Selasa, 25 November 2014

MELAYU...

Pak Samad: Melayu Sudah Menguasai Semua Jawatan Tertinggi, Mengapa Melayu Dan Islam Terancam?

MP DAP Bukit Bendera Bahas Peruntukan Bajet 2015 Kem. Pendidikan

MP PAS Bukit Gantang Bahas Peruntukan 2015 Kem. Pendidikan

MP DAP Taiping Bahas Peruntukan 2015 Kem. Pendidikan

MP PKR Bukit Katil Bahas Peruntukan 2015 Kem. Pendidikan

MP PAS Temerloh Bahas Peruntukan 2015 Kem. Pendidikan

MP DAP Kepong Bahas Peruntukan 2015 Kem. Pendidikan

MP PAS Pokok Sena Bahas Peruntukan 2015 Kem. Pendidikan

MP PKR Lembah Pantai Bahas Peruntukan 2015 Kem. Pendidikan

MP PKR Sg Petani Bahas Peruntukan 2015 Kem. Pendidikan

Tim. Menteri Gulung Peruntukan 2015 Kem. Dalam Negeri

Di bawah pemerintahan UMNO, makin ramai anak muda menganggur

KUALA LUMPUR, 25 NOV: DAP mahu kerajaan mengkaji semula Dasar Sumber Manusia agar lebih memfokuskan kepada anak muda untuk membasmi masalah pengangguran tinggi dan guna tenaga tidak penuh (underemployment) dalam negara.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong berkata, ini kerana walaupun anak muda membentuk 62.8 peratus tenaga kerja negara, namun kadar pengangguran anak muda tinggi – di paras 10 peratus.
“Kementerian perlu menyediakan satu laporan terperinci tentang masalah anak muda dan ekonomi, termasuk isu ‘unemployment’ dan ‘underemployment’ bagi memahami isu ini agar dasar lebih jitu boleh dirangka.
“Saya menggesa Kementerian Sumber Manusia bersama kementerian berkaitan, termasuk Jabatan Statistik Negara menerbitkan statistik Not In Education, Employment or Training (NEET) agar keadaan sebenar anak muda dalam ekonomi boleh ditinjau dan langkah-langkah pengupayaan boleh diambil,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika perbahasan peringkat Jawatankuasa Belanjawan 2015 Kementerian Sumber Manusia, semalam.
Jawapan parlimen Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem 12 November lalu menyatakan penggangguran anak muda di Malaysia kini sebanyak 10.4 peratus dan menganggapnya sebagai normal, biarpun kadarnya lebih tinggi berbanding Singapura (7 peratus) dan Thailand (3.4 peratus).
“Persoalannya mengapa kadar pengangguran anak muda di dua buah negara jiran yang bersempadan dengan kita jauh lebih rendah berbanding Malaysia?,” soalnya lagi.
99  peratus belia bergaji bawah RM3,000
Pengarah Pendidikan Politik Pemuda DAP itu juga menegaskan, masalah kedua iaitu guna tenaga tidak penuh kini juga berada dalam keadaan amat kronik apabila 99 peratus belia bergaji di bawah RM3,000 sebulan.
Jelasnya, masalah underemployment tersebut bukan saja terhad kepada definisi formal bagi mereka yang bekerja ‘kurang dari 30 jam seminggu’, tetapi juga keadaan di mana kualiti penggajian amat rendah.

Palanivel mesti dedah ‘dalang’ bencana Cameron Highlands


Gunung-Jasar.-650x400


KUALA LUMPUR, 25 NOV: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk Seri G Palanivel bertanggungjawab untuk mendedahkan ‘dalang’ di sebalik bencana tanah runtuh dan banjir lumpur di sana.
Ia berikutan laporan Bernama semalam yang menyatakan Palanivel mengaku tahu siapa ‘dalang’ di sebalik pencerobohan tanah haram yang sudah berlaku sejak sepuluh tahun lalu yang menyebabkan bencana itu berlaku.
“Mereka (petani) merungut bahawa bukit sedang diganggu, ‘sesuatu di belakang sesuatu’, namun saya tidak boleh dedah terlalu banyak. Saya ada beberapa gambar (bukti), tetapi saya tidak boleh cakap terlalu banyak tentangnya,” katanya seperti dipetik.
Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo berkata, Palanivel tiada pilihan lain selain membuka mulut dan menamakan dalang yang dimaksudkannya.
“Saya desak Palanivel untuk bersuara. Pertama, nyatakan sama ada laporan Bernama itu benar. Dan jika benar, beliau perlu jelaskan mengapa tidak boleh berkata apa-apa tentangnya.
“Rakyat telah mengalami kehilangan yang dahsyat. Mengapa beliau takut? Siapa atau apa yang ditakutkan?” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, tiada apa yang lebih penting pada masa ini selain memberikan maklumat agar dapat membantu mangsa dan memastikan ia tidak berlaku lagi.
“Palanivel patut meletakkan sahaja jawatannya selaku menteri dan Ahli Parlimen jika takut untuk bersuara,” katanya lagi.

Khalid Samad:Strategi UMNO Barisan Nasional Tidak Akan Berjaya

Dr Aziz Bari: Umno Yang terancam, Melayu Dan Islam Selamat

Husam Musa: Bukan Melayu Menjadi Red Indian, Tetapi Umno Yang Menjadi Red Indian

LIm Kit Siang: Selepas 57 Tahun, UMNO Sudah Gagal Untuk Membela Nasib Orang Melayu & Islam

Nurul Izzah: Kalau Kita Tidak Berubah, Kita Akan Berhadapan Dengan Masa Depan Yang Miskin

Hantu Momok: Kalau Umno jatuh, Melayu dibangsatkan, kata Najib

Datuk Seri Najib Razak mengingatkan perwakilan Umno hari ini tiada jalan lain membela kaum Melayu melainkan parti Melayu itu dipulihkan.
Menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Ahmad Puad Zarkashi, presiden Umno itu menyifatkan jentera Umno hari ini masih pasif walaupun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lebih setahun sudah berlalu. "Isu politik yang beliau bangkitkan ialah jentera Umno masih dingin, lembab dan tidak bergerak.
 "Ini adalah satu teguran yang amat berani daripada presiden parti di hadapan pimpinan Umno iaitu beliau tidak berpuas hati sudah setahun berlalu.
"Seperti mana beliau sebut, Umno kecundang, bangsa Melayu akan dibangsatkan. Itu ayat dia. Apatah lagi dia kata agama tidak akan terpelihara jika Umno kecundang," kata Ahmad Puad kepada pemberita di luar Dewan Merdeka.
Najib hari ini mengadakan perjumpaan tertutup selama lebih dua jam bersama perwakilan Umno seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra. Antara amanat yang disampaikan adalah Umno perlu merubah corak pertambahan ahlinya dengan memperkenalkan sistem pendaftaran undi secara automatik.
 Puad berkata, amaran Najib dalam mengenengahkan kecundangan Umno sehingga menjadikan kaum Melayu sebagai bangsat perlu dijadikan faktor ketakutan Umno pada masa ini. Katanya, peringatan Najib itu sudah sampai ke kemuncaknya apabila menggunakan analogi yang begitu mendalam bagi memotivasikan ahli Umno.
 "Dia kata faktor ketakutan ini amat penting bagi Umno. Maksudnya, Umno perlu ada faktor ketakutan, iaitu jika Umno kecundang, bangsa Melayu akan dibangsatkan. “Pada saya, presiden parti tadi seolah-olah sudah ke siling peringatannya. Maksudnya, dia dah puas cakap agaknya. Maka ayat yang digunakan tadi cukup keras.

Rafizi Ramli: Kalau 1MDB Tak Boleh Bayar Hutang 1MDB, Kerajaan Malaysia Akan Bayar


Hanya Umno, elit Melayu berisiko jadi "Red Indian"

Ahli panel forum ajuran DAP malam tadi bersetuju bahawa hanya Umno dan golongan elit Melayu yang berisiko diancam dan bakal menjadi 'Red Indian' seperti di Amerika Syarikat.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata kajian menunjukkan Melayu merasa terancam kerana kesan daripada perang psikologi.

Beliau mendakwa bahawa Umno telah memainkan perang psikologi itu sehingga bangsa Melayu benar-benar rasa terancam.

“Tetapi minda mereka (Melayu) telah menerima perang psikologi yang dibawa Umno sehingga mereka merasakan mereka sememangnya terancam,” katanya.

Katanya, ekoran perang psikologi itu wujud badan bukan kerajaan (NGO) pelampau yang menakut-nakutkan orang Melayu dan tentang kedudukan Islam di negara ini.

Bercakap dalam forum bertajuk ‘Adakah Melayu dan Islam diancam’ malam tadi, Husam berkata keadaan itu akan berterusan selama Umno memerintah Malaysia.

Sebaliknya, tegas Husam, Melayu tidak terancam memandangkan kerusi Parlimen Melayu akan tetap kekal majoriti meskipun Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan.

MP PKR Subang Bahas Peruntukan 2015 Kem. Dalam Negeri

MP DAP Batu Kawan Bahas Peruntukan 2015 Kem. Dalam Negeri

MP PKR Penampang Bahas Peruntukan 2015 Kem. Dalam Negeri

MP PKR Selayang Bahas Peruntukan 2015 Kem. Dalam Negeri

MP: Ministry flip-flops on Sungai Bakap Tamil school

'Buruh paksa: Kementerian saling tolak tanggungjawab'

Tim Menteri Gulong Bahas Usul 18 (1) mengenai Pencabulan Hak Asasi Manusia di Pusat Tahanan

MP PAS Parit Buntar Bahas Usul 18 (1) mengenai Pencabulan Hak Asasi Manusia di Pusat Tahanan

MP PKR Lembah Pantai Bahas Usul 18 (1) mengenai Pencabulan Hak Asasi Manusia di Pusat Tahananan

MP DAP Segambut Bahas Usul 18 (1) mengenai Pencabulan Hak Asasi Manusia di Pusat Tahanan

MP DAP Bukit Gelugor Bahas Peruntukan 2015 Kem. Dalam Negeri

Shahidan: Kalau selamat, maka kita tak tubuh ESSCOM

Jerung jangan dibenar berenang bebas, kata PKR merujuk Daim

Rafizi Ramli: Kenapa Kita Pertahankan Subsidi Minyak?

“Khasiat” mop restoran mamak

Bagaimana rasanya jika anda tahu mop mengelap lantai digunakan untuk lap meja?


PETALING JAYA: Kotor, jijik dan memualkan. Semestinya begitulah respon orang ramai yang sudah menonton video mengenai pekerja sebuah restoran menggunakan mop sama untuk mengelap lantai dan meja. Lebih teruk, dikatakan ianya meja tempat menebar roti canai.
Mustahil pekerja restoran tersebut tidak tahu fungsi mop, mustahil juga jika dia tidak tahu membezakan antara lantai dan meja? Lantai untuk dipijak, meja untuk dihidangkan makanan.
Bukanlah perkara baru jika kebersihan restoran-restoran mamak menjadi persoalan. Video ini buktinya. Namun, adalah tidak adil jika kita menganggap kesemua restoran mamak melakukan perkara serupa.
Apakah ini insiden terpencil bak kata “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga?” Apapun, tidak salah untuk orang ramai lebih berhati-hati demi kesihatan masing-masing.
Apa yang jelas kelihatan di sini, pekerja restoran tersebut mengelap meja dan lantai menggunakan mop yang sama. Lebih teruk, rakan-rakan sekerjanya melihat perbuatan tersebut dan gayanya, tidak ada yang menegurnya. Mungkin juga, itu adalah perkara biasa bagi mereka!
Lebih teruk, insiden berlaku ketika ada pelanggan di restoran tersebut. Malah, pekerja berkenaan bagaikan menyedari perbuatannya dilihat pelanggan.
Jika begitulah gayanya ketika ada pelanggan, bayangkan keadaan di dapur atau ketika tidak ada pelanggan di restoran berkenaan!
Video tersebut yang kini sudah menjadi viral di media sosial dikatakan diambil di sebuah restoran mamak Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Sudahkah tuan punya restoran atau mana-mana pihak berkuasa seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Kesihatan dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan menonton klip video ini? Jika sudah, apakah tindakan mereka?

Masalah Brain Drain di Malaysia. Rakyat Malaysia Kerja Luar Negara Kirim (RM4.25 Billion), Warga Asing di Malaysia Kirim Keluar RM24.26 billion!

Kerja Luar Negara
Isu Masalah Brain Drain di Malaysia. Rakyat Malaysia Kerja Luar Negara Kirim (RM4.25 Billion), Warga Asing di Malaysia Kirim Keluar RM24.26 billion! Nampaknya masalah Brain Drain di Malaysia masih lagi tidak berkesudahan dan menemui jalan buntu. TalentCorp yang ditugaskan bermula tahun 2011 untuk menarik balik kalangan tenaga mahir yang sedang berkelana di luar negara masih lagi belum mampu membuktikan kesungguhan mereka untuk membawa mereka pulang.
Jumlah yang pulang berbakti kepada Malaysia, masih lagi kecil. Jadi apa punca sebenarnya masalah dan isu Brain Drain di Malaysia ini? Apakah alasan dan faktor yang menyebabkan rakyat Malaysia meninggalkan negara ini untuk meneruskan kehidupan di negara lain? Adakah mereka mendapat kehidupan yang lebih baik sepertimana yang diinginkan mereka?
Jikalau kalangan tenaga buruh dari Nepal, Sri Lanka, Bangladesh, Indonesia berpusu-pusu sehingga sanggup bertarung nyawa untuk sampai ke bumi Malaysia tidak kira melalui jalan “halal” ataupun “jalan haram” atau laluan tikus, lain pula yang berlaku seorang demi seorang tenaga mahir di Malaysia mula angkat kaki untuk meninggalkan di Malaysia.
  1. Berdasarkan angka terakhir yang direkodkan seramai 1 juta rakyat Malaysia telah kerja di luar negara.
  2. Manakala lambakan warga asing yang bekerja di Malaysia telah menjangkau ke angka 2 juta orang.
Dan, baru-baru ini satu perbincangan meja bulat dikalangan tokoh pemikir telah mendapat satu kata putus yang boleh Berita Semasa agak menarik untuk dikongsikan bersama anda di sini yang mana telah dianjurkan sendiri oleh Pusat Penyelidikan Masyarakat Cina di Malaysia, Universiti Malaya.

Faktor Brain Drain di Malaysia. Mengapa Ramai Hidup & Kerja di Luara Negara?

Pendapatan bersih yang lebih tinggi. Sekali lagi…pendapatan bersih! Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh tokoh akademik di Malaysia, 66% hidup dan kerja di luar negara kerana mahu mendapatkan pendapatan dan gaji yang lebih setimpal dengan kepakaran hasil kerja yang diberikan mereka berbanding bertugas di Malaysia
Walaubagaimanapun timbul pula persoalan, adakah dengan kenaikan gaji dan pendapat mereka terima apabila kerja di luar negara sepadan dengan dengan kos sara hidup dan cukai pendapatan di luar negara sana?
Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh CEO dan Ketua Ekonomi Penang Institute, Dr Lim Kim Hwa yang juga merupakan bekas felo dalam Kewangan dan Laporan Kewangan Universiti Cambridge mengatakan :
  • Daripada 15 buah negara menjadi pilihan rakyat Malaysia, Singapura, Australia, United Kingdom dan Kanada merupakan negara yang sering menjadi pilihan utama rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi untuk berhijrah
  • Rakyat malaysia yang berkerja di luar negara dan mendapat hak kerakyatan tetap berpotensi tinggi mendapat gaji dan pendapatan yang lebih tinggi dengan syarat, sekiranya mereka bekerja dalam kerjaya yang sama berbanding apabila kerja di Malaysia
  • Contohnya, rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi akan mendapat purata gaji dan pendapatan RM140,971 di China berbanding di Malaysia, selepas dikirakan sekali termasuk cukai-cukai yang dikenakan ke tas mereka
  • Doktor gigi di Malaysia yang telah mendapat pendapatan tahunan sebanyak RM151,953 (berdasarkan bayaran gaji bulanan sebanyak RM18,000 sebulan)
  • Doktor gigi dari Malaysia yang bekerja di China doktor gigi ini boleh menikmati gaji dan pendapatan tahunan sejumlah boleh menjana pendapatan sebanyak RM292,924 setahun
  • Doktor gigi dari Malaysia yang berkerja di Singapura akan menerima sekurang-kurangnya, tambahan RM107,204,18 berbanding di Malaysia.

Beban Tugas Guru 2015. Ada 100 Senarai Kerja Berat Untuk Guru di Malaysia. KPM Dengarlah Rungutan Para Guru!

Gaji Guru 2015
Beban Tugas Guru 2015. Ada 100 Senarai Tugas Berat Untuk Guru di Malaysia. KPM Dengarlah Rungutan Para Guru! : Pejam celik pejam celik, tahun 2015 bakal menjelang tiba sekitar 1 bulan daripada sekarang ini. Selain cabaran kos sara hidup di malaysia bagi tahun 2015, kalangan guru di Malaysia mempunyai alasan dan sebab tersendiri merasakan.. tahun 2015 merupakan tahun yang membebankan buat mereka atas tiket hanya seorang guru tetapi bebas tugas guru untuk tahun 2015 sudah terhidang di hadapan mereka untuk “dijamah dan dihabiskan”.
Bersedia atau tidak, suka atau tidak, ia mesti diselesaikan.
Berita Semasa dimaklumkan yang mana kalangan guru sudah mula menghantar aduan mengenai lambakan dan senarai beban tugas guru 2015 yang jumlahnya menjangkau 100 tugas berat buat mereka tidak lama sahaja lagi. Antaranya ialah :

Senarai Beban Tugas Guru 2015?

  1. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
  2. Mentor Mentee
  3. VLEFrog (pengajaran menggunakan Internet)
  4. HRMIS (sistem maklumat sumber manusia)
  5. Guru-guru mohon tambah senarainya di ruangan komen di bawah ini…..
Sehingga menyebabkan tugas guru yang hakiki iaitu menumpukan sepenuh tanggungjawab dan perhatian untuk mengajar dan mendidik anak-anak bangsa kita, anak-anak kita semua terpaksa dialihkan sedikit demi sedikit untuk menghabiskan tugasan-tugasan yang telah diberikan kepada mereka termasuklah untuk ditunjukkan dan disajikan kepada “orang atas tengok”.
Ini kerana, berdasarkan pemerhatian Berita Semasa guru-guru hanya mahukan dikembalikan semula tugas-tugas hakiki mereka. Utu sahaja…tidak lebih daripada itu.
  • Mengajar itu satu benda yang menyeronokkan
  • Jangan dibiarkan tangan-tangan yang hanya gemarkan pangkat dan ganjaran ini merosakkan sistem yang sudah sedia elok seperti mana yang digunapakai kalangan guru-guru veteran ini

Batal kelulusan melombong kepada syarikat China


pix tonypua


KUALA LUMPUR, 25 NOV: Kerajaan Pusat, kerajaan Terengganu dan Pahang perlu membatalkan kelulusan diberi kepada syarikat China, CAA Resources untuk melombong bijih besi di dua negeri itu.
Ia berikutan pengakuan Pengarah Eksekutif CAA Resources Li Yang di The New York Times 19 November lalu mendedahkan amalan rasuahnya, termasuk membeli pingat Dato’ bagi mendapatkan kelulusan itu.
Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata, pengakuan terbuka itu cukup untuk kerajaan negeri membatalkan permit melombong, serta kerajaan pusat membatalkan kelulusan diberikan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).
“Sementara kenyataan beliau memalukan negara di peringkat antarabangsa, lebih penting ia pengakuan jelas penglibatannya dalam amalan rasuah di Malaysia.
“Pengakuan beliau membayar untuk mendapat Dato’ kepada pemimpin BN bagi menjalin hubungan dengan mereka dan kerabat Diraja, malah mengatakan ia amalan biasa, cukup menjadi sebab kelulusan itu ditarik balik,” kata Pua dalam satu kenyataan.
Menurut laporan The New York Times itu, Li, 27 tahun mengaku membayar pemimpin BN melalui pegangan tidak langsung (indirect stake) bernilai kira-kira RM335,000 (USD100,000) untuk menerima pangkat Datuk.

Bukan Melayu, tapi Umno yang terancam


SUFI3939


KUALA LUMPUR, 25 NOV: Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang membidas tindakan segelintir pimpinan Umno dan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamed yang mendakwa DAP dan Pakatan Rakyat mengancam kedudukan Melayu serta Islam di Malaysia.
Dakwaan itu bukan sahaja mengarut malah menjadi pengesahan bahawa Umno sememangnya parti untuk satu kaum yang menggagalkan orang Melayu sehingga dikatakan  berisiko menjadi seperti Red Indian di Amerika Syarikat.
“Adakah kepimpinan Umno bersetuju mereka menggagalkan orang Melayu dari segala segi termasuk politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan budaya sepanjang 57 tahun pemerintahan hingga memerlukan sokongan PAS?
“Apakah Najib dan Hishammuddin mengakui bapa mereka Tun Razak serta Tun Hussein gagal sebagai Perdana Menteri kedua, ketiga sehingga orang Melayu berdepan risiko sebegini?
“Bukan orang Melayu yang terancam, tetapi Umno sebenarnya yang terancam,” katanya.
Tambah Kit Siang, cara paling berkesan mengatasi masalah kaum di negara ini adalah dengan memandang setiap masalah kaum tertentu sebagai masalah bagi semua.

Perlembagaan lindungi orang Melayu – Dr Aziz Bari


aziz bari 1


KUALA LUMPUR, 25 NOV: Selama mana Perlembagaan Persekutuan menjadi asas negara, selagi itulah orang Melayu tidak perlu takut dengan momokan ancaman, kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.
“Mengikut Perlembagaan, tiada sesiapa yang dapat hapuskan hak Melayu. Walaupun dengan 100 peratus undi di Dewan Rakyat, ia tetap memerlukan perkenan Majlis Raja-raja Melayu,” katanya.
Beliau juga menyatakan rasa hairan bagaimana isu menghapuskan hak bumiputera itu boleh timbul.
“Bila isu ini timbul? Tiada sesiapa pun yang pernah bangkitkannya. Yang menjadi isu adalah adakah hak yang dijamin itu benar-benar sampai ke sasaran.
“Lebih 50 tahun hak (dijamin Perlembagaan), orang Melayu masih miskin, lapar. Apa sudah jadi dengan hak ini?” katanya ketika menjawab soalan hadirin berhubung isu itu.
Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menyebut, ‘Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
Ia dipersetujui Lim Kit Siang yang berkata, dasar DAP jelas menyokong hak bumiputera dan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang dinyatakan Perlembagaan.
Sokong pihak yang pertahan Perlembagaan 
Justeru, Abdul Aziz menyeru orang Melayu agar menyokong Pakatan Rakyat yang mempertahankan Perlembagaan dan bukan pihak yang boleh memindanya demi kepentingan politik semata-mata.
“Soal masa depan orang Melayu dan Islam, ini dijamin Perlembagaan.
“Maka lebih selamat negara memiliki Perdana Menteri dari DAP yang patuh dan hormat kepada Perlembagaan, berbanding orang Melayu dan Islam daripada Umno yang menganggap Perlembagaan sebagai kertas buruk semata-mata,” katanya lagi.
Beliau mengungkap peristiwa tahun 1994, apabila kerajaan di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad meminda kuasa Raja-raja Melayu tanpa melalui Majlis Raja-raja Melayu.
“Walaupun pindaan itu masuk dalam Perlembagaan, bagi saya ia tidak sah (kerana tidak melalui Majlis Raja-raja),” katanya lagi.

Umno pegang kuasa sejak Merdeka, bagaimana Melayu dan Islam boleh terancam?


SUFI3679


KUALA LUMPUR, 25 NOV: Tak masuk akal mengatakan orang Melayu dan agama Islam di Malaysia diancam, selepas 57 tahun negara dikuasai Umno yang kononnya mempertahankan Melayu, kata Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.
Beliau berkata, sejak merdeka, pemerintahan tertinggi serta jawatan penting dalam pentadbiran negara dikuasai ‘bangsawan’ Melayu dari Umno
“Kata-kata bahawa orang Melayu dan Islam kini sedang terancam sukar masuk otak saya.
“Sejak merdeka, Perdana Menteri semuanya Melayu, Timbalan Perdana Menteri semuanya Melayu, Menteri Dalam Negeri semuanya Melayu, malah Menteri Besar kebanyakannya Melayu.
“Ini tidak termasuk Raja-raja Melayu, tentera dan polis yang majoritinya orang Melayu,” katanya yang lebih dikenali ramai dengan nama ‘Pak Samad’ dalam forum ‘Adakah Melayu dan Islam diancam?’ anjuran Roketkini 24 November lalu.
Justeru itu, tiada alasan untuk mana-mana pihak mengeluarkan dakwaan sedemikian melainkan untuk mendapatkan sokongan politik semata-mata.
Beliau menyangkal dakwaan antaranya ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Ibrahim Abu Shah yang berkata masa depan Melayu ‘gelap dan malang’ jika Umno tidak lagi memerintah negara.
Manakala Presiden Ikatan Muslim Malaysia Abdullah Zaik menyifatkan rasa terancam orang Melayu adalah perkara sihat.
Jika dakwaan tersebut benar kata Pak Samad, pihak yang harus memikul tanggungjawab adalah golongan ‘bangsawan’ Melayu yang gagal memainkan peranan.
“Apakah mereka yang ramai di puncak (kuasa) ini begitu ‘lembik’, hingga menyebabkan orang Melayu terancam?” soal Pak Samad.

Kadir sindir Najib yang bingung

Amat menakjubkan apabila Presiden UMNO itu dilaporkan bertanya di mana silap kita.

najib+chinesePETALING JAYA: Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin telah menyindir UMNO yang seolah-olah berada dalam keadaan bingung apabila masih gagal mendapat sokongan pengundi di sebalik usaha yang dilakukan.
”Di mana silap kita?” tanya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan, sekali gus mencetuskan persoalan apakah usaha yang dilakukan bertepatan dengan kehendak masyarakat atau ia sudah terpisah daripada realiti.
Katanya, ia merupakan kenyataan yang pelik di sebalik banyak kenyataan, ikrar dan kenyataan yang dibuat.
Dalam entri terbaru kadirjasin.blogspot.com beliau menyatakan, ”amat menakjubkan apabila Presiden UMNO itu dilaporkan bertanya ‘di mana silap kita?’,” di sebalik beberapa kenyataan bahawa sesuatu perlu telah dilakukan tetapi ia gagal meraih sokongan.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times itu membayangkan melalui kenyataan Najib, antara masalah yang dihadapi ialah kedudukan UMNO sebagai pembangkang di Selangor selepas dua pilihan raya umum dan kemerosotan sokongan pengundi di Johor yang mendadak.
Malah kegagalan kepimpinan Perdana Menteri itu dalam partinya turut diserlahkan dalam kenyataan Datuk Seri Noh Omar yang terus dikekalkan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, walaupun terbukti gagal membaiki prestasi.
Noh dipetik sebagai berkata, ”tidak ada halangan untuk tukar pucuk kepimpinan tetapi presiden UMNO mahu saya pimpin Selangor” sedangkan diketahui umum bahawa pertukaran pucuk kepimpinan perlu dilakukan dan bukannya mengitar semula.
Najib semasa Konvensyen UMNO Selangor dilaporkan berkata, “Saya rasa sangat letih dan ia sangat memalukan apabila kita (BN) disebut sebagai pembangkang. Saya tahu anda semua rasa letih dan malu juga.”

Ubat dan buku kena GST, udang kara projek BN dikecuali

Izzah_SPRKUALA LUMPUR 25 NOV: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izah Anwar mempersol rasional kerajaan mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap bantuan perubatan, ubat-ubatan dan buku tetapi tidak kepada udang kara bagi projek penternakan Barisan Nasional.
“Kerajaan mengecualikan udang kara daripada GST kerana mereka ada projek di mana mereka sebenarnya membela udang itu di Sabah.
“Maka berlaku pengasingan di antara rakyat biasa di negara ini dengan kepentingan kerajaan,” katanya.
Nurul Izzah yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata, kerajaan menyatakan Malaysia perlu menjadi negara berasaskan ilmu, tetapi mengenakan cukai terhadap buku, menjadikan ia lebih mahal.
“Adalah berdosa jika kerajaan buat hasil daripada buku dan kesihatan,” kata Izzah.
Sebelum itu, beliau menjelaskan, pelaksanaan GST pada April depan akan menyebabkan pesakit di pusat jagaan kesihatan swasta yang memerlukan bantuan perubatan antaranya seperti tongkat ketiak, kerusi roda dan alat bantu pendengaran akan dikenakan GST.
Menurutnya, terdapat juga ubat-ubatan yang digunakan untuk merawak pesakit kanser, penyakit berkaitan buah pinggang dan HIV yang tidak dikecualikan daripada GST.
“Rakyat Malaysia bakal diancam dengan keadaan di mana tidak semua ubat dan buku berkadar sifar,” katanya, lapor The Malaysian Insider.

Hasil pertemuan PAS-Pasma dibawa ke mesyuarat Pusat

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pengurusan Krisis PAS Pusat akan membawa hasil pertemuan dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) ke mesyuarat PAS Pusat awal Disember nanti.
Pengerusinya, Salahuddin Ayub ketika menghubungi berkata, atas mandat yang telah diberikan oleh mesyuarat PAS Pusat satu pertemuan dengan Pasma telah diadakan di sebuah tempat di Kuala Lumpur.
"Pertemuan dua jam yang diadakan semalam berjalan dengan‎ suasana yang baik.
"Jawatankuasa ini telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan dan mengambil maklumat tentang isu-isu yang berbangkit terutama isu-isu yang meresahkan ahli-ahli termasuk keputusan Majlis Syura PAS yang melarang ahli-ahli PAS terlibat dengan program Pasma," katanya yang telah mempengerusikan pertemuan tersebut.
Katanya, turut hadir pada pertemuan tersebut adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Majlis Syura, Ustaz Idris Ahmad dan Penolong Setiausaha Agung PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil.
Sementara itu, dari Pasma pula adalan Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi, Muhamad Husin (Timbalan Pasma), Mohd Taib Ahmad (Setiausaha Agung), Che Nordin Che Husin (Penolong Setiausaha Agung) dan Penasihat Undang-Undang Pasma, Zulhazmi Sharif.
"Jawatankuasa ini telah mengambil maklum semua isu-isu yang dibincangkan.
"Jawatankuasa ini juga tidak memberikan sebarang komitmen dalam bentuk arahan atau persetujuan. Segala hasil pertemuan ini akan dibawa pada mesyuarat PAS Pusat akan datang‎," sambung beliau yang juga Naib Presiden PAS.
Beliau turut berharap agar semua pihak dan ahli-ahli PAS untuk tidak membuat sebarang spekulasi terhadap pertemuan tersebut.

‘Ketum & Kekang’ gamat dewan DNS, Speaker mahu Adun lebih sopan

grafik-DNSSHAH ALAM, 25 NOV : Tindakan Ketua Pembangkang DNS, Datuk Mohd Shamsudin Lias mengelar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan singkatan ‘KETUM’ ketika membawa cadangan menutup Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor meriuhkan suasana sidang dewan hari ini.
Sementara itu, ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim pula memanggil Shamsudin dengan singkatan ‘Kekang’ merujuk kepada Ketua Pembangkang.
Timbalan Speaker Selangor, Shafie Ngah menasihatkan ahli dewan mengunakan singkatan yang lebih sopan selepas ADUN kampung Tunku, Lau Weng San menegur penggunaan singkatan itu.
Demikian antara pengalaman hari pertama Adun Bangi itu yang secara rasmi dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) yang baru berkuatkuasa semalam.
“Saya seronok. Ini adalah pengalaman pertama yang mengujakan dan saya akan galasnya dengan baik untuk hari-hari mendatang.
“Insiden ‘ketum’ dan ‘kekang’ itu perkara biasa dalam mana-mana dewan. Bezanya bila saya di hadapan (timbalan speaker), saya perlu kawal agar ia tidak menjadi tegang,” katanya ketika ditemui di Dewan Annex hari ini.

Umno@BN S'gor rasa terhina, tolak peruntukan Dun RM200,000 setahun

Wakil rakyat BN Selangor menolak peruntukan RM200,000 setahun yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada setiap ADUN pembangkang di negeri itu.

Selain rasa terhina dengan pemberian itu, Ketua Pembangkang Datuk Shamsudin Lias berkata, kesemua 12 wakil rakyat BN menolaknya kerana jumlah yang diberi tidak sama dengan jumlah yang diperolehi ADUN Pakatan Rakyat.

"Kita tolak atas dasar prinsip. Prinsipnya keadilan. Sebenarnya, pada kita, kita rasa satu penghinaan. Kita adalah wakil rakyat.

"Apa beza dengan mereka yang juga wakil rakyat tetapi dapat dalam RM700,000. Kalau fikir dasar keadilan, kena bagi (jumlah) sama.

"Kalau nak bagi, bagi (jumlah) sama. Itu baru namanya adil," katanya pada sidang media di lobi Dewan Annex, Shah Alam hari ini.

Selain itu, ditanya adakah wakil rakyat BN akan kekal menolak wang peruntukkan tersebut, Shamsudin dengan tegas berkata: "kita menolak".

Ketika ditanya lagi sama ada mereka akan menerima sekiranya wang peruntukkan diberi sebanyak RM700,000, Shamsudin berkata, beliau tidak mahu membincangkan tentang perkara itu lagi.

"Perkara itu kita tak mahu bincangkan lagi," kata ADUN Sungai Burong ringkas.

Semalam, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mengumumkan bahawa kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta bagi memberi peruntukan sebanyak RM200,000 setahun kepada setiap 12 orang wakil rakyat BN mulai tahun depan.

Semasa membentangkan belanjawan 2015, Azmin berkata, peruntukan itu diberi bagi tujuan Program Mesra Rakyat serta meningkatkan khidmat wakil rakyat kepada rakyat dan menjamin prinsip demokrasi.

Selain wakil rakyat BN, ADUN Pakatan turut mendapat peruntukkan yang ditambah iaitu sebanyak RM700,000 setahun serta sejumlah RM100,000 setahun kepada penyelaras parlimen yang dilantik oleh kerajaan negeri.
 

Umno gesa MB S'gor gugur 'Ketum' PKR

Ketua Pembangkang Selangor Datuk Shamsudin Lias mencadangkan supaya Menteri Besar Azmin Ali tidak mengekalkan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi Selangor.

Sambil menggelarkan Anwar sebagai 'Ketum', Shamsudin mendakwa jawatan itu tidak perlu dikekalkan memandangkan pelbagai kemelut dan krisis yang berlaku sebelum ini dicetuskan oleh beliau.

'Ketum' adalah singkatan kepada ketua umum yang diperkenalkan oleh kumplan anti-Anwar dalam PKR.

Shamsudin yang juga ADUN Sungai Burong (kanan) itu turut mendakwa isu Langkah Kajang dan pemilihan menteri besar yang tercetus sebelum ini berpunca daripada ketua pembangkang itu.

"Walaupun itu kuasa mutlak menteri besar untuk kekalkan jawatan itu, saya harap menteri besar mengambil kira tentang majoriti rakyat yang senyap di Selangor yang tak mahu jawatan penasihat ekonomi Selangor diwujudkan kerana tindak tanduk yang dilakukan hanya menimbulkan krisis dan kemelut.

"Membuat Langkah Kajang yang sia-sia, melantik pula presiden (PKR) untuk bertanding di Kajang, kemudian nak melatih presiden itu sebagai menteri besar.

"Kalaulah (tindakan itu) berjaya hari ini, kita tak nampak menteri besar yang ini duduk di sini. Itu adalah hakikat dan fakta. Sembilan bulan kemelut di Selangor ini.

"Walaupun ini kuasa Dewan, saya nak cadangkan pada menteri besar berilah pertimbangan yang serius melainkan (menteri besar) takut dengan "ketum" ini," kata Shamsudin ketika membahas belanjawan Selangor 2015 di Shah Alam hari ini.

Tiada niat jahat

Selepas itu, Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) bertanya apa yang dimaksudkan dengan 'ketum' sama ada ketua umum atau daun ketum.

DUN Selangor hangat isu kereta ketua pembangkang

Suasana Dewan Undangan Negeri (DUN) kecoh apabila isu pemberian kereta rasmi kepada Ketua Pembangkang, Datuk Shamsudin Lias dibangkitkan semasa wakil Sungai Burong itu membahaskan belanjawan Selangor 2015.

Perkara itu dibangkitkan oleh Datuk Teng Chang Kim (DAP-Sungai Pinang) apabila Shamsudin melahirkan hasrat wakil rakyat BN untuk menolak wang RM200,000 setahun yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada setiap ADUN pembangkang.

"Saya nak tanya ketua pembangkang, kalau peruntukan untuk rakyat dalam kawasan DUN pembangkang ditolak, kenapa kereta rasmi pula diterima?" tanya Teng (kiri).

Perkara itu mengundang rasa kurang senang Shamsudin dan beliau mengatakan bahawa pemberian kereta rasmi itu diluluskan oleh mantan menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya tak minta (kereta) ini. Ia diputuskan pada masa yang lepas. Jangan diungkit-ungkitlah. Saya nak jelaskan pasal kereta rasmi. Kereta ini diluluskan zaman mantan menteri besar yang lalu. Saya rasa macam tak ikhlas saja. Kalau nak diungkit perkara ini, ambil balik. Saya pun tak perlu itu.

"Ungkit. Apa nak diungkit, kalau nak bagi, bagilah. Nak ambil balik saya tak ada masalah," katanya.

Kemudian beberapa wakil rakyat Pakatan mula bangun untuk mencelah. Namun Timbalan Speaker, Mohd Shafiee Ngah meminta kepada semua ADUN untuk duduk.

Antara ADUN yang berebut untuk bercakap ialah Dr Abdul Rani Othman (PAS-Meru), Ng Suee Lim (DAP- Sekinchan) dan R Rajiv (DAP-Bukit Gasing).

Keadaan itu berlanjutan seketika sehingga semua ADUN diarahkan duduk.

Lembu punya susu, sapi dapat nama

Sementara itu, pada sidang medianya, Shamsudin menjelaskan bahawa pemberian kereta rasmi itu perkara yang telah diluluskan semasa pemerintahan Khalid.

Malah, Shamsudin (bawah) berkata, beliau hanya menerima sebuah kereta rasmi yang baru memandangkan sebelum ini beliau hanya memandu kereta rasmi yang lama.

Beliau turut menggunakan pepatah "lembu punya susu, sapi dapat nama" apabila Menteri Besar Mohamed Azmin Ali menyerahkan kunci kereta rasmi, semalam.

Aktivis ingatkan MB Selangor: Yang sombong dah tumbang

Penduduk sekitar Keramat, Kuala Lumpur hari ini menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Selangor Azmin Ali bagi menuntut kerajaan negeri membatalkan projek pembangunan kontroversi itu.

Bukan itu sahaja, mereka mahu projek perumahan mewah di tengah-tengah kawasan majoriti Melayu itu digantikan dengan pembangunan rumah mampu milik.

Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek Salleh Samad turut meminta supaya Azmin berjumpa dengan penduduk untuk mendengar masalah mereka.

Katanya, pada Ahad lalu, beliau telah menghantar surat jemputan dialog bersama penduduk kepada Azmin, namun ADUN Bukit Antarabangsa itu tidak kelihatan.

"Terlampau banyak persoalan yang perlu kita rungkaikan sebab itu kita perlu menteri besar yang baru yang juga bekas pengerusi (syarikat negeri) PKNS untuk berjumpa dengan penduduk.

"Kita tak mahu adanya pilih kasih. Dia (Azmin) pun wakil rakyat untuk kawasan Taman Keramat. Saya tak faham kenapa bila penduduk panggil untuk turun, dia tak turun juga. Banyak persoalan di situ.

"Sedegil-degil (Tan Sri) Khalid dulu dan sombongnya Othman (bekas pengurus besar PKNS), dengan kuasa tuhan dia tumbang. Dia sendiri jatuh disebabkan kawan dia. Sekarang kawan (Azmin) naik, kita tak mahu projek ini diteruskan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiee di perkarangan bangunan Sultan Salahuddin Idris Shah, Shah Alam.

RCI Sabah tak terikat dibentang di Parlimen - Menteri JPM

'Terjah' Azmin akan saksikan BN hilang kerusi, kata DAP

'Namakan hanya jalan baru sempena Yang di-Pertuan Agong'

MP PSM Sg Siput Bahas Peruntukan 2015 Kem. Dalam Negeri

MP PKR Kuala Langat Bahas Peruntukan 2015 Kem. Dalam Negeri

MP PKR Lembah Pantai Bahas Peruntukan 2015 Kem. Dalam Negeri

MP DAP Puchong Bahas Peruntukan 2015 Kem. Dalam Negeri

MP PAS Sepang - BN Tuaran Bahas Peruntukan 2015 Kem. Dalam Negeri

PAC flays MAHB over KLIA2

Tony Pua to Liow: Read PAC report and do something

'T’ganu MB wrong, China firm has stakes in mine'


Agah: Wang RM200 setahun ribu satu penghinaan, BN Selangor tolak peruntukan

Kereta rasmi: Kalau ungkit, ambillah balik, kata Shamsudin


Kesalahan pemimpin dan ahli UMNO - Tun Mahathir

1. Perutusan ini ditulis kerana saya tidak dapat hadir di Mesyuarat Agong UMNO kerana berada di
luar negara. Tetapi kerana saya kurang sihat untik keluar negara, saya mungkin hadir Insya’allah! Walaubagaimanapun saya ingin membuat kenyataan ini juga.
2. Sebagai orang tua, dan orang tua UMNO pula, izinkanlah saya memberi sedikit pandangan.
3. Semua tahu UMNO sekarang tidak popular seperti UMNO dahulu. Ada yang berkata UMNO tidak lagi relevan.
4. Sedikit sebanyak pandangan ini berasas. Jika UMNO dikalahkan dan hilang dari muka bumi, kepimpinan dan ahli UMNO tidak boleh nafi sumbangan mereka kepada kejatuhan parti yang begitu berjasa kepada Melayu dan negara Malaysia.
5. Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh pemimpin dan ahli UMNO?
6. Pada pandangan saya, yang pertama ialah kerana menganggap UMNO sebagai batu loncatan untuk perkaya diri sendiri.
7. UMNO hanya menerima ahli baru yang tidak mengancam kedudukan pemimpin yang sedia ada di semua peringkat.
8. Cawangan tidak terima sesiapa yang berkebolehan mencabar Ketua Cawangan. Ini adalah oleh kerana ada habuan bagi Ketua Cawangan.
9. Oleh itu yang dapat masuk UMNO hanyalah orang Melayu yang kurang berbakat daripada Ketua Cawangan. Apabila Ketua Cawangan meninggal, penggantinya ialah orang yang lebih lemah daripadanya.

Melayulah yang khianati Melayu

MOHD AZMI ABDUL HAMID

TERAS Pengupayaan Melayu (Teras) menegaskan kesatuan Melayu hanya boleh diperkukuh dengan Islam. Seruan yang sekian lama diungkap supaya orang Melayu bersatu tidak berjaya direalisasikan adalah kerana kesatuan itu hanya diusulkan atas nama survival politik. Bukan diusul atas kepentingan mengembalikan maruah bangsa berdasarkan acuan Islam.

Rumusan Konvensyen Perpaduan Nasional kelmarin menyimpulkan  bahawa perlu ada kerjasama politik antara parti untuk menyelamatkan Melayu. Didakwa orang Melayu akan menjadi senasib dengan Red Indian jika kesatuan parti politik Melayu tidak diusahakan. Soalnya, jika kesatuan itu didasarkan kerana kebangsaan Melayu, maka nasib Melayu sebenarnya bakal menjadi seperti bangsa Arab bukan seperti Red Indian. Bangsa  Arab enggan bersatu atas  kepentingan Islam maka apa yang terjadi sekarang ialah porak-peranda di rantau Asia Barat.

Soalnya bukankah atas seruan yang sama selama ini, iaitu demi masa depan Melayu, gesaan Melayu bersatu kerap diutarakan, akan tetapi ternyata gagal. Malah sebaliknya berlaku, iaitu perpecahan bukan sahaja berlaku antara parti politik malah juga sesama kepimpinan politik dalam satu parti itu sendiri. Ini telah menyebabkan orang Melayu jadi lemah.

Akibat bangsa Melayu yang sekian lama diasuh menjauhkan diri dari Islam melalui sekularisasi, maka lahirlah Melayu yang sekularis dan Melayu yang korup. Walhasil , kesatuan bangsa tidak dapat dijayakan sebagaimana yang diharapkan kerana pemikiran dan budaya Melayu telah dirosak oleh unsur yang tidak selari dengan Islam, malah bertentangan dengan Islam.

Perhitungan bahawa orang Melayu akan menjadikan seperti Red Indian adalah penilaian yang silap yang bersifat "defeatist" (menyerah kalah tanpa berusaha). Melayu tidak akan senasib Red Indian jika kepimpinan Melayu tidak korup dan tidak menindas bangsa sendiri. Sebenarnya kepimpinan Melayu itu sendiri yang menyebabkan bangsa menjadi terpinggir dek sifat rakus yang menguasai segelintir pemimpin yang mengatasnamakan perjuangan Melayu.

63 tahun: Gilap kembali saduran emas sejarah PAS

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria menyeru kepada seluruh pendukung gerakan Islam negeri itu untuk meningkatkan momentum perjuangan dan memperkukuhkan istiqamah di dalam jiwa.
"Kita perlu kembalikan semangat juang anak Perak, selari dengan kefahaman dan disiplin sebagai ahli gerakan," ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, Gerakan Islam PAS bermula dengan penubuhan Hizbul Muslimin pada Mac 1948 melalui perhimpunan ribuan ulama tanah air di Gunung Semanggol Perak yang mana sejarahnya terpahat kuat di lembaran sejarah gerakan Islam.
Tambahnya, Perak juga merupakan negeri pertama yang melahirkan kemenangan satu kerusi parlimen buat PAS, melalui kaedah demokrasi pilihan raya.
Kemunculan Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir yang merupakan tokoh pejuang Perak, turut menyumbang saham banyak dalam percaturan kemenangan gerakan Islam PAS, ujarnya.
"Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 kali ini Perak sebagai tuan rumah bagi mengangkat semula PAS Perak serta menggilap kembali saduran emas sejarah PAS. Gunung Semanggol menjadi saksi bahawa PAS itu bermula di sini," katanya lagi.
Kini, kata beliau PAS sudah bertapak di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Johor yang sudah mempunyai 4 kerusi Dun sementara Perak perlu ke hadapan dalam melakar kemenangan ini.
"Dengan lukisan potret sejarah yang halus, Perak perlu menyelak kembali tirai yang menutupnya," ujarnya.
Justeru, beliau menyeru agar gerak dan hebahkan supaya pimpinan, ahli, pendukung serta penyokong di semua peringkat dapat turun memeriahkan Sambutan Ulang Tahun PAS Pusat ke-63 peringkat negeri pada 29 November dan peringkat kebangsaan pada 30 November di Padang Kompleks PAS Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Sasterawan Negara: Umno yang terancam bukan Melayu & Islam

umno-retakUmno yang sebenarnya terancam di Malaysia, bukannya Melayu dan Islam, kata Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.
A Samad Said mempersoalkan bagaimana Melayu dan Islam terancam di Malaysia ketika semua jawatan tertinggi dalam negara diduduki orang Melayu.
“Sejak dulu hingga sekarang, perdana menteri, timbalan perdana menteri dan juga menteri dalam negeri terdiri daripada orang Melayu,” kata Samad.
Beliau berkata demikian kepada lebih 200 hadirin yang hadir ke Hotel Mandarin Court pada forum bertajuk “Apakah Melayu dan Islam Diancam?”.
Samad berkata, sejak awal kemerdekaan negara, orang Melayu sudah menguasai semua jawatan tertinggi dan berpengaruh yang menentukan hala tuju Malaysia.
“Lihat polis dan tentera, majoritinya Melayu, termasuk semua jawatan tertinggi. Jadi mengapa Melayu dan Islam terancam?”
“Persoalan Melayu dan Islam sedang diancam hanya berbangkit semasa pilihan raya umum dan perhimpunan agung Umno,” kata Samad dipetik The Malaysian Insider.

“BN tolak peruntukan RM200,000 setahun, tapi terima kereta” kata Shamsudin

SHAH ALAM 25 NOV: Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS), Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata 12 ADUN Barisan Nasional (BN) menolak cadangan peruntukan RM200,000 diberikan kepada mereka.
“Kita Adun BN mengucapkan terima kasih cadangan tersebut tetapi kita menolak.
“Kita mahu melihat apa rasionalnya pemberian tersebut kerana bukan kerana niat yang ikhlas,” kata Shamsudin semasa perbahasan Belanjawan Selangor 2015.
Katanya beliau mempersoalkan keikhlasan cadangan itu kerana Penyelaras ADUN juga menerima peruntukan diberi kerajaan negeri sedangkan 12 Adun BN dipilih rakyat.
“Buat apa untuk ada penyelaras DUN,” katanya.
Dalam Belanjawan Selangor 2015, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mencadangkan agar peruntukan RM200,000 diberi kepada Adun pembangkang.
Shamsudin berkata beliau bagaimanapun menerima pemberian kereta rasmi Ketua Pembangkang jenis Toyota Camry berharga RM200,000 dan merangkumi elaun tetap, bayaran gaji pemandu (termasuk elaun), bayaran gaji setiausaha kerja (termasuk elaun).

Wang rakyat bukan bapak UMNO yang punya.!!

Wang peruntukan kepada pembangkang di Selangor itu bukanlah wang parti Pakatan Rakyat, tetapi wang rakyat.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Raub (DAP), Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz menyatakan pemberian peruntukan sebanyak RM200 ribu setahun oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kepada pembangkang itu menyamai peruntukan yang diberi oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada ADUN mereka di sesetengah negeri yang mereka perintah.
“Tindakan Azmin amat saksama kerana wang yang diberi sebagai peruntukan itu bukanlah wang parti Pakatan Rakyat, tetapi wang rakyat.
Jelasnya lagi, di negeri-negeri yang diperintah oleh BN, ADUN pembangkang langsung tidak diberikan peruntukan dalam posting terbaru,www.sakmongkol.blogspot.com.
Ariff mencabar Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang dikuasai UMNO untuk memberi peruntukan sama seperti yang dilakukan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor itu kepada Ahli Parlimen dan ADUN Pembangkang.
“Kita terima mesti ada perbezaan antara peruntukan untuk ADUN kerajaan dan ADUN pembangkang. Peraturan seperti ini kita boleh terima. Jika jumlahnya tidak sama seperti peruntukan yang diberikan kepada ADUN Pakatan Rakyat, sekurang-kurangnya ada peruntukan untuk pembangkang,” jelasnya.

PAS Terengganu Lapor SPRM Kes Bukit Besi


Usul 18 (1) - MP DAP Segambut mengenai Pencabulan Hak Asasi

Dewan Rakyat 25 Nov. 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

'Why are lobsters exempted from GST?'

Speaker allows debate on Al Jazeera documentary

Makin lama Umno berkuasa, makin cepat Melayu jadi ‘Red Indian’


KUALA LUMPUR, 25 NOV: Datuk Husam Musa mengecam keras kenyataan tidak berasas bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad yang mendakwa orang Melayu bakal menjadi ‘Red Indian’ jika PAS dan Umno tidak bekerjasama.
Naib Presiden PAS itu berkata, kenyataan itu dangkal sama sekali kerana orang Melayu sebenarnya bertambah parah jika berterusan terperangkap dengan mainan politik perkauman dan perang saraf Umno.
Husam_Musa“Jika Umno dibiarkan terus memerintah, maka makin cepatlah orang Melayu jadi ‘Red Indian’.
“Apa yang terjadi terhadap umat Islam dan Melayu sekarang ini bukti kegagalan pemerintahan Umno selama enam dekad.
“Adakah kita mahu biarkan mereka berterusan memerintah selama 100 tahun lagi,” katanya dalam forum ‘Apakah Melayu dan Islam Diancam?’, di Hotel Mandarin Court, malam tadi.
Beliau menegaskan, PAS tidak mungkin bekerjasama dengan parti yang mengamalkan dasar perkauman seperti Umno.
“Asas perjuangan kita sangat berbeza. Macam mana bekas Ketua Hakim boleh beri cadangan begitu? Islam tidak mengamalkan perkauman, tetapi (Islam) untuk semua.
“Islam agama universal tetapi Umno semata-mata untuk Melayu. Nama mereka sendiri sudah menggambarkan siapa mereka ‘United Malay’,” ujarnya.
Pada 23 November lalu, Abdul Hamid menyatakan orang Melayu berisiko menjadi ‘Red Indian’ di tanah air sendiri jika PAS dan Umno tidak bekerjasama mempertahankan kerajaan daripada DAP dan PKR.
Beliau berkata, jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya, PKR dan PAS tidak akan dapat ‘mengawal’ DAP seperti cara Umno ‘mengawal cita-cita MCA dan Gerakan’.

Mimpi ngeri gabungan Umno-PAS

A Shukur Harun

Masih tidak habis kita mendengar desakan, gesaan, seruan dan seumpamanya supaya PAS bekerjasama atau bergabung dengan Umno, kononnya demi survival orang Melayu. Kononnya juga jika PAS-Umno tidak bersatu, dibimbangi orang Melayu akan menjadi Red Indian di tanah air mereka sendiri. Menurut mereka yang mendesak ini, ancaman terhadap orang Melayu tidak pernah seserius ini sepanjang sejarah kaum di negara ini.
Menurut para pendesak itu lagi, jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya, PKR dan PAS tidak akan dapat ‘mengawal’ DAP seperti cara Umno "mengawal cita-cita MCA dan Gerakan".
Desakan seumpama ini bukan baru kedengaran, tetapi sejak puluhan tahun, iaitu tidak habis-habis pemikiran supaya Umno-PAS bergabung. Perlu diingat, selepas diadakan retreat peringkat pemimpin tertinggi PAS di Kuala Selangor beberapa minggu lalu untuk menyelesaikan masalah dalaman parti, pemimpin PAS memperbaharui ikrar akan terus berada dalam Pakatan Rakyat, bahkan akan terus memperkukuhkannya.
Maknanya tidak ada masalah PAS bersama Pakatan. Ikrar pemimpin PAS ini tentu menghampakan harapan musuh politik PAS dan para pendesak yang menuntut supaya PAS bergabung dengan Umno demi perpaduan Melayu/Islam.
Saya yakin, pendukung PAS menganggap gabungan itu hanya "mimpi ngeri", di mana realitinya adalah mustahil. Apa perlunya PAS-Umno bergabung, kerana kehadiran PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat sudah terbukti mempunyai kemampuan mempertahankan kedudukan politik Melayu di negeri yang ditadbirnya seperti Selangor dan Kelantan, walaupun ada yang menafikannya.
Malah di Pulau Pinang, walaupun kerajaan di negeri itu berada di bawah pentadbiran DAP, tetapi realitinya, kedudukan orang Melayu sama sekali tidak terancam. Ini kerana ia diperintah secara adil, walaupun pihak musuh PR siang malam tidak henti-henti memberi gambaran buruk kononnya berlaku diskriminasi terhadap orang Melayu di sana.
Oleh itu, saya yakin tidak akan berlaku gabungan antara Umno/PAS, kecuali ditakdirkan berlaku keadaan yang sangat luar biasa, yang tidak disangka-sangka, iaitu di luar bacaan politik biasa. Namun, seperti saya katakan, gabungan antara Umno/PAS itu hanya mimpi ngeri.
Seingat saya, sebanyak empat kali PAS mengadakan muktamar tahunannya yang mempertegaskan komitmen PAS, ia akan terus kekal dalam Pakatan Rakyat. Maka itu, betapa nyaring pun seruan supaya PAS-Umno bergabung, ia tidak akan berlaku atas pelbagai sebab dan hujah munasabah yang diketahui umum sejak puluhan tahun. Bahkan pemimpin ulung PAS, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat berkali-kali menyatakan "selagi ambo masih ada hayat, PAS tidak akan bergabung dengan Umno".

Umno’s Game of Thrones

We may see, in the next few days, the beginnings of Najib's fall, if not his last stand. Watch out for moves by Zahid and Muhyiddin.

The Umno general assembly, which begins today, promises to be one of the more interesting in recent memory. Think of Game of Thrones, less the supernatural enemies, but with plenty of dirty secrets and slimy politics and you’ve pretty much got an idea of what’s happening behind the scenes in Malaysia’s biggest political party.
najib 300The assembly represents a crux, an important focal point for Umno moving forward, and what affects Umno affects the rest of Malaysia. We’ve known for quite a while that Mahathir Mohamad has been chomping at the bit to unseat Prime Minister Najib Razak, and the power players in Umno have been working at positioning themselves to present to Mahathir that they are the best possible candidates for the Prime Minister’s seat.
The two most noticeable names on that list are Ahmad Zahid Hamidi and Hishammuddin Hussein. Less noticeable, perhaps is Muhyiddin Yassin.
We’ve noted the quiet power play of Hishammuddin in earlier columns, and the possible Mahathir nod he received through Abdul Kadir Jasin. He’s also been receiving a lot of positive press coverage recently, which may indicate that for the time being he has decided to side with the current Prime Minister.
On the other hand, we have Zahid. After a white hot and controversial period that saw him pander to the extreme right wing of the party, Zahid seems almost muzzled for a while until, a couple of days ago, he made it clear with a startling statement that we shouldn’t ever consider him out of the equation. He said no one should consider Umno posts as heirloom rights, which is as direct as you can get to warning Najib and Hishammuddin against being too presumptuous. Hishammuddin is Najib’s cousin and son of former Umno president Hussein Onn.
That may be Zahid’s way of answering the big question of why he has been blacked out over the past month and relegated to menial tasks , such as investigating the issue of foreign workers in Cameron Highlands.

Polis sifat kematian tahanan sebagai mati mengejut..??

Polis Johor menyifatkan kematian seorang tahanan selepas satu serbuan awal bulan ini di Pengerang sebagai mati mengejut.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan berkata lelaki itu, yang merupakan suspek bagi satu kes rusuhan, telah ditangkap pada 3 November lepas dalam satu serbuan di Kampung Simon, Teluk Ramunia, Sungai Rengit, Pengerang.
  
"Semasa tangkapan dijalankan, suspek telah bertindak agresif untuk melarikan diri. Ini menyebabkan berlaku pergelutan si mati dengan anggota polis. Laporan polis telah dibuat ke atas tangkapan dan kecederaan si mati dan anggota polis," kata beliau dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata selepas tangkapan, suspek dibawa ke Balai Polis Sungai Rengit dan semasa pihak polis membawanya dari Balai Polis Sungai Rengit ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi untuk siasatan lanjut, tiba-tiba suspek mengalami sesak nafas.
  
"Suspek seterusnya dibawa ke Klinik Bandar Penawar. Semasa di klinik, suspek disahkan meninggal dunia, dan bedah siasat dilakukan di Hospital Sultan Ismail. Kes ini disiasat di bawah Laporan Mati Mengejut," katanya.

Hasnan berkata demikian bagi mengulas dakwaan bapa suspek Syed Mohamed Nur Ali, 67, yang anaknya Syed Mohd Azlan, 25, disahkan meninggal dunia oleh Hospital Sultan Ismail disebabkan hentakan benda tumpul di dada.
  
Syed Mohamed Nur menuntut anggota dan pegawai polis pegawai Balai
Polis Sungai Renggit, Pengerang, Johor, dibawa kemuka pengadilan.
    

Himpunan selamatkan Kpg Warisan di PWTC pada Jumaat

Menyedari kepentingan untuk menjamin hak masyarakat kampung yang tertindas, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) akan menganjurkan Himpunan Selamatkan Kampung Warisan dan penyerahan memorandum kepada Presiden Umno di hadapan PWTC ketika Perhimpunan Agung Umno Jumaat ini.

Presiden GAMIS, Abd Malik Abd Razak berkata perhimpunan itu akan diadakan selepas solat jumaat dan turut disertai masyarakat kampung yang tertindas.

Justeru, katanya, GAMIS mengajak rakyat Malaysia bersama-sama menghadiri himpunan itu, tanpa mengira latar belakang politik dan agama.

"GAMIS juga menyeru mana-mana NGO untuk menyahut seruan ini dan bersama-sama menyatakan sokongan dan bersolidariti dalam mempertahankan hak kampung warisan masyarakat Melayu," kata Abd Malik dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, kampung warisan Melayu merupakan kampung yang dibuka sendiri oleh nenek moyang kaum Melayu.

"...dan sehingga ke hari ini (ia) masih mengekalkan ciri-ciri tradisional kediaman masyarakat melayu walaupun dikelilingi pelbagai arus kemodenan.

"Namun, dengan bermodalkan perkataan pembangunan, kampung-kampung tersebut semakin diancam dengan banyak daripadanya ingin dirobohkan untuk memenuhi keperluan projek jutaan ringgit," tambahnya.

Husam: UMNO perintah enam dekad tapi gagal bela melayu

Jika UMNO dibiarkan terus memerintah, maka makin cepatlah orang Melayu jadi ‘Red Indian’. Apa yang terjadi terhadap umat Islam dan Melayu sekarang bukti kegagalan UMNO selama enam dekad mentadbir negara.
husam musa1KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mengecam keras tindakan yang tidak berasas bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad yang mendakwa orang Melayu bakal jadi ‘Red Indian’ jika PAS dan UMNO tidak bersatu.
Memetik laporan Roketkini, menurut Husam, kenyataan itu dangkal sama sekali kerana orang Melayu sebenarnya bertambah parah jika berterusan terperangkap dengan mainan politik perkauman dan perang saraf UMNO.
“Jika UMNO dibiarkan terus memerintah, maka makin cepatlah orang Melayu jadi ‘Red Indian’. Apa yang terjadi terhadap umat Islam dan Melayu sekarang ini bukti kegagalan pemerintahan UMNO selama enam dekad.
“Adakah kita mahu biarkan mereka berterusan memerintah selama 100 tahun lagi,” katanya dalam forum ‘Apakah Melayu dan Islam Diancam?’, di Hotel Mandarin Court, malam tadi.
Pada masa yang sama, beliau, turus menegaskan bahawa PAS sama sekali tidak akan bersatu dengan UMNO yang jelas mengamalkan dasar perkauaman tetapi perjuangan PAS adalah memperjuangkan Islam, ia jelas sekali menunjukkan perjuangan PAS-UMNO sangat berbeza.
“Islam agama universal tetapi UMNO semata-mata untuk Melayu. Nama mereka sendiri sudah menggambarkan siapa mereka ‘United Malay’,” ujarnya.
Sebelum ini, Abdul Hamid dalam satu kenyataan beliau berkata, orang Melayu, berisiko menjadi ‘Red Indian’ di negara sendiri sekiranya PAS dan UMNO tidak bekerjasama dan menyifatkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara PKR dan PAS tidak akan dapat mengawal DAP seperti UMNO mengawal MCA gan Gerakan.

Minggu ini Minggu Ugut dan Jerit Oleh Puak Terancam...!!

Kemana kita pergi sekitar KL sekarang, kita lihat banyak terpacak nya bendera UMNO. Orang sudah mulai bercakap ini bendera kumpulan gangster- yang melepaskan budak upahan menendang pelajar university yang merupakan anak2 orang; mak serta ayah serta kaum keluarga kalau masih terus sokong UMNO setelah anak2 diganyang berdosa kepada anak2 mereka; jauhkan diri dari UMNO. Parti ini sudah tidak dapat dibantu. Pemimpin asyik berpoya melayan para isteri bermewah mewahan. Harta benda rakyat habis disapu.
Ini bendera parti yang membiarkan kumpulan ala samseng buat lapuran polis lengkap dengan uniform para military; yang bercakap ajak berkelahi, merusuh dan membinasa orang lain. Anak muda Melayu pun meluat tengok telatah pimpinan UMNO yang dahulu nya malas belajar semasa sekolah, sekarang jadi kontraktor klas F dan lain2 nya tapi oleh kerana jadi AJK UMNO bahagian atau ahli UMNO cekai sekali pun- berlagak macam dunia ini mereka yang punya.
Kita tahu jenis budak2 UMNO ini- lagak di lobi hotel2 besar dan makan di restoren bawak girlfriend tapi mana sudu mana garfu pun tak tahu.
Suatu ketika dahulu saya ingat rakyat Indonesia yang tertekan perasaan dan boleh meletup bila2 masa- tapi setelah saya melawat Bandung dan menyaksikan karakter rakyat Indon yang walaupun susah tapi tidaklah bermata liar mencari mangsa untuk dikasari- saya tiba tiba sedar bahawa yang tertekan dan mudah meletup ialah gerombolan UMNO.
UMNO tidak sedar bahwa mereka hanya sebagian dari orang Melayu dan mereka yang angkat diri sendiri menjadi jurucakap Melayu. Sudah ramai Melayu yang tidak mahu UMNO bercakap bagi pihak mereka.  Kenapa kita mahu membiarkan budak lepasan SRP, SPM menjadi jurubicara bangsa kita? Kita bukan ahli JKKK.
Tapi pemimpin UMNO dan pegikut nya tidak tahu emosi apa yang dihidupkan dalam hati rakyat. Bendera nya bukan lagi lambang kelompok manusia yang megah dan bukan lagi lambang parti mulia Onn Jaafar, Tengku Abdul Rahman, Tun Razak. Ia bukan lambang parti orang Melayu yang datang dari kampong, merendah diri yang bangkit  berarak menentang Malayan Union dahulu.

Umno yang terancam, bukan Melayu dan Islam, kata forum

Melayu dan Islam tidak terancam di Malaysia, tetapi Umno yang merasakan bahangnya, kata ahli panel di sebuah forum di Kuala Lumpur malam tadi. Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mempersoalkan bagaimana Melayu dan Islam terancam di Malaysia ketika semua jawatan tertinggi dalam negara diduduki orang Melayu.
“Sejak dulu hingga sekarang, perdana menteri, timbalan perdana menteri dan juga menteri dalam negeri terdiri daripada orang Melayu,” kata Samad kepada lebih 200 hadirin yang hadir ke Hotel Mandarin Court pada forum bertajuk “Apakah Melayu dan Islam Diancam?”
 Samad berkata, sejak awal kemerdekaan negara, orang Melayu sudah menguasai semua jawatan tertinggi dan berpengaruh yang menentukan hala tuju Malaysia. “Lihat polis dan tentera, majoritinya Melayu, termasuk semua jawatan tertinggi.
Jadi mengapa Melayu dan Islam terancam?” “Persoalan Melayu dan Islam sedang diancam hanya berbangkit semasa pilihan raya umum dan perhimpunan agung Umno,” kata Samad. Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang bersetuju dan menambah Melayu yang merasa terancam hanyalah dolongan elit dan Umno, selepas keputusan pilihan raya umum 2008 dan 2013.
“Dilaporkan Melayu dalam bahaya untuk menjadi seperti Red Indian di Amerika Syarikat. Tetapi mengapa Melayu melihat kepada kemungkinan ini? “Persoalan ini perlu dijawab semua enam perdana menteri daripada Umno, termasuk Datuk Seri Najib Razak,” kata Lim dan menambah Tun Dr Mahathir Mohamad harus menjawab mengapa pemerintahan 22 tahunnya menyebabkan Melayu berisiko menjadi Red Indian. Lim berkata, isu sebenarnya adalah bukan Melayu dan Islam terancam tetapi yang sebenarnya terancam di Malaysia adalah semua kaum dan agama.
“Lihat ranking antarabangsa, ianya tidak menipu. Malaysia berada di 50 teratas dalam ranking keganasan antarabangsa,” kata Lim. “Angka ranking pendidikan kita jatuh setiap tahun. Putrajaya harus fokus kepada ini berbanding politik kebencian dan taktik menakut-nakutkan.”

Elusive Black Seadevil gets close up

Israel: Jewish state vs democracy?

Father wants probe into death of son while being held

Anwar Ibrahim - Islam and Democracy: Malaysia in Comparative Perspective

Anwar Ibrahim, Opposition Leader of Malaysia, speaks on Islam and democracy at Stanford University's Center on Democracy, Development, and the Rule of Law (CDDRL) in conversation with Stanford professors Larry Diamond, Donald Emmerson and Francis Fukuyama.

Tanah Rizab Melayu tinggal 12%, siapa yang bertanggungjawab?