddin menegaskan tidak mustahil sesuatu transformasi perlu dilakukan kerana parti itu sejak dahulu lagi tidak takut membawa perubahan.
Beliau berkata bukan sahaja wakil Wanita UMNO tetapi sesiapa yang ada kepentingan boleh melakukannya, kalau diterima oleh parti.
Sementara itu, beliau turut mengingatkan bahawa UMNO telah melakukan pembaharuan sejak dari dahulu lagi.
Sebelum itu, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengulangi permintaan untuk meminta manambah satu jawatan Naib Presiden UMNO untuk sayap Wanita.

Astro sudah melampau – Khairy

Tidak mengapalah kalau ada persaingan, tetapi Astro memonopoli. Janganlah menyusahkan rakyat dengan bayaran yang tinggi
KUALA LUMPUR: Stesen televisyen satelit berbayar, Astro sekali lagi dikecam berhubung kadar bayarannya yang dianggap keterlaluan dan membebankan pengguna.
Kecaman terhadap Astro kali ini dilemparkan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan stesen televisyen yang memonopoli hak penyiaran itu sebagai menyusahkan rakyat.
astroBeliau memberi contoh stesen televisyen itu memiliki hak penyiaran perlawanan membabitkan kelab Manchester United dan mengenakan kadar bayaran yang tinggi jika mahu menontonnya.
Menyifatkan Astro sebagai tidak mesra pelanggan katanya, “Tidak mengapalah kalau ada persaingan, tetapi Astro memonopoli. Janganlah menyusahkan rakyat dengan bayaran yang tinggi.”
“Nak tengok pasukan bola sepak terbaik di dunia seperti Manchester United, kena pakai Astro, paling tidak hendak tengok pasukan ‘common’ Chelsea pun kena tengok Astro,” jelas beliau sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Sebelum ini Ahli Parlimen BN-Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin membidas Astro yang menaikkan kadar bayaran selepas memperkenalkan beberapa saluran.

Bajet negara wang rakyat, bukan harta Umno

Bajet negara wang rakyat, bukan harta Umno
KUALA LUMPUR - Umno dicabar supaya melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh MB Selangor, Azmin Ali yang mencadangkan pemberian peruntukan RM200 ribu setahun kepada Adun pembangkang, yakni Umno.
Demikian cabaran Ahli Parlimen Raub, Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz atau dikenali juga Sakmongkol AK47 di dalam blognya.
“Beranikah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang dikuasai oleh Umno memberi peruntukan seperti itu kepada ahli parlimen dan adun pembangkang seperti yang diberi kepada Adun mereka?
“Peruntukan sebanyak itu sama dengan peruntukan yang diberi oleh kerajaan BN dalam sesetengah negeri yang mereka perintah - kepada Adun mereka. Adun pembangkang- yilek.” Tulis Sakmongkol AK47 dalam blognya.
Menurut beliau, tindakan Azmin amat saksama kerana wang yang diberi sebagai peruntukan itu bukanlah wang parti Pakatan - tapi wang rakyat. Walalupun jumlahnya tidak sama seperti peruntukan yang diberikan kepada Adun Pakatan – sekurang-kurang ada peruntukan untuk pembangkang.
“Rakyat tidak perlu khuatir sebab wang peruntukan tersebut bukannya dimasukkan dalam akaun peribadi wakil rakyat tapi diserahkan kepada pejabat tanah dan daerah. Kecuali saya rasa di Sarawak dimana peruntukan dimasukkan kedlaam akaun peribadi.” Tulisnya lagi.
Sebagai wakil rakyat pembangkang, tentunya beliau memahami situasi tersebut, yakni dinafikan hak menerima peruntukan sebagai wakil sah yang dipilih oleh rakya melalui pilihan raya.
“Berani atau tidak kerajaan Umno memberi peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang dalam negeri mereka? Tidak mengapa jika adun Umno dapat RM600 ribu - kita hanya perlu RM240 ribu setahun. Tidak mengapa ahli parlimen Umno dapat RM2 juta setahun- kita hanya perlukan Rm1 juta. Duit itu rakyat yang punya.” Tegasnya lagi.
Sakmongkol AK47 turut menekankan peri pentingnya rakyat faham bahawa semua duit dan peruntukan itu adalah hak dan milik rakyat. Bukan milik Umno.
Beliau menyentuh tentang sikap Umno yang sering mengugut rakyat termasuk anak muda. Mereka sering ditekankan tentang apakah sumbangan mereka kepada negara. Anak muda sering didoktrinkan bahawa kerajaan Umno lah yang memberi biasiswa dan kemudahan kepada mereka.
Suasana ini, menurut beliau mengakibatkan perasaan antara tuan dan hamba. Rakyat sebagai hamba mesti patuh kepada tuannya, iaitu kerajaan Umno.
“Ini masalah pokok penyokong pemerintah - hanya kerana mereka menyalurkan wang rakyat, mereka ingat mereka pemilik dan tuan dan kita ini kuli dan hamba. Selalu kita dengan orang menyebut- jangan tanya apa pemerintah boleh beri kamu, tanya apa kamu boleh sumbangkan kepada kerajaan.” Tegurnya.

Akta Hasutan hanya lindungi pemimpin Umno seperti Shahrizat kata Haniza

haniza TalhaKUALA LUMPUR 25 NOV: Akta Hasutan digunakan untuk melindungi pemimpin Umno yang terlibat dengan salahgunakuasa termasuk lah Datuk Seri Shahrizat Jalil, kata Timbalan Ketua Wanita KEADILAN, Haniza Talha.
Beliau berkata demikian ekoran kenyataan Shahrizat dalam Perhimpunan Agung Umno yang meminta kerajaan meneruskan Akta Hasutan dan dalam masa sama, mengekalkan Akta Hasutan.
Katanya, rakyat tidak lupa pelbagai penyelwengan dilakukan pemimpin Umno termasuk skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang dikaitkan dengan Ketua Wanita Umno itu.
“Shahrizat bercakap seolah-olah beliau itu pemimpin yang baik. Mungkin Shahrizat terlupa isu NFC suatu ketika dahulu, tapi dia perlu ingat, rakyat tidak pernah lupa penyelewengan itu.
“Persoalannya, kenapa Shahrizat dan pemimpin Umno yang lain bersungguh-sungguh mahu akta itu dikekalkan sedangkan akta itu hanya digunakan untuk lindungi pemimpin Umno sahaja dan mereka yang menentang dasar kerajaan akan didakwa.
“Sehingga kini, tiada tindakan dikenakan khususnya kepada mereka yang bersifat pro-kerajaan,” katanya yang turut mempersoal kenyataan Ibrahim Ali dan pemimpin Umno lain yang bebas mengeluarkan kenyataan menghasut.
Jelas Haniza lagi, kerajaan Barisan Nasional di bawah pentabiran Perdana Menteri, Najib Razak perlu mengotakan janji yang dibuat beliau untuk memansuhkan akta peninggalan British itu.
“Saya sebenarnya tak ada masa nak ikuti ucapan-ucapan Wanita, Puteri atau Pemuda Umno yang tidak habis-habis mengulangi kenyataan untuk minta Perdana Menteri kekalkan akta itu.
“Apa yang penting, Perdana Menteri perlu tunaikan janji beliau untuk mansuhkan Akta Hasutan. Najib perlu sedar, pemimpin yang baik bukan pemimpin yang ingkar janji,” tegasnya.

ISIS: Malaysia jangan ikut telunjuk Amerika

KUALA LUMPUR: PAS menggesa Kerajaan Malayisa tidak mengikut telunjuk kuasa besar khususnya Amerika Syarikat dalam memperkenalkan apa sahaja undang-undang baharu di negara ini.

Sebaliknya Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) berkata, kerajaan perlulah melihat kepada kepentingan dan kerangka negara kita sendiri sebelum satu-satu akta baharu diwujudkan.

"Kita mesti bertindak mengikut kepentingan negara kita sendiri bukan mengikut apa diarahkan oleh pihak lain seperti kuasa besar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Kertas Putih berhubung menangani ancaman kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di Dewan Rakyat hari ini.

Kertas Putih yang dibentang Perdana Menteri itu antara lain mencadangkan agar satu undang-undang baharu berhubung ancaman kumpulan militan diwujudkan.

Kamaruddin yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat berkata, PAS sejak awal menyatakan penolakan terhadap pendekatan yang digunakan ISIS itu termasuk penegasan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Dasar ketika Muktamar PAS di Batu Pahat, Johor baru-baru ini.

PAS juga katanya menolak campur tangan kuasa asing termasuk Amerika Syarikat dalam kemelut di kedua-dua negara itu.

"PAS berpendirian biarlah masa depan negara-negara tersebut ditentukan oleh rakyat mereka sendiri," kata Kamaruddin lagi.

Beliau memberi contoh Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel yang mengumumkan meletak jawatan dua hari lalu kerana mempunyai pendirian berbeza dengan Presiden Barack Obama berhubung kemelut di kedua-dua negara ummat Islam itu.

Yuran universiti dijangka naik hingga 20%

Dalam sesi perbahasan Kementerian Pendidikan semalam, saya telah membangkitkan potongan bajet yang dahsyat terhadap 60,000 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Jumlah keseluruhan potongan bajet 2015 adalah sebanyak RM 1,046,630,000 atau bersamaan dengan 12.36 peratus berbanding bajet 2014.

Daripada 20 IPTA, 18 IPTA mengalami potongan bajet, antaranya Universiti Putra Malaysia (UPM) mengalami potongan setinggi 35.35 peratus.

Saya amat terkejut dan berasa kesal atas pemotongan yang mendadak ini.
Pada masa yang sama jumlah pelajar dalam IPTA berkembang kepada 39,999 pelajar atau bersamaan dengan 8.03 peratus.

Daripada 20 IPTA semua universiti mengalami peningkatan jumlah mahasiswa, kecuali UTM.
Ini bermaksud, IPTA mengalami dua masalah, potongan bajet dan peningkatan mahasiswa.

Dalam keadaan yang begini, kewangan universiti akan terjejas teruk.

Kalau kita ambil contoh UPM pelajar naik 11.15 peratus tetapi potong bajet 35.35 peratus, ini bermaksud defisit UPM mungkin mencapai 46.5 peratus.

Di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yuran pelajar naik 15.61 peratus, bajet dipotong 35.08 peratus akan mencapai defisit 50.7 peratus.
Dalam keadaan demikian, pihak universiti hanya mempunyai 2 pilihan: Naikkan yuran pelajar atau potong bajet penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan perkhidmatan pembelajaran.

Mengapa orang muda sokong parti lawan cauvinis? - KJ

Shahrizat: Tiada makcik hancurlah Umno..ha..ha..

'University budget cuts may lead to higher fees'

MP: RCI report on Sabah immigrants must be tabled

Azmin: Wakil BN patut bersyukur dapat peruntukan RM200K

MP: No action against controversial workbook

DAP ingatkan Umno, jangan lupa janji asal kepada Cina

MP PAS Tumpat Bahas Usul PM: Kertas Putih mengenai Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State

MP DAP Gelang Patah Bahas Usul PM: Kertas Putih mengenai Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State

Ketua Pembangkang Bahas Usul PM: Kertas Putih mengenai Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State

Usul 27(3) oleh PM: Kertas Putih mengenai Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State

Sombong & Agah: Duit kami lebih banyak daripada kerajaan negeri, kata Umno Selangor

Umno Selangor di bawah kepimpinan ketuanya Datuk Seri Noh Omar ada mekanisme sendiri memberikan bantan kepada rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 November, 2014.Umno Selangor di bawah kepimpinan ketuanya Datuk Seri Noh Omar ada mekanisme sendiri memberikan bantan kepada rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 November, 2014.Keputusan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang Selangor yang menolak peruntukan RM200,000 setahun daripada kerajaan negeri tepat kerana peruntukan itu hanyalah dasar populis dan retorik, kata Umno Selangor.
Ahli jawatankuasanya, Datuk Zein Isma Ismail berkata biarlah kerajaan negeri Selangor yang mengagihkan peruntukan berkenaan secara terus kepada rakyat kerana Umno Selangor mempunyai mekanisme sendiri bagi membantu rakyat.
“Kalau saya sendiri pun, saya tak ambil. Kenapa saya mahu ambil duit mereka? Saya ada duit. Duit bukan segala-galanya. Kita ada lebih banyak duit daripada mereka.

"Kita pun bantu rakyat. Mereka berilah pada wakil rakyat mereka. Kalau hendak bantu rakyat, bantulah cara mereka,” katanya ketika ditemui The Malaysian Insider di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.  Semalam, Adun Barisan Nasional (BN) sebulat suara menolak pemberian peruntukan RM200,000 setahun melalui Program Mesra Rakyat seperti yang diumumkan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.
Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsuddin Lias berkata, pemberian itu tidak ikhlas apabila Azmin semasa mengumumkannya menyebut "kalau tak nak, saya tarik balik" sambil memandang ke arah wakil rakyat Umno.
Katanya, peruntukan itu satu penghinaan kepada wakil rakyat Umno kerana tidak mendapat jumlah peruntukan yang sama dengan kawasan DUN Pakatan Rakyat (PR).

Umno tidak akan sederhana selagi berdamping kumpulan haluan kanan

Pemerhati politik meragui kemampuan Umno untuk berubah menjadi sederhana selagi parti utama orang Melayu itu masih dilihat berdamping dengan kumpulan berhaluan kanan. Menjelang Perhimpunan Agung Umno minggu ini, gesaan supaya perwakilan parti tersebut mengambil pendekatan sederhana dinyatakan sendiri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Isu ekstremisme agama dan kaum kini membimbangkan. Kegusaran tidak boleh disembunyikan lagi selepas Indeks Pengganas Global 2014 yang dikeluarkan baru-baru ini meletakkan Malaysia antara 50 negara teratas yang perlu dipantau.
Sempena persidangan tahunan parti tersebut, banyak pihak mahu melihat pemimpin utama dan perwakilan Umno berusaha ke arah kesederhanaan dan tidak membangkitkan isu sensitif.
"Umno akan mengikut garis (perjuangan) pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu ekstrem. Ahli Umno berfikir tiada alasan mereka mahu meraih sokongan bukan Melayu kerana bukan Melayu tidak akan mengundi Barisan Nasional (BN)," kata Pengarah Jeffrey Cheah Institute, Profesor James Chin kepada The Malaysian Insider. "Dalam Umno hanya tinggal ekstremis,” katanya.
Kebimbangan Chin tersebut mungkin ada logiknya, malah Ahad lepas, kira-kira 300 wakil NGO Melayu berhimpun semasa Konvensyen Perpaduan Negara bagi merangka memorandum dan diserahkan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. Perhimpunan NGO Melayu tersebut dilihat memberi tekanan kepada Najib supaya mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan tidak meminggirkan mereka.
Kandungan memorandum tersebut antaranya menegaskan hanya Bumiputera layak mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan memberi amaran orang Melayu berisiko menjadi "Red Indian" di tanah air mereka sendiri jika PAS dan Umno tidak bekerjasama mempertahankan kerajaan daripada DAP dan PKR. Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusof juga menggesa kumpulan kanan dalam Umno tidak diberikan laluan kerana ia hanya meresahkan kaum lain di Malaysia.
"Umno seharusnya tidak memberi satu lagi laluan kepada kelompok haluan kanan dalam parti itu," kata Agus kepada The Malaysian Insider. Agus berkata, Umno perlu kembali kepada jalan sederhana tengah seperti pada era 1970-1980-an di mana ia menjadi kekuatan utama mereka. "Dulu, pada 1970-1980-an, Umno kuat kerana ia mengambil jalan sederhana tengah.

Sebenarnya Najib Sudah Lama Dan Biasa Bangsatkan Melayu...

Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan, Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, rakyat Malaysia tidak perlu hairan dan terkejut ketika Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Razak menghina peneroka Felda dengan perkataan ‘Haram Jadah’.

Menurutnya, perkataan seumpama itu sudah biasa bermain di bibir Najib.

“Najib ni satu hal juga, seorang pemimpin yang ‘mengharamjadahkan’ orang lain, tetapi jangan hairan (kerana) kata-kata kesat ini keluar dari (mulut) dia (adalah) satu perkara biasa,

“kalau dia (berada) di Pekan (Pahang) itu dia tengok (orang miskin) dia cakap ini (orang) papa kedana, (orang) bangsat,

“sebab itu bila dia sebut ‘Haram jadah’ itu memang perkara biasa memang cara dia begitu,”
ujarnya.

Beliau yang juga bekas ADUN Umno Pulau Manis, Pekan, mendakwa perbelanjaan yang tinggi dalam pembinaan sesuatu lebuh raya adalah sebenarnya permainan pemimpin Umno.

Katanya, kos sesuatu lebuhraya itu akan meningkat dua kali ganda apabila ia telah ‘diUmnokan’.

“pembinaan lebuhraya adalah satu lagi siri pembohongan pemimpin Umno, sebab itu bila dia buat ‘highway’ bermakna harga pembinaan itu telah ‘diUmnokan’ maknanya (kos meningkat) dua kali ganda,

“projek Lebuhraya Utara Selatan dulu harga sebetulnya RM3 bilion, tetapi apabila berbincangan diantara ‘geng-geng Umno atas’ dia kata ini tak betul, tak mencukupi, kita mesti ‘Umnokan’,

“kos pembinaan Lebuhraya Utara Selatan jadi RM6 bilion,”
jelasnya.

Jangan dijadikan perhimpunan agung seperti pementasan teater percuma

Ucapan Muhyiddin dalam perasmian perhimpunan pemuda, wanita dan putri UMNO semalam telah menyentuh isu-isu penting yang agak hampir kepada masalah sebenar yang UMNO hadapi hari ini. Muhyiddin telah memaparkan isu yang benar iaitu cabaran-cabaran sebenar yang UMNO hadapi, dan ia memerlukan ‘fresh restart’ bagi parti itu untuk terus menjadi relevan untuk masa yang mendatang.
Cabaran yang dimaksudkan ialah cabaran dari kumpulan ‘liberalism’ yang kini sedang menghantui UMNO dan tekanan ini tentulah datangnya dari luar parti. Gulungan ini bercakap diatas nama ‘human rights’ dan demokrasi terbuka dan bebas. Jika dahulu isu yang dihadapi oleh UMNO ialah untuk mendapatkan imej siapa yang lebih Islam, UMNO atau PAS,  tetapi apa yang dihadapi UMNO kini bukannya lagi siapa yang lebih Islam tetapi siapa yang lebih liberal.
‘Paradigm’ yang baru yang ingin ditonjolkan oleh Melayu liberal sekarang ini  merupakan elemen yang sangat besar yang membawa kepada perpecahan UMNO dan juga PAS dan ini merupakan kemahuan dan kehendak setengah pihak untuk berlaku kerana kepentingan bangsa dan agama mereka.
Kumpulan Melayu liberal kini lebih liberal dan kesemua yang dilakukan oleh pihak nationalis dan kumpulan yang memperjuangkan untuk mengekalkan identiti Melayu itu sebagai bodoh, dan hanya mereka sahaja yang betul. Bagi gulungan ini yang menggunakan individu-individu Melayu yang kononnya professional dan liberal untuk menerjah segala apa yang dilakukan oleh UMNO dan PAS itu sebagai kuno dan tidak relevan bagi bangsa Melayu lagi.
Gulungan ini akan mengkritik apa sahaja yang dilakukan oleh pimpinan Melayu Islam dan tidak ada lagi yang betul kepada pimpinan ini. Mereka memandang rendah kepada bangsanya sendiri dan sanggup memberikan gelaran yang buruk-buruk terhadap bangsanya sendiri. Mereka sudah merasakan yang mereka sudah professional dan hebat. Mereka ini diperguna oleh pihak tertentu secara tidak sedar dan mereka ini seolah-olah ‘lebih sudu dari kuah’ semata-mata mereka mendapat pujian dari pihak yang memberikan galakan untuk merencatkan bangsanya sendiri.

Purging Umno ‘warlords’ to attract the young

Politics must not be based on the practice of amassing as much wealth as possible to buy support and retain loyalties.
KUALA LUMPUR: The perception, within Umno and among the public, that the party is plagued by warlordism needs to be addressed.
These warlords, it’s said, have ample resources gathered through the positions they hold as a result of Umno and the Government, to buy fanatical support.
umno+youthThe subject was one of the highlights during Umno Deputy President Muhyiddin Yassin’s speech at the opening of the Wanita, Youth and Puteri wings on Tuesday.
“There are apparently many warlords within Umno,” said Muhyiddin in stressing that such leaders must be eliminated to prove to the people that the phenomenon was not part of Umno culture.
“We must reject the attitude of certain leaders who attempt to remain in power by spreading their riches among supporters.”
The thinking among the warlords, noted Muhyiddin, is that “money is everything in politics, no money, no talk.”
“These warlords are very powerful and influential because they have many loyal supporters who are willing to do anything.”
Apparently, the show of strength between these warlords and the party comes during the run-up to General Elections when they threaten Umno if they don’t get their way.
“As these warlords enjoy almost fanatical support, they will threaten Umno leaders to accede to their demands,” said Muhyiddin. “If their demands are not met, these warlords will not hesitate to sabotage Umno in the general elections.”

BR1M khas surirumah, Wanita PKR lancar kempen tandatangan seluruh negeri

sSHAH ALAM, 26 NOV: Kerajaan Pusat perlu meyalurkan sebahagian pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada surirumah supaya dapat dimanfaatkan secara langsung daripada pembayaran wang tunai berkenaan.
Desakan itu dibuat Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana hal itu sejajar dengan Bajet Responsif Gender, yang mana wanita diberi kuasa membuat keputusan dalam pengurusan kewangan dalam hal ehwal rumah tangga mereka, kata Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin.
Beliau yang juga ahli Parlimen Ampang berkata, ia sangat penting kerana wanita yang bertanggungjawab memastikan bantuan kewangan itu dibelanja untuk barangan asas rumah yang diperlukan.
Zuraida berkata, Wanita PKR akan melancarkan “kempen tandatangan” seluruh negeri bagi menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lebih prihatin dalam menjaga kebajikan surirumah dengan menyalurkan BR1M 2015 yang dikhaskan kepada surirumah.

KJ kepada bukan Melayu: Ingat janji asal kamu

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini mengingatkan bukan Melayu agar mengingati "janji asal" mereka yang terkandung dalam kontrak sosial.
 
Dalam ucapan dasarnya di perhimpunan agung Pemuda Umno, Khairy berkata orang Melayu berkorban dengan memberi kerakyatan kepada bukan Melayu sewaktu negara mencapai kemerdekaan.
 
Sebagai balasannya, orang bukan Melayu bersedia menerima kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan kedaulatan Raja-raja Melayu.
 
"Tetapi, kenapa pula masih ada mereka yang tidak menghormati perjanjian yang sama. 
 
"Kalau orang Melayu boleh terima, tak ungkit kerakyatan dan mengiktiraf bahawa kita tak boleh tutup sekolah vernakular, kenapa ada pula yang sekarang ini tidak pegang janji asal mereka. 
 
"Kenapa ada yang minta dihapus kedudukan istimewa orang Melayu, ada yang mempertikaikan kedaulatan Raja-Raja Melayu, ada yang tak faham Bahasa Kebangsaan. 
 
"Kalau orang Melayu tegas dengan prinsip kita mempertahankan perjanjian asal, kita tuntut yang lain juga pegang pada janji asal mereka. 
 
"Tak perlu lagi pertikaikan hak kami. Kita tak minta mereka menggadai apa yang ada, kita cuma minta jaga apa yang telah dipersetujui bersama," ucap Khairy disambut tepukan gemuruh perwakilan yang hadir di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Tukar nama jalan di KL keputusan Kabinet, kata datuk bandar

Kabinet memutuskan untuk memperbaharui 8 nama jalan di Kuala Lumpur sejak 4 Jun lalu dan keputusan dicapai selepas menerima pandangan dan penelitian sewajarnya, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, seperti dilaporkan Sinar Harian, hari ini.
Ahmad Phesal dipetik sebagai berkata, DBKL menerima surat daripada Kementerian Wilayah Persekutuan berhubung keputusan berkenaan.
Katanya, penamaan semula jalan itu adalah penghormatan kepada sultan yang pernah ditabalkan dan berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong.

“Bukan mudah untuk membuat pertukaran nama kerana ia perlu dilakukan atas dasar kepentingan nasional dan mempunyai lambang daripada segi sejarah serta tokoh,” katanya. Beliau berkata, sebelum ini ada permohonan menukar nama salah satu jalan kepada nama seorang tokoh, namun tidak dipersetujui selepas diteliti, dibincangkan dan mendapatkan pandangan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, lapor Sinar Harian.
Menurut pekeliling dikeluarkan DBKL semalam, bermula hari ini, 8 jalan utama di Kuala Lumpur akan diberi nama baharu sempena Yang di-Pertuan Agong terdahulu.
Lapan jalan itu adalah:
* Jalan Duta kepada Jalan Tunku Abdul Halim
* Jalan Khidmat Usaha kepada Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
* Jalan Ipoh (dari persimpangan Jalan Segambut ke persimpangan Jalan Pahang) kepada Jalan Sultan Azlan Shah
* Persiaran Duta kepada Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
* Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah kepada Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin
* Lebuhraya Mahameru kepada Lebuhraya Sultan Iskandar
* Persiaran Mahameru kepada Persiaran Tuanku Ja’afar
* Jalan Semarak kepada Jalan Sultan Yahya Petra.

Harga minyak terus jatuh menjelang mesyuarat OPEC


Harga minyak terus jatuh dengan West Texas Intermediate (WTI) menyusut sebanyak 2.2 peratus berikutan jangkaan OPEC tidak bersetuju mengurangkan bekalan meskipun keperluan emas hitam mencukupi.
Kontrak hadapan WTI bagi penghantaran Januari susut kepada AS$1.69 kepada AS$74.09 setong, paras terendah sejak September 2010.
Manakala Brent pula ditutup pada harga AS$78.33 setong, jatuh sebanyak AS$1.35 berbanding harga penutup pada Isnin lalu.
Sebanyak 12 anggota OPEC akan bermesyuarat esok, pertemuan yang dianggap paling mencabar berikutan tekanan dalam kalangan negara pengeluar yang mahu masalah kejatuhan harga bahan tenaga itu diselesaikan segera.

Muhyiddin akui macai-macai yang ada sokong UMNO kerana wang?

"Yang tiada wang tidak boleh masuk politik. Walaupun ada bakat, ada kelulusan, ada kebolehan, mereka tak mampu untuk bergerak aktif dalam parti jika tiada wang.. kata Muhyiddin.

Akhirnya Muhyiddin akui di dalam UMNO bukan kebijaksanaan yang diutamakan untuk menjadi pemimpin tetapi wang adalah penentunya..

Tanpa wang.. biarpun anda bijak tapi baru nak berjinak dengan politik di dalam UMNO tetapi tak punya wang untuk ditaburkan kepada macai.. anda tidak akan kemana..

Asasnya apa yang boleh kita simpulkan dari ucapan Muhyiddin ini ialah apa yang sering diucapkan oleh para pemimpin UMNO kononnya mereka berjuang demi Bangsa dan Agama adalah auta semata-mata.

Semuanya berkisar tentang kuasa dan wang, dalam apa yang diucapkan oleh Muhyidin ini jelas dinyatakannya dalam UMNO kuasa perlu untuk membina harta dan dengan adanya harta maka mereka boleh terus kekal berkuasa.

Maka tak hairanlah jika Menteri-menteri yang ada terutamanya dari UMNO kebanyakkannya kurang cerdik tapi punya wang berjuta..

Dan ucapan Muhyiddin ini juga menjelaskan kepada kita.. macai-macai yang ada yang kononnya menyokong UMNO demi Bangsa dan Agama juga adalah satu pembohongan..

Mereka menyokong hanyalah untuk mendapat habuan bagi mengisi tembolok diri sendiri.. bukan aku kata tapi Muhyiddin yang kata..

Bacalah...

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa pemimpin parti berhenti meneruskan budaya menabur kemewahan kepada pengikut.

Muhyiddin menyifatkan budaya tersebut yang dibawa oleh "kepala perang" (warlord) dalam Umno tersebut menyebabkan kos politik terlalu mahal.

"Kita perlu buktikan ‘warlord’ bukan sebahagian daripada budaya Umno. Kita menolak sikap sekalangan yang cuba untuk kekal berkuasa dengan menabur kemewahan kepada pengikut.

Muhyiddin: Ekonomi orang Melayu meruncing

Ketidaksaksamaan dalam masyarakat agak menggerunkan kita. Pada masa yang sama, kita berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam meneruskan agenda ekonomi Melayu
ekonomi1KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Muhyiddin Mohd Yassin menyatakan adalah pahit untuk kita akui bahawa kaum Bumiputera masih menerima layanan yang tidak saksama dalam sektor swasta.
Jelasnya, kajian yang dilakukan oleh Dr Lee Hwok Aun dan Dr. Muhammed Abdul Khalid pada tahun 2012 mendapati bahawa bagi setiap seorang graduan Melayu yang dipanggil temu duga dalam sektor swasta, secara puratanya 5.3 graduan Cina ditemu duga, walaupun mereka mempunyai kelulusan yang sama.
“Data rasmi juga menunjukkan kadar pengangguran adalah tertinggi dalam kalangan tenaga kerja Bumiputera iaitu 70.3%, termasuk graduan menganggur sebanyak 66.9%.
“Kita juga sering mendengar keluhan pekerja Bumiputera yang menerima gaji lebih rendah berbanding kaum-kaum lain dalam sektor swasta,” ujarnya sewaktu merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2014, di PWTC.
Tambah Muhyiddin lagi, secara umumnya, kedudukan ekonomi orang Melayu hari ini masih meruncing.

Muhyiddin: Segera berundur kalau jadi liabiliti kepada parti

Proses ini perlu demi peremajaan kerana UMNO tidak punya banyak masa lagi untuk melakukan perubahan
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Muhyiddin Mohd Yassin menyatakan UMNO memerlukan suntikan tenaga muda sama ada di kalangan wanita dan lelaki, yang berkebolehan dan berkelayakan untuk memimpin parti.
Umno“Orang lama mesti beri laluan kepada orang muda. Lebih-lebih lagi jika kita menjadi liabiliti kepada parti, kita harus segera berundur secara terhormat. Kita telah lama bercakap mengenai peremajaan UMNO, tetapi tanyalah diri kita apakah proses ini benar-benar berlaku di dalam parti,” ujarnya sewaktu merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2014, di PWTC.
Katanya, sehingga kini, UMNO tidak ada banyak masa untuk menunggu perubahan berlaku.
“Wajar untuk kita pertimbangkan pemilihan parti dilaksanakan mengikut kehendak Perlembagaan UMNO dan tidak ditangguhkan selepas pilihanraya umum seperti yang pernah dibuat sebelum ini,” ujarnya lagi.
Muhyiddin turut mencadangkan pindaan Perlembagaan UMNO diadakan tahun hadapan dengan memperuntukkan pindaan yang sesuai untuk membolehkan barisan pelapis muda menyumbang peranan dan khidmat bakti yang lebih besar kepada UMNO.

Tolak peruntukan pembangunan RM200,000 bukti BN tidak mahu berubah

Walaupun menolak peruntukan RM200,000 untuk pembangunan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka, Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor Datuk Mohd Shamsuddin Lias menerima kenderaan diberikan kerajaan negeri untuk kegunaannya.
Shamsuddin menerima kunci kereta Toyota Camry itu daripada Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh kelmarin namun ketika berucap dalam dewan itu semalam, beliau menolak peruntukan RM200,000 itu kerana mengatakan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali tidak ikhlas dengannya.
 Tindakan Shamsudin itu menimbulkan persoalan, mengapa kenderaan untuk kegunaan peribadi diterima tetapi peruntukan RM200,000 untuk kegunaan rakyat di 12 DUN pembangkang Barisan Nasional (BN) di Selangor itu ditolak. ;
"BN kena jawab. Ini duit untuk rakyat, bukan untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) guna. Adun hanya ada kuasa menjaga dan menguruskan (peruntukan). Kenapa tolak hak untuk rakyat?" soal Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor, Ng Suee Lim. Terkejut dengan keputusan itu, Ng berkata pihaknya tidak ada masalah jika BN mahu meminta peruntukan lebih tinggi daripada jumlah yang diberikan.
"Kalau tak cukup, kita bagi, tidak ada masalah. Yang penting kebajikan peduli rakyat, termasuk rakyat yang sokong pembangkang (BN) pun kita peduli," katanya seperti dilaporkan The Malaysian Insider semalam. Menjadi amalan biasa kerajaan pusat atau negeri yang dikuasai BN tidak memberikan sebarang peruntukan pembangunan kepada wakil rakyat pembangkang.

Video Pembentangan Belanjawan Selangor 2015 oleh Dato' Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.



Ucapan semangat bagi Umno tapi bosan bagi rakyat Malaysia

Walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan memberikan ucapan yang diterima baik ketika berucap kepada tiga sayap Umno semalam, namun penganalisis berpendapat ia bertentangan dengan kehendak beliau agar ahli Umno lebih berani, bijak dan berdaya saing.
 Para penganalis yang bercakap dengan The Malaysian Insider juga berkata, pemimpin nombor dua parti itu menggunakan retorik yang tidak sesuai sebagai seorang timbalan perdana menteri apabila berkata liberalisma dan sekularisma pengancam kepada keyakinan Umno selama ini, tema yang bakal menjadi fokus menjelang perhimpunan agung Umno hujung minggu ini.
Dengan mendakwa majoriti orang Melayu lemah dari segi ekonomi, Muhyiddin pada asasnya mengaku Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal, tambah mereka.
Muhyiddin juga mahu ahlinya lebih berani mempersoalkan pemimpin mereka, tetapi beliau tidak memanjangkan saranan itu kepada orang ramai. Ini kerana Muhyiddin percaya kepada Akta Hasutan, yang digunakan terhadap pengkritik kerajaan, perlu dikekalkan dengan sedikit penambahbaikan.
 Ini menyebabkan penganalisis politik Dr Wong Chin Huat mempersoalkan apakah yang Muhyiddin mahukan ketika berkata "jujurlah dengan pemimpin kamu". "Jika anda bukan bankrup dari segi intelek, mengapa takut dengan kebebasan bersuara?" kata Wong dari Intitut Pulau Pinang. "Ada satu peribahasa Melayu, berani kerana benar.
Ini menunjukkan Melayu tidak takut berdebat dan kebebasan menyampaikan idea. Mereka menerima kebenaran dan bukan takut kepadanya. "Akta Hasutan mengkhianati idea orang Melayu yang hebat ini yang yakin dengan kebenaran."
Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata orang muda kini mahukan pemimpin Umno yang jujur, terbuka, tidak korup dan tidak takut untuk bercakap benar bagi pihak masyarakatnya. Wong juga berkata, ujian sebenar adalah apakah Muhyiddin benar-benar mahu ahli Umno melakukan perkara itu. Apakah beliau akan membenarkan mereka bercakap tentang kegagalan DEB atau skandal yang melanda 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

PasMa harap MSU sedia 'muzakarah', kata Phahrolrazi

PHAROLRAZI Mohd. Zawawi (kiri) bersama-sama Pengerusi PasMa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Nazir Zakaria.
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Pahrolrazi Mohd. Zawawi berkata pihaknya berhasrat untuk mengadakan muzakarah lanjut dengan Majlis Syura Ulamak PAS pula kelak, susulan dialog tertutup dengan beberapa pemimpin parti masa depan itu semalam.
"Perbincangkan ini dibuat untuk mendapatkan penjelasan daripada pimpinan PasMa dan jawatankuasa wakil PAS ini akan membawa balik semua penjelasan untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebelum mereka membuat pendirian rasmi mengenai kewujudan PasMa ini.
"Perbincangan itu amat positif kerana PasMa diberi peluang untuk menjernihkan segala salah faham yang ditimbulkan oleh pemimpin tertentu parti sebelum ini.
"Yang penting, kita telahpun menjelaskan mengenai peranan PasMa yang tidak mungkin menjadi pesaing pada mana-mana parti politik kerana kita (PasMa) NGO.
"Pertemuan itu sekaligus semacam PasMa ini mendapat pengiktirafan daripada PAS dan kita berharap akan ada muzakarah susulan dengan Majlis Syura Ulama (MSU) pula selepas ini, jika mereka bersedia untuk bertemu dengan kita," ujar ujar Pahrolrazi dalam Majlis Sua Muka PasMa Bersama Blogger Pakatan Rakyat di Anjung Amjal dekat Kuala Lumpur petang semalam.
Phahrolrazi yang juga bekas Exco Kanan Kerajaan Kedah semasa era Pakatan Rakyat lalu berkata, perbincangan tersebut antaranya berkisar mengenai PasMa yang dikatakan menggerakkan usaha menjatuhkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang daripada kerusi Presiden PAS pada saingan Muktamar akan datang, pada Jun 2015.
Katanya lagi, kepemimpinan PasMa turut diminta memberi penjelasan mengenai beberapa kenyataannya yang dilihat jelas menentang ketetepan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS, iaitu institusi paling berpengaruh selepas mesyuarat agung parti.

Jadi 'Red Indian Malaysia' atau mati merempat, Muhyiddin beri isyarat kepada Umno?

Umno pada awal 1990-an bukan seperti sekarang.
Ucapannya tuntas mengenai 'kek ekonomi' untuk umat Melayu.
Rakyat, khususnya Melayu mengikuti ucapan Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa itu ada banyak sebab.
Salah satunya, inti ucapan itu akan menjadi garis panduan penting pada belanjawan negara nanti.
Ertinya, Umno berbahas mengenai kepentingan rakyat, dan bukan gelojoh mempertahan sokongan parti seperti yang yang pada hari ini.

Tanpa simpanan, majoriti rakyat Malaysia bakal hadapi kesulitan ketika kecemasan

Majoriti rakyat Malaysia mungkin berada dalam kesulitan apabila berlaku kecemasan kerana mereka tidak mempunyai aset kewangan atau simpanan di bank dalam apa jua bentukpun, dedah Laporan Pembangunan Manusia Malaysia 2013. Lebih daripada separuh atau 53% daripada isi rumah di Malaysia tidak mempunyai aset kewangan, manakala satu dalam tiga rakyat Malaysia tidak mempunyai akaun, kata laporan yang ditauliahkan oleh Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) itu.
 Isi rumah luar bandar adalah yang paling tinggi yang tidak mempunyai sebarang aset kewangan (63%), berbanding dengan 45% daripada isi rumah bandar, dan mengikut kumpulan etnik, Bumiputera dan Melayu mencatatkan angka tertinggi sebagai mereka yang tidak mempunyai aset tersebut.
"Antara kumpulan etnik, kira-kira 57% daripada Bumiputera bukan Melayu dan 55% orang Melayu tidak mempunyai aset kewangan, dengan angka bagi orang Cina dan India pada 45% dan 44% masing-masing," kata laporan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur itu semalam.
"Dalam erti kata lain, kira-kira satu daripada dua orang Melayu, Bumiputera bukan Melayu, Cina dan India tidak mempunyai aset kewangan yang boleh dicairkan segera, menjadikan mereka terdedah sekiranya kehilangan pendapatan atau pekerjaan secara kejutan,” katanya.
Satu dalam tiga rakyat Malaysia juga tidak mempunyai perbankan atau akaun kewangan, manakala di kalangan kumpulan bawah 40%, angka itu lebih tinggi, pada 50%, kata laporan itu. "Dalam erti kata lain, satu daripada dua rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah tidak mempunyai apa-apa akaun kewangan.
Akses kepada kredit formal (atau kekurangan daripadanya) juga boleh menjadi sebab bagi ketiadaan aset kewangan, "katanya. Laporan itu menyatakan walaupun secara relatifnya Malaysia mencatatkan kadar tabungan negara kasar yang agak tinggi, sebahagian besar daripada tabungan itu datangnya daripada sektor korporat.

'Rumah mampu milik atau rumah mampu tengok?'

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui kebenaran rungutan akar umbi bahawa rumah yang dibina berharga RM400,000 bukan rumah mampu milik.

Sebaliknya, katanya yang juga timbalan perdana menteri bahawa rumah tersebut dianggap "rumah mampu tengok sahaja".

"Mengenai isu perumahan, ada ahli Umno di akar umbi yang mengatakan kepada saya, rumah-rumah yang dibina dengan harga RM400,000 sebenarnya bukan rumah mampu milik, tetapi rumah mampu tengok sahaja. Pandangan ini ada juga kebenarannya.

"Menurut Kajian Khazanah Research Institute, harga rumah mampu milik yang sewajarnya adalah tiga kali median pendapatan isi rumah, iaitu bagi kumpulan pendapatan isi rumah 40 peratus terbawah dengan harga RM70,000 dan kumpulan berpendapatan sederhana pada harga RM160,000 atau pada purata harga RM130,000.

"Rumah-rumah yang dibina dengan harga yang terlalu mahal, terutamanya di kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar, sudah tentulah tidak mampu dibeli oleh rakyat berpendapatan rendah dan sederhana," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bertajuk "Merekayasa Perubahan Mendepani Zaman" di Dewan Merdeka di PWTC.

Seruan terakhir pada Umno: "Berubah atau mati" kata TPM

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Umno supaya melakukan perubahan drastik dari sudut pendekatan dan gerak kerja jika ingin terus relevan pada masa akan datang.

Timbalan perdana menteri Umno itu turut menyeru supaya citra Umno secocok dengan jiwa anak muda dan profesional Melayu serta generasi muda di kota dan desa jika ingin melihat parti itu menjadi parti masa depan.

Malah, katanya, Umno perlu merealisasikan langkah peremajaan Umno dengan memberi peluang tenaga muda yang berkebolehan dan berkelayakan dan menyeru pemimpin lama memberi peluang kepada orang muda dan berundur jika menjadi liabiliti kepada parti.

"Ini adalah seruan terakhir untuk Umno. Do or be dead! Jangan letak kepentingan diri melebihi kepentingan parti.

"Saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan pemimpin Umno di semua peringkat, jika kita menjadi batu penghalang kepada peremajaan parti, maka kita mesti berundur secara terhormat.

"Parti kita mesti kekal relevan supaya bangsa Melayu terus terbela. Diri kita tidak penting. Yang penting ialah bangsa Melayu dan Umno.

"Ingatlah, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubah apa yang ada dalam dirinya," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran dari surah Al-Ra’du ayat 11.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bertajuk "Merekayasa Perubahan Mendepani Zaman" di Dewan Merdeka di PWTC malam ini.

Jangan tangguh pemilihan

Dalam ucapannya juga, Muhyiddin berkata Umno tidak ada banyak masa untuk menunggu perubahan berlaku sebaliknya menggesa ahli merekayasa perubahan.